Friday, December 24, 2010

Kisah Dua Syarikat Penerbangan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]


DULU memanglah kita boleh berbangga dengan Sistem Penerbangan Malaysia (Mas) sebagai “national carrier” atau penerbangan kebangsaan.

Walaupun pada masa itu ia tidak mempunyai pesaing, namun mutu perkhidmatannya, sama ada dari aspek layanan atau keluasan rangkaian, tidak boleh dipertikaikan.

Begitu juga dengan Sime Darby Berhad sebelum krisis kewangannya pada tahun 1999 yang melihat kemuflisan banknya, Sime Bank Berhad. Jadi, kerugian RM2 bilion yang dideritainya tahun lalu adalah ulang tayang kepada masalah pengurusan konglomerat milik Permodalan Nasional Berhad itu.

Kita tunggu dan perhatikan bagaimana saman ganti rugi Sime Darby ke atas lima bekas eksekutif kanannya serta kes rasuah ke atas seorang lagi bekas pengurusnya berkesudahan.

Buat masa ini saya tergerak menulis mengenai Mas setelah membaca dua rencana mengenai penerbangan awam – pertama berkaitan Ketua Eksekutif AirAsia, Tony Fernandez, dipilih “Businessman of the Year” oleh majalah Forbes Asia dan kedua mengenai statistik pergerakan penerbangan antarabangsa dalam majalah Flight International (FI).

Jelas daripada perangkaan FI bahawa kemunculan AirAsia di bawah pemilikan baru pada tahun 2001 telah membantu mempertahan kedudukan Malaysia sebagai salah sebuah daripada 22 buah negara di dunia yang mempunyai paling banyak pergerakan penerbangan antarabangsa.

Kalau kita ambil perangkaan 2008/09, kita akan dapati yang Mas menderita kejatuhan penumpang selama enam suku tahun berturut-turut antara 2008 dan suku pertama 2009 sedangkan AirAsia mencatatkan peningkatan penumpang yang berterusan pada kadar melebihi 20 peratus.

Menurut perangkaan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (International Civil Aviation Organisation/ICAO), Malaysia menduduki tempat ke-17 pada tahun 2009, tidak berganjak daripada tempoh 1974-79, dengan menguasai 1.46 peratus daripada pergerakan penerbangan awam dunia.

Mas Lwn AirAsia

SEPERTI kita maklum, Mas banyak memotong destinasi antarabangsanya sejak ia diambil balik oleh kerajaan pada tahun 2002. Dalam tempoh itu juga, banyak syarikat penerbangan antarabangsa memberhentikan perkhidmatan ke negara kita kerana krisis ekonomi dan kenaikan harga minyak.

Menurut “entry” dalam Wikipedia, sehingga Jun lalu, Mas terbang ke 57 destinasi antarabangsa setelah menutup lebih 30.

Justeru itu, adalah tidak memeranjatkan jika prestasi kewangan Mas yang diuar-uarkan sebagai semakin kukuh sebenarnya berpunca daripada penjimatan perbelanjaan dan bukan daripada peningkatan perniagaan.

Sebaliknya, AirAsia berkembang secara nyata sejak dijual kepada Tune Air Sdn. Bhd. pada tahun 2001. Misalnya, pada permulaan ia hanya mempunyai dua buah pesawat sendiri dan menyewa selebihnya. Ia beroperasi hanya dalam negara.

Tetapi sehingga 1 November lalu ia mempunyai 100 pesawat sendiri dan sewa dari jenis Airbus A320, A330, A340 dan Boeing 737. Ia terbang ke lebih 400 destinasi di 25 buah negara dan wilayah.

Selain Malaysia, AirAsia juga mempunyai anak syarikat yang beroperasi di Negeri Thai, Indonesia, Vietman dan Filipina serta memiliki operasi antarabangsa jarak jauh di bawah panji-panji AirAsia X.

Bagi Mas pula, sejak diambil balik oleh kerajaan, ia tidak lagi mempunyai pesawat sendiri. Semua pesawatnya diambil alih oleh Penerbangan Nasional Berhad pada tahun 2002. Untuk menjalankan operasi, Mas “menyewa” pesawat daripada Penerbangan Nasional. Penerbangan Nasional adalah syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad.

Dalam bahasa yang mudah, Mas beroperasi seperti seorang drebar teksi yang tidak ada teksi sendiri, tetapi menyewa teksi dari pihak ketiga.

Fleet Mas Semakin Tua

MAJORITI kapal terbang yang digunakan oleh Mas adalah fleet lama yang berasal dari zaman ia diswastakan, kecuali beberapa buah pesawat baru jenis Boeing 737-800.

Fleet Boeing 737-400 Mas adalah antara yang tertua di dunia. Ada yang masih menggunakan tandas pam sedangkan pesawat moden menggunakan tandas sedut (suction toilet).

Tetapi kita perlu akui bahawa fleet B737-400 Mas mempunyai rekod keselamatan dan penyelenggaraan yang cukup baik hasil kecekapan dan dedikasi para jurutera dan mekaniknya. Fleet AirAsia pula adalah antara yang termuda di dunia.

Inilah perbezaan antara Mas yang dimiliki kerajaan dan ditadbir oleh pengurus makan gaji dengan AirAsia yang dimiliki dan diurus oleh usahawan bebas.

Ini membawa kita kepada satu soal yang pahit yang kita terpaksa tanya: Adakah bermanfaat dan tepat kita terus memberi taraf “national carrier” (penerbangan kebangsaan) kepada Mas jika ia tidak lagi mampu mengibarkan panji-panji negara dengan cemerlang di luar negara?

Di bawah pemilikan swasta dulu, Mas terbang ke empat penjuru dunia – ke tempat-tempat seperti Newark (Amerika Syarikat), Mexico City, Zurich, Khaherah, Vancouver, Honolulu, Kuwait, Bahrain, Chengdu, Zagreb dan banyak lagi. Tetapi hari ini tidak lagi terbang ke destinasi-destinasi ini.

Jadi, perlukan kerajaan terus menanggung beban menyokong operasi Mas di saat-saat kerajaan sendiri sedang memikirkan penjualan sesetengah asetnya yang kini dipegang oleh Khazanah Nasional?

NOTA kaki: Pada tahun 1994, dalam percubaan menyelesaikan kedudukan kewangan Mas yang lemah dan mengatasi masalah kenaikan kos buruh dan faedah pinjaman serta keengganan peminjam terus memberi hutang, pemilik terbesar Mas iaitu Bank Negara menjual 32 peratus sahamnya Mas yang dimilikinya kepada Malaysia Helicopter Services Berhad yang dimiliki usahawan Tajudin Ramli.

Tajudin membeli saham-saham Mas pada harga yang lebih tinggi daripada yang diniagakan di Bursa Malaysia bagi mengelakkan Bank Negara daripada menanggung kerugian. Kerajaan terus “mengawal” Mas melalui seunit Saham Emas (golden share) yang dipegangnya. Saham itu memberikannya kuasa veto ke atas keputusan Lembaga Pengarah Mas.

Penswastaan Mas berlaku serentak dengan globalisasi ekonomi Malaysia dan peningkatan kegiatan diplomasi Malaysia yang memerlukan Mas membeli lebih banyak pesawat baru untuk terbang ke lebih banyak destinasi antarabangsa.

Ini berlainan sekali dengan keadaan selepas Mas diambil balik oleh kerajaan dan ditadbir oleh pengurus makan gaji di mana ia memotong banyak destinasi antarabangsa dan menjual pesawat-pesawatnya kepada Khazanah Nasional Berhad.

Saya tidak akan membuat kesimpulan mutakhir mengenai Mas. Saya serahkan kepada para pembahas dan pembaca untuk berbincang dan memberi pendapat.

62 comments:

  1. Project MAS era Idris Jala adalah utk kembalikan trek kewangan ke arah keuntungan. Caranya cara economist/ accountant, tengok kunci kira2, buat strategy, cut costs, syor kpd kerajaan melalui khazanah dan viola. 
    Well done, things returned to black, government happy and senatorship is the reward for the next (cost-cutting) project.
    Air Asia, in contrast, is a living corporation breathing vision and mission, undertaking challenges after challenges, months after months, year in year out with proper entrepreneur leading the charge. His aim, I believe, is in and around increasing market shares and higher stakes in world's aviation industry. He must have had conceptualised and realised hundreds of projects to be where he is at the moment. Credit to him.
    That's probably the obvious difference between those two. Unless MAS could find someone that fit to lead as an entrepreneur equipped with resilient, entrepreneurial skills, things would never change. And among the first thing, he/she needs to do is to convince accountant-minded people at Khazanah that he/she has got everything set-up, ready to roll and fly the MAS high into the world's sky.

    ReplyDelete
  2. abdullahngah9:03 AM

    Apabila membaca rencana bertajuk: kisah dua syarikat penerbangan maka bolehlah saya buat kesimpulan bahawa kerajaan memang tak layak berniaga.

    Atau dengan kata lain jangan sekali kali kerajaan berniaga.

    Kalau diteruskan juga alamat muflislah GLC sekaligus kerajaan sepertimana dinyatakan Datuk Seri Idris jala menteri di jabatan perdana tidak lama dahulu.

    Mengapa? bukan apa, kerana ada pihak yang pentingkan diri mengambil peluang atas "lubok emas" milik kerajaan.

    Tidak mustahil petronas turut muflis suatu masa nanti sepertimana yang pernah berlaku syarikat minyak Indonesia.

    Mas dijual kepada Datuk Tajuddin Ramli dan diambil balik semula oleh kerajaan kerana menghadapi masalah yang sangat buruk.

    Kita juga kena ingat air asia juga berkemungkinan muflis kerana menghadapi hutang yang terlalu banyak dengan faedah yang tinggi membeli pesawat sendiri.

    Kita masih belum lupa dengan dua syarikat gergasi Amerika Syarikat yang dah muflis dek penyeleweangan yang berlaku.

    Oleh itu banyak penyeleweangan yang berlaku dalam GLC punca mengalami kerugian yang berlanjutan.

    Seperkara lagi kebanyakan GLC negara hanya untung atas kertas saja dan rugi besar sepertimana yang berlaku pada TNB yang tiada persaingan. Apatah lagi GLC yang ada persiangan seperti MAS yang dicadangkan supaya bergabung dengan Air Asia.

    Namun begitu punca penyebabnya harus dibunuh jika mahu maju kejayaan. Selagi ada prasait selagi itulah berlaku kegagalan dan jangan diharap untuk berjaya.

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:50 AM

    kabarnya MAS telah disalah urus dengan teruk pada zaman swastanya dan masih tak berubah selepas diambil-alih kerajaan semula..... pegawai-pegawai ada yang bergaya dengan kereta mewah untuk dijadikan 'company car' bukan E-Class tapi khabarnya S-Class........belum lagi cerita pembaziran dengan menggunakan khidmat perunding luar negara yang sebenarnya CON-sultan..... entahlah......

    -Missisippi-

    ReplyDelete
  4. Walau apapun, perkhidmatan oleh MAS adalah antara yang terbaik di dunia jika nak dibandingkan dengan Air Asia.

