A Kadir Jasin
[Komen “Anonymous”
tidak akan disiarkan. Dalam blog kita ini, pembahas WAJIB ada nama. Nama
samaran dan nama pena pun tak apa. Angka pun boleh. Guna nama sendiri macam
saya lagilah bagus.]
MUTAKHIR – “"Saya mendengar
pendapat dan cadangan daripada timbalan perdana menteri, Wanita, Pemuda, dan
Puteri serta usul daripada bahagian dan keresahan serta pandangan NGO. Maka
saya sebagai perdana menteri memutuskan yang Akta Hasutan 1948 dikekalkan."
– Mohd Najib ketita merasmikan PAU di PWTC hari ini (27 Nov).
(Pengumuman itu adalah pusingan-U kepada ikrar beliau memansuhkan akta berkenaan dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional.)
Posting Asal
MENJELANG Perhimpunan Agung Umno (PAU), banyaklah kenyataan, ikrar dan janji dibuat. Amat menakjubkan apabila Presiden Umno sendiri masih tertanya-tanya "di mana silap kita?"
Berikut adalah antara petikan menarik daripada pembesar Umno dan penyokong serta pelindung mereka untuk renungan bersama.
1. "Saya rasa sangat letih dan
ia sangat memalukan apabila kita (BN) disebut sebagai pembangkang. Saya tahu
anda semua rasa letih dan malu juga.” – Mohd Najib dalam ucapan di Konvensyen
Umno Selangor, 1 Nov.
2. “Ramai rakyat Selangor bosan
tetapi kalau mereka tak yakin lagi kepada pembangkang, boleh atau tidak mereka
memberi sokongan kepada kita? Ini persoalannya. Benar kita nampak rakyat bosan
dan tak suka, tapi inilah masa dan ketikanya bagi kita memindahkan sokongan
kepada UMNO dan BN.” - Mohd Najib dalam ucapan di Konvensyen Umno Selangor, 1
Nov.
3. “Saya berjumpa dengan Najib pada 18 November lalu kira-kira 20 hingga 30 minit, hanya saya dengan dia saja. Meskipun saya terbuka dengan menyatakan tidak ada halangan untuk tukar pucuk kepimpinan tetapi presiden Umno mahu saya pimpin Selangor sekali gus meneruskan mandat menjadi pengerusi perhubungan Umno negeri." – Noh Omar, 22 Nov.
4. “Over the last three general elections, support for Umno and Barisan Nasional in Johor has declined from 81 per cent in 2004 to 63 per cent in 2008 to 54 per cent last year. Johor needs to be a stronghold for Umno again as the party started here.” – Mohd Najib at the Johor Umno Convention, 15 Nov.
Mohd Najib tidak tahu di mana kesilapan Umno |
5. “Saya katakan kita sudah capai tahap agak kritikal, kalau perubahan atau pembaharuan tidak dilihat berlaku, bimbangnya kita boleh kalah. Isyarat itu sudah jelas di hadapan kita.” - Muhyiddin Mohd Yassin dalam wawancara eksklusif dengan Utusan Malaysia 22 Nov.
6. “Kalau kita lihat kadar urbanisasi, penghijrahan anak muda dari kawasan luar bandar ke bandar sudah mencecah 60 peratus dan trend ini akan berterusan. Mereka memerlukan seorang pemimpin atau barisan pemimpin yang memahami mereka dan yang dapat memperjuangkan mereka.” – Khairy Jamaluddin, selepas hadiri Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2014 (PEMANAS) 23 Nov.
7. “Ada benda yang boleh dibahaskan, tapi kalau boleh jangan sentuh isu sensitif. Kalau boleh jangan sakiti hati orang lain.” - Tengku Adnan Mansor, 23 Nov.
8. "Sesetengah pinjaman adalah dalam bentuk jangka panjang tapi kami percaya komitmen kewangan ini dapat dipenuhi. Kami juga dalam proses menambahkan dan mencairkan nilai aset yang kami ambil alih." - Pengerusi 1MDB Lodin Wok Kamaruddin, 18 Nov.
(Terbaru: Harta 1MDB RM51.4 bilion. Hutang 1MDB RM41.9 bilion. Tahun ini rugi RM665.36 juta.)
