A Kadir Jasin
[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari
disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas.
Terima kasih.]
MOHON maaf kepada pembaca. Tulisan kali ini saya
tujukan khas kepada rakan-rakan seperjuangan dan "anak-anak buah" saya yang
bekerja dengan orang politik.
Sejak terkeluar daripada
lingkaran maklumat rasmi (official information loop) lebih sedekad lalu, saya sekadar mendengar,
dari semasa ke semasa, daripada pihak ketiga bahawa ada antara mereka yang
kurang senang dengan tulisan saya, sama ada dalam blog ini atau di
tempat-tempat lain.
Saya juga mendengar bahawa bos
mereka juga tidak senang, tidak selesa atau tidak gembira dengan pemikiran,
penghujahan dan pendirian saya.
Malangnya, semua ini saya dengar
daripada orang lain yang kenal mereka. Mereka sendiri tidak pula menyuarakan
apa-apa kepada secara langsung kepada saya. Sebaliknya, apabila bertembung atau terserempak
dengan saya, mereka amat sopan dan tidak mengatakan apa yang terbuku di hati.
Saya bersyukur dan berbangga
bahawa ramai anak didik dan rakan-rakan seperjuangan saya dalam kewartawanan
selama lebih 40 tahun kini memegang jawatan tinggi di pejabat menteri, jabatan
dan syarikat. Majoritinya dalam perhubungan awam.
Kalau benarlah segala sungutan
yang saya dengar daripada pihak ketiga itu, saya kecewa amat sangat kerana itu
bukanlah cara yang saya ajarkan kepada mereka.
Saya mengajar mereka iaitu kalau
mereka tidak puas hati atau ada keraguan mengenai sesuatu perkara atau
seseorang, mereka wajib berhubung terus dengan orang itu untuk mendapatkan
penjelasan bersemuka.
Saya mengajar mereka bahawa
orang yang menentang atau tidak meyakini kita adalah sama penting atau, dalam
hal tertentu, lebih penting daripada orang yang menyokong dan meyakini
kita.
Kalau benarlah cakap-cakap
bahawa bos mereka “uncomfortable” (tidak selesa) atau “unhappy” (tidak gembira)
dengan pemikiran dan pendirian saya, apatah lagi dengan tulisan saya, maka
menjadi kewajipan mereka menjawab tulisan saya itu atau setidak-tidaknya pun
menemui saya untuk berbincang.
Saya sentiasa mengamalkan hak
menjawab (the right of reply) dalam tulisan saya. Baca sajalah perbahasan dalam
blog ini. Bukan semua setuju dengan saya. Malah kerap juga saya dituduh dengan
berbagai tuduhan.
Kalau mereka tidak mahu menjawab
sendiri, mereka boleh mengarahkan orang suruhan mereka, termasuk soldadu siber
(cyber warrior) upahan mereka, untuk menjawab melainkanlah mereka mendapati apa
yang saya tulis dan bincangkan itu tidak relevan kepada mereka dan tuan-tuan
mereka.
Kalau saya siarkan ulasan oleh
pembaca yang mengutuk saya di dalam blog ini, tentulah saya tidak akan menolak
jawapan “anak-anak buah” saya yang kini menjadi penasihat media dan setiausaha
akhbar Menteri. Setidak-tidaknya pun kita boleh berjumpa minum teh tarik.
Saya berterima kasih kepada
seorang anak buah saya (wanita) yang saya latih di akhbar The New Straits Times
Press (M) Bhd dan kini menjadi setiausaha akhbar kepada seorang anggota kanan
Kabinet kerana memaklumkan hal di atas kepada saya.
Dan saya juga berterima kasih
kepada seorang sahabat lama yang menggelarkan dirinya “political operator”
(operator politik) kerana memberi maklum balas bahawa ada seorang besar politik
yang berasa “uncomfortable” dengan pemikiran dan pendirian saya.
