A Kadir Jasin
[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen
saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL
untuk mengulas. Terima kasih.]
KETIKA melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum 2013 Pakatan Rakyat di Shah Alam semalam, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, berkata matlamat menakluki Putrajaya bukanlah untuk membalas dendam tetapi bagi memenuhi harapan rakyat jelata.
Katanya, apa yang rakyat jelata harapkan adalah sebuah kerajaan yang adil dan berkesan.
Saya yakin, maksud kenyataan Anwar itu, sama ada secara tersurat atau tersirat, akan mendapat perhatian rapi pemimpin dan pembesar Barisan Nasional.
Taktik Lembut Memikat Pengundi
Kenyataan beliau itu juga mempunyai mesej yang lebih luas dan psikologi yang mendalam iaitu beliau mahu melembutkan hati pengundi atas pagar dan melegakan perasaan aktivis bawahan BN serta kakitangan awam yang mereka bukanlah sasaran utama PR.
Anwar faham hal ini kerana beliau lama belajar daripada Umno dan BN. Politik parti Anwar bermula dengan Umno, apabila beliau menyertai parti itu pada tahun 1982. dan kekal sebagai Putera Mahkota hingga dipecat pada tahun 1998.
Taktik berlembut ini mungkin lebih berkesan di kalangan pengundi tidak berparti dan di kalangan penyokong bawahan Umno/BN serta di kalangan kakitangan awam, polis dan tentera peringkat rendah dan menengah.
Dalam konteks ini, saya rasa BN tidak boleh terlalu yakin atau mengandaikan yang semua kakitangan awam akan menyokongnya di peti undi.
Andaian umum ialah Anwar akan menjadi Perdana Menteri sekiranya PR menang. Tetapi umum juga tahu yang pemilihan Anwar belum mutakhir kerana ada elemen dalam PR, khasnya PAS, yang kurang selesa dengan beliau sebagai calon Perdana Menteri akibat isu-isu peribadi.
Dilema PR ialah ia tidak mempunyai parti komponen yang dominan manakala ideologi parti-parti anggota pula terlalu berbeza malah saling bercanggah antara satu sama lain.
Manakala PR telah mendahului BN dalam pelancaran manifesto, Pengerusi BN merangkap Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, seperti digambarkan oleh media arus perdana, semakin yakin dengan kepopularitian beliau dan dengan penerimaan rakyat terdapat rancangan-rancangan transformasi yang beliau lancarkan.
Beliau dilaporkan sebagai berkata, beliau akan mengumumkan tarikh PRU setelah beliau yakin yang rakyat sudah menerima kebaikan transformasi dan menikmati hasilnya. Wallahualam.
Belum pernah dalam sejarah Malaysia sejak Merdeka, Gabungan Parti Pembangkang mendahului melancarkan Manifesto PRU. Persoalannya mengapa BN teragak-agak istihar PRU13? Janji-janji yang ditawarkan adalah agak sukar dilaksanakan tetapi tidak mustahil. Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa Manifesto PR untuk PRU13 adalah harapan sebenar setiap Rakyat negara Malaysia.
ReplyDelete"setelah beliau yakin yang rakyat sudah menerima kebaikan transformasi dan menikmati hasilnya."
ReplyDeleteSaya bimbang apabila wang Br1M habis dibelanjakan rakyat sudah lupa pada BN. Jenuh Najib gaghu kepala.
Anwar Ibrahim pun akai jenuhhh.DEpa kata bila dibagi Br1m depa sentai lepas tu depa pun BROOOOOM sokong pakatan rakyat.
Salam dato,
ReplyDeleteBagus tajuk ni.
Saya fikir PM akan umum PRU baru lepas keputusan GDP 3 bulan pertama tahun 2013 kut la.
Tapi, awat lama sangat menanti ni?. Tak ka nanti orangjadi malas nak `kerja kuat' promote BN atau dah letih dah atawa muak dah kerja siang malam... PHYSICAL AND EMOTIONAL FATIQUE la.
Kalau ikut cara kita berniaga ni la,beza BN dengan PR ialah `barang siap/product' yang dijuai kat orang ramai...
BN ada `barang siap/product' yang di juai kat semua orang.PR kena juai PKR punya product kat Selangor,PAS punya product kat Kelantan dan DAP punya product kat Penang...
Sekarang orang dok tenguk, timbang dan pikiaq product siapa terbaik....
Sapa punya product menarik hati mesti laku habis punya laa!...
Ada kawan cina kata,last last dia akan pilih sapa dia ``ingat' yang dapat `pertahan' lesen meniaga dia,dapat terus meniaga,senang beli dan juai barang,bolih tidoq senang tak takut orang bakar kedai dia,cukai tak tinggi sangat,barang tak mahai sangat,sekolah anak dia tak tukaq,ada kolej ...lebih kurang macam tu laa.
Abu Bakar Ab Rahman
PR got election manisfesto
ReplyDeletePR objective is clear, reduce corruptions, wastage, cut down monopolies, increase competition
PR black and white, intend to fix the problem Msian facing, which is high living cost
PR advocate free of intervention of judiaciary power, police from politicians
PR vows to cut wastage, introducer public tenders
Like it or not, the people are the customers now, we buy what we think it beneficial for us
Looking at BN, they have nothing yet, if one can feel the sentiment on the ground, it is not hard to understand by the BN postpone postpone drag the election date
Change is coming and change is good for Malaysia.
Aslkum Dakj
ReplyDeleteSekarang tiba pulak masanya nak "PUJUK" pengundi hantu dan pengundi mee segera agar tak keluar mengundi.
Dakj ada cadangan?
Bagaimana pulak nak perbetulkan permainan kotor SPR yg membuang nama penyokong PR tanpa pengetahwan mereka.
Kita perlukan 50% melayu sokong PR pun dah lebih dari cukup untuk kalahkan pengundi hantu.
pada saya lembut kosong meski pun ada kesan pengundi mengundi pakatan rakyat.
ReplyDeleteAkan tetapi wang berisi power yang sangat besar dan memberi kesan sangat positif kepada pengundi untuk mengundi umno/BN.
Penentu kalah menang umno/BN dan pakatan dalam PRU 13 nanti ialah orang awam bukan kaki tangan kerajaan atau profesional.
mungkin kaki tangan kerajaan dan profesional tak mendaftar sebagai pemilih.
Saya barani berkata kebanyakan kaki tangan kerajaan sudah mual dengan para pemimpin yang memerintah kerajaan sejsk gulu lagi.
pertama kerana telah mengkhianati melayu, agama dan negara dengan amalan rasuah macam irama dan lagu.
