A Kadir Jasin
[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]
BAHANG pilihan raya umum makin hangat. Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak menjanjikan durian runtuh kepada peneroka Felda, hidup mati tawaran am permulaan (IPO) Felda Global Ventures (FGV) akan dilakukan Mei ini dan lawatan Perdana Menteri sehari ke negara China yang dianggap penting bagi mengambil hati pengundi Cina.
Progran Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) diuar-uarkan sebagai mengatasi matlamat. Harga petrol tidak dinaikkan dan Mohd Najib berikrar subsidi akan diteruskan.
Idris Jala yang setahun lalu memberi amaran Malaysia akan muflis macam Greece kalau subsidi tidak dihapuskan, kini berkata Kerajaan mampu menanggung kos subsidi dan Malaysia tidak akan muflis macam Greece. Alhamdulillah.
Bantuan 1Malaysia dan bantuan kepada murid-murid sudah diagihkan. Macam-macam peruntukan luar jadual telah diberikan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.
Pendek kata, kecuali Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah menjumpai ibu duit, kewangan negara akan kering dan beliau tidak boleh lagi terus memainkan peranan Father Christmas yang murah hati.
Rakyat jelata pula, ramai daripadanya mudah dan cepat lupa. Jadi, kalau PRU tidak diadakan dalam jangka masa singkat, Mohd Najib mungkin ketandusan wang untuk diagih-agihkan dan rakyat jelata pula lupa yang mereka telah sedikit sebanyak menerima habuan.
IPO FGV Ventures mungkin memberikan kesan durian runtuh sekali seumur hidup kepada peneroka dan menjana keuntungan modal (capital gain) yang lumayan kepada sesiapa saja yang terpilih untuk menerima pink form, tetapi kesannya kepada rakyat jelata lain terhad atau tidak ada langsung.
Begitu juga kemampuan Khazanah Nasional menjual aset-asetnya untuk mengisi dana negara atau keupayaan Kerajaan meminjam daripada EPF juga terhad disebabkan kesuntukan masa dan unjuran prospek ekonomi yang kurang menggalakkan bagi tahun ini.
Tidak Boleh Tunggu Lama
Jadi, kalau Perdana Menteri tidak mengadakan PRU dalam jangka masa beberapa bulan ini, segala kesan positif bantuan kewangan yang beliau berikan akan hilang begitu sahaja dan kesan negatif pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah mungkin akan mula membebankan rakyat jelata, khususnya pemilih.
Taktik melewatkan PRU dengan harapan pembangkang akan bercakaran dan menjadi lemah mungkin tidak berkesan kerana seperti dalam PRU 2008, sebilangan pemilih akan mengundi pembangkang bukan kerana mereka sukakan pembangkang, tetapi kerana mereka lebih tidak sukakan BN. Kedua-dua belah pihak tidak boleh memandang remeh faktor benci dan menyampah ini.
Dalam kolum Other Thots saya dalam majalah Malaysian Business keluaran 16-31 Mac, saya antara lain menulis (dengan izin):
1. At the level of confidence that Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak and his key operators like the Umno Information Chief, Datuk Ahmad Maslan, and the Selangor Barisan Nasional election co-ordinator, Datuk Mohd Zin Mohamed are exuding, the ruling coalition should already be matching words with deeds.
2. I am not talking about not renewing the senatorial term of the beleaguered Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. That, to many observers, was what the Prime Minister should have done months ago. Instead, when the crunch came, it was Shahrizat who herself announced on March 11 that she would resign from the Cabinet when her senatorial term ends in April.
3. I am talking about the Prime Minister naming the so-called winnable candidates, especially for the Menteri Besar post in the states he hopes to wrest from the Pakatan Rakyat (PR) and in the states where his predecessor, Tun Abdullah Ahmad Badawi, had problems appointing suitable Menteris Besar because of the Rulers’ objections.
4. I am talking about the Prime Minister answering with concrete proof the various charges against him, members of his household and, most importantly, his government.
5. I am talking about making such a bold decision as naming Umno Youth Chief Khairy Jamaluddin to take on Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim in Permatang Pauh, the MCA President Datuk Seri Chua Soi Lek to challenge the Penang Chief Minister Lim Guan Eng, and MIC President Datuk Seri G Palanivel to wrest the Sungai Siput Parliamentary seat from Parti Sosialis Malaysia (PSM) (corrected). If Khairy hopes to become the ultimate young bull in the Malaysian political arena, he must challenge the ageing bull, and Soi Lek must be brave enough to launch his own Tanjung Project to reinstate MCA’s ownership in the state.
6. And the Prime Minister promising the voters that he will drop all non-performing and problematic Ministers from his Cabinet, in particular, those whose family members and staff have been caught with millions of ringgit in unexplainable wealth.
7. Also, by now, I assume the Prime Minister or his emissaries have already had an audience with all the Malay Rulers to sort out the list of possible Menteri Besar candidates. It’s foolish for the BN, in particular Umno, to pretend that the wishes and opinions of the Rulers do not carry weight in the appointment of Menteris Besar.
8. Aside from ironing out possible problems with the Rulers, the voters too have the right to share the Prime Minister’s confidence, starting with knowing early enough who his winnable candidates are, failing which, they may conclude that there weren’t such candidates and that divisional warlords still called the shots.
Jadi, walaupun media massa arus perdana setiap hari melaungkan keyakinan Perdana Menteri bahawa sokongan pengundi kepada BN semakin pulih dan beliau mahu majoriti dua pertiga dikembalikan, namun laluan ke arah itu mungkin tidak semudah yang diuar-uarkan.
Faktor psikologi, persepsi dan perang saraf mungkin memainkan peranan yang sama kuat atau mungkin juga lebih kuat daripada faktor-faktor sebenar seperti pemberian kewangan dan janji pembangunan.
Pada PRU 2008, prestasi BN merosot teruk kerana persepsi negatif terhadap Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan faktor "benci" atau "meluat" kepada apa yang digelar budak-budak tingkat empat. Soalnya adakah Pentadbiran Mohd Najib bebas daripada kemelut yang serupa? Wallahualam.
salam dakj
ReplyDeletepersepsi negetif kepada BN mungkin masih ada.
masalah pendatang haram dan tak haram,masalah rumah yang tak mampu beli,terdapat seperti menteri pendidikan pra sekolah ,NFC adalah antaranya.
dan jika kita memandang kepada Pakatan Rakyat dan seterusnya kepada DAP dan PKR,saya sebagai orang melayu ,bumiputra dan islam saya rasa persepsinya lebih menakutkan lagi.
Hak bangsa,agama dipersoalkan,dihina,diperlecehkan.
Datuk
ReplyDeleteBaru semalam RON 97 naik harga.Berat nih.Kete I terpaksa kureng speed
wawa
DAKJ, Salaam. Izin jawab Lahirsebelummerdeka dalam posting lalu kerana ada kaitan dengan posting sekarang.
ReplyDelete1. Benar Perikatan dan BN banyak berjasa kepada negara. Andai tidak, masakan Malaysia berjaya hingga menjadi punca kesusahan kerana dibanjiri pendatang asing haram, halal, sunat dan makroh.
2. Tapi akibat kejayaan itu, rakyat dan pemimpin menjadi korup. Korup minda, akhlak dan duit.
3. Ramai pemimpin BN menjadi kurang prihatin dan kurang peduli kerana menyangka rakyat boleh terus disuap dan disogok atas nama pembangunan.
4. Ya, Najib lebih baik dari Abdullah. Saya kelaskan PM Malaysia macam ini.
i. PM kelas satu - Tun Razak dan Dr Mahathir.
ii. Kelas dua Tunku, Tun Hussein dan Najib.
iii. Kelas tiga Tun Abdullah.
Kalau Anwar dulu tidak buat hal dan ganti Mahathir, dia mungkin jatuh dalam Kelas 2 macam Najib juga.
BenDol
Dato
ReplyDeleteat the end of the day, winning the heart of the majority that matter.
you just cant satisfy everybody.
Sg. Siput Parlimentary seat is held by Parti Sosialis Malaysia, not PKR.
ReplyDeleteSdr. A Kadir Jasin,
ReplyDeleteYour guess is as good as mine...
But FELDA chronicle may prove to be Najib's undoing... (Hope I use the right term..!)
My prediction... "FELDA" states would fall to PR...
Sekian.
ZorroReMasked
“Jangan tukar pemandu dipertengahan jalan”, kata PM Najib.
ReplyDeleteSiapa yang menasihati Najib untuk beranalogi berkata sedemikian?
Atau Najib dengan kepintarannya sendiri memilih untuk beranalogi sedemikian?
Ber-Analogi kadang-kadang mampu melahirkan sesuatu persepsi cara seseorang berfikir dan bertindak. Maka, saya katakan, anologi Najib itu boleh saja menjadi “senjata makan tuan”.
Sekali baca, dua kali baca, tiga kali baca, analogi tersebut seolah-olah analogi pemandu sebuah bas express yang dalam perjalanan yang jauh.
LPKP mensyaratkan bas ekspress wajib ada 2 pemandu, dan dalam perjalanan jauh, JB-KB katakan, dipertengahan jalan wajib tukar pemandu yang dari awal perjalanan duduk dan rehat saja.
Ya lah, bagaimana dalam perjalanan jauh, para penumpang semua mula terjaga kerana didapati bas mula terhoyong- hayang kerana pemandunya bukan lagi ‘selamat’, tertidur, pandu laju, tak ikut peraturan jalan raya dan boleh jadi mabuk! MABUK jadi pemandu, MABUK memandu! DUA-DUA bahaya.
Kalau dah jadi sedemikian, KENALAH tukar pemandu.
UMNOBN dah lama memandu Negara Malaysia.
Awal-awal memandu dulu, BAGUS, tiada masalah. Bagaimana tak bagus, TUN RAZAK berkempen kampong ke kampong pun cuma membonceng basikal. Basikal Tua kata Sudirman. Hari ni ROSMAH BINI NAJIB naik apa teman Najib berkempen?
Pertengahan memandu, para pemandu mula suap dan minta disuap oleh para penumpang. Macam para pemandu di Mekah-Madinah pada musim haji, minta para penumpang bayar beberapa rial. Para pemandu ni bukan jumpa IBU DUIT, tapi LUBUK DUIT. Melalui Dasar Penswastaan, ramai para pemandu bangsawan jadi jutawan segera. KALI NI, mereka benar-benar jadi MABUK nak jadi pemandu, dan MABUK memandu.
Akhir-akhir ini, MABUK mereka bertambah-tambah…..menjadi-jadi.
Hutang Negara dah jadi 4,jadi 5,jadi 6,………….. JADI RM456Billion. 53% dari GDP. Kalau ikut kata Pakar Ekonomi, kalau jadi 55%, Negara akan bangkrap!!!!!
Itu bukan saya yang sebut, TAPI pakar ekonomi. BOHONG dia, bohonglah saya sebab ikut kata dia! CUMA saya terfikir, apa sebab dia nak bohong kepada saya? Yang BOHONG tu para pemandu yang MABUK lah, kata mereka 53% TIADA HAL, ekonomi kita masih kuat.
KUAT?
Anak buah saya dah ramai yang kerja…………..kesian DEPA, nak beli kereta Proton pun tak berani, SEBAB kena bayar hutang PTPTN. Sewa rumah kena bayar, bil letrik makin mahal,air pun bayar juga….akhior sekali habis bulan poket kering!!!!
MELAMBANGKAN TRANSFORMASI benar-benar Berjaya kah???
NAK TAK NAK, KENALAH TUKAR PEMANDU DI TENGAH JALAN.
TAKUT-TAKUT, KALAU TAK TUKAR, TAK SAMPAI KE DESTINASI!!!
DESTINASI KE KUBUR, AKAN TEPAT PADA MASANYA!!
Syabas Dato...sejak akhir2 ini saya lihat Dato telah mula kelihatan agak mual dengan kerenah2 si Najib yang terlalu syok sendiri. Tabur duit sana sini untuk menyelamatkan keadaan yang semakin hari semakin tertekan.
ReplyDeleteTidak siapa yang dapat memastikan keputusan pilihanraya yg akan datang melainkan "Yg Maha Esa". Kita boleh semak betapa banyaknya surah2 didalam Al-Quran yg memperkatakan kezaliman sesebuah kerajaan dimana akhirnya telah di lenyapkan dari muka bumi ini oleh Yg Maha Esa.
Apa yang Dato tulis kali bukan perkara baru & ganjil kerana apa yg berlaku sekarang adalah ulangan2 dari cerita dan sejarah2 silam yg mana "Yg Maha Esa" selalu memperingatkan didalam Al-Quran.
Salam. Jazakallah Khair
Salam dato,
ReplyDeleteSaya punya persepsi ok la takat ni...overall, this gomen is better than `nothingness- government'. ....yang dok kat kedah,kelantan,penang and selangor
bila nak tunjuk `tangible data'lagi.....
Either you have it or you do not have it..period.