Saya kata kepada beliau,
siapalah saya - seorang penulis bebas yang hanya menulis dalam majalah dan blog
- berbanding para pembesar negara yang sahih berkuasa dan disokong pula oleh
media arus perdana yang gah.
Selain setiausaha akhbar wanita
dan seorang kawan lama dari era Bernama yang sekali-sekala berhubung dengan
saya, boleh dikatakan tidak ada seorang pun “anak buah” dan rakan seperjuangan
saya yang kini berkhidmat dengan pembesar kerajaan yang menghubungi atau
menemui saya untuk apa-apa urusan pun.
Bukanlah perhubungan awam
namanya kalau mereka sekadar berinteraksi dengan orang yang sependapat, tetapi
tidak berani berdebat dengan orang yang tidak sehaluan. Wallahualam.
dato kena terima juga apa yg delema mereka ...kekakadan agak remeh temeh untuk melayan penulisan dato sebab tidak mahu membesar kan yg remeh dan tidak mahu mengangu "agau" orang bebas :P
ReplyDeleteBak kata Saidina Umar al-Khatab, "Berkatalah benar walaupun ia pahit..." Saya baca buku dan blog tuan kerana mengkritik Kerajaan walaupun Tuan pro kerajaan (pendapat saya mungkin ia silap). Pertama sekali saya baca buku tuan ialah buku bertajuk "PRU 2008: Rakyat Sahut Cabaran" saya suka ulasan tuan mengenai faktor-faktor kegagalan BN mempertahankan majoriti 2/3. Saya juga tertarik dengan gaya tulisan Datuk terjemahan buku Doktor Umum TDM kerana ia tidak membosankan apabila dibaca walaupun ianya tebal. Tahniah Tuan!
ReplyDeleteSalam dato,
ReplyDeleteNegeri ini sedang membangun.
Pembangunan memerlukan banyak idea dan pelbagai pendekatan.
Tugas pemerintah dan pentadbir adalah DAPATKAN sebanyak mungkin idea dan pendekatan untuk tujuan itu...
Kalau nak tau macam mana dan masaalah menorih getah,kena la cari MAKLUMAT TERPENTING DARI penorih getah,macamana nak juai getah,kena tanya tokey /manager kebun getah,kalau nak tau macam man buat ladang getah, pi laa tanya IOI kaa,Sime ka,RISDA ka,FELDA ka dll.
Macam tu jugak la hai hai lain...bukan saya nak kata menteri dan pentadbir tu bodo..semuanya pandai pandai..tapi tau motong getah ka,tau tanam sawit ka,tau buat plastik kat kilang ka,tau bawak teksi ka,tau buat bangunan ka,tau rawat orang sakit ka dll....
Kalau tak tau ,tapi terus dok buat buat macam depa `mau' saja...SAYA PASTI hampa tersasul,terlajak salah dll..nanti hampa kutuk dan salahkan orang lain lain pulak...TAPI THE BUCK STARTS FROM THE TOP!!...tak akan selesai kalau dok buat macam tu.
BETUL MACAM TULISAN DATO, kalau yang kerja PR takat dok bodek boss, mampuih laa bos bos nanti....
LAGI SATU, AWAT BOS BOS DAN assistant bos bos TAKUT NAK CAKAP atau BERKOMUNIKASI dengan orang macam dato ni?...
JAWAPAN SAYA ialah depa semua tak
cukup `berilmu' macam dato....takut nak bahas,takut nanti dikatakan tak `advance enough to know the said subject or object or issues at hand'...LAGI TERUK KALAU TERNYATA memang BUKAN yang rajin membaca dan mencari maklumat maklumat terbaharu mengenai sesatu subjek,objek atau the latest research data!!!...MALU...
TAK PERNAH KAH depa tanya macamana mozart pekak bolih buat muzik, macam mana marie curie bolih `teguk' Xray,macam mana benjamin franklin `nampak' eletricity, macamana elaxander graham bell buat `wire' telepon??....
