A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous dan
kesat tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL
untuk mengulas. Nama samaran dibenarkan.]
DALAM beberapa posting terbaru, kita berbincang dan berbahas isu-isu serius. Kali ini marilah kita bercerita
mengenai sesuatu yang lebih ringan dan mungkin menghiburkan. Orang putih kata, comic
relief.
Tapi sebelum itu, tolonglah ambil perhatian yang
komen “Anonymous” tidak akan disiarkan. Dalam blog kita ini, pembahas WAJIB ada
nama. Nama samaran dan nama pena pun tak apa. Angka pun boleh. Guna nama
sendiri macam saya lagilah bagus.
Kita mulakan dengan menonton
klip filem berikut oleh Allahyarham Seniman Negara, (Tan Sri) P Ramlee dari Youtube.
Daripada klip di atas, kita
memperoleh ilmu dan panduan untuk mencari persamaan, teladan dan kesimpulan.
Antaranya:-
1. Betapa asli (original)
dan dalamnya pemikiran P Ramlee. Filem beliau dapat dengan kiasan dan sindiran
membina. Dalam adegan di atas beliau menggantikan permaidani terbang dengan
tikar mengkuang terbang.
2. Naik tikar dan permaidani ajaib lebih
pantas daripada menunggang unta. Tetapi tikar dan permaidani ajaib hanya ada dan relevan
dalam cerita P Ramlee dan hikayat Seribu Satu Malam saja. Dalam realiti, kita kena naik kapal
terbang untuk perjalanan jauh dan pantas.
3. Arab berkhayal dan bersengketa.
Barat mencipta dan membolot kuasa. Dunia Arab porak-peranda. Malang seribu kali
malang, banyak orang kita sangat taasub kepada Arab sampai sanggup jadi
pengebom bunuh diri dan berbunuh-bunuhan sesama Muslim.
4. Ada seorang bekas profesor
memberitahu saya, dalam sebuah kitab agama lama Johor disebutkan, iaitu kalau
masih dalam keraguan setelah membaca kitab itu, pergilah bertanya kepada Arab
yang terdekat.
5. Selain untuk tujuan menghias, permaidani ada
banyak kegunaan luar jangkaan. Dalam hikayat Seribu Satu Malam (The Arabian
Nights), permaidani ajaib boleh terbang.
6. Bila ada permaidani, ada pulalah
pengguna, pengeluar, pengedar dan peniaga permaidani (carpet traders). Carpet
traders pula ada pelbagai jenis. Ada yang membekalkan permaidani kepada
masjid dan surau. Cukup makan, jarang kaya dan sana sini buat pahala. Lazimnya
Melayulah. Ada carpet traders kelas eksklusif. Mereka bekalkan
permaidani kepada istana dan rumah orang ternama. Mereka berjaya dan kaya. Bank
bagi pinjaman mudah puluhan juta. Kalau pintar atau putar-belit mereka turut mendapat
pengaruh dan kuasa. Jadilah mereka carpet traders with power.
7. Selain menjadi hiasan dan simbol status kepada
pemiliknya, permaidani juga boleh dijadikan tempat menyembunyikan sampah dan
debu seperti dalam pepatah Inggeris “sweeping under the carpet”.
8. Menggulung manusia dalam
permaidani pun boleh seperti dalam legenda Cleopatra. Dia telah disembunyikan dalam gulungan permaidani untuk dibawa bertemu kekasihnya, Julius Caesar.
Cleopatra berbuat begitu demi mengelak daripada dikesan dan dibunuh oleh musuh
ketatnya, iaitu abangnya Ptolemy.
9. Apabila Caesar pulang ke Rom dan
dinobatkan sebagai maharaja (emperor), Cleopatra mengikutinya. Tetapi apabila
Caeser dibunuh oleh Brutus
and Cassius, Cleopatra cepat-cepat lari dari Rom dan kembali ke Mesir. Natijahnya, dalam politik dua beradik pun boleh jadi musuh
ketat dan dalam cinta berahi, macam-macam tipu helah digunakan. Pastinya orang
yang menolong menyeludup Cleopatra dalam gulungan permaidani dianugerahkan duit
dan pangkat.