    Mungkin perkhidmatan Firefly boleh diperbaiki untuk menandingi Air Asia.

    Walaupun harga tiket penerbangan MAS lebih mahal jika nak dibandingkan dengan Air Asia, tetapi sudah tentu kita akan berpuas hati dengan mutu perkhidmatan anak kapal MAS berbanding Air Asia.

    ReplyDelete
  5. Tok,

    Kes rasuah dan pecah amanah ni Tok, hukuman setimpal dengannya adalah POTONG TANGAN.

    Nak suruh depa bayar gantirugi??

    Depa dah jadi kaya raya dah, nak bayar 10juta, 30 juta, tyak de masalah punya.

    Kalau bermasalah pun, diistihar bankrap, tu je!

    POTONG TANGAN je perasuah ni.

    ReplyDelete
  6. drebar pesawat10:26 AM

    Dato

    MAS terpaksa beroperasi sebagai pembawa imej negara. Sama seperti yang kita lihat Rapidbus di bandar bandar besar. Keselesaan penumpang di utamakan.

    Air Asia pula beroperasi mengejar penumpang. Sama macam dulu kita lihat bas mini di KL. Keuntungan pemilik di utamakan.

    ReplyDelete
  7. husin syedmohamad11:11 AM

    1/ Sukar membahas isu yang tidak banyak maklumat yang hendak dipastikan bahawa ia fakta yang betul.
    2/ Saya kurang jelas kesan kepada PNB , jika berlaku sesuatu kerugian besar MAS, sebagai tuan punya kapalterbang.
    3/ Ada terbaca dalam laporan, kata kurang manis dari CEO Air Asia dalam satu perjumpaan, supaya kerajaan keluar dari urusniaga perniagaan, dan biarkan kepada pihak swasta sahaja. Sasaranya termasuk GLC. Beliau telah mendapat tepukan gemuruh.
    4/ Saya juga kurang jelas , baikpulih yang dilakukan oleh DS Idris Jala semasa di MAS dulu. Adakah membawa kebaikkan jangka panjang kepada MAS?.

    ReplyDelete
  8. Good one Datuk.. mintak share link.

    MAS vs AirAsia vs MAHB satu lagi. Hehehe..

    ReplyDelete
  9. contrary to what airasia tells everybody, mas and airasia is actually fighting for different segment of the business.

    airasia - low cost, no-frills airlines. you are paying just to get their service.

    mas - high value, full-service airlines. you are paying for their value.

    it is inevitable that low-cost,no-frill business will always have a larger volume than full-service business. however, it is very much possible that both business will thrive as they target different aspect of the market.

    mas is launching their counterattack through firefly, no-frills version of mas, they will start operate with new 737-800 from klia starting in jan 2011.

    the best thing about tony is showmanship. he knows how to sell. unfortunately for mas, they have no such person since idris jala left.

    there's still good money to be made in selling first and business class seats, or else SIA won't sell business-class ONLY flights from USA to singapore.

    in end of the day, having mas/firefly and airasia is better than having only mas or airasia because we will have choices, better price and service. can you imagine how much it cost to fly between kl and singapore 10 years ago vs. today? or kl-london 5 years ago vs. today? imagine that...

    ReplyDelete
  10. Tok Kadiaq

    Dalam harga pakat dok naik,tup tup
    Tony mai bagi murah.Cukup hebat Tok.

    Banyak kurang kos Tok!He's my man!

    Satni MAS mai dok kacau daun,habih ghapla semua.

    La ni kalau nak pekena orange roughy kat Christchurch pun mampu Tok.

    tk

    ReplyDelete
  11. Anonymous12:57 PM

    Dato', dalam kita seronok meraikan Air Asia dan Tony Fernandez dengan kejayaan nya tetapi amat lah di harapkan mereka yamg bertanggung jawab sebagai badan yang memantau keselamatan penerbangan ini bertindak secara jujur dan ikhlas.
    Corak, cara mereka bekerja dan di samping pengambilan juruterbang dan technicians yang mengendalikan pesawat perlu di beri perhatian yang amat ketat kerana akibat dari kecuaian ini kelak juga akan memberi kesan kepada negara.
    Tahap keselamatan Air Asia mesti telus kepada penumpang dan juga rakyat Malaysia dan perakuan dari pehak Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) mesti membuat perakuan atas tahap "Flight Safety" status Air Asia inclusively from A to Z. Air Asia and DCA must be made accountable with such kind of declaration openly. This is for the benefit of all "every one can fly".
    Jangan kita seronok memuji dan memuja tetapi kita lupa perkara utama dalam pengendalian Syarikat Penerbangan.
    Melihat keuntungan dan kejayaan sesaorang bolih menjadi bongkak dan tamak dan lupa tanggung jawab sosial terhadap negara.
    So Dato', that is a real concern and the success story of either one doesn't matter but I am skeptical especially on safety!. Anak69KL.

    ReplyDelete
  12. never fly1:59 PM

    Tahniah dato'..entry yg sangat bagus dan berinformasi.

    Itulah perbezaanya diantara syarikat under gomen dan private.

    sepatutnya MAS terus mampu mengungguli setelah sekian lama beroperasi walaupun ada saingan seperti Air Asia.Tapi Air Asia sungguh kompetitif dan berdaya maju.
    MAS seolah-olah hanya beroperasi dengan objektif untuk selesa sahaja dan bukan berdaya saing.

    ReplyDelete
  13. YDH Datuk,

    Datuk begitu tepat dalam pemikiran dan kupasan Datuk. Tetapi, malangnya, Datuk tidak jujur kerana tidak (yakni, tidak mahu) menimbulkan sebab asas kemerosotan keadaan MAS (berbanding AirAsia). Yakni, MAS ditadbirkan oleh orang2 Melayu (berkroni) manakala AirAsia ditakbirkan oleh orang bukan Melayu yang begitu cerdek.

    Kan sebab, sebenarnya (apapun huraian Datuk), asas kedudukan Datuk ialah kerana Datuk seorang rasis yang dihantui oleh teriakan ketuanan Melayu; walau pun Datuk juga seorang yang begitu pintar.

    Salam

    LJ

    ReplyDelete
  14. Anak Parit/Bota/Lambor2:43 PM

    Salam Dato',

    MAS adalah anak emas kerajaan apabila segala kerugian yang dialaminya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
    Kalau MAS hanya setakat drebar untuk Penerbangan Nasional Berhad adalah lebih baik MAS dijual sepenuhnya kepada pihak-pihak yang berminat supaya kerajaan tidak terlibat lagi dengan urusan perniagaan yang tidak menguntungkan.
    Sepertimana kata Datuk Tony Fernandes , kerajaan sepatutnya tidak terlibat lagi dalam perniagaan supaya kerajaan tidak bertindak 'melindungi' perniagaan tertentu dan syarikat-syarikat tersebut boleh bersaing secara bebas dan sihat dan membuktikan kebolehan CEO mereka.
    Kebanyakan industri yang diceburi oleh kerajaan menyebabkan persaingan secara tidak adil berlaku seperti industri automobil.
    Industri monopoli seperti TNB dan Telekom menyebabkan kerugian kepada pengguna apabila tarif perkhidmatan dinaikkan oleh syarikat terbabit.
    AIR ASIA membuktikan bahawa mereka boleh berkembang dan mencatatkan keuntungan tanpa 'perlindungan' oleh kerajaan manakala MAS yang dilindungi oleh kerajaan terus menjunam pendapatannya.
    Kerajaan menggunakan dana awam untuk 'bailout' kerugian syarikat-syarikat GLC ini yang sepatutnya digunakan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat, adakah GLC ini akan mengundi kerajaan bila tiba pilihanraya?
    Fikirkanlah..

    Anak Parit/Bota

    ReplyDelete
  15. Salam dato,



    MAS kena terus berniaga.....


    Selain mengangkut penumpang, MAS elok pertimbang untuk memperkenal `extended ground services', seperti hotel,`specialty tours', `shopping destinations' `fashion shows' dll dengan kerjasam menguntungkan dengan syarikat syarikat berkenaan perkara perkara tersebut di malaysia dan juga disemua negara negara destinasi.



    Selain dari itu, `special student
    packages',`extended conference services' dan `university affiliation in courses of aeroplane/space engineering, tourism,hospitality etc' juga perlu dipertimbangkan.. diMalaysia dan dinegara negara lain.



    Elok juga pertimbang tukar `tuan'.... PNB ka,FELDA ka, LTAT ka.....kalau takat `reorg' syarikat MAS saja tak menjadi, elok tukar `tuan,..saya cadang `tuan' `tuan' baru seperti yang diatas...



    Kerjasama dengan POS MALAYSIA juga bolih menjadikan MAS sebagai `extended' courier service
    untuk online shopping syarikat itu....kalau nasib baik, kalau tak sama, mungkin lebih baik dari ebay dimasa hadapan...



    SEMUGA MAS akan kukuk balik... TANGKAP MEREKA YANG GERENGAU DAN CEKAU duit tu juga jangan DIKETEPIKAN....



    Asalkan jangan MAS untung dengan juai pejabat,juai kapai ter-bang ,juai saham sendiri udah laa... nanti KEOK kalau macam tu!.



    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  16. Azlan4:20 PM

    Memetik ulasan Saudara LJ,

    "Yakni, MAS ditadbirkan oleh orang2 Melayu (berkroni) manakala AirAsia ditakbirkan oleh orang bukan Melayu yang begitu cerdek."

    Saya rasa AirAsia juga ditadbir oleh org Melayu, Bumiputra Bukan Melayu dan Bukan Bumiputra. Betulkan saya sekiranya saya silap. Terima kasih.

    ReplyDelete
  17. Azlan4:21 PM

    Memetik ulasan Saudara LJ,

    "Yakni, MAS ditadbirkan oleh orang2 Melayu (berkroni) manakala AirAsia ditakbirkan oleh orang bukan Melayu yang begitu cerdek."

    Saya rasa AirAsia juga ditadbir oleh org Melayu, Bumiputra Bukan Melayu dan Bukan Bumiputra. Betulkan saya sekiranya saya silap. Terima kasih.

    ReplyDelete
  18. Kepada pembahas LJ dan Azlan, sila ambil maklum maklumat berikut:

    Pengurusan Mas

    Azmil Zahruddin Bin Abdul Aziz
    Managing Director, Chief Executive Officer and Non-Independent Executive Director
    Mohd Azha Bin Abdul Jalil
    Chief Financial Officer
    Shahjanaz Binti Kamaruddin
    Secretary
    Mohd Roslan Bin Ismail
    Senior General Manager - Engineering and Maintenance, Managing Director - MAS Aerospace Engineer
    Shahari Bin Sulaiman
    Managing Director of MASkargo
    Chin Tung Leong
    Managing Director - Firefly
    Mohamed Azharuddin Bin Osman
    Director of Operations
    Effendi Bin Abdul Rahman
    Senior General Manager - Human Resource
    Mohd Nawawi Bin Awang
    Senior General Manager - External Relations
    Indira Nair
    Senior General Manager - Communications

    Pengurusan AirAsia

    Anthony Francis Fernandes
    Group Chief Executive Officer, Director
    Kamaruddin Bin Meranun
    Deputy Group Chief Executive Officer, Director
    Tassapon Bijleveld
    Chief Executive Officer - Thai AirAsia
    Bo Lingam
    Chief Executive Officer, Regional Head - Operations
    Mr. Dharmadi
    Chief Executive Officer - Indonesia AirAsia
    Jasmindar Kaur
    Company Secretary
    Abdul Aziz Bin Abu Bakar
    Non-Executive Chairman of the Board
    Conor McCarthy
    Non-Executive Director
    Khee Seong Leong
    Independent Non-Executive Director
    Lee Ee Fam
    Independent Non-Executive Director

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Kedua-dua syarikat ini berlainan bentuk operasinya dan objektifnya berlainan juga. Jadi dari segi prestasi tentu sekali ada perbezaan. Adalah tidak adil kita membuat perbandingan diantara dua syarikat ini.

