Monday, April 14, 2014

Ala Baladi: Kembali Teringat Zaman Dolu-Dolu


A Kadir Jasin

KHUSUS untuk warganegara kanan (senior citizens), terutama kaki ghazal party Utara tahun 1950-an dan 1960-an, sila hayati “lagu mengaji” ala baladi elmahboub dari You Tube.

Generasi hip-hop turut dijemput menghayati muzik zaman dolu kala - zaman Radio Malaya raja gelombang udara.

Saya turunmuatkan versi penyanyi agung Mesir, Allahyarhamah Umi Oum Kalsoum (Umi Kalsom).

Versi Malaysia yang saya gemari oleh Abdul Rahman Mohammad, aka Abdul Rahman Alabaladi yang cacat penglihatan tetapi sangat berbakat, boleh diakses di sini.

 
Ini jugalah lagu yang kita nyanyikan tengah malam bulan mengambil ketika menjadi padi di bendang pada musim mengerat (menuai) – saling sahut menyahut dibawa jauh oleh angin timur yang dingin.

Terima kasih




23 comments:

  1. salam Dakj

    muzik albaladi teringat pula saya,
    sekarang orang sibuk angkat air dengan baldi .

    gaya hidup tahun 50an dan 6o an sama zaman dengan lagu tu.

    ReplyDelete
  2. Datuk,

    This song was familiar in the 70’s, or early 80’s. It was played during wedding kenduris, on loud speakers for the listening pleasure of the entire kampong. Normally, it was in the morning, after breakfast or menyerok, or during the slaughter time, after recitation of Al-Quran verses. In the afternoon they would play more modern, Malay songs or Hindi songs. As I am typing this, the memory comes back so vivid, surprisingly, and it's a pleasant feeling too.

    I grew up believing this song to be a patriotic nasyid, all because of that phrase baladin (il)mahbub. I googled the lyrics and the translation today, out of curiosity. Now am not sure anymore ..

    على بلد المحبوب ودبني
    To the country of my beloved, take me
    زاد وجدي والبعد كاويني
    My passion has increased and the separation is burning me
    ياحبيبى انا قلبى معاك
    Oh my beloved, my heart is with you
    طول ليلي سهران وياك
    The whole night, I am staying up with you
    تتمنى عينى رؤياك
    My eyes wishes to see you
    أشكي لك وأنت تواسينى
    I’ll cry on your shoulder and you will comfort me
    يا هنايا لما افرح بيك

    واتهنى بقربك وانعيك

    وعنيه تبقى في عنيك

    احكيلك وانته تراعيني

    يامسافر على بحر النيل
    Oh you traveler on the River Nile
    أنا ليه فى مصر خليل
    I have a friend in Egypt
    من حبه مابنام الليل
    After the night goes to sleep
    على بلد المحبوب ودينى
    To the country of my beloved, take me

    Datuk,
    Masa Datuk nasyid kat tengah bendang time mengerat, patriotik ka ?

    ReplyDelete
  3. Salam Datuk,

    Nolstagik besar nampaknya ... jangan sedih Datuk ... teruskan saja your analisis ... niat baik no problem ... some of us tak terucap apa yang ingin diucapkan ... ada masa bersetuju ada masa tidak ... part of commitment to continuous improvement and betterment ... so be it.

    http://www.youtube.com/watch?v=GKLj56lsag0

    Sollu 'ala khairil anam

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. rahimlpp@ yahoo.com3:48 PM

    Dato' @ Mengapa Dato' membuat pusingan balik saperti MH 370. Mungkin sudah kecewa dengan apa yang berlaku kebelakangan ini atau Dato' ingin bersiap sedia untuk melancarkan serangan yang lebih hebat!