YANG SAYA TENGOK ada pencapaian yang bolih `pegang' punya.. `tangible ' kata mat salleh, adalah macam ni:-
Tahun 2008, 1 USD dalam 3.40-3.50 RM sekarang dah RM3.07-2.97 dalam tahun lepas.
`Reserve' bank negara dari RM300 bilion dan lebih RM420+ bilion
Pendaftaran baru kereta dan motosikal persendirian bertambah sejak 2005( jpj dah ada statistik)
Dari data bank negara pulak,
Gross national income percapita dah
tambah dari 2000 hingga 2010- dari RM 13,000+ kepada 25,000+....
Gross domestic product percapita juga dah naik dari tahun- 2000 hingga 2010... dariRM15,000+ kepada RM18,000+
`Houseownership' pun dah bertambah.... tapi banyak `hutang' punya la beb!
Kemarin saya semak rumah yang di baiki juga banyak puloh ribu unit...
Bekalan air kerumah baru/lama juga bepuloh puloh ribu....
TAK ADA hotel kena bom takat ni,
TAK ADA ahli politik kena tembak atau mati bersepai kena bom dalam 5 tahun ni...
TAK ADA LAGI ORANG MATI KEBULURAN dan mati merempat ramai ramai...
Kadang kadang saya tenguk elok setengah setengah ahli politik ni pi telan granade ka, minum paraquat ka, atau telan syabu dalam setengah atau 1 kilo sorang.... hingaq bingaq, kuat bunyi kalah siren polis atau ambulan, tapi kalau tanya apa dia dah buat untuk rakyat dan negara, DIA KATA KITA ni ngok,tak ikut perkembangan dunia,tapi dia punya cakap macam dia kat dunia lain!..
Tak pulak dia jawap apa yang dia dah buat untuk kita ni!.
Kat kawasan pun tak nampak bayang,jauh sekali hidung nya!
YANG DIA BUAT jangan cerita la, bole kalah madoff kalau dibiaqkan..
Yang baik tetap baik, credit is given when credit is entitled...
Abu Bakar Ab Rahman
Yang Berhormat atau YB ni gelaran bagi Wakil Rakyat.
ReplyDeleteWakil kepada rakyat yang setia kepada negara. Rakyat yang sah di sisi bumi negara, sah di sisi perlembagaan. Tiada yang tidak sah melainkan yang sahih sah.
Yang sah dan sah inilah pergi mengundi, pilih YB.
Dalam bab kepas, pasal KARI ANJING,saya sangat setujulah kepada para pembahas yang bincang pasal PATI dan PADI.
(PATI: Pendatang asing tanpa izin)
(PADI: Pendatang asing dengan izin)
Setuju sangat-sangat apa yang dibahas.
JADI, hari ni, nampak GAYA, Wakil Rakyat @ Yang Berhormat @ YB, saya fikir dari calun UMNOBN, dah tak ramai jadi YB untuk yang rakyat yang sah dan sahih.
Ramai jadi YB (UMNOBN) bagi PATI dan PADI.
YB PATI
YB PADI
YB bagi orang Bangla
YB bagi orang Indon
YB bagi orang Myanmar
YB bagi orang Filipino
YB bagi orang India
YB bagi orang China
KITA TUNTUT NAJIB BERSIHKAN NAMA-NAMA INI DARI JADI PENGUNDI YANG SAH DAN SAHIH.....
JUAL NEGARA MAKNANYA TU....!!!
ALAHAAAIII NAJIB!!!
DAKJ,
ReplyDeleteDari 11 perenggan pertama, sudah jelas nampaknya, Najib dan UMNO/BN:
1.Mengutamakan parti berbanding rakyat.
2.Menggunakan duit kerajaan untuk mencari pengaruh untuk parti. Kesimpulannya, kerajaan dan parti tidak dapat dibezakan.
3.Kantung negara sudah amat parah kedudukannya.
Selain itu, sekejap kata akan bankrap, sekejap kata tidak akan bankrap, memberi persepsi yang urusan negara tidak diambil serius.
Akhir kata, apa silap yang Pak Lah dah buat, YANG NAJIB SUDAH BETULKAN?
p/s undilah calun dan bukan parti.
Fed Up
Aslkum Dakj
ReplyDelete1 saya bersyukur Dakj membuat paparan yg sangat menyengat pada kali ni.Kalau berdasar pd budaya Umno iaitu berkecuali means you are with the opposition, maka Dakj akan dipinggir oleh Najib.
2. walaupun media talibarut cuba mengambarkan imej Najib yg baik tapi persepsi masyarakat
Melayu, Najib PM no satu dalam urusan mesti jawab:
...urusan kematian Altantuya
...urusan terima komisyen Rm500jt beli kapal selam.
...urusan bini bertindak lain dari bini PM2 terdahulu
...urusan nenghapuskan kementerian pembangunan usahawan sekali gus menjadikan usahawan KECIL Melayu terduduk macam anak ayam kehilangan ibu.
...urusan melemahkan kuasa Melayu dalam pentadbiran kerajaan dgn adanya org spt Idris Jala kristian dan Koh tsu koon. jugak semakin ramai bukan melayu menerajui kementerian dan badan berkanun.
urusan mengalakkan lagi pendatang haram tak hormat undang2 negara bila perkenal program pemutihan 6P.
..urusan memeriahkan lagi budaya fitnah dgn membenar atau seolah2 bersekongkol dgn kerja fitnah dalam kes Saiful.dan video seks 3 Dato.
...urusan gembar genbur dgn program rasuah rakyat spt BR1M.
...urusan melembukan pengerusi SPR sehingga meningkatkan bilangan pengundi baru hibgga tak nasuk akal
Kesimpulannya walaupun Najib baru 3 tahun jadi PM saya boleh beri dia rating paling teruk, hampas dan memalukan.
Din klang
....
Y.Bhg Dato'@ Penentu kepada kemenangan dalam pilehanraya sebahagian besar adalah pekerja parti. Mereka terdiri dari tukang sorak, tukang pacak bendera dan pasang posters, penjaga pondok pengundi,penyelaras kenderaan untuk bawa pengundi. Semua ini perlu belanja besar. Sebab itu BN masih boleh menang walaupun dengan majoriti kecil.
ReplyDelete2. Saya berpendapat kepada Najib ,yang penting adalah membentuk kerajaan Persekutuan dan kekal di Putrajaya. Biarkan PKR kuasai Kerajaan-kerajaan Negeri kerana bukan banyak sangat sumber kewangan yang di kawal oleh Kerajaan-kerajaan Negeri. Lihat sahaja bajet Kerajaan Persekutuan sudah mencecah RM 200 billion setahun.
3.Kalau saya jadi Najib, fokus untuk memenangi kerusi Parlimen supaya BN terus berkuasa di Putrajaya.Cukop tidak masuk akal siapa saja yang menguasai Putraja sekarang untuk melepaskan kuasa kepada Parti lain tanpa menggunakan apa sahaja senjata yang ada.Najib kalau terdesak mungkin boleh guna sumber Peronas yang memiliki rezab berpuloh billion ringgit. Perkara yang penting adalah mempertahankan kuasa. Bila dak berkuasa semula,lain pula ceritanya. Mungkin Anwar Ibrahim akan melakukan perkara yang lebih burok kalau dia ada peluang dan berkuasa.
4.Bodoh atau tidak cerdik namanya kalau kuasa yang ada nak dilepaskan kepada pihak lain pada hal banyak sumber yang ada boleh digunakan untuk mempertahankan kuasa.Jangan bagi peluang orang saperti Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang,Karpal Singh atau Lim Guan Eng mendekati Putrajaya.Lakukan apa saja asalkan mereka ini berada dipihak menyalak bukit sahaja.
5. Orang bodoh pun faham dalam sistem demokrasi,yang berkuasa hanya perlu simple majority. Satu kerusi lebih sudah cukop untuk membentuk Kerajaan dan terus berkuasa. Sebenarnya inilah strategi Anwar.Bila dah berkuasa dia akan bermaharajalela dengan sumber kewangan Negara yang banyak. Sejarah boleh ditulis semula.Rekod lama boleh ditulis semula ikut selera masing-masing.
6. Najib tidak perlu tergesa-gesa nak buat pilehan raya. Masih ada peluang memperbetulkan keadaan.Masih banyak rezab Negara boleh digunakan untuk memperbetulkan persepsi pengundi dan mendapatkan sokongan sebaik mungkin.
iklas,
Rahim
Salam Dato’ Kadir
ReplyDeleteRealiti
Bagi sayalah, YAB Dato’ Seri Presiden telah melakukan yg terbaik utk rakyat Malaysia. Semua golongan dapat hak masing-masing. Saya mengaku tak dapat BR1M, tapi bulan ini saja, saya dapat subsidi elektrik dari Kerajaan persekutuan berjumlah RM 300 lebih. Itu belum lagi subsidi pada petrol, gas LPG, tepung, gula dan sebagainya. Memang baguslah kerajaan UMNO dan BN sekarang. Cuma rasanya, hanya org-org yg beriman saja yg tahu erti bersyukur.
Psycology
Satu lagi, rakyat Malaysia tidak sekali-kali akan membenarkan pemimpin yg biseksual menjadi pemimpin negara. Hanya golongan yg SESAT di dunia dan akhirat saja yg boleh terima pemimpin biseksual. Sampai sekarang, cabaran Dato’ Nalla begitu berat utk dijawab.
Persepsi
Rakyat juga menyampah ustaz yg bagi ‘psychological behavioral therapy’ pukul 2.00 pagi pada bini org di hotel pulak tu. Apakah persepsi rakyat terhadap ustaz sampah yg macam ni? Harapkan pagar, pagar makan padi. Sekian TQ.
OrangBaruLahir
ReplyDelete.... ibu duit Dato' ? .... betul lah Dato, Menteri Kewangan memang dah jumpa IBU DUIT ... in the form of Rosmah Mansor .... tukang perabis duit...bukan IBU DUIT
Dengan izin Dato' ...
Dalam theory merger and acquisition - kalau ada HOSTILE TAKE OVER, memang lah kena cari partner-partner yang sanggup mengeluarkan DUIT untuk membantu membeli balik saham-saham yang mungkin boleh memberi MAJORITY ownership - tak tahu lah siapa yang membantu UMNO / BN sekarang ni... kalau nak JUAL Limbang pun mungkin BRUNEI dah tak minat,begitu juga kalau nak JUAL ISKANDAR hanya mungkin funder dari MIDDLE EAST yang mungkin mahu memindahkan investment mereka dari BARAT ke negara ISLAM seperti MALAYSIA, tapi mungkin CHINA sanggup bagi duit FREE, "low interest" lah...mengambil alih peranan JEPUN ....
Jadi itu yang PM kena GOYANG LOCENG jual FELDA sebagai source of renewable ENERGY yang tidak akan pernah habis, dan investment punca MINYAK MAKAN yang paling lumayan .... dalam dunia tu.
Tapi kalau tak cukup juga DUIT atau kemungkinan untuk menang payah, mengikut theory merger and acquisition, kena ROSAKAN investment tu sampai tak untung lagi dan siapa yang akan ambil alih terus sakit perut .... banyak company yang tak sanggup dijual kepada HOSTILE PARTY, mengumpul HUTANG yang menyebabkan TAKE OVER tak lagi sesuatu yang mudah atau menguntungakn. Ini macam ambil POISON PILL lah supaya siapa yang ambil alih terus MATI dengan jumlah hutang yang dibebankan kepada parti yang ambil alih ....
Nampak gaya sakit perut parti pembangkang kalau negeri-negeri BANYAK hutang
Mengenai FGV Felda Global Venture .... menurut saya kesian anak cucu kita, jadi KUNTA KINTE, diperhamba lintah-lintah korporat yang akan terus menerus memerah peluh dan darah di LADANG-LADANG FELDA atas nama peningkatan produktiviti ..... memang nasib semua perkerja ladang di semua LADANG-LADANG korporat hanyalah sebagai KuLI-KuLI batak secara turun temurun, dulu BRITISH buat kita dengan mengambil BURUH IMPORT dari benua INDIA, lepas ini tergantung lintah mana yang beli FELDA banyak lah buroh asing di import mengambil tempat anak-anak FELDA yang akan terus menjual pegangan mereka sebab 10ekar - bila mati bapak susah nak bagi-bagi, apatah lagi sampai generasi ketiga.
Contoh banyak tentang isu kegagalan pengekalan kepemilikan ladang milik keluarga yang pindah ke tembolok lintah korporat ..... contoh di USA ladang KAPAS, di CUBA mungkin ladang-ladang TEMBAKAU, begitu juga TEBU, dan contoh paling DAHSYAT ladang POPPY untuk pengeluaran DADAH...semua jadi hamba
Tapi siapa sebenar yang AKAN KAYA dalam penjualan FGV - ini kita boleh lihat nanti, baik dari penerima KOMISYEN, siapa yang pegang PREFERENCE SHARES dalam Special Purpose Vehicle, dan 12 bulan dari sekarang bila LAPORAN TAHUNAN dikeluarkan ada senarai PEMEGANG SAHAM Trustee, yang tidak pernah bernama.
