Wednesday, February 24, 2010

Blog Kita Genap Empat Tahun

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

HARI ini, 24 Feb. Genaplah empat tahun blog kita. Tampalan (posting) pertama kita berjudul “Tanda tanya di sebalik mohon maaf NST” muncul pada 24 Feb. 2006.

Rencana itu mengenai mohon maaf NST setelah menghina Nabi Muhamnad (SAW) dengan menyiarkan kartun daripada sebuah akhbar Belanda. Ia mendapat tujuh ulasan pembaca.

Kini, ada kalanya para pembahas menyumbang lebih 100 komen bagi sebuah tajuk. Terima kasih. Saya amat gembira kerana ramai pembahas semakin gigih berbahas antara satu sama lain.

Walaupun blog kita agak serius dan saya mengenakan syarat yang agak ketat kepada pembahas, namun bilangan lawatan dan komen telah meningkat dengan menggalakkan.

Blog kita tidaklah sebesar sesetengah blog popular tetapi syukur, bilangan kunjungan telah melepasi empat juta dan sejak ciri pengikut tetap atau “followers” diperkenalkan oleh Blogger.com, bilangan “followers” sudah melebihi 800 orang (810 hari ini).

Daripada nada perbahasan, khasnya mengenai tajuk politik, kita boleh membuat kesimpulan rambang seperti berikut:

1. Blog kita ini dilawati oleh semua bangsa tetapi majoritinya adalah Melayu;

2. Pelawat dan pembahas blog ini terdiri daripada penyokong kerajaan dan pembangkang, dan mereka yang tidak berparti;

3. Walaupun pembahas rata-rata mengakui diri mereka matang dan berkata rakyat kini sudah matang, tetapi ramai yang emosional, tidak bertolak ansur dan tidak boleh menerima pendapat yang berbeza;

4. Namun saya gembira dan bersyukur yang mutu perbahasan semakin meningkat dan sebilangan pembahas sudah boleh dianggap sebagai pembentuk pendapat umum yang berwibawa; dan

5. Masih ramai (atau boleh saya katakan majoriti) masih menggunakan nama samaran atau menghantar komen dengan menggunakan “Anonymous” yang tidak akan dilayan.

Namun, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pembahas dan pembaca. Moga-moga interaksi kita menjadi semakin matang dan bermanfaat.

65 comments:

  1. Tahniah dan terima kasih kepada Dato' kerana melalui blog ini sudi berkomunikasi dengan ramai kami di sini yang terdiri dari pelbagai darjat, status, bangsa dan ugama.

    Perubahan politik mencampakkan Dato' dan ditakdirkan berada dlam blog untuk terus berkomunikasi dan kami cukup bangga kerana dapat terus bercakap dengan Dato secara bebas, telus dan tanpa banyak protokol selain dari sedikit syarat dan terma yang biasa.

    Perbezaan pendapat seharusnya bukan penghalang mencari titik persamaan.

    Penulisan akan datang mungkin lebih mencabar terutama menjelangnya Pilihnaraya Umum 13.

    ReplyDelete
  2. Tahniah blog saya baru nak masuk 2 tahun.

    ReplyDelete
  3. HARAPAN SAYA SEMOGA 25 BULAN DARI HARI INI . UMNO DAN BN DAPAT PENGAJARAN APA DIA YANG DI KATAKAN... OLEH DATO A KADIR JASIN..

    SALAM ..Selamat menulis,

    ReplyDelete
  4. Anonymous8:08 PM

    Tahniah Dtk.

    firdaus

    ReplyDelete
  5. Salam Dato'

    Semoga sihat dan sentiasa dirahmati Allah.

    Tahniah di atas ulang tahun keempat blog ini yang juga telah menjangkau kunjungan mencecah empat juta.

    Dan saya juga telah link blog ini ke dalam blog saya sejak hari pertama saya menemuinya di alam maya.

    Semoga terus sukses dan kalis kritikan dari mereka2 yang emosional :)

    ReplyDelete
  6. Anonymous8:19 PM

    Datuk, TAHNIAH dan terima kasih kerana sesekali sudi memebri ruang kepada komen saya dalam blog datuk. Semoga terus maju.

    --BALANGLAMA

    ReplyDelete
  7. Da to'
    Tahniah saya ucapkan blog dah berusia empat tahun.

    Saya mula menjenguk blog dato lewat 2009 dan sejak itu saya tidak pernah ketinggalan untuk membaca setiap tulisan dato dan kadang2 turut memberi komen.

    Blog ini pilihan utama setiap kali menjenguk kedunia bloggers.Punya tulisan yang bernas.Selesa untuk membaca dan kadaangkala ayat yang digunakan ada sedikit humor membuat saya senyum sendirian.Punya komentar yang bagus memberi hujah masing2 pendek kata teruja setiap kali membaca.

    Apa yang pasti saya adalah pengikut setia"The Scribe A Kadir Jasin".

    ReplyDelete
  8. Shah Firdaus9:45 PM

    Salam Dato'

    TAHNIAH kerana telah menulis blog selama 4 tahun...saya mula membaca blog Dato' seawal tahun 2008 dan ia terus menjadi salah satu pilihan saya bagi mendapatkan pandangan berkenaan sesuatu isu....

    apakah pandangan Dato' terhadap perancangan bagi mengabungkan FELDA,FELCRA dan RISDA bagi membentuk SYNERGY PERDANA?...adakah ia akan mengagalkan tujuan asal penubuhan badan2 ini membantu golongan peneroka dan peladang?..adakah nama FELDA itu akan berkubur dan seterusnya melenyapkan segala usaha yang telah dibuat selama ini?...dengan kata lain ia menjadi sebuah badan korporat yang berasaskan keuntungan semata-mata..

