A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
KITA diminta bersimpati. Tetapi kita juga diajar jangan terlalu emosi. Kita kena faham pokok dan pangkal, baru kita menjadi orang berakal.
Mati di jalan raya itu bukan tragedi. Mati minum Paraquat pun bukan tragedi. Ia sekadar kematian yang menyedihkan. “Tragic” dalam bahasa Inggeris. Tragis kata bahasa Indonesia yang kita guna pakai.
Tragedi, dalam pengertian asalnya adalah drama atau sandiwara yang kesudahannya menyayat hati umpama Uda dan Dara, Romeo dan Juliet. Peristiwa yang menyedihkan tidak semestinya tragedi. Ia boleh menjadi komedi.
Mati berlanggar di jalan kerana menandu tanpa lesen atau ditambah polis kerana enggan berhenti bukan tragedi. Ia sekadar “tragic” – menyedihkan atau menghibakan.
Tetapi apa nak buat. Banyak istilah asing apabila diserahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka atau diserapkan ke dalam bahasa Melayu, lain pula maksud dan pengertian yang diberikannya.
Saya pun tidak faham, malah naik sasau apabila perkataan “ori” khabarnya diterima pakai oleh DBP bagi membawa erti asli atau original. Emotional atau emosi sudah jadi “emo”.
Bahasa Inggeris, sepanjang pengetahuan saya, tidak pula menyingkatkan original menjadi ori atau emotional menjadi emo. Yang guna ori dan emo ni remaja. Tetapi orang tua pun sudah terikut-ikut.
Satu Malaysia yang guna bahasa Melayu. Itu kata Perlembagaanlah. Tetapi kerana terbawa-bawa dengan bahasa Inggeris, maka kecewa disangka “frust”. Jadi ramailah kerana “frust” lantas bunuh diri, mengambil madat, lari dari rumah dan macam-macam lagi.
Lulusan universiti pun sangka “frust” itu adalah perkataan Inggeris untuk kecewa atau hampa. Jadi bila saya beri mereka kamus Oxford dan suruh mereka cari perkataan “frust”, mereka terpinga-pinga kerana tidak ada. Istilah sebenar Inggeris adalah “frustration”.
Jadi, budak 15 tahun mati ditembak polis ketika memandu dan enggan berhenti sekatan buka tragedi. Ia kejadian “tragic” (menyedihkan) yang tidak sepatutnya berlaku kerana BUDAK 15 TAHUN TIDAK LAYAK MEMANDU KENDERAAN BERMOTOR.
Yang menjadi tragedi ialah apabila sebahagian besar masyarakat tidak menyoal bagaimana Aminulrasyid Amzah yang berumur 15 tahun boleh bawa kereta sebaliknya bulat-bulat menyalahkan polis.
Sedangkan soalan yang wajib ditanya dan dijawab ialah siapa yang mengajarnya memandu kereta sedangkan undang-undang berkata umur minimum memandu kereta adalah 17 tahun (Lesen Memandu D) dan motosikal 16 tahun (lesen B2 -250 kuasa kuda).
Soal dia “pinjam” kereta kakaknya adalah perkara kedua yang tidak akan timbul kalau tidak ada persoalan pertama iaitu siapa yang mengejarnya memandu kereta sedangkan dia di bawah umur.
Kita boleh salahkan polis kerana “trigger happy”. Itu Ketua Polis Negara, Musa Hassan, wajib siasat dan wajib jawab kerana memang ada kecenderungan di kalangan sesetengah anggota polis menggunakan kekerasan.
Tetapi nak salahkan polis bulat-bulat pun tak kena. Kerap juga anggota polis yang membuat sekatan jalan raya, mengawal lalu lintas atau meronda dirempoh sampai mati oleh penjenayah dan oleh pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.
Bayangkan, apa pula pendirian kita kalau budak-budak bawah umur ini membawa kereta dan berlanggar dengan orang yang ada lesen di jalan raya sampai mati atau cedera parah?
Hanya orang yang ada lesen yang sah sahaja dibenarkan oleh undang-undang untuk memandu kenderaan bermotor. Budak 15 tahun tidak dibenarkan kerana dia belum berhak memiliki lesen memandu.
Saya pun ada anak. Sejak mereka lahir saya sudah ada kereta. Tiga daripada mereka sudah ada lesen dan seorang sedang belajar dengan sekolah memandu.
Sebelum mereka belajar dengan sekolah memandu dan lulus ujian memandu, saya tidak benarkan mereka menyentuh stereng – tak kira kereta saya atau kereta orang lain.
Saya tidak benarkan mereka memandu jauh-jauh atau lewat malam sehinggalah mereka cukup cekap. Sebenarnya tidaklah susah sangat nak disiplinkan anak-anak demi keselamatan kalau ibu bapa ada akal dan ada disiplin.
Justeru itu, saya susah sikit hendak bersimpati dengan orang yang sayangkan anak sampai abaikan undang-undang dan keselamatan.
Dan terlanjur Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, mengarahkan agar tidak ada apa-apa disembunyikan dalam siasatan kematian Aminulrasyid Amzah, pihak terbabit perlu siasat siapa yang mengajar dia memandu, kenapa begitu mudah membiarkan anak-anak melanggar undang-undang dan membenarkan remaja keluar rumah lewat malam.
Sambil-sambil itu, cuba buat pemeriksaan di sekolah-sekolah menengah takut-takut ramai lagi budak 15 tahun bawa kereta atau tunggang motosikal.
Tragik bila UMNO mengalakan orang Melayu beranak dengan ramai tanpa mengambil kira kemampian ibubapa untuk menjaga anak-anak mereka yang ramai dengan baik demi kepentingan politik UMNO/Perkasa.
ReplyDeleteTak malu menyalahkan ibubapa Melayu yang sekian lama ini telah menyokong kehendak politik UMNO.
Bernas sungguh komen Datuk. Saya dan ramai orang lain di Malaysia ini tidak terfikir pula betapa kesalahan sebenarnya datang daripada tukang mengajar arwah memandu kereta..Tetapi biasala la Datuk, manusia mana yang hendak mengaku kesilapan. Menuding jari pada orang lain itu adalah lebih mudah dan menjadi kebiasaan. Apatah lagi kalau sambil meniding datang pula kepentingan. Lagi la laju tudingan dilakukan Datuk..
ReplyDeletePelajar memandu tanpa lesen kerana belum berkelayakan untuk memiliki lesen disebabkan oleh faktor umur adalah ramai. Jika polis membuat operasi menahan, menyita maka gah diherdik dan dikecam.
ReplyDeleteApabila Dato' pulang ke kampung di Tanah Merah cuba Dato ajak polis untuk membuat sekatan kepada pelajar SMK Tamah Merah maka Dato akan terkejut jika hasilnya mengesahkan bahawa ibu bapa cuai dengan membenarkan anak-anak mereka memandu tanpa lesen.
Alasan yang diberi cuma kerana tidak ada pengengkutan awam. Lebih menyedihkan kita, apabila mereka memandu tanpa lesen disusuli dengan tanpa memakai topi keleder.
Siasat dan dakwa:
ReplyDeleteBoleh jadi siasat dan dakwa polis yang cuai.
Boleh jadi siasat dan dakwa pemilik kereta.
Boleh jadi siasat dan dakwa si mati.
"Malaysian Style" - selepas ini seboklah pihak berkuasa mengadakan sekatan jalanraya untuk menge'check' pemandu berlesen atau tidak, kenderaan bercukai jalan, berinsuran atau tidak.
Seboklah juga kempen dan slogan, seboklah juga pak menteri dan media. Tambak satu sebok ialah bila cadangan Dato' diterima, guru dan sekolah buat kerja tambahan. Ibubapa pun jadi sama kalut.
Lebih kurang sebulan dua, lepas tu senyap - sampailah ke kes atau isu baru.
Siapa ajar beratus ribu pelajar sekolah hisap rokok.Seterusnya siapa ajar mereka menghisap dadah.
ReplyDeleteAkan ada jawapan,jangan samakan hisap rokok dengan pandu kereta.Jawapannya,kawan kawan remaja yang berumur dan ada lesen pun bolih mengajar remaja bawah 15 tahun memandu,tidak semestinya ibubapa.
Dato'
Pandangan negetif kebanyakan masyarakat adalah disebabkan sikap buruk segelintir anggota polis sendiri.
Salam.....
ReplyDeleteInsiden ini mengingatkan saya kepada kisah yang hampir serupa dan terjadi setahun yang lalu....
Disini saya nak kongsikan bersama untuk peringatan dan renungan kita semua....
http://4.bp.blogspot.com/_C8-S9ibxcKA/Sey9kqijXTI/AAAAAAAAAzM/kN8ENdvKLDg/s1600-h/IMG.jpg
Dato,
ReplyDeleteBab ini (memandu tanpa lesen) saya sokong seratus peratus, infact 110% lah.
Saya kenal keluarga ini secara tidak langsung dan saya bersimpati dengan mereka. Mereka telah kehilangan anak serta adik yang dikasehi.
Bab anggota PDRM 'trigger happy', kena siasat betul-betul la, yang ramai marah tu kenyataan kat akbar yang siap tuduh penjenayah lah penyamun la dsb. Jadi dengan zaman sekarang cerita tersebar luas, yang betul dan yang salah dah bercampur aduk.
Kalau pihak PDRM peka, jangan buat 'statement' dulu, paling kuat katalah telah berlaku :-
'anggota polis telah menembak "suspek" yang ingkar arahan polis pada pukul 2pagi, siasatan sedang dijalankan dan pegawai terbabit telah "digantung" dari tugas2 hingga kes selesai'.
Lepas tu jalankan siasatan ikut 'procedure', insyaallah tak jadi macam ni. Mungkin ini yang orang ramai tak nampak, dan tak boleh terima.
Kalau Kerajaan serta semua agensi 'enforcement' di negara kita ini masih tak dapat "keyakinan" sepenuhnya, mereka kena terus buktikan dan sentiasa mencari cara terbaik bagi mereka mendapat keyakinan rakyat.
Bab tak ikut undang-undang ni, memang kena lebih ketat lagi bila berkaitan dengan tak ikut undang-undang. Tak pakai topi keledar, tali pinggang keledar, tak ada lesen dan memandu secara merbahaya.
Kat Shah Alam aje, tapi rasanya tempat lain pun sama, kalau "SERIOUS" ramai dah kena cekup, tapi kalau polis tangkap nanti kata tak berhati perut la,dan sebagainya. Polis kena keluarkan satu statement, berkuat kuasa serta merta:-
"sesiapa di tahan dan tidak mengikut undang-undang" akan disabitkan mengikut undang-undang yang disabitkan.
Lepas tu, ikut procedure, tak kira orang biasa, saudara mara ke (anak/adik polis), kenal orang itu ke orang ini, masa tu, sama sama kita pastikan keselamatan semua.
Siapa yang suka kalau kena batang hidung sendiri, tapi kalau nak "EFFECTIVE" kena la.
Nak salah kan orang lain mudah, bak kata perpatah : kalau guna jari telunjuk, 3 jari balik ke kita, kalau guna ibujari, semua 4 jari menghala ke kita.
Salam Hormat
A.Alshukor
Cinta Alam Malaysia.
lebih tragis bila kuasa yang menjadi amanah disalahguna mengikut perasaan tanpa pertimbangan. Antara peraturan dan pertimbangan akal dimana amanah ...
ReplyDeletesalam dato,
ReplyDeletekesalahan dijalanraya tak lah begitu berat,kalau dibandingkan dengan kesalahan rasuah dan membazirkan wang negara.
Saya suka tulisan dato,you are in my blig list.
Wassalam.
Salam Dato'
ReplyDeletesaya bersetuju bahawa mungkin kesilapan ibu bapa membenarkan anak bawha umur memandu kereta.. tetapi adakah kesalahan memandu kereta di bawah umur patut di hukum dengan tembakan di kepala? sedangkan banyak lagi penjenayah lain yang menyebabkan kematian atau kerosakan hidup (seperti merogol) hanya di hukum sebat atau penjara beberapa tahun..
apa perlunya budak itu di tembak sedangkan dia hanya memandu kereta dengan laju tanpa membahayakan polis2 itu seperti menembak atau membawa senjata? itu yg menjadi persoalannya..
rafidah hj ismail
Salam Dato',
ReplyDeleteMemangnya keadaan sekarang cukup tragik.Terlalu ramai ibu bapa didapati mengabaikan tanggungjawab mereka dalam hal memandu tanpa lesen ini. Mereka bukan sahaja membenar tetapi juga semacam menggalakkan anak-anak mereka memandu atau menunggang motorsikal tanpa lesen.Saya kata demikian berdasarkan apa yg saya lihat di jalan-jalan raya berhampiran sekolah-sekolah dimana terdapat cukup ramai murid-murid menunggang motorsikal,ada diantaranya tidak memakai topi keledar.Kadang-kadang mereka itu berlumba diantara mereka dijalan raya.Sementara di jalan-jalan kampong pula terdapat kanak-kanak dalam lingkongan umor bawah 15 tahun menunggang motorsikal membawa adik-adik bersama.Saya percaya perbuatan mereka itu diketahui dan direstui oleh ibu bapa mereka.
Apa yg dikesali juga ialah nampaknya pihak berkuasa semacam tidak ambil kesah terhadap pelanggaran undang-undang jalanraya yg dilaku oleh murid-murid dan juga orang dewasa yg menunggang tanpa memakai topi keledar dan melanggar lampu isyarat.Saya pernah lihat perkara ini berlaku bersebelahan dan dihadapan balai polis masing-masing di Ketereh dan Binjai,Kota Bharu yg mana ianya terdapat lampu isyarat disitu.
Walau pun ibu bapa bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka tetapi saya kira pihak berkuasa pun ada peranan dan tugas untuk menguatkuasa undang-undang jalanraya. Selain daripada itu pihak sekolah pun boleh main peranan dalam hal ini.
Kita harus ingat bahawa pelanggaran undang-undang jalanraya oleh murid-murid sekolah ini satu perkara yg serius, bukan sahaja dipandang dari sudut keselamatan dan kemalangan tetapi juga dari aspek disiplin.Jika diperingkat sekolah mereka tidak diberi tekanan terhadap pematuhan kepada undang-undang dan peraturan ,tetapi sabaleknya pula mereka dibiarkan tidak mengendah dan memandang ringgan terhadap undang-undang .Apabila perbuatan ini dibiarkan berterusan kemungkinan besar akan terbentuk sikap tidak kisah dan pandang remeh terhadap undang-undang dan peraturan di kalangan murid -murid itu.Sebenarnya segala penyakit sosial yg melanda remaja kita sekarang,khususnya orang Melayu, ada berkait rapat dengan kekurangan disiplin dikalangan mereka yg puncanya adalah kerana ibu bapa kurang memberi tekanan terhadap tanggungjawab masing-masing,dan juga pihak berkuasa kurang berkesan didalam memainkan perana dan tanggungjawab mereka.
Askar Tua
Salam,
ReplyDeleteDato',
Saya pun macam Dato', pandai jaga anak. Bila anak2 dah lulus ujian memandu, saya benarkan mereka memandu tetapi saya atau ayahnya ada di sebelah sekurang-kurangnya selama sebulan. Saya suri rumah, tugas saya memang bersama anak-anak, jadi can only speak for myself je lah.
Mengenai isu Aminul ini, saya pada mulanya berpihak kepada polis sebab pada saya, keselamatan polis juga perlu dijaga. Peraturan di rumah saya, anak, bapak, semuanya mesti berada di rumah sebelum maghrib. Jadi dari sudut itu, saya memang kurang bersimpati sekiranya mendengar musibah menimpa anak-anak yang maut dalam kemalangan jalan raya jam 4 pagi atau maut kerana tergelincir dari rumah pangsa girlfriend.
Dalam kes ini, simpati saya kepada polis berpindah kepada allahyarham Aminul kerana cubaan untuk discredit simati dengan cerita parang dll, dll. Sekarang ini zaman CSI, jadi pihak polis kena menghormati tahap kesedaran orang awam.
Sewajarnya, kita balik kepada prinsip yang asas: Honesty is the best policy, prinsip yang saya rasa Dato' pun tanamkan dalam anak2 Dato'. Tak perlulah KPN bercakap macam budak tak cukup akal. Dah banyak insiden yang berlaku yang menunjukkan pihak polis perlu revamp latihan mereka untuk menyediakan ahli, terutama menjurus kepada persediaan mental yang membantu mereka membuat keputusan dalam keadaan yang tertekan.
Apabila melihat wajah ibunya, saya yakin beliau redha dengan ujian Allah terhadap dirinya dan keluarga dan beliau pun hanya minta title 'penjenayah' itu dipisahkan dari anaknya. Wallahua'lam.
- MAKORANG -
Bukan sekadar 15tahun, anak saya 20tahun tapi masih belum mendapat lesen, untuk 'start' enjin kereta pun saya tak benarkan!!
ReplyDeleteAnak saya 15tahun, kiranya tak berada dalam rumah jam 9malam, saya akan telefon sana sini, tak puas hati, keluar minta jiran bersama2 mencari dimana dia berada, kiranya dia tidak memberi tahu saya lebih awal kemana atau dengan siapa dia keluar selewat itu..
Ibu
setuju dengan datuk. yang salah tetap salah, yang benar tetap benar. sendiri buat siasatan lah, kalau polis yang menembak tu melanggar 'sop' standard operating procedure, ambil sahaja tindakan. tapi masalah dengan polis ni, bila perkara dah jadi perhatian umum, ataupun perkara yang melibatkan VIP, selalunya akan dipanjangkan sampai pejabat peguam negara. buat apa? tak bolehkah bahagian hal-ehwal undang-undang peringkat negeri sendiri ambil tindakan? apa bezanya rakyat malaysia ni? kerana kedudukan dan harta, adakah ada layanan istimewa? peringkat kementerian dalam negeri tak perlu masuk-campur bila polis sendiri ada kapasiti untuk mencari penyelesaian. sebab itulah orang ramai asyik mempertikaikan kredibiliti polis, bukan disebabkan pihak pembangkang yang suka menghasut.
ReplyDeleteDAKJ, you are missing the point.
ReplyDeleteIsu budak 15 tahun bawa kereta tidak dipersoalkan kerana ia tidak ada berbagai versi cerita.
Malah respon pertama dari ibunya yang dilaporkan adalah "anak saya bukan pengganas dan saya sebagai ibu, saya tahu sapa anak saya berbanding orang lain"
Isu kenapa polis melepaskan tembakan kearah kereta dan pemandu, ada dua versi.
DAKJ dah baca laporan tentang kenyataan saksi?
Pesalah trafik, suspek jenayah dan penjenayah adalah tiga kategori yang menuntut tindakan berbeza dari pihak berkuasa.
Lebih tragik lagi, ini bukan kes pertama dalam masa terdekat ini. Sila rujuk http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10580
Saya telah katakan sebelum ini, jika tembakan boleh dijustifikasikan terhadap pesalah trafik, kita sudah lama selesaikan masalah rempit.
Itu lah yang diperkatakan sekarang.
