Sunday, January 16, 2011

Perdana Menteri Wanita: Kenapa Isteri PM Tak Boleh?

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

LATEST, 28 Jan -- The directory page of the Prime Minister's Office website carrying information on a mysterious and much debated "FLOM division", has been removed.



That division has been the subject of widespread ridicule on blogs and various online forums, all unanimously agreed that the acronym stands for "First Lady of Malaysia".


Some bloggers argued that the listing on the directory shows that it is a full-fledged division in the PMO meant to serve Rosmah Mansor, wife of Prime Minister Najib Abdul Razak. -- Malaysiakini



[MUTAKHIR, 22 Jan.] - Terima kasih kerana terus berbincang. Berita berikut boleh dianggap sebagai jawapan rasmi kepada beberapa hal yang kita bangkitkan dalam tajuk ini.


Lawatan Rosmah Mengikut Peraturan - Rais Yatim

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Pihak yang mengkiritik lawatan rasmi isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke luar negara tidak faham dengan peraturan yang telah diperuntukan oleh kerajaan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata lawatan isteri Perdana Menteri itu ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh baru-baru ini dibenarkan mengikut Peraturan Etika Anggota Pentadbiran 1988/1999 yang diputuskan oleh Kabinet.

Mengikut Perkara 1180A di bawah peraturan itu, seseorang isteri anggota pentabiran dibenarkan untuk mewakili seseorang suami atau membuat lawatan ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan sesuatu aspek atau perkara asalkan tidak bercanggah dengan kerja rasmi dan urusan kementerian atau menteri berkenaan.

Rais berkata demikian bagi membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan lawatan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang diketuai oleh isteri Perdana Menteri ke tiga buah negara itu.

"Teguran ini bangkit dari rasa politik jahat yang pada akhir-akhir ini dengan apa yang dibuat oleh kerajaan dibangkang dan pembangkang gemar memperli, memperkecilkan dan memfitnah orang-orang yang berkenaan," katanya pada sidang media di sini.

Rais juga berkata terdapat pihak-pihak, terutama pembangkang, yang tidak mengetahui alur serta peraturan pentadbiran negara dengan menganggapnya sebagai sesuatu di luar keadaan yang dibenarkan.

Menyentuh mengenai lawatan ke Oman atas jemputan kerajaan negara itu, Rais berkata Rosmah hanya menjalankan tugas sebagai seorang wanita yang prihatin terhadap pendidikan anak-anak, orang kurang upaya, aspek pendidikan dan hubungan antara wanita yang sememangnya digalakkan.

"Beliau (Rosmah) harus memainkan peranan untuk membantu negara dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam kerja-kerja sampingan yang memberi kepentingan kepada negara," katanya.

Rais berkata adalah tanggungjawab pihaknya untuk menerangkan kepada rakyat mengenai status kepentingan lawatan Rosmah dalam membantu negara.

Beliau berkata secara tidak langsung lawatan sedemikian dapat merapatkan hubungan antara Malaysia dengan negara luar, serta membantu mengharumkan nama di persada antarabangsa yang akan membawa perkembangan yang baik kepada negara.

Rosmah dilaporkan berkata beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadapnya berhubung lawatan rasminya ke luar negara kerana semua lawatannya itu diatur selepas menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.

-- BERNAMA



[MUTAKHIR, 21 Jan.]

MUSCAT, 20 Jan (Bernama) -- Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.

Bercakap kepada media Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman pada Rabu, Rosmah berkata beliau akan membuat lawatan itu apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama di majlis-majlis tertentu.

"Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili," katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.

"Saya berada di sini bukan untuk mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi kami di sini mewakili rakyat Malaysia," kata Rosmah menjelaskan bahawa beliau dan anggota rombongannya diterima baik di sini dan pemerintah Oman, Sultan Qaboos Bin Said, sendiri mengambil berat lawatan itu.

[POSTING ASAL]

PEMBAHAS “Bawal” dalam perbincangan mengenai tajuk “”Hantu” PRU Ke-13 Bagi BN dan PR.” antara lain, berkata: “komen la sikit pasal lawatan bini PM ke Timur Tengah. Ini lawatan rasmi Dato', siap ada perjumpaan ngan Timbalan Menteri kat sana.

Dah takde ke menteri kat Malaysia ni atau Jawatan sebagai bini PM adalah jawatan kerajaan.”

Terima kasih Sdr Bawal. Sebenarnya beberapa orang pembahas lain juga turut membangkitnya hal ini dan isu-isu lain yang melibatkan kegiatan dan tindak-tanduk isteri Perdana Menteri.

Seperti yang telah tegaskan berulang kali, dalam sistem kita tidak ada satu jawatan yang dipanggil “First Lady” atau Wanita Pertama. Kalaupun ada seorang yang boleh diberikan jolokan “First Lady” atau Wanita Pertama, orang itu adalah Seri Paduka Raja Permaisuri Agung kerana “First Gentleman” atau Lelaki Pertama dalam sistem kita adalah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Hak Guna Duit Negara

Mengenai bolehkah duit negara digunakan membiayai lawatan dan kegiatan isteri Perdana Menteri, saya ingin merujuk Sdr Bawal dan para pembaca sekalian kepada laporan New Straits Times pada 12.11.2010 yang berbunyi:

NO permanent or contractual staff are provided for Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.


In a written reply to Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib said officers from his office sometimes helped his wife in carrying out her official duties.


However, the Members of Parliament (Remuneration) Act 1980 states that the prime minister's wife is entitled to claim food, lodging and winter apparel allowances when she accompanies her husband on his official duties overseas.”

(Tidak ada pegawai tetap atau kontrak diperuntukkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib berkata pegawai dari pejabatnya kadang kala membantu isterinya menjalankan tugas rasminya.

Bagaimanapun, Akta Ahli Parlimen (Gajian) 1980 mengatakan isteri Perdana Menteri berhak membuat tuntutan elaun makan, penginapan dan pakaian musim sejuk apabila mengiringi suaminya dalam tugas rasmi di luar negara.”)

Terpulanglah kepada pembahas dan pembaca membuat interpretasi dan mencari kesimpulan mengenai lawatan Rosmah ke Asia Barat tanpa diiringi oleh Perdana Menteri.

Cadangan Rosmah Masuk Politik

Dalam bahas blog ini, ada beberapa pembahas mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan bertanding pilihan raya umum akan datang. Bagi saya, cadangan sebegini bukan jenaka tetapi boleh dilihat sebagai sesuatu yang serius dan berkemungkinan berlaku.

Malah seorang bekas menteri kanan yang diketahui cucup akrab dengan Mohd Najib dan Rosmah berkata isteri Perdana Menteri itu berpengaruh dan berpotensi memanfaatkan kedudukan istimewanya untuk satu peranan yang lebih besar.

Kita boleh bincang dan bahas hal ini, tatapi saya minta tolong berhati-hati dan bersopan santun. Saya tidak akan menyiarkan ulasan yang berunsur fitnah dan hasutan yang boleh membawa padah.

Soalnya kenapa tidak Rosmah? Buat permulaan, beliau sudah pun mempunyai profil yang cukup tinggi dan mempunyai kedudukan de fakto dalam sistem pemerintahan negara memalui Projek Permata Negara untuk kanak-kanak pintar yang mendapat peruntukan langsung dari Perbendaharaan sebanyak RM111 juta dalam belanjawan 2011 dan RM100 juta pada 2010. Beliau juga memperoleh dan menikmati liputan berita yang cukup rapi dan meluas daripada media massa arus perdana.

Kenapa tidak? Bukankah sudah wujud gandingan suami-isteri dalam landskap politik Malaysia iaitu Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail? Malahan, gandingan bapa-emak dan anak pun sudah ada – Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Selain itu wujud dinasti politik lain seperti gandingan Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng, Karpal Singh dengan Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo. Malah Mohd Najib, Anwar, Hishammuddin Hussein, Mukhriz Mahathir dan ramai lagi adalah pewaris dinasti politik.

Jadi kenapa tidak Rosmah? Kalau Rosmah tidak ada peranan yang berkesan dan definitif, masakan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, membuat pertemuan khas dengan beliau dalam rangka lawatannya ke Malaysia pada tahun 2009 dan secara terbuka mengiktiraf kesepakatan Rosmah-Mohd Najib?

Jadi apa salahnya atau memeranjatkan sangat jikalau Rosmah bertanding pilihan raya dan akhirnya menjadi pengganti suaminya?

Gandingan Ahli Keluarga Perkara Biasa


Hal ini berlaku bukan sahaja di Singapura di mana Lee Hsien Loong menjejaki bapanya menjadi Pardana Menteri, malah ia juga berlaku di banyak negara di dunia.

Contohnya di India di mana Indira Gandhi menjejaki bapanya Jawaharlal Nehru, menjadi Perdana Menteri. Indira digantikan pula oleh anaknya Rajiv Gandhi. Indira dan Rajiv kedua-duanya mati dibunuh. Kini isteri Gandi, Sonia seorang keturunan Itali menjadi Presiden parti pemerintah, Indian National Congress dan anak mereka, Rahul adalah Ahli Parlimen dan diuar-uarkan sebagai bakal Perdana Menteri.

Di Sri Lanka, Chandrika Bandaranaike Kumaratunga yang menjadi Presiden dari 1994 hingga 2005 adalah anak kepada dua Perdana Menteri -- bapanya S.W.R.D Bandaranaike dan ibunya Sirimavo Bandaranaike.

Di Filipina, apabila calon Presiden Benigno “Ninoy” Aquino dibubuh, isterinya, Corazon Aquino bertanding dan menang. Kini anak mereka, Benigno Aquino III, menyandang jawatan itu. Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pula adalah anak Presiden Diosdado Macapagal.

Sheikh Hasina Wazed, Perdana Menteri Bangladesh sekarang adalah anak sulung Sheikh Mujibur Rahman, pengasas dan Presiden pertama negara itu manakala Begum Khaleda Zia, bekas Perdana Menteri, adalah janda Presiden Ziaur Rahman yang dibubuh.

Di Pakistan, Allahyarhamah Benazir Bhutto menduduki kerusi yang pernah diisi bapanya, Zulfikar Ali Bhutto sebagai Perdana. Zulfikar mati di tali gantung, Benazir mati dalam pengeboman bunuh diri.

Di Argentina, Presiden NĂ©stor Carlos Kirchner digantikan oleh isterinya Cristina Fernandez de Kirchner. Eva “Evita” Peron hampir menjadi Naib Presiden Argentina di samping suaminya kalau tidak kerana mati batuk kering.

Kini, isteri Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Ibu Kristiani Herawati diuar-uarkan akan bertanding jawatan Presiden apabila tempoh perkhidmatan suaminya tamat.

Tidak Mustahil Rosmah Jadi PM

Kesimpulannya, adalah tidak mustahil Rosmah Mansor atau mana-mana wanita selebriti bertanding pilihan raya dan, jika dikehendaki oleh majoriti pembesar parti mereka, dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Saya rasa pembangkang pun akan pening kepala kalau Rosmah bertanding. Hubungan beliau yang akrab dengan bintang-bintang Bollywood, boleh digunakan untuk menarik puluhan ribu hadirin ke ceramah-ceramah pilihan rayanya.

Yang perlu hanya membawa bintang-bintang filem Bollywood dalam kempen beliau. Selain itu, beliau juga seorang penyanyi yang bagus yang tentunya boleh memikat hati pengundi Melayu yang rata-rata gilakan Bollywood dan sukakan hiburan.

Kalau negara Islam yang lebih besar dan konservatif seperti Pakistan dan Bangladesh boleh menerima Perdana Menteri dan Presiden wanita, pastinya Malaysia yang lebih progresif tidak akan menolak kepemimpinan wanita.

Hatta Pas pun sedang hebat mempromosikan penyertaan wanita dalam hierarkinya manakala PKR sudah pun dipimpin oleh wanita. Wallahualam.

212 comments:

  1. semang7:29 AM

    kemanakah hala tuju negara kita kalau begitu.....

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:47 AM

    Salam Dato'

    Saya tidak setuju sama sekali jika Datin Seri Rosmah Mansor ditonjolkan secara berlebihan dalam media massa. Ini akan memberikan persepsi yang tidak baik kpada PM dan kerajaan. Sebagai isteri PM, beliau harus tahu batas penampilan yang tidak me;langkaui PM dan kerajaan. Rakyat dapat merasai tumpuan berlebihan media kepada Datin Seri Rosmah ketika ini. Ia patut dikurangkan untuk kebaikan PM dan kerajaan atau BN.

    Dato menyatakan bahawa tidak salah jika seorang isteri PM bertanding dalam pilihanraya dan menjadi PM. Saya setuju dan dato' telah memberikan bukti. Walau bagaimanapun, contoh-contoh yang dato' berikan jika kita amati setiap pemimpin wanita tersebut mempunyai sebab untuk berbuat demikian. Misalnya Datin Seri Wan Azizah menjadi pemimpin setelah suaminya, DS Anwar dipecat. Begitu juga Benazir Buttho, setelah bapanya digantung hingga mati. Corazon Aqunino juga begitu. Soalnya, apa pula alasan untuk Datin Rosmah atau isteri pemimpin lain yang tiada sebab yang kuat untuk bertanding? Sekadar popular kepada segelintir rakyat tidak menjamin ianya mudah berlaku.
    Pada pendapat saya, isteri atau anak pemimpin harus ada alasan yang kuat untuk menceburi politik dan bukan berlandaskan glamour semata-mata.Fakta ini tidak berlaku kepada Datin Seri Rosmah dan beliau harus menjaga nama baik suaminya, DS Najib sebagai PM.

    Dato' juga berikan contoh DSNajib, Hishamuddin dan Mukriz. Pada saya, mereka semua mempunyai minat menjadi pemimpin dan bukan sebab glamour atau sebab menumpang populariti bapa mereka. Mereka berbeza dengan contoh-contoh lain yang dato' berikan

    Zaidi Musa

    ReplyDelete
  3. abdullahngah8:12 AM

    Saya dengar cerita dari kawan yang sama sama belajar di Uinversiti Malaya dulu bahawa Rosmah ini merupakan pelajar wanita yang terlalu minat dengan arena politik negara.

    Mungkin dia punya cita cita untuk menjadi perdana menteri wanita pertama malaysia selepas ini.

    Cuma menunggu masa dan peluang yang sesuai untuk dicalonkan bertanding dalam musim pilihanraya umum.

    Mungkin musim pilihanraya umum ini Rosmah diberi ruang untuk bertanding sebagi proses mula terbabit secara resmi dalam arena politik negara.

    Melihat pada gerak gerinya perdana menteri Najib tak teragak agak akan berbuat demikian untuk memenuhi cita cita isteri ini.

    lebih labih lagi NKRA yang disebut sebut Najib kerja Rosmah arah suatu yang realiti tak dapat dinafikan lagi sehingga sesiapa yang kritik PERMATA dilucutkan jawatan dan diganti secara drastik dengan orang lain yang memang belum layak menyandang jawatan tersebut.

    mahu tak mahu itulah tidak perdana menteri Najib terhadap orang yang kritik permata yang dapat kos belanjwan negara sebanyak RM 111 juta.

    Namun tak mustahil Rosmah akan ditantang macam minyak penuh oleh Najib agar cita cita isterinya dapat dipenuhi.

    ReplyDelete
  4. Iskandar PT9:05 AM

    Salam Dato',

    Saya pernah menyarankan dalam blog Dato'supaya DS Rosmah bertanding di mana-mana kawasan Parlimen yang ingin di wakilinya, tentunya kalau dia ingin bertanding, kawasan banyak undi pos menjadi keutamaan untuk menang.
    Sekiranya beliau menang dengan majoriti yang besar, MP BN yang lain akan menghormati beliau kerana kemampuan beliau meraih majoriti tersebut dan kalau beliau tewas, lupakan terus politik.
    "Kementerian" yang diwakili beliau iaitu "Kementerian Permata dan First Lady" banyak diperuntukkan bajet pada 2010 dan 2011. Oleh demikian ,wajarlah beliau dilantik jadi senator untuk menjadi menteri sementara DS Najib masih lagi PM negara ini.
    Mungkin selepas PRU 13, DS Rosmah tidak lagi menghuni Seri Perdana kerana PR akan melelongnya disebabkan kos untuk baikpulih Seri Perdana terlalu mahal iaitu RM 65 Juta.
    Walau apapun, adalah lebih baik DS Rosmah mencuba populariti beliau dan sekiranya beliau tak mencuba, beliau tidak akan tahu.

    Wallahualam

    Iskandar PT

    ReplyDelete
  5. Hanezam9:32 AM

    Datuk,

    “ In a written reply to Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib said officers from his office sometimes helped his wife in carrying out her official duties.”

    Datuk, kat mana ada peruntukan undang-undang yang menggariskan dengan spesifik tugas-tugas rasmi (official duties) seorang isteri Perdana Menteri ? Ada ka ?

    Setahu saya tugas rasmi isteri Perdana Menteri adalah mengiringi PM dalam majlis-majlis dan lawatan-lawatan rasmi. Itu sahaja.

    Dan menurut peruntukan Akta Ahli Parlimen (Gajian) Act 1980 yang Datuk petik itu, isteri PM hanya boleh ‘claim’ jika dia MENEMANI SUAMINYA di atas tugas-tugas rasmi. Kalau pi sendiri, macam mana pulak boleh jadi (i) tugas rasmi (ii) dapat peruntukan wang ? Haih penin penin..

    Kalau saya ada pilihan saya mahu seorang Perdana Menteri yang lebih baik daripada Najib, dan Perdana Menteri idaman saya itu mestilah mempunyai ciri-ciri berikut :-

    i. Tidak takut akan bininya;
    ii. Tidak dikontrol oleh
    bininya;
    iii. Tidak membenarkan
    isterinya menonjol-
    nonjolkan diri dan membuat
    penampilan-penampilan yang
    tidak cocok sebagai isteri
    PM di media-media massa
    dan di youtube he he ..
    iv. Tidak membenarkan rakyat
    jelata berpersepsi bahawa
    bininya menghabiskan
    banyak wang perbendaharaan
    sedangkan hasil
    perbelanjaan itu tidak
    nampak langsung.

    Is this too much to ask for from a PM ?

    ReplyDelete
  6. :) :) :)
    tiada masalah akan timbul sekiranya beliau berjawatan dalam kerajaan, isunyanya sekarang beliau tiada berjawatan. rasanya beliau patut bertanding selepas ini.
    terbaeekkk!!!!

    singgah dari mknace unlimited

    ReplyDelete
  7. Bintang hollywood datang ke ceramah Rosmah? Sapa nak tanggung makan minum demer?

    ReplyDelete
  8. Anonymous10:00 AM

    Datuk,

    Apakah agaknya "official duties" isteri Perdana Menteri itu?

    Siapa yang menentukannya?


    Pak Malau.

    ReplyDelete
  9. food allowance hanya untuk iringan perdana menteri.tetapi perdana menteri tidak keluar bersama.sekiranya ada food allowance seperti yang ditetapkan berapakah nilainya.adakah kurang atau melebihi perbelanjaan yang ditetapkan.tugas ini sesuai untuk menteri luar.

    ReplyDelete
  10. Sufian Idrus10:07 AM

    Adalah lebih molek jika DS Rosmah bertanding dalam PRU13 yang akan datang untuk memperolehi mana-mana kerusi Parlimen, (seriously). Tanpa apa-apa jawatan dalam kerajaan ataupun keahlian dalam Parlimen; adalah tidak manis jika beliau diperuntukkan beratus juta ringgit untuk dibelanjakan dan ditanggung perbelanjaan untuk membuat lawatan rasmi keluar negara. Ia akan hanya menimbulkan banyak persoalan dan perbahasan; walau kerana projek apapun beliau belanjakan.

    Namun jika beliau menjadi seorang wakil rakyat yang diberi jawatan dan tanggungjawab tertentu; tidak banyak persoalan akan timbul. Sepertimana KJ yang kini telah menjadi ahli Parlimen dan menjadikan suara beliau lebih mempunyai konteks (berbanding dengan suara beliau sebelum itu sebagai menantu PM).

    Mungkin juga tidak sukar bagi DS Rosmah untuk memenangi kerusi di Parlimen dalam PRU akan datang memandangkan beliau mempunyai ikatan yang rapat dengan PM dan justeru akan mendapat sokongan dari ramai penyokong BN.

    ReplyDelete
  11. Anonymous10:46 AM

    -Ikhwan-

    Tidak timbul persoalan samaada Rosmah boleh/layak bertanding untuk jawatan PM. Sekiranya dia mahu, dipersilakan.

    Yang menjadi masalah adalah apabila seorang isteri kepada PM sebagai contoh "Rosmah" yang TIDAK mempunyai sebarang jawatan didalam politik mahupun kerajaan mencampuri urusan kerajaan, dan menggunakan harta kerajaan i.e. duit orang ramai.

    Ini semua dilakukan diatas kapasiti apa?

    Kalau hendak, beliau, Rosmah, boleh masuk politik dan bertanding kemudian bolehlah menjalankan tugas tugas kerajaan yang terlalu ingin dicampurinya (itupan kalau ada orang yang undi la dan menang)

    Ini bagi saya tidak ada masalah.

    ReplyDelete
  12. Roti Planta10:58 AM

    Dato',

    Pada post saya beberapa bulan lepas di dalam blog Dato', saya ada mencadangkan Rosmah bertanding di Parlimen Rompin. Walaupun nampak sinis tetapi boleh menjadi kenyataan. Kerusi lain yang selamat untuk Rosmah adalah Parlimen Putrajaya. Cadangan ini boleh dilaksanakan dan hanya perlu sedikit usaha daripada 'penjolok' dan pengampu!.

    Roti Planta

    ReplyDelete
  13. Salam Dato'

    Orang Melayu kata, belakang parang kalau diasah boleh tajam. Tidak ada masalah, kerana sekarang ada batu asah elektrik

    Masalahnya Dato', depan parang yang diasah-asah macam tak tajam-tajam. Apatah lagi yang jarang diasah atau langsung tidak diasah

    Tak betul asah? Atau jenis besinya tak bagus? Kena tanya pakar buat parang di Kuala Kangsar

    Saya pernah tanyakan kepada kaum hawa mengenai Rosmah. Dia kata Rosmah berkelulusan dan ada idea-idea baik tak seperti isteri2 PM sebelumnya

    Bagi saya, lebih baik beri jawatan PM kepada sesiapa yang bercita2 menjadi PM daripada memberikannya kepada mereka yang tak ada cita2 menjadi PM seperti Pak Lah dulu! Apa yang terjadi?

    ReplyDelete
  14. Anonymous11:06 AM

    Dato dah kena alzhaimers ke.

    ReplyDelete
  15. Anonymous11:11 AM

    Datuk,

    Isteri ada sound apa2 ka? hehe


    Minah Ronggeng

    ReplyDelete
  16. mtgbertam11:13 AM

    Dato' bawa isu ke arah lain. Rakyat terbanyak melihat isu Rosmah ni dok perabih duit negara, sedangkan rakyat dok tanggung beban kenaikan kos hidup. Mudah saja sifirnya.

    ReplyDelete
  17. Anonymous11:46 AM

    Dato' ni cerita ka apa atau ada apa apa ka?
    Dalam syok cerita Rosmah banyak pengaruh, geli hati juga sebab dia bukan banyak pengaruh tetapi banyak pengampu dan kaki bodek sahaja. Esok Najib hilang jawatan PM maka dia akan terkapai kapi seorang diri. Kalau Dato' tak percaya maka kita sama sama tunggu kalau umur panjang Insya"ALLAH.
    Looking beyond that, Rosmah should be very worried because GOD willing and the opposition takes over the government then she will have not enough land to run or hide and shit bricks!
    To avoid all that, it is good to advise her to behave like one and she knows there are many out there who simply hate her rather than allowing her to continue to dream!
    The truth is Isteri PM ini tak bolih jadi PM unless UMNO GA will vote her as UMNO president and what are the chances!? Probably can tweet #tanyanajib!Atrophy69.

