A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan
disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh
guna nama samaran.]
Mengenai dakwaan Sabaruddin, ia tidak banyak dilaporkan oleh media arus perdana. Sekali lagi rakyat jelata yang berminat terpaksa bergantung kepada media atas talian (baca di sini).
Berkenaan peristiwa silam yang saya katakan di atas, yang pertama berlaku sewaktu saya menjadi wartawan ekonomi di Bernama pada tahun 1976. Ia berkaitan krisis (Datuk) Harun Idris. Kedua ketika menjadi pengarang New Straits Times pada tahun 1990. Ia berkaitan penarikan diri parti PBS daripada BN beberapa hari sebelum pengundian PRU 1990.
Kes mahkamah dan krisis politik Harun yang membabitkan tuduhan salah guna kuasa oleh beliau selaku pengerusi Bank Rakyat berlaku pada zaman (Tun) Abdul Razak dan diambil tindakan oleh (Tun) Hussein apabila Abdul Razak meninggal dunia.
Dakwaan salah guna kuasa di Bank Rakyat yang melibatkan pinjaman kepada peniaga permaidani bernama Deepak Jaikishan berlaku pada zaman anak Abdul Razak.
Tauke Permaidani Deepak Jaikishan |
Krisis Harun tidak sama dengan dakwaan Sabaruddin terhadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Hasan Malek dan Deepak.
Hasan Malek singkir Sabaruddin? |
Ali Lwn Bugner Perkenal Malaysia |
Deepak yang sangat kontroversial itu tidak menaja apa-apa. Kalau ada pun tajaan, ia mungkin berbentuk peribadi atau tidak dihebahkan.
Deepak, mengikut para nujum daun teh, bomoh guna-gunaan dan pawang buaya tersohor, adalah anggota (atau bekas anggota) satu kumpulan usahawan luar biasa yang bebas keluar masuk koridor kuasa.
Tetapi beliau bukanlah ke keseorangan. Ramai lagi perayau-perayu korporat di koridor kuasa. Ada yang kerana kecekapan korporat dan ada juga kerana mereka memegang kunci azimat ala “niat enson matakaji Semar ngiseng” seperti dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.
Laporan media massa menggambarkan beliau sebagai usahawan permaidani dan hartanah. Saya tidak kenal beliau jadi tidak layak menulis mengenainya. Kalau pembaca berminat bolehlah buat carian atas talian, misalnya dengan menaip “who is Deepak Jaikishan?”
Saya tidak hairan atau berasa yang dakwaan Sabaruddin itu terlalu mengejutkan. Ia mungkin kontroversial tetapi tidaklah besar nilai mata wangnya – sekitar RM30 juta dan RM40 juta saja.
Ada banyak lagi pinjaman raksasa ratusan juta, penjualan aset dan penggabungan korporat yang lebih besar, lebih kontroversial dan lebih berbahaya kepada ekonomi negara yang berlaku kerana ada orang berkuasa mengenyitkan mata.
Saya tidak akan mendedahkannya kerana beberapa pihak yang terlibat dengan urus niaga itu telah mengambil tindakan undang-undang ke atas saya dan agen-agen saya atau mengancam untuk melakukannya.
Saya mohon para pembahas berhati-hati. Saya tidak ada kemampuan guaman dan kewangan itu menanggung saman dan ancaman undang-undang oleh “juggarnaut” korporat yang luar biasa ini.
Mana-mana orang atau pihak yang faham ekonomi, perbankan dan korporat akan berasa sangat bimbang dengan sesetengah urus niaga yang mendapat petunjuk, wahyu dan kenyitan dari atas ini.
Hatta seorang pengurus kanan Khazanah Nasional Berhad pernah menuding jarinya ke atas apabila saya mengasak dan menggasak beliau mengenai satu urusan penggabungan dan pengambilan alih korporat (M&A) berbilion ringgit yang membabitkan sebuah anak syarikat Khazanah dan sebuah syarikat hartanah milik seorang tauke Cina tempatan.
Protes saya itu akhirnya terbukti apabila tauke era Anwar Ibrahim yang terbabit dengan M&A itu akhir mengundurkan diri setelah mendapat harga lumayan untuk syarikatnya.
PBS Keluar BN 1990
BEBERAP hari sebelum pengundian PRU 1990, PBS keluar BN dan menyertai Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.
