Saturday, March 17, 2012

Anwar-Raja Petra: Daripada Kawan Kepada Lawan

A Kadir Jasin

[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]

SESIAPA saja yang mengenali rapat Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim dan fugitive blogger (blogger lari daripada undang-undang) Raja Petra Raja Kamaruddin, tentu boleh merasakan keunikan pertikaman lidah yang sedang berlaku antara mereka.

Mereka pernah menjadi rakan akrab lama sebelum Anwar melancarkan gerakan reformasi setelah dipecat daripada kerajaan pada tahun 1998. Raja Petra adalah antara penggerak dan penyokong tegar gerakan itu.

Apabila Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, Raja Petra adalah antara pengkritik utama beliau di kalangan pengamal media baru.

Apabila Abdullah ditekan agar bersara awal dan digantikan oleh Mohd Najib Abdul Razak, Raja Petra dari awal lagi kritikal terhadap Mohd Najib. Beliau melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Mohd Najib.

Sekarang beliau menghalakan serangan terhadap Anwar pula. Dalam episod terbaru, beliau menggelar Anwar “chicken” atau ayam betina. Dalam ungkapan bahasa Inggeris, ayam betina adalah seorang pengecut.

Raja Petra menuduh Anwar meminta supaya beliau (Raja Petra) dikeluarkan daripada senarai ahli panel forum mengenai isu global di Kent, England hari ini.

Kalau konotasi ayam betina negatif dalam bahasa Inggeris, ia lebih tidak positif dalam bahasa Melayu jalanan. Ayam, dalam lingo jalanan turut dirujukkan kepada pelacur. Justeru itu, ungkapan "a chicken" yang digunakan oleh Raja Petra itu sangatlah tidak elok bagi Anwar.

Soalnya, mengapakah percakaran dua bekas kolaborator itu berlaku?

Adakah Raja Petra tidak lagi komited kepada reformasi Anwar atau beliau cuba mencari dahan baru untuk bergayut?

Dalam berita yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times hari ini, Raja Petra dipetik sebagai berkata, kalau Anwar takut berbahas dengan beliau, bagaimanakah beliau hendak berbahas dengan Mohd Najib.

Raja Petra mengajak Anwar berbahas dengan beliau dahulu sebelum berbahas dengan Mohd Najib.

Pada akhir-akhir ini Raja Petra melemparkan pelbagai tuduhan berat terhadap Anwar, termasuk rasuah dan salah guna kuasa ketika beliau dalam kerajaan.

Bagi mereka yang tahu perhubungan akrab di antara Anwar dan Raja Petra serta tindak-tanduk Anwar ketika di dalam kerajaan, tuduhan rasuah dan salah guna kuasa itu berat serta tidak membantu Anwar pada saat beliau sedang cuba mengukuhkan kedudukannya sebagai ketua de facto Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ini.

Dari sudut pandangan lain pula, perbalahan Anwar-Raja Petra itu tidaklah menghairankan kerana dalam kerjaya politik Anwar, kawan boleh menjadi lawan dan lawan menjadi kawan dalam sekelip mata.

Wallahualam.

54 comments:

  1. Pak tam5:55 PM

    Dato.

    Mari kita tanya siapa yang mula serangan dahulu.RPK atau Anwar.
    Bee Gee nyani Who started the Joke.

    ReplyDelete
  2. Dr Azam6:15 PM

    Dato.
    RPK called Anwar Chiken dan ada pula blogger yang panggil RPK liar and coward.Jika di lihat tingkah laku RPK sejak akhir akhir ini dan tulisannya dalam blog,saya setuju dengan panggilan RPK is aliar and coward.

    Saorang yang mengaku berugama Islam saya amat hairan kenapa kita berani menulis benda yang beunsor fitnah dan back biting.

    Kita hidup ini hendak mencari keredaan Allah setiap hari dan dengan istifar tak putus putus,ada kawan kawan kita yang membuat benda yang amat di murkai Allah.

    Lebeh baik tak payah Blog dan Dato diharap jangan termasok dalam golongan ini.Amin

    ReplyDelete
  3. Dengan Raja Petra menjadi seteru politik Anwar Ibrahim, menjadikan Anwar sebagai seorang politikus paling banyak musuh.

    Semasa dalam UMNO lagi beliau bermusuh dengan semua orang. Dari Sanusi, Daim, Pak Lah dan lain-lain sehingga mentornya sendiri, Dr.Mahathir.

    Dalam politik seseorang itu perlu mengurangkan jumlah musuh sedaya mungkin. Bukan semakin bertambah-tambah.

    Anwar jelas bertambah lawan dari kawan.

    ReplyDelete
  4. Anwar a chicken or like chicken?

    ReplyDelete
  5. Agak sukar untuk kita menilai
    'kebenaran' kerana kedua-dua 'dalang' tersebut pernah jadi 'atong'.

    ReplyDelete
  6. Anonymous9:36 PM

    akm dato

    Kita boleh percaya kepada Raja Petra, kita boleh percaya kepada tulisan beliau, hujah beliau..tetapi bila kita percaya maka kita kena percaya semua cerita dan tulisan beliau.

    Cerita seperti pembunuhan Altantuya mesti di buka balik, di siarkan oleh media massa pro kerajaan sepertimana cerita mengenai ANwar Ibrahim yg galak di siar medIa massa Pro kerajaan kini.

    Selain itu cerita seperti perempuan puaka, cerita rampasan perak dan lain-lain lagi scandal yg pernah di tulih oleh raja Petra juga harus di siarkan.

    Bila cerita sebegini di buka, baru org akan bertambah-tambah percaya dengan Raja Petra. Orang yang cerdik berfikir juga akan bertambah yakin dengan Media massa yg nampak sangat berat sebelah.

    Cerita tentang akuan sumpah PI Bala yg hilang hingga kini kalau dapat di siarkan juga sangat-sangat lah memberi keuntungan kepada BN menjelang PRU 13 ini

    Hussien..KK

    ReplyDelete
  7. Hj Nawawi11:44 PM

    Dato. RPK dah jadi loose canon.Mula dia tembak najib dan Rosmah kemudian dia tembak Anwar dan PKR dan sekarang dia tembak diri dia sendiri.

    Kenapa hendak jadikan satu isu yang besar kerana Anwar tidak mahu bersamanya di satu Forum di Kent.Dato ingat Najib akan hadir di Forum jika dia tahu Anwar juga menjadi speaker.Ini soal prinsip dan buka soal Chiken.

    Anwar juga menolak menyertai satu Forum di India yang di hadiri oleh Salman Rashdie.

    Saya ingat RPK merasakan yang dirinya maseh lagi berpengaroh.Jika kita lihat tulisannya di akhir2 ini ia nya penoh dengan fitnah dan tak betul.Sudah ramai orang tidak memberi perhatian yang serious akan tulisannya dan jika Blog pro UMNO dan najib mahu mengambilnya sabagai kawan baru.Good luck.

    Satahu saya Anwar maseh lagi boleh menerima sabagai kawan jika kita berbeza pendapat tapi jika kita menabor fitnah dan berbohong,wajib kita menjauhkan diri supaya tidak bersubahat.