    Namun demikian, MAS telah mengalami berbagai cabaran dari segi cara pengurusan syarikat tersebut. Yang ketara sekali ialah apabila Tajudin Ramli menjadi pemegang saham yang terbesar dan menjadi CEOnya. Beliau telah gagal mengendalikan MAS dengan baik dan akibatnya MAS dihantui oleh kerugian besar tahun demi tahun.

    Saya menuding jari kepada kerajaan yang telah gagal mengawal dan memantau prestasi MAS ketika Tajudin Ramli menerajui MAS.

    Kerajaan telah membuat kesilapan besar dengan menjual sebahagian besar saham MAS kepada Tajudin Ramli. Begitu juga menjual sejumlah besar saham Guthrie kepada Khalid Ibrahim.

    Sepatutnya syarikat-syarikat GLC tidak seharusnya dijual kepada individu "Umnoputra" dan menjadikan mereka sebagai CEO.Kerajaan sepatutnya melantik hanya mereka yang difikirkan mempunyai kelayakan dan kemampuan untuk mengendalikan syarikat GLC dengan menawarkan kontrak selama tiga tahun sahaja. Dalam masa tiga tahun apabila didapati prestasi KPI mereka tidak menyerlah perkhidmatan mereka jangan dilanjutkan. Cara inilah yang paling terbaik sekali untuk menentukan bahawa syarikat-syarikat GLC diuruskan dengan baik.

    Disamping itu semua syarikat GLC mestilah ada "independent management audit committee"untuk melaporkan perjalanan syarikat terus kepada kerajaan tiap-tiap tahun untuk memantau prestasi pengurusan.

    Mengenai Sime Darby, baru-baru ini saya terserempak dengan bekas Pengurusi Sime Darby Tunku Ahmad di Bangsar Shopping Complex dan bertanyakan kepadanya apa telah terjadi kepada Sime Darby.
    Beliau menjawab, " It is very sad indeed this thing happens"!!!

    ReplyDelete
  20. Anonymous6:39 PM

    Tok Kadir, saya pelanggan ketegar Mas. Tak pernah naik AirAsia. Tapi nak kata Mas baguih pasai full service pun tak betui. Naik mas kelas ekonomi KL-Langkawi dapat oren dalam gelas plastik dengan kacang goreng secotet saja tok.

    Kera di Waterfall Penang pun minum coke dengan kacang goreng. Tak tau la kalau yang dok kata Mas baguih full service ni depa yang dok pakai duit kerajaan atau duit kompeni naik first class dan business class kot.

    Next trip nak cuba AirAsia. Pramugari dia pun nampak cun-cum. Jom kita try Tok!

    Kamjat Penang

    ReplyDelete
  21. Jojo517:21 PM

    Both MAS and Air Asia have their strength and weaknesses. And both will be good case studies for business students on the concept of "doing things right" and "doing the right things".

    However, the fundamental issue here is whether both should compete or complement each other. If both decide to be adversarial it will benefit none.

    To grow and to compete globally, leverage on each other's strength and competencies. Both airlines will never move to the next level until and unless they make strategic sacrifices.

    The ball is now with both CEOs.

    ReplyDelete
  22. tok. salam 2011.

    SAYA SUKA MELIHAT BAGAIMANA HUTANG AIR ASIA KEPADA MAB. BAGAI MAS MENJUAL ALAT GANTI NYA INJEN PERSAWAT DAN SEWA SEMULA. QATAR AIRWAYS YG BARU PUN ADA AIRPORT SENDIRI. PINGAN SUMBING MASIH LAGI MAS PAKAI.MALAYSIA KITA SUDAH HILANG ARAH.. 36BILLION MRT(GAMUDA JV SYED MOKTHAR)..AAAA BERHAD,maxis di nyah senarai dari bursa. selepas RBS bagi biayai hutang maxis.. lepas tu senarai balik.
    Kita tunggu 5 ke 10 tahun bila bon bon ini sampai untuk di tebus semula. pada masa itu baru KERAJAAN KITA TAHU APA NAK JADI DENGAN MALAYSIA/.

    MANA DIA DANA HARTA PUNYA TANAH YANG DI TEBUS.. AZMAN YAHYA BOLEH JAWAB SOALAN NI.
    160 JUTA KERAJAAN HUTANG DUIT TEBUS TANAH CIQ YANG MANA MAHKAMAH JOHOR SUDAH ARAH BAYAR DAH TIGA BULAN TAK BAYAR KEPADA TUAN MILIK TANAH.

    CIMB berapa hutang lapuk NYA...

    EKONOMI MALAYA INDAH KABAR DARI RUPA..
    Mampukah Najib membawa balik KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP DIRI NYA,..
    300 orang di malam Maal Hijrah.di masjid negara..
    Bagaimana Menteri Hal Ehwal Agama Malaysia di Tanah Suci Mekah.

    tok "SAD BUT TRUE"

    SALAM

    ReplyDelete
  23. Tok,

    Sepatutnya Tok jelaskan bagaimana MAS rugi 8 billion.

    PKFZ dianggap scandal terbesar dengan kerugian 12 Billion. MAS jatuh no 2, 8 billion. Campur kedua-dua ni dah jadi 20 Billion!

    PERSOALAN SAYA, KENAPA KERAJAAN PEMERINTAH TAK MAHU AMBIL TINDAKAN MAHKAMAH KEPADA BEBERAPA INDIVIDU TERTENTU?

    2 Lapuran POLIS dibuat oleh Pengurusan MAS pada 2007. Bagaimana dengan surat Dato' Ramli Yusuf (Pengarah Jabatan Jenayah Komersial PDRM) kepada PM Dollah Badawi? Bukankah Dato' Ramli mencadangkan kepada PM, tindakan mahkamah perlu diambil kepada beberapa individu?? Mengapa senyap langsung tak berasap??

    Hari ini, selepas beberapa siri pertemuan Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS dengan SPRM, bersama beberapa surat menyurat kepada PM, Khazanah dsb, ahkirnya SPRM mengakui 'ADA KES' bersabit kerugian MAS 8 billion. Tapi, kali ini giliran NAJIB PM pula senyap. MENGAPA SENYAP???

    Masalah MAS bermula 1994 hingga 2001.

    NOTA KAKI DATO' BERMULA 1994 SANGAT RELEVAN. DEDAHKAN LAH DATO', PERKARA YANG SEBENAR, BARU NAMA JIHAD, BERKATA BENAR KEPADA PEMIMPIN YANG ZALIM!!!

    PEMIMPIN MELAYU 'ELIT', DAN AHLI PERNIAGAAN MELAYU 'ELIT' BERSAMA UMNO BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA KEHILANGAN DANA NEGARA.

    LEPAS MAS, SIME DARBY, SIAPA SETERUSNYA???

    AMAT MALANG BAGI MALAYSIA, TOKOH HEBAT SPT TAN SRI ALI HASHIM JCORP, DAN MERICAN PETRONAS, DICANTAS SESUKA HATI!!

    ReplyDelete
  24. 1994,

    MAS diterajui Tajuddin. Lapuran MACC dibuat oleh Shahari Sulaiman,MASKargo’s Managing Director, MAS mempunyai wang tunai RM600million.

    2001,

    Tajuddin meninggalkan MAS dengan hutang 8 Billion.

    Walaupun kerugian 8 Billion, Kerajaan membeli balik MAS dari Tajuddin pada RM8 sesaham walhal harga pasaran kurang sedikit RM4 per saham. Keuntungan Tajuddin lebih 100%!!

    MAS saman Tajuddin. Tajuddin saman balik MAS dan beberapa parti termasuk Danaharta dan Kerajaan Malaysia RM13.6 billion.

    ..........panjang cerita!!!!

    Saya desak Najib rakyat didahulukan wajib menubuhkan suruhanraya menyiasat kerugian MAS!!!!

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum pak Kadir

    Dulu bila Mas rugi,alasan yg buat kita anguk anguk geleng geleng adelah,Mas kene tanggung rugi dalam penerbangan dalam negeri,pernah Mas tak mahu urus penerbangan dalam negeri.Tapi bila AA buat dan dapat untung Mas nak kacau daun lak, ape semua ni?.

    Itulah dia kita dok selalu cakap pasal jati diri,kenapa Singapore airline dok buat untung? mcm lah dia pakai air je untuk terbangkan pesawat.Yang pasti pengurusan mmg komited untuk buat untung untuk sayrikat dan tak de niat lain.Tak de minat untuk buat poket sendiri kembung.Sungguhpon dorang bukan islam tapi niatnye ikhlas.

    ReplyDelete
  26. Datuk,

    Malas saya nak komen panjang panjang pasal MAS ni.Ianya adalah salah satu contoh sykt kerajaan yg dirompak oleh cukong cukong UMNO.Selagi mana UMNO berkuasa kita akan dpt lihat kes kes seumpamanya semakin bertambah.

    Rakyat Malaysia sebenarnya menyerah amanah negara ini kepada perompak selama 52 thn.

    Jadi dlm PRU13 ni kita nak bagi lagi ke kat depa?

