A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan
disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh
guna nama samaran.]
NOTA KEPALA: Untuk mengelak saya
dan para pembahas beridentiti blogger dikenakan saman atau tindakan-tindakan
lain, saya mohon pembahas berhati-hati. Saya pun manusia juga. Ada perasaan
takut. Lagipun, sebagai blogger bebas, mana saya nak cari duit kalau kena
saman. Jadi mohon maaflah kalau ada komen saudari dan saudara yang tak dapat
saya siarkan.
DALAM dunia tanpa sempadan yang
dipacu oleh Internet dan komunikasi global, tidak ada malam dan tidak ada
siang.
Ketika saya sedang melawan
“gangguan ritma harian” – istilah bahasa Melayu DBP bagi “jet lag” – sekitar jam
dua pagi di H2Hotels, Munich, Jerman, pada 17 Mei, saya
menerima panggilan melalui telefon bersel dari seorang wartawan Malaysian
Insider.
Dia meminta ulasan saya mengenai
ancaman saman malu Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan Umno terhadap portal
berita Malaysiakini. (Baca di sini).
Antara separuh sedar, saya
berkata itu hak Perdana Menterilah. Tetapi lazimnya sebelum seseorang
mengemukakan saman malu ke atas sesebuah organisasi berita ada beberapa langkah
yang boleh diambil dan perlu dibuat.
Mengikut undang-undang dan kelaziman
di negara-negara yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan akhbar, hak mencetak atau “the right to
publish” adalah hujah mempertahankan diri yang kuat sekiranya diheret ke
mahkamah. Itu pada zaman sayalah. Sekarang mungkin sudah berubah.
Serentak dengan itu, etika
kewartawanan memberikan hak menjawab (right of reply) kepada pihak-pihak yang
berasa kepentingan atau imej mereka telah dicemarkan oleh laporan media massa.
Sepanjang saya menjadi
pengarang, saya tidak pernah dikenakan saman secara peribadi. Dikenakan saman
secara berkumpulan perkara biasalah bagi seorang pengarang media.
Selain memahami dan melaksanakan
undang-undang berkaitan media massa, saya memberi sepenuh ruang dan peluang
kepada pihak-pihak yang berasa mereka telah disalah lapor dan imej mereka
tercemar untuk menjawab.
Antara yang menggunakan hak
menjawab ketika saya menjadi pengarang akhbar-akhbar bahasa Inggeris Kumpulan
New Straits Times termasuklah anggota kabinet. Yang sampai menangis pun ada.
Saya siarkan setiap patah yang mereka tuliskan tanpa suntingan, termasuk salah
ejaan dan tatabahasa.
Hanya sekali saya dikenakan
saman malu secara peribadi iaitu oleh peguam Mohd Zaid Ibrahim kerana tulisan
saya dalam blog ini. Beliau kemudian menarik baik saman itu “atas dasar
persahabatan”. Itu pun saya terpaksa membelanjakan belasan ribu ringgit untuk
yuran guaman.
Lazimnya media massa kita akan
memberikan ruang kepada pihak yang tidak puas hati untuk menjawab. Cuma, entah
mengapa, tidak ramai yang menggunakan hak itu. Sebaliknya mereka lebih
cenderung mengemukakan saman atau mengenakan ancaman undang-undang.
Ada yang berpendapat mereka
tidak menggunakan “right of reply” kerana mereka tidak yakin media massa akan
menyiarkannya atau kalau disiarkan pun khalayak mungkin tidak yakin.
Mereka beranggapan khalayak akan
lebih percaya kalau mereka mengemukakan saman atau mengeluarkan surat tuntutan
melalui peguam. Lagi pun sekarang ini di negara kita ada ramai peguam yang
berlumba-lumba mencari kerja.
Ada pihak yang menggunakan saman
malu atau ancaman undang-undang sebagai cara untuk menyekat media massa
daripada terus menyiarkan laporan yang tidak positif atau memburukkan imej
mereka.
Contohnya sebelum ini kita lihat
ramai pemuka politik Pakatan Rakyat mengemukakan saman malu ke atas akhbar dan
stesen TV yang mereka anggap memihak kepada kerajaan dan Barisan Nasional.
Kalau benar Perdana Menteri benar mengemukakan saman malu ke atas portal berita Malaysiakini maka kita mungkin
melihat pemuka politik BN menggunakan taktik yang serupa dengan PR terhadap organisasi
media yang mereka anggap tidak memihak kepada mereka.
Wallahuaklam.
Your bos Anwar Ibrahim dah pakai taktik sama untuk saman Utusan Malaysia sejak dari dulu lagi dah.
ReplyDeleteSama lah konco-konconya daripada PKR dan DAP.
Apa yang nak dihairankan? You have the right to say whatever you want, but you are liable for what you said.
Peluang untuk jawab? Mkini dan Malaysian Insider pernah publish ke jawapan pemimpin kerajaan?
