Monday, August 25, 2014

Mohd Najib Gesa Tambah Keimanan, Ketakwaan


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

PERDANA Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dipetik secara meluas sebagai berkata pada 23 Ogos bahawa semua pihak perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada tragedi kembar MH370 dan MH17.

Beliau berkata, di sebalik kesedihan dan hiba yang dikongsi bersama oleh semua rakyat, (kita) perlu juga melihat apa hikmat yang Tuhan telah tentukan di sebalik tragedi itu.

Utusan Online, antara lain, memetik beliau berkata: “Kita kena tambah keimanan, ketakwaan dan memohon doa kepada Allah. Tetapi sebelum itu kita juga mesti berikhtiar serta berusaha kerana perkara itu dituntut oleh Allah.

“Bukanlah buat kenyataan yang lantang tetapi tiada hasil. Apa guna buat kenyataan yang lantang tetapi tiada hasil. Biar kita tidak keluarkan kenyataan tetapi hasilnya besar.''

Beliau berkata begitu ketika berucap di majlis rumah terbuka Aidilfitri peringkat Parlimen Pekan.

1. Alhamdulillah. Marilah sama-sama kita hayati seruan Perdana Menteri kita itu. (Tambah keimanan, ketakwaan dan memohon doa kepada Allah.)

2. Kita mintalah kepada “Menteri Agama” kita, Jamil Khir Baharom, supaya awasi dan perbetulkan apa yang tidak betul mengenai akidah dan amalan umat Islam Malaysia, bermula dengan anggota kabinet yang beragama Islam.

3. Jangan jadi “Menteri Agama” untuk panaskan kerusi dan mengiakan saja apa yang bos kata. Ulama tulen wajib bersuara dan bertindak “menambah keimanan dan ketakwaan” kepada Allah seperti yang PM sarankan.

Jamil Khir - Ulama Tulen Wajib Berani
4. Sebagai ulama Umno, beliau wajib bersuara dan bertindak dengan berani mencegah dan menghapuskan kemungkaran serta perbuatan bidaah. Apatah lagi SEANDAINYA hal seperti itu dilakukan oleh rakan-rakan beliau dalam kabinet dan dalam Umno.

5. Saya berkata begitu sebab saya kurang jelas tentang apa sebenarnya tugas “Menteri Agama” selain hal-hal pentadbiran, birokrasi dan protokol.

6. Saya tidak mahu burukkan lagi syak wasangka berkenaan akidah dan amalan para pemimpin dan pembesar Islam di negara kita. Saya harap apa yang mereka cakapkan kepada rakyat jelata (misalnya mengenai menambah keimanan, ketakwaan dan memohon doa kepada Allah) itulah yang mereka lakukan.

7. Jangan pula seru rakyat jelata tambah keimanan, ketakwaan dan memohon doa kepada Allah tetapi mereka sendiri percaya bomoh Siam, bomoh India, Kiai Indonesia, bomoh Burma, pawang dan nujum Pak Belalang, feng shui dan pembaca daun teh.

8. Saya terpaksa kata begitu sebab telah berlaku di mana pemimpin Umno dibunuh dan dipotong 18 kerat kerana percaya kepada bomoh untuk jadi kaya dan berkuasa.

9. Jadi saya harap peranan “Menteri Agama”, isu agama, akidah umat Islam, cabaran serta tuntutan agama-agama lain yang menyentuh Islam wajib menjadi antara tajuk utama perbahasan di semua peringkat persidangan Umno tahun ini.

10. Bercakap dan berbahaslah dari hati ke hati sebagai ahli parti yang berjiwa perjuangan dan bukan sebagai pemidato kerahan yang membaca skrip Ibu Pejabat atau sekadar memuji dan memuja, gelak dan ketawa, melainkanlah Umno sudah jadi parti bangsawan dan sandiwara.

Wallahuaklam.

31 comments:

  1. Melihat telatah Jamil Khir Baharom dan Dr Juanda Jaya akan membuat orang bukan islam ketawa dan orang islam bingung....