MACAMANA,macamana,macamana?
The answer is `the self drive to know more and to excel'...ada berapa kerat manusia manusia macam ni kat putrajaya dan kawasan kawasan yang sepertinya.
WHEN you stop thinking,you are dead man!.. a zoombie is the new word for this.
Abu Bakar Ab Rahman
Salam DKJ,
ReplyDeleteHakikatnya hari ini mereka telah bertukar TUAN DARU, siapa yang beri makan kepada mereka itu lah TUAN mereka. Ketaatan kepada TUAN apabila berada. TUAN LAMA mereka tidaklah harus berkecil hati, lain TUAN lain ragam, lain padang lain belalang.
Kalau TUAN BARU mereka marah sejengkal mereka pun turut marah sedepa. Kalau TUAN BARU mereka kata NO! mereka pun belatuk kata NO!NO!NO! YB don’t like this way, YB don’t like that way. Padahal mereka tidak mampu menyakinkan YB mereka kerana kurang membuat homework.
Yang malangnya TUAN LAMA mereka masih ikut lagu lama, Dondang Sayang dan Sri Mersing.
Mereka merasakan cukup sudah diperkudakan oleh TUAN LAMA mereka.
END.
sokong datuk...kita mesti berani berdebat....sebab dengan berdebat akan melahirkan lagi banyak idea yang mungkin kita tak jangka...tetapi kita mesti ada prinsip bila berdebat..yakni walaupun hujah kita tak sehebat hujah rakan kita janganlah kita bermasam muka dan bermusuhan sesama kita yang penting diakhir hujah kita menyatakan jika yakin dengan hujah kita boleh jadi ikutan jika tidak jadikan sempadan dan sekiranya sama baik pilihlah yang mana suka....seperti yang dilakukan imam2 besar dalam ahli sunnah wal jamaah....cuma kita punya pembesar sekarang ini lebih suka dengar yang baik2 je dari yang tak baik....itu yang saya nampak....kita kena terima hakikat yang salah tetap salah...cuma yang salah tu boleh berubah dan memperbaiki kesalahan atau tidak mengulang kesalahan....
ReplyDeleteAssalamulaikum dato yang dikasihi semoga sentiasa sehat dan doa saya dato dalam lindungan ALLAH jua hendaknya.....Tulisan dato kali ini agak sejuk tapi penuh bermakna sekali. Orrang politik ada kategori satu EGO dan tinggi diri kedua low profile...tapi terpulang kepada kita mana satu yang nak dipilih....tepuk dahi sakit tepuk kepala pening tepuk dada tak jawapan.....terserah la kepada kita semua...TQ DATO
ReplyDeleteAssalamualiakum Datuk.
ReplyDeleteSaya bukan rakan-rakan seperjuangan dan bukan 'anak-anak buah Datuk'. Saya hanya sekadar peminat setia dan pengomen biasa tulisan Datuk. Kali ini saya dapat merasakan rasa 'terkilan' Datuk dengan sikap orang2 yang pernah 'rapat' dengan Datuk.
Selepas terkeluar dari lingkaran Maklumat Rasmi, Datuk hanya sekadar 'mendengar' dari pihak ketiga mengenai 'ketidakpuasan' hati sesetengah pihak terhadap kritikan dan tulisan tulisan Datuk. Soalnya adakah selepas mendengar dari pihak ketiga Datuk ada menghubungi pihak pertama untuk mendapatkan pengesahan?
Sebagai seorang Tokoh wartawan dan dan telah dinobatkan sebagai Tokoh Wartawan Negara, pasti Datuk amat dihormati oleh banyak pihak sama ada dari Kerajaan atau Pembangkang. Saya tidak tahu bagaimana Datuk menilai 'cerita' dari pihak ketiga.
