A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan
disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh
guna nama samaran.]
SETAKAT bertanya.
Kalau Presiden Amerika yang
pertama melawat Malaysia diabadikan dengan menamakan sebuah rancangan Felda
mengikut singkatan namanya, apakah agaknya yang akan diabadikan bagi mengingati
lawatan Presiden Barrack Hussein Obama mulai hari ini hingga Isnin?
Felda LBJ di Negeri Sembilan
diabadikan kepada Presiden Lyndon Baines Johnson yang mengunjungi negara kita
pada tahun 1966.
Presiden Johnson Lawat Rumah Melayu |
Dengar khabar, ramai ibu bapa di
Sarawak dan Sabah masa itu memberikan nama Johnson kepada anak lelaki mereka
yang baru lahir mengambil sempena nama Presiden Amerika itu.
Dengan hubungan yang
diuar-uarkan sebagai sangat akrab dan intim antara pemerintah negara kita
sekarang dengan Pentadbiran Obama, tentulah satu bentuk pengabadian yang
istimewa akan diberikan. Saya terkejut sekiranya tidak. Tetapi tentulah bukan TPPA kerana kerajaan kita berjanji lawatan Obama bukan untuk menandatangani perjanjian itu.
Oleh sebab tidak ada lagi
rancangan baru Felda maka sukarlah menamakan sebuah rancangan Felda mengikut
nama Obama melainkan menukar nama salah sebuah rancangan Felda yang sedia ada.
Beriramalah kalau sebuah
perkampungan Felda dinamakan mengikut nama Presiden Amerika itu. Contohnya,
Rancangan Felda Obama.
Bagi rakyat jelata kita,
khususnya yang ditimpa pelbagai musibah (kehilangan misteri MH370, catuan
bekalan air (termasuk penulis), tekan inflasi, pengangguran dan sebagainya),
lawatan Obama mungkin tidak akan membawa kegembiraan.
Sebaliknya orang yang tinggal,
bekerja atau lalu-lalang berhampiran tempat kediaman dan lawatan Obama akan mengalami
tapisan keselamatan yang ketat.
Bagi pencinta Obama dan Amerika,
mereka tentulah sangat kagum dan teruja. Maklumlah selama 22 tahun pemerintahan
(Tun) Dr Mahathir Mohamad, Amerika tidak dapat mempamerkan kasih sayang kepada
kita kerana Dr Mahathir sering mengkritik negara raksasa itu.
Selepas era Mahathir dan selaras
dengan falsafah baru para pengganti beliau seperti keterangkuman, kesederhanaan
dan liberalisme, kita tidak lagi kritikal terhadap isu-isu antarabangsa,
khususnya yang dipelopori dan diterajui oleh Amerika.
Berapa kerat rakyat Malaysia
yang peduli bahawa beribu orang awam Islam terbunuh dan cedera akibat operasi
pengecut serangan “drone” Pentadbiran Obama?
Jadi tidaklah menghairankan
kalau lawatan Obama akan diabadikan dalam satu bentuk yang istimewa. Namun kita
harus akui bahawa dalam geopolitik, kita perlu mempunyai perhubungan yang
bertamadun dengan semua negara, khususnya negara-negara kuasa besar seperti
China, Amerika dan Rusia.
Dan sebagai negara bertamadun, kita tentulah mahu mengucapkan terima kasih kepada Amerika kerana turut membantu mencari penerbangan MH370 yang masih hilang selepas lebih sebulan, apatah lagi apabila seorang pegawai Amerika semalam dipetik oleh agensi berita Reuter sebagai berkata, pencarian pesawat itu mungkin mengambil masa bertahun-tahun.
Dan sebagai negara bertamadun, kita tentulah mahu mengucapkan terima kasih kepada Amerika kerana turut membantu mencari penerbangan MH370 yang masih hilang selepas lebih sebulan, apatah lagi apabila seorang pegawai Amerika semalam dipetik oleh agensi berita Reuter sebagai berkata, pencarian pesawat itu mungkin mengambil masa bertahun-tahun.
Wallahuaklam.
Dato.
ReplyDeleteObama Presiden AS penggal terakhir.Penggal dia makan angin dan cari peluang selepas tamat perhidmatan nanti.
Lawatan Obama ke Malaysia mengesahkan yang pemimpin Melayu kini masih dan terpaksa melutut pada Yahudi.
