A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
DALAM perbahasan mengenai tajuk “Bumi Tetap Bah, Hanya Manusia Yang Berubah”, pembahas Langitbiru, antara lain, menulis:
“Semalam, 14.11.2010 Ahad, terbaca tulisan DAto' di Utusan Malaysia bertajuk: PKR:Siapa menang,siapa kalah, lebih kurang gitulah. Saya buka "The Scribe", tak ada pula artikel tu. Dato' dah jadi penulis tamu Utusan Malaysia, tapi saya baca artikel tu, sesuai sangat kalau masuk dalam blog, boleh tumpang sekaki berbahas! Bagaimana 'tiba-tiba' Dato' jadi penulis tamu Utusan?”
Betul saya ada menulis sebuah analisis untuk Mingguan Malaysia semalam, tapi saya bukan penulis tamu Utusan. Sekali sekala saya tulis untuk Utusan. Terima kasih kerana membaca analisis saya dalam Mingguan Malaysia itu.
Sejak Mingguan Malaysia menyiarkan analisis itu, Mohd Zaid Ibrahim dilaporkan oleh ahkbar The Star sebagai berkata dia keluar PKR kerana tidak tahan lagi dan “mahu menjauhkan diri daripada pembohong dan penipu.” Itu hak Zaidlah. Dia boleh keluar-masuk asalkan ada parti yang mahu menerimanya. Lagi elok kalau Zaid dan orang yang sependapat dengannya menaja parti baru.
Untuk tatapan dan perbahasan, saya siarkan semula rencana tulisan saya itu itu seperti berikut:-
“KALAU Zaid lawan Anwar, siapa akan menang? Anwar dan Zaid belum tentu menang. Yang akan menang tanpa menggerakkan se puntung jari pun adalah parti-parti dan pihak-pihak yang bersaing atau bermusuh dengan PKR.
Hakikatnya bukan soal kalau lagi. Perlawanan Mohd Zaid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim sudah pun bermula.
Apa tidaknya, Mohd Zaid secara terbuka, termasuk melalui media massa arus perdana yang tidak diyakini oleh pembangkang, telah mencabar Anwar dan orang kanannya, Mohd Azmin Ali, supaya memberi laluan kepada kepemimpinan baru.
Dan Mohd Zaid tentu tidak berjenaka, sinis atau skeptis apabila dia berkata, dia layak memimpin PKR. Yang malang adalah Mohd Zaid telah menarik dari daripada pertandingan timbalan presiden dan meletakkan semua jawatan parti.
Jadi, peluangnya memimpin PKR atau mengambil bahagian dalam proses kepemimpinan telah berakhir melainkan dia cuba memimpin parti itu dari luar melalui kaedah perang gorila atau pemberontakan.
Kemungkinan Mohd Zaid merampas kuasa melalui pemberontakan pasti tidak dipandang ringan oleh Anwar dan penyokongnya kerana bukan semua elemen dalam kepemimpinan dan keahlian PKR setia kepada Anwar.
Inilah bahana hasrat dan taktik Anwar cuba memperbesar dan memperkuatkan PKR dengan membawa masuk atau membenarkan kemasukan sesiapa saja tanpa menilai latar belakang serta kesesuaian mereka dengan aspirasi dan perjuangannya. Akhirnya keasyikan dia menambah ahli menjadi senjata makan tuan.
Adakah mampu bagi Anwar dan para penyokong setianya mengatasi pemberontakan yang sedang dianjurkan oleh Mohd Zaid ini?
Jawapannya ia, kalau dia belajar sesuatu daripada bekas mentornya Dr Mahathir Mohamad dalam menangani keadaan sebegini.
Anwar sudah pun menjadi orang kesayangan Dr Mahathir apabila Musa Hitam meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986 dan pada tahun berikutnya berpakat dengan musuh ketatnya, Tengku Razaleigh Hamzah, untuk menjatuhkan Dr Mahathir dalam pemilihan parti.
Musa kalah dan Ku Li tidak menang. Ku Li bawa kes ke mahkamah dan Umno diisytiharkan pertubuhan tidak sah. Dalam perebutan mendaftarkan semula Umno, Ku Li kalah lagi dan akhirnya keluar untuk menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.
Kalau Anwar belajar daripada pengalaman Dr Mahathir dan mahu terus menerajui PKR, dia terpaksa bertindak tegas. Dia terpaksa menyeluk pekasam hingga ke pangkal lengan atau dia berkemungkinan tersingkir daripada menjadi ketua parti yang diilhamkannya sendiri.
Tetapi, Anwar nampaknya tidak belajar daripada peristiwa lalu. Kalau dia belajar, dia tentulah lebih berhati-hati sebelum menanam modal yang besar mengalu-alukan kemasukan Zaid serta pelarian Barisan Nasional lain ke dalam PKR.
Kesilapan Anwar kini dan dahulu berpunca daripada keyakinan yang melampau terhadap dirinya sendiri. Bukan Anwar tidak kenal Zaid dan pelarian-pelarian BN, tetapi dia begitu yakin dia boleh mengubah dan mengawal sesiapa saja yang berpayung di bawah naungannya.
Ternyata dia silap. Mohd Zaid berani mencabarnya kerana dia yakin dia mempunyai sokongan sebahagian elemen Melayu dan majoriti elemen Cina dan India dalam PKR. Anasir-anasir ini tidak terlalu setia atau taasub kepada Anwar, tetapi kepada matlamat menjatuhkan BN dan menakluki Putrajaya.
Kalau Anwar berasa dirinya Perdana Menteri menunggu, Mohd Zaid pula tidak menyembunyikan matlamat dan cita-citanya menyertai PKR. Dia mahu memimpin parti itu.
Justeru itu, walaupun belum dua tahun melompat dari Umno ke PKR, dia sudah bertanding jawatan kedua tertinggi dalam parti itu dan sekali gus mempersoalkan kedudukan Anwar sebagai ketua yang tidak dipilih.
Dia tahu masa dan keadaan tidak memihak kepadanya setelah dia gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor bagi pihak PKR/Pakatan Rakyat. PKR/PR sangat menaruh harapan bahawa Mohd Zaid dengan namanya yang begitu tersohor dapat mempertahankan kerusi strategik itu.
Kegagalan itu bukan sahaja memberi tamparan hebat kepada Mohd Zaid, tetapi menghakis harapannya untuk mara dalam kepemimpinan PKR. Maka dia terpaksa bertindak pantas dan tegas untuk membina semula imej dan prestijnya, dan jalan terbaik, dalam perkiraannya, adalah bertanding jawatan timbalan presiden.
Dia tahu dengan mencabar Mold Azmin, dia berdepan dengan Anwar, dan dia juga tahu kalau dia menyerang Mohd Azmin, dia tidak dapat lari daripada menyerang Anwar.