    ReplyDelete
  8. Mustapha Ong6:35 AM

    Salam saudara DAKJ,

    Cerita perdebatan Anwar-Raja Petra Kamaruddin yang dicadangkan WikiLeaks telah menarik perhatian media tempatan, luar negeri dan juga komuniti bloggers. Saya tidak merasa hairan atas cetusan hati diantara RPK-Anwar oleh disebabkan perhubungan mereka yang silam semasa RPK memihak kepada perjuangan Anwar selepas beliau di singkirkan daripada Kerajaan dan juga UMNO selepas September 1998.

    Kita semua tahu perangai Anwar yang suka mengambil kesempatan untuk menghentam orang lain dengan menggunakan taktik kotor, fitnah, tomahan dan pembohongan asalkan agenda beliau tercapai. Anwar juga muka tebal dan hati yang kebal walaupun telah terbukti bersalah beliau juga mencari jalan untuk melepaskan tuduhan-tuduhan terhadap perbuatan diri nya. Pendik-kata kita kesiankan mangsa yang dikenakan seperti Saiful Bahari dalam kes sodomy II.

    Dalam kontroversi baru ini dimana RPK telah berani mencabar Anwar dan melabel Anwar sebagai "bukan ayam jantan" atau "chicken out" kita masih menunggu jawapan Anwar atas kenyataan bahawa mengapa beliau tidak bersetuju untuk berdebat dengan RPK seperti disyorkan oleh WikiLeaks.

    Apa kah komen Anwar terhadap kenyataan RPK yang memalukan Anwar? Kita sama-sama harap saudara Anwar akan memberi jawapan yang munasabah untuk pengetahuan umum oleh disebabkan perkara ini telah menjadi sautu isu media yang hangat dibahaskan dalam alam siber.

    Akhirnya saya suka komen tentang cadangan perdebatan Najib-Anwar yang dihebohkan itu oleh ramai penyokong-penyokong dan peminat kedua-dua pihak. Pada hikmah saya Najib sebagai PM tidak perlu diheretkan oleh Anwar untuk berdebat perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran Kerajaan BN dan juga isu-isu politik semasa.

    Najib sebagai perdana menteri berhak untuk menyatakan pendirian beliau sekira nya ia tidak berminat untuk berdebat dengan sesiapa pun mengenai pengurusan negara yang beliau telah diamanahkan oleh rakyat.Jangan buang masa perdana menteri untuk berdebat dengan seorang pemimpin yang hanya tahu menghasut rakyat untuk merosakkan keamanan dan keharmonian bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  9. Anonymous8:24 AM

    Aslkum Dakj

    Nak bagi tau Najib, kakau dia pengecut takut debat dgn Anuar jangan guna isu cabaran debat okeh RPK terhadap Anuar.

    Nak jadi negara maju macam mana beratur oun tak faham. Oleh kerana gagasan debat Anuar vs Najib pondan dibuat terlebih dahulu maka Najib hendajlah jawab sanggup atau tidak. Lepas tu baru kita fikir soal dgn RPK atau sesiapa.

    Itula saya perbah kata Najib kuat tenberang, sdr ab dan samurai melayu tak percaya. Ketiga2 sebenarnya bertokobgan dlm urusan temberang.

    Din Klang

    ReplyDelete
  10. Anonymous8:41 AM

    Aslkum dakj

    sambungan....Najib jgn beri malu pd berjuta ahli umno.

    Biarlah perdana menteri debat dgn bakal perdana menteri.

    Dan biarlah RPK debat mungkin dgn pegawai akhbar MB Selangor. Barulah adil. Kalau tidak golobgan bangsawan tu syok sendiri je.

    Ada perbah ke pasukan debat anak sekolah debat dgn pasukan debat guru?

    Din klang

    ReplyDelete
  11. langitbiru11:52 AM

    Nak komen pasal Anwar atau pun RPK, (kalau hal peribadi) tak begitu berselera kerana tak kenal mereka berdua secara peribadi. Kalau hal peribadipun, tahu tu hanya dari sumber-sumber orang surat khabar dan blogger, tah betui tah tak betui.

    Walaugabagaimanapun, dah kata jadi pemimpin, orang politik, semua benda semua tabiat, takkan terlepas akan dikaitkan dengan politik. Menangis Politik, gelak ketawa politik, HATTA sembahyangpun boleh jadi sembahyang politik!


    Kembali kepada soal DEBAT.

    2 orang berdebat, mesti kedua-duanya berbeza pandangan.

    Muhyiddin tak boleh debat dengan Najib

    Nik Aziz tak boleh debat dengan Hadi

    LKS tak boleh debat dengan Karpal

    SEBAB, secara consensus, mereka bersetuju antara satu sama lain.

    MAKA, dalam BAB politik, DEBAT hanya relevan dari 2 kumpulan atau parti, iaitu Parti Pemerintah dan Parti Pembangkang.

    Dalam Parlimenpun, individu tak berparti antara kedua parti ini, pun tak banyak impak dan keberkesanan mereka, bolehlah dicatatkan dalam minit sahaja.

    Panelis pendebat pula, sebaik-baiknya berdasarkan hierarki kekananan kedua-dua parti.

    Tak molek dan amat janggal kalau AJK Pusat /AMT debat dengan Timbalan Presiden.

    MAKA, Ketua Pemerintah molek sangat debat dengan Ketua Pembangkang.

    MODEL debat di Malaysia, dah elok TAPI masih boleh diperbaiki, berdasarkan MODEL DEBAT Anwar-Shabery Chik.

    Saya perhatikan debat tersebut bincang halatuju (sedikit sebanyak) hal ekonomi Negara, bukan hal-hal serangan peribadi. Dan kedua-dua nya berdebat dengan baik, saling menghormati.

    MAKA, saya tidak nampak sebab mengapa NAJIB tak nak debat dengan ANWAR, untuk bincang hal hal ekonomi,kematangan politik,kebebasan media, SPR dan sebagainya.

    Debat Anwar-RPK, apa relevannya?

    Saya tak nampak perlunya debat antara keduanya, KECUALI BN seronok “menangguk di air yang keruh”.

    Soal gelaran, ayam tak ayam, ayam jantan, ayam betina…………….itu biasa lah! Bagi saya, orang yang memanggil gelaran tersebut, macam terdesak, gagal berhujjah dengan fakta dengan baik, cuba mengalih dengan mencetuskan emosi lawan.

    Macam mutakhir ini, banyak sangat CERAMAH PAKATAN RAKYAT diganggu oleh samseng-samseng dari UMNOBN (“until proven otherwise”).

    Nurul Izzah diganggu, Mat Sabu diugut, kereta S-Class Anwar dihentam sampai kemek, LimGuan Eng pun diserang, macam-macam cara, tak cukup dengan kata-kata kesat, tindakan fizikal pun dah ada.

    Inilah bahaya kalau pemimpin atasan mengapi-apikan penyokong bawahan, bahaya politik benci membenci, politik kotor. MEREKA ini gagal berhujah dengan fakta dengan hujah yang baik, sebaliknya sangat emosional, provokatif dan agresif.

    APA MAKNA INI SEMUA?

