A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan
disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh
guna nama samaran.]
UPDATE, April 1- PERATUSAN rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi
Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, meningkat kepada 44%
pada bulan Mac 2014 berbanding 40% pada Disember 2013, demikian menurut hasil kaji selidik
terbaru Merdeka Center.
Pengarah Eksekutifnya, Ibrahim Suffian berkata, penarafan Perdana Menteri bagaimanapun kekal pada tahap 52%.
Sementara itu, 49% berpendapat negara bergerak ke arah yang bertentangan berbanding 38% yang berasa sebaliknya. (Baca di sini).
ORIGINAL POST
RASANYA sudah cukup lama kita tidak mengulas dan menganalisis politik serta ekonomi tanah air kerana kita mahu memberi peluang dan ruang yang secukupnya kepada semua pihak, khususnya kepemimpinan negara, menangani misteri MH370 tanpa gangguan.
Pengarah Eksekutifnya, Ibrahim Suffian berkata, penarafan Perdana Menteri bagaimanapun kekal pada tahap 52%.
Sementara itu, 49% berpendapat negara bergerak ke arah yang bertentangan berbanding 38% yang berasa sebaliknya. (Baca di sini).
ORIGINAL POST
RASANYA sudah cukup lama kita tidak mengulas dan menganalisis politik serta ekonomi tanah air kerana kita mahu memberi peluang dan ruang yang secukupnya kepada semua pihak, khususnya kepemimpinan negara, menangani misteri MH370 tanpa gangguan.
Kelembutan Hishammuddin Husein membantu proses komunkiasi, diplomasi dan mengubat hati. Prestasi beliau dalam krisis MH370 membanggakan. |
Tetapi selepas lebih tiga
minggu, misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200ER MAS itu jauh daripada
selesai dan kita pun sudah lihat dengan jelas buruk serta baik prestasi
kepemimpinan kita menangani krisis.
Bukan krisis lesapnya MH370
sahaja. Serentak itu kita juga mengalami kemarau, kebakaran hutan, jerebu dan
catuan air. Sebelum itu, wilayah kita dilanggar penjahat Filipina.
Kita sudah memberikan masa yang
cukup lama dan panjang kepada mereka, khasnya Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul
Razak mengatasi krisis-krisis ini sehingga timbul tanda-tanda yang mereka
berasa lega berselindung di sebalik tragedi MH370.
Saya tertarik dengan analisis
sebuah portal berita yang mengatakan kedudukan Mohd Najib sebagai Perdana
Menteri adalah selamat dan terjamin walaupun negara dan rakyat jelata menderita
pelbagai krisis.
Kata portal berita itu, walaupun
tahap keyakinan terhadap beliau mungkin berada di paras paling rendah sejak
menjadi PM pada tahun 2009, beliau akan kekal sebagai PM.
Disember lalu, populariti beliau mengikut kajian Merdeka Center jatuh kepada 52%. Sebanyak 67% daripada orang yang dikaji menyebut peningkatan kos sara hidup dan inflasi sebagai punca mereka hilang keyakinan terhadap Mohd Najib.
Populariti beliau merudum di kalangan semua bangsa walaupun kejatuhan paling teruk adalah di kalangan orang India. Sokongan orang India terhadap beliau jatuh daripada 76% kepada 57% dan sokongan orang Cina jatuh 13% lagi kepada hanya 21%. Hatta orang Melayu yang menjadi penyokong utama beliau pun memberi penarafan yang lebih rendah – jatuh daripada 73% kepada 66%.
Main Selamat Baik Bagi Mohd Najib
Penarafan dan kritikan nampaknya tidak menjejaskan kedudukan Mohd Najib sebagai PM. Tidak nampak ada cabaran yang berwibawa agar beliau mengundurkan diri daripada kerajaan dan parti.
Tidak seperti (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang ditentang hebat oleh (Tun) Dr Mahathir Mohamad dengan bantuan Muhyiddin Mohd Yassin dan (Tun) Daim Zainuddin serta sekumpulan blogger pro-Umno selepas PRU 2008, Mohd Najib tidak menghadapi gerakan seperti itu.
Bukan itu saja. Malah tidak ada siapa pun di kalangan kepemimpinan kanan Umno sekarang yang berminat menjadi PM. Ini berbeza daripada zaman Abdullah apabila Mohd Najib cukup berminat untuk mengambil alih jawatan nombor satu itu.
Hal ini saya ulas dengan agak panjang lebar dalam buku terbaru saya “Mohd Najib Selepas Tsunami Cina”. Dalam erti kata lain, kelemahan Mohd Najib adalah kekuatannya.
Mohd Najib tidak popular. Penarafan beliau merudum. Tetapi beliau makin hari makin kuat. Malah cukup kuat untuk menutup mulut veteran Umno dan menggoncangkan mereka dengan menggunakan media arus perdana.
Baru-baru ini, dengan tidak semena-mena media arus perdana milik kumpulan Utusan dan Media Prima, memberi liputan luas kepada Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin apabila beliau membuat tuduhan terhadap Daim.
Wayang kulit media milik Umno itu menjadi lebih ketara apabila Mohd Najib membuat kenyataan ringkas menyesali serangan PKR terhadap Daim.
Soalnya, adakah keadaan di mana PM yang tidak popular, tetapi tidak mungkin digulingkan adalah baik bagi negara dan rakyat jelata?
Kesan Kemiskinan Akibat Inflasi
Kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat penghapusan dan pemotongan subsidi serta kenaikan tarif elektrik memberi kesan langsung dalam “memiskinkan” rakyat.
Umum sudah tahu kesan kemiskinan akibat kenaikan kos sara hidup di kalangan rakyat dalam kategori isi rumah (household) 40% terkebawah yang berpendapatan purata RM1,800 sebulan.
Malah Mohd Najib sendiri mengakui kesan kemiskinan yang semakin meruncing itu apabila beliau memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada semua yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
Akhbar The Star terbitan 27 Mac menyiarkan laporan bahawa hatta golongan yang berpendapatan isi rumah kurang RM5,000 pun menghadapi masalah untuk mengimbangi belanjawan mereka.
Jadi, ada dikotomi atau
pemisahan antara pelantikan Mohd Najib sebagai PM lima tahun lalu dengan
kesejahteraan hidup rakyat. Manakala kedudukan Mohd Najib semakin terjamin
kerana tidak ada lagi usaha menjatuhkan beliau, kedudukan ekonomi rakyat jelata
semakin lemah.
