A Kadir Jasin
TAHNIAHLAH kepada pasukan bola sepak kita kerana menang Piala AFF Suzuki lawan Indonesia.
Malaysia menang agregat 4-2. Indonesia menang pusingan kedua di Jakarta 2-1 tetapi Malaysia kalahkan Indonesia 3-0 di Kuala Lumpur Ahad lalu.
Kita semua berbangga. Kita semua gembira.
Tapi adalah Piala itu begitu hebat sehingga negara perlu diberi cuti umum?
Bagi kerajaan oklah. Tutup sehari dua, no problem. Gaji jalan dibayar oleh pembayar cukai.
Tapi siapa nak bayar gaji pekerja swasta yang cuti? Jawabnya majikan swastalah. Tapi mereka tak ada produktiviti dan yang buka juga perniagaan, kena bayar overtime.
Adakah Kementerian Kewangan akan bagi pampasan kepada majikan swasta yang hilang produktiviti dan lepas itu kena bayar overtime pula?
Inilah susah bila menteri jadi menteri tetapi tidak pernah rasa susah payah jadi majikan swasta, apatah lagi majikan industri kecil dan sederhana (Ikas).
Pekerja memanglah seronok. Tak payah kerja. Gaji jalan. Tapi majikan nak dapat duit dari mana? Cukai nak kena bayar. Sewa kilang dan pejabat nak kena bayar. EPF jalan.
Kalau masa jalan-jalan, pekerja kemalangan atau jatuh sakit, majikan juga yang kena bayar medical.
Ah, Malaysia negaraku, negara cuti, negara relaks tapi nak jadi negara produktiviti tinggi, pendapatan tinggi. Apa dah jadi dengan KPI bapa-bapa dan ibu-ibu menteri?
Mimpi atau realiti?
Yalah Datuk, sikit2 nak cuti. Bagi players saja cuti sudahlah
ReplyDeleteSalam Yg Bhg. Datuk,
ReplyDeleteBiasalah Datuk. Gomen culture. Kalau menang olimpik tak pe la jugak orang gomen diberi cuti.
Nak ambik hati orang gomen ke nak menaikkan semangat pemain bola dengan memberi cuti percuma.
Penat skuad Harimau Malaya bertungkus lumus mengembalikan maruah kesukanan bangsa alih2 tak pasal harimau2 tua goyang kaki berehat dirumah menghitung hari.
Ada mata tengok, ada telinga dengar ada mulut diam, ada tangan.. tulis Datuk!
Apa kena mengena dak!! Indon ja pun!!
Api yang membara...bara menjadi debu.
Kita orang Kedah Datuk lebih faham makna cekelat angin.
Rindu jugak dengan posting Datuk sekali sekala.
Menang Piala Dunia tak apa la. Buat malu pada Negera Jiran aja.
ReplyDeleteplease lah pak kadiark....we are very proud malaysians!
ReplyDeletego lament about other things...please!
Tok.. cuti nak bagi penghormatan kepada penat lelah para pemain dan jurulatih la Tok.. bukan nak rehat-rehat. Kami pekerja gomen ni cuti pon kami masuk pejabat jugak, kerja tetap ada...
ReplyDeleterockybrew
takpelaaa dpt cuti ....bukan selalu ....
ReplyDeleteorang orang "biasa" memang gitu hidupnya ... sementara keje bagai nak gila ... imbuhan berapa sangat pun .. berbanding dengan orang yang sedia kaya, mungkin awak salah satu orangnya ... maybe sudah kaya, berada di zon selesa, hanya berada di "linkungan" sesama taraf..., maybe lebih suka membaca "laporan" daripada melihat sendiri permasalahan masyarakat, bukan macam kami yang sentiasa di"pergunakan" samaada politik atau mencari pengaruh .... lagipun duit syarikat ... bukan duit majikan itu sendiri ... kalau syarikat diapun .. memang dia dah kaya dan mampu membayar gaji pekerja ... kalau majikan pun membebel pasal 1 hari cuti tuh ... selama beberapa ratus hari pekerja bekerja utk majikan .... jd apa permasalahannya .... ??
Salam Dato,
ReplyDeleteSaya setuju
Sangat pandangan Dato kami syt PKS menanggong banyak kerugian. Saya tdk pernah dengar diEropah diberi cuti bila menang bola. Mentaliti negara ketiga maseh diamal oleh pemimpin negara kita.Saya rasa sudah sampai masa nya kita move foward untuk menjadi negara maju dan mentaliti negara maju. Kami majikan syt Pks akan kerugian produktiviti dan wang ringgit. Dah la dimsia ni cuti2 nya terlalu banyak. Bagi pekerja memang seronok cukup bulan dapat gaji. Majikan mcm kami cukup bulan kena cari duit bayar gaji. Saya harap komen Dato di dengari oleh pihak pembuat dasar negara.bola ?yg untung kaki judi aja Dato
Salam Dato',
ReplyDeleteJanganlah marah2 Dato', nak buat camane, itulah standard pemikiran pemimpin pm kita Dato', menang piala suzuki pun boleh bagi cuti. nak bagi rakyat gumbira konon. tu baru menang piala suzuki, kalau menang piala dunia? tak tahulah Dato', jgn sampai dapat setahun cuti pulak... haha....
Dato'
ReplyDeleteSeronok amat sangat.Cukup seronok bila diberi cuti.Tambah tambah cuti yang tidak dijangka dan masanya pula amat sesuai,cuti tahunan yang ada telah habis digunakan.
Tapi itu untuk pekerja,apa pula halnya pada majikan,sama seperti yang Dato nukilkan.
Dato'
Sewaktu saya masih bersama dengan satu GLC,anggota bercuti merupakan satu masaalah utama.Biar pun hak yang perlu digunakan itu telah disusun supaya tidak menggangu operasi syarikat masaalahnya tetap banyak ,tambah lagi jika syarikat ini mengamalkan yang hilang tidak ku cari ganti.
Biarpun apa yang kerajaan umumkan ini tidak semesti dipatuhi olih pihak swasta,namun ia mesti dipatuhi olih syarikat dan koperat yang link kukuh dengan kerajaan.
Akibatnya rakyat yang jadi mangsa.
Operasi pembaikan tidak berjalan sempurna,sampah tidak diurus dengan teratur,hospital menghadkan satff dibarisan hadapan,bukankah itu diantara perkara yang dikenalpasti menambah kesengsaraan akibat ada orang yang seronok kerana dapat cuti.Itu belum dikira apa akan terjadi pada persediaan menyambut tahun persekolahan.
Cuti umum diakhir tahun dan bersambung dengan cuti awal tahun juga perlu dilihat kewajarannya.
Malaysia juara cuti.Itulah yang sesuai jika kita mahu buat perbandingan dengan negara lain.Jangan hanya berkisar pada bandingan sewaktu minyak,gula,tol dan lain lain perkhidmatan dinaikkan.
Menang di final AFF Suzuki hingga cuti diumumkan.Apakah ini satu tanda kebanggaan.Mungkin dunia sedang tertawakan kita Dato'.Lainlah kalau kita menjadi juara dunia atau paling lekeh juara Asia kerana ini sesuatu yang paling berharga.
Kalau sekadar juara sesama rantau kita yang ehsannya pula diberi olih yang kalah,memadailah sambutan sederhana kita lakukan pada mereka yang menyebabkan kejayaan ini.Tak perlulah sampai bercuti.
**ehsan kerana Indonesia bermain dengan semangat untuk menang walaupun jika mereka seri dengan Thailand dalam peringkat kumpulan,Indonesia dan Thailand lah yang layak untuk semi final.
Ermm.. mungkin MALAS tu dah sebati dalam diri
ReplyDeletehttp://ceriteraarieve.blogspot.com/2010/12/congratulation-malaysia.html
Salam, Dato'. Pagi tadi masa nak hantar anak ke sekolah (gotong royong buat persiapan buka sekolah), jumpa guru besar sebuah sekolah di Medan Selera Alor Merah. Guru besar tu kata, dia penin, sbb biasanya kalau hari cuti umum jatuh hari Jumaat, di Kedah akan digantikan ke hari Ahad. Maknanya, Ahad ni sepatutnya sekolah tak buka. Tapi kena tunggu surat drp Jbt Pelajaran Negeri dulu, baru boleh bagi tau kat mak bapak kata sekolah tutup lagi Ahad ni. Dia kata, "Dan ka depa nak buat dan hantar surat hari ni ke sekolah." Dia bimbang Ahad ni, mak bapak serbu hantar anak pi sekolah. Becempegha jugak Dato' kalau jadi cam tu!
