A Kadir Jasin
[Komen “Anonymous”
tidak akan disiarkan. Dalam blog kita ini, pembahas WAJIB ada nama. Nama
samaran dan nama pena pun tak apa. Angka pun boleh. Guna nama sendiri macam
saya lagilah bagus.]
DALAM dunia “spinning” atau
mengolah maklumat menjadi propaganda, perkataan kalah tidak wujud.
Misalnya, walaupun Mohd Najib
Abdul Razak gagal mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya umum (PRU)
pertama beliau sebagai Perdana Menteri tahun lalu namun sampai hari ini pun
beliau tidak mengaku kesilapan strateginya.
Sehinggalah giliran Mohd Najib,
semua Presiden Umno dan Perdana Menteri menang besar pada PRU pertama mereka.
Dengan itu mereka mendapat mandat mutakhir dan tulen yang mengesahkan kedudukan
mereka sebagai ketua politik nombor satu negara.
Mohd Najib marah dan enggan
terima hakikat bahawa strategi beliau silap dan para penasihat pilihan raya
beliau perlu disingkirkan.
Sebaliknya beliau menyalahkan
pengundi Cina kerana menyebabkan Tsunami Cina dan mencanangkan hakikat Umno menang lebih banyak kerusi dalam Dewan Rakyat berbanding PRU 2008.
Sahabat baik Mohd Najib, Barrack
Obama pun lebih kurang sama. Apabila Parti Demokrat kalah dalam pilihan raya
separuh penggal pada 4 Nov lalu, beliau tidak berkata partinya kalah.
Sebaliknya beliau menyifatkan
keputusan yang buruk itu sebagai
“shellacking”. Dalam slanga Amerika ia bererti kekalahan teruk. Katanya
rakyat menolak Parti Demokrat kerana mereka tidak puas hati dengan ekonomi.
Tetapi tidak seperti Mohd Najib
yang mengetuai Umno dan Barisan Nasional, Obama tidak mengetuai partinya. Dalam
sistem Amerika, jawatan Presiden dan ketua parti diasingkan. Ketua Parti
Demokrat sekarang adalah wanita bernama Debbie Wasseman Schultz. Dalam Dewan Perwakilan (The House) pula, Demokrat diketuai
oleh seorang wanita juga bernama Nancy Pelosi.
Pelosi Ketua Demokrat dalam Dewan Perwakilan |
Dengan keputusan itu, Parti
Demokrat hilang kawalan ke atas Dewan Perwakilan, tetapi mengekalkan Dewan Senat
(The Senate). Kongres (Parlimen) Amerika mempunyai dua dewan – Dewan Perwakilan
dan Dewan Senat.
Dan seperti mana-mana parti
politik, Demokrat pun menjanjikan kajian menyeluruh mengapa ia kalah tahun ini
dan 2010 serta mengapa kempen pilihan raya presiden berjaya, tetapi kempen
pilihan raya separuh penggal gagal.
Umno/BN Buat Kajian?
Kembali ke tanah air kita,
persoalannya adakah Perdana Menteri tahu punca sebenar beliau gagal dalam PRU
tahun lalu dan apakah cara memperbaiki prestasi BN pada PRU akan datang?
Yang kita tahu, prestasi Mohd
Najib lebih teruk daripada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi pada PRU 2008 dan tidak terdapat tanda-tanda sahih yang Umno dan BN telah bertambah kuat. Malah Mohd Najib sendiri baru-baru ini merintih malu melihatkan ketidakberdayaan Umno Selangor yang beliau sendiri ketuai.
Malah yang menjadi persoalan adalah sama ada Mohd Najib masih ingat bahawa orang Melayu lah yang menyelamatkan
beliau tahun lalu dan masih berterima kasih kepada mereka.
Kalau beliau masih ingat dan
masih berterima kasih, beliau tentu akan menyatakan sesuatu yang penting
seperti menarik balik cadangan beliau memansuhkan Akta Hasutan pada Perhimpunan
Agung Umno (PAU) 25 hingga 29 Nov nanti.
Alhamdulillah, semakin ramai pemimpin
Umno yang secara terbuka menolak cadangan sebelah pihak Mohd Najib memansuhkan
Akta Hasutan. Timbul persoalan, adakah pandangan Umno diketepikan apabila Mohd
Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat pada
tahun 2011.
Apakah ia adalah hasil cadangan
dan desakan golongan liberal yang mengelilingi dan menasihati Perdana Menteri?
Adakah suara Umno bukan lagi suara utama yang Mohd Najib dengari selain suara
pengampu dan pemuji?
Kalau Mohd Najib masih
mengutamakan parti beliau maka wajiblah beliau menggariskan kepada ahli Umno, khususnya dan orang Melayu, amnya pelan besar beliau bagi memperbaiki ekonomi
mereka, menyempitkan jurang ekonomi antara Melayu dengan bukan Melayu dan
mencari penyelesaian kepada persoalan tanah rizab yang diambil alih oleh
kerajaan.