Seperkara lagi yang saya ingin tahu ialah setelah mendengar dari pihak ketiga adakah Datuk membuat pengesahan dari pihak pertama akan kesahihan 'cerita' yang disampaikan kepada Datuk? Pihak ketiga adalah juga manusia biasa yang mempunyai kelemahan dan kekuatan sendiri. Nobody is perfect, not even near to it anyway (dengan izin). Saya tidak berniat untuk mencadangkan kepada Datuk supaya 'meragukan' setiap cerita dari pihak ketiga. Datuk tentunya mempunyai asas untuk percaya atau tidak mengenai sesuatu kabar yang dibawa kepada Datuk.
Apa pun, saya yakin bahawa tidak semua yang kita lakukan akan diterima oleh semua orang. Biasanya orang akan memuji kita bila kita dilihat dapat memberi keuntungan kepada mereka. Begitulah juga sebaliknya. Itu adalah hukum alam dan bukan hukum Allah SWT. Wallahualam.
Salam Dato,
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju dgn teguran yang dibuat dalam tulisan kali ini.
Budaya politik kuno dan feudal ini banyak berlaku dikalangan ahli-ahli politik Melayu khususnya; tidak kira samada dalam UMNO, PAS dan PKR.
Apabila diberi sedikit kedudukan dan kuasa oleh rakyat mulalah berlagak SERBA TAHU, SERBA PANDAI dan mulalah syok sendiri dikerumuni penjilat-penjilat dan pencium tangan (sampai nak cium punggong pun ada...). Pandangan yang berbeza dipandang serong, dianggap pengkhianat dan pembelot lalu disisihkan macam kain burok disimpan dalam beg plastik sampah.
Kalau budaya kuno dan feudal ini diteruskan, masyarakat melayu-islam tidak kemana dan semakin jauh ketinggalan dalam semua bidang samada dari aspek pembangunan ilmu,
maupun pembangunan sosio-ekonomi.
Wallahualam, Terima Kasih Dato.
Salam Dakj
ReplyDelete"Saya kata kepada beliau, siapalah saya - seorang penulis bebas yang hanya menulis dalam majalah dan blog - berbanding para pembesar negara yang sahih berkuasa dan disokong pula oleh media arus perdana yang gah."
Masalahnya Dato' ramai dah tidak membaca dan menonton media arus perdana.
Seseorang dianggap bererti apabila ada kuasa. Tak bererti tak semestinya mati!
ReplyDeleteSdr Mohd Taib Kamin, antara lain, menulis: "Seperkara lagi yang saya ingin tahu ialah setelah mendengar dari pihak ketiga adakah Datuk membuat pengesahan dari pihak pertama akan kesahihan 'cerita' yang disampaikan kepada Datuk?"
ReplyDelete1. Terima kasik Sdr Mohd Taib dan para pembahas semua.
2. Lama sebelum mendengar daripada pihak ketiga, saya telah beberapa kali membuat permohonan untuk berjumpa dengan pihak pertama, tak kiralah siapa pihak pertama itu;
3. Ketika krisis tuntutan Kristian hendak menggunakan kalimah "Allah", saya memohon ikut sama dalam satu pertemuan antara pengarang media massa dengan "pihak pertama";
4. Saya membuat permintaan itu melalui "Penasihat Media Nombor 1" setelah mendapat tahu daripada orang besar NSTP/Media Prima mengenai pertemuan itu;
5. Setelah kira-kira sejam menanti, Penasihat Media Nombor 1 itu berkata, lebih kurang begini: "I will arrange a special meeting for you with my boss.";
6. Setelah sekian lama, Penasihat Media Nombor 1 itu berkata pula, lebih kurang: "Do you mind seeing the boss with somebody he is comfortable with?". Saya kata, tak ada masalah.
7. Itu cerita lama dan saya pun tidaklah mahu jadi "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong."
8. Itu orang besar. Bekas anak buah dan rakan seperjuangan pun "malas" nak jumpa saya. Boleh jadi kerana saya bukan jenis yang suka memuji dan memuja. Wallahualam.