    ReplyDelete
  5. Syed Nadzri3:53 PM

    Salam Tok. Dulu Ghazal parti memang hot di Yan dan Sg Petani. Ronggeng pun ada bila ada keramaian. Ghazal dulu ada ponen menari, semua naik karan.
    Depa tak sedar Umi Kalthum nyanyi lagi Albaladi tu pasal lagu keagungan Mesir negara dia.
    Jadi bila orang dengar lagu Arab saja depa ingat ohh ini lagu ugama. Baguih tuu.
    La nii macam tu laa. Semua dengar Arab saja, habis. Hilang akal. Ronggeng kemana apa kemana. Budaya Melayu di lupakan.
    Terima kasih atas walk down memery lane tadi Dato.
    Syed Nadzri

    ReplyDelete
  6. 1. Sdri Hanezam, lagu tu ada unsur-unsur metafizikal. Cintakan negara, cintakan kekasih. Macam lagu "Kekasih Awak dan Akhir" dendangan Jamil Abdillah. Zaman dulu, lagu dan irama sangat hebat. Orang dulu-dulu, termasuk Melayu, pandai berkias, berpantun seloka. Macam kata Allahyarham P Ramlee "andai dipisah lagu dan irama,..Andai dipisah lagu dan irama
    Lemah tiada berjiwa....hampa."

    2. Sdr Syed Nadzri, orang Melayu ramai tak faham bahasa Arab. Zaman saya di kampong, depa ingat lagu Arab sama dengan Al Quran. Jadi mereka panggil lagu Arab, lagu mengaji atau lagu yang bunyi macam Quran.

    3. Bila ayah saya beli radio (masa tu pakai vacuum bulbs) dan bateri kereta (bateri ayaq), petang-petang sebelum Magrib wanita pondok mai rumah kami minta mak saya buka "lagu mengaji". Dalam jam 6.45 petang, Radio Malaya ada satu rancangan nama "irama padang pasir".

    4. Umi Kalsom, Faris Alatrash, Amhad Abdul Wahab dan Fairuz sangat terkenal. Ghazal Party paling top masa tu adalah Ghazal Party Kepada Batas, kg Pak Lah. Dalam Youtube ada banyak posting ghazal party Utara.

    5. Sdr Xeronine, apa salahnya kita nostalgia, apatah lagi kalau kenangan kita lebih manis dan menghiburkan daripada air tak ada bila nak ambil wuduk atau mandi jenezah kena minta bantuan Jabatan Bomba.

    6. Sdr Rahimlpp, lagu dan irama boleh menyembuhkan. Laskar pun sebelum mereka ke medan perang, mereka menyanyi dan menulis puisi.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. rahimlpp@yahoo.com6:21 PM

    Dato@ Elok juga kita pakat lupa segala masaalah semasa dengan bernostalgia dengan lagu-lagu gazal parti Kepala Batas zaman 60 han. Persaingan hebat masa tu antara Pop yeye dengan lagu-lagu gazal parti Kepala Batas.

    Lagu yang paling saya ingat ialah "marhau walayahban".Saya tak tahu betul atau tidak ejaan dan maknanya tetapi saya boleh hafal sedikit sebanyak lagu yang popular awal 60 han yang dinyanyikan oleh Ustaz-ustaz yang mengajar kelas dewasa di kampong saya.

    2. Tetapi lagu yang paling nostalgia adalah sebuah lagu orang putih. Liriknya saperti dibawah untuk kita kongsi bersama untuk menghilangkan kerisauan kita kepada masaalah Negara hari ini.

    Almost heaven, West Virginia
    Blue Ridge Mountains
    Shenandoah River -
    Life is old there
    Older than the trees
    Younger than the mountains
    Growin' like a breeze

    Country Roads, take me home
    To the place I belong
    West Virginia, mountain momma
    Take me home, country roads

    All my memories gathered 'round her
    Miner's lady, stranger to blue water
    Dark and dusty, painted on the sky
    Misty taste of moonshine
    Teardrops in my eye

    Country Roads, take me home
    To the place I belong
    West Virginia, mountain momma
    Take me home, country roads

    I hear her voice
    In the mornin' hour she calls me
    The radio reminds me of my home far away
    And drivin' down the road I get a feelin'
    That I should have been home yesterday, yesterday

    Country Roads, take me home
    To the place I belong
    West Virginia, mountain momma
    Take me home, country roads

    Country Roads, take me home
    To the place I belong
    West Virginia, mountain momma
    Take me home, country roads
    Take me home, now country roads
    Take me home, now country roads

    Menitis air mata terkenangkan Kupang,Baling,Kuala Ketil,Sik,Pendang,Kuala Nerang,Naka dll> Wilayahku yang masih ramai orang miskin kerana harga getah menjunam turun tetapi orang-orang besar di ibu kota masih bermewah dengan harta Kerajaan.

    iklas,
    rahim

    ReplyDelete
  8. Timbangtara10:57 PM

    Salam Tok..

