Wednesday, July 16, 2014

Petronas Terus Meningkat Dalam Senarai Fortune


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

BUKAN semua berita di bumi 1Malaysia buruk. Bukan semua jabatan dan agensi kerajaan teruk. Sekali-sekala ada juga berita gembira.

Manakala penceroboh, penjahat dan penculik asing dengan mudah memecah masuk wilayah kita akibat kurang siap sedia agensi pertahanan negara, agensi lain pula berjaya memecah masuk pasaran dunia untuk menjadi penyelamat kita.

Tidak syak lagi bahawa pendahulu kepada agensi negara yang mengharumkan nama Malaysia di dunia antarabangsa ialah Petronas.

Perbadanan petroleum nasional kita itu adalah satu-satunya syarikat Malaysia yang menganggotai kelab eksklusif “Fortune 500” yang menyenaraikan 500 buah syarikat terbesar dunia.

Dalam senarai tahun 2013 yang disiarkan dalam keluaran 21 Julai majalah Amerika itu, Petronas menduduki tempat ke-69 – naik daripada nombor 75 tahun lepas. Pada tahun 2008 Petronas menduduki tempat ke-95.

Tahniah kepada lembaga pengarah, pengurusan dan kakitangan Petronas yang seramai 49,183 orang itu.

Mengikut laporan Fortune, tahun lalu Petronas mencatatkan pendapatan lebih AS100.7 bilion (kira-kira RM321.4 bilion) – naik 6.9% daripada tahun 2012.

Pendapatan Petronas kurang sedikit daripada syarikat kereta Jerman, BMW dan lebih daripada syarikat pengeluar makanan Switzerland, Nestle.

Daripada jumlah itu, Petronas membuat keuntungan AS$17.18 bilion (RM54.8 bilion), naik 7.4% dan  menjadikannya syarikat ke-22 paling besar di dunia dari segi keuntungan.

Petronas mengalahkan raksasa petroleum Royal Dutch Shell (UK&Belanda) yang menduduki tempat ke-25. Royal Dutch Shell adalah syarikat kedua terbesar di dunia selepas Wal-Mart Stores (Amerika Syarikat) dalam senarai Fortune.

Dengan kedudukannya di anak tangga ke-69, Petronas mengalahkan syarikat minyak Thailand, PTT di tempat ke-84 dan Pertamina Indonesia di tempat ke-123.

Harapan kita ialah Petronas terus maju tanpa campur tangan yang merugikan oleh kerajaan manakala dividen yang dibayarnya kepada kerajaan (RM27 bilion tahun lepas) digunakan dengan sebaik-baiknya tanpa pemborosan dan pembaziran.

Wallahuaklam.
 

22 comments:

  1. abdullahngah8:12 AM

    Tahniah, kerana telah anaktirikan orang Melayu

    ReplyDelete
  2. Kalau dengar ceramah Anwar Ibrahim, semua subsidi nak pakai duit PETRONAS..

    ReplyDelete
  3. Sdr Wan Kamarul,

    1. Ada lojiknya.

    2. Petronas bayar dividen RM27 bilion tahun lalu.

    3. Subsidi kerajaan pada tahun 2012 kira-kira RM42 bilion.

    4. Jadi dividen Petronas tak cukup pun untuk tampung subsidi.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Tetapi, masih ramai orang percaya cakap Anwar Ibrahim.
    Astaghfirullah...

    ReplyDelete
  5. Suffian12:29 PM

    saya yakin memang banyak perkara Anwar boleh buat dengan wang PETRONAS , sebab masa beliau jadi menteri kewangan 91~98...trend hutang Negara menurun & 5 tahun berturutan mencatatkan perbelanjaan surplus . Namun Pak Kadir habag saya pulak ianya tidak ada kena mengena dgn Anwar . Saya masih mencerna khabaran tersebut.
    Yg penting kita bagi orang yg amanah pegang duit, maka selamatlah. Tkasih.

    ReplyDelete
  6. Timbangtara2:45 PM

    Salam Ramadan Tok..


    Alhamdulillah Syukur..

    Sebagai rakyat Malaysia saya ucapkan tahniah serta terima kasih..

    Yang baik kita puji.. yang bermasaalah kita tegur.. kalau ditegur tak berubah kita bising dan terus bising sehingga jadi baik..

    Satu contoh pengurusan yang berkualiti..

    Terima kasih Tok..

    ReplyDelete
  7. Pembahas Suffian, antara lain, berkata: "... sebab masa beliau jadi menteri kewangan 91~98...trend hutang Negara menurun & 5 tahun berturutan mencatatkan perbelanjaan surplus ."

