A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan
disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh
guna nama samaran.]
DEMIKIAN masa berlalu.
Perjalanan kita mengikut ukuran masa dan jarak semakin jauh. Nenek moyang kita
berkata, jauh perjalanan luas pemandangan.
Baru-baru ini saya terserempak
dengan seorang guru Melayu dari Kuantan, di sebuah negara kafir. Tanpa sebarang provokasi, dia
berkata Kuantan dilanda banjir besar baru-baru ini, tetapi Alhamdulillah
rumahnya tidak terbabit.
Dia katakan kepada saya yang dia
sangat teruja dengan tata tertib, disiplin dan kemesraan rakyat negara kafir
itu. Katanya, pekerja kedai dan pelayan mesra melayan pelanggan dengan
mengucapkan selamat dan terima kasih walaupun pelanggan tidak membeli apa-apa
barang di kedai mereka.
Pembahas Awang Batu Burok pula,
dalam komennya berkata: “Ummat islam hanya akan dihurmati apabila kita
berakhlak dengan islam. Kalau siang malam menipu, songlap harta rakyat, berlaku
zalim hatta kpd umat islam sendiri (rampasan royalti petroleum terengganu dan
kelantan) jgn kita harapkan org bukan islam menghormati pemimpin org islam yg
korup dan khianat kpd amanah rakyat.....ini lah bala dan kehinaan yg Allah SWT
peringatkan dlm kitab AlQuran. Nauzubillah."
Pembahas MSH pula, antara lain,
mengulas: “Sy faham dan akur bahawa...cara pentadbiran pemerintah
yg.mampu memberi kejayaan kpd sesebuah negara.
"Majunya sesebuah negara itu terhasil dari pentadbirnya yg cekap...bijak...amanah.serta.berwawasan.”
"Majunya sesebuah negara itu terhasil dari pentadbirnya yg cekap...bijak...amanah.serta.berwawasan.”
Pembahas OKJ pula, antara lain,
berkata: “Saya baru je membaca report MH370 yg dikeluarkan. Bagi
sayalah, tak professional langsung dan banyak lompang-lompang dan juga
clue-clue yg diabaikan. Patutlah tak jumpa-jumpa sampai sekarang.
"Apa kata kalau saya cadangkan Dato’ kupas sedikit mengenai report tersebut.”
"Apa kata kalau saya cadangkan Dato’ kupas sedikit mengenai report tersebut.”
Saya tidak bercadang mengulas
panjang mengenai mana-mana tajuk yang mereka dan pembahas lain sebutkan.
Kepada cikgu dari Kuantan yang
hadir graduation anak perempuannya di negara kafir itu, saya ulangi kenyataan
yang saya buat banyak kali sebelum ini, iaitu:
“Kalau pada suatu pagi yang
berakah penduduk New Zealand dan Switzerland bangun dan mendapat hidayah untuk
mengucap dua kalimah syahadat maka dua negara kafir itu serta-merta menjadi
negara dan tamadun Islam seperti yang dikehendaki al-Quran – maju, berdisiplin,
timbang rasa dan sama rata.”
Sebaliknya, saya rasa mungkin ini masa terbaik bagi
para pembaca dan pembahas mengemukakan pendapat dan berbincang secara
terperinci dan berhemah mengenai keadaan negara kita kerana beberapa hari lagi iaitu pada pada 6 Mei genaplah setahun Mohd Najib Abdul Razak memerintah negara dengan
mandatnya sendiri setelah menang Pilihan Raya Umum 2013.
Saya serahkan kepada
kebijaksanaan dan komitmen para pembaca serta pembahas untuk membuat analisis
dan kesimpulan mengenai pencapaian Mohd Najib sebagai Perdana Menteri sejak
2009, khususnya selepas PRU2013.
Saya yakin ramai pembaca dan
pembahas masih ingat kepada riuh-rendah dan hiruk-pikuk kita dipersembahkan
dengan ikrar KPI, NKRA, keterangkuman, transformasi, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
serta banyak lagi slogan dan motto.
Pembaca dan pembahas bolehlah
memberi penarafan (rating) kepada Perdana Menteri menggunakan ukuran-ukuran di
atas.
Terpulanglah kepada pembaca dan
pembahas untuk menyatakan sama ada puas hati atau tidak puas hati dengan
pencapaian Mohd Najib dan apa yang berlaku kepada negara sejak beliau jadi
Perdana Menteri lebih lima tahun lalu.
Terima kasih.
DAKJ,
ReplyDeleteAssalamualaikum wbr semoga terus sihat dan dapat memenafaatkan waktu untuk agama, bangsa dan negara. Cuma disini saya nak bertanya khabat DAKJ yang minat pergi ke New Zealand. Kita pernah bertemu pada tahun 1995 semasa CHOGM di Auckland. Saya kagum dengan komitmen Datuk dalam soal kepentingan negara. Tahniah dan teruskan.
Mudah sahaja. Najib merupakan Perdana Menteri yang lemah. Noktah.
ReplyDeleteSalam Dato’ Kadir
ReplyDeleteBagi sayalah, selepas PRU 13, paling teruk adalah KPI negeri Selangor. Sepatutnya MB & seluruh exconya dah kena resign sebab tak reti langsung nak mentadbir negeri. Tunggang langgang. Sampah bertimbun, pecah rumah makin banyak, denggi tinggi, lampu jalan gelap sehingga kes ragut tinggi dan sebagainya. Paling teruk adalah masalah air yg telah dijangkakan oleh kerajaan UMNO sejak dari dulu lagi. tapi mereka ni bodoh sombong. Akhirnya Langat 2 tak siap, air pun tiada tepat pada tahun 2014 seperti dijangkakan. Cuma, bagilah bukti macam mana pun, penyokong tegar mereka macam tu lah jugak. Juga yg peliknya, isu sebesar ini, tapi tak pernah disentuh langsung oleh Dato’ Kadir sendiri. Saya tertanya-tanya juga kenapa agaknya ye ??????
