Monday, March 10, 2014

Melihat Melepasi Tragedi MH370


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

PENERBANGAN MH370 sudah lebih dua hari hilang. Prognosisnya tentulah tidak positif. Jadi dalam kita berdoa dan berharap, kita juga perlu realistik.

Daripada aspek apa pun dan serapi mana pun kita mendalami tragedi ini, kita terpaksa mengakui bahawa kehilangan pesawat Boeing 777 di Laut China Selatan itu adalah misteri luar biasa.

Hatta sekiranya bangkai pesawat itu ditemui sekalipun, penyiasatan bagi memastikan punca tragedi itu akan mengambil masa.

Yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana sebuah pesawat yang begitu besar, begitu canggih, dengan rekod keselamatan yang amat baik dan di tangan seorang juruterbang yang sangat berpengalaman boleh hilang tanpa kesan, tanpa pesanan SOS, tanpa signal dalam apa-apa bentuk pun.

Yang mengacau fikiran kita adalah hakikat ia hilang di satu kawasan yang semakin hari semakin tegang konfrontasi bersenjatanya.

Angkatan tentera Amerika Syarikat, China, Taiwan, Vietnam dan Filipina semua meronda Laut China Selatan. Mereka melakukan latihan di darat, laut dan udara.

Ingatan saya kembali kepada penembakan jatuh penerbangan 007 Korean Air oleh pesawat pejuang Rusia pada tahun 1983, tembakan peluru berpandu Tentera Laut Amerika ke atas penerbangan 665 Iran Air (1988) dan pengeboman pesawat Pan Am 103 ketika terbang di ruang angkasa Lockerbie, Scotland (1988).

MAS sendiri telah mengalami tragedi rampasan udara. Pada tahun 1977, pesawat Boeing 737-200 dengan nombor penerbangan MH653 dirampas oleh orang atau orang-orang yang tidak dikenali dan terhempas di Gelang Patah, Johor. Tragedi itu mengorbankan kesemua 93 penumpang dan tujuh anak kapal.

Dalam kita menunggu jawapan dan kepastian mengenai nasib penerbangan MH370, kita kena akui bahawa kawalan dan pemeriksaan keselamatan di lapangan-lapangan terbang kita, termasuk KLIA, boleh dikira cukup longgar dan santai berbanding di Eropah, Amerika Utara, Australia dan New Zealand. Hatta di lapangan terbang raksasa Dubai pun kawalan dan pemeriksaan keselamatan lebih ketat.

Apakah kita telah membayar harga yang sangat mahal kerana sikap dan standard Dunia Ketiga kita terhadap keselamatan dan pengurusan aset?

Atau apakah ini bala mutakhir akibat rasuah, penyalahgunaan kuasa dan keabaian yang berulang kali dilaporkan berlaku di KLIA?

Tengok saja penangguhan berulang kali pembukaan KLIA 2. Semua releks, semua nampak macam ok dan tidak siapa pun mengaku bertanggungjawab. Business as usual. Wallahuaklam.

44 comments:

  1. bagi yang nak berfikir... ambik iktibar.. ini semua memang bala yang ALLAH nak bagi ke kita.. bukan seorang dua kena tapi BALA ALLAH kena semua sekali... rasuah, fitnah, jenayah , kezaliman.. dan mcm mcm lagi..

    ReplyDelete
  2. Saya bukanlah penyokong DSAI.

    DSAI dijatuhi hukuman pada hari Jumaat.

    Flight hilang pada hari sabtu sehari selepas DSAI dijatuhkan hukuman.

    Jika flight tidak hilang.

    Semua media pasti tertumpu serangan ke arah Anwar.

    Tidak cukup lagikah bala menimpa kita setelah kemarau dan jerebu melanda Negara?

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  3. Salam Dato.

    Tindakan Vietnam melarang Malaysia memasuki perairannya jua menimbulkan persoalan. Malah China pun merasa hairan mengapa Vietnam tidak dapat mengesan MH370 apabila ia memasuki ruang udara mereka. Sudah tentu Vietnam tidak akan benarkan SAR Chin masuk perairan mereka.
    Adakah ini akan menjadi lagi satu pergeseran antara Vietnam (Sekutu Amerika) dengan China.

    Mana logicnya bila Vietnam berkata MH370 hanya dapat di kesan bila memasuki ruang udara mereka. Boleh kah radar hanya mengesan mengikut sempadan diudara?

    Vietnam juga kerap 'jumpa' tumpahan minyak dan 'pintu kapalterbang'. Betul ke? Atau pun untuk distraction saja.

    Mungkinkah trajedi ini di 'atur' untuk mengalih perhatian masyarakat dunia terhadap krisis di Ukraine? (Amerika sokong pembangkang yang merampas kuasa dan Russia mengambil-alih Crimea yang bermajority keturunan Russia).

    NB: Sama seperti Memali Nov.1985. Ia dicetuskan untuk mengalih daripada ketegangan kaum, ekoran dari penempatan Guru-guru Melayu di SRJK. Incident Prebet Adam mengamok pun pada ketegangan yang sama juga.
    Hanya kebetulan?


    Sebenarnya saya pun mengesyaki MH370 terkena sesuatu object, seperti missile, debris (banyak objek di buang ke angkasa semasa pelancaran rocket) dari angkasa lepas yang kembali jatuh ke bumi atau pun, sekawan itek (adakah itek terbang berhijrah malam?)
    Jika meletup pada ketinggian 11km, serpihan akan bertebaran, beratus kilometer luas. Tentu lebih senang jumpa.

    ReplyDelete
  4. Yang aku paling pelik ialah bagaimana pegawai immigresin tak dapat membezakan nama 2 mat salleh pada passport dengan muka Asia depan mata. The only way to instil discipline and lesson learned is to sack the officers and their immediate bosses.

    Itulah masyaalahnya mempunyai hampir 1.4 juta penjawat awam untuk negara kecil macam Malaysia dan setiap pegawai menunggu the next person to do the job or take action/ responsibility dan akhirnya semua macam bola yang tidak bergerak kecuali bila disepak!

    ReplyDelete
  5. Salam tok.. Malaysia yang nyata, bagaimana 800 ribu warga Africa yang tinggal lebih masa DI malaysia yang melakukan segala MACAM DI malaysia ,

    Ingin saya berkongsi cerita tentang bertampa Tegas NYA sikap undang undang Utara DI Florida , pesawat milk perbadi sahabat baik saya yang berbangsa Brazil ,telah membelas memberi saya peluang DI gunakan semasa saya DI sini,walau pun persawat Malik Peribadi , minifest perlu masa UNTUK notis 30 hari UNTUK kelulusan siapa didalam persawat iTu,dan siapa yang tidak kelulusan UNTUK MENJADI penupanng DI senarai penupanng ..maka persawat tak boleh suka suka UNTUK membawa siapa sahaja dalam masa yang singkat.