Maka dia memilih untuk sekali gus menyerang Mohd Azmin dan Anwar apabila dia secara terbuka berkata, Mohd Azmin dan Anwar adalah punca masalah PKR.
Strategi Mohd Zaid ini secara tidak langsung menyeret presiden parti, Dr Wan Azizah Wan Ismail, ke dalam gelanggang pergaduhan dengan memberi gambaran bahawa walaupun Dr Wan Azizah ketua parti yang dipilih (tidak dicabar), tetapi kuasanya tidak sehebat kuasa Anwar yang tidak dipilih.
Setelah gagal dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, Mohd Zaid tidak mampu kalah dalam pemilihan parti. Harapan masa depannya dalam PKR dan arena politik negara serta prestijnya sebagai aktivis politik akan musnah kalau dia gagal memenangi kerusi timbalan presiden.
Tetapi trend pengundian tidak memihak kepadanya dan tercetuslah tuduhan dan dakwaan bahawa proses pengundian tidak telus serta meragukan lantas dia pun menarik diri dan meletakkan semua jawatan parti yang diberikan kepadanya.
Sejak itu, bukan saja pekasam yang diseluk, malah meminjam ungkapan Inggeris berlakulah “washing dirty linen in public.”
Kesimpulannya, apa agaknya kesudahan kepada tendang terajang politik PKR ini? Hal-hal berikut boleh difikirkan dan dianalisis dengan lebih terperinci:-
1. Buat permulaan, semua yang terbabit sudah calar-balar dan kalau gagal dibendung segera akan terlondeh baju dan seluar dan PKR mungkin berakhir dalam lipatan sejarah dengan menerima nasib yang sama seperti parti-parti pelbagai kaum yang lain, antaranya Malayan Independent Party, Parti Negara, Pekemas dan Parti Sosialis Rakyat Malaysia;
2. PKR akan menjadi lebih kuat dengan peminggiran dan, boleh jadi juga, penyingkiran watak-watak yang menyebabkan krisis yang berlaku sekarang;
3. PKR akan menjadi ibarat kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu;
4. Seandainya PKR kembali kuat, harapannya kekal sebagai pemangkin PR adalah cerah dan PR mungkin boleh mengekalkan cabaran yang kuat terhadap BN pada pilihan raya umum akan datang; dan
5. Pendaftaran PR sebagai pakatan politik yang sah mungkin tergendala atau menghadapi masalah kerana Mohd Zaid adalah pengerusi penaja yang mengepalai proses pendaftaran pakatan itu.”
Tok Kadiaq
ReplyDeleteDepa ni dah kena penyakit 'delusions of grandeur' ka Tok?
Kalau tak kawai,silap silap boleh melilau kat Putrajaya!Dak pun pi Perak Road.
tk
Dato,
ReplyDeleteApa jua proses nya, hak ahli PKR perlu dihormati, sepertimana orang lain perlu menghormati hak ahli PAS, DAP maupun UMNO.
Ini kan proses demokrasi parti tersebut, dan selagi Zaid ahli, dia berhak buat komen, begitu juga ahli2 lain.
Menjadi lumrah, Musuh (dari parti lain) akan mengharapkan kehancuran, manakala kawan(dari parti lain) akan mengharapkan perkara dalaman dapat diselesaikan.
Demokrasi kita perlu Sistem Dua Parti, yang terbaik memerintah kerana dipilih oleh rakyat kerana ada pilihan, yang kalah menyediakan "Check and Balance".
Ini masih baru, tapi rakyat telah bersedia. Bak kata PM Najib, 'zaman kerajaan mengetahui segalanya telah berakhir'.
Politik hari ini, "pelompat, Pembohong dan Penipu" memang ada, tak kira la kat mana, kalau dia setuju dengan perjuangan parti yang dia masuk, kira ok la.
Bayangkan Dr Mahathir masuk PKR, dan Lim Kit Siang masuk MCA. Itu belum lagi kalau PM Najib masuk PAS atau Tuan Haji Hadi masuk PAS.
Apa cerita?
A.Alshukor
Dato'
ReplyDeleteSudah lama saya tidak menjengok UM terutama naskah terbitan hariannya.Realitinya, dulu saya adalah pelanggan tetap akhbar keluaran utusan ini,tetapi kini bukan setakat melanggan,menjengok lampiran pun tidak.Bukan kerana terikut dengan cadangan Majlis Pakatan agar akhbar ini di boikot tetapi entah apa sebabnya ,saya sendiri pun tak tahu.Mungkin kerana saya bolih mendapat lapuran yang lebih membuat saya berfikir dengan otak yang di anugerah Allah ini daripada akhbar online yang kurang dipertikai kewibawaanya.
Namun begitu ini tidak bermakna MM tidak masuk kedalam rumah saya.Cuma bezanya ia hanya seminggu sekali,itu pun kerana anak anak yang membelinya,bukan untuk mencari berita politik atau berita semasa,tetapi sisipan hiburannya menjadi pilihan.Biasalah,dulu irama 60an menjadi pilihan kita,kini giliran mereka pula,asalkan jangan keterlaluan sudahlah.Jesteru itu artikal Dato' tidak saya baca sebelum ini.
Dan Alhamdulillah,Dato' memanjangkan kedalam laman ini.
Mengulas artikal Dato' ini penilaian saya mudah sahaja.Jika artikal semacam yang Dato' tulis sering diberi tempat dalam media utama,tak ada sebab akhbar utama ini kembali menjadi satu daripada akhbar yang perlu dilanggan.
Tiada keraguan,tiada penafian kebenaran dan tiada perlu ulasan panjang cuma para akhir saja yang tidak perlu diambil serius olih PKR.Walaupun bersetuju dengan Dato' ,ia sedikit sebanyak melambatkan urusan pendaftaran Pakatan,ia masih mampu dilakukan olih PKR-Pakatan kerana mereka masih punya banyak individu yang mahir bagi mengedalikan urusan ini.
Akhirnya saya bersama sependapat dengan pandangan beberapa pemimpin Pakatan,ketiadaan Zaid tidak memberi impak yang besar pada PKR-Pakatan dan jika PRU13 diadakan mengikut jadual cukup tempoh(bukan masa terdekat),Pakatan tidak akan menerima kesannya.
Dato'
ReplyDeletePendapat dan ulasan Dato' itu amat tepat sekali. Zaid sebenarnya bukan seoarang politikus. Dia hanya seoarang petualang yang cuba menentang kepala segala petualang Anwar Ibrahim.
Anwar semangangnya tidak mengenang budi bukan sahaja kepada Tun Mahathir tetapi jelas kepada Allah SWT.
Apa tidaknya Tun Mahathir "picked Anwar up from nowhere and placed him in a position of authority and influence both from within and without. He rose to a position of full minister whithin a comparatively short period of time".
