Thursday, April 15, 2010

Lagi Wakil Rakyat PKR Keluar Parti

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 17 April] -- CALON Hulu Selangor, BN P. Kamalanathan, PKR Mohd Zaid Ibrahim, bebas V. Chandran dan Johan Md Diah.

[Posting Asal]

IMEJ dan integriti PKR menderita satu lagi tamparan di saat-saat ia menghadapi ujian genting mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil 25 April ini.

Kecelakaan terakhir ini berlaku apabila Ahli Dewan Undangan Negerinya bagi kawasan Bakar Arang, Kedah, Tan Wei Shu, keluar parti dan mengisytiharkan diri Adun bebas.

Laman berita Malaysian Insider memetik Tan sebagai berkata dia keluar PKR kerana kecewa dengan kepemimpinan parti yang didakwanya telah memperalatkan beliau untuk kepentingan beberapa orang individu.

Tan, seorang pengamal perubatan tradisional Cina, digugurkan daripada Majlis Kerja (Exco) kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Pas 10 Mac lalu dan digantikan oleh Tan Show Kang, PKR Sidam.

Peletakan jawatan dua PKR dan seorang Adun DAP awal tahun lalu menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Dengan peletakan jawatan Tan, PKR sudah kehilangan lima kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen sejak pilihan raya umum 2008, termasuk sebuah akibat pemecatan iaitu Kulim Bandar Baru apabila Zulkifli Nordin disingkirkan atas tuduhan melanggar disiplin parti.

Ini tidaklah menghairankan kalau kita sedari asal usul PKR. Ramai wakil rakyat PKR terdiri daripada pelompat parti dan mereka yang mempunyai ideologi, matlamat dan cita-cita yang berlainan dan bertentangan.

Serentak itu, bilangan pengasas asal parti itu yang terdiri daripada penyokong setia Anwar Ibrahim dan penggerak Reformasi sudah menjadi kelompok minoriti.

Kumpulan yang lebih menonjol dalam PKR kini adalah pelompat-pelompat dari BN, bekas tokoh-tokoh korporat naungan BN dan individu yang mempunyai agenda peribadi.

Bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, PKR dilaporkan akan meletakkan bekas pembesar Umno yang juga Menteri Kabinet Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Zaid Ibrahim, manakala BN akan mencalonkan Ketua Perangan MIC, P Kamalanathan.

Nota kaki: Tolong ambil maklum sebarang ulasan yang “keterlaluan” mengenai Zaid mungkin tidak dapat saya siarkan kerana kes samannya terhadap saya akibat tulisan dalam blog ini berada di mahkamah.

109 comments:

  1. Parti PKR akan terkubur sebelum PRU 13. Anwar akan terus mimpi di siang hari.

    Najib sudah nampak bunga-bunga yang beliau adalah Perdana Menteri yang boleh diterima rakyat. Ratingnya semakin hari semakin meningkat. Syabas, Najib.

    Hanya satu perkara yang mungkin akan menjadi faktor yang menghalang Najib dari terus menyerlah. Iaitu faktor isterinya ROSMAH.

    Jika Najib dapat menempatkan isterinya ketempat yang sepatutnya sebagai "first lady", itu adalah yang sebaiknya untuk Najib.

    Ketika ini persepsi rakyat terhadap Rosmah tidak begitu disenangi kerana beliau dianggap seolah-olah cuba menonjolkan dirinya lebeh dari Najib.

    Ini adalah pandangan saya. Mungkin tidak ada kebenarannya.

    Mungkin perkara ini dianggap remeh tapi saya rasa kesan negatifnya tentu ada terhadap Najib.

    ReplyDelete
  2. tok.. apa habaq..

    tok..apa kata saya nk mintak tok tolong saya. pertolongan tok tu saya terima sebagai HADIAH TERBESAR TOK KEPADA SAYA..

    "nak minta tok bercerita dan menulis KISAH KASIH SEORANG BONDA KEPADA ANAK NYA''

    saya nak kongsi bersama bonda saya..hadiah tok.

    salam.

    lemas dah dengan politik malaya ni

    ReplyDelete
  3. mantan ahli pkr10:06 PM

    Dah nama pun PKR.......... Pakat Keluar Ramai ramai.

    Saya dah malas nak ambik tahu bab PKR ni. Cukup lah tahun 1998 dulu dok kena simbah air, kena katuk belantan etc etc etc. tapi untuk rakyat yang berkorban, indah khabar dari surat khabar.

    Saya lihat Anwar ini tak lebih dari soapbox speaker.

    ReplyDelete
  4. Salam Dato,


    Acuan PKR ialah untuk `orang-orang antiestablishment' asal apa gomen kata dan buat semua tak bolih diterima...credit is not due to any good deed, no matter how small.
    ASAL TAK SETUJU SUDAH!!..


    What Malaysia needs is a nation building constructive opposition, but not destructive forces,destro-ying everything and messing up everythings...and DREAMS AN INSTANT NEW NATION,INSTANT FAITFUL CITIZENS AND INSTANT ECONOMY BOOM... itu semua khayalan dan delusi.....


    MEE MAGGII pun kena tunggu pokok gandum tumbuh,dituai,buat tepung,beli,angkut,dikilang,tambah itu ini baru dibungkus, dah tu kena panaskan air dan letak mee tu baru bolih dimakan sebagai mee..walaupun dipanggil instant mee,tapi tak laa spontante-nous ..........


    THE WORLD is gradually findings the old ways of governing...slower
    pace, alot of deliberation, debate on pros and cons and giving pointers to the government of the day....kalau rajin membaca trends tulisan dan komens penulis di barat sekarang,terdapat pattern tulisan dari the extreme leftist to the extreme rightist, dan diantara kedua polar ini.


    MALAYSIA akan dapat bertambah baik jika tulisan dan pendapat dari dua extreme ini dan diantaranya diPERGUNAKAN OLIH ahli parlimen dan mungkin ahli-ahli dewan negara serta menteri kabinet....


    A DEDICATED TEAM to assess these spectrum of opinions will be greatly beneficial to the government...to format policies and projects.


    KALU TAKAT PARTI GODAM KIRI GODAM KANAN,NI TAK BOLIH NI TAK KENA,HANG TIPU NI,AKU BETUI TU, DAH AKU KATA HANG JAKUN PELINGKUP dan sebagainya...TAK KEMANA MALAYSIA AKHIRNYA...kita bolih laa bersedia jadi macam TIMUR LESTE baru atau macan HAITI lepas gempa bumi...

    SOALAN SAYA, MAU KA hangpa hidup macam kat haiti sekarang atau macam kat timur leste?...kalau nak cuba elok pi dok sana sat kot 1-2 minggu lepas tu mai balik bagi tau cek....


    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:49 PM

    Dato'

    Parti PKR ni sebenarnya Parti Kena Reject. Kebanyakannya org yg kena reject oleh BN atau pun kroni-kroni DSAI. Yang selebihnya nye nak cuba pertonjolkan diri mereka kononnya hebat...setakat pandai ceramah sana sini..tangkap muat la jadi calon. Masa pilihanraya ke-12 tu..dia org nasib je. Disebabkan oleh org dah bosan dgn BN, nak buat mcm mana..pangkah lain dari BN...Bak kata org..letak monyet pun boleh menang. Skrg letak calon ex-YB KB. tu pun silap2 kena main dgn DSAI. Masa jadi YB KB..tak de la hebat sgt...tu pun brp kali je nampak muka kat parliamen...kat KB dulu pun jarang pegi. Maklumla ada firma bertaraf a'bangsa kat KL.

    Dulu memang la jerit sana sini refomasi la..bebaskan DSAI la..skrg DSAI dan bebas...apa lagi manifesto PKR? Penyokong2 DSAI...sudah2 la tu...korang kena main je dgn mamat ni. Apa sbenarnye perjuangan dia? Nak jadi PM...lps tu hak Melayu tergadai? tak yah la...

    PAS...kata PAS Islam tu ultimate...tapi kalau bangsa tergadai..ultimate apa..di M'sia ni adalah sinomim kalau Melayu tu Islam...tapi kalau Melayu dah lemah..sape yg nak bela Islam. Bila org dah tak dgr, mula la tunjuk perasaan. Bila org tak dgr cuba mengamuk dan mengganas. Nak jihad katanya. Mula2 baling molotov cocktail, lepas tu baling bom..at last org luar ckp M'sia ada Islamic extremist and terrorist country. Salah sape?

    -thibbs kid-

    ReplyDelete
  6. Loyar Baru11:24 PM

    Salam Dato'

    Den bukan pengundi di Hulu Selangor tapi ado sedaro yang duduk di Rawang . Den pun selalu jugak poie di Sg Choh dan Sg Buayo . Warigh-warigh den disano memang pokat UMNO diorang ghaso terkilan bonar dengan PM yang tolak Mat Taib jadi calon . Dio org kobar eh , kalau takdo Mat Taib , ghasonyo keputusannyo macam dulu jugak . PKR kalau monang pun sobab undi protes . Kek Hulu Selangor pun banyak org rawo yang ado kait dongan org minangkabau . Hujung minggu den nak poie ghumah warigh den . Nak tanyo tontang perasaan dio dan kerabatnyo . Dio kahwin dgn org bengkulu , suku sakat Mat Taib. Nak jugak den tahu apo cito baru .

    ReplyDelete
  7. Dato'
    Sayang dan merugikan,seorang tokoh besar media ,terkenal dan dihumati lawan dan kawan,merendahkan nilai tulisan dengan membuat catatan sebagaimana Pak Mat dihulu kampung yang bangun dan tidur diselimuti akhbar UM dan BH sahaja.
    "Seolah"menjadi budak suruhan untuk memaparkan sesuatu catatan yang tidak akan dibaca di media utama,lantas menyedari laman Dato amat diminati,disinilah ia dicampakkan.
    Dato'jangan lupa juga untuk menulis,jika ada berita pembubaran cawangan atau cabang PKR-PAS kerana jika berita ini terdapat dalam UM-BH,ianya akan dibaca olih mereka mereka yang bersama umno sahaja.

    ReplyDelete
  8. Orang Lama11:52 PM

    Dato

    Yang saya nampak dari topik ini adalah corak kepimpinan PKR lebih berunsur "take it or leave it".

    Dasar PKR di lihat bergantung sepenuhnya di tangan Anwar dan 2-3 orang penasihatnya sahaja. Jawatankuasa pusat dan negeri hanya sebagai pencukup syarat di mata umum sahaja.

    Teringat saya kembali di zaman Mahathir di mana dia di panggil Diktator oleh musuh dalam dan luar negeri kerana dikatakan mengamalkan dasar kepimpinan yang tegas.....

    Cuma waktu itu tak lah ramai ADUN dan MP yang keluar BN dalam masa yang singkat walaupun dalam keadaan yang kritikal.

    Di manakah kelemahan sebenar PKR? Mungkin ramai yang boleh agak jawapan nya.

    ReplyDelete
  9. Tok Kadiaq

    Kalu setahun yg lalu,lepas Pak Lah berhenti,kalu ada pilihanraya saya ingat 'BN will win by a nose'

    Sebelum penamaan calon hulu selangor
    saya ingat 'BN will win hands down'

    Nampak gaya selepas calon di umum,saya ingat kalu jockey kuda BN
    turun berjalan pun,BN menang pasai kuda PKR dah tergolek.

    Dalam sukan lumba kuda ni pulak,kalu kuda tergolek cedera,depa tembak terus kuda tu..kesian jugak no!

    tk

    ReplyDelete
  10. Salam DAKJ

    Anak Bapak

    Nampaknya En Kamal akan melawan En Zaid di Hulu Selangor. Sekali tengok macam En Kamal boleh menang. Dua kali tengok, confirm PR kena belasah sekali lagi. Menang bijak YAB PM kita ni sebab pada mulanya macam nak perang saudara, tapi rupanya penyelesaian nampak macam mudah je. Sejuk rasa hati macam lepas minum Eno. Bijak! Bijak! Macam bapaknya jugak.

    Ramalan BN akan menang besar bukannya apa, tapi sebab dulu bukan main lagi mengutuk orang Melayu, sekarang barulah terhegeh-hegeh nak minta bantuan pulak.Cuma mungkin dosanya pernah menyaman hudud PAS dah diampunkan oleh pengikut yg cepat lupa atau buat-buat lupa. Biasalah tu, pertolongan dari Setan pun takpa kata To’ Guru, inikan benda yg tak seberapa. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  11. Asalamualaikum Dato,

    Imej dan integriti parti bermula dengan imej dan integriti pengasas parti itu sendiri.Acuan dan bentuk kueh tetap ada persamaan. Bapak borek anak rintik.

    Benar kata Dato,ahli2 PKR kebanyakan berasal dari parti lain.Mereka terdiri dari gulungan yg tidak puas hati,kecewa,marah dan sebagainya. Sudah tentu mereka ini gulungan yg banyak bercakap dan kurang bekerja.Mereka lebih berkesan sebagai penceramah sahaja.

    Mereka yg melompat keluar semuanya mendakwa kepincangan kepimpinan parti khususnya DS Anwar. Dasar dan prinsip perjuangan PKR hanya berkisar tentang Anwar dan Putrajaya. Dasar pemerintahan di negeri2 dibawah pembangkang tidak konsisten hingga kepentingan rakyat terabai tanpa pembelaan.
    Disiplin serta kesetian kpd parti
    bukan faktor utama untuk dijadikan amalan. PKR sibuk berpolitik dengan character assasination hingga menyebabkan kepimpinan terlepas pandang banyak permasalahan yg dihadapi oleh lower level leadership. Saya yakin
    diperingkat awal ini yg keluar terdiri dari wakil2 rakyat. Akan berlaku gelombang kedua dimana ahli2 PKR akan keluar beramai2 menjelang PRU 13 nanti.