    Terima kasih Dato'..kerana sudi menerima komen2 saya selama ini...teruskan usaha Dato' menulis blog...ia sangat baik...

    ReplyDelete
  9. pengkaji10:17 PM

    Salam dan Tahniah Dato AKJ,

    kepada pengulas semua, marilah kita berbahas demi kesejahteraan negara dan bukan untuk kepentingan mana mana individu ataupun parti.

    Semuga fakta dan keluhan kita akan di ambil iktibar dan di jadikan panduan oleh mereka yang di beri amanah menjadi pemimpin.

    Tanggung jawab kita bukan terhenti setakat memangkah undi.

    ReplyDelete
  10. Anonymous10:41 PM

    Salam datuk,

    saya cuma nak komen kesimpulan no.5.

    apalah ada pada nama. hakikatnya, ramai pejuang bangsa dan negara daripada dahulu hingga sekarang yang kita tak tahu namanya dan wujudnya. bukan semua orang gilakan nama dan mahu dikenali apatah lagi mahu menukar sejarah dan mendakwa diri sebagai pejuang sesuatu perkara. haha.

    yang kita risau ni, yang gila nama dan sanggup buat apa saja demi nama.

    walaupun datuk menyebut secara umum sahaja dan tidak menujukan kepada mana-mana individu secara khusus, sebagai salah seorang pembaca yang menggunakan nama samaran dalam komen, saya harap kehadiran saya di sini dapat diterima.

    salam.

    -aku bukan politician-

    ReplyDelete
  11. Tahniah Dato!

    You are the man, you inspired me alot dato! Saya punya layout pun sama dengan dato sebab saya minat dengan cara penulisan Dato!

    Harap satu hari nanti saya akan dapat menjadi penulis sebaik Dato!

    Well Done Dato!

    ReplyDelete
  12. Tamingsari10:58 PM

    Asalamualaikum Datuk,

    Tahniah. Suatu kejayaan. Mungkin kredibiliti Datuk menggalakan sambutan dari warga komentar. Saya lihat sambutan yg diberi merujuk pada tajuk yg dibincangkan.

    Bahasa yg digunakan di blog ini lebih sopan dan berhemah. Saya lebih senang membaca komen yg memberi fokus pada tajuk tanpa penggunaan kata-kata kesat yang bertentangan dengan budaya bangsa melayu.

    Terdapat juga bloggers yg terikut-ikut dan turut sama menghina bahasa sendiri. Sedih bila melihat kemerosotan moral bahasa kerana emosi politik. Saya cuba mengawal diri namun ada masa tergelincir juga. Kata orang barat, lidah berada ditempat yang basah, kerana licin ia mudah gelincir. Is slip of the tounge fault of the mind?

    Saya berdoa Datuk dan keluarga berada dalam sejahtera dan barkath.

    Dunia akan sunyi tanpa penulis berbanding tanpa penyanyi.

    ReplyDelete
  13. Tahniah Datuk, semoga sentiasa diberikan idea utk menulis dengan lebih baik...

    ReplyDelete
  14. Salam Dato,

    Menulis adalah latihan terbaik untuk menguruskan pemikiran secara teratur dan melahirkan pemikiran yang diharapkan bolih difahami olih orang lain.....


    ACTION or INACTION follows thin-king.


    Kalau orang lain menegerti tulisan tersebut, maknanya pengaturan pemikiran itu jelas.


    Ada orang setuju dan ada orang tidak setuju dengan pemikiran kita, TETAPI KITA TIDAK bolih paksa orang lain berfikiran seperti kita....


    Suami,isteri,anak-beranak tidak semestinya berfikiran yang sama,apa lagi adki beradik,kaum keluarga dll..


    Karl max,stalin dan mao dah cuba
    untuk `streamline' pemikiran ramai orang,TAPI TAK ngam juga....


    Nabi ibrahim dan nabimuhamad dan keluarga juga ada tak bersetuju...


    SO IN SHORT, to disagree is HUMAN, to agree to all is NONHUMAN, kalau bolih dikatakan NGOK dan TONGONG!!!...


    TAHNIAH DATO,KEEP ON WRITING,the brain is more powerful than nuke!!!

    Anon tu teloqless,jerit kuat tapi kat bilik mandi,garang tapi kat dapoq, pandai tapi kat TADIKA!...
    ANON GENG PERMATA!!!


    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  15. Salam Dato'..Best wishes and InsyaALLAH here's to another 10 more years of good wholehearted blogging at least. By coincidence my wife's birthday is 24 February too, so this date is easy to remember.

    ReplyDelete
  16. Congratulations! I enjoy reading your blog and I especially enjoy the colourful comments too. Its good somehow that some comments were a bit emotional but that's what makes it more interesting doesn't it even though some of it betul2 nyakitkan hati. If the comments are too professional and frigid, then it would seem so pretentious and staged. There's no normalcy to it. As long as its not seditious and carut mencarut, then I think we Malaysians can still handle emo comments.

    ReplyDelete
  17. Eddy, happy belated birthday to your wife.

    Shahimah, thank you for the kind words.

    ReplyDelete
  18. Sdr Anonymous (aku bukan politician),

    Bukan macam tu. Buka nak taja nama atau bangga diri.

    Kurang-kurang pun bagi saya, bila ada nama, walaupun nama samaran, mudahlah saya cam.

    Kalau semua pakai Anonymous, macam mana saya nak cam dan macam mana nak rujuk.

    Itupun salah satu sebab sama minta guna nama, tak kiralah nama sebenar atau samaran.

    Betullah macam kata Ramli Sarip; Aku menulis bukan kerana nama.....