    Bagaimana kalau kereta S-Class Najib dihentam sampai kemek?
    ……….turunkan gambarnya pun dianggap “satu dosa besar”!!

    ReplyDelete
  12. Anonymous5:48 PM

    Mustapha Ong kata,"Najib sebagai perdana menteri berhak untuk menyatakan pendirian beliau sekira nya ia tidak berminat untuk berdebat dengan sesiapa pun..."

    Kalau dah tak mahu debat cakap terus terang,jadi gentleman macam Anwar yang tolak tawaran debat RPK.

    Tapi jangan pula Najib bagi alasan,kalau nak debat,dia hanya debat‘responsible’ leaders'.

    That sucks!!!

    udin anak yasin

    ReplyDelete
  13. Dato Kadir
    Salam Hormat

    Wikileaks & Hantu Mongolia
    (bukan tajuk utama forum)

    Pasal apa 'fugutive blogger' ini sibuk-sibuk dengan MP Permatang Pauh dan bukan Pekan?
    Siapa punya arahan?
    Orang Mindef kata pete the half -irish prince, bukan?

    Pekan ini pekak betul orang nya:
    orang tak mahu berdebat dengan dia,
    orang nak dia berhenti dari jadi PM.

    Dan Dato, kalau-kalaulah jumpa jakun irish ini akan kata kiat:

    Bila nak balik Malaysia, pete?
    Jangan takut, PDRM tak boleh masuk istana tanpa sebab. Tuanku Selangor mungkin perlu nasihat PRU13, pete. Maybe got ganjaran from tuanku's castle, pete.
    Dan BEST WISHES, engku.


    Maaf dan Sekian

    ReplyDelete
  14. mtgbertam8:07 PM

    Dulu dr m yang lantik pak lah. Kemain puji melangit. Tapi la pak lah seteru besaq dr m. Apa nak heran rpk & dsai.

    ReplyDelete
  15. Salam dato,




    Ni kisah 3 orang nak `berdebat' kat satu bilik dengan video real time,audio dan data transmission bolih didapati diseluruh dunia...

    Tapi tinggai 2...


    Wikileaks punya toke ni dah dok minta `donation' sana sini kalau rajin hampa pi tengok la website dia... dia bolih buat duit dengan juai `time' ka, web site space ka, rights dll... dengaq kata dia pun nak masuk `bidang' politik juga dah ni..lagi la dia nak duit modai..



    RPK pun nak `perhatian' jugak, dia punya `peminat' ramai kat malaysia, tapi kalu `bagi dua' jumlah peminat dia,bolih kacau income dia ni...kalau dia tak `kerja kuat' nak mai mana duit..dia bolih`juai' tulisan kat sapa yang bolih bayaq, nak cari makan laa.. dari dulu dia kutuk semua PM dan kabinet negeri ni, nak tenguk bila dia tulis kutuk UK kat times ka,finiancial times ka, guardian ka,Telegraph ka,WJS ka.. dll..bolih jugak kita tenguk macam mana `layanan' stai gomen UK,tak gitu?....



    Tak pernah saya baca pun dia punya tulisan macam ramai`tukang tukang kutuk US dan EU' kat new york times punya ka,Forbe ka,Reuter ka.., of late dia ada tulis bab UK punya hai,sebagai `intro' story dia...



    Anwar ibrahim tu macam dia laa,kalau kata chicken ka, apa ka bukan dia mati pun, dia tak kan kata apa....AS LONG AS ada `cerita'.... ada `story' cukup la...masih `hit' kata orang.


    No publicity is bad publicity kata setengah orang...



    Di antara 3 orang tu,saya kata toke
    tu la yang paling bijak...this is a new `business' for wikileaks!...



    Dok dekat PRU 13, semua `berminat' jadi MP ka,ADUN ka nak maximum `exposure' KALAU FREE PUNYA lagi baguih!..biaq pengundi `ingat' nama dan gambaq dia....!!


    KALU BOLIH `MAX EXPOSURE' malam sebelum pagi mengundi....



    ELOK sapa sapa yang nak duit saya cadang cepat cepat register `WEDIGS'!..




    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  16. Anonymous8:22 PM

    Salam Datuk,

    Beginilah lumrah orang politik. Mula berkawan, lepas tu bermusuh. Lepas tu balik berkawan. Dalam berkawan pun ada tikam belakang.

    Pengajarannya untuk orang biasa : Jangan keterlaluan menyokong orang politik. Sanggup bergolok bergadai taksub untuk sokong ketua tertentu.

    Rumpelstiltskin

    ReplyDelete
  17. Anonymous8:22 PM

    Dato,

    Siapa yang chicken sebenarnya?

    Kalau Anwar chicken, sudah lama dia cabut melarikan diri dari tindakan undang-undang melalui menaikki bot atau kembara melalui jalan darat ke Turki,London atau New York.

    Tapi Anwar tidak melakukannya malah dia lebih berani berhadapan dengan sistem keadilan, walaupun sistem tersebut telah diketahui tidak akan menyebelahinya,dlm kes2 mahkamahnya.

    Sebalik itu, RPK melarikan diri dari tindakan undang2 yang menghambatnya. Kalau dia berani dan bukan chicken kembalilah ke Malaysia dan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang dikenakan ke atasnya.

    Kecualilah kalau2 Najib memberi ampun kepadanya...

    joni inglish

    ReplyDelete
  18. Anonymous8:49 PM

    Aslkum Dakj

    Kini anwar sudah bertemu buku dengan ruas dalam bidang lakonan politik.

    Apabila berdepan dengan RPK ,penulis skrip yang anwar bela dan sanjung dahulu, maka ternyata dia hilang skil untuk berlakon kerana RPK sebagai penulis skrip anwar tahu segala kelemahan pelakon politik ini luar dan dalam.

    Ternyata anwar, khuatir tanpa penulis skrip yang cekap seperti RPK, maka dia bukan sahaja tidak mampu berlakon bahkan hilang punca bila berdepan dengan penulis skrip nya sendiri.

    Bak kata pepatah" dalam dunia lakonan politik, tiada watak pelakon yang lebih hebat dari pengarah dan penulis skrip di belakang layar yang akan menentukan segalanya"

    Kecuali anwar adalah seorang penulis skrip merangkap pengarah dan juga pelakon seperti video China Doll

    Sekarang kita tonton sahaja drama di sebalik tabir yang sedang ke udara.

    Din Klang

    ReplyDelete
  19. Lahuma9:00 PM

    Dato:

    Takkan Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang nak debat dengan RPK.Kalau debat dengan RPK bukan ada nilai apa pun.

    2.Anwar Ibrahim lebih bergaya kalau debat dengan Hasan Ali,Ibrahim Ali atau Mat Sabu.

    3.Biasa lah RPK ini dulu lain sekarang lain.Dulu terlajak cakap.Hari ini terlajak perahu pula.

    4.RPK juga barangkali nak tebus dosa dia dengan Najib.Tak lebih drp cari makan agaknya.

    5.Lagi pun bukan luar biasa lagi dalam politik.Dah jadi perkara biasa hari ini peluk dakap.Esok lusa tikam dan jadi musuh.