Berita mengenainya sampai ke meja berita surat khabar nasional di Kuala Lumpur hampir tengah malam ketika kebanyakannya akan mula dicetak.
Pengarang sebuah akhbar bahasa Melayu memanggil saya melalui telefon kereta saya. Ternyata dia dalam keadaan panik yang amat sangat. Saya mendapatinya lucu dan ketawa.
Dia membalas: “You boleh gelak lagi. BN mesti kalah di Sabah. Macam mana kita naik main cerita ni?” Lebih kurang begitulah bunyi hujahnya.
Saya kata kepada beliau, yang dah jadi dah jadi. Kalau kita panik pun tak selesai juga. Saya kata kepada dia, kita suruh wartawan kita yang ada bersama (Tun) Dr Mahathir Mohamad di Angkasapuri minta reaksi beliau dan kita lapor ikut kenyataan beliau.
BN kalah Sabah. S46 dan gagasan pembangkang tak menang. Dr Mahathir (masa itu Datuk Seri) kekal PM. Tengku Razaleigh akhir kembali ke pangkuan Umno.
Hidup Ibarat Roda
Itu jugalah pendirian saya hari ini. Yang ditakdirkan berlaku akan berlaku. Que sera sera.
Kalau Umno dan rakan-rakan BNnya terus memandang remeh persepsi negatif rakyat jelata terhadapnya dan gagal menarik pengundi muda, kemungkinan ia hilang kuasa tidak dapat dinafikan.
Pada PRU 2013, BN sudah pun menjadi parti minoriti daripada aspek undi popular.
Soalnya adakah BN lebih baik, lebih kukuh, lebih berintegriti dan lebih diyakini sejak itu?
Kalau Hussein yang mengambil alih kuasa daripada birasnya boleh bertindak ke atas Harun, orang kuat zaman Abdul Razak, apakah yang akan menghalang kerajaan baru mengambil tindakan ke atas kerajaan lama seandainya perubahan kuasa berlaku?
Kita lihat bagaimana hari ini ramai bekas Presiden dan Perdana Menteri – yang terbaru Hosni Mubarak (bekas Presiden Mesir) dan Ehud Olmert (bekas PM Israel) – didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa ketika memerintah dan dipenjarakan.
Mubarak dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun sementara Olmert menunggu hukuman.
Ramai bekas pemimpin yang korup serta ahli keluarga mereka terpaksa cabut meninggalkan negara untuk hidup senang-linang sebagai orang buruan di padang permainan orang kaya.
Kata orang putih, what goes around comes around. Hidup ibarat roda. Sepandai pandai tupai melombat, ada kalanya jatuh juga ke tanah. Wallahuaklam.
Apakah Dato' bermaksud najib akan diseret ke mahkamah oleh kerajaan baru atau pemimpin baru jika kerajaan atau pemimpin bertukar tangan kerana bersubahat atau terlibat secara langsung atau tidak langsung ke atas mana-mana penyelewengan?
ReplyDeleteKenapa persepsi sedemikian tidak ada pada bekas-bekas PM yang lalu?
Sdr kluangman,
ReplyDelete1. Kerana PM berubah tapi parti/kerajaan sama.
2. Tapi Hussein hadapkan Harun ke mahkamah sebab dia lurus dan mungkin juga kerana Harun terlalu kuat hingga jadi ancaman kepada beliau.
3. PR kerap menuntut pemimpin BN disiasat dan Suruhanjaya di Raja ditubuhkan.
3. Kalau mereka berkuasa mereka terpaksa kotakan kata-kata mereka.
Terima kasih.
Salam dato,
ReplyDeleteSaya sangat hairan sampai hari ini,dah hampir seminggu TIADA lagi responses dari Bank Rakyat, menteri itu,menteri keewangan dan bank negara?...
NANTI terlondeh lagi besau, lagi la haru biru jadinya.
Ni kes clueless ka,cluemore ka atau gluemore ka?
Banyak sangat dah `petanda' buruk
prestasi BN pru14 ni.
Saya sayangkan UMNO lebih dari BN.
Abu Bakar Ab Rahman
Dato.
ReplyDeleteOrang ramai ternanti-nanti akan pencerahan isu bank rakyat oleh Mneteri Hassan Malek.
Mungkin dia pun sudah balik dari luar negara.
Isu ini sudah heboh merata tempat.Pendokong UMNO di kampung-kamnpung kena sindiran cukup hebat.
Ahli UMNO dibawah kena getah.
