Tuesday, February 25, 2014

PRK, Lalat Khinzir Dan Masuk Gereja


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

CERITA masuk gereja dan babi dekat dengan hati saya. Jadi apabila penceramah Ridhuan Tee Abdullah dilaporkan mengecam perbuatan seorang bakal calon Melayu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang berucap di gereja, saya ingin tumpang sekali.

Saya katakan “bakal calon” kerana penamaan calon belum diadakan. Antara sekarang dan saat itu, apa pun boleh berlaku.

Menulis dalam akhbar Sinar Harian, Ridhuan mengkritik langkah bakal calon tersebut memasuki gereja Holy Family, Kajang dan berucap. Tee menyifatkan tindakan itu  sebagai “liberal dan keterlaluan”. Bakal calon yang dimaksudkan itu ialah Anwar Ibrahim.

Katanya: "Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir. Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam. Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka.”

Bakal Calon PRK DUN Kajang berucap di gereja- TK minagjingo
Saya katakan cerita masuk gereja dan babi dekat dengan hati saya kerana kedua-duanya adalah sebahagian daripada pendewasaan saya.
1. Ketika saya kanak-kanak,  di kampung saya babi peliharaan adalah perkara biasa. Jiran Cina yang berupa penduduk minoriti pelihara babi dan kadang kala babi mereka terlepas keluar kandang dan masuk kampung kami.

2. Babi masuk kampung perkara biasa waktu itu. Kita hambat keluar atau kita biarkan asal tidak merosakkan tanaman atau datang terlalu hampir dengan rumah. Malah nenek saya melakukan kegiatan tukar barang kerana babi. Penternak babi tuai keladi liar yang tumbuh dalam kampungnya untuk makanan haiwan itu. Sebagai ganti mereka memberikannya gula, kopi dan susu.

3. Kalau menunggang basikal dari Tanah Merah (Pendang) ke Kubur Panjang melalui Tobiar, kita akan  melintasi sebuah perkampungan orang Siam. Mereka pun pelihara babi dan babi mereka jinak. Bila kita lalu, babi akan ikut kita, apatah lagi kalau kita membawa buah-buahan atau sayur-sayuran.

4. Tapi orang Melayu jijik dengan daging babi dan sangat ambil berat makanan halal. Tapi ramai tidak peduli sangat kalau makanan halal diperoleh secara haram atau dibeli dengan pendapatan haram macam rasuah. Dua cerita daging babi dan makanan halal adalah:

(a) Seorang buta (tentunya tidak tahu rupa bentuk babi) terambil bungkusan mengandungi daging babi kepunyaan kawan Cinanya. Si isteri celik, tapi tidak pernah tengok dagang babi. Mereka masak dan makan. Tidak jadi apa-apa. Si kawan Cina berasa sangat bersalah dan pergi beritahu yang itu daging babi. Laki bini muntah sampai lembik. Begitulah jijiknya orang Melayu dengan babi.

(b) Seorang Melayu (tentunya Islam) “bergumbira” tiga hari dua malam di Haadyai dengan “temannya” berkurung dalam bilik hotel. Hari ketiga lapar dan turun cari makan. Pertanyaan pertamanya: “Halal ke ayam ni?” Maksudnya disembelih ikut cara Islam.

5. Mengenai masuk gereja pula, kalau itulah interpretasi Tee, saya lagi teruk daripada bakal calon yang Tee kritik itu kerana:

(a) Saya masuk gereja ketika bersekolah selama lapan tahun di Sekolah Rendah dan Menengah Saint Michael di Alor Setar. Bukan masuk gereja untuk sembahyang Kristian, tetapi berlindung daripada bahang panas musim kemarau. Saya juga masuk gereja untuk ziarah kenalan Kristian yang mati.

Gereja St. Michael Alor Star. Di belakangnya bangunan baru sekolah Men. Keb. St Michael
(b) Ketika belajar kewartawanan di New Zealand, saya tinggal seminggu di rumah seorang paderi Gereja Anglican. Di rumah beliaulah saya belajar mengenai “grace” atau doa sebelum makan berbunyi: Bless, O Father, Thy gifts to our use and us to Thy service; for Christ’s sake. Amen.

Perdana Menteri di perayaan Thaipusam
Jadi apalah salahnya bakal calon masuk berucap dalam gereja atau melawat kuil. Perdana Menteri kita, Mohd Najib Abdul Razak pun buat masa perayaan agama-agama bukan Islam siap dengan pakaian sekali. Inilah 1Malaysia. Wallahuaklam.

NOTA KAKI: Hari ini, 25 Feb, 2013 genaplah lapan tahun usia blog kita. Terima kasih kepada pelawat, pembahas dan "followers".

54 comments:

  1. Aslkum Dakj

    Ridzuan Tee contoh mualaf hidup sekesa membodek pemerintah zalim.

    Lebih baik Ridzuan selesai isu plagiat yg memalukan kerana melibatkan maruah beliau sebagai pensyarah.

    Di universiti awam, ramai pensyarah yg lebih UMNO dari ahli UMNO sendiri tentu iri dgn Ridzuan yg selalu dpt lebih air time.

    Ridzuan Tee akan lebih berjasa jika tumpu masa dan tenaga cuba berdakwah pd kaum Cina agar kembali ke pangkal Islam.

    Din Melaka juga tak lepas peluang lawat gereja2 bersejarah termasuk di Vatican City. Tak terpengaruh dgn ajaran Kristian pun.

    Paling minima dapat tau bahawa mereka mempunyai tandas yg tip top bersihnya.

    Din Melaka masih anggap penganut Kristian tu sesat kerana percaya dgn ajaran agama yg palsu selepas wafatnya Nabi Isa.

    Macamlah sesatnya si RD yg percaya ketua2 UMNO tu pengikut ajaran Islam yg taat.

    Moralnya jangan tinggalkan org Kristian dan ahli UMNO. Jauh sekali dari bermusuh.

    Cuma ketua2 UMNO ssngat suka pecah dan perintah.

    Terimakasih dan tahniah kpd Dakj kerana paparan yg jelas dan bernas.

    ReplyDelete
  2. Mat Bon9:30 AM

    Point no 4-b Datuk di atas amat relevan. Ada orang 'melayu' di bar; tangan kiri memegang 'air', tangan kanan di bahu 'teman' - tapi bila termakan babi - muntah mengalahkan si babi yang gila.

    Saya syak penolakan babi di kalangan masyarakat kita ini lebih dari isu 'budaya' dari 'agama'nya. P:

    ReplyDelete
  3. din klang9:32 AM

    Dato

    Dato berbuat seperti apa yang Dato ceritakan kerana tidak dapat di elakkan sebab keadaan sekeliling.

    Orang politik pula berbuat demikian kerana lakonan dan agenda mereka untuk mengaburi pandangan para pengundi demi mendapat kemenangan.

    Ingat bilamana LKY memakai songkok di Singapura pada tahun 50an demi meraih undi orang Melayu bagi membolehkan dia menjadi pemerintah singapura.

    ReplyDelete
  4. Salam Dato.

    Memang tidak menjadi masaalah jika seorang Melayu(tentunya Islam) masuk Gereja ataupun Tokong. Saya pernah masuk melawat Sam Poh Tong dan Kek Lok Si. Jika teguh iman, setakat nak masuk dan mendengar 'khutbah' dari Paderi atau Sami mereka pun, tak jadi masaalah bagi saya.

    Yang menjadi masaalah ialah apabila seorang ahli politik Melayu, yang diketahui ramai menyokong kalimah Allah digunakan oleh pihak Gereja di Semenanjung, masuk dan memberi ceramah untuk meraih undi politik pula.

    Bercakap Melayu pun mereka tak mahu tapi nak guna kata nama Allah untuk menterjemahkan God ke bahasa Melayu. Perkataan ‘God’ dalam Bahasa Melayu yang lebih tepat ialah ‘Tuhan’. Ya, memang orang Christian di negara Arab memuja Tuhan mereka dengan nama Allah, tetapi rakyat Malaysia bukan berasal dari tanah Arab. Jika mereka mahu guna nama Allah di seluruh dunia, terutamanya di Vatican, saya akan sokong 100%. Lagi bagus, boleh juga kita mendekatkan persaudaraan sesama penganut 'agama langit‘. (Istilah yang di ilhamkan oleh Astora Jabat). Yang saya hairan, mengapa hanya mahu menggunakan nama Allah di negara majority Islam saja? Jika telah lama digunakan seperti di Indonesia, Sabah dan Sarawak, saya tidak mampu membantah. Teruskan saja lah.

    Orang Melayu memuja Tuhan mereka dengan nama Allah, kerana ajaran Islam yang ditanam ke dalam benak Raja-Raja dan tok-nenek mereka (asalnya beragama Hindu), dibawa oleh Saudagar Arab, jauh mendahului kedatangan penjajah Christian Eropah. Jika bukan kerana Saudagar Arab lebih cepat ambil kesempatan, sudah tentu orang Melayu sudah beragama Christian hari ini.
    Harus juga di ingatkan, semasa mula dibawa ke Nusantara oleh Saudagar Arab, kegemilangan tamadun Islam di tanah Arab, sedang mengalami zaman awal kejatuhan, kemunduran dan perpecahan kerana terlalu taksub kepada Imam-iman yang mereka anggap keramat atau 'pewaris Nabi‘. Ketika itu, Nabi Muhammad SAW sudah wafat, lebih-jurang 500 tahun. Saudagar Arab yang membawa ajaran Islam juga ada kepentingan perniagaan. Jika dahulu saudagar Arab 'menyebarkan agama’ untuk meluaskan peluang perniagaan, hari ini ahli politik pula 'menggunakan agama' untuk kepentingan politik.

