A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SEBULAN lalu, kita memulakan pungutan suara dengan bertanya: “Adakah anda berpuas hati dengan pencapaian Kerajaan sejak KPI / NKRA diperkenalkan Mei lalu?”
Pengundi diminta menjawab ya (yes), tidak (no) atau tidak pasti (not sure).
Tempoh pungutan suara itu tamat jam 4.00 petang ini, 14 Jan.
Sebanyak 2,336 pengundian diterima.
Daripada jumlah itu, 169 (7%) berkata ya, 1,945 (83%) berkata tidak dan 222 (9%) berkata tidak pasti.
Di harap pungutan suara kita ini sedikit sebanyak memberi manfaat.
Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dan yang memberi perhatian.
Salam AKJ Dato'
ReplyDeletePencapaian Kerajaan yang mana satu Tok?
Kerajaan 1Malaysia?
Yang jawab "ya" 7% saja ke Tok?
Minta Tok semak lagi sekali!
entah2 budak yang undi nie tak tahu apa itu KPI dan NKRA.
ReplyDeleteDia ingat ujian percubaan bagi UPSR atau PMR kot...
http://pkrpasdap.blogspot.com
Salam Dato AKJ,
ReplyDeletenampaknya KPI yang dilaksanakan tidak efektif langsung. Hanya bersifat kosmetik.
Salam Dato,
ReplyDeleteIni lah masaalah nya dgn Kerajaan sekarang ni. It's either there are surrounded by too many 'yes man' who tells all the good stuff that the bosses want to hear or the bosses are in a state of denial. Either way it is not good for the government. I am afraid that DS Najib has caught the same syndrome of 'being too comfortable' with power that Tun Lah experienced during his 5 year reign. He is not addressing the issue here i.e people are sick and tired of the lazy, money seekers MP's/ADUN's that BN has been carrying all these years. Instead of doing drastic change to the politicians, he is dilly dallying with NKRA's/KPI's and what not? His minders will tell him only news that is pleasing to the boss ears. I thought DSNajib is smart enough but apparently he is too cautious in his approach.
I am afraid he will suffer the same fate as Tun Lah. Losing in the next election!
Pak Nujum
terkini dun siputeh bakal berlaku pilihanraya kecil....singgah sat..
ReplyDeleteDewan Rakyat mempunyai seramai 222 ahli sekarang dan berdasarkan bancian tersebut jika pilihanraya di adakan dalam masa terdekat maka beginilah keptusannya:
ReplyDeleteBN: 7% 16 kerusi
Pembangkang:83% 184 kerusi dan
Bebas: 9% 22 kerusi
Sesuatu yang tidak mustahil.
Dato.
ReplyDeleteSaya setuju dengan koment YB Tengku Razaligh dalam interview dengan Malaysiakini."We dont need KPI" yang kita perlu ialah sokongan raayat.
saya ingat KPI dan NKRA hanya membuang masa sahaja.Apa yang Idris Jala tahu tentang politik dan sokongan raayat.
Kerajaan boleh buat macam project sekarang dan menjalankan propoganda untok mendapatkan sokongan raayat.1Malaysia merupakan slogan Najib.Sekarang bila jadi krisis pengunaan nama Allah dan pembakaran gereja,nampak jelas yang kerajaan tidak dapat meyakinkan raayat yang ianya adil.Penasehat2 najib tidak dapat untok spin kan berita itu untok meraih sokongan raayat.
Penasehat najib berharap isu ini hendak di gunakan untok meyatukan umat Islam dan melayu telah gagal untok meyakinkan mereka.Mereka masok perangkap sendiri.
Terima kaseh kapada akhbar Utusan Melayu yang memainkan peranan yang besar untok meyokong kerajaan UMNO.Bagitu juga dengan TV1 dan TV2dan Media Prima.
Salam DAKJ
ReplyDeleteSaya mengaku saya bukannya seorang pakar statistic. Tapi biasanya, sebelum membuat sebarang kesimpulan, beberapa perkara perlu diambil perhatian. Diantaranya adalah samada statistic jenis Descriptive or analytic, what is the null hypothesis, what is the power of the study, what is the confident interval, the minimum number of participants to make it significant, validated questions, type of studies, list of variables, type of statistical analysis either univariate or multivariate, confounding factors, the p value, bias and limitation of this study.
