Tuesday, December 07, 2010

Salam Awal Muharam 1432

MASA dihargai, janji ditepati - pepatah Melayu.
Bertanggunh itu pencuri masa - pepatah Arab.

19 comments:

  1. Tok Kadiaq

    'Time you enjoy wasting, was not wasted'.
    John Lennon

    Hidup mau sedang sedang aja Tok!Alhamdullilah tahun ni rezeki paling murah.

    Pi New Zealand pun syok masa ni!Kia Ora!

    tk

    ReplyDelete
  2. Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong mengharapkan "ONE UMMAH". Sahutlah titah baginda!!!

    ReplyDelete
  3. Salam Maal Hijrah,Datuk.Teruskan menulis dan memberi pandangan

    ReplyDelete
  4. Assalamualikum dan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432 kepada YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati. Semoga tahun-tahun yang mendatang adalah lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.

    Masa yang diguna melayari blog ini tidak merugikan kerana saya dapati ianya berjaya merubah hala tuju Kerajaan dalam bidang ekonomi. Sebelum ini Kerajaan menekankan dasar pendapatan tinggi menjelang tahun 2020 untuk mencapai taraf negara maju tanpa memberi butir-butir pelaksanaannya melainkan cadangan penghapusan subsidy , melaksanakan projek mega dan menglibrasasi ekonomi untuk menarik pelabur asing yang menyebabkan rakyat gelisah. Alhamdulillah selepas beberapa teguran dibuat melalui blog ini Kerajaan sekarang berpijak di bumi yang nyata dengan mengumumkan dasar memperkasakan pertanian dan memperkenalkan skim pemilikan hartanah yang mampu dilanggani anakbangsa.

    Disebalik sebarang kesukaran mengikut Allah ada kebaikkan. Sekarang adalah masanya bagi anakbangsa kita menawan semula ekonomi negara. Apabila saya pergi ke pasar malam tadi saya dapati harga barang tinggi.Inilah masanya kita majukan tanah terbiar kita untuk menjadi pembekal barang makanan yang menguntungkan.Diawal Muharam ini saya mengsyurkan kita berhijrah dan diantara tempat yang kita boleh lawati adalah Bandung. Disana tanah tidak dibiarkan kosong dan setiap bahan digunakan sepenohnya.Buluh tidak dibiarkan reput begitu sahaja tetapi dibuat pelbagai produk untuk dipakai atau dijual.

    Marilah kita membantu Kerajaan menjayakan projek-projek yang menguntungkan anakbangsa supaya ianya tidak tersasar seperti apa yang pernah berlaku.Kita hendaklah pro aktif dan tidak melihatnya sahaja hingga terlambat. Sewajarnyalah kita memuji dan menyokong yang baik dan menegur jika berlakunya penyelewengan.

    Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
    Pencetus Strategik Vision,
    Petaling Jaya.

    ReplyDelete
  5. Salam Awal Muharram 1432 Dato'.

    Nampak gaya, blog Dato' tak boleh 'hijrah' dari isu politik dan semasa kepada isu santai bersahaja dan nostalgia!

    Banyak perkara politik dan isu semasa berlaku mutakhir ni Tok ye!

    Mungkin berlaku 'hijrah' tahun 2011?

    1. Pemilihan UMNO ditangguh 18 bulan.

    2. Selepas Konvensyen BN, Samy Vellu letak jawatan Presiden MIC.

    3. Anwar digantung hadiri Parlimen 6 bulan. Dan Hakim Mohd Zabidin kekal sebagai hakim kes sodomy 11.

    Kenapa 6 bulan? Apa akan berlaku/ Najib nak buat dalam 6 bulan akan datang?

    4. Khir Toyo didakwa. 16 saksi bakal dipanggil Gani patail. Wah...! Gani sendiri ke jadi ketua pendakwaraya nanti?

    Selepas lebih setahun baru nak dakwa? Ada apa apa ke?

    APAKAH SEMUA INI BERLAKU SECARA KEBETULAN?

    Saya jangkakan, (tiada bukti sahih, hanya jangkaan semata-mata, macam main catur jangka gerakan lawan!), ANWAR didapati bersalah dan dihumban ke jel untuk kesekian kalinya. Dan PRU 13, sekali lagi tiada watak Anwar!