Lebih lebih lagi dek perangai para pemimpin inilah melayu sudah hilang serba serbi, termasuk kuasa politik, kuasa ekonomi dan kuasa pendidikan sudah duduk pada tangan orang lain.
Tidak mustahil malaysia akan terlepas ketangan bangsa lain suatu masa nanti dek bantuan orang melayu sendiri sepertimana yang pernah terjadi sebelum ini.
Dato.
ReplyDeleteTahniah pada PR kerana mendahului BN mengistiharkan Manifesto PRU 13.
Nampaknya BN belum bersedia atau belum siap atau belum puas hati atau menunggu buah lawan dulu .
Sabarlah kita juga kena tunggu BN punya Manifesto PRU 13 nya pula.
Terlalu awal untuk buat penilaian sebagai perbandingan antara PR dan BN.
Bila ada keduanya barulah adil untuk dirumuskan dari semua sudut rasional,keupayaan,fantasi,logik,retorik,realiti dan sebagainya.
PR terpaksa agresif walaupun bukan rahsia lagi mereka juga ada kemelut dalaman yang terumbang ambing.
BN pun ada juga masaalah dalamannya terutama isu berebut hendak jadi calon.Ini adalah perangai buruk dalam BN.
Apa juga tema Menifesto yang penting bagaimana hendak memikat 40% pengundi atas pagar yang nampak masih liar dan liat untuk makan umpan BN/PR.Inilah buruan utama BN/PR.
Inilah tugas para khadam BN/PR memburu pengundi atas pagar.
Walau apa faktor sekali pun Calon jangan ambil mudah dan cincai sama sekali.
Semua jangan dabik dada dan sombong atas nama parti mereka.
Pengundi akan nilai siapa calon
Saat ini semua khadam parti amat lembut,mesra,lembut gigi dari gusi
Rasanya PM Najib juga akan istiharkan Menifesto BN.
Menarik sekali PRU 13 nanti.
Rakyat makin matang.
Terima kasih.
As Salam Datuk.
ReplyDeleteApakah persoalan 'mungkin' berdendam memaksakan DSAI menggunakan 'taktik berlembut untuk pujuk pengundi' agar hasrat menjadi PM tercapai dlm PRU ni. Hujah Datuk boleh di persoalkan kalau kita bincang tentang niat. Hanya Allah SWT yg tahu niat seseorg hambanya. Tetapi kita dikurniakan mata dan akal utk menilai niat, sama ada baik, buruk @ hipokrit.
Warwar DSAI nak jadi PM adalah provokasi Tun Mahathir . Kita tahu Tun masih berdendam dng Anwar.UMNO-BN menghitamkan watak Anwar sbg seorang manusia yg tidak ada lansung kebaikan baik semasa Anwar di MCKK, PKPIM, ABIM, MBM, UM, Timb. Menteri, Menteri dan TPM.
Bila kita mengimbas kembali sejarah hidup dan perjuangan Anwar, kita setuju apa yg perkatakan oleh Dr Muhammad Nur Manuti "Anwar sbg insan dianugerah Allah kpd rakyat negara ini" dan ungkapan Presiden PKR, Dr Wan Azizah "Anwar adalah anugerah Allah tidak ternilai untuk rakyat Malaysia".
Salam Dato,
ReplyDelete1.Saya amat yakin dengan kebolehan UMNO/BN meneraju negara.Perubahan landscape politik 2008 memberi banyak transformasi politik dalam UMNO/BN itu sendiri mengatasai kelemahan lampau satelah amat berjaya di zaman Mahathir dulu.
2. Semua tahu BN masih menjadi pilihan rakyat Malaysia satelah melihat kesungguhan Najib bekerja amat kuat meyakinkan rakyat bahawa BN sahaja yang boleh membawa negara ini makju. PR harus di tolak walau apa pun manifesto yang mereka cuba utarakan.Apakah asih ada yang mempercayai janji DSAI?. Janji 16 Sept menakluki Putrajaya terbukti meleset sama sekali.Sekira sebaliknya (PR berjaya) berlaku rakyat juga harus boleh menerimanya.Majority rules kata orang puteh and you must respect majority decision and move on.
3.Saya yakin dari berbagai kajian dari Merdeka Research Centre,The Economist Intelligence Unit (EIU) based in London for The Economist magazine, Pilihan Raya Kampus baru baru ini, trend pilihanraya kecil yang lepas lepas satelah Najib mengambil alih jika mahu dilihat sebagai INDICATOR jawapannya jelas BN masih dihati rakyat.Ia juga bergantung pada integriti calon di kedua belah parti bertanding.Overall, BN masih menjadi pilihan.
4.It is not difficult to read how the Malays will vote for the PRU 13.The Malays support for BN in the Peninsula has always been steady.The worst was in 1999 when the Malays were very angry due to Anwar saga at 50%.In 2008 it was 54% and in 2004 was 62%.
Kindly note too analysis has shown that 40% chinese voted for BN in 2008 as against 56% in 2004.As for the Indians 10% voted for BN in 2008 due to Hindraf and Samy Vellu factors as against 72% in 2008.BN can depend on Malay support as usual, 35 % chinese support and of course at least 50% Indian support.With unlikelyhood of any more Bersih street rallies, no Hindraf like that of 2008 and lots of goodies the mood is set for a fair election with an excellent probability for BN to win handsomely as very imminent indded but without the 2/3 majority though according to my kampong bomoh.
5.Lets be real and not being emotional about it.You voters will be the best judge in the end and the MAJORITY cannot be wrong all this while say what you want to say to my dear pal Din Melaka.Have a good day sir.Cheers.
Untuk menilai sama ada DSAI berlakon untuk menzahirkan niat nak jadi PM lepas PRU ni, izinkan saya mengkisahkan berapa catatan mengenai DSAI di dlm dunia kecil iaitu ketika di tahan di Kem Tahanan Perlindungan Taiping dari 3/12/74 - 11/76.
ReplyDelete1. Anwar ditahan ketika usia lingkungan 24 thn. Masa tu, remaja belia Malaysia spt yg kita lihat dlm filem Cathay Kris @ SB adalah glg yg gemar kpd hiburan dan berpelesiran. Kegiatan dakwah belum menyerlah. Tetapi Anwar selalu mengimamkan solat berjemaah bersama rakan lain. Jam 11.00 pm tidur. Bangun tengahmalam solat tahajud dan baca Qur'an. Kurang menonton tv kecuali siaran berita. Beliau tidak memakai seluar pendek yg dibekalkan kpd tahanan kerana menjaga aurat.