Keduanya, saya bukan nak memuji sangat tapi saya rasa kepimpinan Dato’ Seri Najib Razak bertaraf antarabangsa sehinggakan Mr Obama pun sudi datang ke sini. Masa Tun Mahathir dulu, Al Gore je yg datang, itu pun mengutuk Malaysia. Mungkin setahun dua lagi, aura Dato’Seri Najib boleh mengatasi Tun Dr Mahathir kot.
Bagi UMNO pasca PRU13 pula, semua OK, cuma Dato’ Seri Hisham kena perbetulkan KPInya. Bas accident, kapal terbang hilang, insiden Lahat Datu. Dan paling saya pelik adalah report “A PLAYBACK OF A RECORDING from military primary radar revealed that an aircraft with a possibility of MH 370 had made an air-turn back onto a Westerly heading crossing Peninsular Malaysia.”
Sepatutnya radar tu dilihat Realtime pada setiap saat, bukannya “playback of a recording”. Dahlah tengok record je, lepastu main agak-agak pulak “a possibility”. Saya nak komen panjang pun tak boleh sebab menghormati blog Dato’ Kadir dan Dato’ siap bagi warning tak benarkan sesiapa mengulas report tersebut. OKlah kalau macam itu. Sekian TQ.
Dato’
ReplyDeleteMenilai kepada kerajaan PM Najib selama setahun,
Saya merujuk kepada worldwide governance indicator (WGI), ada 6.
Nilaian adalah pandangan “personal” saya,
1.Voice and accountability – Tahap journalisma masih jauh ke belakang dalam standard dunia (50%)
2.Political stability and absence of violence - Negara kita masih aman walaupun tahap jenayah masih tidak memuaskan. (70%).
3.Government effectiveness – Merujuk kepada effektif kerajaan. Tahap ekonomi semakin menurun, inflasi naik, kadar bankruptcy dan hutang persendirian naik tinggi. (55%).
4.Regulatary burden – merujuk kepada polisi kerajaan terhadap perniagaan dan pelaburan. (75%).
5.Rule of Law- merujuk kepada kebebasan mahkamah, keadilan dan persepsi jenayah (40%).
6.Control of corruption – merujuk kepada kawalan kepada rasuah. (45%)
Markah purata =56%
Salam Jumaat Datuk,
ReplyDeleteTerima kasih kepada Datuk yang memberi laluan kepada kami untuk menilai prestasi DS Mohd Najib setelah satu tahun beliau diberi mandat sebagai Perdana Menteri.
Pertamanya saya cuba untuk memberi hujjah yang lebih objektif, ikhlas dan tidak berprasangka buruk.
Kadangkala rakyat tidak faham tindakan atau keputusan yang diambil oleh seorang pemimpin kerana sebagai pemimpin haruslah melihat daripada segala sudut iaitu daripada luaran dan dalaman. Hanya kalau kita memakai kasut sebagai seorang pemimpin negara barulah kita sedar implikasi diatas segala tindakan kita.
Berikut adalah pendapat peribadi saya:-
A. Kekuatan peribadi DS Mohd Najib dan Produk-Produk 1Malaysia
1. DS Mohd Najib mencerminkan seseorang
yang berperibadi tinggi sebagai negarawan
disamping berdarah bangsawan.Beliau dapat
mengawal emosi dan sentiasa bersopan
pada tutur kata dalam keadaan tertekan.
2. Telah banyak mengeluarkan produk 1Malaysia
dimana mustahil hendak disenaraikan
kesemuanya disini.
3. Banyak kemudahan dana kerajaan
diperkenalkan bagi membantu usahawan
muda/tua; bumi dan bukan bumi.
B. Kelemahan DS Mohd Najib&Produk 1Malaysia
1. Harus menampilkan lagi sifat kemelayuan.
Tun M mempunya cogankata.."
Kepimpinan Melalui Teladan.." amat kena
bila menjadi seorang pemimpin negara.
Contoh:
Berbanggalah dengan Bahasa Melayu
disamping hendak mempertingkatkan
Bahasa Inggeris.
Akan hilang jati diri dan sesuatu bangsa itu
bila malu untuk bertutur walaupun dalam
negara sendiri.
2. Memilih untuk berdiam diri apabila ugama,
bangsa dan negara dicabar pihak lawan.
Mengambil masa begitu lama untuk
melontarkan pandangan.
Sebagai pemimpin no.1 negara, rakyat
sentiasa mengukur tindak tanduk
pemimpin. Pada ketika mereka
mengharapkan suara yang lantang
tetapi perkara yang sebaliknya
berlaku maka rakyat pun tawar hati.
3. Hasil daripada Produk-Produk1Malaysia ada
cacat celanya iaitu:-
i. Kelemahan dalam perlaksanaan
sesuatu Produk.
ii. Baucer Buku 1M -Terdapat
peniaga/pelajar menyalahgunakan
baucer buku.
iii. BR1M - Pada mulanya ramai penerima
BR1M tersasar i.i. yang patut terima tak
dapat yang tak patut terima dapat.
Kakak saya seorang pesara dan balu
pengidap penyakit kronik. Beliau hidup
dengan pencen bawah RM3,000/.
Sudah 2 kali mohon BR1M. Satu jawapan
pun tak terima.
iv. Gejala bank-bank tempatan yang tidak
amanah.
Dana-dana kerajaan yang disalurkan ke
Bank-Bank tertentu mengambil
kesempatan mengekang pengeluaran
dana kepada peminjam.
v. Kesukaran mendapat dana bagi usahawan
muda untuk memulakan perniagaan
berupa perkhidmatan
Contoh :-
Membuka firma guaman.
Baru-baru ini Program Perintis Peguam
Muda telah dilancarkan oleh Ketua Pemuda
UMNO dengan kerjasama Bank-Bank
yang dipilih dan sebuah firma guaman.
Hakikatnya firma guaman ini menjadi
orang tengah lebih kurang macam
franchise holder. Syarat dan terma
mengikut firma tersebut. Siapa yang
untung?
PENUTUP
Datuk memandangkan terlalu banyak jerung-jerung diluar sana yang hendak membaham apa saja dana dan peluang daripada kerajaan untuk rakyat adilkah kita menilai prestasi atas bahu seorang Perdana Menteri saja?
salam tok..