    KITA DI subang segala MACAM jenis penupanng serta segala MACAM pejenayah keluar masuk ikut suka hati mereka,

    SKY PARK. PERLU TEGAS,

    FLORIDA .. Airport tuan punya persawat pun kena turun Dari persawat dan ke soal segala MACAM ,"



    Saya sebagai pesakit luar DI Tanya siapa BAYAR bill dan segala MACAM lagi.


    " ya Allah sejahterakan DAtuk kadir JASin seisi keluarga.

    Salam Miami

    ReplyDelete
  6. Saya cukup bersetuju dengan Dato'.. cuma yang ingin saya tambah adalah jika terbukti benar dikemudian hari bahawa 2 orang yang menaiki pesawat tersebut dengan menggunakan passport orang lain adalah pengganas, maka terbukti benarlah mentaliti dunia ketiga yang Dato' katakan wujud dalam pentadbiran negara..kerana ini membuktikan bahawa sel-sel pengganas telah pun menyusup masuk ke negara ini tanpa disedari oleh agensi Kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal risikan..pihak polis pon perlu dipertanggungjawabkan... semua kekuatan agensi-agensi ini semua dihabiskan dengan merisik aktiviti-aktiviti pembangkang seperti DS Anwar, DAP, PAS, PKR yang dianggap ancaman besar kepada negara...resources PDRM dihabiskan dengan menyiasat laporan-laporan polis oleh NGO-NGO picisan akan isu-isu yang remeh temeh... di negara-negara maju mereka tidak gunakan intelligence agency to gain advantage over lawan mereka dalam politik...oleh sebab perkara-perkara beginilah ancaman sebenar-benarnya seperti ini boleh terlepas...

    ReplyDelete
  7. Dato,

    who are the 5 passengers who have checked in with their luggage but did not turn up ? What is their story ?

    ReplyDelete
  8. PakKaduk5:51 PM

    Ini bukan masanya untuk menunding jari...

    Kalau itu, kalau ini...semuanya KALAU!

    Simpati untuk keluarga dan sahabat penumpang dan anak kapal MH370...

    ReplyDelete
  9. tebing tinggi6:58 PM


    Penyakit releks ini ini bagitu menular dan mendominasi masyarakat Melayu dah berkurun lamanya dan sehingga kini tiada ternampak tanda-tanda akan pulih jauh lagi untok sembuh.
    Bahayanya penyakit releks ini bolih bukan sahaja mengancham keselamatan negara malah dalam keadaan yang lebih serius umat Melayu bolih hilang segala-galanya termasuk ugama ,banga malah negara yang selama ini diperjuangkan olih orang-orang terdahulu.

    Dato !, untok membantu pehak-pehak bertangong tentang kehilangan peaswat MAS 320 mungkin tiada kemungkinan , dipersoal akan sikap releks mereka pon pekara dah pon terlepas , apa kata segala tumpuan ditumpukan untuk memulih (selagi ada masa) kapada masyarakat Melayu yang mengalami syndrom releks yang bagitu serious ini semoga kita tidak kehilangan segala-galanya.

    ReplyDelete
  10. Salam buat Datuk dan sidang pembaca
    Kes kehilangan MH370 memang agak aneh dan misteri.....walaubagaimanapun tiap2 sakit pasti ada ubat, termasuklah kes ini. Sehingga ini hanya maha besar Allah s.w.t yang mengetahui dimana pesawat malang tu berada.
    Berbalik kepada penumpang menggunakan passport curi jangan disalahkan bulat2 kepada Jabatan Imigresen semata mata. Saya melihat dasar Kerajaan sedia ada terlalu kapitalis mengejar keuntungan yang rakus dengan dasar kemasukan yang mesra terhadap pelancong dan pocong. Beberapa kali saya terserempak di Balai ketibaan pelancong atau pocong yang begitu memuji begitu efisyen dan cekap pengurusan Imigresen di KLIA. Akhirnya Jabatan Imigresen Malaysia dinobat peringkat dunia yang terbaik. Pengalaman saya yang kerdil ini pergi ke beberapa buah negara eropah atau asia punya banyak tapisan dan soalan sebelum dibenarkan masuk atau belepas dari negara mereka. Berbanding dengan Malaysia ruang dibuka seluas luas kepada warga dunia untuk masuk ke Malaysia tanpa tapisan. Akhirnya banyaklah spesis pocong dinegara ini.
    2. Saya amat bersimpati dengan keluarga mangsa MH370 yang masih menaruh harapan kembalinya insan tersayang ke pangkuan meskipun ketika ini Kerajaan Malaysia berhempas pulas mengerah seluruh Penjawat Awam hatta Persatuan Nelayan untuk membantu mencari pesawat tersebut. Apa yang dikesalkan di dada akhbar dunia tiada satupun kelibat perajurit negara dalam operasi pencarian ini. Sepatutnya Kerajaan ambil gambar kapal Malaysia sedang mencari MH370 dan anggota tentera atau APMM dan Nelayan yang terlibat. Untuk dipaparkan di media dunia atau negara sendiri. Semenjak kes kehilangan gambar tentera Vietnam, Singapura dan US yang menghiasi dada akhbar. Adakah dasar tapisan maklumat yang ketat ini mempunyai asas? selalu Kerajaan yang ada bila beri bantuan pada rakyat sampai sangaup ambil gambar selak kain warga emas. Sepatutnya jentera media kerajaan yang dibawah Kem. Komunikasi dan Multimedia perlu bawa semua Wartawan ke lapangan. Atau menyalurkan gambar yang releven. Amat malang sekarang bagi anak Malaysia dah hilang pesawat yang dijadikan Hero dalam kes ini rakyat asing.
    Apapun saya berdoa agar semoga semua penumpang pesawat MH370 selamat dan kembali ke pangkuan keluarga.

    ReplyDelete
  11. Datuk, ada orang angap kemarau ni satu musibah. Tapi ramai pesawah yang menunggu "musibah" ni di Kedah termasuk saya sebab mana mana bendang yang dalam dapat di bakar dan di tenggala kering beberapa kali. Seterusnya bendang yang selalunya tak boleh masuk traktor ini akan di ratakan dan jika tak cukup tanah tanah merah dari luar akan di bawa masuk dengan mudah melalui bendang bendang yang kering ini.Ini termasuklah bendang saya yang dah lama tak boleh buat sebab dalam. Orang tua tua kata 10-12 tahun sekali kemarau ni jadi. Musim ni rasanya pengeluaran padi di Kedah akan naik terutamanya di kuala muda sebab banyak bendang dalam dan terbiar telah di siap sediakan untuk musim padi ini, InsyAllah.

