Tuesday, June 19, 2012

Flip Flop MAS-AirAsia: Siapa Rugi, Siapa Untung?

A Kadir Jasin

[SILA guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih]

SIAPA rugi apabila kerajaan flip flop mengenai pertukaran saham (share swap) yang melibatkan pemilik utama MAS dan AirAsia?

Kesatuan sekerja dan persatuan kakitangan MAS tentu gembira. Mereka menentang urus niaga itu. Pengurusan MAS pun mungkin gembira. Mereka tidak perlu lagi ambil kira pendapat rakan kongsi mereka.

Pengasas bersama AirAsia (baru), Tony Fernandez tidak berkata dia gembira. Dia berkata dia lega.

Bagi saya, inilah flip flop rasmi era Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak yang sangat negatif kesannya.

Kalau (Tun) Abdullah Ahmad Badawi flip flop mengenai Jambatan Bengkok, beliau ubah fikiran ke atas projek zaman (Tun) Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi apabila Mohd Najib flip-flop ke atas pertukaran saham MAS-AirAsia, beliau flip-flop ke atas rancangan beliau sendiri.

Macam mana kerajaan boleh melaksanakan share swap antara MAS dan AirAsia tanpa berunding atau mengambil kira sentimen kesatuan sekerja dan persatuan kakitangan MAS adalah di luar kemampuan saya memikirkannya.

Apakah kerajaan tidak sedar bahawa kesatuan sekerja dan persatuan kakitangan MAS berpengaruh dan ada ciri-ciri militan yang tersembunyi?

Menjawab soalan di Dewan Rakyat, Mohd Najib berkata usaha menggabungkan kekuatan MAS-AirAsia gagal kerana penentangan kakitangan MAS.

Nampak jelas yang kakitangan MAS tidak dibawa berunding. Nampak terang yang pemerintah gagal memahami kekuatan dan keazaman kesatuan dan persatuan kakitangan MAS.

Indonesia Pangkalan Rantau AirAsia

Sejak itu, beberapa orang anggota pengurusan kanan MAS telah meletakkan jawatan atau tidak memanjangkan kontrak perkhidmatan. Diberitakan yang beberapa orang daripada mereka akan menyertai AirAsia.

MAS pula telah meminjam RM2.5 bilion dari pasaran kewangan melalui Sijil Kewangan Islam atau, dalam bahasa Arab, Sukuk bagi membiayai operasinya. Jumlah itu hampir bersamaan dengan kerugian MAS bagi tahun 2011.

AirAsia pula nampaknya telah mempercepatkan rancangan menjadikan Jakarta sebagai hab serantau yang sekali gus merendahkan taraf Kuala Lumpur sebagai pangkalan utamanya.

AirAsia mengelakkan Malaysia sebagai ibu pejabat korporat, tetapi menjadikan Indonesia sebagai pusat operasi Asean.

Sama ada dia merajuk kerana flip flop kerajaan Malaysia atau dia komited kepada potensi Indonesia sebagai gergasi ekonomi masa depan, pengasas bersama AirAsia (baru), Tony Fernandes akan “berhijrah” ke Jakarta untuk mengetuai operasi Indonesia.

Pada 18 Jun, AirAsia mengumumkan pelantikan Aireen Omar sebagai peneraju operasi tempatan AirAsia bagi menggantikan Fernandes.

Fernandes dan rakan kongsinya, Kamarudin Meranun, memuji Aireen sebagai orang belakang tabir yang berjaya mengelak AirAsia daripada mengalami masalah teruk ketika krisis kewangan akibat kenaikan harga minyak tidak lama dulu.

AirAsia mempunyai rancangan yang menarik untuk Indonesia. Antaranya, ia akan menjual sahamnya melalui Tawaran Awam Permulaan (IPO) pada suku pertama tahun hadapan. Ia sudah pun melakukan IPO untuk anak syarikatnya di Thailand.

Kesan Kepada KLIA

Adalah amat menarik melihat sama ada AirAsia akan memindahkan sebahagian kapal terbangnya dari Kuala Lumpur ke Jakarta atau akan menggunakan pesawat baru yang dipesan daripada Airbus Industries, Perancis.