Adakah beliau tahu bahawa ada
keluarga nelayan yang makan sajian utama (main meal) hanya sehari sekali dan hadiah paling istimewa
mereka janjikan kepada anak-anak mereka kalau cemerlang dalam peperiksaan
adalah makan di McDonald?
Tetapi kalau PAU kali ini –
macam yang sebelumnya – hanya sekadar memuji, memuja, mengampu dan berlawak
jenaka, kemungkinan Umno kalah dalam PRU akan datang adalah besar. Umno dan BN sudah pun ibarat telur di hujung tanduk.
PAU Bukan Untuk Tepuk Sorak Saja |
Presiden Umno dan keseluruhan
kepemimpinan parti itu perlu membuktikan sama ada rakyat jelata masih didahulukan
dan pencapaian masih diutamakan.
Kalau itulah pendirian mereka
maka mereka wajib gariskan pelan bertindak bagi mengatasi kemelut ekonomi
Melayu/Bumiputera. Antaranya:-
1. Memperkuatkan ekonomi
Melayu/Bumiputera selari dengan pertumbuhan ekonomi negara yang Mohd Najib uar-uarkan sebagai kukuh.
2. Mengatasi masalah kenaikan
harga barang dan perkhidmatan akibat penarikan balik berperingkat subsidi
petrol.
3. Mengatasi kemungkinan
kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat pelaksanaan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST) tahun hadapan.
4. Mengatasi masalah
pengangguran di kalangan graduan Melayu/Bumiputera.
5. Mengatasi masalah
diskriminasi majikan bukan Melayu terhadap calon Melayu/Bumiputera.
Ekonomi Melayu tidak pernah
kuat. Sebaliknya, akibat kenaikan harga barangan pengguna dan perkhidmatan
serta kejatuhan harga kelapa sawit dan getah, ekonomi mereka semakin lemah.
Ekonomi Melayu/Bumiputera
mustahil boleh diperkukuhkan tanpa penyertaan keseluruhan ekonomi. Kemampuan
kewangan kerajaan dan agensi-agensi ekonominya (GLC dan GLIC) tidak cukup besar untuk tujuan itu.
Petunjuk Pembangunan Bank Dunia
mendapati perbelanjaan kerajaan Malaysia bagi tahun 2013 menyumbangkan hanya
13.58% sahaja kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).
Ertinya bagi setiap seringgit
yang dijanakan oleh ekonomi Malaysia tidak sampai 14 sen disumbangkan oleh
perbelanjaan kerajaan. Lagipun daripada jumlah itu bukan semua diperuntukkan
kepada orang Melayu/Bumiputera. Ia adalah untuk semua rakyat Malaysia.
Tanpa penyertaan sektor swasta
yang dikuasai orang Cina dan pelabur asing mustahil ekonomi Melayu/Bumiputera
boleh diperkukuhkan. Ini adalah realiti kalau para pembesar dan perwakilan Umno
faham ekonomi.
Semua pemilik modal, sama ada
Melayu, Cina, India atau asing perlu digerakkan secara pujukan, galakan dan
paksaan untuk berkongsi perniagaan dengan orang Melayu/Bumiputera serta
mengambil dan melatih pekerja profesional dan teknikal Melayu/Bumiputera.
Umno wajib menggesa kerajaan
supaya mengembalikan sesetengah unsur Akta Penyelarasan Perindustrian (ICA)
yang telah dimansuhkan, khususnya mengenai guna tenaga.
PM wajib menyenaraikan, untuk
pengetahuan umum, apakah kemajuan rancangan pemerkasaan ekonomi Bumiputera yang
beliau hebah dan hebohkan di UiTM pada 14 Sept tahun lalu. (Baca di sini)
Beliau juga wajib membuat
laporan kemajuan saranan guna tenaga sektor swasta yang merangkumi jantina,
kaum dan usia yang beliau umumkan 10 April lalu. (Baca di sini).
Rasanya, Mohd Najib sebagai
Perdana Menteri mengatasi semua pendahulunya (successors) dalam membuat slogan,
janji, ikrar dan dasar, tetapi setakat ini, mungkin antara yang terkebelakang
dalam menterjemahkannya menjadi realiti.
Mohd Najib terkenal dengan
slogan “I hear you” (saya dengar anda). Atau apakah ini pun omong kosong juga? Kalau beliau benar-benar mendengar keluh-kesah ahli parti dan orang Melayu, beliau perlu berubah atau menghadapi risiko diubah atau parti kalah pada PRU akan datang.
Wallahuaklam.
Salam Tok Kadir...
ReplyDeleteBased on historical behaviour patterns, let us look at probabilities...
1) What is the probability that Najib will "listen" instead of just "hearing" the grouses of the masses, particularly the Malays?
2) What is the probability that UMNO General Assembly will have a frank and fruitful discussions that would translate into real and meaningful action plans for the rakyat, particularly the Malays?
For both questions, I am really uncertain of the probabilities.
Sekian.