ReplyDeletebapak kadir,
ReplyDeletejangan pandang duit saje.hang ni menongkah arus.seminggu dua ini rakyat malaysia betul2 bangga jadi anak malaysia.bola menyatukan semuanya.cerita politik hilang sekejap
dah 14 tahun tunggu bro,baru ni malaysia berjaya,tentu rakyat bangga.apalah ada pada cuti satu hari tu.negara boleh bangkrapap ke?
sekali sekala biarlah diberi isyarat kepada rakyat bahawa sukan itu penting,salah satu cara menaikkan nama nama negara.
tengok indonesia,bermatian dia pertahankan negara dia walaupun tewas,macam2 dia kutuk kita.takkan bro tak tangok dlm twetwe dan facebook.semua yg buruk2 dia gelar kat kita.
team kita 1 malaysia,jurulatih india,pembantu jurulatih cina,pemain majoriti melayu.tak bangga ke bro..kan ini satu cara memperkasakan bangsa malaysia.
bro memang bijak tapi dalam bab ni kurang cerdik lah bro.tah tah orang sebok tangok bola,bersemangat sokong malaysia,bro duduk melayan berok bro tu agaknya.tu yang otakpun macam berok,.
HARIMAU MALAYA SUDAH BAHAM GARUDA..
SYUKUR ALHAMDULILLAH..BANGGA JADI ANAK MALAYSIA
Salam Dato'
ReplyDeleteSeratus peratus saya sokong kata-kata Dato'. Memang matilah kalau ini cara kita meraikan kemenangan! Orang kerajaan, tak apalah. Tak itu pun biasanya kerja macam tak kerja. Kalau kerja lapan jam, yang betul mungkin sekitar empat jam sahaja, yang lainnya ponteng (tak kiralah namapak ke tidak). Tapi bagi pihak swasta, terutamanya industri kecil memang mampuslah! Asyik-asyik cuti.
Memang saya marah, sebab saya rasa pihak atasan tak sensitif langsung. Sekarang ni memang nampak sangat semua orang nak ampu rakyat. Tapi... bijak ke buat macam ni?
Pemain bola dimanjakan, dan kita amalkan satu budaya pembaziran. Macam mana nak jadi negara yang berjaya. Bukan kita menang 'World Cup' pun. Lepas ni nak buat apa lagi? Nak bagi semua pemain title 'Datuk'? Adoi...
Siapakah berbangga apabila malaysia menang lawan Indonesia.
ReplyDeleteDato marah marah kerana apabila cuti menang bola.
Tapi kita kena ingat pihak swasta dapat untung tiga kali ganda, terutama kilang kilang yang kerjanya pakai shif.
Kebanyakan kilang yang beroperasi hari ini boleh dikatakan lidah darat belaka.
mengapa tidak? sepatutnya, operasi berjalan satu shif saja.
Bayangkan jika operasi berjalan tiga shif. Mana ada waktu kosong dalam operasinya.
Semua penuh tanpa mengira malam adalah waktu rehat bagi manusia. Lainlah hospital yang mahu tidak mahu kena juga buat shif kerana orang sakit tidak boleh tunggu waktu.
Pada hal kilang apa saja pihak swasta dah kaup untung berlipat kali ganda.
Apalah sangat cuti satu hari bagi memenuhi perdana menteri yang sangat berbangga dengan menang bola yang ditunggu berbelas tahun itu.
Dato'
ReplyDeleteAgaknya sebab tu banyak rancang realiti tivi sebab nak sedarkan dari mimpi.
Agaknya kalau dapat emas Olimpik, cuti seminggu pulak.
Salam Dato'
ReplyDeleteSeminar Penyelidikan ISDEV: Pemerolehan Kontrak Dalam Industri Pembinaan berteraskan Islam di USM sudah dirancang esok (Jumaat 31 Dis). Kami terpaksa menghubugi para jemputan di seluruh negara dan para pelajar untuk memberitahu seminar akan diteruskan.
Betual tuan,
ReplyDeletegaji pak menteri rakyat bayor....tp suka membazir.
Cuti memang suka, sapa tk suka...
majikan poning kepola...heee.
Macamana kita syorkan semua pak menteri/timbalan gaji dipotong utk bayor pampasan pekerja swasta...
Datuk,
ReplyDeletecorrect,correct,correct Datuk.
depa cuma berhasrat nak cari penyokong......sebenarnya depa pun tak buat kerja semacam mana pak2 tani kita di bendang........kalau syok berpolitik , syok la sama membuat kerja........ni dok berkokok saja,taik penoh ekor.
pemimpin kita dah banyak jadi haprak
Datuk saya bersetuju dgn tindakan Dato NAjib RAzak umumkan CUTI. well deserved.
ReplyDeleteSyabas Malaysia. kali terakhir diberi cuti peristiwa kerana sukan oleh TUn DR M tak silap saya semasa Malaysia juara bola SUkan Sea....1989.
drmuzi
Salam dato,
ReplyDeleteSaya pun dalam kategori kena bayar gaji pekerja,socso,epf,cukai pendapatan,sewa,beli stok,beli peralatan,bayar bil elektrik, mantainance, medical insurance untuk pekerja dll.....
Tetapi cuti umum esok itu saya terima saja laa...mood `tak mau' kerja lagi untuk 2 hari baki tahun 2010 dan 1 hari 2011 dah `merebak' keseluruh negara dah ni...
SUSAH JUGA,TETAPI KENA TERIMA hakikat bahawa MALAYSIA ni susah banyak/ halangan tinggi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dalam 10 tahun lagi.....sebabnya ialah
`peluang peluang' rakyat teramai disektor swasta tidak ada untuk kearah tersebut sekarang ni, kebanyakan `peluang peluang tersebut' sudah pergi jauh ke HONG KONG,KOREA,TAIWAN, SINGAPURA dan terakhir ini nampaknya ke INDIA pulak dah ni...
APA SALAHNYA KALAU kita berpendapatan sederhana tetapi selesa kehidupan harian, barangan makanan,pakaian dan petrol/disel tidak terlalu tinggi untuk 90% penduduk dinegara ini?...
KEPADA DATO DAN PEMBACA/PEMBAHAS SEMUA, SAYA UCAPKAN:-
SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT `MENYAMBUT' ketibaan 2011 yang lebih mencabar....mudah mudahan kita dapat hidup tenang, senang mencari rezeki,sihat walafiat, senang beribadat dan negara tidak porak peranda....
Abu Bakar Ab Rahman
Itulah suara majikan kecil dan sederhana yg tak pernah diambilkira oleh kerajaan.
ReplyDeletesemua ingat jadi majikan mesti dapat untung banyak.
Majikan juga manusia juga, juga seorang pengguna. Pendapatan memang bergantung kepada ekonomi, tapi ekonomi semakin susut. Rakyat semakin tak ada duit. Macam mana nak dapat untung lebih?
Income tax datang untuk siasat juga ingat semua majikan untung banyak dan lari banyak cukai.
Hidup majikan semakin susah dgn ekonomi sekarang.
Siapa faham perasaan majikan
Dato',
ReplyDeleteKalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
Begitulah hakikat yang perlu dihadapi oleh usahawan. Pelbagai kemungkinan perlu didepani dengan sedikit rasional.
Dalam konteks pemberian cuti seperti ini (oleh PM) yang datangnya bukan selalu, kita perlu sedikit patriotik. Niagawan/usahawan juga perlu patriotik (walaupun tidak memberikan cuti tidak bermakna kita tidak patriotik).
(Kadang-kadang pekerja swasta sangat produktif, tetapi atas sebab-sebab kabur, ada yang tidak beroleh kenaikan gaji atau bonus, dll sejak sekian lama.)
Dengan cuti sehari begini, tidak ada salahnya. Tidak produktif bukan satu isu besar. Isu besar ialah bagaimanakah kita menghargai kejayaan kepada negara dan kebetulan kita (usahawan dan stafnya) sebahagian daripada rakyat negara ini.