    Jika 'perniagaan' boleh mendatangkan pangkat, harta dan kekayaan kepada Saudagar Arab satu masa dahulu, politik juga boleh mendatangkan hasil yang jauh lebih lumayan, hari ini.

    Atas dasar ini saya amat menyokong pendapat Karpal Singh yang mahu mengharam atau memisahkan Agama dari Politik.

    ReplyDelete
  5. Salam Kadir,interesting anecdotes.By and large whether what the Malays do will manifest himself as it is in concert with the religion or culture.Is it something worth pondering.
    I think due to modernisation or information age,the Malays are trapped in this situation.Yes we want to be a modern person not ice age Malay, but do we do it at the expense of our religion or culture
    The so called fundamental Islam,liberal Islam,plural Islam are just the terms coined by orientalist to segment the Malays for easy prey.
    As a result there is deep conflict and disputes among the Malays on various issues,just to name a few,syiah,anti Hadith,ahli sunnah wal jemaah,new iSlamic denomination (reads Ayah Pin, Tuhan Harun,Rasul Melayu.Tarikat,etc).
    In the end The Malays loss sense of direction and will lead by the blind or one eyed man.Everybody said that they are right.
    I think The Quraan and Hadith clearly spelt out what we can do and what we cannot do.Yet there is tussel as far understanding of Islamic ideas is concerned.IKIM seem to do a good job but sadly did not reach the masses.The ustaz,politician and the imam seemed to have the day.If we go to masjid and surau for Maghrib Kuliah,you will get what I mean.I don't intend to provide the solution but to invite other readers to look at this matter seriously. Thanks, I rest my case.

    ReplyDelete
  6. Salam Datuk,

    Membaca tulisan Datuk, teringat saya tentang cerita diluar topik dimana ibu saya pernah bekerja di sebuah rumah salai kelapa (smokehouse)milik seorang Cina sekitar tahun 70'an. Kebetulan, salai tersebut terletak berhampiran bangunan tokong Buddha dan tidak terdapat rumah yang berhampiran tokong tersebut. Jarak rumah ibu saya ketika itu sangat jauh dengan tempat bekerjanya. Telah menjadi rutin apabila tiba waktu tengahari, ibu saya akan bergegas ke sekolah untuk mengambil abang saya pulang dari sekolah. Disebabkan jarak rumah ke tempat dia bekerja terlalu jauh dan memakan masa yang panjang, dia tiada pilihan. Ibu saya terpaksa menumpang mandi dan menukar pakaian di tokong tersebut sebelum pergi mengambil abang saya dan terus pulang ke rumah.

    Semasa zaman kanak-kanak, saya pernah dirotan ibu kerana menyatakan perkataan "babi" kepada abang saya. Perkataan babi menjadi taboo dikalangan masyarakat Melayu dulu-dulu dan dikategorikan sebagai perkataan mencarut. Hakikatnya, babi hanyalah seekor haiwan biasa. Cuma masalahnya ia adalah haiwan diharamkan di dalam Islam. Agak janggal juga anak-anak yang bergaduh akan memaki anak-anak yang lain dengan gelaran kucing,katak mahupun ayam. Begitulah rendahnya darjat haiwan yang bernama babi diletakkan dalam masyarakat Melayu. Secara moralnya, apa jua gelaran yang tidak baik,ejekan mahupun makian adalah ditegah dalam ajaran agama Islam.

    Berbalik kepada topik di atas, terpulanglah kepada nawaitu seseorang itu untuk memasuki rumah ibadat agama lain. Jika tiada perkara yang mendatangkan maslahat, mengapa perlu dilawati. Kita mempunyai pelbagai pilihan di dalam hidup untuk menyampaikan mesej mahupun dakwah. Jika ada jalan penyelesaian yang mudah, mengapa jalan yang paling terdesak juga yang dipilih? Wallahualam

    ReplyDelete
  7. bahasa inggeris memanggilnya 'irony'.

    salah satu contoh lagi adalah ramai mengatakan islam adalah agama keamanan, tetapi kebanyakkan negara islam di timur tengah banyak yang tak aman.

    ReplyDelete
  8. Salam DAKJ,

    Tahniah atas ulang tahun ke-5 blog tuan.

    ReplyDelete
  9. SALAM KASIH DAN SAYANG
    DAKJ
    Izinkan,

    .. Laki bini muntah sampai lembik. Begitulah jijiknya orang Melayu dengan babi.

    Geli hati kami bila membacanya kerana teringat perkara yang sama menimpa diri.

    Ketika itu baru berkerja di sebuah Bank di KL dan pertama kali menjejak kaki ke sebuah Restoran bernama Salad Bowl (mulanya ingatkan bowling alley) untuk Bank closing lunch. Orang kampung ini nak buat 'order' pun tak tahu maka minta pegawai yg senior (Cina) buatkan.

    'Ok, I order for you Mexican Chicken with Yam' kata pegawai tersebut.
    Bila makanan terhidang, kami tale drumstick dulu dan yang 'boneless part' letak tepi.
    Way, u makan babi ke? yang u letak tepi itu HAM lah bukan YAM.
    Dengan serta merta kami ke tandas dan muntah terbelahak sampai lembik.

    Balik ke meja makan mereka semua gelakkan kami.. rupa2nya sememang niat mereka nak mengenakan kami..pekerja baru.

    Kesian kami kerana jadi 'The only bugger that went back to work empty stomach'... hehehe

    Suatu hari dalam sejarah kami.

    ALFATIHAH, AMIN
    Ps. Suatu ketika kami berkawan dgn anak tukang kebun Gereja tersebut masa sekolah rendah dan selalu lepak disitu.. Yang si bakal calon PRK ini hanya nawaitu dia kami persoalankan... wallahualam

    ReplyDelete
  10. TERBAEEEEK...! Ayat paling best saya gemari...."Seorang Melayu (tentunya Islam) “bergumbira” tiga hari dua malam di Haadyai dengan “temannya” berkurung dalam bilik hotel. Hari ketiga lapar dan turun cari makan. Pertanyaan pertamanya: “Halal ke ayam ni?”

    Ia seperti Lelaki Islam atau mualaf yang masih menggantungkan KALUNG EMAS di leher dan bertanya "Halal ke Haram"?

    ReplyDelete
  11. Salam Dakj

    Ridhuan Tee Abdullah tu lebih Islam daripada Melayu Islam.

    Setuju dengan Dato' orang Melayu lebih takut haram makan daging babi daripada haram makan duit rasuah.


    SAJI

    ReplyDelete
  12. MyGhaz2:34 PM

    Selamat menyambut ulang tahun ke 8 blog Dato'

    May your mind remain sharp and your thoughts stimulate thinking.

    Best wishes always.

    ReplyDelete
  13. Salam Dato,

    Tahniah… Dato merupakan salah seorang yang tampil memberi pandangan dan seterusnya mematahkan hujah Ridhuan Tee berkenaan dengan kekeliruan berhubung isu masuk gereja. Setakat ini tiada dari kalangan ulama2 UMNO maupun mufti2 yang berani bersuara dan besar kemungkinan mereka sengaja mengelak isu ini dibahaskan demi untuk menjaga TUAN2 mereka atau menjaga hati ahli2 politik tertentu.

    Berkenaan dengan isu masuk gereja, saya juga sering keluar masuk gereja ketika bersekolah di Methodist English School Tg. Malim, Perak di tahun 70an. Ketika itu saya terlibat didalam pasukan pancaragam sekolah (School Drum Brigade) dan kami berlatih didalam gereja untuk mengelakkan bunyi bising dimana ianya akan mengganggu pelajar2 yang bersekolah pada sesi petang. Kali terakhir saya masuk gareja adalah tahun 1980an semasa boss saya yang berbangsa Jepun terlibat dalam kemalangan pesawat di Thailand. Abu mayat disembahyangkan di salah sebuah gereja di ibu kota sebelum diterbangkan ke Jepun untuk disemadikan disana.

    Ada hadith yang melapurkan bahawa Rasulullah saw tidak melarang mana2 umat Nasarani untuk masuk bersembahyang didalam mana2 masjid ketika itu. Malah didalam sejarah juga ada melapurkan bahawa Saidina Umar ibn al-Khattab pernah melawat salah sebuah gereja di Baitul-Muqaddis dan apabila dipelawa beliau enggan bersembahyang didalamnya. Apabila ditanya adakah bersembahyang digereja bertentangan dengan hukum islam beliau menjawab TIDAK sama sekali. Beliau seterusnya memberitahu jika beliau bersembahyang di gereja tersebut, besar kemungkinan disuatu hari nanti umat Islam akan menakluki dan seterusnya menukarkannya kepada masjid diatas alasan (sejarah) Umar pernah bersembahyang didalamnya.
    Reference : http://youtu.be/tJJFqG2Q-ZY

    Bagi saya memasuki gereja sama juga seperti melawat & bermain2 dengan ular di Tokong Ular di Penang, berwisata di Candi Borobudur di Jogjakarta, bergambar di Angkor Watt di Kemboja dan berjumpa TUAN Pope di Vatican City :-))

    Walluhualam.

