Saturday, January 28, 2012

Gula Mungkin Tidak Manis Bagi Felda

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]

RAMAI pembahas meminta saya mengulas mengenai cadangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menjual saham anak syarikatnya, Felda Global Ventures Berhad (FGV), di pasaran terbuka dan menyenaraikannya di Bursa Malaysia.

Saya masih tidak bercadang membincangkannya, selain membuat kenyataan fakta berikut:

1. Felda wajib menjual sekurang-kurangnya 25 peratus saham FGV kepada umum melalui tawaran awam permulaan atau initial public offering (IPO) sebelum boleh menyenaraikannya di Bursa Malaysia;

2. Tetapi Felda boleh menjual lebih daripada peratusan itu dan menyenaraikannya di lebih daripada sebuah pasaran melalui “secondary listing”;

3. Dengan baki 75 peratus, Felda masih menguasai FGV kerana pegangan saham minimum yang diperlukan oleh Felda untuk menguasai dan menguruskan FGV adalah 33.3 peratus;

4. Dengan melakukan IPO, Felda boleh mengumpul modal baru. Modal itu boleh digunakan sendiri oleh Felda atau “dipinjamkan” kepada FGV untuk dilaburkan dalam projek-projek baru;

5. Dalam proses IPO, banyak pihak berpeluang mendapat pendapatan/keuntungan dalam bentuk keuntungan modal (capital gain), komisen dan yuran perundingan; dan

6. Sesiapa yang berkedudukan baik atau bernasib baik dan dapat borang merah jambu (pink form), walaupun tidak ada modal, masih boleh “gadai” dan dapat habuan up-front.

Pembelian MSM Daripada Kuok

Yang membimbangkan ialah kemungkinan dasar, strategi dan pelaksanaan kegiatan komersial Felda melalui FGV tidaklah secekap yang didakwa dan diharapkan.

Saya telah mengulas di sini dan di ruangan-ruangan lain mengenai pembelian perniagaan gula Robert Kuok di Malaysia oleh FGV pada tahun 2009 dengan harga RM1.5 bilion, pada saat-saat perjanjian pembelian gula mentah pada harga murah daripada Australia akan berakhir. Malaysia mengimport 90 peratus keperluan gulanya dan Australia adalah antara pembekal utama.

FGV membeli Malayan Sugar Manufacturing (MSM) dan ladang gula Chuping di Perlis daripada Kuok. Tahun lalu, FGV menjual sebahagian sahamnya dalam MSM melalui IPO dan menyenaraikan semula MSM di Bursa Malaysia. Besar kemungkinan FGV telah membuat keuntungan modal daripada penjualan itu.

Dua tahun kemudian, pada tahun 2011, Kuok, melalui syarikat perladangannya, Wilmar yang berpangkalan di Singapura, membeli syarikat pengeluar gula mentah terbesar Australia, CSR, dengan harga A$1.75 bilion (kira-kira RM5.25 bilion).

Kalau dulu Kuok memonopoli perniagaan gula di Malaysia, kini beliau mengusai salah satu punca bekalan gula terbesar di dunia. Beliau kini dianggarkan menguasai 10 peratus perdagangan gula dunia.

Kalau MSM terus membeli gula dari Australia, kemungkinan besar ia membelinya daripada Kuok. Begitulah liciknya “Raja Gula” kelahiran Malaysia, tetapi berpangkalan di Hong Kong itu.

Kekhuatiran mengenai pembelian MSM oleh FGV terbukti apabila harga gula mula naik dan Kerajaan terpaksa memikirkan semula dasarnya untuk mengurangkan subsidi.

Beberapa hari lalu, CIMB Research, cawangan penyelidikan CIMB Bank, meramalkan kesan negatif kenaikan harga gula terhadap MSM, walaupun Kerajaan bersetuju menaikkan kadar subsidi.

Ia mengulas yang kenaikan kadar subsidi (sebanyak 20 sen sekilo kepada 54 sen mulai awal bulan ini) tidak dapat menampung kenaikan harga yang ditanggung oleh MSM.

Ini adalah beban berganda. Walaupun Kerajaan menaikkan kadar subsidi bagi mengekalkan harga pengguna, namun kesannya kepada MSM masih negatif.

Keadaan adalah rumit. Kalau kadar subsidi tidak ditambah, harga runcit gula akan naik dan nama Felda akan busuk. Kalau nama Felda busuk, nama Perdana Menteri pun busuk juga kerana beliau adalah “mentor’ Felda.

Walaupun perniagaan gula adalah monopoli, tetapi sejak awal lagi saya berasa pembelian SMS oleh FGV kurang strategik kerana masalah bekalan gula dunia semakin meruncing dan pengguna tempatan pula sangat sensitif terhadap kenaikan harga.

Juga, sebarang masalah dengan FGV juga boleh menjejaskan kebajikan peneroka dan kakitangan Felda kerana mereka memiliki 51 saham FGV melalui Koperasi Permodalan Felda. Bagi saham FGV dimiliki oleh Felda sendiri.

Sejak dulu lagi saya berasa lebih tepat kalau perniagaan gula dikendalikan oleh sektor swasta. Setidak-tidaknya Kerajaan boleh mengalihkan beban kenaikan harga kepada mereka.

Di pihak lain, ada kebaikan kepada kenaikan harga gula kerana pengguna Malaysia berlebihan menggunakan bahan itu. Selain itu, Kerajaan wajar memikirkan semula dasar subsidi bahan itu kerana, kalau tidak silap saya, pengguna industri dan perdagangan pun menikmati subsidi gula.

Saya cadangkan, cuba minum kopi atau teh tanpa gula atau kurangkan kemanisannya. Bagi saya, rasanya lebih sedap. Saya sudah berdekad-dekad tidak makan gula dan susu pekat manis atas pilihan, bukan kerana penyakit. Di Malaysia, ramai orang berkata mereka kopi atau teh. Tetapi sebenarnya mereka minum air sirap (air gula) berperasa kopi atau teh.

Wallahualam.

59 comments:

  1. abjamal7:16 AM

    Salam Dato',

    Ingatkan pengunaan gula dlm hidangan Melayu hanya untuk minuman atau makanan ringan. Rupanya masakan lauk harian disetengah daerah di negara ini juga mengunakan gula. Patutlah rasa sambalnya pedas-pedas manis. Begitu juga lauk daging masak kicap contohnya. Manis semacam je.

    ReplyDelete
  2. Manisan10:03 AM

    Orang Felda faham ke yang Datuk tulis ni ??

    ReplyDelete
  3. Salam Dato,



    Bagus Dato tulis hal FELDA ni..


    Elok bincang dari pangkal dulu.
    Tujuan FELDA dibuat dulu ialah untuk memperbaiki kehidupan daif orang orang melayu yang tiada tanah
    sendiri melalui hasil pertanian... tak dak cerita bab saham,berniaga dll...


    Tanah peneroka dan tanah FELDA dulu bukan sahaja rimba,rimau pun takut nak duduk kat sana, setan dan jin pun gitu juga gamaknya!.


    Sejak dicucuk tanam hingga sekarang
    nilai tanah peneroka dan FELDA
    dan segala aktiviti dan syarikat yang berkaitan SUDAH TINGGI dah!..


    ELOK juga disenaraikan harta FELDA
    (tanah,syarikat dan perniagaan).
    Saya fikir dari segi perniagaan itu ada baiknya..NILAI FELDA akan bertambah,DENGAN SYARAT syarikat
    itu dikelolakan olih ahli perniagaan...BUKAN KAKI BUAT DAN TAMBAH HUTANG memanjang!.


    Saya `nampak' diantara pemegang saham baru adalah KWSP, LEMBAGA TABUNG HAJI,PNB,LTAT dan perbadanan kerajan kerajaan negeri.



    KALAU `newfelda' nanti lebih `bodo'
    dalam perniagaan,akan mampuih depa kena hentam dan dihukum olih semua pemegang saham dan rakyat, terutamanya peneroka..tetapi saya fikir hal ini tentu sudah di`fikirkan' oilh mereka yang berkenaan..


    Saya harap `newfelda' nanti dapat guna modal baru untuk BINA PELABUHAN SENDIRI, GUDANG SENDIRI,QUARY SENDIRI,KILANG SIMEN SENDIRI,LAPANGAN TERBANG SENDIRI, RANGKAIAN HOTEL dll di malaysia untuk aktiviti perniagaan sedia ada dan perniagaan baru `newfelda' dimalaysia..


    PI TENGUK IOI dan Simedarby...depa dah `terbang'dah dari segi perniagaan dan brand..FELDA sepatutnya LEBIH BAIK lagi..


    Untung dan rugi adalah sebahagian dari perniagaan,kalau nak untung saja,mana ada..Madoff pun bungkuih!.



    YANG TERPENTING sekali,setakat ini
    saya tak pernah dengaq atau baca RANCANGAN perniagaan baru `newfelda'ni...ada ka? atawa cuma nak senaraikan saja`newfelda'ni?.
    Kalau tiada rancangan,saya fikir depa ni nak tempah maut!....


    Saya harap komisen,fee dll akan ke anak syarikat yang berkaitan dengan FELDA juga,kalau pi kat syarikat lain dari FELDA, saya fikir tak berapa pandai depa ni laa...


    `Underwriter banks' tentu untung...tapi tak bolihka Lembaga Tabung Haji jadi underwriter?.


    Beberapa tahun lagi,peneroka pula bolih `senaraikan' harta dan perniagaan mereka, kut mana nak buat nanti tokey `newfelda' bolih ajaq..


    SELAMAT BERJAYA kepada FELDA, peneroka lama dan anak cucu!.


    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:53 AM

    kenapa kita asyik kena beli syarikat yang membebankan kemudian hari. macam proton beli lotus, nampak sangat orang2 besar melayu tak berapa pandai meniaga.

    mohd paizal

    ReplyDelete
  5. sian felda.kgp baru pun hancur...gula pun hancur,beras pun kasi kroni dan oil n gas pun kasi anak mahathir.

    GILA

    ReplyDelete
  6. Pembahas Abu Bakar Ab Rahman, Manisan dan yang lain.