    ReplyDelete
  12. Dalam muka kulit depan buku Zaid dijudulkannya "SAYA PUN MELAYU".

    Melayu ada bermacam jenis Melayu. Ada Melayu jenis Pak Pandir! Ada juga jenis Mat Jenin. Ada jenis Hang Tuah. Ada jenis Hang Jebat. Ada juga segelintir jenis lembut macam pondan Siam.

    Jadi Zaid ni jenis Melayu category apa agaknya?

    Bolehkah kita anggap dia sebagai category "katak sikatak lompat" !!

    Atau Melayu "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong!!

    Bolehkah orang luar dari Hulu Selangor terima dia sebagai wakil rakyat?

    Dia dah gagal di Kelantan dan sekarang berhijrah kenegeri Selangor untuk nak berkhidmat kepada rakyat negeri Selangor.

    Cubalah nasib!! Kalau kalah tenggelam, kalau menang timbullah dia.

    ReplyDelete
  13. Make Education Important Agenda, Muhyiddin Tells Malay NGOs




    KUALA LUMPUR, April 15 (Bernama) -- Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin wants non-governmental organisations (NGOs) like the Peninsula Malay Students' Confederation (GPMS) to make education an important agenda in their struggle.

    He said the Malays, who were still lagging behind in education, must attain a certain level of achievement in various fields of knowledge before the country achieve a developed nation status by 2020.

    "If we look at the current situation, education is becoming more and important, challenging and competitive. It calls for a serious commitment, not only rhetoric and we have to do more work to be successful.


    comment:

    Yes, it is the only way forward for bangsa Melayu to have equal level playing field with other races ie through having full opportunity to get good education for their children.

    This is very basic. Without having good education the Malays will forever be left behind. The Malays can do without DEB but we must not sacrifice our right to get good education for our Malay children.

    As the saying goes the pen is mightier than the sword.

    ReplyDelete
  14. Salam,
    Lompat kiri, lompat kanan, lompat tinggi2 la sampe pucuk atap baru oke, kan gitu? Apa dah jadi la dengan wakil2 rakyat ni? Dari dulu2 sampai la sekarang pi mai pi mai dok tang tu jugak.. Emm.. Dengar citer wakil rakyat baru lompat ni dah kena beli? Ke fitnah semata?

    ReplyDelete
  15. Salam Kasih dan Sayang
    Datuk AKJ
    Izinkan,

    Calon pilihan PKR/PR
    ... ZZZ first, AID later

    Calon MIC/BN
    COME LA (vote) NATHAN
    ... AID first, ZZZ later

    Nota Kaki: Tolong ambil maklum sebarang ulasan yang “keterlaluan” mengenai....yawn...zzzzzzzz...snore

    ReplyDelete
  16. abdullahngah7:46 AM

    keluar parti yang dilakukan oleh orang china di negara ini hanya "lakonan" agar UMNO/BN sedap hati sesungguh pakatan rakyat akan berkubur macam semangat 46 dahulu.

    Lakonan seumpama ini membuat orang melayu berkorban apa sahaja sehingga hilang segala galanya.

    Begitulah gerakan orang China yang ada di negara ini dan dibantu oleh china antara bangsa agar negara malaysia ini dapat diperintah secara senyap dan mudah.

    Contoh yang mungkin ramai tidak sedar oleh kebanyakan orang melayu, termasuk orang PAS ialah sokongan orang china pada parti PAS.

    Sehingga apabila diminta betis diberi peha. Pendek kata dalam perkara wala' juga nampaknya telah dijadikan korban atas sebab mendapat sokongan yang tidak disangka sangka.

    Mengapa orang china beri sokongan pada parti islam menjadi tanda tanya yang betersuan. Ada yang nampak tetapi malangnya ramai yang tidak nampak bahawa itu adalah suatu lakonan agara orang melayu percaya dan yakin dengan apa yang dilakonkan.

    Kepimpian Melayu mungkin akan menangis tidak sudah suatu masa nanti apabila perdana menteri adalah china selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

    Tidak mustahil orang china akan memberi undi yang besar kepada pakatan rakyat terutama pada calon DAP yang bertanding dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

    Kedudukan sekarang ini wakil raklyat dari keturunan china dalam pakatan rakayat sudah mengatasi orang melayu.

    Jadi bagi saya melompatnya adun dari china itu hanya lakonan agar umno/BN beranggap bahawa sokongan pada BN sudah mula pulih.

    Ingat betapa liciknya orang china dalam arena politik sehingga dapat memerinth pulau Pinang miskipun kerusi UMNO melebihi MCA dan Gerakan.

    Orang Palestin ditipu orang Yahudi sehingga tanah tanah dijual dan jatuh ketangan yahudi. Tidak mustahil orang melayu juga turut ditipu oleh orang China di malaysia ini.

    ReplyDelete
  17. isu adun pkr lompat cepat datuk tulis tanpa selidik hujung pangkal. tapi isu apco yg mengancam keselamatan negara datuk diam saja. sudah jelas bukti apco adalah agen zionis yahudi israel. dimana integriti negara islam berdaulat?

    ReplyDelete
  18. Suatu pengajaran yang berguna buat partai keadilan rakyat untuk lebih berhati-hati memilih calun untuk pRu ke13 nanti.Pastikan suatu perjanjian dibuat untuk kejadian lompat tidak berlaku lagi.

    Nampaknya Dato' pun tumpang sekaki berkempen untuk mic dengan memberi ingatan kepada pembahas agar tidak membelasah Zaid dengan kertelaluan.
    Takut kena saman lagi ka Dato'...
    He...he..he...

    ReplyDelete
  19. amarneng10:45 AM

    Assalamualaikum Dato,

    Sebelum melanjutkan tulisan,saya bersimpati dengan Dato yang sedang berhadapan dengan saman di mahkamah atas tulisan dilaman blog ini,saya sentiasa akan menyokong dato walupun dalam situasi apa sekalipun Insyallah.

    Fenomena lompat parti adalah jawaban kepada perjuangan politik yang berasaskan emosi dan kekalutan peribadi.Sesiapa sahaja tidak akan berjaya sekiranya berpolitik berlandaskan keperibadian bukan perjuangan dan wawasan.

    Dalam zaman ini,pemain dan pejuang politik lebih banyak menumpukan kepada matlamat sendiri dan ekonomi serta mencari kepuasan,bukan menyumbang kearah kesejahteraan warga dan negara.

    Oleh itu,budaya lompat dan keluar parti menjadi pilihan apabila diri sudah tidak berupaya melakukan tanggungjawab untuk rakyat. Seharusnya sesiapa sahaja yang keluar dari mana-mana parti perlu mengosongkan kerusi untuk pilihanraya baru,itu kerana kemenangan seseorang calon itu adalah dari undi dan sokongan majoriti rakyat kepada calon terbabit yang mewakili sesebuah parti.


    Walaupun dalam perlembagaan adalah menjadi hak seseorang itu untuk memilih mana-mana juga parti untuk bertanding dan mewakilinya,namun taktik dan kerja politik seperti itu diumpamakan seperti kerja menipu undi dan rakyat amnya. Kerja penipuan dalam undang-undang adalah sebagai satu jenayah ....

    Dato,sudah tiba masanya wakil-wakil rakyat yang tidak mampu dan telah terlanggar prinsip keluar parti,tidak ada gunanya memegang jawatan sebagai wakil rakyat tetapi fitrah dirinya sudah berantakan,macamana nak memperjuangkan nasib rakyat...kalau diri sendiri gentayangan.

    Menyentuh lagi mengenai perjungan PKR di Sarawak,saya rasa rakyat Sarawak harus berfikir panjang sekiranya hendak memilih parti itu pada pilihanraya akan datang.

    Sebagai sebuah negeri yang masih bekerja keras untuk meningkatkan taraf hidup warganya meningkat sejajar dengan dasar MEB,memilih parti pembangkang adalah satu kesilapan besar.

    Meskipun ada kelemahan dalam kerajaan BN,ada aktiviti rasuah dan menyalahgunakan kuasa,itu bukan bermakna BN perlu ditukar kepada parti sayap kiri.Kemungkinan kelemahan memang ada pada sesetangah wakil rakyat BN tetapi tidak semua.

    Bagi politik Sarawak perubahan mendadak akan hanya mendatangkan malapetaka kepada warga Sarawak.Jangan buat kesilapan.....

    Warga Sarawak khasnya harus melihat masa depan sendiri dan negara serta jaminan generasi akan datang dengan penuh rasa tangungjawab bukan berlapik emosi dan prasangka.

    Saya rasa,warga Sarawk tidak mampu untuk ditadbir oleh parti pembangkang,kerana rakyat Sarawak masih memerlukan subsidi semua segi dan kehidupan...

    Sekian Amarneng.

    ReplyDelete
  20. PKR kena sumpahan orang2 melayu dan raja raja melayu

    ReplyDelete
  21. Anonymous10:59 AM

    dear dato punndai,

    all this frog is umno running dog like you are, why need to write an article about this, rather you do some gardening so that you are healthy enough to see PR takes over federal govt. pls dato kadir, go to hell


    salam
    sultans of swing

    ReplyDelete
  22. Anonymous12:11 PM

    Pak Belalang,

    Rating Najib naik tu sukat pakai KPI ke?

    Nak kata apa, kata lah. Tapi saya belum nampak lagi hasil kerja buatan Najib selama 1 tahun jadi PM.

    Mungkin politik Najib dalam UMNO dan BN bagus, itu saya boleh setuju.

    Tapi Najib sebagai PM? Takut terseliuh urat tangan nanti bila nak angkat ibu jari.

    Saya juga rasa PR akan kalah tapi sebabnya lain sedikit; sebab PR nak suruh Zaid Ibrahim kerjasama kempen dengan Hasan Ali.

    Najib kata MIC mesti menang bagi pihak BN (MalaysianInsider). Oleh itu, bagi orang Hulu Selangor, harap beri maklum jika Samy Vellu juga turun berkempen. Saya pun nak tahu, berani ke dia?

    Fed Up

    ReplyDelete
  23. Anonymous3:42 PM

    Datuk, Salaam.

    Apakah keterlaluan itu Datuk? Adakah bertanya tentang apa yang terjadi kepada kompleks Ibu Pejabat Umno Kota Baru pada era Zaid sebagai Timb Ketua Perhubungan Kelantan keterlaluan?

    Adakah bertanya tentang samada lifestyle Zaid sebagai liberal Melaysian serasi atau tidak dengan gaya hidup Islamic Pas juga suatu yang keterlaluan?

    Adakah bertanya tentang sikap Zaid terdapad Hukum Hudud suatu keterlaluan kerana Zaid pernah menyaman Kerajaan Pas Kelantan kerana meluluskan Hukum Hudud?

    Adakah Datuk anggap keterlaluan kalau saya tanya Pas macam mana parti Islam itu boleh bersekedudukan dengan orang yang pernah menghina dan memperkecilkan Pas?

    Adakah Pas masih parti Islam atau sudah jadi parti di mana cara yang haram menjadi harus semata-mata kerana gilakan kuasa?

    Peguam Muslim KB

    ReplyDelete
  24. Tok Kadiaq

    Lama ana tak komen.
    Cuma bila baca komen-komen kali ni banyak juga yang yakin BN menang mudah dan kutuk habis PKR dan calon PKR Zaid Ibrahim.
    Ramai yang ungkit-ungkit kisah-kisah lama. Zaid yang pernah menyaman undang-undang hudud (peringatan tapi dia dah tarik balik)ditempelak padfa PAS yang boleh bersekongkol dengan syaitai (Awat memang benar syaitailah partyi UMNO tu - rasanya betuio kot)
    Pakbelalang pun kata Melayu ada banyak jenis. Pak Belalang pun jenis Melayu juga.Melayu yang kaki auta, menimba nasib kala orang berduka. Yang orang utan penang tu satu lagi, begitu optimis sangat dengan BN menang. Logika yang tiada hujah. Sayang kalau nak komen bagilah logik sikit.Ikut perasaan saja sapa pun boleh.
    Memang keluar masuk parti yang berlaku dalam PKR merupakan proses penapisan. PKR memerlukan orang yang benar-benar pejuang yang meng hayati dan mempunyai jati diri saja yang akan sanggup jatuh bangun bersama-sama perjuangan.
    Salam Reformasi. Datuk pun dak nampak ceroi fasai perjuangan.

    ReplyDelete
  25. Anonymous4:57 PM

    Datuk Scribe,

    Dengan izin untuk menjawab Sultan of Swings (pilihan nama pun sudah menggambarkan seorang yang jiwanya lara dan fikiran kosong!!!)

    Now I know why many left PR. Dalam blog Datuk Kadir yang sesopan ini pun masih ada mencarut sedemikian rupa...alahai, Bro Anwar apa yang Datuk Seri ajar kat depa?

    Kalau nak marah pun biarlah bertempat. Takkan emak bapa Sdr tidak ajar kesopanan dan ketatasusilaan?