AirAsia ada 62 buah kapal terbang jenis Airbus A320 di Malaysia, 24 di Thailand dan 19 di Indonesia. Kumpulan AirAsia ada dalam pesanan 77 buah Airbus A320-200 dan 200 buah Airbus A320-Neo. Manakala penerbangan jarak jauhnya, AirAsia X mempunyai 11 kapal terbang – sembilan Airbus A330 dan dua A340.

Perkembangan terbaru ini memberi cabaran tambahan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang sedang membina terminal tambang murah berharga lebih RM2.5 bilion di KLIA kerana AirAsia adalah pengguna utamanya.

Pada masa yang sama, adalah baik bagi AirAsia berhati-hati dalam usaha niaganya di Indonesia kerana negara itu masih dalam proses mengemaskinikan undang-undang dan peraturan pelaburan asingnya. Hal ini sudah pun menjejas pelaburan asing dalam sektor perbankan.

Kesimpulannya, flip flop yang berlaku ke atas pertukaran saham MAS-AirAsia boleh merugikan industri penerbangan Malaysia kalau pemilihan Jakarta sebagai hab Asean oleh AirAsia akan mengurangkan penggunaan KLIA dan lapangan-lapangan terbang lain di negara kita.

Pelabur akan pergi ke mana peluang dan layanan lebih baik, apatah lagi jika wujud faktor tolakan (push factor) di negara mereka sendiri. Wallahualam

23 comments:

  1. on MAS - najib underestimate the union's power. furthermore, it's too close to election, any uprising by MAS union bring a bad image. and in politics, image is everything.

    on MAS union - the union seems to think that their job is their birthright. you should ride with MAS nowadays, nothing like what they used to. bottom line, i feel they should be bankrupted so a phoenix will rise from their ashes.

    squeeze by competition like Singapore Airlines & Emirates on premium selection and AirAsia on the budget selection, Mas should buck up by now or face certain death. But i guess the union thinks that the government will always save their butts, and so far it seems that way....

    on AirAsia - a logical business move. Malaysia has 30 million people. Indon has 300 million people. it's logical to grow your business where the market is still underserve. the path is not as easy in indon as in malaysia as indonesian are far more patriotic. most will not fly with airasia just because it's associated with malaysia. furthermore, airasia franchise pops up everywhere in ASEAN and japan, but 80% of profits still comes from Malaysia.

    ReplyDelete
  2. najib manaukau7:31 AM

    The simple truth is this deceitful Tony has run out of people in Malaysia to lie and cheat. He is now looking for a new country still with ideas that he can provide them with cheap flights.
    Airlines all over the world are having difficulty to make ends meet and do you think that this Tony guy is a genius who can do wonders ? No just that he has the advantage of the first to start the deception just like the way he is misleading everyone can fly.
    Now that he has managed to do so in Malaysia and realises the deception cannot go on forever. He has to look for another country with people who are just as easy to lie to. Didn't he once said he will make enough in time to buy up Singapore Airlines ? When will that ever happen ? Or may be he overlooked to tell you that the he was just kidding just like his rangers who just missed relegation from the English Premier League. A rich man may be but surely he is no that rich to own clubs like MU or MC ? He can only able to buy a club like the Rangers just the way he is trying to mix around with the people who people like Richard Branson of Virgin Airlines in the F! ? He is and never will be in that league but is only trying to make believe he is.

    ReplyDelete
  3. Salam Takzim,Dato,

    Satu pertanda kurang sehat.
    Ditambah lagi flip plop Felda.

    Ini menunjuakan pemimpian yang kurang bijak.

    SEBAB ITU KAMI MEMERLUKAN KERAJAAN BARU BAGI MENGANTIKAN DINASTI "THREE STOOGEAT" atau SAM-DOL.

    TAPIPASTINYA BUKAN PR - PEROSAK RAKYAT !!!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum pak Kadir

    Biarlah pertikaian ini tidak menjadi kenyataan,biarlah ia menjadi seperti "carik carik bulu ayam akhirnya bertemu juga" Kerajaan dan rakyat berpisah tiada, siapalah kerajaan tanpa rakyatnya yang setia.