    ReplyDelete
  18. Anak Parit/Bota/Lambor11:58 AM

    Dato,

    Kecuali Tunku Abdul Rahman, dari PM ke 2 hingga ke 5 meletakkan waris dalam politik untuk menggantikan mereka setelah bersara.
    Tun Razak letakkan Najib, Tun Hussein letakkan Hishamuddin, Tun Mahathir letakkan Mukriz, Tun Abdullah letakkan Khairy dan DS Najib mungkin letakkan DS Rosmah sebagai pengganti beliau untuk meneruskan perjuangan politik beliau. Hanya yang mungkin menjadi kejanggalan ialah PM yang lain meletakkan anak lelaki atau menantu manakala DS Najib letakkan isteri beliau dan seorang perempuan.
    Sejauh mana kemampuan DS Rosmah masih kita tak mengetahuinya kerana beliau tidak naik melalui hierarki seperti orang lain yang terpaksa menyusur tangga dari bawahan.
    Beliau naik melalui suami beliau dan terus menjadi "menteri kanan" dan memerintah semua "kementerian".
    Beliau boleh menjadi PM sekiranya menjadi Presiden UMNO dan menang pilihanraya ke 13 yang mungkin akan diadakan bila-bila masa dari sekarang hingga Mac 2013.
    Adalah tidak menjadi masalah pada beliau sekiranya DS Najib ingin meletakkan beliau sebagai calon BN pada PRU 13 kerana persempadanan semula kawasan Parlimen akan diluluskan dan akan wujud pertambahan kerusi Parlimen untuk membolehkan beliau bertanding. Semestinya beliau akan diletakkan dikerusi paling selamat, iaitu majoriti pengundi adalah undi POS.
    Sekiranya beliau menang, boleh lah memegang jawatan menteri atau jadi PM. Untuk jadi Presiden UMNO adalah cukup mudah, DS Najib hanya perlu turun dan istiharkan DS Rosmah menggantikan beliau, MT UMNO pasti setuju.MT BN juga pasti tak berani nak bersuara.
    Pakatan Rakyat pasti terlopong kalau ini terjadi.
    DS Rosmah hanya perlu bisikkan kemahuan beliau pada DS Najib, sebagaimana beliau mahukan Program PERMATA dilaksanakan.
    Tiada apa yang mustahil sekiranya ia dibuat dengan perancangan yang teliti dan perlaksanaan yang terancang.

    Tunggu je lah.

    Anak Parit/Bota/Lambor

    ReplyDelete
  19. al-Deen11:59 AM

    Kalau beria sangat berilah kerusi parlimen Jelebu. Orang lama, Rais kena beri laluan. Kalau menang pilihanraya boleh jadi mentori dan sah diberi peruntukan. Tapi saya takut dia tidak tahu batasan kerana belum apa2 pun dapat 111J! Kuasa RM letakan isa (oghang nogori) pengerusi felda.

    Ada ura2 pulak nazir nak jadi mentori keewangan. Anak najib pandai cakap cina boleh jadi presiden MCA kerana (Kalau) ada setitik darah cina boleh masuk mca.
    Melayu pegang mca baru aman negara!

    ReplyDelete
  20. Anonymous12:06 PM

    YBhg Datuk, saya terperanjat dengan nukilan Datuk kali ini. Saya hampa karena penulis berkaliber umpama Datuk boleh memilih isu picisan dan sensasional seperti ini untuk didebatkan. Datuk tidak perlu menyusur akar sebegini untuk menarik minat pembaca. Kami menbaca dan berdebat di blog Datuk ini kerana kesiuman dan kedalaman ilmu, bukan untuk menbaca dan berdebat tentang isu-isu picisan seperti ini.

    Datangnya daripada Datuk boleh mempengaruhi masarakat yang kurang intektuil untuk mempercayai yakni isteri Perdana Menteri Nijib sebenar sesuai sebagai bakal pengganti beliau. Ini adalah unjuran yang sangat berbahaya.

    Kita rindukan politik Malaysia yang lebih egalitarian dan sama rata bukan politik yang feudalis apatah lagi politik dinasti.

    Jadi saya rawa Datuk berkewajipan menyatakan secara jelas dan khusus apakah yang Datuk nukilkan ini satu keseriusan atau Datuk menyindir, atau sengaja menguji dan memprovok reaksi umum.

    Profesor Pencen
    Bangi

    ReplyDelete
  21. Datuk,

    Hakikatnya, istilah dan kedudukan “First Lady” di USA tidak diiktirafkan dalam perlembagaan. Ia hanya suatu konvensyen dan amalan moden, meskipun ia diterima dengan meluas di negara itu.

    Hujah Datuk, bahawa jika di Malaysia wujudnya fungsi “First Lady” yang menyandang peranaan itu ialah SP Raja Permaisuri Agung, boleh turut dipertikaikan. Malah, sememangnya boleh dihujahkan bahawa isteri ketua eksekutif yang harus memegang peranan itu dan juga gelaran “First Gentleman” sepatutnya dikurniakan atas ketua eksekutif. Walaupun begitu, isu ini tidak penting, sama ada disini atau disana (neither here nor there)!

    Berkenaan soalan apakah suatu keputusan yang waras dan bijak untuk menampil Datin Seri Rosmah Mansor (DSRM) ke atas pentas politik parti, saya berpendapat bahawa suatu keputusan seperti itu akan meruntuhkan BN sama sekali dalam PRU 13. Oleh yang demikian – kerana saya menyokong PR – saya cadangkan DSRM harus ditampilkan sebagai calon UMNO dalam PRU 13.

    Tidak banyak yang Datuk tidak mengetahui, jadi Datuk pasti sedia maklum bahawa DSRM sungguh dibenci oleh orang ramai. Saya teringat seorang pembahas penyokong BN (kalau saya tidak tersilap dalam blog ini), yang merayu supaya DSRM disembunyikan pada waktu PRU 13.

    Pada pendapat ramai orang bijaksana, yang telah saya membincang perkara ini, Dr Wan Azizah, jika bertanding DSRM, akan jelas menang dikebanyakan kawasan pilihan raya di Malaysia.

    Akhir kata, saya terasa kesimpulan Datuk bahawa “... adalah tidak mustahil Rosmah Mansor... dicalonkan sebagai Perdana Menteri” amat melucukan.

    Salam,

    LJ

    ReplyDelete
  22. Anonymous12:36 PM

    Saya setuju tu datuk. Tapi dgn satu syarat kalu nk bertanding. Kalau kalah jgn nangis.
    Melayu Lawak

    ReplyDelete
  23. Anonymous12:49 PM

    datuk buat lawak ke apa ni?

    nak perli rosmah sikit2 sudah lah

    dulu masa zaman pak lah datuk hentam kuat2....sekarang ni kenapa perli2?

    telur dah jadi kecik ke kena pegang ?

    kah kah kah....susah hidup jadi manusia hipokrit....tuhan saja boleh membalasnya

    ReplyDelete
  24. Salam dato,

    Ulasan dan contoh2 yang diberi adalah mantap dan boleh diterima pakai.
    Rosmah sekarang berada pada landasan yang betul untuk menjadi penggati pak Najib.
    Peluang untuk mempromosikan dirinya telah digunakan dengan sepenuhnya..
    Memang betul mengapa tidak Rosmah?
    Kalau Timbalan dan naib presiden Umno leka, Rosmah akan jadi presiden Umno dan seterusnya PM Malaysia

    ReplyDelete
  25. Tersirat1:01 PM

    Pls read between the lines. Org tua, cakap selalu berlapik dan berkias...

    ReplyDelete
  26. Anonymous1:15 PM

    pada pru lepas aku dah pangkah pas utk negeri dan pangkah bn utk parlimen aku tinggal di jaya gading ktn penyokong bn dari dulu lagi tapi bukan ahli pada mana parti politik akan datang ini aku dah buat ketetapan tidak akan memangkah bn aku juga akan memastikan anak2 menantu2 isteri2 aku supaya bersama aku...sbbnya.....?

    ReplyDelete
  27. During Pak Lah, the SIL is more prominent than the Prime Minister himself.

    Now, when Najib at helm, the wife is basking in the limelight proudly sometimes shadowing the primier.
    Perhaps it is a new generation thingy that the first lady be given such lavish freedom to expose herself unconditionally.

    On her exposure by the mass media, with unfailing daily dose of her whatnots, I personally didn't think it was done without someone 'instucting' it.

    Rosmah reminded me of Hillary Clinton and perhaps Hillary is what she really hoping and wants to be. Now or later.
    But does Najib be willing enough equal himself to Clinton?

    Rosmah should take a step or now, i think two or three step back a bit. All of us know how ambitious this lady is but she shouldn't overshadow the political career of the husband, to extend of jeorpardising it.

    And woman as Prime Minister?
    Name one country that prosper with woman as their premier...And being a Muslim, let us get back to the basic fundamental of the creation of man and women.

    ReplyDelete
  28. Profesor pencen,
    Saya rasa ini bukan isu picisan dan tak salah kalau rakyat nak berdebat isu ini.
    Isu ni melibatkan kerajaan dan rakyat kerana banyak wang kerajaan disalurkan kepada program seseorang yang tiada jawatan apa-apa dalam kerajaan hatta parti.
    Cuba bayangkan,seorang naib canselor universiti mempunyai seorng isteri,suri rumah sepenuh masa,then NC ni tak dpt hadir satu mjlis sebab demam,dia suruh bini dia gantikan,mau haru biru universiti jadinya.
    Saranan yang tepat supaya rosmah masuk bertanding pilihanraya,kalau dh jadi MP tiada sapa pun nak bising.

    ReplyDelete
  29. Sdr Shaz,

    Dame Margaret Thatcher. She saved and prospered the British economy. Angela Merkel is not doing badly in Germany. Thank you.

    ReplyDelete
  30. Anonymous2:35 PM

    Rosmah mengingatkan kita kepada Hillary Rodham Clinton. Elok juga kalau beliau bertanding di Sembrong tempat Hisahmudin sebab Hisham dah takde teloq

    Pak Kacong

    ReplyDelete
  31. Tok Kadiaq


    'A woman, the more curious she is about her face, is commonly the more careless about her house'.
    Ben Jonson

    Apa pun pada depa yang suka demonstrasi,tidoq tengah jalan,pijak kepala lembu,bakaq buku,cuba cuba la belajaq ilmu Rosmah.

    HEMOI AT ITS BEST

    TK

    ReplyDelete
  32. Salam DAKJ

    Orang kata, sekilas ikan di air, dah tahu jantan betinanya. Begitulah juga isihati seseorang melalui gaya penulisannya. Bagi sayalah, tak salah kalau kita tak suka seseorang. Tapi yg salahnya ialah, bila kita tak suka seseorang, janganlah melibatkan pada anak dan isterinya juga. Tak baiklah macam tu. Rasulullah pun tak ajar kita macam tu sekali terutama sesama Islam.

    Saya akui dan dari kaji selidik yg dibuat, > 70% pembaca blog ni adalah pembangkang. Sekali lagi bagi saya, tak salah tu dan ianya elok untuk mengetahui isihati orang lain melalui para pembahas. Cumanya, banyak yg bersifat ‘pre-emptive’, ‘negative thought’ dan juga berunsur fitnah, dari yg betul dan benar.

    Akhir kata, kita nakkan perdebatan yg matang bukannya nak jadi hero dengan cara tikam dari belakang. Tak berapa moleklah rasanya. Sudah-sudahlah tu. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  33. Bleacher3:03 PM

    Dato,

    Tak silap saya, Dato ada menulis tidak akan menulis mengenai DS Rosmah dan biarkan pengundi menentukan nasib DS Najib dalam GE akan datang. Jadi artikel Dato kali ini menimbul tanda tanya apa yang tersirat dan tersurat dihati Dato.

    Bagi saya dan mungkin banyak rakyat Malaysia yang lain menunggu samada DS Najib dapat menerapkan bukan saja Tranformasi Ekonomi tetapi juga Transformasi Politik seperti yang dijanjikan. Mungkin apa yang terjadi Tunisia sekarang akan menjadi sandaran.

    ReplyDelete
  34. Datuk,

    Saya baru sahaja membaca di Malaysiakini bahawa DSRM telah dikurniakan anugerah tunggal Datuk Sarawak pada tahun ini. Sudah tentu DSRM semestinya telah membuat dan tercapai perkara2 amat besar dan hebat untuk Sarawak & Malaysia agar menerima penghormatan mufrad ini yang tiada bandingan baik di Sarawak mahupun di Malaysia.

    Jikalau ini tidak memualkan, tolong memberitahu saya apakah setanding dengannya? Namum begitu, Datuk menganggap tidak mustahil DSRM dicalonkan sebagai PM. DSRM ialah Marie Antoinette masa kini di Malaysia dan Datuk amat membazirkan masa dan tenaga bersorak pencalonannya menjadi PM.

    Saya – dan nampaknya ramai pembahas2 yang lain dalam blog ini (yang saya mengkira perdana) – tidak menduga apa yang telah menimpa Datuk? Walaupun begitu, saya sungguh berharap DSRM akan ditampilkan sebagai calon BN supaya ia menjadi rod kilat untuk segala yang bersalah di Malaysia dan ekoran itu BN dihanyutkan buat sekian lama.

    Salam,

    LJ

    p.s. (catatan tambahan) Datuk berkenaan Sdr Shaz, jangan peduli dengannya, dia memang cetek!

    ReplyDelete
  35. Dato'
    1-Susah dan amat payah untuk berbincang dengan orang orang yang tak paham bahasa orang tua tua.
    Sebab tu saya pernah tulis,jangan menyamar dengan jawatan yang menunjukan jawatan itu kepunyaan orang berilmu,tetapi tahab pemikiran yang ditunjukan alehhh.
    2-Lagi payah,kalau depa ni mengangkat "individu" ketahab tidak bolih disentuh apa saja yang dibuatnya.
    Lagi menyedihkan mereka melabelkan individu yang mempersoalkan sesuatu yang memudaratkan itu dihentikan sebagai orang yang tidak mengenang budi kerana bagi mereka,walaupun buruk ianya perlu di pertahankan kerana ini adalah rezeki kita.
    3-Ternyata ada yang amat takut dengan suara penulis.Lihatlah apa catatan salah seorang pengomen.
    Takut kerana apa yang dicatat benar?.

    Rosmah Mansor sepatutnya dialu alukan datang kedunia politik yang sebenar.Caranya bertanding dalam pilihanraya yang mudah untuknya menjadi calun,tetapi tidak mudah untuk menikmati kemenangannya.
    Langit yang tinggi mungkin terasa rendah dikala itu.
    Akan terjelmalah musuh sebenar beliau.Yang dalaman yang terselindong akan terserlah.Samada ungkapan" kita berjuang kerana kita adalah UMNO" adalah satu ungkapan jujur akan dapat dilihat waktu itu.
    Manakala yang memang sedia menanti akan menyambut dengan cukup gembira untuk diratahkan.

    Jika Najib sebagai PM menyifatkan apa yang dilakukannya sekarang betul dan penyanggahan apa yang dilakukan olih Rosmah lebih bersifat dendam politik pembangkang,PRU adalah masa untuk beliau menguji apa untung ruginya tindakan beliau masa kini.

    ReplyDelete
  36. prof pencen,
    a 'piece'of tongue in cheek might i suggest if utterly nincompoop and self-indulgent.

    ReplyDelete
  37. abdullahngah4:17 PM

    Beberapa orang yang beritahu saya pasal perdana menteri wanita kenapa Rosmah tak boleh.

    Kata kawan saya memang Rosmah tak boleh jadi perdana menteri Malaysia.

    kenapa? bukan kerana tak layak.

    Memang Rosmah sangat layak jadi perdana menteri berbanding Najib yang kelihatan pentingkan diri sendiri itu.

    Rosmah (Isteri)kelihatan lebih layak berbanding suaminya (Najib)

    Yang membuat Rosmah tak boleh jadi perdana menteri tak lain dan tak bukan kerana pilihanraya umum ke 13 nanti UMNO/BN dah tumbang.

    Inilah kata kata beberapa orang kawan saya yang bukan calang calang orang.

    Kalau Umno/BN dah kalah dalam musim pilihanraya umum ke 13 sudah tentu Najib kena turun miskin pun kunci putera jaya ada dalam simpanannya.

    ReplyDelete
  38. Anonymous4:21 PM

    rosmah boleh stand parliament bukit mas .sarawak . ada berani!
    - ersb-

    ReplyDelete
  39. Anonymous4:28 PM

    saya cadangkan Kak Rosmah bertanding di Rembau memandangkan KJ dah tak nak bertanding maka baiklah kerusi parlimen Rembau di berikan kepada Kak Rosmah pun dari Negeri Sembilan - lagipun kalau dia bertanding diRembau pasti boleh menang - pertama kat rembau banyak undi pos - keduanya orang kampung pasti terpersona dengan kedatangan penyanyi bollywood - ketiganya Permata disukai oleh wanita pasti mereka akan undi Kak Rosmah yang membawa Permata sekali.

    cuba lah pertimbangkan Kak Rosmah bertanding di Rembau.


    Pak Nujum

    ReplyDelete
  40. Dato,

    Jika benar Pak Najib meletakkan isterinya calon dlm Pr13, ia pasti akan lebih mewarnai pilihanraya malaysia.
    Ramai orang kata Rosmah seorang yg boros tapi Pak Najib lebih kenal Rosmah dari luar dan dalam daripada mereka yg bercakap tu.

    Jika Rosmah menang, pak najib tak boleh dipersalahkan kerana rakyat yg pilih. Oleh itu, untuk menjamin kemenangan Rosmah mesti diletakkan di zon selamat spt Putrajaya. Saya yakin org yg akan memberi taat setia atas keputusan Pak meletakkan Rosmah sebagai calon ini tak lain tak bukan DATO NAZRI AZIZ PENGLIMA UMNO(Walaupun dato gelar dia cowboy)
    Lepas tu Rosmah cabar muhyidin untuk jawatan timbalan Presiden Umno..jika ada rezeki kita akan memperolehi PM dan TPM sepasang suami isteri...Malaysia Boleh..

    ReplyDelete
  41. Anonymous5:31 PM

    Setiap 'First lady' (di pinjam istilah) Malaysia mempunyai 'pet project' sendiri bagi mengomplimentkan tugasan suami. Sebagai the first First Lady,saya percaya DS ingin membawa arus pembaharuan dengan agenda yang lebih besar dan sophisticated. Mungkin cadangan Dato' merupakan cara yang paling sesuai untuk dapatkan 'legitimacy' pada agenda beliau. BTW, saya pernah menghadiri majlis di mana DS menyanyi. Memang beliau popular berdasarkan tepukan gemuruh dari hadirin . So kira OK lah...kalau kawasan tu, mungkin yang dekat dgn Pekan atau pun Seremban kot.

    Amad

    ReplyDelete
  42. Anonymous5:32 PM

    saya penyokong dan pemangkah BN.kebimbangan saya memuncak hari ke hari memandangkan putaran gila politik negara hari ini.perkara2 yg tak pernah berlaku dulu,kini berlaku,berlaku dan berlaku.manusia merancang, tuhan juga merancang.pada pandangan mata hati saya...hanya satu. tanda2 kajatuhan satu kuasa sudah semakin hampir ke halkum.PRU ke 13 amat hampir,perubahan drastik yg dijanjikan hanya fatamorgana.pada saya tiada apa yang dapat di lakukan lagi.tunggulah...RAKYAH AKAN MENGHUKUM.

    ReplyDelete
  43. Anonymous7:27 PM

    Salam Pemblog, Rakan dan Taulan

    Sikap suka ambil tahu apa yang orang lain lakukan tidaklah salah tetapi janganlah sampai ke tahap terlalu menjaga tepi kain orang. Selebihnya janganlah apa yang orang lain buat semuanya tidak betul. Justeru kalau menegur biarlah ikhlas dan tidak melanggari batas dan sempadan.

    Menegur demi kebaikan amatlah digalakkan tetapi jangan mengumpat. Oleh kerana mengumpat dibuat tanpa pengetahuan orang yang diumpat sedangkan menegur perlu dibuat secara berdepan-depan makanya mengumpat lebih digemari berbanding menegur.

    Lain padang lain belalang; rambut sama hitam, hati lain-lain. Itu adalah gambaran kepelbagaian sikap yang bakal mencorakkan sesuatu masyarakat. Namun, kalau dibuat perbandingan, kehadiran unsur mengumpat lebih banyak menjejaskan hubungan kemasyarakatan berbanding lain-lain aspek seperti kesombongan dsbnya.

    Satu hakikat yang masih tidak berubah dalam kalangan masyarakat ialah kalau berpasangan (suami/isteri) atau berpacaran (lelaki/wanita atau lelaki/lelaki atau wanita/wanita), salah seorang harus bertindak dominan sementara pasangan atau pacarannya haruslah pasif.

    Seperti lazimnya bumi akan terus berputar dan begitu juga dengan nilai , pegangan dan amalan masyarakat akan turut berubah. Makanya jangan hairan kalau berpacaran atau berpasangan, kedua-duanya akan bertindak dominan.

    Chinglot

    ReplyDelete
  44. Anonymous8:25 PM

    Dato' AKJ,
    Boleh tentu la boleh isteri PEAM la nie nak jadi Perdana Menteri Wanita pertama di Malaysia. Kalau menang PRU kelak tengok la BN menang majoriti ke tidak. Menang majoriti dapat la jadi PEAM wanita 1, kalau BN tak menang?, tak pe dapat la jadi Ketua Pembangkang Wanita 1 di Malaysia..Rakyat..He3..
    -sender Rakyat Penang lo.

    ReplyDelete
  45. Yusoffcome8:56 PM

    wajar utk Rosmah jadi ahli politik yang aktif sbb beliau seorang yang sangat berwibawa, pandai berhujah dan mempunyai penampilan yang cukup menarik. Ini akan menjadi aset pada BN dan parlimen yang paling ideal utk beliau ialah Putrajaya sbb pengndinya sikit dan senang dikawal. Saya berkata Rosmah seorang yang berpengaruh ilah berdasarkan indikator bagaimana beliau mampu convince Najib dalam apa perkara yang beliau mahu. Bila tengok Rosmah saya teringat gandingan antara Bill Clinton dan Hilarry Clinton .

    ReplyDelete
  46. Dato Kamal9:20 PM

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  47. Datuk,

    Baguslah kalau Rosmah Mansur jadi Presiden UMNO.Lagi cepat hayat UMNO tamat.Saya tiada halangan jika ROsmah nak menggantikan Najib dan seterusnya jadi Perdana Menteri Malaysia.Dgn tahap mentaliti ahli ahli dan pemimpin pemimpin UMNO skg,saya yakin mmg tak mustahil Rosmah menggantikan Najib.kah kah kah.

    Lawatan Menteri Kanan Singapura adalah bukti tahap pengaruh Rosmah dlm Kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
  48. rakyatbiasa11:15 PM

    Cara ulasan datuk pun semacam memperlecehkan Rosmah. Taktau lah bagi kebanyakan orang. Tapi bagi yang mengenali datin rosmah, kalau nak banding dengan yang dipertua bakti lain, beliau ni jenis yang berani berdepan public dan juga wartawan secara hands-on.

    bagi di kalangan ahli bakti, memang kenal siapa datin seri rosmah. tiada langsung diskriminasi di antara ahli penuh dan bersekutu. isteri menteri ke, atau isteri bekas menteri ke, semua dilayan sama rata. beza sekali dengan seorang bekas ydp yang dah arwah tu. tak eloklah sebut nama.

    banyak orang sebenarnya suka bercakap berkenaan hal buruk beliau, tapi lebih banyak yang hanya menyampaikan fitnah yang didengar entah dari siapa.

    kalau setakat claim peruntukan pun nak dijadikan isu, rasanya mentaliti rakyat malaysia ni tak kemana.

    yang diorang nampak benda remeh sebegitu, tapi sumbangan seperti projek permata yang dah banyak bawa manfaat kepada rakyat yang kurang berkemampuan, yang tu dibutakan mata dan hati pula?

    saya tak berniat nak membela rosmah, jauh sekali ada hubungan perniagaan, politik, mahupun kekeluargaan, tapi setidak-tidaknya mereka yang bermulut 'capoi' tuu, sekurang-kurangnya sertailah program anjuran kerajaan. janganlah menjadi 'keyboard warrior' yang tahu mengkritik sahaja.