Walaubagaimanapun, bagi saya ini satu langkah pungutan suara yg baik. Cuma saya rasa statistic tersebut lebih menunjukkan bahawa lebih separuh dari pengikut setia Dato’ adalah dari kalangan pembangkang. Dan saya rasa ini yg lebih tepat. Maaf Dato’ ye sebab pendapat saya berbeza sikit kali ni. Sekian TQ.
p/s- bukan senang nak dapatkan IRPA GRANT.
Salam Datuk AKJ
ReplyDeleteJika keputusan undian ini dijadikan sandaran, ternyata kedudukan BN jauh terperosok di hati rakyat. Walaupun demikian, adakah ini melambangkan sokongan untuk pihak yang satu lagi. Untuk lebih jelas, Datuk kenalah buat tinjauan yang boleh memberi gambaran sambutan pengunjung terhadap suatu gagasan yang boleh mewakili pihak pakatan PKR/DAP/PAS. Bandingkan kedua-duanya untuk menilai penerimaan pengunjung. Jika kedua-duanya ditolak oleh majoriti, bolehlah difikirkan usaha untuk mewujudkan pihak ketiga sebagai alternatif. Kalau ada pilihanraya di Perak atau Sarawak dalam masa terdekat, bolehlah pihak ketiga itu menilai pasaran.
Rasanya itulah hakikat kalau kerja-kerja kita dinilai oleh orang lain. Bukan seperti amalan kerajaan sekarang, menilai kerja sendiri
ReplyDeleteSaya terima bancian tersebut tapi with "reservation".
ReplyDeleteKalau teknik bancian dibuat secara saintifik kemungkinan keputusannya berlainan.
Asasnya ialah sama ada mereka yang membuat undian tersebut is truly representative enough to make a definite conclusion.
Sungguh pun demikian, kita boleh terima pakai bahawa trend tersebut telah memperlihatkan bahawa benchmark KPI/NKRA belum lagi tercapai kejayaannya dan masih diragui oleh segolongan besar pengundi.
Masih banyak lagi ruang untuk kerajaan meningkatkan keupayaan untuk mencapai KPI/NKRA yang lebeh cemerlang lagi.
dengan kira bodoh pnduduk malaysia
ReplyDelete26 juta? boleh kah trpakai pengundian tsbt?.kpi ka, nkra ka, apa makna kalau celaru sana sini
36000 orang india masuk tak dapat dikesan kerana voa. apa kah polisi dibuat tanpa kajian hingga timbul masaalah, banyak kelemahan
penguat kuasaan dinegara kita. entah la..
keputusan yg sudah saya jangkakan dari mula lagi di blog datuk dan mana2 blog yg telus. tidak seperti undian di website kdn beberapa bulan lalu yg beberapa lama menunjukkan undian tidak menyebelahi kerajaan tetapi dalam masa sehari saja terus berubah 180 darjah selepas mendapat liputan meluas di media. nampak sangat manipulasi tangan2 ghaib di pihak kerajaan. tahniah datuk kerana berani mengadakan undian suara hati rakyat.
ReplyDeleteAssamualaikum Dato',
ReplyDelete1. Walaupun bancian yang Dato' jalankan itu bukan mencermin pandangan rakyat keseluruhannya, tapi pada hakikatnya itulah sebenarnya yang berlaku. Mereka yang memberi undian dalam blog Dato' sememangnya memberi pandangan ikhlas. Lebih ikhlas dari yang sering dipaparkan di TV media Perdana.
2. Pandangan2 rakyat jelata yang dipapar di TV itu telah ditapis dan dipilih. Mana mungkin kalau pandangan yang mengkritik pencapaian PKI/NKRA akan dipaparkan. Cuma kita harap pihak Kerajaan dan PM sendiri mengambil maklum hasil bancian Dato' bahawa "Majoriti Kata Tidak".
