A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
TERIMA KASIH Anon (Hasnul), Affendi Hussain, Juan Carlos, Mohsein Shariff, Anon (Hafsha), Parti Satu Malaysia, Pakbelalang, Hellioz, Thibbs_Kid, Habib RAK, Aziang Mazuwang Sapuwang, Mustaqim Abdul Rahman, Anon (notoktok), MANTOL, Alisuratman, Buyong, Orangutan Penang, Mat Cendana, Anon (Sinbad), Arif Omar, Bawal, Saji, Wanbaki, Hanez, Kelab Pemuda Jiwa Luka, Anon (Faizal) dan RB.
Terima kasih kerana menghantar ulasan kepada posting bertajuk “Senator Zaid Ibrahim Saman Saya” pada 9 Desember. Minta ampun kerana tidak dapat menyiarkan komen Saudara/Saudari.
Saya baca dan ambil maklum hujah serta maklumat Saudara/Saudari sekalian. Terima kasih kepada yang simpati dan menyokong. Dan terima kasih juga kepada yang mengherdik dan tidak memihak dengan saya.
Setalah berbincang dan mendapat pandangan daripada peguam saya (orang muda) Azhar Arman Ali dari firma guaman Arman-Yunos Advocates & Solicitors dan beberapa orang rakan peguam serta bekas anggota Kehakiman saya mengambil keputusan berikut:
1. Tidak menyiarkan komen yang terlalu teruk mengkritik Senator Datuk Haji Mohamed Zaid bin Ibrahim;
2. Walaupun Zaid telah menyifatkan saya busuk hati dan penulis upahan dalam blognya, saya mahu mengelak daripada dituduh berniat serong atau tidak baik atau acting in bad faith dengan menyiarkan komen-komen yang tidak positif mengenai beliau; dan
3. Mendengar dan meneliti semua maklum balas yang saya peroleh mengenai plaintif yang mungkin berguna kepada saya dan peguam saya dalam menghadapi saman beliau.
Saya tidak akan menyekat Saudara’Saudari daripada memberi respons. Saya hanya berharap Saudara/Saudari mengehadkan komen kepada hal-hal yang meterial sahaja. Ingatlah kita tidak mahu dituduh bertindak dengan niat jahat atau acting in bad faith.
Kita kena terima hakikat bahawa apabila sesutau kes sivil di bawa ke mahkamah maka hilang atau berkuranganlah hak kebebasan kita untuk memperkatakan mengenai plaintif dan aduan kes yang dibawanya.
Terima kasih.
Salam Dato'... i always believe theres many ways to skin this cat.. this is the reality of blogsphere. Truth will prevail... InsyaAllah
ReplyDeleteyea I setuju dan memahami keadaan saudara.
ReplyDeletesaya pernah kena saman olehh syarikat perumahan milik orang UMNO di Terengganu.
ReplyDeleteSyarikat tersebut minta saya memohon maaf didalam akhbar.
Saya ingat apabila mohon maaf syarikat tersebut tarik balik saman terhadap saya.
Saya pun memohon maaf dalam akhbar agar ditarik balik saman itu.
Rupa rupanya saman berjalan juga maka turun naik saya jumpa peguam di kota baharu.
Baru baru kawan saya pula yang kena saman oleh Tresa kok atas sajaknya yang diterbitkan oleh utusan.
Saman itu sebanyak RM 30 juta. Beliau terima dengan hati terbuka.
Oleh itu, saman menyaman ini boleh membuat seseorang itu jadi bangkrap dalam banyak perkara.
Pak Nujum yang kena saman oleh Musa hitam hilang entah kemana.
Harap harap datuk kadir tidak jadi demikian miskipun akan berhadapan dengan masalah urus niaga.
Tok Kadiaq
ReplyDeleteKebebasan bersuara dan bagi pendapat adalah kebebasan tanpa had dan penapisan.Juga di iktiraf dalam undang undang antarabangsa.Ada yang setuju ada yang tidak.Pada depa yang liberal ianya adalah perkara pokok.
Penulis John Milton kata kebebasan ni perkara penting untuk negara berbanding jika disekat.Terpulang pada kita nak pikiaq yang mana betui yang mana kaki kelentong.