    Ayu

    ReplyDelete
  26. INDIGO4:57 PM

    Scribe,
    Salaams

    Wind-Wind
    (masuk angin keluar asap)

    Hari pernamaan calun esok, 17hb April. Adakah calun bebas?

    Berapa ramai keluar undi, undi rosak, berapa banyak undi diraih BN?

    Kalau calun BN menang dengan satu undi, peratusan keluar undi kurang 60% dan banyak undi rosak dan dikenali undi-undi kawasan apa maknanya?

    Harap dapat pandangan Scribe dalam hal mengenali kepintaran orang Hulu Selangor membuang undi dan tarf 'dialog politik' mereka.

    Apakah Orang Melayu Hulu Selanor pandai berpolitik? Buat masa ini rasa-rasa ramai yang tak keluar mengundi. Sebab, sudah ada Adun-adun BN di P94. Tetapi kalau nak orang Melayu kembali jadi MP...
    tak apalah kita jadi mascot sebentar walaupun monyet bebas.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  27. Anonymous5:04 PM

    Alun bm,

    Apa punya komen daa...

    Dangkal na fikiran kamu ni.

    Kalau dah akal kotor dan tak cerdik, macam mana ditulis pun memang tak paham.

    Kalau Datuk Scribe kena saman, awak nak tolong bayar duit loyar ke? Janganlah pandai-pandai tuduh orang takut kalau hakikatnya awak sendiri lagi penakut sebab guna nama pun nama samaran!!!!

    Jangan taksub kepada orang atau parti sampai tak kenal jantan-betina, intan dan kaca.

    Mohd Huzaimi

    ReplyDelete
  28. Anonymous6:19 PM

    Datuk,
    Ramai wakil rakyat Keadilan tidak ada basik politik. Mereka dipilih atas sokongan membabi buta kepada pucuk pimpinan krana kecewa dengan BN. Dengan itu, ketulusan dan keikhlasn perjuangan mereka amat ketera. Ramai wakil rakyat PKR tidak menyangka akan dipilih dan berjaya pula menubuh kerajaan. Jadi kepala mereka dah jadi besar dan lupa kedudukan mereka. Mereka "rumput di sebelah padang lebih hijau, daripada padang mereka" maka berpendahlah mereka tanpa kesedaran bahawa mereka dipilih atas dasar parti bukan individu. Ini bukan perkara baru dalam arena politik terutama di Malaysia. Politik katak bermula di Sabah, politik wang juga bermula di Sabah kini mula melular di Semenanjung. Pada masa sesebuah kerajaan yang tidak kukuh, tawar menawar untuk "membeli' lawan jadi lumberah, siapa yang kurang perjuangan politiknya, mudah saja mengatak. PKR kena lebih berhati-hati memilih calon pada PU 13 nanti. rakyat akan tetap tidak berpuas hati dengan BN sekali komponen parti itu tidak berubah. Rakyat bukan sukakan pembangkang tetapi kecewa dengan pemimpin BN yang "bermuka-muka". Pembangkang tidak kuat tetapi BN kini lemah.


    Anak bakar arang

    ReplyDelete
  29. Anonymous6:31 PM

    Datuk Kadir yang saya hormati,
    Mai kita lupa politik buat seketika, boleh tak.
    Dapat Datuk cerita pasal pengelaman datuk pi mengail, pi cari durian dengan VV, pi New Zealand sama TS Hashim, atau cerita-certia jalan2 cari makan. Politik ni tak habis-habis, boleh buat kita sakit jantung dan dapat stroke for nothing. Saya tahu politik dalam kehidupan harian kita, tetapi kalu terlaluan,bosanlah. Masa nak bertanding pujuk rayu suruh undi mereka, bila menang, jadi katak puru lompat sana lompat sini. lupa pada pengundi. Ini buat hot, darah mula naik. Jom pi ngail, relek-relek kena mee ketam di guar cempedal lebih baik. Bila datuk blik Pendang, singahlah kedai pak hassan, kena sepngan dua, tak menyesal, saya geranti. Ingat kedai buka pukul 4 pm ke atas. jangan dok pi awai-awai keran belah pagi pak hassan kena pi cari ketam dulu du Tanjung Dawai, Yan dan Kuala Kedah. Rasa di macam mee Syed Kaka dekat Masjid Zahir, pada zaman masa kita sekolah dulu.

    Penuntut"63 SAHC

    ReplyDelete
  30. Assamualaikum Dato'

    1. Kita tidak hairan seorang demi seorang pemimpin PKR akan keluar parti. Memang mereka telah hilang keyakinan kepada DS Anwar.

    2. Mula2 dulu semasa PRU 12, PKR menang banyak kerusi bukan sangat kerana mereka kuat. Tapi sebab pengundi meluat dengan kepimpinan BN masa tu. Masa PRU 12, pembangkang kalau letak "tin kosong" bertanding pun mereka boleh menang.Calon tangkap muat saja. Sebab itu kita tengok Wakil Rakyat dari PKR yang ada sekarang kebanyakannya yang haprak.

    3. Dengan kemenangan yang tidak diduga semasa PRU 12 itu telah membuat DS Anwar naik tocang dan memberi idea gilanya untuk menawan Putrajaya pada 16 September. Ramai yang terpengaruh. Ramai Wakil Rakyat telah pasang cita2 nak jadi Menteri atau sekurangnya Timbalan Menteri. Sebab itu ramai mereka terus tunggu walaupun terasa panas dikerusi masing2.

    4. Namun sekarang ini, bukan sahaja 16 September tak jadi kenyataan tapi rahsia percaturan DS Anwar telah sedikit demi sedikit dilondeh oleh rakan dan orang2 kanannya seniri. Yang terbaru Izam telah membuat pengakuan bahawa beliau disuruh berbohong tentang "kotak rahsia". Lepas ni tak tahulah apa lagi.

    5. Kita tidak akan terkejut jika DS Anwar selepas ini akan cari isu baru untuk diputarkan dan membuat rakyat dan pemimpin BN kecoh dan akan terikut rentaknya. Jadi kita harap DS Najib tidak melatah lagi. "You are in control now. So make full use on your steering".

    6. Kita harap lepas ini PKR tidak hanya akan jadi PAB (Parti Anak Beranak) sahaja.

    ReplyDelete
  31. Sdra Husin Paktongko kata,

    "Memang keluar masuk parti yang berlaku dalam PKR merupakan proses penapisan. PKR memerlukan orang yang benar-benar pejuang yang meng hayati dan mempunyai jati diri saja yang akan sanggup jatuh bangun bersama-sama perjuangan."


    comment:

    Buatlah tapisan berkali-kali dan kita lihat apakah hasilnya nanti. Adakah ianya akan membawa kejayaan kepada PKR. Kita tunggu dan lihat !!

    Kita perhatikanlah sejauh mana kemampuan Zaid dapat meraih sokongan dikalangan pengundi di Hulu Selangor.

    Ramalan saya BN akan menang dengan majoriti sekurang-kurangnya 2000.

    ReplyDelete
  32. Datuk,

    Dia digugurkan kerana not performing.Dlm PR you must perform in order maintain jadi dia nak keluar biarkanlah.pada saya tak rugi dalam jangka panjang kalau dia keluar.

    We are not shedding tears for him.maybe MCA or Gerakan would like to welcome him.YOu see datuk,we are not interested to have uncommittted members in our rank

    ReplyDelete
  33. Husin Paktongko,

    Terkejut berok saya bila mai terkam,tapi tak tau kepala ekoq.sabaq na!Kalu rajin pi la baca balik komen2 saya. sapa lebih saya kritik,BN ka PR?

    Baguih punya dok kampoi,Geng Azmin Ali pi sabotaj baling batu kena tang mata!pasai tu kuda PR tergolek.

    Bab 'winning hands down' kalu nak tau jugak sebab musabab,pi la jengok komen saya 9.09pm posting 5/4/10.tu pun kalu rajin.

    Bab menang dengan hidung tu dah lama dah,komen tahun lepas lg!tu common sense.Saya pun lupa bila.

    Maaf tak dan nak ulang balik sebab musabab pasai dok kalut kuis pagi makan petang,suku pertama tahun ni,
    banyak cacing.naik 30%.Sapa kata senang jadi kroni!

    Maaf na kalu terkasaq bahasa.

    tk

    ReplyDelete
  34. Salam Dato'

    Ramai pembahas yakin dan ramai juga amat yakin MIC menang.

    Sebentar tadi buletin utama tv3 beritahu KERAJAAN BELI MAIKA HOLDING 106 JUTA, membabitkan 66,000 pemegang saham ahli MIC.

    Dato' AKJ sebagai seorang wartawan ekonomi tentu cukup arif sebab musabab MAIKA HOLDING bermasalah. APA JUA MASALAH MAIKA HOLDING, itu bukan masalah bagi BN, tapi kerajaan BN sanggup beli dengan 106juta semata-mata MAHU BELI UNDI INDIA di Hulu Selangor.

    Syarikat perniagaan India lingkup, kerajaan UMNOBN sanggup beli, pada masa yang sama peneroka FELDA memohon dapat geran tanah berkurun-kurun masih tak dapat-dapat. Syarikat perniagaan Melayu, Tajuddin Ramli, Halim Saad, dan lain-lain tak pula kerajaan nak bantu, terus lingkup!

    TAN WEI SHU dah 2 tahun jadi EXCO Kerajaan Kedah, diganti dengan ADUN Sidam. TAK PUAS HATI digugur EXCO, lompat! TIMING lompat pun cukup tepat dan cantik sekali. MAsa 2 tahun jadi EXCO tu, sejauh mana rakyat Kedah dibantu? Gaji YB + EXCO + Elaun dll tu banyak, tak habis makan! MAcam ADUN TITI TINGGI PERLIS, digugur sbg EXCO, merajuk ugut letak jawatan. Pujuk punya pujuk, KEKAL sbg ADUN BN. NAK JUGA TAHU, pujuk memujuk tu guna AIR LIUR SAJA KE??? DALAM POLITIK ada ke cakap-cakap saje tanpa masyuuukk!!!

    Antara UMNO vs PERKASA, ramai penyokong,ahli,anggota,pengundi UMNO sokong PERKASA perjuangkan ISU MELAYU. Kalau begitu, siapa yang lebih relevan UMNO atau PERKASA? ATAU UMNO dah tak da "teloq" untuk bercakap sepertimana PERKASA cakap?

    UMNO la ni dah tersepi, nak sebut "Aku Melayu" pun dah tak boleh, kena gantung 2-3 tahun.

    UMNO hari ni, tunduk kepada MIC,MCA,Gerakan supaya jadi LIBERAL, TERBUKA, BUKA BUKA. WAl hal MIC,MCA,Gerakan tu totok totok PERKAUMAN, tak liberal, tak terbuka, tertutup, tutup-tutup. UMNO je jadi liberal, SEBUT "AKU JUGA MELAYU DAHULU" pun kena terjah dek kunco-kunco MCA,MIC,Gerakan tak habis habis. Nasib baik dahannya kuat, kalau setakat ranting yang sebut AKU MELAYU, gerenti kena gantung!!!

    PERKASA tu baru setahun jagong, tapi ahli-ahlinya, majoriti dah tua-tua, 3/4 ahli PERKASA adalah ahli UMNO dan diterajui oleh bekas-bekas pembesar UMNO. Bekas-bekas pembesar UMNO ni dulu pun macam tu jugaklah masa jadi pembesar UMNO dulu, setakat jadi YES MEN je, bila dah dipinggir,terpinggir menyalak BUKAN MAIN HEBAT! Bukan nya apa tu, kot kot lah dipanggil,terpanggil jadi pembesar lagi sekali!! Tu je sebenarnya matlamat depa ni!! "MAKAN DULU TAK SEMPAT HABIS......"

    ADUN ADUN yang lompat tu bukan nya sedar dan insaf kononnya perjuangan dah tak betul, TAPI perjuangan DEPA tu yang tak betul SEMATA-MATA UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI. Nak cepat kaya melalui politik, sanggup jual maruah diri, melacur diri demi jutaan ringgit. "Pelacur" macam ni akan diusung sana sini CUMA waktu pilihanraya, termasuklah masuk muka depan UTUSAN MELOYA, BERITA HAIRAN. Tengoklah "pelacur" ni di PRU 13, seorang pun takkan terpilih jadi calun, gerenti punya. Ingatlah para "si katak", "ibu ayam" tu nak untung saja, habis madu hampas dibuang dalam tong taik!!!

    ReplyDelete
  35. Pak Belalang,

    "Hanya satu perkara yang mungkin akan menjadi faktor yang menghalang Najib dari terus menyerlah. Iaitu faktor isterinya ROSMAH.

    Jika Najib dapat menempatkan isterinya ketempat yang sepatutnya sebagai "first lady", itu adalah yang sebaiknya untuk Najib".

    Kalau bini pun tak leh kontrol, bolehkah jadi no wahid?

    ReplyDelete
  36. Dato'

    Mana pegi dua muhammad dan Palanivel?

    Langsung tak nampak batang hidung di hulu selangor?

    ReplyDelete
  37. Peguam Muslim KB,

    "Adakah Pas masih parti Islam atau sudah jadi parti di mana cara yang haram menjadi harus semata-mata kerana gilakan kuasa?"

    Boleh Saudara Peguam Muslim KB jelaskan "cara yang haram menjadi harus" yang telah PAS laksanakan? Haram dan Halal AMAT JELAS dalam Islam. Hukum mana yang Saudara pakai?