3. Saya fikir sudah tiba masanya pemimpin Kerajaan (termasuk PM sendiri) memberhentikan polimik "masuk bakul angkat sendiri". Jangan lagi mendabik dada mengatakan mereka telah berjaya dalam usaha "Rakyat diDahulukan dan Pencapaian diutamakan".
4. Jangan cakap banyak sangat. Buat dan tunaikan apa yang sepatutnya ditunaikan. Tidak perlu dicanang dan dihebohkan. Tidak perlu angkat bakul sendiri. Biarlah rakyat yang membuat perhitungan mereka semasa PRU13 nanti. Rakyat tidak terpengaruh dengan polimik dan rhotorik kosong.
5. Kalau kita perhati betul2 PR dan negeri2 yang diperintah oleh PR tidaklah semegah mana. PR lebih celaru dari Kerajaan BN. Mereka sebenarnya tidak banyak buat apa2 pun. Sebab tidak banyak buat apa-apalah menyebabkan kelemahan mereka tidak ketara. Mereka hanya pandai kondem Kerajaan BN sahaja.
6. Sebaliknya Kerajaan BN ini bukanlah teruk sangat. Tapi malangnya mereka bertindak sesuatu mengikut rentak (kritikan) yang dimainkan oleh Pembangkang. Sebab itu Pembangkang dilihat hebat. Setiap kali Pembangakng menjerik, setiap itulah Kerajaan BN melatah dan ikut rentak tarian pembangkang. Sebab itulah dosa BN akan menjadi lebih ketara kerana tindakan mereka sentiasa tidak akan menepati kehendak Pembangkang.
7. Oleh itu, mulai sekarang dengan berpandu kepada rumusan keputusan Dato' pihak Kerajaan hendaklah muhasabah dan cari pendekatan baru dalam persedian menghadapi rakyat semasa PRU13 nanti.
Do our voice count..??
ReplyDeleteSdr Dan Kajang, antara lain, mengulas:
ReplyDelete"Sebaliknya Kerajaan BN ini bukanlah teruk sangat. Tapi malangnya mereka bertindak sesuatu mengikut rentak (kritikan) yang dimainkan oleh Pembangkang. Sebab itu Pembangkang dilihat hebat. Setiap kali Pembangakng menjerik, setiap itulah Kerajaan BN melatah dan ikut rentak tarian pembangkang.
Saya merujuk Saudara dan semua yang pedulikan sejarah kepada ucapan Allahyarham Datuk Onn Jaafar di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada 1951 yang berbunyi:
“Kita hendaklah menggesek biola dengan kuat akan lagu gesekan kita, jangan sampai lain orang menggesek (dan) kita hanya menari sahaja menurut lagu gesekannya.”
Melayu mudah lupa. Atau Melayu tidak ambil kira.
Tahukah Sdr yang Hotel Majestic dan kawasan sekitarnya telah difrancaiskan kepada Yeoh Tiong Lay (YTL)?
Sekadar renungan.
Terima kasih.
OKJ dan Pak Belalang anggap undian tu tak saintifik maka keputusannya kurang dipercayai?
ReplyDeleteSuka hati lah.
Merdeka Centre pun pakai talipon rambang dan temuduga mereka yang di shopping mall. Bukan ada dema pi rumah kampung, tanah rancangan, perumahan dll.
Sikap OKJ dan Pak Belalang ini mengingatkan saya kepada sikap kebanyakan pegawai tinggi kerajaan yang asyik sangat mesyuarat - nak pakai Excel atau Access untuk compile data pun ambik 2,3 kali mesyuarat belum juga selesai.
"teruk kerajaan kita la ni" response orang yang melihat gelas separuh kosong.
"banyak kerja nak kena buat kalau macam tu" response orang yang melihat gelas separuh penuh.
"itu semua bukan boleh percaya" response orang yang dalam denial.
Fed Up
Dato’ AKJ senak perut kah sebab UMNO senak perut?
ReplyDeleteKalau Kerajaan Islam Hadhari Malaysia, Dato’ senak perut sebab macam-macam ada, apa kurangnya Kerajaan 1Malaysia! Lagi macam-macam ada!