Memang tradisi dan cerita hidup orang melayu - kalau BAPAK mengumpul harta, generasi kedua hanya tukang perabis, KALAU ARUAH TUN RAZAK mulakan Federal Land Development Authority [FELDA], anak-anaknya hanya TUKANG JUAL HARTA "bapak mereka".
Tentang undi BN atau BA ...,
saya setuju kata Dato ada yang undi pembangkang hanya kerana BENCI sangat dengan BN/ UMNO, .... Dato ada baca tak cerita tentang MENTERI yang kena saman sebab TUMBUK pekerja dan kena bayar saman RM5000, alamat tak dapat jadi Menteri lagi, ini bukan pemimpin ini BAPAK PENYANGAK - gangster abis.
Sifir saya macam ini aje dalam PRU nanti,...
[1] BN calon Melayu [integrity questioned]- PR calon bukan MELAYU [Cina/Keling] - saya bagi UNDI ROSAK - pangkah dua-dua
[2] BN calon Melayu - PR calon Melayu [ISLAM] - saya pangkah PR
[3] BN calon Melayu - PR calon Melayu [integrity questioned] - saya bagi UNDI ROSAK - pangkah dua-dua
[4] BN calon bukan Melayu [Cina/Keling] - PR calon Melayu - saya pangkah PR
.... undi saya RAHSIA .... tapi para pembahas boleh agak siapa yang bakal dipangkah
OrangBaruLahir
kita sebagai pengundi kena bersikap "sayang anak tangan tangankan, sayang isteri tingal tingalkan"
ReplyDeletezaman ini tidak boleh lagi kita memuja sangat para pemimpin walau bagaimana taksub pun kita padanya dan bagaimana tinggi pun usaha mereka untuk menjaga kita.
sudah menjadi pilihan mereka untuk menjadi ahli politik, jadi mereka lah yang harus tahu bagaimana untuk memengani keyakinan kita.
tepuk dada tanya selera dan tak perlu mencari kesalahan orang lain.
Salam.
ReplyDeleteDi satu pihak sibuk memujuk rakyat, dan pihak yang lagi satu sibuk menghasut rakyat.
pujukan dan hasutan menjadi makanan harian minda kita di Malaysia hari ini.
Akhirnya generasi muda bangsa kita hilang pedoman dan bimbingan.
Salam Dato
ReplyDeletesentuh bab rally DJZ, DAP dan sekolah cina baru ini, yang kunun nya perjuangkan sekolah Cina.
Gelihati saya.
Baru tahun lepas YB Hanna Yeo sibuk mahu mendaftarkan baby nya sebagai Malaysian dan tidak sebagai bangsa cina.
Sampai bila pun orang Melayu tidak akan lepas dari di hambat dengan pelbagai tuntutan mereka ini.
Kita juga kena sentiasa peka dan perhati persepsi gerak permainan halus mereka ini.
Aslkum Dakj
ReplyDelete1. rakyat tukar kerajaan setiap pilihan raya umum adalah perkara biasa. lihat saja contoh di England, Amerika, Jepun,Australia,Canada hatta dinegara demokrasi yg mundur pun tukar kerajaan adalah perkara biasa. lihat saja Indonesia, filipina dan thailand sudah berapa kali bertukar kerajaan.
2. setiap kali perdana menteri atau presiden varu menang semua pihak menerima keputusan dgn lapang dada kerana kemenabgan itu adalah tulin berdasar kehendak rakyat yg dilindungi okeh Suruhan Jaya Pilihan Raya yg benar2 adil dan bebas tidak membantu pemerintah sedia ada membuat pelbagai penipuan untuk menang.
3. Dalam mana2 negara demokrasi yg tulin, SPR lah agensi yg sangat penting dan diketakkan harapan tinggi oleh rakyat supaya memastikan agar kerajaan yg dpilih memang layak kerana majoriti rakyat suka dan memilih mereka dan bukan kerana ada penipuan walaupun sedikit.
4. Hanya kerajaan yg menang tanpa diragui, layak atau akan berpeluang menjadi kerajaan yg bersih berjiwa rajyat semata2.
5. Saya melihat kerajaan Umnobn sudah lebih 54 tahun bergelumang dengan dosa2 besar rasuah, tipu, curi, tindas, salahguna kuasa, peras ugut, pertahan gangster dll. Kerajaan sot ini akan terus melakukan apa saja ternasuk tipu dalam pilihan raya untuk terus berkuasa.
6. Kekalahan pd Umnobn bukan saja bererti pemimpin nereka tersungkur, negara juga mungkin akan ada hakim2 yg bebas dan bersih spt zanan sebekum 1988, ketua polis, ketua tentera, ketua SPR; Ketua SPRM, ketua pendakwa raya dll juga akan bertukar. Dan yg paling digeruni akan ada perbicaraan bebas yg menyebabkan orang yg dulunya bukan main power akan meringkuk dalam penjara. Maka sebelum itu terjadi Umnobn pun melantiklah badot2 mengepalai SPR.
Din klang
Tok,
ReplyDeleteTok sebut benci dan menyampah. Saya nak tambah "TAKUT".
Mesti ada Melayu yang benci dan menyampah dengan Najib dan BN. Saya pun ada perasaan itu.
Tapi antara benci dan menyampah dengan Najib/BN, saya rasa orang Melayu lagi TAKUT atau kena TAKUT kepada PR sebab dalam PR.
Kingmaker PR bukan PKR macam banyak orang sangka. Jauh sekali Pas. Kingmaker PR adalah DAP.
Kalau PR perentah, Melayu yang sekarang ini terkapa-kapa akan hanyut terus diusong oleh tsunami Malaysian Malaysia dan meritokrasi.
Kita boleh ajar Najib, tapi jangan sampai kita semua kecundang. PR sebagai pembangkang yang kuat saya setuju. Kalau tak ada pembangkang, Najib lagi naik tocang. Salam.
MelayuFirst
OKJ said,
ReplyDeleteMaaf ya....
pemimpin yang biseksual tak layak jadi pemimpin negara dan masuk neraka jika kita memilihnya.
Tapi bagaimana pula dengan pemimpin yang rasuah?
Datuk,
ReplyDeleteFakta UMNO adalah parti korup bkn persepsi.Ianya adalah realiti.UMNO bernasib baik org melayu masih lagi tidak begitu sensitif dgn rasuah dan penyalhgunaan kuasa jika dibandingkan sensiviti mereka terhadap babi..
Masyarakat melayu walaupun lambat tetapi telah mula dapat membezakan antarai persepsi dan realiti.Antara mitos dan fakta.Akibatnya UMNO berada didlam keadaan terdesak utk menyembunyikan salah laku mereka selama ini.
Dlm keadaan begini pun UMNO masih lagi enggan bertobat dan mreformasi diri mereka.Sebaliknya mereka lebih selesa menuduh pihak lain yg cuba membuat onar..
Salam Dato',
ReplyDeleteSaya rasa loya bila baca komen kerajaan bagi subsidi dan kena berterima masih kepada BN. Apa yang saya faham subsidi tu sebenarnya dalam bentuk pelepasan cukai, bukan dari duit tabung BN. Dengan kata lain ia adalah kaedah mengurusan yang diamalkan oleh pemerintah.
Perlu kita ingat, berfikirlah secara waras, semua parti politik akan memberikan yang terbaik untuk negara menjadi maju dan makmur. Janganlah terpengaruh dengan dakyah jika BN kalah negara akan huru hara. Polis ada, askar ada dan JPAM pun ada - semua berkecuali, akan menjalankan tugas yang diamanahkan lainlah jika diarahkan sebaliknya.
Berhentilah memomokkan rakyat dengan subsidi. Beritahulah rakyat apa yang akan dilakukan berdasarkan data dan fakta. Tamat.
Azmi.
Aslkum Dakj
ReplyDeleteTuan Hj Okj...kalau sdr anak jantan Umno cuba sdr namakan pemimpin biseksual yg sdr sering sebut tu
Kalau tak mau sebut lebih baik berhenti jadi lelaki.
sdr jangan main2. sdr ada bukti ke.
Kalau bukan kerana hormat pd Dakj dah lama saya akan sumpah seranah Okj.
bagi malu umat Islam je. Perangai tak berubah walaupun dah pergi haji. Dosa lain mungkin boleh diabaikan.Tapi menuduh pemimpin pembangkang sebagai biseksual tampa bukti memang perbuatan jijik yg tak selayak dtg dari mulut yg bergelar haji.
Terkenang saya zaman dulu ramai org balik haji terus tukar nama kat jab pendaftaran supaya dpt title tuan hj.
Din klang
Menteri umno ni setiap kali ada acara acara perasmian ...... kerajaan lulus peruntukan *&% juta ... tak kira tokong, sekolah bukan kebangsaan .... lani takut dengan sekolah cina.... Teringat saya pada zaman GhafaBaba dulu, Dasar pelajaran kebangsaan la ni macam mana? saya anggap UMNO-PKR sama aja. Nak kan undi cina. saya akan berikan undi saya kpd melayu PKR.
ReplyDeleteaslkum Dakj
ReplyDelete1. oleh kerana Unno dpt kemerdekaan dari british dgn cara paling mudah tanpa perjuangan sebenar maka mereka tak mungkin patriotik sejati. Rakyat oun ikut sekaki.
2. oleh kerana Umnobn menang PRU dgn cara2 tipu maka rakyat tak hormat. sebab tu tak de mood nak join acara kerajaan. contoh berapa kerat rakyat yg nak kibar bendera semasa bulan merdeka? buat pemimpin Umnobn syok sendiri buat apa!!!.
3. oleh kerana pemimpin Umnobn rasuah, salahguna dan kebas harta negara maka org bawahan spt polis, hakim, pendakwa dll pun tumpang sekaki....tapi bukan semua yg begitu. Cuma nak cari yg baik tu dah susah nak jumpa. kakitangan kerajaan yg baik tak naik pangkat le. Resam hidup bawah perintah Umnobn.
4. oleh kerana persepsi rakyat pemimpin Umnobn kebal undang2, maka rakyat pun ikut undang2 bila depan polis atau penguasa saja. Belakang nereka minta maaf. Buat atau tak buat kerana Allah nampaknya semakin jauh sayup2 sebab tarikan kuasa dan duit Umnobn nampak depan mata.
Apa boleh buat sebab Malaysia boleh.
Din klang
Assalamualaikum,
ReplyDeleteYBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Orang-orang politik akan terus cuba mempengaruhi kita yang apa yang mereka lakukan adalah yang terbaik. Itu memang pendirian mereka dan apa sahaja pandangan kita tidak penting kepada mereka. Terpulanglah kepada kita untuk bersetuju atau tidak dengan tingkahlaku mereka untuk memberi sokongan atau tidak. Kalau kita masih lagi teragak-agak itu menunjukkan kita masih belum memahami kedudujjan sebenar politik negara,
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain.
Petaling Jaya
Salam Datuk,
ReplyDeleteCerite psikologi pulak ye..
1.Separa, psycho - gila. Gilo talak siang malam meroyan macam yang si polan tu...Psycho babi sondol semua, psycho anjing berbuih mulut. Psycho manusia, macam-macam ada....
2.Psikologi sakit - siang malam nak tukar pemimpin. Yang elok semenjak dulu nak di longkangkan... Bila masuk longkang terjerit-jerit minta orang tolong....Bila dah tiada orang bantu salahkan pula orang lain yang tiada kena mengena. Salah sendiri?..balik semula dalam psikologi sakit...kitaran balik (back in circle)
3.Psikologi politik - yang palsu dan salah akan di momokkan menjadi benar. Yang benar akan di di momokkan salah. Salah nyata perbuatan sendiri, ambil kesempatan mengatasi psikologi yang lemah...
4.Psikologi pemerintah - merealisasikan persepsi rakyat kepada kebenaran, kadangkala melindung kroni juga... psikologi UMNO tetap pada agama,bangsa dan negara.Psikologi sebahagian ahli menjadikan UMNO di persalahkan. Psikologi yang di momokkan bahawa semua yang tidak baik milik UMNO! Yang baik dari UMNO,yang di nikmati dari dulu sampai sekarang, di gaul dengan ludah temberang!Telan tetap telan! Sini ambil sana ludah berterbangan...UMNO juga di salahkan. Dulu sayang,sekarang jual temberang!
5.Psikologi pembangkang - musnah dan terus musnahkan. Bila dapat kuasa nanti orang-orang dalam kroni tetap di hati.Wang,harta berlambak, kereta-kereta menjalar penuh laman, paling hampir mesti terima habuan. Rakyat belakang kira. Nak jadi apa, agama apa,hidup bagaimana, suka apa dan macam-macam apa-apa, itu jawaban untuk hak asasi manusia! Peduli apa. Lurus nya anda, pasti merempat. Pandai menipu, temberang, meroyan,gerenti jadi jagoan macam bintang malam !
