A Kadir Jasin
[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen
saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL
untuk mengulas. Terima kasih.]
ALTANTUYA, Altantuya, Ayah Pin,
Abu Ya, Deepak Jaikishan dan PI Bala. Mat Tunjang Enterprise ke mana perginya?
Dalam Malaysia macam-macam ada.
Altantuya, wanita jelita dari Mongolia. Matinya ngeri
di bumi Malaya. Dua mata-mata meringkuk di dalam penjara. “Kekasih” Altantuya
hidup senang di luar negara. Mentornya di Malaya menghadapi
bala.
Ayah Pin dah lama tak dengar
cerita. Mungkin di bumi, mungkin juga di angkasa raya. Tapi boleh jadi ada di
Terengganu kita.
Abu Ya sudah di alam baqa,
tetapi pengaruhnya, mengikut tiong yang pandai berkata-kata, masih ada. Alahai, di
Malaysia macam-macam cerita ada.
Altantuya, Altantuya, Ayah Pin,
Abu Ya. Kita semua dah kenal mereka. Tapi Deepak Jaikishan ni siapa pula? Yang
kita dengar, dia ni peniaga. Jual permaidani itu kerjanya.
Tapi, macam mana tiba-tiba
nampak macam dia tahu banyak berkenaan para pembesar kita? Adakah dia terkenal
di Putrajaya atau mudah keluar masuk Seri Perdana?
Tiba-tiba timbul semula cerita
PI Bala dan Altantuya. Adakah kebetulan saja atau kerana kencangnya tiupan
angin pilihan raya? Atau kerana berebut harta pusaka dan projek berjuta-juta?
Altantuya, Altantuya, Ayah Pin,
Abu Ya. Datuk nenek kita ada berkata, buat baik berpada-pada, pilih kawan
biarlah kena. Kawan baik bawa bahagia, kawan jahat bawa bencana.
Kawan ada bermacam-macam kawan. Ada
kawan sehidup semati. Ada kawan sekadar bersenang hati, pergi makan dan pergi
joli. Tak kiralah di Siam atau Itali. Bila dapat kitalah sahabat, bila tak
dapat kitalah yang jahat. Masa baik semua jalan. Bila bergaduh, keluarlah
dokumen, filem dan rakaman.
Altantuya, Altantuya, Deepak Jaikishan
dan PI Bala. Pilih kawan biarlah kena. Serapah jampi jangan percaya. Kemenyan
dan mantera membawa dosa. Silap berkawan bawa bencana, hidup susah, jiwa
merana.
Bila orang tuduh jangan diam
saja. Takut-takut ada orang yang percaya. Apatah lagilah kalau kita orang
berkuasa. Nama baik kena jaga. Jawablah mereka jangan tiada atau saman
berjuta-juta.
Ingatlah kata datuk nenek kita.
Kalau tidak ada-ada masakan tempua bersarang rendah. Fitnah akan membawa
celaka, kalau tidak dinafi dan disanggah.
Bila berkawan biar berpadan. Ada
batas ada sempadan. Kawan dalam kesusahan, itulah yang sebenarnya kawan. Bukan
kawan ketika matahari terang kerana bila gelap menjelang, mereka akan lari
lintang-pukang. Silap-silap, mereka tikam pula depan dan belakang. Wallahualam.
SANGAT MOLEK DATO' HURAI SANTAI.
ReplyDeleteTAK PERLU TOKOK TAMBAH LAGI!!!
Azinkan saya.
ReplyDeleteSilap pilih kawan hidup tak keruan.
Salah pilih isteri hidup dalam ketakutan.
Jika hidup tak pernah susah,
kawan menangis memanglah payah.
Nak buat apa saman juta-juta.
Dah berbilion harta keluarga.
Bila dituduh buat selamba.
Almaklumlah orang kita mudah lupa.
Kuasa siasat pada menteri,
Kuasa tangkap pada sepupu,
Kalau kuasa aku yang beri,
Tak kuasa aku ambil tahu.
Altantuya, Antantuya, Deepak Jaikishan dan PI Bala. Bila agaknya nk pilihanraya? Rakyat dah letih nak meneka bila. Kini rakyat dah lega sebab camera puaka AES dah tak ada. Tapi masih ada yang rasa curiga takut sekadar gula2 pilihanraya.
ReplyDeleteAltantuya, Antantuya, Deepak Jaikishan dan PI Bala. Betul ke ada cerita Dato Bedahara akan turun kuasa diatas desakan Pangilma Tua yang tak habis2 menggila... walau nafas dah hampir tiada.
Altantuya, Antantuya, Deepak Jaikishan dan PI Bala. Sekarang apa cerita serba serbi tak kena gaya. Orang2 Felda belum sempat nak jadi kaya. Hutang negara menjela-jela. Mashyur diserata dunia... orang2 kaya menyeludup dana ke luar negara untuk disimpan tanpa bunga. Bank Negara pening kepala bila ada orang bertanya siapa mereka. Apa nak dikata mereka semua kaum keluarga.
Altantuya, Antantuya, Deepak Jaikishan dan PI Bala. Nak senangkan cerita kita simpulkan buah cempedak dah jadi nangka negara kini dah papa kedana, papa kuasa, papa ilmu, papa ekhsan, papa darjat, papa undang2 dan papa pemimpin.
Negara kini berharap kepada Papa Gomo dan Perkasa untuk berkata kata
Salam dato,
ReplyDeleteKALAU pemimpin pemimpin diMalaysia yang nak jadi TAULADAN `berkawan', itu ADALAH macam ada sifat GILA yang ditonjolkan majoriti mereka...
TOKSAH cerita hai islam la..takdak la ajaran macam tu kut ni!
Apa tak nya, mula kawan baik Dato Onn, sat tu `gaduh habis' dengan dia, dah tu kawan karib dengan Tengku Abdul Rahman pulak, sat tu dah gaduh habis dan `halau' dia sampai la dia `pergi'...
Lepas tu gaduh habis kederat dengan Dr Mahathir, sat tu pulak
`bukan main' baik dengan beliau.. tup tup halau dia....hang pi belah!
Dah tu kawan macam nak rak dengan sultan dan raja raja melayu, lepas tu ``gaduh habis kederat' dengan sultan dan raja pulak dah..
Sat lagi kawan dengan Abdullah Ahmad Badawi,lepas tu `gaduh' sampai putus keting dengan dia,lepas tu `jilat' balik dia,..dah tu `screwed' balik dia,gaduh dan halau dia..`you no more our friend brother!'
Bukan main baik dengan Tengku Razaleigh,duit negara pun bagi dia pegang, tup tup ``gaduh' dan dia ` pi belah'.. dah sat lagi ni mai dan main balik dengan dia..macam adik abang,macam gigi dengan gusi..
ABIM bukan main lagi `contoh' belia tunggak ugama islam dan negara..! dah bos bos depa jadi `kawan tidoq' siang malam, BAIK bukan main, dah bagi `try' jaga negara,dah fasih perabih duit negara, sat sat tu ,lepas tu jadi `musuh nomor satu' dan ada yang dah lulus tibai pungkoq pun!.
Bos bos kementerian penerangan dua orang tu lagi hebat, sorang dulu kawan,lepas tu dah kena `halau' dah jadi bukan kawan...laa ni` kawan paling karib',entah bolih tidoq sebantai kut ni ...
Yang sorang lagi bukan main baik punya kawan, dia kena jerkah sebab`keriau' nak kapai terbang tak dapat, dia pun`belah' dan kutuk tuan habis habisan punya,no more friends with you all!...
Ada` tok tok guru' serban satu dua tan punya..dulu amboi bukan main kawan karib,.. buatnya tak dapat duit,dah depa `belah' jadi `you no more my friend'..la ni TENGAH KALUT jadi `dekan' dan `ketua jabatan' MENGURANGKAN bilangan orang islam di Malaysia...
Kalau cerita lagi, tak habis....THEY GEIST OF THE STORY is..DEPA NI BUKAN BOLIH JADI CONTOH kawan laa....
Kalau dikampung saya depa depa ni dinobatkan sebagai MANGKOK HAAAYUUUNNNN!...
Abu Bakar Ab Rahman
Dato.
ReplyDeleteAbu Ya seperti manusia lain juga telah meninggal dunia.
Pengasas Arqam.
Pencetus produk Islam.
Bihun,mee,kicap,tepung,taukua dan lainya.Disaat umat Islam kegelapan mencari makanan halal.
Jati diri mereka hebat.Banyak rangkain perniagaan mereka berjaya.
Sekarang tak tahulah apa sudah jadi.Apa pun mereka sebagai penggerak ekonomi Islam patut di puji.
Mengikut buku tulisannya ms 637 yg bertajuk untungnya siapa berniaga ada dua keuntungan.Pertama dapat untung dalam betuk duit.Kedua dapat pahala.Katanya lagi ada juga yg berniaga rugi dan juga dapat dosa.
Dalam berkawan ini ada orang berkata.
Kita jangan mudah berkawan dengan musuh.
Dan juga kita jangan mudah bermusuh dengan kawan.
Sekian terima kasih.
Ayah pin katanya kena angin ahmar. Entah macam mana. itulah berita yang saya dengar.ada dimana tiada dikabarkan.
ReplyDeleteSalam Dato'
ReplyDeleteSiapa makan cili dialah yang rasa pedasnya. Maaf Dato' akhir-akhir ini tampalan kelihatan banyak tersalah eja mengapa agaknya
Salam Dato’ Kadir
ReplyDeleteMarilah kita sama-sama renungkan Surah AL Hujarat ayat 9; “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
Berdasarkan ayat Al Quran di atas, bagi sayalah, adalah menjadi satu kerja yg ‘tidak senonoh’ jika kita menuduh seseorang dan mengaibkan seseorang tanpa bukti yg nyata, hanya dari khabar angin dari org yg fasiq, lepastu suruh org yg dituduh menafikannya pulak atau dalam kata lainya PENYEBAR FITNAH. Sebabnya, Ada ulama menyatakan PENYEBAR FITNAH lebih jahat daripada pembunuh & tukang sihir . Imam Yahya Aktsam ada berkata: "Orang yang suka memfitnah dan mengadu domba lebih jahat daripada tukang sihir kerana kejahatannya dalam sesaat, pada hal tukang sihir memerlukan waktu banyak".
Keduanya, saya setuju dimana org yg dituduh sebenarnya berhak menyaman balik penuduh. Cuma bukan semestinya saman di mahkamah, tetapi saman juga boleh di akhirat nanti. Bukan saja pembuat fitnah yg kena, tapi PENYEBAR FITNAH juga kena sama.
Akhir kata, marilah kita termasuk di dalam golongan org beriman dgn menyelidik kebenarannya bagi setiap berita terutamanya dari org fasik, dan juga dijauhkan dari menjadi PENYEBAR FITNAH. Sekian TQ.