Macam-macam ada.
Macam-macam perkara yang melingkari kerajaan 1Malaysia. Bermula dengan Pemimpin No Wahid, ex No Wahid dulu-dulu tak banyak kontroversi semasa ambil alih teraju kepimpinan. Pemimpin No Wahid hari ini diselubungi pelbagai alkisah peribadi dan keluarga yang mana orang UMNO kata fitnah semata-mata. TAPI inilah politik, persepsi rakyat kerap kali tidak bergantung kepada bukti-bukti kukuh semata-mata.
Beberapa kes mahkamah sekarang ni pun dah cukup buat UMNO senak perut.
Azilah dan Sirul apa kesudahannya. Jadi ka nak gantung? Saya yang tak faham prosedur mahkamah ni dok baca dalam Utusan/Berita Harian masih tercari-cari apa motif pembunuhan Altantuya. Setahu saya,dalam kes bunuh amat perlu mahkamah menjelaskan motif pembunuhan. Apapun, kes Azilah Sirul akan terus menyelubungi UMNO. Katakan lah esok lusa nak gantung, bila tiba masa tu, emosi rakyat sekali lagi berderau dan berubah-ubah. Ni buat UMNO senak perut.
Kes Nuar dah tentu juga buat UMNO senak perut. Kes Qazaf yang ditolak atas alasan “procedure defects” ni ramai yang tak faham. Berangkai pula dengan Kes Kartika, rakyat tertanya-tanya betui ke UMNO bersungguh-sungguh melaksanakan undang-undang Syariah Islam. Sudah pasti PAS mempunyai hujah yang cukup untuk hentam UMNO. Ekoran Kes Lina Joy, sudah bertimbun fail Melayu Islam yang murtad mohon tukar nama dan agama, hujahnya dirujuk kepada Kes Lina Joy.
Kes Sodomy-Anwar-Saiful pun buat UMNO senak perut. Bila nak habis kes ni? Bagaimana penghabisannya? Katakan lah 18bulan kes ni berlangsung, maka pada hari itu adalah Jun 2011 apa keputusan mahkamah? Kalau sumbat Nuar dalam jel pun tak kena, nanti PRU 13 2012 kena balun dengan pengundi sebab persepsi pengundi sama je jalan cerita dengan kes-sodomy-Anwar-Azizan dulu. Kalau dibebas,…..wah, kemenangan moral cukup besar kepada Nuar! Ni yang buat UMNO senak perut.
Terbaru kes Pakiam vs KDN isu guna kalimah Allah. Rentetan beberapa demo-demo oleh NGO pro-UMNO dan Pemuda UMNO serta beberapa insiden Gereja dibakar, dah cukup untuk dijadikan hujah oleh peguam pihak KDN bahawa ini isu sentitif, boleh jejas ketenteraman awam(dulu masa Pakiam failkan kes tak terfikir ke?). Maka besar kemungkinanlah keputusan oleh Hakim Ban Lau berputar 180 darjah. Soalnya, apakah keputusan itu hanya boleh digunapakai di Selangor? Semenanjung Malaysia? Atau termasuk juga Sabah-Sarawak? Yang jadi UMNO sebak perutnya, di Sabah-Sarawak majoriti rakyatnya Kristian Katholik. Maka besar kemungkinanlah ianya hanya boleh digunapakai di Semenanjung saja. Apapun, hati pengundi Kristian Katholik disana sudah terguris!
Dalam Kes Pakiam vs KDN ni saya ada bertanya Dato’, bila kes ini difailkan, apakah pihak yang berwajib tidak boleh menolak kes ini dari dibawa ke Mahkamah? Bila masuk mahkamah, apakah pihak jabatan kehakiman tak boleh lantik seorang atau dua Hakim Muslim bersama Hakim Ban Lau, memandangkan kes ini melibatkan identiti Islam? (nanti keputusan 2-1,1-2 macam main bola) Atau hanya seorang hakim Muslim tanpa Hakim Ban Lau? Bukankah Hakim tu boleh ditentukan, tak seperti lambung dadu! Dan dalam prosedur mahkamah, apakah pihak berwajib tak cuba selesai kes ini di dalam Kamar Hakim ataupun di Luar Kamar Hakim? Yang saya nampak, pihak berwajib sebenarnya banyak pilihan!!