ReplyDeletedari segi cekap najib sama dengan KSN... mengapa ada JTAS untuk merera urusan pentadbiran negara,KITA tanya MKD.. mereka yang selalu dapat WAHYU..
saya lebih suka PAK LAH..
lemah tapi tegas
salam
salam DAKJ
ReplyDeleteselepas PRU 13 dalam hal politik dan pentadbiran negeri/negara ia nampak lebih aman dari selepas PRU12.
masalah perumahan mampu beli/mampu sewa akan menjadi semakin kritikal di selangor dan mungkin masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan selangor sebagaimana masalah air.
pendatang haram/asing masih berkeliaran bebas.mudah dijumpai.tindakan masih tidak tegas.ia boleh mengancam negara.
kes MH370 masalah luar jangkaan dan pelik.harap ia boleh diselesaikan.
Salam Tok Kadir..
ReplyDeleteKita anggaplah semasa Najib mengambil alih pemerintahan negara indeknya sebagai berada ditengah-tengah iaitu 50%, ertinya kalau baik indek itu naik 51% keatas.. kalau buruk indek itu akan turun 49% kebawah..
Contoh 1. Pengurusan kewangan negara.. lapuran audit setiap tahun menunjukkan ada perbelanjaan tidak munasabah artinya tiada kawalan, buruklah tu saya bagi markah 46% Datuk..
Contoh 2. Pru 13 BN pimpinan Najib hanya dapat undi popular 47% sahaja artinya buruklah tu.. dapat markah pun 47% peratus jugalah Tok..
Itu belum lagi tentang kenaikan harga barang, kenaikkan takrif elektrik, ketegangan kaum yang lebih dirasa sekarang ini..
Dulu Datuk pernah sentuh 4000 jenis barangan akan mendapat potongan 30% hingga 70% dipasar raya seperti Econsave, Giant dll saya tengok harga beras masih tiada potongan lagi yang lain pun tak berubah.. masih sama..
Yang bertambah baik ialah hubungan Najib (Malaysia) dengan Obama (AS)..
Tapi ada perkara lain yang saya simpati dengan Datuk iaitu diposting lepas.. ada pembahas yang guna nama Anonymous sahaja mengeluarkan perkataan "pukimak" ditujukan pada Datuk.. bersabar Tok.. tak sepatutnya ada pembahas begitu.. kalau ia pun tak setuju beradablah..
T kasih Tok..
Salam Tok, Senang cakap depa buhung. Dalam manifesto janji tak naik harga. Bukan tu saja kunun nak stabil harga.
ReplyDeleteLepas depa dapat balik kuasa, walaupun macam Tok kata "mediocre" depat balas kita.
Bukan saja harga tak stabil tapi naik melambong-lambong pula.
Tapi Melayu ni dia cerdik-cerdik bodoh. Cakap bukan main pandai, tapi kena cucok dari belakang pun depa tak sedar.
Kalu yang tu tak cukup, harga getah dan buah kelapa sawit pun merudum sama. Pi kedai Cina depa kata semua harga naik pasai kurang subsidi dan bil elektrik naik.
Jadi kalu ikut cakap dan manifesto PRU 2013 depa buhung la. KPI depa boleh jadi lebih teruk dari undi majoriti 47% yang depa dapat.
Saya cuba nak bela ayam dab itik. Tapi bila pi Kedai Cina, dia kata harga makanan ternakan naik pasai nilai ringgit jatuh. Harga dedak pun naik juga. Nak bagi makan sagu, pokok rumbia pun tak ada lagi.
Tu la cerita kita orang kampung dan orang pencen yang balik dok kampung.
Assalamualaikum,
ReplyDeletePertama: Saya berpendapat, PM Mohd Najib bukanlah seorang yang bijaksana. MB Selangor, Khalid Ibrahim jauh lebih bijak daripadanya.
Kedua: Kedatangan Mr Obama hanya sekadar untuk mengondem Mohd Najib. Obama tidak berani datang sekiranya PM Malaysia pada masa ini ialah Tun Dr Mahathir.
Ketiga: Ilmu ekonomi apakah yang dipelajari oleh Mohd Najib sehingga tergamak dia mengamalkan pemberian BR1M yang sudah berjumlah RM berbelas-belas bilion, sedangkan seorang penerima hanya mendapat sekitar
RM650 yang hanya habis dalam masa beberapa hari sahaja.
Dengan kata lain, wang yang jumlahnya RM berbilion-bilion itu hangus dalam masa beberapa hari sahaja. Bukankah amat menguntungkan sekali sekiranya wang sebanyak itu digunakan bagi mewujudkan projek-projek besar bagi faedah berjuta-juta orang rakyat, berterus-terusan?
Di samping itu, saya yakin, dalam masa yang singkat sahaja, masalah pengangguran 32,000 orang graduan
pasti dapat diatasi.
Keempat: Amalan menaikkan harga minyak dalam negara setiap kali harga minyak dunia meningkat naik merupakan satu tindakan zalim kerajaan terhadap rakyat. Kenaikan harga minyak dalam negara ini mengakibatkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Kesannya, peningkatan kos sara hidup sudah tentu memenderitakan rakyat.
Sepatutnya, apabila harga minyak dunia naik, harga minyak dalam negara wajib turun. Kesan positifnya, harga barangan dan perkhidmatan pasti akan turun juga. Natijahnya, kos sara hidup rakyat pasti turun.
Bukankah Malaysia sebagai negara pengeluar minyak menikmati keuntungan yang besar apabila harga minyak dunia meningkat naik?
Apa makna kekayaan negara kepada rakyat, sekiranya kekayaan negara tidak 'dikembalikan' kepada rakyat, bahkan sebalikny makin tercekik oleh kekayaan negara, padahal negara milik rakyat?
Dahsyat sungguh. Teramat ironi dan tragis sekali.
Kelima: Tiadakah antara penasihat Mohd Najib yang sangat besar jumlahnya itu berani memberitahu dia bahawa pelaksanaan GST mampu menjatuhkannya daripada takhtanya.