Elizabeth Taylor Sebagai Cleopatra |
10. Kemudian cerita mengenai
kematian Khalifah Baghdad, al-Musta’sim pada tahun 1258. Apabila panglima
tentera Mongol, Hulagu Khan menawan Baghdad, dia dikisahkan telah membalut
al-Musta’sim dalam permaidani dan mengarahkan kuda memijaknya sampai mati.
Diriwayatkan yang Hulagu percaya kepada nujum. Nujum memberitahu beliau
memancung al-Musta’sim boleh mencetuskan malapetaka seperti gempa bumi.
Lukisan Mongol Mengepung Baghdad 1258M |
11. Al-Musta’sim pula digambarkan
sebagai seorang pemerintah yang lemah, berbolak-balik (vicillating), malas, suka minum serbat dan dikelilingi pemuzik serta badut.
12. Akhir kalam, panduan berbomoh
daripada seorang bekas setiausaha bahagian Umno dari Pantai Timur. Katanya,
banyak orang politik suka berbomoh. Ingat lagi cerita Mona Fandey-Mazlan Idris?
Mazlan adalah ADUN BN Pahang.
13. Pesan beliau, sebelum meminta
bomoh “mengunci” seseorang, pastikan bomoh itu tahu membukanya. Katanya, pernah
berlaku si mangsa terkunci mati kerana si bomoh hanya belajar mengunci tetapi
terlupa belajar membuka kunci.
Nota kaki: Blog ini tidak
menggalakkan perbomohan dan sebarang kerja yang menyekutukan Allah.
Wallahuaklam.
Assalamualaikum Datuk.
ReplyDeleteMungkin di dalam itu, boleh Datuk selitkan maksud atau huraian bagi "carpetbaggers"?
Banyak rasanya contoh-contoh yang boleh didapati semenjak kebelakangan ini.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha, Datuk.
Tulisan tok yang hebat.. Hanya yang lemah tak pham
ReplyDeleteSelamat berjuang..
Kita tengok silat parlimen musim ini
Perkara (9).. Ada perkhabaran Hishamuddin dan Mukhriz sedang di groom mengambil alih kepimpinan...
ReplyDeleteMasaalah nya terlalu ramai inginkan karpet terbang dan karpet merah... duduk beralaskan kain kuning....
ReplyDeleteRakyat di suruh bersyukur tanpa mengikut kemahuan rakyat yang mengundi, membentuk Kerajaan- Demokrasi Raja Berparlimen.
Teringat lagu dangdut tajuk : Semut Merah
Lain mcm tulisan Datuk kali ni.
ReplyDeleteOrg2 muda gen Y tidak tahu cerita penglipur lara. Cerita dlm Sejarah Melayu pun sudah pupus kecuali sesiapa yg ada mengambil STP dulu. Mungkin jugak PM Najib tidak tau cerita dlm Sejarah Melayu kerana dia anak bangsawan. Dari kecil dia dapat pendidikan luar. Sbb itu PM Najib kurang peka kalau org2 tua darinya menyindir atau memerli beliau.
Zaman dulu kalau anak mintak izin keluar rumah, emak ayah berdehem maknanya org tua tak setuju. Zaman srkg anak2 tak suka dileter. Emak ayah kena tolerate byak. Jadi, Kerajaan skrg rakyat mengeluh pun, pemimpin mcm tak peka. Bahasa kasarnya muka toya selamba.
Datuk cerita karpet maka teringat peniaga karpet di Nilai 3, Jln Tuanku A Rahman dan di mane saja, semua dikuasai org Pakistan. Awalnya dulu, org Pakistan meniaga karpet naik motor di kg, pekan dan sampai Sabah. Akhirnya mereka berjaya. Skrg org Bangla sudah mula kuasai perniagaan furniture dan tanam sayur di Cameroon Highland. Terkejut tengok org Bangla sudah jadi taukeh tanam sayur, walaupun org Cina kuasai pasar borong.
Dalam sejarah Melayu, watak Kitul dan R Mandelliar adalah digambarkan keturunan Ke#l#ng. Kedua2 main peranan pengaruhi Sultan Melaka sehingga membawa sejarah hitam kejatuhan Melaka. Skrg saudagar karpet zaman IT pun ada. Mintak2 lah saudagar karpet ni bukan darah keturunan Kitul...kalau tak, kita kena waspada.
