A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila
guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama
samaran.]
DULU kita beraya ke hulu hilir
dengan basikal tua. Itu pun bukan semua orang mampu memilikinya. Hercules dan
Raleigh adalah simbol status dan jenama pilihan.
Logo Basikal Hercules |
Raleigh Antara Basikal Pilihan Ramai |
Hari ini, busuk-busuk pun
motosikal Honda, Modenas, Suzuki dan Yamaha. Simbol status adalah Samsung
Galaxy s4.
Telefon Pintar Idaman: Di Seberang Meja Pun Hantar SMS |
Anak peneroka Felda pun dah ada
yang pakai Porsche Carrera. Apatah lagilah
city slicker yang dapat kontrak pilihan raya.
Porsche Bukan Asing Lagi Kepada "Melayu Baru" |
Tapi, kata
seorang doktor muda di Hospital Daerah Hulu Selangor di KKB, penyakit kudis
buta masih berleluasa. Saya sangka itu penyakit orang kampung totok zaman
pra-merdeka.
Rupa-rupanya
dalam kita dihidangkan dengan agenda
negara maju berpendapatan tinggi, kudis buta, kurap dan panau ada lagi.
Batuk kering, kata doktor muda itu lagi, makin menjadi-jadi.
Lama Lepas Merdeka, Kudis Buta Masih Ada |
Bagi orang tua
(macam saya), hari raya menyemarakkan nostalgia dan kerinduan kepada masa yang
sudah berlalu - zaman yang
lebih mudah tanpa hipokrasi dan hidung tinggi.
Apa pun,
marilah kita rayakan Aidilfitri dalam semangat kerakanan dan persaudaraan. Kita
lupakan sementara perselisihan dan perbezaan. Manalah tahu, mungkin selepas ini
kita menjadi manusia yang tidak memilih bulu, boleh ditegur dan tidak marah
melulu.
Wallahualam.
Maaf zahir dan
batin.
Salam dari Mekah on the subject Deception of Syajaratil Khuldi. Sila layari www.saffanskot22.com
ReplyDeleteWassalam,
Z
Kudis buta atau cina buta.
ReplyDeleteSaya baru dapat jadi cina buta.
Janji sabulan sahaja kawin.
Dah sedap pula,minta lanjut lagi dua bulan.
Kudis buta kerana ayer telaga kotor
Cia buta kerana mulut suami kotor
Kalau telanjor perahu boleh tarek balek
Telanjor kata badan binasa.
Kemaafan Dan kesucian Aidilfitri tahun ini dimulakan dengan 'awakening' bagi menyuburkan lagi siratulrahim (?) yang telah lama diperam hingga bernanah, kini diledakan pada hari-hari akhir Ramadhan.
ReplyDeleteDi dalamnya penuh dengan kudis buta, panau, kurap, batuk kering, sawan babi bertaraf PhD. Kebetulan secara kebetulan tanpa disengajakan awakening ini dikeluarkan hampir serentak dengan sebuah buku baru minda lee kuan yew yg saban saat sentiasa tolong fikirkan apa yg ada dalam kain jiran-jirannya.
salam Datuk,
ReplyDelete1. Nostalgia raya kita sememang nya indah dan membuat kita senyum sendirian. Zaman kanak-kanak, zaman ada girl friend.... zaman baru nikah, zaman ada anak-anak, zaman bercucu dan InsyAllah ke zaman bercicit pula jika panjang umur nya...Datuk dah ada cicit kut?
2. Dulu bapa belikan basikal Raliegh waktu umur 12 tahun. Bayar bulanan RM 10 harga pokok RM 85 tak campur bunga. Mahal sangat. Tujuan pergi sekolah dan eskot bapa pergi menoreh getah bila waktu cuti. Pergi dan balik ke kebun getah Rancangan Tanah Pinggir lebih kurang 16 km, waktu balik getah keping basah sarat 14 keping...
3. Anak-anak kita hidup mewah. Tak tahu perit ibu bapa. Pada hidup pertengahan, Samsung galaxy s4 jadi pujaan...Yang jutawan klise porche dan kereta mewah seangkatan. Duit gaji tanpa kerja dari bapa dan ibu yang duduk dalamkroni berjawatan...he..he faham aje lah.... Yang susah tetap di hambat kemiskinan kerana memelihara harta yang ramai, mana tau mungkin kelak sebahagian dari nya boleh membela nasib ibu bapa yang di makan usia..