2. Berjaya menjadi ungkapan salam @assalamualaikum sebagai ganti selamat pagi, slmt malam dan sbgnya dikalangan warden bawahan bila bertembung dengan pegawai.
3. Sering bertukar fikiran dng rakan tahanan lain spt Dr Syed Husin, Ibrahim Ali, Adi Sastria dsb bila berkesempatan berkumpul.
Hubungan dng warden pun baik. Pernah beliau meminta seorg pegawai warden mentafsirkan mimpinya iaitu Anwar bermimpi PM baru Tun Hussien Onn datang jumpa dan hadiahkan senaskah Al-Qur'an dan suruh Anwar baca.
4. Anwar gemar membaca dan mencatat. Sering masuk ke kutubkhanah KEMTA dan ke Perpustakaan Awam Taiping cari bahan bacaan dan rujukan.
5. Sangat mencintai ibunya. Setiap kali Mak Yan menziarahinya, dipeluk dan dicium ibunya.
Sebenarnya banyak lagi kisah baik Anwar yg boleh kita baca dari tulisan Sdr Mohd Sayuti, Ahmad Lufti dsb. dan boleh kita menilai peribadi DSAI. Niatnya sungguh murni dan suci.
Akhirkata, saya ingin memetik kata-kata Tn. Selamat (Principal Cheif Warder KEMTA) ketika mengiring Anwar ke hospital Taiping "You semua jaga dia baik-baik. Dia ni bakal Perdana Menteri Malaysia" Wallahualam.
Ybhg Datuk
ReplyDeleteAduh. Terpesona bila baca manifesto PKR. Terima kasih DKAJ kerana link ke situ.
Saya terpesona dengan penggunaan bahasa di dalam manifeto ini. Teringat saya semasa DS Anwar Ibrahim membentangkan bajet semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dahulu. Banyak perkataan dia perkenalkan. Perkataan perkataan daerah diketengahkan.
Antara perkataan yang saya masih ingat dia gunakan pada masa itu ialah GELEMBONG. Perkataan ini hampir sama erti dengan perkataan PEMBONGAK ( Negeri Sembilan) iaitu seseorang yang tinggi retorikanya tetapi kosong. Isinya.
Manifesto ini memang bagus. Ditulis dalam laras memujuk dan saya percaya dapat menawan hati ramai..
Wallahualam
_____________________
Trivia
Siapakah yang menjual kubur isterinya untuk membeli hadiah untuk kekasih?
Assalamualaikum Dato' AKJ
ReplyDeleteSejak akhir2 ini saya dengar Najib mempromosi Transformasi dan yakin rakyat akan menerimanya, yg saya nampak transformasinya tdklah menyengat mana.
Saya sangat mengharapkan supaya Najib menjadikan penentangan terhadap RASUAH dan SALAH GUNA KUASA sebagai agenda utamanya, namun hasrat tersebut tidak kesampaian.
Antara sbbnya,saya yakin, Najib menganggap, tindakan terhadap golongan ini umpama meludah kelangit, inilah masaalahnya...
Sedangkan masalah ini adalah BARAH yg sdg menanti utk membunuh tuannya.
Didlm keadaan negara mengalami depisit belanjawan setiap tahun dan hutang negara sudah menghampiri aras yg sangat bahaya.
Sdgkan di pihak kerajaan BN, tiada langsung sebarang usaha bagi membenteras rasuah besar dan salah guna kuasa, yg menyebabkan wang negara tiris berbilion RM setiap tahun, mcm mana kita mahu mencapai impian wawasan 2020 ?
Jikalaulah ada usaha di pihak kerajaan BN kearah itu, saya pasti akan menyokong BN TETAPI harapan tersebut hanyalah impian sahaja.
Harapan kini hanyalah kpd PR yg di pimpin oleh DSAI, dng rekod zero rasuah, DSAI memang boleh di percayai bagi membawa dan memulihkan ekonomi M'sia dan memacu negara kearah menjayakan wawasan 2020.
Semoga rakyat sedar perkara ini dan memberikan undinya hanya kpd Pakatan Rakyat........ REFORMASI.
Salam Dato...saya rasa perubahan sikap jadi lembut ( pada saya tolerance) tidak membuat orang Melayu lupa sikap terdahulu yang tak pernah langsung beri " credit where it is due ". Pembankang tak pernah akui langsung kebaikan,kejayaan dan budi UMNO dan BN.Kita faham sikap pembankang Cina,tetapi kenapa pembangkang Melayu terikut2 ? Orang Melayu tak suka dengan orang yang tak kenang budi !
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteYBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati.Manifesto PR sudah diumumkan .Ianya selari dengan apa yang sebahagian rakyat mahu.Soal mampu atau tidak melaksananya adalah soalan kedua.Saya rasa BN dalam keadaan sukar menandingi manifesto PR kerana BN perlu mendapat pandangan pihak industri terlebih dahulu. Ini kerana bajet kita mengikut keperluan industri. Teorinya pihak indusri lebih tahu bagaimana menjana pendapatan untuk memajukan negara. Inilah sebabnya peningkatan kos sara hidup terus berlaku di negara kita kerana Kerajaan perlu sokong industri supaya terus untung.Ini jelas bila kita lihat perjanjian antara Kerajaan dengan pihak konsesi terdapat peruntukan membolehkan syarikat menaikkan harga barang dan perkhidmatan untuk menentukan syarikat terus untung. Rakyatlah yang menghadapi perit hidup kerana pihak industri akan dari masa kesemasa menaikkan harga barang untuk menentu syarikat terus untung.
Saya harap PRU 13 ini akan merubah landskap berpolitik kita.Pada masa sekarang terdapat pengasingan ahli-ahli parti politik kita.Mereka dari berlainan parti sukar duduk semeja minum kopi dikhalayak ramai mungkin kerana adanya pendirian "Either you are with us or you are not".
Walaubagaimana pun kita tunggu manifesto BN yang saya percaya akan cuba mengatasi apa yang PR tawarkan.
Sudah lazimnya untuk mendapat sokongan kita misti disenangi kawan dan lawan. Kalau kita garang atau sombong orang akan menjauhi kita.Nampaknya inilah pendekatan yang diguna pakai YB DS Anwar.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.
ReplyDeleteDin Melaka said...
Aslkum Dakj
Sekarang tiba pulak masanya nak "PUJUK" pengundi hantu dan pengundi mee segera agar tak keluar mengundi.
Dakj ada cadangan?
Bagaimana pulak nak perbetulkan permainan kotor SPR yg membuang nama penyokong PR tanpa pengetahwan mereka.