Buatlah pencerahan segara.
Kesian orang kampung bukan tahu apa pun.
Khabarnya Menteri Hassan Malek cuma Yang Menurut Perintah.
Terima kasih Dato.
Selamat kembali dan bersiaran semula, Datuk Kadir. Semoga diberi kekuatan dan iltizam utk menulis dgn lebih kritis lagi. Berani menegur mana2 pihak yg cuba merosakkan perpaduan rakyat dan salahguna kuasa pemimpin demi negara yg bertuah ini.
ReplyDeleteMengakui kebenaran itu mmg pahit utk ditelan, tetapi ia akan menjadikan kita manusia yg merdeka jiwa dan minda.
Sejujurnya, PM Najib adalah Perdana Menteri Malaysia yg paling lemah dlm sejarah negara.
Salam.
tak hairan...bongo-bongo land
ReplyDeleteAs salam.
ReplyDeleteSeronok membaca blog dato' yang penuh kenangan lama.
Isu ini sebenarnya tiada elemen kejutan pun pada sy. Apabila ahli politik juga adalah ahli perniagaan perkara2 seperti ini tidak dapat @ tidak mahu dielakkan.
Apa yang berlaku tiadalah kuasa saya untuk menghalangnya. Saya hanya mampu mengundi dan berharap agar individu yang saya pilih tergolong dari mereka2 yang amanah.
Hanya tuhan yang mampu menentukan mana arah tuju mereka selepas kiamat nanti. Tak gitu?
Sekian
Terima kasih
Salam Datuk,
ReplyDeleteDah susah sikit masuk laman blog Datuk ni... kena ubah domain kut ? Dulu senang je...
Berbalik artikel, dulu saya sebut ' politik kenyit mata' - ada yang komen, politik apa ini. Tiada dalam terma politik kata nya. Jika ada surat yang hendak di sokong, kata orang, jika di tulis dengan dakwat pen di kaki surat, jawab nya ' tiada sokongan'. Jika di tulis dengan pensel, di atas kepala surat, ia nya 'recommendation' terpelihara... betul atau tidak saya tak tahu. Tidak pernah mohon sokong apa-apa pun.
Gambaran nya, tiada yang mustahil. Baik PR atau BN, semua ada politik kenyit mata ini. Kalau kita sendiri pun, sudah tentu ada benda yang di kejar demi kuasa yang ada dan di pihak yang mengizinkan. Dalam group ini terdapat 'high class runner cum negotiator nya' untuk sesuatu urusan.
Apa-apa pun di harap Kerajaan Melayu sekarang tidak menghampakan majoriti. Menjaga dan mencengkam kuat motto perjuangan. Ia masih segar untuk di perjuangkan dalam senario politik perkauman dan isu-isu tidak kira apa, perspektif menghenyak seboleh-boleh nya, yang semakin menebal sekarang.
Bank Rakyat untung berbilion hasil dari pinjaman kakitangan kerajaan dan yang layak. Gila apa ahli-ahli nya di lenyek begitu sahaja. Contohi Public Bank, dalam senyap di sokong oleh para peniaga mereka, tolong menolong dalam bentuk menguntungkan.
Saya tidak pasti setakat mana Dato’ berani menyiarkan petikan ini.
ReplyDeleteSaya mohon para pembahas berhati-hati. Saya tidak ada kemampuan guaman dan kewangan itu menanggung saman dan ancaman undang-undang oleh “juggarnaut” korporat yang luar biasa ini
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam berkata wang yang digunakan bagi membiayai lawatannya ke London bagi perjumpaan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang telah dibatalkan disalurkan oleh tokoh perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan dan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor - http://library.perdana.org.my
DARI FACEBOOK KERAJAAN RAKYAT:
1. Saudara Deepak memang menyerahkan sendiri dokumen-dokumen itu kepada individu tertentu yang dihubunginya sebelum ini dengan harapan ia akan dibawa oleh pimpinan KEADILAN;
2. Beliau sebelum ini mendakwa dokumen-dokumen itu adalah bukti yang beliau ada mengenai salahlaku dan rasuah membabitkan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor;
3. Selepas beberapa ketika, dokumen-dokumen itu diserahkan kepada saya oleh individu terbabit untuk disemak dan dipastikan kesahihannya, seperti amalan biasa di dalam KEADILAN;
4. Saya tidak mengambil apa-apa tindakan kerana berpendapat ia tidak mempunyai unsur kepentingan awam sekiranya seseorang berbelanja besar memberi hadiah kepada seorang VIP tanpa ada bukti ada habuan atau projek yang terlibat;
5. Berikutan tindakan Boustead Holdings Berhad mengumumkan akan membayar RM160 juta untuk membeli syarikat milik Saudara Deepak dan tanah dari Awan Megah Sdn Bhd, saya berpandangan ia membuka dimensi baru bahawa dakwaan Saudara Deepak sebelum itu berkaitan dengan kepentingan awam;
6. Selepas menyemak dokumen-dokumen itu dan mendapatkan maklumat tambahan, saya yakin bahawa ia ada asas kukuh untuk disiasat oleh pihak berkuasa.