    1. Tak salah Felda berniaga. Malah saya setuju Felda berniaga. Tetapi jangan abai matlamat asal Felda;

    2. Hasil dan pendapatan daripada kelapa sawit dan getah ada hadnya;

    3. Felda boleh gunakan aset asalnya, iaitu aset penerokan, untuk menokok nilai supaya, selain hasil getah dan kelapa sawit, peneroka boleh menikmati pendapatan tambahan daripada kegiatan perniagaan dalam bentuk dividen;

    4. Yang saya ingatkan dan bimbang ialah kecekapan Felda melabur sebab dalam mana-mana pelaburan pun ada risiko. Ada kala rugi;

    5. Kalau peneroka tidak tahu menganai pelaburan maka adalah menjadi kewajpian Felda menerangkan kepada mereka;

    6. Dalam mana-mana IPO pun wajib ada prospektus. Tapi orang yang mahir pelaburan pun kadang kala tidak faham kandungan prospektus kerana ada syarikat yang sengaja "memutarkan" fakta tertentu dalam prosopektus; dan

    7. Tidak hairan kalau pelabur biasa tidak faham. Jadi wajiblah Felda dan wakil Koperasi Felda bagi penjelasan. Jangan bagi tahu yang manis-manis saja, sebab dalam pelaburan ada risiko.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. FGV ni buat bisnes rugi & tersepit kiri, kanan, atas, bawah, belakang, depan. Bila dah rugi besau, nak cover bangkai gajah dah x lepas mulalah panik & dgn itu terhasillah idea penyenaraian FELDA. Untung2 boleh tutup bangkai gajah & ramai gak kroni2 ketuanan melayu dpt borang pink. Saya nak tunggu dengar brapa ramai peneroka2 yg tanah digadai kpd FGV dpt borang pink!!!!
    Kpd warga FELDA & kakitangan FELDA, saya ucapkan selamat bekerja keras utk "bailout" FGV yg terAMAT PANDAI buat HUTANG seantero dunia.
    Kpd bini PM, saya ucapkan SELAMAT SHOPPING SAKAN dgn duit2 makcik2 & pakcik2 FELDA bila IPO FELDA selesai nnti, sabarlah ye PRU13 dah x lama lagi. Doa2kanlah menang kalu x, putih mata x dpt duit xtra utk shopping lagi.

    ReplyDelete
  8. Salam Datuk,

    1.Bermaklumat tulisan Datuk.Raja Gula bukan ingin sangat jadi rakyat Malaysia selain dari mencari kuasa wang dan pengaruh politik yang memungkinkan peniagaan nya menerjah pada skala besar melangkaui impian sempadan. Sekali menjaring dia tahu ikan-ikan besar akan terperangkap jua menjadi habuan yang sangat mahal harga di pasaran terbuka.

    2.Cuma kita(orang-orang melayu) masih lagi lalai dan gagal menyediakan sempadan. Apa lagi menjengah luar sempadan. Bertahun-tahun lama nya kita terperangkap dalam keadaan bekalan makanan seharian apabila tiba nya musim perayaan kaum cina. Iktibar nya kita rela membeli dan menyimpan stok makanan secukup nya semasa waktu cuti tahun baru mereka(kaum cina). Nasihat ini masih terhambur dari menteri-meneri kita sehingga kini. Nasihat Pelik?..tapi benar... Tidak berdaya kah kita mengambil alih tempat mereka satu persatu?

    3.Gula,minyak masak,tepung,beras ikan,sayur dan seumpamanya, keperluan utama, semua nya rasa masam, pahit,manis dan kelat berpenjangan. Bila akhiran nya rasa sejati, tidak di ketahui pula... mana perancangan nya?

    4.Ingat GUTHRIE? Kita mampu lakukan nya.Kita mampu menjana ekonomi dan mengawal keadaan. Kita mampu menghadapi realiti. Lain nya biarkan sistem ini dalam urusan biasa perniagaan.

    5.FGV boleh menguasai segala-gala nya.FGV mampu mengubah pasaran nyata.FGV mampu berada di dalam sistem nya sendiri secara awam dan sebahagian nya dalam bentuk persendirian. ASTRO pada awal milik persendirian, kemudian di buka kepada awam dan kemudian di miliki semula sepenuh nya. Tidak pelik bukan ?

    6.Cuma yang di risaukan melayu itu amanah nya sudah berkurangan, janji nya dalam temberang, sokongan nya sentiasa membawa rebah. Ambil contoh isu MAIS dalam mengendalikan harta wakaf seorang Dr. dalam berita Utusan 28.1.12. Itu sebab kita sering gagal walaupun segala-gala nya mampu kita ubah.

    7.Kala ini ini PM kita luhur kata-kata nya. Besar sandaran dan pengorbanan nya. Begitu perit hendak menyatukan semua nya mengejar satu wawasan dalam slogan 1Malaysia nya. PM kita, insya Allah tahu apa yang di lakukan nya. Ini yang MESTI kita sokong sepenuh nya.

    8.Yang merosakkan segala urus tadbir nya tidak lain dari manusia- manusia menginginkan keuntungan besar secara segera TANPA usaha kerja dan perahan otak bergeliga. TIDAK berpadanan dengan gaji dan kemudahan terlalu lumayan yang di terima setiap bulan.

    9.Robert Kuok itu tahu asal usul diri nya. Tahu susur galur bangsa nya. Itu sebab gula itu rasa nya 'manis' dan dia sudah berjaya.

    10. Kita MESTI bina SISTEM kita sendiri untuk merasa kemanisan nya seperti yang telah begitu lama di nikmati oleh pesaing-pesaing kita.

    ReplyDelete
  9. Saya adalah Felda generasi kedua yang tak pernah menoreh getah ataupun buat sawit.Tapi sbg professional, saya faham apa yng Dato tuliskan ttg keseronokan mereka2yg bakal diberi pink form dan yg bakal dapat hasil dari yuran perundingan ke Bursa Saham. Yg pasti mak bapak saya dan ribuan peneroka lain yang hanya dengar berita mainstream " sah" tak paham langsung.Bila bagi pendapat sikit, dia chop kita pembangkang dan tak reti nak bersyukur. Baru - baru ni ada tgk Dato Amad Maslan cakap berapi2 dlm Bernama TV ttg faedah dan bunga - bunga yg mekar dari penyenaraian felda.Bukanlah minat dengan pembangkang,tapi kalau dah hari2 cerita kat tv kata penyenaraian tu bagus.. dah macam desperate sgt nak peneroka semua setuju.Ada dengar cerita hotel di Mekah pun dah tutup dan investment di Canada pun dah jadi eskimo. Setuju tak setuju pun..benda boleh on jugak...kalau lingkup macam Maika....tunggulah nasib ..

    ReplyDelete
  10. Lahuma8:10 AM

    Salam Dato AKJ.

    Terimakasih kerana Dato buat sedikit pendedahan dan maklumat mengenai Felda.FGV.MSM serta gula.

    2.Itulah masaalah di Malaysia sistem monopoli masih wujud kukoh dan mantap.Inilah puncanya kenaikan sesuattu barangan.Buncitlah lagi perut sipenopoli itu.

    3.Bukan gula sahaja yg termasuk dalam sistem monopoli.Dengar cerita minyak masak pun berada dalam monopoli juga.

    4.Kenapa kerajaan tidak benarkan sistem terbuka pada lain-lain syarikat.

    5.Isu ini dilihat sebagai wayang kulit atau wayang tongkoi kepada pihak tertentu.

    6.Penentangan setengah masayarakat Felda kerana mereka tidak faham atau mereka sangsi akan perubahan ini.Kalau kita selak kembali sejarah GLC Kerajaan banyak yang terguling dan terlondeh.

    7.Umpamanya MAS yg paling mudah dibaca oleh rakyat pun lgoyang.Begituylah dgn Felda dan FGV ini.Jangan pula ada laporan Audit Negara atau luar negara kata ada masaalah pula.

    8.Walau apa pun kerajaan kena ingat bahawa rakyat hari ini bukan lagi macam 30 tahun yang lalu.

    9.Rakyat pun tahu yg mana satu gula.Dan juga yang mana satu GULU-GULA.

    10.Biarlah ada keadilan dan saksama.Jangan orang diatas gunung dapat hebat-hebat secara senyap-senyap.Tetapi orang bawah gunung riuh rendah tetapi cuma dapat sebotol mineral water.

    Sekian.Terima kasih Dato

    ReplyDelete
  11. Salam Dato’ Kadir Jasin

    Sebagai seorang anak Melayu, saya rasa eloklah kita menyokong usaha org Melayu nak berniaga lebih besar lagi. Lagi ramai jutawan Melayu, lagi saya suka. Apa salahnya kita menjadi warganegara yg baik, dgn menjauhi dari prasangka, hasad dengki dan selalu berfikirain positif selaras dgn kehendak Islam. Sudah tiba masanya syarikat Melayu menakluki Bursa Malaysia pula, Melayu Boleh!!!! Sekian TQ.

    ReplyDelete
  12. husin syedmohamad11:43 AM

    Dato.
    1/ Siaran media berkaitan FGV , hanya faedah diketengahkan. Tidak ada perbincangan berkaitan risiko yang mungkin dihadapi.
    2/ tujuan asal penubuhan , wajar di renung supaya tidak tersasar. Lembaga Tabung Haji , pada satu ketika mengalami kerugian dalam pelaburan kerana kurang arif risiko atau kerana punca lain . Prof Ungku Aziz ada memberi ulasan kurang senang kerana telah lari dari tujuan asal penubuhan.
    3/ Jika dirujuk secara perangkaan, berapa banyak pelaburan seperti ini yang rugi dan berapa yang untung?. Yang didengar banyak yang bermasalah.

    ReplyDelete
  13. mengenai felda saya ingin mengetahui adakah benar dakwaan peneroka ditipu felda bertahun tahun lamanya contohnya hasil sawit atau getah di bayar dengan gred b padahal semasa sawit ditanam adalah sawit gred A.. dan beberapa peneroka yg menyaman felda kerana ini telah pun memenangi kesnya.. dari segi felda memasuki pasaran saham adakah ini langkah yang bijak? kerana sesiapa sahaja mungkin boleh membeli syer felda.. singapura misalnya sangat berminat dengan felda.. pengerusi felda pun agak tak berapa boleh dipercayai sebab pernah bersalah dalam hal membeli undi PAU.. senang cerita tak bersih punya orang lah.. saya lebih suka sekiranya felda ditadbir oleh non-partisan.. yang memang org bisnes.. saya takut felda akan jadi cash cow sama macam syabas yg jadi cash cow umno selangor.. walau bagaimanapun saya puji felda mengembangkan sayapnya ke luar negara macam petronas..

    ReplyDelete
  14. Anonymous6:36 PM

    Dato'

    Saya tak faham sangat pasal ekonomi ni.