9. Latest: Whoever uses my
name, I ask the offices and ministries not to approve it.”- Rosmah Mansor commenting on people using her name to get project at the
annual Squad Sayang gathering in Kuala Lumpur. (The Star).
Wallahuaklam.
nak tau di mana silap umno? kat facebook DS najib sendiri berlambak2 rakyat komplen bagitau apa masalah umno dan bn, kalau tak tau kat mana silapnya lagi tak tahulah.
ReplyDelete- Prince of Noob
Salam Dato,
ReplyDeleteMacam ni la Tuan Presiden.
Dah berbuih mulut dari dalam 3.3 juta ahli dok keriau siang malam setiap masa bagi tau tuan macam macam masaalah mereka, dah bertahun tahun,setiap hari...
Cuma ada satu saja presiden UMNO selama itu,bertahun tahun,setiap hari,siang dan malam.
KALAU dah begitu ramai beritahu tuan seorang saja,sepanjang masa,dan tuan MASIH TERTANYA TANYA apa masaalahnya, saya fikir TUAN PRESIDEN LAH masaalah yang terutama..ada mata,`buta', ada telinga `pekak',ada mulut`bisu', ada tangan dan kaki,`lumpuh',ada otak `beku',ada aqal,`cacat'.
Diberi amanah,tuan jadi pemusnah UMNO,malayu dan bumiputra dan 3.3.juta ahlinya...
Jangan marah ya tuan presiden!.
Saya memberitahu tuan bahawa racun yang tidak pernah gagal dan paling mujarab ialah gula, dan ubat yang paling berkhasiat rasanya sentiasa sangat pahit..begitulah adanya wahai tuan presiden.
JIKALAU tranformasi UMNO,melayu dan bumiputra, yang tuan hajatkan ialah memusnahkan UMNO,melayu dan bumiputra sedia ada dan let every body starts from zero/minus... TUAN TELAH DAN SEDANG MENUJU kejayaan tercermerlang adanya.
Abu Bakar Ab Rahman
ayat retorik yg tak hbis2...sy tkde baca buku politik pun, jd ahli umno ke pas ke pkr ke tk pernah pun...
ReplyDeletetakat nk tulis ucapan retorik copy paste sy form 3 pun pun pandai dh dlm pertandingan bahas antara kelas...
bila lihat ucapan2 najib, org indon ckp omongan kosong ajer..ayat sampah so to say...
pakcik2 kat sini tkde ke yg boleh jumpa najib dan bgtau dia, walk the talk la...nk perubahan?? mula dr dia lah dulu...ayat popular Tun Mahathir "dah lama dah"
ReplyDeleteSalam "PAU" Dato,
Terimakasih atas persoalan yang Dato kemukakan.
Saya sangat teringat cerita seloka zaman kanak-kanak kisah Pak Kadok bersabung ayam seronok menang sorak tetapi ayam sabung dan kampung halaman tergadai.... namun Pak Kadok sampai hari ini masih bertanya Di Mana Silap Beliau....kasihan Pak Kadok.
Inilah yang dikatakan KETAM MENYURUH ANAKNYA BERJALAN BETUL, Dato'.
ReplyDeleteBagaimana mungkin Umno dapat mengembalikan kekuatannya kalau Mohd Najib boleh bertanya kepada ahli parti di mana silap kita sedangkan jawapannya tertulis pada semua anggota badan beliau, Dato'.
Bagaimana mungkin Umno dapat bertahan dan menggempur lawannya kalau para pemimpin parti sedar apa yang berlaku dan kemudian hanya bercakap dan bercakap mengenainya tapi tidak melakukan apa-apa, Dato'.
Bagaimana mungkin boleh berlaku perubahan di Selangor, Dato’ kalau Mohd Noh sudah kata “Meskipun saya terbuka dengan menyatakan tidak ada halangan untuk tukar pucuk kepimpinan tetapi Presiden Umno mahu saya pimpin Selangor sekali gus meneruskan mandat menjadi pengerusi perhubungan Umno negeri.”
Bagaimana mungkin Umno boleh menarik orang muda kalau permohonan keahlian orang muda pun bertahun baru diluluskan, Dato’.
Hati orang disuruh jaga jangan disakiti tapi hati kita yang sakit dengan perbuatan mereka siapa nak jaga, Dato’?