Oleh yang demikian, saya berpendapat kenyataan-kenyataan Saudara Deepak wajarlah dijadikan bukti dalam siasatan yang akan datang oleh pihak berkuasa memandangkan dokumen-dokumen itu melibatkan syarikat beliau dan urusniaga syarikat beliau (termasuklah slip pemindahan wang dari akaun syarikat beliau). Fakta-fakta ini tidak disanggah atau dinafikan oleh Saudara Deepak, sekadar enggan mengulasnya buat ketika ini.
Saya akan memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. Saya juga telah berbincang dengan individu yang mendapat dokumen-dokumen ini dari Saudara Deepak dan beliau bersetuju untuk memberi keterangan bagi membuktikan bahawa dokumen-dokumen ini diperolehi dari Saudara Deepak.
Jelasnya, tindak tanduk dan tingkah laku Saudara Deepak sebelum ini tidak berkait dengan KEADILAN. Ia menyangkal percubaan Umno yang menuduh kononnya ini satu perencanaan oleh KEADILAN. Saudara Deepak sendiri menyatakan kekecewaan beliau kerana saya dan beberapa pimpinan KEADILAN dilihatnya keberatan untuk duduk berbincang dengan beliau.
Oleh yang demikian, saya telah berbincang dengan pimpinan parti dan bersetuju bahawa saya boleh bertemu dengan Saudara Deepak untuk meneliti bukti-bukti yang beliau ada, seperti yang didakwa sebelum ini.
Saya akan mengaturkan satu pertemuan dalam masa terdekat untuk mendengar perancangan beliau dan meneliti bukti-bukti yang didakwa beliau. Semoga ini akan membantu merungkai pelbagai persoalan mengenai integriti Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang semakin menjadi isu hangat.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
3 JANUARI 2013
Saya tidak pasti setakat mana Dato’ berani menyiarkan petikan ini.
ReplyDeleteSaya mohon para pembahas berhati-hati. Saya tidak ada kemampuan guaman dan kewangan itu menanggung saman dan ancaman undang-undang oleh “juggarnaut” korporat yang luar biasa ini
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam berkata wang yang digunakan bagi membiayai lawatannya ke London bagi perjumpaan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang telah dibatalkan disalurkan oleh tokoh perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan dan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor - http://library.perdana.org.my
DARI FACEBOOK KERAJAAN RAKYAT:
1. Saudara Deepak memang menyerahkan sendiri dokumen-dokumen itu kepada individu tertentu yang dihubunginya sebelum ini dengan harapan ia akan dibawa oleh pimpinan KEADILAN;
2. Beliau sebelum ini mendakwa dokumen-dokumen itu adalah bukti yang beliau ada mengenai salahlaku dan rasuah membabitkan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor;
3. Selepas beberapa ketika, dokumen-dokumen itu diserahkan kepada saya oleh individu terbabit untuk disemak dan dipastikan kesahihannya, seperti amalan biasa di dalam KEADILAN;
4. Saya tidak mengambil apa-apa tindakan kerana berpendapat ia tidak mempunyai unsur kepentingan awam sekiranya seseorang berbelanja besar memberi hadiah kepada seorang VIP tanpa ada bukti ada habuan atau projek yang terlibat;
5. Berikutan tindakan Boustead Holdings Berhad mengumumkan akan membayar RM160 juta untuk membeli syarikat milik Saudara Deepak dan tanah dari Awan Megah Sdn Bhd, saya berpandangan ia membuka dimensi baru bahawa dakwaan Saudara Deepak sebelum itu berkaitan dengan kepentingan awam;
6. Selepas menyemak dokumen-dokumen itu dan mendapatkan maklumat tambahan, saya yakin bahawa ia ada asas kukuh untuk disiasat oleh pihak berkuasa.