Pada yang liberal kena la gentleman.Jangan jadi macam Stalin,diktator kesatuan soviet yang kata dia sokong kebebasan bersuara tapi yang dia syok dengaq boleh,yang pedih telinga semua dia tangkap.
Zaman sekolah dulu kalu tak puas hati,settle tang tu jugak.Cikgu pun tak mau tau lebam pasai apa.Macam mana nak jadi hero kalu kalah mengejek,lari balik habaq kat mak.
Dato,
ReplyDeleteKalau takut ombak tak usah buat rumah di tepi pantai.
Jikalau Dato berasa bersalah minta maaf saja.Tapi jika dato berasa tak bersalah lawan sahaja.
Dato dengan zaid bukan lah tak kenal dia,kawan lama.
Kalau pemimpin politik tidak tahan kena kritik tak usahlah jadi public figure. Habiskan boghas je !!Jadi "pondan Siam" je lah !! Memang ramai public figure yang kononnya nak jadi jagoh kepada rakyat tapi apabila dicabar kejagohannya mereka akan cepat-cepat cari perlindugan menggunakan pihak ketiga untuk "cover" kelemahan kejagohannya.
ReplyDeletePada pendapat saya mereka ini tidak layak "satu sen pun" jadi pemimpin. Mereka "act je" seperti pahlawan tapi rupanya senjata "keris" yang ada pada mereka hanyalah keris plastic yang dibeli di "Toys"R"Us" !! Dayus !!! Dayus !! Dayus !!! What a shame !!!
Salam semua.
ReplyDeleteIngat lagi tulisan dato. Kalau takut dilambung ombak jgn berumah di tepi pantai. Berani buat kena berani tanggung. Jgn susah hati dato kalau kita di pihak yg benar.
Alangkah mulia seseorg penulis blog yg mengajak pembaca2nya berfikir dan berdiskusi perkara2 hak yg menentang kejahatan dan kezaliman. Dari mencerca peribadi org dan menimbulkan fitnah tanpa bukti yg sahih.
Zaid Ibrahim mempunyai hak utk membersihkan imejnya. Bukan bermakna soal kebebasan bersuara akan tersekat. Ini akan membuat penulis2 blog lebih etika, intergriti dan bertanggungjawap dgn apa yg ditulisnya.Jgn suka2 menuduh dan memburukkan org lain yg tidak sehaluan dan sependapat dgn mrk.
Apa pun dato, lawan tetap lawan.
rakyat tak bodoh.
Dato A. Kadir Jasin,
ReplyDeleteLife goes on. Here are some simple facts for you to ponder.
1. In this blogshpere, you earned your respect with your masterpiece i.e your blog.
2. You have conducted your blog professionally & intellectually that some people find it as a threat to their delusional credibility & popularity.
3. Some people especially the politicians are so desperate to command the respect. They believe themselves as being respected by all with their conduct thought in reality it is more like a manifestation of "syok sendiri".
4. They also believe that respect is something inherit with authority, material, figurative icon, legal aggression and connection power. The softest part of them is their own ego.
5. Well Dato, I can tell you that these people are demanding more than what their life can bargain for..
Good luck. I support u!
Kita asal sama orang kampung di daerah Pendang..
("/)
Akum DATO AKJ=Adalah lumrah kehidupan manusia bila tidak berpuashati maka akan saman. saman memang benar akan membawa bankrap ini terjadi disingapura pemimpin pembakang disaman oleh lee kuan yew dan geng2 nya apakah penyakit ini akan menular kemalaysia? tepuk dada tanya akal
ReplyDeletesalam DAto'
ReplyDeletebiasalah dato...tengah wangi...semua orang suka.tengah berkedudukan,semua apa yg kita lakukan..tampak betul.Bila kita ni bukan lagi siapa-siapa...apa yang kita buat,nak2 lagi yg tak kena di mata "mereka"...jadi jalan terbaik..SAMAN akan berkuatkuasa...insyaALLAH Dato..Allah itu maha adil,suatu masa...suatu ketika Dia akan tunjukkan juga siapa betul...dan siapa tidak.PERCAYALAH...