Moga Akidah dan Keimanan kita tidak bertukar dan di tukarkan. Di luar sana sudah ramai melayu tidak ber Tuhan !
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Bathin.
Salam Aidil Fitri Datuk. Mohon maaf zahir batin. Mudah-mudahan kita semua diampuni Allah swt.
ReplyDeleteAzman Mohd Isa
Salam Aidil Fitri Datuk. Mohon maaf zahir batin. Mudah-mudahan kita semua diampuni Allah swt.
ReplyDeleteAzman Mohd Isa
The Scribe
ReplyDeleteSalam Hormat
Ucapan Aidil-Fitri Ahlul-Sunnah Wal-Jamaah
(kepada semua muslimin wa muslimah)
Kalau ada salah dan silap di masa yang lalu
Saya mohon ampun dan maaf
Selamat Hari Raya Aidil-Fitri
Maaf Zahir dan Batin
zaman la tok.. F12.. vertu.. dan knot 100 sebagai duit raya.. yang paling best raya tahun saya dapat dekat 400 sms,dan 26 calon mkt dan 2 calon vp hantaq sms. dan kuih raya.. semalam saya buat bersaur terakhir ramadan.. le bih 40 orang promoter untuk mkt dan vp mai beraya dan berkempen..
ReplyDeleteSALAM HARI RAYA UNTUK TOK SEISI KELUARGA
Dato.
ReplyDeleteMaaf zahir batin.
Dalam dua tiga penyakit yang Dato sebut tadi ada satu lagi penyakit zaman sebelum merdeka yang cukup popular iaitu Penyakit Puru yang selalu terjadi dibahagian tapak kaki
Ayah saya dulu gagal temuduga polis kerana jalan tak betul kerana ada penyakit puru ditapak kaki.
Selepas itu dengan sijil LCE itu juga dia berjaya jadi guru rakyat.
Sebab masa temuduga guru tak kena kawad.
Itulah cerita lama ayah saya yang rezekinya jadi selepas gagal kawad semasa temuduga polis.
Tetapi sekarang tak dengar lagi penyakit puru ini.
Rakyat tak sebut lagi istilah itu.
Terima kasih.Jumpa lagi.
Salam Tok..
ReplyDeleteAntara kuih-kuih raya zaman dulu yang mesti ada jadi hidangan ialah Halua.. dodol.. kuih bangkit..
Main meriam buluh guna karbait.. seronok..
Budak-budak dulu laki-laki perempuan pandai buat ketupat.. sekarang budak umur 4-5 tahun main samsung galaxy s4.. habis dah benda-benda tradisi..
Hai kudis buta!! hamba ingat kau dah tiada..
Maaf zahir batin untuk semua..
Tq Tok..
Datuk
ReplyDeleteTeruskan menegur melalui penulisan
Saya percaya datuk juga sentiasa menerima teguran
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin
Toolbox
Salam Dato and friends here.
ReplyDelete1.Lee Kuan Yew recent book ' One Man's view of the World ' will certainly make an interesting reading as it touches on the reality of Malaysian politics among others.I have not had one yet merely from papers.
2.On Malaysia race relations, LKY in summary said that:
a).It will be impossible for Najib to win Chinese, Indian backing without losing Malay votes.
b) Malaysia cannot count on Najib 1 Malaysia concept or even PR to do the same as it (the concept) is being UNREALISTIC since the ground had not moved in tandem with Najib plan to unite all Malaysians and his push for racial harmony.This is nostalgic of the 60's and even 70's that I sorely miss - peaceful coexistence and harmony.
c).The chances of PR getting rid of Malay Special treatment are too next to nothing.Even when come to the crunch PR would not be able to do away with Malay Supremacy.Further, even if UMNO were to lose power any party that takes its place would not behave differently.Najib has to relook at his 1Malaysia concept for it to be well accepted by many if not all.
3.On Malaysia brain drain,despite various incentives being offered,the country continues loosing talents with Singapore being the major beneficiary.A recent 2011 World bank report revealed that 20% of Malaysian graduates opt to quit the country and these migrants are being replaced by unskilled and uneducated foreigners.LkY blame the NEP supposedly discriminatory policies for many non-Malays to find an exit.
Well, it is only LKY views from someone who lived outside Malaysia.We should have known better because we live here.The Malaysian education system must be damn good for Malaysians to be accepted by many countries No ? OR was it something else ?.
SELAMAT HARI RAYA.May the celebration brings all Malaysians together.Thank you.