Oleh yang demikian, saya berpendapat kenyataan-kenyataan Saudara Deepak wajarlah dijadikan bukti dalam siasatan yang akan datang oleh pihak berkuasa memandangkan dokumen-dokumen itu melibatkan syarikat beliau dan urusniaga syarikat beliau (termasuklah slip pemindahan wang dari akaun syarikat beliau). Fakta-fakta ini tidak disanggah atau dinafikan oleh Saudara Deepak, sekadar enggan mengulasnya buat ketika ini.
Saya akan memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. Saya juga telah berbincang dengan individu yang mendapat dokumen-dokumen ini dari Saudara Deepak dan beliau bersetuju untuk memberi keterangan bagi membuktikan bahawa dokumen-dokumen ini diperolehi dari Saudara Deepak.
Jelasnya, tindak tanduk dan tingkah laku Saudara Deepak sebelum ini tidak berkait dengan KEADILAN. Ia menyangkal percubaan Umno yang menuduh kononnya ini satu perencanaan oleh KEADILAN. Saudara Deepak sendiri menyatakan kekecewaan beliau kerana saya dan beberapa pimpinan KEADILAN dilihatnya keberatan untuk duduk berbincang dengan beliau.
Oleh yang demikian, saya telah berbincang dengan pimpinan parti dan bersetuju bahawa saya boleh bertemu dengan Saudara Deepak untuk meneliti bukti-bukti yang beliau ada, seperti yang didakwa sebelum ini.
Saya akan mengaturkan satu pertemuan dalam masa terdekat untuk mendengar perancangan beliau dan meneliti bukti-bukti yang didakwa beliau. Semoga ini akan membantu merungkai pelbagai persoalan mengenai integriti Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang semakin menjadi isu hangat.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
3 JANUARI 2013
Salam DAKJ
ReplyDeleteBank Rakyat itu bank koperasi. Akan ada mesyuarat agungnya. Kalau berlaku penggelapan maklumat, waktu mesyuarat agung nanti bolehlah dibangkitkan. Akan terbukalah apa yang tertutup. Sepatutnya bergitulah. Yang merisaukan, akan berlaku kenyit mengenyit juga. Sedangkan dalam syarikat awam pun boleh berlaku drama korporat, inikan pula koperasi. Apatah lagi majoriti pelakonnya orang Melayu.
Khabarnya Deepak ada gudang permaidani di Jalan Chan Sow Lin, tidak jauh dari Utusan Melayu. Urusan jualannya dijalankan di Nilai. Sebagaimana yang DAKJ tuliskan, RM40 juta munkin kecil bagi Deepak juga. Kalau benar dakwaan TS Sabbaruddin Chik, bagaimana Bank Rakyat boleh dengan mudahnya memberikan pinjaman sebanyak itu kepada seorang bukan Melayu sedangkan ramai usahawan Melayu mengharapkan kemudahan kewangan untuk perniagaan mereka.
Datuk Harun masyhur sebagai Ketua Pemuda UMNO yang gagah berani terhukum akibat salah guna kuasa melibatkan penajaan tinju. Ada jua Ketua Pemuda yang dikatakan terlibat dalam transaksi korporat yang meragukan tetapi nampaknya semakin gagah di bawah kepimpinan YAB PM sekarang. Jelas sangat kontrasnya. Dan UMNO masih menharapkan orang Melayu meneruskan sokongan kepada mereka.
Daulat Tuanku Sultan Nazrin, Sultan Perak ke-35.
Assalamualaikum Datuk,
ReplyDeleteWalau lewat masih ingin mengucapkan, selamat kembali ke tanah air. Dari Bing Selamat di entri terdahulu tersasar pula ke sini:
http://www.youtube.com/watch?v=atMgj5ZTuxo
Apakah yang terbayang ... DS Perdana Menteri ... reflecting on all the things that have gone out of control ... for trust that has gone haywire ... mudahan Allah SWT permudahkan urusan DS to pull out of the 'floatsam' ... both real and perceived.
Terima kasih.