Keenam: Saya memohon jasa baik DAKJ untuk mendapat keabsahan 'cerita' bahawa kumpulan KRU telah "diberikan" sebanyak RM200 juta oleh Mohd Najib. Saya harap 'cerita' ini tidak benar sama sekali.
Ketujuh: Tiadakah antara para penasihat Najib yang berani memberitahu dia bahawa kegiatan jahat NGO Melayu seperti PERKASA, ISMA dan JMM akan menjadi pukulan pantulan maut kepada UMNO?
Di samping itu, selagi ada penyokong UMNO yang berperangai 'pelik' seperti OKJ, maka bertambah meluatlah rakyat kepada Mohd Najib. Kesian dia!
Kesimpulan saya, PM Mohd Najib sebagai Menteri Kewangan telah gagal mengurus tadbir negara dengan baik. Bawah pemerintahannya, rakyat terbanyak pada keseluruhannya tidak pun mendapat keselesaan hidup yang sewajarnya.
Wassalam. Maafkan saya. Saya ikhlas.
Salam Datuk,
ReplyDeleteMenarik untuk kita menilai secara am dalam dua perkara utama. Lain nya bergantung kepada sikap dan pelaksanaan.
1. Kita lihat kesrluruhan aktiviti ekonomi skala, pasaran modal dan ekonomi domstik sokongan yang melibatkan sektor koporat swasta ( termasuk pertengahan) dan fungsi GLCs. Tiada pula syarikat yang gulung tikar, malah kebanyakkan mendapat untung berlipat ganda. Sebahagian nya mampu memberi bonus lumayan. Tidak tahu lah ia satu 'penipuan koporat' dalam perniagaan ?... Yang penting limpahan dari nya dan sumbangan semula kumpulan ini kepada kerajaan atas dasar dan polisi mesra perniagaan selari aspirasi pembangunan nusa dan bangsa. Jika kerajaan sekarang memperolihi apa yang sepatut nya, maka ekonomi pasti boleh berkembang. Umpama GST yang bakal di kuatkuasa 2015, sudah semesti nya lonjakan besar dalam perolehan negara dapat di nilai. Semua nya berkait rapat terutama GLCs kerajaan, jika di urus tadbir secara cekap dan beramanah, kerajaan tidak perlu lagi kepada suntikan modal penyelamat. GLCs ini sudah sepatut memberi sumbangan terbesar dari semua segi termaduk menyokong penuh dasar afirmatif memajukan kedudukan ekonomi melayu dan bumiputera dalam perdagangan tempatan dan global.
Kemudian nya sektor swasta yang di bantu secara terus atau tidak. Penyediaan pasaran modal dan pelaburan. Skim-skim yang di perkenal kerajaan sebagai pemangkin dan pengawalan kepada spekulasi dan monopoli. Pengawalan harga barangan dan bahan mentah, produk siap amat penting. Termasuk bersubsidi. Kita memerlukan limpahan dinamik sehingga sampai kepada sasaran.
2. Perbelanjaan kerajaan berimbang dan impak keseluruhan. Pembangkang menyatakan kerajaan berhutang sehingga 600 billion. Senario ini saya tidak pasti. Yang pasti berdifisit. Sememang nya kerajaan perlu ubah kedudukan demi mendapat dan memantapkan kedudukan kewangan. Biasa lah, jika aliran dan kecairan tunai berada di pasaran modal, sudah tentu negara menjadi sihat di samping reserve yang teguh. Wujud nya peluang peluang modal insan yang berterusan. Cuma apa yang di khuatirkan, wujud nya 'pembina dasar' terselindung yang memacu negara menuju arah bertentangan secara halus. Perkara ini hanya PM yang tahu.
Keseluruhan nya dalam keadaan sederhana di bawah PM Najib. Ekonomi Malaysia tidak statik. Mampu bertahan dalam keadaan beberapa negara muflis, berhutang besar dengan IMF dan kesan dari ekonomi Amerika yang merudum negatif.
Apa yang di harap dari PM Najib, menjaga kebajikan kakitangan kerajaan yang melebihi satu juta. Melihat lebih jauh ke pendalaman. Mendidik anak-anak muda agar lebih bertanggung jawab yang sayangkan negara dan pemerintahan. Mengekang gejala negatif dengan lebih cekap agar Perlembagaan Malaysia tetap teguh dan tanpa ganggu gugat dari manusia - manusia yang menepuk dada.
Kepada Allah SWT kita berserah. Semoga Melayu dapat menjaga amanah terhadap bumi nya tanpa berbelah bahagi.
Salam Sdr Zed-85
ReplyDelete"Menilai kepada kerajaan PM Najib selama setahun,
Saya merujuk kepada worldwide governance indicator (WGI), ada 6 (Voice and accountability, Political stability and absence of violence , Government effectiveness,Regulatery burden,
Rule of Law,Control of corruption)"
Pandai sdr memilih menggunakan WGI diatas kerana penilaian nampak komprehensif.
Komen saya, sdr kena bezakan antara menilai pencapaian kerajaan Malayasia sehingga 1 tahun Najib jadi PM dengan pencapaian PM DSNajib sendiri selepas setahun beliau memerintah.
Sdr kena faham, Kerajaan Malaysia yang seadanya bermula dari PM pertama sehingga sekarang yang keenam. Najib hanya menyambung pemerintahan dari PM2 sebelumnya.
Maksud saya, ada di antara pencapaian Najib hingga sekarang memebabitkan dasar2 atau tindakan yang telah dibuat oleh PM2 sebelumnya membabitkan kesemua WGI Berkenaan dan banyak lagi. Sebagai contoh, jika rating "Control of corruption " naik ia,pada saya, ada kaitan dengan usaha perubahan dalam insititusi kawalan rasuh negara yang dilakukan oleh PM TPaklah sebelumnya membabitkan pembentukan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Negara dan Institut Intigriti Negara sekali gus.
Sementara mengenai "Government effectiveness" (Merujuk kepada effektif kerajaan. Tahap ekonomi semakin menurun, inflasi naik, kadar bankruptcy dan hutang persendirian naik tinggi), pada saya, ada kaitan dengan keperluan penarikan subsidi petrolium yang terkumpul atau dikumpul di era PM TDMahathir, khasnya.
