A Kadir Jasin
[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]
DENGAN izin dan permohonan maaf, ini adalah cerita peribadi. Cerita emak yang berusia 86 tahun masuk hospital buat pertama kali pada 2 Ogos lalu.
“Kalu tak pasai sakit, mak tak mau masuk hospital cik ooi,” kata emak. Tidak siapa boleh pertikai atau salahkan dia. Bersalin sembilan orang anak – lapan hidup - tak sekali pun masuk hospital.Alhamdulillah, pembedahan rotator culf (kaf rotator kata Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP) selamat dilakukan. Dalam enam atau tujuh minggu lagi dia akan menjalani fisioterapi dan, insya-Allah, kalau semuanya berjalan baik, boleh memperoleh semula 60 hingga 70 fungsi tangan kanannya.
Bagi seorang tua yang tidak pernah sakit teruk, masuk hospital dan menjalani pembedahan adalah satu trauma (disebut troma bukan trauma), tetapi dia tabah dan akur dengan nasihat doktor, Alhamdulillah.
Persepsi Negatif Perubatan Awam
Pembedahan dibuat di sebuah hospital swasta taraf biasa di Alor Star. Saya dimaklumkan yang maladi (penyakit) seperti ini tidak dianggap kes kecemasan oleh hospital kerajaan kerana tidak mengancam nyawa, jadi tidak diberi keutamaan untuk pembedahan.Lagipun, emak dan Allahyarham ayah saya mempunyai masalah untuk dirawat di hospital kerajaan. Mereka tidak mahu. Maaf cakap, mereka mempunyai persepsi yang tidak positif mengenai perubatan awam, walaupun sebenarnya ada banyak kelebihan dalam perubatan awam, khasnya di segi peralatan dan doktor pakar, selain murah.
Dalam bahasa yang mudah, masalah yang emak hadapi bolehlah digolongkan sebagai “reput tulang” - macam dipopularkan oleh seniman agung Allahyarham P Ramlee dalam lagunya yang, antara lain, berbunyi “berehat sebentar isteri dah meradang, kerja kuat takut reput tulang.”
(Demikianlah hebatnya P Ramlee. Beliau memperkenalkan pelbagai konsep yang mendahului zaman atau di luar pengetahuan audiens beliau.)
Kaf rotator adalah sekumpulan otot dan tendon (urat tebal yang menyambungkan otot dengan tulang) yang berfungsi mengikat tangan ke bahu dan memberikannya pergerakan yang fleksibel. Dalam kes emak, kaf rotatornya carik dan putus akibat kelanjutan usia. Jadi doktor terpaksa bedah dan sambungkannya semula.
Allah Berikan Kita Spare Part
Demikianlah tubuh manusia. Tetap dimakan usia dan dilanda pelbagai maladi, apatah lagi kalau kesihatan tidak diutamakan, dan demikian pulalah kemajuan sains dan teknologi dalam bidang perubatan yang boleh merawat pelbagai penyakit. Kini, tubuh manusia boleh dibedah dengan mudah dan banyak anggota badan boleh dibuang atau digantikan.
Apabila ada kawan atau kenalan yang menjalani pembedahan pintasan koronari (jantung), saya kerap ingatkan mereka mengenai rahsia keagungan ciptaan Allah.
Kalau Allah tidak mahu usia kita dipanjangkan, masakan Dia menyediakan barang ganti (spare part) dalam bentuk urat kaki yang boleh diambil untuk memintaskan urat jantung yang rosak tanpa menjejas fungsi kaki. Atau mengambil kulit dari satu anggota badan untuk menampal kulit pada anggota lain yang rosak.
Itulah antara contoh rahsia ciptaan Allah yang kita disuruh menyelidik, memahami dan memanfaatkannya. Alhamdulillah, hari ini semakin ramai ahli sains Muslim yang melaksanakan perintah Allah Taala itu. Tetapi masih ada kelompok kolot yang menantang sains, kononnya ia bercanggah dengan agama. Wallahualam.
Salam Kasih dan Sayang
ReplyDeleteDakj
Izinkan,
...DENGAN izin dan permohonan maaf, ini adalah cerita peribadi. Cerita emak yang berusia 86 tahun masuk hospital buat pertama kali pada 2 Ogos lalu.“Kalu tak pasai sakit, mak tak mau masuk hospital cik ooi,” kata emak. Tidak siapa boleh pertikai atau salahkan dia. Bersalin sembilan orang anak – lapan hidup - tak sekali pun masuk hospital.
Dengan mohon izin kami mengambil kesempatan memberikan SALAM KASIH DAN SAYANG dan 'TABIK SPRING' kepada IBU tersayang saudara dan mendoakan agar CEPAT SEMBUH DAN SENTIASA DINAUNGI ZAT SEMPURNA DAN SINARAN KASIH SAYANG ALLAH SWT
ALFATIHAH, AMIN
Ps. The Caps today are for the very special lady of our life we called IBU!. Bersama kita nyanyikan. " Ibu, ibu, engkaulah Ratu hatiku.."