Antara karpet dan tikar terbang, ibarat cerita MAS dgn penasihat2 di JPM. Dah berbuih rasanya org berckp. Cakap nasihat org lama, org tua semakin diketepikan dan sia2. Ibarat curah air di daun keladi. Akhirnya takut rakyat yg rugi
Dato, majoriti pemimpin kita lahir sahaja sudah tidur atas karpet merah, sebabitulah mereka tidak merasa penderitaan yang ditangung rakyat
ReplyDeleteDato.
ReplyDeleteHa ha ha.
Cukup relevan dengan suasana di Malaysia hari ini.
Tak mahu komen banyak-banyak,Faham sendirilah.
Orang bawah bergelut dengan kepayahan hidup .Orang atasan UMNO bergelut nak dapat nombor plat 17
Dua masaalah cara penghidupan dalam UMNO kini.
Terima kasih Dato..
1. Pembahas Jasnita, antara lain, menulis: "Mungkin di dalam itu, boleh Datuk selitkan maksud atau huraian bagi "carpetbaggers"?"
ReplyDelete2. Asal usul istilah "carpetbaggers" adalah Amerika Utara. Ia merujuk kepada orang (peniaga)dari bahagian utara AS yang pergi ke selatan selepas perang saudara bagi mengambil kesempatan daripada pembagunan semula negeri-negari yang terjejas oleh perang. Ia merujuk kepada orang yang mengambil kesempatan daripada kesusahan orang lain.
3. Di nama-mana pun ada watak macam itu. Di negara kita pun ada. Mula-mula mereka tolong orang yang tersepit. Lepas itu mereka peras orang itu. Kalau orang yang diperas ugut itu orang biasa tak apalah. Tetapi kalau si mangsa itu orang berkuasa, bahananya rakyat jelata turut rasa.
4. Sdr Ismail Muda, dulu orang kampung panggil mereka ini keling manik koran. Mereka jual manik dan macam-macam perhiasan murah dari kampung ke kampung. Ada yang berkahwin perempuan tempatan dan jadi pemastautin tetap dan lepas itu warganegara. Cucu cicit mereka jadi Melayu, masuk politik dan jadi orang besar.
6. Sekarang mereka jual permaidani dan barang emas. Sambil-sambil itu goda dan bawa lari bini orang. Tapi "jantan" Melayu yang bini lari dengan orang Pakistan malu nak mengaku jadi diam sajalah.
7. Pakistani ni mereka sangat kuat berpuak. Dah jadi perkara biasa mereka bawa suku-sakat mereka dari Pakistan untuk tinggal dan berniaga dengan mereka.
8. Melayu? Tinggallah Melayu sebagai pengguna, berhutang keliling pinggang dan akhirnya tanah bendang serta kampung halaman tergadai.
Wallahuaklam. Terima kasih.
Datuk,
ReplyDeleteSiapakah agaknya yang pernah digulung dalam karpet untuk dibawa lari selepas terdengar bunyi ketukan pintu?
Kisah ini mungkin tidak ramai yang tahu tapi orang yang mengarahkan kerja-kerja menggulung karpet itu khabarnya sekarang kembali berkuasa malah kuasanya lebih besar lagi.
Assalamualaikum Datuk dan Rakan Pembaca semua!,
ReplyDeleteSaya sarankan Datuk naik teksi yang pemandunya Melayu berusia dan saje buka mulut untuk nak mula bercerita. Cerita P Ramlee sungguh menceriakan orang zaman kita. Marah, geram, geli hati pun ada.
Betul kata si Ismail Muda tu. Orang sekarang mungkin kurang tahu. Susah nak baca sejarah Melayu apa lagi buku Hikayat Hang Tuah dan Munshi Abdullah. Rugi, kalau tak silap Hang Tuah juga boleh loncat bertukar jadi harimau macam siri Transfomer di TV dahulu. Kita khatam pun kerana terpaksa, nak skor Bahasa Melayu (P) dalam HSC lebih empat dekad yang lalu.