He becamee impatient and his head was swollen and by deploying all sorts of underhand tactics he succeeded in ousting the veteran Dy President Tun Ghaffar without even blinking an eyelid.
Then he shifted his aim to the No:1post and doing so he totally failed to relise that the no:1 man is a totally different target. Then the scandal.
Tun Mahathir informed him of the report he recieved from the Police. Anwar in turn summoned Tun Haniff then the IGP, to see him the next day after the subuh prayer.He asked Tun whether his officers would blackmail him and Tun replied that his officers were not trained in blackmailing people.If it is not guilty conscience why have the meeting at such an early hour of the morning?
Among local observers Anwar is said to have a double personality but the Americans and Singaporeans who are said to have more intmate knowledge of him reportedly found Anwar to have 5 personalities!
Hakikatnya yang dia hanya terus sebagai Penasihat tetapi mempunyai pengaruh yg lebih luas bahawa dia masih berpegang kuat kepada amalan biasanya "baling batu sorok tangan."
Jika pihak UMNO dan BN betul betul tahu cara mengguna pendekatan perang saraf dan gerak saraf dalam menghadapi gelojoh PKR maka UMNO dan BN boleh memikat mereka yg telah terpesong kembali ke pangkuan jalan. Tetapi bagi Zaid Ibrahim lupakan sajalah politik kerana baginya perjuangan politiknya sudah ke dalam bakul sampah.
Dzulman Shah Alam berpendapat...!
“I am not sick of PKR , I am sick of the sick leaders in the party,’’ said Zaid.
ReplyDeletecomment:
Yes, the PKR leaders are really sick people. Make no mistake about it. Pandai berlakon dan pandai temberang !! Tin Kosong!!
Ramalan saya PKR akan menjadi parti "hidup segan, mati tak mahu" dan parti itu juga akan dipenuhi dengan ahli-ahli India dan Cina akhirnya.
Kenyataan terbuka yang di buat oleh Datuk Zaid Ibrahim pada media arus perdana jelas punya agenda besar untuk menguburkan PKR.
ReplyDeleteBagi saya memang ada orang dibelakang Zaid melalui agenda besar, termasuk menyembelih Anwar Ibrahim sekali kalgi.
Penyembelihan pertama yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir mohammad mungkin tak putus urat halkum punca dia tak jadi mati.
Mahu tidak mahu penyembelihan kali kedua ini mesti dilakukan dengan sebaik mungkin agar Anwar mati dan PKR terkubur.
Jalan ceritanya nampak dengan jelas bahawa usaha untuk menyembelih Anwar hampir hampir mencapai kejayaan, kerana musuh dalam selimat begitu ramai disamping watak penting sebagai hero sedang bermain dengan kaedah senjata memakan tuan ciptaan Anwar sendiri.
Sama ada Anwar sudah sedar atau tidak tapi itulah yang menjadi permasalahan yang barangkali agak sukar untuk mendapat penyelesaian secara segera sepertimana yang diharap harapkan oleh kepimpinan PAS.
Sekarang ini PKR mempunyai tiga musuh. Musuh pertama adalah musuh dalam selimut. Musuh kedua ialah musuh diluar. Musuh ketika ialan musuh golongan Zaid yang ditaja oleh pihak tertentu dan punya agenda meghancurleburkan PKR dan membunuh ketua UMUM yang dikatakan masih besar pengaruhnya dalam arena politik negara.
Saya sungguh musykil dengan laungan 'Reformasi' oleh PKR atau lebih tepat lagi saudara Anwar Ibrahim. Perlu kita imbas kembali sejarah di Eropah 'Reformation' adalah battle-cry penganut kristian protestan. Sesungguh nya 'reformasi' mempunyai konotasi yang dalam. Kenapa orang Melayu Islam terlalu cepat terikut-ikut tanpa berfikir implikasi di sebalik laungan itu?
ReplyDeleteMelayu Nusantara
Salam Dato',
ReplyDeletePKR masih belum belajar dari kesilapan mereka, sewaktu ADUN Bota melompat dari UMNO ke PKR dan tak sampai seminggu melompat semula. Kemudian ADUN dan MP melompat beramai-ramai dari PKR ke Bebas mesra BN, mereka masih belum belajar. Walaupun bermacam cerita kita dengar tentang 'pembelian' ADUN dan MP oleh BN tetapi kesahihan cerita dan tohmahan tersebut tak dapat disahkan mungkin kerana ada pihak yang tidak mahu buat "follow up" dengan laporan-laporan polis dan laporan kepada SPRM.
PKR sedangan mengalami proses 'kematangan' secara mahal bila ramai ADUN , MP dan ahli mereka melompat dari PKR kepada BN atau mesra BN. Apa yang boleh dikatakan ialah peluang-peluang ADUN dan MP tersebut pada PRU 13 untuk bertanding atas tiket BN mungkin sangat tipis kerana BN mempunyai ramai calon yang berkaliber jka dibandingkan dengan ahli PKR yang melompat tersebut.
Penarikan diri Dato' Zaid Ibrahim dari PKR sudah dijangkakan disebabkan segala gerakan beliau dalam PKR tidak disenangi oleh otai-otai PKR, ramai yang memandang beliau dengan prejudis.
Tentang PRU 13, nasib PKR mungkin akan seperti PRU ke 11 iaitu hanya DSWA yang menang di Permatang Pauh, sandiwara semasa dalam PKR dan digembar-gemburkan pula oleh media anti PKR menyebabkan pengundi meluat dengan opera PKR, kalau itu tujuan DZI, beliau berjaya menghuru-harakan PKR dean selepas ini parti mana yang akan huru-hara selepas PAS, DAP dan PKR?
Anak Parit/Bota
Datuk,
ReplyDeleteZaid nak jadi panglima perang tapi ilmu tak cukup dan tak mahu pula dengar cakap orang-biasa lah orang kaya, rezeki datang menggolek dan mesti Datuk pun tahu dari mana.
Dia macam cerita anjing cium tahi dan kalau dah biasa dia cari juga. Bukan orang PKR sahaja kena berfikir Malahan rakyat Malaysia kena ambil tahu kita hendak ke pemimpin yang jenis ini? Jadi terpulang lah!
Nak tanya Datuk satu soalan sekira nya dalam Malaysia ini ada dua orang sahaja pemimpin dan kita perlu pilih satu sahaja- Antara Anwar dan Zaid siapa agak nya pilihan Datuk?