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Sdr Shah Firdaus, antara lain, berkata:

    "apakah pandangan Dato' terhadap perancangan bagi mengabungkan FELDA,FELCRA dan RISDA bagi membentuk SYNERGY PERDANA?...adakah ia akan mengagalkan tujuan asal penubuhan badan2 ini membantu golongan peneroka dan peladang?..adakah nama FELDA itu akan berkubur dan seterusnya melenyapkan segala usaha yang telah dibuat selama ini?...dengan kata lain ia menjadi sebuah badan korporat yang berasaskan keuntungan semata-mata.."

    Reaksi awal saya, berhati-hatilah. Jangan kerana mahu bakul yang besar, kita masukkan semua telur ke dalamnya. Pecah satu pecah semua.

    Tengok dulu buruk baik penggabungan mega 3 syarikat ladang PNB (atas kehendak kerejaan) -- Sime Darby, Golden Hope dan Guthrie menjadi Sime Darby.

    Lagipun, kita tengok dulu apa akan jadi dengan Felda Berhad dan pembabitan besar-besarannya dalam perniagaan berasaskan ladang dan komoditi.

    Jangan tergesa-gesa semata-mata kerana hendak mencipta nama dan sejarah.

    Ini semua boleh kata aset orang Melayu. Aset Melayu tak banyak. Jadi kita kena tengok betul-betul sebelum termakan kempen M&A managers.

    Kita tahu kerajaan sekarang kurang duit. Tapi janganlah kerana kekurangan sementara ini,kita nak gabung, nak tutup dan nak jimat tak kena tempat.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  20. Sdr Shah Firdaus, antara lain, berkata:

    "apakah pandangan Dato' terhadap perancangan bagi mengabungkan FELDA,FELCRA dan RISDA bagi membentuk SYNERGY PERDANA?...adakah ia akan mengagalkan tujuan asal penubuhan badan2 ini membantu golongan peneroka dan peladang?..adakah nama FELDA itu akan berkubur dan seterusnya melenyapkan segala usaha yang telah dibuat selama ini?...dengan kata lain ia menjadi sebuah badan korporat yang berasaskan keuntungan semata-mata.."

    Reaksi awal saya, berhati-hatilah. Jangan kerana mahu bakul yang besar, kita masukkan semua telur ke dalamnya. Pecah satu pecah semua.

    Tengok dulu buruk baik penggabungan mega 3 syarikat ladang PNB (atas kehendak kerejaan) -- Sime Darby, Golden Hope dan Guthrie menjadi Sime Darby.

    Lagipun, kita tengok dulu apa akan jadi dengan Felda Berhad dan pembabitan besar-besarannya dalam perniagaan berasaskan ladang dan komoditi.

    Jangan tergesa-gesa semata-mata kerana hendak mencipta nama dan sejarah.

    Ini semua boleh kata aset orang Melayu. Aset Melayu tak banyak. Jadi kita kena tengok betul-betul sebelum termakan kempen M&A managers.

    Kita tahu kerajaan sekarang kurang duit. Tapi janganlah kerana kekurangan sementara ini,kita nak gabung, nak tutup dan nak jimat tak kena tempat.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  21. ali ahmad7:31 AM

    Salam buat Dato',


    tahniah....

    terima kasih....

    selamat menulis......

    selamat mencanai minda.....

    ReplyDelete
  22. ali ahmad7:38 AM

    Dato',

    saya rasa kerajaan tidak adil....

    ..anak mendiang Teo Beng Hock yang lahir TANPA IKATAN SAH PERKAHWINAN..telah diberi SIJIL LAHIR dengan mendiang dinamakan sebagai BAPA....

    ....apa pula kes-kes lain-lain orang yang ada anak yang lahir sebegitu....

    ....TIADA SEORANG PUN NAK BAGI SIJIL LAHIR.....

    ......SEBAB ITU, TERDESAK FIKIRAN, TERPUTUS HARAPAN, SESAT PERTIMBANGAN.............BUANG, TINGGALKAN SAJA, MACAM-MACAM LAGI....

    .........IT IS A TOTAL SHAME TO THE GOVERNMENT..........

    ReplyDelete
  23. abdullahngah7:55 AM

    Masih ramai orang tidak kenal pendirin dato Kadir Jasin.

    Mamang ramai manusia yang menjadi penghuni bumi Allah ini tidak kenal pendirian orang lain.Malah mereka juga tidak kenal ssiapakah diri mereka

    Lebih lebih lagi pada mereka yang sudah termakan budi.

    Sehingga ada yang sanggup berkata, biarkan, biarkan biarkan dan tinggallah aku disini.

    Alangkah benarnya apa yang pernah dinyatakan oleh Rasulullah SAW, bahawa manusia tidak akan berubah jika usianya sudah melebih 40 tahun.

    Kita boleh lihat ke dalam kotak diri sendiri.

    Kalau mereka duduk dalam UMNO mereka akan mati dalam UMNO juga, hatta UMNO jelas merupakan wadah pengkhianat bangsa dan agama.

    Lebih lebih lagi bagi mereka yang sudah lama mndapat habuan manfaat diri sendiri. Hatta telah dibebani hutang atau makan riba sekalipun.

    Sedangkan Allah jelaskan orang yang mati tinggal banyak hutan tidak akan masuk syurga.

    Demikian juga makan riba mereka kekal didalam neraka. Tapi mereka tetap dengan pendirian mereka yang jelas salah. Seolah olah tidak kenal permata dan kaca.

    maaf kerana nampak keras dan kasar dan pahit, tetapi pahit itulah ubat untuk kita kembali kejalan yang lulus.

    berkatalah benar walaupun ia pahit.

    ReplyDelete
  24. Salam Dato'

    Tahniah!

    ReplyDelete
  25. Sekalung Tahniah !

    saya & ramai pembaca the scribe menemui keserasian di sini.