    ReplyDelete
  2. Datuk,
    Saya menyambut baik saranan PM itu tanpa prasangka, dan berdoa dari lubuk hati saya agar PM Najib mengikhlaskan dirinya hanya untuk Allah. InsyaAllah, Dia akan tunjukkan jalan-jalan yang luas.

    Datuk tolong beritahu kami rakyat mana menteri-menteri yang amalkan bomoh Siam, bomoh India, Kiai Indonesia, bomoh Burma, pawang dan nujum Pak Belalang, feng shui dan pembaca daun teh itu. Tahulah kami rakyat apa nak buat dengan mereka ini. Kami sendiri akan doakan agar Allah hancurkan mereka ini. Merengkok dalam taubat jauh lebih baik daripada hidup melata atas muka bumi ini dalam maksiat kepadaNya.

    Inilah daya saya yang akhir, Datuk. Saya ingin berehat sebentar.

    ReplyDelete
  3. Joe Black11:19 AM

    Errr Dato'

    Olih kerana mirip Skrip yang dibaca olih PM berasakan agama mungkin skrip tersebut datangnya dari " Menteri Agama".

    Jika beliau yang menyiapkan skrip tersebut tak payah lah beliau pula yang disuruh baca skrip tersebut.

    ReplyDelete
  4. din klang11:41 AM

    Dalam kabinet najib ramai menteri Melayu yg tahap nasi tambah sahaja....seperti juga mereka yg pegang jawatan penting dlm Pas dan Pkr.... tak membantu parti langsung apatah lagi untuk rakyat

    ReplyDelete
  5. 'Kita kena tambah keimanan, ketakwaan'

    najib cuma baca teks (spt pembaca berita). soalannya ialah apakah penulis & pihak yg meluluskan teks ucapan tu faham apa itu iman & takwa? adakah iman & takwa seseorang itu boleh ditambah atau menjadi kurang? banyak ayat2 quran bermula dgn 'ya ayuhal lazina amanu' bahasa omputeh 'o you who believe/o you who have believed', bahasa melayu 'wahai mereka yg percaya'. contoh: manusia telah menjejak kaki di bulan, ada yg percaya & ada jugak yg tak percaya. no such thing as kuat percaya atau kurang percaya. a woman cannot be a little bit pregnant, samada positif atau negatif. yg terjadi ialah pagi percaya, t/hari tak percaya & petang percaya balik.

    ReplyDelete
  6. ismail muda12:43 PM

    Dato, sebgai sebuah negara yg diisytiharkan Islam maka sudah sampai masa negara kita mempunyai satu jawatan pentng berkaitan hal ehwal Islam iaitu Mufti Negara. Negara kita ramai Mufti di pkt negeri. Bila mana ramai Mufti, maka byak juga pernyataan di pkt negeri yg mengelirukan umat Islam. Ada di antara Mufti yg memberi pendapat masing2 yg menimbulkan byak persepsi. Sbb itu Islam dilihat kurang dihormati oleh bukan Islam. Kita punya Yang Dipertuan Agong dan dipilih setiap 5 tahun. Apa salahnya YDP Agong mempunyai kuasa tertinggi dlm bab agama di mane Mufti Negara diletakkan dibwah Istana Negara?? Sekadar cadangan saja lah utk mengukuhkan hal ehwal agama di negara ini.
    Satu lagi ialah Majlis Fatwa Kebangsaan. Ahli2nya adalah tokoh2 agama di negara ini. Kalau tak silap ada sekretariatnya. Apa kata kalau ahlinya turut dilantik di kalangan tokoh agama di rantau ini sebagai ahli jawatankuasa bersekutu. Mungkin jugak tokoh agama di pkt antarabangsa. Jadi, nampak lah gah & kredibiliti jwantnkuasa Majlis Fatwa Negara.
    Satu lagi ni pasal zakat. Dlm tempoh 8 tahun kutipan zakat Wilayah saja mencecah rm1.5 bilion. Umat Islam selalu bertanya apa dibuat zakat yg banyak? Di mane agihannya, mengapa wang zakat dibuat mcm2 spt buat bangunan, melabur itu ini dan lain2. Tak de ke cadangan menyelaraskan tabung zakat di pkt negara?