Tikar-Terbang dan Cleopatra masih segar di negara kita. Tiga panglima DoR tu dulu turun di kawasan lombong. Mereka bebas masuk kampung dan masuk ke majlis negeri lagi. Tiada kastam tiada imigeresen. Polis kalau ada pun hanya jaga kawasan Jason king. Kalau kena tahan DoR ada kuasa sakti senang saja melepaskan diri. Sekarang?, Kena pakai pas Agung yang banyak kesaktiannya. Maaf saya Datuk!, saya rasa bukan orang tak nampak Cleopatra dalam permaidani tu…., tetapi tahulah siapa yang menggusungnya, Kalau Datuk ada masa itu, ada berani tegur?.
Tikar terbang boleh turun di mana-mana. KLCC, Bukit Bintang malah di Chow Kit dan Kota Raya sekali. Indon ker, Bangla atau apa saja semuanya rezeki melimpah. Tentu mahal tambangnya. Gelihati dengar cerita Pakcik Teksi, kalau kena blok di jalan, yang ‘kosong’ teraba-raba. Raba poketlah!. Silap-silap Datuk kita juga akan kena saman kalau dilihat ada HP melekat di telinga ketika memandu. Mungkin orang macam Datuk orang ada nama boleh lepas. Orang macam kami habislah, terbang lagi!. Kata Pakcik Teksi, kalau nak diangkut penumpang yang ‘kosong’ memang tak cukup tujuh lori untuk diisi.
Alantuya dari Mongolia. Menurut cerita tidak ada rekod kemasukannya. Betulkah Datuk?,seperti Bang Indon, Mat Bangla, Myamar sepet dan lainnya yang ‘kosong’ yang bebas ke sana-sini, tentu guna ‘Tikar-Terbang’ masuk ke Negara kita. Mungkin juga cara yang sama diguna mereka yang cantik macam Cleopatra yang masih beselerak di tempat kita. Saya marah dan geram kerana malu dikata Penguat Kuasa kita kuat makan Pau lepaskan mereka.
Beberapa hari lepas saya melewati Pasar Seni KL. Mereka sungguh ramai Datuk, apa nak kata sekurang-kurangnya terjual juga air tebu dan langsat di jalan. Pun bukan orang tempatan yang menjajanya. Mungkin Datuk tak perasan, lagipun tak kan Datuk nak naik teksi macam saya!. Wassalam. Haji Ali
Salam Dato.
ReplyDeleteTopik ini memang ringan dan menghiburkan...tetapi ada mesej yg besar....seperti point 8 Dato.
"Melayu? Tinggallah Melayu.....berhutang keliling pinggang...tanah bendang serta kmpg halaman tergadai"..
Sebenarnya.....dewasa ini ramai pun org Melayu termasuk kawan rakan sy yg berniaga dan sebaya umur 50an keatas mengeluh kerana telah tiada apa lagi yg bolih digadaikan untuk buat modal pusingan.
Dah habis....pokai.
Ada kala...sy bertanya...untung kah diri ini dilahirkan sbgai bangsa Melayu?
Bukan kah dulu..negara ini bernama Tanah Melayu?
Sy pun sudah tidak tahu lagi dan tiada jawapan nya.
Org Melayu yg lapis muda atau sekarang ini digelar GenY...seperti anak2 sy...nmpak nya terpaksa menghapi cabaran yg lebih besar lagi jika dibanding dgn zaman sy.
Kena makan gajilah ....jadi chegu...lecturer..ustaz..kerani ..peniaga gerai...drebar....tetapi nak berniaga dan jadi kaya raya susah banyak bukan susah sikit lagi.
Sy mungkin salah....tetapi tanya lah peniaga2 dan kontraktor2 Melayu dipasaran...ini lah jawapan mereka.
Bolih hidup lah... tetapi penuh dgn kesusahan.
Terima kasih.
Assalamualaikum ,
ReplyDeleteYBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati.Dalam apa sahaja kita boleh mengatakan sesuatu itu perkara berat atau ringan. Begitu juga tajuk kali ini boleh kita katakan berat dan perlu dikupas dengan mendalam untuk mendapat faedah darinya.Saya mengajak kita sambil berpolitik mengeluarkan cadangan bagaimana mengatasi masalah yang kita hadapi sekarang.
Allahyarham P. Ramli mengguna istillah tikar dan tidak permaidani.Ini penting. Kita janganlah mengambil sesuatu dengan bulat-bulat dari Negara asing tetapi hendaklah mengubahsuaikan dengan keadaan setempat supaya tidak hilang nilai baik kita.