Fed Up
Asssalamualaikum Datuk Kadir.
ReplyDeleteEntri Datuk kali ini sememangnya menyentuh isu yang sebenar di dalam kes ini, iaitu kelemahan ibubapa mendisiplinkan anak-anak.
Sikap "tidak mengapa" dan "alah, budak-budak, biarkan je" sudah menular.
Kanak-kanak sekolah rendah sudah dibiarkan ibu bapa membawa motorsikal walaupun seingat saya sewaktu saya sendiri sebaya dengan mereka saya cuma membawa basikal yang dipanggil 'gerek' ketika bersekolah di Perlis 20 tahun lalu. Alasan yang diberikan adalah disebabkan sayang anak, tidak mahu anak penat.
Jika 7 tahun lepas saya masih melihat anak-anak kecil di Pendang, Kedah bersekolah dengan menaiki capal atau kasut sekolah sahaja berkilo-kilometer jauhnya, apakan kanak-kanak sekarang sudah lembik?!
Kenderaan pacuan empat roda yang isteri saya pandu pernah dirempuh dari belakang oleh sebuah motorsikal Yamaha SS110 yang ditunggang oleh kanak-kanak berumur 11 tahun di dalam sebuah rancangan Felda di Hulu Selangor. Mujur kanak-kanak itu masih hidup, tetapi motorsikalnya hancur. Ketika kejadian, kanak-kanak itu sedang berlumba dengan rakan-rakan dan tidak sedar ada kenderaan pacuan empat roda berhenti untuk membelok ke kanan. Menurut kakak kepada kanak-kanak itu, sudah 2 buah motorsikal dihancurkan adiknya. Ish, ish, ish. Dan bapanya masih tidak kisah.
P/S: Saya berterima kasih kepada ayah saya, yang sanggup menggunakan tali pinggang dan rotan untuk mendidik anaknya menjadi manusia berguna.
Salam Datuk,
ReplyDeletePertama sekali ucapan takziah kepada keluarga simati.
Arwah simati secara semulajadinya sudah pasti akan lari apabila dikejar polis kerana beliau tidak mempunyai lesen memandu. Kerana takutkan akibat buruk (melalui undang-undang) yang bakal dihadapinya termasuk juga bakal mengheret sama dengan kakaknya yang tuanmilik kereta maka akhirnya beliau nekad lari dan menempuh akibat yang amat tragik sekali.
Anggota polis terbabit sudah tentu akan mempunyai alasan-alasan beliau sendiri tentang mengapa beliau menembak simati. Malah KPN sudahpun memberitahu kepada kita semua apa dia alasan-alasan tersebut.
Cuma kalau kita kaji semula alasan-alasan yang diberikan itu maka timbul persoalan seandainya jika polis kita mempraktikkannya secara 'meluas dan kerap' maka tentunya tiada lagi kes-kes dimana anggota polis kita yang mati dilanggar serta tercedera dirempuh sehingga patah tangan dan kaki semasa membuat operasi sekatan jalanraya bagi membanteras kegiatan mat-mat rempit dan sebagainya.
Atau mungkin polis trafik kita tidak secekap polis yang beruniform biru???
Jimizul
Salam Dato..
ReplyDeleteSudah...lah dato... jangan cuba nak alihkan isu... Tak jemu ke asik nak putar belit. Saya tak salahkan dato....yang salah orang yang ajar dato putar belit...Hari esok mungkin masih ada.... bertaubatlah. Terima kenyataan....
Saya jugak berfikiran macam Datuk. Tapi takut nak suarakan takut pulak berlawanan dengan pendapat umum.
ReplyDeleteSaya tenguk banyak tindakan impulsive remaja menyusahkan ramai orang. Ikut suka dia orang saja nak buat apa. Rasa nak lumba moto jommm. Rasa nak baling batu buat saja. Tapi apa apa yang berlaku tak berhenti sakat diri dia orang saja. Banyak orang lain terbabit. Naik kereta tak ada lesen, orang yang punya kereta kena saman.
Memanglah remaja tak ada kemampuan untuk fikir lebih jauh daripada kaki seluar dia orang. Jikalau boleh fikir jauh tak la nama remaja. Testostrone tengah meningkat . Tak ada istilah takut pada dia orang ni.
Orang dewasa pulak janganlah gabra dan tidak rasional langsung , sampai boleh goncang institusi negara akaibat reaksi impulsive dia orang ini. Bukan kita tidak simpati. Kita simpati. Bagaimana hal ini boleh terjadi.
Siasatlah setelusnya. Hukumlah jika ada kecuaian.
Kalaulah diketahui yang memandu itu budak 15 tahun, saya rasa tak ada sapa pun nak tembak.
Budak-budak waktu ini tengah tidur. Esok nak pergi sekolah.
Nak salah siapa ini. Mak bapak la kena ditanya.
Sokong Bawa Rebah
Ada lagi yang lebih tragik tuk....
ReplyDeleteKereta no plat Singapore "terbang" 200km/jam di Lebuhraya Utara-Selatan TAK DA PULAK KENA SAMAN!!!
Siap lepas lagi bila lalu tambak Johor!!!
Itu TAK MENCURIGAKAN KE TOK???
Walaubagaimanapun, Tok jangan nak salahkan ibubapa Arwah Aminurrashid dalam BAB ini....hulurkan simpati.
Saya dulu pun dah pandai bawa kereta umur 16.....bila nampak polis, kecut perut, panik pun sikit ada, bawak lah laju sikit kereta tu, dah tahu SALAH, tak ada lesen!
Tak ada sapa ajar saya, ambil kunci kereta senyap-senyap, "test-drive" 2-3 kali lama-lama pandai.
POLIS ni naik syeikh...sebab, kejar punya kejar proton saga burok, tak boleh jugak nak potong....marah, tembak!
Ada kawan saya yang baru balik dari Amerika lah, katanyalah, kalau bab kejar mengejar ni, polis takkan sekali-kali lepas tembakan di jalanraya, KECUALI kereta tu nak langgar depa, atau kereta tu tembak depa dulu!
Kes ni, Polis tembak dari belakang, KENA tepat di belakang kepala.
BUKAN tembak dari depan.
KALAULAH betul cerita versi POLIS katanya, Arwah tu mengundur keretanya, tentulah arwah tu paling pusing tengok belakang, jadi peluru tu tembus dari depan jugak!
Bagaimana cerita versi POLIS bertentangan dengan cerita kawan arwah yang terselamat?
Maknanya, salah satu cerita adalah BOHONG?
Cerita sapa BOHONG?
Cerita budak umur 15 tahun ke, atau cerita 4 orang polis umur 30-40an???
eehh.....dengan nyawa orang pun berani bohong ke???
Perkara ini tidak akan berlaku jika anak-anak kita tidak terlampau dimanjakan. Kurang mendisiplinkan anak-anak kita adalah salah satu punca yang boleh membawa malapetaka kepada seluruh keluarga kita. Ini bolehlah dikaitkan dengan cerita P Ramli dalam filem "Anakku Ghazali".
ReplyDeleteKalau filem ini telah diberi peluang untuk kita menontonnya berpuluh kali di TV dan kita sebagai ibu bapa maseh tidak dapat mengambil iktibar dari jalan cerita filem tersebut maka adalah amat malang sekali bagi masyarakat kita terutamanya masyarakat orang Melayu. Jalan cerita dalam filem Anakku Ghazali itu sungguh "simple" dan tak payah ibu bapa menghantar anak kita mengikuti kursus bimbingan bagaimana hendak jadi anak yang baik akhlak dan peribadinya.
Perkara ini sudah berlaku dan mungkin ianya akan berulang lagi. Siasatan mesti dilakukan berseh dari ganguan atau campur tanggan dari pihak yang cuba hendak melindung fakta sebenar yang berlaku.
Jika didapati pihak berkuasa cuai dalam menjalankan tugasnya maka mereka yang terlibat mesti didakwa kemahkamah dengan segera dan jika didapati bersalah hukumannya mestilah dijatuhkan dengan seadil-adilnya.
Pihak keluarga mangsa boleh saman kerajaan untuk mendapatkan gantirugi sungguhpun kehilangan nyawa tidak boleh digantikan dengan wang ringgit.
Dato,
ReplyDeleteJika keadaan berbeza yakni budak itu berumur 17 tahun dan baru mendapat lesen menghadapi situasi yang sama, adakah kes ini akan mendapat reaksi yang sama? Saya yakin tetap sama.
Benar kata Dato, kita jangan menghukum sebelum mengetahui perkara sebenarnya. Tetapi masalah utamanya yang dato lebih arif ialah mengenai imej PDRM.
Saya rasa keadaan ini tidak seteruk sekarang jika pihak atasan PDRM berhati2 mengeluarkan kenyataan yang boleh memburukan keadaan.
Sebagaimana kata "Loose lips sink ship"...walaupun ayat2 itu lebih diguna pakai supaya menyimpan rahsia.
Salam Dato',
ReplyDeleteUntuk kedua kalinya, saya setuju dengan Dato' 100%. Saya juga setuju dengan ManSaari, kluangman dan d'enricher.
Saya membesar dalam keluarga yang papa kedana; tak berani nak sentuh motosikal orang lain apatahlagi nak pinjam. Motosikal pertama yang saya pandu ialah motosikal saya sendiri yg saya beli menjelang umur 21 tahun. Itu jam kita boleh dapat lesen L tanpa ada ujian terlebih dahulu. Kereta pertama yg saya pandu ialah kereta driving school pada umur 25 tahun. Kesian saya.
Alhamdulillah, semua anak-anak saya memandu kereta secara sendirian hanya setelah mereka tamat belajar dan lulus ujian memandu. Tak ada antara mereka yg merengek minta saya ajarkan memandu kereta - itu bukan kerja saya, itu kerja driving instructor.
Pak Hj JB
Salam dato,
ReplyDeleteArwah budak tu salah....memandu tanpa lesen.
Kakak dia salah......`pinjamkan kereta dia kat adik dia,tentu dia tahu arwah tu tiada lesen memandu.
macam menggalakan lagi ...
Emak dia salah...kalau dimarah arwah, bolih jadi masih ada anak nya....pukoi 2 pagi anak `merayap' tak pa ka?..baru berumur 15 tahun.
Adik beradik,jiran...salah juga, pasai apa dok buat `buta mata'...
SAYA FIKIR ELOK HIDUP MACAM DI JAKARTA.....kat htel..2-3 orang security guards check kereta dan penumpang... keluar kat jalan ramai sungguh traffic assistants check kereta kita, dalam 2-3 orang setiap 5-6 kilometers.
DIPASARAYA, security officers check lagi kereta.....dalam kereta,dalam bonet kereta dan BAWAH KERETA!..3-4 orang...nak masuk SHOPPING COMPLEX ada lagi bodycheck dan check beg/tas tangan... keluar dari shopping complex check lagii......
SAYA LIHAT orang indon dan visitors
`rela' diperiksa tanpa soai pun....
malah bersedia awal untuk pemeriksaan pula tu!....
SAYA FIKIR TIDAK RUGI kalau security enforcement dilakukan sentiasa dan sepangjang masa, dan ia menjadi sebahagian dari kehidupan kita, macam makan minum,guna celphone,tenguk TV baca akhbar dsb.....
KALAU UNTUK KEBAIKAN,saya sokong....
Abu Bakar Ab Rahman
dalam hal ini, saya bersetuju dengan pandangan tuan..
ReplyDelete(jawa peranakan)
Kereta dan motosikal, orang biasa boleh memandunya, mungkin bahaya tahap 5.
ReplyDeleteSenjata api yang membunuh, bukan begitu, mungkin bahaya tahap 5 juta. Hanya untuk mereka yang benar-benar layak sahaja.
Anggota polis begitu tidak layak...
Mentri sharizat abd jalil mesti aktif lah.Dok lena d rumahnya d bukit damansara!Ini masaalah rakyat Malaysia!Sila turun padang la juga!
ReplyDelete...wawa
Kalau kes ini dilihat 'ibu bapa abaikan tanggungjawab', Tuan harus adil juga dan persoalkan ibu bapa yang boleh benarkan anak kecil perempuan mereka keluar rumah ke pasar malam...
ReplyDelete...dengan alasan pasar malam itu dekat dengan rumah dan si kecil itu biasa ke pasar malam sendirian. Akhirnya, kanak-kanak perempuan itu hilang entah ke mana sampai ke detik ini.
PELIK juga, dalam kes itu yang sampai hari ini belum selesai - ibu bapanya dikasihani. Tidak ramai pula yang terdengar kata ibu dan bapa kanak-kanak perempuan itu 'abaikan tanggungjawab', ya?!!
Ya, membawa kereta tanpa lesen salah, tidak berhentikan kereta bila ditahan polis pun salah.
Tembak dari belakang tidak salah, Tuan? Salahkan semua pihak, senang cerita.
DAN, jangan lupa salahkan ibu bapa dalam kes lama itu, kes kanak-kanak perempuan yang DIBENARKAN keluar rumah BERSENDIRIAN oleh ibu bapa sendiri, dengan bermacam-macam alasan yang diberi.
Orang Malaysia kita ini memang ada dwi-standard, gamaknya?
Dato',
ReplyDeleteOrang Melayu dah senang, dah boleh hadiahkan kereta kepada anak yang belum cukup umur.
Orang Melayu dah malas, dah tak buat air kepada anak untuk minum sebelum tidur, biar anak minum di Cafe/Club atau di kedai Mamak 25jam.
Orang Melayu dah tak peduli,dah tak tengok kat bilik anak samada dah tidur ke belum sebelum masuk tidur.
Orang Melayu dah bijak, dah senang-senang pusing salahkah orang lain bila terkena masalah atau musibah.
Orang Melayu dah disayangi, dah ramai lawyer bukan melayu sibuk nak ambil berat pasal melayu dengan percuma. (Sejak bila pula anak Karpal Singh tu 'prihatin' kat orang Melayu?)
Orang Melayu dah pening, dah nyata Polis yang mengawal keselamatan masyarakat tetapi dikeji oleh masyarakat bila bertindak.
Bye/ Roti Planta
Salam Dato'..
ReplyDeleteIsu ini takkan jadi kelam kabut kalau laporan awal polis dapat diterjemahkan dalam bahasa yang lebih lembut kepada orang awam. Pengalaman saya sendiri, kelemahan pihak polis adalah bila berurusan dengan ahli keluarga OKT, ini menyebabkan banyak keluarga OKT merasakan pihak polis ini terlalu garang, tidak bertimbang rasa dan secara tidak langsung membibitkan rasa tidak puas hati kepada pihak polis. Memang OKT biasanya adalah suspek dan samada salah atau betul mereka perlu ditahan utk siasatan, tetapi pihak polis juga perlu mencari pendekatan yang sesuai supaya keluarga OKT dapat diterangkan dengan lebih jelas tentang sebab2 penahanan dan prosedur yg perlu diikuti semasa proses ditahan.
Pada pandangan saya, pihak polis perlu meletakkan seorang pegawai yg terlatih dalam bidang perhubungan awam di setiap balai polis daerah untuk memastikan pihak keluarga OKT diberi penerangan yang sejelasnya berkenaan dengan penahanan OKT. Bukan memanjakan OKT, tetapi sekurang2nya dapat mengurang bebanan perasaan yang ditanggung keluarga akibat ahli keluarga mereka ditahan untuk siasatan polis.
wanzaim
Saya memang bersetuju dengan Dato dalam isu ini. Bahawa anak berumur 15 tahun tidak boleh memandu kereta dan keluar sehingga jam 2 pagi. Ibu bapa wajib sedar perkara ini dan mereka harus memastikan anak pada umur demikian tidak di ajar memandu dan keluar malam hingga jam 2.00 pagi.
ReplyDeleteIa memang cerita sedih tetapi lebih sedih lagi bila kita melihat sikap sikap ibubapa dalam mendidik anak-anak mereka.
Benarlah tindakan polis bunyinya keras malah ada yang mengsifatkannya sebagai ganas tetapi dalam situasi yang demikian apakah tindakan itu tidak wajar ? saya sering melakukan perjalanan jauh pada waktu tengah dan sering bertemu dengan sekatan polis. Sepanjang ingatan saya saya tidak pernah dikasari dan saya dapati mereka bersikap baik.
A.Alshukor....
ReplyDeletesaya setuju 100% dengan kenyataan anda....
yang orang marah polis dalam kes ni ialah kerana
1. tuduh budak tu penjenayah la ... penyamun la jumpak parang dalam kereta la tanpa siasat lebih.. nampak macam buat "throw-out" atau planted something kat budak tu...
2. polis kata budak tu reverse kereta utk rempoh polis.. tapi saksi - kawan dalam kereta dan seorang jiran kata kereta tu dah tak boleh gerak dah.. dan budak tu dah kena tembak masa rempoh... nampak macam polis cuba menyalahkan orang dah mati utk membersihkan nama polis... padahal polis boleh kata .. siasatan sedang dijalankan... macam A.Alshukor tulis tu...
Tok Kadiaq
ReplyDeleteSELAMA MANA DOK SALAHKAN ORANG LAIN,SELAMA TU LA KITA PI MAI PI MAI DOK TANG TU.
tk
SALAM KASIH DAN SAYANG
ReplyDeleteDatuk AKJ
Izinkan,
Sdr A.Alshukor,
You beat us to the GUN!..mungkin kita orang Shah Alam berfikiran sama.. 'same wavelength' kata orang putih.
Nak tambah sikit luahan 'frust' anak buah kami yang satu kelas dengan arwah diSekolah seksyen 9, Shah Alam...
'Pak teh, satu kelas menangis teresak2, sedih sangat..dia kawan baik 'we all'. Kenapa polis kata dia penyamun..? Cikgu dan budak2 melayu ramai2 baca fatihah untuk dia.'
Perhaps, the Selangor CPO shud have been more sensitive and careful when making statements involving school children coz these 15 years old will get the wrong message and begin to dislike the Polis...and hearing a distasteful remark coming out from a 15 year old..Polis..B...h! is very shocking. The uncle had to clarify to 'cool' her down.
Kami hanya mampu memohon kehadrat Allah swt agar roh Allahyarham diterima dengan sempurna nya.
ALFATIHAH, AMIN.
Saya setuju dengan komen Dato'. Ini semua berlaku kerana semua rasa ada LESEN BESAR. Lesen besar nak memandu tanpa lesen, lesen besar nak keluar dinihari,lesen besar nak trigger happy, lesen besar nak salahkan orang bila dah jadi hal.
ReplyDeletePihak yang ada kuasa (ibu bapa & kerajaan) gunakan kuasa sebaik baiknya..
"Saya pun tidak faham, malah naik sasau apabila perkataan “ori” khabarnya diterima pakai oleh DBP bagi membawa erti asli atau original. Emotional atau emosi sudah jadi “emo”...."
ReplyDeleteSaya tergelak besar membaca perenggan di atas kerana saya sependapat dengan Datuk tentang perkara ini.
Semoga pihak tertentu membuat satu kajian terperinci sebelum sesuatu keputusan dibuat apatah lagi melibatkan perkara serius seperti penggunaan bahasa ini.