    ReplyDelete
  49. Rosmah should not position herself to be in the high profile of government administration. Period.Being the wife of a Prime Minister, her direct involvement in the government administration does not augur well to Najib's standing and credibility as Prime Minister. As it is now, we have heard a lot of rumours saying that she is involved as a "wheeler-dealer" in government contracts especially with Petronas.

    If Rosmah is very ambitious to be a politician and always wanting to be in the limelight like Sarah Palin, then she has to wait until Najib loses his position or steps down as a Prime Minister.

    Jika Najib memberikan "freehand" kepada isterinya untuk melakukan apa sahaja yang disukainya tanpa memikirkan apakah implikasinya terhadap reaksi rakyat maka " I just feel sorry for Najib"!! Instead of getting 100% support, Najib will have to be satisfied with only 90% support. The 10% goes to the dog!!!

    ReplyDelete
  50. 'She reminds me of my ex president wife except for Imelda was a beauty queen'

    Ni bukan saya kata Tok,aweks filipina yang kata.

    Harap harap jangan la sampai kena exile mcm depa.

    Mintak simpang malaikat 44 kalu jadi mcm King Louis XVI dgn Marie-Antoinette.

    tk

    ReplyDelete
  51. Salam Datuk,

    1.Cuba Datuk paparkan fakta-fakta sejauh mana 'First Lady' ini boleh menonjolkan diri nya,di belakang PM

    2.Bagaimana peruntukan kerajaan di sediakan untuk beliau memberi sokongan dalam kerja-kerja kebajikan untuk rakyat,negara dan PM

    3.Ada kah beliau juga di anggap Duta ?

    Perkara menarik untuk di bincang dan di bawa ke pengetahuan sidang awam.Ramai yang tidak tahu fungsi menjadi isteri PM ini.

    ReplyDelete
  52. Anonymous1:29 AM

    Mengiringi suami semasa menerima mendapat kunjungan rasmi politik dan pentadbiran, BUKAN tugas rasmi si isteri. ITU ADALAH PROTOKOL DAN KONVENSYEN.

    Jadi apa sebenarnya tugas resmi isteri seorang PM? Saya kata tak ujud. Kalau ada yang kata ada, sila senaraikan supaya kita semua dapat belajar.

    Contoh keluarga politik yang diberi DAKJ tidak relevan. Wan Azizah, Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo dan lain-lain itu; adalah politikus yang mempunyai jawatan didalam parti masing-masing dan telah pun melalui proses pilihanraya dan dipilih.

    Apa jawatan Rosmah dalam UMNO dan BN? Pernah ke Rosmah bertanding dalam pilihanraya?

    Contoh anak atau isteri sebagai pengganti bapa/anak sebagai pemimpin negara/politik di Singapura, India, Sri Langka, Pakistan dan lain-lain itu juga tidak relevan. Mereka itu semua menjadi pemimpin yang telah dipilih rakyat.

    Adakah Rosmah dipilih rakyat?

    Jika Rosmah benar-benar diperakui kebolehannya, sewajar beliau diangkat sebagai Senator.

    Barulah DSRM ada jawatan dalam kerajaan. Barulah DSRM layak terima dana tertentu untuk menjalankan tugas.

    Jika suatu hari nanti DSRM bertanding dalam PRU atau PRK dan menang, barulah DSRM ada jawatan dalam kerajaan. Barulah DSRM layak terima dana tertentu untuk menjalankan tugas.

    Bandingkan dengan anak Ketua Menteri Sarawak, sekurang-kurangnya beliau adalah dipilih dalam pilihanraya.

    DAKJ adalah pemilik sebuah syarikat. Katakanlah isteri DAKJ tidak ada dalam senarai kakitangan hatta dalam lembaga pengarah sekalipun (ini hanya andaian dalam contoh, saya tidak tahu faktanya).

    Bila DAKJ ambil duit petty cash untuk digunakan isteri kepasar, rekod tunai keluar itu dibuat atas nama DAKJ atau atas nama isteri?

    Itu contoh paling mudah saya boleh beri.

    Sebagai tambahan, saya beri satu senario yang agak ekstrem.

    Adakah DSRM boleh menerima kunjungan resmi PM dari negara Oman semasa Najib sedang membuat lawatan kerja di Washington?

    Apa kata Najib lantik Rosmah sebagai Senator dan letak sebagai Menteri di tempat Shahrizat ataupun Ng Yen Yen (pilihan kementerian itu saya buat berdasar kepada bidang DSRM dilihat sebagai aktif sejak Najib jadi PM). Tak payah bertanding pilihanraya pun.

    Tentunya tidak ada yang akan pertikai peranan beliau sebagai ahli dalam kerajaan. Tentunya tiada yang akan pertikai bila DSRM guna duit kerajaan untuk menjalankan tugas resmi.

    Mungkin akan riuh dalam UMNO atau MCA tapi itu cerita lain, tak gitu?

    p/s Saudara L_J, anda salah dan DAKJ betul. Dalam perlembagaan Malaysia, pendekatan Ketua Eksekutif seperti yang anda tafsir tidak digunakan. Yang didefinasikan Perlembagaan Malaysia, Ketua Negara bagi Malaysia adalah Yang di Pertuan Agung. Ranking pertama dalam hirarki negara kita bukan Perdana Menteri. Bila istilah Wanita Pertama tidak dinyatakan, secara konvensyennya, jelas Wanita Pertama Malaysia adalah SP Raja Permaisuri Agung.

    Fed Up

    ReplyDelete
  53. Salam Dato' dan rakan pembahas

    Bagi saya, jika orang Islam tidak pasti tentang betul atau tidak mengenai sesatu perlakuan baru manusia di dunia moden ini, kembalilah kepada ajaran Islam yang lengkap dengan hukum2 atau peraturan kehidupan. Maksud saya, jangan gunakan logika akal sahaja

    Mungkin perbincangan pendek mengenai muamalat Islam di bawah dapat menjelaskannya

    1. Dr Yusof Al Qaradawi meletakkan politik di bawah bidang muamalat.Saya setuju.

    2. Namun saya lebih setuju jika perlantikan wakil rakyat dan perlantikan wakil rakyat sebagai PM berdasarkan pemakaian hukum, prinsip atau kontrak al-Wakalah atau Wakil-mewakil yang lengkap dengan rukun yang empat iaitu 1)penerima wakil atau wakil, 2)orang yang mewakil, 3)perkara yang diwakil dan 4)ijab dan kabul dan syarat -syarat sah penggunaannya.(Rujuk perbincangan saya sebelum ini)

    3. Persoalan yang mungkin dapat dikaitkan dengan perbincangan ini di bawah syarat-syarat sah di atas ialah, sahkah pihak penerima wakil iaitu wakil rakyat yang juga PM mewakilkan perkara berkaitan muamalat kepada pihak lain membabitkan isterinya ?

    Jawapan muamalat Islam ialah;

    Perkara yang diwakil hendaklah dinyatakan dengan jelas oleh orang yang mewakil semasa akad.

    Maksudnya adakah perkara berkaitan muamalat yang diwakil kepada wakil rakyat yang juga PM dinyatakan dengan jelas oleh orang yang mewakil ketika akad iaitu majlis perlantikan sebagai PM dulu?

    5.Saya percaya ramai pembahas akan mengatakan tidak jelas. Malah bagi yang arif dengan prinsip2 muamalat Islam akan mempersoalknya menggunakan prinsip bebas
    unsur gharar atau unsertainty atau ketidakpastian dan prinsip berdasarkan persetujuan bersama atau based on mutual consent

    ReplyDelete
  54. Salam Datuk;

    Soalannya, siapakah yang membenarkan semua ini berlaku? PM dan Anggota Kabinetnya semuanya setuju. jadi kita sebagai rakyat kena setujulah.
    Jawatan apa yang di mahu olih DS Rosmah dan jika dipersetujui olih semua maka kita kena ikut sajalah...melainkan ada yang membangkang, tapi saya amat yakin TIDAK, sebab semua yang ada KORO saja, nampaknya.

    Kita lihat saja pada "First Lady" conference, apakah DYMM Permaisuri Agung di jemput?

    Jadi tidak TERKEJUT lah kita jika DS Rosmah bertanding dalam pilihanraya dan jadi PM, kerana kita juga yang BODOH akan memilihnya.

    ReplyDelete
  55. Anonymous10:52 AM

    Hebat tulisan Dato' kali ini. Bravo. Imbas tajuk macam menyokong.. tapi bila baca artikel betul2 rasanya tidak..

    Macam mana pun saya sokong DSR utk bertanding. If menang, let's legalise her "ministry". If kalah, pls just be a good wife to PM.

    As it is now.. I think her "over-exposure" is detrimental to BN & DSN.

    ..Pro-BN..

    ReplyDelete
  56. Anonymous11:08 AM

    Rakyatbiasa,

    Urusan claim itu hal remeh? Bila dikait dengan Rosmah, kita cerita tentang claim puluh ringgit atau ratus ringgit ke?

    Setahu saya belanja Sidang Wanita Pertama itu hari pun dah makan juta-juta.

    Berapa kerat di blog ini yang beri komen berkait dengan personaliti beliau? Yang ramai "keyboard warrior" DISINI utarakan adalah berkenaan penggunaan wang rakyat dan peranan pentadbiran tanpa portfolio.

    Masyarakat BAKTI adalah kecil sahaja. Jangan terlalu kecil skop anda.

    Secara relatifnya, demografi penerima manfaat PERMATA juga kecil.

    "Benda betul, bila dibuat cara tidak betul, akan kekal sebagai tidak betul"

    Jika perlakuan Rosmah ini dianggap sebagai budaya politik yang sihat, bayangkan lah bila penyakit ini berjangkit kepada isteri mana-mana MB atau isteri para DO/Yang Dipertua PBT.

    Fed Up

    ReplyDelete
  57. tok.. salam

    saya sudah menghabiskan masa selama 23 tahun di negara arab. KALAU DI SAUDI ARABIA.. WANITA NAK MEMANDU KERETA PUN TAK DAPAT.

    APA PUN DALAM DUNIA SEGALANYA BERKEMUNGKINAN..
    SALAM UNTUK BONDA TOK TERCINTA DI KAMPUNG.

    ReplyDelete
  58. Peminat DSRM12:04 PM

    Sokongan hamba amat padu demi melihat puteri kesayangan Malaysia, Dato Seri Dr. Rosmah Mansur dijulang menerajui kepimpinan negara. Bila beliau bertanding, hamba amat berharap bahawasanya beliau akan membawa turun hero-hero cintan Bollywood, umpamanya, Dato' Shah Rukh Khan, dan yang lain-lain yang belum bergelar Dato' tetapi bergelar Khan seperti Amir Khan, Salman Khan, Imran Khan dan banyak lagi ler. Tujuan impian hamba adalah selain dari hadir ke kempen DSRM, hamba juga berpeluang melihat dari lebih dekat hero cintan pujaan hamba berkempen bersama pemimpin pujaan hamba, iaitu Dato Seri Dr. Rosmah Mansur. Sekian ulasan atau pendapat hamba yang rigkas ini.

    ReplyDelete
  59. Assalamualaiku pak Kadir

    Jawatan perdana menteri adelah jawatan politik,Kuasa politik memerlukan undi rakyat(sokongan) untuk membolehkan seseorang menjawat jawatan tersebut,ianya tidak boleh diperturunkan semacam kita mewasiatkan hartapusaka. Jangan biarkan rakyat rase bersalah dalam perkara besar begini.

    Politik adelah berkenaan "Kemahuan dan Keupayaan" jika keduaduanya berjalan mengikut perancangan insyaalah berjaya.Wallahhualam..

    ReplyDelete
  60. makbudak2:02 PM

    Salam Dato',

    Saya setuju dgn komen salah seorang pembahas... "kalau tanpa jawatan pun dsrm senang2 dapat beratus2 juta utk permata, bayangkan apa yg akan beliau dapat andaikata beliau dapat jawatan senator atau menteri dlm kabinet?"

    saya tak peduli kalau wanita2 moden hari ini yg sangat meminati "kebolehan" beliau, tapi yg saya peduli ialah kenapa beliau seolah2 menyalahguna kuasa yang ada pada suami beliau untuk mendapatkan apa jua yg beliau inginkan demi menonjolkan diri sebagai "first lady". saya tak faham kenapa beliau takde rasa malu malah berbangga pula boleh ke sana ke mari jadi wakil pm, wakil negara, kununnya demi kepentingan negara. ingat memerintah negara ni macam syarikat sendiri ke? syarikat sendiri pun ada undang2 kan? ada pengerusi, ada ahli lembaga pengarah, ada setiausaha, ada bajet syarikat, ada akaun keluar masuk duit. boleh ke isteri pengerusi, atau isteri pengarah urusan yang takde jawatan dlm syarikat suka suki buat keputusan utk syarikat? atau mendapat peruntukan syarikat kununnya demi kepentingan syarikat. itu syarikat, apalagilah jawatan perdana menteri yang memerintah negara?

    kalau dalam tentera dulu, isteri2 yg macam ni memang banyak. kata org2 dlm tentera pun, kalau suami dia major, isteri dia dah leftenan kolonel, kalau suami dia kolonel, isteri dia dah jenderal, kalau suami dia jenderal? haha.... ingat dlm tentera saja mcm tu, isteri pm pun termasuk juga.... kesian saya dan rakyat2 malaysia yang lain dapat pm mcm ni.

    maaf dengan bahasa saya rakyat marhaen ni....terima kasih...

    ReplyDelete
  61. Dato'
    Kalau dalam komen pertama saya sewaktu berbincang dalam tajuk kali ini, saya mengatakan wajar sekali Rosmah Mansor bertanding dalam PRU ,tetapi setelah membaca satu tajuk dan ulasannya dalam satu tabliod yang edaran meliputi seluruh Semenanjong(SH) pada 17/01/2011,saya merasakan cadangan saya dan mungkin cadangan pembahas lain sudah tidak wajar lagi dilakukan
    Berita yang saya perturunkan semula bolih dinilai terutama mereka yang berdengong dengan semangat Melayu pantang derhaka.

    (Tajuk berita:Rosmah mulakan lawatan ke Oman.
    Rosmah melawat Oman sebagai tetamu kerajaan negara itu,status yang akhir sekali diberi kepada kenamaan Malaysia dua dekad lalu apabila Yang Dipertuan Agong ketika itu Sultan Azlan Shah melawat Oman pada 1991.)

    Kerja siapa ini Dato' .Ia bukan setakat persoalan Fist Lady,tetapi nampaknya menjangkau lebih dari itu.Bila dikatakan inilah idea APCO,pasti beberapa pengkomen akan melenting.
    Berfikiran baik bahawa pebelanjaan perjalanan ditanggong olih NGO yang dianggota isteri menteri/timbalan menteri,tetapi majlis meraikan adakah juga duit mereka?.Banyak Dato',duit rakyat digunakan hanya untuk kepuasan diri seorang isteri PM.
    Lantaran itu,saya berpendapat Rosmah Mansor tidak perlu bertanding mana mana jawatan,hanya cukup sekadar menjadi isteri kepada PM yang gagal memahami apa yang rakyat pertikaikan.
    Kemarahan ini juga tidak terhad kepada mereka yang totok nya adalah pembangkang,tetapi merangkumi juga mereka mereka yang menyokong BN,cuma masa untuk diluahkan saja belum tiba.

    Dato'
    Dilaungkan dalam media cetak dan eletronik bahawa Malaysia adalah negara Islam terunggul didunia.Malah satu ulasan dalam TV olih wartawan yang mengiringi Rosmah,kita adalah negara TERMAJU sekali.Itu saya tak mahu ulas,biar kawan kawan lain membuat pendirian sendiri.Tetapi isu sebagai WANITA ISLAM menjadi perhatian saya.Bertudong penuh di Arab Saudi,tetapi tidak sedemikian di Oman menjadikan saya bertanya,TIDAK malukah beliau membawa imej pemimpin negara Islam yang majoriti rakyatnya menerima tudong sebagai satu kehendak Islam.
    Kalau saya sebagai rakyat Oman,saya akan berkata ,inilah pakaian wanita Islam Malaysia.
    Dato'
    Perlukah diberitahu pada PM,bahawa ada kata kata yang turun temurun diungkapkan "satu daripada keruntuhan kuasa adalah perpunca dari sikap wanitanya".

    ReplyDelete
  62. Salam, Dato'

    Adoi... seronok pulak saya membaca ulasan Dato' tentang isu DS Rosmah ni. Terlambat pula saya komen kerana berada di luar, baru baca ni.

    Ramai yang beremosi, mungkin tak berapa faham cara penulisan 'satira' yang Dato' luahkan kali ini. Ialah, kan Dato' orang tua, bahasa dan caranya lainlah, tak serupa mereka yang tak biasa.

    Apa pun, saya turut sokong kuat. DS Rosmah saya anggap sebagai wanita pintar. Tengoklah siapa yang berada di kelilingnya, semuanya orang-orang pintar(aweks TKC belaka). Tak bijak janganlah cuba dekat-dekat. Itulah kepintarannya dan tentu sekali dengan strategi yang tepat, beliau boleh mengambil alih negara. 'No hal' kata budak-budak sekarang. Mungkin DS Rosmah jauh lebih bijak daripada KJ.

    Saya setuju! (Saya tak buat lawak ni) Serius saya setuju!

    ReplyDelete
  63. Sdr OKJ, antara lain barkata, "Saya akui dan dari kaji selidik yg dibuat, > 70% pembaca blog ni adalah pembangkang. Sekali lagi bagi saya, tak salah tu dan ianya elok untuk mengetahui isihati orang lain melalui para pembahas. Cumanya, banyak yg bersifat ‘pre-emptive’, ‘negative thought’ dan juga berunsur fitnah, dari yg betul dan benar.

    Akhir kata, kita nakkan perdebatan yg matang bukannya nak jadi hero dengan cara tikam dari belakang. Tak berapa moleklah rasanya. Sudah-sudahlah tu. Sekian TQ."

    Dalam banyak hal saya setuju apa yang sdr kata di atas dan saya cuba membetulkannya dari semasa ke semasa berdasarkan ilmu yang saya ada,khasnya mengenai apa yang sdr dakwa sebagai pedebatan pre-emptive, negative thought, berunsur fitnah dan tikam dari belakang itu

    Namun dalam kes Rosmah (yang dibincangkan ini) yang saya sempat kaji dari sudut muamalat Islam, saya dapati, apa yang dilakukan oleh Rosmah daripada kebiasaan yang dilakukan oleh isteri2 PM sebelum ini yang sdr kata menimbulkan perdebatan berunsur fitnah dsb itu adalah disebabkan oleh wujudnya percanggahan apa yang dilakukan oleh Rosmah itu dengan syarat sah hukum/prinsip/kontrak al Wakalah mengenai perkara yang diwakilkan ke atas PM oleh rakyat serta dua prinsip muamalah Islam berikut; pertama, bebas daripada unsur gharar/uncertainty, dan kedua, based on mutual consent

    ReplyDelete
  64. Anonymous3:54 PM

    Kadir jasin,
    It's extremely insulting if you can compare Rosmah Mansor to Margaret Thatcher. Margaret Thatcher stood for parliament from day one. She took great responsibilities on every damn decision she made. Furthermore, she is "man" enough to step down when her policy on Poll Tax has FAILED THE BRITISH PUBLIC
    That's hardly be the case in Malaysia. Definitely not Rosmah Mansor....Don't even compare her to Imelda Marcos......Imelda is much prettier

    Kadir,
    I agree that she must stands for election if she continues to play a bigger role in Malaysia politics

    ReplyDelete
  65. Tak perlu bahas panjang benda ini, cuma nak tanya soalan berikut untuk PM dan semua anggota Kerajaan

    1) Atas kapasiti apa dia bertukar pikiran dengan anggota kerajaan Saudi?

    2) Apakah kenyataan DSR itu boleh di anggap dasar/polisi kerajaan?

    3) Amat bahaya kerana dia tidak mempnyai sebarang LOCUS dalam kerajaan.

    4) Kalau dia nak sangat jadi envoy kerajaan malaysia, PM boleh lantik sebagai SU Negara bagi hal ehwal Luar.

    5) Apakah dia mengangkat sumpah simpan rahsia? Apakah kita percaya DSR tahu apa yang di benarkan dan yang tidak di benarkan.

    6) Semua anggota Kabinet perlu bersuara demi untuk tidak di INSULT oleh hal2 demikian.

    7) Apakah DSR tidak boleh di siasat oleh MACC dan DSN tidak boleh di sabit sebagai salah guna kuasa?

    Pk-pk lah jangan terlanjur ... Malu Kerajaan kita.

    ReplyDelete
  66. Para pembahas yang mulia,

    1. Kalau mahu saya pertimbangkan komen sdra/sdri, tolong beri nama. Nama samaran pun tak mengapa.

    2. Tetapi kalau takut nak guna nama, hatta nama samaran, tak perlulah hantar komen kalau setakat nak kutuk;

    3. Komen yang mempunyai unsur fitnah atau tuduhan keterlaluan tidak akan saya siarkan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  67. After reading all the comments, I can safely draw into conclusion without the slightest shadow of doubt Rosmah is a "liability" to Najib as far as his political career is concerned. Rosmah can cause damage to his credibility as a Prime Minister. From day one of Najib taking over the helm as a Prime Minister it is being perceived that Rosmah is having the "upperhand" on certain government policies particularly on education. And now she seems wanting to be involved in foreign affairs and being given "diplomatic passport" to go round the globe as if she is like the US Secretary of State, Hillary Clinton!!!

    I think it is high time and appropriate to put Rosmah in the right place, at the right time and occasion. She has to stop meddling directly with government functions which she has NO business to do so at all. Period.

    Hopefully, Najib is aware of this situation of his wife becoming more "prominent" than him day by day. Certainly, it is not a positive advantage for Najib.

    ReplyDelete
  68. Dato,

    Saya tanya kepada orang-orang UMNO mengenai sekiranya DS Rosmah bertanding PRU 13 dan menjadi Presiden UMNO. Jawaban mereka, "habislah negara ni", saya tanya kenapa?, Jawab mereka , "BN akan kalah kepada PR 212-0. Teruk tu kata saya dan BN akan terhapus dari muka bumi Malaysia.
    Begitu teruk andaian ahli UMNO sendiri terhadap DS Rosmah.

    Pada saya DS Rosmah kena mencuba, kalau tak cuba kita tak tahu.

    Wallahualam.

    Iskandar PT

    ReplyDelete
  69. Salam Dato'
    Ikuti entry terbaru kami di www.merboktimes.blogspot.com

    Jangan Lupa Kisah Ini - Anekdot Satu : Tunku mengheret bag di lapangan terbang Kaherah.

    Mungkin di zaman Tunku belum ada blog atau media-media sosial maka itu kisah-kisah ini kita paparkan untuk netizen yang tidak membaca buku sejarah.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  70. Anonymous9:41 AM

    Datuk YM,

    1. Terima kasih banyak kepada yang respons kepada komen saya yang terawal;

    2. Banyak pendebat di blog Datuk Ini bertujuan baik, tapi gagal berartikulasi sacara jelas dan tidak faham kesinisan dan satira dalam tulisan Datuk ini;

    3. Namun soal pokoknya tetap relevan yakni kalau DSRM maju memaiankan peranan rasmi dan guna wang rakyat, maka rewajarnya beliau masuk politik, bertanding pilihan raya dan, Insaallah, kalau dipersetujui Umno dan BN (kalau BN terus berkuasa), dia bisa jadi menteri, hattan Perdana Menteri;

    4. Tetapi dalam posisinya se agai Isteri PM, dia tidak ada tugas rasmi negara dan selain elaun, dia tidak berhad guna wang negara/rakjay;

    5. Tatapi dia diberi kewangan yang sangat besar dari dana negara. Itupun bukan salah dai tapi salah orang yang memberikan uwang itu yakni Menteri Kewangan;

    6. Jawabannya, sama ada kita jadikan DSRM Wakil Rakyat/Menteri/Perdana Menteri untuk berhak terima dan guna dana negara atau kita buang Menteri Kewangan yang memberi dana negara kapadanya.