Begitulah seterusnya WGI2 yang lain.
SAJI
Dato.
ReplyDeleteMalang bagi PM Najib.
Kayu ukur kejayaannya tidak mantap dan seimbang.Goyang-goyang.
Keliling PM Najib termasuk pegawai khas atau tidak khas banyak main-main dan kepntingan hidup mereka sahaja.
Pesawah padi masih susah.
Penoreh getah dan pekebun kecil lagi susah.Harga getan sudah menjunam RM 2 se kilo.
Jentera kerajaan pun tak berapa sokong kerajaan.Banyak pro pembangkang.
Ahli politik UMNO pun kurang kaliber .Hebat dalam kelambu sendiri sahaja.
Inilah puncanya mandat PRU 13 banyak sangkut sana sini.
Pemimpin UMNO sebuk himpun duit untuk masa depam mereka.
Dengar cerita sudah ada yang secara senyap senyap angkut anak isteri berhijrah ke Australia.Cari payung sebelum kilat dan hujan lebat turun.
Simpati pada PM Najib.Sebenarnya dia pun tak mahu macam ini berlaku.
PM Najib kena guna juga tenaga orang lama.Tak perlulah beri apa apa jawatan.
Ramai orang lama hendak membantu PM Najib tetapi terhalang dan dihalang.
Waktu ini PM Najib kena bebaskan dirinya daripada terkepung oleh orang yang banyak menjahanamkan dirinya.
Inilah yang dinamakan kumpulan cium tangan.
Masa untuk PM Najib cuma ada 48 bulan sahaja lagi.
Itulah mandatnya bagi PRU 13.
PRU 14 selera dan cita rasa makin bahaya jika PM Najib pandang ringan semua ini.
Pengangguran siswazah Melayu umpamanya.Semua mereka ini adalah pengundi PRU 14.
Nak harap swasta atau GLC .
Harapan tinggal harapan sahaja lah.
Semoga PM Najib dapat baca tulisan Dato ini yang saya rasa ikhlas dan jujur.
Terima kasih Dato.
Salam DAKJ
ReplyDeleteBagi sayalah, Yahudi dan Nasrani HANYA akan baik dengan kita jika kita ikut cakap mereka. Itu memang dah dijanjikan di dalam AL Quran. Jadi Dato, tak payahlah puji mereka sangat walau pun ramai orang tahu besan Dato’ orang sana. Keduanya, kalau kata mereka polite, saya rasa agak pelik. Contohnya, kalau kita pergi ke Bruge, Belgium, siap tulis “No free entrance” di depan pintu kedai iaitu nak masuk ke kedai mereka pun tak boleh kalau tak nak beli. So, polite ke macam tu? Saya rasa sombong adalah….
Dato’. Izinkan saya menyelitkan sedikit berita berkenaan MH370. Semalam ahli arkeology marine British telah mengesan wreckage MH370 di kawasan Laut Cina Selatan. Beliau pun pelik sebab ada kapal disebelah dan didartarkan di Negara jiran kita. Beliau juga menjadi amat pelik sebab pekerja pelantar minyak di Vietnam yg nampak kejadian tersebut tetapi diketepikan begitu saja bukti tersebut.
Bila dibaca report MH370, memang bukti fizikal tersebut tiada. Yg ada hanyalah bunyi ping je. Akhir kata, saya rasa sudah sampai masanya Bluefin dihantar ke kawasan tersebut jika kerajaan memang betul-betul nak mencari jawapannya. Sekian TQ.
Salam Dato.
ReplyDeleteSy bertanya...siapa kita yg nak menilai prestasi seorng Ketua Negara yg paling tinggi?
Jika ia sekali pun....mahukah beliau menerima segala apa yg negatif mengenai prestasi diri dia selama 5 tahun memerintah?
Atau adakah beliau mendegar dan membaca semua ini?
Harap2 begitulah....lagi pun PM Najib pernah berkata..."sy dengar".
Dengar saja tak cukup!!!!!
Walau apa pun.. kita mesti berlaku adil bila membuat apa2 penghakiman.
Ianya mesti mempunyai basis...dan berlandaskan pada ukuran yg selalu diguna pakai (yardstick)..jika ada....dan mesti juga mempunyai 'benchmark'...untuk kita membuat perbandingan dan juga penilaian yg lebih objektif walau pun tidak 100% tepat....dan adil.
Bila sdra Zed-85 memberi 'WGI..Worldwide Governance Indicator' untuk menilai prestasi PM Najib...berkesudahan dgn 56% markah...sy secara peribadi rasa ianya munasabah dan mungkin bolih diguna pakai.
Tetapi maaf berkata..WGI pun bukanlah 'full proof'...kerana ianya juga mesti juga dilakukan dgn lebih telus tanpa apa2 'gangguan'atau manipulasi.
Sy dapati 6 perkara besar yg terdapat dlm WGI memang masuk akal untuk kita membuat penilaian pd seorg Ketua Negara..
Cuma rating yg diberikan itu masih boleh dimanipulasi atau pun ditipu.
Andai kata kita menerima WGI ini... prestasi PM Najib cuma sekadar 56% sahaja....kira 'pass sikit saja'.
Tak hebat lah tu..
Tetapi itu di atas kertas..masih bolih dipersoalkan kesahihannya...
Apakata kalau markah korupsi cuma 35% dan kestabilan politik cuma 50%....purata markah akan menjadi...51% sahaja.....kira 'border line' habis...cukup makan.
Bagaimana pula dgn persepsi...dan perasaan rakyat yg sebenarnya?
Bagi sy....prestasi PM Najib cukup menyayat hati dan banyak yg masih kurang.....kira 'FAIL'...perasaan 'gundah gulana' dan ketidak tenteraman dijiwa setiap rakyat terutama majorti Melayu...termasuk sy sendiri ...masih berlegar2 dan menganggui setiap waktu.
Lagi pun perasaan Melayu adalah Perasaan Majoriti sebab kitalah yg majoriti penduduk pun.