Assalamulaikum Dato apakhabar semoga bertambah sehat, Malas nak ulas sebenar nya dato tapi oleh kerana ianya menyentuh isu semasa lebih baik saya ulas walaupun ulasan saya tak sebaik dato. Apakah salah memilih kawan hidup jadi tak karuan rasanya tidak kerana hidup kita ditentukan oleh tangan kita sendiri selain dari ketentuan ALLAH yang maha berkuasa. Kalau kita ada kawan yang suka mencuri takan kita pun nak ikut sama mencuri begitulah halnya dengan carpetman ini juga tak salah memilih dia jadi kawan tapi apakah dia yang mengajak melakukan sesuatu yang tak baik ataupun si dot dot dot yang mengarahkan dia melakukan sesuatu yang tak baik, Siapa yang ada akal yang waras sudah tentu dapat menilai akan apa yang dikatakan nya sama ada benar atau pun palsu belaka jadi amat mudah bagi kita membuat kesimpulan nya...dimalaysia ada penyiasat yang cekap dan bijaksana kecuali ikut arahan orang2 tertentu ini bukan saya yang cakap yang bercakap mantan KPN sendiri...ok la apa nak jadi tak tahu la...kawan biar ramai jangan satu kalau satu ini la padah nya...kita semua masih menanti penafian oleh orang yang dikata dan tunggu juga pihak penyiasat buat kenyataan penafian...malaysia memang banyak dilanda masaalah menurut GFI wang HARAM yang mengalir berbilion dolar No 2 dibelakang cina saya minta dato ulas hal ini...sekian terima kasih.
ReplyDeleteSalam Dato'
ReplyDeleteImam Ali (as) ada meninggalkan pesan yang sama, perhal memilih kawan.
Memamg benar Dato', secara ringkas, jika kita dikelilingi oleh orang baik-baik, beragama, dan berilmu pengetahuan, in sya Allah, selamat hidup.
Saya juga ingin berkawan dengan Dato' tetapi saya ini bukanlah setaraf Dato'. Sekadar menjadi pembaca pasif pun alhamdulillah.
Salam sabtu hari cuti untuk kakitangan yang rajin buat kerja...aku kerja operator kilang kena kerja kalau tak kerja jangankan asap angin pun tak boleh keluar...bukan fitnah bukan tuduhan tapi fakta kita perlu ingat jika tuduhan melibatkan pembesar negara ia perlu disiasat dan orang yang membuat tuduhan itu perlu didakwa jika itu fitnah....ini adalah maruah rakyat malaysia...jadi fikirkan la dengan waras dan yang terbaik untuk dijadikan panduan hidup kita...memilih kawan seumpama memilih kain jika yang dipilih itu tepat maka ianya nampak cantik jika tidak pasti nampak hodoh...jika kawan yang kita pilih memang jenis mahluk perosak pasti kita mendapat tempiasnya.....jadi pilih mana yang kita mahu...
ReplyDeletePembahas Mariam, antara lain menulis:
ReplyDelete"Saya juga ingin berkawan dengan Dato' tetapi saya ini bukanlah setaraf Dato'. Sekadar menjadi pembaca pasif pun alhamdulillah."
1. Dalam khazanah kata saya, tidak ada "tidak setaraf". Kita semua setaraf sebagai hamba Allah. Saya berkawan dengan semua orang - pelayan kedai makan, tukang kasut, pemandu, pengawal keselamatan.
2. Kalau kenal/cam saya, tegurlah. Itulah yang ramai pembaca tulisan saya buat.
3. Hakikat bahasa sdri membaca dan mengulas tulisan saya, membuktikan kita setaraf. Apa guna jadi penulis kalau tak ada pembaca.
4. Pembahas Hayamwurok pula berkata: "Siapa makan cili dialah yang rasa pedasnya. Maaf Dato' akhir-akhir ini tampalan kelihatan banyak tersalah eja mengapa agaknya."
5. Saya mengaku. Sejak beberapa bulan ini saya lebih sibuk. Beberapa orang wartawan kanan saya letak jawatan. Jadi saya kena pangku sebahagian kerja mereka. Satu lagi, mata makin hari makin kelabu.
6. Tak tahulah saya kalau ada blogger lain yang ada penyunting dan pembantu. Saya tak ada. Semua saya buat sendiri. Maaf.
Terima kasih
ReplyDeleteSaya mengaku. Sejak beberapa bulan ini saya lebih sibuk. Beberapa orang wartawan kanan saya letak jawatan. Jadi saya kena pangku sebahagian kerja mereka. Satu lagi, mata makin hari makin kelabu.
Salam sejahtera Datuk,
Saya sekeluarga mendoakan semuga Datuk dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan semuga kita sama-sama dalam melihat sinar yang akan menyinsing selepas PRU13 nanti. Usia yang semakin meningkat mungkin menjadi penyebab mata kita makin hari makin kelabu, itulah fitrah kejadian manusia yg tidak mampu kita cegahi.
Namun begitu, mengikut nasihat para cendiakawan dan para ulama tersohor jangan kita biarkan hati kita menjadi makin kelabu walaupun kita tidak dapat cegahi usia kita dari bertambah lanjut dan menghampiri penghujungnya. Sesungguhnya hati manusia yang soleh akan sentiasa cerah bercahaya tidak dimakan usia sehingga manusia itu bertemu Maha Pencipta dan Pemilik Segala Yang Ada DiAlam ini....WALLAHUALAM.
Salah ejaan tak dosa, salah tulis dan salah cakap, dosa.
ReplyDeleteDosa bukan setakat itu sahaja. Apabila ada sesiapa setuju, dosa sambung menyambung.
Oleh itu, kena cepat cepat bertaubah dan mengaku, saya saya tu.
Maaf, jika ada yang rasa dia makan lada.
ASSALAMULAIKUM DATO, Dato salah ejaan adalah perkara biasa dan dato tak perlu risau saya pun sama juga mata semakin kabur cermin menebal namun kita kena terima hakikat akan diri kita ini semakin hari semakin menua bukan semakin muda...betul tak dato.Saya amati tulisan dato dan gaya bahasanya masih bermutu....dua hari lepas saya menyusuri jambatan di sungai kelang melihat rumah kertas hak milik orang melarat pada saya mereka ini manusia yang perlu diberi perhatian tapi siapa yang mahu menjadikan mereka kawan saya sedih kerana kawasan itu berhampiran PWTC tempat pembesar negara berhujah bersama juak2 nya namun tidak melihat akan persekitaran disitu...sungguh sedih...saya ada bertanya dengan seorang yang mungkin umur nya dalam lingkungan 70an ayat saya...kenapa pak cik tinggal disini tempat kotor nyamuk banyak bila hujan bahu pun busuk...jawab mereka mudah pak cik syukur masih ada tempat berteduh dan boleh mengutip tin kosong untuk dijual dan boleh makan dengan duit yang ada pak cik tak susah sebab pak cik tak kaya tengok orang kaya hari2 keluar surat khabar kena hukum makan rasuah tipu sana tipu sini...saya tak sanggah pendapat mereka pak cik nak solat jumaat kat mana itu pertanyaan saya solat jumaat masjid india sana semua serupa kat tempat lain tengok pak cik macam jijik jer...itu la dato sedikit coretan masyarakat yang ada dikuala lumpur...apakah pusat zakat tidak boleh membantu mereka2 ini tiap2 tahun wang zakat dapt puluhan juta tapi golongan daif ini pun masih ada banyak dibawah jembatan di KL...SEKIAN DATO WASSALAM..
ReplyDeleteBersembang dengan kenkawan peringkat UMNO cawangan, cerita pasai hang tikam aku, aku tikam hang, hang gabuih projek aku, aku gabuih projek hang dah jadi macam biasa. Kalau peringkat "lagi ataih" lagi hebat kot noooo.....
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSilap pilih kawan, hidup tak keruan.
Silap pilih pemimpin, rakyat terus miskin.
Silap pilih guru, hidup pun bercelaru.
Silap pilih ulama, mati masuk neraka.
Fathul Bari ulama su' UMNO,
Keluarkan fatwa secara semberono,
Politik suku, agama suku,
Siapa percaya sesatlah kamu.
Datuk Dr Mohd Asri ulama idola,
Menjadi kegemaran para remaja,
Namun, dia ni tak layak kita percaya,
Sistem sekular yang dia rela.
Harussani Zakaria ulama tua,
Kepada Raja taat setia,
Permaisuri dedah aurat dibiarkan saja,
Kepada Allah tak rasa malu dia.
Mashitah Ibrahim timbalan menteri,
Ulama sesatkah agaknya dia ini,
Sering berfatwa syok sendiri,
Melanggar nas pun dia tak peduli.
Ada ulama Ismail Ibrahim namanya,
Nakhaie Ahmad regu seideologi,
Kedua-duanya dah lama di dunia,
Namun masih tak insaf-insaf lagi.
Ulama pondok ada yang cacamarba,
Hidayah tak turun petunjuk tak mari,
Abdullah Sa'amah, Mohd Noor Deris, Ismail Mina,
Menyesatkan orang sesat sendiri.
Pandai-pandai memilih ulama,
Ulama Rabbani, ulama malaki,
Al-ulama' warasatul anbia,
Jalan lurus yang mereka tunjuki.
Wassalam.
Salam Dato,
ReplyDeleteKata pepatah kuno cina, "Kalau nak bermusuh, jangan dengan tekan rapat anda". Bahananya, semua rahsia yang tersirat Dan tersurat akan bocor.
Salam Dakj
ReplyDelete"Antantuya, wanita jelita dari Mongolia. Matinya ngeri di bumi Malaya. Dua mata-mata meringkuk dalam penjara. “Kekasih” Antantuya hidup senang di luar negara. Mentornya di Malaya menghadapi bala.
Tapi Deepak Jaikishan ni siapa pula? Yang kita dengar, dia ni peniaga. Jual permaidani itu kerjanya.
Tapi, macam mana tiba-tiba nampak macam dia tahu banyak berkenaan para pembesar kita? Adakah dia terkenal di Putrajaya atau mudah keluar masuk Seri Perdana?
Tiba-tiba timbul semula, cerita PI Bala dan Altantuya. Adakah kebetulan saja atau kerana kencangnya tiupan angin pilihan raya? Atau kerana berebut harta pusaka dan projek berjuta-juta?
"
1/ Kenapa tulis di Malaya?
2/ Saya percaya Dato' tahu siapa orang2/puak di belakang Deepak Jaikishan.
3/ Juga, saya percaya Dato' tahu PM DSNajib akan digantikan sebelum PRU 13 nanti.
...SAJI
Kawan semasa berjawatan,
ReplyDeleteSebenar bukan kawan sejati,
Depa sebenarnya berkawan dengan kerusi,
Dan kebetulan kita berada di atas.
Dato.
ReplyDeleteIsu calon PRU 13.
Percayalah menjelang PRU 13 nanti para Presiden semua parti sama ada UMNO?BN atau Pakatan Rakyat tetap akan memilih kawan-kawan mereka dulu jadi calon.
Ini semata-mata untuk memastikan wujudnya taat setia buta tuli,tak lawan toke,balas budi dan jasa,orang harapan.
Biasanya kawan rapat akan didahulukan.Yang lain itu sekadar diutamakan.
Para penyokong dibawah cuma syok sendiri sahajalah.
Kalau Tuan Presiden parti-parti ambil musuh atau separuh musuh politknya nanti tidur tak lena takut guling dan rampas kuasa.