Bila dah kena surat lawyer, barulah terhegeh-hegeh nak publish public apology.
Alternative media konon! Media fitnah ada lah. Rakyat Malaysia banyak yang tak matang lagi pemikiran. Termasuklah yang tua-bangka sekali.
Dato sepatutnya bertanya balik kepada.wartawan malaysia insider itu apakah bezanya saman anwar ibrahim keatas pelbagai individu atas asas yang sama..... Mengapa soalan sebegini tidak di tanya kepada Dato dalam hal.anwar...
ReplyDeleteMereka sengaja mahu memperalatkan Dato bagi menguatkan hujah mereka kerana mereka melihat Dato dahulu adalah ketua pengarang
salam dakj
ReplyDeletejika berita tidak benar,berulang-ulang dan melampaui batas ,rasanya patut ianya disaman.
berita yang salah lapor,salah faham,salah ejaan,salah dengar biasanya mudah dijelaskan dengan penerangan yang ringkas.
saya percaya niat sesaorang boleh dibaca daripada hasil tulisanya.
Tok Kadir,
ReplyDeleteBanyak juga yang kaki gempaq. Saman atau ancam saman bila dekat pilihanraya atau bila tak ada hujah nak jawab.
Bila pilihanraya habis atau agak-agak orang dah lupa, depa pun diam2 buat lupa saman depa jadilah saman lapok.
Tok Kadir tak mau jawabkan depa kata AI bos tok Kadir? Yang saya dengar, Tok Kadir masam muka sengan Dr Mahathir pasai dengar sangat cakap AI sampai angkat orang yang lebih junior dari Tok Kadir jadi orang utama media dalam NST/TV3.
Yang saya tau Tok Kadir dan Tok Mat Sebi (bekas Pengarah Urusan TV3) saja tak kowtow kepada AI pasai sama usia dan tahu latarbelakang dia.
Tapi ada orang kata Tok Kadir tak serang AI pasai selama 16 tahun Tok Kadir ikut penaik AI atas perinrah Dr Mahathir. Jadi depa kata Tok Kadir pun subahat naikkan AI dalam Umno dan kerajaan.
Budak2 BH cerita pojok Kunta Kinte tok Kadir dalam BH pun kena gam bila Tok Kadir kata AI ialah Brutus dalam ucapan Dr Mahathir di satu perhimpunan agong Umno. Masa tu Dato' Ahmad Nazri orang kuat BH dan orang kepercayaan AI. Betoi ka Tok?
Salam Dato,
ReplyDeleteSaya rasa game plan hari ini adalah amat berbeza dengan zaman dahulu. Dalam zaman internet ni, macam selogan Airasia, now everyone can become journalist.
Para penulis di mk tu entah berapa kerat yang sebenarnya trained journalist dan entah berapa yang ada rasa journalist ethic. Semua main bantai aje.
Level of accountability pun amat kurang kerana selama ini jarang kita dengar orang sama mereka sedangkan mereka sibuk buat onar sana sini.
Kalau buat salah, publish aje kat homepage minta maaf macam MI tu. Satu minggu 3-4 kali minta maaf pun tak pe. Yang penting damage has been done. Cost is 0 sebab bukannya ada cost put setakat letak minta maaf kat homepage dia. Tapi orang yang nak suruh dia minta maaf kena hire lawyer, dll yang menelan belanja.
Macam kes Najib ni. Kena hire lawyer untuk sama MK. Tuntuan minta maaf dalam 2 hari. So what. Esok lusa, letak aje kami minta maaf dengan Najib di portal dia. Kalau Najib tak pe. Dia PM. Ada lawyer. Kalau orang biasa macam kita ni, macammana?
Lepas tu, mana new media ni peduli reputasi. Orang cuma kesah sensasi. Janji dapat kutuk Najib, Rosmah dan UMNO. Semua jalan.
Kita sebenarnya perlukan solusi baru untuk menghadapi geng gen macam MK dan MI ni. Masalahnya ialah home minister kita tak tegas. Masih boleh gelak tawa dengan orang yang dok buat onar.
As salam..
ReplyDeleteKene saman sebab maklumbalas pembaca? Go ahead.. saman la mereka2 yang memberi komen.. they responsible for what they said..
Kalau ada 5000 orang yang memberikan komen yang menjatuhkan maruah najib.. tolong saman 5000 orang itu..
Sekian.. terima kasih
Salam Dato,
ReplyDeleteElok dato buat jadual besar,jelas dan teratur tentang orang orang dari UMNO,MCA,MIC, PKR,DAP,PAS,Gerakan dll...yang saman dan yang disaman.
katakan untuk 10-15 tahun yang lalu.
Baru lah jelas siapa kaki kaki kutuk hai hai antisaman ni dan siapa kepala kepala penipu dalam hai ni.
Bolih juga tenguk muka muka mangkok hayun hipokrit,yang anti saman saman ni dan bolih la tenguk panjang mana senarai dia saman orang lain.