Banyak persoalan yg bermain didlm diri...saperti;
# adakah org Melayu atau UMNO masih mempunyai kuasa 10 atau 15 tahun kehadapan?
# bagaimana dgn nasib bangsa atau anak cucu kita nanti?.....adakah meritokrasi menjadi kenyataan dan ada lagikah hak2 Melayu..saperti yg tertera didlm Perlembagaan?
# adakah Ugama Islam masih menjadi Ugama Rasmi dihadapan masa nanti?
# bolehkah org Melayu bersaing dgn org yg bukan Melayu terutama org Cina...terutama dlm perkara ekonomi....dan juga didlm kehidupan harian?
# mampukah PM Najib mempertahankan kedudukan Melayu dan hak2 yg sedia ada dari dicabar oleh yg bukan Melayu hingga ketitisan darah sekali pun?
Semua ini menjadi igauan dlm diri sy kerana...kita semua tahu yg didlm hal2 ekonomi...walaupun dgn bantuan kerajaan...org Melayu masih jauh ketinggalan.
Jadi jika begini caranya PM Najib memerintah sejak 5 tahun lepas....sy disini akan menilai prestasinya lebih dari sudut masa depan bangsa Melayu dan kepayahan yg dilalui saban hari dan waktu.
Terutama dgn kos sara hidup yg naik mendadak....
Kos harga rumah mampu beli dan sewa yg juga tidak dikawal...gangguan pendatang tanpa izin yg masih tidak dibendung.....ajaran sesat termasuk masaalah Syiah nmpak mcm tiada apa2 pantauan yg dibuat secara yg lebih serius.
Dgn hanya sedikit sebanyak perkara yg tersebut diatas...selain 6 perkara dari WGI...
sy berpandangan bahawa Prestasi PM Najib sejak 5 tahun ini masih lemah dan tiada ada yg boleh dibanggakan...malah membahayakan bangsa.
Jika Cina secara terang terangan memilih DAP yg begitu 'rasis' menjadi suara mereka (kerana MCA dianggap lembik dan kuda tunggangan UMNO)....sy juga mahu seorg Ketua Melayu yg tegas dan sanggup mempertahankan Ugama Islam dan Bangsa Melayu saperti mana yg termaktub didalam Perlembagaan tanpa perlu apologetik.
Bagi dy orgnya bukan Najib.
Terima kasih.
Salam Datuk
ReplyDeleteSemoga dirahmati dan sentiasa diberkati. Saya berpandangan untuk memimpin sebuah negara perlu lebih daripada kebijaksanaan, malah agak pelik dan ajaib kebanyakan pemimpin dunia yang memimpin negara bukan dari kalangan yang bijaksana. Kita ambil contoh di Amerika Syarkat kalau kita tengok orang yang antara terbijaksana ialah Bill Gates, bukan sahaja bijak tapi kaya, kalau dengan duit dan kebijaksanaan yang beliau ada tentu bertambah canggih negara Amerika pada hari ini. Saya dapat mengesan ciri Pemimpin di seluruh dunia adalah universal iaitu seorang Individu yang mempunyai semangat dan keazaman tinggi, biarpun mereka bukan bijak tapi mereka boleh mempengaruhi orang lain untuk bersama mereka. Dalam konteks Malaysia memang diakui Dr Mahathir telah menetapkan satu standard yang tinggi apabila merujuk kepada kepimpinan negara. Memang agak sukar untuk mencari pemimpin seperti Dr Mahathir yang mempunyai pakej lengkap bijak+ keazaman tinggi. Bagi Datuk Seri Najib yang dihimpit banyak kontroversi beliau patut diberi pujian kerana mampu untuk kekal berkuasa biarpun kalau diukur dari aspek prestasi dalam pilihan raya memang cukup2 makan namun tetap boleh berkuasa. Itulah dinamakan keazaman tinggi, soal baik atau tidak terpulang pada rakyat yang menentukan. Bagi saya bukan senang untuk jadi Pemimpin silap haribulan nyawa yang menjadi galang ganti, saya bersimpati dengan MB Tan Sri Khalid Ibrahim yang ketika ini digasak oleh kawan dan lawan meskipun beliau cuba membawa politik baru tetapi keazaman beliau tidak dapat menahan keazaman lawan beliau yang cuba merebut kuasa. Datuk, penilaian saya senang dan mudah samaada bagus atau tidak seorang pemimpin itu ia tertakluk kepada selama mana sesorang pemimpin itu dapat bertahan, malah kepimpinan dalam keluarga pun sering terbarai di tengah jalan. Pernah satu ketika saya berjumpa dengan anak seorang bekas Mufti terkenal di Malaysia yang kahwin lari dengan pakwenya kerana cinta...itu anak Mufti, anak kita bagaimana?
Nampaknya Datuk ingin Rakyat membuat analisa sendiri untuk KPU Najib dan kerajaan nya.
ReplyDeleteRata rata nampaknya pembahas disini telah memeberi markah KPU yang rendah untuk Najib...
Jika tahun ini KPU Najib nyawa nyawa ikan macam mana nak memerintah tahun depan dan seterusnya?
KITA telah ketandusan idea.
ReplyDeleteManifesto mana-mana parti politik ialah janji yang bersifat spesifik untuk menambahbaik kehidupan rakyat. Apabila mandat telah diperolehi maka usaha dilakukan untuk memenuhi janji-janji yang telah dibuat. Usaha dizahirkan melalui RMK dan bajet tahunan yang menjadi pemandu utama pembangunan sosio-ekonomi negara. Bajet yang salah akan merencat atau memandulkan ekonomi dan mencacatkan sosial. Di sinilah letaknya masalah kita kerana lanskap ekonomi kita mempunyai dimensi perkauman yang sentiasa tegar menenetapkan arah pembangunan ekonomi negara. Baik TDM, TAAB atau pun DSNR mereka akhirnya buntu untuk meleraikan kemelut ekonomi negara yang dihinggapi virus perkauman ini. Bukan PM sahaja, kita SEMUA masih buntu idea (dan usaha) untuk melahirkan ekonomi Malaysia yang mapan mengembang serasi dan sensitif dengan pola demografi kaum.