    ReplyDelete
  7. Apa telatah Khir dan Juanda yg bagi org ketawa? Kalau tindakan betul dan berasas peduli apa org nk ketawa. Dr Juanda tidak mengambil bahagian dlm upacara berkabung bagi org ketawa? Pedulikanlah, kalau lihat dlm sejarah islam mana pernah dengar upacara berkabung ni? Jgn pakai ikut ikut saja

    ReplyDelete
  8. Yangretibase2:27 PM

    Assalamualaikum DAKJ dan semua,

    Alhamdulillah. Inilah gesaan syahdu oleh (seorang) Perdana Menteri Malaysia agar rakyat semua (senantiasa) menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Terima kasih saya ucapkan kepada PM DS Haji Mohd Najib kerana peringatan murninya itu.

    Dan inilah pula gesaan saya, Yangretibase, kepada PM DS Haji Mohd Najib:

    "Tolong tingkatkan keimanan dan ketaqwaan anda kepada Allah SWT dengan segera memaksa isteri anda, DS Hajah Rosmah Mansor berpakaian menutup aurat."

    Saya yakin, setelah Hajah Rosmah Mansor berpakaian menutup aurat dengan sempurna, wanita UMNO dan Puteri UMNO akan berlumba-lumba mengenakan pakaian yang menutup aurat mereka.

    Dan tidak mustahil, akhirnya kaum perempuan UMNO semuanya berpakaian menutup aurat.

    Saya juga merafak sembah memohon wanita keluarga Diraja Malaysia supaya berpakaian menutup aurat.

    Wassalam. Maafkan saya. Saya ikhlas.

    ReplyDelete
  9. Salam Dato,

    Bila Dato berbicara tentang perilaku dan kelakuan para2 ulama khasnya dari kalangan ulama UMNO saya hanya tersenyum sinis kerana saya juga pernah memberi komen2 yang sama didalam article Dato yang lepas2 tentang peranan ulama khususnya yang mempunyai jawatan penting didalam kerajaan. So tajuk tulisan Dato pada kali ini saya anggap tepat dan kena pada waktunya.

    Semua orang tahu rata2 ulama dinegara kita sering berat sebelah didalam membicarakan soal dosa pahala dan hukum. Kita boleh lihat dan dengar sendiri dari ucapan2 serta syarahan2 yang disampaikan dikaca TV maupun didalam forum2 terbuka yang sering dianjurkan dari masa kesemasa. Kadang2 saya rasakan macam gelihati pun ada. Apa tidaknya…. kadang2 kita sendiri boleh lihat dengan jelas bagaimana ciri2 serta sifat hypocrites (munafik) yang mereka miliki.

    Isteri serta anak2 saya pernah member komen2 yang sama tentang ketidakpuasan hati mereka. Saya hanya mampu menjawab secara berseloroh kepada mereka… “Ahhhh… jangan ambil pusing sangat tentang apa yang mereka katakan kerana lagi ramai ulama yang munafik lagi bagus, sekurang2nya kuota MASUK SYURGA lebih terbuka luas untuk rakyat jahil macam kita …”

    Dato, I still remember our Prophet Muhammad (saw) once has prophesied about ulama. “There will come a time upon the people when nothing will remain of Islam except its name and nothing will remain of the Quran except its words. Their mosques will be splendidly furnished but destitute of guidance. Their ulama(s) will be the WORSE PEOPLE beneath the sky.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  10. Tetapi sejak pujian melambung ke atas najib kerana boleh bercakap dengan ketua pemberontak ukraine pro russia dalam kes MH17...maka ia sudah mula diambil kesempatan oleh kerajaan tanpa tentu arah, over.....pemergian beberapa menteri termasuk zahed dan KPN serta AG sudah masuk tidak logik dan aksi berlebihan.....lepas tu the worst Najib ke Belanda dan kemudiannya hilang bercuti..... sedih lepas tu gembira hingga lupa dunia - percutian mewah gilerrrr...