Berkenaan artikel Datuk kali ini saya tidak mahu ulas kerana ia diakui memang benar dengan situasi berkenaan.
-helmy2u
Tuan,
ReplyDeleteAnak zama sekarang learn everything in computer and video games.So a 14 year kid can actually drive. The urge is there is them.
The issue at hand is not the kid. His only offence was that he was driving without license.He did not hid or knock down anybody. He did not bang a tree and die.He was shot point-blank by some policemen who later said these boys were criminals. Now let me ask you, How many living people around Klang valley can vouch that they robbed by these kids ? The real culprits are police, please don't confuse that. Criminals can use taxis, luxury cars or bikes. You kids are slow learners. When i was 15, i drove tractors in plantations. I got license at 17.You don't keep saying the law says you must be 17 and above.Adi putra is only 10 and does wonders.Kids today learn everything faster including using computers.
Our police are crooks. They have to change. Who taught the policemen to smoke ? Visit any nearest balai, offer a cigarette to any policemen including the new cadets, will anyone say ' No' ?
Salam Datuk,
ReplyDeleteApa yang dinalisa dan dikupas oleh Datuk ini munasabah dan ada rasionalnya. Akan tetapi yang menjadi isu besar ialah cara kematiannya. Kealpaan atau "kesilapan" dipihak keluarga adalah "variable factors". Orang ramai menjadi gerun ialah apabila akhbar2 tempatan melaporkan lebih 10 das tembakan telah dilepaskan. Tahun lepas dilaporkan lebih 40 penjenayah ditembak mati tetapi orang ramai tidak bising sedikit pun kerana mereka faham mengapa mereka terbunuh. Mereka tidak kisah pun samada penjenayah ini menjadi jahat kerana tidak cukup didikan orang tuanya atau masa kecilnya tidak dihantar ke sekolah. Untuk makluman Datuk, orang ramai sebenarnya telah pergi ke pokok dan ke pangkal tetapi masih berpendapat kematian remaja usia 15 tahun itu tidak masuk akal.
Dato'
ReplyDeleteini bukan isu ada lesen ke tak ade lesen mamandu, ini bukan isu ibu bapa cuailah dato', ini isu polis tembak orang yang belum tentu bersalah.
cuba lah proton buat kereta kalis peluru,kan semua org selamat....
ReplyDeletedato,
ReplyDeletebiar pihak berkuasa siasat dulu perkara ni.
bila dah settle nanti jangan lupa "jail"kan parent arwah... biarkan anak bawah umur drive & berembun pagi hari...isk isk...isk
zack
Saudara Vinnan,
ReplyDeleteSaya terkejut baca tulisan saudara. Apa kena mengena UMNO dalam hal ini.
Keadilan bukan hanya untuk aruah budak itu tetapi juga untuk polis. Apa dia buat pukul 2 pagi. Ada disiplinkah bawa kereta tanpa lesen ?
Siapa ajar dia bawa kereta . Tak boleh tunggu sampai umnur 17tahunkah?
Kenapa tidak berhenti bila diarahkan polis? Bukan niat saya untuk soal orang yang dah meninggal, tetapi dalam hal ini bukan salah polis atau Shahrizat Jalil.
Mana mak bapanya? Kita boleh terus salahkan polis tetapi bagaimana kita disiplinkan anak-anak.
Ditegur tak boleh. Dilarang tak boleh. Pukul 11 malam masih anak dara kita suka bersembang dengan "boyfriend" di luar rumah. Apa guna kita jadi mak bapa.
Kita dah tak peduli anak merempit.Kita dah tak kisah anak kita balik pukul berapa. Kerana kita tidak mahu bertegas dari awal lagi.
Kita anggap perkara biasa budak 10 tahun naik motorsikal. Kita cuma menyesal tak sudah bila dia dapat kemalangan atau langgar orang seperti yang berlaku tahun lepas seorang remaja memandu ( tanpa lesen) lalu terlanggar anak jiran sampai mati.
Salam DAKJ
ReplyDeleteMasih tak sampai seminggu, rumah kawan saya dipecah masuk di awal pagi. Satu family kena ikat dan habis barang disapu. Nasib baik orang tak diusik. Rumahnya dalam Golf Resort yg securitynya 24H. Itupun kena rompak jugak.
Tindakan polis lebih berhati-hati terutama di awal pagi kena pada tempatnya. Sebab sekarang bukan senang nak membezakan orang baik dan jahat. Jasa pihak polis memang tak ternilai sebenarnya.
Walau bagaimanapun, elok rasanya kita tunggu je siasatan yg dilakukan oleh pakar-pakar. Biarlah mereka menjalankan tugas mereka secara professional. Tidak perlulah kita melantik diri sendiri sebagai pakar forensic, juri dan hakim sekali gus. Rasanya, tak berapa molek tu. Sekian TQ.
Salam Dato',
ReplyDeleteSaya ingin bertanya....
antara budak umur 15 tahun dgn anggota polis dewasa yg memang terlatih, yang mana patot berfikir lebih waras? saya fikir arwah budak tu pun dlm fikiran waktu itu bukan tertumpu pada polis, tapi lebih takutkan motosikal2 yg disangka mengejarnya.
kebetulan arwah ada membuat beberapa kesalahan di luar pengetahuan keluarganya, sudah tentu arwah tidak dpt berfikir dgn baik. dlm kepala ingat nak lari balik rumah je... cari mak. anak yatim pulak tu.
memang patut, polis tu mengejar kereta yg memotong laju. tapi tentu mereka dilatih bagaimana untuk menghadapi situasi ini. mereka yg dah biasa dgn keadaan berhadapan dgn situasi2 spt ini, tentu boleh berfikir tahap mana langkah yg perlu mereka ambil, berbanding dgn remaja kecil yg tak pernah berhadapan dgn saat2 genting seperti itu. kalau takut dgn risiko ditembak penjenayah kalau ikut SOP, jgn masuk polis!
menembak tayar pd saya, adalah tindakan yg betul, lebih2 lagi tiada langsung tanda2 mangsa menembak kembali atau mengancam ke arah polis. sebab tulah saya dan ramai org di luar tak setuju sampai boleh berlaku kehilangan nyawa.
tak kena batang hidung sendiri memang boleh ketawa atas kesedihan dan kematian org lain. kita bimbang itu tanda hati dah tak peka pada dosa. dan jangan terkejut anak2 muda sekarang nak join polis sebab sangka mereka boleh main tembak2 mcm dlm game atau dlm tv.
seperkara lagi, kalau pihak polis sendiri tidak dapat menunjukkan tauladan yg baik pada rakyat, jgn marah kalau rakyat sendiri tidak hormat undang2. walaupun bukan semua, tapi sudah banyak kali saya sendiri lihat/alami di mana polis sendiri melanggar undang2 jalanraya. saya pernah lihat anggota polis memegang telefon di sebelah tangan menekan punat, dan sebelah lagi memegang stereng motor lalu di hadapan kereta saya sewaktu di trafik light.
saya juga pernah diajak berlumba di lebuhraya oleh sebuah kereta yg berlambangkan polis di belakangnya, ketika dia memandu seiring dgn kereta saya, setelah saya tidak mahu mengikut rentaknya yang sekejap memotong dan sekejap lagi memperlahankan keretanya.
pernah juga mendengar pengakuan seorang anggota polis yg beliau sendiri ada 6 saman dan masih belum menjelaskan saman2 tersebut (tak tahulah kalau dia saja buat cerita), yang langgar lampu merah, memandu laju di lebuhraya dll.
dengan itu, rakyat berharap jangan ada 2 jenis undang2, satu untuk pemimpin dan para2 kroni, dan satu lagi untuk rakyat.
Wallahua'lam...
Salam Dato',
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan article dato' ini. Siapa yang tak syak kalau bawa kereta pukul 2 pagi dan tidak mahu berenti apabila di arahkan...Kalau saya polis pun, saya akan syak pemandu tersebut adalah penjenayah kejam sehingga tidak mahu berhenti.
Pada pandangan saya, kakak mangsa juga patut disaman sbb bagi arwah bawa kereta spt termaktub dlm undang2. Jgn sbb kes ni dah kecoh, kakak mangsa terlepas.
Nazli
Assalamualaikum Pak Kadir
ReplyDeleteAnak umpama kain putih, ibu bapalah yang mencorakannya. Dalam kes ini ibunya hanya meminta supaya keadilan ditegakan, dan meminta tiada cover up. Polis kena telus supaya rakyat yakin.
Salam...walaupun ada benarnya komen Dato tetapi kita masih tidak faham bagaimana polis boleh menembak bertalu-talu kearah kereta tersebut! Hanya di Malaysia saja nampaknya ada hukum tembak kepada orang yang memandu tanpa lesen.
ReplyDeleteDalam hal ini IGP dan Ketua Polis S'ngor langsung tidak professional dengan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan. IGP kita sebenarnya langsung tidak layak memegang jawatan tersebut dan sepatutnya meletakkan jawatan. Tapi inikan Bolehland...apa saja boleh berlaku! Pihak polis sepatutnya mengaku kesalahan besar mereka dan bukan cuba menutup kejahatan mereka dengan berbohong...ada paranglah dalam kereta, Arwah cuba melanggar merekalah walhal kepalanya dah bocor dengan peluru yang ditembak secara rambang oleh pihak polis yang langsung tidak professional! Btw, sampai bilakah Dato' terus menerus cuba mengaburi mata rakyat dengan menulis komen yang masih lagi menyebelahi pihak yng tidak bertanggung jawab ini? Tragik bila ibu bapa mengabaikan tanggung jawab...tapi lagi tragik bila pihak berwajib tidak menjalankan tugas dengan sempurna dan cuba menipu rakyat...!!!
Nasir Khan
Shah Alam
tak faham betul laa, sikit-sikit mintak suruhanjaya diraja. pihak kerajaan jangan jadi lembik, ambil tindakan ikut kapasiti undang-undang yang sedia ada sahaja. kalau nak buat suruhanjaya diraja, baik semua kes pun buat sekali, memang pihak berkuasa sendiri tak percaya pada polis. jangan jadi bodoh.
ReplyDeleteDatuk dan pembahas YM. Salam.
ReplyDeleteKalau saya faham alasan Datuk dan alasan pembahas yang setuju dengan Datuk, maka berikut adalah sequence of events yang membawa kepada kejadian yang sangat tragis ini.
1. Seseorang atau sekumpulan yang bertanggungjawab ke atas mangsa itu telah lalai atau gagal jalankan tanggungjawab;
2. Kegagalan itu menyebabkan budak bawah umur itu mendapat akses kepada sebuah atau lebih dari sebuah mobil.
3. Bentuk failure itu mungkin kelalaian ibu bapa atau penjaga mangsa menghalang mangsa belajar dan kemudian memandu mobil atau mereka membenarkan mangsa mendapat aksek kepada mobil.
4. Dengan akses itu sama ada halal atau haram, mangsa yang semasa insiden berumur 15 tahun, belajar dan seterusnya memandu kereta secara haram di jalan raya umum.
5. Kalau mangsa tidak diberi akses kepada mobil maka lojiknyalah dia tidak boleh belajar membawa mobil secara haram kerana dia di bawah umur menandu.
6. Bila tidak pandai bawa kereta, tentulah dia tidak terserempak dengan sakatan jalan raya polis pada lewat malam.
(Mustahil polis akan tembak 2 budak muda berjalan kaki atau naik basikal berhampiran sekatan jalan raya. Polis yang baik sebaliknya akan soal kenapa anak-anak ini masih di luar rumah walaupun sudah lewat malam.)
7. Tetapi dia boleh pandu mobil. Ada orang kerana alpa atau sengaja memberi kereta kepada budah 15 tahun itu dan dia tidak dihalang keluar rumah pada lewat malam.
8. Sistem failura di pihak polis dan adanya anggota PDRM yang rigger happy macam kata Datuk, budak 15 tahun yang memandu haram menjadi mangsa kejadian yang tragik.
9. Dalam bahasa Inggeris Datuk, inilah yang dikatakan the tragedy of errors. Kesilapan demi kesilapan sehingga membawa kepada kejadian yang tragis.
10. Yang lain itu insidental atau alasan saja, sama ada oleh polis, ibu bapa dan penjaga serta masyarakat yang masing-masing hendak membela diri dengan cuba menegaggakkan benang yang basah.
Profesor Pencen
Bangi.
Tok,
ReplyDeleteIni soal amanah dan tanggunhjawab Tok. Saya pun ada anak. Saya pun ada kereta. Gantunglah dan letaklah kunci kereta di mana-mana, anak-anak saya tidak akan sentuh. Yang dah ada lesen dan yang tak ada lesen sama saya.
Saya pun tak ambil kereta mereka dengan tak mintak dulu. Itu amanah dan hormat harta orang.
Kalau nak pinjam, mintak baik-baik dan bagi tau nak pi mana. Yang tak ada lesen, sorrylah. Tunggu sampai ada lesen.
Itu cara saya sayang anak, bukan sayang kereta. Kereta boleh beli. Anak-anak Allah Taala yang bagi.
Kamjat Penang
back to basic.
ReplyDeleteyang salah: arwah.
sebab: membawa kereta tanpa lesen.
yang benar: polis.
sebab: menjalankan tugas
no further analysis is required, because all these shenanigans can be avoided if arwah adik aminul is big enough to realize that driving with friend at 2am in the morning WITHOUT license is wrong. Sure, we can all discuss on the events that led to the death of of arwah, but let us not fool ourselves on what really had happen.
we always blame the world for everything wrong that happen to us, that we forgot we are in control of anything we did, right or wrong...
rizwan
bagaimana nak meminta KPN supaya berhenti mengeluarkan kenyataan yg begitu menyakitkan hati...baca suratkhabar hari ini...kenyataan dia tk dapat meraih langsung simpati kepada pihak polis...lagi meluat pun ada...tolonglah wahai KPN jgn keluarkan sebarang statement sampai kes habis disiasat...kenyataan anda memburukkan lagi imej polis..
ReplyDeleteSalam Dato'
ReplyDeleteMasalah terlalau sayngkan anak lebih daripada sayangkan Tuhannya Dato'.So Tuhan ambek balik.
Scribe,
ReplyDeleteArwah Aminulrasyid adalah mangsa keadaan (a victim of circumstances - betul tak terjemahan ini?)
Sepatutnya kesalahan dan hukuman memandu dibawah umur tidak membawa kepada kematian.
Namun keadaan tidak memihak kepada Aminulrasyid.
Pihak Polis ada tugas dan tanggongjawab.Mentelah lagi sekarang ini bos masing-masing ada KPI yang hendak dicapai.
Makanya tercetuslah kejadian yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku.
Allah yang lagi Maha Berkuasa daripada segalanya telah menjemput Aminulrasyid dalam keadaan sebegitu.
Pihak-pihak yang terlibat ambillah pengajaran dan iktibar daripada insiden ini.
Kita pembaca hanya boleh sedekahkan Al-Fatiiha kepada arwah Aminulrasyid.
AL-FATIHA.
Amin
Saya minta Dato nasihatkan jugalah pak-pak menteri dan RTM agar dapat membezakan penggunaan perkataan 'berhemah' dan 'berhemat'.
ReplyDeleteDan satu lagi setahu saya kalau di Indonesia perkataan 'anggun' dirujukkan kepada wanita-wanita yang berumur lebih 40 tahun tetapi masih kelihatan menarik, 'elegant' dan berketrampilan. Tetapi berbeza di Malaysia yang tidak mengira umur, mungkin sudah diubahsuai.
Komen Dato berhubung peristiwa yang tragik ini amat rasional dan tidak bias. Kepada orang ramai yang menjadikannya lebih tragik ialah ianya melibatkan budak berumur 15 tahun.Kalau orang dewasa mungkin tidak.
Dalam suasana yang gelap tambah pula berada di dalam kereta, mustahil Polis boleh mengenalpasti si pemandunya berumur 15 tahun. Jadi faktor umur tidak relevan. Yang perlu dirungkai bagaimana si pemandunya menerima ajalnya. Janganlah dengan semberono menuduh polis 'trigger-happy' menembak mati seorang BUDAK BERUMUR 15 TAHUN.
salam...kepada semua, kita harus ingat, walaupun satu jari menunding mencari salah orang lain, tapi harus diingat ada 3 jari lagi yang menunding balik ke arah diri kita...fikir-fikirkan lah
ReplyDeleteSaya amat simpati, tetapi saya tetap salahkan Arwah serta kawan dia.
ReplyDeleteKiranya kejadian ini tidak berlaku, bayangkan berapa ramai nyawa orang lain akan begitu terdedah dengan perbuatan tidak bertanggung-jawab ini?
Ibu
Tragic tapi aneh juga bila dengar huraian rakan Arwah. Jam 12mlm hingga 2pg keluar minum dengan kawan2, tengok bola?
ReplyDeleteTergesel kereta lain, tapi sekadar beredar dari situ? Langgar motosikal lain juga cuba melarikan diri? dengar tembakan pun masih cuba lari? kena belasah polis pun masih dapat melarikan diri.
Agak licik dan liar juga budak2 nih kalau ambil kira umur baru saja 15tahun, macam tak tau rasa takut dengan sesiapa langsung?
Bayangkan kiranya kejadian ini tidak tertimpa keatas diri mereka sendiri, berapa ramai lagi orang awam akan menjadi mangsa mereka ini?
Ibu
Salam semua,
ReplyDeleteSebelum nak jatuh hukum, kita kena tengok situasi dan watak2 terlibat:-
1) Budak 15 tahun - jiwa remaja, 'adventerous', kurang ilmu & pengalaman, darah muda..mudah panik dan membuat tindakan terburu-buru..
2) Polis -org dewasa, bertanggungjawab menjaga keselamatan awam, berpengalaman, mahir dgn senjata api dan etika penggunaannya, maklumat intel hujung jari dari database JPJ & Polis.
Saya setuju dgn saudara Fed Up.. jika menembak boleh dijustifikasikan utk kesalahan trafik dah lama isu mat rempit dpt dibasmi ke akar umbi..
Persoalannya:
- adakah kenderaan dipandu mangsa didalam senarai nombor dikehendaki?
- apakah perlu kpd tindakan menembak pemandu utk menghentikan kereta?
- adakah tembakan amaran telah dilepaskan terlebih dahulu?
- kenapa polis boleh keluar kenyataan menuduh mangsa penjenayah sebelum selesai siasatan?
- kenapa tak saman ekor saja mcm selalu dok buat tu jika itu kesalahan trafik mutlak?
Bab memandu diawal umur,dari segi undang2 trafik memang salah, tetapi selebihnya apa yg salah sgt?
Memandu adalah kemahiran praktikal, bukan teori di kelas..ia memerlukan proses latihan berterusan utk jadi pemandu yg cekap..Memang dah lumrah kaedah pendidikan klasik asia yg menghadkan apa yg budak2 patut & tak patut tahu & buat yg menghadkan fungsi neuron motor dan kemampuan membuat keputusan sendiri..kesalahan adalah sebahagian drpd proses pembelajaran kehidupan..takkan tak boleh buat salah lansung?