    Itu cuma jangkaan la Tok! Macam kita sembang di kedai kopi!

    CUMA SAYA TERTANYA-TANYA, kenapa NAJIB (dinasihatkan?) bercakap berulang kali PERTAHANKAN PUTRAJAYA???

    PAU 2010 cakap pertahankan Putrajaya walau berkecai daging, bercerai nyawa!

    Konvensyen BN pun cakap pertahankan Putrajaya!

    TAK PERNAH ADA PM BERCAKAP sebagaimana Najib!

    Kenapa ye Tok?

    ReplyDelete
  6. Salam Muharram dari saya juga.Tahun 1432 Hijrah,tk dato'.

    ReplyDelete
  7. walsukut almatul redho( perpatah arab badawi)

    "diam tanda bersejutu"

    salam

    ReplyDelete
  8. Salam Dato',

    1.Jika jatuh tersungkur,tersembam untuk menepati janji kerana kesuntukan masa,maka terpaksa lah kita bertangguh,akibat dugaan dan ujian....

    2...dan bertangguh demi menunggu pulih kecederaan,perkara yang amat merisaukan dan menyakitkan.Hati sentiasa berdebar tak keharuan mengenang nasib badan dan bersimpati dengan orang-orang yang menumpang satu harapan dengan kita...

    3....saat yang paling getir,hanya terdengar kata umpatan,nista dan cacian dari penunggu-penunggu harapan dan habuan kerana mereka lari menjauhkan diri hilang kesudian,bersimpati bersama-sama menanggung kesakitan yang kita alami, setelah sebelum nya terbukti kita sudah acapkali menepati janji-janji memberi, berkorban masa untuk kesenangan,kebahagiaan...

    Bukan kah sekarang manusia selalu mungkir dan mungkar dengan berjanji kosong dan konon nya perlu
    bertangguh mencuri kesempatan, sembunyikan kelemahan yang sudah jelas nampak biasan.

    ReplyDelete
  9. Anonymous9:40 AM

    datuk..

    SALAM MAAL HIJRAH..

    Depa kata nak perpaduan..macam mana nak berpadu kalau sorang pon pemimpin Islam dari parti PR tak dijemput untuk Sambutan Maal Hijrah peringkat nasional..

    depa nie bukan Islam ka? busuk betul permainan politik UMNO/BN nie...

    one ummah?
    kenapa YDP Agong tak tegur UMNO yang maksum nie?

    minah ronggeng

    ReplyDelete
  10. Tiada larangan ambil minuman keras dan bercium
    08/12/2010 2:38am

    ABU DHABI 8 Dis. - Penganjur Piala Dunia Kelab FIFA menafikan laporan media tempatan bahawa penyokong yang datang menyaksikan kejohanan ini di Abu Dhabi tidak dibenarkan mengambil minuman keras dan bercium di khalayak ramai.

    Menurut laporan dalam akhbar Emarat Al-Yom Isnin lalu, penyokong asing akan diberi risalah mendesak mereka menghormati sensitiviti rakyat tempatan yang beragama Islam. - AFP


    comment:

    Inilah dia negara Islam. Sanggup menjual maruah Islam dinegaranya semata-mata inginkan Piala Dunia diadakan dinegaranya.

    Mana maruah bangsa Arab yang kononnya hampir 100% bangsanya menganuti agama Islam. Nampaknya orang Arab dah banyak jadi munafik !!!

    Jika pemganjurnya membenarkan perbuatan sumbang ini berlaku bermakna mereka telah mengadaikan agamanya.

    ReplyDelete
  11. Hanezam12:24 PM

    Salam Datuk,

    Selamat Tahun Baru Hijrah untuk Datuk dan pembaca-pembaca blog Datuk.

    Datuk,
    Teruskan menulis dengan santai bersahaja dan menyulam relevannya nostalgia-nostalgia masa lalu Datuk itu dengan isu-isu semasa. Saya amat menyenanginya.

