A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]
MUTAKHIR, 4 Nov - PAS berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, Kedah dengan majoriti kira-kira 1,084 undi atau kemerosotan sebanyak 1,690 undi berbanding Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.
Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat memperolehi 12,069 undi manakala calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, memungut 10,985 undi.
Posting Asal
PEMILIHAN kepemimpinan Umno pasca-Pilihan Raya Umum 2013 telah berlalu. Hasilnya bolehlah disimpulkan sebagai pengekalan pasukan Presiden.
PEMILIHAN kepemimpinan Umno pasca-Pilihan Raya Umum 2013 telah berlalu. Hasilnya bolehlah disimpulkan sebagai pengekalan pasukan Presiden.
Ia baik bagi Mohd Najib Abdul
Razak, konco-konco dan pemuja beliau. Sama ada ia baik bagi Umno, hanya masa akan menentukan.
Yang pasti, cakap-cakap akan
mengubah atau menyingkirkan Mohd Najib dari dalam sudah terkubur. Sekali lagi,
juara main selamat politik Umno selamat dan sejahtera.
Kini tiba pula giliran PAS
memilih kepemimpinan baru. Dari awal lagi jelas bahawa demokrasi lebih
menyerlah dalam parti itu berbanding Umno.
Presiden dan Timbalan Presiden
Umno tidak dipilih oleh akar umbi. Mereka sekadar disahkan oleh Majlis
Tertinggi. Jadi legitimasi atau kesahan mereka terhad kepada “endorsement” MT
sahaja.
Abdul Hadi Kekal Presiden Tanpa Bertanding |
Bagi PAS, hanya jawatan Presiden
tidak dicabar. Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden. Jawatan Timbalan
Presiden yang kini disandang oleh Mohamad bin Sabu mungkin menyaksikan
pertandingan.
Menurut laporan, selain Mohamad,
empat orang lain telah dicalonkan dan layak bertanding. Mereka adalah dua Naib
Presiden, iaitu Husam Musa dan Salahudin Ayub, Ketua Penerangan Pusat Tuan
Ibrahim Tuan Man dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Mohd Amar Nik Abdullah.
Ramalan media menjurus ke arah
pertembungan dua Mohamad – Mohamad Sabu dan Mohd Amar yang juga Timbalan
Menteri Besar Kelantan, walaupun yang mendapat paling banyak pencalonan ialah
Tuan Ibrahim.
Timbalan Presiden Mohamad Sabu |
Mohd Amar Bakal Pencabar |
Pertandingan Mohamad lawan Mohd Amar, sekiranya berlaku, sangat menarik. Ia akan merupakan ulang tayang pemilihan 2011, tetapi dengan satu perbezaan.
Pada tahun 2011, Mohamad
mencabar penyandang, Nasharuddin Md Isa yang berupa ulama pelapis PAS. Mohamad
menang. Dua faktor membawa tuah kepada Mohamad. Pertama, perebutan pengaruh di
kalangan kepemimpinan ulama dan kedua, kemunculan golongan bukan ulama yang
diberi gelaran “Erdogan”.
Saya menulis sebuah rencana
dalam blog ini pada 5 Jun, 2011 bertajuk “Implikasi Pemilihan Golongan Liberal
Terhadap Pas”. (Baca di sini).
Lebih-lebih lagilah apabila Mohamad sendiri gagal mempertahankan kerusi Dewan Rakyat Pendang yang berupa kubu PAS di Kedah.
Dolak-dalik Yang Merugikan
Dolak-dalik kepemimpinan PAS ketika PRU mengenai ideologi dan agenda pokok parti itu seperti negara Islam, hukum hudud dan kalimah Allah bukan sekadar memberi peluru kepada Umno membelasahnya, malah menyebabkan ramai ahli dan penyokong PAS tawar hati.
Realiti paling getir yang terpaksa dihadapi dan
diakui oleh kepemimpinan PAS dalam muktamar mereka adalah prestasi buruk parti
itu dalam PRU 5 Mei.
Berbeza dengan Umno yang menang lebih banyak kerusi
dan kekal sebagai parti induk BN, PAS muncul sebagai komponen Pakatan Rakyat
paling lemah. Tsunami Cina yang melanda BN tidak pula membantu
melonjakkan PAS.
Jadi, tidaklah menghairankan
kalau PAS mahu mengkaji semula peranannya dalam PR. Tetapi sekiranya Nik Abdul
Aziz Nik Mat masih berpengaruh seperti dahulu, kajian itu tidak akan membawa
kepada PAS meninggalkan PR.
Mursyidul Am PAS itu dilaporkan sebagai berkata
bahawa beliau amat bersetuju kajian dibuat untuk penambahbaikan penyertaan PAS
dalam PR dan bukan untuk mengundur ke belakang.
Di pihak yang lain pula, PAS
tidak boleh menolak bulat-bulat cakap-cakap mengenai perpaduan Melayu-Islam,
khususnya yang membabitkan Umno. Sebagai dua parti Melayu-Islam, Umno dan PAS
terpaksa mengakui bahawa perpaduan dan persaudaraan Islam adalah tuntutan
agama.
Cabaran Kepada Melayu-Islam
Kesimpulannya, muktamar dan
pemilihan kepemimpinan PAS kali ini menentukan bentuk kepemimpinan, dasar dan
rancangan PAS dalam jangka masa sederhana dan panjang, terutama dalam usaha
menebus kekalahannya pada PRU 5 Mei lalu.
Tempoh antara sekarang hingga
PRU ke-14 sangat kritikal bagi
parti-parti Melayu-Islam menyegarkan semula kepemimpinan, dasar dan
perjuangan mereka kerana demografi negara kini didominasi oleh generasi muda.
Generasi muda, tidak kira bangsa
dan kaum, mempunyai selera dan aspirasi yang berbeza walaupun apa yang mereka
idamkan itu tidak semestinya jelas dan koheren (teratur dan tersusun).
Keadaan ini ditambah burukkan
oleh perubahan sikap dan ideologi parti-parti bukan Melayu selepas PRU lalu.
Sama ada mereka menang besar atau kalah teruk, parti-parti itu nampaknya
menjadi semakin perkauman dan cauvinis.
Ini tentunya menyukarkan usaha
PAS dan Umno bekerjasama dengan mereka secara produktif dan lancar dalam
apa-apa bentuk pakatan pilihan raya sekali pun.
Wallahualam.
Saya fikir pemilihan Pas kali ini akan menentukan sama ada parti itu kembali kepada perjuangan Islam seperti pada awal penubuhan atau menjadi sama seperti PKR. Sekiranya Timbalan Presiden kembali kepada ulama dan Pas ambil tindakan berani keluar dari Pakatan dan menjadi pembangkang, Pas akan memberi ancaman besar kepada UMNO. Ketika ini Pas telah menunjukkan amalan demokrasinya apabila Timbalan Presiden dipertandingkan. Presiden elok tak dipertandingkan kerana tak ada yang boleh menggantikan Hadi untuk masa ini. Jawatan Timbalan sangat perlu dipertandingkan untuk membawa Pas ke landasan asal, sekiranya ulama dipilih.
ReplyDeleteSaya fikir orang Melayu tak sokong Pas bukan kerana Pas tetapi tindakan bersekongkol dengan PKR dan DAP. Mungkin yang tak sokong UMNO terpaksa pangkah UMNO yang berada pada kedudukan sedikit sahaja lebih baik daripada Pas. Misalnya kalau Pas menang, yang jadi PM bukan dari Pas. Sudah tentu Anwar Ibrahim. Memang Anwar Melayu tapi DAP yang pegang ekor dia kalau jadi PM. Kalau UMNO menang, Melayu dari UMNO akan jadi PM. Memanglah kalau Pas keluar Pakatan, Pas tak berpeluang nak jadi PM. Tetapi kalau Pas keluar Pakatan, sudah tentu Pakatan tak akan berjaya dalam PRU 14.
Saya melihat UMNO sudah tidak boleh buat apa lagi, tak berubah apa-apa. Kalau Pas bersendiri, kita ada dua parti Melayu yang kuat. Orang Melayu pun ada pilihan sama ada UMNO atau Pas. Tetapi sebelum itu Pas kena bersih atau sapu ke tepi puak Anwar yang sudah berjaya mengalih hala tuju Pas.
Saya amat kecewa dengan kekalahan Akhramsyah, Maznah Mazlan dan Mukriz, tempoh hari. Perwakilan UMNO masih juga memilih mereka yang tepalit scandal, perasuah dari tingkat 4 dan yang lembik dan hanya kuat membodek. Macam issue kapal-selam, sudah tentu mereka-mereka ini akan dijadi 'peluru' kitar-semula kepada pembangkang pada PRU14 nanti. (Pasal itu Guan Eng pun amat 'gerun' dan puji Sharizat semasa permilihan). Ingatkan perwakilan mahu meremajakan dan mentransformasi UMNO, tapi malangnya lebih mementingkan 'tempolok' mereka sahaja.
ReplyDeleteMemang benar prestasi PAS menurun apabila berkawan dengan DAP, yang satu ketika dulu amat mereka benci dan musuhi. Malah pada 1981, Haji Hadi mengkafirkan UMNO,hanya kerana berkawan dengan MCA & MIC yang sederhana. Sekarang sudah terbalik, kerana tamakkan kuasa dan harta, sanggup pula mereka berpakat dengan DAP yang extreme. Mereka ingat pengaruh mereka akan lebih kuat dengan sokongan Cina, malangnya bertambah mengecut.
Kekalahan Mat Sabu di Pendang masih membolehkan beliau memegang jawatan Pengarah di PBAPP (Perbadanan Bekalan Air P.Pinang) atas ikhsan DAP. Mungkin dengan tersingkirnya beliau pada Pemilihan PAS nanti, jawatan itu akan turut tergugat. Lagi pun, Kedah sudah ditangan BN, beliau pun tidak lagi mampu menjaga kepentingan air P.Pinang, yang banyak berpunca dari Kedah.
Yang paling saya hairan mengenai politik ni, pasai apa Anwar boleh berbaik dengan Mat Sabu yang pada 1997, bersama Karpal Singh di Parliament, pernah menuduh Anwar seorang kaki liwat dan penzina? Malah, Mat Sabu adalah orang yang pertama memberi gelaran Al-Juburi kepada Anwar kerana penglibatannya dengan ABIM dan perwatakan alim yang dibawa, semasa menjadi TPM.
Walaubagaimana pun saya yang kecewa dengan UMNO sekarang ini amat menantikan Pemilihan PAS kali ini. Kalau Perwakilan dapat menyingkirkan Anwarinas dan Syiah dari kalangan kepemimpin dan keluar dari PR, saya akan memberi sokongan saya kepada mereka pada PRU14.
Saya tidak mahu seorang yang terbukti pernah menyalah-gunakan kuasa dan bekas banduan dilantik menjadi PM dinegara tumpah darah saya ini..
Harap dapat kiranya Dato memberi pandangan bagaimana UMNO dan PAS boleh bersatu.
ReplyDeletePemilhan PAS :-
ReplyDelete1. Rentak nya sama macam UMNO. Ribut dalam cawan juga. Realiti nya keadaan sama saja.
2. Selagi kumpulan Ulama mereka berdiam diri, selagi itu kumpulan yang di kata anwarinas tidak akan berganjak dari persada mereka. Ini yang terjadi kepada Ust Nassarudin, kerana tiada sokongan 'padu' kumpulan Ulama - mungkin Ulama lain memikirkan ketokohan dan wibawa diri masing-masing.
Maksud nya siapa lebih berpengaruh dan 'kuat' iman nya kepada Tok G.
3. Apa yang saya perhati, kebanyakan ahli-ahli PAS masih juga bergantung kepada sentimen. Budaya memutar dan memeperlekeh orang lain. Kadang kala fitnah nyata di jadikan senjata kebenaran pemusnah. Kesian artis-artis dah tokoh taksub terlibat....Mereka sedar salah, tetapi demi politik dibiarkan berleluasa. Senjata berkesan ini lah amat di nantikan oleh rakan utama pakatan mereka kerana perangai melayu yang suka berdengki.