    Setahu saya KPF mempunyai 51% saham dlm. FGV,saya pula ahli KPF.Pulangan sebagai ahli KPF 14% hingga 15%,kalau dapat lebih daripada 15% katakan 18% selepas disenaraikan di bursar,rasanya oklah.

    Saya sangat bimbang kalau2 pulanganya lebih rendah daripada 14% tentunya peneroka tak untung apa2 atas penyenaraian ini.Keadaan ini juga tentunya meletakkan Felda ( dlm.tahun 1959 dipanggil Rancangan Tanah Miskin)dlm.bahaya.

    Minta sesiapa yg. arif menjelaskan buruk dan baiknya penyenaraian ini.

    Tk.

    Anak LKTP

    ReplyDelete
  15. din klang7:43 PM

    Aslkum Dakj

    Kpd Okj

    Terima kasih kerana rajin malah asyik beri nasihat. Maklum dah bergelar Tuan haji.

    Sebenarnya tiada siapa nak hasad dengki kalau Melayu lain berjaya twrmasuk kay2a raya sebagai jutawan. Jadi Okj lah yg tak perlu buruk sangka yg bukan2.

    Sebenarnya Melayu marah(bukan dengki) apabila:

    1. Mengetahwi kerajaan menyerahkan 250jt rgt pd SATU keluarga kroni tidak kpd 250 keluarga Melayu yg juga bercita2 memelihara lembu.

    2. Mengetahwi bagaimana seorang CEO bank Melayu dgn gaji hampir sejuta sebulan boleh direkodkan sebagai salah seorang billionaire yg terkaya du Malaysia. Dan sementara org kanannya yg najoriti bukan melayumendapat gaji ratusan rgt sebulan graduan nelayu diperah dgn gaji permulaan Rm1900 sebulan dan ditawar jawatan kontrek pulak tu.

    3. Melayu sedar kenapa UmnoBn kejam hingga sabggup menswasta perkhidmatan asas spt air, api dan jalanraya sehingga menjadikan org tertentu instant billionaire.

    4 Melihat gaya hidup newah pemimpin Umno terutama di peringkat bahgian.


    Din klang
    4. Melihat gaya hidup peminpin Umbi

    ReplyDelete
  16. Anonymous10:10 PM

    Salam Dato,

    Keadaan adalah rumit. Kalau kadar subsidi tidak ditambah, harga runcit gula akan naik dan nama Felda akan busuk. Kalau nama Felda busuk, nama Perdana Menteri pun busuk juga kerana beliau adalah “mentor’ Felda.

    Seperti biasa la Dato', Duit Kerajaan kan bergunung. Beri aje lah subsidi tu, insentif ke, buat lah atas nama apa pun akronim ke, tak cukup tambah lagi, tulis lah d nak jaga kepentingan rakyat dan pekerja syarikat tu. Kalau tak bagi nanti warga felda juga yang rugi. Kepentingan ahli lembaga pengarah tu tak payahlah tulis lah nanti orang kampung dan felda dapat tahu pulak.

    lagi pun orang felda, orang kampung, orang estate, orang asli, orang felcra, orang risda, pesawah, percaya aje apa yang utusan, berita hairan, kosmo tulis dari dulu kini dan selama-lamanya.

    Biarkanlah siluncai terjun dengan labu-labunya beramai-ramai.

    drp; zuki ahmad

    ReplyDelete
  17. rahimlpp@yahoo.com10:48 PM

    Y.Bhg Dato'@ Asas penubuhan FELDA adalah untuk menempatkan petani Melayu yang tidak bertanah didalam kawasan perladangan moden yang serba lengkap.Usaha FELDA telah berjaya menjadikannya satu model pembangunan yang ingin dipelajari oleh negara membangun yang lain.
    2. Semenjak berdekad yang lepas FELDA berjaya kerana kuasa politik yang ada pada UMNO.Kerajaan Negeri dengan mudah memberikan tanah kepada FELDA.Malang sekali di negeri yang dikuasai PAS di Kelantan,tidak banyak tanah yang diserahkan kepada FELDA.
    3. Banyak kempen negatif yang menentang rancangan Kerajaan untuk menyenaraikan Syarikat yang dimiliki bersama antara FELDA dan Koperasi milik peneroka. Pihak pembangkang berusaha menggagalkan rancangan ini. Peneroka FELDA sendiri mungkin menjadi bingung oleh kerana Kerajaan kata penyenaraian boleh membawa keuntungan berganda kepada mereka. Pembangkang pula bermatian cuba menggagal usaha tersebut dengan pelbagaian tohmahan.
    3.Ini adalah satu contoh bagaimana orang Melayu akan kerugian apabila mereka berpecah belah dalam politik.
    4. FELDA berada pada tahap ini dengan hampir 2 juta ekar tanah anugerah Kerajaan-kerajaan Negeri dikuasai oleh UMNO semenjak penubuhanya.
    5. Bagaimana penyokong PAS bagitu taksub dengan politik mereka dan tidak boleh nampak apa yang telah dinikmati oleh peneroka-peneroka yang dulu tidak bertanah tetapi hari ini telah menjadi peneroka moden yang nilai harta tanah mereka sudah mencapai nilai berjuta ringgit.
    6. Penyokong PAS tidak nampak ke betapa ramai peneroka yang berasal dari Kelantan yang kini menjadi peneroka FELDA yang berjaya di negeri lain terutama di Pahang. Tanah yang luas di Kelantan tidak diserahkan kepada FELDA tetapi diagih-agihkan kepada syarikat swasta yang lain.
    7. Kerajaan harus teruskan penyenaraian Syarikat FELDA sekiranya kajian mendapati ianya boleh memberi faidah jangka panjang kepda peneroka. Kalau takut kepada dakyah pihak pembangkang terutamanya PAS tidak ada kemajuan kepada bangsa Melayu saperti yang diperolehi oleh peneroka FELDA hari ini.Lihat contoh Putrajaya.Dulu PAS kata projek mega menghabiskan duit.Hari ini nilai hartatanah telah naik berkali ganda dan PAS sedang mengidam untuk ambil aleh.

    iklas,
    Rahim

    ReplyDelete
  18. Hj Redwan UPM11:45 PM

    Dato Kadir.

    Ulasan Dato tepat sekali.Saya hairan kenapa Felda menyenaraikan asset ladangnya yang sekarang ini di mileki 100 oleh Felda.Tujuan kita menyenaraikan assetkita di pasaran saham atas dua sebab.

    1-Untok mendapatkan modal tambahan dari pasaran saham untok membayar hutangnya

    2-Untok mendapatkan modal tambahan untok membayar hutangnya.

    Felda tidak mempunyai hutang dan Felda mempunyai wang yang banyak,jadi kenapa ia perlu menjual saham2nya kapada public.

    Ini merupakan keputusan yang tidak di fikir dengan mendalam dan dalam jangka panjang ia merugikan peneroka Felda.Keputusan ini hanya akan mengembirakan peneroka Felda dalam jangkan pendek kerana mereka akan mendapat saham2 yang akhirnya mereka akan menjual nya untok mendapat keuntongan.

    Komen Dato mengenai pembelian MSM dari Robert Kouk tepat sekali.Sekarang ini Felda terpaksa menanggong biawak hidup.Apa2 yang terjadim kapada hanga gula,orang ramai akan marah kapada Felda dan Kerajaan.Jika kerajaan tidak menambah kadar subsidy,MSM dan Felda akan menanggong kerugian yang besar.Sekali lagi orang Melayu kena "tipu"oleh Robert Kuok yang lincah.

    Saya hanya kesian kapada Peneroka Felda yang 99% orang Melayu.Atas sebab politik yang sempit,Peneroka Felda akan menderita.

    Jika Tun Razak merupakan Bapak Felda anaknya Najib menghancorkan apa yang di bena oleh Bapaknya.

    Salam

    ReplyDelete
  19. Pembahas Anak LKTP, antara lain, menulis"

    "Setahu saya KPF mempunyai 51% saham dlm. FGV,saya pula ahli KPF.Pulangan sebagai ahli KPF 14% hingga 15%,kalau dapat lebih daripada 15% katakan 18% selepas disenaraikan di bursar,rasanya oklah.

    Saya sangat bimbang kalau2 pulanganya lebih rendah daripada 14% tentunya peneroka tak untung apa2 atas penyenaraian ini.Keadaan ini juga tentunya meletakkan Felda ( dlm.tahun 1959 dipanggil Rancangan Tanah Miskin)dlm.bahaya."

    1. Pulangan 14%-15% yang Sdr sebutkan itu, sebenarnya, sangat tinggi dan bagus;

    2. Saya tidak pasti sama ada pulangan itu daripada pelaburan Koperasi atau sumber-sumber lain;

    3. Satu kajian oleh laman web Information Technology Law berjudul "Dividend Policy: Malaysian Public Listed Companies 2006 to 2009" mendapati kadar purata dividen syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia adalah 3.31%.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum,

    YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati. Tadi saya pergi membeli belah di sebuah pasaraya dan dapati tiada gula.Malang sungguh negara kita masakini.Mudah sahaja hendak untung. Suruk barang untuk menekan kerajaan menaikkan harga barang.Malang sungguh kerana apa sahaja buruk yang berlaku bersabit gula akan dikaitkan dengan FELDA.Elok sekiranya peneroka diberitahu siapa dia orang bijak yang meletakkan FELDA dalam keadaan begini.

    Ramai orang lupa mengapa Kerajaan masa dulu menggalakkan penyenaraian. Salah satu darinya adalah untuk membolehkan Bumiputera mendapat ekuiti 30% sesebuah syarikat. Jika FELDA yang dimiliki hampir 100% Bumiputra disenaraikan ia memberi ruang kepada orang lain pula memiliki FELDA. Contohnya mana dia saham yang telah diperuntukan kepada Bumiputera terpilih sekarang? Hampir semuanya dijual untuk mendapat untung segera. Apakah jaminan ini tidak berlaku dengan FELDA dimana sedikit demi sedikit ianya akan terlepas dari tangan orang Melayu.

    Saya gembira melihat orang kita masakini tidak lagi menerima begitu sahaja apa yang dirancang untuk mereka.Kita tidak mahu mendahului pengetauhan Allah bersabit untung rugi sesuatu usaha.Yang perlu adalah kita berfikir baik buruk apa yang kita hendak lakukan. Adalah tanggunjawab pihak berkuasa FELDA memberi penerangan sejelas-jelasnya kepada peneroka baik-buruknya urusan penyenaraian ini untuk pertimbangan mereka dengan berlapang dada supaya tiada penyesalan dikemudian hari.

    Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
    Pencetus Strategic Vision,
    Petaling Jaya.