Dato.
ReplyDeleteBila ibu kita sakit.Maka giliran kita pula membalas jasanya.Masa kita kecik dia yg menjaga kita.Bila dia tua giliran kita menjaga dan membiayai apa saja keperluannya.
Saya congak kiri kanan atas bawah kos rawatan orang tua Dato tidak kurang RM 10 ribu bila berubat di hospital swasta.
Eloklah kalau mampu dan upaya kita pergi terima rawatan di swasta.Cepat mesra pesakit dan macam-macam lagi.
Hospital kerajaan tahu sajalah.Barangkali macam itu budaya dan procuder kerja mereka.Dasar pegawai kerajaan .Kerajaan cakap lain mereka buat lain.Maklumlah mereka pagawai pelaksana.Menteri cakap sahaja.Bukan dia yang buat semua kerja.
Yang paling terhimpit rakyat yang tak ada kemampuan dapat rawatan diswata.Terima sajalah apa yang ada.
Sebab itu agaknya kakitangan hospital kerajaan pun cabut ke swasta.
Itulah cabaran hidup kita zaman kini.Macam-macam tercabar seperti politik,ekonomi,pelajaran anak bangsa,kedaulatan Islam,bahasa,budaya,dan isu kesihatan kita pun apa kurangnya.
Berbagai penyakit moden memerlukan kos yang cukup tinggi.
Semoga bonda Dato cepat sembuh.
Terima kasih.Selamat berbuka bersama keluarga.
Sains yang tak bercanggah dengan Islam ialah sains Islam.
ReplyDeleteBagaimana pun sains kafir tetap bercanggah dengan Islam miskipun ia baik untuk manusia.
Kita menentang sains kafir, kerana ia menolak kebenaran pencipta.
Salam Datuk A Kadir,
ReplyDeletesemoga ibu Datuk segera pulih dan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik daripada sebelum pembedahan. Sains adalah ilmu Allah yang dijenamakan seolah-olah bukan daripadaNya hingga mengelirukan sebahagian besar orang Islam sendiri. Jika kita menentang sekularisme, seharusnya kita menerima Sains dengan berlapang dada kerana semuanya adalah daripadaNya juga. Yang keliru memandang Sains dan Islam secara terpisah sedangkan hakikatnya Islam itu meliputi Sains. Dengan kata lain, Sains itu salah satu juzuk dalam Islam yang syumul.
Dr. Yunus Maurice Bucaille yang mengetuai pasukan peneliti mumia Firaun terus beriman selepas mendapati penemuannya telah direkodkan sejak lebih seribu tahun di dalam ayat surah Yunus. Ternyata Sains terangkum dalam Islam dan bukan terpisah antara satu sama lain. Semoga lebih ramai di kalangan orang Islam akan menceburkan diri dalam apa yang dikatakan Sains itu untuk merebut penguasaan terhadap ilmu Allah daripada orang-orang kafir.
Assalamualaikum dato yang dikasihi semoga dato juga dalam keadaan sehat. Dalam tulisan ada 2 moral yang kita boleh ambil iaitu tahap pemikiran ibu kita dan juga tahap perkhidmtan kesihatan awam kita.Ibu kita memang sudah tua mereka datang dari kampong setengahnya dari pendalaman dan ada yang tahu membaca apatah lagi menulis jadi persepsi mereka tetap sama iaitu tak mahu menerima rawatan dihospital lebih2 lagi hospital awam. MORAL KE2, Mengapa apabila disebut sahaja hospital awam pandangan mereka mungkin juga kita amat teruk perkhidmatan nya apakah benar tanggapan mereka atau pun sebalik nya cari la jawapan nya sendiri...ada mata kita lihat ada akal kita pertimbangka, selamat berbuka dato dan keluarga.
ReplyDeleteAssalamualaikum Dato’
ReplyDeleteTeringat sebuah lirik lagu Melayu, “Kasihnya ibu…membawa ke syurga”.
Di akhir sepuluh Ramadhan ini, mungkin belum terlambat untuk kita sama sama berkongsi Tazkirah.
Di tempat saya, sembahyang Terawih 4 rakaat, dihentikan 30-40 minit beri laluan untuk Tazkirah, kemudiannya disambung lagi 4 rakaat Terawih dan 3 rakaat Witir.
Tazkirah itu maksudnya ingat-mengingati terutamanya mengenai hubungan kita dengan manusia (hablumminannas) dan hubungan kita dengan Pencipta (hablumminallah).
Hubungan dengan manusia yang paling penting adalah hubungan dengan kedua ibubapa.