Kita boleh mengatakannya satu
keanehan atau ironi kerana Mohd Najib adalah PM Malaysia yang paling buruk
prestasi pilihan raya (sejak krisis 13 Mei 1969), tetapi tidak tercabar.
Adakah ini disebabkan oleh Umno
ketandusan bakat kepemimpinan atau sudah menjadi begitu autokratik sehingga
Presiden tidak boleh dicabar lagi?
Atau adakah negara kita
sebenarnya lebih terkongkong dan tidak bebas walaupun diuar-uarkan sebagai
terbuka, liberal dan sederhana?
Keadaan ini mungkin boleh
diterima oleh majoriti ahli dan penyokong Umno, tetapi sama ada ia akan
diterima oleh pengundi dan rakyat jelata amnya adalah persoalan yang berbeza.
Sekali lagi mungkin ada dikotomi
antara kedudukan Mohd Najib yang kukuh dan selamat sebagai PM dengan sokongan
pengundi terhadap Umno dan BN.
PM vs Kelangsungan Umno/BN
Mohd Najib kekal sebagai PM
sehingga PRU akan datang, tetapi adakah Umno dan BN akan kekal selepas itu?
Kalau pun Umno dan BN kekal ia
bukanlah kerana Umno dan BN kuat, tetapi kerana Pakatan Rakyat mungkin menjadi
lemah akibat kemungkinan pemenjaraan ketua de faktonya, Anwar Ibrahim.
Sedikit sebanyak trend
pengundian Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Kajang 23 Mac lalu memberi
gambaran awal bahawa sokongan terhadap PR di kawasan bandar dan separa bandar
semakin kukuh.
Natijahnya, Mohd Najib wajib
menjaga pengundi Bumiputera dan luar bandar dari aspek ekonomi dan emosi.
Tetapi beliau nampaknya terus cuba menggula-gulakan pengundi Cina dengan
pelbagai janji dan pemberian.
Sebaliknya, Bumiputera dan
penduduk luar bandar yang berupa rakyat paling miskin adalah yang paling teruk
dihimpit kesan kenaikan kos sara hidup, inflasi dan kejatuhan harga barangan
utama seperti getah dan kelapa sawit.
Cuma mereka tidak mempunyai
saluran yang luas dan bebas seperti di bandar untuk menyatakan keresahan.
Mereka masih bergantung pada media tradisional yang umumnya prokerajaan.
Kita tentulah tidak mahu negara
kita jadi macam lirik lagu kanak-kanak “Lagu Tiga Kupang” di mana raja dalam
rumah buat kira-kira, suri dalam dapur makan roti gula tetapi rakyat jelata
tidak ada cerita. Kelangsungan negara dan rakyat jelata lebih utama daripada
survival individu. Wallahuaklam.
Salam Dato.
ReplyDeleteKekal atau tidak Najib sebagai PM Malaysia semua nya bergantung pd Umno.
Buat masa terdekat ini...Najib memang dianggap lemah dan tak layak menerajui Negara....semua bangsa beranggapan itu....drpd statistik yg Dato berikan...
Tetapi....walau pun begitu...suara siapa yg bolih jatuhkan atau gantikan Naj8b sebagai PM negara?
Tentulah org Melayu dari Umno yg memberi mandat dan tempat tersebut pd beliau....tetapi kini semuanya telah dikawal ketat olih jentera dan sekutu Najib yg tidak memungkinkan siapa2 pun dari org Melayu menjatuhkan dirinya..
Bagaimana sekali pun Umno lah jawapan nya untuk mengekalkan atau menggantijan Najib...
Tetapi ini suatu yg mustahil beerlaku jika tiada campur tangan BESAR dari org2 kuat Umno sendiri saperti Tun..Daim..Sanusi..Mahyuddin...dan Menteri2 Melayu yg berpengaruh.....bak kata mcm mana Pak Lah diterjah hingga berhenti...
Jika tidak Najib akan terus kebal dlm apa hal sekali pun..
Semua nya mesti berpunca dari Umno yg memilih wakil sebagai PM dan Umno juga yg mesti memulihkan semua ini.........
CUMA IANYA MESTI DILAKUKAN Saperti yg di kakukan pd Pak Lah.
ADA CARA YG LAIN?
Apa pun Najib 'MUST GO'
Salam Dakj
ReplyDeleteSeperti yang saya kata dulu, Malaysia sedang melalui titik kabur/ blur point dalam rancangannya menjadi sebuah negara maju. Ia, dari sudut perancangan negara, memerlukan R&D yang menyeluruh iaitu membabitkan semua bidang atau sektor negara.
Dan, bagi saya, para pemimpin serta rakyatnya perlu berkerja keras dan bertanggungjawab terhadap kerjanya. Tetapi dan malangnya, para pemimpin dan rakyatnya agak komplesen seperti yang mereka tunjukan dalam isu2 yang dikaitkan dengan tragedi MH370, belumpun Malaysia mencapai tahap negara maju lagi.
PM DSNajib, saya rasa, nampak dan cuba mengatasi titik kabur berkenaan. Tetapi beliau, seperti yang kita semua tahu atau kritik, cuba mengatasinya dengan sekadar menggunakan khidmat para konsultan. Walhal beliau sepatutnya menggabungkan konsultan2nya itu dengan pengkaji2 atau profesor2 dariapda kalangan universiti tempatan mahupun dari luar negara.
Mengenai masalah kepimpinan UMNO, saya setuju dengan pandangan yang mengatakan bahawa ia ada kaitan dengan cara UMNO memilih dan menaikan barisan pemimpinnya sejak era PM Tun Dr Mahathir, termasuk masalah pemikiran materialistik /kapitalis yang merasuk pemikiran ahli2 UMNO, di samping ketua2 cawangan dan ketua2 bahagian yang enggan menerima keahlian dari orang yang lebih pandai dan cerdik darinya.
SAJI
Dear Sir,
ReplyDeleteWell written article.The greater sin is not mediocrity but having the delusion of intelligence!
Yg Bhg Datuk,
ReplyDeleteSaya hampir dua kali seminggu akan balik ke kampung melihat kedua-dua ibu bapa dan bergaul dengan kawan dan sahabat handai di sana.
Pengamatan saya adalah:
(1) Mereka di kampung banyak bergantung hidup kepada sokongan kewanngan daripada anak-anak.
(2) Anak-anak yang di bandar sentiasa tidak putus memberikan monthli subsistence dan mereka di kampung sibuk mencari rezeki sama ada di laut, bercucuk tanam dan ke kilang-kilang berdekatan, dan yang yang malas sahaja duduk menghabiskan masa dan mendatangkan masalah sosial yang kalau kita bersungguh, in shaa Allah boleh diatasi dengan baik.