Yang perlu ditanam hanyalah akidah, etika, rasa tanggungjawab & berhati-hati saja..selebihnya biarkan proses semulajadi minda manusia mengacuankannya..kenapa melawan fitrah?
Utk makluman, yg selalu kemalangan tu adalah mereka yg sekali-sekala pegang stereng..kaki rempit pula kemalangan bukan sebab kemahiran memandu mereka, tetapi kegagalan teknikal jentera yg diubahsuai mereka secara bodoh utk mengimbangi kemahiran mereka..
Apa2 pun ajal itu adalah takdir drpd Allah..
Ya..memang kedua-dua pihak salah..kesalahan ibu-bapa Aminurasyid bersifat subjektif manakala kesalahan pihak polis bersifat objektif..terpulang kpd masyarakat utk menilai..takkan itupun nak dihadkan? tak perlulah Musa Hasan merajuk...buruk benar tua2 merajuk..
wallahualam
p/s: Pak Belalang.."Anakku Sazali" lah..bukan "Ghazali"..aduss...dulu ada org cari "al-Ghazali"..ttp dia dpt yg ala2 "Sazali"..hehehe
Si Vinnan tu mcm biasalah..si rasis bertekanan mental tinggi & tak faham bahasa..tak boleh diubat.."terminal illness". tumpang simpati saja..
(",)
Biar satu suruhanjaya DiRaja dibentuk untuk mengetahui apa yang sebenarnya terjadi. Namun begitu saya ingin mencadangkan kepada keluarga aruah, tak perlu lantik peguam dari pihak pembangkang seperti Karpal Singh tu, akhirnya siasatan hanya menjurus untuk menunding jari kesalahan kepada pihak kerajaan. Lihatlah apa yang terjadi pada inkues Teoh Beng Hock, perkara tarik papan sorong papan telah berlaku.
ReplyDeleteRakyat ingin megetahui kebenaran, tetapi pihak pembela pula asyik berdrama bila Phorntip kejap mahu jadi saksi patologi, kejap tak mahu kononnya diugut dan takut diapa2kan oleh ugutan yang langsung tak wujud.
Jangan pula, kes Aminulrashid ini hanya akan jadi cerita politik saja nanti. Kebenaran yang dicari, langsung tak diketahui dek SINGA POLITIK yang laparkan kuasa, BUKAN LAPARKAN KEBENARAN.......
Ingat pesan saya ini, tak perlu ambil Karpal Singh hatta peguam yang ada kaitan dengan politik, kesannya nanti hanya menyusahkan keluarga anda sahaja nanti. Karpal Singh tu juga berfail2 kerja yang masih ditangguh, kes membela AnWAR Al-Juburi juga sudah berkali2 ditangguh. Apakah anda mahu melihat kebenaran muncul setelah 5 hingga 10 tahun akan datang hanya kerana 'kesibukan' peguam SINGA POLITIK tu????.....
Bagi saya lupakan peguam seperti itu. Banyak lagi peguam yang handal di Malaysia ini, yang kita mahukan adalah KEBENARAN bukannya POLITIK!!!! Jika terbukti anggota polis bersalah, hukuman untuk mereka sedia menanti, jika sebaliknya terimalah dengan reda. Sekian.....
Shalom AnWAR Shalom dari PÃ…Srael FOR ALL
Amboi... pada pembahas sekalian tak perlulah nak bagi tau yang anda semua pandai didik anak, tertib la, anak takut lah, disiplin lah.. nampak terselah keriakan dan keegoan... Dalam memperkatakan anda pandai mendidik anak pasti ada yang terasa terutama keluarga arwah... Nanti bila diuji Tuhan baru tahu langit tinggi rendah...
ReplyDeleteOn paper atau teori memang nampak cantik.. tiada lesen tak boleh bawa kenderaan.. Tak perlu tengok di kampung atau Felda, di taman tempat kediaman saya, taman sebelah, taman kat rumah kawan saya, kakak saya dan merata tempat lagi lah...warga asing tidak kira PATI atau yang ada permit bebas menunggang motor. Terdetik kat hati saya, dia orang ini ada lesen antarabangsa ke...???? Pasal dia beli motor tu mungkin pakai duit tunai.... Tiada pula polis buat road block untuk periksa ID atau IC dia orang...
Kalau polis buat road block pasti pupus warga asing kena tembak. Masalah Mat Rempit pun boleh diselesaikan dengan pistol....
Pasal bahasa Melayu/ pulak... rasa pelik juga kenapa wujud istilah MyKad, MyKid, MyEG, e-Government etc... adakah itu perkataan melayu atau pinjaman....???
Nal salahkan mak bapak boleh,nak pertahankan pun boleh! Nak salahkan Polis boleh,nak pertahankan pun boleh! Yang confirm salah adalah teknologi...pistol dan kereta.
ReplyDeletePistol salahkan peluru dan kereta salahkan lesen. Peluru salahkan tubuh dan lesen salahkan umor. Begitulah rupanya kalau isu ini mendapat perhatian sensasi dan orang politik tumpang sekaki dua.
Watpe nak emo.
Pertama, tunggu siasatan lengkap selesai, inkuiri ke apa ke, kedua-dua belah pihak punya cerita akan kita dengar bersama. Reserved your judgement :)
ReplyDeleteKedua, press conference dari kawan arwah last nite tu unnecessary, pihak kawan arwah dan peguambela seharusnya membiarkan isu ini masuk mahkamah, jgn gunakan media utk tentukan keadilan.
Ketiga, bayangkan 15 tahun membawa kereta dan dilanggar lori ke apa ke dan terus mati... adakah pihak lori tu bersalah? Masuk mahkamah pun tak menang pasal tak ada lesen.
sekian.
Punca kesalahan, sememang dari arwah yg memandu tanpa lesen... tapi menjadi sensasi bila seorang pegawai polis melaporkan di dalam TV, "...di dalam kereta tersebut pihak polis menjumpai sebilah parang, mangsa dipercayai menggunakan untuk menyamun..."
ReplyDeleteBagaimana perasaan dato', anak yg ditatang bagai minyak yg penuh, tanpa usul periksa dijaja oleh pihak polis dalam TV, kata anak kita 'penyamun'...???
Datuk,
ReplyDeleteCara datuk tulis dimana kerap juga polis pun kene langgar sampai mati seolah2 masyarakat tidak turut bersimpati. Itu misleading assumption. Salah. Unless you ada evidence org ramai bersorak2 bila menerima berita kematian polis sewaktu bertugas. So far as I know...takde. Mereka pun manusia dan mereka pun berkeluarga macam kite semua. Any unwanted death is a tragic and should be condemned and avoided.
Your scope of article juga terlalu sempit. Trying to divert the actual chronological event with social issue at large. Plus let's not get into who's the better parents! That is so prejudice. I guessed you are right...kita jangan terlalu emosi.
So klu u nak kias the police while also sindir the family....fine. It's you full right. Plus I think all of us in Malaysia pun agree to a certain degree with you. I saw some of the comments pun supporting your stand datuk.
Tapi cubalah faham sikit datuk......malam ni tembak besok keluar statement...that boy adalah seorang penjenayah. Then another statement...polis menemui sebilah parang dalm kereta. How would you feel klu itu kene kt anak u sendiri? What is your first impression? Don't u smell something fishy?
We, Malaysian or even any country pun...we can accept some mistake...everybody makes mistake. Marah mmg marah tetapi if you admit a mistake...people can forgive. But when people see some character assassination comes into picture...trying to paint him as someone deserved to die...make us wonder...is it real? 15 yrs old...that bad...what he did? Prostitution ring? Drugs? Armed robbery? Get real.
On trigger happy....I cuma nak tambah satu jer. Niat. adakah niat to disable the car atau mmg niat...rasakan...mampus lah kau.
I think these are the two issues yg buat family si mati upset.
Salam DAKJ.
ReplyDeletePolis yg melepaskan tembakan dan rakan-rakan setugasnya yang berada di tempat kejadian pd mlm tersebut perlu digantung kerja sehingga siasatan selesai. Keluarga arwah iaitu ibu dan kakaknya (tuan punya kereta perlu didakwa). Buat masa ini KPN perlu meminta maaf secara terbuka kerana bagi saya tembakan yg menyebabkan kematian ini dilepaskan berdasarkan emosi. Tiada ancaman pada pihak polis dari arwah (berdasarkan laporan media setakat ini). Tak tahulah pula bila selesai siasatan nanti arwah didapati ada melepaskan tembakan kepada pihak polis atau mengacukan parang ketika disuruh berhenti.Sudah banyak kes di laporkan bahawa ada individu yg ditembak oleh polis....ada yg menjadi mangsa membawa perkara ini ke pengetahuan umum. Ada yang mendiamkan diri mungkin takut akibatnya mereka juga akhirnya akan dipersalahkan. Apa-apa pun kita tunggulah janji PM seperti arahannya meminta siasatan yg telus dan terbuka.Terima lah hasil siasatan tersebut juga secara terbuka nanti.Bagi saya buat masa ini tak semua polis Malaysia telah profesional sepenuhnya dalam menjalankan tugas.Lihatlah keadaan sekeliling kita secara jujur.Pihak atasan polis perlulah mengakuinya dan cuba memperbaiki keadaan ini.Tak mahulah kerana 'nila setitik....rosak susu sebelanga'.Jadi kejadian sebegini perlulah dijadikan ikhtibar supaya tidak berulang lagi.
Hanafi Shah Alam.
Dato'
ReplyDeleteSaya setuju dgn pandangan Dato'. Budak2 zaman skrg ni mmg tak mkn saman.
Kenapa budak berumur 15 tahun dibenarkan membawa kereta lebih2 lagi pada jam 2pg. Ni sure case "sneak out" dan mak bapak tak tau. Sesiapa yang ada anak tu jgn dgr sgt cerita budak2..mereka lagi advance dari kita.
Tapi biasa la, mak siapa yang nak cerita yg anak dia jahat. A proverb "Mothers will worry about their child from womb till tomb". Tapi jelas sekali, mak Allahyarham Aminulrasyid tak risau anak dia keluar mlm dengan memandu kereta kakak Allahyarham tanpa lesen memandu yang sah. A 15 year old kid should stay at home and concentrate on PMR not some football game...their time will come when they can watch all the football game they want.
Kalau cerita rakan Allahyarham mengatakan mereka dikejar oleh sekumpulan gang bermotosikal, kenapa bila nampak polis tak terus menghampiri mereka dan cerita perkara sebenar? Paling kuat pun kena saman sebab memandu tanpa lesen yang sah. What do you expect from a 15 year old child..clueless.
Skrg ni pun byk mak bapak yang anggap anak dia baik. Kalau memandu tanpa lesen yang sah dapat "backing" dari mak bapak, lepas ni naik minyak la. Tu yang bila besar, org2 mcm ni tak takut kepada pihak berkuasa sbb dia org dibesarkan oleh mak bapak yang tak tau mengajar benda yang betul dan salah.
Kalau skrg dah berani memandu tanpa lesen, lari dari polis, dikatakan "dipukul" oleh polis pun berjaya melarikan diri, kalau dah besar..lagi la handal.
Yang sedihnya, bila polis kena rempuh (yang koma dan yang mati pun ada) dgn mat rempit atau penyangak, tidak ada org pun yg simpati terhadap mereka...takde org sibuk2 nak bwk ke Suruhanjaya Di Raja atau Suruhanjaya Bebas supaya isu Mat rempit ni dihapuskan sama sekali.
Biasa la, Malaysia ni benda2 mcm ni tak pasal2 UNMO kena "bashing". Peguam "Opportunist" yang inginkan publisiti murah dengan mengeksploitasi situati sedih org lain dibenarkan membela keluarga Allahyarham. Confirm benda ni akan jadi isu politik. Elok2 nak jadi kebenaran, silap2 jadi isu politik dan benda ni akan hilang begitu sahaja.
Dato,
ReplyDeletejanganlah kita cuba nak salahkan ibubapa arwah saja tanpa melihat ke arah pihak polis dalam kes ini.
kenapa pihak polis tak overtake kereta proton tersebut?
kenapa dilepaskan 20 das tembakan? adakah suspek membalas tembakan sampai begitu banyak tembakan polis?
adakah jalan tersebut gelap? saksi mengatakan polis mula melepaskan tembakan selepas stesen caltex? Maksudnya jalan tersebut ada lampu ?
Kenapa dikatakan suspek seorang penjenayah? Mana buktinya?
Kenapa dikatakan ada parang? Betulkeh ataupun diletakan disitu selepas kejadian untuk cover-up?
Kenapa versi saksi dan versi polis amat berlainan? Siapa yang kelentong?
Sila jawap.
Anti berat sebelah.
Dato' didik anak zaman bila? Zaman ni tak payah ajar anak, daripada internet depa boleh belajar mcm2. Bukan ketua keluarga budak tu tak larang, tapi kalau dah budak2 remaja ni ambik tanpa pengetahuan, nak buat mcmana?
ReplyDeleteNak defend polis pun, agak2 la. Polis guna senjata api. Peraturan guna patut teramat tegas, pertimbangan perlu terlalu berhati2.berbanding nak berleter salahkan mak bapak.
Bagaimana kalau kena pada anak2 VVIP, atau cucu dato' sendiri?
Ni nak sembang pasai bahasa Inggeris di China. Saja la nak tengkuk orang China punya cara mentadbir penggunaan bahasa.
ReplyDeleteKalau kita kaki beli barang murah buatan China, tentu kita perasan tentang manual produk yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Dia orang min balun ja bahasa Inggeris. Nak tegelak Kak Chaq baca bahasa Inggeris dia orang. Depa main balun ja. Kena ka tak kena ka bantai ja.
Tapi kat Shanghai ada pulak satu Suruhanjaya Mentadbir Penggunaan Bahasa. Masa Sukan Olimpik dulu suruhanjaya ni dah repair lebih 400,000 tanda jalan dan bilbod di sana. Tang ni yang kita nak kena ikut ni.
Kalu kita nak ikut macam dia orang ni pun bagus jugak. Memang banyak kesalahan bahasa pada papan tanda di merata tempat di negara kita. Kita pun patut tubuh suruhanjaya macam ni. Kita repair mana-mana kesalahan bahasa yang ada di tempat awam. Baru la bahasa kita boleh maju kot. Papan tanda yang salah penggunaan bahasa kita roboh. Kita buat Akta Kawalan Bahasa Kebangsaan.
Sokong Bawa Rebah.
SETELAH membaca lebih 60 ulasan,sama ada yang menyokong atau tidak tulisan Datuk,timbul kecelaruan yang mana betul. Namun begitu, mahu tidak mahu, saya perlu menerima hakikat bahawa susah sekali menjadi ibu bapa mengasuh anak2 berpegang nilai murni, apatah lagi duduk di bandar.Apapun,andainya berlaku sesuatu seperti ini,saya merasa sesuatu tak kena.Kerisaun menerpa tidak kira masa, teringatkan anak2 yang tidak disamping.Teraput kata Datuk "Tragik Bila Ibu Bapa Abaikan Tanggungjawab". Banyak yang perlu saya renungkan.Bukan secara sepontan macam striker bolasepak bergelot di depan pintu gol lawan.Cara itu tidak berhemah untuk kita yang mmpunyai masa untuk berfikir atau menampi. Apapun,saya orang Melayu,melatah sudah sebati.
ReplyDeleteTulisan2 yang mempamerkan cara mreka mendidik anak,saya akan jadikan petunjuk diguna pakai yang terdaya. Ibu bapa mana tidak berbangga jika anak2 mendengar kata dan berdisplin serta berjaya.Ego atau bungkak?.Saya tidak menganggap begitu.
Untuk Polis pula,saya kira biarlah pemyiasatan dilakukan. Saya tidak ada kepakaran untuk membuat perhitungan.
Siapa yang tidak sedih. Natijahnya, setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab yang bakal diperhitungkan.
Sebagai pesalah jalanraya, adik Aminul telah membayar dengan nyawanya.
ReplyDeleteAdakah utama hendak menghakimi pemikiran dan sikap arwah seperti yang dilakukan oleh tukang komen yang menggunakan kata nama "Ibu"?
Jika "ibu" dah baca cerita dari saksi, apa yang peliknya? Dari seksyen 7, berakhir di seksyen 9, terhenti seratus meter dari rumah sendiri. Bagi saya itu refleks semulajadi budak tingkatan 3 yang buat salah (juga jangan lupa saksi kata ada dikejar beberapa penunggang motorsikal, maknanya mereka merasa terancam) bila berkejar balik ke rumah.
Kecuali budak tingkatan 3 yang memang ada rekod jenayah, tidak akan balik ke rumah bila kantoi tetapi akan balik ke "port" atau "sarang".
Justifikasi yang diberi polis setakat ini adalah ujudnya parang di dalam kereta. Itu saja.
Dan kita boleh menelah dengan mudah, parang hanya akan dijumpai selepas kereta digeledah. Bukan semasa kejar mengejar.
Dari segi cubaan melanggar dengan cara mengundur, tidak pula dinyatakan kat mana road block nya malam itu.
Malah, secara logik akalnya semua kereta akan bertembong dengan road block secara berdepan dan bukannya dengan membelakangkannya. Yang membelakangkan road block adalah kenderaan yang sudah dibenarkan lalu.
Jalan berkenaan (saya rujuk kepada peta di Malaysian Insider) semuanya sehala dengan ujudnya pembahagi jalan. Adakah polis yang mengejar (atau polis yang berada di road block) ada meminta bantuan untuk memintas dan mengepong?
Jika awal-awal dah kata pesalah trafik itu penjenayah, mana fakta sokongannya?
Ini yang jadi pelik dan diambil sebagai tajuk sembang dan bincang.
Fed Up
Kalaulah ibubapa prihatin dan ambil tahu karenah anak mereka
ReplyDeleteKalaulah mak melarang dan bertegas tak bagi anak bawa kereta.
Kalaulah (MUNGKIN) si kakak tak berikan kunci kereta kepada adik
Kalau bawa basikal pun kita mesti belajar dari permulaan.Jadi kena tanya siapa yang ajar budak tu tekan gear kot mana,tekan minyak ,tekan brek.Kalaulah dia curi2 belajar takkan lah sampai boleh memandu jauh.Mesti ada titik permulaan untuk semua perkara
Kalaulah jiran prihatin dgn karenah anak2 jiran mereka.
Kalaulah budak2 tu bergaul dgn budak yang baik
Kalaulah mereka tidak melarikan diri apabila dikejar polis
Kalaulah mereka tak buat hal sebelum dikejar polis
Kalaulah mereka tak memandu pagi itu
Kalaulah mereka tak terfikir untuk keluar.dan pandu kereta itu..
SUDAH TENTU semua ini takkan terjadi..
ahmad awang
vinnan .. go fly kite ..you racist idiot fool! you call us racist but your piece is pure racist.
ReplyDeleteDato' you should ban this idiot!