Ramai pemimpin Melayu Malaysia adalah pelakon cium tangan Presiden AS ini.
Dapat bergambar dengan Obama pun sudah cukup hebat.Walaupun bertaraf PM.
PM Najib dan Ketua Pembangkang Anwar berebut-rebut siapa dapat peluk Obama paling lama.
Itulah cara main politik dari berhperingkat kampung,pinggir bandar,bandar ,bandar raya dan nasional Malaysia.
Percayalah lepas Obama balik dan tinggalkan Malaysia rakyat Malaysia masih dibelenggu berbagai isu.Inflasi,pengangguran terutama Mahasisiwa Melayu.Bas dan lain kenderaan bertambah kemalangan maut.Rasuah menjadi-jadi.Ketirisan sudah perkara biasa.
Sebenarnya pemimpin Melayu Malaysia berebut mahu jadi Obama sebagai bapa angkat mereka.
Tentang pengabdian untuk Obama saya sendiri pun tak nampak apa dia yang sesuai dengan Obama.
Kalau saya jadi PM Malaysia tentu sekali saya akan abadikan sebatang sungai yang ada di Malaysia sebagai Sungai Obama.Dengan adanya sungai yang bernama Perseden AS ini maka JPS dan lain agensi kerajaan hulur peruntukan yang cukup untuk urus tadbur sungai itu.
Sebab sungai kita cukup teruk sekali.Jaga sungai JPS.Permit pasir Pejabat Tanah.Bawa pasir pewrmit lori SPAD.Trafik PDRM.Atas jalan JPJ.Pemandu hisap dadah kerja AADK.
Pening dan pitam jika fikir ini semua.
Itulah fantasi saya Dato .
Sungai Obama.
Terima kasih Dato.
Salam Datuk,
ReplyDelete1. Teringat janji-janji Obama ketika berucap selepas baru sahaja memegang teraju Amerika/Dunia. Beliau akan lebih mesra Negara-Negara Islam. Penutupan Guantanamo Bay. Menuju ke arah dunia yang lebih selamat dan dinamik. Selepas setahun, tiada keajaiban, malah beliau 'terpaksa' tunduk kepada zionis . Asia Barat di olah semakin bergolak. Drone di terbangkan untuk membunuh konon nya pengganas Islam. Tiada langsung di sebut ' human rights'
2. Jika di lihat tiada siapa mahu kehadiran Amerika. Filipina masih sengsara sehingga kini. Oleh kerana kuasa dan pengaruh nya No. 1 dunia, tiada siapa boleh menafikan. Secara global, Malaysia boleh di iktiraf untuk hubungan diplomatik,ekonomi dan keselamatan. Natijah nya ada juga pengiktirafan. Seperti hubungan kita dengan China, Russia dan Asia Barat. Jika bukan polisi Amerika terhadap pengaruh nya, Malaysia adalah satu Negara yang boleh berperanan tanpa sempadan, kaya raya. Cukup boleh berhubung dan berurusan dengan Iran, Syria, Turki dan Negara Eropah yang berfahaman sederhana.
Jika Obama di abadikan, boleh sahaja menjadi Lebuhraya Obama di jalan yang di lalui.... kenangan untuk Presiden Amerika yang ingin juga menjengok Malaysia berbanding Bush yang memusuhi tegar kita gara-gara Tun M yang berpendirian teguh.
Datuk,
ReplyDeleteSalah satu aturcara Presiden Obama adalah melawat MaGIC- Malaysian Global Innovation Creative Centre di Cyberjaya.
Pusat ini adalah hasil kerjasama AS dan Malaysia.
Pasti adalah tu sebab pusat ini dulu telah dilawati oleh John Kerry semasa GES ( Global Entreprenuerhip Summit) yang diadakan tahun lepas. Katanya 500,000 usahawan seluruh dunia termasuk Malaysia akan dilatih disini.
Tambahan pula AS akan menyumbang dana??
Munkin Datuk lebih ariff tentang ini.
Apa pun kita tunggu dan lihatlah.
Datuk tak dapat jemputan makan malam untuk meraikan tetamu kehormat kita ke?
Dato'
ReplyDeleteKalau nak bandingkan Obama dengan LBJ (Lyndon Johnson), LBJ lebih popular.
Tidak perlu pengabadian saya rasa untuk Obama.