    ReplyDelete
  12. Datuk, ada orang angap kemarau ni satu musibah. Tapi ramai pesawah yang menunggu "musibah" ni di Kedah termasuk saya sebab mana mana bendang yang dalam dapat di bakar dan di tenggala kering beberapa kali. Seterusnya bendang yang selalunya tak boleh masuk traktor ini akan di ratakan dan jika tak cukup tanah tanah merah dari luar akan di bawa masuk dengan mudah melalui bendang bendang yang kering ini.Ini termasuklah bendang saya yang dah lama tak boleh buat sebab dalam. Orang tua tua kata 10-12 tahun sekali kemarau ni jadi. Musim ni rasanya pengeluaran padi di Kedah akan naik terutamanya di kuala muda sebab banyak bendang dalam dan terbiar telah di siap sediakan untuk musim padi ini, InsyAllah.

    ReplyDelete
  13. Salam Dato,

    Saya setuju dengan pandangan Dato bahawa ciri2 keselamatan yang terdapat diKLIA adalah terlalu longgar jika dibandingkan dengan negara2 luar yang lain didunia. Sebagai contoh kita lihat sahaja beberapa kejadian yang pernah berlaku diKLIA sebelum ini seperti disebutkan dibawah:-

    a) Kejadian rompakan bersenjata terhadap sebuah syarikat pengurup wang yang melibatkan jutaan ringgit di KLIA beberapa tahun lepas tanpa sebarang tangkapan dan dijejaki sehinggap sekarang – Dikatakan bahawa system CCTV tidak berfungsi sewaktu kejadian - tidak dipastikan samaada kegagalan CCTV berlaku secara kebetulan atau disengajakan.

    b) Sebelum ini banyak kejadian dimana bagasi2 para penumpang telah dipecah dan dicuri. Diantara barangan yang menjadi target adalah computer riba, camera dan barangan berharga yang lain. Saya tidak pasti sama ada ianya masih berlaku atau sebaliknya.

    c) Walaupun dilapurkan banyak “Kaldai Dadah” yang terkandas (tertangkap) di KLIA namum ianya masih merupakan airport yang TERKENAL sebagai transit dadah yang TERBESAR didunia dan didalam kes2 tertangkap sebelum ini, ianya melibatkan dadah dalam quantity yang begitu besar hingga mencecah jutaan ringgit. Persoalannya mengapa mereka masih tidak serik dan tetap menggunakan KLIA sebagai transit untuk membawa dadah?. Mengapa mereka (kaldai2 dadah) terlalu memandang ringan terhadap risiko yang ada? Adakah bagasi2 yang dibawa hanya dibuat secara "random check" sahaja? Berkemungkinan kah “GEJALA RASUAH” memang ujud di KLIA ataupun kemungkinan mereka MEMANG TAHU bahawa “chances” untuk melepasi security check di KLIA melebihi 70-30% ?

    d) Hand luggage saya pernah dipaksa buka oleh pihak security airport di Jakarta gara2 membawa mini tripod untuk camera saya (setelah diperiksa dan disahkan lalu dibenarkan). DiBangkok airport novel saya setebal 4 inchi diselak dan diperiksa untuk pengesahan tidak terdapat sebarang kandungan seperti dadah dan senjata tajam disimpan didalamnya. Barangan seperti lighter rokok tidak dibenarkan dibawa bersama dan terpaksa saya tinggalkan di sececutiy check point semasa dalam penerbangan balik dari Cina. Tidak seperti di KLIA, airport dinegara2 lain di Asia seperti Singapura , Jakarta & di Bangkok mereka menempatkan tentera/polis yang bersenjata lengkap berkawal di setiap sudut dalam jarak setiap 100 meter.

    e) Semasa balik dari menunaikan umrah 3 tahun yang lepas kami amat terkejut kerana semua penumpang2 diperiksa dengan begitu teliti sebelum menaiki pesawat balik ke Malaysia. Semua barangan seperti jam tangan, cincin, gelang tangan, talipinggang, dompet malah setokin dan kasut harus dibuka untuk pemeriksaan. KLIA bagaimana…?

    f) Ulat2 (teksi sapu) yang bebas mengambil penumpang secara terang2an selepas diwaktu tengah malam tanpa sebarang monitoring dari pihak berkuasa.

    Saya berasa amat pelik, memang telah banyak kejadian2 yang tidak diingini sering terus2an berlaku di KLIA, namum sehingga kini tiada sebarang langkah2 penambahbaikkan yang diambil oleh pihak penguasa maupun pihak pengurusan. Bagi pendapat saya jika ianya berlaku secara sengaja, maka DALANG2 yang terlibat harus ditukarkan dengan serta merta demi untuk menjaga nama baik KLIA dimana ianya pernah mendapat undian diantara top 10 “The World Best Airport” tidak lama dulu.

    Wallahualam...

    ReplyDelete
  14. 1. Ada pembahas kata bukan masa tuding jari. Saya kata inilah masanya kita tuding jari bagi membogelkan kealpaan, kehambaran, kemalasan, rasuah, salah guna kuasa dan MENTALITI DUNIA KETIGA semua pihak yang bertanggung jawab dalam MAS, KLIA, Polis, Imigresen, dalam kerajaan tanpa pilih kasih.

    2. Kalau di negara maju macam Jepun dan Korea sudah ada yang tampil ambil tanggungjawab, mohon maaf dan letak jawatan. Silap-silap bunuh diri.

    3. Di Malaysia yang miskin dan hambar tapi bercita-cita besar nak jadi negara maju, semua masih releks macam tidak ada apa-apa pun terjadi. Pegawai tetap naik pangkat. Tetap dapat gelaran Datuk dan Tan Sri. Tidak ada langsung rasa tanggungjawab dan rasa bersalah. Benang biar sebasah mana pun tetap akan cuba ditegakkan.

    4. Kepada orang Islam, kalau ini bukan bala apa lagi? Kemarau, catuan air, jenayah, kenaikan kos rasa hidup, kapal terbang seberat lebih 200 tan hilang tanpa kesan dan macam-macam lagi.

    5. Apakah ini balasan kerana ada antara orang yang mengaku Muslim tetapi sewenang-wenangnya mensekutukan Allah? Wallahualam.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Assalam...
    Jika diteliti dengan sistem kawalan di KLIA, mamang sya nampak paling longgar dibandingkan dengan negara serantau..kita guna cctv untuk mengecam individu...negara lain dah guna kamera individu disetiap kaunter IMI...even di l/terbang Padang yang kecil...Dimana aspek keselamatan first yang cuba kita terapkan...TQ

    ReplyDelete
  16. George Washington10:38 AM

    CB,

    I believe that by GE14, BN will have 1.4 million voters all from the `penjawat awam`only. The rest of 27.6 million will be with PR.

    Wow! 1.4m government employees for 28m population in Malaysia. Japan only has 800k government employees for 120m population and still their government employees are very efficient and never overworked!