Terima kasih
Dato
ReplyDeleteBegitulah sikap manusia atas gunung ini.Manusia yang berada atas gunung selalu melihat kita yang berada dibawah gunung ini amat kecil dan kercil.
Apa pun Dato manusia atas gunung ini terlupa bahawa kita yang berada dibawah gunung ini pun melihat manusia atas gunung pun kecil dan kerdil juga.
Satu lihat kita dari atas.Satu lagi lihat mereka dari bawah.
Rupanya sama-sama kerdil dan kecil.
Cumanya semua manusia jangan lupa bahawa manusia dibawah gunung ini lebih ramai dari atas gunung.
Faham-faham lah Dato.
Demi nak jaga periuk nasi.Bos semua betul dan baik.Semua ok.
Jepun kata angguk kepala sahaja.
Boleh jadi Dato didik mereka nak habis.Taat pada ketua .Jangan lawan bos.Nanti buruk padahnya.Lagi pun pada masa itu Dato adalah bos besar mereka.Sekarang Dato bukan lagi bos mereka.
Hormat pada Dato pun bukan dapat apa lagi.Zaman Dato jadi bos sudah berakhir.
Begitulah sikap orang kita.Taat dan hormat masa ada bisa,jawatan,ada kuasa.Bila jadi ular lidi walau pun besar lori balak tak siapa lagi nak taat dan hormat.
Dato jangan ambil hati sangat dengan sikap anak buah itu.Ramaii lagi manusia yg ada rasa hormat kerana pemikiran Dato dan pengalaman Dato.
Semoga Dato terus menulis dan melemparkan apa jua pemikiran yg membina walau ada kalanya pahit untuk ditelan.
Terima kasih.
.
Dato
ReplyDeleteBegitulah sikap manusia atas gunung ini.Manusia yang berada atas gunung selalu melihat kita yang berada dibawah gunung ini amat kecil dan kercil.
Apa pun Dato manusia atas gunung ini terlupa bahawa kita yang berada dibawah gunung ini pun melihat manusia atas gunung pun kecil dan kerdil juga.
Satu lihat kita dari atas.Satu lagi lihat mereka dari bawah.
Rupanya sama-sama kerdil dan kecil.
Cumanya semua manusia jangan lupa bahawa manusia dibawah gunung ini lebih ramai dari atas gunung.
Faham-faham lah Dato.
Demi nak jaga periuk nasi.Bos semua betul dan baik.Semua ok.
Jepun kata angguk kepala sahaja.
Boleh jadi Dato didik mereka nak habis.Taat pada ketua .Jangan lawan bos.Nanti buruk padahnya.Lagi pun pada masa itu Dato adalah bos besar mereka.Sekarang Dato bukan lagi bos mereka.
Hormat pada Dato pun bukan dapat apa lagi.Zaman Dato jadi bos sudah berakhir.
Begitulah sikap orang kita.Taat dan hormat masa ada bisa,jawatan,ada kuasa.Bila jadi ular lidi walau pun besar lori balak tak siapa lagi nak taat dan hormat.
Dato jangan ambil hati sangat dengan sikap anak buah itu.Ramaii lagi manusia yg ada rasa hormat kerana pemikiran Dato dan pengalaman Dato.
Semoga Dato terus menulis dan melemparkan apa jua pemikiran yg membina walau ada kalanya pahit untuk ditelan.
Terima kasih.
.
Salam Dato'
ReplyDeleteAdakah Dato' dilabel sebagai 'musuh' sekarang? Sekiranya menegur dan mengkritik boleh dilabelkan sebagai musuh, maka ianya amat menyedihkan.
The power that walked these corridors have to learn that change is constant. Bila tahap integriti rapuh, maka macam-macam masalah akan timbul. Ia bukan hal remeh temeh sekiranya ia membabitkan kesejahteraan rakyat. PR group must learn to listen hard. Glorifying their bosses all the time is not the way to win the heart of rakyat all the time. When doing damage control, kekurangan terserlah. On many occasions, questions are left hanging and unanswered. How should the rakyat feel?