Bolih juga tenguk kepala kepala jin aprit yang rioh gempaq tentang kebebasan ekpresi ( freedom of expression) dan kebebasan surat khabar atau surat gossip, dan tenguk panjang mana senarai jin jin aprit ni saman orang,surat khabar atau surat gossip...
Saya setuju benor kalau PM dan menteri menteri kabinet saman mat mat gelembong,jin jin aprit hipokrit dan kaki pekena orang ni,kalau bolih la, saman mereka setiap bulan dan saman mahai mahai sikit, kalau bolih dalam RM500-1000 juta seorang/satu kompeni...
Out of court settlement pun jangan bagi chance,pelekhoq betui betui dalam RM50-100 juta
Kalau menang banyak kali, bolih
la guna duit itu buat:-
spBRIM 4.0MS (special brim 4.0 menang saman),
atau buat tabung pilihan raya,
atau buat beli senapang dan peluru atau racun,
untuk digunakan keatas jin jin
aprit hipokrit yang berkenaan.
Rakyat pun dapat menafaat juga.
OK tak dato?.
Abu Bakar Ab Rahman
Salam Datuk,
ReplyDelete1. He...he..melolong meminta kebebasan akbar, kebebasan bersuara! Bila di beri, NIAT asal yang satu - hanya menghentam dan memfitnah semata-mata. Tidak membawa kebaikan, malah mematikan maklumat benar dengan maklumat mengabui. Paling ' busuk' ialah fitnah untuk agenda 'character assassination ' .
2. Jika akbar itu berpengaruh, berkormersial malah di miliki oleh individu- individu ' berkepentingan laba' dan berdaya pula memesongkan pemikiran pembaca dan keseluruhan lapisan masyarakat , mempunyai kekuatan dan menjadi hubungan dan rujukan rentas sempadan, wujudkah lagi kebebasan akbar yang di laungkan? Seringkali keadilan dan kebebasan itu di salah gunakan. CNN siapa yang tidak menetahui nya sehingga Barrack Obama pun boleh menyindir !
3. Dalam situasi PM Najib, pandangan peribadi saya, beliau juga berhak di atas kebebasan dan mempertahankan maruah ! Siapa yang teruja maruah di gadai dan di permainkan ? Apa lagi PM Najib sentiasa memberi lampu hijau di atas platfom demokrasi nya, kepada akbar / media siber juga kepada rakyat, melampaui Tun M. Apa yang beliau dapat sebagai Perdana Menteri Malaysia ? Apa yang saya amati, PM Najib tidak secara langsung di beri peluang memberi penjelasan, di lipat-lepat sehebat-hebat nya ! Siapa yang teramat biasa melakukan onar ini ?
4. Untuk membangun, menyampaikan dasar-dasar supaya rakyat memahami dan menyokong kerajaan, peranan akbar dan siber teramat penting. Bukan lagi penerangan secara wayang gandar dan pembesar suara ! Kepada siapa kerajaan mesti menyalurkan maklumat amanat nya untuk di sebarkan kepada pengetahuan awam ?
Demi menuju Negara Maju, pemain-lemain media bercetak dan elektronik mesti memilik etika amanah dan tanggung jawab yang berat. Jika paparan maklumat itu satu spekulasi dan menabur fitnah, sehingga di coret hanya pandangan peribadi penulis yang bias kerajaan bersama-sama kesemua komen negatif menyokong artikel, siapa yang mesti di pertanggung-jawabkan ? Baling batu sembunyi tangan, tanpa adat dan adab ?
Kebebasan bukan bermakna berhak MUTLAK ! Allah SWT dalam menyaran hamba-hamba nya menjadi Umat Terpuji ( Umat Muhammad SAW ) dan ummah / an-nas / jin ( manusia/jin dalam kontek Islam / Kafirun ) di gariskan petaturan-peraturan nya untuk di patuhi. Ilmu dan Akal yang menjadikan kita ini ' bernyawa'. Bukan mayat berjalan.
Jika kita tidak/enggan mematuhi petaturan manusia dan alam, fitrah kita tidak lain hanya lah BINATANG / HAIWAN semata-mata ! Tidak lebih binatang ternakan, binatang menyondol dan mencakar. Ada juga halal dan haram nya. Kebebasan Allah SWT kurniakan yang sering kita lupakan.
ReplyDeleteSalam, Dato' AKJ,
Saman ?? Satu senjata masa kini untuk mengugut.
Kenap nak saman ??
Suruh orang TUTUP MULUT dari menyatakan kebenaran.
Apa kata Dato' kalau ada orang yang berani menyaman Menteri-menteri, termasuk PM kerana CUAI / LEMAH menjalankan pentadbiran dan SALAH GUNA KUASA.
Fapi dalam keadaan srkarang ianya TIDAK MUNGKIN.
Sistem Perudangan tidak menyebelahi mereka.