    ReplyDelete
  17. Assalam DAKJ,

    Betul kata Datuk tentang sikap sebilangan besar pegawai kerajaan yg tak punya rasa malu langsung bila melakukan rasuah, melaksanakan tugas dengan lembab dan terhegeh-hegeh. Asyik berpolitik sepanjang tahun yang nanti akhir tahun Cuepecs menyalak untuk bonus dan siap ugut kerajaan lagi.

    Lebih malu dan aib lagi bila bekas menteri yg baru-baru ini dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun kerana meliwat LANGSUNG TAK PUNYA RASA MALU pada diri sendiri, Allah, anak isteri, kaum keluarga, rakan taulan dan rakyat pabila terus memegang jawatan Menteri Kewangan dan Tim Perdana Menteri waima hampir melingkupkan negara tatkala krisis kewangan 1998 lalu.

    Hinggakan tak rasa malu untuk berhadapan dengan khalayak biarpun kedurjanaan dengan Chinadoll bisa ditonton di Youtube di mana saja bila-bila masa.

    Lebih malu lagi tak mahu (enggan) mempertahankan diri sendiri dengan bersumpah walaupun dia bilang itu semua konspirasi dan tuduhan. Hukum akal yg waras bila kita dituduh kita harus membela diri sekiranya benar-benar tidak bersalah.

    Yg hanya diulang-ulang ialah mantera 'konspirasi UMNO/BN' bagaikan batang tubuh dia itu tak pernah tidur sebantal dengannya.

    Ironinya DAKJ yg ketika zaman gemilang Anwar turut tumpang semangkuk keakraban dengan beliau lalu lebih selesa mengambil jalan tengah (moderate?) atau barangkali sememangnya mediocre yg dah tak kenal mana satu kaca mana satu merjan.

    ReplyDelete
  18. Salam Dato’ Kadir

    Tun Mahathir pesan jangan tunding jari ke sesiapa. Dato’ pulak sebaliknya. Jadinya, sudah-sudahlah tu Dato’. Kita ni pun bukannya muda sangat lagi. Lepas tu, Dato’ kata Malaysia dah kena bala kemarau, aircraft hilang, tiada air. TAPI salahke kalau saya kata bala ini disebabkan majority rakyat Malaysia (secara individu) menyokong org yg dimurkai Allah dan juga parti yg mempermainkan nama Allah. Perlukah saya mengulangi lagi ayat-ayat Al Quran yg melarang kita dari berkawan baik dgn kaum yg dimurkai Allah?

    Keduanya, selepas hari ke 4 masih tidak ada apa-apa petunjuk lagi dan ini akan menimbulkan berbagai teori. Cuma saya dan juga ramai rakyat Malaysia musykil, kenapa Vietnam asyik mengeluakan pelbagai kenyataan, lepas tu kata tersilap pula. Dari nampak tompok minyak, nampak debris, nampak pintu dan tingkap dan sebagainya, semuanya hilang dan akhirnya tak mahu keluar apa-apa kenyataan lagi. Pelik dan terkilan. Cuma, macam mana kita nak jumpa kalau cari salah tempat? dato' faham ke maksud saya?

    Ketiganya, cadangan FR1M (fly rakyat 1 malaysia) yg saya cadangkan itu eloklah dilaksanakan. Beli tiket MAS boleh tolak incometax macam beli computer. Sekurang-kurangnya bolehlah rakyat Malaysia membantu MAS atas semangat Win Win. Sebabnya, org kita memang suka balik kampong dan ziarah anak cucu. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  19. 1.Sahlah yang sesetengah orang Malaysia bermentaliti DUNIA KETIGA atau zaman batu apabila sebuah akhbar arus perdana pro-kerajaan memetik seorang bomoh sebagai berkata, pewasat MAS yang hilang itu disembunyikan oleh orang bunian.

    2. Kalau mereka buat lawak, kita tak nampak lawaknya.

    3. Bolehkah kita berlawak-jenaka dengan menyiarkan cerita karut orang bunian dalam keadaan seperti sekarang?

    4. Takkah mereka malu jadi Melayu dengan menyiarkan cerita karut seperti itu.

    5. Tidakkah mereka secara sedar atau tidak menyamakan kuasa orang bunian kuasa Allah yang menciptakan?

    6. Jangan marah kalau makin ramai orang tidak pandang serius media arus perdana.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  20. 1. Sila ambil maklum. Saya bukan jurucakap Tun Dr Mahathir Mohamad.

    2. Terpulanglah kepada Dr Mahathir kalau beliau tidak mahu tuding jari. Cuma pada zaman beliau KLIA lebih teratur, lebih terjaga dan lebih selamat dari sekarang.

    3. Saya sudah tua. Alhamdulillah sejak muda (kerana jadi pemberita cabuk) saya dapat peluang jelajah negera.

    4. Sebelum saya mati, adalah kewajipan saya menggunakan pengalaman dan kedudukan saya (sebagai orang tua) mengingatkan yang muda dan berkuasa, khususnya Perdana Menteri kita, agar melakukan yang betul.

    5. Bukan saja kawalan di KLIA amat santai (relaxed) malah sikap dan pekerti kakitangan yang berkhidmat di situ pun amat mendukacitakan.

    6. Pegawai Imigresen tak pun tengok muka saya bila saya bagi pasport. Saya pula yang terhegeh-hegeh bagi salam dan ucap terima kasih.

    7. Di negara kafir, mereka sangat rapi dan berbudi pekerti. Mereka beri ucapan, tanya khabar dan ucap selamat kepada kita.

    8. Cakap pasal bala, ada orang tuding jari kepada Anwar. Saya nak tanya, siapa pemimpin kita? Anwarkah pemimpin kita? Beliau Ketua Pembangkang saja.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  21. Hahaha.... saya tergelak macam nak rak bila membaca komen balas Dato ada menyebut ...."Sahlah yang sesetengah orang Malaysia bermentaliti DUNIA KETIGA atau zaman batu apabila sebuah akhbar arus perdana pro-kerajaan memetik seorang bomoh sebagai berkata, pewasat MAS yang hilang itu disembunyikan oleh orang bunian..."

    Walaupun bunyi macam BODOH tetapi akhbar tersebut terpaksa mensasikan berita2 lucu seperti cerita orang BUNIAN demi untuk melariskan jualan kerana sejak kebelakangan ini akhbar tersebut terpaksa membayar banyak saman2 fitnah yang diperintahkan mahkamah kepada individu2 tertentu diatas kesalahan memfitnah.

    Akbar tersebut juga sengaja ingin membonzaikan fikiran orang2 Melayu supaya mempercayai cerita2 yang tak masuk akal. Apabila orang Melayu malas berfikir mereka boleh dicucuk hidung sekurang2nya untuk tempuh 10-20 tahun lagi.