Saya rasa elok kita ikut sistem USA menghadkan terma untuk ketua kerajaan untuk 2 penggal.
Sudah banyak negara dalam dunia dah buat.
Hendak lama-lama buat apa? 2 penggal sudah cukup.
Tun Dr.M pun setuju tidak boleh lama-lama, bagi can kepada orang lain....
Sangat setuju bahawa era sekarang ini terlalu menyanjung Amerika hingga banyak isu antarabangsa melibatkan Amerika kita diamkan sahaja. Zaman Tun M lain Datuk. Sekali air bah, tujuh kali pasir berubah. Sekarang ini sudah banyak "penjilat-penjilat" Amerika dalam kalangan kita. Bagi saya nak datang, datanglah. Kita sambut tetamu. Tetapi tidak usahkan menggambarkan kepada rakyat tentang laba hasil lawatan Obama. Sebabnya banyak bala.
ReplyDeleteTok,Salam.
ReplyDeleteObama ni di mai Tanah melayu (campor Sabah dengan Sarawak tolak Singapura jadi Malaysia), bawak bini ka Tok?
Di Amerika Presiden orang nombor satu. Bini dia dipanggil First Lady (Wanita Pertama). Kalu dia tak bawak bini, pasai apa? Mesti ada orang frus.
Pasai apa bila Obama sah nak mai Malaysia dan Korea Selatan dua-dua negara kena timpa bencana?
Dok ingat cerita gedembai.
Dato
ReplyDeleteSorry lari dari tajuk...PM Korea Selatan mengumunkan perletakan jawatan kerana rasa tanggung-jawabnya di atas kecelakaan feri...ini berita terkini di petik dari Channel News Asia.....ada kah mana-mana menteri kita yang sanggup berbuat macam PM Korea ini.....
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam dato,
ReplyDeleteAgak agak apa dia mahu dari Malaysia?.
Dan agak agak apa pulak Malaysia mahu dari USA sebagai balasan memenuhi permintaan USA itu?
Tak kan mai takat jalan jalan saja kut ni......
Minta ruang udara untuk drone?
Minta beli peralatan tentera?
Minta beli hutang USA?
Minta ruang untuk `refueling and services' ?
Minta terima consultants baru?
Abu Bakar Ab Rahman
Hairan ya...kenapa manusia di Malaysia ni suka sangat mencari dan menceritakan kelemahan orang....seolah olah mereka ini sudah tiada kerja lain yg lebih menafaat untuk di buat seharian.... Lebih baik jika memberi cadangan yg mungkin boleh membawa kebaikkan ........ yg lebih malang nya hobi mencari kelemahan orang ini lah yg menjadi agenda utama pihak pembangkang dan juga pemerintah....
ReplyDeleteSpot on soalan dari Bernama kepada Obama mengenai Mh 370.... Tergagap dia nak menjawap
ReplyDeleteSalam Datuk,
ReplyDeletePada tahun 1966, US sedang risau kesan domino komunisme ke atas negara-negara Asia. Malaysia boleh ditonjolkan sebagai juara yang telah meranapkan komunisme dan seterusnya berjaya pula membendung ketegangan kaum (ketika itulah. Siapa tahu 13 Mei 1969 akan berlaku selepas itu). Sila tuan-tuan baca ucapan rasmi LB Johnson berkenaan lawatan itu di sini. Jadi hubungan baik US dengan negara-negara Asia akan menguntungkan US. Pada masa yang sama US sedang mengerjakan Vietnam habis-habisan. [i love the smell of napalm in the morning. you know, one time we had a hill bombed. for 12 hours..] Itu cerita lama. Cold War pun katanya dah tamat.
Selesai sahaja episod Vietnam, Amerika mengalami kewangan yang teruk, dan akhirnya Nixon menghentikan kebolehtukaran dollar dengan emas. Dah tak nak perang lagi, mereka beralih ke perdagangan dan kewangan pula. US amat bernasib baik, kerana telah berjaya melonjakkan USD sebagai matawang antarabangsa sebelum itu lagi. Sampai hari ini dagangan antarabangsa diniagakan dalam USD. Matawang rezab bank-bank pusat banyak negara banyak pakai USD. Transaksi kewangan antarabangsa diselesaikan dalam USD. Sampai hari ini. Selepas krisis kewangan 2007, USD diperkasakan lagi, kerana ciri-ciri 'exorbitant privilege' (keistimewaan melampau ?) yang ada pada USD. Ada pendapat mengatakan jika pada masa akan datang USD sebagai matawang antarabangsa terpaksa berkongsi kedudukan dengan matawang-matawang lain seperti yen dan renminbi, keistimewaannya akan tergugat. Itulah sebab TPPA sangat perlu bagi US. Ingat tak masa ura-ura ASEAN Economic Community (AEC), US dan China sibuk lancarkan 'charm offensive' mereka. Hmmm... perebutan, perebutan.