    Kerajaan mempunyai Mas, Mas adalah anak kerajaan, yang walaubagaimana sekalipon jahatnya si anak, bapa terpaksa juga mengakui bahawa itu adalah darah dagingnya.Nampaknya begitulah, walau apapun risikonya kelak, tetapi adakah rakyat mahu bersama kerajaan?.

    Terminal baru itu dibina hanya kerana Air Asia memerlukan sebuah terminal yang lebih canggih dan lebih besar untuk menampung keperluan nya membawa pelancung yang kian meningkat, itu cerita asalnya, masih ingat kah kita bahawa Air Asia ingin membangunkan sendiri sebuah lapangan terbang nya? juga di Nilai,tatapi sekarang setelah kerajaan begitu komited untuk membantu tidak dihargai pula?.

    Kerajaan dan swasta perlu saling melengkap antara satu sama lain, maka akan terbinalah sebuah negara maju di tahun 2020 seperti yang kita semua idam idamkan. wallahualam

    ReplyDelete
  5. When a business is conducted with common sense and foresight, it is more than likely that it will continue to prosper.

    With a huge population in Indonesia, Air Asia is likely to repeat its success there.

    As for MAS, nobody owes you a living. Time to stand on your own feet or be dusted in oblivion.

    ReplyDelete
  6. indonesia = gergasi sebagai gergasi ekonomi masa hadapan?

    hairan bila orang kat malaysia tak habis2 mengungkit kisah lapok pinjaman IMF.

    sedangkan negara2 yang dulunya ambik pinjaman IMF seperti indonesia dan korea sudah jauh meninggalkan malaysia dari segi pertumbuhan ekonomi dan tarikan pelabur asing.

    terbukti sekarang, tidak jadi hina dan tidak jadi hamba pun negara2 yang ambil pakej IMF tersebut.

    ReplyDelete
  7. apakah nasib KLIA 2 nanti pada jangka masa panjang...pembinaannya pernah menjadi kontrovesi... siap nanti pun akan mungkin bertambah dengan kontrovesi..melainkan MAS mampu fikir alternatif lain.

    ReplyDelete
  8. Salam Pak Kadir and all posters.

    This is one opportunity for you Pak Kadir to live up to your belated father's wishes. I beg you read - if in support, tak apa lah - but please regale us with your take on soon-to-be listing of Felda Global Ventures.

    Let it be said that I'm not in support of the entire exercise, just like how I opposed the coming together of Sime Darby under one entity - and having said that - my conscience is clear as I hold the view that listing Felda signals the end of the Felda "dream" for children of pioneer settlers while the vultures ie Abu Dhabi, book runners, investment bankers, UMNO agents and associates move in to plunder the riches that Felda has on its books.

    My apologies for going off topic but I know you can see my reason for doing so Pak Kadir.

    My regards and best wishes as always.

    ReplyDelete
  9. Lahuma6:24 PM

    Dato.

    Mas perlu diselamatkan oleh kerajaan.
    Lagi pun Mas adalah milik kerajaan melalui GLCnya.

    Mas perlu disusun semula dari segi pentadbiran terutama diperingkat atasan.

    Kerajaan gunakanlah cukai yg ada untuk tampung kesusahan Mas.

    Agaknya Mas ini masa untung dulu tak beringat kalau jadi rugi.Amalan joli dan boros serta belanja besar sudah jadi darah daging GLC kita termasuk lah Mas.

    Mungkin anggapan modal dari kerajaan bukan modal persendirian.Sikap acuh tak acuh semakin menjadi-jadi.Bila rugi baru kelam kabut.

    Mas ibarat kudis buta dibadan kerajaan.Berubatlah apa cara pun.

    Yang peliknya ada pakar pun cuma sekadar jual aste-aset Mas sahaja untuk selesai masalah Mas.Ini pun pelik juga kaedag yang diambil itu.Tak nampak kepakaran pun kalau jual aset kerana nak atasi masaalh.Sebaliknya masaalah Mas tak selesai juga.

    Pembangkang tak ada minat ke nak lambung isu ini secara positif.

    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Badrul sani10:55 PM

    Dato.
    Flip flop Najib yang paling besar bukan pengabongan MAS dan Air Asia yangbtidak jadi,tapi ialah listing Felda Global.Saya haian kenapa Dato tidak comment baik dalam Blog atau pun Business Times.