4. Apa-apa pun saya mengharapkan perubahan yang seimbang. Mereka orang Melayu dan kita mahu lihat perubahan pemikiran selari Islam. Saya juga sayangkan bangsa sendiri. Semoga PAS menjadi Pembangkang yang mempunyai kekuatan ilmu dan bijaksana dalam tindakan yang kena pada tempat nya. Malang nya, isu Kalimah Allah, comango - di mana mereka? terutama Ulama-Ulama yang berilmu. Berbeza sangat cara PAS dengan pendirian parti MCA, Gerakan yang sentiasa menyokong dan bersama pemegang kunci bangsa mereka, Dap. Bangsa cina berpolitik tetap dengan satu tujuan.
Melayu leka berpolitik TANPA tujuan. Takut mempertahan Sunnah Nabi dan memertabatkan maruah Islam sebenar. Bukah Kah ALLAH SWT menjanjikan limpahan rahmat dan rezeki jika kita tetap pada JALAN nya, dunia dan akhirat. Kenapa masih tidak memoercayai JANJI NYA ? Kita lebih suka yang bathil dan toghut.
Sama ada UMNO, PAS dan PKR, SEMUA nya mesti SEDAR ! Pemimpin- pemimpin parti ini bakal menghancurkan dan menggadai Negara, Melayu dan Islam dengan harga yang amat mahal ! Mainan politik terlampau.
Setakat ini Perlembagaan Malaysia masih utuh berdiri. Siapa bakal menjadi PEMBELOT ?
(Kini di Sg. Limau satu saat kebodohan melayu terlampau !! Patung Kaki di potong di gantung, mempersenda si mati (tidak di amal mengaib mayat), perlakuan melayu yang sudah di 'Cabut Ilmu Agama' nya kerana suka dengan kefasikan..... bertaqwa lah.
( maaf Tuk, saya orang biasa yang memerhati dan mengkaji cara biasa-biasa yang di bual di kedai kopi - tukisan tiada niat jahat )
Kadir.
ReplyDeleteKomen saya mengenai pemimpin Ulama dalam PAS saperti berikut.
Mereka pandai dalam hal ugama dan fatwa tapi dalam sepak terajang Politik mereka tidak boleh fikir sacara kritikal.
Ini cerita apa yang berlaku dalam Pilehan Raya lepas.
PKR dan DAP memutuskan Anwar menjadi PM apabila mereka menang dalam Pilehan raya. ,PAS bukan sahaja tidak setuju dengan Anwar menjadi PM,tapi mencadangkan Tengku Razaligh sabagai PM.
Satidak tudaknya jika tidak setuju Anwar,Cadang lah Hadi sabagai PM.
Apabila Nik Aziz bertanya kapada Hadi dan Mustapa Ali,adakah Sudah mendapat persetujuan Tengku Razaligh,mereka menjawab belum.Jika setuju baharu hendak berunding dengan Tengku.
PKR dan DAP tidak bersutuju.
Maka di dalam pilehan raya lepas,geng geng ulama PAS telah membuat kempen di Permatang Pauh supaya Anwar dikalahkan oleh Mazlan,bekas ahli PAS.
Akibatnya majority Anwar merosot 5 ribu.
Bukan itu sahaja di buat oleh PAS ulama.Mereka juga berkempen supaya PKR tidak memenagi banyak kerusi Parliment.Akibatnya semua calon Parliment PKR di Kelantan kalah.Tapi calon PAS yang bertanding kerusi negeri menang.
Banyak lagi yang hendak di sebut kerenah pemimpin ulama dalam PAS.
Apa yang terjadi di Serawak,di Labuan,Di Kota Damansara dan di Tengganu.
Kekalahan PAS di Kedah ada lah kerana pergadohan antara golongan ulama dengan bukan ulama dalam Pas.
Kekalahan Saifuddin di Kulim ada lah kerana orang Pas tidak menggundi PKR.
Kekalahan mat Sabu di Pendang adalah kerana orang PAS golongan ulama kempen supaya ia kalah dan tidak memberi undi kapada nya.
Mustahil Mat Sabu tidak boleh menang.Di kawasan Tokai,calun Pas menang dengan majority 4 ribu,Mat Sabu hanya mendapat 2 ribu undi di tokai.
Atas sebab sebab ininlah geng buka ulama mahu menguasai PAS.
Adakah mereka boleh menang.
Susah.
Aslkum Dakj
ReplyDeleteSdr RD
Bagi saya status banduan pd tahanan politik atau pendakwaan berbaur politik harus dibeza dgn banduan biasa.
Nak tanya RD. Sdr macam tak real dan tak konsisten. Di satu sudut sdr kecewa org jujur kalah dlm Unno. Di sudut lain sdr mscam tak jelas antara air dan minyak.
Apa hal pulak anak ketua UMNO yg belassh pengawal keselamatan dan terbaru beli rumah rm7 m. Adakah org begini atau bapanya ok dari sudut moral hanya kerana mereka tu bukan banduan?
Salam Dato
ReplyDeleteLebih tepat lagi pemilihan Pas yg akan datang adalah perebutan kuasa antara kaldai anwar/dap yg gila pangkat dan di tentang oleh para ulama yg tiada keyakinan dgn kemampuan parti sendiri.@ tak yakin bersendirian dan maseh berharap kepada pihak lain.
Din Melaka agaknya tak tahu yang tokoh pujaan politiknya itu juga pelakon yang hebat.
ReplyDeleteKalau betul PAS keluar PR, tentu persada politik akan menjadi menarik. Pertandingan di kawasan Melayu akan menjadi 3 penjuru. UMNO/BN, PKR/DAP dan PAS. Tentunya yang menang adalah UMNO. Pejam mata pun tau. Ha ha
ReplyDelete
ReplyDeleteSalam Dato,
Sabda mantan PM Malaysia; pemilihan dalam UMNO adalah merupakan pemilihan untuk melantik ketua dikalangan "syaitan yang dikenali" maka prosesnya lebih mudah tetapi memerlukan perbelanjaan yang sangat besar iaitu pulohan/ratusan juta ringgit.
Pemilihan dalam PAS pula adalah untuk memilih pemimpin dikalangan orang-orang fakir-miskin yang sudah tentu tidak menarik kerana tidak ada imbuhan dan upah yang memberangsangkan...silap-silap haribulan masuk angin-keluar asap!
Datuk,
ReplyDeleteApabila parti-parti bukan Melayu menjadi lebih cauvinis dan perkauman, PAS dan UMNO (tetapi tidak PKR) akan lebih nampak perspektif untuk bersatu sebagai satu penyelesaian. Namun sebaliknya, adalah sukar untuk membayangkan penyatuan antara PAS dan UMNO boleh berlaku kerana realiti dan persepsi rasuah yang semakin menghantui UMNO/kerajaan pimpinan BN.
Penyatuan ini tidak ada dalam kepala Najib mahupun Rosmah. Mereka berdua confident dalam awang-awangan. Biarkan, biarkan. Tak payahlah kita angan-angankan penyatuan Melayu-Islam itu akan berlaku. Kita tunggulah PRU 14 nanti. Dahulu Tun Dr M fikir golongan beragama (atau nampak beragama) ada tempat dan peranan dalam politik Malaysia, lalu diketengahkannya Anwar dan Pak Lah. Tapi sayang lain pula jadinya.
RD,
ReplyDeleteTakkan tergugat posisi Mat Sabu. Kalaulah betoi betoi PAS nak mengabaikan Mat Sabu, kesemua moderates akan berhidjah ke DAP. Lebih bagus macam tu, saya guarantee kalau macam ni happen, Kadiak akan dapat sakit jantung. Malah Madhater pun boleh menemui ajalnya
Masalah PAS mungkin sama makamnya mengajak umat Islam mendirikan solat jumaah di masjid atau mengajak orang rajin ke masjid/surau. Sukar!
ReplyDeleteUMNO cuma teringatkan PAS untuk dibuat kawan kerana etnik Cina yang dulunya bersama MCA dan kawan UMNO juga berpaling tadah menyokong DAP.
Andainya etnik Cina kembali semula kepada MCA, UMNO tidak memerlukan PAS untuk dibuat kawan lagi.
Inilah dilema PAS!
Dato.
ReplyDeletePemilihan Pimpinan PAS.
Hadi pasti selamat kerana tidak ada tokoh yang mampu menandingi dirinya.
Jika Mat Sabu dicabar dalam Jawatan Timbalan Presiden Pas.Ini yang paling menarik.
Dibelakang Mat Sabu ialah Anwar dan Lim Guan Eng.Habis-habisan bergadai bergolok mereka untuk pastikan Mat Sabu terus berada disitu.
Mat Sabu adalah jambatan dan ayam sabung PKR dan Dap.
Politik hari ini sudah boleh dibeli dengan wang ringgit.Tak terkecuali dalam pemillihan Pas sendiri.
Dalam pemilhan Pas ialah Ulamak lawan Bukan ulamak.
Dalam pemilhan UMNO ialah Kaya lawan yang tak berduit.
Terima kasigh Dato.
Assalamualaikum dakj,
ReplyDeleteOrg cina ada dap, gerakan dan mca di kedua-dua belah kubu. Ketiga-tiganya konsisten menjaga kepentingan kaum cina dalam ekonomi, pendidikan dan bahasa. Yang satu kaedahnya, menjerit-jerit menyakitkan hati (dap), yang satu lagi, walau duduk semeja, tapi asyik meninggi suara (gerakan) dan yang satu lagi sambil senyum dan intonasi yang selamba (mca, tp itu dulu). Walau berbeza pendekatan tapi matlamatnya sama. Cuma sekarang masing-masing nak jadi macam dap.
Orang melayu ada umno di sebelah sini dan pas di sebelah sinun (walaupun pas mati-mati mengatakan mereka bukan parti org melayu). Beza parti org melayu dgn parti cina ni, dua-dua parti melayu ni berebut-rebut nak menjual kepentingan agama, bangsa dan negara bagi mendapatkan sokongan kaum lain.
Sejarah yang berulang. Pemimpin dulu-dulu kalau bergaduh, akan panggil orang luar untuk menyokong. Yang kalah saudara sendiri, yang menang org luar yang mendapat kuasa, tanah dan lain-lain habuan.
Jadi, kalau yang umno kita dah tau keputusannya, eloklah juga kita lihat keputusan pas pula. Rasanya sama je, 2 x 5.
Syabas pemimpin umno dan pas, kalau dulu dari persekutuan tanah melayu bertukar kepada malaysia, mungkin hasil perjuangan kedua-dua parti ini sekali lagi nama negara akan bertukar dari malaysia kepada republic of cindia. Tahniah saya ucapkan terlebih dahulu.
Sekian, terima kasih.
Din Melaka.
ReplyDeleteMungkin saudara masih muda dan tak ingat apa yang berlaku pada 1998. Anak muda pada masa tu pun lebih berminat atau ingat, hanya pada Sukan Commonwealth dan kegawatan ekonomi, pada tahun itu. Tambahan lagi orang muda Melayu, bukan berminat Politik pun. Bila dah berkawin dan dapat anak, baru sedar kepentingan politik. Orang kampung lagi lah tak ambil tahu, mungkin kerana kurang membaca dan internet pun masih payah dan mahal, ketika itu.
Manusia mudah lupa, malah yang berkepentingan pun boleh buat-buat lupa, tambahan lagi kalau sudah mengistiharkar ‘taat setia’ terhadap ‘DYMM SBP YDP Agong Pertama’. Anwar banyak kumpul, sebagai Menteri Kewangan & TPM, sebelum 1998.