    Profesor Pencen
    Bangi

    ReplyDelete
  71. Pembahas Merbok Times, antara lain, menulis:

    "Jangan Lupa Kisah Ini - Anekdot Satu : Tunku mengheret bag di lapangan terbang Kaherah."

    Itu di Kaherah. Mungkin tidak ada pengawai mengiring dan orang tak kenal Almarhum.

    Saya pernah temuramah Almarhum di bawah sayap kapal terbang Mas di Lapangan Terbang Pulau Pinang pada tahun 1969.

    Tunku bawa beg sendiri sambil mengepit surat khabar. Tidak ada pengiring pun.

    Itu zaman Tunku. Zaman PM bebas bergaul mesra dengan rakyat tanpa dipagari pengawal keselamatan, dan peranan isteri PM adalah untuk dilihat dan bukan untuk didengar, digeruni dan diampu. Wallahualam.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  72. Datuk Kadir,
    Saya seronok baca entry yang satu ini, sinis, perli dan "buat-buat bodo" yang menusuk ke tangkal hati. Kalau saya jadi Rosmah, saya pengsan dan hantuk kepala di dinding kerana sangat tersiat. Itupun kalau dia faham paradok. Saya tak setuju kepada Profesor Pencen yang anggap entry ini picisan. Kalau macam itulah tanggapan seorang profesor, memang patutlah pencen awal. Jangan marah tuan profesor, kerana kalau selain menulis yang tersurat, yang tersirat pun penting juga. Ini masalah negara, duit pembayar cukai. Datuk Kadir memang suka "buat-buat bodo" lontar topik ini. Tapi disebaliknya Datuk Kadir sangat bijaksana.

    ReplyDelete
  73. Anonymous1:04 PM

    Rosmah Mansur seorang yang berpendidikan tinggi. Selain Ijazah Kepujian Sarjana Muda dari Universiti Malaya beliau juga memiliki Ijazah Sarjana dari universiti luar negara. Juga boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan fasih dan lancar. Dari segi pendidikan dan penguasaan Bahasa Inggeris mengatasi ramai Menteri Kabinet dan juga pemimpin pembangkang.

    Tidak hairan kalau Rosmah mendapat jemputan dari pemimpin negara asing untuk melawat, memberi ucaptama dan bertukar pendapat dengan Menteri2 Kerajaan asing. Sepatutnya kita berbangga kerana jarang sekali isteri Perdana Menteri Malaysia mendapat penghormatan sedemikian. Tetapi kita lebih suka bersikap negatif. Kita lebih berminat menghentam negara sendiri sedangkan negara luar pula sangat berminat untuk menjadikan Malaysia sebagai model.

    Jojo51

    ReplyDelete
  74. Dato',

    Terima kasih.

    Contoh2 yang dipaparkan tu kesemuanya betul. Memang pemimpin2 wanita itu ada pertalian dengan pemimpin sebelumnya, samada anak atau isteri.

    Satu perbezaan ialah, semuanya telah mendapat tempat di dalam kerajaan sebelum di julang olih masyarakat mereka.

    Tidak seperti kita, wanita yang di julang itu tidak mempunyai apa-apa jawatan rasmi di dalam kerajaan. Dia hanya lah isteri kepada PM. Sperti tertera dalam blog Dato', isteri kepada penjawat awam tidak mempunyai apa apa jawatan rasmi.

    Saya tidak mengenali beliau secara persendirian, Saya hanya nampak beliau di dalam berita sahaja samada di surat khabar atau tv.

    Tetapi beliau bolih memberi kesan yang besar. Satu peristiwa yang saya ingat ialah semasa "PM Address". Di mana beliau sedang duduk sebelah PM semasa PM memberi ucapan Hari Raya Aidil Fitri yang lepas. Saya rasa ucapan PM itu penting dan haruslah di amati olih rakyat.

    Apa yang dapat saya perhatikan, apa yang beliau buat semasa ucapan itu ialah membelek rantai leher yang di pakainya. dari lenggok ini, macam dia endah tak endah kepada apa yang hendak di sampaikan olih PM kita. "body language" dia menunjukkan dia bosan.

    Jikalau isteri bolih bosan, apa lagi orang ramai. saya hanya sempat memerhatikan 3 isteri PM yang lain dan saya tak pernah lihat "body language" yang macam ini dari isteri PM.

    Saya tak tau la, ini cuma pandangan saya sahaja.

    ReplyDelete
  75. thanks DATO ,nice sharing

    ReplyDelete
  76. Saudara A Kadir Jasin,

    I would really love to see Rosmah Mansor as one of the candidates in the next GE!

    However, I do not think Najib would dare fielding Rosmah as a candidate. I could be wrong...

    Sekian.

    ReplyDelete
  77. Shaharudin4:58 PM

    Datuk,

    Merujuk kepada komen Pak Belalang; saya rasa tidak mungkin DS Najib tidak sedar bahawa isteri beliau adalah 'liabiliti' kepada jawatan beliau sebagai PM. Namun beliau tetap yakin bahawa rakyat Malaysia akan terus memilih beliau dan beliau telah memilih DS Rosmah sebagai isteri beliau. Jadi rakyat Malaysia perlu akur bahawa DS Rosmah adalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia.

    Merujuk kepada komen Profesor Pencen, saya yakin ahli-ahli UMNO telah lama tahu bahawa jika DS Najib dilantik sebagai PM, isteri beliau akan mengambil peranan yang besar. Jadi ahli-ahli UMNO tidak perlu risau sebagaimana kata Iskandar PT. Malah ahli-ahli UMNO perlu akur bahawa DS Rosmah adalah isteri kepada Presiden UMNO.

    Merujuk kepada Ibnu Ahmad, adakah DS Rosmah tidak tahu setakat mana kapasiti beliau sebagai isteri PM? Atas sebab itulah kini terdapat jawatan First Lady di Malaysia.

    Samada DS Rosmah bertanding ataupun tidak dalam PRU adalah hanya formaliti.

    ReplyDelete
  78. Iskandar PT kata.."Pada saya DS Rosmah kena mencuba, kalau tak cuba kita tak tahu"

    # Ha ha Rosmah, cubalah bertanding kalau nak tahu bahananya kepada UMNO/BN nanti. Macam juga kata Sdr Tinta Hitam...."Lagi cepat hayat UMNO tamat"!

    # Bagi saya, w/pun satu bembaharuan, Rosmah terlalu menjadi2 dan sudah agak melampau. 'Isu besar' tak terjawap dan buat2 tiada apa berlaku, skrg buat negara mcm sendiri punya. Tapi eloklah begitu, teruskanlah...mudah kerja pembangkang.

    ReplyDelete
  79. ini adalah entry datuk yg paling optimis (kelakar sebenarnya)setakat ini..

    ReplyDelete
  80. Competente7:46 PM

    Having no position in the Government and also a non-member of the Parliament; yet she has been allocated hundreds of millions and could travel around the world with and without her husband. Just imagine if she really has a position in the Government and been elected into the Parliament; it would not be mere hundreds of millions. It will then be billions...

    ReplyDelete
  81. Salam Dato" Kadiaq.

    Kalau Pak Lah jatuh kerana menantunya, apakah kita nak tengok DS Najib tumbang kerana DSRosmah nya........

    ReplyDelete
  82. mtgbertam10:06 PM

    KUCHING 15 Jan. – Majlis perkahwinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi berlangsung dalam suasana meriah di Petra Jaya, malam ini.

    Bertempat di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru, majlis bermula pukul 9.15 malam apabila kedua-dua mempelai diiringi masuk ke dewan persandingan bersama tetamu kehormat.

    Meskipun diadakan secara tertutup, majlis berkonsepkan perkahwinan ala Inggeris yang mendapat sentuhan perunding terkenal, Datuk Raja Rezza Shah itu dihadiri 460 tetamu dari dalam dan luar negara.

    Antara orang kenamaan yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah serta Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

    Turut hadir memeriahkan majlis ialah ahli keluarga pengantin perempuan, beberapa Menteri Kabinet dan negeri, ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pembesar negeri
    --------------------

    Dato', bukankah masa tu Rosmah sdg dalam siri lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh. Takkan dia terbang balik ke Sarawak hadir majlis kemudian terbang semula ke Oman.

    Kalau betui, dia buat macam kapaiterbang mak bapak dia sendiri ka?

    ReplyDelete
  83. Salam Datuk,
    Hari ini pemimpin kita dikawal rapi sehingga rakyat sukar mendekati.

    Surat-surat tidak dijawab.Appointment tak di layan kerana kelam kabut buat sibuk.

    Yang memikir ialah "the all President Men" bukannya pemimpin itu sendiri.

    Isteri seperti hilang kawalan, kata orang Kedah "cedik dan cedaih" ke Timur dan Barat.

    Apapun kita harap dengan teguran-teguran dalam blog yang berpengaruh ini akan mengubah persepsi ini.

    Ini bukan kerja yang mudah.

    ReplyDelete
  84. Pembahas Jojo51, antara lain berkata, Rosmah Mansur seorang yang berpendidikan tinggi. Selain Ijazah Kepujian Sarjana Muda dari Universiti Malaya beliau juga memiliki Ijazah Sarjana dari universiti luar negara. Juga boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan fasih dan lancar. Dari segi pendidikan dan penguasaan Bahasa Inggeris mengatasi ramai Menteri Kabinet dan juga pemimpin pembangkang.

    Saya kata, jangan dek kerana seseorang itu mempunyai ijazah, sarjana dari luar negara dan fasih dan lancar bahasa Inggeris menjadikannya sebagai pasport untuk melanggar hukum itu dan ini!

    ReplyDelete
  85. Bleacher9:50 AM

    Dato,

    "Wife helped undermine Tunisian strongman". The main reason behind revolts against the former Tunisian President Zine El Abidine Ben Ali. Read the rest in this article

    http://news.ca.msn.com/top-stories/msnbc-article.aspx?cp-documentid=27290172

    ReplyDelete
  86. Assalammualaikum Datuk,

    Maaf Datuk kerana terlewat membaca. Dah 4 hari tak boleh akses inet saya. Saya suka dengan pandangan Datuk kali ini. Tapi saya tidak menyetujui DSRM belagak lebih kuah dari sudu.

    Namun, saya menyokong penuh DSRM memasuki politik dengan bertanding kerusi parlimen. Dari zahirnya DSRM seorang yang cergas, berani,tegas, berkebolehan dan tidak mudah menitiskan air mata, salam dakap biasalah. Orang yang memahami erti kecemerlangan akan mahu menerima kebolehannya.

    Jangan dilepaskan peluang ini, kerana baru kini terdapat seorang calun wanita yang benar-benar layak yang mampu dicalun dan dilantik menjadi Presiden menerajui UMNO. Ayuh Wanita dan ayuh Puteri UMNO, bila lagi. Tidak akan dapat 'anugerah' ini sekali lagi nanti.

    Sampai bila kita mahu mengharapkan Melayu celup dan Melayu warisan menjadi ketua. Saya yakin dimana pun DSRM bertanding, insya Allah DSRM akan menang. Sepatutnya sudah boleh dicalunkan di Tenang.

    Pastinya DSRM tidak memerlukan suami, anak atau SIL bagi menolong memperkukuhkan tugasnya. Ustazah saya dulu seorang perempuan, Chegu saya juga seorang perempuan, begitu juga pensyarah yang mengajar kami di ITM, di USA, malah mereka lebih bersemangat dan jujur lakunya. Wassalam.

    ReplyDelete
  87. husin syedmohamad10:45 AM

    Datuk,
    1/ Sewajarnya lakukan secara perundangan dan peraturan yang betul, walaupun tidak semestinya betul secara moral..Melakukan sesuatu diluar perudangan dan peraturan adalah sesuatu yang besar, terutama bagi meraka yang berkuasa.
    2/ Tidak salah jika bertanding dan dipilh kemudian diangkat menjadi menteri. Semunya " legally and politically right".

    ReplyDelete
  88. Yangretibase11:37 AM

    Assalamualaikum,

    Menurut Islam, seorang lelaki yang membiarkan isterinya "bertelanjang" di depan khalayak ialah lelaki yang dayus. Kalau lelaki dayus itu seorang pemimpin, dia lebih 'takut' dan 'malu'kepada isterinya daripada takut dan malunya kepada Allah SWT.

    Oleh sebab itu, seorang pemimpin dayus akan senantiasa mentaati isterinya; setiap kehendak dan permintaannya akan dilayan dan dipenuhi, walaupun kehendak dan permintaannya itu amat melampau sehingga melanggar norma, bercanggah dengan undang-undang dan berlawanan dengan peraturan.

    Sebenarnya, seorang si dayus tidak sekali-kali layak menjadi pemimpin, apalagi pemimpin negara.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  89. 4:34 Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. (An-Nisa’ Ayat 34)

    2;228 “Dan bagi para lelaki ada kelebihan satu tingkat di atas pihak wanita.” (Al-Baqarah Ayat 228)

    Allah swt berfirman bahawa kaum lelaki adalah pemimpin,penguasa, guru pendidik bagi kaum wanita kerana kaum lelaki mempunyai kelebihan di atas kaum wanita. Demikian pula pimpinan Negara dan Bangsa dianjurkan oleh Rasulullah saw agar berada di tangan pihak lelaki.

    Sabda Rasulullah saw, “Tidaklah beruntung suatu kaum yang menyerahkan pimpinannya kepada seorang perempuan.” (Riwayat Bukhari)

    Dato’

    Wanita jadi Menteri, Ketua Pengarah, CEO,COO dsb tak ada masalah. Yang dimaksudkan adalah KETUA PIMPINAN spt Perdana Menteri, Presiden dsb.

    ReplyDelete
  90. Anonymous12:15 PM

    Datuk, Salaam,

    1. Congratulations to Pas for daring to put a woman to contest in the Tenang by-election. In spite of rhetoric and apparent conservertism, Pas is willing to face reality of the changing times.

    2. On the debate on DSRM as potential future PM, I think many commentators failed to understand the tone of Datuk's nuances.

    3. But I agree with Pakbelalang and Prof Pencen that a wife could be a liability to her husband if she is seen to be exploiting her husband's official position, even though the husband willingly gives in out of love, respect or fear.

    4. But the buck stops there. The blame is on the husband because this is an official matter. Wives of previous PMs also had their favorite charity, but they did not demand or received official budgetary allocations. They usually operated through association of ministers' wives.

    5. Lastly, I don't think those kotowing to DSRM are sincere. How could they when Rosmah received more money than them when she is just an ordinary person while they are ministers, MPs and Aduns. This kind of insincere support will not last long.

    Ex-Banker

    ReplyDelete
  91. salam dato;

    apa pun tujuan DSRM ke luar negara, rasa saya adalah atas kapasiti First Lady, jadi pada pandangan negara luar yang dilawati beliau, ada asas yang membolehkan beliau berurusan bagi pihak kerajaan malaysia. bagi saya sebagai rakyat bawahan yang memerhatikan "public figure" ini, seolah satu pencabulan dalam sistem pentadbiran negara telah berlaku oleh pihak yang tidak sepatutnya.
    sebagai isteri PM, tidak salah DSRM menonjolkan diri dalam situasi politik untuk membantu suaminya, namun apa yang jelas, sudah mencampuri urusan pentadbiran dan mengambil alih peranan pihak yang bertanggungjawab.
    dalam keadaan mcm ni, kerajaan kena keluar belanja lebih la, bayaran elaun keluar negeri kepada DSRM.
    kalau syarikat swasta, dah lama bengkrap dato'!

    ReplyDelete
  92. Anonymous1:19 PM

    Dato'

    Tidak mustahil wanita yang akan diangkat sebagai pemimpin tertinggi kalau barisan/pakatan lelaki yang sedia ada pada masa itu tidak nampak lebih keras, tegas, bersih, yakin, terampil dan karisme berbanding wanita-wanita yang ada!

    Makanya dalam konteks politik serba berkemungkinan, jangan hairan dan jangan terkejut kalau di berikan ruang dan laluan, dan dengan aset fizikal, minda dan emosi yang dimiliki, makanya tidak mustahil Datin Seri mampu mematahkan cabaran pesaing bagi mana-mana kerusi parlimen hatta di Pekan, Marang atau di Permatang Pauh.

    Kah-Kah-Kah

    Nota kaki: Jangan 'mare' wahai! YB2 Pekan, Marang dan Permatang Pauh ye!

    ReplyDelete
  93. abdullahngah2:34 PM

    Dari segi kelulusan memang Rosmah lebih tinggi berbanding dengan Datuk Seri Najib Razak.

    Sebab itu Najib berkerja Rosmah yang arah.

    Mahu tidak mahu dia kena ikut arahan Isterinya.

    Atas sebab itu perdana menteri malaysia bukan Najib tapi Rosmah.

    Itulah yang kita nampak.

    Najib betul sebagai perdana menteri tapi yang kita nampak Rosmah segala galanya.

    Untuk memenuhi cita cita Rosmah sebelum PutraJaya dirampas PR ada lebih baik dilantik Rosmah sebagai senator.

    Kalau Dr Masitah boleh dilantik sebagai senator tiada sebab Rosmah tak boleh.

    Malahan inilah kaedah untuk membolehkan Rosmah dilantik sebagai menteri dijabatan perdana menteri.

    Kalau orang suku sakat boleh mengapa Rosmah tak boleh. Lepas itu boleh dipertimbangkan dan diangkat pangkatnya menjadi timbalan perdana menteri.

    Ada lebih baik biarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri pelajaran, kerana dia lebih menyerlah dalam bidang itu.

    Tak salah dan tak ada sebab tak boleh untuk berbuat begitu agar dia boleh jadi perdana menteri yang sah dan layak di gelar"First Lady" yang sangat diimpikan

    ReplyDelete
  94. saya tak pasti sama ada entry datuk kali ini berunsur jenaka + sarkastik. terhibur juga membacanya. cumanya, datin seri rosmah eloklah jangan terlalu menonjol. contohi tun siti hasmah. urusan negara diserahkan sepenuhnya pada suami. risau kalau akhirnya jatuh bangun datuk seri najib berkait rapat dengan imej rosmah.

    ReplyDelete
  95. Salam Dato',
    Ada kajiselidik tidak rasmi yang menyatakan 70% pembaca/pembahas dalam blog Dato' ini adalah penyokong pembangkang. Saya terima hasil kajian itu kerana yang membuat kajiselidik itu pastinya bukan calang-calang orang.

    Nyatanya saya bukanlah salah seorang daripadanya, kerana saya adalah penyokong kepada mana-mana pemerintah yang membawa kepada kesejahteraan terutama golongan marhain seperti saya. Dan saya percaya majoriti golongan yang dilabelkan sebagai penyokong pembangkang itu mempunyai pemikiran yang serupa.

    Maafkan saya kerana tidak dapat memahami pemikiran segolongan pembahas/pembaca yang bersetuju dengan segala tindakan PM Najib yang seakan-akan membenarkan DSRM membayangi pemerintahan beliau, yang pada kacamata saya nampak negatif. Mungkinkah tahap pemikiran saya tidak dapat menghampiri apa yang mereka fikirkan?

    Jika diambil Bajet 2011 sebagai contoh, peruntukan RM111 juta untuk projek PERMATA berbanding dengan RM95 juta untuk SAR SELURUH NEGARA. Sebagai tambahan dibandingkan pula dengan peruntukan RM300 juta untuk Program Bantuan Rumah untuk golongan miskin dan miskin tegar (12,000 unit).

    Jika mengikut congakan tahap spm saya, pastinya golongan miskin dan miskin tegar itu jauh lebih ramai daripada pelajar sekolah agama rakyat. Maaf saya tiada maklumat tentang jumlah peserta PERMATA tetapi memandangkan mereka adalah golongan terpilih, jumlah mereka pastinya jauh lebih rendah daripada pelajar SAR.

    Bukan disengajakan, tetapi contoh yang saya berikan di atas bolehlah ditakrifkan sebagai bajet negara untuk yang didahulukan (didahului?), dicintai dan dibenci. Isu ketidakseimbangan agihan ini memang boleh dijadikan asas perbahasan kumpulan "penyokong pembangkang".

    Akan tetapi isu yang lebih besar lagi adalah ianya dibuat secara terang-terangan. Seakan-akan PM Najib tidak sedar perkara sebegini boleh menimbulkan pelbagai prasangka. Apakah slogan "pemimpin bersih dan harus kelihatan bersih" sudah tidak relevan sekarang? Apakah beliau tidak nampak yang beliau akan kelihatan tidak bersih dengan memberikan peruntukan yang sebegini besar kepada badan yang diterajui oleh isteri beliau sendiri?

    Sebagai kesimpulan, tingkahlaku DSRM yang menjolok mata itu tidak merisaukan saya secara peribadi, tetapi dengan senario ianya dibuat secara terang-terangan seperti sekarang ini adalah lebih membimbangkan.

    ReplyDelete
  96. Salam Dato,



    Bahasa mudah, DSRM naik tocang dah...

    Bahasa senang, PM dah `kelam' dah.


    Dua hai ni macam `precursor' selamat tinggai.


    Sapu dan tibai la apa yang nampak,apa yang bolih,lagi canggih lagi baik.


    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  97. Anonymous9:18 PM

    Dulu Pak Lah membiarkan menantunya KJ "bermaharajalela" di tingkat 4. Sekarang nampak gayanya Najib juga membiarkan isterinya "bermaharajalela"!!

    Tidakkah Najib sedar bahawa ada persamaannya perlakuan menantu Pak Lah dan isterinya Rosmah yang mengakibatkan tumbangnya Pak Lah.

    Mungkinkah peristiwa ini akan berulang semula?


    Pak Kadok

    ReplyDelete
  98. Salam Datuk;

    Dalam akhbar terpampang DS Rosmah berada diatas kapal layar Raja Oman.Saya amat bangga melihat wanita wanita Islam bersama Rosmah.Mereka kelihatan bertudung.Hanya Rosmah seorang saja yang kelihatan menunjukkan sanggul 'tebuan'nya. Amat memalukan, seorang isteri pemimpin negara islam melawat negara islam tapi, tak menutup auratnya.Nauzubillah!!!!!!

    ReplyDelete
  99. Anonymous11:55 PM

    Salam DAKJ serta para komentar semua..

    Saya pernah terbaca satu article satu masa dahulu menyatakan bahawa Pak Lah akan jatuh disebabkan oleh Khairy, dan itu telahpun menjati satu kenyataan yang benar benar telah berlaku.

    Dato,

    Rata-rata komentar oleh rakan-rakan disini telah menyatakan ketidakpuasan hati mereka bilamana DSR telah membuat kunjungan ke Oman.

    Bila kita amati dari komentar disini, mereka adalah terdiri dari orang yang jenis boleh berfikir dengan jauh, oleh itu DSN harus ambil iktibar dari komen-komen disini kerana tindakan beliau menyokong tindakan DSR juga boleh menyebabkan timbul satu kebencian kerana sikap terlebih-lebih DSR itu serta ini juga boleh menyebabkan kecundangnya Najib dlm PRU-13 bila isu ini dimainkan nanti.

    Tidak ada salahnya kalau kita memberi isteri peluang tetapi ini adalah wang kita sebagai pembayar cukai. Perkara ini harus dipandang secara terperinci oleh pihak kerajaan. Wang kita selaku pembayar cukai bukan untuk dinikmati sewenang-wenang oleh orang yang TIDAK mempunyai kepentingan didalam negara.