(3) Golongan yang pergi menunaikan ibadah umrah atau haji sentiasa meningkat setiap tahun. Ada yang pergi setiap tahun menunaikan umrah.
Difahamkan rakyat Malaysia beragama Islam berbelanja hampir tiga suku juta setahun di Mekah dan Madinah. Mungkin data ini boleh dirujuk kepada Tabung Haji atau pihak berkuasa yang lain.
(4) Kutipan Jumaat sentiasa meningkat setiap minggu.
(5) Kutipan zakat. fitrah dan cukai pendapatan sentiasa meningkat dan saya percaya data-data begini tidak menipu kita.
Saya berharap agar Datuk kena terima hakikat yang arah tuju negara bukan berkisar kepada nama-nama seperti Tun Mahathir, Tun Daim, bloggers, dll. Mereka ini telah penuh dengan isu dan kontaversi yang lebih buruk daripada apa yang dihadapi oleh pemimpin sedia ada.
Juga diharapkan agar Datuk menerima dengan hati terbuka saranan Datuk Khalid dalam wawancara di Astri Awani baru-baru ini agar menjaga sensitiviti keluarga mangsa MH370 dan pihak-pihak lain dalam seronok dan sibuk memberikan ulasan.
Sebagai contoh petikan atau link kepada media asing dalam isu "Playboy Pilot" untuk Sdra Farid (Co-Pilot MAS) dan Datuk Jala diganmbarkan seolah-olah hanya pandai menjual aset MAS untuk meraih keuntungan. Ini semua contoh-contoh kecil seorang wartawan yang kurang beretika.
Dengan tulisan di atas, saya rela jika sekali lagi akan dianggap sebagai orang yang patriotik tapi tidak bertempat.
Terima kasih.
Datuk,
ReplyDeleteCerita rakyat jelata dalam "Lagu Tiga Kupang" itu adalah dayang tepi kolam yang nak jemur tepung itulah. Datang burung hitam, pagut batang hidung. Kesian dayang.
Kepimpinan dalam UMNO sudah menjadi lumrah tiada pertandingan dalam menjawat jawatan presiden..tapi apabila penulis artikel ini mengatakan bahawa UMNO seperti tiada pemimpin yang berani untuk bertanding memegang jawatan presiden, saya terpanggil untuk bertanya, adakah penulis mempunyai nama nama tertentu yang dirasakan mampu untuk menggalas jawatan tersebut? Perletakkan jawatan PakLah adalah disebabkan prestasi buruk Barisan Nasional dalan PRU12 tetapi dalam PRU13 prestasi UMNO telah naik dan ini jelas membuktikan bahawa Perdana Menteri (Najib) mendapat kepercayaan rakyat..jika dibandingkan pula dengan PRK kajang, adakah undi pakatan melebihi majoriti yang mereka perolehi semasa PRU13? Seperti hari ini di Balingian, undi untuk Barisan Nasional naik lebih daripada majoriti pada PRU13 dan adakah si penulis akan membuat kajian juga berdasarkan perkara tersebut.? Kajian perlu dilakukan dari semasa ke semasa dan bukannya diambil dari dalam almari usang untuk dikitar semula..kalau nak diikutkan populariti daripada kajian Merdeka Centre..adakah kajian sama dibuat semasa pemerintahan Tun Mahathir dulu? Dan kajian dibuat apabila kerajaan terpaksa menarik balik bebetapa subsidi dan adakah ini menjadi ukuran? Kenapa tiada kajian dibuat apabila pemberian BR1M dilakukan? Kenapa tiada kajian semasa kerajaan memberikan subsidi TOL kepada pengguna dengan nilai ratudan juta ringgit? Adalah itu semua menjadi kajian penulis dan barulah beliau mengeluarkan artikel diatas? Jika tidak, saya rasa adalah lebih baik DAKJ menulis buku masakan untuk dijafikan bahan jualan..terima kasih.
ReplyDeleteSalam Dato.
ReplyDeleteBersambung dari apa yg sy lontarkan tadi......sy beranggapan bahawa Najib memang tahu bahawasanya dia tidak berkebolihan memerintah negara tetapi dia pun serupa juga dgn Pak Lah....dia tak peduli itu semua.
Dia masih mahu berpaut pd jawatan PM ini....tentulah banyak sebabnya...tak perlu lah kita huraikan satu persatu.
Sejak salepas GE13....prestasi beliau mengendalikan Negara dgn isu2 besar saperti...
#masaalah perkauman
#kenaikan kos sara hidup
#masaalah imej Negara yg merudum dan ditambah dgn budaya Rakyat sendiri yg membusukan nama Negara saperti pembohongan yg dibuat Comango tentang isu2 kebebasan Berugama...LGBT...Penindasan Kaum....Kekangan atau penindasan Kaum terutama pd bangsa Cina dll......memang hambar dan mengecewakan.
Ini tidak diambil kira tentang isu2 lain saperti ajaran sesat....kalimah Allah yg masih dikira tiada penyelesaian....dan tidak ditanggani dgn baik olih beliau atau Pak Menteri pilihan beliau.
Kalau semua bolih terjadi dlm tidak sampai satu tahun salepas GE13...ianya memang telah dirancang dengan rapi olih pihak Parti Pembangkang kerana mereka telah melihat dan memahami dgn dalam sekali akan kelemahan beliau.
Tetapi atas nasihat 'consultant'...Najib masih beranggapan yg BRIM akan menyelamatkan kedudukan nya dimata Rakyat......sedih dan meleset sekali fikirannya.....dia lupa...luka Rakyat pd kenaikan minyak dan potongan subsidi yg dua lakukan walaupun dia berjanji sebaliknya.
Ini juga telah menjadi 'modal' pembangkang menghentam nya juga.
Dalam lain perkataan...Najib lemah dlm banyak isu dan bagi org Melayu yg masih menaruh harapan pd beliau untuk menjaga kepentingan bangsa dan ugama pun sudah kelihatan sedikit luntur dan gusar......kerana sikapnya kelihatan masih tak sedar2 dan masih mahu menjaga hati org Cina..(ini pandangan peribadi saya.....satelah melihat PRK Kajang)..
Dato....adakalanya kita terpaksa juga berkata2 kalau sahabat kita buat2 tak faham dlm segala hal....perihal Najib pun sama jugalah....dua buat2 'bodoh' saja.
Sebabnya satu saja.....dia tahu selagi tiada suara2 dan campur tangan Org Kuat saperti Tun M..Mahyuddin...Daim...Sanusi....dan yg berpengaruh dlm Umno....dia tetap KEBAL..