Suatu ketika, Rasulullah saw menaiki mimbar masjid, ditangga pertama Nabi saw berhenti seketika kemudian mengaminkan Amin. Di tangga kedua, perkara yang sama berlaku dan di tangga ketiga sekali lagi Nabi saw mengucapkan Amin.
Nabi saw menjelaskan kepada para sahabat yang tertanya tanya, di tangga pertama Jibrail as menyatakan amat rugilah sesiapa yang diberi kesempatan berpuasa di bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan segala dosa-dosanya. Nabi saw mengaminkannya Amin.
Di tangga kedua Jibrail as berkata amat rugilah sesiapa yang diberi kesempatan hidup bersama kedua ibubapanya tetapi beliau tetap berdosa dan tidak diampun dosanya. Nabi saw mengaminkannya Amin.
Ditangga ketiga Jibrail as menyatakan amat rugilah sesiapa yang mendengar selawat ke atas Nabi saw, tetapi beliau tidak menjawab selawat ke atas Nabi saw tersebut , Nabi saw mengaminkan Amin.
Para ulama menyarankan di akhir penghujung bulan Syaaban atau pada 1 Ramadhan, anak-anak yang berjauhan kembali ke rumah kedua ibubapa mereka untuk menziarahi tidak lain tidak bukan semoga mendapat restu dan redha kedua ibubapa. Bila mendapat kemaafan dan redha dari kedua ibubapa, barulah Ramadhan nya kemudian lebih mudah dan lebih bermakna, lebih hampir mencapai ketaqwaan.
Bahkan ulama menyatakan sia-sia saja mereka yang mendapat malam Lailatulqadar tetapi tidak diredhai oleh ibubapa mereka atas sebab sebab tertentu yang tidak bersalahan dengan syariat. Doa mereka, ibadat mereka serta puasa mereka tidak di terima Allah swt kerana mereka mendapat murka dari ibubapa.
Maka, amat bertuahlah Dato’ dapat berkhidmat dengan baik dan cemerlang kepada ibu yang sakit.
Apakah mungkin ini Ramadhan yang terbaik Dato’? InsyaAllah, Amin.
Di bulan Ramadhan, kita membicarakan puasa dan taqwa.
ReplyDeleteMarilah kita hayati perintah puasa dan kaitan nya dengan taqwa.
2:183 Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah 218)
Ramadhan kali ini cukup special kerana adanya Sukan Olimpik 2012.
Kita melihat sekurang-kurangnya 3 kisah yang perlu dijadikan pedoman.
1. Perenang Tunisia menarik diri pada saat saat akhir. Kerana akan berenang bersama beliau adalah perenang Israel, bekas seorang juruterbang pesawat Israel yang mengaku pernah mengebom dan menyerang bumi Palestin. Katanya, beliau tidak sanggup terkena air kolam yang sama dari badan yahudi tersebut.
Ini Taqwa.
2. Seorang pelari wanita Arab Saudi berlari dengan memakai pakaian yang menutup aurat sedangkan pelari-pelari wanita lain pakaiannya semuanya tak cukup benang di badan. Beliau mendapat penghormatan gemuruh “Standing Ovation” dari seluruh penonton di stadium.
Ini Taqwa.
3. Jam 4.30 am secara langsung di TV Malaysia, Usain Bolt berlari dalam acara 100meter. Sebaik melintasi garisan penamat, beliau memandang masa yang dicatatkannya 9.63 saat. Sejurus nya, beliau bersujud syukur di tengah tengah track dilihat jutaan manusia seluruh dunia.
Ini Taqwa.
Dan dibulan Ramadhan inilah, ada cendikiawan agama Malaysia bercakap mengenai hukum-hakam agama.
ReplyDeleteMufti no 1Malaysia berkata, diharuskan tidak berpuasa di bulan Ramadhan bagi atlit-atlit yang beragama Islam kerana berjuang untuk dapatkan Pingat untuk Negara.
Bukankah ayat 183 Surah Al-Baqarah itu menjadikan puasa di bulan Ramadhan sebagai Rukun Islam, teras Agama Islam?
Adakah ini Taqwa??
Bagaimana pula seorang ulama pondok mengeluarkan fatwa KAFIR HARBI dan haram mengundi termasuklah parti yang bersepakat dengannya? Disiarkan dimuka depan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia. Alasannya kerana seorang pemimpin DAP menolak Hudud, maka parti itu parti KAFIR HARBI???
Bagaimana pula Chua Soi Lek dan MCA??? MIC??? PPP???
Adakah ini Taqwa??
Dan bagaimana pula dengan UMNO sendiri melalui Presidennya berkata, selagi saya sebagai PM, hudud tidak akan dilaksanakan.
Bagaimana pula dengan bekas Presiden UMNO yang mengistiharkan Malaysia sebuah Negara Islam tapi memperolok-olokkan Hukum Hudud dengan sup tangan???