    ReplyDelete
  27. Salam Dato' dan pembahas,

    Air Asia di diuruskan oleh tuan punya syarikat itu sendiri iaitu Datuk TF, manakala MAS diurus kan oleh orang yang hanya makan gaji.
    Perbezaan ketara ialah AIR ASIA mampu menjana keuntungan dengan berganda-ganda manakala MAS terus mencatatkan kerugian.
    Kenapa ini berlaku?
    Datuk TF menguruskan Air Asia atas dasar 'kepunyaan' nya sendiri bersama rakan-rakannya yang dikongsi bersama-sama saham syarikat tersebut, sekiranya mereka rugi maka Datuk TF dan rakan-rakannya tak akan dapat gaji tetapi akan terus menanggung hutang dan mungkin muflis dan hilang segalanya.
    MAS yang diuruskan oleh CEO makan gaji hanya perlu datang kerja dan sekiranya MAS rugi, gaji CEO tetap akan dibayar dan CEO tersebut tidak akan menanggung rugi atau jatuh muflis.Maka sebab inilah pembaziran akan terus berlaku, kerana tiada sikap 'sayangkan' syarikat kerana CEO tersebut dilantik atas asas 'kelayakannya' diatas kertas.
    Datuk TF juga mungkin akan gagal sekiranya dia dilantik sebagai CEO MAS kerana jika hanya sekadar makan gaji.
    MAS perlu dilelong secara terbuka dan dijual kepada pihak yang mampu membida pada harga tinggi.
    Kerajaan sepatutnya tidak mem'bailout' MAS dari TS Tajuddin Ramli hanya semata-mata untuk selamatkan "mercu" negara. Setiap sen yang dibelanjakan menyelamatkan MAS pada masa itu hanya menyebabkan kerajaan menanggung hutang yang bernilai berbillion.
    Ini juga berlaku kepada Bakun Hidro Elektrik bila kerajaan mem'bail out' dari Ekran Bhd dan akhirnya SIME menanggung kerugian berbillion apabila orang yang tidak 'pakar' dalam urusan tersebut membuat keputusan mereka sendiri.
    Saranan Datuk TF bahawa kerajaan berhenti berniaga dan hanya menumpukan kepada soal dasar, perlaksanaan polisi, kutipan cukai dan penguatkuasaan adalah kena pada masanya kerana penglibatan kerajaan dalam GLC hanya menyebabkan persaingan secara sihat tidak wujud dalam industri tertentu seperti TNB , Telekom, Proton dan banyak lagi.
    Ia hanya merugikan pengguna yang mahukan lebih banyak pilihan dalam perkhidmatan, harga dan jualan.
    Kerajaan sepatutnya melihat perkara ini 20 tahun lalu, sekiranya banyak syarikat yang wujud dalam industri yang sama ia akan memberikan kerajaan kutipan cukai korporat yang lebih tinggi apabila syarikat-syarikat yang terlibat bersaing mendapatkan seberapa banyak kutipan dari perkhidmatan yang ditawarkan.
    MAS yang 'dilindungi sepenuhnya' oleh kerajaan hanya menyebabkan kerajaan terus mendukung 'biawak hidup' manakala AIR ASIA yang di urus tanpa sebarang bantuan umpama 'anak tiri' terus menunjukkan peningkatan dalam kutipan dan operasi. Datuk TF yang sebelum ini hanya terlibat dalam industri musik mampu muncul sebagai CEO terbaik asia dalam industri penerbangan iaitu sesuatu diluar kepakaran beliau manakala CEO-CEO GLC lantikan kerajaan terus gagal mencabar kedudukan Datuk TF dari segi pencapaian.

    Syabas untuk AIR ASIA dan Datuk TF.

    ReplyDelete
  28. Dato Aziz1:05 AM

    Dato.
    Perbandingan antara Air Asia dan MAS management ada saperti berikut"Organisation and leaders around the world are recognizing that either they can expand their thinking to match the real syatem they belong to OR they can artificially shrink the syatem they are managing to match their thinking"
    Sebab itu samasa Idris jala menjadi CEO MAS dia telah membatalkan banyak penerbangan MAS ka distinasi yang Dato nyatakan dan mengechilkan operasi penerbangan MAS tampa mengechilkan size pengurusan MAS.Akibatnya MAS akan terus mengelami kerugian.Tahun Lepas MAS untok $380 juta.Ini adalah hasil wang pampasan AirBus yang tidak dapat menghantar A380 pada masa dalam kontrek.

    Sabenarnya kejayaan Air Asia bukan lah kerana kepandaian Tony.Kejayaan Air Asia sabenarnay datang dari Mr Connor Mc Carthay dari Air Consult.Ia nya bangsa Iriash dan pernah berkerja sabagai COO Ryaan Air sabuah syarikat budget air yang berjaya di Europe.Dia lah yang bertanggong jawab mengurus dan merancank perjalanan Air Asia.

    Orang yang bertanggong jawab menjahanan MAS ia lah Noor Mohamad Yaakop.Dia juga merupakan orang yang bertangong jawab memberi international route kapada Air Asia X kerana kawannya Kalimullah merupakan Pemegang saham trebesar dan Chairman Air Asia X.

    Mulanya Air Asia diminta untok mengambil aleh rural route di Serawak.Bila dia mengelami kerugian besar,Untok compensate kerugiannya dia meminta kebenaran untok terbang ka distinasi International.Bila kebenaran di beri kapada Air Asia,dia menyerahkan samula rural route kapada MAS.MAS kena tipu bulat2 oleh Air Asia.

    Noor Mohamad Yaakop juga bertangong jawab mematikan Tajuddin ramli sabagai tokoh Corporat.Tajudin membuat national service untok menyelamatkan bank negara yang hampir bankrup kerana kerugian yang besar atas perbuatan Noor Yaakop speculate dalam Foreign Currency.Tajuddin membatyar $1.8 billion kapada bank Negara untok membeli saham MAS.Ia meminjam dari 3 bank dan mencagarkan saham TRInya.TRI ialah pemegang saham Celcom.

    Samasa krisis ekonomi 1998,pinjaman tajuddin dipindahkan ka Danaharta.ini termasok juga saham2 TRInya.Bila Kerajaan membeli samula saham MAS dari tajuddin,SC telah melarang Tajuddin mengunakan wang jualan saham MAS tadi untok menebus samula saham2 TRInya dari Danaharta.Bila pinjaman Danaharta tak dapat di bayar oleh Tajuddin ,Noor Mohamad Yaakop telah meminta Danaharta menjual saham TRI Tajuddin kapata Telekom Malaysia.Kasehan Tajuddin.Dia datang menolong anjing yang tersepit akhirnya anjing itu mengigit tangannya.

    Noor Mohamad Yaakop maseh menjadi Menteri Kabinet dan Tajuddin sekarang di buru oleh Police dan SPRM sabagai criminal.

    Noor Mohd Yaakop juga bertanggong jawab mematikan saorang lagi Taikon Melayu Halim Saad. Dia telah yang memaksa Halim menjual kumpulan syarikanya yang bernilai 20 billion kapada Khazanah Nasional dengan hanya di bayar $165Juta.Ini bukan fitnah Dato tapi fakta benar.Dengar khabar halim sedang bersedia untok menyaman Noor Yaakop dan Khazanah Malaysia.

    saya juga ingin bertanya kapada SPRM,kenapa siasatan kaatas setiusaha Politik Noor Yaakop yang ditudoh memiliki wang 2 juta terhenti tampa khabar berita.Wang itu di jumpai didalam apartment yang di sewa oleh Noor Yaakop di Butterworth,kawasan Parliment Tasek gelugor.

    Kesimpulannya Dato.Kerugian MAS dan Kejayaan Air Asia salain daripada Kepandaian dan kebodohan pengurusan,adalah disebabkan oleh manipulasi orang yang saya dan dato sebutkan.

    Salam.

    ReplyDelete
  29. Anonymous8:00 AM

    Datok,

    Sememangnya AirAsia dan MAS bermain dgn sektor penerbangan terkini dunia diatas landasan yg berbeza.

    Seperti kita baca, AirAsia di sektor tambang murah dan MAS di sektor nilai maksima.

    Keuntungan MAS tidak harus dilihat fokus pada tiket pernerbangan semata mata, ia harus dilihat pada sektor perkhidmatan kargo, khidmat penyelengaraan pesawat dan khidmat pra-penerbangan dan post-penerbangan.

    3 perkhidmatan diatas sememangnya tidak disediakan oleh Airasia secara pukal atau keseluruhan. Maka mereka hanya fokus pada saku yg satu utk naik turun syarikat.

    Manakala, MAS mempunyai beberapa saku yg menghasilkan wang yg sememangnya orang awam jarang perasan. Mereka banyak tertumpu pada saku yang menjual tiket pesawat, dan mengikut rentak irama yang dimainkan oleh AirAsia.

    Limpahan kargo yg diterima oleh perkhidatan kargo MAS membuktikan kepercayaan penguna dalam memberi khidmat yang terbaik dalam industri kargo

    Dalam bidang penyelengaraan pesawat, MAS telah diiktiraf sebagai salah satu MRO terbaik dunia dan asia. Pelbagai syarikat penerbangan telah diselengara oleh MAS dan AirAsia sendiri menghantar pesawat serta componen pesawat untuk diselengara oleh MAS.

    Saya rasa semua maklum tentang apa perkhidmatan pra-penerbangan dan post-penerbangan yang disediakan oleh MAS. Maka tidak perlu saya jelaskan lebih lanjut.

    Bagi saya, Airasia berada dilandasan yang sama dengan FireFlyz. Dengan perkembangan terkini, FireFlyz sedang menaiktaraf pesawat mereka ke Boieng 737-800 bermula awal tahun depan.

    - ruddert_trim -

    ReplyDelete
  30. salam, dulu selalu naik mas gah lah sikit sbb ada prestige tersendiri... La nie x merasa lagi sbb gomen bg tiket air asia jer..

    ReplyDelete
  31. Anonymous12:27 PM

    Salaam Datuk AKJ,

    You are comparing a premium crunch Californian apple with Granny Smith Apple. The first is an apple for eating the second is good for making pie. I know you were at one time intimately linked to Mas from the day of Tan Sri Aziz Abdul Rahman and Saw Huat Lye. Remember our regular meetings with Mas management and Unions at old Subang Airport? You were with the Umno Youth group under Haji Suhaimi.

    I also facilitated your exclusive visit to Seattle to visit Boeing when they were building the Boeing 777. You wrote a very technical piece on it and you were also on the innaugural Mas 777 flight to Newark with Anwar Ibrahim. I took care of your team.

    We all know Tajudin was a scapegoat used by Daim to rescue Bank Negara, which had earlier rescued Mas and was nearly bankrupted by HP6 currency trader NMY. Mahathir made a big mistake by bringing back and trusting NMY to reposses Mas and UEM-Renong.

    Today, Mas is as good as dead. Despite AirAsia's poor timing record and basic cabin service, Mas could not compete against it. This is because paid managers dare not take risk and government takes advantage of the airlines for their staff. ministers, their wives and children. Reprivatise Mas is the only way out.

    X-mas

    ReplyDelete
  32. Anonymous2:59 PM

    Datuk AKJ,

    This is the full board of Mas from its Website. What do these people know of business and esp. airlines business. This is the same like the illustrious board of Sime Darby. What mas needs is a professional board, people who have experience running their own businesses, not ex-civil servants and former merchant bankers.