    ReplyDelete
  14. selamat ulangtahun yang ke 8 utk blog dato..teruskan menulis.

    pasal isu yg dibangkitkan.. no komen tunggu pengomen2 biasa diblog memulakannya dulu :)

    ReplyDelete
  15. Hj ismail mina5:36 PM

    Redhuan Tee,memang tak belajar ugama habis.

    Waktu Umer Al Khatab pergi ka Jurusalem,dia ada sembayang dalam Gereja.Jika kita pergi ka Juruselem,gereja itu maseh ada.

    Waktu Rasuallah saw mula berdakwah di Mekah,orang Islam di seksa dan di boikot oleh orang Kafir Qurish.Rasuallah saw meminta mereka berhijrah ka Etophia.Raja etophia waktu itu saorang Keristian.Raja keristian itu memberi pelindongan kapada Orang Islam dari Mekah.Apabile berita sampai kapada Baginda yang raja keristian itu mati,Rasuallah saw membuat sembayang ghaib kapada baginda.

    Salah saorang Isteri Rasuallah,Maria,ialah penganut Islam coptic.Ia melahirkan anak lelaki Rasuallah,Ibrahim.anak itu meninggal waktu kechil.

    Saya ada dua cerita benar benar belaku.

    1- dalam perjalanan dari Amerika ka London.Dalam kapal terbang ada makanan yang di berikan kapada penumpang.Salah satu makanannya Ham sandwich.
    Penumpang di tepi saya saorang Arab.Saya anggap ia Orang Islam.
    Apabila dia meminta Ham sandwich,saya beritahu itu Ham sandwich,tak halal.
    Dia jawab kapada saya,"Kenapa awak beritahu kapada saya sanwich babi."Sekarang dia tak boleh makan.Hukumnya dalam Islam jika kita tidak tahu babi,ia boleh makan.

    2-saya pergi London naik Kuwait Airways.Banyak penumpangnya orang Arab.Kapal terbang bertolak dari KL ka Bangkok Kuwait dan Londan.
    Dibangkok kapal terbang rosak.Kami di tempatkan di Hotel Grant Hyatt.Waktu makan Buffe,ada campor babi.Saya tengok pak Arab ambil babi dan masok dalam pinggannya.
    Saya tegor kata kapada mereka itu Ham.Haram.
    Mereka buang ham itu dari pinggan nya dan terus ambil makanan lain.Dia tidak tukar pinggan.Tak payah samak.

    Reduan Teh. Jangan bagi orang Islam kelirunlagi.
    Sekarang orang islam di Malaysia sudah betul betul keliru,dengan Issue Allah,Isu kasim ahmad dan geng anti Hadith nya.

    ReplyDelete
  16. Salam dato,




    Ish, ish. ish... ni kurun ke 21 dah la dato.




    Islam dah disempurnakan sejak 1435 tahun dulu kala dah.


    Islam tu applicable didalam kehidupan disemua zaman.



    AWATLA umat islam masih nak gostan hidup macam (1440 atau lebih tahun) dulu kala ni ni...?



    ADA KA LOGIK islam itu hanya untuk ikut hidup macam zaman tok nadoq purbakala?.. teruk betui punya konsep kehidupan yang mahu di ketengahkan.





    `Orang' lain dok gelut nak hidup senang kat bumi dan luar bumi, kutip harta dan rezeki untuk hidup senang kat dunia...




    Islam didunia kini pulak gelut habis, berhempas pulas nak macamana jadi sengkek dan caca marba negeri dan rakyat..ada ketua,ajak pengikut bunuh orang,caci,cerca,hina dan keji orang lain yang tak sebulu, ada yang ilmu lebih sikit,dok perbodo orang,ada yang kaya sikit,(walau siki sikit kaya tu pun), dia gemaq pekena orang!...



    Tentu allah tak suka betui kat umat macam ni....




    BILA LA GAMAKNYA nak ada dan hidup a real contemporary muslimin islam leader didalam erti sebenar kehidupan manusia di kurun 21 dan seterusnya?..




    Dulu kala tak ada elektrik, petrol, disel, empangan air,paip air,jet, roket, plutonium, uraniam, internet, telepone, pos,stem,courrier,fax machinee,supermarket,bank dll.....TETAPI PASAI APA TAKDAK MASAALAH UMAT ISLAM menggunakan semua itu TANPA sebarang kemuskilan?..ada ka yang soai halal ka haram semua ni....



    Asyik asyik dok berdebat bab babi, anjing,gereja,serban, janggut,jubah...SAMPAI DAH MELUAT saya dengaq dan tenguk... perdebatan yang makin pelik dan bolih sampai tahap tenging dan piang!.




    Saya mahu hidup sebagai pengikut ugama islam dikurun ke 21.





    Abu Bakar Ab Rahman




    ReplyDelete
  17. Salam Dakj

    Hendak tahu juga, ada ke tidak Ridzuan Tee tu bagi komen tentang Ayat 13 surah al-Hujurat yang dibaca dan dijelaskan oleh DS Anwar semasa berucap ke gereja berkenan?

    SAJI

    ReplyDelete
  18. pemerhati6:44 PM

    As Salam Dato

    Ironi nya orang Melayu lebih merelakan diri mereka di tipu oleh bangsa dan agama lain dari di tegur oleh orang Melayu dan Islam sendiri

    ReplyDelete
  19. Kajang Pak Malau6:53 PM

    Orang Kajang tak berapa kisah masuk gereja. Masa dulu dulu sekitar tahun 70 an dan 80 an ramai orang Melayu hamtar anak ke Tadika Holy Family di kawasan gereja tu. Anak saya pun tadika di situ.

    Tadika Holy Family dan Tadika Maria antara Tadika yang tersohor waktu itu.

    Orang Kajang tak berapa kisah. TapI entah lah penyokong PAS . Ada kisah ke?



    ReplyDelete
  20. Kaja g Pak Malau6:54 PM

    Selamat ulang tahun SCRIBE.

    ReplyDelete
  21. Ngap Sayot8:29 PM

    din melaka setakat berani bersuara di sebalik kelambu sahaja walaupun di jemput dengan penuh hormat untuk bertukar fikiran secara gentleman.

    kalau di borneo din melaka setakat tukang karut dalam kelambu saja.

    ReplyDelete
  22. Salam DAKJ

    Pertamanya, bagi sayalah, diantara Dr Ridzuan Tee Abdullah dgn bakal calon PRK, saya lebih percayakan Dr Ridhuan Tee Abdullah. Beliau bukan saja bijak dlm akedemik, tetapi juga dibukakan hatinya oleh Allah utk menerima hidayah Islam. Tahniah Prof Dr.

    Kedua, memang betul boleh masuk ke dlm gereja dgn syarat-syarat tertentu. Tapi adalah HARAM jika kita mengikuti upacara keugamaan mereka seperti berdoa bersama mereka. Sebabnya, bak kata Ustaz Taib Azamuddin, “god” yg dirujuk tu “god” yg mana. Jadi, eloklah kita lebih berhati-hati dan jauhkan dari perkara yg shubahah dan juga individu yg shubahah. Saya rasalah, Dato’ mungkin masih tak tahu kot semasa berdoa bersama foster-parent dulu kan.

    Ketiga, tentang babi berkeliaran, saya pun nampak semasa drive balik dari Pengkalan Kubur. Tengok babi pun rasa geli.

    Akhir kata, sampai hati Dato’ kata saya macam-macam. Bukannya saya tak nak jumpa, tapi standard Dato’ dgn saya tak setaraf lagi. Bagilah saya “establish” dulu setaraf Dato’ atau seperti Sdr Kampungman, barulah sedap sikit. Nanti apa pula orang kata bila Dato’ berborak kosong dgn orang kampong macam saya ni. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  23. Perbincangan agama. Boleh kah guna akal?

    ReplyDelete
  24. Lahuma11:20 PM

    Dato.

    Semuanya ini kerana telatah orang politik.Orang politik dia punya matlamat nak undi sahaja.Bujur lalu lintang patah.
    Kalau masa zaman Pas belum ada bersama dalam Pakatan Rakyat nahas jadinya kalau calon atau bakal calon gatal-gatal nak masuk kuil,tokong atau gereja.

    Walau pun sebenarnya perkara biasa tetapi kerana kita terutama Melayu amat patuh pada fatwa atau arahan politik.

    Banyak isu dulu terlarang sekarang tak mengapa.Dulu juga boleh sekarang terlarang.

    Sedangkan hukum Islam tak berubah sama sekali.Yang membuat jadi celaru ini ialah orang politik.

    Kalau orang Melayu/Islam patuh pada hukum hakam Islam aman damai Malaysia dan Melayu/Islam bersatu.

    Kadang-kadang cakap saja anti rasuha.Tapi amalannya perasuah nombor satu.