Perubahan politik adalah mengikut "cycle". Sesuatu Parti politik tidak boleh perintah begitu lama. Rakyat akan jemu dan akan pilih parti lain sebagai alternative, macam pakai kereta.
ReplyDeleteTambah pula parti memerintah sudah tunjuk tanda-tanda ianya tidak kisah tentang rakyat.Lagi laju tukaran parti akan berlaku.
Penomena ini sdang melanda UMNO/BN. Bijakpandai dalam UMNO tahu tapi mereka akan ikut tenggelam bersama kapalUMNO/BN yang dianggap sebagai "sinking ship with unpluggable holes ".
Salam dato,
ReplyDeleteSaya YAKIN dia buat dunno saja....
Your problem and mine IS NOT HIS, so it is not his responsibility
to attend/solving yours and mine.
His problem is to maintain the `continuity' of his `clanship' at the top....
Lagi ramai dan lagi miskin melayu/bumiputra lagi bagus, sebab mereka tak ada pilihan lain kecuali to choose his choices of a group of `kawtim of leaders' without `no,no no boss' brainship attitude!.
I have to agree BN is a forgone, if not forgotten by this time next year... ugama lah,pondan lah,GST lah, higher electricity tariff and maybe higher petrol and disel with zero subsidy due to cheaper world oilprice...tu pun kalau depa tak naik lagi jumlah barangan dan perhidmatan untuk GST...
Abu Bakar Ab Rahman
saya cilok tok, tq
ReplyDeleteDato , masaalahnya dlm Umno , siapa yg lebih bagus dari Najib' kan dia Presiden. Kalau dia bodoh takkan boleh jadi Presiden Umno.
ReplyDeleteDato,dalam Umno , mana ada orang yg lebih bagus dan handal drp Najib. Najib kan Presiden Umno. Ahli Umno mana berani untuk menegur peminpin atasan. semuanya kaki anggup
ReplyDelete5. Mengatasi masalah diskriminasi majikan bukan Melayu terhadap calon Melayu/Bumiputera.
ReplyDeleteCan the nons be not discriminated against in hiring and advancement opportunities along with educational opportunities in the PUBLIC universities by the top to bottom Ketuanan Melayu/Islam civil service?
Datuk, hanya tinggal beberapa tahun saja lagi untuk PRU baru. Najib has wasted 6 years of his rule looking after all the' kera di hutan' dan anak kelaparan di rumah sendiri.
ReplyDeleteI am no longer interested to hear his name or giving comments about his premiership or that of UMNO. As far as I am concerned nothing much Najib or UMNO can do for the next 2-3 years before PRU. Semua 'kera di hutan' kini mempunyai cengkaman yang kuat keatas ekonomi, pekerjaan dan education serta politik hasil dari sokongan jitu olih semua masyarakat kera dan dibantu olih anak cucu dirumah yang kesepian dan kecewa.
It is time to say goodbye to UMNO and BN.
Salam Dato.
ReplyDeletePoint Dato....'dia perlu berubah atau dia diubah...."
'Confirmed' lah yg dia perlu diubah sebab dia takan berubah.
Dah 7 tahun lebih jadi PM....penuh dgn slogan dan retorik mcm mana nak ubah lagi?
Sy percaya PAU tahun ini pun tetap sama....mungkin kurang sikit 10 atau 15% pantun seloka...gelak nanggis....pakaian ranggi...tetapi retorik dan semangat bangsa tetap ada sebab itu wajib ditojolkan....seperti lagu wajib bila berkaraoke bersama keluarga.
Pokoknya....lagu yg sama akan didendangkan oleh Presiden dan ketua2 pilihan dia dan .....tepukan gumuruh hingga naik bulu roma tentu pasti.
Lepas tu 'business as usual'...10 tahun kemudian....jurang ekonomi Melayu Cina menjadi lagi lebar dan tak terjawab.....tanah kerajaan dan resab Melayu makin kurang...juga tidak terjawab....Pati makin ramai pun tidak terjawab....Melayu yg menjadi lagi miskin pun tak terjawab....dll yg tidak akan terjawab.
Malah segala apa isu dan masalah besar yg wajar ditangani oleh presiden seperti Dato tekankan diatas...akan jadi akedemik semata....'no action taken but business as usual'.
Maaf berkata begini Dato....sy percaya ini perasaan sebenar rakyat terutama Melayu yg telah bertahun2 terpendam terutama selepas Era Mahathir....zaman Najib dah masuk 7 tahun.
Akhir kata.....Presiden wajar saja mengundur diri secepat mungkin...jika tidak.....wajar diUBAHkan saja.....Tpm dan ketua Pemuda pun samalah....main wayang dan survival diri sahaja.
Sy juga berpandangan bahawa...Umno wajar menghadkan jawatan Presiden kepada 2 penggal sahaja..atau lebih baik lagi 1 penggal.
Tentang jawatan ketua Pemuda ?..
1 penggal atau 3 tahun maksimum pun sudah mencukupi...malah...tak dak pun tak apa....bukan ada nilai tambah pun.