    Tan Sri Dato' Dr. Mohd. Munir Bin Abdul Majid
    Chairman
    Appointed on August 1, 2004
    Read more »

    Dato' N. Sadasivan a/l N. N. Pillay
    Deputy Chairman
    Appointed on December 1, 2001
    Read more »

    Tengku Dato' Sri Azmil Zahruddin bin Raja Abdul Aziz
    Managing Director and Chief Executive Officer
    Appointed on August 28, 2009
    Read more »

    Mohd Azha bin Abdul Jalil
    Chief Financial Officer
    Appointed on September 8, 2009
    Read more »

    Keong Choon Keat
    Independent and Non-Executive Director
    Appointed on April 16, 2001
    Read more »

    Martin Gilbert Barrow
    Independent and Non-Executive Director
    Appointed on August 29, 2001
    Read more »

    Dato' Mohamed Azman Bin Yahya
    Non-Independent and Non-Executive Director
    Appointed on December 1, 2001
    Read more »

    Datuk Haji Yusoff @ Hunter bin Datuk Haji Mohamed Kassim
    Independent and Non-Executive Director
    Appointed on January 23, 2006
    Read more »

    Datuk Seri Panglima Mohd. Annuar bin Zaini
    Independent and Non-Executive Director
    Appointed on Feb 2, 2005
    Read more »

    Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah
    Non-Independent and Non-Executive Director
    Appointed on Mar 20, 2007
    Read more »

    Datuk Amar Wilson Baya Dandot
    Independent and Non-Executive Director
    Appointed on January 11, 2008
    Read more »

    Datuk Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani
    Alternate Director to Datuk Amar Wilson Baya Dandot
    Appointed on August 4, 2006
    Read more »

    Dato' Puteh Rukiah binti Abd Majid
    Alternate Director to Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah
    Appointed on August 16, 2007
    Read more »

    Dato Haji Abdul Rahman Bin Abdul Ghani
    Alternate Director to Datuk Haji Yusoff @ Hunter Bin Datuk Haji Mohamed Kassim
    Appointed on January 23, 2006.

    X-mas

    ReplyDelete
  33. Ahmad Rashid3:39 PM

    Dato.

    Dalam membuat perbandingan antara MAS dengan Air Asia,Dato ada menyentoh bahawa MAS di uruskan oleh Orang Melayu dan Air Asia oleh orang Cina dan India.Saya tidak setuju.

    Sabenarnya Air Asia dari awal lagi di uruskan oleh Connor McCarthay saorang Irish yang pernah bekerja sabagai COO Ryaan Air,Budget Air yang beroperasi di Europe.McCathay yang pada mulanya hanya mahu mengenakan consultant fees,tapi bila dia melihat yang masa depan budget air amat baik di Asia,dia meminta menjadi pemegang saham dalam Air Asia.

    Tony saorang Media dari Warner Music,Dia pandai belakon dan PR.Dua orang lagi yang jarang di sebut dalam Pengurusan Air Asia ialah Kamaruddin Maarun dan Aziz bakar.Backroom Planning dan Strategic Thinking dalam Air Asia datang dari Kamaruddin.

    Saya setuju dengan Dato Aziz 100% bahawa Kejayaan Air Asia dan kemundoran MAS di jua di sebabkan oleh satu orang yang bernama NOOR Yaakop.Asalnay penasehan Ekonomi kemudian menjadi Menteri Kewangan kedua dan Sekarang Menteri penoh.

    Pemberian Licence kapada Air Asia X untok terbang ka distinasi antarabangsa merupakan satu kesilapan yang besar.Ia yang betul memberi kesan kapada MAS.MAS pula salepas mengalami kerugian besar telah di susun samula hasil dari ider budak2 Noor Yaakop dari kumpulan Bina Fikir.Budak2 dari Kumpulan Bina Fikir hanya pandai dari segi financial execise dan tidak pengurusan Penerbangan.Jika hendak di cerita mengenai MAS satu buku pun tak habis.

    Kesimpulannya saya ia lah jika MAS hendak maju saperti Air Asia seluroh Pengurusan nya perlu di tukar termasok CEOnya Tengku Azmil.Chairman MAS,Munir Majid perlu di tukar segera.Ini kerana Kepalanya lebeh besar dari otaknya.Organisasi MAS perlu dikechilkan untok mengurangkan overhead.

    Bila saya membaca kenyataan Mahayuddin hari ini meminta MAS dan Air Asia berkerjasama,saya tertawa besar.Dia saolah2 kita meminta UMNO dan DAP berkerjasama.

    Untok pengetahuan dato,SIA uruskan dari mula oleh orang yang asalnya dari Kelang malaysia.Saya tidak ingat namanya.Salepas dia bersara dia diganti oleh Mr Cheah yang juga asalnya dari Melaka.

    Kesilapan pertama yang kerajaan lakukan ialah bila Syarikat Penerbangan MSA di split antara Singapurea dan malaysia,Malaysia menubohkan MAS dan Singaporu menubohkan SIA.saya maseh ingat bila ditanya Dato Saadon,Menteri pengangutan zaman Tengku Abdul Rahman,kenapa Singapora di beri semua distinasi antara bangsa dan Mas hanya mengambil domestik route.Dia berkata kesian singapura,jika tidak di beri international route dimana SIA hendak terbang sebab negerinya kechil.Ini lah punchanya MAS tidak dapat mengatasi SIA dalam penerbangan antara bangsa sahingga sekarang.

    ReplyDelete
  34. Posting yang baik. Sepatutnya isu ini yang dibahaskan di Parlimen, atau jadi tajuk bual bicara spt hujah, di luar lingkungan dan lain-lain. Semua pihak harus terbuka terima kritikan. Kritiklah yang membina.

    Dua-dua MAS atau Air Asia adalah milik rakyat Malaysia.

    Perbetulkan KPI Glc seperti MAS, TNB, Telekom, EPF.

    Tujuan asal mereka bukan 100% membawa untung. CEO jangan kejar KPI dapat untung setiap tahun. Tetapi fikir bagaimana mereka dapat memberi sumbangan positif kepada rakyat keseluruhannya.

    Ini bagusnya persaingan. Cuba beri lesen untuk syarikat baru saingi TNB. Mesti TNB juga akan tewas kerana dasar perniagaan mereka berteraskan monopoli, mandatori dan money (tunai).

    Khazanah perlu kembali ke landasan yang betul. Mereka perlu ditadbir dengan lebih telus dan kompetitif.

    ReplyDelete
  35. Pembahas Ahmad Rashid,

    1. Tolong baca dan faham tulisan saya betul-betul. Saya tak sentuh isu Melayu atau bukan Melayu dalam Mas dan AirAsia.

    2. Saya sebut mengenai perbezaan antara pengurus makan gaji dengan pengurusan oleh usahawan;

    3. Ini bukan soal bangsa atau kaum, tapi soal kaedah, kepandaian, pengalaman, komitmen dan amanah.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  36. Anonymous4:19 PM

    Datuk AKJ Salaam,

    An interesting debate. Agree with fellow debaters that this is a good case study. They are both Malaysian but one is a pseudo-private (Mas) and AA a fully private venture. Both are listed on the Bursa and we have access to their P&L.

    Forget history. Let's compare these two airlines from their P&L and efficiency records from the very day they start competing with each other. We compare their yield per km or per passenger and see who is better managed?

    Ex-Banker

    ReplyDelete
  37. Datuk,

    Berkenaan soal pentabiran MAS berbanding dengan AirAsia dan hujah saya bahawa "... MAS ditadbirkan oleh orang2 Melayu (berkroni) manakala AirAsia ditakbirkan oleh orang bukan Melayu yang begitu cerdek", bersama dengan senarai (yg dibekalkan oleh Datuk) ahli2 pengurusan kedua2 pertubuhan it, saya cuma suka berkata: res ipsa loquitur :-)

    Dalam pada itu – menyentuh perkara yang sama - sekali lagi Datuk memang kurang ikhlas bila Datuk ujar “Ini bukan soal bangsa atau kaum, tapi soal kaedah, kepandaian, pengalaman, komitmen dan amanah”. Ini kerana Datuk, seperti pepatah Inggeris, “mengambaikan gajah dalam bilek” (atau pun “ignoring the elephant in the room”).

    Keseluruhan nadi apapun bidang yang dibangkitkan di Tanah air kita dijalin rapat soal dan dinamik kaum; dan sehingga NEP (dan pengantinya) dan kelompak rasis semacam Datuk masih wujud di Malaysia, keadaan sediakala akan kekal.

    Salam

    LJ

    ReplyDelete
  38. Badrulzaman9:18 PM

    Dato Kadir.

    Kenapa Tan Sri Tajuddin di buru macam binatang.Salehuddin Ayob,Din Marican dan ramai lagi blogger ada menyebut Tajuddin menyebabkan MAS kerugian 8 billion.Saya tidak tahu dimana mereka mendapat angka kerugian ini.saya melihak dalam Penyata Tahunan MAS samasa Tajuddin tidak ada juga kerugian 8 billion rgt.

    Sayaingat AG Tan Sri Ghani pathil menutup fail Tajuddin mungkin atas arahan TUN mahathir yang masa itu menjadi PM.Mungkin Mahathir mengenang jasa baik Tajuddin menyelamatkan BNM.Projek yang menjadi kontrovasi masa Tajuddin hanya lah keputusannya memindahkan pusat kargo MAS diGermany kasatu airport yang jauh dari Franfurt.Apa salahnya jika pengurusan sekarang tidak setuju dengan keputusan itu pindahkan samula ka Franfurt.Tak mungkin MAS akan kerugian 8 billion kerana tindakan itu.

    Persaingan Air Asia denga MAS sama saperti Persaingan Virgin Air dengan British Airways.Sungguhpun Virgin Air menjalankan promosi yang aggresive untok mendapat penumpang dan juga memileh untok terbang hanya route yang menguntongkan,tapi British Airways tetap bertahan dan maseh menjadi Syarikat yang menguntongkan.

    Saya maseh lagi teringat koment Tuan punya King Fisher Airways di India."Airline business is only for those who have excess money to spent"

    Jadi tidak hairan lah Japan Airline yang merupakan syarikat penerbangan terbesar di Dunia bankrup.Bagitu juga dengan Pan Am,Laker Airline,Air Athalia,Air France,semuanya hilang dari radar airport.