    ReplyDelete
  26. Salam DAKJ

    Saya pun nak tumpang sekaki ucapkan tahniah pada Dato’ dan juga terima kasih kerana dapat menempel dekat blog ni dan memberi sedikit pendapat yg tak seberapa. Sebagai penumpang yg menumpang di blog ni, saya akan jalankan tugas sebagai penumpang iaitu dalam erti kata lain, tak lawan tauke.

    Saya pun sebenarnya tak berminat nak berdebat dengan sesiapa bila dah tua-tua ni. Seperti Dato’ juga, saya hormati semua pendapat dalam blog Dato’. Cuma yg tak sedap sikit bila ada pembahas yg suka buat tuduhan melulu dan percaya kepada khabar angin serta fitnah. Dan yg paling saya tak suka bila ada juga yg tak tahu apa yg dia tak tahu tapi buat buat tahu. Lepas tu berbincang sesama sendiri antara orang yg sama sama tak tahu. Bak kata pepatah; A houseman consults another houseman and the conclusion will be “continue the same”.

    Maaf lama tak beri komen. Outstation. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  27. Tahniah Dato'

    i am an ardent follower of this blog. The ideas that you've thrown so far are well-thought and objective.

    Keep up the good work.

    ReplyDelete
  28. Anonymous9:08 AM

    Noted Datuk. Saya setuju.

    Samaran aku bukan politician saya ni adalah berkaitan dengan kesimpulan no. 2 post datuk.

    saya bukan orang yang berparti. saya orang yang sayangkan bangsa dan tanah air saya, termasuklah rakyat malaysia berbangsa lain yang taat setia kepada negara (agama sudah tentulah saya sayang juga, paling sayang, agama ni kena sebut datuk, kalau tak nanti ada orang soal saya ni bangsa dulu ka agama dulu)

    dan inilah dilema saya sebagai orang melayu ni datuk, bila saya tegur saudara di dalam bn dia kata saya orang kampung sebelah, bila saya tegur saudara di dalam pr dia kata saya orang kampung lain. sudahnya, di blog datuk ni lah saya membawa diri meluahkan apa yang terbuku di hati.

    Maaf datuk saya merapu tak tentu hala ni. Sekadar salam perkenalan dari anon untuk datuk dan semua reader blog datuk.

    Akhir kalam, seperti rakan-rakan lain, saya juga mengucapkan tahniah kepada datuk untuk blog yang menjangkau usia 4 tahun ni dan harap datuk akan dirahmati dengan kesihatan dan masa untuk terus menyumbang melalui penulisan datuk terutama yang menyentuh isu-isu yang kritikal. I like ;].

    salam

    aku bukan politician

    ReplyDelete
  29. Salam,

    TAHNIAH BUAT PENULIS KEGEMARAN SAYA SEJAK ALAM SEKOLAH :)

    Ikhlas cakap saya sendiri mula teragak hati hendak jadi blogger kerana terpengaruh dengan blog Tok Kadir :)

    Blog saya (http://www.fendy1982.blogspot.com) bermula akhir 2006, semuanya kerana 'meniru' rentak Tok Kadir.

    Tiru yang baik rasanya tak salahkan Tok ...

    TERIMA KASIH BANYAK BUAT TOK KADIR kerana berkongsi ilmu juga pandangan kritis bersama-sama di sini.

    ReplyDelete
  30. Anonymous10:31 AM

    Pak Ngah.....

    Tahniah! Saya amat berbangga kerana blog Pak Ngah dah survive empat tahun. Kalau dalam dunia perniagaan siapa yang dah survive dan dapat buat odit tiga tahun selalunya peluang survival dan terus maju adalah lebih tinggi.

    Arwah ayah saya pernah berkhidmat di RISDA dan juga FELDA. Banyak cerita dalam yang saya ketahui terutama sekali penyelewangan dalaman yang dibuat oleh pihak atasan dan pengurusan sendiri. Dengan itu saya berani memberi feedback mengenai tajuk ini.

    Selagi kita orang Melayu yang memegang pengurusan tak pegang AMANAH dan selagi kita orang Melayu yang memegang tampuk kepimpinan tidak FATANAH dan selagi kita orang MELAYU yang memegang pentadbiran tak TABLIGH dan selagi kita orang MELAYU tidak SADIQ maka dengan itu, saya berani megatakan kita tidak akan ada kebudayaan cemerlang sebagai satu ummah yang berteraskan ISLAM.

    Doesn't mean you are big you are effective or efficient and along the years we have wasted so much of our resources that we bankrupted ourselves to the point that we cannot feed ourself to be self sufficient and have to import food billions worth per year inspite of being BLESSED with a beautiful country with tons and tons of resources and no natural calamities like typhoon, hurricane, volcanoes or earthquake.

    Betapa tidak bersyukur bangsa kita dan tidak cerdik bangsa kita dan betapa "complacent" bangsa kita.

    Salam Pak Ngah...semoga di panjangkan umur dan dikekalkan kesihatan untuk memperjuangkan dan memperpanjangkan kemerdekaan dan kedaulatan bangsa kita bukan sahaja dari segi JASAD termasuk juga dari segi AQAL, ROH dan juga QALB walau pun megguna QALAM....memalui laman blog Pak Ngah.

    Keturunan Jebat.

    ReplyDelete
  31. Congratulations, Dato' !!
    Hopefully, you will get more hits per day people reading your blog.

    I suggest you have your own personal KPI to gauge the popularity of your blog.

    ReplyDelete
  32. langit biru11:02 AM

    Tahniah Dato' dan terimakasih menyiarkan pendapat tak seberapa dari saya sejak 4 tahun lepas. Seingat-ingat saya, hanya 3 tulisan saya tidak disiarkan Dato' dalam jangkamasa tersebut.

    Semoga Dato terus menulis. Harapan saya, tulislah pula hal keagamaan, kesedaran bangsa, penyatuan ummah yang ada unsur dakwah....insyaAllah untuk saham akhirat.