    Balik Malaysia..Najib buat muka sedih semula, penghormatan negara, bendera separuh tiang pada mangsa kemalangan ?????????????

    ReplyDelete
  11. Lahuma6:29 PM

    Dato.

    Itulah adalah ucapan sempena sambutan Aidilfitri.
    Juga bahanag MH17 masih panas.Waktu ini semua berasa diri kerdil.
    Boleh jadi hangat -hangat tahi ayam sahaja.
    Percayalah lepas ini pakat-pakat terlupa,maka pakat-pakat buat perangai lama yang nafsu orang besar.
    Sehinggalah satu mala petaka yang lain pula menimpa.

    Di Kedah kedai judi dan hiburan bersepah-sepah.Sejak dari zaman kerajaan Islam Pas hinggalah kerajaan Melayu hari ini.Setipa bandar hatta bandar kecik pun ada.

    Yang jadi lungkup ialah anak Melayu.Anak ahli UMNO,Pas,PKR dan bukan ahli.

    Masing-masing salah antara satu sama lain.Yang lulus pegawai Melayu juga.

    Kalau ada iman dan takwa tak jadi beginilah.Dimulut saja.Menteri Agama pun orang Kedah.

    Saya tetap doakan PM Najib akan terus buat sesuatu yang baik atas dasar tuntutan Islam sebenar.

    Begitu juga lain lain pemimpin kerajaan dan pegawai kerajaan.

    Jika masih tak ambil iktibar ini semua tunggulah ada lagi bala akan sampai.

    Ulamak pun tegaslah.Ulamak politik pun satu masalah juga diMalaysia.
    Demi politik parti dia semua ok.Kalau bukan politik parti dia haram harus pun muncul.

    Maka segala hukum hakam jadi celaru mainan ulmak politik.

    Bukan PM Najib saja tetapi semua yang bernama pemimpin Melayu/Islam di bumi Malaysia ini.

    Juga kita semua agar Allah terus memberi rahmat dan hidayah.
    Amin.

    Terima kasih Dato.

    ReplyDelete
  12. din klang8:39 PM

    Datuk
    Jangan lupa dan hentam berat sebelah...sindir khir johari baharum penasihat agama najib

    Ingat kes penasihat agama pkr ostat badrul amin yg kena tangkap basah kat kuantan.

    Ingat kes mat sabu ulama pas yg kena cekup di hotel kota bharu.

    Lain kali nak hentam orang biar lah kuat kan memori kita dulu. Nanti nampak macam umno tu teruk sangat

    ReplyDelete
  13. Anonymous11:54 PM

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. MOKHTAR9:47 AM

    SALAM DATO,

    APAKAH SPECIALNYA MENTERI AGAMA ATAUPUN TOK-TOK IMAN DALAM PARTI POLITIK.. MEREKA BOLEH HALALKAN YANG HARAM DAN SEBALIKNYA JIKA KEAADAN YANG MEMERLUKAN.
    MEREKA JUGA PERLU MAKAN,MINUM DAN BERBINI-BINI.SIFAT SEMULA JADI MANUSIA BIASA...