Maaf, Dato'. Kita berbeda pendirian dalam hal ini.
Salam,
ReplyDeleteSuatu pandangan yang menarik dari pihak Saudara. Maka begitu juga lah proses lantikan Sdr Khusrin kejawatan SUK Selangor seperti pilihan orang mabuk laut.
Dato' yang dihormati,
ReplyDeleteDalam apa jua bidang, baik sukan, agama mahupun politik, terdapat banyak 'tahi bintang'. Yang jarang-jarang kedapatan adalah 'bintang-bintang'.
Bintang tersedia memberikan sinaran cahaya tetapi sebaliknya tahi bintang perlukan sokongan luaran untuk bersinar dan bercahaya.
Akan sampai masanya bintang berubah menjadi tahi bintang tetapi adalah mustahil buat tahi bintang bertukar menjadi bintang biarpun sebanyak mana ianya digilap atau dimodifikasi.
Apabila bintang-bintang sebenar telah dimiliki tumpuan bukan lagi terarah pada aspek penggilapan dan pencahyaan tetapi bagaimana ia akan dihargai, dijagai dan dinikmati.
Chinglot
Bad decision by Najib. Make no mistake about it. Whose idea is this? Is Najib trying to please somebody higher up?
ReplyDeletesalam dato'
ReplyDeletetak ada butang "like" ke??
anak selangor dok loqstaq :)
Saya setuju 100% pandangan Dato.Saya sebagai rakyat malaysia juga bebangga kemenangan Malaysia semalam.Tetapi kita juga kena memikirkan semasak2nya keputusan cuti terkejut ini kerana ia secara langsung menjejaskan prokduktiviti kita.Sudahlah kita antara negara paling banyak cuti amnya.Jika cara ini berterusan saya tidak terkejut para pelabur makin menjauhkan diri kerana kos operasi makin meningkat.kita pengusaha kilang2 tidak boleh sewenang2nya tutup kilang kerana setengah2 mesin seperti boiler akn mengambil masa untuk di'on'kan semula dan pesanan luar negara mesti juga dipenuhi.Kalau berniaga pasar malam mungkin mudah tutup khemah habis cerita.Tetapi bekalan makanan basah seprti sayur mestilah diambil kira.
ReplyDeleteSalam, Dato'
ReplyDeleteKalau tak ada cuti, kita tak boleh menghargai pemain-pemain bola kita ke? kartun betul lah!
Apa pun, saya difahamkan bahawa majikan tak perlu beri cuti pada staf untuk esok, kerananya ialah cuti yang diumumkan itu tidak digazet! Alhamdulillah.
Pada lazimnya, saya memang tidak setuju budaya cuti ini tapi dalam kasus ini karena timing juga akhir tahun, ok lah...karena memang suatu kemenangan yang membanggakan dari anak bangsa kita!!
ReplyDeletesingapura baru saja kata malaysia "lacks competent leadership" [ref: wikileaks], dgn tak lengah lagi pemimpin kita terus tunjukkan bukti! ;D
ReplyDelete[tok scribe, saya telah pautkan masukan ini ke status fb saya, harap okay with you!]
Y.Bhg Datuk AKJ,
ReplyDeleteSaya setuju dengan Datuk bahawa negara kita ini sudah terdapat banyak sangat cuti -- cuti umum, cuti negeri, cuti tahunan pekerja, cuti sakit, cuti tergempar (emergency leave) dan yang paling tidak digemari bukan sahaja oleh para majikan malah pihak pengurusan adalah cuti “anugerah” seperti ini (saya tak tau nak istilahkan sebagai apa cuti sedemikian).
Sudahlah rancangan yang diatur terbantut, hendak diatur-carakan semula perancangan-perancangan yang terbantut itu akan bertindan kerjanya. Kerja yang bertindan inilah yang tidak produktif. Elok-elok kita boleh membuat perancangan ke hadapan, kita terpaksa mengundur ke belakang membuat semula perancangan baru. Buang masa.
Bayangkan kesan yang disebabkan oleh cuti anugerah ini terhadap industri pembinaan & projek management -- banyak kerja-kerja yang akan tertunggak dan projek-projek akan ‘behind schedule’. Sudahlah banyak projek-projek yang sememangnya jarang mencapai ‘milestone’ masing-masing, ditambah pula dengan cuti sedemikian, akan melebar lagi ‘milestone’ yang hendak dikejar. Akhirnya, tiada siapa boleh menyalahkan sesiapa apabila ‘milestone’ tidak mampu dicapai melainkan menjadikan cuti sebagai “scape goat”, atau kerajaan sebagai “ultimate fall guy”.
Lihat pula industri perbankan dan pasaran saham, berapa ratusan juta ringgit peluang pembikinan wang sudah terlepas walaupun satu hari bercuti.
Saya tidak tahu samada system mahkamah juga terlibat dengan cuti anugerah ini, tetapi jika ‘ya’, maka akan banyaklah kes-kes akan tertunda lagi. Kesian kepada defendan & paintif. Asyik turun-naik mahkamah sahaja kerja mereka akibat postponement demi
postponement.
Di dalam konteks pekerja-pekerja pula, pada satu aspek, sememangnya mereka akan suka terhadap cuti-cuti sebegini kerana gaji mereka tetap dibayar; tetapi pada satu aspek yang lain pula perbelanjaan mereka akan banyak yang mengalir keluar dari poket. Maklumlah, trend zaman sekarang ini ramai keluarga suka keluar berjalan-jalan semasa cuti. Akhirnya, apabila dikira-kira semula segala perbelanjaan bulanan, bulan yang terdapat banyak cutilah yang memerlukan wang yang lebih berbanding bulan-bulan lain.
Tetapi tak apa, kita semua suka bercuti !
Terima kasih.
Azman Mohd Isa
p/s pihak pengurusan tempat kediaman saya pagi tadi ‘berlawak dalam sedih’ mengatakan pekerja-pekerja Indonesia mesti bekerja esok kerana yang menang bola malam tadi adalah pasukan Malaysia, bukan Indonesia…hehehe.
Salam Dato'.
ReplyDeleteSaya tak bangga Malaysia menang.
Sebab kalah di Jakarta.
Kalau menang sekurang-kurang seri ok jugalah.
Bab cuti ni tak kena gaya.
Lagi pun Piala Suzuki tu taklah sehebat mana.
Kalau Piala Dunia tu mungkin juga patut.
Bukan setakat cuti sehari.
Cuti sebulan pun saya setuju.
Malaysia ni terlalu banyak cuti.
Jangan tambah satu lagi.
Sudah-sudahlah tu.
- Adnan Zain.
Terima kasih PM, cuti begini sesuai utk persediaan sementara hari persekolahan bermula? Majikan? Mereka dah kaya raya... Jangan negatif sgt pasal PM bagi cuti... Terima Kasih PM. Negaraku MALAYSIA :)
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteDah lama tak menyakat Datuk di blog ini.
Datuk jangan serius sangat dan fikirkan yang berat-berat sepanjang masa. Nanti Datuk jadi botak licin, tentu tak handsome lagi. Oleh itu Datuk kenalah selalu-selalu santaikan fikiran. Tak apalah kalau kerajaan tiba-tiba je nak tutup kaunter besok. Kan esok hari terakhir dalam tahun ? Kalau diaorang tetiber je nak bubarkan parlimen saya dah pun tak tekejut beruk lagi.