Saya tetap dengan pendirian saya bahawa perubahan tidak akan terjadi dalam sekelip mata. Sekurang-kurangnya kita memerlukan satu generasi lagi untuk mencapai maturity...
Salam Dato...Orang besar akan lupa semasa dia jadi orang kecil yang jadi boss dia lupa masa dia jadi kuli itu la reality masa kini dato walaupun diajar untuk berbudi bahasa namun hakikat nya tidak akan ikut kerana mereka merasakan kedudukan yang dia ada adalah mutlak haknya.... apakah makna perhubungan awam jika sikap angkuh sombong dan bongkak masih menghiasi kotak pemikiran orang2 seperti ini apabila orang semacam ini menjadi boss di organisasi tersebut pasti hancur kerana perhubungan awam nya tiada standard....apakah dulu dato masa menjadi boss di NSTP pun seperti itu juga ke namun saya yakin dato bukan jenis semacam itu...sekian dato kira ada salah silap harap maaf..
ReplyDeleteApakah Perjuangan Anda?
ReplyDelete(apakah yang kamu perjuangkan)
surah lima puluh tiga
surah an-najm
malaaikat have no power
non absoulte by predicate
lanunbahasa hanya sandaran
hidup ini cabaran lakaran tuhan
apakah yang anda perjuangkan
berjayanya hendaknya di hujung jalan
membina bangsa dengan matapena
itu tajuk tersurat siratan urusan
persoalan di sini dari di sana
berbangga bersyukur berada di saf
kehadapan
amalan solehan
sa'yukum masyukuuran
inna nahnu nazzalnaa 'alaikalqur'aana tanziila
apakah yang diperjuangkan
milestone teringatkan assyahid syed qutb
salaam
Assalamualaikum Datuk.
ReplyDeleteTerima Kasih kerana sudi menjawab soalan saya berhubung dengan tulisan Datuk kali ini. Saya merasa amat dihargai.
Nampaknya pengalaman Datuk melalui pengalaman 'Isu Kalimah Allah' dan cubaan untuk bertemu dengan 'pihak pertama' gagal telah menjadikan Datuk merasa 'tidak dihormati' dan 'dipermainkan' oleh 'bekas anak buah dan rakan seperjuangan yang 'malas' nak berjumpa Datuk sehingga membuatkan Datuk meletakan diri Datuk ketahap 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
Saya ada satu pengalaman peribadi untuk dikongsi bersama sama Datuk dan rakan rakan dalam ruangan ini. Sekitar tahun 1996, saya ada menulis surat kepada tiga orang pemimpin Negara. Datuk seri (Tun) Dr Mahathir, TPM merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Surat kepada Datuk Seri Dr Mahathir saya poskan kealamat kediaman rasmi beliau. Surat kepada TPM saya poskan kealamat Kementerian Kewangan dan surat kepada Datuk Seri Najib saya FAKKAN kepejabatnya di Kementerian Pelajaran. Ketiga tiga surat itu membawa maksud sama dan tidak sama sekali memohon sesuatu perkara daripada mereka bertiga. Ia sekadar pandangan dan saranan yang saya fikir boleh dimanafaatkan oleh majoriti khalayak.
Keputusannya amat mengejutkan saya. Selang beberapa hari saya menerima surat dari Datuk Seri Najib yang mengucapkan terima kasih diatas pandangan saya dan memberikan semangat kepada saya ( Saya ada menyimpan surat DS Najib sehingga hari ini).
Tidak sampai dua minggu selepas itu saya menerima panggilan dari sebuah agensi Kerajaan yang meminta saya datang kepejabat mereka. Bila saya tanya untuk apa? Jawapannya : 'Surat Encik kepada Datuk Seri Dr Mahathir telah dipanjangkan kepada kami'. Saya terkejut.
Saya tidak pernah menerima sebarang jawapan dari Kementerian Kewangan atau Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya tidak marah kerana saya tidak meminta apa2.