Selamat menyambut hari raya korban semoga Datuk senantiasa sehat dan terus menulis tak kira lah cerita apa pun asal saya bolih baca. Terima kasih tok! AnkMelayu69.
tak kisah pkr pas umno wak ima dap sekalipun atau ppp yang penting orang melayu menguasai tanah melayu
ReplyDeletemenguasai ekonomi tanah melayu dan banyak bangunan nama melayu, semoga anak melayu tak merempat ditanah melayu, dan semoga orang melayu menggusai ekonomi tanah melayu. bukan untuk aku sekarang ini tapi untuk generasi aku yang akan datang. kaji sejarah china bagaimana keturunan tuan tanah melarat diatas bekas tanahnya sendiri
yang mengharapkan kemajuan bangsa
elliahpaizal
Assalamualaikum pak Kadir
ReplyDeleteAde keperluan untuk negara kita Malaysia mempunyai parti kedua yang kuat supaya parti yang menunjang kerajaan tak lupa diri dan tidak syok sendiri.Benda ni semua akan terus mematangkan kita sebagai rakyat dan sebagai pemerentah ambillah peristiwa ini sebagai iktibar.
Pemimpin datang dan pergi, tapi parti perlu terus ade disana dan sedia untuk diambil alih oleh generasi baru yang berwawasan.
Untuk menjadi pemimpin mereka mestilah menyediakan diri dan dan mempunyai jati diri dan daya juang yang tinggi, oleh kerana dunia politik tak sesuai untuk mereka yang chengeng.
Zaid lupa bahawa tujuan asal dan niat PKR di tubuhkan hanya demi anwar dan keluarganya.
ReplyDeletebukan membela rakyat malaysia ataupun ideologi zaid.
PKR vice-president Azmin Ali hit out at Zaid for trying to ruin the party's 12 years of struggle by asking Anwar to step down.
ReplyDelete"You have never gone to a street demonstration, never been arrested, never felt how it was to be poor and have no understanding of what Reformasi means.
comment:
What is so special about street demonstration? What Reformasi? What has PKR done so far? Nothing significant for the past 12 years except disunity among the people.
Yes, Anwar should just leave politics and resolve his personal issues. That's the best thing to do. His time is over!!His credibility is "ground zero"!!
Dato'
ReplyDeleteTidak terniat untuk menjadikan laman Dato' sebagai laman pertelingkahan pendapat peribadi tetapi memandang analisa dan komen Dzulman Shah Alam yang penuh "kesopanan" menyebabkan saya kemabli kelaman Dato'
Kata saya pada Dzulman Shah Alam,janganlah hanya kerana mahu menjadi balaci kepada satu satu pihak anda sanggup membuta mata dan membuta hati sewaktu menilai sesorang.
Taksub melampau anda menyebabkan anda gagal untuk melihat siapa dan kenapa Anwar "dijemput" olih Tun Mahadir untuk bersama dengannya.Anda juga gagal melihat adakah Tun Dr M melakukan yang terbaik kepada tiga timbalannya hanya semata mata disebabkan dua lagi tidak menentang beliau selepas dipecat.
Gagal mengenali Anwar sebagai salah seorang pemimpin pelajar yang dikejar bukan sahaja olih Tun Dr M,malah PBB melalui pergerakan belia sedunianya juga menampakkan anda bukan mempunyai kelayakan untuk mengulas seseorang dengan ayat "copy paste" petualang yang selalu dinyanyikan olih mereka mereka yang memang terkenal dengan korupnya tetapi dianggap dewa olih anda.
Zaid pun tak boleh jadi pemimpin politik. Dia memang tak serasi dengan politik, baik bersama UMNO, PAS atau pun PKR. Lebih eloklah dia uruskan syarikat guamannya sahaja.
ReplyDeleteKalau dia bercita-cita nak tubuh parti baru, dia tidak akan berjaya mendapat sambutan dari rakyat kecuali hanya mereka yang berfikiran liberal dan segelinter orang elite dari bandar sahaja yang mungkin sokong dia.
Dato' Pemblog,
ReplyDeleteZaid tidak perlu berdepan dengan situasi yang ada sekarang kalau dia sedar tentang aspek ini:
1. Seseorang mungkin diminati kerana nilai dalaman atau luaran atau kedua-duanya sekali.
2. Ada juga pihak yang sengaja menaruh minat pada anda semata-mata kerana anda menunjukkan sikap perseteruan dengan seteru mereka jua (persamaan seteru)
2. Seseorang yang telah pergi 'berhijrah' dan mungkin tidak akan kembali, akan terus dikenang kalau dia pernah menampilkan nilai persahabatan yang sejati.
3. Seseorang akan dianggap bertuah kalau selepas berhijrah dia memperolehi sesuatu yang lebih baik berbanding sebelum melakukan penghijrahan.
4. Adalah malang bagi individu kalau dalam keadaan mengejar sesuatu yang digendong berciciran.
Seperti kata orang Perak, bawak-bawak bersabo aje le, Zaid.
Kah-Kah-Kah
Assalammualaikum Dato',
ReplyDeleteMemang sungguh memalukan tindakan Datuk Zaid ini, kerana ia telah secara tak langsung menonjolkan satu lagi "ikon politik Melayu" yang semakin hodok sejak mutakhir ini...Sudah ramai ikon-ikon politik melayu seperti beliau ini akan menjadi ibarat pemimpin yang boleh dikategorikan hidup segan , mati tak mahu akhirnya...lihatlah kepada pemimpin PKR lain sebelum ini yang kecundang dipertengahan perjuangan mereka. Semuanya lupus dari aliran perdana politik Malaysia. Pengundi akan hilang hurmat kepada politikus seperti ini. Percayalah, pengundi zaman sekarang tidak sama seperti pengundi di era 70an - 90an.
Amat menghairankan...mereka yang mulanya kelihatan berperinsip seperti Datuk Zaid ini..tetapi longlai dan layu jua akhirnya. Mudahnya, kita dapat lihat semua ikon seperti Zaid ini sebenarnya tidak ada apapun yang dapat pengundi fahami dan anak muda-mudi belajar dari mereka, selain masing-masing ada ego dan kepentingan tersendiri yang terselindung dari diketahui ramai buat masa ini. Masa akan menjadi saksi ke mana akhirnya "perjuangan" orang seperti ini.
Mereka seperti ini sebenarnya tiada pendirian dan perinsip dalam perjuangan politik mereka. Ringkasnya, mereka kalah melawan nafsu besar mereka sendiri !!!.
dari dulu saya tidak yakin dengan survivaliti PKR apabila Anwar menjadi pemimpin autokratik PKR...
ReplyDeletesampai mana perjuangan parti ini? PKR mmg perlukan sosok mcm Zaid dan Mustafa Kamil kelak apabila anwar berundur dari politik..
kalau PKR terus bertunjangkan anwar dan juak2 nyer.. nescaya tak lama hayatnya seperti S46...
Kelantan Akan Keluar Dari Malaysia!!!