Kita perlukan 50% melayu sokong PR pun dah lebih dari cukup untuk kalahkan pengundi hantu.
3:19 PM
Mungkin saudara boleh huraikan bagaimana pengundi dwi-kerakyatan yang lintas dari Narathiwat ke Kelantan untuk mengundi PAS.
UMNO kena belajar silap-mata dari tok-tok guru PAS ni. Yang mengundi PAS agar dapat kekal kerajaan Kelantan selama 20 tahun tu agaknya malaikat atau wali-wali terdahulu yang bangkit dari kubur kot. Sebab yang undi BN semuanya pengundi hantu.
Salam Dato
ReplyDeleteDapat kah Dato hayati maksud tulisan column Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia(hari ahad) pada 2 minggu yang terakhir lepas ?
Dalam sekali kiasannya dan siapakah yang di maksudkan?
Anwar Bersama Pimpinan Pakatan TAK Berani Tandatangan Ikrar Integriti Pilihanraya.....yang di naungi oleh Transparency International.
ReplyDeleteSemua pemimpin BN dah tandatangan.
Dulu Anwar dan PR menyokong apa jua cadangan TI...
Bukan nak kena angkat sumpah pun.
Salam Dato' Kadir,
ReplyDeleteYang paling menarik tentang Pakatan Rakyat ini ialah KELEMAHAN mereka adalah juga KEKUATAN mereka. Aktivis dan penyokong tegar mereka terdiri dari freethinkers, atheists, communists, agnostics, apostates (murtad), Islamists, Christians. Saya rasa ancaman terbesar kepada Barisan Nasional ialah "kelemahan" ini, iaitu tiada parti dominan dalam Pakatan Rakyat. Setiap pendokong ideologi berasakan mereka mempunyai stake di dalam pakatan ini - komunis, ulama, dan macam-macam.
"Kelemahan" Pakatan Rakyat ialah juga "kekuatan" mereka. Ancaman kepada Umno ialah "kelemahan" ini. Ulama, ustaz, sosialis, komunis, freethinker, etc etc semuanya berasa mereka mempunyai stake di dalam Pakatan ini. "Kelemahan" ini sangat bahaya untuk BN!
ReplyDeleteDato komen berat sebelah mungkin dato juga penyokong tegar umno yang masih segar seperti tahun 60an tapi kita perlu ingat umno yang ada adalah umno baru yang dipimpin oleh mereka yang tamak haloba....cuba semak dipejabat ROC tahun berapakah umno didaftarkan? semangat dan jiwa umno sudah dimatikan...itu kesimpulan nya...TQ DATO.
ReplyDeletesaya hanya mahukan harga petrol murah, tol dihapuskan, ptptn percuma, harga barang diturunkan, jurang perbezaan miskin,sederhana,kaya dirapatkan, kerajaan yg bersih rasuah spt kerajaan kelantan yg dpt pujian dari SPRM sendiri.. itu aje..
ReplyDeleteTiada istilah "tidak berani" menandatangani ikrar integriti. Sebabnya tiada undang-undang pun dikaitkan dengan ikrar ini. Cuma Transparency Malaysia mengemukakan ikrar ini kepada Najib terlebih dahulu, kemudian meminta Pakatan Rakyat mengikuti jejak Najib. Saya rasa Transparency International Malaysia memang menerima dana daripada kerajaan Malaysia. Mereka juga berpolitik sebenarnya, cuma mereka tidak cukup lasak untuk bertarung di dalam gelanggang seperti Umno, Pas, PKR dan DAP.
ReplyDeleteManifesto lembut PR pujuk pengundi :
ReplyDelete1. Kami berJANJI akan tabur lebih banyak JANJI.
2. Jika tak cukup juga JANJI, kami akan tabur lagiii banyak JANJI
3. Itulah JANJI kami..
4. Manifesto kami ini bukan lah sabuah JANJI.
Sdra Kermit,
ReplyDeleteIanya tidak semudah itu.Semua parti boleh buat janji .Britain juga pengeluar minyak melalui North Sea.Ada pernah tinggal di Britain?.Tahu beraoakah harga satu litre minyak Ron 95/97 ?.Cubs tanya kawan kawan yang pernah kesana.
Kerajaan Kelantan bersih ?.Adakah ayer yang orang Kelantan minum tu juga bersih ?.Tak hairanlah ramai puak puak demer dari Kelantan ni gak berhijrah mencari rezeji di tempat dan negeri lain.Tidak ada yang boleh dibanggakan Kelantan di bawah Pas ni sebenarnya.
"Saya yakin, maksud kenyataan Anwar itu, sama ada secara tersurat atau tersirat, akan mendapat perhatian rapi pemimpin dan pembesar Barisan Nasional."
ReplyDeleteYA, BENAR.
SEBAB MEREKA SEMUA TAHU, ANWAR BOLEH!
SEBAB MEREKA SEMUA TAHU, SESIAPA BERKUASA, DUIT KERAJAAN PUNYA BANYAK, APA NAK BUAT SEMUA BOLEH.
SEMUA BOLEH, INSYAALLAH
NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH......BERBAKUL-BAKUL LAH TUKANG AMPU NAJIB KATA TAK BOLEH, TAPI DALAM HATI MEREKA , MEREKA YAKIN ANWAR BOLEH.
HA HA HA HA HA
MULUT KATA LAIN, HATI KATA LAIN
MACAMMANA NAK BERJUANG???
macam mana hendak hapuskan rasuah, sedangkan rasuah yang diamalkan kerajaan umno/BN macam iramma dan lagu yang jelas tidak boleh dipisahkan.
ReplyDeleteJika dipisahkan rosaklah rancangan segala rancangan para pemimpin umno/BN.
Salam Dato AKJ
ReplyDeleteLidah PR memang tidak bertulang...
-pepatah Melayu lama-
sabah - lokasi pengkalan tentera laut Amerika Syarikat yang baru
ReplyDeleteAmerika Syarikat mempunyai hasrat yang tinggi untuk mendirikan sebuah Naval Base di rantau Asia Tenggara.
Selepas penutupan Clark Base dinegara Filipina beberapa tahun yang lampau, Amerika tidak mempunyai pangkalan tentera laut (navy base) yang kukuh serta yang dapat membenarkannya menjalankan operasi penuh dengan kapal pengangkut pesawat berkuasa nuclear (nuclear powered aircraft carrier).
Pada akhir-akhir ini, Amerika Syarikat bertambah terdesak untuk mendirikan Naval Base oleh kerana kebangkitan Negara Cina dan pertikaian wilayah diLaut Cina Selatan.