    ReplyDelete
  15. Salam Sdr Kadir,Najib averment was crystal clear that it is the duty of every Muslim should continue to pray for Allah blessing and we should continue to do the good deeds to the society.
    Perhaps what happened to MH370 and MH 17 should be the timely reminder that we must not distance ourselves fron the almighty creator but continue to obey deligently to Him.
    But the goverment must look at the social ill of the contry and strategy to overcome them.and don't just be too preachy.
    1.Why malaysia become the drug hub for asia and the world.Look at the news report.
    2. Why illegal human Trafficking is still rampant in this country.
    3. Corruption is still beyond control,and the actors coming from the whole strata of the society ( not just UMNO members).
    4.Confusing Islamic religious teaching from various background of ustaz and ulamak seemed to be the order of the day. Is Islam religion to be debated non stop until the day of judgement. Polimics become the favourite past time of the Muslim.The god has completed and perfected the religion yet the Muslims still arguing I am right and you are wrong.
    5. Our division can certainly make us the loosing race and religion. I wonder what happened to Othman empire, Why Saidina Ali empire seemed to be gone after several hundred years.Where is our so called Islamic civilisation or they have been kept neatly in history book and world museum and can be good material for vivid Muslim readers.Yet we still like to quarrel with one another.Certainly the wolves are Smiling.
    What happen to Iraq,Yamen Syria,Libya,palestine......wow it is dinner time for the wolves.I believe if we are not careful Malaysia will be high tea soon.
    So with no malacious intention we should take Najib word with good intention. He might not be a pefect leader like Caliphate Omar Alkhatab, but do we see a look alike one in Malaysia.
    The alternatives is Anuar, Kit Siang, Haji Hadi, Rafizi......eem eem eem...I think you drink too much, Vodka tonic with Ketum Leaf.
    Please study world history and understand why one civilization is so magnificient but yet to be replace by other civilization.. Didnt the Quraan has said before yet we still debating you are wrong and I am right. period...I rest my case Sdr Kadir.

    ReplyDelete
  16. Pak Teh Omar1:50 PM

    Salam.

    Saya hairan mengapa kalau kita buat jahat kita mesti nak banding dengan orang jahat.

    Bila Datuk Kadir tegur pemimpin kita/Umno/BN, kita pun cepat-cepat melatah kata pemimpin pas dan pkr pun buat juga.

    Apakah kalau anak perempuan jiran kita balik pukul 1-2 pagi dalam keadaan mabuk, kita akan kata ok bila anak perempuan kita pun buat macam tu?

    Apakah kalau anak lelaki jiran kita jadi pengedar dadah, kita pun kata ok bila anak lelaki kita join sama jadi pengedar dadah?

    Apakah kalau jiran kita ambil rasuah, kita pun kata ok apa salah aku makan rasuah sama?

    Kita sepatutnya tunjuk teladan yang baik barulah orang hormat kita dan kita pun ada kredibiliti untuk menasihatkan orang.

    Pesan orang tua-tua "yang baik dijadikan teladan, yang buruk jadi sempadan".

    ReplyDelete
  17. Pak Teh Omar1:52 PM

    Dato,

    Komen saya tadi ditujukan kepada Din Klang dan rakan-rakan pembahas lain yang suka bandingkan Umno dengan Pas dan PKR.

    Kalau Umno is the no 1 kena tunjuklah contoh sebagai no 1.

    Pas dan PKR bukanlah perbandingan UMno.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..

      Setuju Pak Teh.

      Delete
  18. Lahuma5:54 PM

    Dato.

    Sebenarnya kita tak perlu bandingkan UMNO ,PAS ,PKR memang tepat.Sokong 500% kerana semua mereka 2x5=5x2.

    Apa ada dalam UMNO ada juga dalam PAS dan PKR.

    Terima kasih Dato.

    ReplyDelete
  19. jom kita perkuatkan iman, takwa.... harap faham ya

    ReplyDelete
  20. Timbangtara12:25 AM

    Salam Tok..

    Semakin besar jawatan yang dipegang semakin besarlah tanggung jawab dan amanah yang dipikul..

    Ikuti hadith dibawah..

    Daripada Ibnu Umar r,a dari Nabi SAW bersabda:
    Setiap kamu adalah pemimpin, setiap kamu akan ditanya mengenai yang dipimpinya, ketua adalah pemimpin, kaum lelaki adalah pemimpin terhadap keluarganya, kaum wanita adalah pemimpin terhadap rumahtangga dan anaknya, oleh itu setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang kepimpinanya..

    T kasih Tok..

    ReplyDelete
  21. abdullahngah8:10 AM

    tambah keimanan dan ketakwaan dengan hidayah dan petunjuk Allah.

    Macam mana nak tambah keimanan dan ketakwaan apabila tidak berlaku adil.

    "Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang orang yang zalim" (maksud ayat 109 surah at-Taubah)

    Apatah lagi mereka yang dayus

    ReplyDelete
  22. Joe Black8:18 AM

    Dato'

    Selagi agama dikaitkan dengan politik dan Science, selagi itulah Negara akan mundur.