    Setakat pergi berjumpa dan Shake hand serta few words yang kita tidak tahu apa yg dicakapkan, saya rasa kunjungan DSR semata-mata merugikan wang pembayar cukai.

    Maybe its the end of the day for Najib.. i can see that.. i can feel that too..

    Btw Dato, saya menyokong kerajaan tetapi bila perkara ini terjadi.. rasa kurenngggg la pulak..

    721, Jalan Pegawai

    ReplyDelete
  100. Y.Bhg Dato',
    Tulisan Dato' menampakan seolah-olah Dato' sudah berputus asa dengan Najib kerana nasihat Dato' dalam tulisan-tulisan yang lepas tidak diambil perhatian langsung. Rosmah terus aktif meningkatkan imejnya tanpa melihat kepada implikasinya kepada kekuatan UMNO menghadapi pilehanraya akan datang. Orang Kedah kata sikap Dato' sekarang saperti biak pi kat dia apa nak jadi, jadilah.

    2. Kita kesian dengan Najib. Seorang pemimpin berkelibar dan bertaraf dunia. Agenda transformasi ekonomi dan sosial Negara sungguh baik. Beliau nampak komited untuk membawa Negara kearah pencapaian Wawasan 2020. Malang sekali persepsi orang ramai mengenai peranan Rosmah boleh membawa kesan negatif keoada sokongan orang ramai kepada Barisan Nasional terutamanya golongan atas pagar. Dimana sahaja orang bercakap mengenai peranan Rosmah dalam Kerajaan.

    3. Nasi belum jadi bubor tetapi masa adalah berjalan dengan cepat. Eloklah sesuatu dibuat untuk mengurangkan kesan negatif dari peranan Rosmah kepada sokongan umum kepada Najib. Kita sayangkan Najib dan kita mahukan Barisan Nasionalkembali dengan majoriti besar dalam pilehanraya yang akan datang.

    4. Rosmah srorang yang bijak. Beliau harus membuat pertimbangan yang baik bagi mempastikan Najib kukoh dari segi sokongan umum kepada kepimpinannya dan jangan membebankan Najib dengan menimbulkan persepsi negatif yang boleh memberi kesan kepadanya.

    Iklas,
    Rahim.

    ReplyDelete
  101. Sufian Idrus7:26 AM

    Kepada Wajasetia,

    Jika tidak silap saya, RM95juta bukan diperuntukkan kepada SAR; tetapi untuk SRJK(C), SRJK(T) dan juga SAR seluruh negara.

    ReplyDelete
  102. Anonymous10:51 AM

    salam dato,
    Saya harap apa yang dato tulis adalah sindiran..
    bayangkan duit rakyat yang dibelanjakan.
    Kalau dulu, duit cukai mungkin dari orang berpendapatan seperti dato.. tapi la niii, kalau pesawah pi bawa anak ke pekan dah tu singgah kat kfc ka mcD ka, dah tentu depa bayaq gst 6%.
    Hangat doto oiiii dok tengah bendang meracun..
    Kasihannnnnn (petikan madu3)
    CHEmat

    ReplyDelete
  103. Pepatah lama cina ada menyebut "apabila ayam betina berkokok..."

    Maksud pepatah ini adalah petanda sesuatu dinasti itu akan tumbang. Cuba fikirkan apa yg hendak disampaikan oleh pepatah ini..

    ReplyDelete
  104. Anonymous6:11 PM

    daripada: salleh omar, ipoh, perak.

    sejarah sentiasa berulang tetapi orang Melayu tertuaam dalam Umno sentiasa melupakannya.
    ketika zaman pak lah berkuasa, ramai yang membiarkan KJ terlalu berkuasa tetapi tidak berani bersuara dan apabila BN kalah di 5 negeri dan tidak dapat dua pertiga, baru ada sebahagian yang sedar dan mahukan perubahan, tetapi ada juga yang masih terus tidak berubah dan tetap pilih Kj jadi Ketua Pemuda.
    sama seperti sekarang, walaupun tahu tetapi tidak berani bersuara, mungkin untuk dijadikan `punching bag' bila BN kalah pada PRU-13 nanti. Betulla kata Dr M, Melayu mudah lupa.

    ReplyDelete
  105. Assalamualaikum,

    YBhg Dato dan Pembahas-pembahas yang saya hormati. Ramai yang masih sayangkan YAB PM dan dengan itu cuba memberi nasihat supaya tidak timbul cacat cela dalam pentadbirannya. Sebenarnya jika pembahas tidak peduli maka disuatu hari PM akan terperangkap dengan tuduhan menyalahgunakan kuasa dan kewangan dan hasil negara untuk kepentingan diri dengan meluluskan sesuatu kepada kaum keluarga sendiri.

    Setiap pengeluaran belanja itu ada peraturan dan tahap penapisnya melalui kajian dan pertimbangan EPU dan lain-lain agensi. Ia juga mempunyai had tertentu yang setimpal dengan kebaikan yang diperolehi kepada rakyat dan negara.Masalahnya sekarang PM adalah juga menteri kewangan dimana setiap kelulusan yang menampakan pemberian diutamakan kepada sanak saudara sendiri adalah suatu kesalahan.Saya berharap ini tidak berlaku dan semuanya mengikut peraturan kewangan negara.

    Saya harap kita menumpukan perhatian kepada isu-isu yang menguntungkan atau merugikan bangsa dan negara dan tidak tertumpu mempertahankan sesebuah parti atau kumpulan pemimpin. Sebagai contoh Selangor akan membentang usul pindaan Perlembagaan Negeri berkaitan dengan kuasa Sultan yang dikatakan telah dipinda oleh BN sebelum ini. Kita harus mengetahui apakah implikasi kepada bangsa dan negara jika ianya dipinda atau dikekalkan seperti sekarang.Kita jangan ingat masa kita berkuasa sahaja tetapi jika ditakdirkan kalah dalam pilihan raya.

    Banyak lagi isu yang sedang berlegar sekarang yang perlu kita ketahui dan tidak hebuh selepas ianya terlepas dari kawalan kita.

    Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
    Pencetus Strategik Vision,
    Petaling Jaya.

    ReplyDelete
  106. Sufian Idrus6:44 PM

    ROSMAH TIDAK RISAU DENGAN PENGKRITIK

    MUSCAT 20 Jan. - Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.

    Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.

    Bercakap kepada wartawan Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman pada Rabu, Rosmah berkata, beliau akan membuat lawatan itu apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama di majlis-majlis tertentu.

    "Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili,” katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.

    "Saya berada di sini bukan untuk mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi kami di sini mewakili rakyat Malaysia,” kata Rosmah menjelaskan bahawa beliau dan anggota rombongannya diterima baik di sini dan pemerintah Oman, Sultan Qaboos Bin Said, sendiri mengambil berat lawatan itu. - Bernama

    ReplyDelete
  107. Anonymous10:00 PM

    I hope Najib has got time to read your blog. If he is concerned about his position then he should reflect and act immediately. Practically all comments about Rosmah are very negative and hopefully Najib should take note. We are here not to talk about husband and wife private affair but about Rosmah being the wife of a Prime Minister.

    -wiseman-

    ReplyDelete
  108. Anonymous10:07 PM

    Before Najib wants to transform the country he must be able to transform Rosmah first. If he is unable to transform Rosmah then I think he should just forget transforming the country.Simple logic. Transformation starts at home first!!!!!!

    -transformer-

    ReplyDelete
  109. Anonymous10:30 PM

    Dato'
    Posting benda lain ah...Comments from this posting are too predictive..Hence, the issue is not that challenging...
    As conclusion, Rosmah Mansor is a liability to Najib n Umno, haven't gain enough credit to be next election candidate and to be next prime minister is not possible, but truly delusional!

    Tamat

    Khairul

    ReplyDelete
  110. Salam DAKJ

    Kepada pengkritik beliau, Rosmah berkata: "Bagi saya, jika mereka mahu bersungut, saya tidak ada isu. Biarkan saja. Saya hanya lakukan ini sebagai isteri seorang pemimpin.
    "Ia adalah tugas dan tanggungjawab saya untuk membantu setakat yang saya mampu, terutama yang berhubung usaha untuk memperkasakan wanita dan isu-isu kanak-kanak."
    "Saya tidak terbabit dalam politik, saya tidak terbabit dengan polisi kerajaan - yang telah dijalankan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Kabinet.
    "Kita hanya membantu dari segi masa dan usaha dan (demi) kepentingan kanak-kanak dan mereka yang kurang bernasib baik, jadi apa masalahnya." – BERNAMA

    Ehmm!!!!!!! Nampaknya, Datin Seri dan YAB Dato Seri Presiden dah nampak musuh dalam selimut mereka yg cuba-cuba tikam belakang LOO. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  111. Salam Dato',

    Alfatihah buat Allahyarham Datuk Hidhir, ADUN Merlimau yang telah pergi kerahmatullah pada 20/1/2011 jam 8.10 mlm . Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas rohnya dan menempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

    Belumpun PRK Tenang Johor diadakan, BN telah kehilangan satu lagi ADUN dan EXCO di Melaka. Tamparan buat BN. Sekiranya kekosongan DUN Pelabuahn Klang diistiharkan oleh SPR ia akan menjadi satu lagi masalah buat BN kerana ADUN itu telah melompat dari PKR ke UMNO.

    Hari ini, media melaporkan DS Rosmah tidak terganggu dengan kritikan PR dan rakyat yang menjadikan lawatan beliau ke OMAN satu isu sensasi kerana beliau dijemput oleh Sultan Qaboos ke negara itu. Beliau juga mengatakan lawatan beliau ke Arab Saudi atas kapasiti sebagai pengasas PERMATA dan memberikan ucaptama mengenai program yang beliau ilhamkan.
    Beliau juga menyatakan bahawa beliau bukan ahli politik dan tidak campur tangan dalam dasar-dasar kerajaan dan beliau hanya membantu PM menjayakan perlaksanaan dasar-dasar tersebut.

    Kenyataan beliau adalah untuk menjawab kritikan yang dilemparkan terhadap beliau oleh pembangkang atau mungkin juga menjawab krikan -kritikan bloggers dalam blog Dato'.

    Wallahualam.

    Iskandar PT

    ReplyDelete
  112. Anonymous12:55 AM

    Pemblog dan Rakan yang dihormati,

    Apa yang diri sendiri fikirkan dan simpulkan mungkin tidak sama dengan apa yang orang lain fikirkan dan simpulkan. Contoh paling tepat adalah isu yang difikirkan dan dilontarkan di PRK Galas dan kesannya yang dijangkakan terhadap peluang seseorang calon.

    Jika ditoleh ke belakang ternyata banyak komentar yang telah dipaparkan menjelang PRK berkenaan dalam laman sesawang termasuklah dalam blog tuan menjelang PRK berkenaan.

    Didapati hampir 100% komentar yakin bahawa disebabkan faktor PM dan DSRM, maka adalah kacang buat PARTI PENYANDANG mengekalkan kedudukan malah akan meraih majoriti lebih tinggi.

    Nah! apakah faktor PM dan DSRM yang dibawa di Galas memberikan impak sebagaimana yang dibayangkan? Jawapan semua sudah tahu iaitu TIDAK.

    Apa maknanya? Apa kesimpulannya? ha ha seperti yang diulas oleh yang empunya diri (DSRM) iaitu belia amat terbuka terhadap apa jua ulasan dan kritikan tetapi itu tidak menghalang belia dari memenuhi semua undangan. Dalam kata lain, anda buat kerja anda dan say buat kerja say.

    Makanya, dalam konteks demokrasi bersuara, apa yang diluahkan adalah bagi mengisi ruang yang diperuntukan tetapi itu tidak bermakna semuanya mempunyai persamaan. Dan meskipun pandangan kita itu benar tetapi kalau ianya tidak dikongsikan oleh kalangan majoriti makanya anggaplah pandangan kita itu hanya benar dalam konteks yang terhad.

    Lagipun, dalam isu yang didebatkan, kebenaran adalah relatif. Kalau dulu, berlandaskan alasan sempit, hanya lelaki yang dipilih bertanding kerusi Adun tetapi sekarang wanita juga dialu-alukan -- alasan sempit yang dulu sudah lupus.

    Pembaziran juga adalah relatif. Kalau dulu pembinaan jambatan ke Pulau Mutiara dianggap membazir bagi mereka yang tidak berpandangan jauh tetapi sekarang mereka yang sama itu tidak lagi beranggapan pembinaan seumpama itu sebagai pembaziran. Malah mereka ini pula yang berasa terkilan kalau tidak mendapat jambatan kedua.

    Nak kata apa lagi? Kalau itulah kebenarannya dalam konteks manusia dan pandangannya yakni berubah senantiasa maka sebagai penutupnya terimalah ucapan ini: "Selamat mencuba dan selamat maju jaya".

    ALPASIKU

    ReplyDelete
  113. Pembahas Tinta Hitam mengulas:

    "Pepatah lama cina ada menyebut "apabila ayam betina berkokok..."

    Maksud pepatah ini adalah petanda sesuatu dinasti itu akan tumbang. Cuba fikirkan apa yg hendak disampaikan oleh pepatah ini.."

    Saya teringat kepada pepatah Denmark yang berbunyi:

    "Woe the house where the hen crows and the rooster is still."

    Dalam bahasa Melayu, lebih kurang :"Sengsara rumah di mana ayam betina berkokok dan ayam jantan membisu."

    Terima kasih

    ReplyDelete
  114. Anonymous7:25 AM

    Datuk and fellow debaters, salaam,

    1. Thank you to Datuk for posting DSRM's reply. As someone who had stopped reading MSM and do not watch local TV, I am not always aware of what Rosmah is saying.

    2. But we should not be deviated from point of our discussion, which is the public perception of Rosmah and the PM's making special financial allocation from the budget for her project and activities.

    3. Now she goes around the world purportedly to talk about her Parmata project. More taxpayers money will be spent on her trips. Now she has a new reason to use more public funds and her husband's office to travel the world.

    4. She may be stronger and even more intelligent than Najib, but she could destroy the BN and the country. Mind you Datuk, I am still a supporter of BN because the PR is no better, but I dont know how long.

    Ex-banker

    ReplyDelete
  115. Anonymous7:53 AM

    Salam buat DAKJ serta para komentar

    Disini topik sebenarnya "Perdana Menteri Wanita: Kenapa Isteri PM Tak Boleh?"

    Persoalannya ialah sesiapapun yang bercita cita tinggi boleh meletakkan KPI masing masing untuk bercita cita jadi PM, tak kira lah orang itu terdiri dari rakyat marhaen ataupun dari kelas bangsawan.

    Tetapi intipati topik telah menjadi kearah lain iaitu dari segi FUNGSI DSRM sebagai ISTERI PM dan seperti kita ketahui BUKAN sebagai kapasiti sebagai FIRST LADY, itu seharusnya di letak kepada DYMM Permaisuri Agung.

    Program Permata yang di ilhamkan oleh DSRM sememangnya amat baik, tersangat baik sehingga diberi dana yg banyak untuk dipraktik kan, akan tetapi persoalanya, apakan Penanda Aras tentang keberkesanan program ini. Pihak yg memerintah akan memberi komen positif ttg keberkesanan program ini tetapi siapakah yang mengaudit aliran tunai perlaksanaan serta keberkesanan program ini?

    On paper, sememangnya semua cantik tetapi "in reality" jangan cuma dilaksanakan dengan kos yg tinggi tetapi "end result = zero".

    Tentang lawatan DSRM ke Oman dan Saudi untuk mengangkatkan taraf Program Permata, biar program itu berjaya di laksanakan di dalam negara dulu dan selepas itu bolehlah di lonjakkan tahapnya ke negara luar.

    Yang kita bincangkan di dalam bloq ini adalah WANG RAKYAT, DSRM boleh memekakkan telinga dan buat tidak perduli dengan ketidakpuasan rakyat jelatan tetapi ketahuilah bahawa KOS untuk belian and her entourage ke 2 begara tersebut saya amat pasti terlalu tinggi dan perbelanjaan beliau derta entourage harus di sebarkan kerana sebagai PEMBAYAR CUKAI kita mempunyai HAK untuk mengetahui.

    The trip might be fully sponsored by the guest country tetapi kos kos lain harus di auditkan juga termasuk Ops dan Fuel cost penerbangan serta kos kos lain.

    Apa yang RAKYAT mahu ialah sifat keterbukaan dari perbelanjaan, DSRM nak pergi manapun jika ada pulangan dari FDI harus digalakkan, mungkin Program Permata boleh di francaiskan ke negara luar. Who knows?

    Apa yang rakyat concerned ialah kemana WANG CUKAI mereka dibelanjakan tetapi pada masa masa yg sama rakyat struggling untuk hidup, nak cari minyak masak, nak bayar tuition anak anak, pendek kata nak hidup,, nak teruskan kehidupan dan bukan nak subsidi.. to make ends meet.. itu saja DAKJ dan komentar semua. Kita tak ada subsidi minyak untuk pergi balik kerja, bukan seperti Cabinet Ministers semua.

    Ini harus diambilkira, DSRM jagnag berkata dia tidak perduli kerana nanti rakyat pula tidak perduli pada BN, susah tu nanti.

    Sekadar komentar ikhlas dari RAKYAT kepada PEMIMPIN dan ISTERI PEMIMPIN.

    721, Jalan Pegawai

    ReplyDelete
  116. Sdr ALPASIKU

    "Apa maknanya? Apa kesimpulannya? ha ha seperti yang diulas oleh yang empunya diri (DSRM) iaitu belia amat terbuka terhadap apa jua ulasan dan kritikan tetapi itu tidak menghalang belia dari memenuhi semua undangan. Dalam kata lain, anda buat kerja anda dan say buat kerja say."

    Apakah puncannya?

    ReplyDelete
  117. Salam Dato' dan rakan pembahas

    Kalau sebelum ini saya kata ROSMAH jenis isteri tak boleh ditegur suami. Hari ini saya kata DSN bukan sahaja dah sampai peringkat tak boleh ditegur, malah merangsang dan menggalakkan orang Islam tabur fitnah

    ReplyDelete
  118. Salam Dato'

    Dalam bahasa Melayu, lebih kurang :"Sengsara rumah di mana ayam betina berkokok dan ayam jantan membisu."

    Teringat saya zaman arwah orang tua saya dulu banyak bela ayam kampung. Memang ada ayam betina yang berkokok. Tapi sekadar mencuba. Bunyinya macam ayam jantan belajar berkokok.Yang pasti, tak sama macam ROSMAH berkokok!

    ReplyDelete
  119. Yes, Ex-banker, I am still a supporter of BN. I have no other alternative to choose.It is a matter of choosing between the devil and the deep blue sea.

    BN must change for the better or else my support will be fading slowly but surely.

    Najib must do something to restrain Rosmah from going over board. There is certainly a limit to her involvement in government functions. She simply cannot behave as if she is part of the cabinet members with full ministerial function.No,no,no !! Listen, listen and listen Najib !!! I am 60 years old and I think I am much more wiser than you in terms of wisdom, Najib.My statement may sound arrogant but that is the whole truth. You simply could not handle Rosmah to put her in the right place!! What a shame! What a pity!

    ReplyDelete
  120. Anonymous10:05 AM

    Salam Tok Kadir, betui macam Rosmah kata tu. Dia tak terganggu. Nak terganggu pasai apa, bukan duit dia. Yang terganggu kita Tok. Najib pun boleh jadi tak terganggu pasai dia tak faham erti terganggu.

    Tapi banyak orang Umno terganggu Tok. Macam mana tak terganggu Tok, bila di Mesjid dan madrasah geng Pas dan PKR perli pasal bini PM. Susah nak jawab Tok. Silap-silap ikut sama kutuk.

    Rosmah tak tertanggungu la Tok pasai dapat RM111 juta dari darling dia. Darling dia pun tak terganggu pasai itu bukan duit poket dia. Itu duit rakyat. Tapi kalau dari poket sendiri, dia pun terganggu Tok. Maklumlah duit sendiri kena jaga pasai tak tau lagi apa nak jadi lepas ini. Silap2 jadi Ben Ali.

    Macam dalam cerita P Ramlee Tok, duit aku duit aku, duit awak duit aku. Tok, boleh ka PM guna duit negara bagi kepada projek bina dia? Walaupun ada yang suka sampai nak mampoih pasai anak dapat masuk program Permata. Tapi betoi macam pembahas kata, berapa kerat.

    La ni nak kena guna duit rakyat pula hantar Rosmah pi rata dunia MBAS projek Permata. MBAS erti dia Tok, masuk bakul angkat sendiri bukan Majlis Bandaraya Alor Setar, pekan Tok. Nak tergelak..hahaha...

    Kamjat Penang

    ReplyDelete
  121. Anonymous10:39 AM

    Apa yang DSRM merepek ni?

    Kalau ya sekalipun jemputan dari Oman itu jemputan peribadi, pergi kesana pakai duit siapa?

    Yang diiring pegawai kanan kerajaan itu, buat apa?

    DSRM yang konon gah dengan perjuangan "early educatation" itu pun dikenali melalui
    1.Iklan dua mukasurat penuh di Washington Post.
    2.Summit Wanita Pertama anjuran beliau sendiri.

    #1 dan #2 itu pakai duit siapa?

    DSRM boleh la cakap yang dia tak peduli. Bukan dia yang kena jawab di parlimen atau kepada pengundi.

    p/s Kenapa masih ada yang tak faham-faham yang DSRM itu BUKAN Wanita Pertama? Mungkin Oman, Arab Saudi dan Bangladesh anggap ini benar kerana mereka tidak tahu perlembagaan kita.

    Fed Up

    ReplyDelete
  122. Anonymous10:43 AM

    daripada: salleh omar, ipoh, perak

    Salam dato,

    membaca reaksi balas dsrm terhadap pengkritiknya mengingatkan saya kepada reaksi KJ ketika dia dikritik kerana lebih berkuasa daripada pak lah, sehingga timbul pepatahnya sendiri `pokok bergoyang sebab monyet yang goncang'. zaman pak lah pun, semua pilihan raya kecil BN menang selesa sehingga org keliling pak lah sangka isu KJ tidak pengaruhi sokongan rakyat terhadap BN. sekarang semua sudah jadi sejarah, adakah DSN tidak mahu belajar dari sejarah itu atau sengaja tidak mahu ambil tahu seperti pak lah dulu?

    ReplyDelete
  123. Assalamualaikum pak Kadir

    Pernahkah pak Kadir semasa kecil bermain Datok Harimau?..begini lebih kurang..

    Pukul berapa datok harimau?

    harimau jawab pukol 1..sehinggalah harimau berasa lapar dan ingin membaham mangsa.
    Tetapi mangsa lebih cekap dari harimau dan mereka bertempiaran lari meninggalkan harimau.

    ReplyDelete
  124. Sdr Saji, saya senyum baca komen sdr mengenai ayam betina yang cuba berkokok.

    Saya lebih daripada bela ayam. Itik, kambing, kerbau dan lembu semua bela. Ada milik sendiri dan ada yang dipawah.

    Betul ada yang betina yang cuba berkokok. Tapi bunyi lain, tak sedap. Silap-silap kena patuk atau kena sepak oleh ayam jantan.

    Ayam jantan muda pun kalau nak belajar berkokok, dia pi jauh-jauh dari bapa ayam sebab takut kena terajang.

    Alam haiwan pun ada hukum hakam demi keamanan dan kedamaian.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  125. Anonymous5:13 PM

    Datuk YM, DSRM mungkin tidak terganggu dengan kritikan sesiapapun karena kedudukannya yang istimewa sebagai isteri DSN.

    Tatapi kalau rakyat terganggu akibat persepsi mereka yang negatif mengenai perlakuan DSRM, mereka mungkin tolak suaminya. Ini bermakna karena beliau, rakjat menolak BN. Pastinya ini sungguh malang dan mengganggu konsentrasi BN untuk terus berkuasa.