    6.Sudah lumrah inilah yg dinamakan POLITIK CARI MAKAN.Kena jadi watak HERO kalau nak hidup.

    Terima kasih Dato.

    ReplyDelete
  20. ali ahmad9:59 PM

    salam dato',

    sehingga hari ini ramai diantara kita sudah kenal hati budi subjek blog dato' kali ini....

    pusingan 360 darjah oleh subjek ini secara amnya mendedahkan dirinya, bagaimana dia berfikir....

    "mencari dahan untuk bergayut" seperti kata dato' adalah cermin diri subjek ini....kata orang lain "a chicken", jadi kalau cari dahan bergayut, apa dia? "a monkey"....

    ingat ke kita pada satu iklan Lembaga Perfileman Malaysia dulu-dulu....."wah!ada buah merah berkilat-kilat"...kawan dia cakap,"jangan monyet!" dia tidak peduli, dia makan juga cili itu; keluarlah asap dari telinga..banyak pengajarannya....

    apakah teristimewanya subjek ini pun tidak dapat difahami....lebih kepada pengemis perhatian.....

    apa yang dicanang seperti berbahas adalah satu persoalan anak-anak....

    jadilah ahli parlimen dan berbahaslah di dewan rakyat......

    senario politik kita adalah bawaan penjajah british dan kita akan membawanya pada tahun-tahun mendatang.....senario 2 kepartian seperti amerika syarikat masih belum dapat kita bayangkan kerana perlembagaan kita masih terpakai senarion politik penjajah british....mungkin apabila pembangkang dapat menawan putrajaya kemungkinan pengubalan perubahan perlembagaan dapat tercapai yang membawa kepada politik 2 kepartian seperti yang diharapkan pembangkang....

    parti pemerintah juga telah secara jelas menggunakan jentera perkhidmatan awam dalam menjayakan pelbagai kempen kepartian.....tidakkah ini salah sama sekali......tidakkah parti mempunyai dananya sendiri untuk menjayakan program kempen kepartian.....

    apa yang dapat disimpulkan adalah persoalan perbahasan ini adalah cuma satu usaha untuk mengalih perhatian dari persoalan utama dan pokok.......adakah negara kita kekal bertahan menangkis perubahan iklim ekonomi yang semakin kucar kacir.........

    ReplyDelete
  21. Anonymous11:19 PM

    Dato',
    Sebenarnya RPK telah diguna olih golongan tertentu bagi memburukkan musuh ketat mereka menjelang PRU13. Mungkin itulah satu syarat kembalinya beliau ke M'sia dari pelarian. Jika tidak kenapa beliau tidak didakwa atas kes yang amat berat dulu. Mereka guna org yg rapat dengan Anwar supaya rakyat bolih percaya kata2nya.

    Dalam hal debat RPK/Anwar, siapalah RPK. Najiblah paling sesuai kalau nak kekal jadi PM. Ayam jantan sama ayam jantan. Jika tolak dialah chicken sebenar.

    Has. Putrajaya.

    ReplyDelete
  22. Salam DAKJ,

    Zaman batu manusia guna ketul batu untuk menyalakan api. Kita sebut "batu api".

    Datuk,
    Sekarang zaman moden kita tidak menggunakan "batu api" lagi. Otak manusia pun dah terbuka. Leceh guna "batu api".

    Dan tidak mestinya yang pandai berhujah dan berdebat bijak mentadbir dan menjadi pemimpin.

    Untuk menjadi pemimpin perlu ada kriteria2 lain bukan hanya pandai bercakap atau berpidato.

    -taksukabatuapi

    ReplyDelete
  23. Anonymous11:37 PM

    Salam DAKJ,

    Ramai yang mahukan Najib -Anwar berdebat. Pada saya buang masa sahaja.
    Apa guna debat? Tersembur air-air liur busuk

    Rakyat yang sakit nak "Ubat" bukan debat!! pokok yg kurang buah mahukan baja, biar "lebat".

    -taksukadebat

    ReplyDelete
  24. Salam Datuk,

    1. Apa yang saya amati sekarang gabungan pembangkang lebih mirip 'politik kelip-kelip mata'. Cakap kosong, menyerang dan mematikan sesuatu kebenaran - mirip cara zionis mengabui mata dunia dengan melakukan kekejaman,ketidakadilan dan salah laku yang mereka lakukan seolah-olah menjadi "paling benar dan paling terbaik". Semua pun tahu satu penipuan tetapi akibat kuasa tangan ghaib,tiada yang berani menyanggah.PAS makin mahir dan sinonim dengan gerak laku ini.

    2. RPK ibarat kesatuan eropah. Apa yang penting laba di luar dan di dalam boleh di miliki. Orang Islam bertakwa tidak akan melakukan perkara mungkar dan Islam sangat membencikan kemungkaran. Apa-apa pun hak RPK dalam permainan catur beliau.RPK bijak, RPK boleh checkmate! Janji, rakyat yang tidak berdosa tidak di jebak sama....

    3. Tiada yang mustahil dalam politik. Kawan jadi lawan,kawan cantas kawan kemudian berkawan semula setelah di beri habuan, kawan yang terpaksa berkawan(tidak ikhlas),kawan lahap kawan.Apa saja boleh di definasikan.Ada nama dalam politik,ada gaya,ada 1001 macam cara,ada kuasa tidak lain hanya sandiwara dunia demi laba dan kekayaan. Tiada lagi Kibaran Bendera Negara (Jalur Gemilang)di dalam dada. LU *sapa, gua siapa?
    (*sapa- ada dua makna di sini)

    4. Kawan ialah orang yang boleh kita percayakan dengan menaruh sedikit harapan.Kemudian harapan kita di tunaikan dengan keikhlasan. Lawan ialah 'kawan' satu waktu dulu kawan sampai masa nya mesti di binasakan. Binasa dalam bentuk "negative impact" menaikkan semula populariti/rating.

    5.Saya MASIH percaya pada 'kawan' yang setia boleh memberi khidmat cemerlang dan memberi keyakinan serta jaminan masa depan untuk kesejahteraan hidup di masa depan (walaupun kita sudah tiada).Ia mesti di warisi oleh generasi kental,ada jati diri. Menyambut AMANAH secara berhemah dan bebas dari pengaruh manusia-manusia jahat yang sering hilang akal.

    ReplyDelete
  25. Debate dan forum discussion berbeza.

    ReplyDelete
  26. Anwar-RPK: dari kawan kepada lawan. RPK-Najib: dari lawan kepada kawan. RPK-Muhyideen. Dulu Muhyideen maki hamun RPK. Sekarang Muhyideen puji pula.

    Dicadangkan Anwar berdebat dng Najib dan Azmin berdebat dng Muhyideen akan isu-isu negara dan parti mana yang bolih menyelesaikan isu2 rasuah, kecurian wang rakyat dan 'piratisation' yang melanda negara. Ada berani Najib dan Muhyideen. Pegi berselindung dng RPK dgn menjaja Anwar takut berdebat dng RPK buat malu company saja.

    Siapa RPK? Ahli parlimen? wakil rakyat? President Senate? Setakat jadi blogger mana ada Ketua Pembangkang mana2 negara nak berdebat dng dia.

