Friday, September 06, 2013

Pemilihan Umno: Antara Watak dan Dasar


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

PEMILIHAN kepemimpinan Umno semakin panas. “Hot” kata bahasa jalanan anak-anak muda dewasa ini.

Tetapi, umpama kereta api, adakah yang panas itu kepalanya (locomotive) atau gerabaknya yang berisi penumpang yang “gumbira” (meminjam bahasa P. Ramlee) dan kargo yang berharga?

Kalau kepalanya saja yang “hot” tetapi penumpangnya moyok, meragam, meluat, menyampah dan tidak sabar turun atau mahu lokomotif baru menarik mereka pun tidak berguna juga.

Kereta api wap KTM panas, bising dan berasap. Saya nostalgia. Inilah kereta api zaman muda saya.

Tetapi setakat hari ini, apa yang dilaporkan oleh media massa memberi gambaran pemilihan kepemimpinan Umno adalah mengenai kepala kereta api.

Mungkin saya terlepas pandang. Yang saya baca hanya seorang sahaja daripada banyak orang yang menawarkan diri sebagai calon dilaporkan bercakap mengenai gerabak, penumpang dan muatan, iaitu Mohd Ali Rustam yang berkata dia mahu memperjuangkan semula asas penubuhan Umno.

Kalau setakat hendak memilih kepemimpinan dan mencari ganjaran peribadi jangka pendek, tidak perlulah ahli Umno bersusah payah memeras otak. Pilih saja yang koceknya dalam dan prinsipnya cetek.

Apa Orang Umno Mahu?

Tetapi kalau mereka mahu kepemimpinan yang berjiwa perjuangan dan mampu menebus semula maruah parti dan kembali memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara, mereka perlulah memilih yang lebih baik.

Kalau mereka mahu orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera lain diberikan peluang untuk membebaskan diri mereka daripada terus menjadi warga ekonomi kelas tiga, mereka wajib memilih barisan kepemimpinan yang cerdik, berani, berilmu dan berwawasan.

Kalau mereka berasa dasar pertumbuhan ekonomi yang disertai oleh pembahagian adil seperti yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) baik untuk mereka, mereka wajib memilih barisan kepemimpinan yang tidak “apologitic” memperjuangkan hak majoriti.

Soalnya (soalnya), akan adakah dalam barisan calon Umno nanti orang seperti itu? Atau, seperti kata P. Ramlee, walhasil balik asal itu pasal tak hasil.

Masih adakah lagi pewaris Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Dr Ismail dan Tun Dr Mahathir di kalangan kepemimpinan dan calon pemimpin Umno dewasa ini?

Masih pedulikan kepemimpinan Umno kepada kedudukan orang Melayu dan Bumiputera lain yang berupa majoriti dalam kelompok 40 peratus rakyat jelata terkebawah dalam arena ekonomi?

Selepas menyalahkan kehambaran pencapaian Barisan Nasional kepada tsunami Cina, adakah Mohd Najib dan kepemimpinan Umno akan mengucapkan terima kasih kepada orang Melayu dan anak negeri Sarawak dan Sabah kerana menyelamatkan BN dan Umno pada 5 Mei lalu dengan memberikan mereka apa yang telah diabaikan?

Apakah Mohd Najib akan membentangkan agenda Melayu, agenda Bumiputera dan agenda rakyat miskin yang lestari (sustainable) sebelum atau ketika Perhimpunan Agung Umno kali ini?

Gila "Wow Factor" Lagikah?

Atau adakah Mohd Najib dan barisan penasihatnya (yang sama panjang kereta api kontena Butterworth-Padang Besar) akan terus melaksanakan strategi “war room” PRU 2013 mereka yang tidak menjadi?

Kereta api berlokomotif diesel angkut kontena. Selamat, jimat, cepat.

Apakah mereka masih terus mencari “wow factor” yang mereka harap akan memberikan mereka faedah jangka pendek kerana mereka perlu mempertahankan jawatan atau mahu mendapatkan jawatan dalam parti?

Adakah mereka akan memberikan gula-gula seperti biasa dan melaksanakan dasar-dasar yang tidak lestari semata kerana mahu cepat menuai hasil?

Kalau “faktor wow” yang mereka mahu, jawapannya mudah saja – turunkan harga petrol dan diesel 30 sen seliter dan umumkan BR1M ketiga sebanyak RM1,000 atau lebih sebelum penamaan calon 28 September dan pengundian 19 Disember ini.

Kepada para bekas Menteri, para bekas Adun dan MP, para pemikir yang idealistik dan kepada semua yang kerap bermimpi di siang hari mengenai agenda Melayu dan agenda “growth with equity” nasihat dua sen saya mudah saja.

Kalau ada orang menjanjikan kita segelas air, kita jangan percaya sehinggalah kita minum dan tidak mati keracunan. Moralnya jangan mudah sangat percaya dan wajib sentiasa ada penawar racun berbisa.

Isyak-Allah kita selamat, bangsa kita selamat, negara kita selamat dan agama kita selamat dan orang Melayu boleh berkata “I am Malay first” tanpa diherdik oleh orang bukan Melayu.

Akhir kalam, adakah aspirasi Tun Abdul Razak masih mengalir dalam darah daging Umno?

Kuasa, kata beliau, terletak di tangan masyarakat Melayu dan untuk memanfaatkan kuasa itu, orang bijak di kalangan orang Melayu haruslah terdiri daripada elit yang ditentukan oleh kebolehan, sikap dan komitmen kepada negara keseluruhannya. Kelas, kelahiran dan wang bukanlah faktor utama”.


64 comments:

  1. Apakah kita menjangkakan ahli-ahli umno tidak bijak dalam menentukan kepimpinan mereka sehingga sesetengah dari kita bermati-matian mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden ditandingi.

    Untuk apa sebenarnya? Hari ini kita lihat Najib yang menggantikan paklah tidak banyak beza 'lembeknya' dan apakah sesiapa yang akan menggantikan najib (kalau ada) mempunyai perbezaan yang nyata (setegas dan sebijak Mahathir misalnya.

    Mana-mana pemimpin yang tawarkan diri jika benar inginkan perubahan yang berkesan atau kembali semula kepada perjuangan asal umno hendaklah bertanding jawatn Presiden.

    Jika sekadar mahu bertanding timbalan, naib dan majlis tertinggi tetapi bersemangat tinggi. Itu hanya sekadar manis mulut...akan kekal jadi tukang angguk kalaupun menang.

    Mana mungkin naib presiden boleh menggugat halatuju yang dibawa oleh presiden.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Logik pandangan ini dengan andaian President dan Timbalan President mempunyai kuasa mutlak teradap parti; meskipun nampaknya begitu namun jika seorang dua yang mempunyai idealisma perjuangan Melayu boleh mendapat tempat dibarisan kepimpinan ini mungkin T/TP Umno dapat diingatkan dimana mereka dalam konteks kepentingan Melayu setiap kali hendak membuat keputusan atau lebih lebih lagi ketika hendak menunjukkan kuasa; insyasallah.

      Delete
  2. Joe Black4:06 PM

    Kalau dilihat pada Barisan yang akan bertanding jawatan "Kepala Keretapi" yang Dato' sebutkan iru, tak mungkin akan terjadi apa apa transformasi yang akan memberi makna pada UMNO. Ini kerana yang akan bertanding jawatan VP UMNO kesemuanya muka lama yang memang dikenali ramai dengan watak masing masing. Jadi mustahil muka muka lama ini akan membawa perubahan kepada UMNO.

    Selepas Perhimpunan Agung Nanti semua Ketua Ketua Bahagian akan pulang ke kampong masing masing dan mengendalikan "Business as Usual" masing masing.

    Yang pasti, negara akan menghadapi tahun baru yang akan lebih mencabar.

    Untuk Rakyat biasa dinasihati "hunker down" sebab ribut ekonomi akan melanda dengan hebatnya dan Syarikat Syarikat Melayu yang kurang matang akan menempa maut.

    ReplyDelete
  3. Salam.. Pak Kadir,

    Aspirasi dan inspirasi pejuang-pejuang silam UMNO itu masih lagi ada di dalam sanubari anak2 muda yang profesional (dalam bidang masing-masing).

    Dan mereka juga mempunyai harapan tinggi untuk melihat UMNO tidak hanya sekadar dimonopoli oleh golongan yang berkepentingan.

    Mereka juga mahu menjadikan parti UMNO sebagai catalyst (pemangkin) kepada orang-orang Melayu secara umum untuk berjaya.

    Mereka ingin menyumbangkan buah fikiran dan ilham untuk mencapai ke arah tersebut. Namun, bagaimanakah perkara ini dimungkinkan akan berlaku seandainya masih berlaku situasi selektif, yakni mereka yang tidak berada di dalam "political circle" golongan tertentu ini?

    UMNO akan menjadi parti pembangkang (percayalah) seandai kita terus membiarkan perkara ini berlaku.

    Hesmel Faznee Faisal

    ReplyDelete
  4. Pemilihan x pemilihan umno sama gak Nye.. hmm..

    ReplyDelete
  5. salam dakj

    suka saya tulisan tuan ini

    bagi saya saya hendak peminpin melayu yang berani ,berani menegakkan hak melayu dan bumiputera tanpa rasa takut,melaksanakan hak tersebut dan seterusnya menambah dan mengukuhkan lagi hak hak itu.

    orang melayu telah banyak menyerahkan hak nya kepada bangsa lain.

    dari segi ekonomi dasar peguasaan bumiputra sekuarang -kurang nya 51 % adalah matlamatnya utuk 25 tahun akan datang dan 75 % pda 50 tahun akan datang.

    siapa peminpin tu saya nampak bukan najib.

    ReplyDelete
  6. fikri hasyim7:32 PM

    well said dato. can't say more.


    -fikri hasyim

    ReplyDelete
  7. Perlawanan di dalam UMNO ibarat lawan kalah mati. Siapa kalah akan jadi abu dan yang menang hanya jadi tongkoi arang. Tongkoi arang akan menghukum yang kalah sampai mampus tidak bernyawa lagi takut hidup balik seperti kepercayaan apabila ular dikatok pastikan hancur kepala nya takut ular tersebut hidup kembali apabila terkena air embun.

    Apa yang tinggal selepas perlawanan dalam UMNO di peringkat bahagian adalah tongkoi-tongkoi arang akan bercampur dengan tongkoi arang juga bak kata penjajah Inggeris “Birds of the same feather flock together.”

    Mereka tidak sensitif apabila kalimah Allah dicabar puak Kristian. Mereka tidak bersuara apabila hak-hak Melayu dicabar. Mereka bisu apabila tanah-tanah di bandar dibangunkan dan perumahan dihuni oleh kaum lain. Apabila kawasan perbandaran yang dibangunkan UMNO kalah di dalam pilihanraya baru mereka sedar mereka sudah hilang kuasa.

    Ahli-ahli Majlis Kerajaan Tempatan yang diwakili UMNO tidak sensitif dengan kesan dan akibat kepada kaum Melayu apabila berlaku proses urbanisasi.

    Ini kerana mereka terdiri dari tongkoi-tongkoi arang yang tidak tahu membaca pelan perancangan Bandar. Jawatan tersebut adalah anugerah kerana menyokong si polan bin si polan atas kejayaan mengatok lawan dalam UMNO sampai mampus.

    Konklusinya Melayu hanya kuat di kampong-kampong apabila sudah menjadi bandar Melayu sudah tergadai.
    PEACE.

    ReplyDelete
  8. As Salam Datuk Kadir,

    Perlawanan di dalam UMNO ibarat lawan kalah mati. Siapa kalah akan jadi abu dan yang menang hanya jadi tongkoi arang.

    Tongkoi arang akan menghukum yang kalah sampai mampus tidak benyawa lagi takut hidup balik di atas kepercayaan seperti, apabila ular dikatok pastikan hancur kepalanya takut ular tersebut hidup kembali apabila terkena air embun.