Sekarang masing-masing main selamat Dato'. Masing-masing cuma peduli tembolok sendiri. Dan disebabkan masing-masing juga ada onar yang diketahui sesama mereka maka masing-masing pun takutlah hendak pecahkan tembelang orang sebab bimbang nanti tembelang sendiri pun pecah sama...
Puteri Umno kurang garing. Pemuda Umno hilang taring. Wanita Umno asyik mengendeng.
Umno? Umno gering dan kering.
Mencadangkan semua blogger Pro UMNO meng'grayscale' kan blog masing-masing sepanjang PAU ini sebagai tanda protes!
ReplyDeleteOrang Terengganu kata.. "najib dop orot cetong"
ReplyDeleteSalam DAKJ
ReplyDeletedah lama memerintah dan dah rasa pun kalah,takan tak tahu lagi.
Tok ..
ReplyDeleteDemi Allah
Rasuah mereka terlalu kuat
UMNO terus Mara UNTUK rakyat malaysia
elok nya ahli umno hadiahkan pada Najib sabuah cermin besar dari memberi potret ala ala pendekar... mungkin Najib dapat jawapan nya di situ
ReplyDeleteSalam DAKJ
ReplyDeleteSebagai ahli UMNO yg setia, saya rasalah, pembahas di PAU nanti kena adil. Yg mana perlu dipuji, kita puji. Lagipun, pakar motivasi pun menggalakkan pujian melebihi celaan jika ingin memberi nasihat. Bukannya tak boleh bagi nasihat baik-baik.
Janganlah disebabkan Dato’ Kadir Jasin suruh hentam, ramai-ramai kutuk presiden dan timb presiden. Pepatah boss saya ada berbunyi, “don’t try to be a hero”. Jadinya, para pembahas kenalah beringat sikit mereka bercakap dgn siapa nanti, dan siapa yg PILIH calon pada PRU akan datang nanti. Itupun kalau teringinlah. Cakap siang pandang-pandang.
Dan terakhir, Dato’ ni selalunya hentam UMNO tapi kadang-kadang nampak sayang sangat dekat UMNO. Yg mana satu ni sebenarnya Dato’? Sekian TQ.
Assalam DAKJ,
ReplyDeletePM ada KPI ke? Kalau ada, macam mana rupa catatannya?
Kalau Pak Lah dikatakan FLIP FLOP.
Najib pulak, FAIL, FAIL and FAIL?
Kenapa FAIL? Silap sendiri lar? Apa hal pulak nak tanya pada orang?
Salam Dato
ReplyDeleteKata orang puteh, writings on the wall
kalau tak nampak lagi, tak tau apa nak cakap
Boleh Dato comment sikit tentang langkah DBKL yang diambil
1. 'branding' baru 8 jalan di KL, tukar kepada nama Yang Pertuan Agong. Ini adalah cadangan yang baik untuk mengikati jasa-jasa YPA, saya pikir nama jalan yang panjang mungkin tidak sesuai bila sign board sepatutnya ringkas
saya cadang kita tukar nama bangunan
seperti Petronas Twin Tower, KL Tower, PWTC, Stadium Bukit Jalil, Menara PNB, Menara Telekom, Pasar Seni, Menara Dayabumi
Ini nyata lebih effektif dan kepada pengunjung pengunjung ke KL dari seluruh dunia, dari negeri negeri dalam Malaysia, nama YPA boleh di bawa balik ke negara mereka ataupun balik ke negeri, kampong masing masing
2. musnahkan Menara DBKL2 dan bina pencakar langit baru
siapakah think tank belakang DBKL?
Umno perlu dahulukan melayu. Ramai pemuda melayu tiada kerja. Umno perlu ada usaha mengubah nasib mereka ini. Memberi wang tunai bukanlah cara terbaik. Umno dilihat jaguh dengan cara bergini. Kita boleh lihat setiap kali belaku banjir,kebakaran team umnolah akan datang membawa bermacam-macam bantuan. TV. peti ais tilam pun ada selain makanan dan wang tunia.
ReplyDeleteMasaalah kerja, rumah, harga barang tiada penyelesaian. arga rumah mahal .... bina rumah PR1M .. harga rumah bukan PR1M tetap tunggi. Harga barang harian tinggi .. buka KR1M ... mutu barangnya ? Harga barang tetap tinggi. Adakah cara penyelesaiannya bergini ?