Salam Datuk AKJ
ReplyDeleteSebagaimana lazim, yang Islam harus sedekahkan al-Fatihah kepada arwah. Tanpa ragu, kita bersimpati dengan apa yang menimpa arwah. Simpati juga kepada keluarganya, khususnya bonda arwah selaku ibu tunggal. Permintaan beliau pada peringkat awal supaya kejadian tidak dipolitikkan menunjukkan keredhaan terhadap apa yang terjadi. Namun dengan penglibatan Lateefa Koya dan Karpal Singh sebagai peguam kes ini, kita agak sangsi dengan pendirian keluarganya. Sidang media yang menampilkan rakan sekereta arwah pada masa kejadian menambahkan lagi rasa sangsi tentang tujuan sebenar dan matlamat yang mahu dicapai oleh keluarga arwah. Sedangkan inkues pun tidak diminta mulanya, kini Suruhanjaya Diraja pula yang ditagih dari kerajaan. Siapa yang bercakap sebenarnya, atau pihak mana yang mempengaruhi keluarga arwah sehingga simpati bertukar kepada sangsi.
Lazimnya, dalam kejadian sebegini, kita perlu bergantung kepada keterangan saksi bebas. Jika berlaku jam 3:00 petang, kebarangkalian saksi bebas melihat kejadian adalah tinggi. Oleh sebab jam 3:00 pagi, tidak ada saksi bebas yang boleh dijadikan sandaran untuk memperoleh gambaran yang lebih adil. Pemilik atau pemandu kereta yang dikisahkan digesel oleh kereta dipandu arwah pun masih belum tampil memberikan keterangan. Kumpulan bermotosikal yang disebut mengejar kereta arwah pun masih belum jelas sama ada sudah memberikan keterangan atau tidak. Yang lebih sibuk atau menyibuk sekarang ialah para peguam yang tidak puas mengecap publisiti melalui "stunt" mereka dalam bidang politik diceburi.
Sebagaimana yang dibangkitkan oleh ramai pembahas, cara PDRM mengendalikan perhubungan awam mereka memang sangat memerlukan pembaikan dan peningkatan segera. KPN dan sebagainya wajar menyerahkan kepada bahagian perhubungan awam mereka untuk dikendalikan secara profesional bila melibatkan kes-kes sebegini.
Kejadian tersebut tidak harus dijadikan polemik berpanjangan. Yang pentingnya, masyarakat serta pihak polis sendiri perlu mengambil pengajaran daripadanya.
Salam DAKJ
ReplyDeleteMalaysia boleh
Tahniah, macam goreng pisang panas. Itulah yg dapat diucapkan kepada graduan perubatan UKM kerana dah menjadi rebutan di negara luar. Wawasan Tun Razak awal tahun 70an memartabatkan Bahasa Malaysia dah membuahkan hasil. Apa lagi yg nak dibuktikan?
Memang tak dinafikan standard perubatan kita dah advance. Ramai juga yg berhijrah ke negara lain untuk mengajar pula terutama dalam bidang operate jantung (Cardiothorasic surgery). Bukan calang-calang tu. Tak lupa juga, kesemua rumusan pakar pathology forensic kita juga setaraf pakar Perunding forensic dari UK.
CUMA yg dikesalkan adalah ada lagi rakyat Malaysia yg lebih mempercayai bomoh siam yg hanya tengok gambar je dah boleh buat kesimpulan. Hanya jauhari mengenal manikam. Sekian TQ.
Datuk pun dah pandai cut berita nampaknya .
ReplyDeleteMengapa dato tak ceritakan apa penyebab kemarahan ibu budak tu . Memang kita tahu kesalahan memandu tanpa lesen dan dah ada hukuman . Kita tahu kesalahan mengengkari arahan polis dan ada hukumannya .
Tapi dato ! apa ceritanya polis nie sampai menuduh budak itu penjenanyah la .. penyamun la .. bawa parang dsbnya . Apakah prosedur2 untuk membolehkan polis melepaskan tembakan ? Mengapa tak ditembaknya mat2 rempit yang meragut - samseng jalan . Mereka itu bukan setakat tak berlesen melahan memandu kenderaan curi -memeras .
Dalam kes polis diserang oleh sekawan mat rempit di sebuah stesen minyak ..mengapa polis tak melepaskan tembakan ? sedangkan sepatutnya lebih bahaya kerana diserang dengan batu . Mengapa ketika itu polis pun lari dulu ?
Memang kita menyalahkan memandu tanpa lesen . tapi apakah sampai mati perlunya ?
Anak bermasalah ibu bapa disalahkan ?
Jadi dato kalau rakyat melayu masih lemah adakah salah pimpinan yang pentingkan diri ? atau salah rakyat itu sendiri ?
Setiap dari kita berhak mendapat peluang kedua....
ReplyDeleteSalam dato'
ReplyDeletesusah nak letak 100% kesalahan pd ibu arwah. maklum, sebagai IBU TUNGGAL, beliau tentu mempunyai tugas dan tanggungjawab yg berat dlm mendidik anak2 sekaligus menjadi pengganti dan penyambung tugas kepada arwah suami.
saya sebagai ibu, amat faham betapa di luar sana begitu banyak godaan dan perkara2 yang amat mempengaruhi anak2 remaja biar betapa ketat pun undang2 yang diamalkan di dalam rumah. malah, anak2 yg mendapat pendidikan dari sekolah ugama pun tidak terlepas dari godaan dan tarikan unsur2 negetif di luar sana, samada melalui kawan2 atau MEDIA terutamanya.
malah kalau diungkit punca siapa yg bersalah, kedai2 mamak pun bersalah juga, sebab menghidangkan skrin2 besar yg menarik anak2 muda melepak sampai ke pagi. kerajaan pun boleh dipersalahkan jugak sebab benarkan lesen restoran berniaga 24 jam.
sebagai org tua yg pernah remaja kita semua pernah buat salah kan? contoh saya sendiri, memang arwah ibu ayah tidak benarkan langsung kami membawa kereta tanpa lesen. cuma saya dulu suka2 nak rasa hidupkan enjin. sampai situ sajalah, sehingga satu hari saya bersama anak buah, entah mengapa begitu terdorong dalam keadaan enjin kereta hidup, nekad untuk membawa keluar kereta tersebut dari kawasan rumah sewaktu arwah ayah tiada di rumah, biasala kalau dgn mak kita tak takut.
waktu itu langsung tak terfikir betapa bahayanya perbuatan saya tersebut. sampailah Takdir ALLAH, baru beberapa ratus meter saya "melarikan" kereta tersebut, saya bertembung dgn arwah ayah yg menumpang kereta kawannya.
terus ayah bawa kami pulang dan macam2 leteran yang saya terima. baru saya tahu betapa bahayanya saya membawa kereta waktu itu dlm keadaan kereta yg terhoyong hayang sebab tidak pernah bawa kereta. hanya teori dlm kepala sebab selalu perhati cara2 arwah ayah bawa kereta. Sampai hari ini saya masih ingat akan peristiwa tersebut. itu anak perempuan tu, kalau remaja lelaki zaman sekarang, tak tahulah betapa gelodaknya jiwa mereka...
Maka, kita sebagai orang tua apatahlah sebagai anggota polis yang terlatih, patutnya lah terlebih2 tahu cara mengawal keadaan, bukan mengambil jalan mudah untuk selesai masalah tanpa mengira undang2 yang digunapakai...
Wallahua'lam
Sdr Ahmad Awang,
ReplyDeleteTerima kasih kerana faham inti pati rencana ini.
Itulah yang saya kata "the comedy or errors".
Kalau segala KALAU yang Sdr sebutkan itu sebaliknya, maka peristiwa tragik ini tidak akan berlaku.
Kepada pembahas yang lain, saya tidak kata polis bebas daripada tanggungjawab.
Malah, saya dengan jelas katakan ada anggota polis yang "trigger happy" dan saya setuju bahawa respons polis, daripada atas hingga bawah, lebih banyak menimbukan dan kemarahan orang ramai.
Terima kasih.
DAKJ dan Ahmad Awang,
ReplyDeleteKalau arwah Aminul buat semua yang dia buat tetapi polis sekadar kepung dan tidak tembak...?
Nak cerita pasal "kalau", memang tak habis-habis.
Bukan saya tidak faham intipati rencana ini tetapi seperti yang saya telah katakan awal-awal, pada pendapat saya DAKJ dah tersasar fokus cerita.
Tapi ini blog DAKJ, nak tulis apa pun terpulanglah. Ada peluang komen, saya bagi la komen saya. Hak siaran adalah kepunyaan tuan rumah.
p/s adakah ini maknanya komen saya yang terakhir (yang ditujukan kepada pengguna ganti nama "ibu" tidak akan disiarkan?
Fed Up
Salam Dato'
ReplyDeleteAda sesiapa nampak anak polis sebaya Aminulrashid curi memandu kereta ayahnya tanpa lesen?
Salam Dato'
ReplyDeleteDah saya kata sebelum ini, sistem2 ciptaan manusia Barat yang meliputi sistem kepolisian, sistem memadu kenderaan bermotor di jalan raya dan sebagainya itu hanya sesuai dan berkesan jika ianya dilaksana di negara2 yang rekod indeks rasuahnya rendah atau rakyatnya mengamalkan nilai2 budaya murni seperti amanah dan bertanggungjawab atau berintergriti.
Datuk, this is the most accurate reasoning of this current topic which i have come across so far.
ReplyDeleteYou have displayed a very pragmatic and practical step in us all approaching this tragic incident and topic.
May God Bless you to englighten Malaysians further on all like- sounding matters we Malaysians encounter everyday ahead.
William
Tok Kadir orang Kedah
ReplyDeleteTulis cerita bahasanya indah
Ada setuju ada yang marah
Ada yang bahas tak tentu arah.
Mat ni orang kampong
Anak bina kena di kepong
Takut-takut depa terpesong
Jadi tragidi tak guna melolong.
Janganlah kita jadi kilang
Buat anak malam dan siang
Anak kita bukan barang-barang
Jagalah mereka jangan kepalang.
Anak orang jahat kita marah
Kita mengumpat tak sudah-sudah
Tapi anak sendiri buat mudah
Akhir-akhir kita tanggung padah.
Sayang bini tinggal-tinggalkan
Sayang anak tangan-tangankan
Jangan tersangat bagi kebebasan
Takut merana tubuh dan badan.
Jangan bagi anak kereta dan motor
Kalau mereka di bawah umur
Kalau jatuh mati tersungkor
Tak guna lagi kepala dan ekor.
Jangan dok salah kepada orang
Kalau jaga anak kita lebih kurang
Anak merayau malam dan siang
Jadi hantu, jadi jemalang.
Jagalah anak jagalah bini
Biar tahu mana depa pi
Kalau kena tembak cedera dan mati
Teriak darah pun tak guna lagi.
Mat Tunjang berundur dulu
Hilir dan hulu nak kena tuju
Menega kecik mamanglah macam tu
Belanja keluar untung belum tentu.
Mat Tunjang Enterprise
Berapa ramai pengomen yang DAH ADA ANAK TERUNA/DARA berumur 15 tahun ke atas?
ReplyDeleteKalau yang belum ada tu, cermin-cermin lah diri sikit.....menjaga,mendidik,mengawal REMAJA tak semudah mulut bercakap!
Melentur buluh biar dari rebungnya, pi didik anak-anak hang elok-elok......masuk usia remaja nanti tengoklah hasilnya!
Kalau yang dah ada tu, cermin-cermin lah diri sikit......dah sempurna ke penjagaan,pendidikan,pengawalan anak-anak REMAJA anda? SUBUH solat TAK?
Tak kena atas batang hidung hangpa , senang lah oooiii cakap!
Ada juga yang bagi komen, KALAU,KALAU,KALAU......heemmm
KALAU POLIS BERIMAN,BERILMU,BERETIKA,BERTAQWA,BBERSABAR,BERDISIPLIN jadi tak insiden tembak-tembak TU hahh????
Tak payah berkalau-kalau lah.....benda dah jadi.
Tak payah berkalau-kalau lah.....lebih penting, pi soal siasat polis tu PASAL APA gatal tangan sangat pi tembak......dah terdesak pertahan kan diri ke atau geram?????
Saya bukan merujuk kepada SEMUA ANGGOTA POLIS, terhad kpd 4 orang polis tu saja!!!
Tragiknya..bila segolongan ahli politik menggunakan punggong bila bercakap dari menggunakan otak. Tragik bila semua kejadian seolah2 salah dan silap kerajaan. Tragik ini dipopularkan oleh ahli politik murahan yg sentiasa mencari "batuan politik" bilamana mereka sudah tersepit.. semua perkara akan dijadikan isu.. Jangan terkejut ahli2 politik akan menjadikan isu dari kejadian "kucing" dilanggar kenderaan sedikit masa lagi..percayalah.. Inilah TRAGIK NYA ahli politik murahan ini..
ReplyDeletepakcik,
ReplyDeletejangan berpikiran singkat. majoriti rakyat malaysia tahu dan sedar budak tu buat kesalahan. bukan setakat 1 tapi ada 2-3 kesalahn rentetan daripada itu. cuba pakcik fikir...adakah polis telah melepaskan tembakan mengikut SOP mereka? benarkah budak itu mengancam keselamtan polis? tak salah pakcik cuba highlight kesalahan budak itu tapi kesalahan yg mana lebih berbahaya?
ReplyDeletelangitbiru said...
Ada juga yang bagi komen, KALAU,KALAU,KALAU......heemmm
KALAU POLIS BERIMAN,BERILMU,BERETIKA,BERTAQWA,BBERSABAR,BERDISIPLIN jadi tak insiden tembak-tembak TU hahh????
Tak payah berkalau-kalau lah.....benda dah jadi.
Tak payah berkalau-kalau lah.....lebih penting, pi soal siasat polis tu PASAL APA gatal tangan sangat pi tembak......dah terdesak pertahan kan diri ke atau geram?????
Saya bukan merujuk kepada SEMUA ANGGOTA POLIS, terhad kpd 4 orang polis tu saja!!!
1:09 PM
mamat ni kata polis tu gatal tangan, mamat ni ada kat tempat kejadian ke? cakap dalam blog boleh laa, tak payah insuran. pegi laa sound polis tu depan-depan. ni apa menyorok pakai nama samaran. apa bacul punya manusia.
Mohamad Zaidi Zakaria
5/9, Sek 9 Shah Alam
Sila rujuk http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/more-emerge-to-back-boys-story-of-fatal-shooting/
ReplyDeleteTuan punya kereta yang digesel sudah dimasukkan kedalam skrip.
Mari kita tonton pulak babak seterusnya...
Fed Up
Sdr Musalman, antara lain, mengulas:
ReplyDelete"Tapi cubalah faham sikit datuk......malam ni tembak besok keluar statement...that boy adalah seorang penjenayah. Then another statement...polis menemui sebilah parang dalm kereta. How would you feel klu itu kene kt anak u sendiri? What is your first impression? Don't u smell something fishy?"
Sila rujuk berita-berita berikut sebagai contoh:-
ARKIB : 12/11/2009
Geng samun, pecah rumah remaja tumpas
LEDANG 11 Nov. - Polis menumpaskan dua kumpulan remaja bermotosikal yang terbabit dalam kejadian samun dan pecah rumah di sekitar daerah ini setelah menahan 14 individu dalam beberapa operasi, baru-baru ini.
Dalam kes membabitkan curi motosikal, sebanyak tujuh lelaki berusia 14 hingga 17 tahun ditahan manakala enam remaja berusia antara 16 hingga 24 tahun ditahan kerana terlibat dalam pecah rumah.
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/03/29
PETALING JAYA: Selepas sekian lama aktif dengan menjadikan kedai serbaneka sebagai sasaran samun, sekumpulan lapan remaja akhirnya tumpas apabila mereka dicekup polis di Taman Medan, dekat sini, malam kelmarin.
Kumpulan terbabit yang semua anggotanya berusia antara 16 hingga 19 tahun ditahan dalam satu serbuan kira-kira jam 9 malam dan difahamkan seorang daripadanya adalah perancang utama membabitkan kes samun itu.
Menurut sumber, kumpulan terbabit dikatakan giat melakukan samun dan hampir 20 kes berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan juga Petaling Jaya dipercayai pernah dilakukan mereka.
April 04, 2010 12:48 PM
Remaja Ditahan Polis Selepas Cuba Jual Barang Ragut
NIBONG TEBAL, 4 April (Bernama) -- Cubaan seorang remaja untuk menjual telefon bimbit baru diragutnya gagal apabila dia ditahan polis di hutan, yang terletak di belakang sebuah kedai jam di Taman Tangling, Simpang Ampat di sini, Sabtu petang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafien Mamat berkata remaja lelaki berusia 18 tahun itu meragut seorang wanita yang sedang menunggu van kilang ke tempat kerja di hentian bas di Sungai Bakap pada pukul 6 petang.
Katanya remaja bersama rakannya yang menaiki motosikal jenis Honda Ex5 meluru ke arah wanita itu dan menarik rantai leher serta merampas telefon bimbit mangsa sebelum melarikan diri.
Terima kasih.
Salam
ReplyDeleteSaya merasa seram sejuk! Hari Sabtu lepas, saya ada menolong melapah daging lembu di rumah makcik (Batu 8 Sijangkang,K. Langat)untuk kenduri kahwin sepupu. Seperti biasa la....mlmnya balik ke rumah ada parang utk guna melapah daging lembu tu didalam kereta. Jika berlaku kejadian jenayah (maklumlah di Kelang ni kes jenayah berat bolehlah dikatakan kerap) mlm tersebut dan saya menjadi mangsa peluru sesat tembakan amaran atau apa saja tembakan secara tak sengaja....meraung keluarga saya kerana saya berkemungkinan besar akan di label sebagai penjenayah!!! Isu terkena peluru sesat tiada.....almaklumlah
...parang melapah daging kenduri kebetulan ada dalam kereta.Aduhai,nasib....Untuk isu diatas biarlah Panel Siasatan Yang Dilantik menguruskannya.Kita sebagai rakyat yang membayar cukai hanya perlu menerima keputusan siasatan tersebut secara terbuka.Harapan kita semoga tiada apa yang perlu ditutup dari pengetahuan umum.Belum tentu pihak polis bersalah..dan belum tentu arwah bersalah setakat ini.Sama-samalah kita tunggu hasil siasatan yang dijanjikan telus ini.
Malik Klang
Ada beberapa perkara yg perlu diketengahkan disini.Pertama Allahyarham memang membuat silap apabila melarikan diri setelah dikejar oleh tuanpunya kereta mewah yang dilanggar oleh Allahyarham dam kemudian dikuti oleh polis peronda.Seterusnya ibu Allahyarham sepatutnya tidka membenarkan Allhyarham yang tidak berlesen untuk memandu kereta.
ReplyDeletePihak polis yang mengejar Allahyarham hannya menjalankan tugas mereka tetapi saya ras tindak mereka adalah agak berlebihan.Allahyarham cuma memandu laju.persoalannya adakah tembakan dikepala itu tersilap tembak atau sengaja ditembak?