    ReplyDelete
  33. Dear DAKJ,
    Congratulation on your blog's fourth 'anniversary'. Actually I had been following your writings since long time ago through your weekly column 'Other Tots' in NST , when blogging was non-existent. Now, with the help of the internet, people can interact with you on what you write, which is a good thing for everybody, provided the interaction is based on rational and intellectual thinking and also based on facts.People can differ in their views about certain issues, most probably because of differences in their social,religious, educational and political backgrounds but just because we do not agree with the view of someone else, we should not bring down the quality of the discussion and debate through name calling, unnecessary sarcasm, or belitling the other person as I have seen in some other blogs.
    It is not that I agree with everything that you had written in your column and blog.There are similarities in my background and yours but there also differences.As an example while I am of your age and have a similar rural-agricultural socioeconomic backround, career-wise I was in the civil service while yours was in journalism.Therefore the way I look at things, like it or not, are also coloured by my civil service experience.When I make postings in your esteemed blog ,I do not expect you or others to agree with my viewpoints, although it would be a bonus if you or others do. My only expectation is for people to explore all positions on any issue , especially controversial ones,before we come up with a conclusion. Some times our mindset has been conditioned too long to look at things along one perspective only that we refuse to accept that there could be many many and much more plausible ways of analysing things.This is very true in politics, sad to say.
    It is within this context that I hope I can contribute to making your blog a high quality and much respected blog that can really influence the thinking of people in power in the country. Wallahu waalam.

    ReplyDelete
  34. Anonymous11:25 AM

    Satu lagi dato' dah 'miss'..

    Sekarang you pon dah boleh terima kritikan dan teguran, tidak seperti dulu masa dok dalam NST macam 'protected spesies', tak siapa boleh sentuh!


    minah ronggeng

    ReplyDelete
  35. cool findings dato...keep on blogging...

    ReplyDelete
  36. Bleacher12:04 PM

    Dato Tahniah Sebesar besarnya. Hope many more blogging years and intellectual discussions can be held in your blogsphere.

    BTW. Tak nak ke host gathering for your fans? Rasa ramai would come walaupun kena "pay your own food and drink".

    ReplyDelete
  37. Anonymous12:11 PM

    Dato

    Semakin kita usia.
    Harap harap kita matang pemikiran juga.
    Dunia diluar Malaysia semakin besar serta kembang maju.
    Kalau kita dibawah tempurung saja maka tak dapat fikir waras.
    Berbagai bangsa serta manusia.
    Negara negara yang dulu mundur sekarang makin jadi superpower.
    Kini ada yang digelar IT powerhouse dunia.
    Mata kita mesti buka dan terima hakikat dunia baru.
    Untuk berkembang kita mesti buka minda selalu.

    Wahab

    ReplyDelete
  38. "HAPPY 4TH ANNIVERSARY TO THE SCRIBE A KADIR JASIN"

    May this blog thrive with time and tide.
    May Allah bestow you a long and healthy life.
    May you not be void of ideas to write.
    Carry on, carry on my mentor... The Scribe.

    ReplyDelete
  39. mtgbertam1:08 PM

    Seharusnya di Parlimen juga begini. Walau sesama parti, namun bila sesuatu perlaksanaan yg baru hendak dimulakan, MP kena bahaskan dengan pengalaman dan profesionalisma masing2. Walaupun bercanggah sedikit dengan parti, demi kepentingan rakyat MP kena berani bersuara. Trend ini tidak berlaku di negara kita, tapi menjadi amalan di negara maju.
    Contoh, PPSMI, kenaikan tarif keperluan asas, dasar pendidikan, dasar penswastaan dan sebagainya. Mentaliti parti pemerintah menganggap parti pembangkang seolah parti haram, musuh, pengkhianat. Sampai bila pun rakyat tidak akan mendapat yang terbaik.

    ReplyDelete
  40. Shah Firdaus1:32 PM

    Salam Dato'

    TERIMA KASIH kerana menjawab pertanyaan saya dengan begitu cepat dan baik sekali...

    kalo bole untuk post Dato' seterusnya boleh menulis dengan lebih lanjut bukan sahaja berkenaan cadangan pengabbungan ini, tetapi lain-lain manfaat penggabungan seperti synergy drive(sime darby)dll..jangan terkejut plak kalo lepas ne agensi lain seperti mara,uda,tekun dll digabungkan untuk membentuk satu konglomerat..heh..

    ReplyDelete
  41. Dato' The Scribe,

    At 4.07mil.. you are already in the 'big brothers club'.. a million plus per year & at approximate 2,800 visit per day or roughly 120 per hour..that just to show and gauge your influence in this blogsphere..

    Quality & integrity does matter after all..
    Keep up the good work.. as for my unpublished comment(s).. i understood well..

    Biasalah, darah muda..selalu juga main terjah..dah berdarah baru nak mengadah..bukan mengalah..

    Saya dah dididik, kalau org tua kerling mata semacam saya dah faham pasti ada yg tak betul kita buat..kalau yg kerling mata juling berpusing tu lain kira.. itu mungkin org tak senta.

    (",)

    ReplyDelete
  42. Salam Dato' dan rakan pembalas yang menimbulkan isu cadangan pengabungan FELDA, RISDA dan FRLCRA berikut.

    "apakah pandangan Dato' terhadap perancangan bagi mengabungkan FELDA,FELCRA dan RISDA bagi membentuk SYNERGY PERDANA?...adakah ia akan mengagalkan tujuan asal penubuhan badan2 ini membantu golongan peneroka dan peladang?..adakah nama FELDA itu akan berkubur dan seterusnya melenyapkan segala usaha yang telah dibuat selama ini?...dengan kata lain ia menjadi sebuah badan korporat yang berasaskan keuntungan semata-mata.."