Terima kasih
Sdr Kawanlama
ReplyDeleteSdr, antara lain berkata, saya berharap agar Datuk kena terima hakikat yang arah tuju negara bukan berkisar kepada nama-nama seperti Tun Mahathir, Tun Daim, bloggers, dll. Mereka ini telah penuh dengan isu dan kontaversi yang lebih buruk daripada apa yang dihadapi oleh pemimpin sedia ada."
Bukan itu saja. TDMahathir selama 22tahun memerintah telah 'borong habis' semua projek2 prasarana/infrastruktur negara yang besar2 dan mega2 seperti Lebuhraya Bertol, KLIA, Putrajaya dsb yang membuatkan PMNajib kelihatan kabur/ blur untuk memikirkan apa lagi prasarana negara yang beliau perlu buat!
Bagi saya, dalam keadaan sedemikian, PMNajib kena memikirkan dan lakukan apa yang mantan PMMahathir gagal lakukan di era pemerintahannya.
26 buah negara bersatu berusaha mencari mh370, masih nak kata lembab lagi ? kritik sebab nak jawatan ke ?
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeleteSaya dah muak dengan slogan "Negara Maju", "High Income Nation", dan sebagainya.
Yang saya mahu ialah "Rakyat Maju" dan "High Income Citizen".
Atau sayakah yang keliru??
Tolong berikan pencerahan.
Terima kasih.
Datuk AKJ,
ReplyDelete1.Saya tidak pernah menjangka akan ada pelawat blog ini memahami dari sudut yang tidak betul atau jahil bahawa PKR hilang pengaruh di PRK DUN Kajang kerana undi majoriti yang diperolehi oleh parti itu berkurangan berbanding pada PRU 13.
2. Dalam masa yang sama saya juga terpinga-pinga dan hairan terhadap pelawat blog ini yang meluahkan kegembiraan secara melampau di atas kemenangan BN dalam pilihanraya kecil (PRK) di KAWASAN LUAR BANDAR/PEDALAMAN dengan majoriti undi yang lebih besar berbanding Pilihanraya Sarawak yang lalu.
3. Saya tidak berhajat mengitar semula hujah-hujah klise dan bersengkang mata menghujah balas terhadap segelintir pelawat blog ini yang berkeyakinan sedemikian.
4. Saya juga tidak mahu mengitar semula hujah-hujah mengenai UMNO-BN yang tidak lagi mendapat tempat di bandar/pinggir bandar kerana faktor etnik, pendidikkan, sosial, kedudukkan ekonomi dan sebagainya.
5. Selain itu, saya juga tidak berhajat menyarankan dan apatah lagi memaksa golongan yang tidak mahu menerima hakikat sebenar mengabaikan media tertentu yang telah mengasuh keyakinan mereka sehingga tidak dapat dipulihkan lagi.
6. Saya copy & paste pendapat suka-suka dan nakal seorang anak muda mengenai keputusan PRK DUN Kajang dan Balingian:
" Universiti Utama Dan Pusat Pengajian Tinggi Lebih Banyak Di Lembah Klang Berbanding Sarawak..Sebab Tu Ramai Bijak Pandai Di Sini Berbanding Di Sana...Sekian.."
7. Apa yang saya suka kitar semula ialah kenyataan samada kita suka atau sebaliknya, ia itu " Nyawa UMNO-BN terletak di tangan penduduk luar bandar/pedalaman ". Bukti terkini ialah di PRK Balingian.
8. Sedemikian, UMNO-BN jagalah mereka dengan cara sebaik mungkin dan bijaksana. Itu sahaja. Sepatutnya tiada sesiapa yang terbeban dengan kenyataan ini selain dari pemimpin-pemimpin terpilih yang diangkat untuk melaksanakan tanggungjawab agung dan mulia tersebut.
Dato.
ReplyDeleteJawatan PM dan Presiden UMNO dua jawatan yang berbeza bagi era kini.
Presiden UMNO memang selamat bagi Najib.Formulanya mudah saja.Wang politik.
Lagi pun yang ada kini semuanya adalah yes sir.
Mahyudin pula khabarnya tak berminat untuk jawatan lebih atas.
Dia pun tahu nyawa UMNO makin nipis.
Persoalannya Jawatan Perdana Menteri Najib belum selamat dan berada dihujung tanduk.
Inilah ramalan PRU 14 nanti.
1.penolakan undi Cina.
2.penolakan undi Melayu Kelas Pro dan menengah pada UMNO kerana gaya lagak UMNO sendiri.
3.penampilan sebilangan besar pemimpin UMNO yang budata pejuang.
Lebel 1 Malaysia sudah jadi slogan business untuk kepentingan mereka.
Bukan Najib saja.Keseluruhan pemimpin Melayu berada ditahap tak ada kelas termasuklah Hadi Awang,Anuar,Mat Sabu dan lainnya.
Mereka tak perlihatkan imej bersih.Kotor dan pengotor.
Masa depan politik Melayu/Islam kian kelam dan gelap.
Sebab itu mereka pulun isi uncang secepat mungkin.
Terima kasih Dato.
Salam Dato Kadir Jasin
ReplyDeleteSemalam 29.3.2014, diberitakan dlm Chinadaily dan dipetik oleh Asia News Network, jurucakap Inmarsat cuma memberi satu pandangan je tentang “ping’ tu. Tak confirm pun katanya. Terselahlah kepada Malaysia menggabungkan kesemua bukti yg lain. Hah !!!!! terkejut beruk semua orang !!!!!!!
Inilah masalahnya. Kerajaan kita mati-mati percaya bulat-bulat tentang “ping tersebut” sampai dimaklumkan kesudahannya oleh PM w/pun tiada bukti fizikal lagi. Macam saya cakap sebelum ini, inilah kesilapan Malaysia dlm mengendalikan MH370, mungkin disebabkan sikap org Melayu sendiri yg terlalu baik iaitu menganggap semua orang ikhlas membantu tanpa ada perasaan curiga.
Sebagai orang kampong, sebab itulah saya berasa amat kecil hati sebab bukti fizikal org-org kampong kita dgn mata kepala mereka sendiri dibakul-sampahkan tetapi bukti berbentuk spekulasi “ping” lebih dipercayai. Juga sehingga kini, tiada siapa pun yg kehadapan utk ambil t/j tentang “air turn back” tersebut yg merupakan kunci kepada misteri MH370.