Dato'
ReplyDeleteMungkin pertanyaan Najib ditujukan kepada para perwakilan untuk mereka memikir sediri di mana silap mereka..Ini mungkin bukan bermakna beliau tidak tahu jawapan kepada soalan itu.
Lebih baik jika Najib tidak menghala tanda tanya tetapi dengan tegas terus beri jawapan supaya mereka faham keadaan sebenarnya.
Pendek kata SEMUA Tenaga atau ENERGY UMNO sudah SEMUA digunakan untuk mencacai dan menghodohkan Anwar Ibrahim sehingga UMNO sudah kehabisan TENAGA (ENERGY MISUSED)untuk membangunkan kehidupan orang Melayu.
Bukan sahaja Agama Islam bahkan Pendita Buddha pernah berucap:
" He who harm the harmless
Or hurt the innocent
Ten times shall he fall -
Into torment or infirmity,
Injury or disease or madness,
Persecution or fearful accusation,
Loss of family, loss of fortune.
Fire from heaven shall strike his house
And when his body has been struck down,
He shall rise in hell."
Rejunivikasi dan kelestarian UMNO bergantung kepada kejayaan m3nghapuskan Anwar Ibrahim. Selama 16 tahun Anwar diburu. Semua resources UMNO dan kerajaan diguna untuk tujuan ini.
DeletePercayalah senjata liwat 2 akan menamatkan riwayat Anwar Ibrahim sedikit masa lagi. Bersabarlah, terutama Pak Teh. UMNO pasti akan menjadi kuat, hebat setelah Anwar dihapuskan. Dengan kekuatan yang sudah pulih, UMNO dibawah Najib akan dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk memajukan orang melayu dan Islam. Orang melayu akan s3muanya senang lenang nanti. Islam akan menjadi gemilang.16 tahun masa yang diambil untuk memburu dan menghapuskan Anwar Ibrahim sesungguhnya berbaloi.
Hidup UMNO!
Salam Dato', jelas Najib ni kena penyakit 'denial syndrome'. Masih mempercayai beliau masih hebat.
ReplyDeleteSama juga lah dengan pemimpin2 UMNO dibelakang beliau. Pola pemikiran terlau rosak untuk di baiki walu pun Najib kadang2 terasa akan keadaan yang buruk ini.
Yang sedihnya walaupun beliau ingin memperbetulkan nya tetapi tak tahu macam mana. Ini kerana belai dikelilingi berpuluh2 'penasihat /badut' yang yang kurang bijak. Ending nya nanti sama2 kita lihat. Tk
Salam Kadir after listening to Kj speech and Mahtuddin speech last night, the title of your write up is perfect " Where do We go wrong"
ReplyDeleteThey still could not find the entry and exit strategy in this political,economic and religious web.The web become too entangle with each other
Now I understand the frustration felt by other debaters not only in your blog but also in others.
Honestly the wrting is in the wall, you do not need rocket science to solve the Malay problem.
Or is it the government or the malays themselves need to solve. I am still a little confused and at the loss.
Surprisingly with lot of brains and consultant you just could not find the way out. Let see what happen on opening speeche at the actual PAU. currently 2-0..I hope there should be improvement.I rest my case Kadir.
ReplyDeleteSalam Dato'
Najib kata saya letih dan malu...
Membaca komen diatas mengenai umno menggunakan segala kekuatan dan resources utk menghambat anwar, teringat saya pd perlawanan 'rumble in the jungle'.
Perlawanan antara Muhammad Ali dan George Foreman. Ikut statistic, George Foreman boleh mengalahkan Ali. Ali menggunakan tektik rope-a-dope utk meletihkan Foreman. Pd pusingan akhir Ali memberi pukulan utk menjatuhkan Foreman.
Tak silap 'that was a fight of the century'.
We may see a repeat of that in the next GE.
Salam Dato’ Kadir
ReplyDeleteIzinkan saya membuat beberapa cadangan demi kepentingan bersama bersempena PAU kalini.
Pertamanya, cukai perniagaan sebanyak 20% sepatutnya dihapuskan dan diganti dgn zakat perniagaan iaitu sebanyak 2.5% sahaja utk orang Islam bersesuaian dgn kehendak Islam. Pemimpin kita kata Malaysia Negara Islam, tetapi kenapa ‘tax’ tidak melambangkan Islam pula? Dan kenapa ada persamaan cukai org Islam dgn bukan Islam ?????