Sebab-sebab ini kah MH 370 ? Sebab inikah Obama datang ? Manalah tahu, kan ? Liar sungguh jangkau igauan kami.
Datuk, hujah-hujah membantah TPPA oleh budak-budak PKR itu bagus sekali. Dan, kalau Datuk nak cadangkan kampung tempat kami sekolah jadi Felda Sungai Obama pun bagus jugak. Najib pun dah berapa kali pi situ. Walhal sungai tak dak. Jadi tak dak sungai yang akan dapat manfaat, macam Sdr Lahuma igaukan. Tapi manalah tahu kot-kot mana depan depa peneroka di situ jadi jutawan segera macam orang Felda LBJ.
Tak salah diabadikan "sesuatu" sempena lawatan Presiden AS.Bukannya kerap seorg Presiden negara terhebat dunia melawat negara kita.Obama tak singgah di Brunei.Spork,Indonesia,Thai,Mymaar,Viet dan lain2.
ReplyDelete"Obama Drive" di Bukit Bintang!Bunyi cun.
Presiden Lyndon Johnson singgah sebentar di KL lebih 50 tahun lepas.Beliau datang masa rejim Vietcong di Vietnam nak tumbangkan kerajaan demokratik Vietnam.Saigon dah tukar jadi bandar Ho Chi Minh (kepala Parti Komunis Vietnam).
Salam Tok...
ReplyDeleteObama sebenarnya adalah seorang manusia biasa macam kita juga.. malah mengikut ceritanya dia dilahirkan diJawa Indonesia, yang mana Indonesia tidak jauh bezanya dengan negara kita dari sudut alam semula jadi..
Cuma yang membezakan Obama dengan kita ialah kerana dia seorang presiden dari sebuah negara yang paling berkuasa didunia pada hari ini..
Amerika Syarikat terkenal sebagai sebuah negara yang pengaruh yahudi memainkan peranan besar dalam pentadbiran negara..
Malaysia sebagai sebuah negara yang pentadbiranya diketuai oleh orang Islam adakah tidak dengan lawatan Obama tidak mempunyai aginda tertentu untuk kepentingan negaranya..
Dr M pun seperti bimbang mengenai perjanjian TPPA dimana Malaysia terlibat sama..
Kita tengoklah nanti..
Terima kasih Tok..
Datuk,
ReplyDeleteBetullah jangkaan saya!
Semasa lawatan Obama di ibu pejabat MaGIC, PM telah menamakan ruang berbentuk oval yg terdapat dibangunan tersebut sebagai "Obama Oval"
Cantik...
1. Ada pembahas tanya kalau saya dapat jemputan ke majlis santapan negara untuk Pres Obama. Jawabnya tidak.
ReplyDelete2. Tapi saya turut rasa kesan lawatan beliau. Petang semalam tersangkut sejam lebih di Kerinchi Link menghala pusat bandar. Jalan tutup kerana Obama lawat UM.
3. Wanitabukittinggi, terima kasih atas maklumat.
4. Alangkah elok kalau kita namakan dewan itu dalam bahasa Melayu, misalnya Bujur Obama, Ruang Obama atau Sayap Obama. Obama pun tentu suka sebab dia pun faham sikit-sikit bahasa Melayu Indonesia.
5. Cannonkapit, boleh namakan jalan ikut nama Obama. Tapi kenapa Presiden Amerika saja? Macam ada unsur penjajahan psikologi/minda oleh Amerika.
Terima kasih.
Tok, Mat Najib kata apa bila Mat salleh Amareka tu lecture dia pasai kononnya discriminate orang kafir/bukan Islam?
ReplyDelete"Malaysia must ensure non-Muslims in the country also have equal opportunites as its Muslim majority if the Southeast Asian nation wanted to continue prospering, United States President Barack Obama said today of his landmark visit, 48 years after the last American president paid a visit.