    ReplyDelete
  22. Assalam DAKJ,

    1. Najib memang lembik. Ini dibuktikan dengan sikap membisu beliau tatkala era Pak Lah yg 'flip-flop' itu.

    2. Najib serupa dengan Pak Lah yg mudah terkasima dgn puji-pujian dan mabuk populariti.

    3. MT UMNO dan barisan kabinet juga lembik dan tak punya idealisme dan halatuju perjuangan. Masing-masing hanya obses menjaga perut buncit sendiri.

    4. Natijah ke'lembikan' Najib terserlah pabila tuntutan demi tuntutan chauvinist Dong Zhong direalisasikan. Ini termasuk dengan kompromi melampau terhadap Hindraf, puak Liberal dan yg berselirat agenda tersembunyi hinggakan terluntursampahnya ISA dan terjulangnaiknya Majlis Perpaduan Nasional yg sarat dengan para liberalis dan free thinker.

    5. Kompromi tanpa batasan yg ditunjukkan oleh Najib ternyata bak senjata makan tuan. Sudah diberikan betis mahu celah kangkang pula! DAP dan chauvinist Dong Zhong terus menjadi penyalak yg tak akan kenyang perutnya meski ditimbun jutaan wang dan toleransi.

    6. Manakala PAS yg semakin kesasar idealime perjuangan turut dibelenggu oleh kompromi melampau tanpa batas hingga mengorbankan prinsip perjuangan bertahun lamanya malah semakin kelihatan mesra libralisme.

    7. PKR yg ditunjangi oleh anak-beranak Anwar (kroni?) lebih dahsyat lagi berkompromi dengan siapa saja asalkan tercapai matlamat ke Putrajaya.

    9. Percayalah DAKJ. Nasionalisme Melayu telah lama mati. Kini diganti dengan slogan molek-molek belaka. Produk NEP kini bermegah diri mau dikenali sbg anak 'Bangsa Malaysia' kononnya. Segala yg bersabit dgn istilah 'Melayu' dianggap rasis.

    10. Perjuangan Islam yg dilolongkan oleh PAS hanya bak lagu nyanyian gembala unta di padang pasir yg semakin sayup hilang dari radius sonar.

    11. Anwar yg menonjolkan diri dulu, kini dan (esok?) kian melacurkan nasib anak bangsanya sendiri malah menggadaikan maruah negara dengan mengemis simpati dunia. Inikah pemimpin yg dilengkingsuarakan bahawa ianya anygerah Tuhan sedang tak upaya mempertahankan waima airmuka dan maruah diri sendiri.

    12. Barangkali pemikiran DAKJ senasib dgn Karpal Singhj dan Lim Kit Siang yg semakin terlihat kulapok dan tungaunya. Bak kata orang lama kudis dah jadi tokak tak bisa diubati tak upaya lagi divaksin dirawati. Kelompok 'Jurassic Faculty of Thoughts' semakin menular hinggakan gelar besar ketokohan kewartawanan DAKJ sendiri tak bisa membendung virus Anwarisme yg melulu membabibuta menerjah waima belakang pembantu yg dilantiknya. Kesian.....

    ReplyDelete
  23. Timbangtara3:46 PM

    Salam Tok..

    Ada pembahas yang kata bukan masanya untuk kita menuding jari.. itulah yang selalu diucap olih mereka yang tak mau ditegur termasuk juga menteri kita..

    Yang mereka hendak buruk ke baik ke puuujiii saja..

    Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya rasa malu bila negara kita dianggap sebagai negara yang terlalu longgar kawalan keselamatanya..

    Tapi ada pembahas yang tak puas hati lalu cuba pelekeh Datuk..

    Dunia mereka masih sempit..

    Semoga penumpang MH370 yang muslim mendapat rahmat..

    ReplyDelete
  24. Suffian4:04 PM

    Saudara fikir tajam....segala kebobrokkan Anwar Ibrahim adalah rancangan "pembunuhan karakter" oleh musuh2 politik beliau. Jgn lah buat2 lurus pulak.Kalau Anwar adalah seorang homoseks , sumber2nya mesti datang dari zaman muda beliau contohnya rakan2 di UM, Malay college,pemuda umno, kementerian belia, Abim dsbnya. Anwar terus relevan kerana reputasi baik yg telah dibinanya dari zaman muda.

    ReplyDelete
  25. Suffian5:11 PM

    saya terpanggil bila DAKJ menegur pegawai2 kerajaan kita yg bersikap alpa, malas, mentaliti dunia ketiga dsbnya.
    pengalaman saya...saya tidak pernah berjaya dalam temuduga jawatan yg dipohon bila saf penemuduga semuanya melayu. 100% gagal dlm semua temuduga tersebut. Tapi saya byk kali berjaya dalam temuduga yg dijalankan oleh non melayu . Saya sampai la ni tak paham apa yg dicari2 oleh pegawai2 temuduga itu. Saya bimbang cara mereka mencari pekerja@pelapis sama macam di cawangan2 umno. Parah ni.

    ReplyDelete
  26. Yg Bhg Datuk,

    Saya merujuk kepada petikan ayat-ayat tulisan Datuk:-

    “Ada pembahas kata bukan masa tuding jari. Saya kata inilah masanya kita tuding jari bagi membogelkan kealpaan, kehambaran, kemalasan, rasuah, salah guna kuasa dan MENTALITI DUNIA KETIGA semua pihak yang bertanggung jawab dalam MAS, KLIA, Polis, Imigresen, dalam kerajaan tanpa pilih kasih. Kalau di negara maju macam Jepun dan Korea sudah ada yang tampil ambil tanggungjawab, mohon maaf dan letak jawatan. Silap-silap bunuh diri.”

    Pada pengamatan awal saya ayat-ayat tersebut seolah-olah ingin menggambarkan pemikiran seseorang mu’min yang tidak mahu menyerahkan dirinya agar diatur dengan agama Islam dan cuba mengutamakan carian punca sesuatu kesalahan daripada menerima dan menghadapi sesuatu musibah itu sebagai sesuatu tahap ukuran kesabaran kepada seseorang hamba Allah.

    Tetapi apabila membaca seterusnya tulisan Datuk, berikutnya saya berasa amat lega apabila Datuk juga sedang mencari jawapan sama ada (1) kita semua termasuk orang yang terkena musibah sebagai ujian keimanan kita ataupun (2) kita semua termasuk dalam golongan yang sedang disiksa dan dimurkai oleh Allah kerana tidak mahu beribadah dan banyak melanggar larangan-laranganNya.

    “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun ( Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali)”
    (Ayat 155, Surah Al-Baqarah)

    Sememangnya tidak selama-lamanya perjalanan hidup kita semua menyenangkan dan menggembirakan. Kadang-kadang kita harus melalui ujian berat yang menyeksakan dan disebaliknya ianya akan ada hikmahnya, in shaa Allah.