Sekurang-kurangnya bolehlah syarikat Melayu mengambil lebih ramai pekerja Melayu daripada membazir duit dgn membayar berpuluh ribu sebulan tax kepada kerajaan. Katanya ramai graduan Melayu menganggur sehinga 68%. Itupun jika UMNO betul-betul nak tolong peniaga Melayu yg kecil-kecil dan graduan-graduan anak Melayu yg menganggurlah.
Keduanya, permudahkan pinjaman-pinjaman dari GLC utk anak Melayu yg nak mengembangkan perniagaannya. Kenapa syarikat swasta boleh bagi interest 3.65% tapi GLC kerajaan pula mengenakan 5% pada anak Melayu???? Cekik darah betul !!!! Dahlah macam tu, macam-macam kertas kerja disuruh hantar dan macam-macam bayaran dikenakan walhal pinjaman belum diluluskan lagi? Inike cara nak menolong orang Melayu??????? Inilah dikatakan cakap tak serupa bikin.
Ketiganya. saya menyokong penuh ron 97 diturunkan harga. Ianya tanda penghargaan kerajaan kepada org Melayu. Cuma bolehke Petronas standardkan penggunaan nozzle yg besar sedikit macam di stesen shell, sebab saya terpaksa ke shell utk masuk minyak. Malu rasanya sebab bagaimana saya nak menunjukkan semangat patriotic cintakan barang Malaysia kepada staff-staff saya? Sekian TQ.
1. PKR MP, Sim Tze Tzin, questioned cuts by the Education Ministry in its 2015 budget for public universities, and asked if this would lead to higher fees. He said he is shocked that the budget sees a reduction in allocation by RM1.05 billion or 12.36 percent, compared to the 2014 budget.
ReplyDelete2. Has the government run out of money or IPTA's are being downgraded in favour of IPTS?
3. Higher education allocation is being reduced but allowances of MPs are being raised.
4. The government has finally revealed the exact quantum of allowance hike for MPs, at 69 percent effective next year.
According to an amendment to the Members of Parliament (Remuneration) Act 1980 tabled today, the allowance of MPs will be increased from RM6,508.59 to RM11,000. As for senators, under the amendment, their allowance will be increased from RM4,112.79 to RM7,000.The hike comes after bi-partisan discussions on the matter as elected representatives had not received a hike since 2002, according to Minister in the Prime Minister's Department Shahidan Kassim. The allowance hike was last discussed in 2011 but was scrapped then due to fierce objection from the opposition, which cited the high increase as unreasonable.
3. Two senior ministers have come out in defence of a mooted new anti-terror law after the opposition expressed concern that it will be similar to the Internal Security Act (ISA).
Defence Minister Hishammuddin Hussein insisted today that the new anti-terror law mooted will not be similar to the defunct Internal Security Act (ISA) amid concerns from the opposition.
"No, this is specifically on militancy," Hishammuddin said at the Parliament lobby when asked if the law would be similar to the ISA. Home Minister Ahmad Zahid Hamidi called the fear "unfounded".
Wallahuaklam
I would say why ask the question, when you know the answer. "Mana silap kita?".......it is the whole management of UMNO, thus one cannot deny there are some who are committed but are often silence. The baggage and people that you appoint, is where the "silap" is.
ReplyDeleteYou know that Noh Omar, is good for nothing yet you still keep him; he is more interested of increasing his martial status.....to be thr next Superhuman. What has he done to improve UMNO Selangor? Ask yourself and you have the odesity to ask ....."mana silap nya"
Mr. Prime Minister, I am a patriot and I am a Malaysian. I am proud of my country but I am sick with you, unfortunately.
Datuk....
ReplyDeleteMalam semalam ( 25/11) saya berjegih mata semata-mata nak dengar ucapan Tim.Pres UMNO.
Inti patinya sama macam tahun-tahun lepas.
UMNO perlu berubah kalau tidak akan rebah.
Pertambahan kepada ucapan Tim.Presiden adalah beliau beri tarikh luput iaitu jika tidak ada perubahan yang drastik pada tahun 2015 UMNO akan rebah.
Topik UMNO akan rebah ini sejak PRU 2008 lagi tapi tiada perubahan jelas.