Ketua Pemuda kini nmpak cuma syok sendiri sahaja.... bila dah lama rasa kebal dan kelihatan menjadi suara sumbang atau 'loudspeaker' pembangkang pula.....dgn sikap liberal yg entah apa2.
Sudah smpai masanya ahli Umno yg veteran dan senior wajar diberi peranan untuk menangkis atau membangkang jika perlu bila Presiden sudah tersasar atau memandai2.
Sy percaya ini tidak mustahil dilakukan oleh ahli2 parti.
Tujuan nya adalah untuk 'check and balance' seperti board of directors' dlm syarikat juga.
Ini dapat juga mengawal dan mengelak Presiden dari dipengaruhi oleh pihak2 tertentu.
Parti Umno milik ahli....bukan milik Presiden dan rakan taulan untuk mndpt kuasa bila menjadi PM negara atau Pengerusi BN dgn melakukan sesuka hati.
Jika tidak 10 atau 15 tahun lagi....kita tetap akan bercerita tentang perkara yg sama ...itu pun kalau Umno bernasib baik dan mampu memegang kuasa dan berjaya dlm GE14 nanti.
Kita tunggu dan lihat lah Persidangan Umno tahun ini.
Terima kasih.
Salam Dato
ReplyDeleteEntre Dato kali ini dilihat sebagai kesinambung dari kritik keatas Najib oleh Dr M Tun Daim dan Ku Li.
Ternyata Najib terus di buai mimpi oleh penasihat dan pengampunya dengan pelbagai teori politik dan ekonomi terkini yg di ciplak terus dari barat dan bukan berdasarkan hakikat mafsyarakat di Malaysia.
Najib mahu dilihat sebagai pemimpin yg up to date leader dari kacamata antarabangsa tanpa mengambilkira beban yg perlu di tanggung oleh rakyat. Najib tidak mahu dilihat sebagai pemimpin yg kolot.
suatu ketika dahulu hampir kesemua pemimpin negara eropah begitu teruja dengan penggunaan matawang euro dollar tanpa mengambilkira beban yg bakal di tanggung oleh rakyat mereka. selepss sahaja matawang euro di perkenalkan ramai penduduk eropah yang terpaksa menanggung beban seperti itali spain portugal dan beberapa negara lagi. kesan nya dapat kita lihat hingga ke hari ini.
apakah ini yang Najib dan penasihatnya mahu perkenalkan kepada kita. ?
orang melayu yg berhutang budi kat (bapak) dia.
ReplyDeleteGreetings Dato'
ReplyDeleteMalaysians know their politicians. Malaysians know their PM. Najib Razak is a creature of survival. He treads the middle road. His doctrine is not to ruffle feathers. His forte, as you clearly stated is to dish out slogans. They are free and sounds good. Not convincing maybe, but it keeps the Malay heartland reaching out to kiss his hand. The urbanites may raise their eyebrows but so long as the status quo remains solid, let the man have his fun. After all, UMNO will take care of business when he forgets himself and overstep the line.
Org UMNO di persidangan itu akan memperjuangkan Bangsa Melayu..tp hanya utk 4 hari jerrr...Lepas tu jumpa tok2 la...
ReplyDeleteDato.
ReplyDeletePRU 13 zaman PM Najib memang gagal dari suara majoriti rakyat.
Semuanya terjawab sejak-sejak akhirnya.
PM Najib sendiri akui dia kena kelentong mengenai maklumat calon di Selangor semasa konvensyen UMNO Selangor baru-baru ini.
Sebenarnya disinilah kelemahan dan kegagalannya sebagai pemimpin nombor dalam kerajaan, dalam UMNO dan dalam BN.
Macamana sebagai seorang PM ,Pengerusi BN dan Presiden UMNO boleh di kelentong begitu mudah.
Andaian dibuat boleh jadi banyak saluran pintu dapur rumahnya diguna.
Itu cerita di Selangor.Pada hal negeri-negeri lain pun serupa juga.
Cakap awal begitu hebat dengan calon boleh menang(winnable candidate).
Bukan salah laporan.Salah PM Najib sendiri.
Amalan kroni suku sakat sahabat handai kelompok ketua wanita,kelompok ketua pemuda ,kelompok ketua puteri dan kelompok Presiden dan macam-macam lagi.
PRU 14 nanti kalau PM Najib masih teruskan amalan dan sikpa cincai lepas tangan.Harapan PM Najib jadi Ketua Pembangkang amat cerah sekali.
Ramalan awal kata UMNO/BN akan tumbang pun banyak diperkatakan orang ramai.Ini berdasarkan hasil kerja buat UMNo/BN serta sikap buruk pemimpin UMNO itu sendiri.
Dasar kerajaan seperti BRIM dan lain nya sedikit sahaja ubah keyakinan rakyat pada UMNO/BN.
Selangor sudah pasti laluan amat sukar sekali.
DiKedah cakap tak serupa bikin.BN menang Kedah senang.Siapa yang senang.MB Kedah sudah tidak popular lagi.Harap aura bapa dia sahaja.