    1. Waktu Anwar ambil alih kementerian kewangan, ekonomi negara tengah kukuh atas usaha Tun Dr Mahathir dan Tun Daim.

    2. Anwar mampu tunjuk surplus sebab Daim buat prepayment hutang kerajaan guna rizab kewangan. Daim bayar lebih awal hutang kerajaan.

    3. Belanja kerajaan pun menurun kerana banyak perkhidmatan macam Lebuh Raya Utara Selatan dan MAS diswastakan.

    4. Realitinya pengetahuan dan pengalaman Anwar dalam bidang ekonomi dan kewangan tidaklah sedalam menteri kewangan terdahulu seperti Tan Siew Sin, Tengku Razaleigh dan Daim.

    5. Tetapi kerana masa beliau diyakini dan disayangi oleh Dr Mahathir, maka dapatlah beliau jadi menteri kewangan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. salam dakj

    tentu sahaja mereka yang dapat gaji setiap bulan dari petronas,yang mendapat kontrak dari petronas yang dapat lesen urus pam petronas lebih gembira dari mereka yang beli minyak petronas hari hari.

    melihat mereka yang mendapat faedah secara terus sangat mengiurkan.

    ReplyDelete
  9. awang batuburok4:35 PM

    Salam Ramadhan Dato,

    Sebanyak mana pun keuntungan GLC dan dividen dibayar kapada kerajaan tidak membawa apa apa makna kapada rakyat kalau wang tersebut hanya berlegar legar dikalangan golongan kapitalis kroni pemerintah.
    Rakyat marhain mendapat wang ehsan (sedekah) hanya semasa musim perayaan PRU-PRK sahaja.... perancangan jangkamasa panjang untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyat masih berjerebu dan kelam berkabus mcm dilautan Hindi Selatan.
    Apa khabar kontraktor kontraktor bumiputra dalam industri minyak dan gas? Makin berkembang atau makin gulung tikar???
    Apa khabar pulohan ribuan siswazah bumiputra yg masih mengganggur? Apa inisiatif dan sumbangan Petronas dan GLC untuk mereka???

    ReplyDelete
  10. Salam Dato,




    Bagus PETRONAS,tahniah.




    Tapi awat khazanah tak bolih lebih baik dari PETRONAS?,sebab bos khazanah adalah PM dan khazanah dibawah menteri kewangan??.



    Jaga kapai terbang macam lelong duit kat kayangan!.



    Apakata PETRONAS jaga khazanah?.



    Apakata PETRONAS OWNS MAS?...(privatized lagi la..)



    Apa kata Chairmen PETRONAS jadi
    menteri keewangan.?



    Apakata auditor PETRONAS audit khazanah dan MAS?



    Sebenarnya kalau kita nak lebih pandai,elok lah belajar dari orang yang berjaya...



    Saya fikir elok sungguh `model' perniagaan PETRONAS sejak 1974 dijadikan satu module kursus pentadbiran perniagaan dimana mana
    university,terutamanya diUiTM...



    Terdapat banyak ilmu ilmu yang penting dan perlu dipelajari dari satu syarikat Malaysia ini,yang menyumbangkan lebih kurang 1/3 KDNK Malaysia.




    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  11. Sdr AbuBakar Ab Rahman (ab), antara lain, berkata: "Terdapat banyak ilmu ilmu yang penting dan perlu dipelajari dari satu syarikat Malaysia ini,yang menyumbangkan lebih kurang 1/3 KDNK Malaysia."

    1. Ya banyak ilmu dan panduan daripada Petronas. Tapi orang kita tak peduli sejarah dan tak hargai contoh teladan.

    2. Saya mula buat laporan mengenai Petronas pada tahun 1976 - waktu rundingan Production Sharing Agreement dengan Shell, Esso dan Conoco. Waktu itu Mohd Najib junior officer Jabatan Korporat. Budak baru belajar.

    3. Ku Li dan Junus Sudin antara pengasas Petronas. Mereka juga pengasas Pernas dan Bank Bumiputera. Mereka adalah antara orang berjasa yang hampir-hampir dilupakan.

    4. Semakin hari Malaysia menjadi negara yang semakin lupakan sejarah dan tidak kenang budi.

    5. Saya jumpa ramai budak-budak dan kontraktor Petronas. Apa satu sejarah Petronas pun mereka tak tahu. Dapat biasiswa, gaji besar dan elaun lumayan, tapi tak tahu asal usul dan titik peluh para pengasas Petronas.

    6. Bangsa yang tidak peduli sejarah akan mengulangi kesilapan masa lampau.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Lahuma8:26 AM

    Dato

    Betul Jasa Ku Li dan lain-lain makin dilupakan.
    Rupa nya bangunan PWTC dan Menara Dato Onn katanya asal milik Ku Li .