Amerika perlu segera mendirikan sebuah pangkalan tentera laut dan memerlukan sebuah negara yang menyokong kehendaknya.
Mengapa Sabah
Amerika menemui jawapan mereka di Sabah.
Sebuah kajian teliti dan risikan telah dilakukan oleh Pentagon dan mendapati Sabah mempunyai lokasi serta kemudahan dan perairan yang sesuai untuk mendirikan pangkalan tentera laut.
Jarak diantara Sabah dan Negara Cina serta Sabah dan Filipina menjadikannya lokasi yang terbaik untuk apa jua operasi tentera laut di Laut Cina Selatan serta perairan-perairan yang berkaitan.
Halangan
Buat masa ini, Amerika tidak dapat membuat apa-apa di Sabah kerana atas dasar dan prinsip, Kerajaan Malaysia tidak akan membenarkan Amerika mendirikan Naval Base di Sabah.
Ini kerana asset-aset penting Tentera Laut DiRaja Malaysia, terutamanya kapal-kapal selam TLDM berpangakalan diSepanggar.
Terdapat juga beberapa sebab tertentu mengapa Amerika tidak boleh mendirikan Naval Base disini.
Jawapan
Amerika dapat menjadikan impian mereka kenyataan hanya jika kerajaan Sabah (serta Putrajaya) jatuh ditangan pembangkang.
Amerika mempunyai agen di Malaysia yang dapat membantu mereka (kita semua tahu siapa tokoh politik ini).
Dengan menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk kepada tokoh ini, maka dapatlah Amerika mencapai matlamat mereka.
Tokoh politik parti pembangkang ini memang pandai berurusan dengan Amerika.
pada 17 Januari sabuah kapal peninjau Amerika USS Guardian yang amat canggih telah terkandas di kawasan terumbu karang tidak jauh dari perairan Sabah.
amat anih kerana pihak berkuasa Filipina juga telah berulangkali memberi amaran kepada kapten kapal USS guardian agar menjauhi kawsan terumbu karang disamping kapal itu sendiri mempunyai alat navigasi yang canggih.
Tidak lama selepas itu sewaktu Tahun baru Cina anwar sibuk berada di beberapa kawasan di sekitar Sabah...
24 hari lepas kesah kapa lUSS guardian terkandas, tiba tiba datang pula askar sultan sulu?? mendarat di lahat datudan menuntut sabah ???
Siapakah di sebalik rentetan peristiwa aneh ini ya ?? anda boleh agak sendiri..
baca lagi...
Kota Kinabalu dan Sepanggar bakal menjadi daerah hiburan (red-light district) untuk tentera Amerika Syarikat, sama seperti daerah Clark Fields di negara Filipina.
Hiburan malam, pelacuran, arak dan perjudian…itulah yang bakal menjadi tarikan utama di Kota Kinabalu dan Sepanggar jika Sabah jatuh ditangan Pakatan Rakyat.
Nasib bandar utama di Sabah ini boleh dikatakan akan hampir sama seperti diClark Fields yang menjadi tempat hiburan askar-askar tentera laut Amerika Syarikat dan juga SElangor dan Penang bila mana pusat urut dan hiburan dadah tumbuh seperti cendawan.
Sebaik saja mengambil kuasa negeri Sabah, Pakatan Rakyat akan membuka jalan untuk Amerika Syarikat medirikan sebuah US Naval Base di Sabah.
Jika pelan ini menjadi realiti, ribuan askar US Navy akan bertumpu ke Sepanggar dan KK.
ini lah dia antara udang di sebalik taktik lembut mereka..
Dato',
ReplyDeleteBN bernasib baik kerana PR masih dipimpin oleh graduan lepasan universiti UMNO. Lepasan UMNO ini masih bersikap seperti UMNO walaupun sudah berpindah rumah.
Tunggulah hingga PR benar benar dipimpin oleh mereka yang tiada langsung darah UMNO di dalamnya yang mana besarlah kemungkinan tidak bertindak/berkelakuan seperti UMNO maka pada masa itu pastilah rakyat akan mendapat alternatif yang berbeda dari kerajaan najib.
Selagi PR masih bercekau dan berkelakuan seperti UMNO maka tiada lah keperluan untuk rakyat beralih selera. PR yang ada sekarang ini hanya sesuai dijadikan pembangkang yang kuat.
ReplyDeleteMemujuk itu memang kepakaran ketua umum PKR.
jika tidak, masakan ramai mangsa yang
terkulai layu oleh pujuk rayunya itu....
ReplyDeletejika haiwan di pegang pada tali nya
manusia di pegang pada janji nya
tapi manifesto itu bukan janji nya
Memujuk Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.
ReplyDeleteBagai belacan dikerat dua - yang pergi busuk, yang tinggal
ReplyDeletehanyir.
Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis.
ReplyDeleteContoh: Tak usahlah membuat berbagai-bagai cadangan untuk memeriahkan lagi majlis kahwin anak kita tu. Kita juga yang akan membiayainya.
jika terjadi apa apa, yang menanggung kita juga, dia sekeluarga di bawa lari ke Amerika.
Sekarang ini sudah terbalik ceramah maki hamun ialah datang nya dari puak2 yang dahulunya bersopan santun tapi sekarang PR sudah pandai bersopan ceramah tidak menjerit-jerit lagi tapi puak2 BN pulak yang memekik dan memaki tuduh orang pelacur la itu la itu la ada peribahasa PAKU DULANG PAKU SERPIH MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH...jadi insaf la orang sudah berubah perlukan fakta bukan memekik macam kena sampok dengan syaitan yang dikenali...TQ DATO
ReplyDeleteDaya saing melayu untuk jadi penentu dalam PRU 13 dan sterus nya semakin lemah dan semakin tidak dihormati. Kalau di penang sambutan nya besar-besaran sehingga panggil artis dari korea artis termahal pada masa kini untuk 8 minit Rm 2juta terbang macam angin sahaja demi meraih sokongan dari pengundi kaum cina tapi kaum melayu terpinggir adalah wang ehsan Rm 500 itu pun terpaksa dengan madah berhelah dulu itu la pebezaan melayu dan bukan melayu amat jauh sekali umpama langit dan bumi....sedar atau tidak dato tinggal di sebelah mana saya tak tahu...apakah benar melayu penentu kuasa dalam aspek memilih kerajaan melalui pilihanraya ya mungkin ia mungkin tidak jadi kita mesti memikirkan sesuatu agar bangsa melayu adalah peneraju negara malaysia tercinta ini..sekian dato..