    Boleh Saudara Peguam Muslim KB bagi contoh terbaik, mana parti politik yang tak gilakan kuasa? UMNO Perak?

    Boleh Saudara Peguam Muslim KB jelaskan, apakah matlamat sebuah parti politik kalau bukan kuasa?

    Boleh Saudara Peguam Muslim KB bagi contoh terbaik parti politik di Malaysia mana yang tak gilakan kuasa, dan tak pernah masuk pilihanraya kerana tak nak kuasa?

    ReplyDelete
  38. Sdr pakbelalang

    Hanya satu perkara yang mungkin akan menjadi faktor yang menghalang Najib dari terus menyerlah. Iaitu faktor isterinya ROSMAH.

    Komen:

    Kalau sana sini orang tegur ROSMAH macam2 tetapi buat muka tebal je, dan lagi ditegur lagi menjadi ia boleh dianggap cara baru bagaimana isteri seorang PM boleh menaikan PM suaminya.

    ReplyDelete
  39. Masam Manis11:38 PM

    Dato,

    I initially don't understand why election in Malaysia can't be election about what individual candidate can do to the local community until I saw this quote "Democracy is three wolves and a sheep voting on what's for dinner" D'Arcy J.M. Cain

    ReplyDelete
  40. Pada Mohd Huzaimi(5:04pm)
    Saya ingin bertanya,siapakah tuan rumah disini atau siapa yang punya blog ini?.Adakah saudara atau Dato'A Kadir Jasin yang punya blog ini.
    Mengapa anda pula yang sibuk2 memperlekeh komen saya?
    Sedangkan tuan punya blog tak kata apa-apa pun nampak sangat dangkal sungguh fikiran kamu ini...
    Jangan sombong sangat mengata orang akal kotor dan tak cerdik.
    Ambil cermin, cermin diri tu dulu dah bersih sangatkah akai anda dan cerdik sangatkah anda?

    Janganlah pandai2 tuduh orang penakut kalau hakikatnya anda sendiri lagi penakut sebab guna nama pun nama samaran!!!

    Hello mohd huzaimi apo yang anda merepet ni...anda kenaikah saya
    macam mana anda kata Alunbm itu nama samaran sedangkan Alun itu nama saya BM tu nama tempat.Awat la hang bingai sangat main tembak melulu!!!

    Jangan taksub kepada orang atau parti sampai tak kenal jantan-betina, intan dan kaca.

    Apa bukti anda mengatakan saya taksub kepada orang atau parti?
    Sedangkan saya tidak menjadi ahli mana-mana partai politik pun!!!
    Saya atau saudara yang sampai tak kenal jantan betina, intan dan kaca?

    ReplyDelete
  41. Walaupun PKR makin bocor di bawah (lompat keluar parti) tetapi Anwar masih 'molek'kannya dengan gincu dan bedak walaupun digunakan tepung gandum sebagai bedaknya.

    Meletakkan Zaid sebagai calon adalah pilihan tepat yang menyelesaikan banyak masalah (pening kepala Anwar) dalam menghadapi BN yang merasa cukup yakin untuk menang kerana banyak 'bahan' boleh digunakan membelasah Zaid. Lebih penting Zaid ini sendiri sudah 'tahan badan' dan muka dah cukup tebal untuk menghadapai semua ini.

    Dalam ketika PKR bocor, UMNO juga mendedahkan dirinya tunduk kepada ugutan MIC dan menyerahkan satu senator dan satu timbalan menteri sebagai gula gula memujuk.

    Jika inilah keadaannya, mungkin benar seperti yang dikatakan, UMNO memang juara beli Yang Berhormat nak lompat parti.

    ReplyDelete
  42. mtgbertam7:37 AM

    Sayang penulis berpengalaman mcm Dato' hanya mampu cari tajuk sebegini. Banyak perkara kemanusiaan yang melangkaui batas kepartian boleh diperbincangkan.
    Andai satu hari Allah jatuhkab BN, dan Dato' masih hidup, saya akan beli iklan dalam paper utama dan ungkit tulisan dato' semula.

    ReplyDelete
  43. Dato'
    Saya bersetuju dan sependapat dengan apa yang ditulis oleh saudara Langit Biru 10:10pm.
    Kenapa Umno harus jadi penakut?
    Kenapa harus menurut kata mic, mca dan gerakan?
    Kenapa bukan depa yang kena dengar cakap Umno?
    Pasai apa depa sudah berani naik tocang?
    Pasai depa tau Umno sudah lembik!!!

    ReplyDelete
  44. Dato

    Setuju dengan komen pakbelalang:

    "Parti PKR akan terkubur sebelum PRU 13. Anwar akan terus mimpi di siang hari...."

    UMNO dan BN makin utuh!

    Sebab PKR dan Pakatan menghadapis krisislah maka salah seorang calun bebas PRK HS adalah exco pemuda UMNO Selangor, Johan Mad Diah.

    Everything is so rosy and well, unlike PKR and Pakatan Rakyat, that Johan Md Diah is contesting against geng sendiri, kamalnathan!

    Pakbelalang, teruslah in denial mode!

    bat8

    ReplyDelete
  45. Sdr Peguam muslim KB 3:42

    Cara sdr bercakap seolah2 orang politik ni kena konsistent dalam apa jua tindakannya seperti contoh2berikut:


    Kalau dulu jahat selama2nya jahat

    Kalau dulu baik selama2nya baik

    Kalau dulu cakap A selama2nya cakap A


    Boleh sdr namakan orang2 politik kita yang konsistent sedemikian di atas?

    ReplyDelete
  46. Salam Dato'

    1. Sekadar bertanya, mengapa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK)masih tidak memfatwakan tindakan wakil rakyat melompat parti?

    2. Atau, tidak wujud nas al Quran, Hadis, Ijma' dan qias iaitu rujukan utama dasar perundangan Islam yang jelas dan nyata untuk dikeluarkan fatwa darinya?

    3. Kalau begitu (tidak wujud)tidakkah dasar perundagan Islam membenarkannya ahli2 MFK melakukan ijtihad terhadapnya menggunakan kaedah meletakkan hukum mengenai masalah atau perkara baru yang dinamakan Masalih Mursalah, demi menjaga kepentingan dan kemaslahatan rakyat yang terus dibelenggu isu lompat parti ini, disamping mejelaskan Islam bukan sahaja agama yang menyeluruh, sampurna dan dinamik, malah pragmatik, dalam erti kata kemampuannya menyelesaikan masalah2 atau perkara2 baru yang ketiadaan nas yang nyata dan jelas dalam al Quran, Hasis, Ijama; dan qias.


    4.Atau, ahli2 MFK menganggap Malaysia sebagai nagara sekualar?

    5. Atau, ahli2 MFK mengikut telunjuk UMNO?

    ReplyDelete
  47. salam datok. orang melayu masih tak sedar2 orang lain setiap hari dok hina kita tapi kita masih dok nak bagi kat depa, kerusi di DUN/PARLEMAN .SAYA ORANG MELAYU YANG TIDAK FAHAM DENGAN PERANGAI MELAYU. KALAU NAK KATA BODOH RAMAI YANG MARAH PULA.PENING.PENING......DENGAN BANGSA KU SENDIRI,INSAFLAH BANGSA KU ORANG MELAYU SEMOGA KITA TAK MUDAH DIPERLEKEHKAN.HARAM UNDI KETUA YANG BUKAN ISLAM HARUS INGAT !!!!!!!!

    ReplyDelete
  48. Anonymous1:43 PM

    Salam...

    Datuk AKJ...nak tanya sikit la. Datuk kenal...pemimpin PERKASA? Datuk Ibrahim Ali? Kalau kenal...minta sesangat la datuk nasihatkan beliau.BERANI tanpa mengira parti politik mana sekalipun yg cuba mengguris hati org MELAYU!Jelas sgt la datuk dia punya arah perjuangan.Ini yg menyebabkan saya berfikir byk kali ni datuk berkenaan PERKASA.Kata perjuangkan nasib MELAYU...dan AGAMA ISLAM.Tapi bila saya membaca akhbar Sinar Harian (17 April 2010)...walaupun kecil ruangannya, keliru saya memikirkannya. Ditulis bahawa D. Ibrahim Ali..akan turun ke Hulu Selangor bagi berkempen sempena p/raya kecil yg akan berlangsung.TAPIIIII....Dtk Ibrahim Ali meminta pengundi melihat PARTI daripada melihat calon!Ajaib sungguh!Ni kalau saya yg belajar setakat ada Msc. je ni mengandaikan beliau lebih mengharapkan supaya pengundi Hulu Selangor memilih BN.Dan...perlu difikirkan semula....BN diwakili calon berbangsa India...sementara PKR oleh calon berbangsa MELAYU!Saya beranggapan D Ibrahim Ali lebih baik tak payah sibuk-sibuk berkempen di Hulu Selangor.Ada ckp-ckp kedai mamak mengandaikan beliau sebenarnya lebih nak menarik perhatian pemimpin atasan UMNO supaya diterima kembali sebagai ahli UMNO.Entahlah...yg lebih bagusnya PERKASA ini bukan dipimpin oleh beliau...tetapi seseorg yg boleh diterima oleh org MELAYU UMNO...MELAYU PAS...MELAYU PKR...untuk memperjuangkan nasib MELAYU seperti yg termaktub dlm perlembagaan PERKASA!Tak de la mcm skrg ni...ramai ahli PERKASA pun ahli UMNO juga skrg ni...jadi payah sikit la nak menghentam pemimpin negara.Takkan la..PM langsung tak melakukan atau membuat keputusan yg mengguris perasaan org Melayu atau tidak mengambil kira suara org melayu bawahan!Diharap mereka-mereka ini tidak double standard dlm perjuangan membela bangsa.Letih la tgk org berkepentingan kecoh je tapi hasil langsung tak memberi impak yg besar kepada bangsa!Lebih nak menonjolkan diri dgn isu setiap masa juga menjaga kepentingan peribadi...sampai bila???

    Anak Menantu Orang Ulu Yam Lama
    Hulu Selangor

    ReplyDelete
  49. dia keluar parti kerana merajuk dibuang jawatan exco kerana tak performance. pemimpin pkr sudah mengagak sejak lama dia akan mengambil keputusan keluar parti tetapi mereka lebih rela ini berlaku demi rakyat. tak kiralah berapa banyak wakil rakyat mereka yg keluar namun sokongan akar umbi rakyat marhaen lah yg menjadi nadi perjuangan pr, kerana dalam demokrasi rakyat yang berkuasa.

    ReplyDelete
  50. Apabila memilih calon, saya rasa semua parti baik pembangkang atau kerajaan akan sentiasa memikirkan composition kaum untuk menjadi calon mereka.

    Jadi soal kaum mana yang dipilih oleh parti masing-masing tidak menjadi isu sebenarnya.

    Kalaulah PKR dapat membentuk kerajaan, mereka juga akan mengagih-agihkan calon mengikut kaum.

    Mencalonkan kaum India di Hulu Selangor sepatutnya tidak harus dijadikan isu.

    ReplyDelete
  51. Salam DAKJ.

    langitbiru melalut dan sasau sekali lagi...sah penyokong tegar PAS..bodoh sombong dimana semua orang tidak betul.

    Pekena mee udang kat Panji..saya rasa the best mee udang setakat ni yang saya rasa...pukul 11 malam masih ramai pengunjug.

    Khutbah Jumaat di masjid Wakaf Bharu semalam..kupasan masaalah keruntuhan moral remaja kini..mengajak ibubapa mengambil tanggungjawab bersama...tok-tok ditengahnya menyalahkan pemerintah yang mengenepikan hukum Allah, menggunakan hukum yang dibuat oleh manusia dan mereka ini adalah munafik yang akan dihumban kedalam neraka. Kelantan sekarang kemarau, panas berbahang dimana KL pun begitu tapi hari-hari hujan sebelah petang...nasib Kelantan tidak dibawah BN kalau tidak di khutbahkan bahawa ianya adalah balasan tuhan...

    ReplyDelete
  52. ..maaf DAKJ, minta sambung..

    ..internet putusputus disini...

    Masjid Wakaf Bharu..majlis ilmunya tiap-tiap malam..bagus jugak ..tapi kalau kena diambil oleh Tok Imam tua atau muda...tiada yang diputarnya.. sikit-sikit dikaitkan kepada tidak ikut hukum Allah dan meyumpah seranah kepada orang yang melaksanakannya...termasuk memberi amaran kepada penyokongnya atau tidak berbuat apa-apa..mereka adalah munafik. Dengan kegigihan Tok Iman dan majlis ilmunya ..... nah..cuba lihat Wakaf Bharu merekodkan jenayah yang palin tinggi di Kelantan dan pusat penagihan serta pengedaran dadah. Nah cuba lihat adegan ini..semasa imam berkhutbah sekumpulan pemuda siap berkopiah puteh bersembang dan merokok diluar masjid sehingga sembahyang didirikan mereka selamba disitu tidak masuk kemasjid untuk berembahyang...minta Imam siasat dengan membawa isteri mereka kerana orang lelaki bersembahyang Juamat...

    langitbiru dijemput hadir berJuamaat di Wakaf Bharu dan jangan lupa bawa isteri bersama....mungkin juga budak-budak nakal tu adalah anak-anak orang UMNO...

    Wassalam.