    Pada masa yang sama perlu juga kita sama-sama beringat bahawa “Tidak turun musibah kecuali dengan sebab dosa dan tidaklah musibah diangkat oleh Allah SWT kecuali dengan bertobat.”

    Justeru itu, saya berasa bersyukur oleh kerana masyarakat kita walaupun dilihat tidak mempunyai tahap ketelusan dan kerbertanggungjawaban tertinggi, tetapi mereka masih belum sampai tahap taksub sebagaimana orang-orang Jepun dan Korea yang sanggup membunuh diri sendiri.

    Wallahuaklam dan terima kasih.

    ReplyDelete
  27. Salam Dato’ Kadir

    Pertamanya, saya cukup terkejut apabila diberitakan MH370 berpatah balik dan hilang di laut Andaman. Dan TV3 menyiarkan menteri kita menaiki kapal terbang & mencari di selat Melaka. Apa ni standard perisikan kita !!!!!! Malunya!!!!!!

    Tidak nampak lagi ke kaitan cerita yg diberikan oleh nelayan kita tentang k/t ‘senyap’ terbang rendah dan ‘bertindih radar’ serta mengikuti arah yg sama. Bunyi dentuman kuat, kemudian berpatah balik dan hilang (mendarat) di laut Andaman. Warga Iran yg menggunakan passport palsu. Saya stop dulu.

    Akhir kata, saya akhirnya setuju dgn pendapat Dato’ tentang mentality orang kita. Dan saya serahkan kpd Dato’ samada nak menyiarkan apa yg saya cakap ni atau tidak. Sebab nampaknya, ada isu besar yg akan timbul nanti. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  28. 1. Setiap saat yang berlalu, misteri ini menjadi semakin membingungkan. Imej Malaysia dan MAS semakin dipertikaikan.

    2. Yang lebih membimbangkan, semakin masa berlalu, pihak-pihak yang bertanggungjawab di Malaysia menjadi semakin pandir. Baca keratan berita ini:-

    “KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) — The missing Boeing 777 jetliner changed course over the sea, crossed Malaysia and reached the Strait of Malacca — hundreds of miles from its last position recorded by civilian authorities, Malaysian military officials said Tuesday, citing military radar data.

    "The development added confusion and mystery into what is emerging as one of most puzzling aviation incidents of recent time, and it has raised questions about why the Malaysia Airlines flight apparently was not transmitting signals detectable by civilian radar or sending distress calls after it turned back.”

    3. Memang mengelirukan dan memang pandir. Macam mana tidak pandir? Radar tentera “nampak pesawat itu berpatah balik” tapi setelah lebih tiga hari baru nak beri perhatian?

    4. Kalau maklumat radar tentera pun kita tak ambil berat atau tak percaya, hambar dan pandir sangatlah mentaliti kita. Macam mana nak pertahan negera? MALU.

    5. Itu pun ada lagi orang yang cuba tegak benang basah dan marah kepada kita yang memberi teguran.

    6. Orang macam ini tidak ikhlas mengaku bahawa mentaliti serta piawaian DUNIA KETIGA masih berleluasa (atau semakin berleluasa) di negara ini?

    7. Ada yang lebih percaya kepada kuasa bomoh, sami dan kiai daripada kuasa Allah. Wallahuaklam.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  29. Salam Dato..
    Saya mohon bertanya kepada fikir tajam..dari sudut mana fikirannya itu dirasakan tajam.maaf jika saya kata setiap kenyataan anda menunjukkan sebaliknya.

    ReplyDelete
  30. Syukur dan Terima kasih.

    1. Baguslah kalau orang cerdik (pada tanggapan saya) macam OKJ berani dan bersedia menghadapi realiti bahawa mentaliti Dunia Ketiga atau mentaliti Pak Pandir dan Si Luncai masih membarah di Malaysia.

    2. Macam mana nak jadi negara kaya/maju menjelang 2020 kalau nak baca dan bertindak ke atas maklumat radar pun kelam-kabut?

    3. Apakah ini manifestasi kepada situasi bapa borek anak rintik? Barang dijauhkan Allah.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  31. Zed-857:59 AM

    Saudara RD,

    Untuk lebih tepat (for the sake of accuracy)

    Tidak benar Vietnam melarang Malaysia memasuki perairannya. Setakat ini, Malaysia, Singapura, China dan tentera laut Amerika dibenarkan memasuki perairannya untuk operasi mencari.

    Adalah tidak betul sekiranya kita menuduh Vietnam walaupun berapa hari ini Vietnam menghantar ramai anggota dan peralatan dalam operasi mencari.

    Pernah terjadi sebelum ini, Flight Air France yang jatuh ke laut dan mengambil masa 5 hari untuk mengesan serpihan pesawat dan 2 tahun untuk mendapatkan kotak hitam.

    Setalah mendapatkan kotak hitam, barulah dapat diketahui punca kejadian.

    Pendekata bukan mudah untuk mencari pesawat sekiranya jatuh ke laut.

    ReplyDelete
  32. zed-859:04 AM

    Dato',

    Saya setuju dengan Dato', walaupun operasi untuk mencari sukar dilakukan di laut, bantuan radar sangat penting supaya operasi mencari dapat ditumpukan pada satu kawasan.

    Setakat ini, terlalu luas kawasan terlibat yang melibatkan Selat Melaka dan juga Laut Cina Selatan.

    Ini akan menyusahkan operasi mencari yang melibatkan banyak negara.

    Agak musykil juga apabila TUDM tidak memberikan analisa maklumat radar awal tetapi setelah 3 hari.

    Dalam pesawat moden, selain daripada sistem radar, pesawat juga akan hantar secara terus maklumat ACARS (Air Craft Comunnication System) mengenai status pesawat kepada MAS.

    Pesawat Boing 777 dilengkapkan dengan sistem ACARS. Sistem ini menggunakan isyarat Satelit.

    Setakat ini, setahu saya maklumat ACARS tidak lagi diumumkan.

    Walaupun di zaman moden dan pesawat dilengkapkan dengan paralatan canggih, terlampau sedikit maklumat yang diperolehi daripada MAS dan Radar untuk operasi mencari.

    ReplyDelete
  33. Mari muhasabah diri. "mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita...

    Kecanggihan teknologi terkini adalah usaha kita... pasrah dan berserah setelah berusaha bukan hanya mereka-reka citra sahaja dan hanya berseloka.

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  35. menghayati pernyataan kapten Noruddin Abd Majid.... kembalilah kepada Fitrah

    ReplyDelete
  36. Salam Datuk,

    Saya setuju bahawa faktor-faktor yang Datuk bentangkan dalam pos inilah yang mengakibatkan pesawat Boeing 777-200 boleh hilang.