Oleh itu Datuk, ayuh kita bergumbira, let’s rock and roll
The warden threw a party in the county jail
The prison band was there and they began to wail
The band was jumpin' and the joint began to swing
You should've heard those knocked out jailbirds sing
Let's rock
Everybody, let's rock
Everybody in the whole cell block
Was dancin' to the Jailhouse Rock
Spider Murphy played the tenor saxophone
Little Joe was blowin' on the slide trombone
The drummer boy from Illinois went crash, boom, bang
The whole rhythm section was a purple gang
Let's rock
Everybody, let's rock
Everybody in the whole cell block
Was dancin' to the Jailhouse Rock
Number 47 said to number 3
"You're the cutest jailbird I ever did see
I sure would be delighted with your company
Come on and do the Jailhouse Rock with me"
Let's rock
Everybody, let's rock
Everybody in the whole cell block
Was dancin' to the Jailhouse Rock, Rock, Rock
Sad Sack was sittin' on a block of stone
Way over in the corner weepin' all alone
The warden said, "Hey, buddy, don't you be no square
If you can't find a partner use a wooden chair"
Let's rock
Everybody, let's rock
Everybody in the whole cell block
Was dancin' to the Jailhouse Rock
Shifty Henry said to Bugs, "For Heaven's sake
No one's lookin', now's the chance to make a break"
Bugsy turned to Shifty and he said, "Nix nix
I wanna stick around a while and get my kicks"
Let's rock
Everybody, let's rock
Everybody in the whole cell block
Was dancin' to the Jailhouse Rock
Dancin' to the Jailhouse Rock, dancin' to the Jailhouse Rock
Dancin' to the Jailhouse Rock, dancin' to the Jailhouse Rock
Dancin' to the Jailhouse Rock, dancin' to the Jailhouse Rock
Dancin' to the Jailhouse Rock
(I am doing copying exactly Datuk. But if not for that technology this song would never have been part of the education he he..)
Datok,
ReplyDeletePM Najib nak tumpang sekaki, maka bertambah popular lah dia nanti. Ini belum lagi apa hadiah yang dah difikirkan. Kalau nasib baik satu masa (tak tahu bila) menang FIFA World Cup, cuti satu minggu agak nya.
Siapa agaknya ikon 1Malaysia, dah ada orang terfikirkan ke? PM Najib tak boleh masuk bakul angkat sendiri.
Selamat Tahun Baru
A.Alshukor
tok....SATU PANDANGAN TOK YANG TERBAIK 2010/
ReplyDeleteSAYA BERSETUJU SANGAT
"saya di maki oleh seorang menteri yang bercuti jordan semata mata tak ikut arahan nya"
salam
Serbu tak tentu hala.Tak paham bahasa.Mungkin itu puncanya menyebabkan banyak yang melenting bila kewajaran pemberian cuti menyambut kemenangan menjadi tajuk kali ini.
ReplyDeleteMulalah merapu kami kuat bekerjalah,majikan buat untunglah atas kerja shif yang dipaksa.Sebenarnya tak paksa pun,kalau tak mau kerja,bolih buat business sendiri dan rasakan samada duit akan datang kalau kerja tak buat.
Apa sangkut Malaysia menang di Indonesia dan yang ditanah air perlu bercuti.Semua tau time perlawanan adalah pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam.Tak kan ini meletihkan sehingga kena bagi cuti.
Macam ni lah Dato'
Pong pang pong pang kita berbahas.Masing masing ada pendapat,yang bolih pakai atau tidak pikiak sendirilah.
Yang penting,kita tau blog Dato' memang banyak penjengok yang aktif.
datuk
ReplyDeleteapa salahnya sekali sekali cuti mcm ni...swasta dah banyak buat duit,saper bayar?
Alah datuk, satu hari cuti extra pun nak bising ke? dah dah, pegi pencen dok diam-diam.
ReplyDeletecakap terus terang sajalah...low class mentaliti PM kita...bukan tak bole cuti...tapi biarlah menang sekurang kurangnya piala asia..patriotik bukan bermaksud cuti...apa nak dimegahkan kalau setakat menang dgn indon..? dulu dulu tahun 70an indonesia cuma tahi gigi team malaysia...rival malaysia ialah korea dan iran...kalau ranking masih 150 lebih tak bole bangga sangat sampai nak istihar cuti...tapi kalau tahap pemikiran PM dah macam tu..sama lah tahap ranking team bolamalaysia
ReplyDeletePM nak bagi Ferrero Rocher tak mampu. Buleh bagi coklat Hacks pon jadi lah. ......... Pilihanraya tak lama dah oiiii ......
ReplyDeleteSalam buat Dato',
ReplyDeleteNak kira pasal cuti...memang Malaysia yang juara.....
tapi, dah ada dalam Perlembangaan...ada kouta dia....negeri masing-masing dapat 14-15 hari....pusat lagi...ada minimum dengan maksimum dia....
ikut setuju juga...kita di Malaysia ni.. kalau dah hujung-hujung...tak kiralah hujung tahun...hujung bulan...hujung minggu....petunjuk prestasi tu TURUN......
TAK PERCAYA...pergi PUTRAJAYA...dapat jumpa ka pegawai M1, M2,.....petang Jumaat....DAH BALIK KAMPUNG......
tak payah lah nak bukti-bukti....talipon pun tak angkat.....talipon lah talian am beribu kali.......
cuti ini pun sensitif juga...tak bagi nanti orang kampung tak undi...
Dato' dan Pembahas,
ReplyDeleteDalam konteks majikan, wang masuk mungkin berkadar terus dengan masa operasi kalau pekerjanya adalah sepenuhnya mesin dan robot.
Tetapi kalau majikan menggajikan tenaga manusia, produktiviti pekerja amat dipengaruhi oleh faktor dalaman terutama emosi. Malah kaitan antara keceriaan dan peningkatan produktiviti telah lama diaplikasikan.
Namun, bukanlah mudah untuk menceriakan semua orang. Hiburan hanya mampu menceriakan segolongan massa. Tetapi kemenangan dalam acara sukan tertentu telah terbukti mampu menceriakan majoriti massa dalam sesebuah negara.
Tidak dinafikan apabila operasi berkurangan pengeluaran turut berkurangan tetapi kekurangan tersebut boleh diatasi dengan peningkatan produktiviti pekerja.
Justeru, terpulang kepada pekerja untuk membuktikan bahawa kekerapan bercuti yang dipergunakan untuk membersihkan hati dan emosi bukanlah satu kerugian kepada majikan/negara iaitu dengan cara menaikkan produktiviti pada hari bekerja yang berikutnya.
Chinglot
Kita tgh kena gelak dgn jiran2 kita, skuad bola menang tapi bila diumumkan cuti ni sebenarnya tiba2 kita dapat malu.
ReplyDeleteKita bangga tapi tak payahlah sampai beri cuti. Belum masanya lagi. Mcm blogger2 sini kata, cutilah bila menang Piala Dunia ke, barulah nampak hebat.
salam Datuk,
ReplyDeleteingatkan menteri saja yang buat keputusan guna pungxxx, perdana menteri ni pun sama. dia ingat kita yang berniaga sendiri ni buat budget untuk overtime macam dia manage governmentnya duit. bila tak cukup duit boleh boleh suroh bank negara cop duit (hutang atas nama anak cucu kita) macam mana pelabur dan orang luar nak respect. poorah.
dato akj, takpa lah najib bagi cuti satu hari nie...lepaq 14thn baru menang bola...
ReplyDeletekilang-kilang pon harus menunaikan kewajipan corporate citizen, takleh kira untung saja...pls dont provoke issue.
kalau pak cik rasa tak penting tak apa. tapi bagi orang kebanyakan kejayaan Malaysia ini penting kerana jika kita lihat tidak ada apa pun yang dapt menyatukan rakyat Malaysia selain sukan. kalau tak bagi cuti, komplen; kalau kasi cuti pun ada yang komplen. Produktiviti penting tapi hidup bukan hanya centered around materialism dan businesses won't die just because of one off day. Memang orang makan gaji suka bercuti, tapi kalau kita sebagai employer jangan nak fikir duit saja, kekayaan tak ikut kita sampai ke mana - amalan dan kebaikan yang kita lakukan kepada pekerja kita adalah kebaikan yang akan dikira di akhirat. Fikirkan happiness pekerja juga. :P
ReplyDeletependapat paling klise. pi goreng pasal benda lain lah pak. jgn merepek. maaf ya.
ReplyDeleteDato,
ReplyDeleteMajikan kena lah berkorban sikit. Dulu dato kat NST lain lah.
lagipun 31 disember ni, opis bukak tapi pekerja ramai yang melepak tunggu boss umum half day.
sama aja.
Oh please. This posting is a joke. There goes 2 minutes of mine that I can never get back. Get back to writing rel issues. This is so lame.
ReplyDeleteSalam Dato, Nak bagi cuti perhargaan tak apa tapi jgnlah cuti mengejut. Kami semua ada perancangan dlm perniagaan walaupun perniagaan sekecil mana pun. Boleh katakan cuti ini buat kami huru hara.