    Ramai pemimpin di Malaysia lulusan Universiti bidang pengajian Budaya Ketam.Maka rakyat pun jadi mangsa.

    Rasuah,pecah amanah,salah guna kuasa penagih dadah pun sama taraf dengan status daging kinzir juga.

    Rakyat tak perlu fanatik dan patuh pada parti.Kewarasan dan ikut ajaran Islam itu yang lebih tepat.

    Terima kasih Dato.

    ReplyDelete
  25. salam dakj

    harap jangan sebab anwar berucap di gereja umat islam lain bertelagah pulak siapa islam dan siapa lebih islam.siapa betul dan siapa lebih betul.

    nampaknya tanpa kita perasan kita telah mengaitkan hal lain dan seterusnya menghina/ketawakan sesaorang sedangkan apa yang diperkatakan/dipercayai itu adalah benar/betul.















    ReplyDelete
  26. PENGUNDI AMPANG12:14 AM

    Datuk AKJ,

    1. Ridhuan Tee Abdullah pernah berjiran dengan saya di Ampang.

    2. Saya pernah mengagumi penama khususnya fasa-fasa penama tertarik kepada Islam dan seterusnya menganut agama Islam.

    3. Di peringkat awal kemunculan penama, masyarakat tersalah anggap dengan menganggap penama adalah seorang ustaz yang berkelayakkan. Hakikatnya, penama ialah seorang mualaf yang kebanyakkan isi ceramahnya berkisar mengenai proses pengIslamannya yang sangat menarik.

    4. Penama menghabiskan banyak masa 'berperang' dengan bangsanya sendiri dengan melabelkan bangsanya 'KIASU' dalam tulisan/ceramahnya. Seolah-olah kalau tulisan/ceramahnya tidak mengaitkan ungkapan "KIASU", itu bukan Ridhuan Tee Abdullah namanya.

    5. Saya hairan mengapa penama mengambil pendekatan 'berperang' dengan bangsanya sendiri!

    ReplyDelete
  27. Salam DAKJ,

    pertama sekali, happy 8th anniversary. Biar dikejar usia, akal Datuk masih tajam dan bahasa masih pedas tapi berisi. Tahniah Datuk, God bless you.

    kedua, saya anak kedah, sekolah saya berjiran dengan sekolah Datuk, lintas jalan dah sampai. Saya amat bertuah dapat ramai kenalan Melayu sejak kecil, sinis dan perli pasai makan babi tu biasa, hati terbuka dan tidak mudah tersinggung. kecik punya hal.

    tapi saya hairan, ini point ketiga, apa jenis Muslim cik RD ni? dia jenis Muslim yang inginkan harmoni antara kaum ke, atau jenis nak tengak Melayu bergaduh dengan Cina?

    Ini bukan pertama kali RD openly berhujah pasai hubungan kaum dan agama dengan nada yang cukup konfrantasi. Kalau nak pertahan agama sendiri, pls go ahead Dr copycat, itu hak kamu. Tapi sampai nak langgar orang lain pasai apa?

    Kalau kamu nak defend bos politik you, seranglah Anwar kaw kaw, bukan you tak pernah serang manusia lain, balun aje lah Anwar tu sampai you climax. Tapi penganut agama lain dan kaum lain you usahlah nak perlekeh.

    Saya hormati hak RD nak bersuara, RD disayangi ramai bos politik kerana kesetiaan politik yang terlampau. Tapi sometimes i wonder, yang you macam benci sangat agama lain dan kaum lain pasai apa? dulu pernah kena dump dengan amoi Cina hingga terusik jiwa naluri ke?

    Anyhow, saya setuju dengan pandangan Datuk mengenai contoh halal haram yang diberikan. Saya bukan orang agama, kalau ikut cakap kawan Melayu, saya kafir (kafir yang baik ke yang tak baik ke i dont give a fly). Tapi kalau nak ungkit pasai kejahilan yang kawan2 melayu buat yang saya nampak, 3 hari 3 malam tak habis sang penglipur lara nak bercerita.

    But i choose not to, kerana saya hormati hak kawan saya untuk hidup cara dia, tapi yang lebih penting, saya yakin dan percaya betapa berdosa atau jahilnya kawan melayu saya, mereka tidak pernah tinggalkan agama mereka. gaya hidup mereka hanya sebahagian kecil daripada keseluruhan hidup mereka. Saya boleh confirm, ada antara mereka yang tertinggal sembahyang, tapi tak pernah sekali mereka tinggalkan agama.

    Dan saya bernasib baik, kerana pengalama bergaul dengan mereka, saya cepat menghidu bau hipokrasi manusia macam RD.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  28. abdullahngah7:57 AM

    RD said

    Tak salah sangka saya ketika berbahas mengenai "kalimah Allah" bahawa suatu masa nanti ada orang akan kata agama kristian itu adalah agama langit, sedang ia bukan agama langit.

    Kristian adalah agama ciptaan manusia bukan agama langit. Agama langit adalah agama islam sahaja

    Bable bukan kitab Allah ia adalah kitab tulisan manusia kafir.

    Jika RD seorang islam amat malang sekali.

    ReplyDelete
  29. Dakj,

    Media sekarang sibuk menyenaraikan orang-orang terkaya di Malaysia mahupun di dunia untuk tahun 2013.

    Apa yang peliknya Tun Daim tidak pernah disenaraikan senarai 40 terkaya di Malaysia apatah lagi 10 terkaya di Malaysia walaupun beliau memiliki ICB bank di seluruh dunia.

    Ada yang mengatakan bahawa sebenarnya Tun Daim yang terkaya sekali di Malaysia. Betul ke?

    ReplyDelete
  30. Saudara Orang Cina.
    Saya harap Saudara tidak salah orang.

    Di mana yang Saudara baca, saya "jenis nak tengak Melayu bergaduh dengan Cina".

    Saya menduduki MCE pada 1976, di Sek. Men. Tunku Putra, Baling. Kerana saya class science, ramai dari kawan-kawan saya adalah Cina. Sahabat paling akrab adalah seorang Cina. Kemana pun, kami sering bersama. Malah, kami berdua pernah hitch-hike dari Baling ke KL, selepas MCE, 1976. Pada masa itu saya lebih ‘happy’ merayakan CNY. Paham-paham saja lah, pencegah maksiat belum ada.
    Di kampung saya, ketika itu, ramai orang Siam bela babi, macam Melayu bela kambing. Ia menjadikan saya langsung tidak ‘jijik’ pada babi. Saya boleh makan naji-lemak dengan selamba, didepan penjual daging babi.

    Re: "Tapi sampai nak langgar orang lain pasai apa?"

    Tak pernah pun saya sebut pasal bangsa lain. Yang saya sebut hanya mengenai perebutan kalimah Allah yang tidak logic dan sangat mengelirukan saya yang beragama Islam. Niat sebenar mereka yang mencurigakan. Saya tak pernah pun sentuh mengenai 'kaum’ tertentu.

    Allah adalah perkataan Arab. Bahasa Melayu untuk God, ialah Tuhan

    Jika saudara sokong nama Allah diguna pihak gereja, saya tidak akan marah, tetapi hairan. Saudara hanya perlu beri penjelasan dengan tertib dan jelas, mengapa hanya Gereja di Malaysia mahu guna Allah dan tidak di negara majority Christian?

    Re: "Kalau kamu nak defend bos politik you, seranglah Anwar kaw kaw, bukan you tak pernah serang manusia lain, balun aje lah Anwar tu sampai you climax. Tapi penganut agama lain dan kaum lain you usahlah nak perlekeh."

    Berapa kali mesti saya beritahu bahawa saya sudah menyampah dengan kerajaan sekarang yang boros dan membazirkan WANG rakyat. Meluat habis, selepas PAU (Pemilihan Agong UMNO). Tak pernah saya defend Najib. Sekali lagi saya tegaskan; Najib lembik dan tidak tegas dalam menguat-kuasakan undang-undang. Yang pasti, pemansuhan ISA, adalah keputusan yang paling bodoh dibuat oleh Najib. US pun ada Patriot Act dan penjara tanpa bicara di Guantanamo.
    Saya amat pasti, jika Pakatan dapat Putrajaya, perkara pertama yang akan mereka usahakan adalah untuk mengembalikan ISA.

    Saya tak boleh serang Anwar kaw-kaw, kerana ini bukan blog saya sendiri. Saya mesti menghormati Dato Kadir dengan tidak mengunakan kata-kata kesat. Kalau blog sendiri......, boleh lah.

    Jangan memftnah saya membabi-buta. Saya tak pernah “memperlekeh” penganut agama lain. Malah saya cuba ‘angkat’ Christian sebagai ‘agama langit’, tetapi di cemuh pula oleh abdullahngah.

    Saudara AbdullahNgah.
    Saya hanya menggunakan istilah “agama langit’ yang di popularkan oleh Saudara Astora Jabat. Pada saya ada logiknya juga. Jesus pada orang Christian adalah Nabi Isa kepada orang Islam. Abraham pada Yahudi adalah Nabi Ibrahim pada orang Islam. Oleh itu, Jews, Christian dan Islam mempunyai asal-usul yang sama. Kalau ikut pendapat Saudara, ‘Ahlul Kitab’ tu, bukan ditujukan pada mereka kah?