W/pun begitu, saya rasalah, adalah amat keterlaluan untuk Dato’ mendesak YAB Dato’ Seri Presiden berundur. Bukannya UMNO tidak ada pemimpin pelapis tapi ramai sebenarnya, hanya menunggu masa macam kapal terbang stealth. Cuma, adab menghormati orang tua haruslah dijaga. Sekian TQ.
1. SDR OKJ, berkenaan signal "ping" yang sdr sebutkan itu, saya ada mengulus mengennainya dalam pojok Kunta Kinte Jumaat 28 Mac. Kalau lapang bacalah link di sebelah.
ReplyDelete2. Saya rasa bukan soal percaya saja. Tak kurang penting adalah hakikat bahawa negara kita tidak ada kapasiti teknologi untuk mengesan MH370 di luar footprint radar kita. Satelit yang kita ada iaitu Maesat adalah untuk komunikasi (hiburan) dan bukan keselamatan.
3. Tidak mustahil Singapura ada lebih banyak maklumat ketenteraan kerana ia mempunyai aset jarak jauh yang lebih canggih daripada kita.
4. Tetapi saya tidak akan mencadangkan kita memperoleh kelengkapan pengawasan yang lebih canggih, kalau tahap teknologi dan profesionalisme pegawai kita masih di tahap Dunia Ketiga. Membazir duit saja.
5. Tapi saya yakin sudah ada "commission agent" yang diam-diam buat cadagangan kepada orang besar kita untuk beli kelengkapan seperti itu.
Terima kasih.
apa sebenarnye agenda DAKJ ini dlm tulisan tulisan beliau kebelakangan ini..siapa yang hendak di tonjolkan sebagai alternatif berwibawa ...PKR ke yang tak ada cemerlangnye track record pun (walaupun di beri peluang di sebuah negari tu) selain daripada politik dan agenda peribadi dan keluarga sendiri dengan drama drama dan sandiwara lawak yang tak habis habis. (namun pengikut yang tegar ataupun yang bersimpati (dgn agenda agenda tersendiri)tak kisah apa pun, sokong tetap sokong walaupun berhadapan dengan 'kebenaran'). atau pun ingin di tonjolkan PR lain yang tidurnye sebantal dan seselimut tapi mimpinye lain 2! 'we can smell their foul agenda from kilometres away'dgn izin. )..entahlah, nampak sangat orang kita ni mempunyai inferiority yang sangat menebal (mungkin akibat penjajahan minda yang telah jadi kronik)..
ReplyDeleteBuatlah teknologi canggih macam manapun, kalau takde sistem yang betul dan sistem tidak diikuti, apa pun tak jadi.
ReplyDeleteKita boleh 'menyalahkan' sesaorang apabila ia berlaku kerana tiada 'intervene' dari awal kerana leka atau sebab lain (contoh Dato' berikan). TETAPI, perlu ingat, bukan satu faktor saja terlibat.
Saya bagi contoh mudah untuk kita faham. Kenapa apabila kita keluarkan duit dari mesin ATM, bukannya duit yang keluar dahulu, tetapi kad ATM? ini kerana kalau duit keluar dahulu, ramai yang akan tertinggal kad ATM di mesin. itu contoh mudah sistem SOP bank digunakan.
Kita katakan kenapa tidak ada pesawat canggih kita yang akan memintas MH370? adakah radar atau pegawai yang memerhati radar nak dipersalahkan?. Saya rasa kalau seperti apa yg diterangkan oleh TUDM, maka terang dan lagi bersuluh memang SOP kita kena di semak semula.
Persoalan nya, kenapa tidak di 'semak' lebih awal? Itu kerja siapa Dato'? Adakah kerja pemerhati radar atau pegawai peringkat tengah misalnya atau pegawai tertinggi?
Saya bagi contoh mudah. Jika didalam SOP menyatakan jika pesawat mengubah arah lebih 180 darjah DAN pesawat terbang tinggi dari 43,000 kaki, adakah pesawat akan berjaya dipintas atau tidak?
Tentunya lebih mudah apa apa keputusan akan dibuat oleh pegawai yang bertanggungjawab. betul atau tidak? tetapi bagaimana pulak kalau pesawat membuat pusingan kurang dari 180 darjah atau terbang rendah dari 43,000 kaki, walaupun ia berada pada paras 30,000 kaki sebelumnya?
Apa tindakan selanjutnya pegawai tersebut? saya beri contoh mudah saja supaya orang biasa mudah faham. Perkara begitu memang nampak mudah jika kita memahami perkara tersebut seperti mesin ATM. Malangnya, dalam kes MH370, mungkin tidak ada kes kejadian sebelum ini atau kita 'leka' sebenarnya?
Jadi, jangan ingat kapal selam atau apa apa alat canggih sekalipun,walaupun tahap profesional tinggi, perkara yg sepatutnya tidak berlaku, akan berlaku jugak jika 'risk assessment' kita takde. Dalam industri minyak dan gas ada HAZOP studies, tetapi kemalangan masih berlaku. Kenapa BOEING memilih untuk tidak 'automated' semua sistem dalam model pesawat mereka jika dibandingkan pesawat AIRBUS pun kita dah tahu. it all up to us.
Dato.
ReplyDeleteComission agent.
Satu istilah yg menakutkan.Satu lagi ialah percent agent.
Lagu tiga kupang adalah lagu themanya.
Terima kasih Dato.
Aku respeklah pilot pilot Melayu dua orang tu hingga bolih menghilangkan kapal terbang dari semua radar dan setelit tercanggih didunia Barat dan Asia.
ReplyDeleteTernganga semua expert dari Barat dan meraung raung semua Cina di Beijing!
Sdr OKJ
ReplyDelete"Semalam 29.3.2014, diberitakan dlm Chinadaily dan dipetik oleh Asia News Network, jurucakap Inmarsat cuma memberi satu pandangan je tentang “ping’ tu. Tak confirm pun katanya. Terselahlah kepada Malaysia menggabungkan kesemua bukti yg lain. Hah !!!!! terkejut beruk semua orang !!!!!!!
Inilah masalahnya. Kerajaan kita mati-mati percaya bulat-bulat tentang “ping tersebut” sampai dimaklumkan kesudahannya oleh PM w/pun tiada bukti fizikal lagi. Macam saya cakap sebelum ini, inilah kesilapan Malaysia dlm mengendalikan MH370, mungkin disebabkan sikap org Melayu sendiri yg terlalu baik iaitu menganggap semua orang ikhlas membantu tanpa ada perasaan curiga.