Adakah ini TAqwa??
Kita tidak hairan kalau bukan Islam menolak Islam kerana mereka tidak faham, tiada Ilmu dan sememangnya tidak percaya kepada Islam.
Yang kita sangat hairan, umat Islam yang mengaku beragama Islam tetapi RAGU-RAGU dengan sebahagian ayat-ayat Al-Quran, dengan ayat-ayat Hukum dalam Quran.
Bukankah Al-Quran menegaskan al-Quran adalah petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, bukan bagi para munafik yang RAGU-RAGU terhadap ayat-ayatNya.
2:2 "Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada KERAGUAN padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,"(Al-Baqarah 2)
Sejarah Islam memperlihatkan sifat kaum munafik yang senantiasa memperolok-olokkan ayat-ayat Allah swt beserta dengan orang kafir.
ReplyDeleteDi hadapan kaum Mukmin, mereka mengaku beriman, tetapi dihadapan kaum kafir, mereka menyatakan ucapan mereka itu cuma olok-olok sahaja.
2:14 "Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: ""Kami telah beriman."" Dan bila mereka kembali kepada syaitan-setan mereka, mereka mengatakan: ""Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok""." (Al-Baqarah 14)
Mereka ini mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah).
Al-Quran menyatakan mereka ini sebagai binatang ternak bahkan lebih sesat lagi.
7:179 Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A’raf 179)
1961, di Tunisia, di bulan Ramadhan, disiarkan secara live melalui TV1 TV2 TV3 Tunisia ucapan Presidennya, Habib Borgiba, bersama barisan cabinet di belakangnya menyeru Umat Islam Tunisia supaya tidak berpuasa di bulan Ramadhan sambil mereka sendiri makan makan secara langsung, alasannya berpuasa sebulan mengurangkan produktiviti Negara.
Di bulan Ramadhan 2012 pada tahun ini, Azerbaijan yang dibuka oleh Umar Al-Khattab, mempunyai 95% penduduk beragama Islam, Presidennya berucap akan mencadangkan kepada Parlimen sembahyang Jumaat akan diubah kepada hari Sabtu, kerana sembahyang Jumaat itu dilakukan pada hari bekerja menyebabkan produktiviti Negara terjejas.
APAKAH MEREKA INI BERTAQWA??
Salam dato,
ReplyDeletesaudara langitbiru,
ini sedikit petikan dari BBC news kelmarin.
......More Tel Aviv than Tehran'
Israel and Azerbaijan have had diplomatic relations since April 1992, six months after the republic declared its independence from the Soviet Union.
Israel and the secular government of Azerbaijan share the same goal: to check the spread of political Islam in general and Iran in particular.
Israeli Ambassador Michael Lotem says his country and Azerbaijan share the same world view
Theirs is an alliance reinforced by hardware. In February 2012, Israel sold Azerbaijan $1.6bn (1.3bn euros) of sophisticated weapons systems.
"We share the same view of the world, I guess," says Michael Lotem. "We share quite a few common problems. For us Israelis to find a Muslim country which is so open, so friendly, so progressive, is not something the Israelis take for granted."
Earlier this year, America's Foreign Policy magazine suggested the alliance between Israel and Azerbaijan went deeper than many had previously thought.
The magazine reported that Israel had secured an agreement to use Azerbaijan's airfields in case it went ahead with a military strike against Iran's nuclear facilities.
If true, this would give Israel a significant tactical advantage. But Israel denies the claim.
"That's sheer science fiction", says the ambassador, "or maybe we should drop the science out of it. The aim is having very solid relations with Azerbaijan."
Azerbaijan's population is mostly Shia Muslim. But its government is intensely secular......
Nampak `susah banyak' la nak mempertahankan `islam' depa ni...
Abu Bakar Ab Rahman
Assalamualaikum berasiam,
ReplyDeleteTerimakasih memaparkan Sains Dan Islam.
Bukti bukti Sains dalam Al-Quran banyak, sesiapa yang sanggup mengkajinya tentu dapat PhD!. Madu sebagai penawar penyakit, kenapa tiada pakar-pakar Islam mengkaji dan menghasilkan ubat berasaskan madu?
Apapun, Islam merangkumi segala aspek kehidupan, tiada yang tertinggal dan terkecuali. Islam bukan sahaja sebagai Addin tetapi sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.
“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu”.(Al-Maidah Ayat 3)
Harapan saya, Sdr dapat mengkaji mengenai Islam dan Politik.
Politik terangkum dalam Islam dan bukan terpisah satu sama lain.
Manusia dikurniakan akal fikiran. Gunakannya sebaik mungkin untuk kebaikan.
ReplyDeleteSaya kehilangan ibu saya semasa saya masih dibangku sekolah lagi. Amat terhad pengalaman saya melalui suka dan duka bersama seorang ibu seperti yang dilalui oleh Dato' sekarang. Moga ibu Dato' cepat sembuh.
Selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada semua yang beragama islam.
Salam DAKJ dan rakan pembahas
ReplyDeleteDiharap semoga ibu Dato’ cepat sembuh. Bercakap tentang ‘rotator cuff syndrome’, sebenarnya kita bercakap tentang sendi pergerakan glonohumeral dan sendi scapulothoracic . Terdapat 4 otot utama yg mengawal pergerakan tersebut. Pertamanya ialah otot supraspinatus yg mengawal pergerakan ‘abduction’ dan ‘external rotation’ of the shoulder. Keduanya, otot infraspinatus juga mengawal pergerakan ‘abduction’ and ‘external rotation’ of the shoulder. Ketiganya ialah otot teres minor yg juga mengawal pergerakan seperti otot yg pertama dan kedua. Dan yg terakhir ialah otot subscapularis yg mengawal pergerakan ‘internal rotation’ of the shoulder. Juga membantu dalam ‘abduction and adduction’. (maaf tak boleh nak translate ke Melayu). Jadi bolehke saya tahu otot yg mana satu yg emak Dato’ tercedera tu?
Keduanya, bagi sayalah, sebenarnya Islam mendidik cendikiawan dan bijak pandai tentang kaedah ‘evidence based’. Sebab itulah bila kita merujuk kepada Al Quran, surah apa dan ayat yg keberapa mestilah ditulis. Bagi Hadis pula, kita hendak mengetahui siapakah yg meriwayatkan hadis tersebut. Samada diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim atau keduanya atau perawi hadis yg lain yg menjadikan hadis tersebut sahih. Dalam sains perubatan pula, rawatan yg diberikan adalah mestilah berdasarkan kepada “Level of evidence” iaitu level rujukan yg dilakukan apabila merawat pesakit. Jadi mungkin boleh sekali lagi Dato’ tanya kepada Dr yg merawat ibu Dato’ tentang ‘What is the level of evidence used in treating my mom?
Ketiganya, berkenaan hospital awam kita, kerajaan sudah cuba buat sebaik mungkin untuk mengatasi kekurangan-kekurangan masakini. Salah satu cadangan ialah dgn meng’insurance’kan penjagaan kesihatan supaya tahap kualiti penjagaan kesihatan setaraf dengan hospital swasta. Tapi ia memerlukan sedikit sahaja pengorbanan dari masyarakat yg prihatin dan banyak bersyukur. Walaupun begitu, penjagaan kesihatan awam kita adalah lebih baik dari kebanyakkan negar-negara jiran. Diharap dgn terlaksananya peng’insuran’an penjagaan kesihatan, kemudahan kesihatan awam kita akan setaraf dgn kemudahan kesihatan dekat negara Amerika. Sekian TQ.
Dato.
ReplyDeleteIslam,sains dan ilmu.
Tapi apa yg kita dengar DAP tak pernah pertahan PAS habis-habisan.
Begitu juga MCA/Gerakan pun tak pernah pertahan UMNO habis-habisan.
Apa yg riuh rendah macam nak gempa bumi PAS yg pertahan DAP habis-habisan
Begitu juga UMNO pertahan MCA/Gerakan habis-habisan.
Maka bertuah lah DAP/MCA/Gerakan kerana PAS/UMNO cukup hebat pertahan masa depan mereka.
Apakah kesudahan nya.
Terima kasih.Selamat bersahur Dato bersama keluarga.
Assalamualaikum Datuk,
ReplyDeletePertama kali beri komentar dalam blog Datuk. Semoga bonda Datuk segera sembuh dengan izin Allah Subhanahu Wataala. Bonda saya telah 'bedridden' sejak setahun yang lalu walaupun usia beliau jauh lebih muda berbanding usia bonda Datuk. Sedih dan kesal kerana masih ada komen yang tersadur kenyataan politik dan telahan maksud takwa secara semberono. Semoga maladi ini diubati secara mempelajari ilmu Tauhid dengan lebih mendalam. Wallahu 'Aqlam
Salam Ramadan dan Salam Nur Syawal, semoga di limpahi keberkatan kepada seluruh Umat Islam dan khas nya kepada Datuk dan Keluarga,dari saya yang bertamu di laman ini;
ReplyDelete1.Semoga kesihatan ibunda tercinta dalam rahmat dan lindungan Allah SWT jua.Datuk amat beruntung kerana lidah masih basah dengan panggilan ibu. Ibu bapa saya sudah lama pergi menyahut panggilan Illahi. Rindu teramat sangat apabila teringatkan kehadhiran mereka dulu...... Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka.