    Inilah pengasas Petronas.

    PM Najib masih mentah waktu itu.Nasibnya baik kerana anak PM Tun Razak bolehlah kerja disitu.

    Malang hari ini Petronas dikatakan sudah mulai kurang membantu usawana Melayu.

    Persepsi mereka pada usahawan Melayu cukup nagatif.Mereka nampak bukan Melayu semua elok dan molek belaka.

    Sebanarnya apa kaum pun ada baik buruk.Jangan anggap Melayu semua tak terpakai.

    Begitulah kaum Melayu bila asal perutnya penuh,poketnya kiri kanan atas bawah penuh maka dia terlupa pada orang lain.

    Inilah yang sedang berlaku dialam pemikiran Melayu.

    Cogan kata anti rasuah.Tapi rasuah minda dan persepsi masih tebal.

    Sudah ramai Melayu liberal.
    Petronas pun sudah terlalu liberal.

    Jawatan mereka tetap tak liberal.

    Terima kasih Dato.

    ReplyDelete
  13. Zed-858:55 AM

    Dato'

    Jumlah sumbangan Petronas kepada hasil negara adalah 33%. Ini merangkumi dividen, cukai(tax) dan royalti. Petronas membayar jumlah RM65.7 billion kepada kerajaan pada tahun 2011 (RM30billion dividen, Rm25billion tax dan RM10.6 billion royalti+export duty).

    Jika subsidi kerajaan pada tahun sekitar Rm42billion, maka ini adalah mencukupi untuk menampung subsidi dan ada lebihan.

    Mungkin masa Anwar dulu, lebihan yang ada digunakan untuk mengurangkan hutang negara seperti mana sdr Suffian nyatakan

    Mengikut Abdul Wahid Omar, sumbangan Petronas kepada kerajaan akan dikurangkan dalam jangkamasa panjang dengan mulanya pungutan cukai GST yang akan dimulakan tahun depan.

    Ini bermakna hasil pendapatan negara daripada minyak akan dikurangkan dan hasil negara daripada cukai yang dikenakan kepada rakyat akan ditambahkan.

    Sallam

    ReplyDelete
  14. 1. Sdr Zed-85 terima kasih atas pencerahan. Saya hanya sebut dividen.

    2. Sdr Lahuma, nak kata tak tolong Bumiputera pun tak beteul juga.

    3. Majoriti kakitangan Petronas, kecuali kakitangan luar negara, adalah Bumiputera.

    3. Khabarnya ada juga kakitangan Petronas tidak mahu atau keberatan dihantar bertugas di luar negara.

    4. Ramai penerima biasiswa Pertronas Bumiputera.

    5. Ramai juga kontraktor dan pembekal besar Petronas Bumiputera begitu juga pengusaha stesen minyak.

    6. Tetapi tentu ada segelintir pegawai Petronas yang berpandangan negatif terhadap Bumiputera sebagai kontraktor dan pembekal, terutama jenis cari komisyen atau yang guna saluran politik.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Dengar khabarnya di Universiti Teknologi Petronas, pensyarah luar dibayar gaji lebih tinggi ditambah elaun rumah dan anak lagi (international school) daripada pensyarah tempatan walaupun mengajar subjek yang sama.

    Di Arab Saudi pekerja tempatan mesti gaji lebih tinggi daripada pekerja luar.

    Fikir-fikirkan

    ReplyDelete
  16. rahimlpp@yahoo.com1:37 PM

    Y. Bhg Dato' @ Petronas berjaya kerana bermula dengan membudayakan asas integriti yang kukuh. Ditadbir oleh lembaga pengarah yang pada peringkat permulaanya adalah pegawai pinjaman dari perkhidmatan awam. Mereka ini mempunyai nilai integriti dan semangat nasionalisma yang tinggi. Asas yang kukuh ini masih lagi menjadi sebahagian budaya anggota-anggota Petronas.

    2. Saya yakin Petronas akan terus berjaya sekiranya asas-asas tersebut terus dipertahankan. Selagi tidak ada lantikan pesara politik atau aktivis parti pemerentah dalam lembaga pengarah Petronas, maka keyakinan masa depan Petronas akan terus berada dikalangan rakyat. Semoga angsa emas tidak di sembelih oleh Perdana Menteri untuk faidah jangka pendek.