Anwar ambil kesempatan mengelirukan Rakyat, dengan harapan: Mana mungkin seorang yang perwatakan warak, pernah masuk TV mengimankan solat, mengIslamkan sekolah kebangsaan (untuk menyaingi pengaruh PAS) dan berasal dari ABIM, boleh cenderong kepada liwat dan berzina (threesome orgy)? Dr.M pun mati-mati tak percaya, bila Karpal Singh dan Mat Sabu tuduh Anwar seorang peliwat di Parliament pada 1996. (Ada dalam handsard Dewan Rakyat). Oleh yang demikian, apabila dipecat, sudah tentu Rakyat, terutamanya orang Melayu percaya pendakwaan liwat berunsurkan politik dan beliau adalah tahanan Politik. Tambahan pula masyarakat amat garu-ragu dan khuatir memperkatakan mengenai kes liwat ini, takut tersalah sangka yang menjuruskan kepada dosa besar kerana memfitnah.
(Walaupun orang Melayu menolak BN pada PRU11, 2009, orang Cina masih memberi undi kepada BN yang membolehkan Dr.M menang 2/3).
Hakikat sebenarnya, Anwar di dapati TIDAK Bersalah dalam pertuduhan meliwat pertama 1998 dan kedua 2008 atas alasan technical: Percanggahan tarikh berlaku dan kurang ketelitian handling sample air-mani, tetapi Judicial Report, Hakin mengatakan perlakuan liwat ada berlaku. (Masakan Mahkamah dapat menyabitkan kesalahan, bila semua keterangan menjuruskan kepada ‘suka-sama-suka’. Yang diliwat tidak melawan, diikat atau dikasari, malah mangsa membawa K-Y Jelly sendiri).
Anwar DIDAPATI BERSALAH kerama MENYALAH-GUNA KUASA sebagai TPM dengan MENGARAH POLIS untuk menangkap dan mengertak Ummi Hafilda dan Dr, Christina, untuk menarik-balik surat kepada PM dan minta-maaf padanya. (Surat pertama 1997, sampai ketangan Karpal dan Mat Sabu, kerana Tun Dr.M tak percaya. Surat kedua baru Tun percaya).
Oleh yang demikian ANWAR adalah BEKAS BANDUAN SALAH-GUNA KUASA sebagai TPM. Layakkah bekas banduan menjadi PM Malaysia?
“Sdr macam tak real dan tak konsisten”.
Di manakah saya menulis, saya ada memberi sokongan kepada Nazri yang membawa anak bekerja di kementeriannya dan kemudian membeli Banglo RM7.2 Juta pula? Pasal pukul pengawal keselamatan tu, maaf saya tak tahu. Heran juga saya. Kejap Penbangkang sokong Nazri ni. Sekejap tak sokong pula. Masa Nazri bawa Namawee ke Parliament, Pembangkang amat kagum dengan Nazri ni. Hairan, saya sunggoh hairan.
Walaumacam mana pun, saya tak tahu mengapa Najib masih mengekalkan Nazri dalam kabinet. Mungkin pengaruh politik atau ‘gambar Agong pertamanya’masih kuat di KK.
Din Melaka sokong Nepotisma ke? Macam Lim & Son/wife, Anwar Anak-beranak, Nik Aziz dan Anak dan Nov ni Anak Hadi pulak nak masuk.
Looes74.
ReplyDeleteBila menulis nama you saya teringatkan macam di blog Din Melaka....ops maaf, Din Merican.
“Kalaulah betoi betoi PAS nak mengabaikan Mat Sabu, kesemua moderates akan berhidjah ke DAP.”
Ha, ha, ha, ha, DAP, mana nak terima orang Melayu. Orang Cina yang guna nama Melayu, boleh la Lim & Son terima. Setakat bagi kerusi untuk bertanding PRU, boleh la. Itu pun mesti buat perjanjian bertulis. Tak boleh lompat katak atau jadi Bebas. (Mahu kena zaman berjuta-juta. Ingat DAP ada Karpal Singh, Dr.M kata, Hakim pun takut pada Karpal). Kalau lompat juga, mesti letak jawatan dan SPR mesti adakan PRK.
Saya rasa Loose74 yang anti-Melayu. Dalam blog Pro-PR you tulis kurang –ajar. Tapi dalam blog Pro-BN, you terpaksa tulis elok sikit, (tiada F-word), kalau tidak, author tak publish. Kamu nampak sangat benci pada Tun Dr.M. Nama dia pun you selalu tulis itu macam. Kalau you mau harap dia mati cepat, saya pun harap Kit Siang mati dulu. Ini Kit Siang celaka, incite itu May 13, 1969, banyak orang mati. Sekarang sudah tua pun, dia dengan anak pula mahu sow more hatred among Chinese and Malays.
God helps us all. Protect the Rakyat from this evil Lim and son.
salam Dato,
ReplyDelete- semasa era ustaz Fadzil Noor dan yusof rawa, walaupun PAS dan UMNO berkempen mati-matian di PRU untuk menang, tidak pula mereka mengkafirkan pemimpin dan ahli UMNO. teras perjuangan PAS diwaktu itu adalah kombinasi nationalist Melayu berideologi Islam.
- mereka akan bersama UMNO untuk mepertahankan kedaulatan Melayu, agamanya dan Rajanya.ini terbukti pasca rusuhan kaum 1969 dengan menyertai kerajaan.
- kini masa perubah, pemimpim2 utama PAS tidak berasa berdosa untuk mekafirkan ahli UMNO ataupun mana orang melayu/islam yang tidak sebulu dengan mereka. segala hadis2
dan fatwa dikeluarkan untuk tujuan tersebut...ini berlaku di Sg limau dimana mereka sibuk sana sini memberi penerangan kepada orang kampong, mengapa mereka menyokong orang bukan islam mengunakan kalimah 'ALLAH'.
- hanya pengikut ajaran syiah sahaja yang akan mengkafirkan orang islam yang lain... adakah pemimpin2 PAS sekarang termasuk dalam kumpulan ini? bolehkah orang melayu/islam berpaut kepada PAS walaupun kemungkinan ada berubahan kepimpinan selepas muktamar ini?
Aslkum Dakj
ReplyDelete1. pertandingan dalam PAS apakah antara ulamak dgn ulamak atau antara ulamak dgn bukan ulamak tidaklah merisaukan ketana pertandingan antara mereka adalah antara orang sangat baik dgn mungkin yg kurang baik sedikit.
2. Tapi dalam UMNO pertandingan adalah antara yg jahat banyak lawan yg baik kurang. Ngerikan?
3. PAS adalah golongan yg ada prinsip. Tak mudah nak diperkotak katik . Tuduhan PAS diperkuda ANWAR dan DAP hanyalah lagu dondang sayang UMNO macamlah mereka mainkan lagu ANWAR peliwat dan perasuah. Jugak lagu PAS mengkafirkan ahli UMNO. Terbaru melagukan PAS pembawa ajaran syiah. Low class lah tektik mereka ni. Tak gitu RD?
4. RD lebih baik menangis kenang masa depan org Melayu yg dijual terang2 oleh ketua2 UMNO tu pd pendatang asing melalui projek ic segera.
Ada jugak hikmah 2 hamba Allah yg jadi pengawal selepas dpt ic segera , langsung merompak dan membunuh
Maka terjawaplah segala persoalan apakah benar ada projek ic segera? Rahsia terbongkar jua.
Yg geli hatinya ialah walsupun ada pihak tertentu cuba cover dgn berkata bahawa kedua2 pengawal tersebut pegang ic palsu, bagaimana pulak kalau ic palsu mereka boleh lepas TAPISAN KESELAMATAN POLIS ketika mereka memohon lesen senjata api?
5. Syukur PAS MENANG PRK SG LIMAU . Wang rasuah masih gagal menawan hati msjoriti pengundi SG LIMAU
Boleh tak sesiapa nasihat Mahathir supaya bersyukur sebelum lelap?
Salam Tok..
ReplyDeleteBenarkah PAS semakin lemah.. jika dibandingkan dengan sebelum PRU12 dan PRU13..
Benarkah PAS sudah lari dari perjuangan asal untuk menegakkan Agama kerana berada bersama PKR dan DAP..
Penyokong PAS dan PR tentu kata tidak, tetapi yang tak suka PAS yang terus berada dalam PR tentu kata ia.. kerana mereka mau PAS sentiasa lemah..
Pada pandangan saya PAS sebenar masih seperti dulu.. dasar dan perjuanganya tidak berubah tetap kuat.. cuma pendekatannya yang berbeza..
Dulu PAS hanya disokong oleh ahli parti dan sebahagian orang Melayu.. Cina dan India menolak PAS mentah-mentah..
Hari ini ada kelab penyokong PAS yang terdiri dari Cina dan India.. yang sanggup berkempen untuk PAS dan mengundi PAS.. tak pernah berlaku sebelum ini..
Conton diSelangor kawasan campuran yang dulu dimenangi oleh Umno sakarang menjadi milik PAS.. artinya PAS semakin kuat.. tidak timbul soalan PAS dikuasai DAP/PKR.. yang kita bandingkan ialah PAS dulu dan sekarang..
PAS semakin kuat ahli PAS terus bertambah yang bukan ahli terus beri sokongan..
Oleh itu untuk PAS terus berada dipersada politik Malaysia kepimpinan Ulamak dan Profesional perlu terus bersaing agar ada check and balance.. perlu ada orang seperti Salehuddin atau Tuan Ibrahim Tuan Man atau Mohd Amar atau Husam.. dalam barisan pemimpin baru..
Kita perlu Parti seperti PAS untuk KEKUATAN ISLAM yang didalamnya tersirat Melayu.. harapkan Umno nampaknya tidak..
TQ Tok..
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSangat jahil dan sangat jahat bagi sesiapa untuk mengatakan bahawa pada tahun 1981, Haji Hadi Awang mengkafirkan UMNO semata-mata kerana UMNO berkawan dengan MCA dan MIC.
Kenyataan ini merupakan satu fitnah besar. Sebenarnya, tidak pernah Haji Hadi mengeluarkan kenyataannya bagi mengkafirkan sesiapa. Apa hak beliau untuk berbuat demikin? Siapa beliau untuk menentukan status keIslaman seseorang?
Walau bagaimanapun, Haji Hadi (dan Nik Aziz) dalam ceramahnya pernah menyampaikan Firman Allah di dalam al-Quran: al-Maidah: 44
yang bermaksud, "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu kafir".
Oleh sebab UMNO yang makan cili, maka merekalah yang merasakan pedasnya. Haji Hadi tidak pernah menuduh per se UMNO itu kafir. Lebih-lebih lagi kekafiran UMNO itu disebabkan oleh persahabatan UMNO dengan MCA dan MIC.
Dengan kata lain, Haji Hadi hanya tolong menyampaikan mesej daripada Surah al-Maidah Ayat 44 itulah.
Wassalam. Tolong maafkan saya, RD. Saya ikhlas.
Mahfuz Omar cakap undi merosot sebab hari pengundian dibuat hari bekerja.
ReplyDeleteKalau PAS menang mesti dia cakap
"Rakyat sudah menolak umno-bn."
"Pengundi semakin matang memilih pemimpin."
"Pengaruh Mahathir semakin merosot walaupun membantu Mukhriz."
"PAS semakin kuat walaupun pengundian dibuat hari bekerja"
dll..
itulah senario politik pembangkang..
hahahaha
Aslkum Dakj
ReplyDelete1. Daripada kita sibuk komen pasal pertandingan dalam PAS lebih baik kita tumpukan perhatian pd kemaksiatan yg ada dalam negara yg dah bertambah teruk berkat pimpinan ketua2 UMNO sejak lebih 50 tahun.
2. Lagi pun bukankah media, ketua dan burung kakak tua UMNO dakwa PAS dah semakin lemah. Berbalui ke UMNO habis peluru hentam org lemah? Fakta bahawa ketua2 UMNO mencari dan mengguna pelbagai helah untuk melemahkan PAS menunjukkan mereka mati kutu dgn sokongan rakyat termasuk yg bukan Islam yg semakin bertambah.
3. Berdasarkan pencapaian bilangan kerusi Parlimen yg dimenangi PAS sedikit berkurangan berbanding PRU 12, mereka terus pukul gendang konon PAS dah lemah. Fakta spt PAS dan rakan PR menang lebih kerusi di ADUN Selangor mengalahkan UMNO tak pernah mereka war2kan.