2.Allah SWT tidak mencipta manusia dengan sia-sia. Sebalik nya manusia pula mencipta macam-macam yang sia-sia.Namun jika tersedar dan segera bertaubat,ini lah yang di tuntut demi ujian dan rahmat NYA yang tidak terhingga.Maka sakit itu ujian Allah SWT kepada kita semua tidak lain untuk menghapus dosa.
3.Ingat lah! Kita ini dari kejadian setitik nutfah yang hina. Maka siapa kah gerangan kita berdabik dada mengadili orang lain, dimana akhir nya hanya merujuk kepada diri sendiri yang hina? Maka dari ilmu sains akan terbongkar kejahilan dan kenaifan kita, betapa BENAR NYA ilmu Allah SWT itu!
4.Ilmu sains itu wujud nya dari ilmu Allah SWT jua yang manusia masih banyak belum ketahui.Tiada sekatan untuk manusia'ber sains dan ber teknologi' jika besar manfaat dan kebaikan kepada manusia.Apa yang tidak di izinkan ialah membawa kepada malapetaka.
5.Maka sains gunaan/sains nuklear, sains biologi(manusia),sains kimia, sains angkasa lepas, boleh menjadi musuh-musuh yang amat nyata jika di gunakan melawan arus akibat maladi bangsa carian manusia...
6....kerana semua di atas(per 5) secara membuta tuli di pukal menjadi SAINS POLITIK kerana tidak di rujuk dalam ilmu nya!!!
Assalamualaikum Dato’
ReplyDeleteIbu Dato apa khabar?
Saya doakan supaya bertambah baik dan sihat, Amin.
Dibulan Ramadhan ini, tidak banyak saya komen di blog Dato’, akan tetapi Fatwa Tok Guru Abdullah Sa’amah itu benar-benar mencabar kesabaran cendikiawan Muslim untuk turut sama berbicara, berdebat dan mengupas intipatinya.
Saya amat bimbang Fatwa sebegini mampu mencetuskan keadaan tidak terkawal bagi penyokong-penyokong yang fanatik, yang tiada ilmu pengetahuan sejarah fikah siasah syariah, yang hanya menjadi ikutan bahawa kafir harbi wajib diperangi.
Amat malang sekali apabila disiarkan dimukadepan Utusan Malaysia, bererti artikel/tulisan berita tersebut mendapat lampu hijau dari UMNO yang memiliki 50% saham Utusan Malaysia.
Apakah tiada Ulama UMNO memberi nasihat dan pandangan sebelum berita itu disiarkan?? Apakah UMNO sudah benar-benar terdesak menggunakan isu sensitiviti agama dan kaum seperti ini??
HAKIKATNYA, kafir zimmi, kafir harbi dan kafir musta’min adalah tergolong didalam Fiqh Siasah Syariah atau Pemikiran Politik Islam di zaman sekarang.
‘Ulama fiqh di zaman Islam memerintah Dunia, telah mengklassifikasikan identiti kafir-kafir ini serta kewujudan negara yang boleh diperangi (dar al-harb) dalam membahaskan isu-isu fiqh siasah syariah. Adalah jelas ijtihad ulama silam adalah relevan dan tepat pada zaman tersebut.
HAKIKATNYA, Islam kekal sempurna, sesuai dan relevan sepanjang zaman hingga hari kiamat. Islam bersifat pragmatik dan dinamik sesuai dengan peredaran dan perubahan zaman.
Ijtihad ulama fiqh siasah syariah masakini mengenai kafir harbi dan kafir zimmi mengambil pendekatan yang berbeza berbanding dengan ulama silam. Kewujudan pelbagai agama di dalam sesebuah Negara yang agak seimbang di antara Muslim dan bukan Muslim menjadikan pendekatannya sedikit berbeza.
Daripada terangkum dalam Konsep Kafir Harbi dan Zimmi, ulama masakini mengenengahkan “Konsep Kewarganegaraan” sebagai pendekatan yang lebih praktikal.
Kafir Harbi adalah kafir yang dihalalkan darahnya bererti kafir yang boleh diperangi dan dibunuh.
Kafir Zimmi adalah kafir yang tunduk dan patuh kepada pemerintahan dan kepimpinan Islam di bawah sebuah Negara islam.
APAKAH UMNO MENGIAKAN BAHAWA AHLI DAP ADALAH KAFIR HARBI?
APAKAH UMNO MENGIAKAN BAHAWA AHLI DAP DIHALALKAN MENUMPAHKAN DARAHNYA?
Bukankah ini bakal mendorong kemungkinan yang tidak diingini bagi penyokong yang fanatik dan pelampau?
Maka saya amat amat bersetuju dengan Kepimpinan Pas mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang bagi menjelaskan kefahaman konsep Kafir Harbi kepada seluruh rakyat Malaysia. Perkara ini amat penting demi kesejahteraan dan keamanan Malaysia.
DI MANA SDR FATHUL BARI, JAMIL KHIR DAN MASITAH?