    Apa yang tinggal selepas perlawanan dalam UMNO di peringkat bahagian adalah tongkoi-tongkoi arang yang hanya bercampur dengan tongkoi arang juga bak kata penjajah Inggeris “Birds of the same feather flock together.”

    Mereka tidak sensitive apabila kalimah Allah dicabar puak Kristian. Mereka tidak bersuara apabila hak-hak Melayu dicabar. Mereka bisu apabila tanah-tanah di bandar dibangunkan dan perumahan dihuni oleh kaum lain.

    Apabila kawasan perbandaran yang dibangunkan UMNO kalah di dalam pilihanraya baru mereka sedar mereka sudah hilang kuasa.

    Ahli-ahli Majlis Kerajaan Tempatan yang diwakili UMNO tidak sensitif dengan kesan dan akibat kepada kaum Melayu apabila berlaku proses urbanisasi. Ini kerana mereka adalah tongkoi-tongkoi arang yang tidak tahu membaca pelan perancangan pembangunan bandar. Di mana jawatan tersebut adalah anugerah kerana menyokong si polan bin si polan menang bertanding dan mengatok mampus lawan dalam UMNO.

    Konklusinya Melayu hanya kuat di kampong-kampong apabila sudah menjadi bandar Melayu sudah tergadai.Yang pasti kawasan itu akan kalah dalam PRU.
    PEACE.

    ReplyDelete
  9. PENGUNDI AMPANG9:38 PM

    Assalamualaikom Datuk,

    Tidakkan Putus Air Dicincang.

    Percayalah ada pemimpin UMNO yang sangat disenangi bukan juga oleh ahli/penyokong UMNO sendiri tetapi juga oleh penyokong pesaing parti-parti Melayu. Di antaranya YB KJ dan mantan MP Temerloh yang telah dimangsakan oleh pengundi, iaitu Datuk Saifuddin Abdullah.

    Mereka memiliki kualiti, dinamik, karisma,aura dan kualiti ahli politik alaf masa kini yang adakalanya tidak disenangi oleh ahli parti mereka sendiri yang masih dengan pendekatan politik cara lama - parti sendiri sentiasa betul, pihak lawan tidak ada yang baik/betul.

    Masalahnya mereka adalah gerabak keretapi dan bukannya kepala keretapi. Andainya mereka masih mampu bertahan, jadi gerabak keretapi pun masih dikira OK dan bernasib baik.

    Mereka adalah ahli politik perintis yang disenangi oleh kawan dan 'musuh'.

    Memiliki ahli politik seperti ini dalam suasana sekarang (di mana pemimpin/ahli politik tidak memberi muka langsung kepada pemimpin/ahli parti lawan), apa lagi yang Melayu mahu?

    Semoga mereka dan beberapa orang lagi pemimpin UMNO yang sealiran dengan mereka akan mendapat tempat dalam pemilihan tidak beberapa lama lagi.

    ReplyDelete
  10. Lembah Tasnim10:08 PM

    Salam Tok..

    Saya memang merindui seorang pemimpin Melayu yang sehebat Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein..

    Cintanya dan kesungguhanya kepada Negara dan bangsa Melayu dengan mengadakan pelbagai dasar dan rancangan yang diciptanya bagi memajukan bangsa Melayu belum ada tolok bandingnya.. malangnya asas yang dibina olih Tun Abdul Razak terhakis sedikit demi sedikit olih pemimpin selepasnya..

    Cuba lihat Dasar Pelajaran Kebangsaan, DEB, FELDA dan lain-lain bukan semakin diperkasa tetapi semakin malap..

    Saya merasa "Besar Hati" menjadi bangsa Melayu ketika itu..

    Belum terjumpa lagi manusia Melayu dalam Umno Seperti beliau untuk memempin kita hari ini..

    Umno akan reput sebab pemimpinya berjuang untuk kepentingan diri..

    TQ Tok..

    ReplyDelete
  11. Salam tok..
    Saya lama di asuh di didik oleh Ketua Umno Bahagian Gua Musang..
    KETUA UMNO BAHAGIAN GUA MUSANG NI HEBAT DAN TINGGI SKILL POLITIK NYA.. KITA TUNGGU TRAGIDI OKTOBER 2013'

    Salam untuk datin tercinta.

    ReplyDelete
  12. Salam Datuk,

    1. KTM ada Senandung Malam. Kepala injin nya diesel. Dulu kalau naik keretapi arang, Gemas perhentian besar, beli tambang klas 3 je, petak-petak ekor. Asap kepala berjerebu masuk dalam. Muka boleh berserbuk hitam, berminyak . Seronok naik waktu malam asalkan sampai. Kepala keretapi tiada pilihan.

    2. Siapa yang berduit beli klas 1, 2. Dekat PEMANDU Kepala Kereta api ( dulu memang ejaan 'kereta api'. Memang ada api) Asap hitam tak kena pun. Naik selesa, turun keretapi pun selesa. Badan masih segar, duit banyak duduk kelas 1, kelas 2. Buat parti dalam keretapi lagi.

    3. Keretapi injin disel berbanding stim, agak moden sikit. Asap hitam tetap ada. Teruk nya bila injin nak di lajukan. Berdebu hitam juga. Kena juga dulu. Sekarang dah ada hawa dingin. Ok lah juga. Masaalah nya, rasa naik keretapi tetap sama. PEMANDU yang sama. Kepala baru tapi asap hitam juga, sikit moden.

    4. Sekarang perubahan untuk keretapi laju. Kuasa letrik. Bentuk dan gaya kepala, petak cantik, menarik. Landasan pun ada beza. Bunyi bising dah kurang. Stesyen perhentian canggih. Masaalah nya PEMANDU duduk sahaja. Tak payah kerja berat. Semua maklumat dalam komputer. Gaji pun besar. Kita yang naik tak yakin dan takut. Memang takut.

    5. Sudah lama tak naik keretapi. Akhir bila saja nak rasa naik komuter dari kajang ke seremban dan balik semula. Ok juga. Kemudian heboh keretapi laju landasan berkembar. Ramai yang joli katak. Projek besar. Lupa yang bermastautin di sepnjang tepi landasan. Masih banyak kampung-kampung daif yang serba kekurangan.... anak - anak kecil melambai di lihat jauh dari pembangunan.

    6. Saya tak tahu kemampuan keretapi moden sekarang. Kata PEMANDU nya ada otak komputer. Keretapi pun bukan murah. Nama nya pun bukan melayu lagi agak nya. Mungkin "endless trip". Bila fikir, nak ke syurga atau neraka ? Dulu memang ada keretapi maut. Tiga petak je. Laju mampus gila. Jika di lihat dari depan masa jauh, terhuyung hayang nampak macam mabuk semacam saje.... takut kita nengok nye. Tanya lah kok ta caye. Tapi bagus, selamat. Jarang kemalangan. Cuma orang gila naik keretapi gila.

    Moral nya Datuk, tengok dari jauh sahaja lah. Dekat bahaya kena renjatan beratus volts. Macam budak main kereta remote di stesyen sg. Gadut Seremban. Di sambar karen kabel kuasa sedang dalam percubaan.

    Kita ingin naik Senandung Malam Terbaru sesuai dengan Nama nya. Lebih Canggih, Selamat dan Selesa. Ini jenama kita. TIDAK MAHH gaya omputih lagi. Kita sudah merdeka. Perlembagaan kita sudah menyatakan semua nya.

    ReplyDelete
  13. Di tempat saya ketua cawangan diambil alih anak muda yg punyai Phd dsn ketua pemudanya degree..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa nya bagitu lah tapi takut di cantas bila nak dapat cahara matahari lebih dari pokok sekitaran tuan

      Delete
  14. Kampong man7:31 AM

    Salam DAKJ dan rakan disini,

    1.Setuju dengan rintihan DAKJ.Saya memahami.Message nya mudah.Kepimpinan Najib harus lebih fokus pada penyokong tegar UMNO/BN yang memberi kemenangan mutlak pada UMNO dan BN di PRU lalu dan selama ini.Kita tahu penyokong itu dan merekalah yang perlu diberi perhatian di kampong kampong dan di celah celah bandar sana yang harus diberi peluang.Hanya parti UMNO yang dapat melakukan perubahan memperjuangkan bangsa,ugama dan negara. Parti lain belum dan madih tidak berapa boleh.Maka itulah sebabnya UMNO diberi perhatian.Tak gitu?.

    2.Banyak diperbincangkan ketidakpuasan hati masyarakat Bumiputra, penduduk majoriti negara ini,yang rata rata masih jauh ketinggalan dari segi ekonomi berbanding kaum lain yang terus meMONOPOLI ekonomi negara. Berbagai bagai forum ekonomi bumiputra telah diadakan dan dibincangkan tetapi perubahannya masih tidak banyak dicapai.

    3.Berbagai cara dilakukan pemerintah bagi memperbaiki keaadaan pengagihan kekayaan negara supaya dapat dikecapi bersama. Sayang, pencapaian 30% target equity bumiputra ini masih belum lagi juga dapat dicapai hinggalah ke la ni kata orang Kedah.

    4.Dimana agaknya silapnya ?.Mudah, salahkan pemimpin teringgi UMNO yang kurang TEGAS memperjuangkan hak bumiputra.Bagaimana dengan infrastruktur asas di luar bandar dan didalam bandar?.Bagaimana pula aktiviti ekonomi di luar bandar?.Bagaimana pula dengan peluang pekerjaan yang mesti diadakan. Does it matches the supply and demand and the requirements?.The list can go on and on and on.Ceritanya sama tidak banyak perubahan yang DRASTIC yang dapat dibanggakan.

    Ramai juga yang mengambil jalan mudah menuding jari pada pemimpin politik semata mata tanpa mahu melihat diri sendiri kerana terlalu bergantung pada politik dan politik sebagai jalan pintas tidak mahu berusha sendiri.Kamu akan kechewa dan gagal sekira kamu terlalu mengharapkan apa apa dari orang lain!!. You have to determine your own desitny, period.

    5.Kita mahukan pemimpin pemimpin politik UMNO dan mereka yang meneraju negara, satelah diberi mandat memerintah,SEDAR pemberian cupit BRIM BROOM BROOM hanyalah bersifat sementara mampu merengankan hanya sadikit bebanan rakyat dan hanyalah gula gula sahaja.Yang lebih penting ialah bagaimana PEMIKIRAN rakyat bumiputra boleh ditukar atau dalam bahasa pengurusan caggih PARADIGM SHIFT boleh dilakukan pemimpin melalui program2 baru sekiranya yang lama masih gagal.

    6.Sabagai saorang ushawan sendiri tanpa sesen pun wang dan projek politik saya dengan penuh yakin mengatakan jalan keluar dari belenggu kemiskinan ini ialah dengan BERNIAGA ,BERNIAGA dan BERNIAGA saperti rakan kita kaum Cina. Mulakanlah. Hanya dengan berniaga dapat kita meneruskan ekonomi keluarga berpanjangan walaupun kita tidak ada didunia ini lagi. Perniagaan yang telah kita bentuk dapat diwarisi.You have to start small with a humble beginning and be prepared to stumble and fall.Proven,it will work ultimately.I am being deeply honest and a strong believer in this,after more than three decades of being in own business.

    7.Saya tidak mahu sentuh hak bangsa lain. Mereka boleh meraih kekayaan sebanyak mana yang mereka mahu dibumi bertuah ini dan rata rata mereka sudah pun perolehi melalui PERNIAGAAN.

    My concern is,how can we move the bumiputra masses into believing in themselves that they too can succeed like their chinese counterpart.Susah sangat ke berniaga?.Susah sangat ke membuka kilang pembuatan?.Bangsa mana yang memonopoli small and medium industries(SMI)?.

    Perubahan dalam diri sendiri harus berlaku untuk berubah.Merubah kerajaan bukan solution.Fikirkanlah sendiri antara watak dan dasar.You decide. Wallhhwualam.