Tak malukah mereka bila negeri yg UMNOnya diketuai oleh perdana menteri sendiri, kalah TERUK di tangan PAS dan rakannya PKR dan DAP.
4. Rakyat tak bodoh sebab mereka tsu bila rakyat cuba membuat perubahan, mereka bukan saja berdepan dgn ketua UMNO dan BN tetapi segala jentera kerajaan yg ketua, ketua pengarah, pengerusi dan timbalan yg mengganggap perjuangan menentang PAS dan PR sebagai satu kemestian dan dibolehkan dari sudut moral dan agama.
5. Dalam pettandingam pemilihan parti politik bukan UBN, , PR termasuk PAS kena 100% hati2. Satu aduan olrh ahli kepada ROS sudah cukup menyusahkan hidup ketua2 PR spt yg berlaku pd DAP.
Mungkin dgn pemilihan UMNO, ROS sangat friendly atau waktu pemilihan tu ROS sibuk lalu terlepas pandang.
Apa2 pun kesian dgn nasib penjawat awam Melayu Islam zaman Najib dan Mahathir
Salam 'Maal Hijrah' semua,
ReplyDelete1.Tahniah pada sdra Mohd Azman yang berjaya di Sg Limau dengan majoriti 1, 084 satu angka yang lebih kecil dari pencapaian Tan Sri Azizan di PRU 13.Kemenangan ini telah dijangka kerana Sg Limau adalah kubu kuat parti Pas dari 1995 lagi.Walaubagaimana pun Sg Limau tetap tidak akan ketinggalan dengan pembangunan yang dijanjikan oleh kerajaan BN Kedah walaupun kalah dengan sdra Mukhriz sebagai MB mereka.Syabas Pas.
2.Datuk Mahfuz Omar sebagai Commissioner Pas Kedah berpuas hati dengan majoriti kecil ini berbanding PRU 13 dulu dan berkata majoriti kecil ini adalah disebabkan "unsuitable day the election process was held". Beliau mahukan process ini diadakan hujung minggu.Fakta menunjukan 85% (23,249) keluar mengundi, satu satu kehadhiran yang baik.Pada saya pengundi pastinya telah membuat keputusan memilih parti mana dan ia nya tidak ada kena mengena dengan hari mengundi.Mahfuz tetap Mahfuz.
3.Berikutan dari kejayaan Pas di Sg Limau saya yakin ia akan merancakan lagi pemilihan Pas Nov ini di antara pihak ulama dan bukan ulamak (Anwarinas/Erdogan/liberal).Ingat Ustaz Nasharudin Md Isa pernah di tumbangkan dulu dengan kekuatan Anwarinas oleh Mat Sabu.Yang menariknya pula di PRU 13 Mat Sabu kalah di Pendang dan juga Husam Musa kalah di Putrajaya.Malah Husam Musa tidak langsong dilantik sebagai Exco Kelantan yang dipimpin sdra Ahmad Yaakub sebagai MB baru. Begitu juga dengan Sdra Salehudin Ayob yang kalah di parliman Kulai dan DUN Nusajaya Apakah message ini semua ?.Ketiga mereka ini orang kuat dan penting dalam Pas.Adakah kita akan menyaksikan kebangkitan semula ulamak Pas satelah terlalu banyak lari dari perjuangan asal bagi menegakan negara Islam diikuti pula dengan negara berkebajikan ? dan apakah UMNO tidak menegakan negara Islam dan berkebajikan selama ini?.Anda lihat di sekeliling. Sayang, di Selangor Pas lepaskan peluang terbaik bagi memegang dan menjadi MB Selangor.Kenapa ini tidak berlaku ?.Mungkin Pas masih belum bersedia memerintah atau takut pada tekanan PKR dan DAP ?.Jelas ,Pas tidak punyai kekuatan meneraju negeri dan apatah lagi pula negara buat masa ini.Tidak hairanlah Kedah jatuh dan mereka terlemah dalam PR (hanya 21Parlimen) itu sendiri meredum dari 23 dulunya.Saya mahukan parti Pas yang kuat dan bersatu bukan yang bercelalru arah tujunya.Tambahan pula Pas hanyalah satu parti politik sahaja sama saperti parti lain.
3. Saya adalah 'advocate ' MUZAKARAH' -Perpaduan ummah terutama bagi Melayu-Islam.Perjuangan Anwar/PKR sangat berbeza, tidak kearah itu kerana PKR nengamalkan 'Multiracialism' dan bukan lagi parti Melayu. Enough said.Tidak mahu ganggu Din Melaka takut beliau melenting.Anak muda menang begitu.
4.Sempat berbicara dengan my Profesor brother in law who happen to be classmate sdra Anwar Ibrahim dan juga sdra Hussein Hamid (blogger steadyaku47) di Melbourne sana.Rupanya sdra Hamid ini sunggoh colourful and one kind of determine man. Beliau pemain piano MCKK yang terbaik dengarnya, di kolej nama timangannya 'Hussein Bachin' kerana takut mandi pagi he..he...Beliau adalah salah saorang penjual burger pertama katanya di Malaysia ketika ramai kita tidak tahu apa itu burger.!!. Belajar di London atas father scholarship , berkahwin dengan wantia Greek ketika umur 21 tahun, pernah turun dan naik dalam business dan akhirnya menetap di Australia.Anda berani mencuba ?.I salute you bro Hussein for that courage,guts and bravery to go through it all.Yes, the facts remains "You gain some, you loose sum". and you cannot win all.You took that challenge thst not many people dare to venture.Many prefer to stick to their comfort zone not wanting to berubah and berhijrah. May be we should try PR for a change?.Isunya boleh kah ?.Betul ,susahkan.Not even in the next two pru I think.
"You may lose the battles but not the war" as I see it.Cheers
Wassallam.
Lembah tasnim,
ReplyDeleteOrg cina dan india sokong ada makna. Yang mana lebih menguntungkan. Saya bersetuju untuk tidak bersetuju.
Apapun, saya sebagai org kebanyakan akan terus melaksanakan tanggungjawab saya sebagai rakyat malaysia yang berbangsa melayu dan beragama islam untuk memajukan dan memakmurkan keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Politik hanyalah satu wadah perjuangan, banyak lagi wadah yang masih kosong dalam kerja-kerja kesukarelaan sosial, ekonomi dan pendidikan dan boleh dimajukan.
Tak perlu tunggu parti mana yang memerintah. Saya doakan kemenangan bagi yang ikhlas dan benar dan hidayah kepada yang terkeluar dari landasan termasuk untuk diri saya.
Wallahualam.
Dato.
ReplyDeleteUMNO tak perlu bersedih atau kecewa bila kalah di Sg Limau.DUN Sg Limau memang sudah dijangka akan dimenangi oleh Pas.
Walau pun Pas merosot majoritinya tetapi menang tetap menang.Pas pula tak perlu dabik dada .Tak perlu apa apa alasan bila majoritinya kurang dari PRU 13 yang lalu.
Kubu kebal kuat Pas ialah di Bukit Besar dimana stok pengundinya beribu ada didaftarkan alamat sebuah pondok disitu.Seluruh negeri mereka berada pengundi berkenaan.Selainnya ialah Bt Coras dan Sg Dedap.Inilah kubu kuat Pas.
Undi penentu Pas ada disitu.Inilah kehebatan strategi Pas sejak sekian lama.
Yang peliknya dipihak UMNO ada cawangan tetapi ahlinya entah dimana tak ada pun di Bukit Besar,Bukit Coras dan Sg Dedap.
Boleh jadi ada cawangan UMNO tetapi bukan orang tempatan.Wujud cuma hendak dapat elaun JKKKP sahaja.
Jamil Khir kena belajar banyak lagi kalau nak berpolitik .
Sejak awal lagi Pas memang yakin akan menang kerana faktor inilah.
Jentera UMNO cuma syok sendiri sahaja.
Boleh jadi dalam Pas BERDIRI SAMA TINGGI BILA DUDUK SAMA RENDAH.
Boleh jadi juga dalam UMNO BILA BERDIRI TAK SAMA TINGGI BILA DUDUK TAK SAMA RENDAH.Maklumlah UMNO parti kerajaan .
Terima kasih Dato.
Din.melaka aka lembah tasnim.... Hang ni dua alam ka.. Hantar komen pun berturut turut.. Din melaka 9.58 lembah tasnim 10.18....
ReplyDeleteOrang parti Islam mana boleh menipu.
Kerja hang mengadap komputer 24 jam ya... Gaji satu akaun atau dua akaun..
Nampaknya Saudara Din Melaka tidak mahu nyatakan pendirian mengenai Nepotism. Saya faham. Hampir kesemua blog-blog atau portal pro-pembangkang pun, tidak pernah menyuarakan bantahan atau ketidak-puasan hati mengenainya. Mungkin mereka telah angkat sumpah untuk ‘taat-setia kepada DYMM YDP Agong Pertama’. Itu kita boleh faham. Adik-beradik pun boleh berbunuhan, berebut harta atau tanah, apa tah lagi bila mata di kaburi kemewahan.
ReplyDeleteJika tiada bantahan dari penyokong pembangkang mahu pun ahli pilitik PR mengenai amalan Nepotism di kalangan pemimpim tertinggi mereka, adalah lebih bijak ahli-politik BN atau UMNO pun mempraktikannya sekarang. Najib, Mahyuddin, Taib, Nazri, Soi Lek, Palanivel, dll. boleh membawa anak-bini mereka masuk dalam pucuk tertinggi party mereka, sekarang. Sudah tentu Pembangkang tidak akan berani menegur dan mencela, kerana mereka pun sudah lama mempraktikkan perkara yang sama.
“Tapi dalam UMNO pertandingan adalah antara yg jahat banyak lawan yg baik kurang. Ngerikan?”
Nak kata saya setuju dengan unjuran ini, tidak juga, tapi kalau di tukar perkataan ‘jahat’ kepada ‘tamak’, saya agak setuju. Yang ‘jahat’, kalau ditujukan kepada Peliwat, saya amat setuju sekali, kerana beliau adalah bekas banduan dan bekas Timbalan President UMNO yang telah terbukti pernah menyalah-guna kuasa sebagai TPM. Orang baik tidak mungkin akan melakukan seperti beliau.
Pertualang yang menjual IC palsu samalah dengan mereka yang menjual Lesen Memandu palsu, untuk mendapat WANG. Jelas WANG adalah segalanya dalam hidup manusia. Nampaknya, Din Melaka cuba mengaitkan ‘IC segera’ di Sabah dengan rompakan dan pembunuhan oleh pengawal keselamatan.
Harus diingat, kekecohan mengenai pemberian IC kepada rakyat Filipina dan Indonesia di Sabah, timbul menjelang PRU13. Pembangkang cuba mengelirukan rakyat dengan anggapan bahawa BN memberi IC untuk pendatangan mengundi BN. Pasal itu mereka memfitnah bahawa 40,000 warga Bangladesh masuk menjelang tarikh mengundi. Sudah pasti, sepert issue Scorpene, ia akan timbul kembali menjelang PRU14.
Hakikatnya pegawai immigration yang menjual IC di Sabah telah pun di ambil tindakan ISA dan dipenjarakan.
Jika Kerajaan mahu memberi Kewarganegaraan kepada Rakyat asing, saya lebih suka dan rela jika diberi kepada mereka yang berasal dari rantau terdekat, (seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Rohinya atau pun Singapura), dari memberi kepada warga asing yang berasal dari jauh. Mereka ini ada persamaan budaya dan cara hidup. Sudah tentu mereka lebih tahu berterima kasih dan taat-setia kepada perlembagaan negara. Sudah pasti mereka tidak akan mengkhianati negara sendiri atau memburukan nama dan imej negara di Tanah Asing.