    1.Saya antara kakitangan FELCRA yang terlibat dalam penyediaan kertas kerja penswastaan FELCRA.

    2. Antara tujuan penswastaan FELCRA ialah untuk mengurangkan kos pengurusan yang tinggi bagi meningkatkan produktiviti.

    3. Namun atas sebab tertentu saya memilih untuk meninggalkan FELCRA.

    4.Ikut teori pragmatik pemodenan perancangan dan pembangunan serta peningkatan pengeluaran Barat, sepatutnya pembangunan orang Melayu di kawasan luar bandar dimulakan dengan sebuah agensi pembangunan umum dan setelah mencapai tahap pemodenan pembanganan yang diinginkan ia baru disusuli dengan pengwujudan beberapa agensi baru yang mempunyai kepakaran bidangan masing2 seperti yang diiliki oleh FELDA, RISDA dan FELCRA itu.

    5.Jika benar FELDA, RISDA dan FELCRA dicadang untuk digabungkan pada masa ini ia, bagi saya, lebih kepada tekanan pengurangan kos pengurusan tiga agensi tersebut yang sememangnya tinggi!

    ReplyDelete
  43. Tok Kadiaq


    "A wonderful emotion to get things moving when one is stuck is anger. It was anger more than anything else that had set me off, roused me into productivity and creativity."
    -Mary Garden

    TERIMA KASIH BANYAK BANYAK PASAI BAGI RUANG LEPASKAN APA YANG TERBUKU DIHATI!

    TAHNIAH

    ReplyDelete
  44. Anonymous9:31 PM

    Datuk,

    Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga daripada saya seorang insan kerdil yang dahulu hanya termampu bersuara tapi tidak didengari.

    Blog Datuk ini telah dapat menggemakan suara saya yang selama ini begitu terpendam dan menjadi geram di dalam hati.

    Terima kasih Datuk kerana melalui blog ini juga saya dapat menimba ilmu dan pengetahuan dari pandangan bernas yang diberikan oleh beberapa pengomen seperti kluangman, pak belalang, saji, affendi hussein, okj, mustafa ong dan ramai lagi. Tak lupa juga dengan Mat Tunjang Enterprise yang selokanya walaupun penuh jenaka tetapi sarat dengan isu yang berisi. Sayang sekali ... Mat Tunjang Enterprise sudah tidak bergerak aktif di blog ini.

    Saya harap Datuk dapat terus memberi pendapat dan teguran yang berani terutama terhadap pembesar-pembesar negara. Tidak ramai blogger yang berani menegur secara "direct" sepertimana yang dilakukan oleh Datuk; lebih-lebih lagi apabila identiti boleh dikenali.

    Terima kasih dan tahniah dari saya sekali lagi.


    -sinbad-

    ReplyDelete
  45. Congratulation Datuk

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum Dato',

    Congratulation Dato' kerana dah genap 4 tahun. Nampaknya dah lama Dato' tak keluar cerita nostalgia. Semasa di SAHC dulu. Bolehlah saya tumpang masuk cerita saya sama.

    Tahniah sekali lagi Dato'.

    ReplyDelete
  47. Salam Dato,

    Mungkin saya antara ribuan peminat blog Dato'. Saya meletakkan blog Dato' antara 5 terbaik dari jutaan blog yang wujud di alam maya ini.

    Walaupun jarang memberi komen, tapi saya tidak pernah 'miss' untuk membaca setiap entry terkini Dato.

    Apa yang menarik tentang blog ini adalah keinginan dan kesudian empunya untuk mewujudkan komunikasi 2 hala dengan menjawab soalan di ruang komentar adalah sesuatu yang cukup istimewa. Terutama bagi golongan marhaen seperti saya.

    Teruskan berkarya Dato' untuk kebenaran. Sesungguhnya ianya adalah ibadah. Walaupun kekadang kita berselisih pendapat, tetapi itu adalah nikmat kurniaan Tuhan dan kita patut meraikannya.

    ReplyDelete
  48. YBhg Dato'

    Assalamualaikum. Tahniah saya ucapkan kepada Dato'. Kejayaan blog Dato' ini adalah kerana Dato' membenarkan "free flow of ideas".Seandainya Dato' menampakan terlalu berat sebelah dalam menapis penulis ianya pasti tidak boleh bertahan.Saya lihat penulis kita berfikiran matang dan tidak terpengaruh dengan tajuk perbincangan tetapi akan tetap meluahkan isi hati mereka walaupun berbeza dengan pendapat orang lain.

    Sekali lagi tahniah dan semoga kejayaan Dato' bukan sahaja kekal tetapi juga meningkat ketahap yang lebih cemerlang.

    Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
    Petaling Jaya

    ReplyDelete
  49. Tahniah Dato

    Saya suka blog dato kerana banyak ilmu.

    Mudah-mudahan usaha dato di berkati Allah

    ReplyDelete
  50. Salam Kasih dan Sayang
    Dak,
    Izinkan.

    Syukur alhamdulillah kehadrat Allah swt dengan kurniaan NYA, blog The Scibe kini menjangkau 4 tahun.
    Semoga Allah swt melimpahkan ZAT Sempurna NYA agar Datuk sentiasa sihat walafiat dan terus menyumbangkan ilmu dan pengetahuan kepada anakanda rakyat negara tercinta kita.

    Kami belum selesai menuntut ilmu pengetahuan.

    Alfatihah, Amin.

    ReplyDelete
  51. Anak Johor4:45 AM

    Salam dan Tahniah Dato kerana sabar melayani pelbagai kerenah manusia.