KENAPA BERDIAM DIRI?
Assalamualaikum Sdr ab,
ReplyDeleteTerimakasih Sdr ab.
Perkara yang saya mahu sampaikan adalah apakah Kepimpinan Negara di ketuai oleh Kepimpinanan UMNO sebagai orang Islam tetapi tidak mahu melaksanakan Undang-undang Islam kerana “tunduk” kepada kehendak Barat/Israel yang menguasai dunia hari ini??
Saya “tabik” kepada Mahathir kerana tulisannya dan pendapatnya banyak menyanggah Barat/Israel tetapi tetap RAGU-RAGU kerana pada masa yang sama “sangat intim” dengan Barat/Israel.
Terkini, beliau menghentam pemilihan Presiden US:
Even superpower US panders to Israel, says Dr M August 13,2012
Dr Mahathir is a vocal critic of Israel and ardent supporter of the Palestinians. — File pic
KUALA LUMPUR, Aug 13 — There is substance to allegations that Israel rules the world by proxy, says former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.
“I wonder whether people notice it or not, but presidential candidates of the United States of America, the sole superpower, all have to seek approval from Israel.
“Mitt Romney, the Republican candidate for president, has just made the pilgrimage. And he has made a public pledge that he will be even tougher against the Palestinians and Iran than Obama (US President Barack Obama),” he said in his latest entry in his blog at chedet.cc today.
Dr Mahathir believes Obama will soon make this pilgrimage and make more promises to fight for Israel.
APCO (BUKAN UPKO SABAH) menasihati Putrajaya.
ASERO menasihati Bukit Aman.
AMAT AMAT MENCURIGAKAN!!!
Berapa banyak symbol symbol Yahudi pada temasya Olimpik diperlihatkan dengan jelas?
Enteng?
Kalau perenang Tunisia menarik diri pada saat saat akhir, Negara kita satu masa dahulu MENJEMPUT ISRAEL MAIN KRIKET DI MALAYSIA.
Natijahnya, Salahudin Ayub dan Mahfuz Omar merengkok di dalam penjara kerana demo bantah Israel main kriket.
Sukan Olimpik itu juga sebahagian daripada permainan Yahudi menguasai Dunia. Tetapi ada Mufti Malaysia “memadamkan” perintah wajib puasa di dalam Al-Quran di bulan Ramadhan kerana alasan berjuang untuk mengharumkan nama Negara untuk mendapatkan pingat di Olimpik!
Apa bezanya dengan Tunisia pada Ramadhan 1961 dan Azerbaijan 2012???
Perkara yang saya mahu sampaikan, jangan kita terjerumus dalam perangkap musuh-musuh Islam.
CARANYA, HANYA MELALUI KEPIMPINAN YANG BERTAQWA.
Saya doakan semoga ibu Dato' kembali pulih seperti sedia kala dengan selamat. Amin.
ReplyDelete"What is the level of evidence used in treating my mom?"
ReplyDeleteWah, hebat wor ini soalan!
Wa ingat boleh pengsang lokun wor mau jawab ini soalan !!
he he he
Assalamialakum.
ReplyDeleteYBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati.Saya berdoa demuga Ibu Dato sembuh dalam masa terdekat. Memang benar tidak akan terjadi sesuatu melainkan dengan izin Allah.Semuanya ada dalam Al-Qur'an. Masalahnya ada sesetengah dari kita tidak masuk Islam keseluruhannya. Kita memandai-mandai memilih apa yang kita suka sahaja maka dengan itu kita tidak dapat merasai nikmat Islam sebenarnya. Alhamdulillah kita berada dalam 10 malam terakhir bulan Ramadhan semoga Allah memberi kita pertunjuk untuk terus berada dijalan yang lurus.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Petaling Jaya
YBhg Dato' A Kadir Jasin
ReplyDeleteSalam Hormat
Mesra Hidup Keluarga Penuh Kasih-Sayang
(cinta itu satu dan azali)
Ada ketikanya berlaku dimana ada sepasang orang lama isteri sudah lupa akan mengerjakan solat tetapi suami yang juga lanjut usia tiada daya mahu mesra menjadi imam. Hidup nafsi-nafsi.
Yang sedihnya, anak-anak tidak mahu mesra dengan orang tua mereka. Ada ibu membunuh anak sendiri.
Bagaimana nanti usia pun lanjut dan minda jauh lemah dan tiada yang mahu mesra? - melihat maut datang, mengenal cinta abdi dan kenalilah diri
Wahai tuhan
wafatkan daku muslimin,
dan bangkitkan daku berserta soleheen
Wahai tuhan
ampunilah kedua ibu-bapaku
rahmatilah mereka dan redailah mereka; kerana mereka meredai mu,
wahai Tuhan ku
Salam Malam ke-26 Ramadhan.