ReplyDeleteDato Kadir.
ReplyDeleteKenapa Dato amat marah dengan cuti menyambut kemenangan bola sepak.Kenapa Dato anti establishment.Apa dato tidak menyokong konsep 1Malaysia yang di pepelopori oleh Najib.
Kenapa dato mempunyai fikiran yang cetek.Berapa sangat Dato akan rugi kerana cuti satu hari.Dato ini memang opportunist.
Kita perlu lihat bigger picture.Lagi pun ini dah akhir tahun.Semua pekerja pun dah tidak ada mood untok bekerja.
Jangan biarkan orang mempersoalkan ketaataan kita kapada Najib dan Rosmah.
kerajaan dah bagi cuti , cuti ajelah...buat apa membebel lagi...kalau tak nak cuti buat overtime...1 hari aje apa ke hal pulak nak bising2...jauh dari nyawa tu...
ReplyDeletedatuk,
ReplyDeleteTentang bolasepak Malaysia ni fahm faham aje lah.Kita dah 52 thn merdeka.Masih tak boleh among the best in Asia.Sepatutnya kita setaraf Korea Selatan dan Jepun.Rasuah dan judi punya pasal menjadikan taraf bolasepak kita kampungan atau estet.
Berbalik kepada cuti umum hari Jumaat ni sebenarnya itu kempen PRU13 akan dtg.Najib hendak menanamkan perasaan "feeling good" pd rakyat sbb menang bola.
Tadi saya baru pergi ke supermarket.MInyak masak hampir kosong.Adalah dijangkakan minyak masak akan naik thn depan.Jadi enjoy lah "feeling good" Najib while we still can.Dah tentu yg feeling good ni tokeh tokeh minyak masak berkenaan
Saya setuju dengan Datuk
ReplyDeleteNak tumpang seinci pun tak boleh?
ReplyDelete1Malaysia tu ciptaan sapa?
Tak kan Datuk tak faham kesan psikologi?
Kalau dah desperate tak kan tak nak terkam habis-habis apabila peluang menjerngah di mata walaupun sekelumit dan cheapskate?
Apa produktiviti tu Datuk? Pot jenis baru lebih terer daripada 1Malaysia kot.
Atau anugerah cuti ehsan Apco?
Alahai Datuk, rugi antor belajor tinggi-tinggi kan?
mat royan
Salam Dato'
ReplyDelete1.Realiti nya kita telah menunggu hampir 20 tahun untuk menjiwai sentuhan berkualiti pemain bola sepak selepas era Super Mokh.dan pasukan nya.Di sini lah keghairahan kita meraih semula bergelar Juara. Tidak kira apa gelaran kejuaraan sekali pun!
2.Realiti nya satu tempoh masa yang begitu lama untuk bangun semula dalam bidang ini , terutama atlit melayu menyerlahkan kehebatan, berpadu dan bersukan bolasepak yang sememang nya eksklusif dunia, sebagai'produk' berkualiti dan duta kecil negara.
3.Realiti nya Kerajaan sediakan semua kemudahan prasarana sukan, tetapi mutu sukan masih pada tahap jaguh kampung.kita perhati bidang sukan lain siapa juara-juara nya?
4.Realiti nya kemunculan Safee sebagai tokoh pengganti hampir ar.Mokhtar Dahari,semangat juang berpasukan,semangat keperwiraan yang sudah hampir tiada pada generasi muda sekarang.Idola yang semesti di contohi.
5.Realiti perbandingan rakyat Indonesia masih kental semangat juang,nasionalis, di mana pemimpin mereka tidak perlu risau jika misal nya berlaku nya darurat.
Mimpi?..
1.Kita bermimpi jika kehebatan dan kemegahan sentiasa milik kita, bukan milik orang lain..
2.Kita mimpi bahawa kita rakyat, pekerja produktif,bebas dan berjiwa malang nya masih di jajah, terkial-kial dalam lurang kebinasaan setelah 53 tahun merdeka. Masih umpama enau dalam belukar.
3.Kita gagal merealisasikan mimpi kerana tidak berjiwa dan suka kepada kebathilan.
4.Mimpi benar,sekali sekala pihak yang melabur di Malaysia perlu menunjukkan kesetiaan,tanggung jawab publik sebagai pelabur dan penyumbang untuk Malaysia sebagaimana Negara ini telah memberi manfaat kemajuan dan keuntungan besar perniagaan mereka.
5.Mimpi benar di mana sudah hilang nya semangat koporat menyumbang dan menderma kebajikan kepada pekerja yang sekian lama menjadi aset mereka!
Sekali dan sekala Dato'
Assalamualaikum pak Kadir
ReplyDeleteSaye berbangga menjadi rakyat Malaysia..saye tumpang gumbira bila PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA menjadi JUARA.Marilah kita same same menunjukkan bahawa kita sanggup berkorban untuk kemajuan sukan tanahair dan mengharumkan name MALAYSIA dipersada antarabangsa.
Pak Kadir!!Syarikat besar sanggup berkorban dengan menjadi penaja, takkan syarikat IKS tak sanggup kot.Iks kebanyakannya dapat nikmat keistimewaan dari kerajaan, dan melaburlah kembali....itupon mau bekira ke...
Assalamualaikum pak Kadir
ReplyDeletetambah sket lagi, dimanakah jatidiri kita? tidakkah rakyat dan kerajan berpisah tiada?,pekerja dan majikan berpadu tenaga kelak negara menjadi maju dan jaya?.
Mendulang emas dilubuk puaka
Hasil lumayan yang punya siapa?
Tidakkah pekerja dan majikan sesama berharga
Jika dihitung siapakah yang akan kaya sudahnya?
Kita bebas membuat pilihan. Tentang isu cuti untuk meraikan kemengan bolasepak adalah hak masing-masing. Saya pekerja swasta. Sebagai pekerja makan gaji faedah yang kita dapat ialah kenaikan gaji, bonus dan cuti. Apa sahaja diantara tiga perkara tersebut jika diberikan kita alu-alukan. Kamu semua yang tidak setuju dengan pemberian cuti tersebut sila maklumkan kepada majikan saudara2 yg saudara hendak bekerja pada hari tersebut dan tidak akan menuntut gaji tambahan. Perbuatan saudara akan membuat hati majikan saudara amat gembira. Jadi saudara akan meningkatkan produktiviti syarikat. Oleh itu jika saudara2 tidak datang kerja pada jumaat ini 30/12/2010 sila maklumkan pada majikan saudara2 supaya memotong cuti tahunan masing2..puas hati
ReplyDeleteSalam Dato',
ReplyDeleteMemang setuju dengan pandangan Dato'. Tidakkah penasihat PM tahu yang cuti tidak dirancang begini menambahkan lagi satu sebab kenapa Malaysia diragui boleh mengatasi negara jiran sebagai pusat operasi serantau. Operasi global memerlukan jadual tepat 12 bulan awal, bukan ad-hoc begini.
Saya sebelum ini menjangkakan Dato' Seri Najib membawa pembaharuan minda yang boleh menguatkan dayasaing pekerja Malaysia. Malangnya kita masih dibelenggu pemikiran yang lama - we keep giving without any expectations of returns. Yang jadi mangsa adalah anak-anak kita, bila jadi pekerja mereka terikut dengan cara cuti sekolah - asyik menghitung hari nak cuti!
Kerugian productiviti hanya sebahagian dari harga cuti bola - saya tahu satu syarikat yang sedang berkira-kira menubuhkan pusat operasi serantau telah menambahkan satu lagi tanda pangkah untuk tidak memilih Malaysia. Global call centers and global support cannot operate on 2-3 days notice!
sayangmalaysia
Saya banyak hal memang menyokong maklumat, pendapat dan idea Datuk tapi kadang kala saya lihat Datuk 'terlebih' kritikal tak bertempat.
ReplyDeleteSaya harap Datuk jangan potretkan diri Datuk sebagai wira tak didendang ataupun manusia kecewa.
Soal cuti kali ini mungkin bagi Datuk hanya dilihat daripada soal wang ringit tapi Perdana Menteri melihatnya daripada skop yang lebih luas.