    Persoalan saya kalau dato sudi menjawab :

    Apakah niat kita sewaktu memberi pendapat sedangkan kita tahu bahawa isu politik kebanyakkannya adalah subjektif?

    kepada rakan blogger :

    Banyakkan membaca dan mengkaji bila kelapangan sebab setiap ayat yang akan keluar kelak mencerminkan peribadi diri anda sendiri

    Bila kita memberi pendapat walaupun dari pandangan dan sudut yang berbeza niatnya biarlah demi kesejahteraan dan kemakmuran negara serta anak cucu kita kelak.

    pandangan yang berbeza (kalau di baca atau tulis dengan tenang )
    inilah yang akan menjana minda kita agar menjadi lebih kreatif dan akhirnya menjadikan kita manusia yang bertanggungjawab sekurang kurangnya kepada diri dan keluarga kita.

    wassalam

    ReplyDelete
  52. Semoga Dato' dirahmatiNYA dengan usaha dan kebolehan (kemahiran) yang ada.
    Syabas dan tahniah di atas kejayaan ini (Saya sependapat dengan YM Raja Abdul Rahman b Raja Mohd Dain, PJ).

    -Pengunjung Setia Nat Rabu Tanah Merah Pendang.

    ReplyDelete
  53. salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog.. :)

    ReplyDelete
  54. Anonymous4:56 PM

    Saji,

    Dulupun Synergy Drive diusulkan atas alasan kos pengurusan (selain produktiviti pengeluaran) tapi kini mahu di pecahkan semula.

    Teringat juga saya akan BERNAS. Sebelum penswastaan, adalah agensi yang membeli dari pesawah tempatan dan mengedar beras tempatan. Kini aktiviti utama BERNAS adalah mengimport dan mengedar beras dari luar.

    Perasan tak makin banyak sawah tinggal? Perasan tak kita kini pengimport bersih beras? Sebagai anak Kedah yang dulu dikenali sebagai negeri Jelapang Padi, DAKJ mungkin lebih arif.

    Sebagai bekas pekerja Felcra, harap sudi berkongsi, kenapa kos yang ditanggung sekarang ini tinggi.

    Kalau nak kaji, baik kita ada info yang cukup.

    Fed Up

    ReplyDelete
  55. DingDong8:17 PM

    Salam Dato

    Tahniah.Blog Dato sama mcm NST dulu.NST skang sy dah x bukak.Kureng sket.Saya bukak Utusan&The Star&Malaysia Today.Terpaksa baca semua bcz each site cerita bias.Bazir masa sebenarnya, kan senang kalau semua cerita both side of the coin.Rakyat Malaysia ni suka amek side agaknya.Negara moden & maju neutral ni 1/3.Insyaallah Malaysia pun akan bergerak ke arah yg lebih baik.

    Saya harap Dato dapat tulis lebih lanjut lagi tentang felda,felcra & risda.Susah betul kerajaan sekarang ni.Dia bagi insentif tuk penternak2 usahakan ternakan.Nak galakkan rakyat Malaysia aktif dlm agri industry.Tapi Felda agensi kerajaan masuk bersaing dalam local market.Harga Felda tentu lebih murah.Mcm mana kereta F1 lumba dgn Proton mak saya.Mmg la awal2 lagi dah kalah.Dulu bising2 masa perhimpunan UMNO.GLC jgn saing dgn peniaga SME.Saya bukan Melayu mudah lupa.

    Undi Felda lagi penting kot berbanding org2 x berparti mcm sy ni.Saya bukan apa cuma kesian dekat mak saya yang guna semua simpanan dia hampir RM2 juta utk projek ternakan dia 10 thn dulu.30 tahun dia kerja menternak.Dahla la syarikat awal dia konco2 Menteri dah sebat.

    Mak saya x mintak pun projek kerajaan atau tender2.Tapi bila Felda pun jual ternakan byk ladang2 tutup/xde business.

    Bila ramai org komplen baru la nak flop.Apa strategic planning Felda lately.Nak ligan international market ke local glory?Kalau nak focus local market x payah la BN duk canang sana sini.Pertanian itu perniagaan.Mmg la betul utk kroni BN!

    Mak saya suruh jgn balik kerja Malaysia.Kakak saya pun dah masuk anak ke 5 x balik jugak.Kami setuju Malaysia ni bagus utk org yg ada cable sahaja atau berparti.

    ReplyDelete
  56. Anonymous12:01 AM

    Salam Maulidur Rasul
    Buat pemimpin dan rakyat Malaysia

    moga terbuka hati
    moga dibukakan hati
    moga dilembutkan hati

    menyayangi Rasullullah
    mengikuti amalannya
    mengikuti sunnahnya
    menjauhi larangannya
    menjauhi tegahannya
    mencontohi akhlaknya

    moga kita mengingati:
    yang terkuat akan mati
    yang terhebat akan mati
    yang tertinggi akan mati
    yang terendah akan mati
    yang terkaya akan mati
    yang termiskin akan mati
    yang terpengaruh akan mati
    yang terzalim akan mati
    yang terpandai akan mati
    yang terkenal akan mati
    yang terkejam akan mati

    Firaun terhebat. sudah mati!
    Qarun terkaya. sudah mati!
    Sukarno terkenal. sudah mati!

    Bila dah mati:
    tak boleh hebat lagi
    tak boleh kuat lagi
    tak boleh zalim lagi
    tak boleh sanggah Quran lagi
    tak ada pengaruh lagi.
    tak boleh menimbun harta lagi.

    Kira umur sendiri
    makin lama makin pendek
    makin lama makin dekat
    bau tanah kubur makin kuat
    jarum jam umur tak akan berhenti


    minah ronggeng

    ReplyDelete
  57. Puyot1:09 AM

    Tok,

    Bravo Aleik! Teruskan berkongsi dengan kami.

    ReplyDelete
  58. Datuk AKJ,

    Tahinah! Bila Datuk nk buat tampalan pasal makan-makan lagi? dulu ada jugak datuk cerita pasal makanan sana sini.. saya ni kuat makan ulam..sama la macam datuk..