    Gangguan minda ini pasti akan dieksploitasi oleh musuh-musuh BN umpama mereka mengeksploitasi campurtangan KJ, Kamal, Patrick Lim dan Kalimullah Hassan dalam pemerintahan Abdullah Badawi atau seumpama yang sedang terjadi di Tunisia di mana kerabat dan anggota Kabinet Presiden Ben Ali sedang diburu oleh rakyat jelata.

    Di bekas nagara saya, Almarhumah Ibu Tien menjadi tanggungan berat kepada Almarhum Pak Harto kerana pada persepsi umum Ibu Tien adalah agen komisyen sedangkan perniagaan raksasa negara dimonopoli oleh putera dan puteri mereka.

    Rakyat Indonesia yang terganggu perasaan dan kebajikannya bangkit melakukan reformasi yang menjatuhkan Pak Harto dan clique Golkarnya.

    Profesor Pencen
    Bangi

    ReplyDelete
  126. Anak Parit/Bota/Lambor5:29 PM

    Dato',

    Ahli BN/UMNO dan PM dah kena "koro" kot.

    Anak Parit/Bota/Lambor

    ReplyDelete
  127. Y.Bhg Dato'

    Rasa nak komen tambah lagi pasai isu peranan Rosmah dalam Kerajaan sekarang. Kalau Dato' nak tau saya ni asai dari kampong. Sudah dua keturunan kami dok sokong UMNO. Macam orang Kedah kata" rebus sampai hangus pun saya akan tetap sokong UMNO". Sebab UMNO dah buktikan dalam tempoh 50 tahun , orang Melayu dah boleh keluar dari kitaran kemiskinan. Dulu Tok nenek kita dok pakai kain pelikat, berkaki ayam pi dok sokong UMNO. Depa sanggup bergadai bergolok mencari duit tambang nak pi tengok Tunku Abd Rahman kempen pilehanraya. Sekarang UMNO dah lain macam sikit. Bini pun nak ambil peranan lebih.

    2. Saya cuma bimbang masa depan UMNO kerana kita adalah pewaris perjuangan Tok Nenek kita. Itu saja yang depa tinggal untuk kita. Kita pakat-pakat jaga la supaya UMNO terus berkuasa. Kita tak boleh harap dengan PAS kerana kita tak tau apa ada dalam serban dia. Lagipun apa jasa PAS semenjak kita Merdeka. PAS hanya bawa perpecahan kepada orang Melayu.

    3. Walau pun saya nampak Dato' macam sinis sikit tetapi hati kecil Dato' masih sayang kepada UMNO. Biak la kita telan sikit yang pahit-pahit tu asalkan UMNO selamat. Dato' nasihatlah Najib supaya dia ambil perhatian persepsi orang ramai akan peranan isterinya. Rosmah pula tak usahlah dok sibuk sangat. Bagilah peluang pegawai Kerajaan laksanakan idea anda. Kalau Najib kuat maka anda akan terus jadi isteri PM. Tetapi kalau anda kuat tetapi Najib tewas maka belum tentu anda boleh jadi PM.
    4. Saya yakin, penasihat Najib pun baca tulisan blog Dato' ni. Saya terperanjat juga bila wartawan kanan Utusan, Ku Seman turut komen dalam blog ini. Dia ada Utusan Malaysia yang lebih berpengaruh untuk menyampaikan ideanya tetapi mengapa dia pileh blog Dato'. Maaf kalau saya tersilap orang.

    5. Dato' seorang wartawan berpengaruh. Mustahil ,penasihat-penasihat Najib tidak serius dengan komen Dato'. Kadang-kadang saya sebak mengenangkan masa depan orang Melayu kalau UMNO lemah dan kecundang. PAS dah terang-terang kata dia tak perjuangkan bangsa Melayu . Perjuangan PAS untuk menegakan islam. Saya jadi bingung sebab yang Melayu itu pun islam juga. Kalau Melayu tu lemah macam mana islam nak ditegakkan.

    6. Saya yakin Najib akan berjaya kerana saperti saya katakan sebelum ini bahawa beliau pemimpin bertaraf dunia dari segi penampilan, kebolehan bercakap dan mewarisi kepimpinan yang baik dari bapanya. Isu peranan Rosmah boleh diselesaikan segera dan UMNO akan muncul kukoh memenangi PR akan datang serta mengembalikan dua pertiga kerusi diParlimen.

    Iklas,
    Rahim

    ReplyDelete
  128. Saya tak berpeluang melihat watak isteri Tunku Abdul Rahman, begitu juga isteri Tun Razak. Tapi saya sangat terkesan dengan isteri Dr. Mahathir, Tun Siti Hasmah. Selama lebih 20 tahun menjadi "isteri PM" Siti Hasmah taklah sibuk sangat. Hanya sesekali dia keluar di surat khabar, itu pun masa mengiringi Dr. Mahathir. Setahu saya Siti Hasmah tak pegang jawatan dalam kerajaan, dia hanya isteri PM. Mungkin lepas ini kerajaan boleh wartakan bahawa isteri PM itu satu jawatan di Jabatan Perdana Menteri. Bila jawatan, orang tak bising sebab isteri PM buat kerja dia dan dibayar gaji. Tapi macammana pun saya sangat terpesona dengan Siti Hasmah. Belum lagi saya dengar orang mengata dia. Saya percaya kekuatan Dr. Mahathir kerana Siti Hasmah.

    ReplyDelete
  129. Ha ha ha, ada "response" dari DSRM. Politik ni semua adalan berasaskan 'perception". Kalau yang di buat itu betul pun kalau perception nya salah maka, salah lah dia.

    DSRM lih cakap atau pikir apa yang DSRM pikir, masalahnya ialah jikalau DSRM mengundi, dia hanya ada satu undi. Yang menrungut ni pun ada satu undi jua. Kalau banyak yang merungut tak puas hati maka banyak lah undi lari dari suami dia.

    Dia bolih "justify" macam mana pun tindakan dia tapi jikalau rakyat dan masyarakat memikirkan dan merasakan tindakan dia itu tak wajar maka tak wajar lah.

    Pasal ayam ni, kita dah tengok macam mana ayam muda cuba berkokok depan ayam jantan, sekarang ayam ni kata nak berhenti politik.

    Ni ada ayam betina nak berkokok pulak, kita tengok la apa nk jadi kat ayam betina ni.

    Kalau ayam betina ni sekor ajer yang "kantoi" takpe la, jangan se reban pulak "hancus".

    Kalau ada ayam-ayam jantan dalam reban tu, amat-amati lah. jangan la ayam jantan ni dok hidu bontot ayam betina ni ajer.

    ReplyDelete
  130. Salam Dakj

    "Alam haiwan pun ada hukum hakam demi keamanan dan kedamaian."

    Cantik dan cukup tajam sindiran Dato'

    Boleh Dato' terjemahkan dalam bahasa Inggeris supaya orang berkenaan faham?

    ReplyDelete
  131. Salam Dakj

    "Alam haiwan pun ada hukum hakam demi keamanan dan kedamaian."

    Cantik dan cukup tajam sindiran Dato'

    Boleh Dato' terjemahkan dalam bahasa Inggeris supaya orang berkenaan faham?

    ReplyDelete
  132. Salam DAKJ

    KUALA LUMPUR 21 Jan. – Pihak yang mengkiritik lawatan rasmi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke luar negara tidak faham dengan peraturan yang telah diperuntukan oleh kerajaan.Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, lawatan isteri Perdana Menteri itu ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh baru-baru ini dibenarkan mengikut Peraturan Etika Anggota Pentadbiran 1988/1999 yang diputuskan oleh Kabinet.Mengikut Perkara 1180A di bawah peraturan itu, seseorang isteri anggota pentabiran dibenarkan untuk mewakili seseorang suami atau membuat lawatan ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan sesuatu aspek atau perkara asalkan tidak bercanggah dengan kerja rasmi dan urusan kementerian atau menteri berkenaan.Rais berkata demikian bagi membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan lawatan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang diketuai oleh isteri Perdana Menteri ke tiga buah negara itu.“Teguran ini bangkit dari rasa politik jahat yang pada akhir-akhir ini dengan apa yang dibuat oleh kerajaan dibangkang dan pembangkang gemar memperli, memperkecilkan dan memfitnah orang-orang yang berkenaan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

    p/s: 1. kenyataan rasmi seorang Menteri. saya tak nak bagi komen apa-apa lagi, takut kata lawan tauke pulak. 2. Apa kata kalau Dato’ tulislah tentang orang Melayu Singapore pulak. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  133. Anonymous8:21 AM

    Dato'

    Kalau dilihat pada komen komen dari pembaca tiada satu pun mempunyai keyakinan atas kemampuan Rosmah berkelakuan sebagai isteri perdana menteri. Dengan sebegitu teruknya image beliau adakah pengundi akan membuat perkiraan watak beliau dalam pilihan mereka apabila mengundi? Mungkin Najib Tak Kisah atau Cuma Takut terhadap beliau!




    Joe Black

    ReplyDelete
  134. Dato'
    1.Kenyataan Rais Yatim berjaya merungkai keraguan saya mengenai tuduhan terakhir "pembangkang" terhadapnya.Bersungguh2 Rais mempertahankan RM
    2.Ada pembahas minta dihentikan polimek kita dan dirinya tak mau dilihat melawan taukeh.
    Dia sedar dan tau taukeh buat salah,tapi...
    3.Seorang kawan lama bekas Senator dan sekarang Ketua Bahagian UMNO hantar SMS pada saya di waktu lawatan Najib ke Kedah pada 20/01/2011 dimana sebahagian isinya:aku lebih takut orang umno sendiri dari orang PKR,PAS kerana orang umno lah aku kalah dalam PRU12 dulu.
    Ini susulan komen kawan kawan dalam perbincangan kali ini yang telah mendapat liputan yang luas termasuk di petik olih satu akhbar mingguan milik PAS edisi terkini.

    ReplyDelete
  135. Yangretibase8:41 AM

    Assalamualaikum,

    Saya dengan ikhlasnya menasihati semua pembahas blog DAKJ ini, khususnya saudara abd rahim dan penyokong UMNO:

    "Tolonglah saudara sekalian berguru dengan guru mursyid untuk menghayati setiap ayat daripada kesemua 6,236 Ayat al-Quran. Insya-Allah, saudara akan mendapat hidayah daripada-Nya; dan akan terkeluarlah saudara daripada kepompong kejumudan dan kesesatan. Maka, saudara pasti akan disinari cahaya kebenaran. Ketika itu, barulah saudara insaf dan yakin 'siapa' yang benar dan 'siapa' yang sesat.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  136. Bukit Larut9:11 AM

    Datuk Kadir,

    Harap DS Najib ambil maklum rasa tentang komen-komen negatif rakyat terhadap DSRM. Penentangan rakyat terhadap penampilan beliau yang keterlauan boleh merosakkan UMNO. Komen-komen negatif ini semakin berleluasa. Termasuk orang-orang kampung. DSRM seolah-olah menteri kabinet. Sebok dengan program-program (rasmi itu rasmi ini) hampir-hampir setiap hari.

    Pada yang berumur 60 ke atas tentu ramai yang masih ingat tentang Tun Sharifah Rodziah (isteri Tunku Abdul Rahman), Tun Rahah (Mak DS Najib), Tun Suhaila (Mak DS Hishamuddin) dan diikuti dengan Tun Hasmah dan DS Endon (Tun). Mereka ini jarang sekali keluar dalam tv. Apatah lagi nak rasmi itu dan rasmi ini atau beri ucapan di sana sini. Apakah kerana mereka tidak cerdik? Tun Hasmah seorang doktor perubatan. Bukan senang nak jadi doktor apatah lagi di waktu selepas perang dunia kedua. Masa itu belum ada DEB. Meritokrasi!. Hakikatnya mereka faham kedududkan sebagai isteri PM.

    DS Rais Yatim beri penjelasan dan DSRM juga beri penjelasan. Tapi cerita tak habis setakat itu. Penting ialah persepsi rakyat. Isu-isu seumpama ini akan berlarutan dan jadi umpan dalam pilihanraya.

    Salam.

    ReplyDelete
  137. Datuk
    FLOM Division (First Lady of Malaysia Division). Division ni wujud ke sebelum zaman DSN? Mungkin Datuk lebih arif & punya info yang boleh dikongsi bersama kami

    ReplyDelete
  138. Rais Yatim cuba nak pertahankan justifikasi lawatan Rosmah. Saya rasa orang bukannya marah sangat tentang lawatan tersebut tetapi orang telah rasa mual dan meluat dengan public exposure Rosmah yang tidak habis-habis menonjolkan dirinya dimana-mana sahaja seolah-olah Rosmah bergaya seperti lebih dari menteri.

    Tidakkah Rais tahu bahawa persepsi orang ramai terhadap Rosmah rata-rata tidak memberikan kekuatan dan peningkatan kredibilti kepada Najib dan BN.Rais sebagai Menteri Penerangan tentunya tahu tentang hal ini dan sepatutnya memberikan pandangan ikhlas kepada Najib bahawa kekerapan menampilan Rosmah dipublic function telah mendatangkan kesan negatif dari segi politik.

    ReplyDelete
  139. Dato',

    Sekadar ramalan, dari petunjuk yang disampaikan oleh kawan-kawan di selatan tanahair. PRK Tenang akan terus disandang oleh BN. PRK Merlimau juga akan terus dipertahankan oleh BN.
    Tiada isu nasional akan mempengaruhi sentimen pengundi.Isu DSRM tidak akan pengaruhi pengundi setempat.
    Majoriti BN mungkin sekadar 3000 hingga 4000 undi.
    BN akan terus menaburkan " mee segera" untuk pengundi Tenang dan Merlimau.
    Untuk PRU 13, keputusan mungkin berbeza kerana tiada "jeneral" BN yang melawat kawasan lain kerana sibuk menjaga kawasan sendiri.
    BN akan membuat "pengeboman bersiri" tetapi terancang seperti PRK Galas. Mencari dan memusnahkan musuh dari rumah kerumah antara pendekatan yang akan di ambil oleh BN.

    Kita tunggu aje lah.

    Wallahualam.

    Iskandar PT

    ReplyDelete
  140. Assalamualaikum Dato,,

    1. Pada mulanya saya hanya mengikuti perkembangan lawatan DS Rosmah dan rombongannya ke Oman dan Bangladesh saja tanpa berhasrat nak buat apa2 komen walaupun hati sakit. Kalau komen pun lagi sakit hati kerana tidak meninggalkan kudis kepada yang disasarkan. Telinga mereka dah padat dengan teguran hingga tak nak dengar lagi teguran membina.

    2. Tapi apabila DSU Dr. Rais mengeluarkan kenyataan mempertahankan kerja2 bazir wang rakyat itu maka saya terpanggil nak beri komen saya.

    3. DSU Dr Rais ini sebenarnya bukan sahaja mempertahankan tindakan DS Rosmah tapi yang lebih utama mempertahan isterinya yang bertindak macam 2nd. First Lady(PS Norainee tidak ikut sama) atau PA First Lady.

    4. Seperti biasa beliau merujuk kepada undang2 dan peraturan2 buatan manusia untuk menjustifikasikan tindakan mereka. Memang betul peraturan membenarkankan. Jika difikirkan, ada juga undang2 yang membolehkan kita membunuh manusia lain. Tapi ia hanya boleh berbuat demikian dalam keadaan yang tertentu sahaja. Bukannya sesuka hati. Begitu juga dalam lawatan ini. Walaupun peraturan membenarkan, ia tidak semestinya boleh dibuat sesedap hati sahaja.

    5. Rakyat tidak begitu marah jika isteri PM atau isteri2 Menteri membuat kunjungan sampingan semasa mengiringi lawatan PM atau TPM atau Menteri ke luar negara. Bukannya lawatan sendirian oleh isteri PM dan diikuti pula oleh rombongan isteri2 Menteri(BAKTI). Dimana kewajarannya. Macam apa double standard. Saya difahamkan hahawa Pegawai2 Kerajaan tidak lagi dibenarkan/digalakkan mengada lawatan rasmi ke luar negara kerana kekurangan peruntukan. Nak jimat kononnya. Tapi rombongan DS Rosmah membawa satu batalion isteri2 Menteri wangnya datang dari mana?

    5. Tak tahulah jika DS Rosmah dan isteri2 Menteri ini masih lagi tidak kisah dengan teguran ini. Apa lagi caranya hendak ajar mereka ini selain semasa PRU13 ini.

    ReplyDelete
  141. Get as many comments as possible Dato'. After this put the issue to rest and lets move forward and see whether there will be positive change of attitude by Rosmah. If she prefers to remain status quo and continue to act with the same lifestyle then leave it to the people to make their own judgment.The message is very loud and clear for Rosmah to reflect about her standing with regard to public perception on her "behaviour" !!!!

    ReplyDelete
  142. salam, Dato' ..
    rujuk-rujuklah Al-quran..
    Takkan sudah tiada kaum lelaki yg cerdik pandai lagi di Malaysia sehingga hendak melantik kaum ibu menjadi Perdana Menteri?

    7-3. Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya).

    4-34. Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri[289] ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)[290]. Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya[291], maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya[292]. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

    ReplyDelete
  143. Salam Dato.
    DSRM cerdik? Petah berkata-kata? Berkelulusan lebih tinggi dari DSN? Tapi itu bukanlah kriteria untuk menjadikan beliau BIJAK.
    Senario yang berlaku sekarang jelas menggambarkan "ketidakbijaksanaan" beliau.
    PRU13? Tak mustahil majoriti pengundi juga akan mengunakan "ketidakbijaksanaan" masing-masing dalam membuat pilihan

    ReplyDelete
  144. Saya nak tanya kepada menteri Rais Yatim yang ada Ijazah dan Phd undang2 tiga soalan berikut:

    1. Mengapa lambat dan tidak memberikan publisiti yang meluas mengenai Peraturan Etika Anggota Pentadbiran 1988/1999 yang diputuskan oleh Kabinet.Mengikut Perkara 1180A di bawah peraturan itu, seseorang isteri anggota pentabiran dibenarkan untuk mewakili seseorang suami atau membuat lawatan ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan sesuatu aspek atau perkara asalkan tidak bercanggah dengan kerja rasmi dan urusan kementerian atau menteri berkenaan tersebut, berbanding dengan publisiti media perdana UMNO/BN yang melapurkan DSN memberi peruntukan khas RM 10 juta kepada penganut Hindu untuk membina rail car naik ke Batu Caves?

    2. Tidakkah perbuatan lambat dan tidak memberikan publisiti sedemikian merangsang dan mengalakan fitah di kalangan rakyat?

    3. Tidak perbuatan lambat dan tidak memberikan publisiti tersebut bercanggah dengan prinsip undang2 comman law Inggeris dan Islam dari segi free from uncertainty dan based on mutual consent antara PM dengan rakyat sebagai pengundi dan pembayar cukai?

    ReplyDelete
  145. Salam pakbelalang

    Antara RAIS dengan ROSMAH dan DSN:

    Masing2 mengelak mengaru belakang masing2

    ReplyDelete
  146. Anonymous3:56 PM

    Najib patut betulkan benda yang tak betul. Takut kat bini sangat ke? Kalau takut yang tenggelam bukan Rosmah sahaja tapi Najib pun ikut sama. Pilihlah yang mana satu yang baik. Antara tenggelam dan timbul tentunya satu akan berlaku dalam politik. Cuma masanya akan menentukannya.

    -jawa tenang-

    ReplyDelete
  147. Dato.

    Samasa di Dubai,Rosmah tonggal di Hotel penthous.Mengikut sahabat saya belanja sewa penthouse di hotel itu hampir 100 ribu satu hari.Saya tidak tahu sama ada Rosmah membayarnya atau kerajaan Malaysia membayarnya.

    ReplyDelete
  148. Ikhlas5:04 PM

    Dato',

    Kerana gagal menyelami kehendak rakyat dan perasaan pengundi Pak lah tenggelam dengan "budak-budak tingkat 4". Pak Lah juga tak mendengar nasihat Tun Daim bahawa 5 negeri akan jatuh ketangan PR pada PRU 12 lalu, beliau tetap mengadakan PRU 12 lebih awal dari sepatutnya kerana terbuai ampuan para pembodek disekeliling beliau.
    DS Najib juga akan tersungkur jika memekakkan telinga daripada mendengar rintihan rakyat jelata dan pengundi, DSU RY hanyalah antara "penasihat" yang akan membawa rebah pada kepimpinan DS Najib, menyokong membabi buta tanpa menghirau sentimen rakyat dan pengundi hanya kan membawa bencana kepada mereka.
    Menteri-menteri kabinet DS Najib terdiri daripada manusia pengampu dan pembodek dan tak seorang pun mempunyai kekompetenan untuk menerajui kementerian yang mereka diamanahkan.Mereka hanya ingin menjaga perut masing-masing supaya tidak lapar dan biarkan rakyat membayar hasil kerja mereka yang HAMPAS.
    Gagal mengambilkira kepayahan pengundi untuk meneruskan hidup hanya akan mengundang bala bencana.
    Ingatlah, bila PRU 13 diistiharkan ia umpama kiamat buat BN, tiupan sangsakala akan menghambat dosa-dosa kelmarin yang telah mereka lakukan.

    Ikhlas.

    ReplyDelete
  149. Salam DKJ,
    Rakyat ingin melihat terjemahah di dalam keluarga dahulu.

    Visit my blog www.mummyrokiah.blogspot.com

    Thank you.

    MR

    ReplyDelete
  150. AsSalam Datuk AKJ,

    Pemerhatian saya la kan datuk dari zaman saya di kolej until dah bekerja dgn kerajaan now, UMNO and especially menteri-menteri UMNO ni kalau "kita aka rakyat" TEGUR sikit TERUS tuding kata kita ni pembangkang..

    Kenapa yer???

    Saya ni seorg muslim sbg rakyat marhaen yang prihatin ttg "perubahan" dari segi ekonomi-politik dan sbganyai di mana ia makin menyusahkan kehidupan harian kami ni..

    Kenapa pula saya(kami) dilabel sebagai "Pembangkang"..

    Betul ker sangat cara pak menteri-pak menteri ni bekerja dan berkhidmat dan membuat keputusan dalam kerajaan tu??

    Setiap perbelanjaan yang digunakan oleh kerajaan itu kan duit kami(rakyat)..

    Adakah tidakkah kami berhak mengetahui cara penggunaannya?

    Setiap kali ditegur sure kena TUDUH pembangkang.. Aneh sungguh ya pendapat yang keluar dari tulisan/mulut seorg menteri atau dari seorg yg terpelajar..

    (I) ni pembangkang ker?
    What say u?

    ReplyDelete
  151. Anonymous2:54 AM

    Pertama kali dalam sejarah Malaysia isteri Perdana Menteri telah dikritik dan dikecam dengan begitu hebat sekali. Tidak pernah berlaku isteri-isteri Perdana Menteri yang terdahulu dikecam sehebat ini.

    Mengapa sekarang ianya berlaku? Jawapannya tentu sekali ada pada Najib. Takkanlah Najib senyap sepi tidak mahu membuat sebarang kenyataan berkaitan dengan kritikan terhadap "gelagat" isterinya yang dipandang sebagai keterlaluan dalam penampilan dirinya sebagai isteri Perdana Menteri.

    Mungkin Najib anggap kritikan yang dilemparkan terhadap isterinya itu adalah perkara "trivial" atau remeh-temeh. Jika itulah anggapan Najib maka saya rasa nasib Najib mungkin jadi macam Pak Lah lambat laun kerana isterinya akan terus "naik tocang",beranggapan bahawa suaminya menyokongnya dari belakang.

    Kita tunggu dan lihat apa akan terjadi kepada nasib Najib !!!

    Mat Sekodeng

    ReplyDelete
  152. Anonymous4:58 AM

    Bagi yang belum tahu, kini sudah gempar di internet.

    Sila google "FLOM DIVISION".