    ReplyDelete
  31. Zed-8512:20 PM

    Dato’

    Ridhuan Tee mengatakan tindakan masuk gereja keterlaluan.

    Mengikut displin ulama, seorang ulama mesti menyatakan hukum sesuatu perbuatan samada haram, harus, wajib, sunat, atau makruh.
    Seorang ulama juga mestikan sertakan dalil-dalil samada daripada dari Quran atau hadis untuk menyokong kenyataannya.

    Dalam Islam tidak ada hukum “keterlaluan”, yang ada haram, sunat, wajib, harus, atau makruh.

    Saya berharap Ridhuan Tee yang pada fahaman saya seorang Mualaf sambung pelajarannya kerana tidak habis belajar lagi atau jangan hendak perbodoh-bodohkan orang Islam.

    Di zaman Nabi sudah ada suasana berbilang bangsa dan agama.

    Dalam persoalan makanan umpamanya, mengikut mazhab syafie (dalil dari Surah Al-Ma’idah), daging yang disembelih orang golongan Ahlul-Kitab (iaitu Kristian dan Yahudi) boleh dimakan dengan syarat sembelihan dilakukan mengikut syarat-syarat Islam dan wajib bagi orang Kristian atau Yahudi semasa sembelih menyebut nama “Allah” supaya daging itu halal.

    Ramai Ulama mengatakan anggapan hukum daging disembelih orang Kristian tidak boleh dugunakan lagi kerana sudah menyekutukan Tuhan tidak timbul kerana di zaman Nabi lagi perihal ini sudah berlaku sepertimana dalam ayat Surah Al-Ikhlas.

    Setakat ini, dalam dunia ini hanya Malaysia sahaja yang mana perkataan “Allah” digunakan oleh orang Kristian menjadi masalah.

    ReplyDelete
  32. Timbangtara1:35 PM

    Salam Tok..

    Sepatutnya bertambah kuat agama seseorang itu bertambahlah "taqwanya" bertambah tinggi kelulusan akademik serta ilmu agamanya bertambah "berhati-hatilah" dia..

    Sebahagian rakyat Malaysia terutama orang politik malah Mufti, mentafsir agama mengikut rentak dimana dia berada.. kalau dia orang atau penyokong Umno dia akan mentafsir mengikut rentak Umno.. begitu juga sebaliknya kalau dia penyokong pembangkang dia akan mentafsir mengikut rentak yang disokongnya..

    Nampaknya dosa dan pahla, halal dan haram.. seolah-olah sudah tidak diambil kira lagi..

    Saya "Tabik" dengan Datuk yang secara jujur bercerita tentang zaman dikampung dulu pengalaman mengenai khinzir dan masuk gereja..
    ialah masa itu perkara seumpama itu tidak sensitif..

    T Kasih.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum Datuk,

    1. Tahniah blog kembali ke maya.

    2. re: "Hj ismail mina said...

    Waktu Umer Al Khatab pergi ka Jurusalem,dia ada sembayang dalam Gereja.Jika kita pergi ka Juruselem,gereja itu maseh ada."

    Tidak benar Saiyyidina Umar Al Khattab RA solat di gereja di Baitul Maqdis tersebut. Sdr Urang Awak telah menjelaskan. Our Brothers in Palestine telah juga menjelaskan perkara yang sama. Walau bagaimana pun ingin saya berkongsi maklumat yang saya ketahui semasa di sana, bahawa kunci gereja tersebut (yang mereka namakan Church of the Holy Sepulchre) diamanahkan kepada dua keluarga Muslim sejak beratus tahun. mereka membuka dan menutup gereja tersebut setiap hari. Saya pernah bertanya kepada seorang Christian yang telah ke sana kenapa tidak minta saja kunci tu buka sendiri ... jawabnya ... within the church ada beberapa denominations yang sentiasa tidak bersetuju, sesekali bergaduh sesama mereka ... and they prefer that the keys di amanahkan kepada Muslim families tersebut ...

    in contrast ... Our Haram Sharif Masjid Al Aqsa and the Dome of The Rock pula kuncinya dipegang oleh Israel Security Police ... sebelum Solat subuh mereka buka, lepas Isya' mereka tutup ... tanpa persetujuan umat Islam ...

    kalau ke sana pergi ke Haram As-Sharif lebih kurang sejam sebelum waktu solat Subuh, baru hati akan terasa apabila menunggu
    pintu besar dibuka oleh mereka yang bersenjata tersebut membuka Masjid untuk kita ...

    AlhamduLillah di negara kita yang permai aman damai setakat ini, walau masjid berkunci, kuncinya masih kita pegang kan?

    maaf datuk ... panjang pula ...

    ingatan untuk diri saya dan sesiapa juga yang lupa ...

    Allah'alam

    ReplyDelete
  34. Aslkum Dakj

    RD setuju dgn kemahuan Karpal Singh agar agama dipisah dari politik.

    Agaknya RD ni samada tiada pegangan agama atau sama agama dgn agama Karpal Singh.

    Yg saya tau org Islam yg bertakwa tidak akan pisahkan politik dgn agama mereka. Orang Islam akan ikut perintah agama dalam apa jua urusan termasuk bila berpolitik.

    Agaknya RD jugak sokong fahaman liberalisme yg jadi pegangan sesetengah orang yg mengaku Islam.

    Iaitu waktu dia curi diacuri kaw2. Waktu dia pilihan raya dia tipu daftar undi gelap2 dan terang2. Bila dia tuduh org sodomi dia kemuka saksi palsu.

    Apa susah. Allah kan maha pemurah lagi pengampun dosa.

    Agaknya itu yg dimaksud RD bila dia kata agama dan politik hendaklah dipisah.

    Berobat dan bertaubatlah.

    ReplyDelete
  35. Salam OKJ

    "Pertamanya, bagi sayalah, diantara Dr Ridzuan Tee Abdullah dgn bakal calon PRK, saya lebih percayakan Dr Ridhuan Tee Abdullah. Beliau bukan saja bijak dlm akedemik, tetapi juga dibukakan hatinya oleh Allah utk menerima hidayah Islam. Tahniah Prof Dr."

    Mualaf Ridzuan Tee, berdasarkan tulisan2nya dan cara dakwahnya, saya lebih percaya mualaf2 di kalangan orang putih dan kulit hitam.

    SAJI

    ReplyDelete
  36. Din Kalut6:39 PM

    Bakal calon PKR Kajang lulus Malay Study kat UM.Itu pun GD saja.Ridwan Tee lebih dari itu.
    Din Melaka tentu pertahan pujaannya.

    ReplyDelete
  37. YBhg Datuk

    1. Tahniah & selamat ulangtahun ke-8 The Scribe

    2. Alhamdulillah blog datuk ni dah pulih; pembahas dah mula panas berhujah seperti biasa.

    3. Semasa berkursus dia di Faculty of Veterinary Medicine, Chiang Mai University saya berpeluang melawat ladang ternak khinzir, rumah penyembelihan, dan juga melakukan pos-mortem terhadap bangkai anak khinzir. Ianya pengalaman yang sangat beharga. Di sana mereka kitar semula kumbahan khinzir menjadi sumber bahan api (gas) untuk memasak.

    4. Semasa bekursus di Nasik, India (lebih kurang 150km dari Mumbai) boleh katakan kerap juga saya ikut kawan-kawan di sana masuk ke berbagai kuil sebab dia orang suka singgah dan sembahyang bila jumpa kuil. Selalunya saya duduk tepi tengok. Alhamdulillah masih tidak tergugat iman.

    Toolbox

    ReplyDelete
  38. Salam Datuk
    Apa khabar semoga sihat hendaknya...Agak lama tak buka blog datuk sejak blog datuk tak boleh diakses. Berkaitan isu Dr Ridhuan Tee, saya kenal dan faham karektor beliau kerana selalu juga bersua muka dengan beliau. Di Malaysia setiap minggu pasti ada sahaja isu yang dicipta oleh pencacai politik baik dari pemerintah atau pembangkang. Sejak PRU12 ketidakstabilan politik menyebabkan wujud fasa dipanggil GPM atau Golongan Politik Meroyan. Minggu ni kita spin isu agama, minggu depan isu kaum, minggu lagi satu isu kalimah lepas tu sapa lebih melayu dan akhir sekali kalau takde isu siapa kentut paling kuat. Kesemua ni kerja2 membangangkan rakyat tatkala pilihan raya kecil untuk pilih Sate yang enak. Saya berpendapat kepada semua pengikut blog datuk usah berbalah dengan provokasi pihak pencacai isu2 picisan yang dibangkitkan tidak membantu rakyat langsung. Masuk tak masuk gereja harga barang melambung tinggi juga. Dr Ridhuan Tee pandai juga dia nak jimat duduk aja apartmen kat Ampang. Tak gitu Dr

    ReplyDelete
  39. Lahuma7:34 AM

    Dato.