    ReplyDelete
  39. Anak Parit/Bota/Lambor9:46 PM

    Salam Dato',

    Dari maklumat yang pernah saya baca, Tan Sri Tajudin Ramli dan Tan Sri Halim Saad bukanlah seorang usahawan tulen sepertimana Tan Sri Azman Hashim atau Tan Sri Rashid Hussin. TR dan HS adalah proksi kepada seorang bekas menteri kabinet zaman Tun.
    Mereka berdua digunakan sepenuhnya oleh ex-menteri tersebut untuk menguasai beberapa syarikat yang pada masa itu sangat menguntungkan hasil Dasar Penswastaan Negara.
    Apabila krisis ekonomi tahun 1998, mereka berdua menjadi kambing hitam dan menanggung kerugian dan hutang dan sekarang diburu oleh pihak berkuasa.
    Begitu juga dengan kes bekas pengerusi TV# yang diarahkan membeli sejumlah saham dan kemudian diarahkan memberikan saham yang dibeli beliau kepada pengerusi yang menggantikannya atas arahan seseorang, akhirnya beliau menanggung kerugian dan menyaman pihak yang terlibat dan kalah di mahkamah.
    MAS, UEM, Bakun, PKFZ dan banyak lagi kes yang seumpama itu adalah 'mainan politik' tangan-tangan ghaib. Akhirnya bila dihebohkan kerugiannya oleh pihak tertentu , seseorang akan di kambing hitamkan.
    NMY yang memberikan lesen kepada Air Asia tentunya mendapat arahan dari bosnya (PM ke 5) kerana pada masa itu, menantu PM ke 5 adalah kawan rapat TF, KH dan KM.
    Situasi MAS yang merundum adalah sebab Air Asia di berikan lesen penerbangan.Air Asia berjaya mengeksploitasi keadaan semasa dan menjana keuntungan. Munculnya Air Asia pada masa yang tepat dan mampu memberikan persaingan yang sihat untuk pengguna, dengan harga tiket yang murah dan banyak pilihan destinasi walaupun jika dibandingkan dari segi perkhidmatan MAS adalah lebih baik kerana harga tambang pun jauh lebih mahal dari Air Asia.
    Kerajaan sepatutnya memberikan lebih banyak peluang kepada pemain industri yang lain seperti dalam industri Tenaga Letrik, Talian Tetap Telefon, Keretapi,Lebuhraya dan banyak lagi supaya pemonopolian tidak lagi wujud seperti sekarang. Syarikat yang memonopoli satu-satu perkhidmatan sentiasa memberikan tekanan kepada kerajaan bila tempoh kenaikan tarif tiba, akhirnya kerajaan terpaksa membayar subsidi kepada mereka.Subsidi RM 19 Bil./ tahun kepada IPP adalah terlalu banyak dan boleh dikatakan bahawa perunding perjanjian untuk kerajaan dengan IPP adalah terdiri dari kalangan mereka-mereka yang hanya memberikan situasi kalah kepada kerajaan tetapi menang kepada IPP.( Mereka tersebut boleh dikatakan B&*^H atau B@#$%^G.)
    Sekiranya kerajaan mahu memenangi PRU 13, maka kerajaan wajar merombak perjanjian yang memberikan keuntungan kepada pihak swasta terbabit dengan mengarah PNB atau KWSP membeli saham-saham syarikat terbabit 100% dan tidak lagi menekan rakyat dengan mengurangkan subsidi rakyat untuk memberi subsidi kepada kroni.
    Rakyat terus dihimpit dengan kenaikan barangan keperluan walaupun terdapat jaminan dari kementerian terbabit bahawa tiada kenaikan barangan keperluan. Janji kerajaan hanya tinggal janji, kalau di zaman PM ke 5, flip-flop sentiasa berlaku, PM ke 6 pun masih bernada yang sama , tiada perubahan.

    Kami akan mengubah situasi ini, janji PR lebih baik dari janji kerajaan yang dah memerintah 53 tahun dgn penoh korupsi, sekurang-kurangnya PR tiada rekod korupsi sepertimana BN yang berjela-jela penyelewengan dan rasuah.

    Kami pasti berubah.

    Anak Parit/Bota/Lambor

    ReplyDelete
  40. Salam Dato',

    Blog Dato', ni bolehlah dikatakan Dewan Parlimen untuk blogger seperti kami mencurahkan pandangan atau pendapat.
    Semoga Dato', terus berblog dan kami sebagai pembaca akan terus mencurahkan pendapat.

    ReplyDelete
  41. mtgbertam10:50 PM

    Dato',

    Off topic sat. Dato' dok iklan majalah yang dok dedah aurat tu, dapat dosa kering saja. Umoq dato' dah senja, elok la dosa2 yg mudah dielak tu...tingai2 laa.

    Maaf no. Lama saya tak tulis pasai pi mekah.

    ReplyDelete
  42. Salam Dato,

    1.Menarik paparan perbincangan dengan komen-komen untuk artikel Dato'.

    2.Beza dua organisasi ini,satu ada target dan kurang melibatkan komitmen keusahawanan (MAS) manakala Airasia di tetapkan sasaran untuk di capai,komitmen tinggi keusahawanan dan mengota janji penyempurnaan / seterus nya pengembangan.

    3.Barisan penggerak MAS bergaji tinggi,berwatak, amat selesa dan TERJAMIN manakala barisan penggerak Airasia pada peringkat awalan sekadar bergaji dan bertanggungan penuh 'bekerja keras' untuk menjaga pelaburan dan periuk nasi semua pihak terlibat.Salah perkiraan akan memungkinkan kehancuran dan kemuflisan.

    4.MAS eksklusif membawa 'Nama Kerajaan' dan kerugian tidak di tanggung barisan pengurusan di lantik kecuali sepenuh nya kepada kerajaan. Airasia pula ekslusif menyasarkan untung maksima kepada semua kecekapan operasi yang di libatkan.

    5.MAS tidak khuatir dengan semua keperluan destinasi penerbangan tetapi Airasia perlu kepada penggandaan destinasi dan kecekapan mengendali operasi.

    6.Modal bukan keperluan MAS yang begitu mendesak untuk beroperasi, tetapi Airasia melalui tambang murah terpaksa mengumpul modal menyasarkan tiket- tiket tempahan awal(advanced resrv'n/booking) yang bakal disempurnakan mengikut masa terancang kemudian.Pasaran destinasi yang di perolihi dan mencari destinasi baru-di mana sahaja berpeluang - menguntungkan nadi utama Airasia.

    7.MAS Syarikat 'Naungan'kerajaan dan Airasia pula mendapat 'Bantuan /Sokongan' kerajaan Malaysia untuk berniaga dan beroperasi seperti lain-lain syarikat mematuhi piawai Malaysia dan Antarabangsa.

    Kesimpulan nya,

    Yang ketara dan berbeza ialah SIKAP dan Tanggungjawab Beramanah.

    Sikap 'keusahawanan' tiada dalam kelompok MAS,kecuali sekadar mentadbir,meminimakan kerugian kerajaan,atau perolihi sedikit keuntungan, TETAPI tidak kepada kelompok usahawan Airasia yang mesti berjiwa meneroka dan bersaing mencari dan merebut peluang, menyempurnakan serta mencapai sasaran dengan mematuhi plan utama strategi perniagaan mereka.

    Jika MAS di teraju oleh kelompok yang mempunyai SIKAP seperti kelompok Airasia,agak nya di mana MAS sekarang?

    ReplyDelete
  43. Dato Kamal Johore.12:37 AM

    Dato.

    Satu perbezaan yang jelas antara MAS dan Air Asia ia lah Permaguri MAS semuanya dah tua2 belaka tapi permaguri Air Asia semuanya muda2 dan galak berlaka.Ini yang menarek saya mahu naik Air Asia selalu.

    Saya pergi London naik Air Asia X tambang pergi balek business Class hanya lah $3,500 ringgit.Turun di Stenseard.naik teksi ka london hanyalah 60 pound.

    Jika Naik MAS business Class tambangnya $16,ooo.naik Teksi dari ka London 50 pound.

    Nampak bezanya Dato.saya hairan kenapa Air Asia dapat menawarkan tambang bagitu murah.

    Kita terbang malam,Naik kapal terbang terus tidur.tak kisah hendak makan atau lihat entertaiment.Jika Nak makan sedap dalam Air Asia kita bawa Briani Gum,bawa sushi atau Nasi Padang.bawa Tiremisu dan buah pear.

    Kapal terbang MAS juga telah Tua macam Permagurinya.Saya naik MAS pulang dari Dubai,Naik business class.Masa nak tengok entertaiment dia bagi satu kotak.Saya tanya kenapa seatnya tak ada screen.Dia kata kapal terbang Air bus ini dah berumor 20 tahun.Macam mana MAS hendak maju.Semua pengurusannya tidak sensitive.Kepala besar otak kechil.Macam tidak tahu apa yang terjadi dalam industri penerbangan.

    Hudup 1 Malaysia.dan 1MH.

    ReplyDelete
  44. husin syedmohamad8:38 AM

    1/ Dato' Aziz points quite comprehensive. The information is beyond the grasp ordinary men/women.Maybe ,Little effort is being made to get at the truth. The critical eye , as a rule is not sharp.
    2/ It takes critical insight to sort out hidden truth. It takes knowledge to laid truth bare. This space does provide one.

    ReplyDelete
  45. Tok Dir,

    Tq atikel yang baguz tetapi kena buat mendetail lagi sebab dan akibat pengurusan serta sejarah jatuh bangun MAS ini. Sepanjang menngunakan MAS ini saya sebagai orang Melayu ada sikit komen lah. Staf2 MAS ini sikap mereka macam "sial" kalu lihat muka Melayu, Sy pernah migrane mintak panadol 2 jam baru sampai itu pun setelah sy maki hamun. Lepas itu saya guna SrilankaAir, Thaiaways, Pacific, Gulf, Itihad, Qatar, PIA lebih senang hati.

    Sikap bos2 tak turun padang pun masalah jugak.... IMEJ... IMEJ... IMEJ..

    Satu lagi yang sy tak pernah jumpa selain MAS adalah pramugari/gara yang menjaja BIR Sir... BIR Sir pada semua penumpang ( bir yg siap dalam cawan) tak kira yang berkopiah ke yang berkot memang biadap dan kurang ajar ... masih lagi berjalan sekarang. Hal ini saya katakan Sikap pengurusan Muslim MAS memang kurang ajar dan biadap!. Lain2 penerbang di hanya bertanya DRINK Sir? Bila pasenger mintak Bir baru di tuangnya.

    Tambang MAS mahal tapi faciliti tak sepadan! Tak cukup dengan hanya kain belah sampai namapak peha atau buntut bulat2 bergolek2, TAK LAKU!

    Saya mintak MAS biarlah jadi penerbangan Islam (Islamic Airplane or Aeroislami) setelah kita berjaya dalam Islamic Finance!.

    IMEJ.... IMEJ .... IMEJ....