    ReplyDelete
  27. Pada say RPK cuba menggambarkan dirinya sebagai blogger bebas.Bebas dari sebarang penguasaan sesiapa.Segala kenyataannya tidak dipengaruhi oleh UMNO atau PR.Beliau juga bukan dibayar oleh sesiapa.Jadi terpulang pd dialah siapa yg dia nak serang.Cuma setiap serangan perlu ada asasnya.Agar serangan itu mempunyai peluru betul dan bukan peluru kapur.JIka tidak keredibiliti dia sebagai blogger yg dihormati akan hilang.
    Saya mengalu alukan segala pendedahan RPK.Tak semestinya saya setuju,tetapi saya menghormati kebebasan dia utk mengeluarkan pendapat.
    Walaubagaimana pun say tidak bersetuju dgn cabaran dia utk berdebat dgn DSAI.DSAI adalh Ketua Pembangkang,Sebagai Ketua Pembangkang org yg setaraf utk berbahas dgn dia adalah Ketua Kerajaan iaitu Perdana Menteri atua plg lekeh pun Timbalan Perdana Menteri.Ini amalan semua negara demokrasi berParlimen.Jadi tak payah lah peon,drebar,blogger bebas,Ketua Cawangan UMNO,Samseng UMNO atau sesiapa shj yg tidak setaraf dgn PM atau TPM bertempik mencabar.Lbh eloklah mereka mencabar individu individu dlm PR yg setaraf dgn mereka..Kecuali org org org ini hanya nak mencari publisiti murahan..

    ReplyDelete
  28. Anonymous4:00 PM

    Aslkum Dakj

    sejak hari sabtu 17 hb march sudah dua kali org lain menulis dgn menggunakan nama Din Klang.

    Kali pertama ketika beliau komen tentang psywar. Terbaru tadi beliau komen pasal hubungan Anuar- Raja petra yg dimulakan dgn"......bertemu buku dgn ruas"

    Nempak gaya Din Jlan tulin terpaksa tutup kedai dan cari nama lain.Wasssalam.

    Din Klang....tulin

    ReplyDelete
  29. Anonymous4:47 PM

    anwar ibrahim nampak saja mcm berani..
    jgn diungkit pm tak mahu berdebat dgnnya..

    kalau berani sgt kenapa acc twitter saya di block anwar??? saya ni org biasa sahaja. chicken ke ape?? ke telor takde sebelah??

    -karnine-

    ReplyDelete
  30. Sdr Din Klang,

    1. Kalau benar ada orang lain telah menghantar komen menggunakan nom de plume Sdr, saya dukucita dan mohon maaf;

    2. Orang yang "curi" identiti Sdr itu adalah seorang yang tidak gentleman (tidak jantan);

    3. Dulu pernah berlaku dan saya mohon diberhentikan. Saya tidak menjangka yang ia terjadi semula;

    4. Nampaknya masih ada kembiri yang baling batu kemudian sorok tangan dalam poket (sambil rasa-rasa kalau anunya masih ada);

    5. Hentikanlah kerja kerja pengecut ini dan marilah kita berbahas secara sopan dan berani.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  31. Anonymous6:11 PM

    Salam Dato...

    Saya sgt kecewa bilamana ada pembaca2 di sini dan org2 di luar sana yg menentang debat/forum secara terbuka. Dari sudut positif, amalan berdebat dan berhujah ini perlu disubur serta digalakkan sbg santapan minda anak2 muda dan masyarakat negara ini.

    Bukan nak lihat sape gagah dan menang, tapi amalan ini perlu dilaksanakan demi menghasilkan warganegara yg bijak berfikir dan mengeluarkan pendapat secara bernas dan pantas.

    Kalo jadikan acara mingguan lagi ler bagus utk santapan minda rakyat. Ini tidak, terbalik kot pulak di negara ini..rancangan hiburan yg digalakkan; Akademi Fantasia, Mentor, One in Million, gossip2 panas artis dan mcm2 lagi program hiburan berbentuk sampah. Semuanya mengkhayalkan dan melalaikan umat Melayu khasnya.

    Harapan saya biarlah yg nak berlawan hujah itu adalah sama level atau ranking cth; Ketua Pemerintah vs Ketua Pembangkang. Rakyat boleh menilai sblm memilih calon terbaik antara yg baik. PM M'sia bukan lagi dipilih oleh 2, 3 ribu perwakilan UMNO di masa akan dtg.

    Pendapat peribadi saya, RPK ini seorg oportunis dan penulis propaganda upahan. Ketakutan beliau utk pulang ke negara ini sudah membuktikan sape `chicken' sebenarnya. Jadi, tak perlu dilayan org spt ini yg mengikut resmi lalang.

    *rakyat dah bijak*

    ReplyDelete
  32. abdullahngah7:50 PM

    demikianlah perangai orang banyak "hutang".

    Orang banyak hutang hidup "tertekan"

    Mahu tidak mahu terpaksa bunuh kawan akrab sekalipun.

    Apabilan sudah tertekan hidup kena teruskan.

    Maka carilah jalan apa saja, agar tidak terus nenerus tertekan.

    demikian juga tujuan hidup untuk makan, maka cari makan jalan terbaik bagi melasaikan hutang.

    yang nahasnya hutang dengan Allah, kerana masih mengaku "saya masih Islam".

    Ada yang tahu tapi buat buat tak tahu konon.

    ReplyDelete
  33. Anonymous10:07 PM

    Aslkum Dakj

    Nama saya Din Klang.
    1. Terima kasih banyak kerana kutuk mamat pondan yg curi nama Din Klang.

    2. Kepada mamat pondan berkenaan, jangan fikir org lain bebal tak dapat beza tulisan Din Klang dgn Din Klang palsu. Cluenya senang saja. Din Klang belum ada sebab kuat untuk kritik Anuar dan pemimpin tertinggi Pas.

    3. Walaupun saya tak punya statistik jumlah pengunjung blog Dakj, saya rasa jumlahnya tentu banyak. Pihak membujur lalu melintang patah dalam Umno tentu kurang senang dgn sambutan org ramai kpd tulisan Dakj dan respon kepadanya. Walaupun saya syak ada penulis upahan yg ditaja Umno saya kira hujah bernas penulis lain spt sdr fedup, tinta hitam, langit biru, hanezam dll jauh lebih menonjol kerana berhujah dgn bukti yg meyakinkan, bukannya panjang lebar macam sdr mustapha ong tapi isinya ebtah di mana.

    4 Akhir sekali biar saya ulangi baik Anuar naupun
    Nik Aziz, nereka bukannya malaikat. Kalau sesiapa punya bukti beyond reasonable doubt by an independent court(not only seen to be indepebdent) contonya mereka curi harta rakyat atau salah guna kuasa maja tiada sebab saya hendak terus menyokobg nereka....itu namanya bukan taksub pd peminpin tapi menyokong yg hak. Itu adil

    ReplyDelete
  34. Anonymous10:31 PM

    Aslkum din klang

    Di dunia ini apatah lagi di Malaysia bukan hanya seorang sahaja manusia bergelar din klang.