Bagi sesetengah orang, pengalaman saya bukanlah sesuatu yang luar biasa. Tetapi bagi saya sendiri ia merupakan pengalaman 'manis' kerana sebagai seorang rakyat biasa, pandangan saya mendapat perhatian dari Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran ketika itu. Dan sekadar makluman apa yang saya sarankan dahulu, hari ini telah menjadi polisi Kerajaan dan saya percaya ramai yang mendapat manafaat darinya.
Itulah juga yang menyebabkan saya merasa agak pelik dan 'terganggu' apabila membaca tulisan Datuk kali ini. Sukar untuk saya percaya ada orang yang sanggup 'mengkhianati' Datuk. Lebih sukar untuk dipercayai apabila ia dilakukan oleh bekas anak buah dan rakan seperjuangan Datuk sendiri. Kalau 'bekas anak buah dan rakan seperjuangan' boleh 'mengkhianati' Datuk apa lagi orang macam saya.
Wallahualam.
Membaca poting Dato' kali ini saya amat bersimpati dengan Dato'. Selaku mantan pengamal komunikasi dalam bidang perhubungan awam, meskipun di peringkat tidak seberapa, saya rasa perkara seperti yang Dato' sebutkan itu tidak harus berlaku. Ia kerana sejauh pemahaman saya mengenai fungsi perhubungan awam menerusi kursus2 yang pernah saya hadiri termasuk cara-cara menangani "masalah", "isu" dan "krisis" bahawa seseorang PRO bukan sahaja menjadi`perantara' antara " Stake Holdernya" dengan "Clientnya" dari segi penyebaran `maklumat yang betul' tetapi juga ada kalanya untuk meredakan `ketegangan' atau kesalahfahaman , tafsiran dan tanggapan sekiranya ada berlaku antara kedua-duanya supaya susana "hubungan yang harmonis" lagi positif sentiasa terjalin. Wallahualam.
ReplyDeleteY.Bhg Dato'@ Orang Kedah ada satu kiasan iaitu kalau pokok dah nak mati, jangan nak tumpang berteduh takut ditimpa kayu atau dahan yang yang nak tumbang. Lepas itu kalau pokok besar mana sekali pun bila dah tumbang, kura-kura pun boleh tumpang lalu atas batang yang reput.
ReplyDelete2. Bagitulah nasib orang yang berkuasa termasuk juga Dato. Bila kuasa dah tak ada, siapa nak peduli. Saya percaya sms mengucapkan selamat hari raya pun mungkin dah kurang dari bekas anak- anak murid Dato yang berdozen tu. Mereka setia kepada ketua mereka yang baru.
3. Nasib yang sama berlaku kepada ketua- ketua jabatan kerajaan yang sudah bersara.
4. Sebab tu orang politik amat sukar nak lepaskan jawatan. Mereka takut merana tidak dipedulikan orang selepas bersara.
5. Kita kena terima hakikat apabila bersara, terimalah seadanya. Kalau orang tak mahu dengar nasihat kita, apa yang boleh kita buat sebab masa kita sudah berlalu. Kalau dok risau sangat pun, mungkin darah tinggi .
6. Tetapi saya yakin tulisan Dato di baca oleh pengamal PR, orang-orang yang dok jaga Menteri atau Najib, Mahyuddin pun mungkin mengikuti ruangan Dato ni.
7. Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberikan kekuatan kepada Dato untuk terus menulis dan mengkriik secara membina perkara-perkara yang menyentuh kepentingan bangsa dan kesucian islam. Tulisan Dato adalah sarapan saya setiap pagi.
Iklas,
Rahim
pak kadir,
ReplyDeletesaya bersetuju untuk bersetuju dengan pandangan yang diutarakan melalui tulisan bapak. saya kira bekas rakan atau anak-anak buah yang pernah dilatih oleh bapak dahulu perlu menjaga periuk nasi mereka disebabkan status 'pegawai kontrak' mereka dalam perkhidmatan awam. sekiranya mereka tidak disenangi oleh boss, alamatnya jadi 'kontraktor' kelas F nanti, itupun kalau dapat projek.