Kalau kerana cuti sehari ini Datuk rasa orang bisnes boleh rugi banyak sangat, maka suruh saja mereka tutup bisnes dan buatlah benda lain dalam hidup.
Soal menang Piala Suzuki AFF ini mungkin Datuk lihat kecil dan tidak signifikan tetapi buat rakyat BIASA yang hampir sampelnya adalah yang hampir 100000 sanggup berduyun-duyun beli tiket dan bersusah ke stadium itu adalah besar maknanya.
Saya tidak pernah kritik Datuk di sini kerana saya memang peminat Datuk sejak zamans aya sekolah, semua buku koleksi artikel tidak pernah saya gagal memilikinya. Maka komen saya kali ini adalah berlawan arus dengan pendapat Datuk, saya mohon maaf.
Cuma sejak akhir-akhir ini saya terperasan dan terasa betapa Datuk seolahnya kritikal sahaja dengan apa jua yang kerajaan buat. Kalau komentar kritikal Datuk pasal KPI Menteri-Menteri dan tanggungjawab kerajaan kepada rakyat bawahan itu semuanya saya sokong sebab kita mahukan yang terbaik daripada pemimpin yang dipilih rakyat dan kita mahukan wang rakyat digunakan sebaik mungkin.
Tapi kalau sampai isu cuti inipun Datuk 'secara sengaja' memandangnya di aspek negatif, saya kecewa dan malu dengan pemikiran sehala seperti ini. Maaf kata.
Salam semua
ReplyDeleteLama dah tak jenguk laman blog ni. Tak sangka pula dah bertambah ramainya kaki bodek dan kaki hipokrit dalam blog nih...
Saya pernah bekerja sebagai jurutera di Johor. Gaji basic tak seberapa tapi kerja 6 hari seminggu dan 12 jam sehari. Cuti tahunan tak pernah habis sebab tak approved. Memang ada overtime sebagai incentive. Tetapi mengenangkan anak bini yang jarang2 melihat kelibat, besar ertinya cuti sehari pada orang2 macam saya, technician2, operator2 dan rakyat2 senasib.
Dalam konteks ini, saya melihat hanya disebabkan cuti diumumkan kerajaan secara tiba2 yang merugikan peniaga dan sekaum dengannya. Cuti raya dan tahun baru cina sampai seminggu. Back up plan dah dibuat, maka sebab itu company boleh compromise sikit kerugian. Still, Indonesian and Bangladeshi diupah ketika emergency. Saya tak kata mereka boleh diupah buat kerja2 clerical or professional, cuma company kena creative dalam hal macam ni.Kerajaan pun kena teliti jugak kalau membuat keputusan. Harus kena pada masa dan situasi.
"Kalau masa jalan-jalan, pekerja kemalangan atau jatuh sakit, majikan juga yang kena bayar medical"
Dato, SOCSO hanya bayar kalau kemalangan jalan pergi atau balik kerja. Majikan saya tak pernah bayar kalau saya kemalangan ketika 'jalan2'. Kalau medical tu biasa la. Sehari suntuk di kilang, mana datang penyakit tu. Itupun klinik panel susah nak approve MC.
Ginilah, H1: kasi cuti pekerja suka. H2: Kasi cuti, majikan rugi H3: Gomen kasi cuti. Conclusion, pekerja suka, majikan rugi, gomen belum tentu dapat undi. So, pandai2la majikan nak tgk angle mana nak puaskan hati.
Khairul
Sdr Fendy Ahmad,
ReplyDelete1. Tidak ada masalah Sdr dan para pembahas lain berbeza pendapat dengan saya. Itulah tujuan blog ini. Bukan macam media arus perdana yang dimiliki oleh pemilik berkepentingan dan tak boleh siar semua pendapat melainkan "politically correct", blog ini milik kita bersama dan kita bebas bersuara asal patut padan;
2. Negeri kita dah banyak sangat cuti. Dulu masa saya di NSTP, saya cetak akhbar 365 hari setahun. Tak ada Press Holiday. Sebab bagi saya berita dan makmumat penting. Sekarang akhbar tutup kedai macam pejabat biasa;
3. Kerja lebih sikit tak memudaratkan. Tinggal anak bini dengan kasih sayang tidak merugikan. Rindu membuat kita lebih kasih dan sayang. Kalau duduk di rumah hisap rokok, tengok drama murahan dan gaduh laki bini apa gunanya? Anak terikut-ikut habis semua jahanam;
4. Majikan kecil macam saya tak boleh tutup kedai sewenang-wenangnya. Rugi siapa nak tanggung? Cukai kepada kerajaan kena bayar juga. Tiap 27hb gaji pekerja wajib masuk bank. Kalau mereka cucuk, tak ada duit, mereka kata company dah nak bankrupt. Muka pun masam. Hutang bank dan hutang pembekal kena bayar. Orang hutang kita belum tentu bayar. Kalau majikan besar pun susah, apatah lagi majikan kecil dan sederhana Bumiputera;
5. Kerajaan boleh isytihar cuti mengejut. Cukai pungut juga. Gaji kakitangan jalan juga. Kerja tak jalan. Lampu isyarat mati, bekalan air terputus dan macam-macam lagi. Program yang orang dah diatur jadi kacau bilau.
6. Cukuplah, kita dah banyak sangat cuti. Kalau nak tunjuk terima kasih, bagilah habuan yang sesuai kepada Pasukan Bola Sepak kita yang menang itu. Bukan bagi cuti kepada orang yang tak peduli pun Malaysia kalahkan Indonesia.
Terima kasih.
Sdr Jamesh,
ReplyDeleteSaya tak ada pencen. Tak kerja dengan gomen. Kerja swasta. Dah lebih 60 tahun pun kena kerja lagi.
Masih bayar cukai pendapatan dan cukai korporat kepada kerajaan.
Lagipun, dari sejak kecil saya suka kerja. Saya rimas dan letih kalau tak ada kerja. Saya sihat dan kuat bila kerja.
Terima kasih.
Salam Dato" kawan dan rakan
ReplyDeleteLama lah Sudah tak buat lawatan
Kerja sibuk dok cari makan
Inilah nasib orang perniagaan.
Depa dok cuti kita kerja juga
Malas kerja dapor tak menyala
Projek kurang kena pi cari rata
Belanja naik untung tak seberapa.
Pasai bola ni Mat pun nak gelak
Menang dengan Indon kita naik galak
Sampai menteri jadi macam budak-budak
Istihar cuti tak fikir banyak.
Dulu Mat pun main bola
Masuk pasukan di Pekan Jitra
Pi lawan di Pokok Sena
Naik gerek dan tumpang kereta.
Ghani Minhat hero kita
Malaysia harum satu Asia
Tak ada cuti tak ada pesta
Kita korban demi negara.
La ni sikit-sikit bagi cuti
Dapat datuk dan macam-macam lagi
menteri dan raja tumpang sekali
Semua gila nak jadi seleberiti.
Nasib peniaga kecik depa tak peduli lagi
Depa dok jaga korporat gergasi
Bila bersara boleh jadi pengerusi
Kita dok lawan dengan lidah dan gusi.
Tak pa lah Tok nasib kita macam ni
Kita usaha petang dan pagi
Allah akan bagi rezeki
Rezeki halal untuk anak dan bini.
Hari ini cuti hujung minggu di negeri Kedah
Cuti Yang PM bagi tak jadi feadah
Hari Ahad anak-anak nak naik sekolah
Duit keluar tentulah sudah.
Sekian dulu Mat berundur
Ada kerja di Pangkalan kundor
Nak pi tengok orang menabor
Harong yoi, lanyau dan kelebor.
Mat Tunjang Enterprise
Bagi saya cuti yang diberi oleh kerajaan tak rugi miskipun gaji kena bayar cukai kena bayar atau terpaksa tangung kos kos lain.
ReplyDeleteBerapa banyak rugi itu berbanding dengan faedah yang dikenakan oleh bank jika pakai modal untuk urusniaga dan pemberian kepada pihak UMNO/BN.
Inilah punca kebanyakan syarikat bermasalah dan bangkrap hingga ada tuanpunya terpaksa bekerja sampai tua untuk bayar balik pinjaman.