Sebab itu pengundi kena nilai calon diatas.Parti tak penting.Parti cuma gula-gula sahaja.
Pengundi kena tengok latar belakang calon.
1.hidup sederhana.
2.mesra rakyat.
3.kelulusan pendidikan yg baik dgn dunia kini.
4.bukan ahli judi.
5.bukan ahli perempuan.
6.amanahnya bukan ahli songlap sana sini.makan keliling.
7.hidupnya tidak ranggi.
Kalau calon dan tokoh itu mulia dan baik pilih lah dia jangan kira parti apa pun.Parti hanya pakaian yg boleh di ganti-ganti.Bukan kekal.
Sepatutnya berparti ramai kawan rakan.Ini tidak kerana parti Melayu /Islam kian luntur kerana bertokak sama sendiri.
Pemimpin parti lah yang menjadi batu api dikalangan rakyat.
Setuju dengan Dato punya ilham Silap pilih kawan hidup jadi celaru.
Terima kasih..
.
Dato.
ReplyDeleteIsu calon PRU 13.
Percayalah menjelang PRU 13 nanti para Presiden semua parti sama ada UMNO?BN atau Pakatan Rakyat tetap akan memilih kawan-kawan mereka dulu jadi calon.
Ini semata-mata untuk memastikan wujudnya taat setia buta tuli,tak lawan toke,balas budi dan jasa,orang harapan.
Biasanya kawan rapat akan didahulukan.Yang lain itu sekadar diutamakan.
Para penyokong dibawah cuma syok sendiri sahajalah.
Kalau Tuan Presiden parti-parti ambil musuh atau separuh musuh politknya nanti tidur tak lena takut guling dan rampas kuasa.
Sebab itu pengundi kena nilai calon diatas.Parti tak penting.Parti cuma gula-gula sahaja.
Pengundi kena tengok latar belakang calon.
1.hidup sederhana.
2.mesra rakyat.
3.kelulusan pendidikan yg baik dgn dunia kini.
4.bukan ahli judi.
5.bukan ahli perempuan.
6.amanahnya bukan ahli songlap sana sini.makan keliling.
7.hidupnya tidak ranggi.
Kalau calon dan tokoh itu mulia dan baik pilih lah dia jangan kira parti apa pun.Parti hanya pakaian yg boleh di ganti-ganti.Bukan kekal.
Sepatutnya berparti ramai kawan rakan.Ini tidak kerana parti Melayu /Islam kian luntur kerana bertokak sama sendiri.
Pemimpin parti lah yang menjadi batu api dikalangan rakyat.
Setuju dengan Dato punya ilham Silap pilih kawan hidup jadi celaru.
Terima kasih..
.
Assalamulaikum Bicara kata bersykur kepada ALLAH dipagi yang mulia semoga kita ini didalam keberkatan hidup yang pelihara dari kejahatan muluta dan mata tidak sesat jalan didunia yang fana dan tidak sesat jalan kearah syurga bila matinya diterima ALLAH segala amalan dan diampunkan segala dosa kita semua kepada ALLAH kita memohon doa. Saya tertarik dengan seloka Yangretibase said...sungguh indah bahasanya sungguh menarik kata bicaranya...ya kita kadang2 kita keliru dengan ulama yang mengaku bijaksana pandai segalanya tahu hukum itu hukum ini tahu tafsiran al-quran dan hadis berbuih-buih mulut mulut bila berbicara bab hadis melekat dibibir tapi banyak yang pusing2 itu la nasib kita dato....ada ulama muda berkata belajar sifat 20 itu sesat tapi tak mahu pulak cerita apa nas yang menyatakan ianya sesat...entah lah dato akj kadang2 kita pening kepala sendiri...wooo siapa peniaga karpet yang tahu rahsia keluarga orang No 1 negara apakah dia rakan atau kawan dihulu dia tahu apa lagi dimuara semua dedah hingga kita pun jadi gundah entah musibah apa yang menimpa kita punya pemimpin banyak cacat celanya jadi rakyat yang mendapat celaka nya...Timbul pula cerita si BALA tukang angkat sumpah semalam cakap A hari ini cakap B pulak dan esok nya lari entah kemana yang tinggal hanya anjing nya saja yang menyalak siang dan malam menangisi si tuan nya haling entah kemana.....Itu la coretan cerita kita dalam menanti detik PRU 13 ini belum PRU dah hebat cerita nya ada yang kena pukul ada yang halang...tapi adinda sultan sudah memuji parti itu kerana berani jumpa rakyat tidak berlagak samseng macam parti ubi kayu semakin direbus semakin empuk bila ditumbuk dalam lesung jadi tepung bila dibuang dalam sungai terus larut..begitulah dato semoga kita insaf akan nasib kita dimasa depan nasib anak cucu cicit kita...in sha ALLAH selamat kita selagi mana AL-QURAN dan HADIS adalah rujukan kita......WASSALAM...
ReplyDeleteAssalamualaikum Dato'
ReplyDeleteNajib ke India, tup-tup umum akan bawa ramai guru Bahasa Inggeris (BI)dari India untuk ajar budak-budak Melayu di kampung-kampung.
Apa pandangan Dato'?
Perlukah guru-guru BI dari India?
Loghat bahasa lidah orang India ni pun dah bergulung-gulung, Bahasa Inggeris nantipun bunyi bukan ORI English, tapi English India, bergulung-gulung jugak bunyinya.
Hmmm, kalau pelajar Universiti dapat pensyarah India ke, New Zealand Australia ke, Afrika Nigeria ke, mana-mana pun tak kisah sebab depa dah pandai dan "master" bahasa Inggeris. TAPI, budak-budak Melayu kampung ni cuma nakajar asas basic bahasa inggeris sahaja, tak perlulah rasanya guru-guru dari India.
Guru untuk anak murid Melayu khususnya, perlulah guru yang memahami adat resam dan budaya orang-orang Melayu.
Dan pengalaman saya dengan orang-orang India (Malaysia) dan orang -orang India (India), YANG PROFESSIONAL, tapi sebenarnya ramai yang tak bersifat professional, tak hormat budaya Melayu, tak faham Budaya Melayu, ego dan arrogant, tak sesuai nak jadi pendidik untuk orang Melayu.
DAH TAK ADA PENDIDIK BAHASA INGGERIS MELAYU KE????
1. Sdr Langitbiru, antara lain, menulis; "
ReplyDeleteNajib ke India, tup-tup umum akan bawa ramai guru Bahasa Inggeris (BI)dari India untuk ajar budak-budak Melayu di kampung-kampung.
Apa pandangan Dato'?
Perlukah guru-guru BI dari India?
Loghat bahasa lidah orang India ni pun dah bergulung-gulung, Bahasa Inggeris nantipun bunyi bukan ORI English, tapi English India, bergulung-gulung jugak bunyinya."
1. Saya tak ada masalah. Guru bahasa Inggeris saya ada Melayu, ada India, ada Cina dan ada Kiwi (New Zealand). Yang penting mereka ajar tata bahasa dengan betul. Tapi kalau kita nak tiru sebutan/loghat India, terpuloanglah.
2. Sekarang pun ramai budak-budak Cina dan India cakap orang putih loghat Filipina sebab "maid" dari Filipina. Ada juga yang cakap Melayu gaya Indonesia sebab "maid" dari Indonesia.
3. Yang lebih penting, kita nak belajar BI atau tidak apabila bahasa Melayu pun hancai. Dah jadi bahasa DJ dan bahasa pasar. Sistem pendidikan kita gagal, sebab itulah terpaksa hemoi cari guru BI dari India. Atau satu lagi usaha pikat pengudi India? Tak marahkah orang India tanpa negara yang kononnya sangat ramai di Malaya ni?
4. Pembahas Lahuma antara lain, berkata: "Isu calon PRU 13.
Percayalah menjelang PRU 13 nanti para Presiden semua parti sama ada UMNO?BN atau Pakatan Rakyat tetap akan memilih kawan-kawan mereka dulu jadi calon.
Ini semata-mata untuk memastikan wujudnya taat setia buta tuli,tak lawan toke,balas budi dan jasa,orang harapan.
Biasanya kawan rapat akan didahulukan.Yang lain itu sekadar diutamakan."
5. Saya pun rasa macam tu. Kbabarnya banyak kayu hanyut, kayu reput, paku longgar dan paku karat Umno/BN hendak bertanding lagi dan Presiden pun dah kata ok.
6. Itu hak Presiden. Tapi kita pun ada hak juga. Kalau kayu hanyut, kayu reput, paku karat dan paku longgar dicalonkan juga, kita jangan undi mereka.
7. Parti penting. Tapi kalau parti calonkan paku longgar, paku karat, kayu hanyut dan kayu reput, kita pilih calon yang lebih baik antara yang tak baik, khasnya calon muda. Yang tua-tua tu undurlah. Bagilah peluang kepada anak cucu pula. Takkan nak tungkat langit.
Terima kasih.
Saya amat bersetuju bila Dato' berperi salah berkawan hidup tak keruan. Maka teringatlah saya pesanan penyanyi J Sham "..teman ketawa senang didapat teman menangis sukar dicari..hahahahai hahahahai ketawalah lagi..."
ReplyDeleteSejak akhir-akhir ini Dato' semakin terbuka menyentuh hal-hal yang sensitif kepada UMNO/BN. Nada sentuhan Dato' macam serupa dengan nada yang sedang bermain dalam media alternatif yang pro-Pakatan. Saya perhatikan ada pengunjung tetap blog Dato' ini yang tidak senang hati apabila Dato' membuat tampalan yang sebegini. Altantuya dan nama-nama yang berkaitan dengannya amatlah merisaukan PM DS Najib, kenapalah timbul lagi, sementelahan pula PRU 13 semakin dekat. Mustahil kalau PM DS Najib boleh bergumbira dengan cerita Altantuya ini.
Barangkali benar seperti telahan sesetengah orang; hantu Altantuya sedang bangkit menuntut bela. Kematian ngeri Altantuya masih diselubungi misteri yang belum terungkai. Tidak ada siapa yang waras dan adil akalnya tidak menyoal mengapa dua mata-mata Melayu sanggup membunuh Altantuya tanpa ada sebab. Pembunuhnya masih hidup tetapi sebab mengapa mereka melakukan pembunuhan itu tidak diketahui secara rasmi. Misteri pembunuhan Altantuya menambahkan statistik kegagalan polis dan mahkamah Malaysia menyelesaikan secara tuntas kes jenayah berprofail tinggi.
Salam dato.
ReplyDeletelangitbiru said
.`DAH TAK ADA PENDIDIK BAHASA INGGERIS MELAYU KE????'..
Anak rakan isteri saya,ditaja MARA belajar di New Zealand, dah ada ijazah pengkhususan bahasa inggeris,tetapi MASIH MENGANGGOR lebih tiga tahun,tak diterima jadi guru mengajar bahasa inggeris kat MALAYSIA pun...dia melayu.