Didalam keadaan begini lah hubungan bik amat penting.PDRM selama ini menganggap Pakatan Rakyat adalah musuh nombor wahid mereka.Diskriminasi sering berlaku didalam tindakan mereka terhadap Pakatan Rakyat.
Pada saya ini adalah peluang utk menghentam pihak polis diatas isu ini.Polices were never fair to us,why should we? Kalau hubungan kedud dau belah pihak baik saya yakin Pakatan Rakyat will tone down their rethoric.
Selain daripada itu Pihak polis sendiri tidak bijak menangani masalah ini diperingkat awal.KPN Musa Hassan dengan angkuhnya menuduh bahwa Allahyarham adalah penjenayah.Orang ramai sedang marah menjadi semakin marah.
Seterusnya dimana UMNO utk membela PDRM yang sentiasa sedia berkhidmat utk mereka.Takda pun Ketua Cawangan,Ketua Bahagian dan Pemuda UMNo yang bangun membela pihak Polis.Malahan KJ ,Ketua Pemuda UMNo telah mengkritik tindakan pihak polis.
Polis perlu bersikap neutral didalm segala keadaan.Perisitiwa sebegini memerlukan sokongan orang ramai.Jika polis baik dengan semua pihak takda lah kuat sangat orang bising.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteKalaulah anak saya yang "kena", saya dengan hati yang qudus, redha menerima qada' dan qadar Allah SWT. Kita tahu, apabila sampai ajal kita, sesaat tak lebih dan sesaat tak kurang, matilah kita.
Lebih-lebih lagi, saya akan mengutuk diri saya sendiri kerana saya bukanlah seorang bapa yang bertanggungjawab dan beramanah; sedangkan anak merupakan amanah Allah SWT yang amat besar terhadap ibu bapa.
Memang saya akui saya tidak bertanggungjawab dan tidak beramanah kerana membiarkan anak saya berpelesiran pada pukul dua pagi, memandu kereta pulak tu, padahal anak saya tidak layak dan tidak berhak memandu kereta di atas jalan raya oleh faktor umurnya. Saya seolah-olah tidak terfikir kalau-kalau anak saya itu boleh 'membunuh' orang di jalan raya dengan keretanya.
Saya harus sedar bahawa anak saya yang berumur 15 tahun itu sedang menghadapi PMR. Sepatutnya, seorang pelajar yang baik wajib menumpukan sepenuh perhatian pada peperiksaan PMR yang akan ditempuhnya dalam masa lima bulan sahaja lagi.
Saya sudah pasti akan bersangka baik dan berlepang dada terhadap pihak polis yang menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Kita pun tahu, penjenayah berkeliaran di bandar-bandar besar di negara kita ini sejak sekian lama. Saya fikir, kalaulah yang ditembak mati oleh polis itu kebetulan benar-benar seorang penjenayah besar, maka pihak polis sudah tentu mendapat sanjungan dan pujian masyarakat.
Saya berasa kesal terhadap mereka yang menyalahkan pihak polis semata-mata; khususnya terhadap seorang menteri UMNO yang bernama Noh Omar yang jelas saya nampak mengada-ngada.
Wassalam.
Dato'
ReplyDeleteSebenarnya krisis moral anak-anak remaja Malaysia bertambah parah tok terutama dibandar-bandar besar.
Banyak mak bapak yang pening kepala melayan karenah anak-anak remaja ni tok. Sudah tidak banyak bezanya anak remaja diAmerika dengan remaja malaysia dari segi kelaku nya.
Pergaulan bebas sudah menjadi pekara lazim. Anak remaja sudah tidak segan silu lagi berpegang tangan,berpelukan sedang umur baru belasan tahun masih bersekolah.
Cukoplah dulu sampai disini tak guna ulas panjang lebar bukannya saya boleh mengubah keadaan hanya pemerintah yang baik saja mampu mengubah keadaan.
Pemerintah yang baik adalah pemeritah yang mempunyai hati yang suci dan ikhlas.
Memimpin rakyatnya kejalan yang diredhai.
Apa saja yang dilakukan dengan niat kerana Allah bukannya kerna pangkat ,harta dan kedudukan.
Tapi ini hanya ada didunia fantasi bukannya dialam realitas.....
DAKJ and all,
ReplyDeleteJust to share , i have 5 kids,, 3 of then above the age of 15 and have valid driving license. My house in section 7 Shah ALam and I'm familiar with the area where the incident occurred. They dare not drive on their own because shah alam is not Kuala Nerang.
As such let me say a few things.
1. Family of arwah have no one else to blame,, but themselves.
2. The police ..though i can understand the situation at 2 in the morning call for drastic action by the police, still the police including KPN are out of bounds in their comments after the incident. Hopefully if any of the policemen are at fault they should be dealt with severely.
3. Why in the world is this issue is turn into political circus by some? My god this people have no decency whatsoever .. Macam Pakatan Rakyat lawan polis dh jadi nya.. Go get a live laa ...go take care of your own kids.. May Allah tanam all this opportunities in the next PRU.
4. Shah ALam kawasan melayu.. saya sebagai bapa juga sedih melihat kemajuan org2 melayu di shah alam membawa kepada keruntuhan instituisi rumahtangga sehingga anak2 sekolah menengah sudah terlalu bebas boleh buat apa mereka suka. Celik lah wahai ibubapa .. kejadian ini adalah sebagai peringatan kepada kita semua..Jadikan lah kematian arwah bermakna...jadikan lah ia sebagai salah satu peringatan kepada kita dalam mendidik anak2..bukan sahaja tetang driving license ..tetapi pergaulan anak2 itu secara keseluruhan nya.
Terima kasih
Banyak sangat anggota CSI(crime science investigation) yang tak bertauliah duk buat komen berdasarkan andaian mereka.Tu pun atas kata2 yang berbagai versi.Biar lah pihak yang berkenaan siasat dengan rapi.Kita yang duk baca news kadang2 bukan betul sangat tafsiran nya.Media pun nak sensasikan berita depa saja ubah ayat jadi lagu lain.Kita yang perasan terer ni duk kata la hang salah aku betul.
ReplyDeleteTapi dari kejadian ini ada jugak la pihak yang bukak mata.Sekurangnya ramai ibubapa yang lebih PRIHATIN tentang anak depa.Mana la tau selama ni duk bagi kunci kereta /moto/lori.kot kot lepas ni mula tak bagi dah.Yang selama ni duk pulun kerja tak hingat donia,tak ingat depa ada anak mungkin boleh la cuba jenguk2 aktiviti anak2.Pada pihak polis pun kalau ada cacat cela dalam prosedur tu elok la perbaiki.ajar depa tembak lebih terSASAR ka apa ka.Hebat jugak no polis tembak budak tu kat kepala.Kira polis tu terer menembak.Lepas ni polis kena belajar tak pandai tembak.Biaq polis ditembak baru orang rasa lega.
ps: Belajar lah dari setiap kejadian yang berlaku pada orang lain.Mana lah tahu esok lusa giliran kita.ahli keluarga kita.Renung Renungkan!!
LANGIT HANGIT
Datuk,
ReplyDeleteZaman sekarang ni, penyamun bukan macam zaman dulu. Kalau zaman dulu, kita sergah penyamun, mencicit dia lari tapi zaman sekarang, kalau kita sergah penyamun, silap haribulan dia datang balik parang kepala kita.
Penyamun sekarang dia tak payah tunggu tengah malam,... time pagi orang berjalan nak gi subuh kat masjid pun kena samun, time kerja tengah hari pun boleh kena samun. Jogging petang2 pun kena samun. Pening.
Kita ingat kalau kita dok rumah ramai2,... 3,4 orang... penyamun tak berani la nak datang... tapi Tok, .... penyamun zaman sekarang, dia datang jugak! Dia tak kira. Dia tak makan saman!
Bukan kita saja takut Tok, polis pun jadi takut dengan penyamun2 zaman sekarang ni. Itu yang kadang2 tu, polis pun main pakat tembak saja, tak mau nak banyak2 cakap lagi dah. Samada penyamun mati dulu atau polis mati dulu. Kita mana tau. Kita tau nak komplen saja. Janji semua senang dan selamat. Bab polis kena tembak mati dengan penyamun, kita bukan nak peduli apa pun. Betui tak?
Perasaan takut ni bukan boleh buat main2 Tok. Kalau takut hantu, boleh buat orang lari tak cukup tanah .... fikirlah takut mati tu macam mana pulak. Kita senang la cakap takut mati tak rasa apa2, tapi cuba kita pi tengah2 time polis dan penyamun dok tembak menembak tum tam tum tam ... apa kita rasa? Tak rasa macam nak terkencin dalam seluar ka dak?
Bukan senang jadi polis ni Tok. Anytime boleh mati kena tembak. Kalau tangkap penyamun ni hidup2, silap haribulan, esok lusa dia mai balik tembak kita kot belakang, tembak anak bini kita, perosah hartabenda kita .... sebab muka kita depa dah kenai Tok.
Tapi nak buat macam mana Tok, kalau satu hari kita tertembak budak2 tak cukup umuq. Mana nak tau, dia tu budak lagi Tok. Kita ingat dia tu penyamun. Kita pun ada perasaan takut mati kena tembak ni tuk, bukan kita saja yg fikir nak tembak mati orang, Tok.
habieh camno?
tingtong
Peringatan: Anak BILAL ditangkap khalwat, anak POLIS ditangkap memiliki dadah, anak DATO' ditangkap belasah orang, anak VIP ditangkap merogol, anak IMAM murtad... dan banyak lagi contoh-contoh lain kalau anda semua rajin membaca atau melihat berita.
ReplyDeleteKesimpulannya: Kita sebagai ibubapa diberikan amanah yang sangat berat oleh Allah swt dalam mendidik akhlak anak-anak. Membesarkan anak banyak dugaannya, apatah lagi membesarkan mereka di bandar-bandar besar dengan didikan diserajkan kepada bibik-bibik yang diupah tidak seberapa. Biar betapa pandai sekalipun kita mendidik, tetapi Allah swt tetap ada agendaNya sendiri dalam memberikan ujian kepada mana-mana hambaNya yang terpilih. Yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk kita doakan agar tidak menimpa diri kita pula. Kalau anda tidak ada perkara-perkara yang elok untuk dikomen, eloklah jangan komen langsung. Kalau anda pandai mendidik anak, janganlah bongkak dan sombong kerana entahkan esok entahkan lusa, anda pula yang akan diuji. Wallahualam.
Y.Bhg Datuk AKJ,
ReplyDeleteSaya tidak tahu samada PDRM mempunyai Jabatan Siasatan Dalaman (IAD) atau tidak, tetapi jika ada, mengapa kes-kes sebegini yang melibatkan mangsa tembak-mati oleh mana-mana anggota polis tidak disiasat atau dikendalikan oleh jabatan tersebut? Mengapa anggota-anggota polis yang melakukan kes-kes “luar biasa” tidak secara otomatik digantung tugas sementara menunggu siasatan selesai?
Mengapa tindakan yang diambil oleh PDRM selalunya hanya dengan mengenakan “desk job” sahaja kepada mana-mana anggota polis yang di”syaki” melakukan perkara-perkara diluar S.O.P?
Bukankah dengan wujudnya IAD akan dapat mengelakkan persepsi buruk masyarakat terhadap institusi PDRM secara keseluruhannya? Anggota-anggota polis juga akan lebih “berhati-hati” untuk bertindak sesuka hati dan/atau cuba melakukan apa-apa “cover-up”? IAD akan membongkar segalanya sehingga ke lubang cacing.
Saya bukannya menuduh PDRM sebagai tidak cekap tetapi saya sudah agak bosan dengan persepsi masyarakat yang menuduh dengan bermacam tuduhan dan fitnah terhadap PDRM.
Dan, Suruhanjaya Di Raja pun akan dapat dikurangkan. Ini tidak, sikit-sikit tubuhkan Suruhanjaya Di Raja. Sudah tiada cadangan lainkah?
Tidak dapat dinafikan bahawa sudah banyak kali perbuatan “nila setitik” menyebabkan imej institusi PDRM dicerca-hina oleh masyarakat sedangkan terdapat banyak sekali perkara-perkara yang baik yang tidak mendapat pujian / recognition.
Saya rasa sudah sampai masanya IAD Polis memainkan peranan lebih besar.
Datuk pernah menduduki IPCMC dan saya jangka Datuk harus mempunyai sedikit sebanyak pendapat yang baik di dalam meningkatkan prestasi / imej PDRM.
Terima kasih.
Azman Mohd Isa
p/s – mengapa Dewan Bahasa & Pustaka tidak menukar sebutan huruf “W” (double-U) dari bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu? Tidak kekokkah memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu sedangkan untuk mengeja “DEWAN” pun terpaksa menggunakkan bahasa Inggeris?
Satu pandangan yang sangat baik untuk renungan. Saya pernah mengalami apabila dua budak perempuan menaiki motorsikal melanggar kereta saya. Pemandunya masih muda, takda lesen. Pembocengnya nyaris maut tercampak di atas bumbung kereta dan hampir dilanyak roda kereta saya. Motorsikal pinjam, jiran yang punya. Bila polis ronda datang tahu pula takut. Akhirnya, tidak buat report polis tetapi saya kena bayar kerosakan motorsikal RM300, bayar kereta lain (tersondol kemek akibat kereta saya dilanggar) RM800, baiki kereta saya (tidak guna insurans kereta) RM2,500 dan duit klinik pembonceng yang tercedera RM45. Akibat budak tu tidak ada lesen, saya kerugian RM3,645. Isteri saya kata saya bodoh kerana membayar semuanya itu. Patut saman saja ibubapanya. Saya kata, takpalah. Saya mengakui, saya bersalah dan saya rasa pemandu motorsikal lagi bersalah kerana tidak ada lesen, macam kes polis dengan Aminul tu juga. Polis tidak salah yang salah Aminul kerana memandu takda lesen. Samada dia memandu laju atau mencurigakan itu soal lain. Kes budak muda (pelajar sekolah) memandu (kereta dan motosikal) memang terlalu banyak, ada antara mereka memandu macam pelesit mengalahkan orang yang ada lesen. Oleh itu, pihak polis harus sentiasa membuat pemeriksaan terutama di taman-taman perumahan. Kalau didapati bersalah saman ibubapa mereka manakala ibubapa pula harus mencontohi sdr A. Kadir Jasin yang tidak membenarkan anak-anaknya memegang stereng jika tidak mempunyai lesen. Kita ada berbagai jenis undang-undang tetapi tidak dilaksanakan dengan baik. Saya ingin bertanya kepada mereka yang marahkan polis (dalam kes Amirul), sekiranya anak atau sesiapa saja dalam keluarga mereka dilanggar Amirul (sebagai contoh) hingga menyebabkan kematian, apakah mereka masih lagi menyalahkan pihak polis?
ReplyDeleteMohamad Zaidi Zakaria
ReplyDeleteada wayar kau dah putus kot...
soal budak tu salah, memang confirm... siapa yang kata perbuatan budak tu tak salah... tak ada sesiapa pon yang mengatakan perbuatan budak tu memandu tak salah. parent dia pon akan mengaku perbuatan anak dia salah..
masalah pokoknya ialah perbuatan polis tu... ada kah betul dari segi kemanusiaan, betul ke dari segi moral, betul ke dari segi peraturan menggunakan senjata?
bertambah buruk lagi bila polis cuba nak tutup kesalahan mereka dengan mereka cerita pasal parang, pasal samun... apa ke bendenya ni...
ko memang budus la...
minah ronggeng
aku tak kisah sgt kalau polis tu mengaku dia tertembak...lepas tu minta maaf ngan keluarga budak tu...
ReplyDeleteYang aku angin, kepala bapak polis tu boleh bagi alasan yang mengarut, dah tu merajuk macam budak2...ai mcm nak resign awal nampak...
Aku kat sekolah pun kalau budak hisap rokok lepas tu ngaku buat silap, aku bagi hukuman yang lebih ringan (sekurang-kurangnya 1 rotan)...budak yang buat kering memang aku angin..tu yg sampai 3 rotan tu aku bagi...
cikgumuzik
Agak2 kalau anak Musang tu buat salah (tak dak lesen).. lepas ni boleh tembak kasi mati kot.... baru dia rasa.....baru dia sedih tengok anak bini dia nangis.
ReplyDeleteBagero punya musang....
musang jantan
dei Mohamad Zaidi Zakaria
ReplyDelete5/9, Sek 9 Shah Alam
lu rasa la kalu esok lu bawak keta, tengok ada roadblock, roadtax lu lupa nak renew, engine keta lu sudah tukaq, dlm keta kawan lu tumpahkan todi,lu kena tahan then mamat polis nie tembak kat punai lu sampai putus. lu nasib baik tak mampos, gi spital dan buat laporan polis.
lu rasa la, ADIL KE kalu takde lesen dan memandu di bawah umoq hukumnya kat malaya di tembak mati kat kepala?
mamat polis nie pung bukan tak sekolah, tak tau la aku kalu dia baru kena todi masa kejadian tu. or dia pung sama dgn BOSS BESAQ DIA yg ada degree TIPU...
WAKAKAKKA...
takan tak tau AKTA POLIS. diorg traning amenda dulu???
Tu la pasai org marah. BOS DIA PUNYA STETEMENT PUNG bikin org hangin.
statement MCM STANDARD KETUA KAMPUNG (SEKOLAH DARJAH 6 MELAYU je)
Kita bukan apa... bole ke lepas nie BOSS polis nie bole COMFIRM tak tembak org suka2 je..
tembakmati
datuk..
ReplyDeletesila rujuk berita2 ini sebagai contoh juga..apakah penyudahan kes2ini..mat angkut tilam a.k.a KPN kenalah jawap..jangan asyik nak cover up ja..
Konstabel dituduh rogol pelajar di balai polis
Jul 18, 08 6:00pm
Seorang konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya hari ini terhadap tuduhan merogol seorang pelajar perempuan di Balai Polis Putra Heights, kira-kira sebulan lalu.
Jamil Abdul Sah, 27, didakwa merogol gadis berusia 17 tahun itu di bilik maklumat, balai berkenaan antara jam 6 dan 7 pagi, 18 Jun 2008.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan juga disebat.
Jamil juga mengaku tidak bersalah, di tempat dan masa yang sama, atas pertuduhan meminta mangsa melakukan seks di luar tabii, demikian menurut Bernama.
Ketua balai polis ditahan reman kes rogol bawah umur - Bernama
KOTA BHARU: Seorang ketua balai polis di daerah ini yang berpangkat Sarjan Mejar, ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung satu kes rogol di bawah umur, Sabtu lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi, mengesahkan penahanan anggota polis berumur 49 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu semalam.
Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang melanggar disiplin pasukan polis.
"Anggota tersebut kini ditahan kerja serta merta berkuat kuasa semalam. Kita masih lagi menyiasat kesalahan yang dilakukan itu dan tindakan susulan akan dikenakan sama ada digantung atau dibuang kerja jika didapati bersalah," katanya.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Bernama
and the latest..the star..Thursday May 6, 2010
Traffic cop held for sexual harassment
KUALA LUMPUR: A traffic policeman was arrested for the alleged sexual harassment of two women at a roadblock in Cheras.