    Tak salah kalau Riduan Tee memberi ingatan atau menegur sesustu yang baik pada pemimpin seagama dengannya.
    Kalau nak harap Hadi Awang atau Nik Aziz dan yang lain tentu sekali mereka amat takut.Sebenarnya mereka berketuakan Mursyidul Am PKR bakal calon Kajang.
    Begitu juga bila PM Najib merayakan hari Thaipusam agak berlebihan dan tak sedap dilihat sebagai penganut Islam.Kenapa Hadi Awang atau Nik Aziz pun tak tenur.
    Jawapnya mudah sahaja.Masing-masing 2x5=5x2.
    Asal undi sahaja sanggup korban dan gadaikan apa sahaja.

    Orang politik lah menjadi perosak banyak hal dan perkara yang menjadi hak dan milik orang Melayu.
    Apa jadi pada kesucian Islam.Cukup malu dan menyedihkan.
    Ekonomi sudah lingkup,Tak habis orang lain itulah orang Melayu punya.
    Pelajaran macam tongkang tengah laut.Terumabng ambing.

    Sama-samalah kita lihat dan nilai apa kemungkaran yang akan berlaku di PRK Kajang nanti.

    Tentu banyak dosa dan kemungkaran besar akan terus berlaku kerana undi dan kuasa yang cukup gila.

    Melayu juga yang serabut .Bukan Melayu akan terus menghukum kemungkaran kuasa Melayu.

    Hari ini pun ada orang Melayu(Islam) menjadi pemburu babi hutan untuk tambah pendapatan.

    Terima kasih Dato.

    ReplyDelete
  40. Pembahas Wan Kamarul Ariffin, antara lain, berkata:

    "Apa yang peliknya Tun Daim tidak pernah disenaraikan senarai 40 terkaya di Malaysia apatah lagi 10 terkaya di Malaysia walaupun beliau memiliki ICB bank di seluruh dunia."

    Tak siapa kata Tun Daim tak berjaya sebagai usahawan. Sejak tahun 1970an lagi dia dah berniaga. Mula-mula rugi teruk bila kilang garamnya di pantai selangor terbenam dalam lumpur.

    Cuma congak asat yang dibuat oleh Malaysian Business hanya meliputi aset yang didaftar atau dikaitkan terus kepada pemilihnya. Sila rujuk penerangan berikut dalam Business Times:

    "Methodology

    How We Arrived At The Wealth Figures

    In this annual ranking, the 13th in our series on Malaysia’s 40 Richest individuals, we – as in previous years – calculate the wealth figures based on the individuals’ reported personal stakes in listed companies and private holdings that we can place a value on.

    Cross-holdings and indirect stakes in subsidiaries are not included to avoid double-counting and overstating of wealth. Personal debt is taken into account only if it has been reported or made known in the annual statements.

    The list is by no means a definitive compendium of the wealthiest in Malaysia. There are many who may be richer, with interests buried in inexplicable webs of companies or nominees, which makes tracing difficult."

    Terima kasih.


    er ionkir

    ReplyDelete
  41. Kampong man9:17 AM

    Salam Dato,

    PRK dan Masaalah Air Selangor.

    1.Akhirnya Kerajaan negeri Selangor AKUR dengan loji rawatan air Langat 2 satelah enam tahun(sejak 2008) terbengkalai dan tertangguh.Langat 2 saperti juga Jambatan kedua Pulau Pinang adalah penyelesaian jangka panjang bagi kemudahan dan kesejahteraan rakyat yang tidak seharusnya di politikkan di PRU 14.Kita perhatikan.

    2.Kerjasama beginilah yang kita mahukan.All thanks to PRK 'Kajang betrayal' and the serious water problems in Selangor.Rakyat harus bijak menilai kerajaan mana yang lebih jujur dan kurangkan 'emo' apabila membuat pilihan nanti.

    3.Dalam kesibukan dan berbagai PROPAGANDA over dari rakan kita diblog ini menjelang PRK Kajang kini terserlah pula satu peperangan dalaman PKR.Khalid menafikan keputusan survey UMCED yang mahukan Khalid digantikan mengikut Anwar sebagai tidak reliable dan bukan kehendak electorate.Anwar pula menguatkan azam bahawa akhirnya beliau mahu mengnepikan Khalid juga menjadi MB Selangor bagi menyelsaikan feud dalaman Azmin dan Khalid yang kita semua tahu ditahap serius.Ini semua adalah buah fikiran budak naive politik Rafizi graduate Oxbridge jugalah dengan PRK Kajang ni.Issshhhh. .Presiden PKR Wan Azizah pula maintain her elegant silent.Teringat lagu "Silence is Golden' The Tremelos dan apabila mereka bermasaalah (in trouble) dengan "Reflectios Of My Life- The Marmalade.Dato orang lama dan sekolah omputeh di St Michel , Alor Star zaman 60han mesti pernah dengar tu.Inilah ceritanya PKR yang terbilang di Selangor.Ya , hanya di Selangor.Phew.. .

    Wassallam.

    ReplyDelete
  42. Terima kasih Dakj atas maklum balas.

    Maknanya pemilikan aset ataupun syarikat diukur secara terus kepada pemiliknya tanpa mengira penama dan mengambil kira syarikat yang disenaraikan sahaja.

    Mungkin jika diukur nilai kekayaan sebenar individu, 10 orang terkaya di Malaysia majoritinya diisi oleh orang-orang melayu.



    ReplyDelete
  43. Maaf saya pohon daripada Datuk AKJ, macam dah jadikan blog Datuk medan bertengkar pulak.

    tapi terima kasih kerana reply RD, walaupun saya tak setuju dan tak impress dengan pendekatan dan pandangan RD, hak bersuara setiap individu harus dihormati.

    RD, kalau setakat nak cakap pasai ramai kawan Cina waktu dulu sebagai pretext kamu tidak anti mana-mana kaum, tak usahlah. Itu escape clause yang common dan ia tidak mengubah realiti siapa kamu SEKARANG.

    Pokok pangkalnya bukan berapa ramai kawan yang kamu ada atau apa jenis kaum mereka, tetapi keikhlasan kamu sebagai pencemarah agama dan pengulas politik bila berbicara mengenai kaum lain dan agama orang lain.

    Jangan denial syndrome, harus diingat kamu dinilai bukan kerana satu artikel terbaru kamu, tetapi secara total dengan mengambil kira nada kamu, bahasa kamu dan hujah kamu dalam ceramah, rencana, kolum dan interbiu di TV yang terdahulu hingga kini.

    dan itulah rumusan yang ramai orang dan saya sendiri setuju, bahawa kamu memang cenderung nak laga lagakan kaum dan tidak hormati agama orang lain.

    Usaha nak beretorik bagaimana dulu kelas sains kamu ramai kawan Cina, pernah beraya CNY dengan gumbira dan lain lain lagi, sinario tu amat common,saya pun macam tu, ramai pun macam tu, ada jugak Melayu yang kawan baik diapa orang Cina atau India. Kami semua hidup harmoni, until you arrived.

    Yang penting ikhlas dan jujur. Kalau kamu anti sesuatu kaum atau anti sesuatu agama, just say it plainly, make a clear stand, macam Perkasa, selamba aje diapa bantai Cina, at least diapa honest. Tak perlu RD nak berdolak dalek bila dikritik dan cuba kaitkan dengan sejarah silam peribadi. You are who you are, so lets not pretend to be someone you are not.

    RD memilih Islam sebagai agama RD dan saya percaya itu takdir RD, tahniah, semoga dapat terus beramal sebagai seorang Muslim yang baik dan banyak buat pahala.

    Pada masa yang sama, harus kita sedar akan kelemahan diri kerana hanya Tuhan yang sempurna. Tuhan Mahaberkuasa, manusia kerdil di sisi Tuhan. Kalau kita ada kesedaran bahawa kita tidak sempurna, maka kita akan berfikir tiga kali sebelum kita perlekeh agama lain dan kaum lain.

    Akhir kata dan terus terang, i resent you as a religious preacher because you are too manipulative as a muslim. You think you are doing your religion a favor by the way you preach, but the only success you achieved was destroying the nobility of Islam in the eyes of non-Muslims.

    Sekian, Salam Satu Malaysia.

    ReplyDelete
  44. RD, terima kasih atas reply, walaupun reply you sama aje retorik basi. Walau bagaimanapun, hak dan kebebasan kamu bersuara saya tetap hormati dan pertahankan.

    Kedua, saya rasa tidak perlulan RD nak ungkit cerita silam bagaimana ramai kawan Cina di kelas sains, sambut CNY dengan riang dan gembira bla bla bla. Itu senario yang common dalam satu masyarakat berbilang kaum yang harmoni, senario itu berlaku tiap tiap hari di komuniti yang aman dan sejahtera, hanya RD aje rasa special and i dont know why.

    Dont use that as an escape clause sebagai alasan kamu sebenarnya memahami sentimen kaum lain atau agama lain dan kamu bukannya rasis. Sejarah silam kamu tak penting dalam konteks SEKARANG, pembawaan kamu SEKARANG lebih relevant.

    Harus kamu sedar RD, bahawa kamu dinilai bukan kerana satu artikel terbaru kamu, tetapi rencana-rencana terdahulu, interbiu media dan tv dan banyak lagi ceramah. Usah kita talam dua muka, biar kita ikhlas dan jujur kalau kita ada pendirian tersendiri dalam satu itu.