Terima kasih Dato' telah di jemput menulis sesekali sekala di MM. T.kasih juga kepada kumpulan utusan
ReplyDeleteOrang-orang melayu perlu di ingatkan sentiasa tentang peranan dan tanggung jawab mereka terhadap survival bangsa dan negara warisan yang di cintai.Kita kan mudah lupa
Kita ada segala-gala nya di sini. Tapi kita masih gagal memilih yang terbaik dalam segala bentuk yang baik-baik.Kita suka beri pada orang lain.Kita suka utamakan orang lain.
Sama dengan kemelut politik sekarang. Menjahanamkan hak milik sendiri. Akhir nya memberi kekuatan luar biasa kepada pihak lain, yang bakal meruntuhkan segala-gala yang baik-baik.
Ulasan Dato' tepat sekali mengenai kemelut PKR.Pandangan saya apa yang pasti Dato' Zaid sudah tersalah mengetuk pintu rumah untuk menumpang bermalam,dan niat di hati mungkin sebagai tamu yang di hormati. Kesilapan mungkin dari sikap tuan rumah melayan dengan baik pada awalnya menjanjikan bilik utama, akhir nya melahirkan tidak senang hati dan ancaman kepada penghuni setia lain sebelum dia.
Ini lah kemelut kita.Rumah yang tersedia teguh kita tinggalkan.Kita tidak sukakan suasana nya.Kita tidak bersabar membaiki 'mahligai' yang sudah di wariskan berabad lama nya.Kita lari dari suara-suara hantu dalam 'mahligai' kita.
Salam DAKJ
ReplyDeleteDengar khabar parti Pak Janggoat mempelawa Zaid masuk parti mereka. Moleklah begitu sebab kalau beliau nak tubuh parti baru, jika tak dapat sambutan, malu besar jadinya nanti macam SAPP dan terus padam lepas tu. Contohnya, sedangkan parti yg kononnya hebat dan kata ahli dekat 300,000 tapi yg datang mesyuarat katanya tak sampai 20,000 orang (<10%). Apa cerita ni? PERKASA pun ahli dekat 300000 orang dah.
So, jika benarlah terjadi, bolehlah Zaid ceritakan perihal ex bossnya kepada PAS pula. So, nasihat percuma saya kepada pemimpin parti pak Janggoat, dengarlah apa yg nak diceritakan. Untuk mencari keadilan dalam Islam, kena tanyalah kedua-dua belah pihak, yg dituduh dan yg menuduh. Satu lagi, cadangan Dato’ Nalla nak bertemu dengan pemimpin PAS juga eloklah disegerakan. Tak perlu percaya lagi TAPI tolonglah dengar penjelasan beliau dulu. Kemudian barulah buat keputusan. Sekurang-kurangnya dapat penjelasan dari kedua belah pihak. Itu baru adil.
Cukup-cukuplah dengan ideology zaman dinasour tu, belum apa-apa dah kata konspirasilah, fitnahlah, Trojanlah dan sebagainya. Janganlah takut nak menghadapi kenyataaan dan kebenaran. Malulah sikit status Lebai tapi asyik kena belit dan dikudakan je. Pergilah berjumpa Dato’ Nalla tu, tak rugi apa pun. Sekian TQ.
Salam Dato,
ReplyDeleteSelamat menyambut aidiladha dato' dan semua....
Dato', siapa pun `ahli politik' bergaduh,`berwayang' atau tunjuk`eexx', tidak mengubah
banyak perkara didalam kehidupan harian saya dan ramai rakyat biasa.....
PERKARA ASAS didalam kehidupan dinegara ini ialah.....
1.Yang menjana keuntungan (profit erners)....macam pemilik kilang,pemilik ladang, pemilik syarikat pengangkutan,peniaga, dll.....AKAN TERUS `MINTING' duit tak kira siapa yang menang atau kalah....
KAYA RAYA dan senang lenang...
2.Yang menjana gaji( wage earners/salaried workers)....hampa ni kena teruskan kira haribulan kalendar setiap bulan....TAK MUNGKIN KAYA sampai mati pun....., cukup makan minum keluarga dan bayar bil pun sudah dianggap elok sungguh sudah kehidupan-nya!....melelih ayaq mata lagi bulan december nanti nak sediakan belanja persekolahan anak/ perbelanjaan kolej/universiti akan...KALAU LAGI TERUK,kena tanggung perbelanjaan perkahwinan anak......BULAN FEBRUARI 2011 nanti terima pulak SURAT CINTA LHDN,menangis lagi!!mana nak cekau duit lagi ni.....
HAMPA NAK NAK KORBAN LEMBU /KERBAU /KAMBING lusa ni bolih tak?...ramai lagi yang TIDAK MAMPU menyediakan amal jariah ni,walaupun perkiraan saya ialah SIMPAN SERINGGIT sehari untuk diri sendiri, DUA RINGGIT sehari kalau untuk suami isteri,selama setahun..dah bolih dah buat amalan korban suami isteri ni ya tak?....
3.KERAJAAN KENA ada PASUKAN POLIS YANG SANGAT KUAT,BERKUASA DAN BERANI BERTINDAK untuk memastikan pembekal barangan dan perkhidmatan
(suppliers of goods and services)
sentiasa terjamin keselamatan perkhidmatan perkhidmatan tersebut.... sebab kerajaan dok kutip cukai terbanyak dari sini,walaupun tak semua bayar cukai seperti sepatutnya!.....
KALAU keadaan sosial dan ekonomi jadi harubiru,orang akan curi barangan dan perkhidmatan,TAK PAYAH BELI LAGI!...BOLIH TELUNGKUP
sistem jual beli ni,...buat apa beli sebab dah bolih kebas,tipu, tibai dll.....
Kalau kutipan cukai kerajaan menyusut/sikit, lagi teruk la kesannya keatas kehidupan rakyat biasa..silap haribulan sampah didepan rumah akan dikenakan bayaran kutipan mengikut berat sekian sekian ringgit untuk sekilogram,ditambah lagi cukai pintu,cukai tanah,naikan harga petrol, ayer,elektrik.tol dll....
LA ni baru takat dok kebas dan tibai duit jabatan/syarikat...tak lama lagi `upgraded' curi kat supermarket, pecah kilang,lepas itu kot rompak bank ramai ramai dll...
Dato',PELOMPAT,PEMBOHONG DAN PENIPU ini dari tiga species atau pun satu specis dengan sifat tiga waktu?..siang lain,petang lain dan malam lain?.
Abu Bakar Ab Rahman
Bercakap pasal pembohong dan penipu teringat saya bahawa ulamak juga turut serta melakukan kegiatan itu.
ReplyDeleteYang menyedihkan kita ulamak juga turut menjadi pembohong dan penipu.
Malang seribu kali malang.
Terutama sekali ulamak kerajaan yang memerintah sekarang.
Sedangkan pembohong dan penipu ahli ahli neraka.
Macam mana mereka boleh jadi pembohong dan penipu.
Macam macam ada dan macam macam boleh berlaku.
Entahlah.