Minggu dahulu saya berbual dengan
seorang graduan dari universiti diUK,dengan pengkhususan sain fizik, dah memohon jadi guru kat MALAYSIA juga...bedebut, bedebak bedebih sampai la ni masih TAK DAPAT pun jadi guru pun....dia pun melayu.
Entah la ..... kalau lah nak orang macam tu,nak orang macam ni, la ni DAH ADA dah orang orang macam tu ada macam ni,kenapa pulak tak pun terima mereka yang terlatih ni jadi GURU lagi sedangkan memang mereka dah dilatih untuk tujuan tersebut?...
Nak kata tak reti,mustahil, sebab
bukan nya ramai sangat rakyat pun,kakitangan pun 1:28-30 ratio nya dengan rakyat,jabatan kerajaan pun banyak,komputer pun banyak...YANG SIKT dan paling miskin ialah usaha NAK AMBIL KA,TAK MAU AMBIL KA ,tu saja...
Abu Bakar Ab Rahman
Terlanjur Dato' layan cerita pengajaran Bahasa Inggeris (BI), maka saya pun rasa hendak tumpang sekaki.
ReplyDeleteMemang dasar pelajaran kita mengenai BI tidak jelas matlamatnya. Kalau kita mahukan rakyat Malaysia fasih dan kuat penguasaan BI, maka mahu tidak mahu kita mesti gunakan BI sebagai bahasa pengantar tunggal di sekolah, kolej dan universiti. Ertinya, BI jadi bahasa rasmi kerajaan, bahasa-bahasa lain jadi bahasa kedua. Sebaliknya, kalau kita mahukan Bahasa Melayu (BM) kuat kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan, maka tidak perlu ada bahasa pengantar lain di sekolah-sekolah kita. BI dan bahasa-bahasa lain jadi sebagai bahasa kedua sahaja.
Persoalannya ialah, kita hendakkan yang mana satu? Menguasai BI, mengusai BM atau yang sedang berlaku sekarang, BI tidak mahir BM pun tidak mantap. Pengalaman 10 tahun dengan PPSMI telah membuktikan dasar bahasa bercampur-campur gagal menghasilkan generasi yang baik penguasaan BI nya. Hari ini nisbah enrolmen Sains: Sastera disekolah kita telah merosot ke paras 39:61 dari paras tertinggi 59:41 sebelum ini. Matlamat kita ialah nisbah 60:40. PPSMI telah menyebabkan ramai pelajar merasakan sains dan matematik sukar dipelajari, maka apabila mereka dibenarkan bebas memilih terjadilah senario nisbah 39:61.
Satu persoalan yang lebih dasar; adalah BI itu satu-satunya jalan untuk Malaysia maju? Is English (language) the only way forward for this country? Saya tanpa ragu-ragu menjwabnya TIDAK.
21 Disember beflalu. Dunia belum kiamat. PRU 13 Dkalu alu. Rasanha pemerintahan BN juga belum tamat.
ReplyDelete
ReplyDeleteLain daripada Dong Zong yang menuduh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bertujuan untuk merosakkan, ada juga Melayu yang pekak dan buta sampai tak kenal siapa bersaudara.
Dimaklumkan bahawa di Johor Baharu, "Papantanda utama untuk menyambut pengunjung memasuki kawasan pembangunan riadah mewah Puteri Harbour, Iskandar Malaysia teguh bediri, Bahasa Mandarin segah bistari, selain Bahasa Melayu (bahasa rasmi negara) diberi, Melayu banyak bersenang hati, berjoli sana kemari dan kenduri dalam dan luar negeri, masih tak sedarkan diri.
Anak anak Johor tidak setuju dengan samada sengaja atau cuai meletakan papantanda lain daripada Bahasa Kebangsaan yang termaktut dalam Pelembagaan. Ini isu Pelembagaan memabitkan persepsi kedaulatan Negara dan tidak bolih disambut dengan hati yang terbuka tapi dengan penuh kesedaran bertemankan kesucian minda.
Kesedaran yang berteraskan keutamaan maruah bangsa Malaysia bertanamkan nilai nilai kemuliaan patut diambil kira bersama. Sifat ini ialah warisan bangsa Malaysia berpasak kepada amanat yang berpayungkan Pelembagaan yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan tulisan rasmi bagi bahasa Melayu ialah rumi. Ini lah amanat bagi semua bangsa Malaysia misti dipertahankan dan diamalkan.
Yang membuatkan tanda tanya, kenapa bangsa Melaysia tidak celik utamanya bangsa Melayu itu sendiri? Sepatutnya kita mesti celik dan awas bahawa evolusi kedudukan sama dengan Bahasa Kebangsaan, keistimewaan Melayu dan Raja-Raja Melayu tidak sentiasa tenang dan dalam keadaan terancam bermulanya dari kesultanan Melaka terus didetik-detik sebelum Kebebasan Negara.
Lebih terancam lagi apabila wujudnya Perlembagaan Persekutuan yang mana kedudukan keistimewaan Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan Raja-Raja berdaulat tertulis nyata. Dengan sebab Kedudukan keistimewa Melayu Dan Raja-Raja ini, minda Pelampau-Pelampau tidak disenangi, utamanya oleh minda Kominist yang mana 99 peratus penganas ini berbangsa bukan Melayu pada masa itu.
Continue........
Continue.......
ReplyDeleteJelmanya peristiwa nyata berkenaan minda tidak disenangi ini ialah apabila Malaysia diasak pula dengan desakan demi desakan PAP Singapura untuk Malaysia menerima agenda Malaysia Malaysian yang bernadakan perulalisma dan liberalisma. Ini bermakna bahawa kedudukan keistimewaan Melayu telah menempuh satu cabaran dan diancam lagi. Akhirnya membawa Singapura dibuang keluar dari persekutuan Malaysia.
Pada masa itu parti politik Singapura di Malaysia ialah PAP, wakil PAP di Malaysia ialah Lim kit Siang semasa Singapura dalam Malaysia. Hendak tidaknya, untuk meneruskan perjuangan agenda Malaysian Malaysia dengan matlamat dan nada yang sama, Lim Kit Seng terpaksa menubuhkan parti yang diberi nama DAP untuk terus memperjuangkan Malaysian Malaysia. Pokoknya dan yang tersirat ialah kedudukan Melayu termaktub dalam Perlembagaan tidak disenangi dan telah menjadi batu penghalang kepada tujuan perjuangannya DAP. Dengan adanya kedudukan keistimewaan Melayu Dan Raja-Raja akan menyebabkan kononnya taraf dan keadaan bangsanya tidak menentu. Dari itu yang tersirat dalam perjuangan DAP ialah untuk menghapuskan kedudukan keistimewaan Melayu adalah pasti, satu matlamat dan gerakan muktamat. Dengan pegangan kuasa Pemerintah saja yang akan menjadi Penentuan DAP.
Pegangan Negara berasaskan system berdemocrasi, minda Pelampau telah mengambil jalan halus menuju dan melalui kearah landasan kelemahan system Democrasi itu sendiri dan ambil kira kelemahan dari sikap Dan budaya Melayu.
Pelembagaan Negara ialah satu kertas bertulis sahaja. Ia berkehedakan nyawa dan roh untuk mempertahankan isi kandonganya. Adalah usha Pelampau untuk mereput nyawa dan roh yang sedia ada . Sikit demi sikit Pelampau-Pelampau ini cuba meremehkan isi kandongan Pelembagaan. Mereka hendak tahu adakah nyawa dan roh ini hidup lagi atau hampir pupus. Yang anih dan menjadi alat mereka ialah Pelampau Melayu yang telah memberi dan menjual naywa dan rohnya kepada mereka. Sebagai contoh dan satu kebenaran bahawa didapati Padri-Padri Kristin bersama pemimpin DAP memDOAkan supaya Kristin meneraju agar kelak Pedana Menteri bukan datangnya dari Kaum Melayu. DOA ini disambut pula dengan DOA dan Yang Amat Berhormat Tok Guru supaya Umno (orang Islam yang mendokong kedudukan Raja-Raja Melayu) dihancurkan dan diaminkan bersama oleh beribu pengikut pati Pas yang berugama Islam.
Kesimpulannya, anak anak Johor tidak setuju dengan meletakan papantanda lain daripada Bahasa Kebangsaan yang mana tersirat dihati kami.
Anak Johor Rockers In
Datuk
ReplyDeleteDi Amerika, Eropah, Jepun, malah di beberapa negara jiran kita kalau menteri yang banyak skandal sudah lama letak jawatan. Di negara kita yang sudah disabitkan salahlaku pun masih rasa dia ok, masih menang kalau bertanding.
Kebanyakan yang pernah disabitkan dengan salah-laku ini sebenarnya masuk dalam kategori kayu reput seperti yang datuk sebut. Tak boleh kita nak berpaut, tak boleh nak dijual, nak dijadikan perabut atau sebagainya. Paku karat lagi bahaya, kalau tertusuk kita boleh kena tetanus atau gangrene. Kalau dia duduk dalam bekas, macam jadi pemangkin; paku yang elok pun jadi cepat berkarat melalui proses pengoksidaan.
Pandangan saya, yang banyak duduk di keliling PM kita sekarang ni sebenarnya samada golongan pengampu atau oportunis. Puak-puak ini bahaya datuk, macam dedalu bila sudah kenyang berpindah hinggap ke pokok lain pula. Bertambah-tambah malang lantik penasihat, tapi sebenarnya merekalah yang patut kita nasihatkan. Habiskan duit pembayar cukai untuk idea sekerat tiang. Akhirnya PM ke-6 nampak lebih flip-flop berbanding mantan sebelumnya.
Seperti pembahas lain saya mohon kalau datuk sudi tulislah sedikit pandangan datuk berkenaan Malaysia among top 10 countries with the highest measured cumulative illicit financial outflows. Perkara ini seperti disembunyikan, hanya dapat liputan kecil di akhbar arus perdana.
Toolbox
As'kum Datuk.
ReplyDeleteAdakah Malaysia juga dikuasai oleh tangan-tangan ghaib yg mengatur siapa2 sj yg dikehendaki untuk berkuasa?.....
Masanya makin hari makin hampir....menunggu pemimpin yg akan memimpin kita membersihkan dunia ini sebelum kiamat.
Wallahhuallam.
Anak johor rockers in...perlu meneliti kedudukan dan pemilikan hartanah orang melayu di johor baharu baru boleh cerita tentang DAP dan tok guru...yang berdoa...tok guru berdoa kerana kerajaan nya dinafikan hak nya sebagai penerima royalti yang diganti wang ehsan yang menjadikan rakyat kelantan sebagai peminta sedekah...tok guru masih mempertahankan hak orang2 melayu dari segi pemilikan hartanah berbanding dengan johor...cuba tengok di kulai di mana jua siapa yang menopoli pemilikan hartanah di johor...nak pertahankan hak apa jika para pemimpin nya adalah juak2 yang tak sedar diri..TERIMA KASIH..
ReplyDeleteMalang sekali isteri kawan sdr Ab tidak diterima ke maktab perguruan.
ReplyDeleteSetahu saya, dalam tiga tahun yang lepas, cross-dresser pun pun ada yang terlepas dapat masuk ke maktab perguruan. Entah berapa besar cable yang dia pakai.