6.Kadangkala psikologi binatang sungguh indah sekali. Kerana ia tahu dan sentiasa bertasbih kepada Yang Menjadikan.... Psikologi tumbuh-tumbuhan tetap 'akur' kepada mengindahkan dan merahmati alam dan persekitaran
Asah lah psikologi balik ke pangkal jalan kerana psikologi berbilang hanya kepalsuan dan kekeliruan. Ia menjadikan kita semua TIADA BERPENDIRIAN ! Ia psikologi yang berpusat hanya di otak kiri sahaja ... cauvinisme, pluralisme , sosialisme , komunisme, liberalisme , invdividulisme dan berbagai 'isme' lagi ada lah jenis psikologi yang langsung tidak mengenal Tuhan Yang Menjadikan.
Salam Datuk,
ReplyDeleteBen Dol,
2. Tapi akibat kejayaan itu, rakyat dan pemimpin menjadi korup. Korup minda, akhlak dan duit.
Agaknya melayu mana yang mudah lupa?
Dari generasi mana agaknya? A AB atau O ?
- Ben Hur(nama Yahudi)
Salam DAKJ,
ReplyDeleteDatuk jangan salah sangka. Ibu duit kalau tak ketemui cari bomoh bijak tolong "sedut duit".
Lebih baik bomoh dari "toyol" mencuri duit. Kes HLFB
-macammacamada
Salam DAKJ
ReplyDeleteAbu Bakar Ab Rahman,
TAK ADA LAGI ORANG MATI KEBULURAN dan mati merempat ramai ramai...
Apa yang saya lihat sekarang orang sangat selesa dan berbaring atas jalan ramai-ramai.....
-sayangseribukalisayang
OrangBaruLahir
ReplyDelete...separuh nasi tambah Dato' .....
Boleh tak Perdana Menteri jawab bagi pehak sepupu dia, Menteri Dalam Negeri, kenapa sepupu dia boleh di katakan WINNABLE CANDIDATE ....
Untuk memudahkan Perdana Menteri menjawab dibawah ini di perturunkan jawapan-jawapan secara ujian objektif UPSR [versi Menteri Kabinet]....
Jawapan [A]
Menteri DALAM NEGERI telah berjaya membawa satu pendekatan baru bagi menambahkan penduduk MALAYSIA secara drastik, yang akan membawa pulangan EKONOMI dan UNDI yang menentukan KEJAYAAN kerajaan yang ada pada hari ini. Strategi LANGIT BIRU .... ini berbeda dengan Strategi Laut Biru, membawa paradigma yang berbeda dan telah juga di tiru oleh pemimpin negara jiran yang ingin mempastikan kejayaan kerajaan pro Cina di selatan tanah air.
Kenapa saya katakan kejayaan EKONOMI kerana pendatang tanpa izin ini menyumbang kepada EKONOMI kelabu/gelap Malaysia sebanyak RM10/sekepala yang secara langsung memberi peluang petugas-petugas penguatkuasa dibawah Kementerian Dalam Negeri mengujudkan peluang menambah JUTAWAN segera, lebih dari 20 orang setiap bulan.
Ini antara sebab mengapa program pemutihan 6P harus dilanjutkan walaupun sudah TIGA KALI gagal menepati traikh yang telah dipersetujui kabinet. .... [tak apa Idris Jala boleh adjust sikit statistik NKRA Menteri Dalam Negeri, kalau tidak nanti dia gagal mecapai target].
Jawapn [B]
MENTERI DALAM NEGERI sekarang ini adalah diantara Menteri Dalam Negeri berprestasi tinggi berbanding dengan Menteri Dalam Negeri yang dahulu. Kalau dulu ada Menteri Dalam Negeri yang menyelamatkan kedudukan Malaysia dari pengaruh USA / Russia sewaktu zaman PERANG DINGIN antara Amerika dan Russia, dan ada juga Menteri Dalam Negeri yang bertanggung jawab menamatkan gerakan anti Kerajaan di Memali, dan ada juga Menteri Dalam Negeri yang menamatkan Konfontasi Indonesia-Malaysia...
Kenapa saya anggap dia berprestasi tinggi kerana Menteri Dalam Negeri sekarang ini lebih dekat dengan anggota kementerian dia sebab setiap hari dia mengendalikan mesyuarat OPERASI setiap agensi penguatkuasa, sampai ketua-ketua agensi tersebut boleh relax sepenuh masa. Sampai penentuan pengantian pegawai pun dia terlibat sama ....
Jawapan [C]
Menteri Dalam Negeri sekarang adalah seorang yang terus menerus WINNABLE sebab jumlah kes jenayah semakin berkurangan [hanya pada bulan-bulan tertentu saja] sebagaimana yang telah di CUT and PASTE dalam laporan Pemandu.
Yang cuku memberangsangkan - a notable achievement, jumlah tangkapan dadah sekarang bukan sikit malah beratus kilo gram, seolah-olah kegiatan DADAH dalam negara, terus-menerus menunjukkan prestasi sehat sebagaimana perkembangan EKONOMI kelabu/gelap Malaysia.
Jawapan [D]
Menteri Dalam Negeri secara langsung telah mengurangkan jumlah tangkapan orang-orang politik bermasalah seperti Menteri yang bertindak memukul orang, tetapi tidak ditangkap yang secara langsung mengurangkan statistik jenayah BERAT, dan beliau telah menjalankan selective investigation walaupun ada kes RASUAH dan SALAH GUNA kuasa berat seperti kes lembu, yang secara langsung mengurangkan statistik jenayah RASUAH.
Jawpan [E]
Kesemua jawapan diatas ...
Ok lah kita tunggu jawapan tukang karut Perdana Menteri, untuk menjawab bagi pehak sepupunya yang pada pandangan kasar [tanpa mikroskop] adalah seorang yang GAGAL dan tidak layak diberikan status WINNABLE, seperti yang berlaku kepada seorang Naib Presiden UMNO dari Negeri Sembilan sedikit waktu dahulu .....
..... kalau hunus keris tu mesti belajar menikam, jangan hunus tapi sarong balik, hanya bila kena jerkah ....
Dato' ..... Apa kata Menteri Dalam Negeri bertanding lawan Anwar boleh menang tak .... ? agaknya mungkin kalah sebelum bertanding
OrangBaruLahir
Dato
ReplyDeleteapa pandangan dato sebagai orang lama dalam bidang suratkhabar tentang jumlah kehadiran penonton di ceramah berikut -
Ceramah Hasan Ali 3-5ribu yang datang di seluruh negara
ceramah kalid samad di shah alam ada berapa kerat ahli pkr/pas yang hadir
ceramah anwar di wangsa maju baru ini sekitar 1 ribu
SALAM KASIH DAN SAYANG
ReplyDeleteDAKJ
Izinkan,
Sdrku Maae bercerita,
1.Separa, psycho - gila. Gilo talak siang malam meroyan macam yang si polan tu...Psycho babi sondol semua, psycho anjing berbuih mulut. Psycho manusia, macam-macam ada....
Sdrku,
Guna 'bahaso' yang tidak menentu ejaan, coma(,) dan titik(.)nya, boleh kah dinilai seimbang dengan yang satu (1)??? Bagaimana pula dengan krisis identiti yg diutarakan sdrku Affendi Hussain (dihujung posting ni dari anjing, kari & singapura)?
Terima kasih menukarkan selera kami daripada terhidap cirit-birit dari hidangan perkasam ikan belukang jelmaan Sg. Klang...
Mohon maaf jika ada yg tercicit-birit dari 'hidangan' kami ini.
ALFATIHAH, AMIN
Ps. Sdrku PR 168, sudikah bersama ke seberang Selat untuk berlibur di hujung minggu?..Dasar Ekonomi Baru telah memungkinkan liburan kami.. semestinya dengan izin Allah swt yang Maha Pengasih dan Penyayang.. kan gitu sdrku langitbiru yang kami muliakan.
Ngapa sibuk-sibuk menyuap dan menabur duit kepada rakyat nak undi mereka? Tak semestinya akan dapat sokongan dan menang pun. Ramai rakyat dan ahli politik semua nak habuan sahaja memang tabiat manusia biasa kan? Berapa ketul sahaja rakyat yang pentingkan benda-benda lain terhadap ADUN dan AP mereka atau parti mereka atau nak kerajaan yang betul-betul pentingkan rakyat? Tu semua cakap-cakap politik pada realitinya tak?
ReplyDeleteApa nak dipening-peningkan sangat kalau BN kalah pun? Belilah seberapa ADUN yang menang untuk dapat majoriti seperti pernah berlaku kat Perak, guaranti dapat berkuasa semula. Jumlah wang yang diperlukan mungkin kurang jugak.
Elok bagi balik pemerintahan dan kuasa kat Raja-raja seperti kat Brunei yang tak ada pun rungutan sangat tentang pilihanraya pun.
Buat apa pening-pening sangat nak parti ni dan tu untuk tubuh kerajaan setiap 5 tahun?
Sekarang ni hari-hari cerita seks, rasuah, porno, senarai pengundi, subsidi, berlutut berterima kasih, jati diri, bi, homo, akidah, iman, bangsa, bahasa, sekolah dan macam-macam isu yang tak kehabisan kerana politik.
Yang penting duit ada kat poket rakyat dan semua dapat hidup selesa, aman dan damai. Tu kan tujuannya? Perlu ke parti-parti politik dan ahli politik untuk jalankan kerja tu ke?
Patik Hamba Raja-raja.
Salam sdr Din Klang
ReplyDeleteDari komen sdr pukul 7.25 pm (betul-betul masuk waktu maghrib), rasanya, eloklah kita yg dah tua-tua ni beramai-ramai pergi surau. Sembahyang Maghrib berjemaah. Dapat pahala berkali-kali ganda. Cuba-cubalah memeriahkan qariah kawasan saudara tu. Tak berapa molek rasanya waktu diazan Maghrib, sdr sebok duduk depan computer berblog, siap ada niat nak memaki hamun org. Malu-malulah sikit ke anak bini dekat rumah tu. Dan juga seganlah sikit dekat Allah. Sebab itulah org tua-tua pesan, betulkan diri sendiri dulu sebelum nak mengata org lain. Kan DAH KANTOI!!!!.
Dengan seikhlas hati, saya cadangkan, eloklah lepas ni, sdr sembahyang Maghrib berjemaah dan beriktikad di dalam surau / masjid dari maghrib sampai isyak. Rasanya sempat juga habiskan satu surah sehari. Kemudian barulah kalau nak sambung tulis blog balik pun. Sebabnya, banyak sangat saya tengok komen-komen saudara pada watu tersebut. Kalau sdr tak percaya, cuba tengok balik masa komen-komen sdr sebelum ini. Malu rasanya.
Akhir kata, sebenarnya, saya malas nak menegur, takut sdr berasa hati pulak. Saya harap sdr tidak mengambil hati atas teguran ikhlas saya. Dan marilah kita sama-sama mempertingkatkan ketakwaan diri kepada Allah.
p.s Saya cadangkan Dato’ letakkan masuknya waktu sembahyang didalam Blog ini supaya sesetengah pembahas tidak lalai. Sekian TQ.
aslkum Dakj
ReplyDeleteIzinkan saya ucap tahniah dan penghargaan kpd semua pembahas yg. tak reti penat spt sdr fed up, langitbiru, tinta hitam, orangbaru lahir dll dalam usaha memberi pemahaman kpd pembaca terutama yg atas pagar.
Sesungguhnya mengajak berbuat kebaikan dan mendedahkan kemungkaran adalah tanggungjawab kita sebagai umat islam. Kalau ada yg masih belum twrbuka hati, kita jgn putus asa memasakkan ketelinga mereka bahawa selagi UmnoBn terus berkuasa selagi itulah perompakan harta rakyat akan berterusan dan geberasi akan datang akan menerima musibah keraba kealpaan kita.
Din klang
Aslkum Dakj
ReplyDeletekalau org kata melayu bangsa lebih kurang atau cin cai memang ada kebenarannya.
lihat saja komen bersahaja sdr ab bila beliau membuat kesinpulan puji pencapaian pentadbiran kerajaan Umnobn berdasarkan hujah pendapatan per kapita rakyat dah naik, rezab bank negara naik, ringgit menguat vs dollar US, tiada kebukuran, tiada kejadian bo m dll.
sdr ab patut jugak ambil tahu bahawa pemimpin Umnobn mempunyai rekod teruk dlm urusan berikut:
-indeks rasuah semakim menjunam ke no 61
-indeks tiada kebebasan. media terperuk ke no 122.
- indeks hak asasi manusia lebih kurang teruk macam myanmar.
- cukai kereta tempat kedua paling tinggi didunia.
- hutang negara tahun 2009 cuna 466b tapi dah jadi 700b menjelang 2011.
- tahun 2005 Felda ada tunai 5b tapi nenjelang 2010 cuna ada tunai 1.2b dan ditambah hutang 6.5 b.