Salam buat Dato',
ReplyDeleteKORO syndrom.......
MALAYSIAN memang PELUPA......
Salam Dato’ A Kadir Jasin
ReplyDeleteSaya turut bersimpati dgn perkara di atas. Mungkin ada hikmahnya di situ. Marilah kita melakukan bedah siasat kenapa ianya terjadi. Izinkan saya memberi beberapa pandangan.
Pertamanya, mengikut kata Dato’ Dr Fadhilah Kamsah, cara mendidik adalah dgn memberi 80% pujian dan 20% teguran. Tapi rasanya blog Dato’ ni, lebih 80% kritikan negative kepada kerajaan dan rasanya tak sampai 10% pun pujian. Adakah ini dinamakan mendidik atau mengherdik?
Keduanya, Dato jarang sekali menyentuh PKR walaupun pemimpinnya cukup bercelaru seperti isu plurarisme, isu moral, ketidakcekapan pentadbiran di Selangor, Kelantan, Kedah, malah Dato’ siap menyanjung pendekatan kronisme dan nepotisme mereka, katanya atas dasar demokrasi. Adilkah begitu?
Ketiganya, bila ada pembahas yg menyokong kerajaan UMNO dan BN, akan Dato’ labelkan sebagai ‘pejuang siber’ kerajaan. Sedangkan niat di hati hanyalah utk memperbetulkan persepsi yg salah dan jahat dari pihak lawan. Biarlah kita sama-sama berjuang atas prinsip kebenaran & keadilan.
Saya stop dulu. Diharap Dato’ dapat menerima pendangan yg tak seberapa dari saya. Persepsi yg positif akan disenangi ramai. Bak kata Dr. Mahathir, marilah kita meramaikan kawan dari memperbanyakkan lawan. Akhir kata, saya akan ke Sepanyol utk seminggu dua ni dan tak dapatlah hendak respond nanti. Jadi, janganlah ramai-ramai menghentam saya pulak. Sekian TQ.
Pada saya apa yang datok kata itu "shohih".Betul belaka.
ReplyDeleteDatok ketika bekerja dengan street times dulu pun begitu.
Apabila menjadi pembela kerajaan sudah tentu orang lawan kerajaan jadi musuh.
Saya pernah berdebat dengan datuk Nazri Abdullah ketika jadi ketua pengarang beritan Harian.
Sekarang saya tak tahu kemana perginya yang terkenal diut macam kertas dalam saku.
Oleh itu apa kurangnya dengan datuk ketika beekerja dengan akhbar.
Sekarang jadi taukie dan penulis bebas pasti kenal kutuk kerana kebnyakan tulisan cuba mencari kebenaran sikit berbanding sebelum ini.
Untuk mengesahkan cerita datuk seorang anak buah datuk (Rosli)yang bekerja dengan Datuk Seri Ahmad said (pejabat menteri Besar Terengganu) bukan tak suka tetapi bertemu muka dengan saya pun tak mahu kononnya saya ini lawan kerajaan.
semasa bekerja ketua biro dulu dia bukan main baik dengan saya.
Tetapi jumpa cabut lari tanda tak suka bergaul dengan orang tak sokong kerajaan.
orang macam ini mana suka dengan tulisan datuk yang kadang kadang menghentam kerajaan tempat dia dapat duit atau tempat dia kumpul harta dengan pelbagai jawatan pengerusi itu dan pengerusi ini.
Bayangkan orang dah dapat peluang keemasan untuk hidup senang dan mewah serta bergaya berbanding kerja dengan ketua biro streets times Kuala Terengganu.
Datuk. Saya baru di medan blog ini. Perlahan-lahan akan cuba mengikuti buah pemikiran Datuk.
ReplyDelete