Salin punca kena beri kepada orang orang tertentu saya boleh disebut cukai tak langsung berlaku sejak zaman berzaman atau dengan kata lain ia adalah rasuah untuk hidupkan sesebuah syarikat.
Kedua kebanyakan syarikat sederhana macam syarikat dato kadir di malaysia ini kena beri wang kepada umno ketika musim pilihanraya kecil dan umum.semacam wajib.
kalau kontraktor tak beri alamat tak dapat projeklah. Malah itulah janji habuan untuk dapatkan sesuatu.
Kalau tak dapat projek keringlah kereta mewah yang dibeli mungkin kena sorok takut ditarik balik.
Syarikat besar tak kurang dari jutaan ringgit kena bagi. manakala syarikat yang belum dapat projek kena beri juga puluhan ribu ringgit.
Saya rasa inilah punca syarikat baik kecil dan besar bermasalah dalam urusniaga masing masing.
ayat 'majikan boleh mati' tu kasaq.malaysia boleh jgn susah tak mati punya.orang melayu biasa buat menang sorak pun tak apa walau kampung kena gadai.
ReplyDeletezmy
datok..cuti lagiiii .ada ygb tak sedar pun kata cuti.cuti mengejut dan rezeki yg masih bekerja makan gaji dgn kerajaan atau swasta.namun yg kerja sendiri kalau asyik bercuti je alamat tak berasaplah dapor.tapi dato yg paling kesian golongan motong getah yg selalu banyak cuti kerana hujannn.kuranglah pendapatan.Cuti yg dato najib bagi ini hanyalah pada yg makan gaji.yang lain jangan lah bercuti.kerja lah juga.
ReplyDeleteNak mudah camni lah yer..
ReplyDelete1. Cuti 1 hari - pekerja gembira, syarikat ade yg mengalami sedikit kerugian, banyak juga syarikat kecil yang untung.. contoh yg bukak kedai.. pada cuti panjang ni ramai pekerja yg keluar shopping.. dan sedia maklum Syarikat2 tol juga untung kan? pekerja2 balik kg & jenjalan..
kesan utk 1 hari .. tidak benar syarikat semuanye rugi..
2. Harga Minyak naik - Pekerja sedih, Syarikat pun sedih, rakyat Malaysia yg prihatin juga sedih (terkecuali penganut ajaran sesat UMNO-APCO). barangan lain naik.. kesan sepanjang hayat ni bro
Datuk,
ReplyDeleteRasa rasa ada antara penentang cuti mengejut ni bukan kerana prinsip tapi kerana politik. Kerajaan Nik Aziz Kelantan pun istiharkan Ahad ni cuti umum atas alasan yang sama (menang bola). Bagaimana?
Setuju Datuk, Malaysia cuti banyak sangat. Bagaimana kalau potong Cuti raya Aidilfitri dari 2 hari kepada 1, Raya Cina dari 2 hari kepada 1, Kalau hari-hari kelepasan am jatuh pada hujung minggu tidak perlu diganti dengan "the following working day". Pendek kata, kurang cuti umum sampai tinggal 9-10 hari saja setahun.
Di Amerika kalau hari Krismas atau Hari Kemerdekaan (4 Julai)atau hari-hari kelepas am lain jatuh pada hujung minggu mereka tidak ganti pada hari isnin.
Seperkara lagi, kembalikan bekerja 5 setengah hari seminggu. Malaysia negara membangun bukannya negara maju.
Bagaimana?.
Salam.
Salam Dato',
ReplyDeleteKalau semua dah setuju ngan post Dato' dah seronoklah baca lagi, blog Dato' umpama Dewan Parlimen, ada pembangkang dan ada penyokong dan ada berkecuali. Yang bagusnya Dato akan siar semua komen kecuali komen yang mencarut atau menfitnah.
Kali ini saya tak sokong post Dato', sebab kebanyakkan cuti umum yang diwarta kan kerajaan jatuh hari Sabtu kecuali cuti Malaysia menang Piala AFF, tapi kena pergi kerja jugak sebab ada breakdown mesin, lepas atur kerja kena ke sekolah daftar anak darjah Satu.
Apapun , semoga Dato' teruskan menulis dan kami akan setia membahas.
Iskandar PT
1/ Malaysia menang , kita semua gembira. Pemain dan mereka yang ada kaitan dengan pertandingan bola tersebut diberi cuti 2-3 minggu dan ganjaran , kita sokong dan gembira untuk mereka. Tidak ada yang membangkang.
ReplyDelete2/ Mereka yang lainya, tidak berpenat menyokong, ramai juga yang tidak peduli perlawanan bola tersebut. Mereka cuti juga. ramai juga pekerja yang menyokong Indonesia, mereka cuti juga, atau dapat overtime.
3/ kenapa perlu bercuti?. banyak baik atau buruk kepada malaysia?.
4/ Sudah pasti banyak buruk dari baik, bagi swasta dan Malaysia secara keseluruhan.
assalamualaikum wbt....
ReplyDelete1. cuba bayangkan kalau suatu hari nanti kita ada atlit2 yang 'gempak2'..sukan olimpik dapat 10 pingat emas...cuti seminggu la kita,ye yop?
2.menang bola,cuti 1 negara..taktau undang2 mana dia pakai...
3.memang kita bangga...sangat sangat sangat sangat sangat sangat bangga!!seriously!!tapi takdela sampai tahap kena bagi cuti 1 negara kan..abeh kacau bilau...
4.la ni nampak macam PM ni beasq sangat..yg saya paham PM ni mengetuai kerajaan menjalankan kerja2 pemerintahan yang sudah ada SISTEM! ni nampak gaya macam PM lagi besaq dr SISTEM..main sodap ati je
btw,CONGRATZ HARIMAU MALAYA!!teruskan ngauman dan cakaranmu!!!
-anak orang-
Satu minggu kami oerang siber dgn penyokong Indon pertahan maruah negara. Awak perlekeh pulak. kalau tk sokong cuti tk apa tapi jgn perlekeh tahap pertandingan. Ingat senang ke nk jadi juara tahap ini pun
ReplyDeleteBukannya nak hina . Memang satu kebanggaan . Tapi biarlah yang bermakna . Menang piala AFF ni satu kebanggaan tapi taklah sampai macam menang Piala Dunia . Thailand dan 3 kali Singapura dah 3 kali Vietnam yang baru nak bangun dah 1 kali .
ReplyDeleteKalaulah kita kira belanja untuk Bola di negara kita dengan negara ketiga2 tadi maka adakah berbaloi ?
Jangan kata saya tak bangga .. saya tetap bangga cumanya fikir la sikit dapat UPSR 5 A dengan SPAM 12 A tentu ada standard perayaannya.
salam dato
ReplyDeletetahniah harimau malaya.
untung / rugi bercuti kalau dibahaskan memang tak habis.
setiap orang ada pandangan masing-masing .bagi pekilang mungkin tidak baik,bagi ahli politik/pentadbir ia mungkin baik.
dan kepada orang yang dapat bercuti tentu lagi baik.
hidup perlukan kejutan dan kelainan barulah menarik.
janganlah kita menghina negara sebab bercuti.atau ini keputusan politik.
kita memuja negara maju kerana mereka tak bercuti atau buat seperti kita tapi kita lupa
mereka- amerika,britain,jepun,
pernah membuat keputusan politik menyerang atau menjajah negara lain
atau menghancurkan negara lain.rakyat negara yang diserang menderita serta negara mereka hancur.
selamat bercuti dan bergembiralah.rakyat gembira negara stabil,negara stabil pengusaha maju dan kaya.negara kaya rakyat bahagia.
Tuan
ReplyDeleteNampak gayanya ramai juga yg kondem tindakan PM bg cuti ni. Macam2 lah alasan mereka. Ada yg kata APCO yang suruh, ada yang kata sebab PRU13, ada yang kata PM ikut suka hati, buat tindakan bodoh dan bla ... bla... bla... lah.
Walau apa pun alasan PM beri cuti ini, apakah patut dia digelar dgn berbagai macam gelaran hina dan nista ini.
Kalau nak ikutkan. MB Kelantan pun pernah bg cuti bila pasukan bolasepak Kelantan menang Piala Malaysia baru2 ini. Apakah MB Kelantan pun ikut telunjuk APCO? sebab PRU13? buat tindakan sendiri? dan tindakan bodoh? bla...bla...bla...