    3. Tahniah Petronas. Keranamu rakyat jelata mendapat faidah.

    Iklas,

    Rahim

    ReplyDelete
  17. rahimlpp@yahoo.com1:37 PM

    Y. Bhg Dato' @ Petronas berjaya kerana bermula dengan membudayakan asas integriti yang kukuh. Ditadbir oleh lembaga pengarah yang pada peringkat permulaanya adalah pegawai pinjaman dari perkhidmatan awam. Mereka ini mempunyai nilai integriti dan semangat nasionalisma yang tinggi. Asas yang kukuh ini masih lagi menjadi sebahagian budaya anggota-anggota Petronas.

    2. Saya yakin Petronas akan terus berjaya sekiranya asas-asas tersebut terus dipertahankan. Selagi tidak ada lantikan pesara politik atau aktivis parti pemerentah dalam lembaga pengarah Petronas, maka keyakinan masa depan Petronas akan terus berada dikalangan rakyat. Semoga angsa emas tidak di sembelih oleh Perdana Menteri untuk faidah jangka pendek.

    3. Tahniah Petronas. Keranamu rakyat jelata mendapat faidah.

    Iklas,

    Rahim

    ReplyDelete
  18. Janji bulan dan bintang buku jingga saja pun rm188 billion. Duit PETRONAS pun tak cukup nak bagi subsidi tu.

    ReplyDelete
  19. awang batuburok2:22 PM

    Salam,

    Memang benar Dato, 70% kontraktor bumiputra ( VDP Petronas) gagal kerana mereka dipilih atas tekanan politik bukan berdasarkan merit dan keupayaan bersaing secara professional....sungguh memalukan.

    ReplyDelete
  20. Lahuma4:36 PM

    Dato.

    Memang wajarlah kakitangan Petronas ramai bumiputra .Kalau yang ini pun terbalik apa maknanya.

    Pengurusan Petronas jangan pandang negatif pada saluran politik sahaja.Pada hal saluran kabel dalaman Petronas pun patut dipandang nilai yang sama.

    Setahu saya lantikan Pengurusan Tertinggi Petronas pun lantikan politik atas kuasa Perdana Menteri.

    Sebab itu Pengurusan Tertinggi Petronas hanya angguk pada PM sahaja.

    Yang ini kena ingat mana boleh sama sekali lari dari politik.

    Orang Kedah kata hang jaga aku.Aku jaga hang.

    Bukan luar biasa.Perkara biasa dalam hidup.

    Yang penting jangalah biar Usahawan Melayu terkubur di negara sendiri.

    Terima kasih Dato.

    ReplyDelete
  21. Salam Dato Kadir

    Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada PETRONAS atas kejayaan tersebut. Ini membuktikan PETRONAS tidak hanya bergantung kepada mana-mana CEO utk maju. Tidak dinafikanseperti kata Dato’ Kadir, jasa Tan Sri Hassan Merican memang besar kepada PETRONAS, tetapi tanpa beliau juga, PETRONAS terus maju kerana warga PETRONAS bekerja keras sebagai satu pasukan. Itulah kunci kejayaan mereka. Tahniah sekali lagi PETRONAS dari OKJ.

    Keduanya, Alhamdullilah. Perkampungan air di Sabah akan dipindahkan ke daratan seperti yg dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir dan sama sebijik dgn apa yg saya fikirkan. Memang sesiapa yg pernah melawat di sana tahu apakah LUBUK permasalahan sebenarnya disana. Ianya juga dikhabarkan akan dilaksanakan oleh ketua polis kita. Cuma saya dan Tun Mahathir agak terkilan sebab pihak keselamatan kita agak terlewat mendiagnosenya sehingakan anggota keselamatan kita telahpun menjadi korban. Sebab itulah saya ungkitkan pepatah “ Hanya jauhari mengenal manikam”. Juga dah tiba masanya suruhanjaya bebas ditubuhkan utk mendiagnose permasalahan MH370 pula supaya kita tak dimain-mainkan lagi.

    Berbalik kpd Perkampungan air, pendekatan yg serupa sebenarnya dan memang telah terbukti berkesan, sebagaimana sejarah Kampung Baru ditubuhkan oleh British utk membenteras MPAJA pasca perang dunia kedua dulu. Bekalan makanan, ubatan dan juga persenjataan dapat dikawal dan akhirnya mereka tewas. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  22. Tinta Hitam5:38 AM

    Datuk,
    Apa gunanya Petronas untung besar jika kami rakyat marhaen semakin hari semakin dihimpit dgn peningkatan kos hidup? RM27 billion yg dibayar kepada Kerajaan Malaysia tu tak sampai pun pd rakyat marhaen..Sebahagian besarnya masuk kedalam poket poket tokeh tokeh besar yg hidup dgn subsidi kerajaan..

    ReplyDelete