Salam Dato'
ReplyDeleteDato', antara lain, berkata, "Kesilapan Anwar kini dan dahulu berpunca daripada keyakinan yang melampau terhadap dirinya sendiri. Bukan Anwar tidak kenal Zaid dan pelarian-pelarian BN, tetapi dia begitu yakin dia boleh mengubah dan mengawal sesiapa saja yang berpayung di bawah naungannya."
Kenapa tak tulis pasal kesilapan Anwar dipergunakan oleh Dr Mahathir Mohamad, sebagai president UMNO, untuk memudahkannya melemahkan pengaruh PAS di eranya yang ternyata berjaya?
Salah seorang pembahas tetap dalam The Scribe A Kadir Jasin adalah OKJ.Mulanya saya sangka ia jelmaan Orang Kadir Jasin tetapi rupanya tidak.
ReplyDeleteKebencian melampaunya pada PAS dilontar melalui komen komenya.Istilah Parti Tok Janggut diungkap setiap kali dia muncul sebagai pembahas(sebenar ini bukan pembahas).Ternyata dalam keseronokan melabel PAS ini dia terlupa pada 2 perkara kerana mungkin memang ini memang diluar pengtahuannya.
Pertama-Majoriti ahli PAS adalah anak anak muda dan para profeosional yang ada diantara amat berjaya dan bukan kaki cokia seperti OKJ.
Kedua-ternyata OKJ hanya menatap UM dan BH sahaja setiap masa sehingga dia menjadi buta untuk melihat personaliti beberapa pemimpin utama PAS.
Ketiga-Jika ada yang kekal dengan imej berjanggut adakah ia menjadi jijik pada pada pandangan OKJ.Saya memaafkan OKJ jika beliau bukan seorang Islam,tetapi andainya ia seorang Islam,bolihlah OKJ dikatakan Islam hanya pada nama kerana gagal memahami "janggut" disisi sunah.
Keempat-Apa kata kalau saya label OKJ sebagai Orang Kaya Jembalang.
Ok kan?.
Pembahas lain pun mengutuk juga musuh politik tetapi tidak lah sampai tahap membuat penghinaan yang berterusan.Kebanyakan ulasan lebih berhemah walaupun ada diantara amat pedas untuk diterima olih musuh politiknya.
Sdr ab
ReplyDeleteSdr ab, antara lain, berkata,"Dato', siapa pun `ahli politik' bergaduh,`berwayang' atau tunjuk`eexx', tidak mengubah
banyak perkara didalam kehidupan harian saya dan ramai rakyat biasa....."
Saya kurang setuju.
Bagi saya, ahli politik yang bergaduh dan berwayang atau tunjuk eexx itu akan mengubah kehidupan rakyat terbanyak selagi mana mereka tidak faham tanggungjawab asasinya ialah, pertama; mencari dan mencetus permasalahan rakyat terbanyak dan yang berlaku dikawasanya juga seperti masalah pendatang asing dan rasuah sekarang untuk mereka ambil tindakan politik mengubalnya untuk dijadikan dasar awam dalam bentuk undang2, belanjawan dan projek atau rancangan,atau mengubal semula dasar lama berkaitan yang dianggap tidak berkesan dan kedua, menjaga dasar tersebut, dalam erti kata memastikan ia bukan sahaja dilaksanakan oleh kakitangan kerajaan dengan berkesan khasnya, bahkan tidak diselewengkan oleh mana2 pihak termasuk kakitangan kerajaan dan ahli politik yang mengtuai kementerian2 dan negeri2 khasnya.
Dato,
ReplyDeleteAda pembahas yang membuat pengakuan (tanpa dipinta) iaitu mereka tidak membaca artikel Dato' yang disiarkan dalam Utusan Malaysia atas alasan klise (alasan ikut-ikutan dan dikitar semula) iaitu Utusan Malaysia bukanlah media yang mereka langgani!
Maksud mereka ialah, sayang seribu kali sayang apabila bahan yang baik yang menyentuh tubuh parti mereka) tidak mereka sedari disebabkan Dato' menyajikan bahan berkenaan di laman yang mereka tidak mengunjunginya. Kalau boleh biarlah artikel yang ada kaitan dengan mereka dipaparkan dalam laman yang mereka sering berkunjung (lidah pembangkang) agar mudah untuk mereka menyatakan pandangan dari pihak mereka pula.
Bagi saya sikap sebegini tidak ada bezanya dengan sikap sama yang melata di serata dunia iaitu pembangkang akan melanggan media yang condong kepada pembangkang dan pemerintah akan melanggan media yang condong kepada mereka. Kecondongan/pemilihan itu tidak ditentukan oleh pegangan terhadap nilai kepenggunaan sejati tetapi lebih kepada penggunaan berlandaskan persamaan ideologi.
Tanpa mereka sedar, penerimaan secara total terhadap media yang condong kepada diri sendiri dan dalam masa yang sama menolak secara total media yang tidak condong kepada mereka adalah dengan sendirinya meletakkan mereka dalam kategori penyokong media yang fanatik.
ALPASIKU
Dato Kadir.
ReplyDeleteSaya kenal Zaid sabagai saorang yang mempunyai pendirian yang tersendiri.Ia tidak kisah apa orang lain cakap pasal dia.
Semasa dia buat kenduri Kawin anaknya di Hotel mandrin Oriental,semua tetamu yang hadir mesti pakai taxdo termasok pak Imam.Saya nampak hanya Dato Kadir dan Dato Johan datang pakai baju batek.
Samasa Pak Lah jadi PM ia bagitu tertarek dengan idea Zaid.Zaid di lantek jadi Menteri Undang2.Ia meminta kabinet membayar wang ganti rugi kapada bekas hakim2 yang di pecat.Tun Mahathir amat marah kapada Pak Lah kerana tindakan ini.
Setahu saya,fikiran Zaid amat liberal.Tidak siapa yang boleh kawalnya.Zaid saorang pemikir yang leberal dan ia tidak akan boleh menjadi saorang ahli politik yang terpaksa berdolak daleh dengan pengikut2nya.Tempat yang paling baik untok Zaid ialah mengetuai NGO.Tidak lah usah Zaid hendak membuat party politik baru,buang masa dan wang.
Zaid hidup didalam alamnya sendiri yang penoh dengan idealisma yang tidak boleh masok akal.
Tahun lepas 2009 Zaid ada datang menunaikan Haji dengan isterinya.Ia memasoki package Tabung Haji Al Mas,yang paling mahal.120 ribu ringgit saorang.Di Mina mereka tinggal dalam kemah aircorn dan tempak makannya ada chendellia.Tahun ini antara tetamu yang didalam package Al Mas ialah Taib Mahmud dan family dan Sultan Kelantan.Nik Aziz yang menemani Sultan Kelantan hanya tinggal dalam package biasa Tabong Haji yang murah.Dato saya di Mekah sekarang ini dan dalam package Tabung Haji.Ini betul bukan fitnah.