    Ohhh Datuk.. terkenang-kenang saya zaman kecik-kecik dahulu.. menggamit perasaan yang tak akan kita jumpa dan kembali lagi.. sayu rasanya..

    Mungkin yang muda tak merasa seperti yang kita rasa sebagai senior citizens.. tapi satu hari nanti bila mereka telah sampai USIA EMAS macam kita.. barulah mereka tau akan nilainya..

    Zaman dolu suasana malam sunyi dan sepi guna pelita tak ada letrik.. irama padang pasir Radio Malaya main waktu hampir tengah malam.. sayup-sayup kedengaran..

    Samaada orang bendang atau orang menoreh nostalgianya tetap sama..

    Terkenang Umi kalsum dan Fairuz.. yang mengaji Quran Faridah Mat Saman dan Ismail Hashim..

    Lepas ni Datuk tulislah lagi mengenai masalah negara kita yang macam-macam ini..

    Terima kasih Tok..




    ReplyDelete
  9. din klang1:11 AM


    Dato

    Saya lebih suka dengar lagu wal hasil balik asal, wal asal balik hasil

    ReplyDelete
  10. Salam Dato,



    Eemmmmhpph!... sedap bunyi kat telinga saya.



    At least posting dato kali ni menghiburkan.... saya ni rasa macam nak kena makan sahur dah ni!,selepas dengar lagu tu.


    Asyik cerita politik senentiasa pun membosankan juga,tak gitu dato?.



    Abu Bakar Ab Rahman




    ReplyDelete
  11. Dato',

    Bernostalgia itu percuma. Paling penting, ia mendekatkan kita kepada alam nyata. Ada orang kata mereka yang mula bernostalgia tandanya mereka sudah tua. Tapi saya kata, orang yang bernostalgia adalah mereka yang peka dan sangat menghargai masa.

    Jangan peduli tentang mereka yang cuba hendak melemahkan pemikiran atau perasaan Dato'. Orang macam Kawanlama, SemutApi hatta suatu ketika dulu OKJ itu lebih bercelaru pemikiran mereka.

    Saya tahu apa yang Dato' tulis adalah suara hati Datuk. Dan Dato' berasa sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang warga yang prihatin apabila menegur perbuatan salah laku pemimpin yang dipilih.

    Syabas Dato'!

    ReplyDelete
  12. Lahuma1:21 PM

    Dato

    Pandang depan Dato.Jangan pandang belakang banyak sangat.
    Yang lepas biarlah berlalu.

    Masa depan Malaysia nampak nak makin celaru.

    Bila Pas nak bawa usul sendirian laksana hudud nanti.

    Nampak gaya telur busuk Pakatan Rakyat sudah hampir pecah.

    Rupanya drama politik Pas.Dap,Pkr
    kerana nak tumbangkan UMNO/BN sahaja bukan kerana masa depan rakyat.

    Kita tunggulah Ala Baladi dalam Parlimen nanti bila usul hudud dibawa nanti.

    Hadi awang kena kerja kuat untuk menang undi dalam Parlimen.Tarbiah lah rakan dalam Pakatan Rakyat mereka dulu.

    Saya pun teringat zaman dolu-dolu siapa kafir siapa Islam kali ini.

    Semoga Pas dan Hadi Awang akan berjaya dengan Ala Baladi dalam Parlimen pada bulan Disember nanti.

    Karpal Singh bolehlah siap sedia untuk pembawa dan penyokong usul hudud langkah mayatnya.

    Terima kasih Dato.

    ReplyDelete
  13. KENANGAN yang amat terbaik, Bagi membina maruah bangsa yang telah hilang oleh kepimpinan negara yang hanya sibuk membina hala tuju yang gelap.