Orang UMNO sendiri pun kata .UMNO sunyi dan sepi.
Cerita UMNO bahagian-bahagain banyak yang di selimuti masalah dalaman yang kian parah.Termasuk bahagian seorang yang bertaraf menteri.
Tak mustahil PAS tawan Kedah semula pada PRU 14 nanti.
PAU nanti sudah boleh di agak.Bodek dan ampu pasti berulang.
Jadilah perhimpunan masuk angin keluar asap.
Tak perlu dikomen apa-apa cuma beranikah UMNO membincang masa depan depan Melayu dan Islam yang kian mencabar.
Masa depan Melayu tentu sekali bersifat rasis dan perkauman.
Beranikah UMNO takut hilang undi Cina terutamanya.
Orang akan menilai apa akah bahan utama perbincangan PAU nanti.Apakah jaminan untuk Melayu dan Islam.
PAS sudah pun beralalu Perwakilan mereka.Pas pun tin kosong juga.Bercakaran asesama sendiri.Terbelah dua kapal.satu kapal Hadi satu lagi kapak Anwar.Itulah kesimpulan persidangan Pas yang lalu.
Pas pun kian lemah.
Lebih menarik PAU kali ini.Bolehlah dibuat perbandingan antara UMNO dan Pas.
PKR bukan jaminan masa depan Melayu dan Islam.
Terima kasih dato.
Dato’
ReplyDeleteBerkenaan dengan sistem politik Amerika, Obama adalah Presiden Amerika tetapi bukan ketua parti (Democrat). Begitu juga di Indonesia, Jokowi adalah Presiden tetapi ketua parti (juga democrat) adalah Megawati anak Sukarno.
Di Malaysia kita amalkan sistem British. Kalaulah kita amalkan sistem politik seperti Amerika, maka Perdana Menteri adalah Najib dan Presiden UMNO kemungkinan besar adalah Tun Mahathir.
Ada baiknya, mungkin di PAU, kurang pantun dan syair mengampu kerana perwakilan akan keliru siapa yang hendak diampu, Presiden atau PM.
Kekalahan teruk parti democrat Obama dalam pilihanraya senate dan perwakilan di Amerika mengikut berita media massa adalah kerana rakyat Amerika tidak puas hati dengan ekonomi dan juga polisi Obama yang lain.
Sama dengan Malaysia , ekonomi merupakan isu utama bagi rakyat Amerika.
Baru-baru ini PM Najib ada menjawap soalan di Parlimen mengatakan ekonomi negara cukup baik sehingga Perdana Menteri Belanda mengatakan beliau cemburu dengan kejayaan ekonomi Malaysia.
Najib juga mengatakan tahap hutang isi rumah yang tinggi berbanding dengan negara lain di Asia adalah kerana hutang rakyat Malaysia kerana beli rumah.
Agaknya rakyat negara lain di Asia tak beli rumah, tidur dalam kereta atau bayar cash beli rumah.
Dato'
ReplyDeletePAU Kali ini amatlah penting dan akan memberi panduan atas samaada UMNO akan terus memerintah Malysia atau menghala ke alam "Black Hole"....
Mungkin juga Omong Omong Kosong akan diulangi untuk membuai Ahli UMNO supaya terus tidur lebih lena sehingga penentuan Pilihanraya akan datang mengejutkan mereka dari tidur!
Biar omong kosong, tapi poket tidak kosong..
ReplyDeleteBiar omong kosong, tapi ada banyak rumah kosong..
Biar omong kosong, tapi dalam akaun ada byk nombor kosong..
Kalau tak silap saya pernah terbaca satu komen tak berapa lama dulu olih Din Pekan ( beliau pun dah lama tak komen dalam blog Datuk. I wonder why..) mengenai sikap beberapa orang kaum Cina terhadap Melayu ditempatnya sebelum dan selepas PRU yang lalu. Apabila kumpulan mereka mendapat kuasa memerintah di Selangor dan P.Pinang maka mereka mengangap Melayu itu tak lebih dari sampah saja.
ReplyDeleteMungkin ada benarnya kata kata CB mengenai tindakan `kera di hutan di susui` dan anak dirumah mati kelaparan olih bangsawan bernama Najib.
I strongly believed that UMNO days are over after next GE and becoming obsolete.
Sakam sdr Kadir, I read your article with great interest but would like to give my 2 cents worth opinion,
ReplyDeleteFirstly it is high time we should be realistics in this world. we shoul ask ourselves how would the malays be if UMNo is no more the ruling party. No ruling party is expected to continue to eternity.Certainly all the so called affirmative policy will be changed to reflect the new mandate given by the rakyat. Not to mention is the fundamental constitution which is the pillar of this country.The question is has we prepared the mind of the Malays to meet this new paradigm.After all Propher Muhamad (Peace br upon him) said that I left you two things, Alquraan and Hadith, no mention of anything (reads UMNO etc....etc)
We have to direct our Malay mind to face the inevitable. The issue is can the Malays survive both interms of ethanocentric and religiouscentric in due course.