    ReplyDelete
  59. Salam DAKJ

    Karangan bercuti ke negara jiran

    Harini saya ada terbaca dalam harakahdaily mengenai rombongan Pemimpin PAS sekali lagi ke jiran selatan kita. Saya bersetuju dengan lawatan tu sebab dapat membuka mata pemimpin-pemimpin kita. Cuma kalau lawatan dulu dibawanya ke muzium Melayu, kalini harap-harap tidaklah.

    Harap-harap diadakan sesi soaljawab semasa disana sebab kita boleh dengar apa mereka cakap tapi kenalah selidik dulu sebelum percaya. Antaranya ialah macam mana jumlah muslim Cuma 16% dalam jangkamasa 50 tahun? Adakah ramai yg dah murtad ke? Atau kebanjiran warganegara kafir baru? Apa dah jadi dengan kesultanan melayu di sana? Betulke Cuma 2 orang je anak melayu (atau tak sampai 5 orang) yg berjaya masuk medic di universiti disana? Berapa peratus Melayu yg jadi Doktor, Jurutera, Lawyer, Arkitek dan lain-lain badan professional? Berapakah rizab harta orang Melayu di sana? Dimanakah kebanyakan Melayu tinggal disana? Ada buat lawatan ke kawasan tersebut? Macammana pergaulan remaja Melayu disana? Berapa orang YB Melayu disana? Apakah kekuatan YB Melayu dalam menentukan perlembagaan di parlimen? Dan sebagainya.

    Lepastu, buatlah post mortem dan kesimpulan dari lawatan tersebut. Kemudian buat perbandingan secara statistic berbentuk analysis (The analytic Statistics) dengan Malaysia. Dan yg terakhir dan terpenting, bentangkan kepada rakyat semua apa keputusannnya. Barulah dikatakan pemimpin yg ada kelas dan standard pemimpin. Kalau sekadar laporan kosong macam karangan sekolah rendah bercuti di negara jiran, tak payahlah. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  60. Sdr Fed Up

    Sebagai bekas pekerja Felcra, harap sudi berkongsi, kenapa kos yang ditanggung sekarang ini tinggi.

    1. Saya memiliki kebun pesaka kelapa sawit seluas 2 1/2 ekar di Gersik, Muar. Ia diurus oleh adek ipar saya secara sambilan bersama2 lain2 kebun ada beradek saya 9 orang di kawasan berhampiran melibatkan tanaman getah.

    2. Setiap tahun kalau harga sawit dan getah tinggi kami adek beradek boleh dapat sekitar RM1,200 dan ketika rendah sekitar RM 700 setelah ditolak kos mengurus adik ipar saya 12 peratus membabitkan urusan mendapatkan pekerja membersih, membaja dan menoreh getah dan menuai sawit, dsb.

    3. Maknanya pendapatan seakar kebun2 adek beradik saya tersebut sekitar RM 300 seakar semasa harga rendah dan sekitar RM500 yang tidak dinafikan mempunyai produktiviti tinggi dek kos pengurusan yang rendah, berbanding dengan pendapatan seekar yang diberikan oleh FELCRA selama ini.

    4. Mengenai persoalan kenapa kos yang ditanggung/pengurusan FELCRA tinggi? Yang saya tahu, walaupun kakitangan FELCRA sudah dikurangkan semasa diswastakan dulu, tetapi gaji dan elaun kakitangan FELCRA sejak diswastakan banyak lebih tinggi berbanding dengan sebelum diswastakan.

    ReplyDelete
  61. the only blog yang saya tak pernah miss baca. Keep it up Dato'. Now wpun saya berniaga di Jakarta, namun saya tidak pernah mau ketinggalan membaca beberapa blog yg ada dan your blog is always the first one yg saya buka...kalau2 ada perkara terbaru yg Dato; akan sampaikan dan beri pandangan. Semoga Allah SWT akan sentiasa memberi Dato' dan keluarga kesihatan dan kemewahan agar dapat meneruskan blog yang bagus ini.

    ReplyDelete
  62. Salam Dato'

    bila Dato' menceritakan kisah lama, teringat saya satu ketika semasa saya di Form 2. Arwah ayah saya adalah bekas Pengarah salah satu badan kerajaan. Semasa hayatnya saya melihat perbezaan sikap antara pengarah jabatan kerajaan sekarang dan dahulu ( Tahun 70an ). Boleh dikatakan masa itu arwah bapa saya memang seorang yg disegani dan berpengaruh namun dia tetap dengan sikapnya berpegang kepada amanah Allah SWT. Pernah satu ketika seorang wakil Rakyat ( off courselah BN dan semestinya UMNO ) datang ke rumah meminta bapa saya mengambil 3 unit rumah murah rakyat agar dapat disewakan untuk keuntungan peribadi. Wakil Rakyat tersebut telah menyiapkan kuota untuk ayah saya. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata ayah saya kepada wakil Rakyat tersebut. " YB...kerajaan sediakan rumah murah ini untuk rakyat yang susah dan tiada rumah agar mereka dapat memiliki rumah. Jika saya terima cadangan YB, bermakna saya akan menyusahkan rakyat yang susah, sedangkan saya sendiri sudah ada rumah. Betul lah YB ni wakil Rakyat kepala lembu". Itulah kata-kata yang disampaikan oleh arwah saya dan hingga kini saya mengingatinya dan menyebabkan wakil rakyat tersebut berlalu dengan malu. Agaknya Dato', berapa ramai kini wakil rakyat kepala lembu yang disebut oleh arwah bapa saya itu?????

    ReplyDelete
  63. After about a year of hibernation, I'm making a comeback dato'! Watch my posting soon....

    ReplyDelete