    Tidak dapat dinafikan kejayaan Air Asia dalam industry syarikat Penerbangan.Kejayaan mereka buka lah kerana Tony dan Kamaruddin pandai dalam industry penebangan tapi satelah beroperasi salama 10 tahun mereka sempat belajar selok belok perniagaan ini.
    Factor kedua kerana,Tony dan Kamaruddin perlu menjamin wang pelaboran mereka selamat dan menguntongkan.Bebanding dengan MAS,yang want itu milek kerajaan,jadi rugi untong tiada ada kesan kapada mereka.
    Nasehat saya kapada Najib,jangan buang masa dan wang dengan MAS.Tutop sahaja penebangan MAS.Kita tidak perlu national carrier.Saperti Air France,Alitalia,Swiss Air semuanya telah lenyap dari peta penebangan Dunia.

    Jika perku juga National Airline,jadikan Air Asia X sabagai gantinya..Hanya perlu tukar nama MAS X

    ReplyDelete
  11. Sdr Casper C, mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad, saya telah mengulas mengenainya di sana sini.

    Cuba baca tampalan bertajuk "Gula Mungkin Tidak Manis Bagi Felda" pada 28 Jan. 2012.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  12. Lupakan AirAsia. Keutamaan patut diberi kepada FireFly. Naikkan semula FireFly sebagai syarikat penerbangan tambang murah negara. tingkatkan pelaburannya. pengguna mengharapkan kos yang rendah. jika MAS masih mahu mengekalkan status elitnya, jadikan FireFly sebagai alternatif. nescaya itu lebih baik bagi Malaysia dari mengharapkan AirAsia.

    ReplyDelete
  13. Pak Engku4:43 PM

    Salam Datuk dan semua.
    Faktanya penggabungan antara MAS dan Air Asia bukanlah flip flop pertama, tp bermula dengan skim saraan penjawat awam dan Mas Air Asia. Nampaknya faktor yang sama disebabkan oleh salah estimate atau tiada perbincangan antara kerajaan Najib dengan Kakitangan terlibat. Nampaknya kerajaan sekarang masih tidak belajar dari perkara yang berlaku dalam membuat keputusan. Jangkaan saya perkara yang sama akan terjadi kepada penyenaraian Felda.

    Wassalam
    Pak Engku

    ReplyDelete
  14. Khazanah should had been very firm and made sure the share swap went through for the sake of the nation. This would have kept a lot of the tangible and intangible benefits within Malaysia waters. Tony Fernandes is just out to make money using other people money.

    So much has been invested in the new LCCT, now who is going to be using that when Tony takes flight to Indonesia.

    Khazanah started the problem and should had resolved to clean up the problem, but with their cronies involved, it was also an oppotunity for Binafikir to make money.

    Who ends up losing, again Malaysia and the Malaysian public who had put up money growing the initial bastard child AIRASIA, now being let loose so that it can spread it seed elsewhere.

    I again blame UMNO cronies under Pak Lah regime, that gave birth to the unruly bastard.

    What Khazanah could and should do now is TAKEOVER the whole of the AIRASIA Malaysia interest and dictate terms to AIRASIA Group, use the cane and get them to toe the line. But knowing Najib he will let the old regime to escape, lock stock and the whole barrel.

    If not WE MALAYSIAN will loose out again, only again enriching the UMNO cronies

    ReplyDelete
  15. What MAS could do is take a hit for the next 6 months and GO against AIRASIA big time, cut all your fares and just GO and KILL AIRASIA.


    Go for the jugular .... as it is a matter of SURVIVAL of the fittest, if not MAS that had been very well handicapped by AIRASIA would further lose out.

    NOBODY would give a DAMM if AIRASIA dies, afterall it went into the market to KILL MAS.

    I would implore the MAS UNION to take the initiative and get their members to go ALL OUT to support the MARKETING PLOY to KILL AIRASIA. Its KILL or be KILLED. Its either that within the next 6 month there wont be a MAS anymore, the sukuk just too care of prolonging the bleeding balance sheet

    ReplyDelete
  16. salam dato

    kalau negera rakyat didahulukan kalau syarikat tentu pekerjanya perlu didahulukan dan dalam hal ini perbincangan perlu dibuat dengan kakitangan Mas dahulu sebab mereka lebih faham apa masalah sebenarnya yang dihadapi meraka.