Apa macam kawan?.
Oh .. apalah sangat Piala Suzuki ni? Piala kudik (kecil). Lawan pun Indonesia saja.
Kudik tak kudik lah. Masuk tahun ni sudah 8 kali Piala ni dipertandingkan. Berapa kali Malaysia menang? 8 kali ke?
Siam menang 3 kali, Singapore 3, Vietnam 1 dan ini baru first time Malaysia nak menang. Itu pun selepas 14 tahun! Apalah sangat extra cuti 1 hari dalam masa 14 tahun ni. Lain la tiap2 kali jadi champion, kita declare cuti. Itu tak sesuai lah.
Lagi satu nak tambah. Bab untung rugi ni. Kalau cuti 1 hari, sales drop. Maknanya profit pun drop jugalah. Kalau profit drop, tax pun kenalah drop.
Sama juga kalau kena bayar gaji double or triple. Bila kos gaji naik, untung (profit) mestilah turun. Bila profit turun, cukai pun mestilah turun.
Jadi, apa bendanya nak komplen, gaji kena bayar, cukai pun kena bayar ni?
Rajjugobal
Piala AFF Suzuki bukan berprestij sangat yang penting untuk kita sekarang ialah Piala Asia......Piala AFF macam SEA Games sajalah.....kerajaan ini Menteri muda tak tau pasal kejayaan Malaysia setaraf dengan negeri2 China, Japun dan Korea dahulu jadi menang dengan Indonesia, Laos, Singapore dan negeri2 dalam Asean pun dah cukup!
ReplyDeleteCuti salah, tak cuti pun salah..
ReplyDeletesegalanya jadi serba salah..
jadi sekalian bapa & ibu..
maka suka hatilah labu..
yang penting org makan gaji dpt 1 hari cuti..majikan pun, kalau tak mampu kederat nak hulur bonus.. apa salahnya bagi cuti? 1 hari je..
Itu pun satu bentuk "benefit" pekerja juga..
Takkan asyik perah keringat orang saja..ingat besar sgt ka gaji dibayar & kenaikan (jika ada) bila ambil kira faktor kadar inflasi?
Lainlah kalau mencarum ekstra 5% atau lebih dlm EPF, baru lah boleh cakap "..aku ini majikan mithali, korang pekerja semua patut mengenang budi & kerja kuat sebab aku yg fikirkan masa depan korang.."
Negara makin maju tetapi institusi keluarga haru biru.. bapak tak pernah lekat rumah asyik sibuk kerja 365hari, Jauh dgn anak2 lebih2 lg anak lelaki..Ni lah salah satu punca kenapa trend lelaki jadi gay/pondan makin menjadi.. yang dok "program" depa adalah bibik & mak sendiri.. Bukan bapak sebagai contoh lelaki..jadi syok ka mau jadi lagu ni? Bila dah jadi barah, mula lah kecoh satu bumi, Cari sapa salah dan mahu dihukum sula, rejam atau terus kambus kebumi..masih third world mentality tapi mau hidup dlm
'1st class facility' ..
Kalau menang lagi Piala Suzuki lepas ni tak payahlah nak bagi cuti lagi..
Yg puas hati sgt tu sebab menang dgn Indonesia..kalau dgn Thailand atau negara lain tu saya rasa biasa saja..jiran sorang ni fiil dia maha pelik sikit..bukan sebab dia terbagus, tetapi sebab kurang ajar & biadap melampau..
Bukan kita saja fikir begitu, org Filipina pun sama..cuba cari komen dlm Youtube org Filipina komen pasal penyokong Indon yg mem"boo" & baling mercun ketika lagu kebangsaan Filipina dinyanyikan..biadap tahap maksimum.
Malaysia do not walk alone!
("/)
Salam,
ReplyDelete1>saya bersetuju dengan pandangan Dato',kerana membuka peluang utk berbahas isu cuti2 ni.Yg saya nampak,masalahnya ialah 'timing' cuti tersebut yang betul2 jatuh pada hari terakhir bekerja utk 2010.walaupun saya bekerja makan gaji sahaja,namun segala yg diaturkan utk menutup kerja tahun 2010 menjadi huru-hara,dgn annual stock check,production delay,tak boleh ke cuti di bawak ke hari lain??
2>Dalam dunia bolasepak,cuba susun prestij kejohanan,dari Sukan Sea,Piala AFF,Sukan Asia,Sukan Olimpik dan ,Piala Dunia Remaja,Piala Dunia....hanya AFF,Sukan Asia dan Piala Dunia yg jd pengukur kekuatan sesebuah negara utk skuad senior,yg lain lebih kepada pembangunan skuad remaja.so,mmg perlu penghargaan pada tiap kejayaan,namun harus bijak menilai dan memilih..
Saiful
Dato, sampai ke saat saya menulis komen ini, saya tidak dapat mencari apa rasionalnya memberi cuti kerana negara menang Piala Suzuki.
ReplyDeleteMenang bersyukurlah tetapi nak bagi cuti ini pasal apa? Bukan semua rakyat sukakan bolasepak. Kalau sudah terlalu gembira kerana menang piala tersebut yang gembira sangat itu sahajalah minta cuti peribadi jadi tidaklah letih majikan terpaksa keluar belanja yang banyak untuk ditanggung kerana perniagaan terpaksa ditutup.
Kalau tak percaya, tanyalah mana juga majikan pasti jawapannya mereka tak suka cuti. Kerana merekalah yang kena cari duit untuk bayar gaji, EPF, Perkeso, sewa bangunan kedai, bekalan letrik, air dan macam-macam lagi. Pekerja gembira cukup bulan. Majikan pening kepala bila cukup bulan dan cukup tahun. Nak fikir bayaran bonus lagi.
Jadi janganlah sewenang-wenang kerajaan mengisytiharkan cuti kerana peristiwa yang tidak manasabah untuk diberi cuti.
saye tersenyum bila baca entry ini. rasanya tun mahathir pun pernah bagi teguran pasal kerajaan yg tambah cuti umum Malaysia, 'Hari Malaysia' tahun lepas. Mungkin 'majikan boleh mati' tapi kalau dilihat dari sudut positif, cuti malaysia yg banyak ni antara faktor ramai professional luar negara suka bekerja di Malaysia. Ini pekerja profesional2 di kompeni saya sedang bekerja sendiri yg beritahu.
ReplyDeleteSaya setuju dengan pandangan Datuk tentang cuti yang banyak di Malaysia. Tapi untuk saya, cuti satu hari yang diumumkan oleh DS PM itu sebenarnya lebih bermakna dan dihayati daripada kebanyakan cuti yang telah diwartakan. :-)
ReplyDelete/AzmiS
Dato Kadir.Malaysia ini bagus juga kerana terlalu perihatin dalam banyak perkara.Satu drp nya ialah hal cuti ini.Dulu pelabat kerajaan bekerja 6 hari seminggu.Kemudian punya perihatin waktu bekerja tinggal 5 hari seminggu.Dulu cuti bersalin 45 hari.Hari cuti bersalin 60 hari pula.Mungkin ada permintaan hendak kepada 90 hari.Dulu emak aku mengandung adik aku pun pergu turun bendang tanam padi .Balik masak nasi .Angkut air.Cari kayu api.Orang akan kata itu cerita zaman dulu kala.Orang berniaga tak berapa suka cuit banyak kerana menjejaskan urusniaga mereka.Negara kita pun nak jadi negara perdagangan ketaraf global dengan produktiviti yang tinggi.Kalau cuti terlalu banyak adakah hasrat itu tercapai dengan baik.Lainlah orang yang makan gaji bulanan.Tak kerja pun gaji jalan.Inilah baik buroknya.Tapi kalau budaya negara terlalu banyak cuti lambat laun orang akan kata rakyat malaysia kurang produktik.Sektor perladangan umpamanya.Apa kata kalau cuti banyak.Rugilah jaewapnya.Ini tak termasuk soal cuaca lagi.Oleh lebih baiklah kerajaan janganlah terlalu gelojoh dengan cuti ini.Walaupun kerana undi dari rakyat.Rakyat juga kenalah rasional dalam hal ini.Nanti negara juga yg menerima kesannya.
ReplyDelete