- konon nak jadi negara maju lagi 8 tahun tapi masih pertahan undang2 zalim spt ISA, Akta Hasutan; Akta Rahsia Rasmi dll. Jugak masih perguna atau perlembu polis, hakim dan kakitangan untuk buli rakyat.
- masih tak mau hormat badan yg sepatutnya bebas spt SPR. Akibatnya bertolongan dalam tipu pilihan raya.
-buat tak kisah dgn komen ketua audit negara tentang ketirisan 28b wang rakyat setiap tahun gara2 belanja tak ikut peraturan.
- terakhir ada duit atau murah hati beri 250jt pd keluarga kak Izat, 589jt pd Tajudin Ranli dan berbillion pd toke IPP tapi tindas ibu bapa termasuk ahli Umno dlm urusan PTPTN.
Din klang
Sdr MelayuFirst
ReplyDelete"Kingmaker PR adalah DAP"
Kingmaker BN selepas PRU 12 hingga sekarang siapa pulak?
Sdr Fed Up
ReplyDelete"Akhir kata, apa silap yang Pak Lah dah buat, YANG NAJIB SUDAH BETULKAN?"
Yang saya ambil perhatian ialah pertukaran Dasar Islam Hadhari UMNO kepada Islam Wasitah.
Sebab itu perlu debat anwar dan PM.. kenapa tidak dilaksakan ya? Mengapa tiada keberanian untuk berdebat bersama? Saya sangat nanti nantikan perdebatan ini berlangsung, kepada yang selalu mengelak jadilah org yg berani berdepan.. bukannya dengan pukul curi, upah org memburuk burukkan seteru kamu.. teringat peristiwa pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak.. yg bunuh birch pun sipuntum.. bunuh pun time org tu mandi.. pukul curilah tu namanya.. sebab itu kadang kadang aku lebih suka antagonis si Jebat.. dia berani berdepan.. dia tidak pukul curi..
ReplyDeleteNajib dan Mahyuddin di lihat secara am mendekati rakyat untuk menyampaikan apa jua rancangan kerajaan bagi memenuhi keperluan rakyat
ReplyDeleteAnwar, DAP dan parasit pas pula di lihat secara am mendekati rakyat bagi menghasut mereka agar jangan mendengar rancangan Najib dan Mahyuddin.
sekurang kurang nya Najib dan Mahyudin ada mempunyai dan menyampaikan rancangan yang jelas berbanding dengan pihak lawan.
jika mahu di kira isu, kedua pihak mempunyai masalah menangani isu dalaman samada isu moral mahupun pentadbiran.
isu video cina doll, pluraslisme agama dan ketuanan Melayu adalah perkara utama bagi saya buat keputusan dalam PRU.
ReplyDeletebab kos sara hidup, rasuah, setakat ini masih punya ruang untuk diperbaiki.
ajk pkr
Mohon jawab Saudara Saji,
ReplyDeleteKingmaker BN adalah MIC dan pendesak Tamil/Hindu. Di Little India (dulu Brickfields), ada sebuah kedai makan India (Hindu) bernama Najib's Corner.
Berkenaan Islam Hadhari (namapun had hari. Terhad kepada hari Abdullah Badawi saja), saya tidak tahu diganti dengan Islam Wasitah, Mashitah atau Jamil Khir.
Yang saya tahu, Jamil Khir tak sokong Islam Hadhari masa dia ketua Kor Agama ATM dan Mashitah tak pelaga kepala angin dengan Jamil Khir.
Sebab itu Najib jarang cakap tentang Islam dan Pas takut cakap pasal Islam. Dunia Islam nampaknya bukan prioriti Malaysia lagi tidak macam zaman Dr Mahathir bila nama Malaysia harum di dunia Islam. Anwar pun sibut pertahan keselamatan Israel yang baru saja bom dan bunuh orang Palestin.
MelayuFirst
Salam DAKJ,
ReplyDeletesaudara pemerhati,
Satu pihak menyampai, dan satu lagi menghasut.
Perkara ini terpulang kepada mentaliti rakyat. Kalau mentaliti rakyat di bawah par dan tidak boleh membuat perbezaan mana betul atau salah, atau sifat terlalu benak dan malas menganalisa data-data atau "kepala batu", memang ada kesan pada PRU13.
Kita berdoa biarlah mentaliti rakyat Malaysia dan keperihatinan masyarakat Melayu pada paras "tip top".
Dikhuatiri berpecah-pecah, berdomba-domba ,attitude "tidak apa",berdendam kesumat dan mudah termakan hasutan menjadi hakikat Melayu-Melayu Malaysia kini dan selama-lamanya.
-anakmelayumalaysia
Salam dato,
ReplyDeleteDin Klang tulis,
`.konon nak jadi negara maju lagi 8 tahun tapi masih pertahan undang2 zalim spt ISA, Akta Hasutan; Akta Rahsia Rasmi dll. Jugak masih perguna atau perlembu polis, hakim dan kakitangan untuk buli rakyat...'
Ok jugak la din klang ni, kalau gitu tok sah maju lah Malaysia,..ikut macam kehendak din klang lah.
Kumpulan `perlembu polis,hakim dan kakitangan' ni la yang dok bolihkan din klang hidup kat negara ni...kalau depa jadi `dirimaukan' entah kena baham dah you ni tak?..
Hello bro...welcome to planet earth!..
Abu Bakar Ab Rahman
Dato'
ReplyDeleteTolong nasihatkan UMNO udah-udahlah upah orang untuk buruk-burukan Anwar. Kalau masih maupun jangan jelas sangat yang mereka itu pemain upahan.
Siapa-siapa nak jadi senator nampaknya mudah... kutuk Anwar. tak perlu ada otak pun yang perlu kutuk anwar kalau boleh mengaku diliwat oleh Anwar lagi bagus, lagi cepat dapat senator.
Lu pikirlah sendiri ape jadahnya Nalla jadi senator. KPInya kutuk Anwar...hari hari.
Salam
ReplyDeleteMajoriti kita khuatirkan PR kerana kata nya kingmaker dalam nya DAP. Mungkin betul pada masa ini.
Percayalah dengan bantuan kita semua keadaan ini boleh berubah. Jika kita semua mengundi PAS dalam PRU13 dan bilangan MP PAS menjadi mojoriti, PAS pulalah yang jadi Kingmaker. Simple, mudah dan jelas.
OKJ,
ReplyDeleteWow, begitu teliti sebagai pemerhati. Tapi masih juga tidak nampak soalan saya tentang 1CARE.
Saji,
Dasar Islam Wasitah tu apa?
AJK PKR,
Kos sara hidup masih ada ruang untuk diperbaiki?
Adakah GST, 1CARE dan NFC itu antara jalan untuk membaiki ekonomi negara dan taraf ekonomi rakyat?
Masalah rasuah masih ada ruang untuk diperbaiki?
Apakah SPR lebih baik pencapaiannya daripada BPR? Apa pula indeks Malaysia dalam rasuah?
Adakah saudara faham apa itu pluraslisme agama? Boleh kongsi?
Ketuanan melayu itu selalu disebut tapi apa maknanya. Adakah ia begitu senang digugat dari aspek undang-undang?
Adakah Sekolah Agama Rakyat mendapat bantuan dana seiring dengan sekolah-sekolah dari kategori lain?
Tulisan jawi, macama mana? Di sekolah, jawi sudah diajar semula tapi bacaan umumnya (konsep pengamalan ilmu) hanya sekadar buku teks jawi sahaja ke?
Dulu-dulu, khat jawi juga diajar di sekolah. Kini macam dah pupus.
Fed Up
There's nothing wrong spending millions for the well being of the people. Isn't that the purpose of the government?
ReplyDeleteDon't forget the BN gov was and still is hurt and wounded by the result of GE 2008 hence the need to win back the lost ground by making populist moves.
Sedara melayist.
Kalau PM betul-betul nak singkirkan mentaliti tingkat 4, sudah-sudah laa jual aset negara kepada kumpul Al-Bukhari. Banyak dah jual pada dia, airport, seaport, bernas, mrt, pos malaysia dan tanah-tanahnya. Macamlah tak ada orang lain yang layak. Kalau nak jual pun, jual lah aset bukan strategik, ini pintu masuk negara pun diswastakan. Ingat! Berapa ratus sahaja pekerja kumpulan Al-Bukhari nak dibandingkan dengan undi rakyat yang berjuta ni. Tak belajar lagi ke dari zaman Pak Lah dan syarikat SCOMI?
ReplyDeleteRanger
Assalamualaikum Dato
ReplyDeletesaya perhatikan usaha sdr din klang cuba psycho pembaca blog dato dengan begitu aktif sekali, hingga terpaksa guna pelbagai nama samaran lain untuk mengabui mata pembaca.
tapi kita sebagai orang lama di blog ini, sekilas pandang sudah komen itu datang dari orang yang sama.
gaya penulisan nya sama sahaja.
jangan bila kalah dalam PRU kelak, pemimpin PR tak rasa apa, din klang pula yang menjadi pesakit psycho.
orang tua dulu dulu, selalu tegur anak anak muda yang banyak cakap auta dengan gelaran Tong Kosong.
ReplyDeletepsikologi dan persepsi tong kosong politikus PR
ReplyDeletecabang pkr
Aslkum Dakj
ReplyDeletesdr haji Okj
Perlu ke saya lapor pd sdr surau ataumasjid mana saya pergi setiap kali saya tidak menulis?
sdr Okj tak kan tak pernah terfikir kemungkinan2 lain yg dibebar agama:
org sembahyang jamak dan qasar
org sembahyang berjemaah dgn anak isteri dirumah
org sembahyang di pejabat kerana kerja atau nak elak trafik jam dll
Berburuk sangka terutama oleh org yg rajin pergi surau spt Okj sangat tak patut dan boleh mengundang dosa.
Oleh kerana Okj telah beberapa kali dgn lantang menuduh pemimpin pembangkang sebagai biseksual ada baiknya Okj cepat cari bukti kukuh. Kalau tidak saya takut sdr berdosa besar dan boleh dihukum ke neraka.
Sepatutnya org yg rajin pergi dengar ceramah di surau tau hukum dan tak perlu diperingatkan. Kecuali dia jenis berkembor dlm surau sementara ustaz mengajar.
Din klang
Dato .
ReplyDeleteDari segi persepsi memang betul untuk PRU 13 nanti.
UMNO ,PAS ,PKR serupa sahaja.
UMNO pun gadai Melayu Bersatu nya.
PAS dah terlalu banyak gadai Islamnya.
PKR pula bukan gadai lagi.PKR terus lelong secara besar-besaran apa saja yg ada macam nak lepas geram.
Cuma kita pengundi kena bijak nak lontarkan kertas undi dalam tong undi nanti.
Biarlah mereka kena kuat kerja. sebagai pegawai pemasaran untuk nak lariskan produk politik mereka.
BN pun takut hilang kuasa.
PAS tengok syok ada kuasa.
PKR ada sikit gila kuasa.
Apa pun biarlah ada kuasa yg seimbang antara kerajaan dan pembangkang.
Semoleknya biar Melayu yg kawal kerajaan.Dan wajib juga Melayu yg menjadi pembangkang.
Terima kasih.
saya akan undi pemimpin yang banyak buat kerja dan bukan pemimpin yang banyak bercakap sahaja.
ReplyDeletesaya tak akan undi pemimpin yang terbukti banyak isu moral peribadi seperti zina, khalwat, liwat, rasuah.
ajk pkr
topik ini mengingatkan saya kepada anwar ibrahim dan peribahasa lama
ReplyDeletekail berduri diselaputi umpan
Kalau PM betul-betul nak singkirkan mentaliti tingkat 4, sudah-sudah laa jual aset negara kepada kumpul Al-Bukhari. Banyak dah jual pada dia, airport, seaport, bernas, mrt, pos malaysia dan tanah-tanahnya. Macamlah tak ada orang lain yang layak. Kalau nak jual pun, jual lah aset bukan strategik, ini pintu masuk negara pun diswastakan. Ingat! Berapa ratus sahaja pekerja kumpulan Al-Bukhari nak dibandingkan dengan undi rakyat yang berjuta ni. Tak belajar lagi ke dari zaman Pak Lah dan syarikat SCOMI?
ReplyDeleteRanger
aslkum Dakj
ReplyDeletesdr orang lama....memang din klang kebih kerap tulis berbanding org lain demi memberi kesedaran pada pembaca terutama golongan atas pagar.Berita bertambah ramai ahli tibggalkan Umnobn, org sokong pembangkang atau pembangkang menang lebih kursi walaupun Umnobn tipu membuktikan usaha amal kami membuahkan hasil.Cuma kami tak boleh duduk diam sebab serabgan pemerintah zalim Umnobn semakin hebat tanpa kenal halal haram. Yg pasti orang lama belum tentubenar kan kan!!!
Sdr anak selangor....apakata sdr suruh jugak org tua2 supaya nasihat Najib, Mahyudin, Ahmad Maslan, Kak Izat dll agar jangan auta atau jadi tin kosong.