    W.A

    ReplyDelete
  46. Anak Warisan Bangsa2:11 PM

    Salam Dato',

    MAS dan Air Asia ditadbir oleh dua team yang berlainan dengan matlamat yang sama iaitu berorientasikan keuntungan. Matlamat tersebut mampu di raih oleh Air Asia pada tahun pertama ia beroperasi walaupun dengan keseluruhan penerbangan yang digunakan pada masa itu adalah dengan kaedah menyewa. Manakala MAS yang sebelum ini memiliki kapalterbang sendiri terpaksa menjual kapalterbangnya kepada Penerbangan Nasional Berhad dan menyewakannya semula disebabkan masalah kewangan.
    Sebenarnya Dato', situasi yang dihadapi oleh MAS adalah sama dengan apa yang dihadapi negara . Kewangan negara diuruskan oleh orang-orang yang tidak kompeten apabila negara telah mengalami defisit sejak tahun 1998 hingga sekarang iaitu 13 tahun fiskal berturut-turut.
    Negara lebih suka membuat projek-projek dan berbelanja tanpa mendatangkan impak ekonomi yang baik untuk rakyat,Rancangan Malaysia yang dilancarkan setiap 5 tahun pula kebanyakkan projek-projek tersebut gagal disiapkan mengikut masa dan banyak yang terbengkalai, tetapi pembayaran kepada syarikat terbabit berjalan lancar tanpa ada sebarang kelewatan atau potongan atau dengan ertikata lain, duit habis kerja tak siap.
    Pegawai penjaga projek merungut apabila mereka cuba mengenakan denda/menghukum atau mem'blacklist' syarikat terbabit, akan ada gangguan politik kerana kebanyakkan syarikat yang terlibat disertai oleh kroni politik/diraja dan orang-orang berpengaruh.
    Perkara yang saya nyatakan tadi juga dihadapi oleh pihak-pihak penguatkuatkuasaan seperti PDRM,SPRM, Kastam, Imigresen, PBT dan banyak lagi .
    GLC seperti MAS, TNB, Telekom,Plus, Petronas,Proton juga mungkin menghadapi masalah yang sama apabila kontrak-kontrak perbekalan mereka 'diarahkan' untuk diberikan kepada syarikat tertentu yang mempunyai nama-nama 'tersembunyi' orang ber'pengaruh'.
    Orang-orang berpengaruh ini umpama "dewa" yang amat kebal dari undang-undang serta "dilindungi" sebaliknya seseorang yang akan menjadi "kambing hitam" yang akan didakwa kemuka pengadilan.
    Inilah kesan 53 tahun pemerintahan BN, korupsi yang berkurap,bernanah dan bertokak berleluasa. Kerajaan hanya membuat tangkapan apabila mahu mendapat keyakinan rakyat bahawa BN komited menghapus rasuah sebelum PRU sahaja selepas PRU ia akan senyap dan yang didakwa akan lepas dan bebas tanpa bukti/bukti yang lemah oleh pihak mahkamah.
    Tragedi MAS bermula apabila MAS mula dibeli oleh proksi ex menteri zaman TDM iaitu Tan Sri Tajudin Ramli, MAS diuruskan seumpama mereka menguruskan sebuah kedai runcit yang tidak memerlukan buku kira-kira,buku tiga 5 digunakan untuk memberi hutang pada kaum kroni dan tak perlu kutip sebab yang berhutang adalah anak-anak MAS sendiri seperti MAS Katering, MAS Kargo dan banyak lagi anak syarikat MAS yang diwujudkan oleh TR pada ketika itu.Akhirnya MAS terlungkup, proksi jadi kambing hitam, ex menteri masih bertaraf billionaire .
    Kerajaan terus berdiam dan menanggung kerugian hasil Dasar Penswastaan Negara yang baik pada awalnya tetapi tak menjadi enjin ekonomi yang baik apabila salahurus dan ketamakkan berleluasa.
    Perjanjian antara kerajaan dan pengendali IPP, PLUS dan banyak lagi yang melibatkan subsidi berbillion direka supaya kerajaan membayar sejumlah nilai pampasan sengaja dibuat supaya mudah untuk 'dewa-dewa' tersebut 'melenyapkan' wang negara.
    RM 19 billion bayaran subsidi oleh Petronas kepada IPP adalah nilai yang terlalu besar. Pernahkah kita dengar IPP mengalami kerugian?
    Saya dah muak dan mungkin ribuan dan jutaan yang lain juga berfikiran yang sama . Muak dengan hidangan yang berusia 53 tahun, hidangan yang basi, tiada inovatif penoh dengan korupsi/kurap/tokak /nanah yang amat busuk. Muak dengan cerita klasik BN yang sama setiap kali PRU, saya mahukan perubahan, tukar CEO Putrajaya yang masih mendendang lagu klasik/keroncong yang mengantuk untuk didengar.
    Bersedialah BN...Talkin makin hampir..

    Anak Warisan Bangsa

    ReplyDelete
  47. Anonymous10:39 AM

    Datuk Akj, Salaam. Let us consider the following points and not be too emotional about either Mas or Air Asia:

    1. Paradigm dan asas perniagaan serta perbandingan sudah amat berlainan. Realitinya Datuk, dari dulu pun Mas mengalami masalah kewangan dan pengurusan, tidak kira diuruskan oleh Melayu atau Cina. Akibat dari itulah Bank Negara terpaksa dikerah untuk bailout Mas. Kemudian BN pula perlu dibailout kerana kerugian RM30 bilion akibat kedangkalan Noor Mohd Yackop menguruskan Forex. Ironinya, tikus yang menjahanamkan labu (BN) diberi tugas oleh Dr Mahathir, Dollah Badawi dan dewasa ini Najib untuk menjaga lagi banyak labu GLC yang banyak busuk.
    1. Kerajaan transfer Mas kepada Tajudin supaya Bank Negara dan Treasury tidak terus alami kerugian. Sebab itu Tajudin disuruh bayar lebih daripada harga Pasaran. Mesti ada kira mengira antara Tajudin dengan Kerajaan, melainkanlah Tajudin bodoh atau gila.
    2. Sekarang situasi sudah berubah. Malaysia sudah ada second airlines yang murah dan berjaya. Sejak AirAsia dibeli oleh Tony Fernandez dan Kamarudin Meranum serta diperbesar menjadi low-cost carrier (LCC), Mas nampaknya tak mampu bersaing walaupun niche mereka berlainan.
    3. Kita boleh tuduh pengurusan Tajudin haprak. Tapi Tajudin tak ada budak-budak cerdik macam Bina Fikir untuk membantunya. Malangnya, budah-budak cerdik Bina Fikir dan Ethos Consult hanya pandai pecah dan jual asset Mas. Mereka guna label hebat-hebat macam asset unbundling dan macam-macam lagi yang orang buta pun boleh buat.
    4. Kalau budak-budak ini dan consultants luar bagus sangat, apa fasal pengurusan dan prestasi kewangan Mas masih haprak dan HP6?
    5. Jawabnya, cakap mudah dan nak salahkan orang lain macam Tajudin lagi mudah. Jual asset yang orang lain bina lebih mudah dari cipta asset. Syed Mokhtar beli Pernas. Tak sebuah pun hotel Pernas dia jual. Budak-budak pandai GLC jual habis hotel UEM/Renong. Apa asset baru yang Mas dah beli sejak Tajudin kena terajang?
    6. Nasib baik Airbus lambat serah A380 dapatlah Mas buat extraordinary profit dengan menuntut ganti rugi. Malu Tok. Macam orang minta sedekah. I rest my case.

    Ex-banker

    ReplyDelete
  48. Anonymous11:35 AM

    Anak Warisan Bangsa,

    Apa yang sdra komen memang tidak boleh dinafikan ada substancenya.

    Tetapi yang nak ganti tu adakah lebeh baik lagi dari yang ada sekarang? Kita kena lihat apa latar belakang orang politik yang nak diganti. Apa credibility yang ada pada mereka? Kita sebagai rakyat biasa harus bijak.Fikir-fikirkan lah dengan sedalamnya apakah implikasi jangka masa hadapan terhadap bangsa dan negara. Kalau kita boleh dapat gantian yang tulin dan berkualiti memang bertuahlah kita. Yang rakyat khuatir apabila dah dapat ganti,nanti jadi seperti tikus membaiki labu dan yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir. Adakah kita sudah bersedia menghadapi risikonya dan percaya orang yang nak digantikan itu bukan "makhluk perosak" dan boleh membawa kita ke mercu kejayaan yang lebeh cemerlang lagi. Kalau rakyat sudah bersedia berani menanggong risikonya well and good. We have to be rational to find the best alternative to safeguard our future generation from being degenerated !!!

    Hopefully, the rakyat are as wise as you are !!!

    -concerned Malay-

    ReplyDelete
  49. Jangan lupa cam mana air Aisa mula mula buat profit juta juta. Bukan ke dg 'menakluk' tender emas MAS pernerbangan Haji selama berapa lama. Dari situ Tuan Tuan punya Air Asia mula buat duit dan dengan 'tax incentive' yang juta juta maka AA pun berkembang maju. Beza nya Mas dan AA , MAs nastional caries social obligation a must sedangkan AA low budget with no restriction without social obligation. Tiger jet Singapura budget aitline kepunyaan SIA , betul ke?.Apa yang nampak MAS sekarang seolah olah di pinggirkan sejak zaman AAB dan seperti dilupakan oleh Najib sedangan kan AA mula disusukan dengan susu kerbau gred A. AA macam bus mini tahun 70an, semua mau sapu last last sekali disebabkan ignorance dalam keselamatan terus lenyap ditelan zaman. Time will tell.

    ReplyDelete
  50. Dato Aziz4:56 PM

    Dato.

    Please read the story on MAS by Blogger "Another brick in the wall" with the story"Why chase for the ghost in the past"

    He agree with my comment on Nor Mohd Yaakop,Tajuddin ramli and Halim Saad.

    ReplyDelete
  51. Datuk dan rakan rakan semua

    Saya kurang setuju dgn pendapat yg mengatakan org melayu ni tak reti berjiwa korporat .Tu sbb MAS rugi.Sebenarnya org org melayu yg dilantik memegang tampuk pentadbiran MAS tidak kurang hebat dan cekap serta pandai berniaga.Cuma masalahnya adalah korup.Kalau korup letaklah malaikat dari langit pun.Ianya akan lingkup juga.Ada antara CEO yg diletakkan itu semata mata utk pau duit duit MAS.Raja Petra telah mendedahkan perkara iini dgn panjang lebar dlm blognya Malaysia todays..
    Buang kekorupan ini,saya yakin MAS akan berjaya samada ianya secara swasta,glc atau sepenuhnya sykt kerajaan.
    Utk buang korup ni kenalah buang BN dlm PRU13 nanti,ok??

    ReplyDelete
  52. Anonymous1:13 AM

    Saya ni tak pernah naik kapal terbang. Kalau cukup duit tabung nanti, buat haji nanti insya Allah adalah peluang naik kapal terbang.

    Komen saya sekadar dari media awam saja.

    1.Sudah lama saya dengar cerita Tajuddin Ramli jadi alat. Tindakan PR mudah difahami kerana "angle" ini saja yang boleh dibawa ketengah dari segi undang-undang. Tentunya "angle" Nor Mohamad Yaakob atau bosnya tidak kedapatan.

    2.Dulu-dulu, di Melaka, beca adalah pengangkutan awam. Kini di Melaka beca adalah bertujuan untuk pengalaman unik selain gambar kenang-kenangan para pelancung. Dalam 15 tahun ini, kapal terbang makin dkenali sebagai mod pengangkutan berbanding lambang kemewahan. MAS tak ambil kira persoalan ini, sebaliknya menjadi asas untuk Air Asia membina dan memperkukuhkan tapak dalam industri.

    3.Dulu MAS yang merungut trip dalam negeri merugikan. Bila Air Asia buat untung, MAS masih dalam nada merungut.

    4.MAS dan Air Asia dua-dua disenaraikan. Mana mungkin MAS tidak berorientasikan untung. Merujuk kepada perkara #3, saya yakin MAS merosot keuntungannya kerana tidak mempunyai pengurusan yang memahami rentak langkah industri.

    5.Ini lebih jelas lagi apabila kerajaan berbangga dengan Idris Jala yang dikatakan berjaya memulihkan MAS. Apa yang Idris Jala buat adalah sekadar menghasilkan keuntungan atas kertas dengan menjual aset selain mengurangkan kos operasi. Idris Jala bagi saya gagal apabila tidak dapat menunding pengurusan dan pemilik saham kearah yang sealiran dengan trend dalam industri.

    6.MAS sememangnya membawa jenama Malaysia. Tidakkah Air Asia juga membawa jenama Malaysia?