Sebagai orang kampong, sebab itulah saya berasa amat kecil hati sebab bukti fizikal org-org kampong kita dgn mata kepala mereka sendiri dibakul-sampahkan tetapi bukti berbentuk spekulasi “ping” lebih dipercayai. Juga sehingga kini, tiada siapa pun yg kehadapan utk ambil t/j tentang “air turn back” tersebut yg merupakan kunci kepada misteri MH370."
Maaf cakap, sdr dan ramai lagi orang UMNObn dan orang2 kampong yang terus menggundi BN telah tidak menyedari bahawa mereka perlahan2 melalui kes sodomi DSAnwar diasuh mindanya oleh Kerajaan UMNObn yang bukti sains membabitkan DNA dalam kes Anwar dan Bunyi Pink dalam kes MH370 kena lebih dipercayai, berbanding dengan bukti fizikil yang amat ditekankan dalam Islam, khasnya bidang Jenayah Islam membabitkan Jenayah Hudud lewat, zina, minum arak dan curi.
SAJI
1. Kita janganlah besar kepala sangat dan jangan cepat dabek dada.
ReplyDelete2. Banyak negara dan agensi antaranbangsa bantu SAR MH370 atas dasar perikemanusiaan serta protokol SAR antarabangsa dan bukan atas dasar keakraban semata-mata.
3. Untuk itu, kita ucap berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka.
4. Berkenaan lirik "Lagu Tiga Kupang", kalau raja dalam rumah buat kira-kira dan suri dalam dapur makan roti gula tak apalah.
5. Tapi dalam cerita Evita Peron "don't cry for me Argentina", raja duduk dalam dapur makan roti gula. Suri dalam rumah yang buat kira-kira.
6. Hebatnya Evita apabila dia mati, suaminya Presiden Juan Peron jatuh.
Terima kasih.
Dato.
ReplyDeletePolitik di Malaysia pun makin jadi karton.
Pemilihan dalam PKR.
Anwar bertanding dengan Wan Azizah jawatan Presiden.
Tak payah susah-susahlah.Wan Azizah boleh sedekah saja.
Politik makin karton.
Lagu Thema nya pun sesuai dengan lagu Tiga Kupang juga.
Pemimpin bergembira rakyat jadi celaru.
Terima kasih Dato.
Spot on Api Sekam! Setuju dengan you yang Pilot Melayu memang hebat even if it is for the wrong reason.
ReplyDeleteDengar kata negara Cina Komunis nak buat dan hantar lagi 50 satellites lagi keangkasa lepas? Lepas ni banyaklah kroni UMNO yang telah di`alibaba`kan olih Cina Malaysia melobi untuk Malaysia menghantar satellite kita pula keangkasa lepas. Asyik makan commission ajelah Melayu dan yang kaya tetap Cina Malaysia.
Saudara Saji nampaknya masih terikut zaman 200 tahun selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW, dimana bukti physical mendahului bukti scientific. Masih terikut zaman dimana 'orang Agama' telah mengarahkan dibakar buku-buku selain dari yang ada kaitan dengan keagamaan. Maka melencung-jauhlah dari maksud sebenar 'ikraq'.
ReplyDeleteBuku-buku ilmiah yang terlepas dari dibakar, kemudiannya jatuh ketangan orang bukan-Islam dan menjadikan mereka maju seperti hari ini. Tanpa ilmu duniawi orang-bukan Islam, kita mungkin masih tercari-cari MH370 di laut China Selatan, dengan bantuan nelayan.
Betul lah kata OutSyed bahawa umat Islam memundur diri sendiri kerana terlalu taksub dengan dogmatisma dalam beragama. Mudah terpengaruh apabila melihat poster orang 'menadah tangan', seolah-olah sedang berdoa.
Betul kata Outsyed, "No Money, no Religion". (Bukan ditujukan kepada Islam saja).
Lihat bagaimana segelintir puak Evangelist menjana kemewahan dan kuasa.
Bagaimana segelintir Ustaz menjana kemewahan dengan Kursus Perkawinan, Kursus Haji, Package Haji & Umrah, Sijil Halal dan lain-lain skim yang menggunakan nama Islam. Sehingga kematian pun boleh memberi rezeki melalui kursus solat jenazah dan mandi mayat.
Gemar memilih cara mudah untuk mencapai sesuatu maksud.
Suka menghukum dari mencari persefahaman. Kes Dr. Kassim Ahmad menjadi titik-tolak yang akan mencerminkan samada, benar PM Najib adalah jaguh kesederhanaan Islam.
http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2014/03/universal-relevance-versus-jaguh.html
ReplyDeleteSalam takzim DAKJ,
Makin bercelaru keadaan ini.
Makin pening jadinya.
Negara Maju dah tinggal angan angan saja.
Rakyat berpendapatan tinggi dah jadi Neraga Harga Barangan Tinggi.
JADI, biarkan saja:
NAJIB dengan ANGAN-ANGAN NYA,
MOHIDIN dengan XONG DONG nya,
HISHAMUDDIN dengan gambar SATEKITE nya,
ZAHID dengai PATI nya,
UMNO dengan NGOK nya,
BIARKAN, BIARKAN !!!
Hinggalah API revolusi bermula.,
Bangkit semangat pahlawan lama,
Tok Janggut, Mat KIla, Dato, Bahaman dan Maharajalela,
Menyerap ke fikiran anak bangsa,
Untuk menuntu bela.
Insya Allah. Amian.
salam datuk...
ReplyDeletelately ni saya lihat ada pihak blogger pro bn ie parpu rbf mik unspinner bidaman dan ramai lagi menghentam datuk kau2...
seperti meludah langit mereka ini dahulunya kata kena hormat org tua nak kritik ada etikanya....dahulunya kata setia biar bertempat masa mereka hentam pak lah, mereka tuduh datuk macam2 gila kuasa, gila jawatan, gila itu dan ini sedangkan musuh yg benar2 musuh mereka mengucil dalam jamban takut...mereka ni cam pekida 3 line jugalah..sama2 melayu nak tunjuk kuat dengan cina india menikus....
saya tatau betulke datuk hentam najib sbb tak dapat pangkat yg diidamkan???atau datuk dibayar org tertentu walaupu dari sudut penilaian saya diorang pun mungkin dibayar!! sebagai hambaNYA yang hina saya menjunjung integriti alquran untuk tidak menuduh org tanpa bukti sahih bukan sekadar penembak curi....KALAU DATUK BERLAPANG DADA saya sebagai pengikut artikel datuk dan pembaca setia utusan dan NST ingin bertanya pada datuk apakah niat datuk menghentam najib kerana pangkat atau dibayar>????