Dari langitbiru - "Di bulan Ramadhan 2012 pada tahun ini, Azerbaijan yang dibuka oleh Umar Al-Khattab, mempunyai 95% penduduk beragama Islam, Presidennya berucap akan mencadangkan kepada Parlimen sembahyang Jumaat akan diubah kepada hari Sabtu, kerana sembahyang Jumaat itu dilakukan pada hari bekerja menyebabkan produktiviti Negara terjejas."
ReplyDeleteSdr Kadir Jasin, harap dapat kepastian mengenai perkara ini dari 'langitbiru'. Saya telah mencuba cari maklumat lanjut mengenai perkara ini termasuk menghubungi kenalan Aizerbajan, dan mereka mengesahkan perkana ini tidak benar.
Orang JB
Salam Datuk A Kadir Jasin
ReplyDeleteSalah satu cara orang Yahudi cuba menipu Tuhan dan manusia ialah dengan beriman kepada sebahagian kitab Taurat dan kufur kepada sebahagian kitab berkenaan. Kita memohon agar diri kita terlindung dari bersikap seperti Yahudi yang demikian, maka kita memohon supaya kita sentiasa diberi petunjuk untuk memahami, menghayati dan mengamalkan Islam sepenuhnya.
Ketika dalam tajuk terdahulu, dititipkan petikan al-Qur'an surah an=Nisa ayat 138 yang bermaksud:
Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;
dan ayat 139 yang bermaksud:
(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
yang jelas memunafikkan orang yang menjalin kerjasama dengan orang kafir dan meninggalkan orang beriman dalam kepemimpinan. Apakah pula hujah siasah PAS yang menghalalkan kerjasama sedemikian demi untuk menumbangkan BN yang diterajui dan didominasi oleh UMNO yang terdiri daripada orang Islam?
Dalam kerjasama tiga parti yang dijalinkan, jelas PAS bukan peneraju, dan bukan pihak yang dominan. Dalam BN, UMNO diperakui oleh kawan dan lawan sebagai parti yang dominan, sebagai peneraju kuasa. Itu perbezaan utama yang ketara antara UMNO dan PAS dalam kepimpinan kerjasama yang dianggotainya.
Semoga kita tidak menjadi seperti orang Yahudi yang beriman kepada sebahagian dan menolak sebahagian Kitab hanya semata-mata demi keuntungan dunia yang amat kecil nilainya berbanding dengan kurniaanNya yang abadi.
Assalamualaikum pak Kadir
ReplyDeleteAllah akan mesucikan manusia dengan diberi kesakitan,hendaklah mereka sabr dan redho,semuga bertambah keimanan mereka.Semuga ibu yang tercinta beroleh kesihatan jua..aminnn.
Sedikit kpd sdr.Langit biru:
Manusia dibezakan dengan makhluk Allah yang lain dengan akalnya, sebaik baik manusia yang mahu mengunakan akalnya,dan sejahat jahat manusia yang mengikut nafsunya.
Mudah kita menuding jari kepada orang lain,tapi sedarkah ada jari lain menuding kearah kita,bermaksud kita tidaklah sesempurna mana.
Islam ugama yang Allah turunkan sebagai pedoman untuk seluruh umat manusia bukan hanya untuk umat Islam sahaja mendapat manafaat darinya,olih kerana begitu tujuannya kenapa umat yang menganut ugama Islam mahu mengasingkan dirinya dari manusia lain?(ikan yang hidupnya dilaut masin tidak menjadi masin kerananya).
Sikap kita yang berpihak membuatkan kita buta hati dan tidak mahu menghargai kebaikkan lawan. wallahualam..
Alhamdulillah OKJ sudah mula mahu bersuara tentang insuran perubatan.
ReplyDeleteKini 7000 orang doktor dilahirkan setiap tahun, betul ke?
Pakar perunding, selain sebagai doktor juga sebagai tenaga pengajar, betul ke? Malah masa jumpa pesakit, masih nak mengajar, betul ke?
Doktor, grednya lebih tinggi berbanding penjawat awam lain yang sama tahap pendidikannya, betul ke?
Satu mesin MRI, dalam satu hari, berapa pesakit boleh buat?
Selepas ada insuran nanti, menu di wad kelas 1, kelas 2 dan kelas 3 masih lagi berbeza ataupun sama?
Selepas ada insuran nanti, boleh dijamin ke penerangan risiko pembedahan akan dibuat sehari sebelum dan bukan setengah jam sebelum masuk bilik bedah (oleh doktor yang akan melakukan pembedahan dan bukan diwakilkan kepada MO yang bertugas)?
seronok bila baca kisah Datuk yang masih beribu walaupun datuk sendiri dah menginjak ke usia 65 tahun ... berbanding saya yang diambil nikmat mempunya ibu di kala usia masih muda ...
ReplyDelete