    ReplyDelete
  23. Yangretibase11:16 AM

    Assalamualaikum,

    Sekiranya Joe Black seorang Muslim, dan 'agama' yang dimaksudkannya itu Islam, maka Joe Black wajib mengucap Dua Kalimah Syahadah dan bertaubat nasuha serta beristighfar kepada Allah SWT kerana dia telah memisah dan mengasingkan politik dan Sains daripada Islam apabila dia menyatakan:

    "Selagi agama dikaitkan dengan politik dan Science, selagi itulah Negara akan mundur".

    Ketahuilah, barang siapa yang memisah serta mengasingkan politik atau Sains daripada Islam, maka orang berkenaan telah rosak aqidahnya.

    Sesungguhnya, tiada suatu unsur walau sebesar zarah sekalipun yang terpisah daripada Islam.

    Wassalam. Maafkan saya. Saya ikhlas.

    ReplyDelete
  24. Saya sependapat dengan Joe Black.

    Mana ada Negara Islam didunia yang maju dan progressive untuk dijadikan contoh dan teladan. Malah hampir kesemuanya bersengketa sesama sendiri, taksub kepada kabilah, ajaran dan kitab yang ditulis 'orang Agama kuno' mereka, yang hanya muncul, 200~400 tahun selepas wafat Nabi Muhammad SAW.
    Akibatnya, umat Islam tidak mampu mencipta sebarang peralatan dan keperluan hidup. Malah untuk berbunuhan sesama sendiri pun, terpaksa bergantung kepada bantuan atau senjata yang dibeli dari orang bukan-Islam.

    Apa yang dialami umat Islam hari ini, telah dilalui umat Kristian pada zaman 'Dark Ages' dahulu. Setelah mereka pisahkan pemerintahan negara dari Agama, masyarakat Eropah maju sehingga hari ini.

    Pada pendapat saya, kesilapan terbesar Dr.Mahathir adalah membawa masuk Anwar Ibrahim kedalam UMNO, untuk menyaingi pengaruh PAS. Ternyata strategi Dr.M berjaya kerana pengaruh PAS pada 1980an, merudum. Oleh kerana terdesak, Haji Hadi tergamak mengkafirkan UMNO kerana 'berkawan' dengan bukan-Islam, MCA, MIC dan lain-lain didalam BN. Ketika itu, DAP boleh diibaratkan seperti 'dajal' kepada PAS.
    Selepas Anwar menjadi Menteri Pelajaran, kerajaan seolah-olah mula 'mengIslamkan' alam persekolahan. Akibatnya, permintaan terhadap SRJK mula meningkat setelah sekian lama 'mati segan, hidup tak mahu'. Nampaknya, PM Najib cuba mengikuti jejak Dr.M untuk menyaingi pengaruh PAS di kalangan orang Melayu. Kesilapan Najib lebih besar kerana PAS sekarang ini hilang pengaruh apabila 'berkawan' dengan DAP. Dengan kemelut di Selangor, kewibawaan PAS yang tinggal, jika ada, telah lenyap.

    Oleh itu, membawa masuk 'golongan Agama' kedalam kerajaan adalah satu langkah kebelakang demi perpaduam kaum. Sebaiknya golongan ini, ditempatkan kesemuanya dalam Istana, menjadi penasihat kepada Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Persekutuan.
    Jadikan macam Vitacan, gitu.
    Daulat Tuanku.

    ReplyDelete
  25. Salam dato,



    Peringatan PM tu bagus...


    Tetapi, sapa yang dimaksudkan beliau tu?.


    Mekah dan madinah sudahlah semakin`jauh' di`hati' ramai orang...


    Rasullullah pun dah nampaknya jauh di`hati' ramai orang juga...


    Quran pun dah `makin' susah mahu di`baca' seadanya untuk panduan maksud kalam allah itu..



    Hadith merata rata..susah mana nak kata yang sahih dan yang tak sahih pun.....