Apabila the late Tun Hussein mengambil tindakan ke atas Datuk Idris yang merupakan seorang ahli politik yang sangat berpangaruh dalam Umno pada ketika itu, ia juga juga menjadi salah satu sebab 'pemerintahan pendek' Tun Hussein Onn. Tindakan tersebut telah 'backfired' dan dengan serta-merta beliau menjadi sangat tidak popular dikalangan ahli Umno 'over night'. Ingat lagikah tindakan Sulaiman Palestin yang mencabar kedudukan belliau sebagai Presiden Umno? Dalam sekelip mata, pemimpin kecil seperti Sulaiman telah berani menunjukkan penentangan secara terbuka.
ReplyDeleteTindakan terburu-buru Tun Hussein telah menjerat dirinya sendiri. Tun Razak telah dapat mengjangkakan perkara tersebut akan terjadi, sebab itulah beliau berdolak-dalik dan bermalas-malasan berkenaan salah laku Idris. Peristiwa ini menunujukkan kenaifan seorang ahli politik yang berintegriti dan jujur seperti Hussein onn. Tindakan 'backlash' akar umbi terhadapnya sepatutnya telah diduga terlebih dahulu dan masih banyak cara lain boleh diteroka berhubung masalah Idris.
Sama deperti King Ghaz, Datuk Harun Idris seorang ahli politik yang bercita-cita tinggi. Beliau juga merupakan 'powerful warlord' di Selangor. Ketika peristiwa berdarah 13 Mei, orang-orang Melayu berkumpul di rumahnya untuk mendengar pidato panas berapi beliau. Seperti yang Kadir katakan beliau menyalah gunakan aset bank untuk membawa perlawanan tinju Muhammad Ali ke Malaysia. Sayugia diingatkan bahawa perlawanan tinju tersebut menelan kos yang sangat mahal dan negara yang baru mengecapi kemerdekaan seperti Malaysia yang berhasrat untuk menjadi penganjur pastinya 'raise the eyebrows'. tidak di kaca mata Harun, acara yang berprestij itu amat penting baginya untuk melonjakkan 'his political profile within Umno ranks and file' dalam usaha beliau mendaki ke pejabat paling tinggi dalam negara. Banyak lagi sebenarnya perkara yang beliau lakukan untuk 'raise his profile' sebagai hero di mata rakyat termasuklah cubaannya yang berjaya to rehabilitate Dr. Mahathir and bring him back into Umno fold. Tun Dr. Ismail menentang keras usaha ini tetapi ianya telah disokong oleh the late Tun Razak. Tanpa beliau sedari, orang yang dia bawa masuk itulah yang telah menyekat perjalanan karier politik beliau. Karier politik beliau berkubur apabila Tun Hussein mula mengambil tindakan ke atasnya dan beliau didapati bersalah.
Macam Datuk kata jugaklah, que sera sera, "What will be, will be". Kalau seseorang itu telah ditakdirkan untuk jadi PM, maka dia akan jadi PM walau bagaiamana berlikunya perjalanan beliau. Kalau dah memang bukan rezeki, yang sudah dikunyah dalam mulut dan bersedia untuk ditelan pun boleh keluar semula sepertimana yang terjadi kepada Anwar Ibrahim.
Datuk AKJ,a
ReplyDeleteTidak ramai di kalangan kita selain ahli politik tertentu yang dapat mengakses berita terhijab, percaya dengan berita-berita tersebut dan ada perasaan tidak puas hati.
Ada juga kalangan yang buat-buat lurus bendul. Ada sebuah puisi penyair terkenal mengenai Jebat yang dikiaskan dari sisi lain yang lebih kurang maksudnya:
" Jebat tidak jadi menuntut bela di atas penganiayaan kepada Tuah kerana berpegang teguh dengan nasihat sahabatnya itu (Tuah) supaya jangan 'derhaka'."
Maka Jebat 'terpaksa' menerima segala anugerah yang selayaknya dan menutup mata dan memekakkan telinga aoabila dilantik mengambil alih tugas Tuah yang dihukum.
Dato,
ReplyDeleteMengenai pergabungan, pembelian syarikat, ramai mempunyai yang diambilalih, oleh agensi kerajaan, seperti, PNB, Khazanah
Persepsi 'networth' golongan bumiputra masih jauh ketingglan kepada golongan minoriti seperti Cina, India, dan yang lain lain, adalah tidak logic.
Sedangkan mari kena lihat dan cuba teka siapakah main players
Oil and gas
Automotive, AP
Hartanah
Perbankan
Beras, gula
Telecommunikasi
Infrastruktur, jalan raya, lrt, ktm, mrt
Pertanian, ladang kepala sawit
electrik, air
penternakan
penerbangan