Sdr Ab......sebagai mana biasa sdr ni kuat putar belit cakap asal org lain. Sdr ni mesti cari makan atau berguru dgn Utusan dan tv 3. Mana saya ada kata saya tak mau Malaysia jadi maju!!. Yg saya kata ialah kalau nak jadi negara maju tirulah perangai baik org sana termasuk tak tipu dalam pilihan raya. Barulah Unnobn tak digelar kerajaan haram. Pernah kita dengar rakyat kata kerajaan Amerika atau England atau Australia kerajaan haram? Hanya kerajaan haram pujaan Ab bersifat harimau baham org termasuk tuannya iaitu org spt Ab dan yg serumpun.
Sdr ajk pkr.....nak sangat dengar penerangan sdr tentang definasi ketuanan Melayu. Janganlah malu2. Kalau nak menulis tu biarlah terang sikit
Din klang
Saya hendak tanya para pembahas.
ReplyDeletePatutkah saya siarkan komen yang disertai doa, tetapi Allah ditaip dengan huruf kecil?
Saya rasa apabila kita menulis dan merujuk pula kepada Allah dan malaikatNya, eloklah kita tulis dengan teliti, tertib dan sopan.
Terima kasih.
Aslkum Dakj
ReplyDeleteBerdasarkan komen2 pembahas di blog Dakj saya rasa kita rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu memang telah sedang dan kalau tiada kemahuan berubah akan selamanya dijadikan tebusan pemerintah kejam Umnobn.
Kenapa? Pemimpin Umnobn memainkan lagu yg sama sejak hampir 5 dekad iaitu jika Umno kalah maka:
negara akan huru hara dan mungkin kianat akan datang.
Melayu akan kehilangan kuasa. Tanpa Umno yg berkuasa adalah DAP, bukannya Melayu PAS atau Melayu PKR.
Orang Melayu akan kehilangan hak istimewa kerana PAS dan PKR terlalu lemah sehingga terpaksa sentiasa meminta pertolongaatau keizinan drpd DAP.
Berdasarkan kepercayaan org Melayu perlukan Umno at whatever costs itulah menyebabkan sebahgian orang melayu tidak mahu atau tidak mampu berfukir dgn rasional sehingga membiarkan saja pemimpin Umnobn merompak harta negara.
Minda orang Melayu tertutup rapat tidak mau mencuba sesuatu yang baru. Mereka juga lupa orang yg bernama Anuar, Hadi dan Nik Aziz juga adalah orang Melayu dan patut di beri hak memerintah negara. Hairannya dalam kesibukan mereka takut dgn bayang2 DAP, orang melayu tidak pulak mempertikai peranan teman tidur Umno terutama pemimpin MCA yg bersama2 merompak harta negara termasuk tanah rezab Melayu.
Sudah tiba masanya Melayu menilai balik segala laungan rethorik media dan pemimpin Umno kononnya Umno pelindung Melayu.
Masa untuk berubah. Melayu PAS dan Melayu PKR pun Melayu jugak. Dunia tak kiamat pun bila PR menang 6 negeri dalam PRU 12.
Sudah terang lagi bersuluh Umnobn sedang berusaha keras menang PRU 13 dgn bantuan penipuan dalam senatai pengundi. Sebagai orang Melayu dan Islam, katakan tidak kpd Umno agar pembentukan kerajaan haram dapat dielakkan dan tempoh tebusan rakyat terutama org Melayu segera berakhir.
Din Klang
Salam Hormat DAKJ,
ReplyDeleteKami rasa pengundi atas pagarlah yang lebih banyak dapat melihat iklim politik Malaysia.
Jangan sangka pengundi atas pagar sebodoh orang yang bersifat taksub.
Pengundi atas pagar bukan berada di kalangan BN sahaja tetapi ada juga pada pembangkang.
Kami akan lihat pihak mana yang lebih bertoleransi.Itu sahaja.
Tengku Razaleigh pernah dilamar pembangkang yang menjajikan kepimpinan yang terbaik.
Jawabannya- "Apa buktinya? Janji sahaja tidak boleh."
Fahamilah maksudnya.
-anakmelayumalaysia
Terima kasih Dato’ kerana meminta pendapat para pembahas.
ReplyDeleteBagi sayalah, doa itu satu ibadah. Saya juga setuju doa mestilah bertertib. Kita juga digalakkan banyak berdoa kerana doa itu mendekatkan lagi kita kepada Allah seperti dalam Surah Al Baqarah ayat 186, surah Al Israa’ ayat 110, surah Al A’raaf ayat 55. Berdoalah supaya kita mendapat keredoan dan memohon kepada Allah dalam setiap perkara, tetapi bukannya berdoa kepada kejahatan seperti berdoa pecah perut orang.
Keduanya, menyebut serta mengingati Allah juga adalah zikir. Surah Taha Ayat 14; “Sesungguhnya Aku adalah Allah! Tidak ada Tuhan melainkan Aku! Dan dirikanlah sembahyang bagi mengingati Aku!”
Itulah pendapat saya yg tak seberapa. Sekian TQ.
Berita pemecatan Ketua Penerangan PKR (parti KeADILan rakyat ) Cabang Ampang sangat menarik kerana ia mempamirkan demokrasi dan kebebasan bersuara didalam PKR yang sedang berjalan lancar. Parti yang melaung-laungkan kebebasan dan hak asasi dan individu untuk menyuarakan pendapat.
ReplyDeletePKR juga mempamirkan demokrasi terpilih yang membunuh atau mendiamkan pihak lawan atau penentang. Bayangkan jika mereka berkuasa penuh memerintah.
Mana surat tunjuk sebab, jawatankuasa displin, di gantung dan sebagainya?
haba haba
Independent MP Wee Choo Keong said the opposition's current endless blame on the Election Commission (EC) and electoral process is puzzling as they had no problem contesting under the very same system in the 12th General Election in 2008.
ReplyDeleteThus, he found it puzzling when they started to pledge support for electoral reforms as recommended in Bersih 2.0 as well as in the proposed Bersih 3.0.
Salam Dato,
ReplyDeleteHello bro Din Klang, saya tak berguru kat TV dan surat khabar la, itu tabii `belajaq' ahli politk laa...had tu saja `sumber' ilmunya.
Din klang kata tak tipu punya election kat negara maju, ni dia suka sangat amerika,biaq saya bagi sikit contoh:-
George W. Bush:
Bush menang dengan penipuan di florida(fraudulent techniques in Florida ( Bush was aided by his brother Jeb, Florida Governor,his campaign co-chair Katherine Harris ,the top Florida election-supervising official (secretary of state), and 4 of the 9 members of the US Supreme Court has been appointed by Bush's father.)
Jimmy Carter election.
The fraud was so blatant that the legal team easily produced vast amounts of human and physical evidence of the fraud, e.g. voters who were out of town, in the penitentiary at the time, voted in alphabetical order, were falsely registered, etc.
Richard Nixon
Nixon thus initiated a dirty tricks campaign including the Watergate scandal in which he had the Democratic Party headquarters "bugged" with electronic eavesdropping devices, and also used the Internal Revenue Service to intimidate and "shake down" campaign money donors.
Lyndon B. Johnson
The Parr-controlled counties simply kept "amending" their returns daily to keep generating more Johnson votes, with the final trick, a week later, being precinct number 13 in Jim Wells County, which was election judge Luis Salas's precinct, which had voted for Johnson 765 to 60. Somebody simply "closed the loop on the 7" to make it 965 to 60, giving Johnson a statewide victory by 87 votes, and earning him the nickname "Landslide Lyndon." The last 203 names on the voting list in this precinct were written in alphabetical order in the same ink and all were witnessed under the signature of Parr-deputy election judge Luis Salas; albeit this list later mysteriously was "lost." (Much later, Salas and various Johnson campaign aides publically admitted all these frauds and Parr committed suicide when it appeared the Feds were finally going to be able to get to him on tax evasion charges. One of Johnson's campaign aides, John Connally, became Texas Governor.
John F. Kennedy:
Kennedy's election in 1960 over Nixon involved heavy fraud in Illinois and Texas.
Harry Truman
Pendergast had about 70,000 phantom "ghost voters" on his Kansas City registry rolls, plus used armed thugs to steal ballot boxes, ferry around repeater-voters, and intimidate reporters, observers, and any semi-organized opposition. (In the 1934 election they killed 4 and beat about a dozen. Only a small number of killings suffice to cause a great deal of voter-intimidation.) Pendergast's machine also controlled and faked the appointment of election judges en masse, e.g. appointing over 250 "Republican" election judges who were actually Democrats; in many wards the votes were not counted at all, but simply the totals announced.
Kat UK dan Australia pun tipu jugak pilihanraya depa, nak tau baca sikit,semak banyak,fikiaq lebih sikit...
Lain kali kalu tulis semak `subject' dulu bro, bukan semua orang macam din klang...
Abu Bakar Ab Rahman
Dato.
ReplyDeleteIsu PRU 13.
Orang ramai,rakyat jelata,para pengundi yg celik akal dan semua pemerhati politik sekelian.
Mula-mula dulu Dato Naib.TS Mahuyudin dan semua pemimpin UMNO lantang berkobar-kobar bersemangat katanya menjelang PRU 13 UMNO nak tonjolkan calon Winable Candidate atau calon boleh menang.
Betoi ke ni.
Alih-alih UMNO di bahagian buat pencalonan pula.Berebut sakan punya nak jadi calon.
Bahagian punya calon alahai punyalah lekeh dgn segala isu.Calon boleh kalah saja yg nampak.
Agaknya Dato Najib ingat rakyat dah lupa apa yg cakap dulu fasal calon boleh menang ini.
Inilah yg dikatakan cakap lain buat lain.
barangkali panik nak PRU 13.
Terima kasih.
Aslkum Dakj
ReplyDeleteHasan Ali dakwa Pas tersasardrpd perjuangan asal gara2 pengaruh Anuar dan Azmin.
Mentang2 dapat lesen besar ceramah sana sini tak perlu minta izun polis bolehlah Hasan Ali kata apasaja yg tuan barunya suka dengar.
Din Klang pula kata " PAS buat silap sejak hari pertama terina Hasan Ali jadi ahli sebab rekod Hasan Ali menunjukkan beliau seorang opportunis dan cakap tak serupa bikin".
Nak bagi tau Hasan Ali bahawa rata2 orang PAS ada pendirian jelas akan matlamat hidup. Inikan pulak pemimpin mereka. Takkan mudah tersasar. Tapi media talibarut tak henti2 tuduh PAS telah tersasar sejak berkawan dgn PKR dan DAP dengan tujuan mengelirukan org yg mudah atau memang dah keliru daripada menyokong PAS.
Hasan Ali tak timbul soal tersasar. Hasan Ali yg saya kenali dari awal berlagak Islamik dgn ceramah dan program bina badan....ooop silap bina insan. Layak berkawan dgn Umnobn je. Tiba2 Hasan Ali membisu terhadap kemungkaran Umno. Islam mazhab apa yg dibawa si Hasan Ali sejak keluar PAS ye. Mazhab sama dgn yg dipertahan oleh sdr Ab, OKJ, Samurai Melayu dll kot.
Din klang
Salam hormat DAKJ,
ReplyDeleteLahuma,
Itulah dinamakan "ranjau disepanjang jalan", dalam mana-mana parti pun ada.Itu saya tak hairan. Asam garam dalam politik kepimpinan.
Bergantung pada pemimpin atasan samada benar-benar mendekati hati rakyat.
Kalau turun padang hanya merupakan lakonan sahaja memang tidak dapat memastikan yang mana intan dan yang mana kaca.
-anakmelayumalaysia
Salam Hormat DAKJ,
ReplyDelete"Pas Melayu, PKR pun Melayu".
Masaalahnya kini bukan berkenaan parti Pas,PKR atau UMNO tetapi berkaitan dengan masaalah kompromi dalam bangsa Melayu itu sendiri.
Orang-orang Cina MCA dan DAP tidak pernah kelihatan membeza-bezakan rumah tok-kong mereka.
-anakmelayumalaysia
Dato' Kadir,
ReplyDeleteSalam Hormat
Terpulanglah kepada empunya blog sekiranya mahu siarkan atau tidak.
Apakah bila digunakan 'allah' atau 'tuhan' itu kurang sopan kerana mengatakan allah itu selain dari tuhan Muhammad bukan dalam kamus saya, baik dieja al-ilah atau allah atau Allah atau ALLAH.
Persepsi? Terpulanglah.
Saya fikir lebih senang buat kerja bila tidak banyak yang atas pagar keluar mengundi.
Yang nak saya katakan disini Presiden umno najib sudah menang dalam hal dia akan terus kekal PM selepas PRU13 kerana BN akan menang tidak kurang dari 140 kerusi Parliamen. Dan akan ada timbalan baru selepas PAU - bila tu, dato' atau akan ditunda 18 bulan?