Jadi saya tidak perlu menangis. Yang saya perlu menangis ialah apabila seorang peliwat yang sanggup pergi ke Negara Asing, memburukan negara dan memohon bantuan mereka untuk memusnahkan negaranya sendiri,
mahu diangkat sebagai PM. Dengan segala gejala negatif yang mereka bawa, dari LGBT, arahan tutup-mulut ahli, ugutan saman berjuta-juta, menyekat akhbar dari PC/Dewan Negeri, Permilihan Party sendiri yang kelam-kabut dan oenuh tipu-daya, hinggalah kepada nepotisma: Itu belum berkuasa lagi. Bayangkan jika sudah pegang kuasa, sudah tentu rakyat tidak akan dapat berbuat apa-apa jika mereka menyeleweng. Se tidaknya, dalam BN, rakyat boleh memaksa PM letak jawatan seperti yang di lakukan kepada Pak Lah.
Oh, ya. Saya hampir terlupa.
Saudara Din Melaka: Bilakah PKR akan mengadakan Permilihan Party mereka? Sudah lama due, saya rasa. ADUN di Sabah baru keluar jadi BEBAS. Apa cerita?
Nampaknya saya belum habis menjawab Saudara Din Melaka dan saya takut tak cukup ruang.
ReplyDeleteMengenai kemenangan PAS di PRK Sg. Limau, saya pun turut gembira. Sekurang-kurangnya, Ketua Pemuda ataupun President UMNO tidak mampu berteriak 1Malaysia mengatakan “Sokongan rakyat telah kembali kepada BN” ataupun “Rakyat telah merestui transformasi progressive dalam UMNO”.
Dari sebelum penamaan calon lagi saya telah menulis merata-rata, kepada kenalan saya di kampong (Saya orang Kedah), untuk memboikot PRK Sg. Limau, sebagai message persaudaraan sesama Melayu Islam. Kalau tak silap Mukhriz pun pernah melontar idea untuk memberi satu jawatan EXCO kepada PAS, tetapi sudah pasti dibangkang oleh mereka yang tamak.
Lagi pun Sg.Limau adalah milik PAS sebelum ini. Bukannya UMNO akan dapat 2/3, jika menang.
Rasuah pilihan-raya?
Ya itulah yang rakyat, terutamanya pembangkang nampak. Saya pun sebenarnya tidak setuju dengan pendekatan ini dalam berkempen. Walaumacamana pun saya amat pasti, jika PR jadi Kerajaan, mereka akan buat benda yang sama. Tabur janji, jika menang, baru bagi. Kalau orang beri wang sebelum mengundi, ambil saja tapi kepada siapa kita nak beri undi, itu cerita lain, kata Nik Aziz. Betul juga.
Oleh yang demikian, BN sudah kalah, tak perlulah tunai janji untuk jimat wang Rakyat. Jika menang baru, tunai janji.
Tapi PR pernah mungkir janji di Pulau Pinang. Terbukti dalam video, Anwar berjanji ketika kempen PRU12; “Kita menang ini hari, 2 minggu saya kasi selesai issue Kg.Buah Pala”.
“Boleh tak sesiapa nasihat Mahathir supaya bersyukur sebelum lelap?”
Apakah Saudara Din Melaka maksudkan dengan ‘lelap’?
Adakah Saudara Din Melaka cuba berkata secara lebih sopan daripada menyebut ‘mati’?
Cuba Saudara Din Melaka, beritahu kami, atau jelaskan apa yang telah Dr.M telah lakukan terhadap diri atau ahli keluarga saudara, sehinnga sanggup meminta pembaca Blog ini menasihati beliau supaya bersyukur sebelum lelap?
Sila beritahu mengapa, Din Melaka tak suka pada Dr.M.
Kerana dia sokong anaknya Mukhriz?
Anwar pun sokong anaknya, apanama.....saya lupa.
Kit Siang pun sokong anaknya, Guan Eng.
Nik Aziz pun sokong anaknya, Nik Abduh
Hadi pun sudah tentu menyokong anaknya pada pemilihan tak lam lagi.
Harus diingat, Dr.M sokong anaknya, semasa tidak ada apa-apa kuasa dan jawatan dalam party.
Pas macam dulu juga,tapi pas sekarang lebih moderate,lebih terbuka,lebih bijak berpolitik.Umno memang mahu pas seperti dulu,asyik kalah saja,boleh diperkotak-katik oleh umno dan dimanipulasi.Agenda Islam dan Melayu hanya lakunan hipkorit Umno untuk mengekalkan kuasa bazgi ketua-ketua Umno yang tamak ,kejam dan tak ada hati mperut untuk menolong bangsa dan agama dan pandai bermuka-muka menipu sebahagian umat melayu yang miskin harta dan ilmu
ReplyDeleteAwang,
ReplyDeleteSekarang baru tahu. Macam Labour (UK), PAS kenna buat pembaruan untuk menjadi relevan in arena politik. Mari kita merenung perjalan Labour (UK). Macam Hisham Rais, saya merupakan sosialis. Islam pun sosialis juga.
https://www.youtube.com/watch?v=oIgiV8yn3xU
Dalam perkataan Jim Callaghan punya deputy denis healey. Remember the law of holes. When you are in it, STOP digging
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=oIgiV8yn3xU
Madhater now relegated himself to one guy called Enoch Powell.
Enock memekik macam Madhater jugak ketika dia menulis surant terbuka kepada Tunku Abdul Rahman
Judas is paid. Judas is paid. I am making a sacrifice. Tanyalah
https://www.youtube.com/watch?v=CGkAou2uqBA
Kadiak......Musa Hitam & Madhater kenna banished. Only to be resurrected by TAR's nemesis......Najib daddy
Cerita dan nostalgia orang tua.
ReplyDelete1. Sdr Kampong Man, hanya pada zaman kita budak-budak kampung dipaksa cakap orang putih (dan hidup macam orang putih) sampai kita boleh jelajah (dan jajah) dunia. Yang trang tang tang (mungkin macam Encik Hussein aka Mr Abdul Hamid) menikah orang putih. Saya pun masa di NZ dok gila juga anak penternak dari Invercargill sampai pi dok tolong pak dia bela lembu dan biri-biri. Hati muda la katakan.
2. Melayu macam En Hussein aka Mr Abdul Hamid adalah Melayu yang direstui dan diiktiraf Hang Tuah. Melayu yang tak hilang di dunia. Di Tanah Melayu, banyak Melayu dah hanyut dan hilang. Majoritinya warga ekonomi kelas tiga (selepas Cina dan India). Saya pun bila ke negeri orang putih saya guna nama Mr Jasin (surname). Kalau guna A Kadir (given & middle names) mereka keliru.
3. Berkenaan Bukit Choras pula, saya rasa Sdr Lahuma biasa dengannya. Bukit Choras pernah jadi berita apabila ketika Pilihan Raya Dewan Perwakilan Tanah Melayu diadakan pada tahun 1955. Khabarnya Umno tak ada duit hingga Almarhum Tunku Abdul Rahman terpaksa jual tanahnya di puncak Bukit Choras untuk biayai Umno.
4. Masa saya berulang alik ke sekolah dari Pendang ke Alor Star antara tahun 1959 dan 1968, Bkt Choras terkenal dengan kegiatan menangguk, menangkul, memukat dan menjala ikan sepat benua pada musim hujan (banjir).
5. Bukit Besar memang kubu PAS. Ada sebuah pondok di situ dan salah seorang bapa saudara saya Tok Guru terkenal di situ. Tapi dia orang kuat Umno. Dulu kebanyakan Tok Guru pondok sokong Umno sebab mereka percaya kepada keikhlasan Tunku. Tunku tak hipokrit. Dia mengaku kelemahan dia di depan Tok-Tok Guru dan Mufti.
6. Saya adalah dinosaur zaman PAS anggotai BN. Walaupun saya membesar dalam keluarga Umno, majoriti suku-sakat saya PAS berdengung. Tapi saya amat gembira apabila Allahyarham Tun Abdul Razak berjaya bawa PAS masuk BN. PAS wakili BN di kampung saya dan Allahyarham ayah saya kempen sokong calon BN dari PAS iaitu Ustaz Abu Bakar Umar. Apabila dia dilantik Timbalan Menteri Kesihatan, ayah saya akan pergi ke rumahnya setiap kali dia melawat saya di Kuala Lumpur.
7. Allahyarham Tun Hussein Onn singkir PAS pada tahun 1977 sebab PAS dalam BN adalah legasi Tun Razak dan beliau (Tun Hussein) tidak cukup kuat untuk berdepan dengan Presiden Pas ketika itu, Allahyarham Tan Sri Mohamad Asri Muda. Old Guards Umno desak Hussein singkir PAS atas tuduhan PAS tidak hormati persefahaman dengan Tun Abdul Razak dengan membuka cawangan di Rancangan-Rancangan Felda. Saya buat liputan ucapan pemecatan PAS oleh Tun Hussein itu.
8. Kalau orang Cina terus bersatu padu di bawah panji-panji DAP dan Melayu berpecah dua setengah – Umno, PAS dan PKR – orang Cina akan mempunyai undi pemutus. Orang India lebih percaya kepada Melayu daripada Cina.
9. Tapi ada orang Umno yang tidak mahu kerjasama dengan PAS. Mereka takut hilang jawatan dan peluang. Wallahualam.
Terima kasih.
DAP sudah 2 kali buat Permilihan CEC.
ReplyDeleteUMNO pun sudah buat PAU.
PAS akan buat Muktamar, hujung bulan ini.
PKR bagaimana?
Kali terakhir.. dah lupa bila.
Yang ingat hanya berlaku kelam-kabut dan manipulasi undi dan tipu-daya. Bila nak buat permilihan, tak tahu cerita. Dah lam due, rasanya.
Salam Tok..
ReplyDeleteRehat minda kejap Tok..
Wah..! zaman Dato muda-muda dulu boleh tahan juga noo.. la ni Datok masih ingat lagi dengan anak penternak lembu tu ka.. tentu cantik.. tapi dah tua kot.. kalau kawin dengan dia datok jadi warga NZ duduk sanaa.. macam sdr Hussein Abdul Hamid.. kita kalau dah suka semua indah saja..
Saya pernah sampai juga di Osttereich (Austria) ada juga yang berkenan dihati tapi belum gila lagi..
DiMalaysia elok juga kawin campur Malayu Cina macam dulu sekarang dah jarang.. kurangkan ketegangan kaum..
budakjawa apa KABARE.. mengapa setuju untuk tidak setuju.. tidakkah Cina/India undi BN dulu ada makna juga..
TQ Tok..
ReplyDeleteAssalamualaikum Dato'
Pas terlepas "bola" Piala Malaysia, tetapi dapat "limau" di Kedah. Alhamdulillah. Kemenangan dan kejayaan ini sangat-sangat bermakna kepada PAS. Dan sebenarnya, kemenangan dan kejayaan di Sg Limau sangat-sangat diharapkan oleh Mukhriz, MB Kedah baru.
Selepas PAS kecundang di Kedah pada PRU lalu, Sg Limau "wajib" dipertahankan demi maruah, dan demi perpaduan PAS Kedah.
Selepas Mukhriz "Kalah Dalam Menang" kepada Hishamudin bagi jawatan Naib Presiden UMNO, kemenangan di Sg Limau sangat-sangat ditagih dan diharapkan, demi menjaga maruah sebagai MB Kedah yang DI WAR-WARKAN hebat! Hemmm….Shahrizat memberi komen, UMNO (Mukhriz) "Kalah Dalam Menang" di Sg Limau HANYA kerana majoriti PAS "merudum". Tak apalah Kak Ijat….. Rekodnya, Mukhriz 2 kali "Kalah Dalam Menang" dalam masa 1 bulan!!!!
Langitbiru juga ke Sg Limau, melihat sendiri kempen di sana. BENARLAH kata-kata Mat Sabu dan Mahfuz, PAS menang lawan 2 Kerajaan, iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. "Rezeki" melimpah ruah, entah dari mana datangnya DANA…….Maka kemenangan PAS adalah satu kemenangan yang cemerlang gemilang!!!
Berbalik kepada Pemilihan PAS, Langitbiru lihat, Dato' masih terkilan dengan status-quo, Kepimpinan UMNO, "TEAM ORANG PRESIDEN". Samada "kepujian" Dato kepada demokrasi dalam PAS lebih subur dari UMNO, atau kenyataan itu untuk menyindir UMNO lagi sekali?