Masalahnya, ramai antara kita yang dok bayangkan UMNO la ni macam UMNO dulu-dulu. Ramai yang lupa, lepas krisis Mahathir-Ku Li, UMNO la ni bukan lagi UMNO yang ditubuhkan Dato Onn dulu.
Dan entah macam mana, bukan setakat jasadnya bertukar, ruhnya pun bertukar sekali.
Dalam isu pendidikan.
Guru ditawarkan elaun. Tapi ada ke perubahan dalam pendidikan guru dimaktab perguruan?
Sama seperti kemudahan multimedia disekolah. Ada ke asimilasi ilmu penggunaan multimedia semasa di maktab perguruan?
Kini kecoh pasal peta minda. Bayar konsultan berjuta-juta. Padahal dalam buku UPSR, PMR dan SPM terbitan syarikat seperti Longman, Sistem dan Pelangi, sudah bertahun-tahun guna kaedah peta minda dalam terbitan mereka.
Kenapa jadi begini?
Dimaktab perguruan, pegawai dari unit perpustakaan boleh jadi Timbalan Pengarah Maktab Perguruan (walaupun tiada pengalaman sebagai guru). Gunalah imaginasi anda, amalan di peringkat kementerian.
Entahlah, yang ramai dari PSTD kot.
Pokoknya, pembuat keputusan bukan dikalangan mereka yang ahli.
Agenda melayu sudah kurang pentingnya. Yang utama, siapa yang ada kabel lagi besar.
p/s Dulu-dulu, guru Inggeris boleh jadi melayu, cina atau india. Tapi mereka semua orang Malaysia yang dihantar untuk latihan di UK sebelum balik ke Malaysia dan mengajar (mengajar pelajar selain mengajar guru yang lain.)
Fed Up
Salam DAKJ,
ReplyDelete'Choose friends wisely.' Saya berpegang kepada prinsip ini dalam melalui kehidupan. Blia berbincang tentang memilih kawan, selalu terlintas perumpamaan seperti ini, 'Bird of same feather flocks together.' Ada logiknya, itu sudah pasti.
Tak ada apa-apa lagi yang saya dapat bercerita tentang negara tersayang ini, cuma berdoa masa depan akan lebih baik untuk generasi akan datang. Globalisasi dan percaturan dunia tanpa sempadan membawa kepada peningkatan cabaran yang semakin kompleks di arena politik, ekonomi dan juga sosial di arena domestik. Peneraju negara harus peka terhadap ini dan tanganinya sebaik mungkin. 'Change is constant.' Tapi hakikatnya bukan mudah untuk berubah.
Bagaimana pula dengan hala tuju negara sekiranya tiada 'political will' yang nyata? Bolehkah kita berkembang sekiranya masih ada sistem-sistem yang kritikal masih tidak melalui proses evolusi? Masih jauh lagi perjalanan negara ini. Kita perlukan mereka yang betul-betul berwibawa untuk membantu negara ini mencapai objektifnya. Masanya amat kritikal untuk membuat rombakan yang drastik dan ini memerlukan 'political will' yang meninggi gunung.
Dato.
ReplyDeleteIsu hujung tahun 2012.
Awal 2012 dipanaskan isu NFC.
Akhir 2012 dipanaskan pula isu Upayapadu Sdn Bdh Kelantan.
Kesimpulannya 2x5=5x2
Bangkai gajah mana boleh tudung.
Sebab itu semua parti tak boleh pakai dan percaya.
PRU 13 kita adakan satu barisan tindakan pengundi bersatu.
Yang berkuasa tak kiralah parti apa pun terus membina kaya raya melana.
Simpanan untuk 10 keturunan.
Sudah ramai askar upahan yang kenyang kelopok mereka sahaja.
Mereka ini hulubalang kakak tua yang cakap lain buat lain.
Kesian rakyat biasa macam nak mati punya disuruh korban apa sahaja.
Terima kasih.
.
Assalamualaikum,
ReplyDeletePilihan Raya hampir tiba. Pilihlah kerajaan yang benar-benar berwibawa.
Tersalah pilih, badan merana. Hidup kita pun nanti terseksa. Rakyat terus papa kedana. Zuriat sesat sampai bila-bila.
Pilihlah kerajaan yang ikhlas lagi amanah. Kerajaan pimpinan orang solih dan juga solihah. Menjaga negara, bangsa dan aqidah.
Semoga senantiasa memperoleh redho Allah.
Sesungguhnya hidup kita di dunia ini terlalu sementara. Sampai detik dan ketika, kembalilah kita kepada-Nya. Tiada apa yang kita bawa, kecuali pahala dan dosa. Lebih pahala, alhamdulillah, kita ke syurga. Lebih dosa, celakalah kita, kita ke neraka. (Perlindungan Allah jua yang kita pinta).
Untuk ke neraka sangatlah mudah: utamakan dunia, pedulikan akhirah. Amalan kegemaran banyak mazmumah. Tiada 'zuq' melakukan mahmudah.
Untuk ke syurga juga tak payah: beriman serta bertaqwa itulah qaedah; berpandukan al-Quran serta al-Sunnah.
Akhir pesan, salam sejahtera saya ucapkan, kepada anda tuan puan sekalian. Buatlah pilihan yang tepat, demi 'masa hadapan' yang selamat di akhirat.
Wassalam.
Pembahas TOOLBOX, antara lain, berkata:
ReplyDelete"Di Amerika, Eropah, Jepun, malah di beberapa negara jiran kita kalau menteri yang banyak skandal sudah lama letak jawatan. Di negara kita yang sudah disabitkan salahlaku pun masih rasa dia ok, masih menang kalau bertanding."
1. Kalau daripada percakapan, kita nampak sangat utamakan agama dan tata susila.
2. Tapi dalam politik, berlainan pula. Apa yang salah dan dilarang agama dan melanggar tata susila pun ada orang buat dan ada orang boleh terima.
3. Mungkin kita menderita "split personaliti." Kita sembahyang tungging terbalik, tapi kita boleh terima dan "tolerate" benda mungkar macam salahlaku moral, salah guna kuasa dan rasuah.
4. Atau kita benar-benar ketandusan kepemimpinan sehingga tidak ada lagi orang baik, orang bersih dan orang cerdik yang boleh kita pilih memimpin.
5. Pagi tadi, seorang peguam serani yang rakan kongsinya seorang politikus Umno, bertanya macam mana peniaga permaidani keturunan India itu begitu berani buat tuduhan dan pendedahan, tapi tak ada tindakan ke atasnya? Wallahualam
DATO dunia ada orang kata bulat ada orang kata lonjong ada orang kata macam roda tapi itu tetap dunia orang tak hirau baik kah jahat kah yang penting masyuuukkk itu gaya bahasa orang pasar atau kedai kopi penganalisa tepat di negara kita. Selatan tak sama dengan utara barat tak sama dengan timur begitulah orang kita menilai nya dengan sebab apa pun walau orang itu rasuah tapi masih boleh menang dengan undi cemerlang dan mengetuai organisasi penting negara....jadi siapa yang salah pemimpin atau rakyat...dato tanya peniaga carpet begitu berani buat onar terhadap orang No 1 hingga cawangan khas pun dok diam sahaja....tahu ke dato babi dia suka sondol sahaja sebab tak nampak tapi manusia ada mata ada hati ada perasaan takan tak nampak...jangan kita dimalukan dengan seeokor dua manusia hingga kita hilang tamadun yang tinggi iaitu bangsa melayu tinggi budi nya baik akal nya manis mulut nya baik hatinya....kan itu pujian untuk orang melayu...jadi saya juga setuju peniaga permaidani ini diambil tindakan demi maruah rakyat MALAYSIA melayu dan agama islam...sekian hujah saya dato jumpa lagi bila ada modal...izinkan saya sambong kerja balik....
ReplyDeleteBagus sungguh perdana menteri Malaysia.
ReplyDeleteKata, rakyat didahulukan.
Rupa rupanya rakyat India diutamakan.
Demikian juga bekas perdana menteri Tun Mahathir.
Bagus sungguh dapat kumpul wang RM 146 bilion
Najib ada berapa bilion agaknya.
Inllah contoh perdana menteri bagus dan terbaik untuk disanjung dam umdi lagi PRU 13 nanti.
Kan bagus begitu.
Orang India akan diambil sebagai guru bahasa inggeris.
Rakyat sendiri dianak tirikan.
Terima kasih dan tahniah. baguslah tu.
Datuk
ReplyDelete"5. Pagi tadi, seorang peguam serani yang rakan kongsinya seorang politikus Umno, bertanya macam mana peniaga permaidani keturunan India itu begitu berani buat tuduhan dan pendedahan, tapi tak ada tindakan ke atasnya?"
Pertama (mungkin saya silap), perkara seperti ini berlaku kerana kita mempunyai seorang PM yang lemah. Kelemahan beliau tak perlulah rasanya saya perincikan. Jika ditakdirkan Tun Mahathir (atau mungkin Tun Abdullah juga) seusia dan berada di tempat PM sekarang, saya rasa perkara seperti ini yang bukan saja mengaibkan status PM itu sendiri, malah memalukan negara tidak akan berlaku. [Saya bukan menafikan takdir, cuma membuat perbandingan relatif].
Kedua, Menteri di KDN juga sangat lemah. Lemahnya beliau sehingga ada individu, pertubuhan kecil atau serpihan pertubuhan yang sebelumnya seperti "hidup segan mati tak mahu" pun boleh menjadi jaguh kibar sepanduk di sana-sini. Amaran yang dikeluarkan oleh beliau seolah-olah sketsa Raja Lawak dan jadi bahan senda-gurau khalayak. PDRM juga semakin hilang wibawa di bawah beliau. Selepas PRU13 saya berharap beliau tidak lagi jadi menteri di KDN.
John Reed, jurnalis kelahiran Amerika dan mati di Moscow pernah berkata; "In the relations of a weak government and a rebellious people there comes a time when every act of the authorities exasperates the masses, and every refusal to act excites their contempt".
Toolbox
Dato.
ReplyDeleteMasa depan Malaysia.
Mampukah Malaysia menjadi sebuah negara Islam.Atau pun hanyalah retorik lagi.
Makin jelas Malysia akan jadi negara majmuk yang Melayu makin terhimpit.Tak sampai kemana.Pemimpin Melayu sudah kena cucok hidung,tangan digari,mulut di plaster,kaki diikat.seluruh badan disuntik ubat kebas.
Melayu akan kaya dengan perpecahan.Miskin perpaduan.
Sudah jelas perjuangan isi perut sendiri ,kelompok,kroni.Parti hanyalah alat untuk mereka.Bukan untuk rakyat.
Fikir fikir lah semua yang dinamakan taksub upahan.
Terima kasih.
Assalamualaikum Dato'
ReplyDeleteSaya tetap yakin dan tetap pendirian bahawasanya guru untuk sekolah rendah dan menengah amat wajar diambil guru-guru tempatan yang memahami sosiobudaya, agama dan latarbelakang masyarakat.
Dan guru BI juga amat wajar diambil dari masyarakat kita sendiri, bukan dari India.