Dato.Saya ingat oleh kerana Zaid ini merupakan orang yang luar biasa,tidak lah payah kita membuang masa membincangkan kemelutnya.Dia mendapat undi yang banyak di Ulu Selangor kerana Pakatan Raayat.Jika Zaid bertanding sabagai zaid ia mungkin hilang deposit.
Zaid dan Harith patut bergabong dan ujudkan NGO 3rd Force.
Salam
ReplyDeleteSaya suka baca blog ni. Lagi seronok baca komen2 daripada pembahas. Macam-macam ada. Ada yg berguna, ada juga yang tak boleh diguna.
Dalam ramai-ramai pembahas, antara yang menarik perhatian saya ialah sdr OKJ. Apa yang saya perasaan, setiap kali merujuk parti PAS atau ahlinya, dia akan merujuk mereka sebagai ‘Parti Janggot’ dan ‘Janggoat’. Saya pun heran samada salah ejaan atau disengajakan. Bunyi macam sama tapi tak sama rasanya.
Harap-harap tidaklah berlaku sepertimana yang berlaku pada seorang menteri pada satu ketika dulu. Maksud saya dia tak menghina ‘JANGGUT’ dan individu yang simpan ‘JANGGUT’ kerana itu satu sunnah baginda SAW.
Salam aidiladha,
Janggut Juga
Saudara Saji,
ReplyDeleteThe days where `politicians' determining our living and lives in Malaysia is almost over.
The `politicians' are now worth a dime a dozen,by their characters and irresponsibility to their people/contituents, where they are chosen by default of the election system.
Most,if not all of them are `conmen' in disguise of various titles, anugerahs,etc.....
Of late,the loudest 20 -30 of them in the country are the greatest liars, if not conartists..be it at the parliment or at the state assemblies....
IF YOU IN doubt, just consider a SIGNIFICANT change/changes directly done by any of them for the peoples,the economy and the nation buliding...
WE NEED leaders...
A real leader in real world of Malaysia.
A LEADER changes peoples,changes the nation physical landscape, changes the nation economy and
changes world perception of a nation...
A leader may be a politician or non politician... businessmen, bankers,academicians,administrators,writers,linguists,unionist etc..
A leader can be right for a nation, and can be deadly wrong as well. A true leader can even direct a destruction of a nation...
A few examples are nabi muhammad saw, julieus ceasar, alexander, mustafa kamal,mao sze dong,myenard keynne, hitler,abraham lincon, genghis khan, sukarno,lee kuan yew,adam smith and etc
There are non politicians leaders that change nations as well such as ford,ferarri,benz,daimler, morgan stanley,lehman,elvis presley, the beatles and may be michael jackson.....
So, do we have a leader?....we have a PM, a DPM and cabinet...BUT DO THEY LEAD? Any of them a leader?
They are more like `tons' of `copycats' and `pliagarists'....
I am willing to wait for another
`Tun Abdul Razak'....
Abu Bakar Ab Rahman
SAUDARA/SAUDARI SEKELIAN
ReplyDeleteTOK JANGGOAT TAK SUKA JEMBALANG,
SEKOQ BERTARING SATU BERSERBAN,
PAGI HARI DAH NAK MULA MENJELANG,
SELAMAT SAMBUT HARI RAYA KORBAN.
Salam DAKJ dan para pembahas blog
ReplyDeletePertamanya, saya mengucapkan selamat hari Raya Eidul Adha. Moga ibadah korban kita pada tahun ini diberkati dan dimurahkan rezeki. Tahun ini saya korban di kampung mak mertua.
Keduanya, saya minta maaf kalau tulisan saya menyinggung perasaan sesiapa. Relax la Bro dan jangan marah-marah. Sebabnya, saya ingat, biasanya orang yg suka mengutuk, pembohong dan pemfitnah tu tak berapa sensitif hatinya. Rupanya sensitif jugak ye bila kena ke batang hidung sendiri.
Ketiganya, Insyaallah, setiap komen saya di dalam blog ini, baik dulu, kini dan seterusnya adalah benar dan saya tidak sesekali akan menipu dan memfitnah. Saya juga tidak akan memberi komen yg saya tidak mempunyai rujukan dan yg diragui kebenarannya. Ini bagi menghormati blog Dato’ A. Kadir dan selaku penumpang yg menempel di blog yg berwibawa dan berwawasan ini. Saya juga menganggap ini sebagai tanggungjawab seorang Islam menegakkan kebenaran. Cukup-cukuplah kita orang melayu ni ditipu dan ini jelah yg saya mampu lakukan.
Mungkin komen saya sedikit pedasnya, itupun jika tergigit cili. DAN ingatlah bahawa sesungguhnya kebenaran itu pahit tapi kebatilan itu manis. Dan Allah tidak akan membuka pintu hati hambanya dari menerima kebenaran jika hambanya itu mendustakan kebenaran. Akhir kalam, cukup-cukuplah mengkafirkan orang Islam dan jadilah mu’mim yg sejati, seindah hidup bersyariat. Sekian TQ.
Salam, DAKJ,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidiladha
yang pastinya Dato' bukan nya:
PEMBLOG KELENTONG RAKYAT
Saya merujuk pada saudara NONE dan saudara JANGGUT JUGA.Apa yang diperkatakan oleh saudara berdua tentang OKJ,saya amat bersetuju.
ReplyDeleteSaya juga merasa heran OKJ mengelar parti PAS sebagai parti pak janggut dan sengaja diejakan pak janggoat(janggut kambing!).
Adakah dalam otak OKJ hanya orang PAS saja yang berjanggut.
Apa pandangan okj tentang janggut dalam Islam?.
....mat dollah balik bukit....
Dato,
ReplyDelete1/ Utusan Malaysia kurang menengahkan berita secara " bedah dan dedah" , kemudian biarkan pembaca berfikir dan membuat keputusan.
2/ Tidak memberi kekuatan kepada utusan untuk tersangat condong pada satu parti poltik tertentu. Tindakan tersebut mungkin akan memberi kerugian dalam jangka panjang dan kepada pembaca Melayu khususnya.
3/ Teringat Utusan Melayu tahun awal 60'an. Satu akhbar tersohor ketika itu.
Salam Datuk,
ReplyDeletePuas saya cari kalau-kalau Anwar dan Zaid berkongsi titik sepunya.
Anwar dan Zaid dua-dua pernah jadi orang kesayangan Dr M, dalam fungsi masing-masing.