Apapun ,sesiapa sahaja yang memimpin PAS, MATLAMAT ASAL DAN UTAMA PAS ADALAH NEGARA ISLAM, tidak pernah luntur, tidak pernah terhakis. Samada Ulama, atau bukan Ulama, SEMUA menjunjung tinggi dengan sepenuh hati matlamat Negara Islam. PAS tidak pernah melencong dari landasan asalnya menuju Negara Islam. Mereka yang menyebut PAS sudah lari dari matlamat asalnya bukan dari kalangan orang PAS, tetapi propaganda UMNO semata-mata.
Langitbiru pernah menggunakan tagline "UMNO PENYAMUN". Menunjukkan UMNO bukan sahaja berdolak dalih menegakkan Negar Islam, HAKIKATnya UMNO tidak membawa ROH ISLAM didalam pentadbiran Negara.
ReplyDeleteAkta Pinjaman (Tempatan) 1959 seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengizinkan tahap maksimun atau tertinggi Hutang Negara daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) adalah sebanyak 55%.
Sejak tahun 2010, nisbah hutang kepada KDNK berada pada paras melebihi 50%. PM Najib pula sejak 2009 telah membuat Bajet Tambahan dua kali setahun berjumlah RM20 billion setiap tahun. 2013 negara kita berhutang RM513 billion, iaitu 53.3% daripada KDNK. 53.3% ini tidak termasuk menjamin hutang oleh GLC sebanyak RM147 billion. Adakah GLC bukan sebahagian daripada kerajaan??? MALAYSIA DIAMBANG MUFLIS.
UNTUK ATASI MASALAH "SEGERA HUTANG NEGARA" MAKA GST MESTI DILAKSANAKAN!!!!.
ATAU NAJIB MENGHARAPKAN TPPA???
Peningkatan hutang Negara oleh Pentadbiran Najib dan UMNO, adalah kerana KETIRISAN DAN KEBOCORAN yang luarbiasa dilakukan oleh UMNOBN. Sebab itu Langitbiru sebut "UMNO PENYAMUN". Ini bukan dari akhlak Islam. Tidak hairan, kerana untuk Pemilihan Pemimpin UMNO, tak guna duit takkan menang!!! Untuk memilih pemimpin pun guna wang, dipanggil POLITIK WANG, hakikatnya RASUAH WANG, maka lahirkan pemimpin UMNO yang nampak duit,duit,duit…… membutakan mata dan memekakkan telinga kesusahan dan penderitaan rakyat.
RAKYAT kekal MISKIN, PEMIMPIN KAYARAYA.
Rakyat yang miskin inilah diumpan sebegitu rupa bila ada pilihanraya….. taktik PENYAMUN….
UMNO sudah tidak boleh diharapkan. JAga Negara tak boleh. Jaga Ekonomi pun tak boleh
Umpama, Harapkan Pagar , PAgar makan Padi
Harapkan Gembala jaga kambing, gembala itu SERIGALA….
Inilah hakikat UMNO….."UMNO PENYAMUN"
Aslkum Dakj
ReplyDelete1. Ada pengomen harap tulis panjang lebar tapi definasi nepotisma pun tak faham. Kan lebih baik lihat kamus drpd buang masa pembaca otg lain.
2. Ada orang sibuk ulang2 tuduhan konon sejak berkawan dgn PKR dan DAP, perjuangan asal PAS yg berlandas Islam dah tersasar.
Macamlah sebelum PAS "tersasar" mereka berebut2 mengambil peluang menyokong PAS melawan kemungkaran ketua2 UBN.
3. Sekarang giliran musim pemilihan parti PAS. Tak seperti UMNO, tiada pulak majlis pimpinan pusat buat arahan agar jawatan presiden dan timbalan presiden PAS tidak dipertanding.
Dari sudut ini mungkin ada kebenaran Mahathir sipelupa berpilih yg berkata bahawa budaya amalan ketua2 UMNO menyebabkan yg tinggal dalam UMNO adalah orang BODOH. Kalau ada pengecualian tentulah tak termasuk pengomen upahan di blog ini.
4. Benarkah Ust Hadi Awang BETUL2 mengkafirkan ahli UMNO?
Terima kasih Yangretibase kerana dah tolong menjelas sejelas2nya.
Sekadar perbandingan. Pada zaman nabi Noh dan Musa dulu pun ramai umat tak terima hidayah walaupun nabi sendiri yg beri penerangan.
Tapi zaman sekarang ramai akan terima hidayah sokong UMNO kalau ada minyak pelincir.
5. Pasal YAKINNYA ORG TERTENTU tenhadap hamba Allah bernama Anwar yg didakwa ketua2 UMNO sebagai peliwat dan perasuah, komen saya adalah seperti berikut:
- kalau memang sdr dah GUNA OTAK SENDIRI menganalisa segala peristiwa sebelum Anwar dipecat dari UMNO.
-kalau sdr setelah guna otak sendiri yakin tiada ujud saksi palsu, bahan bukti palsu atau tercemar, saksi didera, saksi dipandu dan hakim gula2 hacks?
- MAK sdr memang berhak mempertahan pendapat sdr itu dan selayaknya kalau sdr diberi habuan dunia. Macam siluncai dgn labu2nya.
Biarlah org yg tak sependapst dgn sdr kekal mengharap balasan akhirat dari Allah.
6. Berkenaan Mahathir. Beliau tu dah tua tapi asyik sebut orang lain tak berterima kasih dan bersyukur. Dia tu sendiri bila nak cermin diri?
Nasib baik almarhum Tunku tak jahat. Kalau tidak mungkin ada orang dah kena pertuduhan liwat dsbnya.
Dato'
ReplyDeletePermusuhan diantara manusia memang sudah menjadi adat sejak zaman nabi walau pun mereka dari agama yang sama yaitu Agama Islam. Permusuhan diantara Sunni dan Syiah berzaman sampai sekarang tiada berkurangan. Jadi tak heran lah kalau permusuhan diantara Pas dan UMNO juga tak akan berkurangan kerana musuh musuh lama masih berada dalam kedua dua parti.
Jadi, kalau nak tunggu terjadinya pakatan antara Pas dan UMNO kita ikut sahaja ungkapan orang putih "Don't Hold Your Breath" kerana ia nya tak akan terjadi selagi Ketua Ketua Pas tak sanggup terima Wang Besar atau Pangkat Besar dari Najib ala "Gua Tolong Lu Lu Tolong Gua"
Dato.
ReplyDeleteNampak gaya Pemilihan Pas kali ini lebih demokratik.Tidak ada sekatan atau peraturan tambahahan untuk menghalang dari bertanding.Bukan macam UMNO mula-mula sekali buat peraturan tambahan agar Presiden dan Timbalan tak boleh dicabar.Naib Presiden kebawah di bolehkan.Bila bertanding ada pula arahan tambahan pilih calon istimewa seperti calon Naib Presiden.Maka Mukhriz pun tak menang.
Pas kena cari pengganti tokoh seperti Nik Aziz yang semakin uzur kerana faktor usianya.Tokoh ulamak dalam Pas pun makin tersingkir daripada mengemudi Pas.
Sebab Pas ialah sebuah parti yang asalnya ialah menegakkan Islam dalam negeranya.Sudah ada unsur kebendaan yang melampau yang merugikan Pas.Sebaliknya menguntungkan jasad mereka sahaja.Pas dijadikan alat tujuan mereka.Sebab itu pimpinan ulamak dan cendekiawan Islam diperlukan memimpin Pas.
Dato kata ulamak lawan bukan ulamak memang tepat kerana memang jelas terdapat dua kelompok ini sedang memperkuatkan Pas.Jangka pendek memang baik.Tetapi jangka panjang masa depan Pas memang biarlah ulamak menerajui Pas dan disokong bersama bukan ulamak tetapi berjiwa Islam sejati.
Pas bukanlah macam UMNO.Dalam UMNO tidak ada label ulamak dan bukan ulamak.Dalam UMNO yang ada golongan kapitalis Melayu yang meguasai seluruh badan UMNO.Kemudian disusuli unsur elit dan bangsawan mewarnai UMNO itu sendiri.
Apa pun Dato Pas dan UMNO amat diperlukan dalam politik Malaysia.Inilah parti pelindung Melayu Islam.Biarlah UMNO/Pas terus hidup subur dan kuat diMalaysia.Kita harap janganlah kedua pemimpin UMNO/Pas ini tersasul dan gila kuasa hingga lupa pada bangsa .agama dan tanah air.
Sebab bukan Melayu/Islam diMalaysia dia ada agenda kaum meraka walaupun ada slogan 1Malaysia.Orang Melayu/Islam tetap ada musuh mereka sendiri macam negara lain didunia.
Semoga Pas terus angkat martabat perjungan Islam.
Selamat bersidang perwakilan Pas.
Terima kasih Dato.
Salam DAKJ
ReplyDeleteAda 2 perkara yg saya nak sampaikan jika Dato’ tidak keberatan.
Pertamanya, saya cukup pelik bila ada org Islam yg berbangga duduk dekat negara org kafir. Sebabnya, memanglah persekitaran nampak bersih, tapi tidak suci dan penuh dgn najis besar. Anjing dibawa kemana-mana, tahi anjing dan kencing anjing pun boleh dilihat & dibau di mana-mana sehingga hancing bau bandar mereka. Sehinggakan dalam supermarket, dalam tram, dalam train, semua dibawanya. Siap bawa plastic bag, bila anjing mereka berak tepi jalan, dikaut dan dibuang di dalam tong sampah….. Sebabnya, kita ni org Islam. Jadinya, nak mendapatkan solat dgn “kyusuq” dan “tawadduq” dan mudah-mudahan diterima Allah mestilah suci dari segala hadas dan najis. Bukan senang nak bersuci dari najis besar kalau setiap kali keluar rumah , akan terdedah kepada tahi dan kencing anjing. Ini ditambah pula negara mereka yag kerap hujan, walaupun tak lebat tapi cukup utk membasahkan jalan-jalan. Maaflah kalau buah fikiran saya ni terkebelakang sedikit.
Keduanya, berkenaan penyataan PAS UMNO, saya rasa Dato’ sejak akhir-akhir ini banyak berkhayal dan merepeklah. Sebabnya, banyak kali kita mendengar orang PAS kata mereka tidak mahu penyatuan ini disebabkan takut pisang berbuah 2 kali. Iaitu, mereka takut dipecat sekali lagi oleh UMNO jika bergabung lagi. Rasanya, mengikut hukum alam, hanya boss sahaja yg boleh pecat pekarja bukan sebaliknya (kecuali di dlm drama TV). Contoh terbaik, Adakah Dato’ pernah dipecat oleh pekerja Dato’ sendiri? Tapi saya rasalah, Dato’ pun akan memecat pekerja Dato’ yg lemah, tidak bertanggung jawab, tidak berwibawa, berperangai buruk dan sebagainya. Itulah hakikatnya. Jadi diantara UMNO dan PAS, siapa takut siapa sebenarnya ni?
Akhir kata. ini cuma pendapat tak seberapa dari saya. Diharap Dato’ dan para pembahas bersikap terbuka dan tidak mengambil hati sedikit pun. Sekian TQ.
Langit Biru Penang, kalau nak harap dekat PAS, PAS telah kena sontok dengan DAP..
ReplyDeleteSalam Tok..
ReplyDelete1. Ada yang berpandangan PAS terlepas jawata MB Selangor walaupun memenangi kerusi lebih dari PKR.. ok.. bagamana pula dengan Pulau Pinang satu ketika dulu Umno lebih kerusi dengan MCA dan Gerakan tapi Umno menyatakan nak jadi KM, bolih pulak MCA, Gerakan dan DAP pakat tolak Umno jadi KM.. siapa yang lebih teruk..