Kita banyak maktab-maktab perguruan yang melahirkan guru-guru yang berkaliber dan bagus, berilah peluang bagi mereka.
Soal deepakgate, balagate, dan altantuyagate, WAJIB ada tribunal khas yang bebas.
CUMA SAYA SANGAT MUSYKIL KERANA NAJIB-ROSMAH MACAMBIASA, BUAT PEKAK BADAK!!!!!
DAN TERBARU SPRM TAWAR DIRI NAK TAPIS CALUN-CALUN PRU13
SUSULAN KEMUDIANNYA, NAJIB ISTIHAR SEMUA CALUN BN KENA TAPIS SPRM.
Sejauh mana kepercayaan rakyat terhadap SPRM? Dulu BPR, sekarang SPRM, cuma ubah nama, TAPI kredibiliti bukan semakin baik sebaliknya semakin merudum.
Parlimen ada 222 kerusi, setiap negeri pukul rata kerusi DUN 35, 35x14 negeri ada 490 kerusi DUN. Jumlah total kerusi, 222+490 = 712 kerusi. Kalau 1BN lawan 1PR, ada 1424 calun.
MASA ada sebulan dua ni mampukah SPRM nak buat saringan mendalam?????
ATAU SPRM cuma jadi MESIN BASUH BN?????
APAPUN, SPRM tapis diri sendiri dululah, cermin cermin kan diri dulu, diri tu bersih ke tak, sebelum nak tolong bersihkan orang lain!!!!
APAPUN kerja tapis-tapis ni bukan bidang kerja SPRM, free sangat ke SPRM? bukankah kes berlambak-lambak belum selesai????
YANG JERUNG semua lepas, BILIS je tersangkut penapis, laurbiasa sungguh!!
CUKUP CUKUP SUDAH LA JADI MESIN BASUH BN!!!!
Salam Dato Kadir
ReplyDeleteCukup-cukuplah cerita pasar gosip Altantuya tu. Kalau tuan punya diri pun dah bersumpah dgn nama Allah menafikannya, apa lagi yg kita nak? Sebab itulah Quran diturunkan sbg petunjuk kpd org beriman sbg panduan hidup.
Apa kata Dato tulis ttg isu terbaru Lim Guan Eng ke, amanat Hj Hadi ke. Itupun kalau betul-betul adil dan berani. Kalau tak, eloklah kita bercakap cuti-cuti, kebetulan saya tengah bercuti, nak pergi ke chic outlet La Vallee Village utk cuci mata sikit lagi. Merci.
Dato.
ReplyDeleteIndia mari.
Tak cukupkah tukang gunting rambut,pelayan kedai nasi kandar dari India.
Senang senang nak ambil Guru BI dari India pula.
Apakah Kemenetrian Pelajaran tak ada perancangan yang mantap.Tiba-tiba meletup nak ambil guru BI negara India
Itulah betapa lecenya Kementerian Pelajaran kita.
Anak tempatan pun berlunggok yang tak ada kerja yg ada kemahiran BI ini.
Beri latihan dan peluang saja lah.
Tak kan isu macam ini pun nak cari jalan mudah kasih nak import
Sebenarnya Kementerian Pelajaran tak ada perancangan .Itulah kesimpulannya..
Terima kasih.
Khas kepada Sdr OKJ seloka dituju. Janganlah marah tidak menentu. Ini cerita hikayat Melayu. Kisah orang zaman dahulu. Bukan gosip bukan fitnah. Memang tercatat dalam sejarah.
ReplyDeleteSi Kitol punca kejatuhan Melaka. India Muslim yang sangat berkuasa. Kepada Sultan dia pandai bermuka-muka. Keluar masuk istana tak kira masa. Tup tup kepada Portugis dijualnya rahsia.
Laksamana Khoja Hassan pun sama. Dengan Tun Mutahir berebut kuasa. Sultan pula lemah tidak bermaya. Asyik seronok berfoya-foya. Gila perempuan tak kira bini siapa. Mudah dipuji diadu dumba.
Raja Mendaliar punya karenah. Kepada Sultan Tun Mutahir difitnah. Kononnya Tun Mutahir tidak amanah. Hendak lawan kuasa Raja. Nak berkuasa dan kaya raya. Sultan dengar murka tak terkira. Kepada Mendaliar dia sangat percaya. Dititah bunuh Tun Mutahir sekeluarga. Itulah cerita hari-hari penyudah Empayar Melaka.
Diputarlajukan pergerakan masa. Ke zaman merdeka era siber. Apakah masih ada suku sakat Si Kitol yang durjana? Kepada Sdr OKJ yang bijaksana, tolonglah jawab jangan tiada. Janganlah marah kepada kami semua. Kami hanya sekadar bertanya. Takut-takut cucu cicit Si Kitol jual rahsia.
Terima kasih.
Sungguh menarik komentar dato berhujah guna otak tak serabut bahasa indah mempersona membaca nya cerita bab fitnah tak kira siapa raja atau rakyat biasa.
ReplyDeleteKerana fitnah negara huru hara dari seeokor dua kita menerima baha nya sama macam sekarang juga lihat sana lihat sini yang berkuasa tabur wang ringgit merata-rata habis duit rakyat masih merana.
Yang pembakang tabur janji akan buat itu buat ini rakyat terbela dari semua peringkat ini janji bukan palsu ini janji tak ikut nafsu apakah ini betul belaka kita pun tak tahu....
hampir 5 tahun sudah berlalu BN/UMNO berkuasa tanpa dua pertiga tak boleh pinda perlembagaan tak boleh tambah kawasan tetap sama macam dulu juga dan pada tahun depan pasti pilihanraya akan datang kepada kita bebas lah memilih tanpa takut dan rasa bersalah tunaikan kewajipan kita akan bahagia.
PAK JIB ADA ROSMAH pak den ada puan seri yang sentiasa manis disisi muka senyum penuh rahsia tak pernah masam bila berjumpa tak seperti kak mah muka macam sedih tak ceria apakah yang serabut dikepala mana orang tahu...di camp sebelah ada macam2 warna dari tok guru punya perisa untuk dirasa oleh rakyat seperti kita makan minum duduk sekali dengan kita tak rasa janggal tak malu itu lah pemimpin sejati dihiasi peribadi yang tinggi datin sri wan sungguh menawan pelajar terbaik perubatan di negara barat menimba ilmu pengetahuan...saya rasa rakyat malaysia sudah cukup bijaksana memilih pemimpin utama untuk meneraju negara.
Apakah kita masih tidak ada halatuju lagi dalam mengumidi negara yang serba indah dan canggih ini...oh dato sekian sahaja seloka dari orang yang tak pintar ingin berkawan kepada yang dimuliakan...
aslkum Dakj
ReplyDeleteHairan sungguh cara pemikiran insan bernama OKJ.
Bila melibatkan Anuar walaupun mahkamah telah membersihkan beliau dalam kedua2 kes konspirasi , OKJ tanpa ada otak tetus mengungkit perkara ni.
Tapi bila menyentuh tuduhan penglibatan Najib dan yg sewaktu dgnnya, OKJ berpendapat cukup dgn Najib sumpah menafikan.
Agaknya kalau dah banyak makan duit haram hukum Islam pun dibakul sampahkan.
Saya yakin 99.99%
Aslkum Dakj
ReplyDeleteTak cukup lagikah Najib menghina Melayu dgn melantik Mamak jafi KSN.
Tak cukup lagikah Najib melongarkan pengambilan bukan Melayu dalam perkhidmatan awam hingga menggugat hak istimewa Melayu.
Tak cukup lagikah mereka menghina Melayu dgn membiarkan Melayu tanpa pekerjaan atsu seperti sengaja suka Melayu tak punya pekerjaan?
OKJ mungkin ORANG KAMPONG JAWA kot bukan sumpah yang dipinta bukan cakap penafian yang di inginkan tapi siasatan jika siasatan dari segala aspek membersihkan dari tuduhan maka rakyat akan terima tapi siasatan mesti telus dan bersih dari mana2 pengaruh......ada faham ke OKJ ni..negara ada undang2 yang sentiasa dijunjung itu kata2 semua pemimpin negara kita jadi tunggu apa lagi siasat la jangan tangguh2 lagi. PRU13 pun dah nak sampai kegarisan perlumbaan makna nya PRU12 sudah sampai kegarisan penamat tunggu apa lagi kayuh la lari la laju2....Kawan ada dimana-mana itu la untung nya kita tapi biar la kawan yang amanah jujur dan ikhlas jangan jadi kawan2 dato sri anwar ibrahim itu semua tak boleh pakai demi ganjaran tinggalkan kawan dan perjuangan....cakap kat luar bukan main lagi bila dapat jadi senator diam membisu seribu bahasa.....ada yang pernah didakwa rumah ada peluru sekarang senator juga siapa bagi kawan baru nya kalau ikut kawan lama apa dapat zero tak ada apa2 lebih cari kawan baru...itu la rencah2 politik malaysia...........selamat bertugas kepada dato dan kawan2 semua...
ReplyDeleteAssalamualaikum Dato'
ReplyDeleteSaya masih ingat Najib bersumpah di Guar Perahu, Penanti, Permatang Pauh sempena PRK Permatang Pauh.
Dan kita semua dah banyak ulas sempena PRK tersebut!
Kita "biarkan" Najib dengan sumpahnya.
CUMA sebagai ingatan kita sesama Islam, SUMPAH PALSU MENGGUNAKAN NAMA ALLAH adalah salah satu dari DOSA BESAR.
Orang-orang Islam yang mengaku beriman (pada lafaznya sahaja) tetapi tidak mengamalkan suruhan dan larangan Allah swt, SUMPAH PALSU bukan satu perkara SUSAH bagi mereka.
Mereka yang meminum arak, memakan makanan dari sumber yang haram, berzina, golongan fasiq, golongan munafik, BERSUMPAH PALSU DENGAN NAMA ALLAH demi menyelamatkan mereka didunia ini dari hukuman adalah PERKARA ENTENG DAN BIASA bagi mereka, TIDAK SUSAH.
Al-Quran menyebut, mereka yang berzina adalah diketogorikan sebagai orang fasiq, yang HARAM bagi orang beriman mengambil mereka sebagai saksi. Hukum syariah menolak sama sekali kesaksian dari orang-orang fasiq.
Kembali kepada kes sodomi2 contohnya, bila mana pengadu dan pendakwa ditangkap khalwat, jika berlaku zina diantara mereka, dari segi syariah, secara automatik kesaksian mereka tertolak dan wajib ditolak.
DAN JIKA pengadu BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH, (tetapi pada masa yang sama dia berzina), maka sumpahnya atau kesaksiannya juga wajib ditolak.