2. There is no point of blaming UMNO because it is the Malays that has to defend and responsed to the changes . We should not leave everything to UMNO and the leaders to fight for our survival,but we are duty bound to do it ourselves. Come to think of it UMNO has no obligation to make everyone millionaires and resided in Bukit Damansara or Kenny hill just like Republican and Democrat do not promise that every fellow American will be as rich as Paul Getty.
3.We have to selfie ourselves,whats wrong with us and we cannot do that others can do well,efficient and cost effectives. No body owe us a living. Every body must do well on their own capacity and merit,why expect UMNO to put dinner on our table.Yes we should help the poor but charity begins at home. No Malay love to recieve charity if he can help himself.
4. The tendency to blame leaders and UMNO is the best formula to destroy our very own civilization (reads if we have one). We keep blame others but not ourselves. What happen to our religion, we destroy it by fighting and arguing among ourself that we and we only are the rightious. In the end the Malays left to heal the wound that we ourselves created.
4. We talk alot of money but are we really monotised society. We can spend millions and millions of ringgit for our children wedding and Hari Raya open house but so fiscal minded to spend on our children education or paying zakat for the poor.We expect UMNO (reads government) to foot our children educatiobn bill but we travels to oversea and UMRAH in unlimited way.Capital accumulation none, Spending unlimitted.How do you think we can compete with others.
5. I think the future for the malays is at the end unless and until we change our attitude. Don't depend on Najib or,Dr. Mahathir but we must do soul searching if the Malay want to be relevant in their own country. This is not a racist view but rather for the United Malaysia. I rest my case kadir.
PAU di zaman najib.... Panggung Awam Umno....
ReplyDeletetempat wakil puji presiden dan kemudian presiden pulak puji isteri nya.
nasib la kau ....Melayu
Najib pi China....Mahyudin pi Australia....Hisham jadi pm
ReplyDeletePerhimpunan Agong UMNO juga kita berpeluang lihat Setpol PM pamer kereta mewah mereka pada ahli-ahli umno.
ReplyDeleteSalam Dato,
ReplyDeleteSKJ(C) adalah diantara topik yang akan di bincangkan dalam perhimpunan UMNO kali ini.. demikian kata Datuk Seri Hismamuddin.
Beranikah ahli2 UMNO berbahas isu tersebut memandangkan kebanyakkan mereka telah termakan budi dan berhutang budi dengan orang2 Cina..
Lebih memalukakan nanti apabila Dato Seri terpaksa atau di arah memohon maaf sapertimana yang telah berlaku masa era Pak Lah..
Omong kosong ke tak kosong ke, kalau incompetent tak leh buat apa jugak.
ReplyDeleteKalau incompetent and letak jawatan sekali pun, tapi takder org yg cukup competent untuk gantikan people yang incompetent ni pun tak guna jugak.
Masalah sebenar UMNO is leadership crisis. Buat apa Najib letak jawatan, kalau yg ganti dia pun 2x5 jugak? Kena wujudkan Talentcorp lah, PEMANDU lah, PENUMPANG lah, semata-mata nak campak tugas memikirkan penyelesaian masalah pada entiti yang isinya adalah orang yang sama-sama almost incompetent jugak. Think tank sendiri dia ada, think tank within government pun dia ada, EPU dia ada, tapi masih perlukan entiti lain untuk buat tugas memikirkan solution on permasalahan.
Even punya banyak entiti yang berfungsi macam think tank, they still could not come out with any brilliant and viable idea.. idea semua text book based and cliche.. (on economy for example) seperti naikkan harga minyak, naikkan harga itu ini begitu begini puiii..rationalization subsidy?? ETP?? GTP?? all the other benda pelik2 yang diberikan nama and abbreviation yang fancy2 sampai regular folks kt kampung pn tak faham. But, does it work?
the only thing yg reasonable adalah pengenalan GST and even that pun yang saya dengar originally adalah idea Daim Zainuddin.
ITU PUN these people tak mampu nak enhance idea Daim, patutnya bila create GST hapuskan lah cukai2 bodoh mcm on cukai on pembelian kenderaan ker aper ker.. whatever safety net untuk rakyat yang diorang boleh suggest and viable.. ini tidak. Makin menyusahkan rakyat.
Tgk bajet 2015 pun, bajet kroni.
PR1MA, BR1M, KR1M?? just, What the fish??
Can these people be more genuine?
I don't mind kalau najib nak 1000 entiti think tank skali pun, but make sure they come out with something worthwhile.
Kemana orang-orang mcm arwah King Ghaz? Ku li? Daim? Ungku Aziz? orang-orang yang betul2 bijak dan mampu memberi cadangan yang viable untuk tangani masalah2 negara?
Ppl yang betul2 genuine in their thoughts.
Khazanah negara berlegar di kalangan kerabat parti, usah bicara nak mertabatkan ekonomi melayu.
ReplyDeleteKroni masuk tender harga tinggi melayut pun boleh singkir harga rendah dek kerana kenal menteri.