    Mas perlu memandang kebelakang seketika untuk melihat kembali bagaimana kejayaan yang telah mereka dapati sebelum ini dan melihat kedepan bagaimana resepi kejayaan dahulu boleh di guna pakai untuk masa kini atau disesuaikan dengan masa kini.

    sebagai syarikat penerbangan yang telah lama adalah mustahil pihak Mas terlalu bodoh tidak mengetahui rahsia kejayaan Air Asia.

    jika mas diuruskan dengan penuh tanggungjawab ia pasti akan berjaya.letakan orang yang amanah disitu.

    saya percaya Satu hari nanti AIR ASia juga akan menghadapi masalah yang sama seperti Mas hadapi sekarang.Indonesia memang mempunyai potensi yang besar dan juga risiko perubahan dasar yang besar juga.

    biarkan Air asia terbang tinggi so bila ada masalah nanti kita tengok kat mana ia akan mendarat.

    ReplyDelete
  17. Kajang Pak Malau6:58 PM

    Bisness kalau rugi lebih elok tutup sahaja. Cari pembeli dan jual sekurang-kurang taklah bangkrap.

    Kemudian wujudkan syarikat penerbangan nasional baru. Pengurusan baru secara total. InsyaAllah akan berjaya.

    Saya syorkan ini nampak kejam tetapi telah banyak kali pelan penyelamat dibentuk. Telah berapa banyak duit ditabur tetapi semuanya tidak menjadi. Rasa saya MAS tidak boleh diselamatkan lagi dari dalam. Sistemnya yang telah berakar umbi tidak bisa lagi diubah. Tidak fleksibal dalam dunia semasa. Jadi korbankan ego dan malu..

    ReplyDelete
  18. Saya rasa eloklah kita menunjukkan sifat nasionalisme dan cintakan Negara. Tak baik menggigit tangan yg dulunya menyuap kita. Hujan batu negeri orang, hujan emas negeri sendiri. Janganlah jadi Si Tanggang yg derhaka.

    Cubalah ceritakan kebaikan Negara kita pula. Ini asyik asyik nak menghentam YAB PM. Sedangkan ulama-ulama terkenal dunia dari Masjidil Haram, Al Azhar, Jordan, Palestin berpendapat Malaysia adalah Negara Islam contoh di mata dunia. Kota haji kita pun 1% dari jumlah penduduk Malaysia bukannya diikut jumlah penduduk Islam Malaysia seperti Negara lain. Inilah yg dikatakan tidak tahu bersyukur pada nikmat yg dikurniakan Allah kepada Negara kita.

    Akhir kata, eloklah kita dijauhkan diri daripada tergolong dari org-org yg kufur nikmat. Nauzubillah. Sekian TQ.

    p/s… selamat menonton German vs Greece

    ReplyDelete
  19. Sdr Kajang Pak Malau

    "Bisness kalau rugi lebih elok tutup sahaja. Cari pembeli dan jual sekurang-kurang taklah bangkrap."

    Bolehke tempat orang2 UMNO serta kroni2nya cari makan ditutup?

    ...SAJI

    ReplyDelete
  20. Lahuma11:04 AM

    Dato.

    Mas nak bersaing dengan Air Asia dalam kontek tambang murah.

    Rasanya Mas mampu bersaing secara sihat dgn AirAsia.

    Perhidmatan domestik Mas perlu hapuskan tempat dudok Kelas Busines dengan mengadakan semua tempat duduk kelas ekonomi.

    Selalunya tempat dudok kelas Busines kosong begitu sahaja tanpa penumpang.Ini merupakan satu pembaziran dan merugikan.

    Kalau setakat nak adakan juga untuk VIP atau Menteri atau Dato/Tan sri dan lain tapi Mas kena tanggung rugi bila tempat dudok kosong.

    Agaknya pentadbiran dan pengurus Mas merancang kerana duit GLC bukan duit sendiri.Amalan buruk ini lah antara penyumbang keletihan Mas.

    Pengurusan atasan Mas kena bertanggung jawab sepenuhnya diatas untung rugi syarikat Mas.