(SATU KETERANGAN UMUM TANPA MERUJUK KEPADA MANA-MANA PIHAK)
Salam,
ReplyDeleteDatuk dan pembaca-pembaca Datuk,
Pantun Hujung Tahun
Lanun bukan sebarang lanun
Lanun bahaso anunyo bokolip
Pantun bukan sebarang pantun
Pantun budayo maksud tosolit
(ie Ada ubi ada batas
Ada hari boleh balas)
Hujung tahun tutup diari
Refleksi diri ambil inventori
Dalam politik orang mencari
Yang tinggi hemah dan jati diri
Rosak susu nila setitik
Tumpah ke bumi disudu itik
Jangan diharap orang politik
Nurani hitam helahnya licik
Siakap senohong gelama ikan duri
Cakapnya bohong madah berduri
Akhir kata,
Pergi shopping bawa pistol
Suntingkan saya sekuntum mawar
Kalau betul OKJ mengKitol
Eloklah disula di hujung pasar (he he he..)
Ada angin mengatakan PRU mungkin Februari atau Mac 2013. Banyak isu besaq yang kalau tak selesai, kerajaan la ni boleh hanyut.
ReplyDeleteSalam kepada dato, Kawan ada dimana-mana.
ReplyDeleteKawan juga boleh ketawa bila mana kita susah kawan juga boleh pergi jika kita ditimpa musibah kawan juga boleh lari kepada lawan kita jika ganjaran diberi....itu la rencah kawan2 jangan percayakan kawan kerana kawan akan makan kita...ada kawan kebas isteri kawan dia pun ada...ada kawan perkosa anak kawan nya pun ada.....kawan tikam belakang lagi banyak...namun saya ingin berkawan dengan dato untuk menambah pengalaman dan keilmuan...wassalam..
Bonjour DAKJ
ReplyDeleteIzinkan saya respond terhadap sdr Din Melaka dan Pn Rosiah Ismail. Jika kalian berdua betul2 beriman kpd al quran, adalah wajib bagi kalian utk mencari kebenaran. Oleh itu, menjadi t/j kamu berdua utk membaca penghakiman penuh keputusan mahkamah ttg Anwa Ibrahim dan atas alasan apakah beliau dibebaskan. Janganlah membuat penghujahan dgn hanya mendegar hanya sebahgian saja. Satu lagi pesan saya, kalau tak faham juga, bertanyalah dgn org yg tahu bukannya berbincang sesama sendiri dgn yg sama sama tak tahu. Inilah jadinya.
Keduanya, kpd sdr langitbiru, sebelum kita mencerca sumpah laknat seseorang, sdr masih meninggalkan tergantung ttg sembahyang jumaat pada hari sabtu di Azerbaijan. Jika betul sila buktikan, kita tidak sila memohon maaf dgn segera. Merci
PKR berkata ia akan melobi kerajaan Selangor untuk menyekat pembelian sebidang tanah oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang dikaitkan dengan kontroversi antara ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Abdullah.
ReplyDeleteIni kerana tanah itu terletak di Selangor dan memerlukan kelulusan kerajaan negeri untuk memboleh pembelian itu diteruskan.
PKR strategi pengarah Rafizi Ramli (kanan) menyifatkan urusniaga itu - untuk membeli 80 peratus kepentingan Deepak dalam syarikat Astacanggih Sdn Bhd untuk RM30 juta dan membeli tanah seluas 200 ekar dari syarikat Raja Ropiaah, Awan Megah (M) Sdn Bhd untuk RM130 juta - sebagai "lebih teruk daripada tindakan menyelamat" kerana ia adalah satu cubaan untuk membayar semua pihak dan menutup mulut mereka.
Boustead Holding Sdn Bhd milik LTAT telah mengumumkan bahawa ia akan membuat pembelian itu melalui anak syarikat milik penuh yang Bakti Wira Sdn Bhd.
Rafizi berkata PKR masuk campur kerana ia kini membabitkan RM160 juta wang awam yang datangnya dari dana pencen anggota tentera. "
Rafizi menuduh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan LTAT untuk mengeluarkan RM160 juta bagi menyelesaikan skandal tersebut.
"Kita telah kehilangan RM250 juta kerana lembu disebabkan oleh seorang menteri, kita tidak mahu kehilangan RM160 juta lagi wang pesara kerana seorang lagi menteri," katanya merujuk kepada skandal National Feedlot Corporation.
Katanya, oleh kerana tanah itu berada di Selangor, maka ia tanah tidak boleh diurusniagakan tanpa kelulusan kerajaan negeri tetapi mengakui ia tidak mempunyai kuasa dalam menghentikan pembelian saham dalam Astacanggih.
Cuba renungkan laporan malaysiakini....boleh fikir dengan kepala otak kita.
Salam Dato
ReplyDeleteBagi sayalah, sebab UTAMA kejatuhan Melaka ialah kerana mundurnya kita dr segi teknologi semasa pd waktu tersebut. Portugis dtg dgn meriam, senapang, pedang panjang beserta kapalnya galleon & heavy galleon berbanding kita dgn keris, panah dan gajah. Sikitol sentiasa berada dimana-mana, maka diwajibkan setiap kita mendapatkan berita dr kedua belah pihak dan menganalisanya supaya kita berlaku adil dan terhindar dr fitnah.
Pn hanezam, janganlah nak menyula laki orang. Tak baik tu. Apa kata suami you nanti? Sekian TQ.
OKJ keputusan makhamah adalah muktamad percanggahan bukti adalah asas pokok nya jangan ingat kau sorang sahaja yang baca kerana saya baca pakai otak bukan kepala lutut sumpah apa sumpah2 kita dilarang untuk bersumpah jika tiada perbicaraan mengikut kaedah islam..lain OKJ baca dengan betul jangan baca separuh ada faham ker...
ReplyDeleteAslkum Dakj
ReplyDeleteKalau pun Okj hendak sangat bersekongkol dgn pemimpin yg tercemar dgn tuduhan paling parah Okj carilah hujah2 yg bernas bagi membersihkan nama pihak yg Okj suka. Jangan lah buat pernyataan kosong tanpa fakta dan anggap org lain macam tak sekolah.
Sekali lagi saya tegaskan hanya pencacai UMNO peringkat tertinggi sanggup menghina sdr Islamnya yg bernama Anuar Ibrahim dgn tuduhan sodomi tanpa bukti yg solid.
Oleh kerana Okj sudah pergi haji dan rajin jugak pergi masjid maka mintalah nasihat dari ustz yg masih ramai yg baik2 di luar sana. Yg pasti jangan tanya pd ustz UMNO kerana tentu Okj akan dpt jawapan yg Okj suka dengar je.
Sejujurnya saya sangat takut Okj ni termasuk orang yg pintu hatinya Allah telah tutup drpd menerima kebenaran.
Harap2 masih dpt diselamatkan.
OKJ,
ReplyDeleteSila belajar tentang sejarah secara lebih mendalam.
Tanpa kemodenan armada Portugis itu sekalipun, kerajaan Melaka masih dapat bertahan. Hingga buntu si armada Portugis.
Hanya selepas pecah rahsia negara oleh si Kitol maka tumbangnya Melaka.
Jangan hanya pandai kata "Janganlah membuat penghujahan dgn hanya mendegar hanya sebahagian saja." tapi tidak diamalkan.
Ilmu perang melayu hanya keris, panah dan gajah? Cuba baca balik, bila masa melayu guna gajah untuk berperang? Cuba baca balik, zaman Melaka ada ke pendekar yang guna panah?
Tahu ke apa itu ilmu perang orang melayu?
Inilah melayu yang tidak kenal bangsa sendiri. Memalukan.
Fed Up
Dato.
ReplyDeleteTokoh si kitol.
Berhati-hatilah sikitol ini dalam UMNO pun banyak.Dalam Pas pun berlunggok.Dalam PKR pun bercambah.Rambut sama hitam,sama putig.Tapi isi hatinya macam sedia maklum.
Oleh itu kalau sudah sejarah membuat catitan begitu.Maka orang Melayu nak buat macamana nak selesai masaalh sikitol ini.
Kalau Melaka sudah ditakdirkan jatuh apakah Tanah Melayu/Malysia tak boleh jatuh lagi sekali.
Siapakah yang menjadi penyumbang pada kejatuhan Melayu ini.Melayu sana Melayu juga lah.Bukan Melayu adalah tukang doa supaya Melayu cepat makan tanah.
Kalau sudah faham dan kenal si kitol ini.Jangan banyak cakap bertindaa sahajalah .
Pilih lah calon jangan pilih parti.
Kalau parti mana letak calon baik dan bagus bukan berwatak sikitol.Kita undi lah dia.
Tolak sikitol dari semua parti.
Kerana sikitol ada dalam semua parti Melayu.
Terima kasih.
Salam Datuk,
ReplyDeleteDengan izin,
Nak jawab kepada komen OKJ yang off-tangent.
Buat apa pula saya nak menyula laki orang ? Menyula adalah hukuman yang dikenakan oleh pemerintah ke atas pembelot seperti Si Kitol.
Saya belajar Sejarah sampai SRP sahaja. Saya dapat A2. Tapi sampai sekarang saya baca sendiri catatan-catatan Sejarah yang standard, walaupun sesiapa tak pernah paksa.
Saya ada di dalam simpanan saya buku Sejarah Melayu susunan W.G. Shellabear terbitan Fajar Bakti, cetakan kesebelas 1984.
Cerita Si Kitol di dalam buku itu dicatatkan pada "Cetera yang Ketigapuluh Tiga".
Pada mukasurat 196 dicatatkan
"Telah nyatalah diketahui bagaimana fitnah itu daripada Kitul dan Raja Mendeliar datangnya, maka Raja Mendeliar pun disuruh baginda bunuh, dibuangkan dengan rumah tangganya sekali. Akan Kitul disuruh sulakan melintang dengan segala anak bininya, tanah bekas kaki tiangnya pun dibuangkan ke laut; ..."
Jadi, OKJ, bukan saja Kitul yang disula, bininya dan anak-anaknya pun disula sama. Kalau OKJ nak tahu apa bendanya perbuatan sula itu, tengoklah cerita Semerah Padi bikinan P Ramlee (walaupun saya rasa P Ramlee adakan yang tak ada tentang hukuman sula itu dalam filem itu). Ia bukannya apa yang OKJ bayangkan, in OKJ's wildest of imaginations.
By the way OKJ, just to let you know, men with prawn brains are a complete turn-off, so go figure, OKJ. You go figure !
Datuk,
• Saya tahu Datuk ada sifu sejarah. Saya tidak tahu sama ada beliau approve atau tidak Sejarah Melayu yang disusun oleh orang putih. Saya sukar untuk percaya dalam catatan sejarah ada benda-benda magik, contohnya dalam cerita Wan Empok dan Wan Malini. Saya pun tak tahu jika orang putih ada agenda untuk selitkan mitos-mitos dalam legenda melayu.
• Saya percaya OKJ tak da kena mengena dengan perKitolan yang Datuk sebutkan dalam komen datuk kepada OKJ di atas. Jika saya faham dengan betul, saya ‘relate’kan Si Kitol itu dengan india saudagar karpet itu (?).
• Saya tidak tahu pun si kitul disula, hinggalah malam tadi bila saya cari point nak jawab komen OKJ. “Disula di hujung pasar” itu frasa yang saya angkut dari cerita-cerita legenda tulisan Arman Sani, yang saya baca masa kecik. Sangkaan saya bahawa sula adalah hukuman yang dijatuhkan dalam masyarakat melayu kuno bagi kesalahan pembelotan/treason, adalah sekurang-kurangnya, berasas.