    ReplyDelete
  53. Anonymous11:59 PM

    Tok, tadi kat kedai kopi dgr org2 dok bersembang pasai prk Hulu Selangor. Depa sengaja kasi kuat volume kata apa..1 UNDI BN = 1 UNDI APCO ZIONIS.

    Saya senyum sorang2 tok. Dah celik rupanya org melayu skrg tok. Alhamdulillah.

    rakyat dah bijak

    ReplyDelete
  54. INDIGO12:51 AM

    Scribe,
    Salaams

    Kerana Pulut
    (santan binasa)

    siapanya mereka terdengar-dengar
    jeritan santan lemas dipulut
    siapanya dia berdegar-degar
    berpidato deras berbuih mulut

    mari kita dengar apa kata mereka!
    dua india dua melayu

    siapanya dia situkang karut
    menyusun kata tersirat makna
    siapanya dia mindanya kusut
    menyusun janji tak terlaksana

    mari kita periksa janji mereka!
    wakil rakyat daerah melayu

    kerana janji jiwa terseksa
    kerana mulut badan binasa

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  55. Anonymous2:10 AM

    Zaid akan menang insyaAllah. Don't you worry.Mark my words.

    CD
    pengundi conservative

    ReplyDelete
  56. INDIGO2:57 AM

    Scribe,
    Salaams

    Kerana Pulut
    (santan binasa)

    siapanya mereka mendengar-dengar
    jeritan santan lemas dipulut
    siapanya dia berdegar-degar
    berpidato deras berbuih mulut

    mari kita dengar apa kata mereka!
    dua india dua melayu

    siapanya dia situkang karut
    menyusun kata tersirat makna
    siapanya dia mindanya kusut
    menyusun janji tak terlaksana

    mari kita periksa janji mereka!
    wakil rakyat citarasa melayu

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  57. Komen yang salah fakta mengenai penjualan minyak kepada Iran dan penjualan Maica tidak akan disiarkan.

    Sila rujuk laporan berikut:

    1. NEW YORK (Bernama): Foreign news reports quoting Datuk Seri Najib Tun Razak as saying that Malaysia had cut off gasoline supplies to Iran are incorrect.

    The Prime Minister said Petronas was involved in a spot sale to Iran in mid March under a third party deal but since then there had been no requests.

    "It is not correct, it was not a decision taken by Petronas per se. It involved a spot sale and there was no requirement anymore, so they don't do it (anymore)," he told Malaysian reporters late Friday.

    "It is a third party deal that was done in mid-March, not now. I was a bit surprised that a lot of noise has been made out of this thing," said Najib who is on the final day of his week-long visit to Washington and New York.

    2. KUALA LUMPUR: The long wait by some 66,000 shareholders of Maika Holdings Bhd is about to end as a local Indian private sector group has agreed to buy all of their investments for RM106 million, according to sources.

    The proposed purchase value of the shares was RM20 million above the total net value of Maika's assets, which are only worth RM85 million currently, they said yesterday.

    "The long wait of more than 26 years is finally over for these thousands of people from the Indian community."

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  58. Sdr Pakbelalang,

    Dah cukup la kok komen pasal isteri Perdana Menteri.

    Saya rasa Pakbelalang pun dak bagi banyak nasihat.

    Kalau mereka dengar, mereka tentu dah buat sesuatu.

    Tapi kalau apa yang Pakbelalang nasihatkan itu umpama mencurah garam ke laut, saya rasa kita berhentilah.

    Kita guna cara lain pula. Insa-Allah peluang Pakbelalang akan tiba setahun dua lagi.

    Dan kepada ramai Anon anti-kerajaan dan pro-pembangkang tu, kalau nak maki hamum blog ini pun, pakailah nama sendiri atau nama samaran.

    Tak baca ka nota kepala yang kata komen pakai anon saja tidak akan disiarkan. Banyak sangat anon yang baling batu senbunyi tangan, Susah saya dan pembahas nak cam.

    Macam mana pun terima kasihlah pasal baca juga blog ini.

    Salam.

    ReplyDelete
  59. Salam DAKJ

    Kepala otak vs kepala lutut

    Maaf cakapla tapi bila saya kata ‘laser’ sikit; marah, kecil hati dan menuduh yg bukan bukan. Tapi apa salahnya bercakap benar, jangan fitnah terutama sumbernya dari peliwat iaitu orang yg melakukan dosa besar. Cuma kesilapan teknikal saja membolehkannya dibebaskan. Kalau nak kena kencing pun biarlah sekali sekala bukannya setiap masa.

    Nasihat saya macamnilah, bila kita baca apa-apa sumber pun, biarlah di kedua-dua belah pihak supaya berlaku adil. Lepas tu barulah kita nilaikan yg mana betul dan yg mana kelentong. Kepala otak kita adalah senjata yg paling ampuh dikurniakan Allah dan PLEASE guna pakailah. Janganlah gunakan kepala lutut pulak. Tak molek tu. Satu lagi, PLEASE!!! janganlah berbincang dengan orang yg sama-sama tak tahu.. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  60. Dato,

    being kelantanese, l am offended by mawar, quoting gelagat anak muda semasa Imam membaca khutbah sedang menghisap rokok dsb.

    It is an insult to kelantanese, mengambil satu contoh di sebuah kampong pendalaman dengan niat untuk memburukkan kelantan dan penduduknya.

    Saya nak mencadangkan sdra mawar yang begitu bermegah tinggal di lembah kelang pi meronda kat shopping kompleks di kl, jb, bandaraya melaka bersejarah dll, pi bilang berapa ramai lelaki islam muslim yang tak pergi sembahyang jumaat. Berapa ramai dok window shopping, makan-makan dsbnya. Cuba pi tengok pusat-pusat hiburan dan snooker pada hari jumaat-tengok berapa ramai orang islam dok leka dan tak sembahyang jumaat!

    sembahyang jumaat itu wajib, mawar. Ini kita nak kira macamana pulak? My advice to mawar, tak payah balik kelantanlah. Aku haramkan hang pijak bumi kelantan!.

    bat8

    ReplyDelete
  61. Assalamualiakum Dato',

    1. Betul kara Dato', tanggungjawab kita hanya boleh buat terguran yang berpatutan dan terpulang kepada tuan punya badan untuk menerima atau tidak teguran dan nasihat kita. Kita hanya mampu berdoa untuk seseorang itu berubah, tapi kita tidak boleh paksa dia berubah ikut kita.

    2. Jika dia tidak mahu berubah ataupun belum mahu berubah itu hak dia.Kita jangan pening sangat kepala kita. Nanti naik darah tak pasal2. Nanti pula orang yang kita tegur sihat walafiat, tapi kita yang menegur pula yang jatuh sakit.

    3. Bagi Anon, kita harap mereka janganlah jadi pengecut jika nak marah atau nak maki hampun. Jika tidak berani mengaku diri eloklah diam2 duduk dalam selimut sahaja.

    ReplyDelete
  62. Terima kasih atas nasihat Dato'. At least the message is being heard loud and clear. Frankly, I have no malice against Datin Sri Rosmah. I admire her as being an intelligent lady. Now I heed your advice. Yes, enough is enough. I hope there is change in her stlye and gracefulness and be more subtle in her exposure as "first lady" supaya rakyat jangan sampai meluat. It will do good for Najib's standing.Don't spoil it. My sincere obsevation.

    ReplyDelete
  63. amarneng11:55 AM

    Salam Dato,

    Saya sependapat dengan dato,pembahas henaklah guna nama samaran atau nama betul,ini akan memudahkan kita berbahas....selain itu saya rasa kita perlu ikhlas ketika berbahas..tidak semua isu yang dato tampilkan kita sokong atau sebaliknya.

    Bagi saya biarlah pendapat dan pandangan kita bersesuaian dengan pandangan kita sendiri dan hak kita untuk mempertahankannya.Say tahu kita semua orang bijak pandai,tapi jangan tidak terkawal...perlu hormati hak orang lain.

    Jangan jadikan aliran politik sendiri mencemarkan medan bahas maya ini tercemar dan terkubur. Sekian amrneng.

    ReplyDelete
  64. Benar. Jangan jadikan bangsa apa sebagai calon sebagai satu isu.

    Menyerahkan dua kedudukan didalam parti/kerajaan diatas nama tidak mendapat sokongan, bukan perkara yang boleh dipandang ringan.

    Laungan ketuanan melayu, pembela rakyat adalah kata keramat selama 50tahun. Laungan seperti ini akan tetapi tindakan sebaliknya akan menjerumuskan orang melayu kearah mencacaikan diri untuk kepentingan orang lain lebih-lebih lagi untuk bangsa lain. Mungkin AKJ tahu memang benar melayu telah dicacaikan sekian lama. ADILKAH BEGITU?

    Masaalah keluar masuk parti pasti berlaku tambahan pula parti yang ditubuhkan masih baru.

    Fikirkan secara menyeluruh. Yang ditentang adalah parti yang sudah 50tahun memerintah dan selama 50tahun inilah banyak bekalan yang tersimpan adalah untuk persediaan kebarangkalian sesuatu yang akan terjadi. Jadi apakah isu besar orang keluar masuk parti yang secara nyatanya parti baru ditubuh rata-rata disokongi oleh melayu baru, melayu celik akal?

    Apakah benar parti PKR akan tumbang sedangkan sokongan bukan datang hanya dari wargakota malah dari kampung-kampung juga.

    Secara logiknya, bekalan yang disimpan oleh parti yang memerintah sekarang hanya untuk membekukan bekalan yang disimpan dan tidak langsung mengunakannya untuk mengelak diri mereka dibogelkan jika tewas?

    Berterima kasih kita pada ibubapa kita yang menyekolahkan kita sehingga menjadi pandai atas izin ALLAH. Maka jadikan lah pengorbanan ibubapa kita itu sebagai satu hadiah pada masyarakat dengan membawa komen yang menjurus kearah yang sebenarnya untuk ditukar sebagai pahala bagi ibubapa kita.

    Apa yang berlaku hari bukan rakyat yang memulakan dahulu, tetapi orang seperti kita yang mempunyai kelebihan dari segi kedudukan dan akal yang membuat rakyat kepanasan akibat dari kegelojohan kita.

    Amat malang sekali Malaysia yang dicanang sudah maju tetapi masih mundur dari segi pemikiran untuk mengimbangi kestabilan negara.

    Apakah akan terjadi jika parti pembangkang terlalu kecut diparlimen? Apakah kita akan dapat sumber-sumber kegelojohan parti yang memerintah? Apakah benar-benar keluarga kita akan selamat selamanya dan rakyat tidak akan menderita dari kegelojohan ini?

    Kita diwaktu ini mencari yang terbaik dikalangan yang baik. Bukan untuk kita sahaja, tetapi untuk mereka yang berada disekeling mereka.

    ReplyDelete
  65. Anonymous1:14 PM

    Pakbelalang,

    Betul Kata Dato'tu...

    Sampai hati Pakbelalang cakap tak baik terhadap Rosmah, Isteri kesayangan DS Najib.

    Apa kata PakB kalau saya cakap perkara kurang senang terhadap isteri PakB?

    Ingat bahawa DS Najib datang sebagai Package... i.e. DS Najib & Rosmah, Jadi Kalau sesiapa tak suka Rosmah, kena ingat bahawa Najib tak kan membelakangkan isteri dia.

    Kalau Tak suka Package yang sedia ada Cari lah Package Lain!

    Yang memberansangkan bagi Najib adalah Rosmah lebih handal berkempen dari Ketua Wanita UMNO Kita.....

    Kalau buat Dia Ketua Wanita UMNO kan Bagus! UMNO akan mempunyai TagTeam yang "Formidable".





    Joe Black

    ReplyDelete
  66. Sakam DAKJ,
    Dato saya rasa kan setiap kali ada pilihanray kecik ada saja yang lompat parti.Ada punya yang keluar parti.Depa ni tak satbil ke? Sat2 nak duduk dalam, sat2 pulak nak duduk luaq.Macamna tu.Pengundi ghaflah ho,kalu dapat wakil rakyat macamni.Takkan rakyat nak dok hamabat depa kot.Depa tak apalah , nasib baik masyok,kita ni dok ghaflah jingga dok cari duit merata tak jumpa2 jugak,depa senang2 dok melompat merata.Entah2 depa pun nampak PKR dah tak dak apa kot.
    Tapi kan Dato , saya tengok cara depa dok berentap dengan macam2 cabaran , saya naik letih .Kadang-kadang tengok depa ni teringat kat Ahmad Nispu,tuan director.
    Entah2 politik kita ni pun ada Ahmad Nispu jugak,Tuan Director Politik.Cuma tak taulah kalau pelakonnya pandai2 tak.Dapat lumayan tak.
    Yang penting depa dok bergadoh , depa dok berebut kita pendapatan semakin ciput.
    Saya tak taulah , saya rasa zaid menang kot, sebab dia ni pun melayu yang berpendidikan tinggi.Bukan calang-calang orang.Saya ni betul2 respect kalau tengok orang melayu berpelajaran tinggi.Salute Habis.Tak kiralah dia parti mana pun , kalau dah pandai tu , pandai juga lah.Zaid ni pun dah terkenal orangnya.Rasa-rasa zaid menang kot Dato.Apa-apa pun janagn kita melayu rugi sudah.Jangan jadi bak kata pepatah"Menang sorak Kampung Tergadai"

    ReplyDelete
  67. mantan ahli pkr5:37 PM

    MP, Wakil Rakyat, AJK bahagian, AJK cawangan yang keluar PKR semakin ramai...