    Kuthbah jumaat lalu dimulakan dengan ayat```....dinegara ini kita bertuah kerana rakyatnya bersatu padu dan aman damai...'''''...... saya fikir khatib itu sama ada `buta hati' atau `pekak badak'!..lihatlah dan dengarlah betul betul disekeling negara ini sebelum buat ayat begitu.. JANGAN lah khutbah untuk
    `peraturan sembahyang jumaah jumaat sahaja', macam delusi atau ilusi saja, TULISLAH KHUTBAH yang mendidik, kan bagus...


    REALITI nya..rakyat pengikut ajaran islam dinegara ini sudah berpecah belah dan negara ini tidak aman damai seperti yang disebutkan didalam khutbah itu...



    LEBIH BAIK KATA, ...negara ini sedang terancam.Salah satu sebabnya ialah pengikut ajaran islam sudah ramai sangat `menjauhi' ajaran ugama tersebut didalam kehidupan,perkerjaan,makan minum,bla, bla,bla...




    Entah lah Dato Kadir, tamadun pengikut ajaran islam sudah ditahap terlalu `rendah' di seluruh dunia...contoh terbaik adalah kat palestin,..dah lah tiada sekolah ilmu perang,tiada kapal terbang,tiada angkatan tentera, tiada lapangan terbang,tiada ibu negeri,tiada kilang senapang,kilang bomm, kilang kapal terbang,keretapi, dll..TETAPI DEPA SERONOK/GILA NAK PERANG juga!!!..mati katak la.



    Dizaman rasulullah dulu pun mereka guna ilmu perang terkini,muslihat perang terkini,kuda,panah, pedang,baju besi,perisai dlll..YANG UP TO DATE dizaman itu.



    Sekarang ni,pakai baling batu,korek terowong,...peluru dan bom kena seludup punya..



    Yang ISI tu lagi la `jauh' dari ajaran islam kut. adaka bunuh orang kalau tak mahu ikut ajaran `islam' macam dia punya... dah ada kah SEKOLAH ISIS untuk ajar orang orang itu,untuk satu masa,review balik lihat dah `islam' ka belum,dah bertaubat ke kebelum..baru buat keputusan, ni tidak YOU ARE AGAINST ME,(bukan against ajaran islam pun),SO YOU MUST DIE...eiih, ini zaman purba ka zaman moden punya dakwah`islam'?




    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  26. Salam Dato.
    Hari ini ternampak dalam TV mereka buat banner besar, gambar PM pakai ikram, pegang tasbih, berdiri depan Kaabah la pulak.
    Nampaknya dari kotak derma bantuan banjir di Malaysia hingga ke Palestine, semuanya penuh dengan muka PM kita. Macamla orang tan kenal.
    Saya sendiri rasa malu dengan lakonan ini..

    ReplyDelete
  27. berasiam9:12 AM

    salam DAKJ

    semalam ceramah di masjid tentang sifat orang-orang yang beriman menyebutkan ayat tentang mereka "yang apabila disebut nama Allah, akan gementar hati mereka....".

    gementar bukan semata-mata takut tapi gementar kerana kagum pun sama. menambah iman tentulah menambahkan rasa gementar apabila disebut nama Allah. iman bukan seperti isyarat digital, yang ada 1 dan 0 sahaja. iman lebih mirip kepada isyarat analog, yang boleh bertambah tinggi jika kurang gangguan persekitaran dan seumpamanya.

    yang bercakap perlu menunjukkan teladan yang baik, bahawa dia beramal selari dengan kata-katanya. yang akan dihitung bukanlah ilmu dan kata-kata tetapi amalan yang dilakukan. berucap juga satu amalan yang baik tetapi lebih baik orang yang mendengar ucapan dan mengamalkan ucapan itu daripada orang yang berucap tetapi tidak mengamalkan.

    ada kalanya kena lantang untuk menegaskan sesuatu, bukan sentiasa bersikap lembut dengan semua pihak dan segala keadaan. nabi saw memang seorang pemaaf tetapi baginda saw juga sanggup berperang hanya kerana aurat seorang wanita beriman dipermainkan. dan ayat terakhir surah alFath dengan jelas menyebutkan sikap orang yang beriman terhadap orang kafir. hanya dengan orang kafir yang mempunyai perjanjian dengan kita boleh bersikap lembut. tapi kalau mereka belot, seperti orang Yahudi Madinah, sedia maklumlah apa tindakan yang wajar.

    selamat menunaikan ibadah haji kepada para jemaah yang menerima panggilan pada tahun ini.