saya sebnarnya punya banyak sbb untuk percaya datuk buat seperti itu kerana tanggungjawaab datuk mengjustifikasi dosa datuk pada masa lalu....sbg manusia kita semua lemah dan tahu byk dosa kita pada masa lalu dan didalam usia senja 70 tahun keatas dengan pemikiran nothing to loss kebanyakan golongan ini akan cuba remedy atau membalasn atau mengimbangki kesilapan mereka dengan pelbagai cara termasuk cara datuk....
mereka mungkin lupa datuk bukan penyokong pembangkang...tapi datuk membangkang dengan cara yang betul...jika apa yg datuk bangkang tidak betul maka ia akan disisihkan tidak seperti "joker" kita dsai yg bijak untuk menjadikan salah itu betul....
sebaliknya jika bangkangan dan kritikan datuk itu betul maka ia menjadi satu nikmat kepada pm kita sbg check and balance pemerintahannya....kerana kata org tua itu berisi selagi ia tidak menyerang peribadi org spt bini gemuk, rambut palsu dll...
stakat yg saya terjangkau datuk hanya kritik cara dan tindakan najib bukan bibir atau peribadinya...
mungkin mereka2 ini mahukan semua org setia dan menyokong pemimpin sepertimana hang tuah...malangnya....jebat atau tuah yang salah kita belum tahu???tapi kita pasti cara jebat itu adalah salah, begitu juga ketaatan penuh tuah pada raja bukan pada ALLAH....
saya sekadar penulis picisan yang sesen pun tak dapat(ayat std blogger upahan) dan saya menulis untuk anak2 saya dengan ini ingin mengatakan sokongan saya pada datuk dalam mengkritik cara najib dengan cara yang betul, bukan dengan demonstrasi dsb....
mungkin masa ku li, masa anwar, masa musa, masa zahid hamidi, masa syed alatas, masa tunku, masa tun hussein menghentam tun dr mahathir sbg pm merka malas membaca berita dan akhbar..kini bila ada org dalam spt datuk menghentam pm mereka, mereka marah betul....
kalau ada pembaca yg sealiran dengan mereka saya tegaskan tiaia pemimpin termasuk najib akan menjadi hebat tanpa kritikan yang membina khususnya dari dalam "keluarga" sendiri...tapi ramai pemimpin yg lemah bila tidak dikritik khususnya oleh keluarga sendiri sbg contoh pak lah...
sekian...saya Mustaqim Abdul Rahman di http://mustaqimabdulrahman.blogspot.com
Ingatkan artikel pasal Anwar Ibrahim yang perkudakan rakyat?
ReplyDeleteNampaknya Datuk KJ masih tidak berani menyentuh Anwar Ibrahim secara terbuka meskipun dosa menipunya kepada rakyat Malaysia dah lebih tinggi dari gunung Everest.
Salaam. 1. Agree with you Datuk. We'll have to live with Najib until the next GE or until such a time that the BN is thrown out.
ReplyDelete2. It's difficult to throw out Najib. He may appear weak, but he's actually quite shrewd. Remember, he can always count on Rosmah's superior brain and audacity.
3. He was ridden himself of all possible opponents in Umno. He gave them cushy jobs, projects and contracts.
4. He neutralized his critics through subtle intimidation. He did that with Dr Mahathir by using Mukhriz as a pawn in the game.
5. He surrounded himself with mediocre people in the party, the media and civil service who rely on his patronage and will do all his bidding.
6. The opposition is still not strong enough to topple the BN. The coming constituency delineation will make it more challenging for the PR to win.
7. The PR has become so good as opposition that the votes may not want them to rule.
8. So Datuk, you may be that dog that barks to the hill and sooner or later you will lose your voice and Najib will have the last laugh.
Salam Tok..
ReplyDeleteMenjadi kebiasan dalam Umno samaada pemimpin itu lemah atau kuat.. samaada berpengaruh atau tidak.. pemimpin itu tetap diberi sokongan.. siapa yang berani cabar alamat gelap masa depan..
Ini berlaku diakar umbi juga.. Sebab itu Umno ketandusan pemimpin..
Sdr Lahuma selalu berpandangan samaada BN atau PR kedua-duanya tetap sama tak ada pemimpin yang berkebolihan..
Saya kurang setuju dengan pandangan sdr.. kita belum cuba mana kita tau.. pemimpin hanya bolih kita nilai setelah ia memimpin..
Tidak bermakna saya maksudkan pembangkang saja.. kedua-dua BN dan PR kena ada keberanian dalam mengubah pemimpin..
T kasih Tok..
Salaam Dato.
ReplyDeleteAmature Observer...point noted...'.that a dog barking the hill....after sometimes the dog cld loose its voice but the hill remains'
I do share your views but i still believe...in the underlying principle that you got to shout to be heard..and yes perhaps along the way your voice cld be heard.
Its more of everything to gain and nothing to loose.
However the concept of 'shout to be heard' cld still serve the purpose...if not directly bu indirectly....so much so that others who hear it will help you to echo your voice and get the message louder than before.
After all....if lies told a million times wll appear to be true...and Anwar has been doing that all the time and every time...i dont see reasons why Dato...you..me and all others should stop doing.....if we are committed to the truth.
Thank you.
Sdr RD
ReplyDeleteKomen saya yang sdr respon berkenaan (jika Sdr faham) berkisar kepada satu paradoks mengenai manusia yang mempunyai pegagangan hidup yang tidak konsisten dan sama ada memihak /menguntungkan diri sendiri/keluarga/kroni atau tidak mengenai mengapa dalam kes MH370 ramai orang Islam dan bukan Islam yang mahu lihat (demi untuk mempercayainya) serpihan bangkai kapalterbang berkenaan setidak-tidaknya sebagai bukti fizkal, berbanding dengan bukti sains yang bersandarkan Bunyi Pink itu, tetapi dalam masa yang sama mereka percaya bulat2 bukti sains -DNA dalam kes sodomy DSAnwar?
SAJI
Assalam DAKJ,
ReplyDeleteMutakhir ini komentar DAKJ kelihatan semakin hilang signifikannya (no more viable).
Ketandusan idea dan ketajaman fikiran bagi menggambarkan tinta seorang Tokoh Wartawan Negara yg disegani.
Maaf DAKJ. Kalau setakat 'menyalak' saban waktu membedal semahunya ke atas pucuk pimpinan Negara sedangkan pada masa yg sama diam 'membisu' demi menyembunyikan kebenaran akan perihal liwat Anwar... ternyata permainan DAKJ silap.
Terfikir juga berapa banyak Anwar Ibrahim bayar untuk kesemua onar yg dititipkan DAKJ ini?