    Yang masuk tak ada ke ? kenapa ya?

    ReplyDelete
  68. pengkaji7:39 PM

    dato

    saya lihat parti politik sekarang tak ubah seperti sabuah restoran.

    Kalau restoran itu menyediakan makanan yang sedap dan servicenya bagus, maka saya akan kerap ke situ walaupun perlu membayar dan kadangkala beratur untuk mengambil makanan. Dan saya akan rekomen pada keluarga dan juga rakan rakan

    Kalau restoran itu ok saja, maka ia menjadi pilihan kedua sahaja jika tiada pilihan lain.

    Tapi kalau restoran itu teruk, makanan tak sedap, servis perlahan dan tidak bersih, kalau di beri makan percuma pun belum tentu saya akan ke sana.

    ReplyDelete
  69. Anonymous7:58 PM

    Dato' dan para pembahas,

    Perbuatan Naib Presiden PKR dan orang kanan Anwar mencabar UMNO supaya membuktikan dakwaan bahawa Zaid mempunyai tabiat buruk termasuk suka meminum arak adalah pebuatan sabotaj.

    Inilah masalah Anwar. Dia terlalu sangat taksub dan bagi muka kepada Azmin dari zaman dia jadi Menteri dan TPM Umno sampailah sekarang. Bila Anwar TPM orang benci Azmin kerana dia kawal Anwar sampai tersingkir kawan dan rakan Anwar.

    Cabaran Azmin itu akan menikam Anwar, PKR dan PR kerana Azmin sebenarnya sangat kenal dengan watak dan peribadi Zaid dan dia tahu sangat mudah bagi Umno dan BN menyahut cabarannya itu sebab macam Azmin juga ramai orang Umno tahu siapa Zaid.

    Ini adalah perbuatan bodoh atau sengaja handak sabotaj Zaid kerana irihati dan perebutan kuasa dalaman PKR dan PR. Azmin jangan emo atau utamakan kepentingan diri saja, ingatlah anda orang kanan Anwar dan Zaid Ibrahim adalah pilihan Anwar.

    PAP (Pengundi Atas Pagar)

    ReplyDelete
  70. Anonymous8:10 PM

    Datuk, I must say I share the sentiments and outlook of the DAP supremo Lim Kit Siang when he cautioned Pakatan Rakyat parties against overconfidence in the Hulu Selangor by-election (Malaysian Insider).

    He said PR should to dismiss the facts and figures of Election 2008 and gravely declared that the April 25 by-election is not a “sure winner” for PR.

    “We cannot be complacent. In fact, we should all be under a sense of great test and crisis.

    “I believe that Datuk Zaid Ibrahim can be elected the new MP for Hulu Selangor, but very hard work is called for as every vote counts,” he told his colleagues in the party’s SuperSunday18 walkabout kickoff here this morning.

    LKS is a veteran of many elections. He knew the mood of the voters in particular the Chinese. If Zaid wins, it is his victory because he's the main supporter of Zaid in the PR. To the DAP, Zaid is the replacement for Anwar should anything happen to the PKR Supremo. That is why DAP favored Zaid the candidate for Hulu Selangor and as the pro-temp chairman of PR organising committee.

    Muslim Lawyer KB

    ReplyDelete
  71. Yangretibase9:55 PM

    Assalamualaikum,
    Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Pemaaf. Haji Zaid Ibrahim sudah pun bertaubat nasuha. Saya yakin Allah SWT menerima permohonan taubatnya.
    Semoga Allah SWT memenangkan Haji Zaid Ibrahim dan semoga Allah SWT mengangkatnya menjadi seorang pemimpin Islam hebat yang diredhai-Nya. Amin.

    ReplyDelete
  72. Joe Black,

    Terima kasih kerana ambil perhatian komen saya.

    Saya tidak ada niat untuk menyentuh peribadi Datin Sri Rosmah malahan tidak pernah mengaibkannya. Oleh kerana kedudukan beliau sebagai "first lady", bolehlah diiktiraf juga beliau sebagai "public property" dan saya rasa teguran terhadap beliau tidak boleh dielakkan asalkan tidak keterlaluan. Saya hanya sentuh berulang kali tentang peranan dan ketrampilan beliau sahaja sebagai "first lady" of Malaysia.

    Saya akui sumbangan beliau adalah baik tetapi adakalanya pada pandangan saya beliau terlalu "over-exposed herself" until it has become the talk of the town. I may be wrong but that is what I heard remark from among my circle of friends.

    I do not know whether such over-exposure will bring positive effect on Najib's standing. Personally, I feel it has some effect on whatever she does.

    I hope I have made myself clear. As I promise Dato' AKJ, I now agree to stop commenting about her.

    ReplyDelete
  73. bekas penyokong PKR12:04 AM

    terkini 18 April

    - Ketua dan naib ketua AMK shah alam keluar dari PKR

    - 200 ahli PKR bayan baru keluar PKR

    - 19 APril ...... tungguuuuu

    ReplyDelete
  74. Anonymous12:59 AM

    Mawar,

    Kenapa tak sebut bagi semua orang tahu yang Wakaf Bharu tu letaknya sempadan dengan Siam?

    Memang tempat tu jenayahnya tinggi, sebab itu Polis, Kastam, semuanya kuarters besar-besar. tapi adakah ia dapat menggambarkan orang Kelantan secara umum?

    Orang siam kat tepi sungai golok yang memisahkan malaysia dengan Thailand itu pun tak hantar anak mengaji ugama kat wakaf bharu.

    Kata Mawar orang Kelantan, ini pulak statement macam dok mastautin pencen kat wakaf bharu.

    Orang wakaf bharu tak tahu ke fakta umum begini? Tak usahlah nak menyamar lagi jadi orang Kelantan.

    Lagi pun maki hamun tu mana ada. Saya dah pergi dah. Cakap kasar tu adalah (ini standard bahasa orang sana). Tapi tak sampai tahap maki hamun pun.

    Fed Up

    ReplyDelete
  75. YPM Exceeds Target Of Producing 1,000 Engineers


    TOKYO, April 18 (Bernama) -- The Mara Education Foundation (YPM) has met its target of producing more than 1,000 engineers by 2015 through the Higher Education Loan Fund Project (HELP) I, II and III.

    Introduced in 1993, the HELP programme is a success story in churning out scientists and engineers for Malaysia, said YPM chairman Datuk Dr Rosli Mat Hassan.


    comment:

    I think YPM should review its target to be in line with the New Economic Model which among other things is to double the income of the rakyat by means of having more qualified professionals.

    YPM should double its target to 2000.

    The govt. must give emphasis on producing more engineers in order to develop a pool of professionals who could produce innovative ideas to develop new products for export market.

    I remember reading a book entitled "Made in Japan" whereby Sony Corporation had almost 90% of its employees consist of engineers. Most of the engineers are involved in R & D.

    ReplyDelete
  76. Salam DAKJ,

    Kepada saudara Bat8, sdr bukan orang Kelantan dan bodoh pula..sebab tidak tahu dimana Wakaf Bharu...ianya bukan kampong pendalaman ..terletak hanya 7 km dari pusat bandar KB...saya menetap di lembah Kelang dan mempunyai rumah di KB..macam Zaid Ibrahim juga Tengku Razaleigh...sekurang-kurangnya seminggu dalam sebulan saya di Kelantan.

    ReplyDelete
  77. Asalamualaikum Dato,

    Saya setuju sangat dengan cara Dato mengetatkan syarat untuk menulis komen di blog ini. Mungkin kita semua boleh membetulkan moral penulisan kita sesuai dgn budaya dan
    bahasa anak melayu.

    Di blog lain macam 'free for all' tanpa tapisan.Adakala sy sendiri terikut2 dgn telatah budaya baru itu. Terasa juga bersalah bilamana
    terguna bahasa kesat sewaktu memberi komen. Mungkin juga dirasakan perlu api dilawan dgn api.Namun terasa tenang di blog ini,walaupun terdapat penyampain yg mirip atau persis berunsur kebiadaban,namun sy tidak rasa terpanggil untuk melayan api dgn api.

    Saya menghormati seruan Dato untuk tidak keterlaluan sewaktu menulis dan juga berharap saudara2 lain bersepakat untuk menjadikan blog Scribe A Kadir Jasin tempat gencatan senjata dan bebas dari kebiadaban.Biarlah kita sederhana
    dalam memberi komen.

    Dato dan kita semua ada hak untuk
    memberi komen. Berbeza pandangan bukan lesen untuk mengutuk dgn bahasa yg kasar.

    ReplyDelete
  78. Yangretibase8:46 AM

    Assalamualaikum,

    Saya naik kasihan kepada OKJ yang sering memperlihatkan kejahilannya apabila asyik memerli TG Nik Aziz yang pernah menyatakan kesediaanya untuk menerima pertolongan daripada syaitan.

    Untuk pengetahuan OKJ, setan yang dimaksudkan oleh TG Nik Aziz itu ialah manusia macam OKJ, bukannya setan atau iblis atau hantu yang tak dapat dilihat oleh mata manusia.

    Kenyataan TG Nik Aziz mempunyai sandaran yang kukuh. OKJ boleh merujuk al-Quran Surah al-Baqarah:14 bahawa "syayatin" (setan-setan) yang dimaksudkan oleh Allah SWT itu sebenarnya "manusia".

    Maafkan saya. Wassalam.

    ReplyDelete
  79. Anonymous10:00 AM

    Datuk,

    1. Zaid dilaporkan oleh Utusan hari ini dia sudah bertaubat tidak minum arak. Jadi dulu dia minum araklah. Itu cerita lama, kata Zaid. Alhamdullah, Datuk Haji Zaid dah taubat, tapi kepada Allah atau kepada Tuhan?.

    2. Tapi apa cerita dengan Bangunan Umno Kota Baru, siapa pemilik bangunan dan tapaknya?

    3. Apa cerita dengan pinjaman Bank Pembangunan. Sudah langsaikah.

    4. Apa cerita dengan Zaid&Co. dapat bantuan kerajaan luaskan sayap ke luar negeri?

    5. Haji Zaid kena nafi dan jelaskan semua ini selari dengan ketelusan yang dewasa ini menjadi mantera perjuangan barunya dengan PKR.

    Peguam Muslim KB

    ReplyDelete
  80. Kempen sudah bermula.

    2 perkara yang menarik perhatian saya dalam kempen ini.

    1. Satu Poster Gergasi memaparkan gambar Anwar, dan dilabelkan PENGKHIANAT NEGARA.

    2. Nama "Kamalananthan" digahkan sebagai mencerminkan Aspirasi Slogan 1 Malaysia, iaitu, KAMAL, ALAN, NATHAN.

    Komen,

    1. "Panglima Perang BN" adalah Muhyiddin, yang pernah melabel Anwar sebagai Pengkhianat Negara.

    Apakah relevan dan kewajaran UMNOBN khususnya Muhyiddin, memaparkan Poster Gergasi, Anwar , Pengkhianat Negara, dalam PRK ini?

    Apakah Muhyiddin cuba melonjakkan namanya mencari "political mileage" dengan berlawan dengan Anwar?

    Maklumlah, sesiapa yang berani lawan Anwar, atau Nik Aziz, sudah pasti dapat imbuhan lumayan!

    2. Muhyiddin MENYATAKAN nama Kamalanathan mencermin aspriasi rakyat Malaysia yang berslogankan 1Malaysia. Kata Muhyiddin nama Kamalananthan itu mewakili tiga suku kaum di negara ini. Kamal katanya adalah nama Melayu, Alan, adalah nama Cina dan Nathan adalah India.

    Saya LANGSUNG TAK NAMPAK apa relevan ULASAN Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia, mengaitkan nama Kamalanathan, singkatan nama Kamal, Alan, Nathan???

    3 kaum saja ke ada dalam 1Malaysia?

    Kalau gitu gayanya, MUNGKINKAH nama Kamalanathan INI ciri-ciri UTAMA dia di pilih????

    Kalau gitu gayanya, semua yang bertanding aras tiket BN lepas ni, kena cari nama yang menyokong aspirasi cermin slogan 1 Malaysia.

    Muhyiddin perlu mohon kpd Jabatan Pendaftaran Negara tukar namanya, kerana namanya nama Arab, bermaksud PENJAGA AGAMA.

    BAGAIMANA DENGAN MASALAH PENEROKA SUNGAI BUAYA, DI KAMPUNG SUNGAI BUAYA?

    ReplyDelete
  81. Anonymous12:04 PM

    Entah kenapa saya fikirkan Wakaf Bharu sebagai Rantau Panjang. Ini saya akui saya salah.

    Nampaknya marah juga boleh menutup kewarasan. Itu lemah saya.

    Biar bertenang dulu nanti saya jawab Mawar.

    Fed Up

    ReplyDelete
  82. Salam DAKJ,

    Saya terpaksa juga mencelah disini wala pun diluar topik, kerana ada komen dari Fed up..yang mengatakan Wakaf Bharu adalah sempadan Siam dan dia dah pergi Masjid Wakaf Bharu dan menuduh saya menyamar orang Kelantan....dia tu bukan Kelantanese dan berbohong serta munafik, begitu juga Bat8 kerana tidak tahu dimana Wakaf Bharu...saya anak jati Wakaf Bharu...yang 7 Km dari KBharu...minum kopi tiap pagi kedai konar..makan nasi dagang kedai azam mak som..dan berjemaah dimasjid Wakaf Bharu yang tiap malam ada majlis ilmu kononnya....ceramah malam semalam saya akan ulas dilain posting. Wakaf Bharu bukan sempadan Siam ..orang luar pun tahu ia adalah stesyen keretapi untuk ke KBharu...untuk ke Siam juah lagi terpaksa lalu beberapa pekan besar...Kubang Batang, Cabe 4 Tok Mek Ngah, Kg Bunuhan, Geting...dan Pengkalan Kubur..baru seberang ke Takbai...