    Atau semak di website jabatan perdana menteri.

    Nak percaya atau tidak, terpulang pada diri sendiri.

    Fed Up

    ReplyDelete
  153. Salam DAKJ

    Kesimpulan, ringkasan dan penutup

    1. Pertamanya, kita kenalah akui, bukannya calang-calang orang yg dijemput oleh negara lain sebagai tetamu negara. Kenapa negara lain boleh iktiraf tetapi kita mengutuk pulak? Cuba tanya diri kita sendiri, dah berapa kali dah kita dijemput sebagai tetamu kehormat negara lain secara rasmi dan disambut secara rasmi? Jadi, apa salahnya kita menghormati orang lain dan juga pemimpin negara lain serta rakyatnya juga, takut tersinggung mereka nanti.

    2. Keduanya, kurangkanlah sikit sifat hasat dengki antara orang Islam. Takut jadi macam Somalia yg >99% Islam tapi lebih dikenali sebagai lanun antarabangsa. Tak baik tu dan malu Islam jadinya.

    3.Tauke yg saya maksudkan adalah pemilik/ tauke blog ni. Saya tahu Dato’ faham tapi ada pembahas yg tak berapa nak faham. Takpalah, Nak buat macam mana.

    4.PRU 13 nanti semua parti nak menang. Insyaallah, rakyat Malaysia akan mengundi dengan bijak untuk masa depan bukan saja pengundi tetapi untuk anak bangsa dan generasi seterusnya.Saya tahu ramai yg tidak sesekali akan cuba, test dan try lagi. Sekali pun dah serik rasanya.

    5.Trend sekarang adalah bela ayam serama. Ayam jantan ke, ayam sabung ke, bapak ayam ke, ibu ayam ke, dah outdated and old fashioned. Mat salleh kata dah ‘obsolete’ dah pun. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  154. Aidil7:03 AM

    Kelakarlah tengok pembahas yang dok mengumpat Rosmah. Mengalah housewife yang mengumpat jiran tepi pagar.

    ReplyDelete
  155. Ikhlas9:24 AM

    Dato',

    SPR kena ketatkan syarat jadi calon pilihanraya supaya ADUN atau MP meninggal dunia disebabkan penyakit dan menyebabkan kekosongan kerusi dapat dikurangkan.
    Syarat termasuk pengesahan dari doktor pakar yang diawasi oleh SPR.
    Kematian ADUN/MP sewaktu masih berkhidmat menyebabkan duit pembayar cukai dibazirkan. ADUN/MP yang meletak jawatan sewaktu dalam penggal perlu didenda dengan nilai yang tinggi seperti penalti RM 1 juta dan tidak boleh lagi bertanding dalam mana-mana pilihanraya seumur hidup untuk mengelakkan ADUN/MP sengaja meletakkan jawatan.
    Kos untuk pilihanraya amat tinggi dan ia merupakan pembaziran duit pembayar cukai.

    Sekian.

    Ikhlas

    ReplyDelete
  156. Hj.Munawar10:05 AM

    Dato.

    Saya membaca blog Dato dan berasa hairan kenapa ramai orang marah dengan Rosmah.Ini termasok Dato sendiri.
    Kebanyakan coment ini berunsor fitnah dan Dato sabagai saorang Islam tentu tahu apa dosanya.Dato juga bersubahan kerana membenarkan Blog Dato menyebarkan fitnah yang dashat ka atas Rosmah.Habis pahala kita pergi kapada Rosmah.Ini hadith sahih.

    Rosmah sabenarnya saorang yang baik.Dia banyak membuat kebajikan yang kita tidak tahu.Kenapa kita harus cemburu dan marah dengannya.Ini masanya yang dia jadi isteri PM>.Ini sudah di tulis dalam Qada dan Qadar.Apa yang akan terjadi kapada nya ini sudah takdir Allah.

    Saya berharap pesanan saya ini dapat di menaafatikan oleh kita orang Islam.

    Dalam cerita Nabi2 kita dapat melihat bagaimana orang perempuan bisa menjadi bagitu berpengaroh.Puteri Balkis di zaman nabi Sulaiman.Isteri Firun juga berkuasa kaatas Firun.Zaman nabi Yusuf juga kita dapati isteri Raja juga berkuasa.Zaman nabi Muhamad saw juga kita dapati isteri Abu Lahab amat berkuasa.Jadi jangan lah terkejut dengan apa yang di takdirkan kaatas Rosmah.

    ReplyDelete
  157. SALAM KASIH DAN SAYANG
    DAKJ
    Izinkan,

    SHAZ said..
    Rosmah reminded me of Hillary Clinton and perhaps Hillary is what she really hoping and wants to be. Now or later.
    But does Najib be willing enough equal himself to Clinton.
    Sdr SHAZ,
    No, Clinton CAN'T...Oi

    Clinton was impeached and lost his Post..

    ALFATIHAH, AMIN.

    ReplyDelete
  158. Anonymous12:16 PM

    Datuk YM, mohon jangan tutup dulu debat isu ini karena masih ada hal yang belum terungakai.

    Daripada 3 kenyataan rasmi yakni daripada DSN, DSRM dan Dr Rais Yatim, kenyataan DSM kepada Parlimen boleh dikira umum. Keyataan saya tidak terganggu DSRM arrogant dan menyindir. Kenyataan Dr Rais lengkap dan terperinci.

    Daripada tiga kenyataan ini, kita bisa menganalisis kepintaran dan kelicikan ketiga mereka berhujah. Jelas Rais dengan latar belakang budaya dan undang-undangnya bisa berhujah dengan lebih rasional, faktual dan berkira-kira.

    Saya hairan bagaimana PM tidak menjawab lebih awal dalam Parlimen dengan memberi butir-butir rasmi dan sah seperti yang dilakukan oleh Dr Rais. Soalnya siapakah para penasihat dan penjaga PM yang leka atau jahil hingga jawaban PM inferior kepada jawaban Dr Rais walhal kedua-dua menteri sewaktu peraturan itu dibuat.

    Profesor Pencen
    Bangi

    ReplyDelete
  159. Pembahas DinSup, maaf tidak dapat siarkan komen Sdr. Sesetengah hujah Sdr terkeluar dari tajuk perbincangan. Hal-hal peribadi seperti asal usul perkahwinan seseorang tak elok dibincangkan kerana itu tidak kena mengena dengan kita. Namun saya ambil maklum pandangan Sdr. Mohon maaf.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  160. Hanezam12:48 PM

    Datuk,

    "Mengikut Perkara 1180A di bawah peraturan itu, seseorang isteri anggota pentabiran dibenarkan untuk mewakili seseorang suami atau membuat lawatan ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan sesuatu aspek atau perkara asalkan tidak bercanggah dengan kerja rasmi dan urusan kementerian atau menteri berkenaan."

    Datuk,
    Namanya pun PERATURAN. Fungsi dan impactnya bukan seperti provisi-provisi satu Akta atau Artikel Perlembagaan.

    Semestinya ia hanya terkena kepada anggota pentadbiran, satu peraturan dalaman bertujuan untuk menyelaraskan etika anggota pentadbiran. Tak gitu ke ?

    Bila pula satu Peraturan boleh menjadi "enabling legal provision" ? Aduhh... kalau macam tu banyak lagi kuasa-kuasa tersembunyi isteri-isteri menteri-menteri ni kita tak tau, tetiber je dia org invoke untuk empower isteri-isteri depa. Terkedu kita rakyat jelata !

    Peraturan itu pun ada "A" kat belakang nombornya. Bila dia org masukkan peraturan baru ni ? Dah google tak dapatlah pulak.

    Saya hujahkan bahawa satu lawatan rasmi oleh seorang individu yang tak ada ofis dalam pentadbiran (rasmi tapi tak dak ofis ... hmmm... a contradiction of terms he he he..), dengan skala peruntukan kerajaan yang besar macam ni perlukan "enabling provision' yang jelas. Jangan main 'invoke-invoke' je Peraturan-peraturan yang bersifat 'internal'. Jangan menterkedukan kami sebegini rupa.


    "Rais berkata demikian bagi membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan lawatan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang diketuai oleh isteri Perdana Menteri ke tiga buah negara itu"

    Datuk,
    Soalan lagi. Banyaknya soalan eden..

    Kat dalam peraturan 1180A di atas,
    "seseorang isteri anggota pentadbiran dibenarkan untuk mewakili seseorang suami atau membuat lawatan ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan sesuatu aspek atau perkara asalkan tidak bercanggah dengan kerja rasmi dan urusan kementerian atau menteri berkenaan"

    Soalan saya, bila masa pulak aktiviti Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti)menjadi urusan rasmi PM ??(sedangkan Perkara 11980A tu jelas kata urusan asalnya mestilah urusan rasmi PM). Ha ha ha ! Agaknya PM dah jadi Ketua Isteri-Isteri Menteri.. he he he ..

    Datuk,
    saya setuju dengan Encik Fed Up yang tugas isteri PM mengiringi suami dalam lawatan-lawatan dan majlis-majlis rasmi adalah konvensyen dan protokol semata-mata dan tidak disebut sebagai "tugas rasmi.

    ReplyDelete
  161. tokman12:51 PM

    Isteri PM bolih aktif dalam pentadbiran negara tapi dengan syarat beliau masuk politik.....bertanding atau dilantik sebagai Senator untuk menjadi Menteri Tugas2 Khas! Kita dah ada ramai Menteri2 dan perkara2 yang Rosmah sedang sibuk itu termasuk dalam tugas2 salah seorang Menteri yang berkenaan kerana cara beliau bertindak tidak bijak dan menggugat urusan Menteri2 lain. Elok masuk politik macam Datin Seri Wan Azizah mungkin bolih jadi PM akan datang macam diIndia, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Filipina dll.....

    ReplyDelete
  162. Sdr OKJ, antara alian berkata, "PRU 13 nanti semua parti nak menang. Insyaallah, rakyat Malaysia akan mengundi dengan bijak untuk masa depan bukan saja pengundi tetapi untuk anak bangsa dan generasi seterusnya.Saya tahu ramai yg tidak sesekali akan cuba, test dan try lagi. Sekali pun dah serik rasanya."

    Setuju atau tidak, andaian politik di sebalik kata-kata sdr di atas yang menyebabkan kepimpinan DSN tak sanggup ditegur oleh orang Melayu sendiri dan ROSMAH terus dengan perangainya itu.

    ReplyDelete
  163. Sdr Ikhlas

    "SPR kena ketatkan syarat jadi calon pilihanraya supaya ADUN atau MP meninggal dunia disebabkan penyakit dan menyebabkan kekosongan kerusi dapat dikurangkan.
    Syarat termasuk pengesahan dari doktor pakar yang diawasi oleh SPR.
    Kematian ADUN/MP sewaktu masih berkhidmat menyebabkan duit pembayar cukai dibazirkan. "

    Komen:
    Jika sdr terima Malaysia sebuah negara Islam dan boleh setuju perlantikan wakil rakyat semasa PRK dan PRU berdasarkan penggunan hukum/kontrak jual beli Islam yang dinamakan Wakalah atau Wakil -mewakil syarat -syarat yang Islam tetapkan bagi orang yang disahkan sebagai memenuhi rukun bagi orang penerima wakil atau wakil iaitu calon wakil rakyat ialah orang yang boleh dipertanggungjawabkan iaitu sempurna akal, cukup umur dan pintar.

    ReplyDelete
  164. Bukit Larut6:09 PM

    Datuk Kadir,

    Saya tidak ada masalah kalau DSRM bertanding pilihanraya, jadi MP atau jadi Perdana Menteri sekalipun asalkan dia dipilih oleh rakyat.

    Dalam pilihanraya 2008 Kalau PKR menang majoriti dan berjaya menubuhkan kerajaan tentu DS Wan Azizah jadi PM kerana dia Presiden parti. Adakah orang-orang Melayu/islam yang menentang wanita sebagai PM atau presiden (sebagaimana dalam blog ini)akan buat tunjuk perasaan besar-besaran. Atau mungkin juga tidak kerana ianya merupakan pemberitan dari Tuhan.

    ReplyDelete
  165. Salam Dakj

    Apa masalahnya PM, DSN melantik isterinya menjadi senetor dan menteri sekali gus?

    Saje nak tahu

    ReplyDelete
  166. Ada dua komen yang cukup bagus. Salah satu menjawab Hj Munawar. Tetapi kedua-duanya tidak ada nama (benar atau samaran) hanya guna anonymous. Maaf saya tidak boleh menyiarkannya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  167. Anonymous8:43 PM

    Tok Kadiaq, salam. Bukan nak perli tapi tu la kami orang Bukit Raya pangge Datuk. Tok Kadiaq. Kami tau la Tok penyokong ketegar Umno dari ayah Datuk lagi. Ayah saya kata dia lawan Datuk pasang poster masa tahun 1960an. Datuk pasang poster Perikatan, ayah saya pasang poster Pas. Kita suku sakat.

    Tapi tak payahlah Tok perli Pas. Betui la macam kata Datuk, Pas pun sedang hebat mempromosikan penyertaan wanita dalam hierarkinya manakala PKR sudah pun dipimpin oleh wanita.

    Tapi yang Datuk tulis bukan pasai parti-parti politik promosi wanita, tapi pasai Rosmah promosi diri dia sampai nampak macam dia yang jadi PM.

    Dalam Pas ada wanita. Betoi. Tapi mereka bukan bini pemimpin Pas. Bini pemimpin Pas kita tak kenai pun.

    Jadi janganlah Tok nak kaitkan Pas dengan Umno kerana dalam Umno banyak bini pemimpin Umno yang sama naik dengan laki. Itu dalam Umno. Dalam Pas tak dak. Dalam Pas, wanita masuk politik melalui pilihanraya macam di Tenang la ni. Ente ada faham ka?

    Lotfi R.
    Kampung Rambai,
    Bukit Raya.

    ReplyDelete
  168. Anonymous11:33 PM

    Hj Munawar,

    Tidak ada unsur menfitnah peribadi Rosmah. Kebanyakkan komen-komen hanya menyentuh tentang ketrampilan dan perwatakan Rosmah sebagai isteri Perdana Menteri yang tidak disenangi oleh kebanyakan komentar.Rakyat berhak menegur Rosmah kerana ianya melibatkan kredibiliti kerajaan yang diterajui oleh suaminya. Selagi Rosmah melibatkan diri dengan orang ramai sebagai "mewakili" suaminya maka tidak keterlaluan bagi rakyat membuat teguran.

    -wakil tenang-

    ReplyDelete
  169. Mon-O-Success,

    Please resend and please use your real name or your pen at the end of your comment. If your put your name in the middle of your comment, readers may not realise that it's from you. Please.

    Thank you.

    ReplyDelete
  170. Anonymous7:49 AM

    Semakan di laman web Jabatan Perdana Menteri mendapati kini telah ditubuhkan satu bahagian baru yg tidak pernah ada sebelum ini iaitu Bahagian Wanita Pertama Negara yg disamarkan sebagai FLOM Division (First Lady of Malaysia Division).

    Boleh rujuk pautan ini:

    http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1947

    Bahagian FLOM ini dibarisi oleh:

    1. Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod - Pegawai Khas

    2. Saleha binti Mohd Rabani - Pembantu Peribadi

    3. G. Vimala - Penolong Pegawai dgn Tugas Khas

    4. Siti Zaiton binti Abdul Ghani - Pembantu Peribadi

    5. Rizal bin Mansor - Penolong Pegawai dgn Tugas Khas

    6. Nurul Rosemiemmy binti Khasimi@Mohamed - Penolong Pegawai dgn Tugas Khas

    Adakah penubuhan Bahagian baru ini khas utk menguruskan urusan Rosmah Mansor, yg sebelum ini tidak pernah wujud?

    minah ronggeng

    ReplyDelete
  171. Anonymous9:13 AM

    Hj Munawar,

    Tuan Haji dah semak ke berkenaan F.L.O.M. Division di JPM?

    Sila ke http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1947

    atau ke lamanweb Jabatan Perdana Menteri; bawa tetikus ke PM's Ofiice kemudian ke About Us kemudian ke Directory dan klik. F.L.O.M. Division disenaraikan selepas Secretariat Division.

    Boleh ke Tuan Haji atau Shaz atau yang sewaktu dengannya tolong habak mai F.L.O.M. tu apa maksudnya? Ini divisyen baru ni.

    Saya tanya tuan haji sebab tuan haji kenal DSRM secara peribadi (tahu beliau banyak kebajikan yang kami orang biasa tak tahu). Maknanya kenal keluarga PM atau setidak-tidaknya mereka dari JPM.

    p/s Tak sesuai bagi seorang yang berseru kepada qada dan qadar dan pada masa yang sama guna contoh isteri firaun dan isteri abu lahab sebagai kayu pengukur. Kan lebih manis jika guna contoh para isteri atau anak Rasulullah sebagai kayu pengukur.

    p/s Pasal apa takde yang nak komen pasal F.L.O.M. Division ni ye. Saya nak sangat dapatkan pengesahan samada betul ke tipu.

    Fed Up

    ReplyDelete
  172. Tuan Haji Munawar

    Anak dara dulu kalau keluar rumah dengan bakal tunagnya ditemani adeknya ke sana sini. Mengapa??????????

    ReplyDelete
  173. Anonymous3:46 PM

    Datuk AKJ, Salaam.

    Exhaustive discussion on this matter showed that many people still cared about DS Najib and the BN government although the majority had taken this opportunity to lambast the PM and his wife. DS Najib must listen to these contructive criticisms and not to consider everyone who disagreed with the behaviour of his wife as enemy.

    Yes, there are many enemies of DS Najib and the BN posting their vile comments. But there are also those who are genuine supporters of the BN and of himself who are desperate and defenceless when faced with negative remarks about his wife because many of these remarks are correct.

    He must also be careful and concerned that the negative attitude and feelings towards his wife are causing unhappiness and division among officers in his own office and there is danger that personal information about the PM and his household are being leaked out.

    I appeal to the PM to rein in his wife and reduce her official duties to following him and grace his functions like wives of past PMs. If he fails to rein in his wife, he only has himself to blame when the fallout happens between him and the people. He must draw the lesson from Tun Abdullah and from the ouster of Tunisian President Ben Ali who is hated because of his wife and her family.

    The Razak Generation

    ReplyDelete
  174. 1. Pembahas Azienmat dan Mom-o-Success, tolong camkan komen "anonymous" mana milik anda berdua. Mungkin masih ada dalam memory blog saya. Terima kasih.

    2. Mengenai kakitangan FLOM, satu sumber JPM memaklumkan kepada saya bahawa dua pegawai terakhir adalam senarai itu adalah kakitangan "common pool".

    3. Dia juga memaklumkan kepada saya pada zaman Dr Mahathir, hanya seorang saja pegawai PM ditugaskan menjaga keperluan Tun Dr Siti Hasmah.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  175. Anonymous5:21 PM

    OK lah lets compromise. Since Rosmah has the brain being a former TKC student and having degree in economics and a Masters degree, I suggest Rosmah just focus on activity related to anak pintar Permata and make it work.

    Jangan buat kerja lain yang melalut dan kacau Kementerian-kementerian lain seperti Sukan, Pelancongan, Foreign Affairs dan Pelajaran.

    Tak payahlah nak exposekan diri hari-hari masuk dalam TV. Orang ramai dah meluat.

    -Mat Bodek-

    ReplyDelete
  176. Anonymous5:32 PM

    Terima kasih DAKJ sebab beri jawapan walaupun bukan yang saya cari. Sebenarnya yang saya nak tahu adalah, FLOM itu singkatan untuk apa. Maklumlah, divisyen lain punya nama yang menjelaskan fungsi.

    Malang FLOM tidak membawa apa-apa makna baik dalam istilah Bahasa Melayu mahupun English.

    Lantas kini ada spekulasi di internet.

    Minat saya nak tahu kerana JPM punya bajet yang paling besar dengan kakitangan 40,000++ (kalau tak silap, Nazri Aziz yang cakap).

    p/s Tun Siti Hasmah dulu hanya perlu seorang pegawai, agak saya pembantu peribadi; pembantu dalam urusan peribadi selain penasihat protokol. Ini tidak mengejutkan. Biasa la kalau begitu.

    Fed Up

    ReplyDelete
  177. Ikhlas8:27 PM

    Salam Dato',

    Hj Munawar membandingkan DS Rosmah dengan Puteri Balkis, Isteri Firaun, Isteri Abu Lahab dan Isteri Raja sewaktu zaman Nabi Yusoff AS. Perbandingan yang dibuat kesemuanya adalah nyata berlawanan dengan kehendak Islam. Perbandingan isteri seorang Islam dan isteri orang-orang (yang disebutkan)bukan Islam.

    Kepada Hj Munawar, carilah perbandingan dengan isteri-isteri orang Islam seperti Isteri Rasullullah SAW atau isteri-isteri para sahabat Rasullulah SAW.

    Ternyata jika perbandingan dibuat , ia umpama langit dan bumi, umpama syurga dan neraka .

    Wallahualam.

    Ikhlas.

    ReplyDelete
  178. Anonymous8:31 PM

    Dear Dato'
    There are some who are upset over concerted effort ,as it seems, to criticize DSRM.
    I think the rakyat have every right to do so.

    My reason being ,as someone who has been allocated almost RM220 million at her disposal ,which taxpayer paid for,every rakyat has the right to know how ,why,whom and whatever detaills they need to know.

    AbuHensem

    ReplyDelete
  179. Anonymous8:47 PM

    saya komen berkaitan pepatah kokok berderai2 ekor bergelumang najis..
    azienmat

    ReplyDelete
  180. Anonymous10:47 PM

    None of the two you posted below is mine, Dato'. It's okay, takde rezeki. I put my pseudonym mid-way through both the comments, because the second part for both was not meant to be for public viewing.

    Whatever it is, although I am ever grateful to the BN government for its years of serving the nation well, in spite of what their detractors have to say about the way the country is run, I must say that I for one, do not think that Rosmah is doing Najib a favour with all her travelling and her domineering way. I think she needs Najib around more than he does her. Najib has proven his worth to lead the nation, and he is doing fine, especially when she is not within sight.

    Sepatutnya Rosmah perlu banyak bersyukur kerana telah dinaikkan darjat oleh Allah hingga menjadi isteri seorang pemimpin negara, yang bukan dari kumpulan negara miskin. Tapi apa yang saya lihat, dia semakin lupa bahawa dialah menjadi penyebab Najib hampir kecundang di Pekan satu masa dulu. Saya tidak fikir orang Pekan mudah lupa. Mereka mungkin sayangkan Najib, tapi tidak Rosmah...Mesti ada sebab kenapa orang Pekan tak sukakan Rosmah. Saya lihat Rosmah seperti lebih kuah dari sudu, berusaha menyaingi kehebatan perdana menteri.What is she trying to prove? That she is better than Najib at running the country?


    Why is she doing things which should be done by cabinet ministers and politicians, who are paid to do their jobs. And in so doing, spending public funds which would be better spent on the rakyat.

    My two-cent's worth of thought: please don't waste my money as a tax payer, by going globe-trotting. She obviously has issues with herself...which is mostly vanity-linked... What's the big deal about calling herself First Lady, or calling for a First Ladies Conference, spending public funds for things of little significance to the wellbeing of the people, wanting to be treated like a primadona. For heaven's sake, dia hanya seorang hamba Allah yang kerdil. Saya yakin Rosmah mampu memainkan peranan menaikkan imej Najib sentiasa, tetapi dia memilih untuk menonjolkan imej dia sendiri sentiasa. And, if that's the case, than we don't want her as the wife of our Prime Minister. We don't need a queen control as the prime minister's wife. What we need is a woman who is smart enough to make her husband look smarter, and who is intelligent enough to know that what's good for her may not necessarily be good for the rest.

    By the way, what is a Vice Chancellor doing in her entourage...? Is there not enough work at the university? Is Rosmah trying to revitalise "cronyism" by pooling her fellow alumni to serve her needs?