Mohon pencerahan Datuk.
Sdr Ahmad Zaki Shaari
ReplyDelete"Buatlah teknologi canggih macam manapun, kalau takde sistem yang betul dan sistem tidak diikuti, apa pun tak jadi."
Sistem2 ciptaan Barat seperti sistem radar tidak sempurna. Tidak kira sama ada yang tidak sempurna itu sistemnya atau pihak yang menggunanya tak sempurna.
Kenapa tidak sempurna? Jawapannya (sudut Islam) otak manusia yang melahirkan hujah akli adalah terbatas (untuk satu2 masa)dan boleh dicabar. Dan, bagi saya, pemikiran atau nilai atau sikap manusia yang berubah2 atau bertambah dari semasa ke semasa.
Pun demikian, Barat akan memperbaiki sistem2nya jika ada kelemahan dari semasa ke semasa. Maka, kita akan lihat setiap sistem Barat berubah dari semasa ke semasa. Sebagai contoh,mula2 dulu sistem LRT ada pemandu, tetapi sekarang sudah ada yang takde pemandu.
Jika sistem LRT tanpa pemandu dianggap canggih, Barat tidak memaksa sesiapapun untuk memiliki atau menggunanya.
SAJI
Saudara OKJ,
ReplyDeleteSebenarnya asal usul istilah “Ping” berasal daripada sistem SONAR yang digunakan kapal selam.
Kapal selam tidak boleh lihat apa yang ada secara fizikal dalam dasar laut. Oleh itu “Sound Pulse” atau denyutan suara dikeluarkan kapal selam dan dengan “pantulan” daripada gelombang suara, kapal selam dapat mengagak objek atau sasaran dalam dasar laut.
“Sound pulse” atau denyutan suara ini dipanggil “Ping”.
Kalau di dalam laut, boleh dengar bunyi “Ping” tetapi bunyi ini sangat kuat (sekitar 180 decibel) sehinggakan ikan sekeliling akan terperanjat besar dengan bunyi ping.
Di dalam sistem komunikasi IP (Internet Protocol), istilah “Ping” juga di gunakan, konsepnya sama tetapi denyutan suara atau sonar digantikan dengan denyutan elektromagnetik (Electromagnetic pulse).
“Ping” digunakan untuk menjejak satu sasaran (target) dan “pantulannya” akan memberitahu samada sasaran dapat dicapai atau sebaliknya.
Umpamanya, sekiranya susah untuk masuk blog DAKJ (the scribe), dengan menggunakan komputer laptop kita boleh “ping” website www.kadirjasinblogspot.com. (guna “command prompt”). Sekiranya tidak ada masalah, satu pantulan jawapan akan memberitahu status blog DAKJ.
Disebabkan planet bumi yang bulat, sistem radar tidak dapat menjangkau objek yang terlalu jauh, oleh itu sistem satelit digunakan untuk komunikasi.
Dalam kes pesawat yang hilang, Satelit Inmersat kedudukannya menghadap Lautan Hindi (Geostationary Orbit) dan Satelit ini akan bergerak dalam orbit mengikut pusingan dunia.
Satelit Inmersat dapat menerima “Ping” daripada dua enjin pesawat boeing 777 yang cuba menjejak satelit yang terdekat yang menghadap lautan hindi. Maka dengan sebab ini, pakar komunikasi telah membuat kenyataan pesawat telah bergerak jauh berjam-jam daripada sangkaan awal.
Setelah itu pakar fizik dipanggil dan setelah membuat analisa (guna Doppler effect) , membuat kesimpulan bahawa tempat akhir pesawat adalah dilautan hindi.
Samada betul atau tidak kenyataan daripada pakar fizik, kita sendiri ada pakar fizik atau Prof. Madya dan boleh membuat analisa sendiri dan membuat “confirmation”.
Setakat ini, teori daripada pakar saintis adalah lebih baik daripada teori bomoh penampar buaya.
Salam Datuk
ReplyDeleteApa khabar semoga sihat hendaknya. Saya tertarik denga artikel ini kelangsungan survival rakyat..Sebagai seorang Rakyat Malaysia yang patriotik saya mengaku Kerajaann dibawah pimpinan PM sekarang kurang berwibawa dan agak memalukan pada mata kaca antarabangsa. Walaubagaimanapu saya terpaksa bersikap adil dalam isu kemisterian MH370 kerana perkara ini memang luar biasa dan amat jarang berlaku. Dikala ini saya boleh saja tidak bersetuju dengan tindakan pemulaan Kerajaan yang agak lembab tetapi saya kena lebih bersetuju dengan pembetulan dan usaha yang Kerajaan telah ambil bagi mengatasi kemisterian MH370. Sebagai Rakyat Malaysia yang biasa saya amat meluat dan marah dengan tindakan provokasi berlebih- lebih yang diambil oleh rakyat dan Kerajaan China dalam isu ini, tindakan memboikot dan memulau artis dan destinasti pelancongan seperti yang dilaporkan media antarabangsa adalah naif dan tidak signifikan. Sudah pasti nya kesan nya turut dirasai seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum. Percaturan Kerajaan China dalam isu MH370 agak melampau dan ekstream. Saya melihat isu kehilangan MH370 menjadikan Malaysia medan bertempur sesama mereka. Seruan boikot oleh pemuka-pemuka China direstui oleh Kerajaan Komunis yang tidak sedar tentang kepentingan menjaga hubungan geostrategik dengan Malaysia. Dari isu laut china selatan, isu ekonomi dan sosial akan memberi imej yang lebih buruk kepada Kerjaan China dikala blok barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan eropah mula melakukan penyekatan terhadap pengembangan ekonomi China. Tindakan berlebihan kerajaan China terhadap Malaysia dalam isu MH370 akan menjejas kepentingan perdagangan China memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara Maritim yang strategik menguasai laluan perkapalan di Selat Melaka dan Laut China Selatan. Sebagai seorang Rakyat Biasa saya menyeru kepada semua pengikut blog datuk untuk memberi peluang kepada Pemimpin sedia ada untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dan walaupun kita berlainan ideologi isu MH370 melampaui isu politik setempat kerana ia bersikap global. Bersetuju atau tidak bersetuju itu sahaja pilihan yang ada, melainkan kita membuat pilihan lain pada tahun 2018.
Tunggu aja PRU..DAP tatap memerintah dan Malaysia will be doomed for the Malays. Masa tu Najib says I am a Malaysian. I hope uncle Lee can sentence him to death because of crime making umno lose
ReplyDelete