    ReplyDelete
  15. Terima kasih kepada pembahas yang bercerita tentang kereta api.

    Masa kanak-kanak sampailah tahun 1970-an saya kerap naik kereta api. Masa kanak-kanak dari Stesen Kobah, Kedah ke Bukit Mertajam. Dari situ dengan bas ke Selama Perak. Waktu itu kereta api arang/wap. Betul, muka boleh hitam kena asap dan debu masuk hidup. Tapi seronok sebab bunyi dan bau sangat unik.

    Masa sekolah dari Stesen Alor Star ke Kobah. Dari situ naik bas UTC ke Pendang dan basikal balik ke Tanah Merah. Waktu itu sudah lokomotif diesel.

    Tahun 1969 datang KL untuk temu duga dan lapor kerja dengan Mel Malam kelas tiga. Menyeberangi Tasik Merah waktu malam bulan mengambang amat romantik. Tahun 1970-an lebih mampu jadi boleh naik gerabak tidur. Mi Hailam di Buffet Car sedap hingga menjilat sudu.

    Yang tinggal berhampiran landasan kereta api, pergerakan kereta api digunakan untuk mengukur waktu. Kini yang tinggal hanyalah kenangan. Kereta api sudah terlalu moden dan biasa untuk mencetuskan romantika.

    Dulu, Allahyarham ayah saya waktu datang Kuala Lumpur untuk Persidangan Tahunan Umno naik kereta api kelas tiga, bawa tikar mengkuang dan bantal sendiri dan tidur di dewan. Waktu itu Umno adalah PERJUANGAN.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  16. Kampong man11:53 AM

    Salam Dato,

    1.Mengikuti nostalgia keretapi ini teringat saya zaman persekolahan di STAR, ipoh di tahun 60han dulu.Perjalanan kami pergi dan balik ke selatan pada cuti penggal mesti menaiki keretapi Tanah Melayu dari Ipoh stesen ke stesen Kuala Lumpur bagi kami yang tinggal di Selangor.Begitu juga bagi mereka yang belajar di MCKK dari Kuala Kangsar ke Kuala Lumpur vice versa.Seronok betul, cuma kami didiskriminasi menaiki kelas ketiga kerana kebanyakan dari kami dari kampong dan mereka dari MCKK pula kelas kedua. Kononnya mereka adalah gulungan lebih elit dari kami.Kami tak pernah komplain pun. Perjalanan pergi dan balik yang sentiasa dinantikan.Seronok dapat berjumpa keluarga dan juga bertemu kawan semula disekolah berasrama penuh begini selama enam tahun sahinggalah peperiksaan MCE, Senior Cambridge (Remove Class setahun).

    Mereka yang dari pantai timor pula harus melalui stesen Gemas ke Tumpat kalau tak salah saya.Mereka yang tinggal di Pahang pula terpaksa menaiki bas melalui Mentakab.Sekarang sudah banyak berubah menaiki Keretapi adalah pilihan terakhir dengan adanya lebuhraya dan rankaian jalan raya yang baik dan kemudahan pengangkutan alternatf saperti bas express moden yang selesa.

    2.Diawal 70han pula buat pertama kali saya dapat menaiki keretapi British Rail dari London Euston West Coast mainline ke Glasgow dengan tambang sehala £3.75 student rate.Sekarang sudah mahal. Bayangkan tution fees setahun pada masa itu hanya £220 ,berbeza sekarang.

    3.Sebagai penuntut pastinya saya dan ramai rakan rakan tidak lepaskan peluang 'hitch hiking' dan menggunakan special student ticket laku selama sebulan cuti musim summer dengan harga teramat murah free railway travel across Europe.Mereka sudah lama advance rupanya dari segi pengankutan keretapi.Sebagai student hotel kami adalah di stesen stesen keretapi bergelimpang atau dalam keretapi waktu malam menuju destinasi bagi penjimatan kos.Satu pengalaman yang tidak mudah dilupakan dengan ada banyaknya camping sites di merata Eropah ketika itu.

    Yang tinggal hanyalah ingatan dan pengalaman lama.Kenangan Mengusik Jiwa kata satu lagu arwah A.Ramli zaman pop yee yeh ,zaman Dato!!.

    @ Still Got The Blues- Gary Moore.

    Atau

    @ Procol Harum- A Whiter Shade of Pale.

    Both are are fine Dato.




    ReplyDelete
  17. Kaki Gunung Jerai12:05 PM

    Apakah masih dasar-dasar atau program-program lestari untuk Melayu dan Bumiputera masih wujud lagi dan dapat dilihat sejak 2005 hingga sekarang ? Sedangkan makna UMNO itu sendiri khusus mengaitkan nama Melayu (Malay Organisation).

    Masih relevan lagikah nama itu dengan dasar yang ada kini, atau ia hanya akan tinggal sebagai dogengan semata-mata ?

    Atau perlukah ia diselamatkan dan terus sebagai nama dan entiti asal dengan mempunyai kepimpinan yang berhati waja dan berjiwa besar seperti Allah Yarham Tun Razak, Tun Dr. Isamil dan Tun Dr. Mahathir?

    Atau membiarkan ia kehilangan arah tuju yang tidak bertepi .

    Hanya orang UMNO sahaja yang boleh membuat perkiraan dan keputusannya.

    Sebagai penyokong biasa UMNO sejak sekian lama kita sangat mengharapkan kebijaksanaan mereka membuat keputusan mengikut saluran dan masa yang sesuai berdasar peraturan dan undang-undang.

    ReplyDelete
  18. Zed_851:52 PM

    Dato'

    Berkenaan dengan keretapi.

    Ramai yang membuat bandingan harga miyak kita dengan harga minyak negara lain.

    Kalau kita hendak bandingkan keretapi (locomotive) kita dengan negara lain, kita ketinggalan jauh kebelakang.

    Keretapi kini menggunakan teknologi "Maglev". Roda keretapi tidak sentuh landasan, oleh itu mengurangankan rintangan (friction). Ianya lebih eficien kerana tenaga tidak ditukar kepada geseran dan haba. Tambahan lagi boleh mencapai kelajuan 300km satu jam. KL ke JB boleh sampai 1jam 15 minit.

    KTM sekarang ini masih guna enjn diesel. Naik keretapi KL JB 7 jam. Kalau buka tingkap, muka akan hitam disebabkan asap diesel.

    Seperti keretapi, politik kita juga style lama. Nak pilih yang paling atas bukan hanya mengambil kira rakyat yang bawahan, tetepi juga rakyat yang di atasan.

    Seperi P.Ramlee kata, wal-hasil balik asal.

    Sallam

    ReplyDelete
  19. JohorMali2:04 PM

    DAKJ,
    Zaman selepas baru Merdeka, orang Melayu boleh lah di bahagi kepada dua kelompok, iaitu marhaen (majority) dan bangsawan. Kaum intelektual banyak datang dari para guru guru. Ulamak pun ramai tapi tiada pengikut yang taksub.

    Fast forward ke zaman la, orang Melayu dan jadi macam caca marba. Melayu terdiri gulungan elitis, liberalis, Islamis, peniaga besar, peniaga kecil, petani kaya(FELDA) , petani miskin ,mat rempits, mat ketayaps, masing masing mempunyai harapan (expectation) yang berbeda beda.

    Tidak lah adil kalau pemimpin zaman 50 'an di bandingkan dengan pemimpin sekarang (tak kira parti mana).

    Dulu, maklumat terpantas adalah melalui teleprinter atau telegram. Sekarang apa yang kita buat dalam bilik tidur mungkin tersiar dialam maya dalam sekelip mata.

    Nah, baru semalam Pak Menteri Pendidikan mahu pelajar mahir dalam berfikir aras tinggi. Jadi nya pemimpin masa depan perlu berhadapan dengan audience yang lebih kritikal dan bukan pak turut.

    Adakah pemimpin UMNO sekarang bersedia menghadapi semua ini?

    ReplyDelete
  20. Apa terjadi di negara Arab adalah fire fighting sudah terlambat dan hancur musnah harta benda dan nyawa. Kalau pemimpinan UMNO hari ini tidak cakna kemana hala tuju kita - contoh apa terjadi dlm PEMANDU, PETRONAS etc, satu hari nanti tak mustahir nasi menjadi bubur

    ReplyDelete
  21. Salam Takzim DAKJ,


    Sekarang zaman keretapi laju (Bullet Train). Tak mainlah kepla lokomotif yang guna arang batu.

    Tapi itulah kenyataan yang kita patut sedar.

    Pemilihan PEMIMPIN masih berdasarkan TRADISI dan masih di pengaruhi oleh POLITIK WANG.

    Sekurabg kurang nya kesan dari POLITIK WANG itu masih kuat.

    Yang menghairankan tukang angguk (yes men) masih jadi majoriti dikalangan ahli-ahli UMNO.

    Jadi macam man nak berubah?

    Akirnya:

    PI MAI PI MAI TANG TU JUGAK !!

    ReplyDelete
  22. Kadir.
    Pada 14 Septembar ini Najib akan melancarkan programm
    Agenda Melayu dalam ekonimi.

    Saya rasa sudah terlambat.
    Orang Cina dan India sudah menguasai ekonomi kita sacara total.
    Apa apa yang di capai dalam DEB sudah habis di kikis dalam dasar liberal kita .
    Eqiuty Bumiputra dalam pegangan saham telah jatoh katahap yang rendah sekali sejak DEB di lancarkan.

    Terima kaseh kapada Omer Ong dan Ideris Jala kepala PEMANDU.
    Jika kita betul betul serious untok mengembalikan equity bumiputra dalam ekonomi.DEB kedua perlu di kuatkuasa samula.

    Badan berkanun yang di tubohkan untok menjaga equity bumiputravsaperti UDA dan MARA perlu di beri kuasa untok menjamin dasar bumuputra di laksanakan saperti ia mula di tubohkan.

    Saya tidak paham kenapa Security commision yang memainkan peranannyang penting dalam pasaran modal di ketuai oleh bukan melayu.

    Sabenarnya kepala kereta api bukan sahaja panas tapi sudah busok dannperlu di ganti.

    ReplyDelete
  23. Din Klang12:22 AM

    Salam Dato

    Masalah nya Dato berapa kerat sahaja dari mereka terutama pemimpin yang turun sendiri ke pawagam untuk menonton Tanda Putera yang menceritakan watak dan dasar, aspirasi, gagasan dan wawasan sebenar UMNO selepas 13 Mei.

    Jadi luahan Dato ini pun mungkin hanya di baca oleh beberapa kerat sahaja ahli Umno.

    Tepok dada tanya selera.


    ps..din melaka dan lembah tasnum.. you can go to hole with your rubbish comment

    ReplyDelete
  24. Lahuma7:35 AM

    Dato.

    Adakah tulisan Dato ini dinilai dan di amati oleh semua pemimpin dan pendokong UMNO.

    Jika di perhatin kebelakangan ini antara kekecewaan rakyat dan ahli UMNO akar umbi khasnya orang Melayu tentang kegagalan kerajaab UMNO/BN agihkan kekayaan yang tak seimbang.Terung terang apa yang berlaku ialah Pemimpin UMNO atasan pakat-pakat makan enak-enak dengan isinya.Manakala akar umbi bawahan dan rakyat biasa hanyalah dapat KUAH dan TULANG.

    Kemajuan mini tar,letrik,dewan .sekolah belum menjamin kehidupan mereka.

    Secara perbandingan kehidupan pemimpin UMNO dengan rakyat seperti langit dengan bumi.

    Jurunilai pemimpin UMNO banyak menipu pemimpin UMNO tentang laporan kehidupan rakyat.

    Jalan di buat atau dibaiki bukan kerana rakyat.Tetapi kerana kehadziran Orang Besar UMNO seperti Menteri.Inilah penipuan.