The 52-year-old man, who is with city traffic police, was also alleged to have demanded and accepted a RM20 bribe.
It is learnt that the policeman uttered something sexual to the women, aged 23 and 27, and demanded a bribe for not issuing them with a speeding ticket.
minah ronggeng
Tok, saya tegejut baca komen Cikgumusik. Cuba baca.
ReplyDelete"aku tak kisah sgt kalau polis tu mengaku dia tertembak...lepas tu minta maaf ngan keluarga budak tu...
Yang aku angin, kepala bapak polis tu boleh bagi alasan yang mengarut, dah tu merajuk macam budak2...ai mcm nak resign awal nampak...
Aku kat sekolah pun kalau budak hisap rokok lepas tu ngaku buat silap, aku bagi hukuman yang lebih ringan (sekurang-kurangnya 1 rotan)...budak yang buat kering memang aku angin..tu yg sampai 3 rotan tu aku bagi...
cikgumuzik"
Tok, Si Mamat ni betul cikgu ka tok? Bahasa dia macam Mat Rempit.
Kalau betul, tak heranlah murid jadi macam Amirul, langgar undang-undang, keluar sampai pagi lepas, take belajar.
Tengok la bahasa dia Tok. Aku rasa itu, aku rasa ini. Kalau macam ni lah Tok, bukan guru kencing berdiri lagi Tok.
Ni jenis guru berak berdiri. Jadi macam ayam jantan, kukuk sedap tapi ekor penuh tahi.
Masya-Allah.
Kamjat Penang
Dear Datuk,
ReplyDeleteSalahkan polis lar... kejar keta suspek, tembak tayar kena tepat. Kejar lagi, tembak driver kena tepat. Tapi, 5 orang polis kepung sorang teenager, boleh terlepas woo...
Muahahaha! Ni skrip dongeng citer Tamil olahan Karpal and the geng lah ni. Boleh nampak tak twist cerita bila pembangkang masuk campur?
Saya pernah langgar lampu merah masa pegi office (on call) 2 pagi, kereta peronda bunyi siren dan loud speaker suruh berhenti, then saya pull over dan berhenti.
Bila ditanya, saya bagitau saya lambat, lagipun takde keta. Polis just bagi warning sebab kesalahan pertama dan let me go.
Kalau berhenti seperti diarah takkan jadi tragedi ni. Engkar berhenti hanya penjenayah, dan polis ada rasional untuk tembak.
Dalam kes ni u all boleh kata, "Alah, budak 15 tahun belum matang. Mana dia tau consequences tak berhenti." TAPI, that's why in the first place kelayakan memandu kereta is 17 tahun ke atas, sebab u are not mature enough to be behind the wheels.
Dato'
ReplyDeleteSaya sarankan selepas ini kalau ada anggota polis yang mati ditembak penjenayah atau dilanggar mat rempit hendak lah menjadi tajuk utama akhbar dan tv.
Beri liputan meluas tentang kematian mereka dan disyorkan diberi pingat gagah berani dan kalau itu pun tak cukop hendaklah dikurnia kan darjah kebesaran pangkat Datok ka, Tan sri ka, Tun ka baru la Musa Hassan tak mengungkit anggota polis mati hampa tak bising pun...baru la dia tak merajuk!!!
Langit Hangit dan mereka yang sependapat dengannya,
ReplyDelete"Jika SUSPEK ditafsir oleh anggota sebagai mengancam keselamatan diri anggota, rakan setugas anggota atau orang awam, anggota boleh menembak kearah SUSPEK samada hidup atau mati. Tafsiran anggota itu tidak boleh dipertikai."
Macam tu ke maksud kamu semua?
Nak bagi pendapat kena ada tauliah ke? Ingatkan kalau nak bagi ceramah agama je kena ada tauliah...Apa guna akal kalau asyik jadi rubber stamp je!
Langit Hangit jangan lupa ini bukan kes pertama. Sila rujuk balik kes Norizan.
Pertama kali jadi, orang boleh sabar. Bila berulang, orang akan jadi sangsi.
Fed Up
Kita semua ada anak ... dan masing-masing bertegas kata kita semua kenal anak2 kita. Anak2 kita baik... rajin ke surau dan bla bla bla. Tapi berapa ramai yang benar2 kenal anak mereka. Kita kenal mereka bila mereka di depan kita tapi bila di belakang .. hanya kawan2 mereka yang lebih kenal mereka. Sedangkan isteri yang dah bertahun2 tidur sekatil pun kadang2 terkejut dengan perangai suami ... inikan pulak anak zaman sekarang yang terdedah dengan berbagai bentuk ancaman sosial... Artikel Datik memang sangat relevan.... 4 KEPOI SATU CUPAK, 4 CUPAK SATU GANTANG, KALAU CUAI MAK BAPAK, KEPALA MAK BAPAK ANAK TENDANG.....
ReplyDeletepADI mALINJA
Assalamualaikum Dato'
ReplyDeleteDato' boleh tulis bagi contoh 1001 macam kes jenayah dilakukan oleh remaja MALAYSIA hari ini.
Pada masa yang sama,
Minah Ronggeng juga boleh tulis bagi contoh 1001 kes "jenayah" atau salah laku polis MALAYSIA hari ini.
Juga, pada masa yang sama, JENAYAH hari ini semakin menjadi-jadi, semakin ganas, HINGGA kita semua rasa tak selamat!
Saya setuju kita bincang samada secara khusus atau umum, keruntuhan akhlak remaja sekarang DAN KAITANNYA dengan asuhan pendidikan ibubapa. DAN saya yakin ramai juga yang setuju.
Saya juga setuju kita bincangkan peningkatan kes-kes jenayah dan peranan pasukan POLIS.
TAPI saya tak setuju, kita ambil contoh-contoh 1001 macam kes "jenayah" remaja UNTUK MENGHUKUM ATAU MENGHALALKAN JUSTIFIKASI POLIS MENEMBAK Aminul Rasyid!!! Ini keterlaluan!
Bukankah alam remaja, baru bermula untuk mengenal "dunia"?
Jangan pulak kita cepat melatah melabel budak nakal, budak jahat MELAKUKAN JENAYAH! Bagi mereka, sesetengah naik motosikal tu teramat seronok, TAPI bagi sesetengah kita ITU "jenayah"!!
YANG MENULIS DI SINI TELAH LALU ZAMAN REMAJA. CUMA, ZAMAN PENULIS DISINI TAK SAMA DENGAN ZAMAN SEKARANG!! Tapi emosi dan fikiran mungkin tak banyak beza zaman remaja dulu dan sekarang.
Berbalik dengan POLIS, tak semua polis tak bertanggungjawab. MAJORITI bertanggung jawab, berdisiplin, berdedikasi menjalankan tugas. MINORITI nya juga terbabit atau bersubahat dengan para jenayah! Nila SETITIK, rosak susu sebelanga. Kalau bertindak tidak ikut apa yang dipelajari, jadi sesuatu susah nak jawab!
CURIGA terus tembak.....? SEBAB PENJENAYAH SEKARANG CUKUP SOPHISTICATED, GANAS, DAN BIJAK???
TAHAP CURIGA pun ada klasifikasinya jugak, MILD,MODERATE,SEVERE,VERY SEVERE...kalau tahap ke 4 very severe tu, OK lah nak tembak.....SEBAB BUKAN SENANG NAK TEMBAK, kena tepat nyawa melayang!
Apapun,
Kalau Dato senaraikan 1001 kes jenayah remaja, DAN Minah Ronggeng senaraikan 1001 kes jenayah polis, APA KONKLUSINYA?
Saya amat berharap, jangan pulak perangai nakal (bukan jahat) arwah dijadikan MODAL untuk mengukuhkan kecurigaan polis!
SAYA AMAT BERHARAP DATO' DAPAT BERI MAKLUMAT TERKINI PERKEMBANGAN PASAL BLOK L,M.
ReplyDeleteTERUTAMA DARI SEGI LEGALITY KESAHIHAN PERTUKARAN SURAT TERSEBUT.
APAKAH DARI SEGI PERLEMBAGAAN, PERLU MENDAPAT KELULUSAN SABAH, DAN/ATAU PARLIMEN?
LAWAK BESAR PETANG KHAMIS..
ReplyDeleteKERETA KETUA POLIS SELANGOR KENA KEBAS – minsider
SHAH ALAM, May 6 — Thieves have hit the top cop in Selangor — Chief Police Officer Khalid Abu Bakar has lost his official car.
His driver had parked the Perdana V6 near a restaurant in Section 9 here to have his breakfast, but found the car missing when he returned 30 minutes later at 8.30am.
He lodged a report immediately at the district police headquarters here.
Khalid is at the moment overseas for a meeting.
Police are now questioning the driver.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
nota:
I have nothing to say my lord
I rest my case on your lap.. kah kah kah
man remos
Pembahas sekalian,janganlah kamu mengutuk orang yg telah tiada dan keluarganya.Pastike yg kamu lebih baik daripada arwah?Pastike anak-cucu-cicit kamu yg kamu kata elok,mendengar kata itu tidak akan membuat onar suatu hari nanti?Janganlah riak sangat,hari ini kamu mengutuk anak orang,esuk lusa tuhan balas,baru tahu langit tinggi rendah.Datuk, sepatutnya datuk tutup perbincangan ini.Datuk telah membuka ruang untuk oranglain membuat fitnah.Mana akhlak kita sebagai orang Islam, menghina orang yg telah meninggal?Dapatke kita meminta maaf daripada arwah? Maaf,kalau ada yg tersinggung.
ReplyDeleteKalau semua orang kat muka bumi ini elok dan baik belaka takde la nak wujudkan pasukan polis.Polis pn bukan semua OK,Pegawai kerajaan,pegawai swasta hatta imam atau sapa saja pun boleh buat salah.Pokoknya jangan la nak lumur `najis` yang orang lain berak kat muka orang lain dalam satu pasukan.Kalau korang satu pasukan tak kira apa saja organisasi atau syarikat,salah sorg kawan korang buat `taik` ,korang pun tumpang di label sebagai BURUK,korang xrasa marah ke.Nak bagi pendapat tu tak salah,cuma jangan terlalu emosional pula.Masing2 ada tanggungjawap,Laksanakan saja supaya hal ni takkan jadi lagi.
ReplyDeleteMenyalahkan orang lain lebih senang daripada kita muhasabah diri sendiri.Aku duk ulang banyak kali hal ni.Muhasabahlah diri kita,tengok yang mana betul yang mana tak betul.
Fed Up:Berlainan pendapat tak semestinya orang lain salah dan kita betul.Tak setuju dengan pendapat orang sila abaikan,Tapi bukan semua perkara kita BETUL.
Guna kepala otak la!Jangan guna kepala lutut
Anti Hipokrit
Yang si ibu mithali bersyarah tinggi..
ReplyDeleteyg boleh tahu takdir anak sendiri nak jadi apa 20tahun lagi..
yg konon kena kenal zahir & batin fiil & tabii..
yg mendabik cara didikan dulu lah terbaik tiada tandingan kini..
apa kata sama-sama muhasabah diri..
jika betul apa di kata apa di kaji..
yg dulu rebung dah lama jadi buluh betung sekeras besi..
itulah yang masih hidup menjadi hasil dan bukti..
cerminlah sahsiah pemimpin anda masa kini..
apakah semua mcm malaikat dan wali..?
byk yg menyeleweng, kaki tipu, malah kaki perempuan, arak & judi..
mereka adalah cermin didikan dulu dimasa kini..
semestinya tak semua yg ditatang, disemai akan membuah & menjadi..
apakah kepada ibu bapa mereka hendak ditunding jari..
Jika tak hari ini Malaysia dah aman bahagia makmur berseri..
Setiap kita ada aqal buat keputusan sendiri..
silap bimbingan, kurang panduan,tersasarlah haluan dititi..
hanya pengalaman betulkan kembali..
itupun jika ada iman nak insafkan diri..
dan juga peluang kedua kali..
Bohsia, rempit dan akhlak remaja kini..
apakah zaman dulu orgnya warga syurga madani?
apa itu kaberet dan kelabul malami..?
joget-joget ke dinihari..
mcm dlm cerita2 P.Ramlee..
kuala lumpur, singapura, ipoh penang disana sini..
agaknya warak saja remaja teruna dara mereka menjaga diri..
bercinta dibawah bulan purnama takkan dicekup JAWI..
tiada media & teknologi IT utk canang dan sensasi..
dah sedap makan garam cukup masin berkati-kati..
rasa hidup dah cukup serba-serbi..
lesen besar nak mengajar segala muda-mudi..
bukan semua yg tua, hanya segolongan saja tak sedar diri..
Org muda semua bodoh, tak baligh berak kencing pun tak reti sendiri..
berceramah sampai berbuih mulut dipipi..
hentam saja banyak, mintak idea konstruktif tak reti bagi..
pernah belajar teknik Glenn Doman atau montessori?
Tak tau? tak pernah dengar? mesti nak taram semuanya Yahudi?
Kepimpinan melalui teladan saudara saudari..
nak hakim orang jgn terus hentam sampai mati..
Setiap org ada penilaian dan pendekatan peribadi..
Terpulang kpd diri sendiri..
Tunggu bicara biar mereka berentap bukti..
Budak salah dah terhukum mati..
Ibu bapa dituduh tak reti jaga anak sendiri..
Polis pula dikata "trigger happy"..
Semua balik kat ibu bapa sendiri..?
Ibu bapa si polis tak salah kah ya maulana, ya habibi?
Mcm Nabil cakap.."skrg lu fikirlah sendiri"..
Mohon maaf tersalah cakap, izin saya undur diri..
("/)
Ada sekolah yang mendaftarkan pelajar yang membawa motorsikal ke sekolah. Syaratnya mesti ada lesen memandu, pakai topi keledar, dapat kebenaran dari ibubapa dan ibubap beri jaminan mereka bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku kemalangan dan sebagainya.
ReplyDeleteAlhamdulillah, tiada perkara tidak diingini berlaku. Sekolah tegas, pelajar tak ada peluang untuk buat salah apalagi menggunakan motorsikal. Sekolah lakukan ini kerana walaupun tegas ini dilakukan kerana sayanagkan nyawa anak-anak pelajar.
Bagaimana dengan ibubapa ? Beranikah kita menahan anak dari menunggang motorsikal kalau tak ada lesen ? Ramai ibubapa minta maaf, mengikut telunjuk anak. Ramai ibubap di akhir zaman ini menjadi hamba kepada anak-anak. Kata-kata diturutkan. Cakap anak semuanya betul. Kononnnya anak umpama malaikat di depan mata, tetapi di belakang takkan mengaku kalau anak buat salah. Sayang anak berpada-pada. Anak remaja sekarang ramai yang menipu ibubapa mereka. Umur 8-12 tahun dah ramai yang meroko. Yang berzina pun ada. apalagi umur 15 tahun.
Berapa ramai guru perempuan terutamanya yang makan hati, menangis bila umur 10 tahun dah berani mencaci maki guru/oranglebih dewasa. Kalau kita tak pandai mendidik anak jangan suka menyalahkan orang lain.
Redhalah keburukan anak-anak kalau ada nmaklumkan kepada kita. Soalnya berapa ramai yang mengambil berat hal tepi kain orang sekarang ni termasuk bab anak-anak. Silap haribulan yang menegur kena sumpah seranah.
Salam Dato',
ReplyDeleteKisah ini walaupun pahit dan menyedihkan, tetapi sebenarnya ia hanya tunggu untuk berlaku (waiting to happen).
Kita kenalah telitikan antara fakta kejadian dgn fiksyen melalui soalan-soalan berikut:
1. apa yang dibuat oleh kedua-dua remaja pada pukul 2 pg?
2. adakah keluar sehingga 2 pagi ni amalan lumrah mereka berdua ni?
3. Adakah keluarga mereka sedar tentang perkara ini?
4. Kalau sedar, adakah dibiarkan (condone) sebagai lumrah?
5. Dari mana remaja ini belajar memandu?
6. Adakah keluarga si mati sedar yang remaja ini sudah kompeten memandu kereta?
7. Dengan keadaan gelap (2 pg) bolehkah anggota polis mengecam bahawa pemandu itu adalah remaja/dewasa, jantinanya, warna kulitnya dsbnya?
8. Bolehkah dipastikan bahawa tatkala kereta tersebut berundur, pemandunya sekadar hendak melarikan diri atau sememangnya hendak mencederakan anggota polis?
9. Bagaimanakah kadar jenayah sekitar kawasan terbabit?
Ini sekadar beberapa soalan yang perlu difikirkan bersama. (Sila lihat laporan akhbar The STAR Edisi Online 6 May 2010 bertajuk "Minor at fault in shooting incident, says expert"
Sebagai seorang pendidik, saya kerap menghadapi situasi bilamana ibubapa sentiasa menyebelahi anak-anak mereka bila dipanggil ke sekolah untuk berunding tentang tingkah laku anak-anak kesayangan mereka.
Bila pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang khususnya terhadap remaja, maka adalah pihak tertentu yang masuk campur dengan harapan pihak berwajib menutup sebelah mata.
Ada juga yang ingin menyalahkan sekolah dalam kes ini tanpa meneliti bahawa sebarang program pendidikan tidak memberi makna selagi ibu bapa tidak memberikan kerjasama.
Dan bila ada cadangan untuk "curfew" remaja selepas waktu tertentu, maka adalah juga individu yang menghalang kononnya melanggari hak asasi manusia. Mana pertimbangan mereka: hak asasi atau masa depan remaja?
Janganlah terlalu cepat menuding jari kepada pihak-pihak berkuasa bila kes-kes ini terjadi. Biarkan undang-undang melalui proses-prosesnya.
Sedarkah kita bahawa ramai anggota polis terkorban,cedera atau lumpuh kerana adanya remaja-remaja sebegini? Adakah Majlis Peguam atau SUHAKAM pergi menjenguk anggota-anggota polis yang terlantar di hospital? Yang kerap ziarah mungkin wakil-wakil insurans agaknya...
Siapa yang sebenarnya membunuh si mati?
Jawapannya: Masyarakat sendiri. Kitalah sama-sama bersalah dan bertanggungjawab kerana membiarkan semua ini terjadi.
Antihipokrit,
ReplyDeleteKenapa pula jika tak setuju maka tak boleh beri pendapat? Bukankah itu yang dinamakan rubber stamp?
Jika tak setuju, bagi la hujah. Tak payah la nak kutuk kata orang guna kepala lutut.
Kecuali anda tidak ada isi nak dihujahkan.
p/s ada sesiapa yang tuduh salah adalah seluruh PDRM? Saya sendiri ada saudara mara yang kerja polis.
p/s muhasabah diri? lepas tu buat apa? Dok diam-diam? Sebijik macam mantra PM - ubah gaya hidup bila ekonomi merudum.
Fed Up
HILANG KERETA BIASA LAAA...