    Menarik tok tulisan ini.

    ReplyDelete
  14. Isu hudud kembali hangat.. hakikatnya pas dan umno x mampu laksana hudud..hmmm

    ReplyDelete
  15. Anonymous4:11 PM

    Since Kadir Jasin is into music, perhaps this is a much song for Malaysia especially the establishment. Hahahaha!

    http://www.youtube.com/watch?v=0QTQdAKUZmA

    Perhaps, those people can sing that!

    To that goons such as Kampung man does not know where the heck Durham town is.....Of course, he may know where camden town. Don't know ask Hisham Rais la!

    http://www.youtube.com/watch?v=AY-2einPmd4


    ReplyDelete
  16. Salam Dato.

    Versi..Melayu..Kedah
    Alabaladin naik mutu takdak enjin...pi ghumah Pak Din bukak kepiah kepala leecheien.

    Sy dulu tahun '73...umur 17 tahun..pun pernah naik stage menari dgn 'ponen' masa pi kenduri kahwin kakak kwn sekolah di Yan....masa tu pun tak tahu benda sngat....
    Bayangkan lah dikubu Pas...ada ghazal dan ada tarian...ada 'ponen' lagi... heh heh...

    Apa pun...Dato nmpak santai...'round' ni....tapi lepas 'taboh' 2 dan 3 biji di round lepas2.
    ....sy nampak mcm 'fed-up'pun ada.'blow' pun ada..

    Cuma 'takat' tu saja kot....
    Tapi sy tak nmpak mcm 'give-up' pun.

    Harap2 mcm tu lah...
    Sy sgt percaya dan masih percaya dgn kata2 hikmat..
    "the pen is mightier than the sword"..
    Lagi pun kalau dah anak jantan...apa nak takut nya....

    Well Dato...betullah dgn kata2....
    'you got to move 1 step back in order to move 2 steps forward or you just got to slow down in order to speed up'.

    Pokok nya...tak kan kita nak biar saja puak2 Melayu Umno dok buat ikut suka hati depa.....
    Kalau kita diam...syok habis lah depa ni...dah lah 'pressure group' pun tak dak...seronok sakanlah kalau kita dok diam.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  17. Salam Dato’ Kadir

    Terus terang saya mengaku tak berapa tahu lagu tersebut dan bukan dari generasi saya. Tapi saya selalu mendengar siaran klasik nasinoal bila memandu. Juga saya biasanya memilih seleksi emas P Ramli bila berjalan jauh sampai tertidur. Jadinya, saya kira kita setaraf lah Dato’ dlm bab lagu-lagu ni. Keputusan: seri.

    Seterusnya izinkan saya membuat pembetulan. Saya cukup terganggu bila Dato’ buat kesimpulan 2 pemegang passport palsu dlm MH370 tu tak bersalah. Sebabnya, bagi sayalah, salahtu Dato’. Saya ingat Dato’ faham apa yg saya nak cakap pada awal dulu. Pertama, Pakai passport palsu yg katanya dibeli dgn harga ribuan USD tu pun dah salah. Kedua, betulke mereka tu cuma pemerdagangan manusia ?? Dan betulke ianya secara kebetulan dlm kapal terbang kita dan macam ‘Buat-buat Melarikan Diri’ ??? Sebenarnya, cluenya ada pada keluaran akhbar pembangkang pada awal March iaitu beberapa hari sebelum terjadi. Cuba cari……. sekian TQ.

    ReplyDelete
  18. Dato',

    Sewaktu berjalan, memandu kereta/lori/bas, menunggang motosikal/basikal, kita tidak boleh asyik pandang ke depan saja. Sesekali kena juga toleh ke belakang dan ke kiri-kanan. Betul tak, Dato'?

    Masalah pemimpin sekarang adalah kerana alpa untuk melihat ke belakang sebab itu kesilapan yang sama asyik berulang. Maklumlah mereka dikelilingi anak muda yang ghairah hendak mengejar impian tanpa tahu (re: tidak mahu tahu atau tidak ambil peduli) tentang sejarah dan asal-usul bangsa.