    2.Rasuah dalam UMNO dan kerajaan masih ditahap bahaya.Politik wang dalam UMNO sudah mula hidup subur menjelang pemilihan.Rata-rata yang balik selepas perjumpaan dengan tokoh,ejen tokoh atau broker tokoh senyum .Habis LEKEH pun katanya RM 500.Malah RM 1K pun ada.Maknanya ada wang adalah peluang.Ramai juara politik dalam UMNO.Darah daging.

    3.UMNO sudah jadi parti seakan-akan parti keturunan bangsawan,ketrurunan negarawan.Lagak pemimpin terlupa yang rakyat punya undi.

    4.Kualiti kepala keretapi UMNO sudah luntur walaupun telah dijadikan keretapi laju.Keretapi laju UMNO banyak tinggal penumpang.Keretapi laju UMNO bawa penumpang KRONI saja.Bukan kroni banyak tertinggal distesyen.Inilah umpamanya.Dalam keretapi laju itu sendir pun ada pula kelasnya yang tersendiri.

    5.Bila dapat jawatan hasil belian dengan wang ringgit mereka bukan niat tolong ahli atau rakyat.Pemimpin UMNO itu sendiri pun kelam kabut berebut rezeki dengan rakyat.Rakyat tertinggal lagi walaupun ada keretapi laju.
    Ada ahli UMNO yang merempat dan miskin.Semua projek Menteri sapu melalui rakan kroninya atau proksinya.

    6.Wanita UMNO sudah parah dan hilang bisanya.Cuma kuantitinya yang ramai.Kualitinya sudah tercemar.Semua hendak rebut naik keretapi laju.Lupa segalanya.

    7.Zaman keretapi laju ini pun tak bagus juga.Mana ada keretapi laju sanggup singgah atau berhenti diStesyen kecil.Ini pun susah juga.
    Pada hal distesyen kecil pun ada penumpang juga.Serba salah sebab nak laju.

    Rumusannya UMNO dalam bahaya kerana bukan pemimpin yang mengemudi UMNO.Tetapi Pedukang yang mengurus UMNO.Sebab itu rakyat lintang pukang.

    PM Najib terpaksa baiki banyak kerosakan dalam UMNO.Bumbung bocor.Lantai reput dan berlubang sana sini.Konkrit pun banyak pasir dari simen.Kerangka besi pun banyak yang karat.Itulah senario UMNO.

    Semoga pakar pakar tulen Melayu UMNO dapat beri ubat yang bagus untuk Melayu/UMNO.Biasanya ubat itu pahit.

    Terima kasih Dato.

    ReplyDelete
  25. Aslkum Dakj

    1. Selepas UMNO lama dibunuh dan diganti dgn UMNO BARU ciptaan MAHATHIR maka demokrasi sebenar hanya ada dalam muzuim.

    2. Ahli UMNO yg tak berpuas hati akan secara otomatik dibuang parti kalau bawa kes tak puas hati mereka ke mshkamah.

    3. Tak seperti zamsn sebelum Mahathir mahkamah tak lagi punya kuasa atau berani campur tangan atas perbalahan ahli politik terutama parti pemerintah. Mahkamah jadi lumpuh atau dipondankan kerana tak lagi kenal konsep ultra vires perlembagaan Malaysia.

    4. Sejak UMNO BARU hidup dan diikuti oleh pindaan undang2 pertubuhan parti politik berikutnya maka presiden UMNO jadi diktator yg maha kuat secara otomatik......Najib dan Dollah yg pandai berlakon sewaktu di bawah kena terima kasih banyak kpd MAHATHIR.

    5. Zaman UMNO BARU mula hingga la ni yg sudi jadi ahli hanyalah mereka yg samada bodoh, hapless, tiada atau kurang iman, atau memang species kebas peluang. Mereka tau tiada demokrasi atau pemimpin baik dalam UMNO tapi kenapa mereka tercari2 alassn utk join UMNO......termasuk ulamak muda.

    6. UMNO BARU menutup segala kecurangan nereka kpd masyarakat MELAYU dgn menyalahkan kewujudan parti serpihan spt PAS dan PKR...sebagai punca kelemahan org Melayu...macamlah lanun2 dalam UMNO tu iklas berkongsi kuasa untuk kebaikan rskyst terutama Melayu... bukankah org2 ini terpaksa jadi bisu jika jadi ahli UMNO?

    7. Hidup ni bisrlsh berperinsipksn hanya Allah berhak disembah bukan pangkat atau prmimpin UMNO. Oleh kerana rsmai Melsyu lebihkan yg lain drpd Allah memang patut pun mereka semakin miskin di perbodoh.

    8.Dakj jangan mimpi. Dah tiada lagi pemimpin baik dlm PARTI BUSUK UMNO.

    Sila buktikan din melaka silap

    ReplyDelete
  26. Kecenderungan memberi kuasa yang mutlak kepada Presiden UMNO mengakibat setiap keputusan dasar yang dibuat sering tidak menunjukkan kebijaksanaan lebih lebih lagi jika presiden itu terpesona dengan istilah dan selogan. Sebagai wadah perjuangan, parti sewajarnya menetapkan kemurniancita (idealisma); yang pada hakikatnya pernah wujud tetapi kini telah hilang atau berkubur, mengakibatkan barisan kepimpinan yang dilahirkan menjadi 'functional group' kepada Presiden. Proses songsang ini dipermudahkan lagi apabila sebahagian besar yang 'menawarkan diri' merupakan opportunis yang tidak mempunyai sebarang rasahati (consience) serta tidak mempunyai hargadiri (dignity); lantas saratlah keretapi ini dengan 'sekawan penumpang'.

    ReplyDelete
  27. Salam DAKJ,

    Kesimpulan nya, kalau MELAYU nak maju - TUKAR PM.

    Cari PM yang benar benar MELAYU.

    Hati MELAYU

    Nama MELAYU

    Fikiran MELAYU.

    Samada nama samaran, nama betul atau gelaran.

    Ada MELAYU yang pakai nama Melayu, tapi hatinya bukan MELAYU.

    Malah keturunan MELAYU nya pun di ragui.

    Kalau bukan melayu yang mempunyai hati MELAYU sejati boleh diterima !!

    Kita turunkan PM yang memakai nama gelaran CINA. Malah pemikiran nya pun mirip CINA

    Undi di tangan kita !!

    SI LUNCAI TERJUAN DENGAN LABU LABU NYA !!

    B I A R K A N ! !

    B I A R K A N !!!!

    ReplyDelete
  28. marhaem11:27 AM

    Salam Dato AKJ

    Parti UMNO ditubuhkan oleh rakyat marhaem dan bangsawan Melayu pada tahun 1946 atas dasar dan semangat perjuangan untuk membela agama bangsa dan negara Melayu yg ditindas oleh british setelah tersepit diantara kekejaman jepun dan kominis.

    Malangnya pada hari ini semangat perjuangan yang sama telah di lupakan oleh orang Umno sendiri.. Baik pemimpin mahupun ahli.

    Semangat berjuang demi agama bangsa dan negara dahulu kini di ganti kan pula dengan semangat berjuang demi jawatan harta dan keluarga.

    Dimanakan silapnya ?

    Sedangkan landasan perjuangan yang jelas dan mantap telah di bina oleh atok dan nenek kita bagi anak cucu mereka lalui dan di harap akan diperbaiki dan di sambungi agar mencapai tujuan destinasi.

    ReplyDelete
  29. tinta hitam11:36 AM

    Datuk,

    Skg adalah musim saya memulangkan paku buah keras kepada sesiapa shj yg menyokong BN.Serve you right..Itu pun masih ada yg cuba membela lagi dgn kata kata "alah naik dua kupang je.Na bising apa,aku naik motor je,Naik seringgit pun aku tak kisah..

    Skg dgn slogan baru Endless Possibilities harga minyak Malaysia tidak lagi ditentukan oleh harga minyak dunia..Harga minyak akan naik anytime.

    untuk makluman tindakan saya yg sentiasa tidak mengundi BN adalah betul

    ReplyDelete
  30. songsang12:53 PM

    Apada juak2 UMNO . Hangpa sendiri yg terima duit rasuah dari pemimpin2 UMNO termasuk Mahathir. Sekarang nak cerita pasal rakyat , pegidah mabok. Yg menggelupor sbb harga RON95 naik ialah ahli2 UMNO sendiri. Padan kan muka ko LABU.......

    ReplyDelete
  31. Semut Api6:04 PM

    Din Melaka masih terus menjadi penyangak Red Bean Army versi Melayu.Tak ada yang boleh kita pelajari dari komennya yang prejudis hanya kutukan pada UMNO dan BN.Orang yang frustrated dan gagal dalam hidup saperti ini akan terus meronta ronta, keliru dan kalut penuh dengan kebencian hingga keakhir kalam.Tuii...

    ReplyDelete
  32. Datuk,

    Setakat ini ada 2 blog yang telah buat Poll untuk jawatan VP UMNO.
    Keputusan Poll daripada kedua-dua blog setakat hari ini menunjukkan Datuk Mukhriz ditangga pertama diikuti dengan DS Zahid dan DWira Ali Rustam.

    Datuk buatlah Poll untuk jawatan no.1&2.
    Saya teruja nak lihat senarai cadangan nama2 calon daripada Datuk.
    Rasanya selain daripada penyandang munkin tak ada yang layak kot.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  33. Lembah Tasnim6:41 PM

    Salam Tok..

    Bandingan kereta api dulu dan kereta api sekarang terutama kepalanya, menyebabkan Banyak komen dari pembahas-pembahas disini yang tidak menyebelahi Umno apa nak buat keadaan dah jadi begitu..

    Terimalah hakikat wahai Din Klang.. kalau rakyat dah tak percaya.. Jangan anggap sebagai rubbish..

    Baca kata-kata Datok AKJ "Waktu itu Umno Adalah PERJUANGAN"

    TQ tok Kadir

    ReplyDelete
  34. Salam Dato,

    Lama tak komen kat blog ni..

    seperti biasa PAU dtg lagi.. rohnya tetap sama walau jasadnya berganti baru kerana dlm UMNO mana ada yg baru atau harapan baru.. Bapa saya penyokong tegar pun dah tak nampak cahaya dihujung terowong dgn perjuangan UMNO hari ini yg berteras nepotism dan kroni yg rendah tahap mentaliti.. tak mcm zaman dulu lagi.. too much baggage..

    Bab keretapi ni saya memang dah pengalaman dari seperlahan-lahan hingga yg 350km/j lenjan.. org yg dok kutuk keretapi Malaysia ni rata2 katak bawah tempurung yg tak pernah keluar negara dan merasa dan melihat dunia, setakat hanya dengar cerita2 dah pandai berkata- kata,. depa tau ka berapa tambang 'meglev', shinkansen atau TGV? pi ke KLIA tambang RM35 pun kata mahal, yg tren letrik ke Ipoh pun tak sampai RM40 pun mengeluh.. pendek kata rakyat Malaysia yg rata2 '3rd class mentality', berminda subsidi menagih '1st class facilities' pada harga kalau boleh 'free'.. depa tau ka org berulang kerja dgn shinkansen jarak dari S'ban - KL bayar dkt RM60 satu hala, komuter kita pula hanya RM6 harga..

    Ntahlah Dato'.. dgn tahap rata2 masyarakat yg masih mentaliti merangkak, keretapi wap atau disel rasanya masih relevan dgn keperluan zaman, nak keluar masuk tren pun masih guna hukum rimba hutan.. apa nak diherankan.. apa yg ada ambiklah telan..

    wallahualam

    ("/)

    ReplyDelete
  35. Salam Dato,

    Lama tak komen kat blog ni..

    seperti biasa PAU dtg lagi.. rohnya tetap sama walau jasadnya berganti baru kerana dlm UMNO mana ada yg baru atau harapan baru.. Bapa saya penyokong tegar pun dah tak nampak cahaya dihujung terowong dgn perjuangan UMNO hari ini yg berteras nepotism dan kroni yg rendah tahap mentaliti.. tak mcm zaman dulu lagi.. too much baggage..