Kes Nizar-Zambry pun tak kurang hebatnya menyebabkan UMNO senak perut!
Lepas ni Kes Sensasi Masakini “Tharmendran dan Rajandran Prasad” yang main enjin jet tudm tu pun boleh buat UMNO senak perut!
Banyak lagi perkara yang buat UMNO senak perut, macam-macam ada.
YB Terengganu kata yang runtuh-runtuh tu satu rahmat, pun boleh buat UMNO senak perut!
Saya tak tahu apakah Dato’ AKJ senak perut atau tidak!
Najib menambah 1 lagi koleksi slogannya dengan judul "JUARA RAKYAT".Memang benar kerajaan menjuarai segala-galanya...yang kalah dan menjadi mangsa selalunya adalah RAKYAT!!!.
ReplyDeleteSalam Dato'.
ReplyDeleteMaaf! Ada pandangan mengatakan ramai diantara pengikut blog dato' adalah dari kalangan pembangkang hasil undian yg dibuat.Bagi saya ia tak tepat.Ada juga ramai pengikut blog ini rasa saya yg pro BN tetapi inilah pandangan kami sejujurnya.Ini termasuklah diri saya.Semakin ramai rasanya rakyat Malaysia yg tak suka berterusan menjadi pak turut.Hanya tahu angguk-angguk....geleng-geleng.Kalau sesuatu memang tak betul difikiran kita....tanya la macammanapun...ia tetap tak betul la juga jawapannya.Kalau sebaliknya(difikiran lain,mulut kata lain) tu menipu...atau hanya utk mengampu je dato'.Ada lagi ke orang yg berpendirian begitu?Sayang sungguh pada nasib Malaysia berterusan mempunyai rakyat begini.....
Malik, Klang
wah sekarang apabila kita "call a spade a spade" dilabelkan pembangkang pulak. susah sangatkah kita berlaku jujur dan menolak perkara yg kita sendiri lihat tidak betul?
ReplyDeletecontohnya slogan 'rakyat didahulukan' yg dilaung-laungkan ke hulu kehilir tetapi hakikatnya kita nampak, sebagai satu contoh jelas, harga gula sudah dinaikkan dan ada ura-ura kedengaran harga minyak akan dinaikkan lagi.
sekarang timbul lagi slogan baru yg lebih megah bunyinya iaitu "juara rakyat' yg dipromosikan ala jom heboh. berapa agaknya duit rakyat habis digunakan utk promosi slogan yg hanya manis didengar ini. jangan ingat semua promosi ini dibiayai oleh ahli politik sendiri
Salam Dato' AKJ,
ReplyDeleteWalaupun bancian ini tidak seratus peratus tepat tetapi,bagi saya, ianya cukup untuk mendapat gambaran umum tentang penilaian dan taksiran orang ramai terhadap pencapaian dan prestasi kerajaan pimpinan DS Najib sekarang.Sebenarnya rakyat meletak harapan terlalu tinggi kepada DS Najib untuk membuat perubahan dan membaik pulih keadaan yg tidak menentu dan kucar kacir sebelum ini.Pada waktu mula mengambil alih kuasa,dengan ucapan dasar yg memberi penekanan kepada slogan"...rakyat didahulukan." dan beberapa tindak awal,ianya telah memberi keyakinan bahawa harapan rakyat itu tercapai.Begitu lah harapan kebanyakan rakyat jelata.Tetapi kini ,selepas melihat hasil pencapaian sebenar,pandangan kita amat berbeza.Sebabnya ialah:
1.Usaha membeteraskan rasuah tidak nampak ada kesunggohan,keadaan tidak berubah.Amalan rasuah dalam Angkatan Tentera berlaku secara meluas.Bacalah blog "Mind NO Evil" yg membawa tajuk "VERA-E -WAS IT SENSIBLE ACQUISITION"
yg diposkan pada January 9,2010.Sila baca komenter-komenter nya sekali.