    Dalam banyak-banyak faktor itu puncanya berkaitan dengan sifat manusia yang tidak AMANAH.

    1. AMANAH
    Jika kita kurang amanah maka tugas atau tanggongjawab yang diletakkan dibahu kita akan terjejas.

    Ekoran tidak amanah timbullah macam Datuk sebut tadi iaitu kealpaan,kehambaran, kemalasan, rasuah dan salah guna.

    Rasuah adalah sifat yang paling buruk jika dibiarkan berleluasa.Bila mudah dirasuah maka menyalahguna kuasa pun adalah perkara biasa.

    KIta imbau kembali apa yang terjadi di KLIA pada satu masa dulu.

    i. Kejadian kecurian barang penumpang daripada bagasi mereka.
    ii. Pengurup Wang di KLIA telah dirompak.

    Bagaimana pihak KLIA menangani kes kecurian itu saya tiada maklumat. Rasanya sekarang sudah kurang kejadian kecurian.
    Berkaitan dengan kes rompakan Pengurup Wang pihak berkuasa telah menempatkan satu pasukan keselamatan yang bersenjata mengawasi bangunan KLIA.

    Pihak berkuasa tidak kira KLIA atau pun badan-badan lain memang cenderong kepada "Fire-Fighting Management." Munkinkah ini satu contoh MENTALITI DUNIA KETIGA seperti yang Datuk sebut.
    Bila ada krisis berlaku baru bertindak.Tindakan mencegah tidak perlu.

    2. Faktor Luar Kawalan
    Hilangnya pesawat MH370 munkin ada muslihat.Tapi seperti ditegaskan jika faktor AMANAH ada dalam diri masing-masing maka segala niat jahat tidak akan berjaya. Jika kita berpegang teguh kepada tali Allah... kita akan dilindungi dan dipelihara daripada segala musibah. In Shaa Allah.

    3. Pihak Media
    Walaupun pengguna laman sosial kerap disalahkan dalam menyibar maklumat palsu tetapi kita jangan lupa pihak media tempatan/antarabangsa juga turut bertanggongjawab mengeruhkan keadaan. Dalam hal satu akhbar tempatan yang menyiar gambar tok bomoh menilik dimana pesawat yang hilang hanya memburukkan imej akhbar itu sendiri. Pada masa yang sama tanpa disedari pihak akhbar berkenaan telah menjatuhkan imej Islam semata-mata hendak melariskan jualan akhbar mereka.

    4. KLIA 2
    Ini juga satu isu salah guna kuasa dan tidak amanah. Saya fikir Datuk lebih ariff tentang siapakah pewaris Syarikat Kontraktor binaan KLIA 2. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut lagi.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  37. PakKaduk1:58 PM

    1. Kalau tidak membuka pekung di dada untuk tontonan pada dunia pada ketika ini dianggap MENTALITI DUNIA KETIGA maka saya pilih untuk mepunyai MENTALITI DUNIA KETIGA.

    2. Benar kena perketatkan pemeriksaan dan sistem keselamatan di KLIA. Kita ada post-mortem. Saya tak fikir kerajaan begitu bodoh untuk tidak mengambil kira kelemahan ini semua. Bukan setiap hari ada tragedi sebegini.

    4. Media Yahudi sedang berpesta kita pun kena bersama-sama berpestakah ? http://www.rockybru.com.my/2014/03/whores.html

    ReplyDelete
  38. 1. Mohon kepada Fikiran Tajam, tolong buat ulasan sendiri. Tak berapa elok kalau sekadar kerat dan tamkpal hujah pihak lain.

    2. Pembahas baru Wanitabukittinggi, antara lain, mengulas:

    "4. KLIA 2
    Ini juga satu isu salah guna kuasa dan tidak amanah. Saya fikir Datuk lebih ariff tentang siapakah pewaris Syarikat Kontraktor binaan KLIA 2. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut lagi."


    3. Kontraktor utama KLIA2 adalah usahasama UEM-Bina Puri. UEM GLC milik Khaszanah. Masa kontrak diberi, tauke Bina Puri, kalau tak silap saya, adalah Bendahari MCA di bawah Ong Tee Keat.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  39. rahimlpp@yahoo.com5:13 PM

    Y.Bhg Dato'@ Nampaknya Dato'mengambil peluang diwaktu Negara sedang bersedih diatas peristiwa sedih ini untuk membalun pihak berkuasa khususnya kelemahan pentadbiran Kerajaan.

    2. Saya fikir cara Dato' ini amat tidak sesuai dan Dato' telah meletakan taraf kewartawanan Dato' saperti penulis-penulis blog yang mirip kepada menyokong pihak pembangkang.

    3. Diwaktu yang amat sukar ini,sangat mudah untuk kita melihat kelemahan-kelemahan pihak yang menguruskan untuk menyelesaikan insiden yang menjadi fokus seluruh dunia.

    4.Kita perlu berpegang kepada prinsip tidak mungkin kita boleh mencapai seratus peratus kesempunaan.

    5. Kita juga harus terima hakikat bahawa Negara kita masih lagi dalam kategori dunia ketiga. Sudah pasti banyak kelemahan-kelemahan walaupun infrastruktur kita bertaraf dunia. Sekurang-kurangnya kita beerbangga yang kita berjaya membina sesuatu bertaraf dunia berbanding dengan negara-negara sedang membangun yang lain.

    6.Bandar Rome tidak dibina dalam satu hari. Membina infrastruktur bertaraf dunia sangat mudah tetapi membangunkan aspek-aspek kemanusiaan dan spiritual warga negara bertaraf dunia akan mengambil masa mungkin seratus tahun lagi untuk mencapai tahap orang Jepun.

    7.Cuba kita pandang 100 tahun kebelakang. Orang Melayu masih tinggal atas pokok berbanding orang Barat yang sudah menguasai teknoloji modern atau orang Jepun sudah berupaya menewaskan kuasa besar.

    8.Dalam tempoh 50 tahun yang lepas, bangsa kita telah membangun pesat tetapi kita masih ketinggalan kerana bangsa lain lagi cepat maju kedepan.Tetapi kalau kita terlalu negatif dengan kebolehan kita untuk menguruskan Negara ini,saya khuatir kita tersalah langkah.

    9. Teguran dan komen Dato'sangat baik tetapi diwaktu kita sedang kesedihan ianya menjadi sesuatu yang negatif.

    10.Dato sendiri pernah berpengalaman mengetuai sabuah syarikat gergasi dalam industri media.Saya yakin masalaah utama Dato' semasa menguruskan syarikat tersebut bukan modal fizikal tetapi menguruskan modal insan. Dato sendiri tentu boleh membedakan modal insan yang berbagai etnik memberi cabaran yang berbeda-beda dan dari kumpulan etnik mana yang lebih bermotivasi untuk maju kehadapan.