    Bab keretapi ni saya memang dah pengalaman dari seperlahan-lahan hingga yg 350km/j lenjan.. org yg dok kutuk keretapi Malaysia ni rata2 katak bawah tempurung yg tak pernah keluar negara dan merasa dan melihat dunia, setakat hanya dengar cerita2 dah pandai berkata- kata,. depa tau ka berapa tambang 'meglev', shinkansen atau TGV? pi ke KLIA tambang RM35 pun kata mahal, yg tren letrik ke Ipoh pun tak sampai RM40 pun mengeluh.. pendek kata rakyat Malaysia yg rata2 '3rd class mentality', berminda subsidi menagih '1st class facilities' pada harga kalau boleh 'free'.. depa tau ka org berulang kerja dgn shinkansen jarak dari S'ban - KL bayar dkt RM60 satu hala, komuter kita pula hanya RM6 harga..

    Ntahlah Dato'.. dgn tahap rata2 masyarakat yg masih mentaliti merangkak, keretapi wap atau disel rasanya masih relevan dgn keperluan zaman, nak keluar masuk tren pun masih guna hukum rimba hutan.. apa nak diherankan.. apa yg ada ambiklah telan..

    wallahualam

    ("/)

    ReplyDelete
  36. umno parti menyusahkan rakyat10:02 PM

    Bukan shj kepala keretapi yg kena tukar, malah seluruh gerabak keretapi UMNO kena tukar sekali. Seluruh jentera UMNO sudah rosak dgn duit haram. Bapa segala rasuah, Tun Mahathir, mesti dipinggirkan dahulu. Sbb beliau yg menjadi punca kejatuhan Melayu. Punya ramai syarikat ICT Melayu, yg dpt kontrak ict berbilion ringgit ialah YTL. Permulaan bagi kenaikan harga barang ialah bilamana Tun Mahathir buat dasar penswastaan. Sekarang segala-galanya mahal.nak membebel apa lagi umno. Seluruh umno yg dah rosak dgn amalan rasuah. Pergi bungkus umno bawa balik ke kampong masing2 lagi baik. Tanpa umno pun melayu masih boleh hidup. Allah yg bagi rezeki, bukan umno.

    ReplyDelete
  37. Salam,
    Datuk dan pembaca-pembaca Datuk,

    Adakah pindaan terbaru kepada perlembagaan UMNO yang membolehkan 150,000 (berbanding dahulu, hanya 2,500) perwakilan daripada 191 bahagian untuk turut mengundi akan mengubat kemelut "watak atau dasar" ini ? Tidakkah ini bermakna suara akar umbi parti itu akan lebih didengar ? Atau adakah pindaan itu tidak membawa makna apa-apa lagi kerana semua perwakilan telahpun korup sampai ke usus ie akar umbi ?

    Saya berpendapat, dalam amalan kepartian yang ideal (unggul) watak-watak dalam parti adalah sinonim dengan dasar-dasar keramat parti itu. Tengok muka watak je, nampak dasar-dasar parti. Watak-watak itu pun terketengah dek kesanggupan mereka mendokong dasar-dasar parti.

    Persoalan "watak atau dasar ?" atau "calon atau parti?" hanya timbul bila dasar-dasar parti keramat berkenaan dihijack oleh watak-watak hampeh yang ada kepentingan peribadi. Mandat yang diberi oleh penyokong parti disalahgunakan untuk pengayaan peribadi dan anak bini. Oleh itu rakyat perlu kaedah di luar parti untuk menentukan pembelaan nasib mereka oleh calon yang mereka pilih.

    Soalan : Apabila Parlimen bubar, kita hanya ada 'caretaker government' dan parti-parti politik yang bersedia untuk bertanding di dalam pilihanraya. Komposisi Majlis Tertinggi parti telahpun ditentukan terlebih dahulu (ie sebelum Parlimen bubar). Dalam keadaan itu, Presiden parti berkenaan berkuasa menentukan calon-calon yang hendak bertanding dalam pilihanraya yang mendatang. Tidakkah keadaan ini memungkinkan 'power brokering' itu ?

    Kalau ketika itu telah ada dasar parti yang mewajibkan ketua-ketua bahagian untuk mendapatkan calon yang dikehendaki penyokong parti dalam bahagian masing-masing, tidakkah itu akan mencerminkan pemilihan yang lebih demokratik ? Maksudnya Presiden parti langsung tak ada kuasa untuk tentukan siapa yang akan jadi calon ini. Bayangkan kuasa keramat itu dikembalikan ke akar umbi.

    Setelah parti tersebut berjaya membentuk kerajaan, parti itu sendiri akan menentukan komposisi majlis tertingginya yang baru. Maka demi demokrasi bukankah wajar setiap jawatan dalam parti itu dipertandingkan ? Atau adakah terlalu kurang ajar untuk menggesa presiden parti yang telah berjaya mengatur strategi sehingga menang pilihanraya untuk bertanding semula merebut jawatannya ? Saya rasa Dr M pun pernah dicabar.

    Saya harap ada yang faham soalan saya ini. Adakah betul fahaman saya, Presiden parti adalah jawatan yang sangat diidamkan kerana presiden parti itu akan jadi PM selepas PRU akan datang (situasi di mana PM dan Presiden bukan orang yang sama). Sanggupkah nak tunggu sampai PRU akan datang ?[Soalan lagi, apa jadi kalau PM dan Presiden parti dua org berbeza ?] Dulu Pak Lah adalah PM dan Presiden UMNO tapi Pak Lah telah digesa letak jawatan. Ini situasi express sebab ada endorsement Tun Dr M.

    Ya ampun, soalan sangat panjang dan skema pulak. Sesiapapun tolonglah fikirkan jawapan, ok ? Saya juga boleh diperbetulkan. Dah ngantuk. Gdnite.

    ReplyDelete
  38. din Setiawangsa6:07 AM

    Ustaz Din Melaka kata.....

    "Hidup ni bisrlsh berperinsipksn hanya Allah berhak disembah bukan pangkat atau prmimpin UMNO. Oleh kerana rsmai Melsyu lebihkan yg lain drpd Allah memang patut pun mereka semakin miskin di perbodoh."

    Siapa pulak kata kita mesti jangan sembah Allah.Nampaknya Din Melaka saje yang Islam, orang lain dan orang UMNO kafir.
    Din Melaka mesti suci hati dari kebencian walaupun kita berbeza pendapat dan pandangan dalam hal politik.Maka akan berdosalah Din Melaka kerana meruntuhkan sullaturrahim dengan sesama Islam berfitnah.Nauzubillah....

    ReplyDelete
  39. Zed_859:23 AM

    Dato'

    Ramai yang bandingkan harga minyak negara kita dengan harga minyak negara luar.

    Oleh kerana sistem keretapi kita adalah peninggalan daripada British. Saya nak bandingkan KTM dengan British Rail.

    Yang paling penting adalah sistem kelas gerabak.

    Berkenaan dengan komen Dato' mengenai warga ekonomi kelas ketiga gerabak keretapi,

    Kita ada kelas pertama untuk orang kaya, kelas kedua untuk orang kaya pertengahan dan kelas ketiga untuk orang dhaif,kurang mampu dll.

    British Rail hanya ada 2 kelas. Kelas pertama dan Kelas ekonomi atau Kelas kedua.

    Kelas kedua mempunyai paling banyak gerabak dan cukup selesa kerena British Rail menggunakan sistem rail-letrik(overhead).

    Pendekata tidak ada rakyat kelas ketiga dalam sistem pengangkutan keretapi Britain. Kalau ada penoreh getah, dia nail gerabak kelas dua.

    Perbedaan kedua, sejak merdeka sistem trek keretapi kita tidak banyak berubah. Di Britain,boleh dikatakan setiap bandar dan pekan kecil seperti Chester, Preston, Runcorn, Blackpool, Peterborough dll ada ada station keretapi.

    Orang British sangat bangga dengan sistem rail-way mereka. Mungkin mereka pentingkan keselamatan rakyat mereka terutamanya bila musim cuti Christmas. Boleh dikatakan kesemua rakyat mereka boleh balik ke kampong halaman naik keretapi.

    Kerajaan British juga tak perlu letak sistem Kamera AES untuk menangkap penjenayah lalulintas.

    Sebaliknya, boleh dikatakan setiap penjuru bandar-bandar besar seperti di London diletakkan camera CCTV untuk menangkap penjenayah kelas pertama.

    Perbedaan ketiga, tambang keretapi sama dengan tambang bas untuk perjalanan pergi balik.

    Perbedaan keempat, keretapi cukup selesa dan cepat. Lebih cepat dari naik bas untuk perjalanan jauh.

    Saya pernah berkesempatan melawat bandar York di England. Ada muzium keretapi yang mempamerkan keretapi diesel yang digunakan sekitar tahun 60 dan 70an di Britain.

    Berkenaan dengan sistem politik di Britain.

    Tidak ada amalan Jawatan tertinggi Parti untuk Parti Conservative, Labour dan Liberal-Democrats tidak boleh cabar. Semua kerusi ditandingkan.

    Tidak ada sesiapa yang berkuasa melantik ketua Parti melainkan ahli Parti.

    Bukan orang-orang yang tertentu yang mempunyai pengaruh.

    Oleh itu pilihanraya Parti adalah betul betul "hot".

    Kalau setakat pilihanraya hendak pertandingkan jawatan naib presiden ke bawah, saya tidak nampak apa yang perlu kita cerita panjang-panjang.

    Maaf kalau sekiranya membandingkan negara kita dengan negara lain. Adalah tidak adil sekiranya kita hendak bandingkan harga minyak kita tapi perkara yang lain kita tidak boleh bandingkan.

    SAllam

    ReplyDelete
  40. Salam Dato'


    Sdr. Lhuma, saya akuur pendapat saudara.

    Malah saya nak komen lagi !!!

    U M N O .

    U Must Not Oppose.

    Tak guna nak cakap banyak.

    MENYAMPAH !!!

    BOSAN !!!

    Ngabihkan boreh ajo ....

    ReplyDelete
  41. Aslkum Dakj

    Belum pun kita dengar drpd mulut KU LI nak atau tidak tanding lawan Najib , 2 pembodek Najib dah kalut.

    Nong Chik yg berhabis berpuluh juta kalau tak ratusan juta ketika kalah pd budak mentah Nurul Izah sibuk minta Ku Li jangan lawan Najib.

    Kalau Nong Chik ada nafsu tanding jawatan dalam MT kenapa menyebuk pasal org lain.

    Apa perasaan beliau kalau org kata Nong Chik tak perlu dipilih sebagai snggota MT UMNO sebab lawan budak mentah pun dia kalah.

    Adnan.....kerabat diRaja negeri mana ye. Pulak dah jadi juru cakap Ku Li bila kata Ku Li tak akan cabar Najib sebab Ku Li sokong Najib.

    Sokongan terbuka kedua tokoh tu tak masaalah. Tapi bila sampai seolsh menegah ahli lain bertanding itulah masaalah besar dalam UMNO bukan saja di peringkat cawangan tapi hingga ke atas.

    Kalau begini tanduslah UMNO dan rugilah Melayu dan rakyat.

    ReplyDelete
  42. Kampong man7:38 PM

    Salam DAKJ,

    1.Ramai yang tidak suka harga minyak diperbandingkan.Kita hormati hak mereka untuk berbeza.Yang penting minyak kita masih antara kelapan termurah didunia dan fiskal defisit negara dan subsidi terus dapat dikurangkan dengan perlahan. Kita lihat dan saya yakin ini adalah satu preamble sebelum pembentangan bajet 2014 nanti.Saya pun bukan pakar ekonomi untuk berhujah bermarian.Diharap rakyat marhaen dapat menerimanya dengan lebih terbuka tanpa 'Violent objection'.