2.Masalah pendatang haram dan yg terkini kehilangan orang yg menyalah guna VOA,sedangkan perkara ini banyak kali dibangkitkan sebelum ini,tidak ditangani dengan berkesan.
3.Kes kes jenayah semacam tidak berkurangan dan tidak nampak usha yg betul betul drastik diambil untuk menanganinya.
4.Pelanggaran undang undang jalan raya cukup meluas dan tidak ada usaha yg gigih untuk membetulkan kaedaan.Anak anak sekolah yg menaiki motorsikal tampa lesen dan tampa memakai topi keledar,contohnya,begitu rsmai tampa sesiapa pun mengambil pusing.Kes merempik pun termasuk lah dalam hal ini.
5.Masalah dadah tidak ada penurunan bahkan makin bertambah.
6.Pengurangan peruntukan menyebabkan sesetengah jabatan kerajaan terpaksa mengambil tindakan yg akan menjejaskan keberkesanan fungsinya.Contohnya, hospital dan klinik kerajaan menghadkan pembelian ubat memaksa pesakit berulang beberapa kali kekelinik/hospital.Begitu juga dengan pasukan gerak am yg akan membuat operasi di sempadan,mereka diarah membuat operasi dengan kekuatan separoh daripada biasa kerana mahu mengurangkan kos operasi.Perkara ini bukan sahaja menyebabkan kurang keberkesana hasil kerja tetapi juga melemahkan semangat anggota.Sebab itulah mereka ini bercakap tentang perkara ini dan ianya diketahui orang ramai.
Bagi orang Melayu /Bumiputra pula sebahagian nya rasa kurang puas hati dengan dasar liberalisasi dan juga beberapa tindakan kerajaan yg nampaknya telah tidak memihak kepada mereka.
Pada umum nya orang ramai agak kecewa kerana Kerajaan,khususnya DS Najib tidak dapat memberi kepimpinan yg tegas,berani dan positif.Ianya nampak terlalu berhati hati sehingga ternampak semacam kurang yakin.Justeru menyebabkan beliau seolah olah bertindak mengikut rentak pembankang,khususnya Anwar.Tersilap langkah beliau akan masuk perangkap musoh seperti Tun Dollah dulu.
Askar Tua.
3.
langit biru..
ReplyDeletesenak perut ka senak teloq?
hehehehe..
minah ronggeng
Salam Dato AKJ;
ReplyDeleteKepada PM, TPM, Semua Menteri,Semua Menteri Besar, Semua Ketua Menteri,Semua Timbalan Menteri, Semua Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat.TEPUKLAH DADA TANYA SELERA. Mereka lebih MENGETAHUI.
Ingin saya petikan kata kata YM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah;
'People without integrity,honesty and morality should be prevented from holding public office.'
'If Malaysia professes to be an advance country, it had better be prepared to meet a higher standard of behavior and morality. Anything less and it run the risk of being declared a shameless sham.'
'Only Malaysian who were capable, hard working, bold and scrupulously honest being allowed to serve in positions of responsibility.'
Apakah MEREKA yang disenaraikan di para pertama mempunyai ciri ciri yang di perlukan?????? Benar benar susah kita memberi jawapan.Hanya TEPUK DADA TANYA SELERA.
Mereka semua sentiasa berselera dan kita Rakyat hilang selera kerana MUAK.
Sdr Wan Shamsudin
ReplyDeleteMasalahnya kebanyakan kita cuma sekarang ni perasan yang PM, TPM, Menteri,Semua Menteri Besar, Semua Ketua Menteri,Semua Timbalan Menteri dan Semua Ahli Parlimen Wakil Rakyat yang sdr sebutkan itu tiada integrity,honesty and morality. Tetapi dekat2 PRU nanti semuanya OK! Bukan begitu?
Sdr pakbelalang
ReplyDeleteSdr kata, "Kalau teknik bancian dibuat secara saintifik kemungkinan keputusannya berlainan."