    ReplyDelete
  83. Y.Bhg Datuk AKJ,

    Mohon laluan bagi komen kepada Sdr Yangretibase.

    Sdr,

    Sementara Sdr ‘naik kasihan’ terhadap Sdr OKJ, pada masa yang sama perlukah Sdr bersikap prejudice terhadap beliau?

    Mengapa mesti Sdr samakan OKJ dengan Syaitan? Apakah beliau adalah sama dengan Syaitan bersandarkan hujah-hujah beliau mengenai Nik Aziz? Mungkin Sdr mengenali OKJ secara peribadi, namun demikian perlukah melabelkan seseorang itu “sama macam Syaitan” secara terbuka sebegini?

    Tidakkah zalim namanya itu?

    Adalah sesuatu yang baik apabila Sdr quote ayat Al Quran mengenai “persamaan manusia dan syaitan”, tetapi Sdr lupakah mengenai ayat Al Quran yang lain – “Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata” (Al Ahzab, 58)?

    Daripada komen Sdr itu juga, Sdr seolah menggunakan kata-kata Nik Aziz sebagai “merestui” pertolongan daripada Syaitan atau “manusia menyerupai syaitan”.

    Sudah buntukah meminta pertolongan daripada Allah sehinggakan terpaksa meminta / merestui pertolongan daripada syaitan atau “manusia menyerupai syaitan”?

    Apa sudah jadi?

    Agak pelik juga jika Sdr sudah melabelkan OKJ semacam syaitan, mengapa Sdr tidak meminta pertolongan daripada beliau sahaja?

    Terima kasih.

    Azman Mohd Isa

    ReplyDelete
  84. Mawar,

    Rumah saudara di KB tu kat mana. Ada orang yang duduk kat bukit marak, atau sering pun mengaku dok KB. Wakaf Zing tau dok dok kat mana?

    Btw, sdra belum jawab lagi soalan saya macamana nak kira orang melayu kat KL yang tak pi sembahyang jumaat tetapi dok buang masa kat shopping complexes, kat pusat snooker dsbnya.

    Bandar-bandar orang wakaf bharu, mentaliti mereka tidaklah semoden dan berpengetahuan luas orang-orang di kl. Jadi macamana nak kira perangai orang kl yang tak pi sembahyang jumaat ni!

    bat8

    ps: Jual je rumah kat kelantan tu. Mawar dah jadi orang lembah klang. Buat apa ada pertalian lagi dengan negeri yang paling "kodi" sekali di malaysia ni.

    Juga disarankan mawar berpindahlah kemana-mana negeri dibawah UBN kerana kalau sdra menetap di selangor, selangor pun akan jadi macam kelantan - ikut sifir mawar lah!

    ReplyDelete
  85. Maksud Zaid dulu dia minum arak adalah ketika dia dalam UMNO dulu.Masa dlm UMNO minum arak selepas keluar masuk PR dia dah berhenti minum arak.Ke ke itu yg bagus? Kalau dia kekal dlm UMNO mungkin dia akan kekal minum arak

    It seem issue ni bounced back to UMNO sehingga UMNO become defensive. keh keh keh

    ReplyDelete
  86. Anonymous5:07 PM

    Salam DAKJ,

    Terpulanglah kepada parti-parti politik yang bertanding di Hulu Selangor kini menabur janji dan membawa segala pembangunan.Kami disini lebih memikirkan nasib keluarga. Saya bersimpati kepada bapa mertua dan keluarganya yang mengharap masalah mereka selesai sejak sekian lama.DAKJ…orang politik ni, ckp pun mmg cakap politik.Bergegar-gegar…sedap didengar segala janji.Lagi-lagi bila pilihanraya kecil seperti yang sedang berlangsung ketika ini.Tapi keluarga mertua saya nekad kali ini, parti politik mana yg dapat menyelesaikan masalah mereka, calon parti tersebut akan dipangkah! Isu kebanyakan org disini ialah mengenai pemberimilikan tanah. Ramai antaranya tak kira org Melayu, Cina atau India, masih menduduki tanah TOL (Lesen Menduduki Sementara).Ada antara mereka-mereka ini telah memohon hakmilik tanah dari pihak kerajaan negeri sebelum ini (BN) dan ketika ini (PR) tapi masih belum diberikan hakmilik. Jadi sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah berkaitan tanah ini, undi dari keluarga mertua saya sudah pasti.Apalah sangat kan?, undi yg diperolehi dari 7-8 orang.
    Sahabat saya di Felda Sg Buaya pun begitu juga.Isu yang paling panas waktu ini, lebih-lebih lagi dari generasi ke 2 di felda tersebut adalah mengenai baki bayaran pampasan yang jumlahnya mencecah RATUSAN JUTA RINGGIT MALAYSIA! Yang memulakan masalah adalah suku sakat Parti Pembela Bangsa Dan Agama. Tan Sri Mat Taib paling ‘top’ kalau penduduk bercerita mengenai perkara ini.Perkara ini wujud dari zaman beliau menjadi MB Selangor lagi.Tanah dah tiada, bayaran diterima belum selesai keseluruhan lagi.Kalau kerajaan negeri kini (PR) dapat menyelesaikan masalah ini, undi sudah pasti memihak mereka.
    Berkenaan tajuk Datuk kali ini, bagi saya apa la yang nak di hairankan. Ahli PKR sekarang ni pun majoriti adalah bekas ahli UMNO. Ahli PKR keluar parti masuk UMNO….Ahli UMNO keluar parti masuk PKR! Bagi kami masalah kami tetap tak selesai biar lah seramai mana pun yang keluar masuk sesebuah parti politik.Selesaikan masalah kami disini, dapatlah undi!Bab pembangunan tu tanggungjawab kerajaan, tak kira lah dipihak kerajaan negeri (PR) atau pun kerajaan pusat (BN).

    p/s- faktor calon pun boleh memberi impak pada keputusan p/raya disini. Ramai pengundi Melayu disini masih mahukan calon dari kaum sebangsa.Tapi ini hanyalah pandangan saya setelah berbual dan berkongsi pandangan ketika berkumpul sesama ahli keluarga, minum di warung dan berbual di laman masjid.Itu belum lagi rakan-rakan yang sekitar umur saya yang sakit mata dan hati. Kalau Datuk nak tau kenapa…Datuk cuba tinggal di tempat yang majoritinya Melayu…tapi MP berbangsa India DAN tempat tersebut diluar bandar!Rasailah kelainannya…..BN menang kerana orang Melayu luar bandar masih kenang jasa UMNO.Tak tahu sampai bila kerana di Hulu Selangor PU 2008 telah membuktikan bahawa ia takkan Dulu..Kini..dan Selamanya…..
    Terima kasih Datuk.

    Anak Menantu Orang Ulu Yam Lama
    Hulu Selangor

    ReplyDelete
  87. pemerhati5:49 PM

    Dato

    bola tanggung dah depan mata, tapi orang PKR tegar ni malas dah saya nak smash. Nanti dia baling batu pulak.

    buang masa saya saja.....

    p/s Kalau Dr Halili sbg inner circle anwar pun di layan sebegitu rupa, yang nun jauh dekat bawah tak tahu lah macamana agaknya.

    ReplyDelete
  88. kasihan anwar, susah sangat nak jadi perdana menteri. kalau dulu dia ikut aja cakap tun, pasti sekarang dia dah jadi perdana menteri. kesian zizah tak dpt jadi first lady. sian ezah tak dpt jadi anak perdana menteri.

    ReplyDelete
  89. Anonymous9:12 PM

    Saya sokong Pak Belalang, setuju ngan pakblalang. Jgn lah overexpos sgt. Banyak buat banyak kena fikir. Takut tk sempat pikir kan jadi tk betul. Dok diam diam.
    Apabila khatib sedang vaca kutbah, hendallah kamu diam. Semoga kamu dpt pahala. itu adalah yg lebih baik bagi kamu.

    Pengenalan saya ialah Sokong Bawak Rebab

    ReplyDelete
  90. Salam DAKJ

    Sekalung tahniah kepada Dr Halili kerana telah tersedar dari terpijak kulit pisang dan katanya akan menyertai UMNO. Alhamdulillah. Allah menjanjikan kebenaran akan mengatasi kebatilan. Takbir!!!!

    Satu lagi, saya ingat nak balas dengan cara maki hamun jugak ke yangretibase, tapi demi menghormati Dato’ dan sebagai penumpang di blog ni, hasrat tu tak jadilah. (Sikit bolehlah kot)

    Kalau dulu To’ Guru kata Allah mencarut, sekarang dah ada anak muridnya kata Allah yg maha ego pulak.

    Tiada rasul lagi selepas Rasulullah bermakna tiada lagilah manusia yg maksum selepas baginda. Masalah dengan sesetengah pengikut yg fanatic termasuk yangretibase ialah To’ Gurunya dianggap keramat dan maksum sehingga tiada kesalahan. Bukan apa, Allah surah pakai kepala otak, yangretibase pakai kepala lutut macam binatang untuk berfikir. Bodoh punya otak. Agaknya betullah ustaz kata iaitu setan ada anak dan mungkin yg paling bongsu adalah yangretibase. Sekian, maafkan saya.Wassalam.

    p/s: maaf sekali lagi Dato’. Sikit je.

    ReplyDelete
  91. Salam Datuk AKJ,

    Saya kagum dengan analisis kualitatif yg dilakukan oleh saudara langitbiru. Ada benarnya sekarang para pembesar Melayu rata-rata has no balls! Like DS Najib yg asyik play safe. TABadawi yg flip-flop asyik syok sendiri. Mantera "Islam hadhari" langsung tak kedengaran lagi! Zahid Hamidi yg beragenda sendiri (Personal interest). Tatkala KMU dan lain-lain bloggers menyanggah TABadawi mamat ini senyap bisu tak bersuara. Sekonyongnya menawarkan diri jawatan no 2. Mak ai... Nafsu besar hati kecik! Nafsu politik rakus beliau ala-ala DSAI yg dulunya dengan penuh ganteng menyelar seorang negarawan nepotisme dan kronisme.

    Tatkala MCA dan Gerakan yang lumpuh 3/4 badan itu menyalak Melayu rasis, tohmah ucapan YB Tun Dr Mahathir sebagai amat menjijikkan...semua pembesar yang telah dikasi ini menikus! Nazri Aziz sibudak tunggangan para kiasu ini adalah mediocre gelandangan penuh kecelaruan identiti diri. Mereka ini hanyalah opportunist politik LONGKANG yang saban waktu cakap berdegang meski ekor tahi bergelumang.

    Hari ini adalah kesinambungan era TABadawi yang amat meloyakan. Nuansa bobrok dan bejat ini bisa berterusan selagi ANU MEREKA DALAM BOTOL tersimpan kedap, kejap, sebal hinggakan tak terasa apa lantaran dibius wang ringgit dan kedudukan yg disangkakan kekal ke mati. BAJINGAN!

    Apa ada pada PKR? Parti yang tak beridealisme itu bagaikan titip-titip cebisan samah samai di lorong belakang penuh hanyir longkang sumbat noda terpahat! Kenapa diberi kredit pada si petualang yg tak bisa mengangkat bibir merungkai sumpah di rumah ALLAH yang dia sememangnya tak buat onar itu! Kenapa gelabah?

    BERANI KERANA BENAR
    TAKUT KERANA SALAH
    TANGGUH KERANA TAKUT

    Dan akhirnya KEBENARAN AKAN BERKATA-KATA pada dinding-dinding kota memahat peribadi dan warna sebenar empunya diri yang masih terbuai dek denial syndrom. Nantilah tatkala mulut tak bisa lagi bicara. Bahkan kaki tangan dan telinga asyik bercerita sejujur-jujurnya. Saat itu pastikan tiba. Bukankah kita semua akan bertemu di pelabuhan singgah nan sama di padang mahsyar penuh kesasar?

    ReplyDelete
  92. Anonymous11:14 PM

    DAKJ,

    Phenomena of mass exodus from PKR could be viewed as a blessing in disguise but it could also be regarded as a process of selection and exclusion.

    Of course PKR has achieved the short term target. And all this is made possible not because of contribution made by one particular person but most likely the collective effort.

    It won't take long time for PKR becoming quite attractive and promising new brand. This window of opportunity allowed several new faces jump on the bandwagon.

    The notion that PKR could get more and more is not beyond its wildest dreams. This is where the whole drama and dilemma start. To the lay man out there the perception is "Dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi".

    Ronson Nib

    ReplyDelete
  93. INDIGO11:42 PM

    Scribe,
    Salaams

    Dengan Izin.

    Dr M wont campaign but asks Hulu Selangor to choose BN

    Habis cerita: Terima kasih.

    ReplyDelete
  94. Perak Ruler unhappy with those who disgrace Malaysia at international forums
    By IVAN LOH


    ivanloh@thestar.com.my

    KUALA KANGSAR: The Sultan of Perak Sultan Azlan Shah expressed regret at the actions of certain individuals and groups who disgraced their own country at international forums.