Ramai antara kita masih kagum dan nostalgia dengan TDM kerana pada bahagian pertama pemerintahannya ekonomi tumbuh pada kadar melebihi 8%. Pertumbuhan itu dicapai, sebahagian besarnya melalui pembangunan infrastruktur dari jalan dan jambatan kampung, pejabat pentadbiran, pembangunan sekolah hinggalah ke Jambatan PP, PLUS, KLIA dan Putrajaya. Turut sama mengembang ialah perkhidmatan awam yang didominasi oleh orang Melayu. TDM melahirkan Malsysia Inc. melalui penswastaan perkhidmatan kerajaan dalam bentuk GLC. TDM melahirkan Perwaja dan Proton. TDM akhirnya terpaksa melepaskan jawatan PM kerana apabila pembangunan infrastruktur telah mencapai tahap tepu rakyat yang telah terbiasa dengan perbelanjaan sektor awam menjadi kehilangan punca, resah dan mula mengecam beliau. Keadaan bertambah teruk kerana Perwaja dan Proton tidak menjadi maju seperti yang diharapkan. TDM tidak boleh dipersalahkan apabila Proton dan Perwaja tidak menjadi seperti yang diinginkan kerana akhirnya mereka (majoritinya orang kita Melayu) yang diamanahkan gagal mencapai sasaran (do not live up to the expectation). GLC yang sepatutnya membuat untung menjadi sebaliknya, misalnya MAS yang berterusan mencatatkan rugi ratusan juta RM saban tahun.
TAAB hanya meneruskan polisi pembangunan infrastruktur yang terpaksa semakin perlahan kerana ketepuannya. Jangan tidak, TAAB sekadar mewartakan beberapa koridor ekonomi. DSNR masih meruskan polisi pembangunan infrastruktur tapi lebih perlahan dari apa yang dilakukan TAAB kerana sememang telah tepu buat masa ini; tidak ada gagasan ekonomi tetapi dengan pelbagai projek 1M, misalnya BR1M, KR1M, Klinik 1M. Kita dah buntu. Pembangkang pun buntu KECUALI mereka nampak kelemahan dalam "good governance" dan ketirisan (yang memang benar lagi diakui). MB TSKI di Selangor khabarnya ada berbilion RM rezab duit tapi tak dengar pula produk ekonomi tajaan negeri yang boleh membantu pembangunan ekonomi negara. Malahan keperluan asas seperti air pun masih tak ada apa-apa yang baru dari TSKI.
Tanpa penjana ekonomi yang sebenar, maksudnya peningkatan dan pembagaian produktiviti, ekonomi kita sedang menuju ke arah "crash" kerana sekarang kita sedang mengunakan minyak "percuma" dari Petronas. Yang pasti semua telaga minyak akan kering suatu hari nanti.
Sdr OKJ,
ReplyDeleteYang baik kita akui dan pujilah. Bukan pasal menantu. Saya ke Switzerland (kerana tugas) lama sebelum anak saya kahwin warganegaranya.
Saya dapat biasiswa Racangan Colombo New Zealand. Jadi saya terhutang budi kepada negara itu.
Orang Yahudi ka, Nasrani ka, Hindu ka, Buddhis ka dan tak kira agama mana, kalau mereka tunjuk teladan dan contoh yang baik, kita beri perhatianlah.
Orang Islam pun kalau dia penyangak, penyamun dan pengamal rasuah kita kena tolak dan tegur dia.
Kalau kita tak suka orang bukan Islam atau orang kafir, pasal apa terhegeh-hengeh merayu Obama melawat negara kita?
Tak dengar pula Raja Arab dan pemimpin Islam yang hebat-hebat melawat negara kita.
Mereka tak penting atau kita tak jemput? Atau kita kata dunia Islam tak ada orang besar macam Obama.
Pasal MAS dan misteri MH370 saya dah "give up". Ini bala kelas satu. Saya dah banyak kali kata jual MAS untuk potong kerugian. Dulu dah elok-elok diswastakan gatal ambil balik.
Terima kasih.
Tak mahu menilai Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang ke?
ReplyDeleteKadir,
ReplyDeleteAnwar menagih-nagih sokongan Yahudi Amerika, kamu takde bising pulak.
Najib terima lawatan Obama, kamu nak kecoh.
Saudara Saji,
ReplyDeleteBagaimana kita hendak menilai seorang PM?
Mesti ada satu kayu pengukur untuk pastikan PM yang kita pilih “up to standard”.
Kita diperkenalkan dalam organanisasi perkerjaan tidak kira swasta atau kerajaan sistem “KPI” (Key performance Indicators) dan “KRA” (Key result Areas).
Kalau KPI seorang pekerja tidak tercapai atau tidak memuaskan pada hujung tahun, maka gaji dan pangkat tidak naik.
Mesti ada juga kayu pengukur untuk menilai prestasi sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi.
Kerajaan sekarang ada NKRA, (National Key Result Areas) diperkanalkan pada tahun 2009,
1. Mengurangkan jenayah - Datuk Seri Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri)
2. Memerangi rasuah - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
3. Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu - Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)
4. Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah - Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman - Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
6. Menambah baik pengangkutan awam bandar - Dato' Seri Kong Cho Ha (Menteri Pengangkutan)
Setelah 5 tahun, bagaimana dengan NKRA di atas?
Saya rasa NKRA yang ada baik tetapi tidak menyeluruh, umpamanya dalam Worldwide Governance Indicator, “Rule of Law” adalah menjadi antara satu teras penting.
Banyak kerenah-kerenah bukan-bukan yang ada dalam PAC setiap tahun tetapi adakah pengadilan yang sepatutnya diambil?
Dengan adanya GST pada tahun 2015, tabungan negara akan bertambah. Kalau “rule of law” dan sistem pengadilan tidak diambil penting maka sedaplah jerung-jerung mengambil kesempatan.
Saudara membezakan antara kerajaan dan Perdana Menteri. Saya menganggap PM adalah ketua kerajaan dan PM sepatutnya dipertanggungjawapkan “accountable” untuk kerjaan yang sedia ada.