Dalam tahun 1983 Anwar tengah nak naik. Masa tu Anwar juga dapat sokongan bukan Melayu. Tahun 1982 Anwar pernah dipilih oleh akhbar The Star sebagai "Malaysian of the Year" yang mana separuh daripada pengundinya adalah bukan-Melayu. Dr M sanggup pinda Akta Pertubuhan (Pindaan)1982 macam mana yang Anwar mahu demi memujuk Anwar memyertai UMNO. Begitulah hebatnya aura Anwar ketika itu. Khabarnya bila Anwar berucap banyak gadis-gadis dan wanita-wanita terpegun. Itu Anwar masa zaman nak naik dulu.
Zaid dipilih oleh Pak Lah tanpa memenangi apa-apa kerusi. Cuba menggambarkan imej liberal, mengambil hati dan mencipta rapport dengan Majlis Peguam.
Kalau Anwar bermain dengan Akta, Zaid pun nak bermain dengan Akta. Zaid meninggalkan UMNO kerana membantah ISA (satu Akta yang pernah memperosok Anwar sendiri ke dalam tahanan, 1974-1976). Apa Zaid ingat Pak Lah boleh mansuhkan ISA hanya sebab dirinya?
Bila keduanya bersatu di bawah satu parti, ternyata perpisahan juga takdir akhirnya. Tak serasi..
Sekarang Anwar pun dah tak ada aura lagi. Dengan isu liwat yang bertalu-talu dan berlegar-legar, tidak ada makcik lagi yang akan bergetar hatinya dek Anwar he he he..
Bagi saya krisis yang berjaya menakrifkan siapa Anwar yang sebenar adalah krisis IMF.
Anwar bukan negarawan sejati. Sudah tentu bukan. Sayang Anwar telah dengan jayanya lalui banyak halangan dalam politik tapi tersandung di IMF.
Zaid sebagai negarawan ? Ohh... jauh panggang dari api.
apa maksud negara islam?
ReplyDeletebanyak orang islam, pemimpin islam atau sebuah negara yang melaksanakan undang2 islam. mintak pendapat pembahas semua, sebab dsai bagi komen dekat australia. mintak dato kadir komen sikit tentang nie. sebab kadang2 saya keliru tentang nie.
elliahpaizal
dato AKJ.Dalam suasana ibadat korban saya ada kesempatan bersama dengan golongan lama dalam bermain politik.Kata mereka dalam politik ini ORANG LURUS SELALUNYA JADI KURUS.Kemudian sambung sembang-sembang mereka kalau nak berjaya dalam politik mesti kena ada apa yang jadi Dato Punya Tajuk Cerita itu.Pertama kena ada ilmu Pembohong.Kedua wajib pula mempelajari ilmu PENIPU.Ketiga saya tambah sendiri pinjam Dato punya ayat iaitu ada ilmu PELOMPAT bila nak jaga diri dan masa depan politik.Takut nanti orang lain tebas kaki.Apa yng Dato tulis itu memang betul dan relevan dengan suhu politik di Malaysia.
ReplyDelete1.pembohong pun ada
2.pelompat pun banyak
3.penipu lagi banyak.
Salam DAKJ
ReplyDeleteBercakap tentang melompat ni, pertamanya saya nak ucapkan tahniah kepada ustaz kerana dapat pucuk muda, juga dapat bini tua yg sporting siap bagi lesen berbini dua.
Keduanya, Semalam negara Malaysia dihina lagi oleh ketua pembangkang semata-mata PM Australia kata Malaysia sebuah negara Islam yg moden dan bagus. Tak dinafikan kita memerlukan pembangkang untuk check & balance TAPI pembangkang yg beradab dan bertanggungjawab dalam ertikata Islam.
Ya Allah, bukakanlah hati sahabat-sahabatku untuk menerima kebenaran dan barang dijauhkan mereka dari mendustkan kebenaran. Sesungguhnya kami amat takut azab siksamu di neraka jahanam. Amin. Sekian TQ.
OKJ
ReplyDeletesaya yakin masih ramai orang yang mengaku Islam tidak faham mengenai kafir dan Islam.
Kafir mereka yang ingkar dengan perintah Allah dan Rasulullah SAW.
Atau tidak taatsetia dengan perintah Allah dan Rasulullah SAW, termasuk tinggal solat dengan sengaja.
Oleh itu, soal mengkafirkan umat Islam tak harus jadi isu,kerana ia jelas dan nyata.
Cuma ada umat Islam yang salahfaham apa yang danjurkan oleh Rasulullah SAW.
Yahudi tetap mendakyah yang dia adalah manusia yang mulia. Atas sebab itulah yahudi memperlakukan manusia lain macam binatang.
Jadi kita kena ingat bahawa umat Islam terbahagi kepada 73 puak. Ini yang harus difahami betul betul agar jelas hakikatnya.
Dari 73 puak itu, cuma satu saja yang diterima oleh Allah, manakali 72 lagi ditolak.
Kita difahamkan, puak yang ditolak itu adalah umat Islam juga yang tak mukmin yang bermakna ingkar dan durhaka kepada Allah.
Sesiapa yang ingkar mereka adalah kafir.
Mereka boleh jadi kafir waktu pagi dan Islam waktu petang dan Islam pagi, kafir petang yang terdiri daripada puak ke 2 hingga ke 72 yang ditolak oleh Allah.
Itulah yang fahami.
Sekadar maklumat:
ReplyDelete(Daripada Malaysian Insider) 19 November:
PETALING JAYA, 19 Nov — Datuk Zaid Ibrahim akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa 16 Disember ini dan surat pemakluman mengenainya telah dihantar kepada ibu pejabat parti itu hari ini.
Zaid yang turut mengesahkan kemungkinan akan menubuhkan parti baru berkata beliau “sudah pasti” akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.
Pada sidang media di rumahnya di sini hari ini, Zaid yang kelihatan terus menyerang PKR dan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengambil keputusan itu ekoran perasaan kecewa terhadap parti itu dan kepimpinannya selain hasrat untuk menjana pembaharuan politik yang sebenar di negara ini.
Ketika ditanya signifikan tarikh 16 Disember, Zaid dengan ketawa besar berkata, Anwar sendiri memilih 16 September (2008) untuk mengambil alih kerajaan persekutuan.
“Sekurang-kurangnya saya tidak seperti beliau, mendakwa ada cukup Ahli Parlimen akan menyertai PKR. Bagi saya, saya hanya mengumumkan saya akan keluar PKR,” kata beliau.
Bagaimanapun beliau berkata, tindakannya mahu keluar PKR dan kemungkinan menubuhkan parti baru tidak bermakna akan memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat.
“Saya mahu semua menjadi kawan saya,” katanya.
Terima kasih.
Salam Dato',
ReplyDeleteKalau kita betul berani main politik tidak payah lah "main tarik tali"..
mahu keluar, keluar lah ini jam, sekarang juga...tidak payah bagi esok lusa bulan depan tahun depan ka...
cermin diri dahulu....ramai betul ka yang mahu ikut kita ni...kalau syok sendiri....tidak payah buang masa....