    7.Ada yang menimbulkan isu kroni dalam kedua-dua MAS dan Air Asia. Jadi apa bezanya antara MAS yang rugi dan Air Asia yang untung? Tentunya tahap kearifan pengurusan antara MAS dan Air Asia.

    8.Selain itu tahap campurtangan "tangan ajaib" juga tentunya memisahkan Air Asia dan MAS dalam sempadan untung dan rugi. Terutama dalam kes-kes direct nego.

    Kita dapat lihat sympton yang sama pada banyak GOC dan GLC. Saya percaya penyakitnya juga sama.

    Tambahan pula sejak beberapa tahun ini, trend "pengarah yang akan pencen diraikan dengan majlis/program yang menelan belanja beberapa ratus ribu kemudiannya diberi kerusi lembaga pengarah GOC/GLC" semakin meningkat dalam budaya perkhidmatan awam.

    p/s Selepas pemilihan UMNO ditangguhkan, kini kerusi Pengerusi UMNO di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu pula bertukar tangan. Harap DAKJ dapat menulis tentang hal ini memandangkan ia dilihat sebagai satu lagi tanda betapa dekatnya PRU 13. Sekurang-kurang tentang latar belakang mereka yang baru dilantik itu.

    Fed Up

    ReplyDelete
  53. Dato'
    Buka,tutup,buka,tutup.Itulah kerja saya.Bukan pasai kerja sebenar,tapi pasai laman Dato ni.
    Buka,kot kot ada "catatan baru",pasai susah orang yang tak ada kepandaian macam saya nak masuk campus dan buat komen.
    Tapi sikit sikit,sipi sipi bolihlah,itu pun kalau nak dikatakan komen.
    Saya bukan orang koperat pembuat strategi syarikat,juga bukan orang busines terulung.Jadi,nak ulas secara ilmiah dan terperinci tentu tak bolih.
    MAS setiap tahun dengan "diberitahu" rugi beratus juta dan kalau ada keuntungan,jumlah keuntungan walaupun 3 tahun berturut ianya belum mmapu menutup kerugian yang dicatat dalam jangka masa setahun kerugian.
    Tapi yang mendukacitakan,pegawai atasan yang yang sama tetap diberi "kepercayaan" untuk mengemudikan MAS.Kalau nak ikutkan peraturan GLC(polisi syarikat),"Top Management" dilantik secara kontrak,dan jika tak perform (KPI tak tercapai),individu ini akan ditunjuk jalan keluar dengan "imbuhan hurmat" yang bukan sedikit jumlah RM nya.Tetapi hal ini tidak berlaku dalam MAS,kalau ada pun ianya melibatkan penyingkiran GM kebawah.Atau paling serius lagi,cut cost dibuat dengan pengurangan staff,namun "Top Mangement" tetap kekal.
    Air Asia bukan tidak pernah rugi.Ada.Tetapi ia diselamatkan dengan kaedah kaedah yang tersembunyi.Tentu kita masih ingat apa kata Tony sewaktu Terminal tambang Murah dipindahkan dan bagiamana pula kata kerajaan waktu itu.
    Namun dalam apa keadaan pun realiti harus diterima,campur tangan politik menyebabkan perkara perkara ini terjadi.
    Ada komen yang kata layanan paramugari MAS amat leceh.Bagi saya yang hanya berkesempatan beberapa kali sahaja menaiki pelbagai syarikat penerbangan samada dihantar olih syarikat atau melancong bersama keluarga ,tidak pula melihat kelecehan ini.Cuma barangkali "Bir Sir" saja yang memang berlaku adalah puncanya(orang tua tua kata tak berkat).Membanding paramugari tua dengan muda trang tang merah menampakkan paha seperti yang dilakukan olih BA vs Air Asia bukan persoalan pokok hingga menyebabkan MAS yang memperagakan paramugari setanding AA selalu saja rugi.

    ReplyDelete
  54. Datuk,

    Berbagai2 alasan dan dalih2 ditonjolkan oleh Datuk dan pembahas2 lain yang cuba berhujah bahawa perbezaan kandungan ahli2 pentakbiran MAS dan AA - yakni MAS ditakbirkan oleh kebanyakan orang2 Melayu (bukan bumiputera lain pun) dan AA ditakbirkan oleh kebanyakannya orang2 bukan Melayu - tidak ada signifikan dan kesan atas hasil yang dituai, memang tidak meyakinkan. Kononya kandungan demikian hanya suatu kebetulan.

    Tidak ada apapun yang lebih jauh daripada hakikat. Bertubi2 kali ternyata dalam pelbagai bidang perdagangan di Malaysia pengurusan bukan Melayu (khususnya Cina) kebanyakannya lebih cekap, menguntungkan, berhasil dan produktif. Keadaan ini terus jadi asas utama sebenar kenapa MAS telah gagal dan AA sedang berjaya.

    Salam,

    LJ

    ReplyDelete
  55. abdullahngah8:48 PM

    apa yang berlaku pada MAS adalah angkara penjahat penjahatnya.

    Dan Air Asia ada urusniaga lain yang membuat naik mendadak dengan tanggungan hutang yang begitu banyak, termasuk hutang dengan MAB yang tak berbayar.

    Rasa saya. Entahlah.

    ReplyDelete
  56. I predict that one day, Air Asia will be asked by the Government to buy over MAS. The labs that were used by Idris Jala to turn around MAS, unfortunately failed to be a culture in MAS. As a result, once Idris Jala left, MAS has turned back to its original self, ie back to the red.

    ReplyDelete
  57. Sy setuju dgn saudara abdullah. kerjaan tak payah berniaga, kerajaan ditubuhkan untuk mengurus, menyediakan platfofm kepada peniaga.
    Lagipun kalu kerajaan berniaga, susah lah rakyat nak bersaing. Satu lagi kalu kerajaan berniaga tak untung pun. bahkan merugikan duit rakyat. Sbbnya berapa banyak GLC yang boleh membawa untung kepada kerajaan. Bahkan GLC bergantung sepenuhnya dgn kerajaan. kalau tak sy tak tau lah macam mana?

    ReplyDelete
  58. makbudak1:57 PM

    Salam Dato',

    Pening kepala saya baca entry n komen2 pembahas sekelian. ngeri dan terbakar hati pun ada jugak lepas baca komen pasal pengurusan2 mas dan lain2 GLC. banyak benda jugalah saya baru tahu kat sini lantas dlm hati tertanya2 adakah "ben*ap" sangat pemimpin2 kat malaysia ni? tadbir malaysia mcm duit tu makpak dorang yg punya. dah tak main juta2 lagi, bilion2 saja.... atau mereka bijak, tapi cuma bijak dalam menipu dan mengaut keuntungan melalui "kuasa" yg mereka ada.

    namun yg pasti mereka tak peduli semua tu, tak peduli nak lantik sapa pun asal saja boleh dicucuk hidung, sebab walau apapun kerajaan dah buat, sedang buat atau rancang nak buat, kebanyakan rakyat teruatama melayu tetap akan pangkah bn, mungkin sebab takut kalau bukan bn yg pegang habislah tak dpt nak berjoget, menyanyi, nak menipu, nak ponteng kerja, nak rasuah, nak salahguna kuasa atau pelbagai lagi kelaku yang tidak sesuai dgn Islam.

    sapa boleh nafikan rasuah kat malaysia dah jadi mcm barah, dah tak boleh nak cure kecuali dgn mengambil ubat2 yang diambil dlm ajaran Islam.

    Sedih dato', sampai bila kita rakyat diperbodohkan mcm ni?

    Wassalam....

    ReplyDelete
  59. makbudak2:18 PM

    Salam Dato',

    (sambung)... kesian felda, Dato'.... dapat pengerusi yg baru ni....

    ReplyDelete
  60. Dato',

    Saya tumpang kesian sama dgn Sdr/i makbudak pasal pengerusi Felda yg baru tu. Bukan org lain, bekas MB negeri saya yg 'banyak betul' jasanya kpd NS dan Najib. Sikit pun saya tak hairan. Kalau berlaku another fiasco pun nanti saya tak terkejut.

    Tentang syarikat penerbangan ini, jangkaan Sdr ahmad boleh jadi betul dan bukan mustahil. (Baru2 ini pun Proton dan Perodua dinasihatkan bergabung). Jadi atau tidak, itu perkara kedua tetapi mungkin hanya itu saja cara utk menyelamatkan syarikat kebanggaan dan kebangsaan negara ini.

    Walau berapa banyak/kali MAS mendapat anugerah diperingkat dunia, pengalaman saya dengan SIA (dan MAS) menunjukkan sebaliknya. Bagi saya kru kabin MAS terbaik utk pelancong luar negara dan bukan utk pelanggan mcm saya. Terlalu general tapi dah melalui baru tahu. Bagi saya kru kabin SIA dan Nippon Air lebih bagus dan yg terbaik saya anugerahkan kepada kru SIA.

    Jangan silap! Saya pernah blacklist Air Asia atas alasan keselamatan. Dulu memang saya dengar mcm2 mengenai kualiti penyelenggaraan dan servis pesawat Air Asia, sampaikan bekas technician MAS sendiri mengesahkannya. Mungkin dia bias tapi apa pun, aspek keselamatan kita tidak boleh kompromi. Pada masa itu, saya seboleh2nya mengelak drp menaiki pesawat Air Asia tetapi skrg persepsi saya sudah banyak berubah. Bukan faktor tambang murah sahaja tetapi Air Asia telah dapat meningkatkan tahap keyakinan penumpang mcm saya dan ini sesuatu yg positif utk rakyat dan pelanggan keseluruhannya. Kalau murah tapi keselamatan nyawa diragui, tak berguna.

    p.s.:Skrg saya rasa Air Asia perlu ada perkhidmatan bas pula.

    ReplyDelete
  61. ali ahmad10:09 PM

    Salam Dato',

    Pendekatan yang diambil oleh MAS dan Air Asia adalah berbeza....bukan kerana satu pihak adalah kerajaan dan satu pihak swasta....

    Saya amat setuju untuk MAS memperbaiki Firefly nya dan menggunakan sektor ini untuk menyaingi Air Asia....

    Ramai orang lupa bagaimana pihak yang satu itu menggunakan segala kemudahan dari khidmat hingga penyelenggaraan pihak yang satu dan sehingga kini masih belum membayar hutang yang mencecah jutaan ringgit.....malah dipersoalkannya lagi....

    "BUDI BAIK DIBALAS TUBA"

    Ramai orang buta yang sebenarnya naik yang tambang murah ni...buat lah kira-kira sikit....

    masalah dengan orang Malaysia ni...malas nak buat kira-kira....

    ReplyDelete
  62. salam, Dato'..

    di malaysia ini ada sebilangan pak menteri korupsi, begitu juga bekerja swasta dan kerajaan.. lihat saja di surat khabar, gaji sudah besar pun mau rasuah dan menipu lagi.. mereka ini tidak takut Tuhan ... keciannnya... elok saja SPRM tangkap dan siasat mereka yang terbabit, kuranglah bebanan rakyat..
    issk.isskk..

    ReplyDelete