2. Ada juga yang berpandangan Umno pun perjuangkan syariat Islam juga.. napa tak sokong.. ia ke.. masaalahnya Umno selalu tertinggal dibelakang PAS.. malah menentang pun ada.. ada pemimpin pernah berkata kalau petang sekolah agama budak penat kerana sekolah dua sesi.. kalau malam qiamullail nanti pagi mengantuk.. tapi budak-budak yang dididik beginilah yang lebih cemerlang..
Ok tok TQ..
Salam Dato,
ReplyDelete1.Alfatiha kepada sdra Suhaimi Said @ Blogger The Spirit of Lubok Kawah , 69 tahun yang kembali kerahmatullah selasa 5 Nov baru ini.Beliau adalah Penolong Pengerusi 1 PKR Pahang dan Ahli pemimpin PKR pusat.
Saorang peguam pengamal undang undang lulusan Lincoln's Inn, London 1973.Bacalah blog beliau kerana beliau adalah pejuang Sosialis tegar ,pernah dalam UMNO, Pas dan terakhir PKR.Sempat saya membaca luahan hati beliau , saya sedih dan memahami hati dan ketabahan saorang pejuang yang kental. Bacalah blog beliau.
2.Berbalik cerita Anwar teringat pula Mr Addul Hamid aka Hussein(Steadyaku47) budak kolet batch MCKK 64.I am not that old Dato but young at heart. Pernah ramai mereka berkumpul dirumah Anwar bagi merancang strategi pengambilalihan pucuk pimpinan PM dari yang dihormati Tun Dr Mahathir disatu malam di rumah Anwar.Arwah Tan Sri Yahya Ahmad ,Founder, Chairman dan CEO DRB-HICOM Group ada di malam itu berkumpul tetapi terpaksa balik awal kerana menziarahi ibunya yang uzur di Marang , Trengganu.Pada malam itu juga satu tragedi buruk berlaku TS Yahaya terbunuh dalam nahas helicopter. Masih ingat tragedi ini ?.
3.Selain dari abang ipar saya ,saorang Profesor, T S Yahaya,Hussein( Melbourne,) Ramli ( Ingress), Raja Ahmad (Earnst &Young) Kamaruzzaman (tak tahu di mana)Anwar dan ramai lagi adalah budak kolet MCKK elit yang berjaya. Hebat mereka ini semua dan berkualiti.Halim Saad bukan batch mereka. Kita semua bangga dan 'envy' dengan kejayaan mereka.Adakah mereka ini happy dalam hidup mereka saya tidak pasti.Wang kebendaan dqn kemewahan tidak menjamin KEBAHGIAAN hidup walaupum wang itu perlu.
4.Berlain pulak dengan mamat activist dari MCKK yang saorang ini Sdra Hishamudin Rais@ Tukar Tiub.Dari UM lagi beliau lantang di UM speakers corner samalah juga dengan sdra Anwar.Maklum lah mereka mengikuti kursus Malay Studies, dan Sejarah banyak masa dan kursus mudah.Di London beliau juga terpekik di London Speakers Corner, Hyde Park dengarnya dengan perjuangan beliau.
Hishamudin Rais lari ke London dan tinggal disana berbelas tahun dan 30 tahun dalam buangan dan akhirnya dapat pulang balik ke Malaysia dan di tangkap dibawah ISA .Aktivis tetap juga aktivis .Lawan jangan tak lawan kata orang muda sekarang saperti rakan penyokong tegar Anwar kita disini. Hishamudin dengan megah mengibar 'Sang Saka Malaya' kononnya bagi menggantikan Jalur Gemilang.Sasterwan Negara Sdra Samad Said dan budak hingus Adli juga terlibat.Untuk apa tukar bendera?.
4.Kenalan saya Sakmongkol , MP Raub boleh tersenyum lebar kerana satu satunya Melayu DAP yang berjaya.Bro Aspan pula tidak langsong di calon malah terkini namanya tidak ada dalam senarai ahli DAP Seremban. DAP tetap racis dan cauvanis dan sebenarnya adalah parti kaum cina extreme berhaluan kiri.Pas pula juga disatu extreme lain.Mana mungkin dua extreme ideologi boleh bercantum dan bersatu demi kuasa?.Kita perlu parti yang moderat bagi negara majmuk Malaysia sebenarnya.
5.Nak tegur sikit.It is getting very hot and inteteresting .I am taking the heat from the hot responses.Kita boleh memberi hujah secara baik tanpa perlu kata orang ini bodoh orang itu tidak cerdik dan tidak guna otak dan berbagai tuduhan peribadi kerana ia menunjukan kelemahan diri untuk berfikir dan berbahas secara sopan .Teruskan perbahasan tanpa emo OK.
Terims kasih Dato.Maaf,Wallahwualam.
Rasanya ini pertama kali (diblog ini) DAKJ mengakui, keluarnya PAS dari BN adalah bermula dari rasa tergugat di kalangan kerusi-kerusi tinggi dalam UMNO.
ReplyDeleteBukan sebab dimulakan oleh "hasutan" PAS di Jengka seperti sebutan ramai pekerja UMNO sebelum ini.
Apa khabar harga telur?
Hanya gulakah punca kencing manis? Beras bukan punca kencing manis ke? Gula RM1 sekilo. Beras RM1 sekilo. Itu semua kebetulan. Menteri Hal Ehwal Agama Islam yang cakap.
Kebetulan yang berlaku di satu tempat khusus dan di satu masa khusus; tidak berlaku pula di tempat lain dan masa lain.
Kebetulan pesen baru.
Agaknya juga, Menteri Kesihatan kata, orang Sungai Limau kebal kencing manis. Bodohlah orang yang gantung patung kaki sebelah sebab tak rujuk kementerian kesihatan terlebih dahulu.
Akhir kata, tak ramai yang kaji:
tatkala rakyat marhaen dituduh sendiri cari nahas kerana suka berhutang dan bermewah, bil air RM300,000++ setahun itu ubah gaya hidup kah?
DAKJ, gaji minimum RM900, maka fresh graduate sarjana muda nak ditawarkan berapa di syarikat DAKJ? Ramai yang kata dibandar, market pricenya masih lagi RM1800. Betul ke? Sektor awam, khabarnya sama ke?
6 tahun sebulan 3 minggu lagi, dah tahun 2020.
Ini belum congak GST dan 1MEDIC.
Fed Up
Akhirnya sah din melaka aka lembah.tasnim mendambakan dirinya kepada manusia anwar ibrahim.
ReplyDeleteTaubat la be sebelum terlewat.
Hang sembah mat sabu lagi ok sikit.
Aslkum Dakj
ReplyDeleteSejak kebelakangan ini negara dihidangkan dgn realiti bukan stakat mimpi ngeri.
pertama pengawal yg diamanahkan menjaga keselamatan kini dah jadi pembunuh dan perompak.
kedua dalam kes pertama bukan main cepat kerajaan melalui pegawainya....bukan menter pun...mengumumkan pembatalan lesen syarikst kawalan keselamatan berkenaan. Tapi dalam kes kedua kerajaan diam seribu bahasa. Adakah kerana ada mantan ketua polis negara dalam lembaga pengarah syarikat berkenaan?.
ketiga, baru beberapa minggu lalu Berita Harian melapurkan terdapat 30000 pengawal keselamatan di Johor terdiridrpd pendatang haram
kalaublaporan ni betul, maka betullah kerajaan bila kerajaan kata PR telah menfitnah bila mendakwa 40000 bangala diberi ic untuk mengundi
dalam PRU13.
Sepatutnya PR kata ratusan ribu pendatang asing di beri ic bsrulah mereka tak fitnah.
keempat, dunia dah tau betapa kayanya ketua menteri dan anaknya hasil maklumat bekas menantu.
ketua menteri kerajaan BN seorang billionaire ?
kita nak tau berapa gaji dan elaunnya sebulan. Atau apa bisnis lain yg dia buat?. kalau pendapatan halalnya tak masuk skal dgn jumlah kekayaannya, bukankah SPRM ada kuasa paksa beliau buat akuan bersumpah?
Apakah akuan spt itu hanya untuk ikan bilis?
Jangan merungut saja. Rakyat juga, khususnya org Melayu mesti ambil tanggungjawap kerana ngok sangat siapa suruh!.
Terlalu lama pegang kuasa akan membawa bahaya nepotisma dan kronisma.
Kalau nak tenguk masa depan anak cucu yg terjamin , tukarlah kerajaan setiap 8 tahun atau 2 penggal.
Loser 74, oopps ..looes74,
ReplyDeleteAs usual you fail to use your head.Who cares to watch all the you tube links you want us to look when you don't even discuss the issue you lazy fool!!.
You don't even have that respect for the blog owner by calling him Kadiak.Very rude boy you are.
Nonetheless, look at Kuala Besut whereby BN wins with higher majority of 2,592 votes, polling 8,288 votes against PAS 5,696 with a lot higher majority than the 5 May election and compare that of Pas win in Sg Limau with Pas much reduce majority of less than half of last election despite Sg Limau being a Pas stronghold to the core.
Dato.
ReplyDeleteSempena kenytaan Karpal Singh terhadap Pas tentu sekali dalam Muktamar Pas akan datang nama Karpal Singh akan popular atau sebaliknya.
Karpal Singh orang kanan senior dalam Dap.Semua kena ingat Dap ini darah daging dan hala tujunya berhaluan sosialis.
Tak semena-mena Pas kena balun dengan Karpal Singh.Apa dosa Pas pada dia dan Dap.Inilah persoalannya.
Begitulah benci dan meluatnya dia pada Pas kerana parti Islam dan Melayu.Orang Kedah kata merengkam sudah lama.Bisul tiba-tiba pecah.Bernanah punyalah banyak.
Pemimpin Pas pun agaknya terkejut besar akan telatah orang tua Dap ini.
Yang pasti akan ada usaha untuk berdamai antara Karpal dengan Pas demi masa depan Pakatan Rakyat iaitu pakatan tiga beradik.
Karpal bukan berkenan sangat pada Pas.Bukan rahsia lagi.Sebab itu dia buat kenyataan yang boleh porak perandakan rumah tangga Pas sama ada dari dalam atau dari luar.
Bukan Pas sahja yang Karpal tak berkenan UMNO pun sama sahaja disisi hidupnya.PKR adalah cucu kesayangan Karpal.
Sebab itu negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh Dap EXCO Agama Islam disedekahkan pada PKR bukan Pas.Sepatutnya dan selayaknya ialah Pas.Dap tak mahu Pas berada dalam EXCO sebagai pembuat dasar kerajaan diPulau Pinang.Pas cuma diberi jaga GLC.Ambil apa-apa elaun dan kemudahan yang ada.Dari segi keterlibatan buat dasar negeri Pulau Pinang PaS dinafikan.
Jika Dap ditakdirkan pegang kuasa nanti dan Karpal jadi menteri tak mustahil Pas dan UMNO kena batal kerana Islam dan perkauman Melayu.
Oleh itu pandai-pandai pemimpin Pas menjaga hati Karpal.Jagalah hati Karpal baik-baik.Biar putus tali pinggang asalkan jangan putus kawan.
Ataupun susah bila termakan budi dari Dap atau sudah ada yang makan cengkeram.
Muktamar Pas mesti panas kali ini sama ada ulamak atau bukan ulamak.Sama samaalh kita ikuti apa rentak Pemuda dan Muslimat Pas nanti.
Semoga pemimpin Pas terus matang.Kesian Pas dulu dikeluarkan dari BN.Kini dalam PR pun ada yang tak kena juga.
Terima kasih Dato.
.
Saudara OKJ,
ReplyDeleteKomen saudara,
"Pertamanya, saya cukup pelik bila ada org Islam yg berbangga duduk dekat negara org kafir. Sebabnya, memanglah persekitaran nampak bersih, tapi tidak suci dan penuh dgn najis besar."
Sebenarnya, di Malaysia pun ada anjing, tak pernah pulak saya dengar kalau tempat ada anjing tak suci.
Kita dituntut bersihkan diri dari Najis Mughalazah sekiranya kita terkena dengan najis tersebut tetapi kalau tidak terkena (tidak ada najis (warna dan bau) tidak perlu kita samak.