• pada masa akan datang saya akan skip membaca komen-komen OKJ supaya tidak lagi menyusahkan diri di kemudian hari.
Jika saya telah menyinggung pembaca-pembaca Datuk, saya memohon maaf yang tidak terhingga.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya ingin bertanya OKJ mengapa dia sangat setia bersekongkol dengan UMNO, padahal dia sering memperlihatkan dirinya seorang yang betul-betul beriman dengan al-Quran?
Sekiranya benar dia beriman sepenuhnya dengan al-Quran, tentu sudah lama dia bercerai talaq tiga dengan UMNO.
Sebagai seorang haji yang selalu "membaca" al-Quran, mustahil Haji OKJ tidak ketemu dengan Ayat 44, 45 dan 47 daripada Surah al-Maidah
yang bermaksud 'barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu kafir (44), zalim (45), fasiq (47).
Bernaskan Ayat-Ayat al-Maidah di atas, oleh sebab kerajaan UMNO memang tidak 'berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah', tetapi sengaja mengguna pakai sistem pemerintahan sekular dengan perlembagaan yang digubal oleh manusia sekular, maka jatuh kafirlah atau zalimlah atau paling inimum pun, fasiqlah kerajaan UMNO dan manusia yang bersekongkol membabi buta dengan UMNO.
Atau, Haji OKJ tidak tahu bahawa tempat kembali manusia fasiq ialah neraka.
Muhasabah dirilah wahai OKJ. Mengucaplah banyak-banyak. Berlapang dadalah anda selalu.
Lagipun, kalau anda beriman dengan al-Quran, mengapa anda takut untuk menegur Najib yang membiarkan Rosmah Mansor berpakaian tidak menutup aurat sehingga dirinya sendiri sebagai suami, berstatus dayus? Mengapa? Mengapa malu anda kepada manusia mengatasi malu anda kepada Allah SWT? Beriman murnikah anda?
Sehubungan dengan Firman Allah dalam Surah al-Maidah: 44, 45 dan 47 itu, terbuktilah bukan Haji Abdul Hadi yang mengkafirkan UMNO. Haji Abdul Hadi melalui 'amanatnya' cuma tolong menyampaikan implikasi daripada Firman Allah yang berkaitan.
Oleh yang demikian, berdosalah sesiapa yang percaya bahawa Haji Abdul Hadi yang mengkafirkan UMNO, lebih-lebih lagi mereka yang mengutuknya.
Nasihat saya kepada Haji OKJ ikhlas.
Wassalam.
As Salaam Dato',
ReplyDelete"...masakan tempua bersarang rendah"?
Biarlah siapa2 bersumpah 40 buah Al Quran sekali pun, masing2 tak dapat menipu diri sendiri, apa lagi Allah. Yang pasti, Altantuya tak akan mati diletupkan "for nothing" dan saya yakin, ramai dikalangan yg hampir dgn Najib/Rosmah, Razak Baginda mau pun Ketua Polis Negara atau AG tahu perkara sebenar. Masing2 bersubahat sama menyembunyikan jerangkong Altantuya di dalam almari pembunuhnya. Takkanlak kita ni bodoh sangat apabila Bala hilang begitu saja dan Razak Baginda lari entah pergi mana, senyap macam tak ada apa2 berlaku!?
Seperti yg pernah saya kata dahulu, semua ini berkenaan dgn naluri dan fitrah - siapa2 saja tidak boleh terima dibunuh dan diperlakukan sebegitu kejam. Dan kalau kita disuruh mencari kebenaran dgn kes seperti tuduhan sex songsang Anwar, kenapa kita dihalang utk mengetahui perkara sebenar tuduhan Najib/Rosmah terlibat dlm membunuh Altantuya?
Saya tak mau komen byk pasal OKJ. Bagi saya kalau diulang2 atau diajar, burung belatok pun akan pandai menasihatkan kita dgn ayat2 Quran dan Hadis. Kita boleh menilai sendiri tulisan2 OKJ, roh dan hikmahnya tak ada.
Teman faham beno akan posting Dato kali ni. Bijak Dato berkata.
ReplyDeleteAssalamualaikum Dato' dgn. izin.
ReplyDeleteMaaf agak terlambat melayari tulisan2 Dato'.Baru sihat.
Jelas pembahas2 dlm. blog Dato' ni orang2 Islam yang bijak, berpengetahuan, terutama dlm. hal2 Agama Islam.
Namun saya dapati agak mengelirukan.Nampak begitu tinggi keislaman dengan merujuk kpd.Al Qur'an dan Al Sunnah tapi ayat2 yang digunakan dlm. blog Dato'sangat dasyat.Penuh dengan kata2 menghina hingga menjadi cacian halus.
Tolonglah rujuk hadis berkaitan caci maki ini dan halusilah maksudnya.Tuan,puan tentu lebih arif.
Berkaitan surah Al Maidah,ayat 44,45 dan 47.Sebenarnya ayat2 inilah yang dijadi alasan,sandaran kenapa UMNO dikafirka oleh Haji Abd Hadi dulu.
Sekarang apabila PAS bergabung dgn. DAP,PKR dlm PR,adakah ayat ini masih diguna pakai ? Apa status PR ? Kafir ke ?
Bila seorang PAS,sekarang pegawai tinggi,ditangkap khalwat dgn. isteri orang,adakah dia dihukum dgn. hukum Allah ? Tidak. Jadi adakah PAS Kelantan masa itu kafir?
Tuan/puan kembalilah kpd. Islam,rujuk dan tafsirlah Al Qur'an dan Al Sunnah dengan betul dan ikhlas.
Kalaupun fahaman politik kita berlainan tetapi agama kita sama ISLAM.
Salam hormat.
Assalamualaikum Dato' dgn. izin.
ReplyDeleteMaaf agak terlambat melayari tulisan2 Dato'.Baru sihat.
Jelas pembahas2 dlm. blog Dato' ni orang2 Islam yang bijak, berpengetahuan, terutama dlm. hal2 Agama Islam.
Namun saya dapati agak mengelirukan.Nampak begitu tinggi keislaman dengan merujuk kpd.Al Qur'an dan Al Sunnah tapi ayat2 yang digunakan dlm. blog Dato'sangat dasyat.Penuh dengan kata2 menghina hingga menjadi cacian halus.
Tolonglah rujuk hadis berkaitan caci maki ini dan halusilah maksudnya.Tuan,puan tentu lebih arif.
Berkaitan surah Al Maidah,ayat 44,45 dan 47.Sebenarnya ayat2 inilah yang dijadi alasan,sandaran kenapa UMNO dikafirka oleh Haji Abd Hadi dulu.
Sekarang apabila PAS bergabung dgn. DAP,PKR dlm PR,adakah ayat ini masih diguna pakai ? Apa status PR ? Kafir ke ?
Bila seorang PAS,sekarang pegawai tinggi,ditangkap khalwat dgn. isteri orang,adakah dia dihukum dgn. hukum Allah ? Tidak. Jadi adakah PAS Kelantan masa itu kafir?
Tuan/puan kembalilah kpd. Islam,rujuk dan tafsirlah Al Qur'an dan Al Sunnah dengan betul dan ikhlas.
Kalaupun fahaman politik kita berlainan tetapi agama kita sama ISLAM.
Salam hormat.
Aslkum Dakj
ReplyDeleteLat Juno ni contoh org UMNO lidah bercabang. Tuduh org yg tak seheluan dgnnya guna bahasa maki dll.
Yg tuduh pemimpin PAS dan PKR dgn pelbagai umgkapan tu bukan maki hamun ke....hina nabilah, hina Allahlah, liberal beragamalah, LBGTlah,sodomilah dll.
Memang antara UMNO dan PAS berbeza. Pemimpin UMNO MUNGKIN, saya ulangi MUNGKIN beragama Islam tapi mereka terang2 tak Islamik dalam banyak urusan....jangan kata saya mengkafirkan mereka pulak ye Lat Juno.
PAS dan PKR memilih bersekongkol dgn DAP kerana walaupun mereka itu kafir , dalam banyak hal mereka itu lebih Islamik.
Memang susah nak beri faham kpd puak tertentu ni.
Kalau org spt Lat Juno tak suka dikafir2kan apa kata kerajaan beri peluang pd yg empunya diri sendiri iaitu TGHA beri penjelasan di tv secara live.....barulah ada klas dan iklas.
Salam Datuk AKJ,
ReplyDeletePost ini adalah post yang paling saya suka baca. Walaupun saya bukan ahli politik, hanya pekerja bawahan tetapi undian saya tetap dapat menentukan pemenang. Ya, memang betul kita kena pandai memilih kawan tapi kadang-kadang kita terpaksa berkawan memandangkan tiada pilihan. Tetapi itu tidak bermakna kita perlu mengikut apa sahaja perbuatan mereka yang tidak elok. Kita semua dikurniakan akal dan fikiran. Berfikirlah dengan jelas, jangan hanyut dek kekayaan semata-mata. Disebabkan kita berada di atas dan mempunyai aset yang lebih dari orang lain, kita lupa. Lupa asal usul kita. Lupa bagaimana kita berusaha dari bawah. Lupa yang kita juga ingin rasa dihargai suatu ketika dulu. Lupa, bahawa pendapat kita juga ingin didengari oleh pihak atasan. Dan yang lebih perit lagi kita lupa, kita hidup di bumi yang sama, bernafas udara yang sama. Sekian.
Assalamualaikum Dato' dgn. izin
ReplyDeleteTerima kasih Din Melaka.
Bahasa saya bukanlah maki hamun, tetapi saya akuilah agak kasar sikit.
Bila saya kata TGNA hina nabi,hina Allah bukan saya menuduh melulu tetapi ada dlm. youtube, dlm TV dan surat khabar.
Nabi Muhammad masa lahir samalah dgn. Mamat2 lain.Kata TGNA dlm. youtube.
Allah pun mencarut..kata TGNA lagi.
Ini seolah-olah mensetarakan Allah dgn.maknusia yang perangai buruk.Suka mencarut.
Fahamilah surah Al Ikhlas, ayat 5," Dia tak ada seorang pun yg. setara dgnNya."
Mengatakan Allah mencarut,saya berpendapat,ini adalah syirik khafi(kecil). Perlu bertaubat segera.Lebih2 lagi kalau keluar dari mulut seorang ulama yang arif akan akibatnya.
Din kata," PAS,PKR memilih bersengkokol dgn. DAP kerana walaupun mereka itu kafir, dlm banyak hal mereka itu lebih Islamik."
Dlm hal ni,Din Melaka perlulah berikan contoh-contohnya agar mudah dibincang dan fahami.
Kalau untuk memantapkan syiar Islam saya sangat bersetuju TGHA muncul di TV kalau sekadar nak jelaskan Amnat Haji Hadi tak payahlah.Kebanyakan orang dah faham.
Salam hormat.
ReplyDeleteOne Month Repair
(nasib baik masih ada waranti)
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/01/18/deepak-come-clean-on-altantuya-najib/
Wizard is learning from Bashar Al-Assad or is it the other way round.