Saudara MSH,
ReplyDeleteKomen Saudara,
Sy bertanya...siapa kita yg nak menilai prestasi seorng Ketua Negara yg paling tinggi?
Komen Saya,
Sebenarnya, sistem kerajaan yang sedia ada adalah sistem demokrasi yang kita ambil dari British bukan sistem feudal.
Ketua negara yang paling tinggi iaitu PM dinilai dan dipilih oleh rakyat.
Dalam UMNO, jawatan Presiden tidak dicabar. Itu adalah dalam UMNO tetapi dalam negara, adalah menjadi hak rakyat untuk memilih kerajaan dan ketua kerajaan. Ini dinyatakan dalam Perlembagaan yang menjadi sebahagian dari Rukunegara.
Hak memilih kerajaan adalah hak orang melayu dan semua rakyat.
Salam DAKJ
ReplyDeleteDalam satu sesi unplugged bersama PM beberapa tahun lepas, seorang peserta membangkitkan rasa kurang puas hati kerana kerajaan dilihat tidak bertindak tegas dalam banyak isu. Jawapan DSN pada masa itu ialah, "berikan saya mandat". Jadi cukup sesuai rasanya DAKJ membuka gelanggang untuk membahas tempoh setahun PM dengan mandatnya sendiri, sebagai PM, bukan Presdien UMNO atau Pengerusi BN.
Tun Daim telah berterus terang meminta PM meletakkan seseorang yang lebih berwibawa dan berkemampuan untuk memimpin Kementerian Kewangan. Isyarat negatif yang sepatutnya dinilai dengan penuh keinsafan oleh PM. TDM ambil alih MK dalam keadaan krisis dan dia berjaya menggalas tugas itu dengan cemerlang. PM selepasnya menjadikan jawatan itu warisan mereka.
Satu orang pegang banyak jawatan di peringkat kampung adalah biasa. Pada peringkat tertinggi kerajaan, amalan sedemikian sudah pasti janggal kerana beban tanggung jawabnya jauh berbeza. Bukan sahaja PM mengamalkannya malahan dia meletakkan sepupunya dalam kedudukan yang serupa. Kalau dalam parti politik kita menuding jari kepada dinasti Lim dan Karpal dalam DAP serta DSAI dalam PKR, DSN seolah-olah melakukan perkara serupa dalam kerajaan.
Berbilion RM dihabiskan dalam beberapa hari melalui BR1M, yang kita fahami benar berakhir ke kantung siapa sebenarnya. Bertambah kuatlah ekonomi pemonopoli ekonomi negara. Tambah pula dengan I-BR1M, untung besar syarikat dan agensi insurans yang terlibat dalam sekelip mata. Apa produktiviti yang terhasil daripada berbilion wang BR1M, sekadar gula-gula kepada rakyat.
sultan penipu (konsultan) terus diagungkan dengan imbuhan berbilion ringgit dan meningkat setiap tahun. MCA diserap kembali ke dalam kerajaan tanpa perlu bayar harga apa-apa. Tidak perlu kerja kuat untuk memenangi undi Cina, kedudukan MCA dalam kerajaan terjamin selamat oleh PM. Berbangga dengan kunjungan Obama secara berlebih-lebihan, MH370 masih belum diketahui nasib sebenarnya.
Kalau Dakj terer mana satu betul :
ReplyDelete1. Kekuatan Najib adalah kelemahannya.
2. Kelemahan Najib adalah kekuatannya.
Sebab sama je timbal terbalik.kui3
Seorang pembahas baru (atau lama tapi pakai nama samaran baru) berkata:
ReplyDelete"Anwar menagih-nagih sokongan Yahudi Amerika, kamu takde bising pulak.
Najib terima lawatan Obama, kamu nak kecoh."
1. Saya dak banyak kali tulis berkenaan Anwar dan Barat.
2. Dalam konteks posting ini, siapa PM - Anwar atau Mohd Najib?
3. Bagi saya, Mohd Najib adalah PM. Tak tahulah kalau ada orang anggap Anwar PM atau setaraf dengan PM.
Terima kasih.
Salam dato,
ReplyDeleteMy assessment of the PM.
1.He is on top of all problems concerning administration of the nation, is not he?
OR
2.He is at the top of all problems concerning the administration of the nation, is not he?
He is in category no 2....almost always,when there is a problem, his immediate solution is creating another bigger problems, and sometimes later,people lost tract on the initial problem and the solutions....ALWAYS like that larr....
The good things under his watch are:
1. GDP is still above 4%
( if 0+ is considered good la)
2. FGV
3.Penang second bridge
4.KLIA2
5. Several news highways/roads kat Selangor,KL,Kuantan,Penang..
6.BRIM...teruskan sampai tak ada duit lagi nak bagi.
7.KRIM,duit sekolah,duit beli telepon,duit beli buku,kedai kain...
8.EPF withdrawal is still forthcoming,excluding yang tipu punya.
9.Banking sector still reasonably good... belum ada yang tutup kedai lagi..
Abu Bakar Ab Rahman
Salam Tok..
ReplyDeleteSejak PR memerintah selangor.. Pengurusan masjid pun sudah ada KPI.. yang bertujuan untuk menambah baik pengurusan masjid.. termasuk dalam penilaian ialah kebersihan tandas..
Masjid yang berada dibawah paras penarafan akan merasa malu.. so..!
Kita berhak menilai kepimpinan negara kita..
T kasih Tok..
Salam Dato KJ
ReplyDeleteDato suruh pembaca blog Dato menilai setahun mandat PRU 2013...
Bukan nya Dato tak tahu orang Melayu adalah bangsa yang malas membaca, berfikir, mengkaji dan menilai..
Mereka lebih gemar pergi ke pentas ceramah atau baca internet, di spoon feed, di suap ke dalam telinga dan minda mereka tak kira lah orang yang memberi maklumat itu kuat berlakun atau pun suka memaki hamun...
ini saya cakap mengenai kedua dua pihak..
sebab itu musuh dan juga politikus kita amat maklum dengan kelemahan orang Melayu ini dan mereka mengambil kesempatan ke atas nya..