Sekian
Salam Hormat DAKJ,
ReplyDeletelangit biru,
"pertukaran pemandu"
Saya pun selalu menaiki bas ekspress ke Kedah.
Sekadar pendapat sahaja, bahawa DS Najib dan langitbiru mungkin silap mentafsir.
Tidak pernah pula penumpang bertanyakan samada pemandunya sudah lama atau baru sahaja mendapat lesen P. Mereka hanya mahu diri mereka selamat sampai ke destinasi.
Tidak pula dipertikaikan samada bas itu buruk atau baru. Sebab kadangkala bas buruk tapi "tiptop". Ada juga bas baru kadang-kadang berhadapan dengan kemalangan.
(Ini bukan spin, tapi benar seperti biasa:)
Di Kuala Kedah saya biasa pergi memancing. Saya rela menyewa perahu yang nampak lama dan nelayan yang sudah tua memandu.
"Sebab beliau sudah biasa, hidup begitu lama mengharung dan membelah ombak laut dengan begitu licin sekali selama 25 tahun."
Ada sesiapa yang tidak takut lemas?
Dengan perahu yang nampak lama dan usia nelayan tersebut, inilah persepsi yang terbaik.
Berikutan dengan TS Mahyuddin memberi lesen pada nelayan yang ada sedikit pengalaman mencari rezeki di laut. Setuju benar.
Mesti berhati-hati dengan laut. Selain ribut dan ombak besar jerung(white shark),terumbu karang, obor-obor bersengat dan sebagainya. "macam-macam ada"
-anakmelayumalaysia
Aslkum Dakj
ReplyDeleteSyabas pd Sdr Lahuma bangkit pasal winnable candidates. Inilah trademark Najib and the co....loyar buruk je. Najib atau Rahim Tamby Chik atau Isa Samad tentu akan menang kalau diletak bertanding di kaw parlimen Pekan atau dimana ada kem tentera Kalau berani bertandinglah di Permatang Pauh atau Kepong
Najib kan suka sangat guna ayat2 power spt winnable candidates, pelan transformasi negara, pelan transformasi ekonomi, negara berpendapatan tinggi, 1 Malaysia dll. Kalau ada pertabdingan ayat power antara perdana menteri Malaysia, Najib akan menang tanpa bertanding.
Hendaknya gara2 ayat power winnable candidates Umno akan terus bercakaran.
Din Klang
OrangBaruLahir
ReplyDeleteDato' dengan izin ......
Saya berasa BN dah cukup siap untuk ambil alih semula Selangor, saya berasa mereka akan MENANG hands down ... dengan majority LANDSLIDE victory walaupun PEMBANKANG telah membuat kubu-kubu yang cukup ampuh.
Pengalaman cukup mengajar UMNO dan PERIKATAN, dibawah pemerintahan aruah Tun Razak, selepas peristiwa berdarah 13 Mei, cara-cara untuk memenangkan semula the STATE that was the seat of goverment waktu itu, yang menumpang serambi dalam negeri Selangor.
Untuk memastikan pokok pisang tidak berbuah dua kali, selanjutnya Tun Mahathir telah mengujudkan PUTRAJAYA sebagai pusat pemerintahan KERAJAAN PERSEKUTUAN yang majoriti penduduk dan pengundinya adalah pegawai kerajaan, dengan aggapan pegawai kerajaan akan kesemuanya mengundi parti pemerintah yang telah memastikan periok nasi mereka tidak terganggu.
Selangor SUDAH PASTI kembali dibawah pemerintahan UMNO dengan JUMLAH pertambahan MENDADAK jumlah pengundi baru, dalam setiap kerusi DUN dan PARLIMEN dalam negeri Selangor.
PM Najib sudah pasti menyiapkan BLUE PRINT kemenangan buat negeri Selangor, sebagaimana PEHAK BERIKAT telah mengatur strategi peperangan sewaktu mengatur serangan di pantai-pantai NORMANDY dalam peperangan DUNIA ke 2.
Lakonan-lakonan pemimpin-pemimpin peringkat TERTINGGI UMNO / BN cukup TERATUR, seolah-olah mereka lah pehak UNDERDOG dengan harapan para pengundi akan membuat MAJOR VOTE SWING ke pehak UMNO.
SELANGOR musti DIMENANGKAN kembali, kerana ini adalah PERMATA di MAHKOTA .... dengan izin the JEWEL in the CROWN, negeri-negeri di MALAYSIA, yang menjadi PENJANA EKONOMI MALAYSIA.
SELANGOR musti DIMENANGKAN kembali, kerana ini adalah SENJATA PSIKOLOGI untuk membunuh SEMANGAT PKR untuk selama-lamanya, kerana di SELANGOR lah PKR mempunyai sedikit sebanyak PENGARUH dan TAPAK mereka sendiri berbanding rakan-rakan parti pembangkang yang lain yang mempunyai negeri TAPAK mereka mempunyai pengaruh PAS di Kelantan dan Kedah, dan DAP di Pulau Pinang dan Perak.
Kalau PKR kalah di Selangor, mereka tidak lagi MAMPU memainkan peranan sebagai ORANG TENGAH antara DAP dan PAS, kerana mereka tidak mempunyai POWER BASE mereka sendiri.
SELANGOR musti dimenangkan kembali, kerana apabila PKR BEKUBUR di Selangor, maka ini akan menjadi PETANDA KEHANCURAN Pakatan Rakyat, kerana sudah pasti waktu itu PAS dan DAP akan sudah PASTI PECAH KONGSI, kerana perebutan KUASA diantara mereka cukup ketara, baik di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Sarawak.
PKR juga TIDAK MEMPUNYAI GRASS ROOT support yang kuat di Selangor, the RAG a TAG team yang mereka kedepankan dalam PRU12 menang kerana UMNO / MCA / MIC mempunyai masalah DALAMAN - UMNO dengan permasalahan KHIR TOYO, MCA dengan permasalahan pergolakan pemimpin tertinggi MCA dan MIC kerana kebencian orang Keling terhadap SAMY VELLU.
Dalam waktu pemerintahan PKR sekarang ini di Selangor, PKR dan DAP hanya bermain sentimen kelemahan pemimpin BN, kerana mereka belum mampu menterjemah kemampuan mereka.
UMNO dan BN musti menangkan kembalikan Selangor dan menjadikan ianya RINTiTAN awal kehancuran Pakatan Rakyat.
UMNO dan BN musti menembus kembali kekalahan di Selangor, berpunca dari PERPECAHAN DALAMAN ORANG UMNO / MCA / MIC sendiri, tiada sebab akan UMNO / MCA / MIC akan KALAH lagi di Selangor.
Takan PEMIMPIN UMNO SELANGOR TAK TAHU MALU atau BERASA MALU jika mereka terus dikalahkan oleh ahli-ahli politik hingusan Pakatan Rakyat yang masih belum mampu memerintah Selangor.
Kalau MEREKA, yaini PEMIMPIN UMNO SELANGOR tidak tahu MALU, mereka selepas ini harus BUNGKUS kain BAJU mereka dan BALIK lah kampung asal mereka, sebagai ORANG-ORANG UMNO yang GAGAL.
TAPI ...... Dato' saya cukup YAKIN UMNO sudah siap untuk kembali semula ke SHAH ALAM, untuk membentuk KERAJAAN BN yang paling kuat ..... saya berasa ORANG UMNO dah tahu sedikit MALU dan dengan matinya dan berundurnya PEKUNG-PEKUNG dan KUDIS yang menyakitkan hati rakyat Selangor
Selamat kembali UMNO semula. untuk TERUS memperjuangkan NASIB ORANG MELAYU.
OrangBaruLahir
Dato.
ReplyDeleteBila artis masuk politik.
Nash masuk UMNO.
Aishah masuk PAS.
Dayang Ku Intan masuk PKR.
Hebat PRU 13 nanti.
Dulu suara guru Melayu.
Kemudian suara pegawai Melayu,
Seterusnya suara koprat Melayu,
Kemudian suara profesional Melayu.
Kearah mana pula suara artis Melayu.
Apa pun jangan sampai rugi Melayu.
Terima kasih.
Sdr Fed Up
ReplyDeleteIslam Wasitah maksud Melayunya, berdasarkan apa yang dijelaskan oleh seorang penceramah di siaran agama TV3 baru2 ini, ialah Islam Petengahan atau Islam Serderhana atau Islam Adil.
Aslkum Dakj
ReplyDeleteNampak gayanya semakin dekat dgn PRU13 Sdr Ab terpaksa ujudkan pasukan penyelidik khas tentang mantan presiden AS yg dikatakan menipu dalam pilihan raya.....untuk justify penipuan Umnobn.
Sekali lagi saya katakan Ab suka putar belit tidak membanding apple dgn apple.
Yg saya hairan kalau Ab boleh turunkan contoh terperinci dakwaan kecurangan calon presiden AS, kenapa Ab tak nampak langsung kebangsatan Umnobn dan anjing mereka iaitu SPR sejak sekian lama!!!!.
Bartaubat lagi bagus. Minta maaf pd seluruh rakyat bukan mudah.
Din Klang
Aslkum Dakj
ReplyDeleteKerajaan Umnobn pening kepala. Akibat ketirisan yg berpunca dari rasuah dan polisi kewangan sejak zaman Mahadir yg merugikan rakyat maka kantong kerajaan semakin kering.
Hutang negara yg semakin besar dan tak membuahkan hasil yg diharap mesti dibayar. Sumber hasil semakin terbatas.
Belanja bantu kroni tak pernah kurang malah semakin bertambah dalam keadaan kewangan rakyat terutama Melayu terbatas.
Budi kroni yg bukak IPTS mesti dibayar. Nak beri rakyat pendidikan percuna duit tak cukup.
Maka Mahadir dgn bantuan menteri pelajaran waktu hujung 1990an pun terpaksa wujudkan bom jangka bergelar PTPTN.
Tak cukup dgn pelbagai cukai yg sedia ada pemimpin Umnobn yg tidak mau rasa keperitan hidup rakyat tambah lagi beban mereka dgn PTPTN skim pinjaman pelajaran yg beri harapan palsu. Kenapa? Sebab yg bodoh pun nak disumbat masuk U dan lepas tu apa nak jadi lantak engkaulah. .Dapat kerja atau tidak bukan urusan kerajaan. Yg penting pinjaman mesti dibayar. Contoh bertapa bertanggungjawabbya Umnobn.
Bila PR janji akan hapus PTPTN mereka kata tidak bertabggungjawab. Mereka lupa bahawa janji PR akan hapus PTPTN dgn pendidikan percuma terutana bagi yg tak mampu.
Kepada toke2 Ipts waktu tu baru tau nasib mereka.
Din klang
Dato.
ReplyDeleteCakap pun susah.Tak cakap pun susah.
Melayu sedang kalut.
Politik pun kalut.
Tiba-tiba FAM pula kalut.
Terima kasih.
Salam DAKJ,
ReplyDeleteRakyat Malaysia pada keseluruhan nya masih membahaskan isu-isu pembangunan negara yang harus diberi keutamaan oleh pentadbiran Kerajaan BN bagi menjamin kesejahteraan negara seterus nya. Namun demikian, kebanyakan faktor psikologi dan persepsi penting dalam menghadapi PRU13 hanya dapat diatasi sekiranya rakyat tidak sentiasa memandang serung kepada usaha-usaha dan agenda Kerajaan BN dibawah kepimpinan Dato Seri Najib selaku perdana menteri.
Kita tidak boleh lari daripada faktur dan kenyataan yang sebenar nya bahawa Kerajaan BN selama 52 tahun telah mentadbir dan memajukan negara dengan penuh keyakinan dan tanggungjawab sehingga negara dapat mencapai status pembangunan yang kini dapat dinikmati oleh rakyat jelata.
Namun demikian, terdapat banyak isu-isu yang masih boleh diperbaiki dalam jangka pendik dan panjang sekira nya pemerintahan Kerajaan BN dapat mandat dan kepercayaan rakyat seterus nya tanpa sebarang keraguwan dan agenda politik yang tidak berasas seperti diuar-uarkan oleh pihak pembangkang.Pihak pembangkang hanya pandai berjanji dan bermimpi tanpa komitment yang perlu diperkotakan untuk kesejahteraaan rakyat sejak kemenangan mereka dalan PRU12 yang lalu.
Sebalik nya Kerajaan BN telah menepati janji-janji yang boleh diperkotakan daripada segi keupayaan dan tahap ekonomi negara yang kukuh dan sihat dalam jangka pendik dan panjang. Perjuangan untuk memajukan negara masih jauh dan belum selesai, dimana rakyat perlu sentiasa peka atas masalah dan kesulitan Kerajaan untuk memenuhi aspirasi dan cita-cita rakyat yang berbilang bangsa dan agama.
Kerajaan BN akan terus mendapat sokongan dua-pertiga (2/3) majoriti dalam PRU13 sekira nya rakyat tidak memperjudikan hak mengundian mereka untuk terus memberi sokongan buta tuli kepada pihak pembangkang.