    2.Berbalik pada cerita keretapi ni Dato sudah pasti Dato pernah mendengar cerita lawatan PM India, Mahatma Ghndhi ke England menemui Queen Elizabeth satu masa dulu.Beliau disediakan dengan satu gerabak di raja sebagai penghormatan padanya.Ghandhi tetap Ghandi dengan baju tradisional bersarong puteh,berselipar dan cermin mata bulatnya beliau terus ke gerabak biasa di second class bersama penumpang lain!!.

    Apabila ditanya "Your Highness Mr Ghandhi, why is it that you are sitting in the Second Class?."

    The forever humble Mr Ghandhi replied"It is because there is no Third Class!!"

    Moral ceritanya mudah,kita harus jujur pada diri kita and be what you are.Kekayaan dan kemewahan tidak menjaminkan kebahgian terutama sekira kita tidak punyai sifat kasih dan sayang pada manusia.Wallahwualam

    ReplyDelete
  43. Aslkum Dakj

    . Sebegitu ramai ulamak dalam UMNO, takkan satu pun tak boleh beri panduan tentang pemilihan bertamadun kalau pun takut nak sebut berteraskan Islam.

    Sah bahawa ulamak dalam UMNO hanya dapat bertahan lama kalau sanggup baca doa je atau tukang jual ayat Allah dgn harga spt jawatan mufti, pengarah jabatan agama Islam, ketua pengarah JAKIM dsb.

    Atau menokok tambah ungkapan ketua mereka spt menuduh benda yg pembangkan tak buat tapi dituduh pembangkang yg buat atau ungkap tanpa usul periksa....tak selayaknya diungkap oleh yg bergelar ulamak.

    Hanya ulamak luar UMNO masih sedar bahawa ulamak adalah pewaris Nabi.






    ReplyDelete
  44. Zed-858:34 PM

    Saudara Afendi Husein,

    Komen Saudara

    depa tau ka berapa tambang 'meglev', shinkansen atau TGV? pi ke KLIA tambang RM35 pun kata mahal, yg tren letrik ke Ipoh pun tak sampai RM40 pun mengeluh.. pendek kata rakyat Malaysia yg rata2 '3rd class mentality', berminda subsidi menagih '1st class facilities' pada harga kalau boleh 'free'.. depa tau ka org berulang kerja dgn shinkansen jarak dari S'ban - KL bayar dkt RM60 satu hala, komuter kita pula hanya RM6 harga..

    Komen Saya,

    Kalau saudara pergi ke London, ada satu Pakcik orang melayu kita jual bubur kacang.

    Harga bubur kacang 2 pound sterling. (Orang London kata two quids)

    Kalau saudara ambil duit dari Malaysia, masalahnya bila saudara tukar nak dapat 2 pound kena tukar 11 ringgit.

    Ini bukan bermakna harga bubur kacang RM 11. Masalahnya bila "nak tukar" di money changer.

    Kalau saudara bekerja di London dengan gaji 2000 pound, harga bubur kacang tidak mahal seberapa.

    Nilai matawang kita tidak perkasa macam negari maju. Kalau saudara tukar duit Singapura dengan RM100, sekarang ini tidak sampai 40 dollar Singapura. Pasal itu Orang Spore belanja sakan kat JB kerana duit kita murah.

    Jadi janganlah saudara membandingkan tambang keretapi Jepun dengan Ringgit Malaysia dan kata orang katak bawah tempurung.

    Sekarang ini, tanah semakin kurang di KL dan orang berebut beli rumah.

    HArga apartment sudah mencecah RM700 hingga RM1000 sekaki. Satu apartment baru lebih setengah juta harga.

    Yang tak mampu terpaksa tinggal jauh-jauh.

    Kalau ada keretapi Maglev, Seremban KL 20 minit. Satu hari keretapi boleh jalan 20 kali ulang alik bawak lebih penumpang. Ramai yang boleh tinggal dekat Seremban.

    Kalau keretapi komuter 1 jam lebih perjalanan. Kalau ramai yang naik komuter, alamatnya macam sardin dalam gerabak.

    Kalau keretapi diesel, baik tak payah cakap.

    Ini yang terjadi di Jepun. Orang Jepun bukan bodoh, mereka pikir panjang untuk masadepan dan guna teknologi untuk selesaikan masalah.

    Kalau saudara mengatakan keretepi teknologi baru maglev mahal, kita boleh minta nasihat Air Asia. Depa boleh jual tiket kapalterbang pi Spore RM50. Satu hari 7, 8 trip ke Spore.

    ReplyDelete
  45. Lahuma11:06 PM

    Dato.

    UMNO diambang PRU 14 dan Pemilihan Pemimpinnya.

    1.Bilakah pemimpin dan ahli UMNO hendak insaf tentang realiti bukan lagi persepsi politik wangnya.Mana mereka dapat wang semua itu.Macam daun getah ditaburnya.

    2.Jelik sungguh pemimpin UMNO gila jawatan.

    Antara watak dan dasar.Kuasa duit mengatasi segalanya.

    Terima kasih Dato.

    ReplyDelete
  46. Kampong man10:19 AM

    Salam DAKJ dan rakan yang dihormati,

    1.Selain dari parti parti politik jenama MELAYU yang tinggal hanyalah KERETAPI TANAH MELAYU dan UMNO parti keramat orang Melayu. Tanah Melayu bertukar pada Malaysia.Akhbar Utusan Melayu menjadi Utusan Malaysia.Ini semua dilakukan bagi melayani kepelbagaian kaum dan agama demi perpaduan bangsa Malaysia dengarnya. Sungguh berkobar kobar kan Dato.Apa yang dilemparkan kaum lain hanyalah tahi di PRU baru ni. Seronok mereka melihat perpecahan Melayu yang rata rata saperti juga gerabak keretapi Tanah Melayu tidak banyak berubah secara drastik dari dulu.Ramai Melayu yang punyai kelayakan PhD,MBA dan Professional Engineers,Akauntan, Doktors, Arkitek(Termasok spouse saya ).

    Betul kata Dato professioal Melayu sudah ramai sekarang atas dasar kerajaan BN pimpinan UMNO terutama salepas trajedi 13 May dulu termasok saya yang tidak berapa pandai macam mereka pun hanya setakat cukup bagi kemasokan ke Universiti melalui UCCA.UK has always been the first.Universiti Malaya (The only university then and nothing else) tidak mampu menampung ramai penuntut ketika itu terutama dalam bidang Engineering. Aktivis yang kurang bijak saperti DSAI,Hishamudin Rais yang bijak berpidato di Speakers Corner UM hanya mampu mengikuti kursus Malay Studies saja.Mereka dari MCKK Dato( Bukan MC Gay Gay).Saya ramai rakan dari MCKK jugak yang berjaya. Sekolah elit tu.

    Masih dalam topik pengangkutan, teringat saya zaman budak budak dulu menghantar datuk dan nenek menunaikan haji menggunakan kapal laut di Port Swettenham(Sekarang Pelabuhan Klang namanya)melalui Ipoh Road(sekarang Jalan Tuanku Abd Rahman)Mounbatten Road(Sekarang Jalan Tun Perak)Circular Road dan Birch Road semuanya amat nostalgia. Tidak ketinggalan makan nasi biryani di BILAL lagi.Sedapnya !!.Itu cerita lama Dato saperi lagu -Masih kah kau Ingat.Sekarang sudah moden keretapi juga harus moden saperti TGV,boleh ke?.

    2.Diharapkan ahli ahli UMNO dan pemimpin pemimpin UMNO kita mendengar keluhan ini semua didalam mengharungi TRANSFORMASI politik UMNO dan negara. Maklumlah UMNO adalah parti keramat orang Melayu dari pembentukannya dulu hingga lah sekarang dengan wadah PERJUANGAN dan cabaran baru.Semua pandangan, baik dan buruk termasoklah PERCEPTIONS,UMNO harus hargai kerana niatnya adalah bagi kebaikan UMNO itu juga sendiri.Saya rasa ramai orang Melayu yang sayangkan UMNO baik yang di kampong dan di bandar bagaimana kaum Cina sayangkan DAP sekira PRU 13 dengan 'Tsunami Cina'menjadi ukuran.Kita mungkin berbeza tapi BERSATU,satu cogankata lambang negara Indonesia. Bukan lambang bendera Sang Saka Malaya yang di kibarkan aktivis Hishamudin Rais,Adli dropout dan Sasterawan Negara Samad Said semasa menyambut kemerdekaan negara baru ini.Itu lain.

    2.Berbagai isu basi dimainkan berulang kali saperti lagu piring hitam lama dengan Gramophone His Masters Voice, yang ada anjing duduk depannya tu, diradio sebelum PRU dulu saperti isu Kronisma, korupsi, Lembu,Kapal selam dan Altantuya.Tidak ketinggalan juga isu 40K pengundi Bangla,Dakwat kekal,demonstrasi Jalanan Bersih,Blackout 505 dan berbagai bagai lagi tetapi UMNO terus relevan suka ke tak suka ke.Kenapa agaknya.Ada yang mengatakan UMNO will be a goner di PRU 14?.Kita dengar dongeng dan lagu yang sama pre PRU 13 dulu dan DSAI akan menjadi PM baru.Akhirnya rakyat marhaen tahu siapa yang boleh dan yang tak boleh kan Dato ?.Kita cuba LAIN KALI LAH !!.

    Opps...Maaf lah sekira terkasar bahasa dan menyinggung perasaan siapa siapa baik yang ada MBA ke tak ada ke semuanya sama.Tak ada niat pun.Teringat balik lagu Ramli Sarip -Bukan Kerna Nama. Nah ini dia sedikit lyriknya.Pernah saya turunkan dulu.

    BUKAN KERNA NAMA

    Jangan kau pandang bibir yang manis
    Kerana dia bisa menghancurkan
    Jangan kau pandang wajah yang indah
    Kerana dia bisa meracunmu

    Dengarlah hai teman
    Dengarkan bersama
    Aku menulis bukan kerna nama
    Kerna sifat kasih
    pada sesama insan
    Dan menyatakan kasih sayang mu
    Kita sama SEMUANYA SAMA...
    Apa yang ada hanyalah KEHIDUPAN....

    Wassallam.Terima Kasih

    ReplyDelete
  47. Zed-85,

    Kalau saudara nak perbandingan EKONOMI secara yg lebih rasional, lebih bijak dan realistik sdr perlu sukat guna PPP (purchasing power parity).. bukan hanya berpandukan forex exchange semata-mata sbg ukuran.. apa itu takrif eco-nomy.." eco" itu sendiri merujuk kpd persekitaran/ekosistem/environment..

    Apakah saudara ingat ekonomi itu dibawa bersama seseorg mcm caravan dlm currency? Jika kita di UK tak bermakna seseorg yg bergaji dlm £ boleh beli harga air tin coke pada harga RM1.50 (£0.30) atau rumah RM350k (£70k)..jika matawang SGD tinggi sekalipun org Singapore tetap kena bayar SGD1.50 utk teh tarik, SGD6.00 utk nasi beriani dan SGD400k utk apartment HDB, begitu juga di EU.. hakikatnya PPP mereka berbanding Malaysia tetap 1:1, SAMA SAJA dlm "eco" mereka..mereka hanya akan rasa 'kaya' jika berbelanja di Malaysia dgn membocorkan aliran tunai negara sendiri sama mcm org kita ketika ke Vietnam atau Indonesia..