Setelah membaca tulisan Datuk ini, saya dapati tiada apajua perkara baru untuk diketengahkan dan dibincangkan.
ReplyDeleteElok jika Datuk cuba menululis tentang " Bangsa Melayu Lepas Era Regim UMNO".... mungkin lebih berkesan.
berkata penuh mulut nak berubah dan akan berubah tapi sampai hari ini pun tak berubah ubah jugak. macam tu jugak.
ReplyDeletehang turun je la Najib bila dah fail... Umno ni bukan nya hakmilik kekal hang dan kroni hang yg lembab tu....umno ni milik org Melayu yg mahukan survival di tanah air sendiri.
ReplyDelete
ReplyDeleteDato Seri Ali Rustam said :
"Nothing can sink umno."
Saidina Ali R.A. said :
"He who digs a pit for his brother, will himself fall into it."
We wait and see. I've got all the time.
Umno parti keramat tok...!!!
ReplyDeleteSelamat berjuang
Datuk...
ReplyDeletePertamanya saya hendak ucapkan tahniah kerana diberi penghormatan turut melancar buku Dr Muhammad Abdul Khalid " The Colour of Inequality" bersama Tun Daim.
Lepas ini munkin saya akan cari dikedai buku.
Datuk...kita rakyat tak ada pilihan selain UMNO..sebusuk-busuk UMNO pun kita cincang sampai lumat...akhirnya kita telan jugak.
Sangkakan UMNO panas berpanjangan rupanya gerimis mengundang.
Dalam 4+2 Naib Presiden UMNO...2 dah terang-terang sokong Presiden mengenai pembubaran Akta Hasutan. DS Zahid Hamidi tidak pasti tapi kebelakangan ini beliau dah hilang taring.
Beliau diantara yang mahu ISA dihapus dan juga bekas tahanan ISA.
DS Shapiee Apdal pun penghawa dingin.
DS Shahrizat pula saya tak boleh baca.
Tapi memandangkan PM baru-baru ini dah bersuara bahawa perlakuan suami beliau adalah salah daripada segi undang-undang maka cerita selanjutnya kita tahulah..
Makanya tinggallah DS Mukhriz seorang yang boleh diharap.
Kalau pukul borong ...khemah Naib Presiden macam 5 lwn 1.
Melainkan jika Timbalan Presiden berkeras hendak mengekalkan Akta Hasutan dan mereka yang dalam MT UMNO.
Itu pandangan secara rambang. Tak tahu macam mana pandangan perwakilan nanti.
Kita berdoa agar gerimis dalam UMNO tidak bertukar jadi ribut taufan dan puting beliung.
Wassalam...
Dato’
ReplyDeleteBaru-baru ini salah seorang daripada Naib Presiden UMNO mengatakan bahawa parti UMNO adalah parti keramat, kekalahan UMNO, kesannya, Agama Islam akan menjadi mangsa. Begitu dahsyatnya akibat daripada kekalahan UMNO.
Sebenarnya mempercayai keramat adalah syirik dan berdosa besar. Kita orang Islam tidak boleh mempercayai unsur-unsur keramat.
Sebelum UMNO hendak menjadi “champion” Agama Islam, ahli UMNO terutamanya yang berpangkat tinggi harus mengurangkan gejala melaram dengan kemewahan yang melampau dan perlu mendekati pengajian Islam.
UMNO adalah entiti yang bukan hidup. Baik buruk UMNO bergantung kepada ahlinya.
Oleh itu, sekiranya UMNO hendak menjadi gemilang dan terbilang, haruslah menarik lebih ramai ahli baru yang bijak pandai. Yang dah terlampau lama patutlah berundur dan memberikan ruang kepada yang muda dan bijak pandai. Dalam pakatan rakyat pun, di PAS dan DAP, banyak ada penyarah, dan doktor yang pandai-pandai.
Baru-baru ini ada satu NGO melayu yang memanggil orang ramai untuk memboikot Bank Arab Malaysia kerana kononnya menyokong LGBT. Ini adalah satu contoh yang menunjukkan kebodohan kerana adalah tidak munasabah bank mempromosikan LGBT. Perbuatan ini menyusahkan ribuan pekerja orang melayu yang sekarang ini bekerja di AMBank.
Tim Cook yang merupakan CEO untuk syarikat gergasi Amerika Apple dengan bangga mengishtiharkan dirinya sebagai gay. Tidak ada pula yang hendak memboikot telefon bimbit iphone atau membakar Ipad. Syarikat melayu pula hendak diboikot.
Salam tok KJ..
ReplyDeletekesimpulan yang saya buat berdasarkan kepada maklum balas terhadap tulisan dato adalah
1. Mereka tidak lagi yakin kepimpinan Najib
2. Mereka juga kurang yakin jika UMNO boleh terus kekal memerintah
Sebenarnya inilah juga apa yang difikirkan oleh kebanyakan orang Melayu baik didalam maupun diluar UMNO
Apa yang saya perhatikan adalah ..ramai dikalangan orang UMNO telah lari dari AGENDA sebenar perjuangan parti ..yang lebih parah ramai dikalangan ahli juga tidak tahu apa agenda mereka..
bila saya saya tanyakan soal AGENDA ini..mereka akan jawab demi bangsa dan agama.. benar ini memang agenda UMNO..tetapi adakah AGENDA ini dihayati maupun dilaksanakan oleh para pemimpin dan ahli?