    ReplyDelete
  21. Datuk,

    Sampai bila UMNo yg mengusai Kerajaan Malaysia ni asyik melakukan sesuatu dgn kurang bijak.Beli syarikat gula kurang bijak,Perjanjian air dgn Singapura kurang bijak,Perjanjian konsesi TOL kurang bijak,Penjualan tanah KTM kurang bijak,perbicaraan pulau batu Putih kurang bijak dan byk lagi contoh.

    Persoalannya pasal apa pemimpin UMNO yg menerajui negara semua bodoh belaka? Sdgkan mereka mewar warkanpd makcik Felda dan makcil pakcik kampung bahwa hanya merekalah yg plg layak memerintah Malaysia ini..

    ReplyDelete
  22. Anonymous9:00 PM

    rahimlpp.com kata,

    "2. Semenjak berdekad yang lepas FELDA berjaya kerana kuasa politik yang ada pada UMNO.Kerajaan Negeri dengan mudah memberikan tanah kepada FELDA.Malang sekali di negeri yang dikuasai PAS di Kelantan,tidak banyak tanah yang diserahkan kepada FELDA."

    Saya nak tergelak baca komen anda.

    Felda ditubuhkan tahun berapa? Kerajaan PAS yang sekarang ini hanya mula dari 1990.

    Sebelum itu pun PAS tidak sempat lama bersendirian memerintah kelantan kerana bersetuju berkongsi kuasa kerajaan negeri dengan UMNO/BN.

    Jadi era mana yang kerajaan PAS Kelantan menolak penyerahan tanah kepada FELDA?

    Sebaliknya, adakah sdr tahu di Kelantan, program KESEDAR melibatkan berapa ramai rakyat dan berapa luas tanah?

    Anak LKTP,

    Saya tidak biasa dengan laporan kewangan / laporan tahunan FGV dan KPF.

    Sila semak cadangan penyenaraian FGV:

    1.Adakah pemilikan KPF sebanyak 51% itu akan susut? Maknanya adakah KPF akan susut penguasaannya terhadap pengurusan FGV?

    2.Wang yang dijana dari penyenaraian FGV itu diperlukan untuk buat apa?

    3.Adakah FGV akan melibatkan diri dalam aktiviti baru selepas disenaraikan? Adakah FGV sudah ada kepakaran dalam bidang itu. Apa pula sasaran pulangannya.

    Saya cuma boleh kata, ambil tahu tentang Guthrie - sebab dulu cadangan lain tapi sudahnya yang dibuat lain.

    Boleh juga semak samada 15& pulangan selama ini adalah dari anak syarikat yang mana dan dari perniagaan apa. Ini untuk dibandingkan dengan nombor 3 diatas.

    Banyak lagi ceritanya, tapi ringkasnya begitulah.

    Fed Up

    ReplyDelete
  23. din klang12:27 AM

    Aslkum Dakj

    Saya nak komen:

    1. Skim SARA yg menjanjikan pulangan lebih 33% setahun kepada rakyat Malaysia miskin kenapa dihadkan kpd 5 tahun je. Apakah selepas 5 tahun para pelabur tu dah jadi kaya atau senang.

    2. Pada saya SARA adalah janji manis yg entah betul atau tidak. Kenapa? Kalaupun matlamat memberi pinjaman beli SARA kpd 100000 org niskin tercapai jumlah pinjaman maksima yg bakal dikuluar cuna RM500jt. Mungkin bank lukuskan jauh kurang dari jumlah itu. Tapi kalau dilihat pd gendang yg dipalu dan belanja kempen iklan entah berapa juta rgt seolah2 kerajaan nak beri sedekah free RM5b pd rakyat miskin. Gempak kerajaan Najib je

    3. Kalau rakyat miskim fikir kerajaan UmnoBn murah hati kerana perkenal SARA. bertenang dulu. Setelah mereka menarik balik subsidi minyak dan gula yg bernilai berbillion rgt mereka gula2kan anda dgn skim lawak jenaka yg nilainya tak seberapa rgt spt klinik 1M, kedai 1M, menu 1M dan kini SARA. Kenapa jenaka? Kerana kerajaan UmboBn sebenarnya dah hanpir muflis sedangkan PRU13 dah dekat. Kalau kerajaan banyak duit kenapa sengaja cari alasan tangguh SBPA. Bukankah pelaksanaan awal SBPA sepatutnya mengembirakan kakitgn awam yg tentunya bakal diterjemahkan kpd pertambahah undi kpd UmnoBn?

    Tiba masanya kita cuba Pakatan Rakyat pula menjaga ekonomi Malaysia.

    Din Klang

    ReplyDelete
  24. din klang7:41 AM

    Aslkum Dakj

    Maaf menyimpang.
    Saya dah bertahun2 boikot beli surat khabar kepunyaan Umno spt Utusan dan Berita Harian.Mulai tahun lepas the Star pun saya tak beli tapi masih baca waktu malam bila anak bawa pulang dari ofis.

    Tugas saya berkempen spt berikut: Dahlah nereka tipu kita dgn berita palsu,fitnah, putarbelit, kita pulak dgn baik hati sangat bayar mereka. Apa punya kelabu asap.

    Dosa tuan punya dan sidang pengarang akhbar berkenaan kpd rakyat dah bertimbum.

    Tuan Guru Nik Aziz dituduh berkata Allah mencarut.
    Tuan Guru Hj Hadi dituduh mengkafirkan ahli Umno
    Anwar dikatakan agen CIA, penyokong Israil, pengkhianat Palastin, penyokong seks bebas.
    Macam 2 lag terutama dekat pilihan raya.

    Din Klang

    ReplyDelete
  25. Anonymous10:01 AM

    Assalamualaikum Tok Kadir, sebagai ahli veteran Pas (tapi tidak sokong Pakatan Raayat), saya dukacita yang penyokong buta tuli macam Din Klang lah yang rosakkan nama baik Pas.

    Hujah beliau cetek dan emosional. Hujah macam beliau tidak boleh yakinkan orang yang tidak sokong Pas yang cuba kita bawa ke arah Pas. Orang Pas macam saya pun meluat dengan hujah Din Klang.

    Inilah jenis orang Pas yang sebabkan parti kita ditolak oleh ramai orang Melayu/Islam. Nasehat saya kepada Din Klang janganlah jadi sokong yang bawa rebah. Ahli dan penyokong Pas dah cerdik, tak boleh lagi terima fanatik macam Din Klang dan seangkatannya.

    Ustaz Kampong

    ReplyDelete
  26. Salam Dato,



    Saudara Din Klang menulis,


    `Maaf menyimpang.
    Saya dah bertahun2 boikot beli surat khabar kepunyaan Umno spt Utusan dan Berita Harian.Mulai tahun lepas the Star pun saya tak beli tapi masih baca waktu malam bila anak bawa pulang dari ofis.


    Tugas saya berkempen spt berikut: Dahlah nereka tipu kita dgn berita palsu,fitnah, putarbelit, kita pulak dgn baik hati sangat bayar mereka. Apa punya kelabu asap.

    Dosa tuan punya dan sidang pengarang akhbar berkenaan kpd rakyat dah bertimbum.'



    Saya kata SAUDARA TIPU, betui tak ?



    KALAU SAUDARA TIDAK BACA akhbar akhbar yang saudara sebut itu, macammana saudara tahu mereka siarkan berita palsu,fitnah, putarbelit sentiasa dan macamana saudara tahu tuan punya dan sidang pengarang tipu.



    Saya fikir saudara juga FITNAHKAN RAMAI ORANG NI..!




    FITNAH: cerita hai orang tanpa bukti.


    MENGUMPAT: cerita hai orang tentang keburukan,tetapi keburukan itu betui dan pasti.


    Jangan sampai kita`jadi riak' pulak bila cuba membetuikan keadaan. DOSA BESAU tau tak bro?.



    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  27. Anonymous2:30 PM

    Assalamualaikum Dato' dgn. izin,

    din klang kata: " Tuan Guru Nik Aziz dituduh berkata Allah mencarut",
    " Tuan Guru Hj. Hadi dituduh mengkafirkan ahli2 UMNO"
    " Anuar dikatakan agen CIA, penyokong Israel,pengkhianat Palestine, penyokong seks bebas.

    Sdr.din klang, ini semua BUKAN tomahan tetapi fakta berdasarkan ucapan2 yg.dibuat oleh mereka. Apabila tersiar di dada akhbar mereka tidak menafikanya sebaliknya mencari ayat2 AL Qur'an tertentu sebagai alasan.

    Perkara ini sudah banyak
    diperkatakan panjang lebar dgn.alasan-alasanya sekali.

    Tolonglah jangan menegakkan 'benang basah' itu sifat yang tak baik.
    Berlapang dadalah sikit agar kita boleh 'melihat kebenaran' kalau tidak kita akan dikaburkan oleh dendam kesumat.

    Salam hormat,

    Lat Juno.

    ReplyDelete
  28. din klang2:56 PM

    Aslkum Dakj

    Kpd. Ustaz Kampong

    1. Tlg jangan busukkan nama ustaz. Ustaz berkelulusan tentunya akan ada klas dgn memberi alasan untuk nematahkan hujah org lain. Bukan cuma pandai kata hujah org lain cetek dan emosional je.

    2. Kalau pun sdr vateren Pas, sdr setakat tua dlm Pas tanpa sumbangan bernakna. Saya syak sdr ni ahli Umno yg mengaku menjadi ahli Pas.

    3. Saya adalah penyokongan kpd kumpulan yg berjuang untuk menegak kebenaran dan penentang kepada golongan yg melakukan maksiat dan kerosakan. Secara kebetulan Pemimpin Pas waktu ini termasuk kumpulan pertama dan pemimpin Umno termasuk dlm kumpulan kedua. Malang sekali sekiranya sdr sebagai ahli Pas tidak dpt membezakan antara perjuangan Pas dan atau Pakatan Rakyat berbanding perjuabgan UmnoBn.

    Saya bimbang Ustaz Kampong cuma satu kapal dgn Hasan Ali. Banyak sifat2 munafik nak mengaku pejuang Islam. Saya harap tak de org mentang2 rajin kemasjid, pakai jubah,pasang janggut maka nak mula beri khutbah pd org lain.

    Din Klang

    ReplyDelete
  29. Satu kajian oleh laman web Information Technology Law berjudul "Dividend Policy: Malaysian Public Listed Companies 2006 to 2009" mendapati kadar purata dividen syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia adalah 3.31%.