    Malangnya, rakyat marhaen menjadi mangsa...depa hidup kaya-raya, senang-lenang bermaharaja lela.

    ReplyDelete
  19. Salam Dakj,

    Dato' perasan tak, sejak DSAnwar dihukum penjara 5 tahun TDMahathir dan TDaim dah berhenti menyerang kepimpinan PM DSNajib. Bahkan Mahathir sendiri memuji Najib mengurus isu MH370. Mengapa?

    Namun Dato' terus menyerang kepimpinan Najib. Nampak Dato' macam nak tujuk bukan grup Mahathir -Daim yang nak jatuhkan Najib yang diperkatakan sebelum ini.

    SAJI

    ReplyDelete
  20. Sdr Saji (kalau ini Sdr Saji original) berkata: "Dato' perasan tak, sejak DSAnwar dihukum penjara 5 tahun TDMahathir dan TDaim dah berhenti menyerang kepimpinan PM DSNajib. Bahkan Mahathir sendiri memuji Najib mengurus isu MH370. Mengapa?

    Namun Dato' terus menyerang kepimpinan Najib. Nampak Dato' macam nak tujuk bukan grup Mahathir -Daim yang nak jatuhkan Najib yang diperkatakan sebelum ini."

    1. Saya hormati hak dan budibicara Tun Dr Mahathir dan Tun Daim, tetapi saja tidak semestinya bersetuju dengan mereka.

    2. Saya tak ada "grup". Atau saya terlalu kecil untuk se"grup" dengan dua Tun itu.

    3. Lagipun, saya hanyalah seorang rakyat biasa yang kebetulan seorang penulis. Kalau saya tak menulis, apa saya nak buat.

    4. Dr Mahathir ada jawatan dan kepentingan lain. Daim seorang peniaga.

    4. Mungkin mereka memerlukan pemerintah lebih daripada saya.

    5. Saya hanya memerlukan pemerintah untuk melakukan yang betul dan terbaik untuk rakyat jelata, khususnya yang tidak berpengetahuan dan daif. Mereka inilah yang perlu dijaga dan tidak diperkotak-katikkan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  21. Salam Dato.

    Dato berkata ".......sy memerlukan permerintah untuk melakukan yg betul...." rakyat jng diperkotak-katikan.

    Syabas.....kira apa sy jangkakan
    memang betullah...
    Dari jawapan tadi..sy kira Dato masih 'in touch' dan fokus dgn matlamat asal...cuma bersantai sedikit dgn topik yg isi nya ringan dan 'zero' kontroversi.

    Cuba kita renung seketika dan buat satu rumusan tentang semua yg kita alami dln masa 1 tahun ini atau salepas GE13.