    Sempena Tahun Baru Ma'al Hijrah saya minta maaf kepada OKJ kerana terlepas geram. Dah lama saya dok agham OKJ ni. Bila Datuk tulis macam tu, saya pun tertumpang semangkuk. Mohon maaf.

    Sama ada Datuk tahu atau tidak, blog Datuk ini telah mengasah pemikiran kritis golongan (yang jauh lebih) muda masa kini, walaupun mereka belum mampu untuk menulis komen mereka di sini.

    I wish Datuk and all your muslim readers a fruitful hijriyah year ahead.

    ReplyDelete
  12. Wan Supian.4:31 PM

    Dato.
    Saya tengok dekan TV1 live coverage Najib dan Mahayuddin pergi sembayang di mesjid negara dan baca doa akhir tahun dan awal tahun.Ha haha.

    Sabernarnya perbuatan itu bidaah.Jika di tuntut oleh sunnah mereka akan buat upacara yang sama di mesjid Haram dan nabawi.Kawan saya maseh dimekah dan madinah.dia baru sms saya diakata tak ada upacara bagini.

    Sabenarnya apa yang didoakan ialah supaya kjita bertaubat apa2 kesalah yang di buat di tahun lepas dan untok tahun baru kita minta Allah tunjokkan jalan yang lurus.Bagus juga kita nampak kedua2 pemimpin kita berani bertaubat sacara live.Jika ini lah sikap mereka saya ingat Malaysia akan hidup aman damai.Tidak ada fitnah dan hasad dengki.

    Tapi semalam kawan saya berjumpa dengan Najib dan bertanya dengan nya mengenai Selangor.Dia bagi arahan kita mesti all out tumbangkan mereka dan rampas samula dari PKR.Ini bermaana tak kira lah cara halal atau haram.

    Allah itu maha mengetahui.Kita boleh merancang tapi Rancangan Allah lebeh baik.

    ReplyDelete
  13. Dato'
    Salam Maal Hijrah.
    1.Negaraku Malaysia,satu Negara Islam,tetapi banyak syarikat dan kilang yang tidak bersama sama kerajaan dalam pengistirafan syok sendiri ini.Tiada cuti umum,tiada cuti ganti.Paling malang di negeri ku,juga negeri kelahiran DAKJ,Negeri Kedah yang punya Kulim Hightech dimana ada CEO yang dilantik olih kerajaan PAS Kedah.
    2.Beberapa peristiwa terjadi sewaktu Hijriah 1432 disambut.Di Selangor,terdapat juga rakyatnya disambut dengan semboran air sempena demontrasi membantah kenaikan takrif air anjuran Kerajaan Selangor.
    Dalam masa yang sama satu lagi kumpulan dinamakan GAP,agak malang kerana tidak merasa "keseronokan" menjadi orang bawahan lantaran tidak mendapat layanan yang diterima olih kumpulan pertama tadi.
    3.Ketuanan Melayu mendapat tempat disemua media utama.
    Masing masing dengan corak ulasan mengikut citarasa politiknya.Membaca keseluruhan teks Dr Wan Azizah Ismail,menyebabkan saya juga berada dalam kumpulan yang sama dengannya.Tambahan lagi,walaupun kini tidak bersama lagi dengan aliran pemikiran Tun M,namun saya adalah penyokong dari dulu hingga sekarang keputusan yang dibuat olih Tun M pada 1983 dan 1993 dulu,iaitu mengurangkan(menghapuskan)keistimewaan(imuniti)raja raja.
    Hishamuddin Tun Husein Onn mempertikai Presiden MCA kerana tidak menggunakan saluran yang betul sewaktu mengulas isu Ketuanan Melayu.Ternyata Konvensyen BN dianggap olih Hishamuddin sebagai tempat memuji dan memuja BN sahaja.Dan pertubuhan yang begitu lantang mengutuk Wan Azizah rupanya terlepas pandang ucapan Presiden MCA ini.atau memang lidah mereka memang bercabang dua.
    4.Perlantikan pemimpin mengikut kroni sekeluarga juga berlaku pada Hijriah 1431 yang telah kita tinggalkan.Namun anak bongsu saya yang akan menduduki SPM tahun ini membawa kata kata tersendiri, dimana dia dapat pun tidak saya ketahui:SELURUH KELUARGA MENJADI KRONI PUN TAK APA,JIKA KRONI INI BERJUANG UNTUK RAKYAT DAN TIDAK MEREBUT APA YANG BERADA DALAM MULUT RAKYAT.