    Dato.. betul ke kajian ni.. ? macam mana pegawai2 felda nak terangkan kat ahli2 kpf nanti? yg mana dividen mereka akan berkurangan dari biasa pada masa akan datang?

    tapi menteri selalu cakap peneroka akan dapat durian runtuh bila FGV disenaraikan dibursa malaysia kelak.

    ReplyDelete
  30. Dato Kadir
    Salam Hormat

    Teringatkan arwah Dato Salleh Majid dan Bursa Saham KL: apakah Dato tidak suka kalau Felda disenaraikan dengan syarat muamalat ketat mengikut budaya niaga halal toyibban? Mengapa KPF perlu pada FGVB yang telah dan masih berhutang?

    Itulahlah cabaran Melayu berwawasan.

    Sekian

    ReplyDelete
  31. Anonymous2:03 PM

    Assalamualaikum Tok Abdul Kadir, mohon izin jawab Din Klang dan ahli-ahli Pas semacam beliau.

    Betullah macam Din Klang kata. Memang saya ahli golongan lama Pas. Saya tidak masuk universiri belajar Ussuluddin atau mana-mana cabangan pengajian Islam, tapi belajar juga ilmu ilmu itu di pondok dan madrasah. Saya pun berguru juga dari anak-anak kita yang balik Mesir, Jordan dan England, macam Ustaz Azizan MB Kedah.

    Saya tak tahulah kalau pengajian Din Klang dan golongan baru Pas lebih tinggi dari Ustaz Azizan, Tok Guru Nik Abdul Azit dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang saya dua tiga kali berguru. Alhamdulillah kalau ilmu Islam Din Klang lebih tinggi dari saya.

    Itulah untung generasi muda macam Din Klang. Dibagi biasiswa atau ada duit sendiri pergi belajar di Mesir, Jordan, Syria, Arab Saudi dan Pakistan. Masa saya muda-muda dalam zaman penjajah, ada tak ada pun sekolah pondok, madrasah dan sekolah raayat.

    Tapi Alhamdulillah lepas mereka, tak kira anak orang Pas atau Umno, banyak yang pergi Mesir. Alhamdulillah anak-anak saya pun dapat juga. Merekalah yang ajar saya guna komputer dan beli komputer bagi saya. Jadi boleh kira moden jugalah saya walau ustaz kampong saja.

    Sumbangan saya kepada Pas tidaklah banyak. Saya bagi derma sikit-sikit, tulong kutip derma, kempen di kampung masa pilihan raya. Itulah yang ustad kampong dan orang tua buleh buat. terima kasih Datok.

    Ustaz Kampong

    ReplyDelete
  32. Anonymous2:20 PM

    Penswastaan perkhidmatan kesihatan awam, 1CARE.

    Apa cerita?

    Fed Up

    ReplyDelete
  33. din klang4:22 PM

    Aslkum Dakj

    Terima kasih kerana tetap siarkan pendapat saya. Kalau Di Utusan dan Berita Harian mintak maaf le.

    Sdr Ab dan Lat Juno

    Soal kafirkan org lain dan menuduh Allah mencarut bukan soal kecil tapi MAHA besar. Oleh kerana soal itu maha besar kenapa sdr2 dgn mudah percaya serta termakan dgn tulisan diakhbar dan tv arus perdana je yg anda pun tau tunduk dan patuh kpd pemimpim besar Umno yg banyak fasiknya.Pernah ke media perdana tersebut secara gentleman memberi peluang secara terbuka kpd UstzHadi dan Ustz Nik Aziz mengia atau menafi atau membentangkan kes mereka kpd rakyat? Jauh panggang dari api.

    Sdr bukan tak pernah dgr bagaimana bekas ketua pengarah BBR iaitu Dato Shafie( contoh org lebih takut Allah berbandingmanusia atau pangkat) telah secara terang2an berkata bahawa Mahadir telah mencampuri urusan BPR agar Anwar didapati bersalah. Kecuali the Star dan Harakah media lain senyap atau diarah senyap, langsung tak tak berani lapur sedangkan apa yg diucap tu berlaku semasa di mahkamah tinggi!!!.

    Apa pendapat Ab dan Lat Juno.

    Argumunt yg sama saya guna utk membela umat yg dizalimi bernama Anwar Ibrahim

    din klang

    ReplyDelete
  34. Anonymous6:34 PM

    Tok Kadir dok cerita pasai gula
    Mat tersengeh ingat masa muda-muda
    Masa tu miskin tidak terkira
    Gula dan kopi sangatlah berharga.

    Pelawat mai gula tak ada
    Kita malu tidak terkira
    Pi rumah jiran pinjam secamca dua
    Pasai air muka kena jaga.

    Semua benda kita pinjam
    Lagi-lagilah bila bini mengidam
    Berutang dengan Cina dan Siam
    Susah hati tak tidur malam.

    Hutang Cheti hutang Bengali
    Pajak bendang, lembu dan sapi
    Lepas tu baru ada koperasi
    Bank Rakyat banyak berbakti.

    Bila senang balas dendam
    Telan gula siang dan malam
    Lupa kepada zaman silam
    Dok tak dok penyakit terkam.

    Kencing manis darah tinggi
    Potong tangan potong kali
    Sakit jantung tapi tak mati
    Buat susah anak dan bini.

    Raja Gula jadi kaya raya
    Gula subsidi punya angkara
    Melayu kudung mata buta
    La ni Felda pula jadi punca.

    Nasihat Tok Mat terima
    Mat dah lama kurangkan gula
    Jimat duit penyakit pun tak ada
    Bolehlah kita hidup sempurna.

    Dulu Tok kita 90 tahun kuat lagi
    Pasai depa makan berperi-peri
    Kerja kuat setiap hari
    Pugar tanah, tanam padi.

    La ni kawan Mat 50 tahun dah pi
    Potong tangan potong kaki
    MaCAM-MACAM penyakit diidapi
    Kerana pasai kesihatan depa tak peduli.

    Sampai sini Mat mohon berenti
    Nak pi Langgar dan Kampung Jabi
    Rata tempat pi cari rezeki
    Kalau sabar Tuhan akan berkati.

    Mat Tunjang Enterprise

    ReplyDelete
  35. SALAM KASIH DAN SAYANG
    DAKJ
    Izinkan,

    Datuk AKJ,

    The blog sites we frequent are that of Chedet.cc and The Scribe.. only!

    Of late, we noticed two 'colourful' and 'distinguished' characters whom had attracted much attention from fellow commentors.

    The one in Chedet identify himself as 'Juks' blogging from the UK (United Kingdom) and the other one in The Scribe is lauded as 'Din' of Klang ( perhaps too shy to admit his Ulu origin)

    Why are these two 'ABI' jerks given so much valuable spaces to rue and/or ruffle in the two blogs is beyond our reach..???
    A thousand apologies on the...???, dear Datuk.

    But the 'Din' of Klang ability to attract attention, we acknowledged.


    ALFATIHAH, AMIN.
    Ps. Allah willing, perhap's din Klang maybe able to see the beauty of this progressive and peaceful multiracial country of ours as he develops the grey matters in his brains… Insyaallah.

    ReplyDelete
  36. Our regular debater, samurai melayu, in part, wrote:

    "The one in Chedet identify himself as 'Juks' blogging from the UK (United Kingdom) and the other one in The Scribe is lauded as 'Din' of Klang ( perhaps too shy to admit his Ulu origin)

    Why are these two 'ABI' jerks given so much valuable spaces to rue and/or ruffle in the two blogs is beyond our reach..???
    A thousand apologies on the...???, dear Datuk.

    But the 'Din' of Klang ability to attract attention, we acknowledged."

    1. This is a free space. I cannot stop any Tong, Din and Harlal (Tom, Dick and Harry) from participating in the debate for as long as they fuflill the minimum condition I set;

    2. Some participants attract attention and following by virtue of their intellect and reasonableness;

    3. Others by disregarding intellect and reasons, instead by appealing to the basest of human emotions;

    4. Many participants are intellectual, reasonable and calm. Others don't care much for intellect and reason. They prefer to be outrageous, abusive and emotional;

    5. And there are readers, whom I believe, are intellectual, reasonable and calm. But there must be a few who are not intellectual, unreasonable and emotional; and

    6. So, the debaters have the choice as to whom they want to address themselves. My only hope is they hold themselves responsible for what they say here. But could they or would they? Walllahualam.

    Thank you.

    ReplyDelete
  37. Salam Dato'




    Saudara Din Klang menulis,


    ........Oleh kerana soal itu maha besar kenapa sdr2 dgn mudah percaya serta termakan dgn tulisan diakhbar dan tv arus perdana je yg anda pun tau tunduk dan patuh kpd pemimpim besar Umno yg banyak fasiknya......



    Saudara Din Klang, untuk saya mengetahui `ilmu' mengenai aqidah,tauhid dan fiqah; saya bertanya kepada yang `mahir' alquran,atau hadis dan lepas itu rujuk kepada kitab kitab yang dicadangkan...saya `usaha lebih' kerana saya tak pandai bahasa arab.....




    Saudara TEKA DAN TUDUH TAK BETUI LAGI laa!....saya tak rujuk surat khabar atau TV untukperkara perkara tersebut...saudara buat macam tu ka?



    Saudara tau tak, kita digalakan mengguna A'QAL didalam kehidupan kita.....kebenaran susah dicari,tetapi bukan mustahil...



    Kepalsuan la yang terbanyak yang `menghidupkan' dan `menceriakan'
    manusia terbanyak dari dulu kala hingga akhir zaman...



    Mempercayai tulisan saudara pun saya kena `timbang' banyak banyak sebab NAMA SAUDARA PUN palsu kat sini..... SAYA YAKIN,nama saudara kat mykad bukan Din Klang,betui tak?



    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  38. Salam DAKJ

    Maaf Dato’ sebab ingatkan artikel kali ni berbincang pasal Raja Kelapa Sawit. Dan sekarang nak jadi Raja Gula. Tiba-tiba terkeluar pulak cerita pasal Raja lembu. Akhirnya Raja fitnah sampai geng sendiri pun nak difitnahnya.

    Din!!!, teruk penyakit ‘ekou’ ni. ‘Eden’ rasa eloklah ‘ekou’ dengarlah nasihat dibawah.