Sudah menjadi hakikat bahawa apa jua perbuatan atau perkataan jika dilakukan secara berlebihan atau `melampau-lampau' akibatnya sangat sangat buruk. Tidak diberkati Allah.
ReplyDeleteIa kerana boleh menimbulkan rasa jelek dan jemu oleh masyarakat; meskipun ianya nampak baik. Apatah lagi sekiranya kebaikan itu hanya untuk tempoh yang pendek tapi akibat buruknya sangat panjang dan memeritkan.
Ketika itu rasanya jika menangis dengan air mata darah sekalipun tiada maknanya lagi. Pemimpim politik terutamanya kerajaan semasa seharusnya lebih berhati hati dalam menawarkan atau memberikan sesuatu yang boleh melahirkan persepsi rakyat sebgai "umpan" pilihan raya sahaja.
Janganlah hendaknya keterlaluan sangat di dalam "memancing undi" hingga negara & bangsa boleh tergadai. Nanti mengharap untung secupak tapi akan rugi segantang. Wallhualam.
Assalamualaikum Dato’
ReplyDeleteDengar khabar Tok Sami Besar Hindu kata pada bulan June ini, bulan bintang matahari dok sebaris!! Saya tak boleh nak bayang macammana kedudukan tersebut! Apapun, itu sebahagian daripada amalan menilik nasib. Kalau ada orang MelayuIslam percaya kepada tilik nasib tersebut, terpulanglah.
CUMA saya fikir, elok dikhabarkan kepada Hassan Akidah Beras Jati, bagi dia tilik betul betul, kot kot dah jatuh amalan itu boleh jadi murtad ke tidak!!
Soal ‘ramalan’ PRU 13 siapa menang, boleh lah kita buat berdasarkan pandangan pertimbangan masing-masing.
CUMA, dakwaan Mahfuz dan PAS, bahawa terdapat Projek IC sebagaimana dakwaan yang sama pada tahun 1996 di Sabah, wajib disiasat setelus-telusnya, kerana ini soal Kedaulatan Negara.
Projek IC di Sabah dan masalah PATI berDwiKerakyatan di Sabah, khabarnya barisan Pemimpin komponen BN sendiri minta diwujudkan satu TRIBUNAL Khas untuk menyiasat perkara tersebut. Sempena lawatan Najib ke Sabah, mereka sendiri ternanti-nanti pengumuman Najib, tapi HAMPA, kosong! Dan khabarnya, dalam PRU 13 nanti, ada kemungkinan panglima perang BN akan bertanding di bawah payung bukan BN, selain BN kerana alas an mereka Kedaulatan Sabah “dicerobohi” oleh pemimpin sendiri. Sebenarnya, rakyat Sabah sudah mula terasa perit akibat kebanjiran PATI dwikerakyatan. MAKA, masalah PATI bakal menjadi isu utama di Sabah dalam PRU nanti. PR dikatakan akan menfaatkan isu ini sebaik mungkin dan dijangka mampu menang 7-9 kerusi Parlimen.
UMNOBN bakal bermasalah di Sabah!
ISU di Sarawak, tak banyak, HANYA melingkari isu Pemandunya yang terlalu lama, Ketua Menteri. Ditokok tambah isu-isu BIASA iaitu korupsi kroni, telahpun menunjukkan betapa rakyat meluat kepada kerajaan Sarawak dalam PRK lepas. PR juga mensasarkan 7-10 kerusia Parlimen di Sarawak.
BN bakal bermasalah di Sarawak.
Isu “Pemandu” atau Menteri Besar/Ketua Menteri UMNOBN di Semenanjung tidak kurang hebatnya.
ReplyDeleteDi Perlis, silap Pak Lah gugurkan Shahidan. Gantinya Isa Sabu, bukanlah pemimpin kanan yang berpengaruh di Perlis. Silap Najib, mengekalkan kesilapan Pak Lah iaitu mengekalkan Isa Sabu. Bukan mudah untuk Isa Sabu mengendurkan pengaruh Shahidan. Kiranya Shahidan tidak dicalunkan bertanding, lebih cepat hayat UMNOBN di Perlis. Khabarnya, bekas anak Mufti Perlis, Ulama Muda Fathul Bari disebut-sebut sebagai bakal MB. Nampak cantik, cuma masalahnya, ini bukan amalan biasa UMNO. Bolehkah orang UMNO menerimanya?
UMNOBN bakal bermasalah di Perlis.
Gganung Kita, di Pantai Timur tak kurang panasnya, lebih panas dari arus panas laut China selatan membadai pantai Terengganu. Mat Said pilihan Pak Lah adalah satu kesilapan besar kepada UMNO, diteruskan kesilapan ini oleh Najib dengan mengekalkan Mat Said. Beliau terkenal dengan ‘gedebe’nya dizaman Pemuda melawan Pas. Gedebenya kekal ke hari ini, termasuk dalam ucapan ucapan dan kata-kata yang keras dan tak sepatutnya dalam Dewan Negeri. Beliau gagal mengawal amarah ‘bengking’nya bukan sahaja kepada lawan partinya, tetapi juga kepada ‘lawan’nya dalam Parti UMNO. Beliau juga masih gagal mengendurkan pengaruh Idris Jusoh.
Hakikatnya, Idris Jusoh jauh lebih menonjol, berkarismatik dan sangat disenangi oleh rakyat Terengganu, terutama di segitiga Kg raja, Besut dan Jerteh. Pembangunan amat pesat di kawasan tersebut hingga beberapa masjid kayu diganti masjid batu yang gagah dan selesa. Tidak hairanlah, buka satu dua, TAPI banyak cawangan PAS bertukar 180 darjah jadi cawangan UMNO.
Cabaran Mat Said, lebih-lebih lagi dengan pertukaran Pesuruh Jaya Pas Terengganu kepada ADUN Wakaf Mempelam, Wahid yang sangat disegani kawan dan lawan, sudah lama menggerakkan jentera mengahdapi PRU, sedikit sebanyak tercabar sifat ‘gedebe’ Mat Said.
UMNOBN bakal bermasalah di Terengganu.
Cerita penyokong tegar berang dengan Menteri Besar ‘Thamby’ kerana katanya tak reti jadi MB, tak reti buat kerja dah lama diketahui orang. Rakyat Perak tidak dapat melihat arah tuju yang jelas di bawah kepimpinan Zambry, selepas Berjaya merampas dari PAS.
ReplyDeleteCabarannya, selepas merampas secara ‘keras’, amat perlu mengisi kemenangan ‘rampasan kuasa’ dengan satu kepimpinan yang menyakinkan. Apa yang berlaku, hanya sekadar menang ‘rampasan kuasa’, namun selepasnya, tiada anjakan signifikan baik dari segi kepimpinan mahupun pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan, menjadikan Perak negeri yang terancam bagi UMNOBN dalam PRU nanti.
UMNOBN bakal bermasalah di Perak.
ISU melantik adik-beradik dan kroni ke jawatan utama pentadbiran Negeri menjadikan Menteri Besar Negeri Sembilan ‘cepat’ mendapat lawan dari dalam. Beliau nampaknya tiada mengendahkan sejarah ‘budak-budak tingkat 4’ di Putrajaya yang menjadi sokong membawa rebah bagi Pak Lah. Dengan isu panas ladang lembu NFC yang ‘secara kebetulan’ terletak di Gemas NS, satu kawasan logistik pengangkutan yang sangat strategic di NS, sedikit sebanyak tempiasnya akan membasahi Mohd Hassan.
Ternyata, UMNOBN bakal bermasalah di NS.
UMNOBN bakal bermasalah di Putrajaya?
Meminjam petikan Dato’, “Pada PRU 2008, prestasi BN merosot teruk kerana persepsi negatif terhadap Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan faktor "benci" atau "meluat" kepada apa yang digelar budak-budak tingkat empat. Soalnya adakah Pentadbiran Mohd Najib bebas daripada kemelut yang serupa?
Izinkan saya menjawab ringkas, YA.
Faktor “benci dan meluat kepada budak-budak tingkat empat”, tidaklah seberapa berbanding dengan faktor KAK ROSMAH!!!
Persepsi negetif Pak Lah kerana pentadbirannya dipengaruhi oleh tingkat 4.
Persepsi negetif Najib kerana ‘takut’ kepada ROSMAH, kerana pentadbirannya dipengaruhi Rosmah.
Ramai yang menelah, ROSMAH pegang ‘rahsia besar’ NAJIB.
ISU Altantuya, akan terus menerus ‘menghantui’ NAJIB.
UMNOBN bakal bermasalah di Putrajaya.
Yang Di Pertuan Agong dari Kedah dan Timbalannya dari Kelantan bakal ditabalkan esok.
DOA SELAMAT UNTUK YANG DIPERTUAN AGONG DAN TIMBALANNYA.
Apakah ini secara kebetulan petanda negeri-negeri pembangkang hari ini bakal menjadi negeri-negeri kerajaan bersama kerajaan persekutuan nanti? InsyaAllah, Amin.
Salam Hormat DAKJ,
ReplyDeletePernah Datuk kata bahawa rakyat China yang berada di Singapura sangat pantang kalau dipanggil anjing. Mungkin kerana maruah agaknya.
Apa rasa SPRM dipanggil anjing oleh Din Klang? Apa rasa polis dikatakan anjing oleh Anwar satu ketika dahulu?
Paling hampa rasanya, luntur sudah nilai-nilai murni sikap segelintir Melayu kini.
-anakmelayumalaysia
Dato
ReplyDeletesekali lagi din klang menjuarai carta komen kali ini.
cuma kali ini din klang guna nama samaran - din klang aka lahuma aka anakmelayumalaysia aka.....
patut bagi anugerah siok sendiri pada dia
...tak lama dulu, saya seronok membaca komen komen di sini kerana agak 'fair' dan penekanan fakta untuk menyokong hujah...
ReplyDelete...malangnya, sekarang ni tulisan agak emosional dan yang menyedihkan serangan "peribadi" juga berlaku sedangkan di antara kita tidak saling mengenali...
ikhlas
Rumpelstiltskin
ReplyDeleteSalam Datuk,
Hairan saya apa saja yang pihak pro BN buat semuanya salah tapi perkara yg sama dianggap halal bila pembangkang yg buat.
Contohnya, banyak website berita dan blog pembangkang disokong dengan wang ringgit dari pembela2 tertentu. Dari mana dananya kita tak tahu.
Lagi satu yg saya terkilan rakan2 sekerja satu kaum ni dah mula masuk jarum kutuk kerajaan dalam perbualan biasa. Ini strategi supaya orang melayu terpengaruh untuk pangkah pembangkang bila election nanti. Diaorang ni tahu kalau Pakatan naik, mereka yg akan berkuasa.
Soalnya mengapa kita tak sebersatu mereka? Sejarah dari zaman dulu mengajar kita bahawa orang Melayu akan kalah jika berpecah belah. Masalahnya kita masih lupa.
Rumpelstiltskin
Aslkum Dakj
ReplyDeletesdr orang lama....sebelum sdr sibuk menghabiskan masa menuduh Din klang guna nama lain spt Lahuma dll lebih baik sdr menyebukkan diri menulis bersungguh2 demi kebaikan agama, bangsa dan negara.
sedarlah diri hai orang lama bahawa masa depan anak cucu sdr akan gelap kalau pemimpin Umnobn diberi sokongan tanpa check n balance.
Kalau sdr letih atau penat berfikir kerana kebaikan tak pe jugak. Sayangnya penat kerana sibuk nak tau apa nama samaran Din klang seterusnya.
Cuba luang masa komen paparan kami lagi bagus.
Din klang
Aslkum Dakj
ReplyDeletesdr anakmelayumalaysia
Perumpamaan anjing memang layak di beri kepada siapa saja yg diperlembu oleh orang lain terutamanya jika orang yg diperguna sanpai tak boleh guna akal atau budibicara atau kewarasan sebagai manusia yg Allah berikan akal yg sempurna
Pemimpin Umnobn sering memperanjingkan org tertentu dan org tersebut pulak rela diperanjibgkan demi dedikit habuan dunia.
Tak mungkin sdr anakmelayumalaysi terlepas pandang
Din klang
Salam Hormat DAKJ,
ReplyDeleteMungkin 'oranglama' salah faham apa yang saya maksudkan.
Sebagai orang Melayu yang mempunyai perkerti ketimoran sepatutnya menjaga sikap 'humble' ,menjaga mulut jangan lucah. Walau marah sekali pun biasalah kata-kata sindiran kita gunakan.
Tapi jika kata-kata yang dilemparkan pada sesama manusia terutama pada bangsa sendiri memang sungguh kurang enak didengar seperti 'anjing' dan 'babi'.
Apakah PERSEPSI kita terhadap insan seumpama itu pula?
Untuk makluman, saya bukan Din Klang. Saya pun orang lama. Sama umur dengan DAKJ.
-anakmelayumalaysia