    Biar jadi Perkasa tak pa, jelas pendirian mereka, kalau balun Cina pun agak konsisten, selamba aje balun, tapi all right aje, they dont and they certainly cant pretend to be a moderate.

    Yang penting kita ada kesedaran bahawa hanya Tuhan sahaja yang sempurna, kita manusia banyak kelemahan. Kalau kita sedar tidak sempurna, maka kita akan fikir banyak kali sebelum kita serang kaum lain atau agama lain.

    Akui sahaja kamu suka laga-laga kaum lain dan agama lain, dan yang paling bahaya kamu gunakan Islam sebagai cover line kamu. Itu pada saya cukup bahaya kerana kamu langsung tidak menyumbang kepada pembinaan imej Islam yang baik di kalangan orang bukan Islam.

    Tidak salah kamu tidak setuju dengan kaum lain atau agama lain, tetapi jangan bersifat konfrontasi dan provokasi. You are not exactly a saint.

    RD kamu telah ditakdirkan memilih Islam sebagai agama kamu, saya ucapkan tahniah dan syabas, semoga terus hidup sebagai Muslim yang baik dan banyak buat pahala.

    Pada masa yang sama, sedar bahawa kamu tidak istimewa, Islam bukan you sorang yang punya dan dunia ni juga wujud kaum lain dan agama lain. You think you have done Islam a favor by the way you preach, but let me tell you this -- by the way you argue and you preach, your only success is destroying the good name of Islam in the eyes of non-Muslim.

    Sekian. Salam satu Malaysia.

    ReplyDelete
  45. abdullahngah4:06 PM

    RD said,

    amat amat sedih dengan pengakuan itu, kerana ia melibat akidah seseorang.

    Mengapakan agama sama sahaja boleh menrosakkan akidah, apa lagi mengatakan kristian agama langit.

    Saya bukan orang tahu sangat mengenai kristian.

    Saya cadangkan agar RD baca buku buku perbandingan agama krisian dan Islam.

    Kalau kristian agama langit mengapa yang halal diharamkan dan yang haram di halal, sedangkan dalam injil babi haram tapi dalam bable paulus kata tiada yang haram semuanya halal.

    Saya minta RD bertaubat belum terlambat.

    Kalau kristian agama langit mengapa isa AS dibunuh atas alasan pengorbanan dosa.

    Kalau kristian agama langit mengapa Isa dikatakan anak Allah dan Allah itu bapak, sedangkan Allah tidak beranak.

    Agama langit adalah wahyu yang diwahyukan kepada Nabi Daud as (Zabur) Nabi Musa as (Taurat) Nabi isa as (Injil) dan nabi Mohammad SAW.(Al Quran)

    Kenapa Injil jadi Bable, sedangkan ada injil markus, injil matius, injil lukas dan injil Yahaya

    seperkara lagi, Isakah yang ajar tiga oknum Allah bapak dan anak Allah (Yesus)

    ReplyDelete
  46. Salam Dato Kadir.

    Semalam, Pengarah  Stratejik PKR Rafizi Ramli, telah membasuh kain kotor (wash dirty linen) dikhalayak ramai, apabila membuat sidang akhbar untuk meceritakan kisah Zaid Ibrahim yang pernah minta tender untuk syarikat peribadi, semasa mereka bersama ‘berjuang untuk Rakyat’ dahulu. Saya pasti perkara itu benar. Kalau tidak, masakan Rafizi berani penuduh sedemikian rupa terhadap seorang Peguam.

    Yang pasti, perkara sebegini bukan hanya berlaku dalam PKR. Memang inilah tujuan sebenar, kebanyakan orang mengidam untuk jadi ahli politik atau berbaik-baik dengan mereka. Jika mereka melaungkan; “Hidup Rakyat, Merakyatkan Ekonomi Selangor” dan lain rhetoric, jangan mudah tertipu atau terpedaya, lebih-lebih lagi yang menggunakan ‘pentas’ Agama.

    Malam tadi pula, satu kejutan besar berlaku apabila saya lihat dalam TV, MB Selangor ketawa riang bersama PM dan TPM, selepas tanda-tangani persetujuan kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan meneruskan project Langat 2. Mulanya saya pun gembira, tetapi bila terkenangkan tong air yang saya beli, saya benggang.

    Ceritanya begini.
    Dua hari lepas Khalid mengumumkan catuan air di Selangor berkuat-kuasa serta-merta. Keesokan harinya, saya kelam-kabut beli 5 biji tong air. (RM16 sebiji x 5 = RM 80). Malam itu pula, saya dapat tahu, kawasan saya tak terjejas. Menyumpah sakan saya dibuatnya. Dah la perabis RM80, satu bala pulak nak cari tempat untuk simpan 5 biji tong ini. Dan jika terlaksana Langat 2 ini, nampaknya tong-tong ini akan reput, tidak berguna lagi.
    Terfikir juga, bertapa banggangnya pemimpin membuat keputusan terburu-buru dan menyusahkan rakyat. Terlintas juga di fikiran, mereka ada ‘udang sebalik batu’. Mungkin mereka ada kroni dikalangan pengilang yang membuat tong air. Mereka memang pandai mengambil kesempatan 'buat untung' di atas kesusahan rakyat dalam isu air. Masa saya pergi beli tong–tong itu, banyak kedai yang kehabisan stok dan didalam TV, mereka yang berebut ambil air dari lori tangki, semuanya membawa tong air yang kelihatan baru.

    Nampaknya persetujuan meneruskan Langat 2 juga dibuat terburu-buru, tanpa pengetahuan Penasihat ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli. Mungkin MB Selangor lebih berani membuat keputusan sendiri sekarang ini, memikirkan jawatannya akan tergugat selepas PRK Kajang. Nampak seolah-olah Khalid memprotes tindakan Anwar yang menggunakan kajian oleh UMCED, seperti di kemukakan oleh Saudara Kampung Man.

    Yang jelas, Pakatan tiada persepakatan dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan. Demi menyelesaikan perebutan ‘karung emas’ (Jawatan MB) di Selangor, Pemimpin tertinggi PKR, tanpa persetujuan terlebih dahulu dari DAP & PAS, telah memperkudakan pengundi di Kajang. Secara tidak langsung, dalam kekhairahan mereka meraih undi, telah meningkatkan lagi ketegangan kaum dan agama, apabila Gereja diguna sebagai pentas berkempen. Saya pasti, apapun keputusan di Kajang, ketegangan kaum tidak akan bertambah baik, jika kita asyik berpolitik dan pemimpin mereka tidak sepakat.
    Mereka beri nama Pakatan Rakyat, tapi tak sepakat. Lebih baik beri nama 'Pakat-pakat Rakyat', kalau dah tak sepakat.

    Bayangkan apabila Pakatan menjadi kerajaan. Adakah keadaan seperti hari ini mahu diteruskan? Berpolitik sepanjang masa dan ketika, sehingga tiada masa untuk merapatkan persaudaraan antara kaum demi memajukan negara?

    ReplyDelete
  47. Aslkum Dakj

    Semalam saya tergamam bila lihat Khalid Ibrahim sign MOU dgn kerajaan persekutuan.

    Kerana sekali pandang macam berat sebelah merugikan rakyat Selangor.

    Apa pertahanan yg kerajaan negeri ada jika selepas mereka lulus kebenaran merancang untuk Projek Langat 2 dalam tempuh 30 hari dan kroni kerajaan persekutuan dah mula kerja pembinaan, kerajaan persekutuan tak tunai janji nak pastikan semua saham syarikat air jual saham mereka pd kerajaan Selangor ?


    Bukan kita tak pernah dengar. Alangkan perjanjian pun ada pihak sengaja ingkar. Inikan pulak sekadar MOU.

    Dengan penyamun tarbus pulak tu.

    Kalau Khalid Ibrahim betul berjaya dalam urusan ini, beliau benar2 pemimpin berjasa dan berguna.

    Kalau tidak, jangan lupa doa rakyat Selangor yg teraniaya tetap terkabul.

    ReplyDelete
  48. Khalid Fan9:55 PM

    Kami sokong Khalid.

    Khalid urus Selangor. Khalid tak pokitikan Selangor.
    Khalid bersih .
    Khalid tak bermuka muka
    Khalid cakap dan bikin.
    Khalid is the best.