    Tidak cukup berundur, Abdul Hadi mesti perbetul akidah pengikut Pas

    KOTA BHARU 1 Feb. – Bekas anggota Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris menyambut baik kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
    “Tidak cukup dengan Abdul Hadi berundur, beliau mesti bertaubat dengan dosa-dosanya melalui Amanat Hadi yang membawa malapetaka, ini termasuk tercetuskan Peristiwa Memali, gerakan bawah tanah merekrut pelajar pusat pengajian tinggi untuk menentang kerajaan dan akidah PENGIKUT PAS yang rosak kerana beriktikad dengan amanat tersebut,” katanya.
    Pada 1984, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan amanat tersebut yang dibuat oleh Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kuala Terenggau pada 1981, sebagai BERTENTANGAN dengan Islam.

    Saya setuju dgn Prof Madya Mohd Noor Deris. Begitu taksubnya mereka hingga peliwat yg disahkan meliwat pun masih diangkat jadi pemimpin. Bukan kata tiada bukti, siap video sex lagi, dgn tarikh dan masa sekali. Hai!!!! Dah teruk dah sampai kena perbetulkan akidah puak-puak ni. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  39. langitbiru4:48 PM

    Assalamualaikum Dato’

    Bila kali terakhir artikel Dato’ disiarkan dalam Utusan, BH,NSTP?

    Tak silap saya, dah lama juga artikel Dato’ tak disiarkan secara penuh dalam Utusan, BH dll.

    Sekarang, Utusan memberi keutamaan kepada Ridhwan Tee, Mashitah, yang banyak juga menghentam PAS tanpa berselindung.

    Saya ada juga membaca tulisan Mashitah, PAS: Parti Aloh Sokmo dan beberapa lagi tulisan beliau.

    Apa yang saya perhatikan, ulasan sarjana tinggi kedua-duanya, tak banyak bezanya seperti kebanyakan pendapat-pendapat pembahas (penyokong,ahli,orang UMNO) dalam blog Dato. Isu yang ditonjolkan adalah isu yang remeh temeh, perkara kecil diperbesarkan. Hujah-hujah dangkal yang dikemukakan hanya semata-mata untuk menidakkan keupayaan PR, bermatlamat mewujudkan persepsi yang tidak baik kepada seteru UMNO, iaitu PR.

    (PASTInya, penyokong UMNO menyatakan perkara yang sama kepada Harakah! Akan tetapi, hujah dalam Harakah banyak fakta-fakta tepat yang gagal disangkal oleh UMNO. UMNO hanya buat ‘pekak badak’ dengan keyakinan sesuatu isu itu akan berlalu tanpa ada impaknya)

    Saya kerap kali membaca hujah/pendapat Dato’ di Harakah, kerap kali juga di MInsider secara tek penuh.

    Mungkin akhir-akhir ini, pendapat Dato’ lebih disenangi Harakah berbanding Utusan dsb.

    Dan mungkin juga, tindakan Dato’ melulus siar pendapat ‘pembangkang’ melahirkan rasa gusar dan khuatir bagi segelintir ahli/penyokong UMNO dalam blog ini.

    Saya membaca dalam blog SakmangkolAK47 dan Aspan Alias. Bila baca pendapat ahli/penyokong UMNO, rasa cukup bimbang dengan budaya bahasanya, sangat kasar dan kesat!. Kalau dibanding dalam blog Dato’, pendapat ahli/penyokong PR masih waras budaya bahasa mereka!

    Dan pendapat seperti ini…………......( perhaps too shy to admit his Ulu origin)……………..tidak membawa apa-apa makna dalam kontek perbahasan, melainkan untuk ‘menjatuhkan’ kredibiliti penulis tersebut. Ternyata, bukan satu tindakan yang bagus! Tak tinggi meritnya………………..mohon maaf!

    ReplyDelete
  40. abdullahngah5:29 PM

    ustaz kampung,

    Bukan pasal ngaji tinggi atau rendah.

    Persoalannya ialah amalan mereka. Mereka beramal atau tidak dengan ilmu yang ada pada mereka.

    Kalau ngaji tinggi melangit pun tapi tak beramal dengan ilmu yang mereka miliki tak guna juga.

    Ngaji rendah tapi beramal dengan ilmu yang mereka miliki adalah lebih baik berbanding dengan yang ngaji tinggi tak beramal dengan ilmunya.

    Katakan seorang ulamak. Ulamak bukan calang calang orang dengan ilmunya. Tapi ada ulamak yang Rasulullah SAW sebut ulamak jahat.

    Ada ulamak jahat ada ulamak baik. Ada ngaji tinggi jahat, jual agama dengan harga yang murah,tapi ada yang ngaji rendah baik dan takut makan riba.

    Tapi yang mengaji tinggi riba dikatakan bukan riba. Ada pula yang kata apabila akad ia bukan riba.Tak takut makan riba.

    ReplyDelete
  41. din klang5:37 PM

    Aslkum Dakj

    1. Kpd sdr Besi, kadar dividen purata sebanyak 3.31% yg dibayar oleh sykt yg tersenarai di Bursa Saham Malaysia segaimana di sebut oleh Dakj yg memetik laman Information Technplogy adalah benar. Jika sdr nak faham dgn lebih lanjut cuba sdr lihat bawah tajuk dividend yield bahgian bisnis surat khabar the Star. Angka itu diperolehi dgn membanding antara diveden sesaham dgn harga sesaham. Syarikat yg menbayar div melebihi purata 3.31% secara konsisten bertahun2(tak kira ada Pilihan Raya Umum atau tidak) bolehlah digolongkan sebagai sykt berjaya.

    Skrg cuba sdr bayangkan bagaimana skim SARA tiba2 boleh menjanjikan div tahunan hingga 33%?

    Saya berani kata
    SARA adalah skim terdesak jangka pendek kerajaan Najib utk gula2kan org miskin supaya sokong UmnoBn dlm keadaan kerajaan tak punya banyak pilihan memandangkan Najib dan Pak Lah mewarisi hutang negara yg jumlahnya mengerunkan. Ditambah pula dgn sikap semukajadi pemimpin Umno yg belanja boros atau pencuri wang rakyat menerusi pelbagai skim spt direct nego, bayaran komisyen, sengaja tak punggut hasil dll.

    Kpd Samurai Melayu jgn la bengke dan gelar org Ulu.

    Din Klang

    ReplyDelete
  42. perantau5:48 PM

    Dato

    Felda sepatutnya juga memfokus kepada pengeluaran hasil makanan asas negara seperti membuka skim ladang gula, beras dan ladang ternakan...... selain dari sawit dan getah agar kita tidak sepenuhnya bergantung kepada negara lain untuk di import

    cuma mungkin sebab harga sawit dan getah sekarang agak tinggi dan stabil berbanding gula dan beras sekarang.

    tetapi jika di lihat trend harga beras dan gula sekarang, saya rasa ia mungkin akan menjadi komoditi yang bernilai tinggi pada masa akan datang atau sekurang kurang nya dapat membantu mengurangkan kos import.

    Kita masih mempunyai tanah yang luas seperti di Sarawak akan tetapi ia bergantung kepada kerajaan dalam perbincangan dengan penduduk tempatan dalam menyelesaikan mekanisma pembukaan skim ladang felda di sana.

    Cuma apa yang saya lihat, rakyat kita terlalu di manja kan sangat.

    Jika kita pergi dan di lihat di Indonesia, Thailand dan Vietnam, setiap inci tanah di gunakan sepenuhnya oleh petani.

    Jika tanah tidak berapa sesuai, di usaha kan dengan pelbagai cara agar ia boleh mengeluarkan hasil sekurang kurang nya boleh dapat sesuap nasi untuk keluarga.

    Tetapi di sini, tanah sawah banyak terbiar.

    ReplyDelete
  43. Lahuma6:47 PM

    Salam Dato:

    Pi mai pi mai kalau sekali pandang punyalah hebat Melayu main politik akhlrnya rugi banyak benda.

    Yg di kejar tak dapat yg dikendung berselerak.

    Politik Melayu gagal.Ekonomi Melayu gagal.Pendidikan Melayu gagal.Budaya melayu gagal.Masyarakat Melayu gagal.Dan macam-macam lagi.

    Begitulah proaktifnya Melayu main politik.

    Masa depan Melayu pun sedang mnenempah gagal kerana terlalu ramai cerdik pendai yg tak boleh tumpang oleh Melayu lain.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  44. din klang7:38 PM

    Aslkum Dakj

    1.Terima kasih dan tahniah kerana tidak menyiarkan tulisan yg nengunajan bahasa kasar ; lucah maupun menyakitkan hati.

    2 Kalau saya menjadi wartawan terkenal spt Dakj tentu saya sgt kecewa dgn mutu sesetengah pembahas. Impian Dato tentu mengharapkan pembahas berhujah bgm rakyat boleh maju, makmur, kaya, law abiding, hormat menghormati hak org lain, bebas besuara, bebas berkumpul, selamat harta benda dan marwah diri mereka dan keluarga, menikmati sistem polis dan kehakiman yg terkenal bebas dari penguasa zalim demi mempertahankan rakyat dan moraliti, menghapus rasuah dan salahguna kuasa, menyelamatkan tanah rezab Melayu dlll.

    Melihat drpd sebahgian perbahasan yg tak berkualiti tentu impian tinggal impian sahaja. Contoh pernyataan tak berkualiti yg terus diulang:

    Menuduh pembahas lain emosional, cetek, finah tanpa mengemukakan hujah alternatif.

    Membuat penghakiman sendiri spt. mengatakanpemimpin tertentu liwat walaupun 2 mahkamah. berasingan telah membebaskan beliau atau dlm kes Okj terlalu yakin. dan berani tanpa segan silu sering menuduh pemimpin berkenaan terlibat seks berdasar video yg kata Okj tulin tapi belum pernah dibuktikan dimana2 mahkamah. Beginikah cara yg diajarkan oleh Islam dalam menjaga kehormatan sesama Islam? Akakah kita fikir kulit badan kita sudah terlalu kuat hingga boleh menahan panas api neraka?

    Din Klang

    ReplyDelete
  45. Dato Kadir,
    Salam Hormat

    Raja Minyak Sawit
    (mister x anak x dan y)

    Sebenarnya nak tanya Sdra Fed Up mengenai model optima kepenyeraian KPG di bursa dan bagaimana pula di bursa GCC dan Shanghai?


    4. Dengan melakukan IPO, Felda boleh mengumpul modal baru. Modal itu boleh digunakan sendiri oleh Felda atau “dipinjamkan” kepada FGV untuk dilaburkan dalam projek-projek baru;


    Berapa banyak modal baru yang perlu dan yang dijangkakan dan menyusur pendapat

    perantau said...