Soalan ini akan menjurus kepada jawapan ..bahawa AGENDA sebenar mereka adalah ..mengaut sebanyak mungkin kekayaan, sama ada untuk diri sendiri dan kroni .. dan agenda ini akan diamalkan oleh setiap lapisan kepimpinan dalam UMNO..maka timbullah amalan ampu mengampu,tikam menikam sesama sendiri.. jadi kemana perginya AGENDA Melayu dan Islam sebenarnya?
Akhirnya orang Melayu baik UMNO atau pun bukan UMNO bosan dengan AGENDA AGENDA sebegini. Keadaan menjadi tambah parah apabila pemimpin no 1 dilihat mengkhianati puak majoriti yang menyokong kerajaan dan lebih banyak melayan kehendak kehendak minioriti yang bukan penyokong kerajaan...
Persoalan ini mengingatkan saya kepada Presiden baru Indonesia Jokowi, yang lahir dari kalangan kelompok bukan elit politik atau aristokrat.. dengan gaya blusukan yang bukan dibuat buat, dengan gaya yang sederhana dalam serba serbi, tegas,tidak korup, merakyat dalam banyak hal..jujur..ikhlas akhirnya rakyat melihat bahawa inilah pemimpin yang mereka cari selama ini.sehingga sanggup mengeluarkan wang saku bagi membiayai kempen ..pemimpin yang bakal memberi mereka harapan baru..
dan inilah juga sebenarnya harapan kita semua , punya pemimpin yang tahu akarnya, yang tahu jati dirinya, yang tahu apa itu semangat nasionalisma, yang merakyat, yang sederhana , yang tidak korup , yang tahu arti sebenar AGENDA dan perjuangan parti..
Dato.
ReplyDeleteUMNO sudah berjaya mewujudkan sistem kasta didalamnya.
Melalui PAU ini pun kita akan lihat ini semua.
1.golongan atasan/pemimpin/ala bangsawan/elit akan bergaya dgn kemewahan meraka .Dari pakaian,kenderaan dan tempat penginapan.
2.golongan pertengahan macam biasa meraka ini ditaja/dibiayai.
Bergaya juga dgn pakaian /kenderaandan tempat penginapan yang juga ditaja dalam keadaan 5 bintang atau 4 bintang.
3.golongan bawahan.akar umbi katanya.Datang dengan bas sewaan yang ditaja juga.Bermalam dalam bas.Mandi pagi dimana-mana R&R yang sesuai.Sarapan disitu.Kemudian sampai di PWTC melepaklah atas tikar atau atas surat khabar.Disediakan duit poket selayaknya.Berputar-putarlah meraka dibandaraya.
Semangat atas nama UMNO.
Makin jauh perjuangan UMNO makin jelas kasta ini.
Perhimpunan yang menggambarkan taraf ahli dilayan ikut darjat dan kedudukan hasil perjuangan bersama.
Sebab itu pemikir sosial sudah merasakan politik UMNO sudah hilang hala tuju.
Perihal omong kosong ini bukanlah semuanya kosong.Cuma kualiti hasil perhimpunan itu yang dikatakan.
UMNO tidak menguasai kerajaan.
Pemimpin UMNO yang ada jawatan dalam kerajaan lebih uatamaakn urusan kerajaan daripada urusan UMNO itu sendiri.[
Akar umbi luar bandar bukan kisah ini semua.
Selamat berhimpuan ahli UMNO.
Terima kasih Dato.
Salam.
ReplyDeleteApa yg agenda jahat yg dimaksudkan ini?
Anwar buat onar...meliwat...SALAH UMNO?
PKR...bercelaru...SALAH UMNO?
3 beranak menipu rakyat...SALAH UMNO?
BUKA MATA DAN HATI....FIKIR SENDIRI APA YG BETUL APA YG TIDAK BETUL..
salam Dato,
ReplyDeleteSecara jujurnya selepas TUN Mahathir tidak lagi menerajui kepimpinan perhimpunan agung umno hanya sekadar hiburan buat perwakilan.
Pemimpin atasan mengambil kesempatan untuk melobi, pewakilan mencari wang saku lebih.
Tiada idea idea bernas hanya irama retorik yg dicanangkan berulangkali diselang seli dengan lawak jenaka.
Malangnya kita hanya punya UMNO sebagai platform perjuangan tapi di penuhi manusia tamak haloba yang mempunyai kepentingan.
Mungkin sudah sampai masanya kita mengunakan racun rumpai untuk mencuci umno hingga ke akar umbi kerana klorok tidak lagi berfungsi.
Orang ngomong...anjing gonggong...
ReplyDeleteNo more umno
ReplyDeletesekian