ReplyDeleteYbhg Datuk
ReplyDeleteKata PR... kami berhempas pulas menyediakan manifesto untuk pilihan raya. Kami telah bersedia.
Kami adalah pakatan yang paling terancang.
Kata BN.... sewaktu kamu berhempas pulas menyediakan manifesto 2013 , kami berhempas pulas melaksanakan manifesto. Tahun 208 sehingga saat akhir. Itu sebab kami terlewat.
Kata rakyat...
Wallahualam
--------------------
Dapatkah Gangnam Style. bertahan dengan kehadiran Harlem Shake meme.
Mengundi BN kerana dapat BRIM. Rendahnya aklak penyokong BN.
ReplyDeleteDato.
ReplyDeleteMenifseto BN/PR PRU 13.
Bila BN/PR ada manifesto.
Eloklah mana-mana pihak buat satu seminar atau bengkel membincangkan
realiti dan fantasi manifesto mereka.
Buat satu penilaian bedasarkan keupayaan BN/PR untuk laksana nanti.
Tak perlu masuk media mana mana pihak.Memadai kumpulan ini buat secara kumpulan yang kecil ditempat masing-masing.
Bahas dan bincanglah ikut lunas-lunas demokrasi.
Sudah tiba masa nya pengundi di Malaysia menjadi pengundi yang dinamik bukan lagi kena cucuk hidung mana-mana pihak.
Anggaplah segala promosi ini sebagai pelaris ubat menjelang PRU.
Selamat mengundi pilihlah calon terbaik jangan kira parti.
Terima kasih.
Dato.
ReplyDeleteMenifseto BN/PR PRU 13.
Bila BN/PR ada manifesto.
Eloklah mana-mana pihak buat satu seminar atau bengkel membincangkan
realiti dan fantasi manifesto mereka.
Buat satu penilaian bedasarkan keupayaan BN/PR untuk laksana nanti.
Tak perlu masuk media mana mana pihak.Memadai kumpulan ini buat secara kumpulan yang kecil ditempat masing-masing.
Bahas dan bincanglah ikut lunas-lunas demokrasi.
Sudah tiba masa nya pengundi di Malaysia menjadi pengundi yang dinamik bukan lagi kena cucuk hidung mana-mana pihak.
Anggaplah segala promosi ini sebagai pelaris ubat menjelang PRU.
Selamat mengundi pilihlah calon terbaik jangan kira parti.
Terima kasih.
Sdr RakyatSA
ReplyDelete"Persoalannya mengapa BN teragak-agak istihar PRU13?"
Tak silap saya (bedasarkan pengalaman PRU lalu) ia sesuatu yang disegajakan atau memang strategi BN, kerana ada peluang menirunya atau buat "counter" terus.
...SAJI
Assalamualaikum,
ReplyDeleteYBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Nampaknya negara kita akan berubah kepada lebih mesra rakyat dari mengutamakan koporat tidak kira siapa yang menang PRU 13.Ini berpandukan kepada menifesto PR yang pada mulanya diserang habis-habisan tetapi lama kelamaan terpaksa diambil kira BN dalam penyediaan menifesto mereka. Ini adalah kerana rakyat adalah penentu siapa yang bakal diberi amanah untuk memerintah negara. Rakyat tahu sekarang mereka ada pilihan kerana sekarang terdapat dua kumpulan yang seimbang.
Yang penting kita hendaklah memilih wakil yang berwibawa dan tidak bermasalah yang berjiwa rakyat.Tidak seperti dahulu kita serahkan segala-galanya kepada pemimpin untuk membuat keputusan kita hendaklah memberitahu kepada mereka apa yang kita harapkan dari mereka.Insyaallah kita akan kembali yakin bahawa negara kita mampu terus maju selepas ini.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya
Aslkum Dakj
ReplyDeleteKetika Nabi kita berjaya menawan kota Mekah baginda tidak membalas dendam kepada sesiapa yg pernah zalim terhadap baginda.
Rasanya ANUAR belajar sejarah dan memilih mejejak perbuatan mulia Nabi jika menang nanti.....amin
Salam semua,
ReplyDeleteSaya amat tertarik dengan analisa sdra Orang Sabah benci Anuar.Sekira diperhalusi kebarangkaliannya brlaku tidaklah mustahil.Hanya mereka yang dalam the intelligence underworld yang dapat melihat theory yang saperti ini.Orang biasa saperti kita tidak nampak.It takes a spy to know a spy kata orang puteh.Kita telah lihat di Iraq, Syria,Mesir dan negara arab di Timor Tengah.
Anwar has nothing to lose.He has the ability to topple the BN gomen by hook or by crooks via his good Western allies you know who.His streets rallies ala Arab Spring failsll miserably.No wonder no one believe him anymore.Anwar will not make it.
Lahuma,
ReplyDeleteKepada calun-calun di tempat saya di Selangor, saya akan tanya yang berikut :
Kepada BN : Apa akan jadi kepada 1MEDIC, GST dan polisi stok penimbal bahan makanan negara.
Kepada PR : Ada berapa aliran dalam sistem pendidikan, pelan pembayaran hutang negara dan polisi stok penimbal bahan makanan negara.
Fed Up
BR1M = Beri Rasuah 1 Malaysia. Period!!!
ReplyDeleteDato.
ReplyDeleteYang dihormati sdr Fed Up.
Saya setuju soalan begitu dijual pula pada calun-calun nanti.
Ini adalah manifesto dari pengundi yang dinamik macam saudara bukan statik macam ketul ais.
Biar pengundi juga nampak cerdik daripada calun sebelum mengundi calon yang terbaik.
Tahniah.
Terima kasih.
Aslkum Dakj
ReplyDeletePada tahun 1980 tukaran Sing Dollar dan Rgti ialah SD1=RM1.06 Sekarang dah jadi RM2.52.
Jawapannya senang je. Ekonomi Malaysia bocor dek kerana raduah dan pelarian wang keluar negara secara haram tanpa kelulusan BNM.
Takkan nak salah pembangkang pulak.
Mengenai proton projek Mshadir. Kalau 28 tshun dahulu diberi perlindungan masuk akallah. Tapi kalau kereta Korea yg umur sebaya bolah hidup sendiri kenapa proton masih nak susahkan rakyat.
Kalau proton nak terus untung secsra tulin ia perlu keluar dan jual 1 juta unit setahun. Kalau tidak lebih baik tutup . Atau lebih baik dijual sebab pekerja boleh terus bekerja.
Masaalahnya penadihat proton akan rasa hilang kemaluan. Lain kali bagi orang yg pakar kewangan buat keputusan.