    Dato

    Felda sepatutnya juga memfokus kepada pengeluaran hasil makanan asas negara seperti membuka skim ladang gula, beras dan ladang ternakan...... selain dari sawit dan getah agar kita tidak sepenuhnya bergantung kepada negara lain untuk di import


    Saya tidak perlulah bertanyakan YBhg The Scribe bab ini kerana beliau sedia mengatakan saperti apa yang dia ingat dan seterusnya membawa falasafah budayakerja cerita era pre-Abdullah Badawi(Tun) kerana perkara besar kemungkinan senang 'backdoor takeover by black knight' semestinya mendapat perhatian Sdra lawgiver dan kemudahan dari investment bank kapitalist penghancur bak berhutang kepada yang telah muflis perkara entneg kepada Sdr Langitbiru kerana dalam ilmu fiqh muamalat melampaui Sdra Saji dan pemerhati yang lain.


    Pendekata, MSM tunggu GST dan FGVB tunggu surat bank. Masuk pintu belakang itu cerita jahilaih semasa haji, Dato: susah sangatkah meminjam dari citibank beli saham bilamana sara 1malaysia kena ambil loan beli saham.

    Cabaran Melayu berwawasan dan Raja Minyak Sawit.

    Cerita politik: bila PRU untuk DUN empat negeri? itu cerita semacam najib main catur dengar 'check!' teringatkan main dam haji.

    Isu eknomi bukan kepakaran PAS, DAP tetapi hak PKR - apa kata anda Sdra Fed Up? (sekiranya masih belum dapat cara backdoor takeover itu, bab Hasan Ali pulang ke PAS itu cukuplah, betul tak, Dato?)


    Sekian

    ReplyDelete
  46. Tok AKJ...
    kenapa monopoli? berapa pihak yg untung? beras,gula makanan asasi suma monopoli...kemudahan asas letrik pun monopoli...sampai ke tv satelite..kalau la kerajaan bg lesen pd mana2 syarikat utk import beras or gula...takda masalah kenaikan harga...

    ReplyDelete
  47. Anonymous7:04 AM

    Tak ada yang minat nak sembang pasal 1CARE ke?

    Walaupun tampak kebanyakan tukang komen disini dari golongan intelek dan pemikir, tapi isu diminati sebijik macam isu perbualan di kedai kopi kampung-kampung.

    Ingat sembang begini boleh yakinkan orang ikut pangkah undi parti masing-masing ke?

    Buat ke entah berapa kali, saya katakan, hujah-hujah begini hanya dapat menyakinkan mereka yang sudah setia hatinya. Bukan orang di luar parti.

    DAKJ, saya doakan blog ini tidak sekadar tempat untuk tempelan ego "aku betul" semata-mata.

    p/s harga telur sudah turun sedikit tapi masih belum mencecah paras harga semasa bulan puasa tahun lepas.

    Fed Up

    ReplyDelete
  48. Mustapha Ong8:37 AM

    Salam saudaraku Dato' AKJ,

    Agar dah lama kita tidak bersuamuka di ruangan media maya sejak berbulan-bulan dah!Doa' semoga Dato' dan sekeluarga sihat al-wa'afiat.

    Pada hari jumaat yang mulia ini biarlah kita bertenang dan hanya berdoa kehasrat Allah swt untuk memohon ampun dan perkara-perkara yang terbaik untuk kita, saudara-saudara sesama Islam yang kurang bernasib baik. ameen.

    Betul lah kata Dato' "just leave politics alone no matter what went wrong in this beautiful country and nation known as Malaysia semua Boleh".Tetapi malang nya ada juga parasite yang menghentam saya setelah membaca komen saya tentang kewibawaan TunDrM dan Najib Razak di ruang Malaysia-Chronicle hari ini.

    Tetapi saya masih waras lagi dan tak pernah melenteng atau menjawab ulasan parasite yang "terlanjang dan tidak bernama mahupun identiti".Biarlah pembaca aje yang menentukan apa yang saya tulis itu, walawallam.

    Dato' suka saya mengambil kesempatan ini untuk memberi penilaian dan komen kepada "isu Malay Mail baru make-over" yang akan menjadi hangat sekarang. Tahniah kepada saudara kita saudara Ah Tan Mole & Rocky Bru dan team nya. Transformasi penerbit MM dalam senyap memang mengejutkan. Saya dah membaca dua isu kelmarian dan memang rasa macam berada di Washington, New York atau di London.

    MM is now of journalistic media value and "reader friendly" dengan susuanan berita, artikel yang sistematik.Penulis-penulis dan Columnists MM juga memang handal dan pintar dengan media intelligence dengan Bahasa Inggeris yang cukup bagus dan mantap.

    saya yakin bahawa MM akan memberi persaingan hebat kepada NSTP dan Star.Harga MM pun murah(cuma RM1.00) dengan subsidi kut, walaupun iklan-iklan nya cuma ada satu muka sahaja tetapi lengkap untuk keperluan semua pembaca! Syabas kepada penerbit dan pengurusan MM. Tahniah kepada Tok Rocky dan COO MM Endie Shazlie.

    ReplyDelete
  49. din klang8:48 AM

    Aslkum Dakj

    Najib kata berita Rosmah belanja sakan di Australia sengaja direka untuk burukkan imej mereka.

    Komen saya:

    1. Ye la tu. Kes berlian berharga Rm/Usd24jt yg masuk ke Malaysia merayau2 sesat kemudian setelah didedahkan oleh media jugak terpaksa dipulangkan ke US jugak satu fitnah.

    2. Berita Rosmah bertukar ganti melaramkan beg tangan bernilai jutaan rgt juga rekayasa pemimpin pembangkang yg tiada kerja lain selain dengki.

    3. Berita Rosmah buka ofis FLOM dgn gunakan wang rgt rakyat dan buat aktiviti seolah beliau menteri atau bertindih dgn tugas menteri juga.satu lagi kerja fitnah pembangkang.

    Kalau saya jadi Najib saya:

    1. Akan jadi anak jantan dgn menyaman mereka yg menfitnah keluarga saya termasuk yg libatkan jes pembunuhan Altantuya.

    2.Akan muhasabah diri dgn bertanya kenapa isteri PM2 yg lalu tak pulak diselubungi kontrovesi.

    Macam2 cara Allah membalas perbuatan dosa hambanya, tak payah tunggu di Akhirat. Kesian Najib.

    Din klang

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum,
    YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Selamat meyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Eloklah kita lapangkan sedikit masa kita membandingkan cara kepimpinan Baginda dengan yang diamalkan oleh pemimpin kita. Kepada pembahas yang mungkin akan mengatakan suasana dulu berlainan dengan zaman serba canggih sekarang apa yang kita hendak ambil kira adalah konsep dan falsafah Baginda yang kekal zaman berzaman.

    Saya bukannya ahli UMNO mahu pun PAS dan dengan itu tidak memihak dari segi parti tetapi dari segi isu yang menguntungkan atau merugikan agama, bangsa dan negara.

    Kita lihat Nabi kita melihat jauh kehadapan. Baginda meyebarkan kebaikan kepada semua tidak kira bangsa dan ugama.Konsep Baginda jika generasi yang sediada tidak mahu menerima Islam Baginda tidak putus asa dan berdoa semoga keturunan selepas itu akan menerimanya.Dasar tersebut sungguh berjaya dimana Islam terus berkembang keseluruh dunia melibatkan keseluruhan manusia tidak kira apa bangsa , warna kulit dan negara.

    Di Malaysia hari ini kita melihat pendekatan yang berlainan antara UMNO dan PAS.Dahulu UMNO senang bergerak dengan dasar pelbagai kaumnya sementara PAS terkongkong dengan dasar eksklusifnya. Sekarang keadaan sungguh berbeza sekali. PAS telah membuka pintunya kepada semua dengan dasarnya "PAS For All".Ramai bukan Islam tidak lagi takut dengan PAS dan ada yang menubuh Kelab Penyokong PAS.UMNO pula walaupun mewujudkan dasar "1 Malaysia" tetapi berpilih-pilih dalam perlaksaannya.UMNO bila pergi kekawasan penduduk India akan menunjukkan ianya sangat mengambil berat tentang masalah masyarakat India dan sebaliknya apabila pergi kekawasan penduduk Cina akan mengatakan telah memberi banyak kemudahan kepada orang Cina dan akan terus berbuat demikian.Konsep 1 Malaysia memang baik tetapi perlaksaannya hendaklah serentak kepada semua supaya menampakkan saksama dan tidak tidak menimbulkan buruk sangka yang sesuatu pihak diberi lebih perhatian dari yang lain.

    Untuk menjadikan UMNO parti tunggak orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia keseluruhan amnya UMNO dan rakan kongsi UMNO hendaklah mengubah dasarnya dari terus memperlekeh parti lawannya kepada sebuah parti yang berjiwa besar yang sentiasa membawa berita yang baik kepada semua.Dengan menggugurkan watak yang eksklusif barulah orang dengan senang hati hampir semula kepadanya.

    Akhir sekali saya mengucapkan tahniah kepada Dato' kerana berjaya menjadikan blog ini benar-benar terbuka untuk sesiapa sahaja meluahkan rasa hatinya sehingga ada pihak merasa panas dan mencadangkan Dato' mengadakan tapisan.Ini adalah kerana terdapat pembahas yang mengutarakan fakta yang jelas yang tidak dapat diselindung seperti yang kadang-kadang dilakukan media arus perdana.

    Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
    Pencetus Strategic Vision,
    Petaling Jaya.

    ReplyDelete
  51. din klang4:18 PM

    Aslkun Dakj

    Beruntungnya org bernama Hasan Ali

    1.Anak seorang imam kg dari Pulau Indah ni petah bercakap.

    2.Lepas tamat ijazah BA dari UM beliau jadi pegawai PTD. Enam tahun kemudian dpt biasiswa buat MA di US. Tahun 1981 pulak dpt biasiswa lagi buat Phd dan pulang terus kerja di INTAN. Dari situ beliau mula terlibat dgn module kursus bina insan.

    3. Menyedari masa dpnnya dlm PTD tak cerah beliau berhenti untuk buat bisnis motivasi sepenuh masa pd 1988. Malangnya pupulariti Hasan semakin meluntur dlm bidang motivasi. Hasan harus menceburi bidang baru untuk terus relevan dan tetap terkenal.

    4. Peluang keemasan muncul depan mata bila suasana politik negara menjadi sgt panas berikutan pemecatan Anwar oleh Mahadir pondan. Hasan merebut peluang dgn memutus hubungan dgn Umno kerana masuk Pas dan terus diberi jawatan tinggi dlm Pas. Sebagaimana biasa org yg tak kenal Hasan secara dekat akan beranggapan Hasan ni macam malaikat kalau diukur dgn ceramah2nya. Semakin lama Hasan dlm Passemakin terserlahlah perangai si Hasan.