"Malaysia won't succeed if the non-Muslims do not have the same opportunity,” Obama said in a townhall meeting for Asean youths at Dewan Tunku Cancelor in University of Malaya in Kuala Lumpur today.
Obama said non-Muslims in Malaysia are currently facing hostility, and some have felt oppressed.
"There shouldn't be reason to discriminate, and you have to make sure that you are speaking out against this in daily life.
And as you emerge as leaders, you should be on the side of politics that brings people together rather than drive them apart," Obama said to cheers from the crowd."
dalam media massa perdana tak ada la kot. depa main puji sajalah. Star ada kot esok.
Orang kafir/bukan Islam kena pilih kasih ka Tok?
Macam mana discriminate Tok kalau tok tong Hindu rata tempat ada, sah dan haram. Jalan gasing dengan brickfields berapa geraja? Wat Siam, tok kong Cina, Gundwara Sikh macam-macam lagi. Allah pun depa nak balas juga.
Obama sindir pasai tak ada gereja Yahudi kot? Tak pa esok Mat Najib buat satu.
Orang putih ni tok (Obama setengah cerah setengah gelap) dia senang duduk kalau tak lecture orang kulit warna macamm kita. Padan muka. Mat Najib hemoi pujuk Obama mai. Kena bayar ka Tok? Macam Mahathir/Megat Jonid bayar pelobi Washington.
Anwar frust terkejong tak boleh pelok Obama. Haha..
Datuk Salaam and allow me.
ReplyDeleteThe views of debater Dok Perati are appreciated although simplistic. They have their bases.
But to my mind, Mohd Najib wasn’t to be blamed. Just that with Najib pandering to Obama and the West is made easy and natural by his education in the West, and now by the influence of western-oriented advisers and consultants.
Remember, he’s the first of become PM among the new era Umno leaders who are educated abroad (England). Dr M and Pak Lah were educated locally.
But the process of pandering to the West, the USA specifically, ironically started in earnest during Mahahtir’s era. He was anti-West, but he allowed (or used) Anwar Ibrahim for the purpose of befriending the US.
He knew Anwar’s shenanigans in Washington, NY and Paris.
But Anwar was genuinely in awe with the West partly because of the minda melayu he picked up as Malay Studies undergrad of the UM. Melayus are easily impressed with Orangs Putih.
Had AI not being funny or had Mahathir not sacked him, he would be the first truly pro-west PM of Malaysia. Pak Lah would not due to his religious background. But he was hijacked by his pro-west son-in-law and pro-Singapore NST Chief Editor.
But in Najib we now have a true believer in everything West and in supremacy of Judeo-Christian civilization of the West.
So the lecturing he received from Obama in response to question at UM could only be the beginning.
But Najib not be aware that Malaysia’s moderate Islam is facing imposition not only from the local political Christianity, but also from Obama who comes from a secular country.
Maybe it escaped his attention that Malaysia is not a secular nation and Islam is the official religion of the country.
I rest my case.
The Lawgiver
Salam Dato,
ReplyDelete1.Lawatan Obama ke Malaysia amat simbolik.Ia nya satu pengiftirafan pada satu negara kecil yang mengamalkan demokrasi caranya sendiri dan ianya mendapat pujian banyak negara asing didunia sejak dari zaman Tun M dulu lagi.
2.Rantau Asia tenggara kita ini bolehlah disifatkan rantau yang aman dan di doakan biarlah ianya berterusan aman kerana kita tidak mahukan kecelakaan saperti mana berlaku di negara negara Timor Tengah sana.
3.Negara kita Malaysia mengamalkan 'Neutrality' dan tidak campur tangan dalam urusan negara lain dan menghormati negara mereka ,malah kerap berfungsi sebagai orang tengah demi perdamaian permasaalahan serantau. Kejayaan Malaysia bagi perdamaian di Filipina sebagai orang tengah mendapat pujian antarabangsa. Maka tidak hairanlah 26 negara bersama sama berusha bersatu membantu Malaysia dalam usha mencari MH 370 .Satu ushasama yang tidak pernah terdapat dan berlaku dimana mana juga kerana standing Malaysia dikacamata dunia lain amat outstanding.Tak gitu ?.