Kita ambil contoh pokok kelapa yang pada masa dulu banyak diusahakan kita.Sabutnya boleh dibuat tali ,penyapu dan pelbagai lagi.Sekarang kita mengimpot tali.Bendang kita terdapat rumput rumpai yang boleh kita jadikan tali yang kita panggil tali kedai. Sekarang kita guna tali rafia yang kita kena beli dan ianya pula tidak mesra alam.
Kita mengeloh harga rumah terlalu tinggi untuk dibeli anak cucu kita.Yang pastinya mereka akan terikat membayar rumah tersebut selama dua ke tiga generasi.Tidak mampukah kerajaan mengawal harga barangan asas untuk membina rumah seperti pasir ,kayu, simen dan sebagainya.Mengapa kita membenarkan harga barangan tersebut tinggi bagi memperkayakan orang yang mengekspot pasir , kayu dan lain-lain barang ke Negara asing yang menyebababkan ianya menjadikan mahal dalam Negara kita.
Sebagai rakyat yang bertanggung jawab marilah kita gunakan ilmu dan pengelaman yang kita telah perolehi melalui dasar pelajaran Negara dahulu untuk membantu Negara kita maju.Janganlah kita menjadikan ilmu yang kita perolehi untuk mengkhianati bangsa dan Negara dengan memutar belit dasar kerajaan yang baik untuk kepentingan diri kita.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.
melayu? tinggallah melayu..memang sungguh bagai dikata..la ni, melayu nk meniaga makan pundah tak berapa nk buleh..bawak kereta dar grik perak sampai ke gelang patah johor..orang melayu cuma boleh meniaga nasi tenghari je lani..tu pun luar dari kuala lumpor dan selangor( di sini makan tghari habis di bolot dek masakan padang,minang dan mamak...)kalau petang bawak ke malam...penuh dengan siam meniaga tomyam..alih2 melayu jadi pembeli je..ade yg kata tokey nye orang kita..tapi sebenarnye alibaba..kenapa sampai macam ni jadi nye..sampai selera makan kita pun orang lain tentukan...kasiannnn melayu...
ReplyDeleteSalam Dato,
ReplyDelete'Melayu' yang masih ada ialah Raja2
Melayu,Kampong Melayu , termasuk kampong Melayu Kuala Lumpur, nama melayu, agama ( bukan hak orang melayu )UMNO ( dah bukan Melayu lagi ), sejarah melayu. mungkin juga bahasa Melayu???..
Saudara Raja Abdul Rahman,
ReplyDeleteKomen saudara mengenai harga rumah tinggi,
Masalah kenaikan harga rumah terutamanya di bandaraya bukanlah satu masalah yang “unik” di Malaysia sahaja malah ini berlaku terlebih dahulu di negara lain terutamanya di negara maju.
Di negara maju bukan sahaja jalanraya, sistem keretapi pun diperbaharui dan mengambil keadah teknologi baru untuk menggerakkan manusia dari tempat ke setempat. Penduduk yang bekerja di Bandar boleh tinggal di luar Bandar atau pinggir Bandar sejauh lebih 100km dan masa untuk sampai ke Bandar hanya 30 minit melalui keretapi.
Oleh itu, ada pilihan penduduk untuk tinggal jauh dari bandar dimana harga rumah tidak terlampau tinggi.
Negara Malaysia bukanlah terhimpit dengan masalah kekurangan tanah dan bilangan penduduk yang amat tinggi seperti Jepun dan Singapura.
Oleh itu, antara satu cara untuk menyelesaikan masalah adalah melihat apa yang terjadi di luar negara. Ada istilah dinamakan sebagai “benchmarking” dalam industri pengurusan.
Kaedah cukai GST juga bukan dicipta di Malaysia tetapi diamalkan di negara maju.
Nampaknya kerajaan yang ada menggunakan kaedah pungutan cukai yang terbaru di dunia seperti GST tetapi dari segi hal-hal lain untuk faedah rakyat amat lambat dan tidak mengikut standard yang terbaru.
Kelajuan internet kita fiber optic pun setakat 20M sahaja. Di Singapura sekarang sudah sampai 1000Mbit/s. Satu perbezaan yang terlampau ketara.