    Mas dalam uzur dan sakit jantung hantar lah pakar jantung jangan hantar pakar kulit.Itulah sebabnya Mas masih tenat.

    Seeloknya pakar ekonomi dalam PAS/DAP/PKR/UMNO/MCA/MIC/Gerakan kritik senario ini.Kenapa diam sahaja.

    Hampir 30 ribu kakitangan Mas mancari rezeki disini.
    Mereka juga adalah pengundi.

    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  21. Zaman Pak lah Toney mudah buat bisnes melalui konteks bagus KJ. Zaman Najib peluang tak cerah sangat sebab tu dia nak ubah tempat. Jakarta pada pendapat saya bukan pusat dagangan yang mantap.Politik Indonesia tak menentu,hari ini Toney Mungkin ada konteks bagus disana.Masa depan belaum tentu.MAS boleh bergerak maju tanpa saingan Air Asia.Penting pengurusan yang cekap dan amanah.

    ReplyDelete
  22. Sdr azhar

    1/"Mas perlu memandang kebelakang seketika untuk melihat kembali bagaimana kejayaan yang telah mereka dapati sebelum ini dan melihat kedepan bagaimana resepi kejayaan dahulu boleh di guna pakai untuk masa kini atau disesuaikan dengan masa kini."

    Setelah memandang kebelakang bagaimana jika Mas kata, "kerugian berterusan yang menimpa dirinya bermula daripada tindakan Kerajaan UMNObn menswastakan Mas kepada Syarikat Tajuddin Ramli dan tindakan Syarikat Tajuddin Ramli membeli beberapa buah kapalterbang baru daripada kilang di Amerika dan menjualnya kepada Mas"

    2/ "sebagai syarikat penerbangan yang telah lama adalah mustahil pihak Mas terlalu bodoh tidak mengetahui rahsia kejayaan Air Asia."

    Bagi saya, lebih tepat, dari sudut teknik sinektiks cara analogi langsung, jika MAS dibandingkan dengan SIA berbanding dengan Air Asia untuk kita mengetahui rahsia kejayaan sesebuah syarikat penerbangan.

    ...SAJI

    ReplyDelete
  23. YBhg The Scribe A Kadir Jasin
    Salam Hormat

    TO SHARE:

    i. This article by Mike Whitney is a lesson that is being improvised from China revealed:

    June 26, 2012
    Anything Goes
    China Embraces Ponzi-Bonds
    by MIKE WHITNEY

    China is preparing to launch a program that will create the same complex debt-instruments that triggered the global financial crisis in 2008. The pilot program will allow banks to convert pools of loans into securities via off-balance sheet securities firms called Special Purpose Vehicles (SPV) or Structured Investment Vehicles (SIV). The process, which is called securitization, helps banks to circumvent capital requirements by hiding debt on off their books, thus, allowing them to increase leverage by many orders of magnitude. Securitization turbo-charges credit expansion while concealing the risks from shareholders, investors and depositors.

    Chinese authorities claim that securitization will help to kick-start the economy by “freeing up funds for lending at a time when Beijing is seeking ways to bolster growth”. But according to an article in the Wall Street Journal, increasing “lending” does not appear to be the real goal at all. Here’s an excerpt from the WSJ article titled “China Looks for Loan Boost”:

    “Despite the cautious approach adopted by Chinese regulators, securitization boasts risks that could leave China’s banking system with less of a buffer for loans that default. That is because any buyers of such repackaged products sold in China’s still-underdeveloped capital markets are likely to be banks themselves.

    “In China, risk transferring through securitization will be limited because the buyers of the securities will be mostly banks, and, therefore, most of the risks remain in the banking system,” said Yvonne Zhang, a Beijing-based senior banking analyst at Moody’s Investors Service...

    ..And it’s all being done to protect the interests of a corrupt oligarchy of racketeers.,

    http://www.counterpunch.org/2012/06/26/china-embraces-ponzi-bonds/


    ii. http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=35304:why-force-state-governments-to-take-up-11-of-felda-ipo-tony&Itemid=2



    Maaf keran tiada komen atau nota kaki melainkan kerana minda tidak dapat memahami kesan dari berita peristiwa-peristiwa yang diceritakan di atas.

    Sekian

    ReplyDelete