    ReplyDelete
  28. Assalam...
    Tok, leh komen sikit tentang perkara ni "Malaysia terpaksa membayar levi sebanyak lebih kurang RM2.12 bilion kepada kerajaan Singapura".

    ReplyDelete
  29. Pembahas Niesa, antara lain, menulis:

    "Malaysia terpaksa membayar levi sebanyak lebih kurang RM2.12 bilion kepada kerajaan Singapura".

    1. Saya sudah beberapa kali mengulas hal berkaitan development charges (DCs)yang syarikat usaha sama Malaysia-Singapura terpaksa bayar kepada kerajaan Singapura.

    2. DCs adalah bayaran biasa apabila sesuatu pembangunan hendak dilakukan. Di Malaysia pun diamalkan juga. Ini cara kerajaan dapatkan hasil.

    3. Cuma dalam kes DCs pembangunan tanah gantian kepada tanah KTM di Singapura adalah dianggap terlalu tinggi dan berat sebelah.

    4. Hal ini antara lain disalahkan kepada pasukan perunding Malaysia yang disyaki lemah atau terlalu bertolak ansur dan sikap pemerintah Malaysia yang terlalu mengalah kepada Singapura.

    5. Daripada aspek lain pula, DCs yang kena dibayar itu secara tidak langsung memberi "modal percuma" kepada kerajaan Singapura untuk membiayai syernya sebanyak 40% dalam projek itu.

    6. Cuma melalui pembangunan hartanah di Singapura itu, kita bolehlah sedikit sebanyak mengimbangi "penaklukan ekonomi" (economic colonization) Singapura ke atas Malaysia,khususnya di IDR.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  30. Zed-8512:51 PM

    Saudara RD,

    Pada satu ketika dahulu, negara Turki telah memisahkan ugama dengan pemerintahan secara keseluruhan sehingga perempuan dilarang memakai tudung.

    Sekarang ini, unsur-unsur Islam telah kembali semula dan ekonomi Turki semakin pulih. Ekonomi Turki adalah 2 kali lebih besar dari Malaysia.

    Antara perubahan besar yang dibuat oleh Presiden Erdogan yang baru adalah menambah belajawan pelajaran lebih dan mengurangkan belanjawan ketenteraan.

    Pada pandangan saya, masalah nombor satu orang melayu adalah tahap penguasaan terhadap pelajaran masih lemah. Rekod di Univerisiti menunjukkan orang perempuan lebih layak untuk masuk univerisiti berbanding dengan lelaki. Orang melayu lelaki banyak tidak berapa minat hendak belajar.

    Saya berpeluang untuk belajar di utara England dalam kejuruteraan. Orang melayu yang belajar di luar negara boleh bersaing dengan bangsa lain. Tetapi peratusan orang melayu dalam negara yang berjaya dalam pelajaran masih tidak memuaskan. Kebanyakkan orang melayu sudah puas hati setakat dengan diploma.

    Sewaktu saya bersekolah menengah, guru matematik saya berbangsa cina dan india. Ramai yang menyumpah kerana terlampau banyak berikan kerja-rumah “homework”.

    Zaman sekarang, saya tengok budak sekolah, kerja-rumahnya sedikit sahaja terutamanya dalam subjek matematik. Mungkin ini, pengamatan saya, di sekolah lain berbeze saya tidak pasti.

    Di Perpustakaan negara, kalau kita lihat buku-buku bahagian kanak-kanak tidak bersusun dan berserabai. Ini berbeza dengan perpustakaan negara maju yang begitu canggih dan penuh pengunjung.

    Kalaulah tahap pelajaran orang melayu tidak memuaskan, maka orang melayu tidak akan kemana

    ReplyDelete