Tahukah anda harga kereta honda accord dan toyota camry hanya 50% drpd harga di Malaysia.
Itu baru satu contoh.
Kalau nak kereta harga murah kenalah cuba PAKATAN RAKYAT .
Memang pedih jadi peniaga used cars jika PR menang. Tapi kan sekejap je. Nasib rakyat yg berjuta2 yg ditindas lebih perlu di beri perhatian.
Pas kedah pun banyak buat janji mohong rakyat.
ReplyDeleteNak nafi apa lagi.
Aslkum Dakj
ReplyDeleteBERKENAAN MANIFESTO PAKATAN RAKYAT.
Malunya ahli2 UMNOBN.
Tiada siapa pun yg benar2 jantan dalam UMNO yg berani debat secara terbuka dgn Pakatan Rakyat.
Nak harap manifesto sendiri dah lah tak ada. Buat lah homework sikit untuk debat. Kata nak jadi negara maju.
Najib dah tentulah menikus serba serbi. Graduan Oxford macam Khairy pun tak berani debat dgn Rafizi.
Mana dia jaguh2 lain dalam UMNO yg tak kurang handal.
Mana dia professor2 kangkong dari UUM, UKM, UTM yg jadi ketua2 kluster Majlis Professor Negara? Inilah peluang besar balas budi UMNOBN dgn perah otak berdebat serta patahkan hujah2 wakil PR. Takkan tak mau ambil peluang ini untuk tonjolkan lagi diri.
Kalau tiada yg berani bererti Manifesto PR bukan mustahil dilaksana jika rakyat terutama Melayu enggan diperbodoh lagi oleh UMNOBN.
aku ada kereta wira tahun 2006...kereta ni aku sayang sebab kereta ni la bawak aku sekeluarga selama ni dan lagi satu aku tak nak ada beban hutang lagi.....tapi satu yang aku paling kecewa tentang kereta ni dimana ketahanan bodynye....injin masih tip-top..sebab aku jaga dengan betul...tapi bab body aku kecewa sangat...sebab dah menggelembung sana sini....tukang cat cakap...sebab proton pakai silicon yang murah tu yang jadi macam tu...kalau nak ikut kereta mitshubisi yang sama model ngan proton tak pulak macam tu kat kereta potong...mintak rakan2 bagi komen perlu kah kita beli kereta malaysia lagi.....insan yang kecewa.....lepas ni aku amik kereta import pulak la...walau pun berat hati nak berhutang lagi....
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteYBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati.YAB PM kata menisfesto BN akan meliputi semua perkara yang telah ditepati BN. YAB TPM pula menyatakan ianya akan diumumkan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Sementara itu menifesto PR sedang dibincang dengan seluas-luasnya. Ada yang menolaknya dan tidak kurang pula ada yang menyatakan ianya baik untuk rakyat. Yang menariknya ada pihak menyatakan kekecewaan mereka kerana keperluan mereka tidak dimasukkan dalam menifesto tersebut walaupun PR bukannya Kerajaan yang mentadbir negara. Mereka seolah-olahnya tidak mahu ketinggalan keretapi andainya PR berjaya membentuk Kerajaan.
Pada masa sekarang saya tidak nampak BN bergerak sebagai satu pasukan untuk menghadapi PRU 13. Adakah ini kerana pemimpin-pemimpin BN belum pasti samada mereka akan bertanding atau tidak sebelum bekerja keras untuk kemenangan parti.
Kepada kita pengundi marilah kita sebagai satu kumpulan menyatakan apa yang kita harapkan dari ahli politik kita .Lupakanlah masa kita kurang bercampur kerana pendirian parti politik yang kita dukong. Kenangkanlah masa gembira lampau semasa kita bawah satu kem sebelum perpecahan atas perkara amat kecil yang sungguh merugikan sekarang.
Kepada pemimpin calunkanlah individu yang tidak bermasalah supaya dapat kami beri undi kami dengan senang hati.Matlamat akhirnya kami mahukan wakil kami terdiri dari mereka-mereka yang berakhlak tinggi dan amanah.
Raja Abdul Rahman bin Raja mohammad Dain,
Pencetus Strtegic Vision,
Petaling Jaya
Saudara Din Melaka
ReplyDeletedalam insiden Lahat Datu, 3 polis Melayu terkorban dan 2 polis Melayu tercedera, 10 penceroboh Sulu Melayu terbunuh ( Al fatehah kepada yang terkorban dan kasihan kepada keluarga mereka )
kemudian datang pula Tian Chua aktivis Cina pencacai anwar berkata ini semua konspirasi Melayu Umno.
should i say more....
Saya fikir, taktik lembut atau taktik ugut, untuk dapatkan undi adalah pilihan parti. Rakyat yang jiwanya lemah dan yang tak faham hujung pangkal selok belok PRU memang mudah diraih undinya secara ugutan, yang faham tetapi masih sangsi, eloklah dipujuk secara lembut. Siapa pun yang bertanding PRU nanti, pada perhitungan masing-masing, yang penting ialah undi.
ReplyDeleteSedang kita rancak cakap-cakap PRU, tiba-tiba berlaku pertumpahan darah di Lahad Datu. Itu pertempuran ATM/PDRM dengan platun kecil Sultan Sulu (?). Bayangkan senario yang lebih besar. Pengalaman PDRM dengan Ibrahim Libya langsung tak boleh dipakai; macamana nak bandingkan lawan kelompok bersenjatakan cangkul dengan kelompok yang ada raifel. Ini yang dikatakan buku bertemu ruas (kecil).
Pesisiran Sabah dari Semporna hingga Tawau sudah ada ribuan PATI keturunan Sulu yang bertapak disitu puluhan tahun. Kalau kes ini tak dikendalikan secara bijak, Sabah akan menjadi satu front perang gerila antara etnik Sulu dengan ATM/PDRM. Hanya dengan suntikan wang dari pihak yang bercita-cita disitu, etnik Sulu boleh jadi militan bersenjata pelancar roket, stinger dan AK-47. Inilah bahayanya jika kita sambil lewa dalam hal PATI, apatah lagi jika kita perjudikan keselamatan negara dengan memberikan MyKad untuk undi. Silap gaya, kalau Iraq/Turki/Iran adalah masalah Kurdi tak mustahil kita nanti ada Kurdi kita sendiri kerana di Sabah ada PATI etnik Sulu, Bajau dan Bugis.
selepas kedua-dua bn/pr membentangkan manifesto masing-masing kita rakyat malaysia ingin sekali melihat ketua pembangkang & perdana menteri berdebat secara langsung di tv perdana. kedua-dua memberi hujah mempertahan dan menghurai dgn fakta manifesto masing-masing. dato tentu maklum sebelah mana yg akan menolak idea bernas ini.