    ReplyDelete
  14. Anonymous8:56 PM

    "SELURUH KELUARGA MENJADI KRONI PUN TAK APA,JIKA KRONI INI BERJUANG UNTUK RAKYAT DAN TIDAK MEREBUT APA YANG BERADA DALAM MULUT RAKYAT."

    komen:

    Belum dapat berkuasa sepenuhnya belum tahu. Dah dapat kuasa nanti hancur lebur dibuatnya oleh seluruh keluarga.

    Masa ni kita tak nampak lagi tembelang dan temberang keluarga ini. Sekarang ni semuanya macam beria-ia berjuang untuk rakyat. Apabila sampai masanya nanti semua rakyat ternganga kena kelentong!

    Tipah

    ReplyDelete
  15. Anonymous9:34 AM

    Tipah tertipu selama 53 tahun..hehe

    minah ronggeng

    ReplyDelete
  16. Salam Maal hijrah untuk Dato',dan semua peminat blog Dato',.

    Dengan kedatangan Tahun Baru Hijrah ini semoga kita juga berhijrah dari perbuatan yang tidak baik kepada yang baik-baik.
    Elakkan dari mencemuh, menfitnah, buruk sangka dan dari menyokong kemungkaran kepada bersatu menghapuskannya (mungkar).
    Namun sebagai insan ,kita seringkali lupa akan kehendakNya yang menyuruh kita membuat amal maaruf dan menjauhi nahi mungkar.
    Kuatkan azam untuk menghadapi tahun-tahun yang mendatang untuk menjadi semakin baik dengan menjauhi sumber-sumber yang diragui kesahihannya.
    Banyakkan membuat amal ibadah, semoga kita umat islam di Malaysia menjadi ikutan umat islam didunia. Insyaallah.

    ReplyDelete
  17. abdullahngah11:57 AM

    Kebanyakan orang Melayu mahu berubah tapi sampai masanya tak juga berubah dari kurang baik kepada baik jauh sekali mengambil langkah untuk berbuat yang terbaik.

    Namun berubah dari jahat kepada sikit jahat nampaknya ada peningkatan.

    Bayangkan bunuh semakin hari semakin meningkat penagiuhan dadah semakin hari semakin meningkat rompak, curi semakin semakin semakin meningkat.

    Permintaan dadah semakin hari semakin meningkat demikian juga dengan permintaan arak dan judi yang membuat kebanyakan rakyat cenderung melakukan jenayah demi jenayah.

    Banyangkan ibu segala kejahatan diutamakan untuk punggut hasil negara.Itulah jadinya.

    Pengedaran dadah juga semakin hari semakin luas dan bermaharajalela, banyak sudah ditangkap tapi yang tak dapat dirangkap mungkin lebih banyak daripada itu.

    Kalau tidak mana mungkin menagihan dadah dinegara kita semakin bertanbah dari masa kesemasa.

    Itulh hijrah yang berlaku dan lakukan oleh rakyat negara aman dan makmur.

    ReplyDelete
  18. 8:56-tipah yang namanya betina tapi mungkin ianya jantan.

    kalimah ini samalah dengan cakap cakap orang yang tak minat politik:

    lantik siapa pun ,aku tetap kena buat kerja.yang pemandu akan terus dengan kerja pemandu,yang buruh akan terus dengan kerja buruh.yang sedap dok gabuih adalah depa.

    setakat ini sahaja komen saya terhadap ANON-tipah ini,kecuali dia keluar dengan penuh tanggong jawap menggunakan ID yang bolih dikenali.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum pak Kadir

    Cuba kita lihat 2 pepatah tu, pepatah Melayu lebih bersifat rasional.Bermakna orang Melayu ni bukanlah manusia yang tidak berfikiran jauh dan senantiasa berpijak di bumi nyata.Tak begitu pak Kadir?.

    ReplyDelete