    11.Kita perlu bersabar dan berusaha untuk memajukan Negara ini tanpa meminggirkan kumpulan etnik terbesar yangmempunyai latar belakang sosio budaya yang berbeda dengan kumpulan etnik minoriti yang lebih progresif dan bermotivasi tinggi.

    13.Saya mohon maaf sekiranya saya terkeluar dari tajuk perbincangan.

    iklas,
    rahim

    ReplyDelete
  40. Scheiss.Geist8:29 PM

    Datuk,

    The absence of aircraft and baggage debris as well as no bodies found floating on the sea anywhere suggest several scenario which could have happened.

    One, the plane either crashed into the sea or landed on the sea and then sank to the bottom with the plane still intact and the passengers and baggage still inside the fuselage.

    So, more effort should be made to look for the aircraft on the sea bed.

    Two, the plane was hijacked, communications switched off, the aircraft descended rapidly below radar detection height and it was landed somewhere and the passengers being held for a ransom demand later, whilst the plane was hidden from aerial or satellite detection.

    Three, the plane crashed into jungle somewhere.

    Hopefully, more SAR efforts will be conducted in kline with such possibilities.

    ReplyDelete
  41. Salam Sdr rahim

    "Y.Bhg Dato'@ Nampaknya Dato'mengambil peluang diwaktu Negara sedang bersedih diatas peristiwa sedih ini untuk membalun pihak berkuasa khususnya kelemahan pentadbiran Kerajaan.

    2. Saya fikir cara Dato' ini amat tidak sesuai dan Dato' telah meletakan taraf kewartawanan Dato' saperti penulis-penulis blog yang mirip kepada menyokong pihak pembangkang.

    3. Diwaktu yang amat sukar ini,sangat mudah untuk kita melihat kelemahan-kelemahan pihak yang menguruskan untuk menyelesaikan insiden yang menjadi fokus seluruh dunia. "

    Macama mana jika Dakj kata, sebelum ini -di masa2 Kerajaan UMNObn sedang bergembira beliau sudah banyak kali kritik pentadbiran Kerajaan dalam blognya ini mencakupi hal salah guna kuasa, rasuah dsb, tetapi mereka tidak mahu dengar?

    6.Bandar Rome tidak dibina dalam satu hari. Membina infrastruktur bertaraf dunia sangat mudah tetapi membangunkan aspek-aspek kemanusiaan dan spiritual warga negara bertaraf dunia akan mengambil masa mungkin seratus tahun lagi untuk mencapai tahap orang Jepun.

    7.Cuba kita pandang 100 tahun kebelakang. Orang Melayu masih tinggal atas pokok berbanding orang Barat yang sudah menguasai teknoloji modern atau orang Jepun sudah berupaya menewaskan kuasa besar.

    8.Dalam tempoh 50 tahun yang lepas, bangsa kita telah membangun pesat tetapi kita masih ketinggalan kerana bangsa lain lagi cepat maju kedepan.Tetapi kalau kita terlalu negatif dengan kebolehan kita untuk menguruskan Negara ini,saya khuatir kita tersalah langkah.

    Kenapa orang Singapura Cina, Melayu dan India lebih cepat maju kehadapan?


    SAJI

    ReplyDelete
  42. Salam Dakj,

    "Apakah kita telah membayar harga yang sangat mahal kerana sikap dan standard Dunia Ketiga kita terhadap keselamatan dan pengurusan aset?
    Atau apakah ini bala mutakhir akibat rasuah, penyalahgunaan kuasa dan keabaian yang berulang kali dilaporkan berlaku di KLIA?
    Tengok saja penangguhan berulang kali pembukaan KLIA 2. Semua releks, semua nampak macam ok dan tidak siapa pun mengaku bertanggungjawab."

    Kita sudah banyak bincang mengenai sikap dan standard Dunia Ketiga kita terhadap keselamatan dan pengurusan aset dsb.

    Sekadar bertanya, apakah sebenarnya sikap dan standard Dunia Pertama?

    Atau, Dato' setuju bahawa, sikap dan standard Dunia Pertama ialah,
    negara yang rasuah hampir tiada, penyalahgunaan kuasa hampir tiada, di samping rakyatnya bukan sahaja bertanggungjawab dan tidak releks, malah sentiasa memikir dan berusaha memperbaiki pencapaian diri dari hari2 sebelumnya.

    SAJI

    ReplyDelete
  43. Salam Dato’ Kadir & Sdr Rahim

    Bagi sayalah, apa yg Dato’ Kadir amat bimbangkan itu memang betul. Saya juga amat bimbang kerana kedaulatan negara kita diratah secara terang-terangan sekarang. Mungkin sdr tak dapat membaca apa isihati yg Dato’ Kadir fikirkan sekarang. Dato’, izinkan saya bercerita sedikit isihati Dato’ supaya org lebih memahami dlm bentuk perumpamaan.

    Pertamanya, kita mempunyai banyak peronda darat, laut dan udara tetapi cuma pakcik nelayan dan org kampong je yg dapat mengesan UFO di dlm negara kita, mengekori aset negara.

    Keduanya, MH370 tiba2 hilang dari radar pukul 1.30 am. Tiada pengesahan rasmi. UFO tersebut muncul secara tiba2 di tempat sama MH hilang dan berpatah balik. Kita hanya tengok je dan dikatakan air turn back.

    Ketiga, UFO tersebut masuk balik dari pantai timur sampai pantai barat sehingga 2.40 am (70 minit), kita tak bertanya khabar pun, jauh sekali hantar org melawat, hanya anggap tak ada apa-apa je.

    Keempat, UFO tersebut hilang di utara Selat Melaka berkemungkinan besar masuk parking semula. Sebesar-besar gajah di dalam air pun kita tak dapat detect. Apa ni? You tak bimbang ke? Sekarang majority aset negara digerakkan utk mencari MH370. Kalau semua aset standby pun, org boleh curi masuk, inikan sebahagian saja. saya cukup bimbang sekarang ini !!!!!!

    Nak saya cerita lebih lanjut lagi ke tentang apa, bila, SIAPA dan dimana????? Tak takut ke???? jadi, saya rasa sdr pun patut turut rasa bimbang juga sekarang. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum Datuk,

    Saya amat tertarik dengan apa yang Datuk katakan tentang tahap keselamatan di KLIA yang 'santai'. Sebenarnya saya amat bersetuju dengan apa yang Datuk katakan itu. Saya berani mengatakan begitu sebab saya sendiri adalah kakitangan yang bekerja di KLIA dan pastinya setiap hari saya akan melalui pemeriksaan keselamatan Polis Bantuan MAB atau Pengawal Keselamatan MAS.
    BIla berlaku kejadian besar sebegini barulah semua hendak dibuat.

    ReplyDelete