    This, he said, gave an opportunity to outside powers to interfere in the internal affairs of the country.

    “I call on the people to use their wisdom for the sake of the nation and not to be influenced by their emotion based on desire which would eventually be to the detriment of the country,” he said

    comment:

    This is a fact which cannot be denied. Yes, there are certain individuals and groups who continue to disgrace their own country. Their main agenda is nothing else but to discredit govt. policies. They propagate a feeling of hatred but never realise that by doing so would ultimately cause instability in the country. Who will gain? What we have achieved thus far in terms of prosperity would become ashes if this country is in chaotic state of affair. We cannot take this matter for granted and be confident enough that as if our people have reached a stage of high civil society wherby we can express freely whatever we want to say. No, we are far from being civilised. A long way to go if we continue to become instigators.

    Their action is a reflection of being disloyal to this country and they don't deserve to be Malaysian citizen. These people should be stripped their citzenship and go to other places which they feel comfortable.Why stay in this beautiful and peaceful country. Comparatively and literally, we are living in "paradise" compared to other countries which are struggling to make ends meet.

    Bersyukurlah banyak-banyak!! As what Tuanku said use our wisdom!!!

    ReplyDelete
  95. Dr Mahathir said: “ Zaid is a man who claims he has contributed a great deal to Malaysia so up to the electorate to audit his contributions.

    comment:

    Masuk bakul angkat sendiri. What has he contributed? Nothing except by initiating the ex-gratia payment by the millions to the guilty judges!!

    ReplyDelete
  96. pakbelalang,

    Saa pun nak tahu apa jasa besar zaid kepada negara. Boleh tanya TDM tak, adakah dia dengar sendiri dari mulut zaid atau mana-mana sumber yang dia ambil?

    TDM punya tabiat making up stories tentang orang-orang dia tak suka. Remember..dia kata Paklah bazirkan duit lebih banyak dari dia? Mana bukti dia?

    Setakat nak sebut tanpa bukti, semua orang boleh sebut. Aku pun sebut aku dengar dari mulut berahim ali...dia kata dia adalah negarawan yang paling ulung dan tersohor dinegara ini, sejak belum merdeka hinggalah kiamat!

    Kekadang kita orang tua ini perlu bersikap bersesuaian dengan umur kita. Buruk orang tua main baling batu sembunyi tangan macam budak-budak tadika.

    bat8

    ReplyDelete
  97. YBhg Dato'
    Assalamualaikum,

    Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor sangat menarik kerana keputusannya akan memberi gambaran samada orang Melayu mempunyai pemikiran sendiri. Dalam soalan pemilihan calun umpamanya ramai yang tidak mempunyai ketahanan mempertahan pendirian asal mereka dan sekarang terpaksa mengadakan 'damage control'untuk 'justify' pendirian menyokong calun yang mereka rasa tidak sesuai dahulu. PERKASA pula akan menjalani ujian besar kerana setelah berapi-api memperjuangkan apa yang dikatakan hak Melayu sekarang kena berpatah balik menyokong calun bukan Melayu walaupun peratusan orang Melayu tinggi di Hulu Selangor.

    Sebenarnya dasar berdiam diri jika kita tidak ada perkara yang baik yang hendak dicakapkan masih relevan.Apa yang kita lakukan sekarang tidak besar kesannya pada masa kini tetapi akan mempunyai implikasi yang besar kepada anak cucu kita.

    Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
    Pencetus Strategik Vision
    Petaling Jaya.

    ReplyDelete
  98. Anonymous4:14 PM

    “Umno akan menggunakan apa sahaja isu, isu-isu yang tiada kelas... isu yang paling tiada kelas,” kata beliau dengan merujuk kepada tindakan Umno-BN menggunakan isu minum arak membabitkan calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim

    Setiausaha Agung PAS
    Datuk Mustafa Ali


    DAKY..

    PROBABLY YOU ARE THE HAPPIEST MAN IN THE WORLD NOW..SEEING YOU OPPONENT AND ARCH NEMESIS ZI 'BOOZED' BY UMCO AND THE GANG..

    minah ronggeng

    ReplyDelete
  99. Anonymous4:40 PM

    Mawar nak kata saya munafik katalah.

    Yang penting, saya dah kata saya silap dan ianya adalah terdahulu dari tuduhan munafik Mawar.

    Bila silap saya tak malu kata silap.

    Yang Mawar cepat-cepat sedap kata orang itu ini bodohlah, munafiklah. Malah Mawar juga kata rakyat Kelantan umumnya bodoh sebab tak mengikut arus perdana dengan mengundi BN. Itu ke standardnya bahasa Mawar?

    Jika begitu, apa kurangnya Mawar dengan penceramah di kampung Mawar tu?

    Jika betul Mawar orang Kelantan, cuba jawab soalan ini :

    Bekas Menteri manakah yang cuba menabalkan Sultan Kelantan yang baru menggantikan Sultan yang ada sekarang ini dan dari parti manakah bekas Menteri itu?

    Kalau tak dapat jawab, sahlah Mawar bukan orang Kelantan.

    Fed Up

    ReplyDelete
  100. Anonymous5:51 PM

    Dato'

    Pas boleh sokong Zaid atas dasar dia dah taubat. Tapi taubat tu, kata Tok Guru saya, antara manusia dengan Allah. Kita tak tahu lebih dari itu. Tapi eloklah kalau orang masuk PKR dan terus taubat. Soalnya kalau Zaid istihar dia taubat dan Pas terima taubat dia, macam mana pula Pas tak terima sumpah Najib dan tak gesa Anwar bersumpah dan bertaubat.

    Ini hipokrit Tok. Tapi macam mana pula Pas pertahan perempuan PKR yang bergambar bogel atau teman lelaki dia yang juga orang PKR. Bunyi Pkr ni tok, macam party orang gian. Macam-macam ada.

    Kamjat Penang

    ReplyDelete
  101. Salam DAKJ,dan salam juga untuk sdr Fed Up,

    Terima kasih kerana beri laluan sekali lagi untuk jawab Sdr Fed up..saya kata kat dia munafik kerana dia belawak dalam posting komen disini yang banyak dibaca ramai...dia tak tahu di mana Wakaf Bharu dan dia minta maaf kerana bertukar dengan Rantau Panjang..dan dia belawak juga pernah pergi dengar orang mengajar di Wakaf Bharu.... dia kata balik saya munafik kerana kata kat dia bodoh...kata kat orang bodoh tak jadi munafik lagi..tambah-tambah lagi kalau betul dia bodoh ....nak belawak pun jangan nampak bodoh sangat...dia cabar saya betul-betul ke orang Kelantan...saya tahu apa yang dia tanya tu tapi saya tak nak jadi bodoh macam dia ...nak jawab... Saya nak bagitahu ramai orang Kelantan pun tak tahu Dato Ibrahim Ali tu orang Wakaf Bharu...dari Kg Pasir Pekan...rumah dia skrg pun di Wakaf Bahru....bukan Pasir Mas.., di kampung orang panggil dia Setopa Tok Gawa Ali...Dato Kamarudin Jaafar juga orang Wakaf Bharu, tapi rumah dia di Kelana Jaya.

    Banyak Kelantanese tak tahu... ikan kering gelama sungai...the best ikan kering in the world..1kg RM 45.00..kalau DAKJ nak merasa boleh saya bagi .. jumpa kat nasi lemak Tanglin....(Saya kini berada di kediaman KL sehingga 15 Mei) Fed Up nak berhujah gunalah nama sebenar.. MAWAR nama sebenar saya seperti dalam IC. Kediaman saya di K.Bharu (tepi sungai dekat Istana..bukan Istana Kubang Kerian) ...asal Wakaf Bharu dan ada rumah juga di Wakaf Bharu...orang tua duduk. Sekian, Wassalam.

    ReplyDelete
  102. bat8,

    Saya menghormati Dr Mahathir sebagai "bapak". Dalam keadaan usianya adalah lebeh baik kita jangan komen sangat apa yang dia kata.Orang tua amat sensitif seperti juga bapak kita, cepat tersinggung. Dia memerlukan perhatian sewajarnya supaya tidak tersisih dari masyarakat umum. Maklumlah orang dah berumur biasanya "lonely". Dia memerlukan attention sebagai warga tua terhormat. Adalah lebeh wajar kita tempatkan Dr Mahathir dalam golongan orang yang dikasihi sebagai pemimpin lama yang telah berjasa kepada rakyat sungguhpun ada perkara yang dilakukannya semasa pentadbirannya tidak menepati kehendak setengah daripada rakyat. Itu adalah lumrah sebagai pemimpin jika kita perpegang kepada prinsip "nobody is perfect in this world".

    ReplyDelete
  103. Zaid said although he is up against Barisan’s P. Kamalanathan, his real opponents were Umno, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    comment:

    Simple deduction in politics. Dulu jadi kawan sekarang jadi lawan.Bolehlah ditakrifkan bahawa Zaid ini bermain politik lalang untuk agenda dirinya sendiri. Dulu UMNO sekarang PKR dan mungkin lusa DAP atau PAS!

    Yang penting adalah apa prinsip Zaid sekarang? Apa sebenarnya prinsip politik yang dianutinya? Pada pandangan saya politik beliau mirip kepada politik liberal. Adakah politik liberal ini sesuai dikalangan rakyat berbilang kaum terutamanya orang Melayu dan Islam. Bolehkah orang Melayu terima sikap politik liberalnya?

    ReplyDelete
  104. Zaid memang pernah minum arak.masa di dalam UMNO dulu,ok? itu dulu,skg dia kata tidak lagi dah.So up to UMNO to prove the other way.Cuma satu peringatan saya. A MAN WHO LIVE IN A GLASS HOUS SHOULD NEVER THROW STONEs.

    berita terbaru adalah SU PKR Hulu Selangor keluar parti dan join UMNO.Dia adalah 3 org yg dienarai pendekkan sebagai calon.Bayangkan kalau dia terpilih.Jika menang in no time dia akan melompat.Alhamdulillah PR selamat

    ReplyDelete
  105. Anonymous3:07 PM

    Mawar,

    Bila saya mengaku silap walaupun sebelum dikecam Mawar, itu belawak ke namanya? (belawak ni istilah kelantan untuk perkataan menipu; tak sama dengan melawak).

    Jika Mawar baca betul-betul, semua komen saya adalah berkenaan Rantau Panjang. Termasuklah cerita masjidnya. Apa nak malu kalau dah silap.

    Memang saya bodo. Mawar pandai.

    MUJURLAH ADA MAWAR YANG CERDIK SUDI DUDUK HINGGAP DI NEGERI KELANTAN YANG ORANGNYA BODOH BELAKA.

    Tak nak jawab soalan saya sebab Mawar yang cerdik tak mahu nampak bodoh? Tak pa la.

    Saya ni yang bodoh kerana berani mengaku silap walaupun akan nampak bodoh.

    Saya dekat-dekat Istana tempat Sultan Kelantan tinggal tu (bukan istana Air Mata), setakat rumah gemulah cikgu Mat Dahan saja, tak pernah masuk jauh kedalam, tak tahu pula ada sungai kat situ.

    p/s kalau dah duduk dekat istana tu tak kan tak boleh jawab nama menteri yang saya tanya tu?

    p/s Ibrahim Ali tahu ke budak kampung dia suka hisap rokok masa khutbah jumaat?....Beza betul dengan perangai bebudak di Mesjid Kedai Lalat (saya tak mahu la bagi contoh Pulau Melaka, sekadar contoh yang dekat sahaja)....

    Fed Up

    ReplyDelete
  106. when ever there's a by-election .. out came EZAM and then he dissappears. Most of the time, he would brings lots of STORIES or NEWS about DSAI. some like it very much but not me. i think many more people hate EZAM for the things he have about DSAI. This includes pro-UMNO Malays because they feels that it is not nice for a friend to down-grade and insult your best friend even you're not anymore!

    ReplyDelete
  107. Masa pilihan raya tahun 2204, PKR kalah teruk... semua penganalisa politik kata PKR sudah berkubur...

    Tahun 2008, PKR (bersama Pakatan Rakyat) menang besar...

    Kita sekadar merancang, Allah jua yg menentukan...

    Kadangkala kita rasa kuat, tapi itu luaran saja...

    ReplyDelete
  108. Anonymous7:28 PM

    Salam Datuk,

    Just to share my personal views on Zaid:

    Andai saya pengundi di Hulu Selangor, saya akan mengundi beliau. Bukan kerana saya suka beliau secara peribadi (minum arak atau tidak...who cares..) ataupun parti yang diwakilinya. Cuma tindakan saya ini sebagai protes kepada orang Melayu Umno yang punya kuasa memerintah tetapi masih membelakangkan keluhan dan rintihan bangsa sendiri.

    Last but not least tindakan saya ini juga sebagai tanda yang ramai lagi orang Melayu yang boleh berfikiran kritikal dan matang dalam berpolitik daripada suka berfikiran sempit, bodoh dan suka memperbesarkan benda-benda tak relevan.

    So Zaid, you can sleep well my friend. (Rest assured Zaid I still despise you)

    Jimizul

    ReplyDelete
  109. INDIGO10:45 PM

    Scribe
    Salams

    Apabila calun BN menang di P94 bagaimana kedudukan BN dalam Dewan Rakyat?

    ReplyDelete