ReplyDeleteAslkum Dakj
ReplyDeleteSdr Melayu Melaka.
Umnobn memang terkenal tak ikhlas dalam banyak perkara dan suka ambil atau curi credit yg sepatutnya bukan hak mereka.
Ambil contoh br1m. Kalau UMNOBN selama ini urus ekonomi dgn hebat, tiadalah kemiskinan tegar di Malaysia. Oleh kerana telaalu banyak Melayu miskin, sedangkan PRU dah dekat maka UMNOBN pun dah panik maka datanglah idea bangsat bernama br1m. Idea yg budak sekolah pun tau yg ianya tak ikhlas tapi cuma langkah jangka pendek UMNOBN nak tutup kelemahan diri. Nak bagi pulak rakyat di paksa dengar ceramah UMNOBN. Ikhlas ke tu.
So apabila kita lihat berapa lembabnya kerajaan menangani isu penceroboh di lahat datu maka saya cenderung untuk setuju dgn kenyataan Tian Chua bahawa kerajaan melengah2kan penyelesaian isu ini demi menuntut kredit dan menggunakan isu ini untuk "memaksa" rakyat bersatu dibelakang kerajaan dalam "menpertahankan" diri dari serangan our common enemies. ......konon.
Malah Utusan dan Bernama pun tanpa malu menuduh bahawa kejadian di Sabah ada kaitan dgn ANUAR. Yg ni apa pulak komen sdr Melayu Melaka?
Berlawan dgn Melayu Sulu dgn senjata kuno dan polis Melayu Malaysia boleh mati? Memang ada yg tak kena. Dan orang2 bijak mesti tanya lebih banyak soalan. Jangan ambil bulat2 apa kata tv 3 dan utusan.
Sdr Melayu Melaka kenapa tak tanya kenapa kerajaan hantar polis? Kemana perginya tentera kita?
Adakah kerana menteri tertentu nak curi dan cari nama?
Aslkum Dakj
ReplyDeleteMinta izin sambung pasal penceroboh di lahat datu.
Bab menipu memang NAJIB dan konco bergeliga.Kenapa?
Isu penceroboh ini akan menyebabkan soal beribu2 pendatang asing haram yg di beri ic oleh NAJIB dilupakan buat sementara.
Bila isu ini pulak dikaitkan dgn pembangkang yg dituduh menyusupkan penceroboh berkenaan maka sedikit sebanyak akan mengalihkan masa dan tenaga PR untuk menepis tuduhan yg tak perlu. Apalah beza dgn tuduhan UMNO yg ANUAR tu homoseks dan biseksual.
Bila ada polis Melayu yg mati maka orang2 UMNO dan atas pagar yg tak berapa cerdik segera menuding jari menyalahkan pembangkang setelah mendengar ulasan berita tv 3, utusan dan bernama.
NAJIB pun dengan secepat kilat terus mengistiharkan kenaikan pangkat polis yg meninggal dunia. Skrip ni nampak macam tak ori dan ikhlas.
Polis Melayu mati tak pe asal NAJIB boleh nampak macam hero dan berlagak perihatin di kaca tv waktu melawat keluarga mangsa. Tak payah keluar duit juta2 nak tarik sokongan rakyat terutama Melayu.
Bila rakyat persoal cara kerajaan tangani soal lahat datu, mereka dituduh cuba politikkan isu. Jawapan standard.
Cuba perhatikan tektik, NAJIB lawat GAZA. Gara2 takut Barat dan Amerika, mana NAJIB berani iktiraf pemimpin HAMAS diGAZA. Tapi dek kemaruk nak nampak petihatin pd nasib Palastin bila PRU dah hampir maka NAJIB pun singgah GAZA beberapa jam. Semua media UMNOBN war2 macam nak rak. Bila balik ketua2 UMNO dah tunggu di KLIA dgn beribu2 penyokong yg diangkut dan di bayar. NAJIB
disambut sebagai hero.......hidup Melayu.
Sah bahawa sambutan besar2an terhadap NAJIB waktu kembali dari GAZA bukan sepontan tapi telah di rancang dgn rapi.
Bak ksta P Ramli... memang pandai....tapi otak menipu.
Jangan2 kerajaan nak tunggu sehari sebelum hari mengundi baru nak gempor penceroboh tu.
Harap2 saya silap
Salam Dato,
ReplyDeleteSaya rasa rakyat kena tuntut dua2 belah kem politik jadikan menifesto mereka suatu perjanjian , mcm kontrak drpd dok jaja temberang sampah mcm skrg... kalo kontrak perjanjian bila mana2 pihak tak tunai rakyat ada hak nak saman kat mahkamah..tak tunai janji2 kpd rakyat bila dah menang boleh diklasifikasikan sebagai MUNAFIK POLITIK..
wasalam
("/)
AKJ
ReplyDeleteBegini lah cara nya bilamana anwar ibrahomo bermain catur.
yang penting baginya, "KING" harus terus hidup.
Baginya, penasihat mahupun "queen" nya @ wan azizah, bila ANWAR tersepit, harus di korban kan demi kesinambungan nyawa "KING"
apatah lagi "PAWN" DAN "KUDA", itu semua perlu di korbankan terlebih dahulu DI AWAL PERMAINAN.
ini lah amalan anwar ibrahomo yang patut kita kenali ( sejak dia mula masuk Sabah 90an dahulu ) ya itu MATLAMAT MENGHALALKAN CARA
tidak di kira dia orang lain terutama kita MARHAEM yang di bawah.
Assalamualaikum...
ReplyDeletesgt menyedihkan...m`sia dipenuhi org2 yg hanya mahu ditolong xmahu menolong...di negara lain pemimpin yg adew skendel buleh berenti walo xdew gmabo n video tersebar luas...di m`sia masih di puja puja...WOW....dulu n la ni saya cuma merasai pertolong kerajaan secara xlangsung jew ie jalanraya
kerje(tahap miskin nyer gaji-syukur) n lelain...brim klim melim selim saya xdpt tp saya tetap bersyukur sbb mungkin adew yg lebih memerlukan dr saya...saya bkn baik tp saya nk jd baik dan pas/pkr/pr bkn platform terbaik..
saya bkn penyokong tegar bn tp saya xdew pilihan lain..pr..!?..no road..pas!?..TAAAAAKOOOOOT...aqidah saya mesti saya jaga...dunia ini segala galanyer perlu duit tp xsume kena adew duit....life is freeeee....senyum senyum senyum....