    Malaysia negara demokrasi dan bebas, asal jangan kita melanggar undang undang, menyebarkan fitnah, memutar belit fakta, memaki hamun atau mencederakan tubuh badan orang lain sewaktu memberi komen

    Jadi tidak salah jika orang yang secara kebetulan mempunyai gelaran yang sama menghantar komen. Yang penting komen tersebut membuka minda orang Malaysia serta memberi manfaat kepada masyarakat dan negara anpa mengira kita di pihak yang mana.

    apa ada pada nama.


    din klang

    ReplyDelete
  35. langitbiru11:29 PM

    Assalamualaikum Dato'

    Saya setuju dengan Sdr Tinta Hitam, RPK nak dedah sesiapa, dedahlah, dedah untuk kebaikan rakyat jelata.

    Tak kira parti mana, UMNO,PAS,PKR dedahlah, saya sangat suka TAPI kenalah perkara yang benar, bukan FITNAH.

    Kalau dedah pasal UMNO, saya sangat suka, sebab mereka yang jadi pemerintah, kalau salahguna kuasa dan rasuah, WAJIB kita tolak dalam PRU akan datang.

    Kalau dedah pasal PAS,PKR, saya sangat suka, sebab mereka yang bercita-cita nak jadi pemerintah, kalau dah tahu fiil dan perangai tak munasabah, elok kita bangkulsampahkan awal-awal.

    Kalau dedah PAS di Kelantan dan Kedah, PKR di Selangor, dedahlah. Parasit dan pelesit dalam parti ni elok sangat diusir keluar.

    DEDAK lAH RPK jangan tak dedah....CUMA kalau perkara sesuatu perkara hanya FITNAH, tanggung sendirilah nanti dalam KUBUR!

    ReplyDelete
  36. Dato' Kadir
    Salam Hormat

    To Bring Down A Decadent Government
    (cara orang melayu totok)

    Raja Petra menuduh Anwar meminta supaya beliau (Raja Petra) dikeluarkan daripada senarai ahli panel forum mengenai isu global di Kent, England hari ini

    Apa yang berlaku di forum mengenai isu global di kent, England itu?


    Orang Tua-tua melayu kerja mereka halus dan tertib, Ungku.

    Apakah soalan yang tersedia dari fugutive blogger itu untuk di suarakannya sekiranya dia telah turut sama?

    Orang serupa nama dari Baling telah keluar UMNO setelah setengah abad lebih menjadi ahli saperti mestinya mirip-mirip Sdr Din Klang.
    Kemana dia dengan Amanah yang sekarang peruangannya, Dato Kadir?

    Adakah bila selepas PRU13 dan BN menang 143 kerusi parlimen najib akan dimnta oleh UMNO untuk berundur?

    Dari kawan jadi lawan jadi kawan
    lawan kawan jadi lawan dan Arab Awakening pun kembali lelap.

    Kaum Tionghua yang cerdik memahami apa itu PKR melambangi secara metafisikal: cerita hantu orang melayu mereka.

    Pete kesetiaannya tetap kepada Raja, bukankah begitu, Dato sapertinya Gua Musang.

    Jadi bagaimana pete si-anak raja mahu 'bring down a decadant government', Dato' Kadir?

    Orang Tua-tua melayu kerja mereka halus dan tertib, Dato'.

    Sekian.

    ReplyDelete
  37. langitbiru11:43 PM

    Asslamualaikum Dato,

    Mohon lencong sikit!

    Mat Said EmBi Gganung tawar litar motorcross bagi penduduk DUN Rhu Rhendang, Parlimen Marang.....KALAU Ameno menang PRU13 nanti.

    Apa pandangan Dato'?


    Kadir Sheikh Fadzir keluar UMNO. 56 tahun dok dalam UMNO, ahkirnya keluar UMNO.

    Apa komen Dato?

    Daim kata, bab lembu ni semua orang tahu pasal LEMBU. Betui jugak ya! Orang kampung semua tahu pasal lembu, petani, peneroka Felda,nelayan, pesawah semua tahu pasal lembu.

    Restoren mewah pun jual menu lembu mahal-mahal. Tu untuk orang yang bermewah.

    BAB Kondo, golongan menengah dan atasan semua tahu pasal kondo.

    Kalau buat banner dan bendera masa PRU13 gambar LEMBU dok ATAS KONDO semua dah tahu maknanya.

    Ramalan Daim, lembuKondo boleh 'telan' BN.

    Amaran Daim, Najib mesti undur kalau pencapaiannya KURANG dari Pak Lah......

    Muhyiddin menunggu...tungguuuu...

    Muhyiddin juga memasang strategi...

    Mungkinkah Muhyiddin CABAR Najib nanti???

    Dalam politik, semua ada kemungkinan.

    DARIPADA TIMBALAN KEPADA LAWAN

    ReplyDelete
  38. langitbiru11:47 PM

    Asslamulaikum Dato'

    Kepada Sdr Din Klang (tulen)

    Saya tumpang simpati kepada Sdr.

    ReplyDelete
  39. Anonymous7:58 AM

    Aslkum dakj

    1. RPK nak dedah rahsia Anuar termasuk salah guna kuasa semasa Anuar menjadi TPM? Pergi berobat dan bertaubat la. Kalau RPK ada maklumat dan RPK pulak ada integriti kenapa tak bongkar sejak dulu.

    2. Untuk menyebabkan penyokong Anuar/ pembangkang paling tadah pihak lawan ada pelbagai cara. Ada yg kene sergah dgn polis, sprm atau lhdn beberapa jan pun dah cair. Ada yg kena culik 3 hari terus bantu tumbabgkan kerajaan negeri. Ada yg cair dgn wang ratusan ribu. Ada yg cair dgn sogokan jutaan rgt. Ada yg cair dgn jawatan senator. Ada yg kena peras ugut gara2 sendiri kurabg bersih melangani perempuan jalang.

    3. Sekarang cuba kita fikir org2 spt Zahid Hamidi, Izam, Roslan Kassim, Zahrin Hashim, Gobala, Zulkifli Nordin, Nakaei Amad dan terakhir Hasan Ali dan RPK termasuk dlm golongan mana.

    4. Ada ke orang Cina dalam senarai di atas. Mungkin ada tapi susah nak cari. Benarlah kata kawan saya seorang guru sekolah...bila yg disyakki buat jahat tu murid Melayu atau India sekejap saja rahasia akan terbongkar. Tapi kalau murid Cina jgn harap.....perbandingan ketaatan pebyokong Umno vs PAS.

    Terakhir, awas od mamat pondan yg tulis dgn sengaja guna nama Din Klang....Alah dan malaikatnya nampak.

    Din Klang

    ReplyDelete
  40. Salam DAKJ

    Chicken Out

    Dato’ Nalla mencabar pemimpin PAS mengeluarkan fatwa tentang ketua yg bisexual. Sila jawab dan jangan ‘chicken out’.

    Anwar Ibrahim dicabar oleh Dato’ Eskay untuk bersumpah laknat tentang video sex tersebut. Sampai sekarang beliau chicken out.