    Berbalik cerita keretapi.. apa sdr ingat ada dua kelas teknologi keretapi maglev atau elektrik? jika teknologi shikansen, TGV, DBB atau EuroStar atau maglev yg malaysia nak pakai maka kita juga kena bayar harga yg sama dgn apa yg mereka pakai di Jepun & EU kerana teknologi itu dibuat dikilang bukannya disini.. proton saga yg dibuat disini pun harga masih tak murah lagi inikan keretapi.. economic price leverage is proportional to scale & volume.. kat China atau Jepun rakyat byk.. Tohoku region (metropolitan tokyo & surrounding) saja ada 100juta berbanding di lembah klang yg ada 2.5juta.. apa boleh kita caj tambang maglev RM1 tanpa membocorkan lagi dana pembayar cukai?.. apakah berbaloi ada maglev dari KL ke S'pore yg tak sampai 1000pax per day? Apakah rakyat malaysia dah cukup ramai nak isi keretapi seremban-kl setiap 20min? pergi penuh balik byk kosong.? off-peak mcm mana? keretapi disel atau letrik dua2 ada kos kerana jln tak pakai air hujan atau air liur.. hanya beza satu boleh guna renewable energy & environmental friendly.. apa sdr ingat loko disel tiada yg mampu lari 250km/j? under-utilized capacity is wastage of operational cost.. ERL pun melopong kosong, begitu juga komuter baru 6 gerabak yg lompong masa off-peak period.. anda nampak negara org bagai pakar apakah anda sudah pakar melihat & menganalisa negara sendiri?

    Sdr, everything is more than meet the eyes.. buatlah penilaian sewajarnya didunia nyata.. jika tidak teruskan berkomen dibawah tempurung yg dilengkapi wifi & tv.. pepatah melayu "ukur baju di badan sendiri".. pepatah English "one size do not fit all"

    wallahualam & wasalam

    ("/)

    ReplyDelete
  48. Kampong man6:55 PM

    Salam sdra Affendi Hussein,

    1.Well said and I am in agreement with your reasoning and logics.Perhaps the more reason why my presented oil prices are for within the Asean region for easy comparison,if they care to read and analyse.Some choose to politicise it for political mileage.Isshh...

    2.Talking about train again I remember that I have to travel down to London from my town Edinburgh to renew my passport at one time.Being student one needs to optimise the limited resources, I mean DUIT lah so as to save cost.Told the ticket man at Waverley Station that " I have only £20 to spare for return(To and fro)ticket to London and how can I make it, sir ?"
    Was told and professionally advised that a one way ticket would cost £10.50 but if I came back same day it will be considered 'a day return' ticket of which I have to pay an extra £1.50 to make it at £12 then!!.Marvellous ! What a saving.

    Took a second Class train departing 12.10 am just after midnight reached London just before 6 am in the morning in time for an expresso coffee konon while waiting for daylight.Tak tahu pun apa itu expresso coffee thinking it was like kopi kampong.Goosh, so pahit and in so small a cup and that was the first and the last expresso for me in my life, no more.I am not Italiano anyway.Did my errant at Malaysian High Com and went for cheap food at Malaysia Hall ,44, Brynston Square. Marble Arch and took an 11 pm train back to Edinburgh.It was still considered 'A day return ticket' mind you.Poor me.Nobody care for you in London.

    3.I worked and study in Edinburgh.Was given a British PR and lost it during Margaret Thatcher time as it was a requirement to come back to UK at least once every two years.I choosed not to come back to UK because I missed my kampong and family and nothing like home in Malaysia because I am Kampong man.

    Din Melaka jangan lah bersangka tak baik pulak.Hanya satu anecdote perjalanan hidup saja.Dato pun suka kita perkenalkan diri kita kerana ramai anak anak kampong yang berjaya diluar sana tanpa politik tau.We need to give back to society and that is exactly what Kampong man is doing on his own little way.Cheers and Salam.

    ReplyDelete
  49. zed-859:40 PM

    Saudara Afendi Husin,

    Saya sengaja mangambil contoh harga bubur kacang di London supaya analoginya mudah faham.

    Orang London dengan gaji £2000 beli bubur kacang £2 tak mahal, tapi orang Malaysia gaji RM2000 beli bubur kacang dekat UK jadi RM11 mahal.

    Kalau tidak paham lagi susah saya nak cakap.

    Tidak timbul soal nisbah 1:1 kerana ini hanya akan betul(true and valid) sekiranya tidak ada pertukaran matawang. Betul?

    Orang US guna gaji US beli Pepsi US1.50. Orang Malaysia beli Pepsi guna gaji Malaysia Rm1.50.

    Mengikut anda Nisbah 1:1. Tapi you membandingkan harga Pepsi di US 4.50 dan kata mahal. Ini bukan lagi nisbah 1:1.

    Pendekkan cerita (bottom line) saudara tidak boleh membandingkan harga di luar negara dengan matawang RM. Ini tidak betul.

    Jangan memeningkan kepala orang dan mengatakan orang katak bawah tempurung.

    Keretapi Diesel sekarang ini sudah dipamerkan di Muzium di luar negara. Sudah out-dated.

    Teknologi bergerak dengan cepat, kita harus menggunakan teknologi yang sesuai dengan peredaran masa.

    Orang bekerja di KL naik LRT macam sesak macam sardin. Dekat luar negara Singapura dan Thailand pasang MRT (MASS RAPID TRANSIT) yang lebih besar kerana pikir panjang untuk masa depan.

    Kita pasang LRT Light Rail Transit (untuk pekan kecil)untuk Kuala Lumpur. Inilah dia masalah ukur baju dengan badan sendiri.

    Orang utara kata kalau nak ngaji biar sampai habih...janganlah kata orang katak bawah tempurung.

    ReplyDelete
  50. Aslkum Dakj

    Sdr kg man janganlah bongkak ssngat hingga tergamak perlekeh org lain yg setakat buat malay studies...tak hebat macam kg man yg lulus engineering.

    Allah marah org bongkak kerana yg boleh bongkak tu hanya Allah.

    Tak pernah ke kg man terfikir bahawa Allah jadikan manusia dgn pelbagai kebolehan supaya mereka menghargai dan menhormati kepakaran org lain , bukan memperkecilkan org lain yg juga ilmunya kurniaan Allah.

    Saya harap kg man tidak juga perlekeh graduan bidang sejarah, sosiologi dan antropologi, pentadbiran awam , pengajian agama pentadbiran awam, ekonomi, bisnis dsb yg bukan aliran sains.

    Di kalangan graduan engeneering pun ada yg lulus dari Oxford atau LSE. Dan ada yg cuma dari Politeknik kalau zaman kg man belajar di UK dulu

    Saya teringat iblis yg syok sendiri mendakwa dirinya lebih mulia kerena dicipta dari api berbanding dgn nabi Adam yg Allah cipta drpd tanah.

    Alangkah baiknya kalau kg man benar2 terjemahkan senikata lagu Ramli Sarip dalam hidup sehari2.

    Gembira dan bersyukurlah kalau kita pandai tapi elak berlagak.

    ReplyDelete
  51. Kampong man2:17 AM

    Salam Din Melaka,

    Alhamdulillah,seronok dan sejuk hati bila Din Melaka tidak berpolitik dan menyebut keburukan UMNO kali ini for the first time.Teruskan begitu.If you insist belittling UMNO all the time try blog bro Sakmongkol dan bro Aspan Alias.I know them very well personally.You will feel at home there ,surely.

    Btw,OXFORD and LSE are NEVER known for their Engineering strength.

    Look back at what you wrote in many comments in this blog,sadly ,appear very unislamic to say the least.Tak baik bro.Anyway, who am I to pass judgement here.Banyak boleh diperbaiki bro.I don't normally wish to get personal,takut dosa dah petang petang ni.Maaf ya.Cheers.

    @ Why suddenly you turn a preacher ?. Semaikan nilai kasih sayang dan jauhkan permusuhan.Kan bagus gitu..

    ReplyDelete
  52. Aslkum Dakj

    Sdr kg man dan yg satu aliran

    Tugas preacher suka tak suka mesti dibuat oleh manusia terutama org Islam kerana itu wajib....ingat perintah Allah suruh kita buat kebaikan DAN CEGAH kejahatan? Ingat jagak kita hanya boleh berkasih dan bermusuh atas dasar kerana Allah.

    Dalam Umno bolehlah. Mereka curi, tindas, putar belit, fitnah, jahat dsbnya lepas tu , mereka dgn kekuatan media yg merrka kawal mereka tuntut pembangkang agar jangan timbulkan rasa kebencian dan permusuhan.

    Nampaknya tektik kotor MEDIA UMNO ni ditiru oleh org terpelajar jugak dalam blog ni.

    Cara ini kalau dibiarkan sangst merosakkan agama dan bangsa. Bayangkan kalau UMNO rompak harta negara pun kita kena senyum je demi memupuk perasaan harmoni.

    Kalau rumah kita kena rompak, anak kita kena rogol, subsidi kita kena tarik gaji kita tak cukup tampung kos minima krhidupun kita mesti diam, takut2 kalau demo dsbnya akan menimbulkan rasa kebencian.

    Pandai betul pembodek UMNO permain kata2 agar lari dari isu asal.

    Tektik mereka buat kita pulak rasa bersalah.

    Terakhir khas buat kg man. Kalau di US sebut saja U terbaik org kenal Harvard, MIT dsb. Begitu jugakdi UK , org kenal OXFORD, CAMBRIDGE dan LSE. Di Malaysia sendiri bercakap pasal sek asrama penuh terbaik org cakap pasal KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR dan KOLEJ TUNKU KURSIAH mendahului yg lain.

    Kalau dipejabat org yg suka tarik perhatian dgn bangkitkan kehebatan sendiri DAN perlrkeh org lain org berkenaan ada masaalah inferiority complex. Mungkin tak dpt belajar di MCKK kot.

    ReplyDelete
  53. zed-85,
    sdr, sama ada saudara tak faham bahasa atau tak tahu fakta.. hanya berlegar sekitar mentaliti "bubur kacang"..sdr ini mungkin tipikal generasi Y. saya mungkin bukan pakar ekonomi tetapi saya seorg jurutera yg teliti bila berbicara soal fakta...tak nampak pula saya bercerita soal MAHAL dlm komen sebelum ini.. 1:1..
    ilustrasi harga yg saya bagi hanya utk menjelaskan konsep ekonomi & PPP.. kesian, "you missed the forest for a tree" - and in this case due to your bubur kacang obsession..

    saudara rasa £2k tu dah cukup besar? sdr bernasib baiklah kalo dpt kerja dgn gaji begitu di UK.. unemployment rata mereka 7.7% sedangkan kat Malaysia 3%.. london riot yg buat rahang pelajar kita patah tu pun antara simptom2 penyakitnya.. bila rakyat dimanja subsidi & tidak berdikari, ekonomi jatuh segala syaitan keluar kebumi (all hell break loose),, sila buat homework lebih lagi..

    kalo loko disel masuk muzium apa nak heran.. kat munich pun BMW Z series pun masuk muzium kt HQ mereka..itu belum tgk kereta F1, apa sdr ingat teknologi disel hanya layak ke muzium..? pernah dgr enjin Euro5 yg lebih efisien drpd enjin petrol? tahu biodisel? apakah sdr tahu loko disel itu sejak tahun 60an adalah sistem hybrid (disel-elektrik- traction motor).. jika teknologi keretapi disel layak masuk muzium.. segala kereta2 hybrid yg ada dipasaran pun patut tak relevan lg..

    Adakah sdr mengikuti perkembangan negara sendiri melebihi meneropong negara orang? Sdr tahu projek penambahan 4 gerabak LRT? sdr tahu menjelang tahun 2016 - 2018 kita ada fasiliti landasan berkembang letrik dari pdg besar ke JB? sdr tahu projek MRT yg mengikut acuan Yamanote Line di Tokyo? sdr pernah merasai 'rush hour' di beijing metro atau hongkong nak banding tahap 'sardin' LRT?

    sdr.. banyaklah berpijak di dunia nyata.. dlm byk2 persoalan bubur kacang juga balik2 jd hidangan.. saya kesian.. sdr pusing dunia dgn tempurung dikepala.. cuma saya puji selain wifi & tv tempurung sdr juga ada satelite tv.. typical generation Y mentaliti disease.. ada 3 simptom penyakit sikap & mentaliti generasi Y : 1) memandang tinggi apa saja kecuali negara sendiri (tiada jati diri); 2) mahu segala yg hebat dan free; 3) salahkan segalanya kpd org lain kecuali diri sendiri..