Janganlah kita mengadakan yang bukan-bukan untuk menyedapkan hati.
Kalau ikut Mazhab Maliki, kalau tidak silap saya, kalau tangan kita kering, kita boleh sentuh anjing dan tidak perlu samak.
Di negara luar walaupun banyak bukan Islam, ada yang bersih dan ada yang jauh lebih bersih dari Malaysia. Kita harus akui dan ambil contoh.
Ada juga orang buka Islam yang beradab mulia, ini adalah kerana mereka mangamalkan nilai-nilai yang baik. (good values)
Umpamanya , semasa saya tinggal di UK, orang bawa kereta beradab, tidak ada kejadian "tail gating" (Memandu sangat dekat dengan kereta hadapan supaya kereta ke-tepi).Di sana, ini dianggap sebagai kurang ajar.
Kalau hendak kirakan suci, di negara kita ini, bilik air di Masjid pun tidak tak terjaga. Kadang-kala tidak ada air langsung dan sangat menyedihkan.
Bukan saya nak memuji negara barat, ada juga perkara yang negatif.
Ada pepatah melayu kata "Nyamuk di seberang laut nampak...."
Dato'
ReplyDeleteDi satu sudut,
Ada yang komen supaya Muzakarah PAS dan UMNO perlu ada kerana undi penentu orang melayu tidak pecah.
Di sudut yang lain,
Konsep demokrasi adalah rakyat dalam satu negara diberikan hak memilih.
Kalau tidak puas hati dengan satu Parti kerana tidak berkebolehan memerintah, kita bebas pilih Parti
yang lain.
Oleh kerana rakyat ada pilihan, maka parti politik akan berlumba-lumba untuk berkhidmat kepada rakyat seberapa yang baik.
Kalau PAS-UMNO bergabung maka, maka undi Melayu menjadi satu. Orang Melayu tidak ada pilihan melainkan mengundi satu Parti.
Ini diibaratkan, di satu kampong, ada satu gerai roti chanai. Orang Melayu boleh makan satu gerai sahaja kerana diberitahu hanya satu gerai sahaja yang buat roti chanai yang suci dan tanpa was-was.
Disebabkan hanya satu gerai sahaja buat roti-chanai, roti chanai semalam pun dihidangkan, nak makan, makan, tak nak makan sudah. Kita juga diberitahu supaya makan dan bershukur kerana dapat makan roti-chanai.
Yang tidak sedapnya, kalau kita lihat negara jiran, di kampong mereka ada 2, 3 kedai roti Chanai. Disebabkan tak ada monopoli, roti chanai baru dan panas dihidangkan dengan harga yang berpatutan.
Saya juga nak sentuh isu perkauman sedikit.
Isu perkauman sebenarnya ada di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat dulu ada masalah perkauman (orang kulit putih dan hitam) yang juga merupakan antara sebab berlakunya perang saudara (civil war)
Sentimen perkauman akan berkurangan dengan peredaran masa. 100 tahun akan datangkan, sentimen orang melayu kepada orang cina dan india akan berubah kerana perubahan dunia dan nilai-nilai semasa. Di Amerika syarikat sekarang, Presidan adalah orang kulit hitam.
Saya pernah kerja dengan subsidiari Renong iaitu antara syarikat GLC orang melayu paling besar dahulu.
Waktu dekat dengan hari raya, pekerja tulis di Surau memohon simpati dengan harapan Halim Saad membaca dan syarikat memberikan bonus kerana tidak cukup duit untuk hari raya. Ramai juga yang berhenti.
Oleh itu, label melayu sahaja tidak mencukupi, satu pentadbiran perlu berkemampuan untuk mentadbir negara.
Orang Melayu yang harus dibantukan bukanlah beberapa kerat sahaja tetapi rakyat jelata yang berjumlah hampir 20 juta orang.
Aslkum Dakj
ReplyDeleteBila kerajaan Kelantan jatuh ke tangan PAS pd tahun 1990 kerajaan pusat UBN mula melalut dengan menubuhkan sebuah jabatan baru digelar JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN, menggunakan duit rakyat untuk menghalalkan pengujudan kerajaan negeri alternatif di mana UBN kalah.
Sesudah itu kersjaan pusat UBN merapu pulak dgn ilham meujudkan JKKK PERSEKUTUAN di peringkat kampung di mana kerajaan negeri bukan diperintah UBN.
Terbaru UBN nak mengacau lagi dengan pembentukan JAWATAN KUASa PEMILIHAN di setiap PBT kerjaan negeri PR.
Tindakan yang boleh diertikan sebagai melanggar PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN keranamenidakkan kuasa kerajaan negeri, bukan saja membazir wang rakyat tetapi berlagak macam samseng.
Kalau UBN pusat yakin sangat dgn idea2mengarut ni , apakata mereka ujudkan pulak jawatan baru bernama MENTERI BESAR PUSAT dengan exconya sekali di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.
Nak beri duit pada penyokong UBN secara terang2 nampak sangat pulak. Terpaksalah ketua2 UMNO ni buat kerja lain walaupun tak ikut undang2.
Kalau Malaysia benar2 diperintah oleh org2 bersih undang2 tak mungkin kes jenayah berleluasa.
Salam Dato,
ReplyDelete1.Maaf, pembetulan fakta sikit .
a.Salah typo.Hishamudin Rais dalam buangan selama 20 (Dua puluh )tahun dan bukan 30 tahun.
b.Majlis perjumpaan MCKK 64 bukan diadakan dirumah Anwar.
2.Sdra RD,
Terima kasih kerana definasi Nepotism yang jelas dan jujur.Semua tahu DAP dan Lim Dynasty juga Karpal dan anak nya. PKR pula dengan Anwar anak beranak nya termasoklah sdra Azmin Ali ,kroni Anwar yang rapat dan terdekat.Isu peribadi mereka saya tidak berani sentuh.PR masih belum adakan pilihan lagi?.
Menyentuh parti multiracial PKR ini saya harap MB Khalid terus meneraju Selangor sekira masih mahu kekalkan Selangor ditangan PR.Sekira Azmin Ali masih mahu berhajat memegang jawatan MB , Selangor sukar dipertahankan.Ingat tu.Terima kasih dengan air percuma dan ada baiknya Langat 2 diteruskan dan tidak lagi di politikan isu sir Selangor lagi.Ini keperluan asas untuk rakyat.
3.Keputusan mahukan kerajaan perpaduan Pas dan UMNO/BN baik untuk negeri Kedah dan Kelantan.Bagi negeri lain Pas bukanlah pilihan pengundi.Lagipun Pas dulu dan Pas sekarang amat lain sekali.Ulamak ustaz Haron Din yang amat saya hormati kalah di Perlis.Any explanation ?.
Mengikut kajian, tanpa perhimpunan haram jalanan (road rallies) dan rusuhan sebelum pilihanraya PR sukar menang besar.Anwar dikira berjaya membawa rakyat membenci kerajaan dengan cara ini di 2008 dan 2013.Ini fakta.Bukti ?. Tiadanya rusuhan jalanan sekarang sebab tidak ada PRU.Kalau ada pun untuk apa ?. Wallahwualam.
HAHAHAHAHAHA!
ReplyDeleteRD,
ONE SIMPLE QUESTION? IS MAHATHIR MOHAMMAD IS THE FATHER OF MUKRIZ? ANOTHER SIMPLE QUESTION : WHAT'S THE TRUE NAME OF MADHATHIR MOHAMMAD'S DADDY? LAGI SATU SOALAN:
WANNA KNOW WHAT RACE MOHAMMAD MAHATHIR'S WRITTEN IN THE NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE AKA MALAYA UNIVERSITY (SINGAPORE)'S REGISTRAR?
IS IT INDIAN?
I REST MY CASE!
WAKAKAKAKAKA!
MADHATER & NAJIB FIGHT! FIGHT! FIGHT!
Sdr Kampong Man,
ReplyDeleteSetuju dengan saudara, tidak ada demonstrasi jalanan setakat ini setelah PRU13.
Kalau diteliti, video-video lucah pemimpin pembangkang sudah juga berhenti setakat ini. Sumpah laknat juga dah tidak ada.
The evil-doers, their misdeeds have no bounds.
ReplyDeleteMenurutnya, berdasarkan keputusan pilihan raya umum (PRU) lalu, PAS adalah parti gabungan Pakatan Rakyat yang mendapat kerusi paling sedikit berbanding PKR dan DAP.
“Kita kehilangan sokongan dari masyarakat Melayu sendiri tentu ada sebab kenapa yang perlu kita cari penyelesaiannya.
“Pada pandangan saya, kita tidak boleh mengambil alih kedudukan Umno dalam negara sekiranya kita tidak menarik sokongan orang Melayu Islam dalam negara ini terlebih dahulu,” ujarnya.
Nik Amar, HARAKAH
"Undi Melayu Islam dah banyak lari dan Pas jika berterusan begini tidak akan mampu untuk menggantikan tempat Umno. Kita mahu tahu dan mengatasi kenapa bangsa Melayu menolak Pas."
“Tetapi kita melihat dari sudut keberkesanan kita bila berada dalam Pakatan Rakyat, kenapa undi orang Melayu kepada PAS merosot walaupun kita memerlukan juga undi kaum lain untuk menang,”
Nik Amar, SINAR HARIAN
Itu dia, pengakuan ikhlas daripada seorang pemimpin tertinggi PAS.
Hakikat sebenarnya, PAS yang kononnya parti Islam tu ditolak oleh umat Islam. Bagaimana UMNO yang kononnya sekular tu disokong Islam pulak?
Jadi usahlah menegakkan benang yang basah. Jangan kerana mahu jadi pencacai tegar sesetengah pemimpin kurang waras di kalangan parti PAS, maka dinafikan fakta sebenar. Jangan melawan qada dan qadar, haram! Nik Aziz tak ajar ke? Ke ajar maki UMNO je?
Aslkum Dakj
ReplyDeleteSdr JAMAD
Tanggungjawab setiap umat Islam hanya akan sempurna jika berbuat baik serta mengajak kearah kebaikan DAN menjauh diri dari buat kemungkaran serta mencegah orang lain drpd membuat kemungkaran.
Cuba sdr tanya pd org Islam termasuk diri sendiri adakah tanggungjawab diatas ada dilaksanakan?
Berpaksikan bukti penipuan dan perompakan harta negara yg berjumlah berbillion rgt apakah sudah tertunai tanggungjawab sdr dan lain yg bernama Islam jika terus diam diri malah adakalanya bersekongkol meratah bersama2 atau menjadi burung kakak tua demi sedikit habuan di dunia.
Cabaran pd pemimpin PAS dan Islam yg berjuang bukan kerana tembolok tetapi kerana Allah ialah, bagaimana hendak memberi kefahaman tentang ISLAM SEBENAR kepada the so called umat Islam hanya keranamereka bernama Islam, dilahirkan oleh ibubapa bernama Islam dan mendapat pendidikan Islam yg telah terbiasa dianggap itulah ajaran Islam sebenar
Bukankah dulu pengasas PAS adalah berjuang dalam UMNO
Kerana mereka faham agama spt konsep halal haram, syirik tak syirik dan qada dan qadar maka nekad meninggalkan rakan mereka dalam UMNO yg bukan saja kefahaman Islam mereka tak sampai kemana malah cuba menyesatkan umat Islam yg tak bersalah atau naif.
Perjuangan nak menyelamatkan umat Islam drpd syok sendiri bukan setakat pemimpin atau ulamak PAS saja. Tapi semua orang. Kalau tidak adalah sangat ditakuti diakhirat nanti markah kita nol
Paling celaka kalau kita ditempelak sebagai bukan umat Islam.
Harga syurga tu mahal.
Tindas manusia lain, mentang2 kita ada kuasa tentu tak mengundang markah masuk syurga.
Perkara ini bukan saja ingatan pd ketua2 UMNO tetapi juga pd ketua2 PAS dan PKR seandainya mereka ditakdir memetintah nanti..