    Mat Sabu juga ditanya mengenai perbualan talipon kontroversi beliau. Juga sampai sekarang beliau ‘chicken out’.

    Hj Hadi berkata boleh berkawan dgn Yahudi tetapi bukan dgn Zionist. Tan Sri Harussani berkata Yahudi sekarang adala Kafir Harbi bukan kafir Zimmi, jadi tak boleh. Kpd Hj Hadi, sila jawab dan jangan ‘chicken out’.

    Anak jantan.

    Sebaliknya, Dato’ Sri Najib difitnah menggunakan duit kerajaan membiayai majlis pertunangan anaknya. Ianya telah dijawab dan juga disokong oleh kenyataan dari Hotel tersebut. Begitulah reaksi Anak jantan.

    Ulama Muda UMNO dituduh oleh seorang ustaz mendapat gaji berbelas ribu hanya dari khabar angin. Beliau juga telah menjawab fitnah tersebut dan ustaz tersebut terkedu malu. Begitulah reaksi Anak Jantan.

    Akhir kata, sebenarnya, rakyat jelata tahu siapa ‘Anak Jantan’ dan siapa sebenarnya ‘ayam betina’. Sebab itulah saya SANGAT bersetuju Selangor akan jatuh kembali ke kerajaan BN sepertimana yakinnya Dato’ Seri Presiden. Cuma seorang dua je yg masih ditakuk lama dan ditutup pintu hati mereka dari kebenaran. Kesian-kesian. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  41. langitbiru10:42 AM

    “Apa yang saya amati sekarang gabungan pembangkang lebih mirip 'politik kelip-kelip mata'”.

    Pertama kali saya dengar istilah politik 'politik kelip-kelip mata'.
    Dato pernah dengar tak?



    “Cakap kosong, menyerang dan mematikan sesuatu kebenaran - mirip cara zionis mengabui mata dunia dengan melakukan kekejaman,ketidakadilan dan salah laku yang mereka lakukan seolah-olah menjadi "paling benar dan paling terbaik"”.

    Ini sesuailah untuk UMNOBN.

    Saya definasikan “WASSATIYYAH MACHEAVELLI” ilham Najib.

    Wassatiyyah ni ada dalam Quran. Apa makna Wassatiyyah kalau belanja kenduri bertunang anak perempuan, majlis harijadi didakwa oleh pembangkang duit kerajaan?
    KAK MAH tu Wassatiyyah macammana pulak?

    APAPUN, kalau Sdr Maae boleh bagi contoh lebih baik.

    Cakap kosong Kapal Selam Scorpene, 2 buah 7.3 Billion, komisen perundingcara RM500juta. Kosong pun kosong lah, TAPI insyaAllah akan disebut dimahkamah Perancis.

    BAHAYA KALAU BANGKAI GAJAH DITUTUP DENGAN NYIRU.

    InsayaAllah kebenaran akan muncul. Boleh jadi 'Altantuya" pun akan timbul. Sama sama tunggu dan lihat.


    Sebenarnya, bukan saja Scorpene, TAPI semua PEMBELIAN peralatan tentera WAJIB diaudit semula.

    Modus operandi ORANG UMNO, komisen, 10%,20% yang ‘sah’ atas kertas, TAPI sebenarnya satu salahgunakuasa DAN korupsi.

    APAJUA Projek, dari kelas F hingga kelas A, hingga projek MEGA, semua orang UMNO mahir bab-bab kick-back komisen ni. TU SAJA DEPA MAHA ARIF, nak buat projek tak reti.


    “Semua pun tahu satu penipuan tetapi akibat kuasa tangan ghaib,tiada yang berani menyanggah.PAS makin mahir dan sinonim dengan gerak laku ini”.

    SEKALI LAGI, ini untuk SIAPA? UMNO
    Apa jadi dengan Pak Kadiaq? Ku Li? Boleh bersuara? Boleh menegur?
    Kuasa tangan ghaib mana?? SIAPA yang berkuasa, paling berkuasa?
    Siapa boleh berhubung dengan sangat mudah dengan Peguam Negara, Polis Negara?
    HJ HADI??? MAT SABU???


    “ RPK ibarat kesatuan eropah”.
    YANG NI saya terpaksa TABIK SPRING.

    Individu langsung tiada kuasa dalam kerajaan dianalogikan senuah Kesatuan paling berpengaruh dunia!!!

    ReplyDelete
  42. Anonymous12:50 PM

    Aslkum Dakj

    1Terimakasih pd sdr langitbiru kerana kata2 simpati. Teruskan dgn tulisan yg bernas yg adakalanya saya iiri hati.

    2. Respon pd din klang palsu. Sdr ni manusia ke apa!!!. Memang le tiada siapa boleh halang org lain
    guna nama yg sama di mana2 negara. Tapi adat dan peraturan blogger sdr kenalah pilih nama lain. Takkan itu pun sdr tak tau. Kecil2 tak mau belajar. Dah besar nak hidup senang cari makan dgn Umno ka!!!!

    3. Pd sdr Okj, saya rasa yg perlu minta doa supaya dpt petunjuk dan hidayah adalah sdr Okj sendiri. Jimatkan duit sdr, tak perlu tiap puasa pergi umrah untuk minta ampun dan hidayah. Pergi je berguru dgnTan Sri Kadir yg baru tinggalkan kehidupan jahilian Umno.

    Din klang

    ReplyDelete
  43. Anonymous1:37 PM

    OKJ,

    1CARE belum muktamad, jadi nak buat roadshow untuk cerita apa?

    Jika mengelak tajuk 1CARE, dikira "chicken out" atau "chicken in"?

    Pembentangan bajet hadir tapi perdebatan bajet, kerap tak ada dari ada, dikira macam mana pula?

    p/s Jangan risau; bila OKJ letak komen, saya akan terus setia minta penjelasan tentang 1CARE. Macam saya tak malu jaja cerita telur yang orang tak layan dulu.

    Fed Up

    ReplyDelete
  44. Anonymous2:08 PM

    Aslkum Dakj

    1 Mantan pengarah emigresen Pulau Pinang di bicara di mahkamah tinggi kerana dituduh memiliki harta kira2 800,000 rgt iaitu melebihi pendapatannya selama menjadi penjawat awam.

    2.Kalaulah kaedah yg sama diguna pakai oleh SPRM kepada menteri, timbalan menteri, menteri besar dan CEO GLC dgn memaksa mereka2 istihar harta termasuk atas nama anak dan isteri. Barulah UmnoBn betul2 macho. Rakyat tentu tak keberataan busybody nak tau berapa harta MM, Nazri Aziz, Zahid Hamidi, Rafidah Aziz, Daim ZainiddinMat Tyson, Taib Mahmud, Shahrizat, Jamil Khir, Khir toyo, Isa Samad dan ketua2 bahgian atau pembesar Umno lain terutama yg pernah terkait dgn korupsi.

    3. Atau kalau rakyat nak jugak tau, mereka terpaksalah bersatu menumbangkan kerajaan perompak yg diketuai oleh Umno, MCA dan MIC dalam PRU 13 tak lama lagi.

    Tentu berbaloi bukan sebab jika bersalah rakyat dan negara akan dapat kembali wang2 rasuah yg telah dikebas selama ini.