    Dlm tempurung pun ada taman sdr.. atau lebih hebat dlm tempurung ada hutan.. keep on missing the forest for your tree..

    wabillah fi hikmah.. wallahualam & wasalam

    p/s: sdr din melaka, U terbaik utk engineering di UK namanya Imperial College.. no.6 dlm dunia..

    ("/)

    ReplyDelete
  54. zed-853:58 PM

    Kampong Man,

    Interesting story. I am not sure whether you were being nostalgic or something else entirely.

    Anyway, you paid £10.50 for the trip from Edinburgh to London and you were there during Thathcher years.

    When I was there, the fare for the trip from London to Manchester Oxford Road was £30 and for the return ticket, add £1. Manchester is only half way to Edinburgh from London. Paying a fare that was so cheap, my guess you were there in the early 80’s or late 70’s.

    What is interesting is that, you took a train from Edinburgh to London, that will be the equivalent for the trip from Butterworth to JB (estimate 600km). The time taken for your trip was 6 hours.

    Now, 30 years later, if you take a train from Butterworth to JB using our railways, it would take 12 hours and more.

    The problem in this country is that when we said that our system is too old and need to be replaced, there will always be some chaps who come up with “peribahasa” like “we must measure our clothes with our body”.

    I was in England not Scotland when I was there. The place I was residing predominantly was populated by Irish.

    One thing I like about the Scots is their history.

    The Scots are very proud with their historical hero figure, Sir Willam Wallace. I think there is a statue of him in Edinburgh.

    William Wallace was a very courageous and brave.

    From what I had learned, those days, Scotland was under English rule by King Edward 1 (aka as Longshanks). King Edward was very oppressive, he makes life very difficult for the Scots. He raised tax and rule with brute force. (Most likely, there were Scots that were pro-English those days compare the tax to the neighbouring France and Spain said that the tax was affordable).

    William Wallace managed to gather the Scots and fight the English.

    One of the famous quote from William Wallace in battlefield when fighting the English was, “They can take our lives but they can never take our freedom”

    In the end he was captured and killed. He was betrayed by his fellow Scots.

    I guess Freedom is very important with the Scots. After all they live in the beautiful Scottish Highland.

    In contrast with us, I do not think the Scots or the English can endure a single party rule for more than a 50 years. So, perhaps we are more courageous then them.

    ReplyDelete
  55. Aslkum Dakj

    Terima kasih pd sdr Affendi Hussain.

    Sekarang saya dan ramai dah tau kursus engineering ke 6 terbaikdi dunia berada di IMRERIAL COLLEGE . LONDON lah tu.

    Lihat pd komen2 sdr Affendi saya yakin sdr mungkin jurutera lulusan dari sana.

    Din melaka tumpang gembira

    ReplyDelete
  56. zed-857:29 PM

    Saudara Afendi Husien,

    Ada cerita pasal keretapi dalam forum ini.

    Ada orang komen termasuk saya yang keretapi diesel kita sepatutnya masuk dalam muzium.

    Sedara Komen,

    org yg dok kutuk keretapi Malaysia ni rata2 katak bawah tempurung yg tak pernah keluar negara dan merasa dan melihat dunia, setakat hanya dengar cerita2 dah pandai berkata- kata,. depa tau ka berapa tambang 'meglev', shinkansen atau TGV? pi ke KLIA tambang RM35 pun kata mahal, yg tren letrik ke Ipoh pun tak sampai RM40 pun mengeluh.. pendek kata rakyat Malaysia yg rata2 '3rd class mentality', berminda subsidi menagih '1st class facilities' pada harga kalau boleh 'free'.. depa tau ka org berulang kerja dgn shinkansen jarak dari S'ban - KL bayar dkt RM60 satu hala, komuter kita pula hanya RM6 harga..

    Komen saya bermaksud sedara tak boleh mengambil kira tambang tiket di Jepun dan membandingkan dengan RM, dan mengatakannya mahal.

    Kalau bubur kacang tak paham saya tukar burger Mc Donald.

    Harga burger BigMac di Malaysia RM8. Tapi kalau sedara beli BigMac di Jepun harganya bukan RM8 tapi RM25.

    Kalau diteliti burgernya sama sahaja.

    Bagi kita orang pelancong yang pergi ke Jepun persepsinnya memang mahal tetapi bagi Orang Jepun mereka akan mengatakan Arigato Gosaimas.

    Kalau kita hendak mengikut formula katak bawah tempurung sedara, maka tidak dapatlah kita buka kedai McDonald dan merasa burger BigMac. Setakat Ramly Burger sahaja.

    Kalau nak cerita purchasing power dengan nisbah 1:1, ini panjang dan meleret-leret sampai terkeluar tajuk forum.

    Sallam

    ReplyDelete
  57. Kepada para bekas Menteri, para bekas Adun dan MP, para pemikir yang idealistik dan kepada semua yang kerap bermimpi di siang hari mengenai agenda Melayu dan agenda “growth with equity” nasihat dua sen saya mudah saja.

    Kalau ada orang menjanjikan kita segelas air, kita jangan percaya sehinggalah kita minum dan tidak mati keracunan. Moralnya jangan mudah sangat percaya dan wajib sentiasa ada penawar racun berbisa.


    Dato AKJ,
    Agenda Melayu dan agenda "Growth with Equity" ini telah sekian lama diperkatakan. Tak silap saya, Malaysia negara satu satunya di dunia dimana berjuta-juta orang mendabik dada konnonya berjuang untuk "Agama, Bangsa dan Negara."

    Tapi saya ini rasa musykil sedikit. Dari segi makro, tiada pembolehubah ekonomi Melayu, yang hanya ada pemboleh ubah ekonomi Malaysia contohnya KDNK, inflasi dan sebagainya. Tiada pembolehubah tahap pendidikan Melayu, yang ada pemboleh ubah pendidikan nasional spt ranking universiti, keupayaan dari segi sains dan teknologi dan sebagainya. Tiada pemboleh ubah sosial Melayu, yang ada pemboleh ubah nasional spt kadar jenayah, jangka hayat hidup dan sebagainya.

    Maka setiap orang yang sering melaung2 kan pendekatan berteraskan Agama, Bangsa dan Negara; kesemua ni umpama "kon-man". "Kon-man" ini sering menggunakkan cerita yang sedap didengar utk memperdaya orang demi mencapai hasrat tertentu.

    Disini kesalahan DS Najib ialah kerana beliau bukannya "kon-man" spt mrk2 yg melaung2 Alif Ba Ta sampai ke langit. Cuba tanya - siapa di sebalik Kencana? Jawapan: Cina. Siapa di sebalik Opcom, biznes MB Kedah? Jawapan: Cina. Siapa Ananda? Siapa Vincent Tan? Siapa yang meruntuhkan nilai mata wang ringgit? Cuba tanya.

    So salah Najib satu aje. Beliau nak bangunkan negara. Itulah satu2 pendekatan yg berteraskan prinsip ekonomi. Yg lain semua retorik. Cuba tuan yg berkobar2 semangat keMelayuannya bertanya - jikalau negara membangun dengan pesat, bangsa manakah yang akan menikmati kebaikkannya?

    ReplyDelete
  58. Kampong man10:19 PM

    Salam sdra Din Melaka,

    Kemasokan Ke Sekolah Berasrama Penuh-Satu Pencerahan.

    1.Tidak semua pelajar terbaik dapat ke MCKK di zaman saya (60han).Saya hanya layak ke STAR, Ipoh kerana kami dari aliran sekoloh Melayu/Kebangsaan dari kampong.Hanya yang di aliran Inggeris dapat diterima masok ke MCKK dan TKC (spouse saya dari sini).

    2.Bagi murid aliran sekolah Melayu, sekolah SBP premier ketika itu adalah STAR di Ipoh,SDAR di Tanjung Malim(Sekarang di Seremban)dan STF di Melaka (Sekarang di JB).Semua penuntut sekolah Melayu harus menjalani kelas Peralihan (Remove Class) setahun bagi kursus bahasa inggeris di SBP sebelum ke Tingkatan Satu (Form One).

    3.Ini bererti MCKK bukanlah bagi kami dari sekolah Melayu.Hanya yang terbaik di seluruh negara yang akan dipilih ke SBP ketika itu.Alhamdulillah,sekarang kita sudah ada MRSM dan berbagai lagi sekolah berasrama.Education is for all begitu juga dengan universiti yang tumbuh saperti cendawan dengan berbagai bagai kursus.

    Sssss...Idris Jusuh,Zaid Ibrahim,Anuar Musa, Dtk Azlan, Zainal Kling just to name a few are all STAR alumni.

    Kesimpulanya,murid sekolah aliran melayu tidak akan dipilih ke MCKK.

    "BENIH YANG BAIK DICAMPAK KE LAUT MENJADI PULAU"

    Din Melaka dari MCKK ke ?.DSAI,Hishsmudin Rais dan juga Rafizi adalah dari MCKK.

    Harap maklum.Terima Kasih.

    ReplyDelete
  59. Kampong man12:19 AM

    Salam,

    1.Din Melaka,Imperial College has always been amongst the best in the world for tecnical and Engineering studies.That is stating the obvious.My good buddy Sdra DR K was a first class Honours and a PhD holder from this college,awesome.He is with Khazanah responsible for Silterra in Kulim Tech Park.

    2.Sdra Zed 85, lost my UK PR during a trip back to UK from a Europe trip from Malaysia due to new requirement during Thatchers time.Was there during Harold Wilson and Edward Heath premiership.Was on the dole too from the Social Security ,short of being a begger actually.

    Edinburgh is amongst the most beautiful city in Europe with its Castle overlooking the city and the famous Princess Street.Best time to visit is in summer with its FRINGE festival and Edinburgh Tatoo.Good tourist desination.

    Yes, William Wallace.Watch BRAVEHEART.Tq

    PEACE- NO WAR ON SYRIA!!!

    ReplyDelete
  60. Sdr Zed-85,

    Kadang2 ada bagusnya juga tempurung di kepala... mcm pepatah english "ignorance is always a bliss".. lebih baik mkn burger ramli drpd mkn mcD yg sumbang dana kpd pembangunan zionis.. hmm.. dok UK pun tak berdunia dgn org disana.. kesian..pusing satu dunia tp pi mai pi mai dok kat titik yg sama jugak..jgn tanya saya pula apa bukti mcd sumbang zionis.. pi cari kat inminds..

    wallahualam & salam gambate mcD bubur kacang.. food obsession indeed..


    ("/)

    ReplyDelete
  61. PENGUNDI AMPANG1:16 PM

    Datuk,

    1.Saya mengikuti ulasan/pandangan Datuk ketika diwawancara sebentar tadi. Saya tertarik dan terkesan dengan ungkapan " JANGAN TERAGAK-AGAK".Syabas!

    2. Tolong gunakan kuasa veto Datuk untuk meleraikan tuduh menuduh di kalangan 2-3 saudara kita di atas yang menjurus kepada serangan peribadi dan 'di luar tajuk'.

    Tidaklah saya ketahui Datuk sengaja membiarkan gelagat sedemikian dan menunggu mereka berdamai setelah 'keletihan'.

    Banyak-banyak bersabar Bro -

    Pantun Laksamana Hang Tuah:

    Lokan melata di perahu
    Belah bulangan bertanda awan
    Bukan aku tiada tahu
    Akulah hulubalang pinta lawan.

    Pantun Hang Kasturi:

    Gajah lekor, kuda beraksa
    Mayang di mana kukempaskan?
    Sama lebur, sama binasa
    Di manakan tumang-menumangkan

    Pantun Hang Lekir:

    Apakah perisai bertali rambut?
    Rambut dipintal akan cemara
    Adakah besi tahu takut?
    Kami ini muda belaka

    DATUK, SEDIAKAN GELANGGANG YANG LEBIH KONDUSIF UNTUK MEMBINCANGKAN PENGUMUMAN KERAMAT PM PAGI TADI.

    ReplyDelete