ReplyDeleteKETUA POLIS NEGARA LAGI TERUK.. DIA HILANG MARUAH!
minah ronggeng
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMemang menteri UMNO Noh Omar mengada-ada sangat; ghairah nak jadi juara rakyat. Tergamak dia atas nama UMNO Selangor nak saman kerajaan Malaysia yang Perdana Menterinya bos dia sendiri; lagipun bukankah PM Mohd.Najib Razak itu Penegrusi UMNO Selangor?
Dan nak saman Menteri Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara.
Kemudian, nak membiayai kos guaman serta nak menyediakan pasukan guaman; tetapi ahhak! Noh Omar tidak mendapat kepercayaan keluarga Allahyarham. Sebaliknya, keluarga Allahyarham lebih percaya dan yakin kepada Karpal Singh DAP!!!
Saya berpendapat, lebih bijaksana bagi Noh Omar sekiranya beliau memujuk dan menasihati saja keluarga Allahyarham supaya menerima taqdir Allah SWT. Katakan kepada ibu Allahyarham bahawa anaknya sudah selamat kembali kepada Allah SWT dan tempatnya di sana istimewa kerana Allahyarham belum sempat melakukan dosa yang banyak.
Katakan juga kepadanya bahawa polis tidak sekali-kali sengaja hendak membunuh anaknya; dan UMNO Selangor dengan ikhlasnya bersedia menghulurkan sumbangan ganti rugi sebanyak sekurang-kurangnya RM1 Juta kepada ibu Allahyarham.
If I were Najib, I would have got Noh Omar lost for good. Sorry, Noh.
Wassalam
Pencerap Tua kata;
ReplyDelete"7. Dengan keadaan gelap (2 pg) bolehkah anggota polis mengecam bahawa pemandu itu adalah remaja/dewasa, jantinanya, warna kulitnya dsbnya?"
Saya setuju. Dengan pertimbangan yang sama juga, atas dasar apa polis boleh mengesyaki pemandu adalah penjenayah?
Malah kenyataan akhbar yang pertama dari pihak polis adalah merujuk arwah sebagai penjenayah.
Kalau saya tidak silap, SEMUA (yang memberi komen disini) yang marahkan polis yang menembak, kami 100% tidak menafikan arwah sebagai pesalah jalan raya.
Kenapa ramai yang tidak boleh melihat perspektif ini saya pun tak faham.
Fed Up
Nampaknya pembahas2 semakin menggila . Budak tu dah mati .. mengapa tak dapat nak menunggu kes selesai .
ReplyDeleteKalau betul 100% salah budak tu buat apa polis dan KDN gelabah tak tentu fasal nak buat itu ini . Tak boleh ka keluar statment POLIS BETUL . tiada siasatan dan perbicaraan .
Budak tu umur 15 tahun baligh tahun ke 9 . Kira2 ada 6 tahun umurnya untuk dihisab amalannya oleh Allah .
Yang dok menulih nie ada yang dah berpuluh tahun tapi dah hitung ka amalan ?
Yang dato AKJ pun dah berumur nak pergi masih pandai2 lagi buat berita sensasi buang sana sini . Ibu Aminulrasyid hanya minta pihak polis tarik balik kenyataan kata anak dia penjenayah ! bawa parang ! sedangkan benda tu tak berlaku pun . Sehingga sekarang apa yang polis sebut semuanya tarak bukti . Malah saksi2 yang muncul juga menceritakan berlawanan dengan apa yang polis cerita .
Apa yang payah sangan KPN nak tarik balik kenyataan anak buahnya yang menuduh arwah semata2 kerana nak lari dari minor error yang dilakukan ?
Buat yang Retibase.. Kenapa guna perkataan 'kalau' dalam membuat pengakuan akan redha akan apa yang berlaku..???
ReplyDeleteBuat Dato' pulak, kenapa perlu highlight dari arkib tentang jenayah yang dilakukan oleh remaja...??? Adakah remaja kita tengah nazak dengan masalah sosial..????
Satu pihak senaraikan kesalahan remaja, satu pihak lagi senaraikan kesalahan PDRM, satu pihak lagi senaraikan kesalahan politician, laywer, mak bapak, PBT etc... and bila masalah nak selesai...!!!
Kerajaan Selangor dah tawar khidmat guaman kepada keluarga arwah tak kiralah peguam pemerhati or sebagainya... pihak BN/UMNO tak nak offer peguam ke nak bantu PDRM atau pegawai polis tu......
Salam Dato' AKJ,
ReplyDeletePENGAJARANNYA;
1. Tidak boleh memandu sama sekali jika di bawah umur....IBU BAPA HARUS TEGAS....."sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan".....BUKAN BAGI KUNCI KERETA.....tapi, ramai lupa peribahasa ini....kerana kita semakin mewah dan beri kemewahan kepada anak-anak TANPA BATASAN SERTA FIKIRAN....
2. Sudah jauh malam.....kita biar anak-anak merayau-rayau di luar....kalau di kampung DULU-DULU..dah lama kena "ekor ikan pari"........tapi,kerana kita semakin mewah dan beri kemewahan kepada anak-anak TANPA BATASAN SERTA FIKIRAN....
3. kita lupa akan cerita budak kena culik, bunuh kerana merayau-rayau tanpa pengawasan ibu bapa.....di taman perumahan...kita lihat anak-anak TIDAK HIRAU azan MAGHRIB....masih sibuk leka bermain-main sampai malam....
4. KERANA, KITA TIDAK HIRAU LAGI...KERANA KITA RASA KITA SUDAH MEWAH....KERANA MASIH TEBAL DALAM JIWA SIFAT "TAK APA"......
5. KERANA KITA TIDAK PERNAH MAHU BELAJAR AKAN PERISTIWA/SEJARAH DAHULU......
6. KERANA KITA RASA KITA BENAR WALHAL KESALAHAN ITU DARI KITA SENDIRI.....
7. KERANA KITA TIDAK MAHU LAGI "BERCERITA" DENGAN ANAK-ANAK...KITA BIAR MEREKA DENGAN DUNIANYA.....
8. KERANA KITA TIDAK LAGI BERI NASIHAT KEPADA ANAK-ANAK TENTANG BAIK BURUK, DOSA PAHALA.....
9. terlalu banyak untuk kita ungkapkan......
10. elok kita muhasabah diri agar perkara sama tidak berulang lagi...
AL-FATIHAH untuk Allahyarham semoga segala kesalahannya diampuniNYA...kerana..
"YANG MAHA PEMURAH LAGI MENGASIHANI"
Salam Dato' AKJ,
ReplyDeletePENGAJARANNYA;
1. Tidak boleh memandu sama sekali jika di bawah umur....IBU BAPA HARUS TEGAS....."sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan".....BUKAN BAGI KUNCI KERETA.....tapi, ramai lupa peribahasa ini....kerana kita semakin mewah dan beri kemewahan kepada anak-anak TANPA BATASAN SERTA FIKIRAN....
2. Sudah jauh malam.....kita biar anak-anak merayau-rayau di luar....kalau di kampung DULU-DULU..dah lama kena "ekor ikan pari"........tapi,kerana kita semakin mewah dan beri kemewahan kepada anak-anak TANPA BATASAN SERTA FIKIRAN....
3. kita lupa akan cerita budak kena culik, bunuh kerana merayau-rayau tanpa pengawasan ibu bapa.....di taman perumahan...kita lihat anak-anak TIDAK HIRAU azan MAGHRIB....masih sibuk leka bermain-main sampai malam....
4. KERANA, KITA TIDAK HIRAU LAGI...KERANA KITA RASA KITA SUDAH MEWAH....KERANA MASIH TEBAL DALAM JIWA SIFAT "TAK APA"......
5. KERANA KITA TIDAK PERNAH MAHU BELAJAR AKAN PERISTIWA/SEJARAH DAHULU......
6. KERANA KITA RASA KITA BENAR WALHAL KESALAHAN ITU DARI KITA SENDIRI.....
7. KERANA KITA TIDAK MAHU LAGI "BERCERITA" DENGAN ANAK-ANAK...KITA BIAR MEREKA DENGAN DUNIANYA.....
8. KERANA KITA TIDAK LAGI BERI NASIHAT KEPADA ANAK-ANAK TENTANG BAIK BURUK, DOSA PAHALA.....
9. terlalu banyak untuk kita ungkapkan......
10. elok kita muhasabah diri agar perkara sama tidak berulang lagi...
AL-FATIHAH untuk Allahyarham semoga segala kesalahannya diampuniNYA...kerana..
"YANG MAHA PEMURAH LAGI MENGASIHANI"
saya setuju 100% dengan pendapat dato berkenaan hal ini.
ReplyDeletetak pasal pasal pembangkang dapat satu lagi isu yg nak dipolitik kan...
Salam dan Al Fatihah utk adik Aminulrashid.
ReplyDeleteDato Kadir mengulas utk sebelah pihak saja nampaknya. Saya yakin ibu arwah telah redha dgn kepergian anaknya. Hikmahnya membuka mata sbg pengajaran utk semua ibubapa di negara ini.
Tetapi dato lupa nak highlight ttg salahguna kuasa dan tindakan anggota polis itu spt tidak menepati profesional dan etika seorg pengawal undang2 keselamtan org ramai. Tak dinafikan, ramai polis yg baik, tapi jgn lupa ada jugak polis yg berperangai jahat. Mrk pun manusia juga tak lepas dari kesalahan.
Yg pergi ttp pergi, yg masih hidup dan bersalah hendaklah dihukum setimpal dgnnya krn kecuaian mrk telah menyebabkan nyawa melayang.
DATO, YG RAKYAT RISAUKAN SKRG ADALAH BILA PIHAK YG BERKUASA MENYALAHGUNAKAN KUASA YG DIBERI DAN BERTINDAK SPT MALAIKAT MAUT.
UTK MENCANTIKKAN TEORI KES, MANGSA DILABEL SBG PENYAMUN, PENYANGAK, PENGGANAS DLL YG BOLEH MENYENTAP HATI SEORG IBU. SIAP DGN BAHAN BUKTI YG DIREKA KHAS.
SELEPAS BRP INSIDEN DAN MANGSA AGAKNYA ORG2 KITA BARU NAK CELIK MATA? PERKARA INI TAK MUSTAHIL BERLAKU PD TUAN2, PUAN2 SEMUA YG MEMPUNYAI ANAK, CUCU DAN SEDARA MARA!!!
TLG JGN BERSIFAT ANGKUH SBLM DI UJI ALLAH.
Antara kes2 yg saya pernah baca di internet sblm ini melibatkan professional kepolisan, tak termasuk yg tidak dilaporkan utk pengetahuan umum;
1)OKU yg ditembak bertalu2 oleh beberapa anggota polis di utara M'sia.
2)kalau tak silap saya, sblm ini terdpt kes seorg ibu tunggal yg ditembak 5kali,syukur mangsa terselamat dan sempat menceritakan keadaan yg berlaku.
3)pernah lihat di buletin tv3, sebuah kereta kancil ditembak polis dan terbabas. 4 org dlmnya semua mati ditembak.
4) pasangan kekasih yg berdua-duaan dlm kereta ditembak bertalu2 krn melarikan diri dari polis.
Soalan saya, setelah mangsa2 ini mati, bolehkah mrk membela diri dan menafikan segala tuduhan yg menakutkan itu???
rakyat dah bijak
Dua-dua pihak salah. Arwah memandu tanpa lesen.. menyalahi undang-undang dan Polis menembak dengan membuta tuli.. pun salah sehingga kehilangan nyawa. Yang lagi salah ialah KPN.. yang hang pi merajuk sampai nak tarik semua anggota dari bertugas ape ke hal nya bro... otak mana? Kalau rasa nak merajuk.. pencen saja la.. orang warga emas sorang ni cepat pula sensitif nya.
ReplyDeleteSungguh bermakna dan tepat sekali ulasan dato. Saya 100% setuju. Kat kawasan perumahan saya ni pun bersepah budak bawah umur bawa motor ke-hulu ke-hilir, kerap kali sampai ke larut pagi. Heran, mak bapak diorang tak menegur ke? Kalau zaman saya dulu, jangan harap nak pegang stereng kereta atau motor bapak sebelum ada lesen. Takut kena belasah dengan bapak. Selalu jugak saya hampir terlanggar budak-budak ni, sebab diorang bawak motor tak berapa cekap dan cuba nak tunjuk hebat. Penat juga pihak polis kena herdik oleh mak bapak bila diorang pantau benda ni sebab mereka kata benda ni remeh, motor tu untuk kesenangan anak diorang pegi kedai dekat-dekat situ. Kalau dah jadi "tragedi"(bahasa melayu ke?), baru nak sibuk saman sana sini...
ReplyDeleteORANG TUA yang "CONCERN"
assalamualaikum wbt
ReplyDelete1. vinann is a drunk racist wif a dumb dumb head...shame on u
2. al fatihah buat arwah dan takziah buat keluarga. tabahkan hati dan bersrahlah pada Yang Maha Esa
3. kalau nak cakap sapa salah, semua pihak boleh disalahkan...a) arwah: bawak kereta tanpa lesen b) keluarga arwah: anak 15 tahun. harus lebih dilihat dan dijaga. nak jadi macam2, masa ni la masa dia c) polis: selalu sgt maklumat merapu, tak betul, bercanggah dengan perkara sebenar dan sangat2 tidak teratur
4. makbapak: saya rasa tak perlula kita terkejut bila byk sgt mat rempit zaman la ni. 2-3 pagi anak dibiar berkeliaran. kalau pi tgk bola tu stil leh trima..kalau pi clubbing, ambik pit, main anak dara org, pecah rumah..lagu mana? depa takdala bgtau pi clubbing..depa bgtau pi lepak dgn kawan...pasai tula Tuhan cipta makbapak... kita semua tau, anak muda tu darah dia panas..byk pakai hati banding otak..aduhai...
5. polis: saya tak faham kenapa dilepaskan tembakan berkali2 ke atas kenderaan arwah. ada yg kata sebab mereka dirempuh etc. wallahualam. saya rasa polis ni nk tembak org takdakla sesuka ati depa..byk depa pikiaq dulu..paling2 depa belasah ja..saya rasa pasti ada alasan sebalik ni.. tapi yg dok bagi komen bukan2 tu yg org mendidih tu..zaman la ni nk merapu lg,susahla latok!
6. apapun, kita jgn cepat terikut emosi hal macam ni..kena byk guna otak...kita jgn sia2kan pemergian arwah..jadikan ni semua sebagai pelajaran dan pengajaran..anak2 kena ada curfew, polis kena perbaiki komunikasi ke org awam etc2
7.jgn politikkan hal ni..bukan salah umno, bukan salah pas...ni semua rakyat malaysia punya isu..
8. dbp punya pasal...saya malas cakapla..waduh waduh
wassalam
-adli-
Satu lagi kes di Negeri Sembilan yang baru berlaku :
ReplyDeletehttp://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/police-apologise-for-shooting-another-boy/
Saya percaya ini tidak akan jadi tajuk perbualan yang berpanjangan, sebab dari awal-awal, ceritanya lurus, tiada bengkang-bengkok.
Fed Up
kalau dah melanggar undang2, penjenayah lah namanya.....
ReplyDeleteapa nak di argue lagi...
temp0.
Salam Dato',
ReplyDeleteSenang hati saya membaca buah fikiran Dato'. Ada juga orang yang sependapat dengan saya. Alhamdulillah. Saya juga mempunyai anak lelaki sulong yang ketika itu menuntut di Universiti Malaya. Dia minta saya belikan sebuah motor, kononnya kelas jauh. Sebelum saya belikan saya beritahu beliau yang beliau wajib memiliki lesen. Dengan senang hati beliau terus mengambil ujian dan alhamdulillah lulus untuk menunggang dengan syarat mesti meletakkan tanda "L" di belakang motosikal. Dipendikkan cerita saya pun membelikan beliau sebuah motor baru dan mengarahkan beliau meletakkan tanda "L" di belakang motor dan tidak boleh membawa penumpang. Satu hari saya dapati beliau balik bercuti semester dan tanda "L" tiada di belakang motor. Bila saya tanya, dengan mudah dia menjawab, "malu lah ayah, kawan-kawan ketawakan!" Saya beri dia kata akhir samaada meletakkannya kembali atau saya akan ambil tindakan. Sebelum balik ke kampus, saya lihat dia meletakkan "L" kembali di belakang motornya. Alhamdulillah. Namun satu ketika ketika saya ke Kuala Lumpur, saya terserempak dengan beliau di jalan raya dan saya dapati tanda "L" tiada di belakang motornya. Tahu lah saya bahawa dia tidak amanah memegang janji. Ketika dia balik untuk cuti hari minggu, saya lihat tanda "L" sudah ada kembali namun saya tidak lagi percaya. Tanpa membuang masa saya dekati anak saya dengan baik dan memohon kunci motor kononnya saya ingin meminjam untuk ke kedai. Tanpa berfikir panjang terus diserahkannya pada saya dan saya terus ke kedai motor menjual motor tersebut. Saya balik naik teksi. Bila anak saya tanya motor nya mana, saya beritahu dia saya telah jual kerana dia tidak amanah. Memang dia menangis dan marah pada saya ketika itu, namun ketegasan tindakan ibu atau bapa adalah amat penting. Kini beliau sudah bekerja dan memiliki kereta sendiri dan beliau pernah memberitahu saya, " barulah abang faham kenapa ayah jual motor tu dulu"!! Pokok pangkalnya kita ibu bapa yang selalu bersalah BUKAN Polis......Wallahualam.
Salam Dato'
ReplyDeleteAdakah kini KPN, Musa Hassan benar2 tertekan untuk memenuhi sasaran KPInya dalam mengurangkan kadar jenayah negara hingga sesetengah pegawai bawahannya menjadi begitu terdesak menggunakan cara kekerasan yang menakutkan itu?
Alfatihah..alfatihah..alfatihah..arwah dah pergi betemu dua malaikat di dalam kubur...biar hal ini diselesaikan dengan cara yg baik...aku takut kalau arwah ni keluar sbb lawan cakap ibu..NERAKA la jawabnya..alfatihah...alfatihah..sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya....dari bertegang lidah...bagi kawan2 arwah cuba selesaikan segala hutang piutang si arwah sama ada berbentuk janji, wang atau kesilapan sesama manusia...itu sahaja sekian...
ReplyDeletekalau dah melanggar undang2, penjenayah lah namanya.....
ReplyDeleteapa nak di argue lagi...
temp0.@3.50pm
..sentiasa pakai tali pinggang/topi keledar, sentiasa guna 'handsfree', tak pernah potong Q, tak pernah potong guna lorong kecemasan, ikut had kelajuan ditetapkan, beri isyarat lampu ketika membelok/memotong, tidak memotong dari kiri, cermin 'tinted' 70% penembusan cahaya, saiz plat no. ikut standard JPJ.. bla..bla..dll..
saya kira org ni 'malaikat'..kita semua ni dah dicapnya 'penjenayah'..sapa bukan penjenayah sila angkat tangan..memang tak boleh 'argue' punya..
("/)