3.Ketidakpuasan dari berbagai pihak pada pemimpin negara (dari berbagai pihak termasok Dato) dan pemerintah tetap akan berlaku dimana mana negara pun.Di Thailand ia melibatkan rusuhan dan melumpuhkan Bangkok.Shukur Kita tidak ada rusuhan jalanan lagi.Negara kita aman dan amat sesuai sekali dengan lawatan resmi dari saorang Presiden dari negara hebat saperti Amerika ini.
4.Realitinya negara kita Malaysia ini juga hebat sebenarnya.Malaysia amat senang sekali dengan hubungan baik dengan kuasa besar China dan juga Amerika.Pasti kita punyai peranan sebagai orang tengah mungkin demi perdamaian dalam berbagai isu konflik dirantau ini atau rantau lain sebagai satu negara Islam yang moderat. Syabas Malaysia tanah tumpahnya darah ku.Wallahwu'alam.
Dato’
ReplyDeleteApa yang menarik, selain daripada kebolehan Obama menyebut perkataan melayu dengan terang, adalah agak menghairankan Presiden Amerika iaitu ketua kerajaan negara kuasa besar itu mempunyai masa untuk melibatkan diri dengan forum sebegitu rupa dan berdialog dengan penuntut Universiti Malaya.
Perdana Menteri kita yang sekarang dan lepas terlalu sibuk dengan urusan mentadbir dan menolong orang melayu sehingga tidak ada masa untuk forum terbuka dan berdialog dengan rakyat.
Sehingga waktu pilihanraya pun yang lebih dominan adalah gambar/foto PM daripada berdialog.
Walaupun ada yang tidak setuju dengan ucapan Obama terutamanya tentang TTPA, antara intipati (essence) yang saya boleh cedok adalah politik Amerika menitikberatkan soal hak sivil (rakyat/warganegara), prinsip keadilan dan martabat undang-undang (rule of law).
Perkara-perkara ini penting untuk membendung perkara-perkara seperti rasuah, ketirisan, ketidak-adilan antara miskin dan kaya dan lain-lain.
Ini adalah relevan di negara kita yang mana terlampau banyak membicarakan berkenaan dengan soal perkauman daripada soal martabat undang-undang dan hak rakyat yang menjadi antara sebab orang melayu daripada awalnya miskin sehingga sekarang masih juga tetap kaum yang miskin.
Salam Tok..
ReplyDeleteSaya sebenarnya kurang setuju Tok nama-nama orang luar diabadikan dimana-mana negara kita..
Zaman Allahyarham Tun Abdul Razak dulu nama-nama penjajah ditukar kapada nama identiti negara kita.. Kenapa kita nak balik kezaman dulu lagi..
Cukuplah rasanya kalau kita abadikan di tv buat slot hari dalam sejarah.. Maaf Tok..
Terima kasih Datuk
Salam dato,
ReplyDeleteSelepas saya tengok media interaction dengan Presiden Obama dan PM Najib, saya berpendapat:
1.Malaysia, satu Negara kecil dapat menyatakan kedudukan dan vison dan ambition negara secara jelas kepada the world's goliath, the USA.....bagus.
2. USA pun jelas bagi tau nak perluas jangkauan(resmi punya) mencari `terrorists/suspected terrorists' di kawasan ini....
3. TPPA tu kena bincang lagi...OK la.
4. DSAI bolih la nafas lega lega,sebab dia tak bertanggung jawap kalau apa apa yang buruk terjadi kat Malaysia, dan juga kalau apa apa yang baik berkaku kat ngara ini;sebab dia tak jumpa dan tak cakap apa pun dengan Presiden Obama... tak gitu dato?.
5.Saya gembira; at least during my life time, I am able to see my country leader shares a stage with another world leader from the world mightiest nation, cakap dengan tenang dan jelas...yey yey..OK la tu.
Jadi ka tak jadi tu,nanti tenguk laa..
6. I looking forward to seeing the same again; with PM shares a stage with Presiden Putin dan Presiden China( apa nama dia, susah nak sebut).
Abu Bakar Ab Rahman
Datuk,
ReplyDeleteBerkenaan aktiviti pencarian MH370, boleh saya tahu siapa yang membiayai semua kos pencarian tersebut...?
Terima kasih
Tuan Shubhi,
ReplyDeleteKos operasi mencari n menyelamat MH370 akan ditolak dari komisyen jual beli kapalselam yg tak berapa boleh menyelam....hehehe