    Apa yg telah dan masih kita hadapi?
    # isu perkauman - masih tetap tegang...RBA dan setengah bloggers baik pro- kerajaan atau pro - pembangkang pun kelihatan bebas mengutuk...memfitnah....dan membakar fikiran rakyat.
    # kos sara hidup - melambung naik..harga minyak petrol naik....sewa rumah naik...harga rumah naik..faedah pinjaman kereta..rumah dan oerniagaan dah mulai naik.
    # masaalah jenayah- saperti ragut..pecah rumah...rogol..rompakan..bunuh...dsb..masih lagi tinggi dan tiada tanda2 akan berkurangan atau terkawal.
    # masaalah sosial dan Ugama.....pendatang berizin dan tanpa izin...saperti ..Pak hitam ...indon...bangla...myanmar...dan columbia yg terang2 memberi masaalah pd penduduk tempatan masih berlarutan....ditambah pula dgn kes2 antara mahkamah syariah dan sivil tentang hak penjagaan anak antara bapa emak yg islam dan bukan islam..
    Isu2 Syiah yg diharamkan tapi masih lagi menggangu benak org2 Islam kerana kelihatan tiada apa2 pun tindakan dan kekangan yg konkrit dari pihak berwajib....
    Isu kalimah Allah pun tidak di tangani dgn baik olih permerintah.
    # masaalah Comango yg membohongi media asing dan Negara luar...dgn
    Isu2 yg diputar belit saperti...tiada kebebasan berugama...tiada kebebasan bersuara...rakyat minoriti terutama kaum Cina ditindas....dll.
    Walau pun mereka dibiayai olih dana asing tetapi kelihatan begitu kebal sekali didlm kerja2..menghentam...menghasut dan menabur fitnah tetapi nmpak pula mcm tiada apa2 kekangan atau tindakan dari ketajaan.....
    Bagi sy Comango ini bolih ditakrifkan sebagai 'pengkhianat' dan mesti dikenakan tindakan.
    # masaalah Pembangkang yg asyik mengutuk kerajaan secara berterusan saperti Tian Chua yg terang2 berkata dgn niat menghasut..untuk menguling kerajaan BN dalam masa 5 bulan.....perihahal Anwar yg membohongi..menghasut dan menghentam kerajaan dlm banyak hal sama ada didlm atau diluar Negara.....walau pun mereka adalah ketua2 parti Pmbangkang tetapi cara kerja dan perbuatan menjerumus pd Anti Kerajaan dan ini tidak betul malah dikira bahaya dan mesti di tangani terus...ini bukan lagi pernainan saperti 'police & thief' masa kecil2 dulu.
    Mana2 Negara didunia pun akan tetap akan mengambil tindakan yg sewajarnya pd mana2 parti atau rakyat individu yg Anti Kerajaan.....tetapi Permerintah BN kelihatan lesu dan lemah sekali dgn perkara begini.
    # isu pemotogan dan catuan air....ini isu besar dan menyusahkan rakyat.....rakyat tudak berminat tentang pihak mana yg bertanggung jawab....MB Selangor ka...Syabas ka...kerajaan Pusat ka....pokoknya...rakyat tetap menanggung azabnya.

    Rakya faham dan akur tentang banyak perkara.
    Ada yg bolih dan ada yg tidak bolih dibendung walau mcm mana rapi pun. .saperti Tragedi MH 370....ini kuasa Allah....tetapi kes penculikan di Pulau Peranginan bagaimana pula?

    Semua isu2 yg sy sebut diatas cukup menghantui dan menggangu kehidupan harian dan tentu sekali mesti di tangani selalu dgn kadar segera.....tetapi dan hampir 1 tahun berkuasa pun masih kelihatan goyah dan lemah.....mestikah ianya dibiarkan?
    Kalau bukan Kerajaan BN dibawah pumpinan Najib yg bertanggung jawab.....sy bertanya siapa atau kerajaan mana pula yg bertanggung jawab?

    Atau pun rakyat jgn banyak cakap....terima saja seadanya.....

    Terima kasih

    ReplyDelete
  22. Salam Dakj,

    "Dato' perasan tak, sejak DSAnwar dihukum penjara 5 tahun TDMahathir dan TDaim dah berhenti menyerang kepimpinan PM DSNajib. Bahkan Mahathir sendiri memuji Najib mengurus isu MH370. Mengapa?

    Namun Dato' terus menyerang kepimpinan Najib. Nampak Dato' macam nak tunjuk bukan grup Mahathir -Daim yang nak jatuhkan Najib yang diperkatakan sebelum ini."

    1. Saya, Saji original, yang menulis komen di atas semalam.

    2. Maaf cakap, itu cara saya (komen menggunakan ayat "indirect" dengan bunyi nakal sikit) untuk mendapatkan jawapan pasti daripada mulut Dato' yang sebelum ini ditanya oleh beberapa rakan pembahas yang Dato' buat tak tau itu. Di mana, saya sendiri amat puas hati dengan jawapan yang Dato' berikan itu. Terima kasih.

    SAJI

    ReplyDelete
  23. Zed-8512:28 AM

    Saudara MSH,

    Mungkinkah isu perkauman dan ugama sengaja diada-adakan untuk mengalih perhatian orang daripada masalah yang sebenar seperti kos sarahidup tinggi dan masalah sosial dan jenayah?

    Masalah perkataan "Allah" umpamanya, negara Islam lain pun ada ramai penduduk kristian tetapi hanya di Malaysia menjadi isu.

    ReplyDelete