    5. Untyk kekal releven Hasan harus gunakan tektik lama ug diulang2 iaitu tinggalkan Pas pulak(walaupun dibuang sebenarnya Hasan sengaja cari pasal supaya dibuang).

    6. Hasan Ali memang mau dikenali sebagai pejuang Islam. Tapi selepas mengenali dan bergaul dfn beliau lebih 40 tahun dan dgn track record beliau selama ini saya lebih cencerung berkata sifat munafiknya terlalu banyak untuk melayakkan beliau digelar pejuang Islam.

    Di dunia Hasan Ali bernasib baik kerana org Umno masih sudi mebgambilnya jadi budak suruhan( disedari atau tidak). Dgn pentas yg Umno sediakan Hasan Ali masih boleh berkokok dan merapu. Saya akan hormat sikit pd beliau sudi jemput YB Khalid Samad hadir untuk menjawab tuduhan beliau.

    Din klang

    ReplyDelete
  52. Anonymous12:52 AM

    RLB,

    Model penyenaraian saya tidak cukup ilmu. Sekolah tak sampai tahap tu.

    Tapi saya nak komen tentang "Isu eknomi bukan kepakaran PAS, DAP tetapi hak PKR"

    Dalam setiap parti itu ada pakar masing-masing. Jika ada yang nak bolot/belot, dijangkakan lagi dua parti tidak akan berdiam.

    Check and balance.

    Saya juga tidak percaya model konsensus amalan BN sekarang akan diteruskan.

    Konsensus dalam parti ya tapi tidak antara parti.

    Fed Up

    ReplyDelete
  53. Dato' Kadir
    Salam Hormat

    Terima Kasih Sdra Fed Up.
    Saperti yang telah diutarakan oleh Dato Kadir dalam hal FGVB masih belum ada 'prospektus ipo KPF'. Harapnya saperti kata anda adanya pakar-pakar ekonomi islam dan 'shariah compliance' dapatlah memberi perhatian sebagaimana prehatinnya CUEPAC dengan SBPA membantu penyeraian KPF di bursa-bursa. Cuma minyak sawit ini lawannya minyak soya kesayangan Barat.

    Model konsensus dalam BN sekarang bukankah baik? Harapnya betullah cerita semua kawasan pengundi Melayu yang dahulunya kawasan putih UMNO yang diberikan kepada parti komponen lain akan dipulangkan kepada UMNO dan ini merupakan konsensus yang harus dipuji.

    Ingat sembang begini boleh yakinkan orang ikut pangkah undi parti masing-masing ke?

    BR1M? SARA1M? Bajet 2013?


    Sekian

    ReplyDelete
  54. Anonymous12:45 AM

    Assalamualaikum Dato' dgn.izin,

    Sdr.din klang dan lain2:

    1.Pada Nov.1984.Majlis Raja Raja telah membatalkan debat UMNO-PAS atas tajuk "Orang2 UMNO itu kafir".

    2.Haji Hadi telah menegaskan bahawa dia akan memberikan bukti dlm. perdebatan itu yg.orang2 UMNO kafir.

    3.Oktober 1984 Haji Hadi membuat pengakuan sesiapa saja menentang UMNO matinya mati syahid.Saya berpendapat pengakuan ini 'mendorong'Ustaz Ibrahim Libya bersemangat menentang kerajaan sehingga mati.

    Silalah siasat dan kaji adakah Haji Hadi mengkafirkan orang2 UMNO? Tak cukup dgn.hanya menafikanya semata-mata.

    Hayatilah kata2 TG Nik Aziz:

    1.Ajaran Islam membenarkan umatnya mencarut.

    2.Novel SHIT karangan Prof. Dato'Shahnon Ahmad yg.mengandungi kata2 jijik, mencarut dan lucah tidak bercanggah dgn.Islam.

    Surah Al Lahab dijadikan seagai bukti dari Al Qur'an.Bermaksud " Binasalah kedua2 tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.Tidak berfaedah kpd.nya harta benda dan apa yg.dia usahakan.Kelak dia akan masuk ke dlm. api yg. bernyala-nyala.an (begitu juga) isterinya pembawa kayu bakar yg. dilehernya ada tali dan sabut.

    3.Katanya Allah kata " Kalu mu samseng, Aku (Tuhan mu) lagi samseng, kalu mu jahat Aku (Tuhan mu) lebih jahat dan kalu mu sombong.Aku ( Tuhan mu)lebih sombong.

    4.Sanggup mentafsirkan nama Allah,Al Jabbaarul-Mutakabir.. membolehkan Allah dianggap bersifat maknusia yg. mempunyai serba kelemahan.

    Salah satu sifat utama Ulama ialah
    mengenal Allah sedalam dalamnya dan sangat takut kepadaNya.

    Saya berpendapat TG Nik Aziz tidak memiliki sifat Ulama yg.mulia ini.

    Sdr.din klang kalau tak percaya apa yg. saya paparkan terpulanglah.
    Saya hanya ingat mengingati sesama Islam.

    Salam hormat,

    Lat Juno.

    ReplyDelete
  55. din klang8:37 AM

    Aslkun Dakj

    Sdr Lat Juno dan yg sama dgnnya.

    1. Saya berpendapat dlm Umno siapa kuat duitnta, sifat penipunya, sifat kejamnya, org itulah yg akan menang di perinkat cawangan, bahgian, negeri dan seterusnya majlis tertinggi.

    Org2 spt ini kah yg sdr nakharap perjuang Islam spt Nik Aziz, Hj Hadi, Harun Din maupun Anwar Ibrahim?

    Betul Malaysia ada Majlis Fatwa Kebangsaan. Tapi siapa nak hormat pd fatwa majlis tajaanatau lantikan Umno yg Islampegangan pemimpinnya sendiri lintang pukang!!

    2. Kalau pun Lat Juno terlalu baik, murah hati dan pemaaf bila melihat rakyat malah ahli akar umbi ditipu dan digula2kan oleh pimpinan Umno, sdr jgn harap org insaf dan cerdik hak akan memanggil pimpinan dan barua umno dgn pabggilan "intan payung jantung hati, tak pe kami tak kisah ambillah, curilah RM 500jt pulak kalau wang250jt dulu tak cukup."

    3. Bila ada isu besar spt tuduhan pemimpin Pas mengkafirkan ahli Umno, berkata Allah mencarut, pemimpin pembangkang menyokong kaum Lut, sdr Lat tak tergerak hati nak suruh majlis fatwa dan tv panggil mereka sendiri beri penerangan atau berhujah kes mereka.? Dan didepan majlis yg anggotanya terkenal tak mudah dibeli oleh pemerintah zalim spt Umno.

    4. Kita umat Islam di suruh guna akal dlm membuat kebaikan dan menentang kemungkaran terutama bila kemungkaran tpinpinan Umno tu terlalu jelas.

    Din klang

    ReplyDelete
  56. Anonymous10:56 AM

    Mike Angel-o kata,

    "Model konsensus dalam BN sekarang bukankah baik?"

    Jika sampai kepala keretapi ke stesyen, sampailah juga gerabaknya.

    Jika ada gerabak yang tergelincir dari landasan, seluruh perjalanan tergendala. Belum dikira lagi kerosakannya.

    Fed Up

    ReplyDelete
  57. Anonymous8:40 PM

    Dengan Izin Dato' Kadir.

    Sdra Fed Up,

    Sebahagian perututsan Tuanku Sultan Perak.

    http://www.bernama.com/bernama/v6/newsgeneral.php?id=644081

    Poverty Of Ummah Will Worsen If Leaders Concerned With Amassing Wealth For Themselves - Perak Sultan


    Tuanku terbaca coretan ngomelan rakyat Perak agaknya.

    Gerabak dan tanah Jongkang-jongkitlah rasanya kalau tak tahu 'decoupling'. Parti atau negeri? DUN atau Parlimen?

    Semacam pemikiran Osama Ben Laden bait Sdra Fed Up. Serupa tapi tak sama: Stesyen 2020

    The fittest survive.

    Sekian dan Salam Maulidur Rasul
    Dato' Kadir dan parawisata-parawisata blog The scribe.

    RL-B

    ReplyDelete
  58. tokman9:58 AM

    Robert Kuok (Raja Gula) dah lama berniaga dalam bidang komoditi2 dan mahir dalam sebar serbi dalam pasaran dunia itu. Bila beliau sanggup tinggalkan ladang tebu dan jual MSM kepada Felda maka ramai yang syak yang ada udang disebalik batu. Beliau bukan calang2 ahli korporat, otak geliga dan seperti dikatakan 'anything he touches turns to gold'.......jadi apa yang dijual mesti ada muslihatnya. Rakyat Perlis yang perihatin berasa sedih kerana ladang tebu yang dibeli daripada Perlis Plantations (anak syarikat Raja Gula)dan ladang Felda yang dulu ladang tebu telah ditukar kepada ladang getah! Kilang gula (lebih RM100 juta) akan terbengkalai bagitu saja kerana tujuan untuk terus menapis gula mentah adalah sia2 saja kerana bukan hanya Felda terus dikongkong olih Raja Gula tapi lebih kurang 25% kilang gula diPerlis tersebut akan hanya diguna untuk 'refining' dan 75% jentera kilang itu akan tinggal terbiar bagitu saja. RM1.5 billion itu untuk MSM dan tambahan RM1.7 billion untuk beli CSR, Australia, lebih bermaana kepada Felda kerana syarikat CSR itu adalah gergasi pengeluaran gula mentah dan ini memberi peluang untuk Felda 'control' jualan 10% gula mentah dunia. Menjual gula mentah kepasaran dunia lebih untung daripada menapisnya dan menjualnya. Fikir2lah bersama berapa 'bijaknya' orang Melayu dalam menguruskan perniagaan kerana akan terus 'bergantung' kepada orang lain!

    ReplyDelete
  59. Anonymous12:59 PM

    Sdr. A Kadir Jasin,

    Saya tidak bersetuju langsung dengan penyenaraian FGV jika KPF perlu melepaskan pegangan 51% ekuiti dalam FELDA Holdings Berhad.

    Sekiranya Tuan meneliti cadangan yang diberi kepada KPF oleh FGV secara objektif, kemungkinan besar Tuan tidak akan bersetuju.

    Sekian.
    CzarTzar

    p/s: I could e-mail the proposal to you if you want it.

    ReplyDelete