    ReplyDelete
  49. Salam Dato
    Setuju...tiada apa khilaf nya berhujah dlm gereja olih bakal calun....tapi juga setuju dgn pandangan Dr RT bahawa tak perlu berbuat begitu...mungkin Dr RT melihat itu sebagai 'melampau' batas.....tapi sy yg juga Melayu Islam merasa bahawa......bakal calun ini sudah begitu 'daring' dan begitu beria2 sangatuntuk membuktikan bahawa dialah seorang ketua yg cukup 'open' dan mungkin juga 'the best of the best among the Malay leaders' untuk dipilih olih kaum yg bukan Islam sebagai pemerintah kelak...ini cara memang cara beliau pun.
    Berbalik pd pandangan Dr RT.....beliau memang tahu sama ada betul atau salah ...tetapi ianya masih menjadi 1 'point' yg bolih beliau lontar pd majoriti Melayu Islam untuk 'menghentam' bakal calun ini betapa liberal dan tahap kompromi yg cukup tinggi hingga sanggup berbuat demikian...
    Sy juga faham bahawa ramai org Melayu Islam tetmasuk sy sendiri yg tidak mudah terpesong akidah jika pun ada gereja...kuil..tokong didepan rumah sekali pun....dan kawan2 yg pernah belajar disekolah walaupun Kebangsaan tapi berasal 'Sek missionary' saperti St Michael mcm Dato..atau St Nicholas Convent dll pun masih juga kekal Islam......tetapi sy beranggapan bahawa jika nak sangat undi Cina.....takla perlu bersusah payah masuk gereja berucap kerana medan lain pun bersepah...
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  50. Salam Dato
    Setuju...tiada apa khilaf nya berhujah dlm gereja olih bakal calun....tapi juga setuju dgn pandangan Dr RT bahawa tak perlu berbuat begitu...mungkin Dr RT melihat itu sebagai 'melampau' batas.....tapi sy yg juga Melayu Islam merasa bahawa......bakal calun ini sudah begitu 'daring' dan begitu beria2 sangatuntuk membuktikan bahawa dialah seorang ketua yg cukup 'open' dan mungkin juga 'the best of the best among the Malay leaders' untuk dipilih olih kaum yg bukan Islam sebagai pemerintah kelak...ini cara memang cara beliau pun.
    Berbalik pd pandangan Dr RT.....beliau memang tahu sama ada betul atau salah ...tetapi ianya masih menjadi 1 'point' yg bolih beliau lontar pd majoriti Melayu Islam untuk 'menghentam' bakal calun ini betapa liberal dan tahap kompromi yg cukup tinggi hingga sanggup berbuat demikian...
    Sy juga faham bahawa ramai org Melayu Islam tetmasuk sy sendiri yg tidak mudah terpesong akidah jika pun ada gereja...kuil..tokong didepan rumah sekali pun....dan kawan2 yg pernah belajar disekolah walaupun Kebangsaan tapi berasal 'Sek missionary' saperti St Michael mcm Dato..atau St Nicholas Convent dll pun masih juga kekal Islam......tetapi sy beranggapan bahawa jika nak sangat undi Cina.....takla perlu bersusah payah masuk gereja berucap kerana medan lain pun bersepah...
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  51. boss din melaka12:01 AM


    din melaka sibuk juga nak menyampuk bila orang tua duduk berbincang.

    kalau mencelah tiada isi, baik pergi bagi ayam boss kat reban makan dedak.

    ReplyDelete
  52. Hairan sungguh saya dengan manusia yang menamakan dirinya “Orang Cina”.

    Bila pemimpin DAP memperjuangkan Bangsa-Malaysia dan mahu ‘dibuang’ ruangan ‘ethnic/bangsa’ dalam surat-beranak, ‘Orang Cina’, tetap berbangga dengan asal-usulnya, sehingga memaksa saya memanggil/menulis dengan bangsa beliau pula. Mungkin dia bangga dengan keturunan asalnya dari Tanah Besar yang sudah menjadi Kuasa Ekonomi dan antara Super Power dunia sekarang ini. Kalau saya dilahir dalam keluarga Cina, saya tentu saya juga berbangga seperti ‘Orang Cina’.
    Mengapa ‘Orang Cina’ mahu marah-marah pada saya?
    (Haiya, saya sebut ‘kamu’, lagi senang. Kata nak jadi orang Malaysia bukan orang China).

    Inilah pertama kali saya terserempak dengan kamu dalam ruangan komen Dato Kadir ini ataupun di mana-mana ruangan komen blog-blog lain. Kalau kamu guna Anonymous ditempat lain, seperti Life Of Annie, mungkin juga, kerana Annie benarkan maki-hamun dalam blognya. Yang guna nama Anon di situ, kebanyakannya menulis dengan kurang-ajar sekali, memperlekeh dan memfitnah UMNO dan orang Melayu. Oleh itu, saya terpaksa membalas kembali dengan bahasa yang sama.
    Yang jelas, kamu hanya berani guna nama ‘Orang Cina’ di blog Dato Kadir saja, dan di tempat lain menggunakan Anonymous atau nama lain.

    Re: “…….. dinilai bukan kerana satu artikel terbaru kamu, tetapi secara total dengan mengambil kira nada kamu, bahasa kamu dan hujah kamu dalam ceramah, rencana, kolum dan interbiu di TV yang terdahulu hingga kini.”

    Aik, apa kamu merapu ni. Saya bukan Rahman Dahlan (MPkotabelut) atau Rosli Dahlan, tapi RD memang singkatan nama saya dan saya tak pernah bagi ceramah dimana-mana, …..atau masuk TV. Siapa la agaknya Melayu yang kamu sangat benci itu, sehingga tersilap orang?

    Re: “…….. make a clear stand, macam Perkasa, selamba aje diapa bantai Cina, at least diapa honest”.

    Ya, memang saya ahli PERKASA yang berdaftar, tetapi tidak aktif dan tiada siapa dalam NGO itu kenal saya. Jika orang tuduh PERKASA racist, bagi saya DAP dan Dong Zong adalah Bapa-Racist paling tua, di Malaysia. Lihat sejarah mereka:-
    - Dong Zong ditubuhkan pada 1955.
    DAP ditubuhkan 1965, selepas PAP tekeluar dari Malaysia. 4 tahun kemudian, terjadi 13May.
    Hindraf ditubuhkan pada 2006.
    Perkasa ditubuhkan pada 2008, setelah UMNO dibawah Pak Lah, tidak mampu mempertahankan hak orang Bumiputera.
    Yang jelas Perkasa adalah paling muda diantara lain-lain racist dan Perkasa tidak pernah menidakkan kepentingan kaum lain di Malaysia. Perkasa hanya mahu mempertahankan hak Bumiputera, tanpa mengira Agama, seperti termaktub didalam Perlembagaan.

    Re: “RD kamu telah ditakdirkan memilih Islam sebagai agama kamu, saya ucapkan tahniah dan syabas …..”

    Saya tidak memilih untuk dilahirkan dalam keluarga Melayu dan Islam dan saya tidak pernah memperlekehkan kaum dan agama lain seperti AbdullahNgah. Saya juga bukan penceramah atau suka laga-laga kaum lain dan agama lain atau gunakan Islam sebagai ‘cover-line’. Saya juga tidak memakai pakaian atau menyerupai orang Arab.
    Saya tak faham dengan kamu, Orang Cina. Mengapa kamu kata, “Islam bukan you sorang yang punya… You think you have done Islam a favor …your only success is destroying the good name of Islam in the eyes of non-Muslim”?
    ‘Orang Cina’ hanya memilih untuk membaca tulisan saya saja ka? Tidak membaca apa yang ditulis oleh orang lain?
    Bila saya sokong Dr.Kassim Ahmad, ada yang suruh saya mengucap dua-kalimah-syahadah.
    Din Melaka selalu suruh saya, “Berobat dan bertaubatlah”. Lepas tu tuduh: “RD jugak sokong fahaman liberalisme” & “RD ni samada tiada pegangan agama atau sama agama dgn agama Karpal Singh”, bila saya sokong Agama di pisahkan dari Politik. AbdullahNgah pula kata, “Jika RD seorang islam amat malang sekali”.
    Jadi, bagaimana saya nak menyumbang kepada agama saya jika dituduh sedemikian rupa, dan pada masa yang sama, kamu kata saya telah memburukan nama baik agama Islam??
    Cuba cakap berterus-terang, Kamu sayang atau benci kepada orang Islam? Atau kamu hanya berlakon kepada orang PAS.

    Assalamualaikum. (May Peace be Upon You)

    ReplyDelete
  53. Pandai sunggoh boss din melaka buat lawak. Tergelak terbahak-bahak saya.

    Terima Kasih Boss.

    ReplyDelete
  54. Minta Maaf Dato.

    Saya terlupa nak beritahu 'Boss din melaka'. Beliau ada sebut, "......nak menyampuk bila orang tua duduk berbincang."

    Memang benar, saya sudah tergolong dalam category 'orang -tua'. Tetapi Boss belum tengok rupa-paras saya lagi.

    Kalau Boss nak tahu; Saya lebih muda dari Dato AKadir. Tapi bentuk badan, sama langsing dengan beliau. Ketinggian, saya tak pasti kerana belum pernah berdiri bersebelahan beliau. Isteri saya berasal dari Kubur Panjang yang mungkin dekat dengan kampung Dato.

    Di Kubur Panjang, orang-orang yang lebih tua dari saya atau Dato, akan bertutur dalam bahasa Siam, apabila bertemu sesama mereka. (Mereka kata, rasa macam segan kalau bercakap Melayu)

    Itu lah satu-satunya peninggalan warisan hasil penjajahan Siam di Utara Semenanjung satu masa dulu. Tapi sayang, anak-anak muda sekarang sudah tidak lagi mahir bertutur dalam bahasa itu, walaupun tinggal sekampung dengan masyarakat Siam, disana.

    Untuk pengetahuan; Masih ada orang Selangor yang tidak tahu bahawa orang Siam juga adalah Bumiputera.

    Terima Kasih Dato.

    ReplyDelete