    People may not be saying much in public, but the fact that blogosphere is rife with criticisms of her spells disaster not only for Najib but also for the government he leads. I have heard a lot of good things said about her, but I am not convinced. Her body language shows otherwise.

    Saya bukan jenis orang yang dengki atau busuk hati, tapi saya tidak seronok melihat isteri kepada Perdana Menteri menggunakan kedudukannya untuk memenuhi nafsu dan keinginan sendiri tanpa mengambil kira buruk baik tindakan dan tingkah lakunya terhadap rakyat dan negara.

    Mom-o-Success

    ReplyDelete
  181. Ikhlas6:49 AM

    Salam Dato',

    Saya ingin bertanya kepada saudara Saji, adakah Malaysia negara Islam?
    Sekiranya jawabannya ialah Ya, bahagian mana yang dikatakan Malaysia Negara Islam? Perundangan?, Ekonomi?, Politik?
    Sekiranya jawabannya tidak, saya tidak perlu menjawab soalan saudara Saji mengenai perlantikan calon dalam PRU atau PRK.

    Sekian.

    Ikhlas

    ReplyDelete
  182. Anonymous7:10 AM

    Dear Datuk AKJ,

    Brilliant piece of writing. Using the British style of diplomacy but I detect strong undercurrents. Power corrupts and absolute power corrupts absolutely.
    She, DS Rosmah is too heady with the power that has been bestowed on her. She forgets that the masses are watching and they don't like what they see. Perhaps DS Rosmah should look at what is happening in Tunisia and go back into the history of The Philippines!
    The RM110 million for Permata projects would have been taken out from the budget of other Ministries.
    We on the ground are not amused to see the accesses of Permata Pintar when we are suffering from budget cuts. Talk to parents of dyslexic children and you will hear a different story! I gather nobody can say anything. I wish DS Rosmah the best of luck. PR13 will be the real test! Rais Yatim can go into retirement and offer his seat. If she stands for election at least the rakyat may enjoy Datuk Shahrukh :)

    Marie Curie

    ReplyDelete
  183. abdullahngah8:01 AM

    Jika benar Jabatan Perdana Menteri telah mewujudkan satu bahagian baru yg tidak pernah ada sebelum ini iaitu Bahagian Wanita Pertama Negara yg disamakan sebagai FLOM Division (First Lady of Malaysia Division).

    Oleh itu,Jelas dan nyatakan Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak iktiraf permaisuri Agung sebagai First Lady of Malaysia.

    Sekaligus tidak mengiktiraf wujudnya Yang Di Pertuan Agung sebagai ketua negara ini.

    Secara tidak langsung dia (Najib) telah meletakkan dirinya sebagai ketua negara negara ini bukan Tuan Agung sepertimana yang kita fahami.

    kenapa? Kalau di Amerika Syarikat First Lady of Amerika ialah isteri Obama presiden negara.

    Kalau di negara kita First Lady of Malaysia ialah Permaisuri Agung bukan Datin Seri Rosmah Mansur, kerana ketua negara adalah Yang Di Pertuan Agung.

    Jika benar demikian halnya maka jelas dan nyata imuniti raja raja di negara ini sudah tiada kuasa lagi.malahan institusi raja raja hanya alat saja tidak lebih daripada itu.

    Yang punya kuasa ialah perdana menteri bukan yang di pertuan Agung lagi.

    bagaimana pandangan para pembahas?

    ReplyDelete
  184. Salam Sdr Fed up

    "p/s Tak sesuai bagi seorang yang berseru kepada qada dan qadar dan pada masa yang sama guna contoh isteri firaun dan isteri abu lahab sebagai kayu pengukur. Kan lebih manis jika guna contoh para isteri atau anak Rasulullah sebagai kayu pengukur."

    Komen:

    1.Teknik Sinektiks ialah satu teknik untuk seorang juruanalisa mencari persamaan dalam merangka sesuatu masalah seperti masalah PM yang dilihat tak boleh kawal perangai isterinya yag tidak disenagi rakyat yang dibincangkan ini menggunakan 3 cara analogi/persamaan berikut.

    a) Ananlogi Peribadi-cuba meletakkan diri sendiri dalam keadaan orang yang menghadapi masalah itu (role playing)

    b) Analogi Langsung -mencari perkaitan yang seakan-akan sama antara dua atau lebih situasi yang bermasalah

    c) Analogi Fantasi -mencari analogi yang dikhayalkan

    Sdr Fed up,

    Haji Munawar tu cuba menggunakan

    cara b) di atas.

    Malangnya pencarian perkaitan

    daripada precedent yang beliau

    cuba lakukan bukan yang seakan-

    akan sama, berbanding dengan apa

    yang sdr cari tersebut.

    2.Saya harap Haji Munawar berhati2 membuat analogi selepas ini, melainkan beliau segaja mengsongsangkan analoginya itu

    ReplyDelete
  185. Jenazah: Penduduk berang dengan fitnah Pas

    LABIS 24 Jan. - Masyarakat di kawasan tanah rancangan Felda Tenang di sini benar-benar berang, geram dan kesal dengan perbuatan Pas memburukkan nama perkampungan itu dengan sanggup mempolitikkan kematian salah seorang pimpinan UMNO di kawasan tersebut.

    Bagi mereka, penipuan Pas yang kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak 'lupa menziarahi' jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air Felda Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din, 61, ketika lawatan kerja Perdana Menteri pada 18 Januari lalu merupakan fitnah besar yang mengguris perasaan keseluruhan peneroka di Felda itu.

    comment:

    Ini adalah kempen politik murahan yang memaparkan bukan sahaja sikap pemimpin parti Melayu baik UMNO atau pun PAS. Ianya menggambarkan bagaimana sikap dan akal orang Melayu yang masih lagi menonjolkan isu-isu yang tidak produktif.

    Kalau dibandingkan dengan parti Cina terutama sekali DAP mereka lebih matang lagi apabila berkempen. Mereka benar-benar melahirkan isu-isu semasa yang melibatkan kesejahteraan rakyat dan jarang sekali berkempen dengan isu-isu remeh temeh.

    Itulah perpezaan akal orang Melayu dengan orang Cina.

    Masa telah berlalu dan berubah dengan cepat tapi akal orang Melayu berpolitik masih lagi ketahap lama.

    ReplyDelete
  186. Anonymous1:00 PM

    Betul tu datuk. Saya rasa Rosmah patut bertanding PRU13 ini. If she win, then she deserves to be in the politics. But if she lose, its time for her to let go all her ambitions of controlling some aspects of the government.

    ReplyDelete
  187. Sdr AbdullahNgah dan para pembahas serta pembaca dimuliaka, berikut adalah maklumat mengenai FLOM yang dipetik dari Laman Web rasmi JPM:-

    F.L.O.M. DIVISION

    Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod


    Special Officer




    03-8888 9872


    03-8888 3424

    Saleha binti Mohd Rabani


    Personal Assistant




    03-8888 8037


    03-8888 3424

    G. Vimala


    Asst. Officer with Special Functions




    03-8888 1952


    03-8888 3424

    Siti Zaiton binti Abdul Ghani


    Personal Assistant




    03-8888 8047


    03-8888 3424

    Rizal bin Mansor


    Asst. Officer with Special Functions




    03-8888 8015


    03-8888 3424

    Nurul Rosemiemmy binti Khasimi@Mohamed


    Asst. Officer with Special Functions




    03-8888 1972


    03-8888 3963

    Terima kasih

    ReplyDelete
  188. Anonymous2:49 PM

    FLOM Division (if it means First Lady of Malaysia Division) if so established under the PM's department is unconstitutional, and also a usurpation of Her Majesty Raja Permaisury Agong's role and position under the Constitution.

    bravo abdullahngah !!

    g

    ReplyDelete
  189. Sufian Idrus3:52 PM

    Merujuk kepada komen AbdullahNgah; terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat diperjelaskan oleh Datuk dan rakan-rakan komentar bagi pemahaman bersama.

    a) Negara kita ialah sebuah "constitutional monarchy" atau diperintah oleh raja berperlembagaan. Kalau mengikut bahasa Inggeris, 'noun' bagi dua perkataan berkenaan adalah 'monarchy' manakala 'constitutional' adalah 'adjective' yang menerangkan sifat 'monarchy' tersebut. Jadi Malaysia adalah kerajaan 'monarchy' atau yang diperintah oleh raja. 'Constitutional' atau perlembagaan menerangkan bahawa raja yang memerintah Malaysia hendaklah menurut perlembagaan yang termaktub. Dari situ, saya berpendapat bahawa ketua kepada negara Malaysia adalah raja, bukanlah Perdana Menteri. Adakah ini benar?

    Maka, dalam ertikata mana pula yang menyatakan bahawa DS Najib adalah ketua kepada negara Malaysia?

    b) Jika raja adalah sebagai ketua kepada negara Malaysia, bagaimana DS Rosmah boleh menjadi Wanita Pertama?

    c) Peraturan umum (Standard Operating Policy & Procedure) dimana-mana pejabat terutama bank melarang pemberian atau kelulusan pemberian wang dan juga pinjaman oleh pegawai kepada ahli keluarga sendiri untuk mencegah kejadian "conflict of interest".

    Adakah tidak menjadi "conflict of interest" apabila Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri mencadangkan dan meluluskan bajet sehingga RM221 juta (atau RM0.221 billion) kepada isteri beliau sendiri?

    Dimana letak peranan Jabatan Audit Negara? Adakah terdapat 'double-standard' bagi Perdana Menteri?

    Perkara sebegini bukan bermaksud dengki-mendengki, tetapi wang RM221 juta berkenaan dan juga perbelanjaan lain-lain yang diluluskan untuk Wanita Pertama Malaysia datang dari poket rakyat Malaysia yang membayar cukai. Jadi sebagai rakyat Malaysia, kita perlu tahu ke mana wang yang kita bayar dibelanjakan.

    ReplyDelete
  190. makbudak5:21 PM

    Salam Dato' serta pembahas sekelian,

    saya pernah terbaca kiriman sms di satu akhbar perdana (kalau tak silap sayalah...) yg mempersoalkan kenapa kita suka mempersoalkan perbelanjaan oleh kerajaan sebagai seorang pembayar cukai, sebab katanya berapa sangatlah cukai yang kita bayar kepada kerajaan? sedangkan kebanyakan duit kerajaan ni dtg dari sumber lain.

    betul ke Dato'? boleh terima tak pendapat ni? geram pulak saya, mcm tax yg kita bayar tu berapa sen sgt lah nilainya berbanding dgn pendapatan negara.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  191. Pembahas Sufian Idrus, antara lain, menulis: "Dari situ, saya berpendapat bahawa ketua kepada negara Malaysia adalah raja, bukanlah Perdana Menteri. Adakah ini benar?"

    1. Mengikut konvensyen dan protokol antarabangsa, kalau sesebuah negara ada Raja dan Perdana Menteri atau Presiden dan Perdana Menteri, maka Raja atau Presiden adalah Ketua Negara (Head of State) manakala Perdana Menteri pula Ketua Kerajaan (Head of Government);

    2. Tetapi ada juga anomali. Misalnya Presiden Perancis. Dia Ketua Negara dan Ketua Kerajaan walaupun dia ada Perdana Menteri yang dia lantik.

    3. Di Amerika Syarikat pula, Presiden Obama adalah Ketua Negara, Ketua Kerajaan dan Ketua Turus Angkatan Tentera (Commander-in-Chief);

    4. Di negara kita, SPB Yang Dipertuan Agong adalah Ketua Negara dan Perdana Menteri adalah Ketua Kerajaan;

    5. Ada juga negara yang Perdana Menterinya Ketua Kerajaan dan Governor General adalah "Ketu Kerajaan" mewakili Queen Elizabet seperti Australia, Kanada dan New Zealand.

    5. Di mana Presiden adalah Ketua Negara dan Ketua Kerajaan macam Amerika dan Perancis, isteri mereka diberi galaran "First Lady" atau Wanita Pertama.

    6. Saya tidak pernah pula dengar orang panggil isteri Perdana Menteri British First Lady.

    Wallahualam.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  192. Rahim Rahmat, Ahli UMNO Cawangan Shah Alam6:50 PM

    Apa ni Dato'?

    Anak Tan Sri Khir Johari bekas Menteri Pendidikan dibawah tiga Perdana Menteri Malaysia telah menjadi...... ahli DAP!

    Siapa cakap DAP itu bukan untuk orang Melayu?

    Sah DAP ini terbuka kepada mana-mana bangsa dan agama.

    Yang tak boleh masuk UMNO, orang Cina dengan India yang Hindu dan Buddha.

    Dato', nak buat apa sekarang ni Dato'?

    Anak pembesar UMNO yang berpangkat Menteri pun dah masuk DAP.

    Kita di UMNO ni nak buat apa Dato'?

    Dato' ada tak cadangan strategi untuk lawan balik?

    Sekian.

    ReplyDelete
  193. Pembahas Makbudak, antara lain, menulis:

    "saya pernah terbaca kiriman sms di satu akhbar perdana (kalau tak silap sayalah...) yg mempersoalkan kenapa kita suka mempersoalkan perbelanjaan oleh kerajaan sebagai seorang pembayar cukai, sebab katanya berapa sangatlah cukai yang kita bayar kepada kerajaan? sedangkan kebanyakan duit kerajaan ni dtg dari sumber lain."

    1. Saya mengGoogle dan mendapat maklumat berikut: "The major proportion of government revenue comes from taxes, totaling 76 percent of revenue (in 1999)(46 percent from direct taxes and 30 percent from indirect taxes ).

    2. Direct taxes atau cukai langsung termasuklah cukai pendapatan, cukai korporat, cukai eksais. Indirect taxes atau cukai tak langsung termasuklah cukai jualan dan perkhidmatan. Ini belum masuk cukai jalan, cukai setem, cukai harta pusaka dan macam-macam lagi.

    3. Walaupun cukai pendapatan yang dibayar oleh majoriti individu kecil, tapi sebagai pengguna kita membayar berbagai macam cukai dan yuran kepada kerajaan setiap kali kita berbelanja atau menggunakan kemudahan awam.

    4. Tidak kira kecil atau besar cukai yang kita bayar, nilai dan kepentingannya tetap sama dalam konteks kebertanggungjawaban (accountability) Kerajaan. Satu sen pun duit juga.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  194. Sufian Idrus8:41 PM

    Terima kasih Datuk, kerana telah memperjelaskan siapa Ketua Negara dan siapa Ketua Kerajaan. Cuma yang masih menjadi tanda-tanya ialah siapa pula yang layak mengambil tempat sebagai Wanita Pertama walaupun pangkat tersebut tidak wujud secara formal di Malaysia (sehingga zaman Pak Lah). Samada isteri Ketua Negara atau isteri Ketua Kerajaan yang wajar diperakukan sebagai 'Wanita Pertama'?

    Sebagai perbandingan, apa pula hak-hak dan fungsi Wanita Pertama di negara-negara lain yang mempunyai pangkat Wanita Pertama secara formal?

    Berkenaan dengan pendapatan kerajaan; walaupun 30% dari pendapatan tersebut datang dari hasil bukan-cukai, ia datang dari hasil-bumi negara ini, pendapatan agensi-agensi kerajaan dan juga syarikat-syarikat berkaitan kerajaan. Siapa pula yang memberi wang kepada kerajaan agar agensi-agensi berkenaan dapat memulakan dan menjalankan aktiviti mereka jika bukan datang dari cukai yang dikutip kerajaan?

    Sebagai contoh Petronas ditubuhkan beberapa dekad yang lalu untuk mencarigali bumi Malaysia dan mengeluarkan minyak yang menjadi hasil negara. Siapa yang memberi modal kepada Petronas untuk memulakan perniagaan jika bukan kerajaan? Dari mana kerajaan mendapat wang untuk memberi modal kepada Petronas?

    Begitu juga dengan Sime Darby dan lain-lain syarikat berkaitan kerajaan.

    Semuanya bermula dari cukai yang rakyat berikan dan diniagakan supaya berkembang. Jika kerajaan adalah sebuah syarikat, rakyat yang membayar cukai adalah bagai pemegang saham. Setiap pemegang saham mempunyai hak untuk mengetahui kemana wang mereka dibelanjakan. Oleh kerana itulah setiap syarikat wajib membentangkan akaun tahunan mereka.

    Kesimpulannya adalah wang kerajaan datang dari rakyat Malaysia dan kerajaan dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan wang berkenaan dengan amanah demi kebaikan rakyat, agar rakyat sama-sama merasa apa yang mereka laburkan. Jadi tidak timbul isu dengki-mendengki jika rakyat ingin tahu kemana wang cukai mereka dibelanjakan, lebih-lebih lagi jika ia berjumlah ratusan juta.

    ReplyDelete
  195. Competente9:15 PM

    PUTRAJAYA, 25 Jan (Bernama) -- Datin Seri Rosmah Mansor pada Selasa menjelaskan bahawa lawatan beliau ke Oman baru-baru ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negara berkenaan.

    Isteri Perdana Menteri berkata kerajaan Oman turut menyediakan segala kemudahan kepada beliau dan beberapa anggota rombongan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) termasuk perbelanjaan minyak kapal terbang.

    "Rupa-rupanya pihak istana telah memberi semua kemudahan kepada kami termasuk pembayaran minyak kapal terbang. Dia tak caj pun. Semua ditanggung oleh pihak istana negara Oman.

    "Bermakna kalau orang sebelah sana (pengkritik) nak cakap macam-macam, berdosalah dia," katanya semasa merasmikan program PLKN Pemangkin Generasi 1Malaysia di sini hari ini, ketika mengulas komen negatif yang dilemparkan berhubung lawatannya ke seberang laut baru-baru ini.

    Rosmah berkata lawatan beliau ke Oman, hasil jemputan Menteri Pembangunan Sosial Oman Dr Sharifa Bint Khalfan Al Yahya'eyah, telah dinaik taraf sebagai lawatan negara.

    "Saya telah dijemput oleh Menteri Sosial Oman. Tetapi entah bagaimana tiba-tiba istana di negara Oman dengar yang saya nak buat lawatan, pihak istana telah memberi saya semua fasiliti dan pihak istana telah mengambil semua tanggung jawab diatas lawatan saya ke Oman. Nak buat bagaimana? Itu rezeki sayalah," katanya.

    Rosmah berkata dalam lawatan itu Timbalan Perdana Menteri Oman Sayyid Fahad Bin Mahmood Al-Said menyatakan bahawa negara-negara Islam di Timur Tengah memandang tinggi terhadap Malaysia, dan lawatan itu akan membuka ruang bagi kerjasama dua hala dalam bidang seperti pendidikan, penjagaan awal kanak-kanak dan pembangunan usahawan wanita.

    "Kalau negara lain memandang tinggi kepada kita, kenapa orang dalam negara tidak merasa bersyukur bahawa kita ini merupakan penduduk di dalamnya.

    "Negara ini merupakan negara yang majmuk dan negara Islam yang betul-betul mempraktikkan ajaran Islam, sederhana dan menerima semua yang duduk di negara ini," katanya.

    -- BERNAMA

    p.s.
    Rupa-rupanya... jadi masa nak pergi tak terfikirlah siapa nak bayar. Dah sampai sana rupa-rupanya pihak istana yang biaya, sampai minyak pun dia tak caj. Kalau sampai sana dia tak biaya dan minyak dia caj, siapa nak tanggung?
    Rakyat Malaysia?

    ReplyDelete
  196. Salam Dato'

    Dari komen-komen mutakhir pembahas

    termasuk Dato' sendiri dan apa

    yang berlaku di Selangor, saya

    nampak, UMNO pimpinan DSN yang

    cuba menjadikan Malaysia negara

    repablik, walupun sebelum ini

    medianya menuduh DAP!

    ReplyDelete
  197. Anonymous9:33 PM

    Kepada semua TV station milik kerajaan dan juga milik GLC. Cukuplah bagi publicity meluas kepada Rosmah hampir tiap-tiap hari. Dah naik meluat aku.Menteri pun tak dapat exposure seperti Rosmah.

    Given too much exposure to Rosmah,it will be backfired at the end of the day for sure.

    Kalau kita belajar economics ada istilah yang dipanggil "the law of diminishing return". Maknanya ialah jika selalu sangat Rosmah diberi exposure maka ia akan mengakibat orang semakin menyampah dan meluat dan bukannya semakin dapat pujian melambong.

    Cukuplah nak bodek isteri Najib.Kepada CEO TV station yang belum dapat anugerah Datuk, kalau ada niat nak dapat anugerah janganlah nak bodek Rosmah keterlaluan. Memang tak ada hasil !!

    -Jom Tak Heboh-

    ReplyDelete
  198. Salam Sdr Ikhlas


    "Rosmah berkata lawatan beliau ke Oman, hasil jemputan Menteri Pembangunan Sosial Oman Dr Sharifa Bint Khalfan Al Yahya'eyah, telah dinaik taraf sebagai lawatan negara.

    "Saya telah dijemput oleh Menteri Sosial Oman. Tetapi entah bagaimana tiba-tiba istana di negara Oman dengar yang saya nak buat lawatan, pihak istana telah memberi saya semua fasiliti dan pihak istana telah mengambil semua tanggung jawab diatas lawatan saya ke Oman. Nak buat bagaimana? Itu rezeki sayalah," katanya.

    Rosmah berkata dalam lawatan itu Timbalan Perdana Menteri Oman Sayyid Fahad Bin Mahmood Al-Said menyatakan bahawa negara-negara Islam di Timur Tengah memandang tinggi terhadap Malaysia, dan lawatan itu akan membuka ruang bagi kerjasama dua hala dalam bidang seperti pendidikan, penjagaan awal kanak-kanak dan pembangunan usahawan wanita.

    "Kalau negara lain memandang tinggi kepada kita, kenapa orang dalam negara tidak merasa bersyukur bahawa kita ini merupakan penduduk di dalamnya.

    "Negara ini merupakan negara yang majmuk dan negara Islam yang betul-betul mempraktikkan ajaran Islam, sederhana dan menerima semua yang duduk di negara ini," katanya."

    Komen:

    Saya bukan tak mahu jawab respon sdr. Saya sebenarnya malu nak kata Malaysia negara Islam, tetapi ROSMAH yang tak pakai tudung dan lagi bakal PM tu kata Malaysia negara Islam kat tok Arab, kita ikutlah kata dia.

    ReplyDelete
  199. Dato' ,

    Good scoop Competente !

    Thus, the intention was for the Govt. of Malaysia is to pay for the trip expenses. Thus, it is using Monies from the Govt of Malaysia.

    It is funny that she didn't know that the foreign govt is gonna be paying for her excursion. That shows how much she actually cares of the monies to be spent. My question is now, how much does the excursion gonna cost Govt. of Malaysia if the foreign Govt didnt pay for it ?

    I am like having a dejavu of Pak Lah administration, where his SIL is actually more prominent and calling more shots than the PM itself.

    And to DSRM, not all the critics comes from "sebelah sana". I believe "sebelah sini" also voice out their grievances over her trip and also other stuffs that she did.

    The critics from "sebelah sana" is not as potent as the critics "sebelah sini". Please remember that some political analyst theorize that BN poor result in PRU12 is not because "sebelah sana" is gaining popularity but because folks from "sebelah sini" is fed up of the antics of the administration of the day.

    Jangan pisang berbuah 2 kali and dont be self indulgence.

    Sayangkan anak, tangan-tangan kan, sayang kan isteri tinggal-tinggal kan

    ReplyDelete
  200. "Rupa-rupanya pihak istana telah memberi semua kemudahan kepada kami termasuk pembayaran minyak kapal terbang. Dia tak caj pun. Semua ditanggung oleh pihak istana negara Oman.- Rosmah kata,


    comment:

    Al kisah,rupa-rupanya......? What a joke!

    Macam mana pulak boleh kata "rupa-rupanya"?

    Ini bolehlah diumpamakan pergi dating and expecting boyfriend to foot the bill !! kah, kah, kah

    ReplyDelete