Boleh sdr lebih kurang terangkan apa itu bancian secara saintafik?
Yang saya tahu dan sudah tulis sebelum ini ialah, keputusan KPI/NKRA yang diumumkan oleh DSN pada Nov 2009 lalu hanya menjelaskan pencapaian dan kejayaan pihak berwajib kerajaan terbabit menetapkan sasaran KPI/NKRAnya untuk keperluan penilaian 6 bulan akan datang dan seterusnya, di samping kejayaannya mengenalpasti halangan2/cabaran2/ kekangan2 yang perlu dan mampu mereka atasi untuk memastikan apa yang mereka sasarkan itu dapat dicapai kelak, atau masih peringkat pusingan awal.
Contoh halangan/cabaran/ kekangan yang dimaksudkan ialah kekurangan anggota polis, balai/pondok polis, kereta peronda polis dan motosikal polis untuk menurunkan kadar jenayah. Maknanya, keputusan KPI/NKRA pada 6 bulan akan datang iaitu bulan Mei 2010 adalah permulaan sebenar penilaian KPI/NKRA kerajaan, dan itulah yang perlu kita beri perhatian.
Dato',
ReplyDeleteKalau KPI menjahanamkan rakyat, BN memang juara,barang naik, subsidi hapus, kouta melayu hapus, biasiswa hapus, enjin hilang, stadium runtuh, PATI bertambah ramai, rasuah bercambah, jenayah meningkat, hakim boleh suap,merampas negeri, bak kata BN memang banyak menabur 'jasa' setelah lebih 50 tahun memerintah, kita tak nafikan bahawa 'jasa' yang pernah dibuat antaranya ialah meningkat taraf hidup serta hutang rakyat. Tapi Dato' kena ingat semua jasa tersebut dibayar oleh rakyat dengan gaji yang setimpal, jadi tak da istilah rakyat berhutang dengan BN atau UMNO. Tak da istilah rakyat tak kenang budi pemimpin UMNO atau BN.
Sebenarnya para pemimpin UMNO dan BN lah yang banyak berhutang dan tak mengenang budi bila mempersiakan penggal pemerintahan mereka setelah rakyat mengundi untuk mereka dan memberikan kuasa kepada mereka.
KPI kabinet haprak PM hanya dinilai oleh PM maka tentunya semuanya menepati sasaran, beranikah PM buang menteri yang gagal mencapai KPI?? Ada berani???
PM kita dah kena penyakit 'koro' sebab jumlah BN yang tak sampai 2/3 dewan.
Apapun KPI Najib akan ditentukan pada PRU-13...tunggu je la
Anak_Bota/Parit
salam anak_bota/parit 1.28am
ReplyDeleteKalau KPI menjahanamkan rakyat, BN memang juara,barang naik, subsidi hapus, kouta melayu hapus, biasiswa hapus, enjin hilang, stadium runtuh, PATI bertambah ramai, rasuah bercambah, jenayah meningkat,hakimbolehsuap ,merampas negeri, oi yop prkhara macam ni memang le belaku sebab engko ndak maju kalo peh pghentah pun cam tu juge, kalo engko nak maghah pun kalo engko tengok kelate pun ape jadah nye teghok lagi peh kewin ngan dap lingkup melayu, india kat
penang tu ape ke jadah yop , memang
le bn ade kelemahan nye tapi sekughang nye bole la subsidi sikit
tak macam tu soghi le teman bangkang yop- anak perak@pahang
Salam Dato,
ReplyDeleteSaya nak sampaikan satu message yang mungkin memeranjatkan semua dalam blog Dato.
NKRA yang dipakai oleh kerajaan tersalah konsep.
NKRA bukan objektif. Peter Drucker bersama Balanced Scorecard tidak pernah menggunakan NKRA sebagai objektif.
Saya percaya jika ini tidak dibetulkan maka semua perlaksanaan KPI dikerajaan Malaysia akan terbantut dari aspek pencapaiannya.
Tolong hebahkan kesilapan ini Dato.
Hj Arriffin 012-2786282
performancemeasures.blogspot.com