    RPK the fugitive blogger tentu tiada halangan sebab kerajaan baru boleh tolong bersih namanya selama ini.

    Din Klang

    ReplyDelete
  45. Anonymous2:44 PM

    Aslkum Dakj

    Guru bahasa Inggeris saya pernah berpesan "A man is known by the company he keeps."

    Begitu lah hubungan anwar dan RPK. bila habis madu, sepah di buang.


    din klang

    ReplyDelete
  46. Anonymous3:45 PM

    Aslkum

    "Empty vessels make the most noise"

    Din Klang

    ReplyDelete
  47. Anonymous6:16 PM

    Aslkum Dakj

    1 Sdr Okj...kalau kita tak suka apa yg org lain buat pd kita, maka jangan la pulak kita buat perkara yg sama pd org lain. Apa kata sdr kalau ada org tuduh Okj atau anak kesayangan Okj sebagai bisexual? Begitu jugak selepas tuduh Okj, org yg sama tanpa segan silu suruh pulak
    Okj bersumpah bahawa Okj bukan bisexual. Bilehkah sdr Okj terima cabaran selepas tuduhan liar spt itu?

    2. Mengenai Nalla, oleh kerana gajinya sebagai senator dibayar oleh rakyat maka Okj patut tanya selain drpd kerja membodek Najib dgn cara hentam Anuar dan pembangkang apa lagi jasa dan kebolehan Nalla yg melayakkan beliau dianggkat menjadi senator.

    3. Saya pernah dengar ceramah ustz....katanya salah satu tanda haji seseorang tu bukan haji mabrur, cakapnya merapu2 seolah2 belum pernah pergi haji.

    Sepatutnya kita sebagai org Islam n

    ak sebut perkataan lucah spt sex, sodomi dan bisexual pun malu Tambahan pulak kalau dah bergelar haji.

    Din klang

    ReplyDelete
  48. john black7:44 PM

    pak kadir,
    itulah politik - suatu seni yang serba kemungkinan - dari kawan menjadi lawan dan dari lawan menjadi kawan.tidak ada apa yang perlu dikhuatirkan.

    ReplyDelete
  49. Anonymous9:15 PM

    Aslkum dakj

    1. Ramai org yg marah dgn Umno Bn Tapi berapa diantara mereka yg menentang UmnoBn secara terang terengan berapa org yg ada stamina sehingga boleh bertahan lama spt Anuar, Azmin, Saifudin nasution dan syed husin ali. Tabik kpd pemimpin Pas yg terkenal kental kecuali Nakaei dan Hasan Ali.

    2. Ingat lagi Nallakarupan konon temam main tenis Anuar? Selepas Anuar dibuang dari Umno dan dizalimi dgn tuduhan yg direkayasa, Nalla adalah diantara org yg disiasat konon simpan senjata api tanpa lesen. Ingat lagi apa kata Nalla ketika itu....beliau sanggup mati dalam penjara...namun menjadi saksi menentang Anuar tidak sekali2. Memang lidah tidak bertulang. Demi diri sendiri, duit, pangkat dan keluarga Nalla sekarang dah jadi senator...bukan Nalla dulu. Benarlah pepatah org dulu2 kalau jumpa. ...... dgn ular, kita bunuh......dulu.

    2. Anuar dan Pas tak de kuasa dan duit berbillion yg bokeh di tabur spt yg dibuat oleh UmnoBn. Dalam UmnoBn kalau tak de duit jangan harap pekerja nak pasang bendera. Kenapa? Sebab yg tukang pasang tahu semasa pilihan raya calun UmnoBn dpt wang peruntukan berbuntil2 dari ibu pejabat.Kesetiaan dan persahabatan dlm UmnoBn tergantung sejauh mana wang dan peluang boleh masuk.Halal haram itusoal leceh.

    3. Jadi fahamlah kita kenapa RPK rupa2nya jugak bukan maratoon runner. Kalau Najib memang ada bukti lawan Anuar, apa perku lagi konon debat Anuar- RPK

    Din Klang

    ReplyDelete
  50. SALAM KASIH DAN SAYANG
    DAKJ
    Izinkan,

    Sdr Din Klang said,

    Aslkum Dakj

    Kini anwar sudah bertemu buku dengan ruas dalam bidang lakonan politik.

    Sdr Din Klang said,

    Aslkum Dakj
    ...
    Itula saya perbah kata Najib kuat tenberang, sdr ab dan samurai melayu tak percaya. Ketiga2 sebenarnya bertokobgan dlm urusan temberang.

    Aslkum Dakj

    Tolak pi darab mai pulak..tangtu je yang seiras..

    Mungkin juga jelmaan 'Dr.Jekyll and Mr.Hyde'..??


    Wallahualam.

    ALFATIHAH, AMIN
    Ps.Mari kita tunggu dan lihat, 'RAP'(Rake And Poop)siapa yang ganas...Anwar atau Raja Petra...
    Mungkin jua terkelip-kelip mata kita menantinya

    ReplyDelete
  51. Anonymous11:47 PM

    Aslkum Dakj

    Beberapa minggu lalu selepas kes mahkamah ahli parlimen sabak bernam dgn 10 pertuduhan daya anggap sudah jadi satu rekod.

    Ternyata saya silap. Rekod tu nampaknya bertahan tak lama sebab bekas setiausaha politik Nor Muhammad Yacob lebih hebat dgn 29 pertuduhan melibatkan wang berjuta2.

    Kalau pilih setiausaha politik pun gagal macam mana menteri UmnoBn nak jaga amanah rakyat. Kalau di barat dah lama menteri berkenaan letak jawatan kerana malu. Tapi di Malaysia ada ke menteri yg tau erti malu?

    Kesian pd rakyat khususnya org Umno yg terus suka diperbodoh.

    Din Klang.

    ReplyDelete
  52. Tidak ada sahabat yang kekal dalam politik. Yang kekal dalam politik adalah kepentingan. Contah terbaik yang paling nyata ialah Mahathir dan Anwar.
    Mahathir bergaduh dengan semua timbalannya kecuali Ghafar Baba.Itu pun sebab Ghafar Baba dikalahkan oleh Anwar. kalau Ghafar Baba kekal sebagai TPM, Mahathir akan bergaduh juga dengannya. Walhal semua TPM itu dipilih sendiri oleh Mahathir.
    Anwar pula bergaduh dengan krono-kroninya. Ezam Mat Nor, RPK, Saiful --semua orang-orang ni adalah orang pilihannya.....

    ReplyDelete
  53. tokman9:04 AM

    Jika seorang manusia bolih tukar sikap bagitu senang untuk kesenangannya maka berwaspadalah kerana kepada beliau tiada kawan dan lawan hanya wang!

    ReplyDelete
  54. Competente10:58 AM

    Datuk,

    RPK kerap kali menghina Islam dan pernah dalam siri artikel 'No Holds Barred'nya menganggap Kaabah sebagai sebuah berhala peninggalan orang-orang Arab jahiliah yang juga disembah oleh Muhammad. Adakah orang sebegini layak diberi kepercayaan dalam apa segi pun?

    ReplyDelete