Jangan tidak Perlembagaan UMNO dipinda pada 2009.
Namun saya masih dengar banyak kekeliruan / politik wang /tikam belakang berlaku.
Presiden UMNO masih mahu mengekalkan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang sekarang. Munkin beliau "a better devil"...
Kalau saya Presiden UMNO orang pertama saya pecat ialah Setiausaha Agongnya.
Kemudian Setiausaha Kerja yang obes tu.
Naib2 Presiden yang lesu, sejuk macam penghawa dingin dan yang pandai tambah isteri je tu.
Akhir sekali kalau saya Najib saya letak jawatan sebab saya tidak tahu dimana silap saya.
Waullah hu'alam :)
Salam Dato.
ReplyDeleteSy
Salam Dato.
ReplyDeleteBila ketua harapan Melayu.....setelah menjadi Presiden dan PM negara...lebih dari 7 tahun bertanya sedemikian.
Jawapan sy...
...'Alamat nak Mampos'....seperti petikan lirij lagu PRamlee/Saloma.
Kesian bangsa Melayu mempunyai ketua mcm ini.
Baik lepas jawatan sajalah dari memperbodohkan bangsa sendiri.
Jika sbgai ketua...kita bercakap...berbicara atau memperkatakan sesuatu...tentulah kita kena lebih hati2 lagi....takut disalah erti.
Lebih teruk lagi bila sampah yg keluar dari mulut ketua2 seperti ini.
......seperti kata org putih...." it's all rubbish of what you said".
Bila melihat potret diri....rasa seperti hulubalang....senyum megah...rasa diri hebat....tetapi sebenarnya cuma belalang sahaja.
Betulkah bila ada pembahas berkata.."lebih baik diberi cermin yg besar agar dpt mencerminjan diri".
Tentang 'Petikan menarik untuk renungan.....' yg Dato paparkan diatas...terutama dari Noh...Zahid dan Tg Adnan....selepas membaca...sy rasa pening....loya dan mual cuma tidak jatuh pengsan sahaja.
Ini kerana sy sudah mangli dgn 'rubbish' yg keluar dari mulut mereka.
Sy cuma berharap agar proses untuk menganti Presiden Umno ini dilancarkan 'ASAP' sebelum sy pengsan atau anak2 cucu sy kelak mati dgn mata tercelik.
Dato.
ReplyDeleteDimana silap kita.Tanya Presiden UMNO.
Jawapnya mudah sahaja.
Silap nya ada atas kepala Presiden UMNO sendiri dan orang kelilingnya termasuk Tuan besar di Ibu Pejabat UMNO sendiri.
Inilah jawapan yang diberi oleh pendokong UMNO sendiri pada saya.
Macam saya kata tempohari sudah wujud KASTA dalam UMNO hari ini.
Banyak lagi kalau nak kutip kesilapan.
Hasilinya tunggulah PRU 14 nanti.
Tiada lagi kumpulan cium tangan.
Maka tiada lagi YAB atau YB-YB.
Yang ada Yang berbahagia sahaja.
Terima kasih Dato.
1. Siang tadi saya ditanya oleh sebuah stesen TV Singapura apakah mampu Umno berubah menjadi lebih muda bagi menyaingi PR? Saya kata mesti, tetapi susah atau mustahil.
ReplyDelete2. Saya kata, saya kurang yakin dasar dan rancangan pendaftaran terus ahli, khususnya belia akan berkesan, kalau Umno terus dipimpin oleh kepemimpinan tua, letih dan tercemar. Orang muda mahu bukti perubahan. Bukan cakap kosong saja.
3. Mohd Najib berkokok mengenai transformasi, tapi di mulut saja. Buktinya dialog antara beliau dengan Noh Omar. Kalau kepemimpinan negeri yang kecundang pun tak diganti, bagaimana kita boleh mengharapkan perubahan.
4. Muhyiddin pun omong kosong saja kalau tak bertindak dan Ahmad Zahid berpotensi ketinggalan kapal kalau tak berani turun ke bawah untuk gerakkan perubahan. "You will not be the DPM if Muhyiddin decides to (eventually) throw in the towel."
5. Saya katakan mustahil Mohd Najib akan berhenti atau diberhentikan macam Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mustahil menyekat Tun Dr Mahathir daripada terus mengkritik.
6. Kritikan Dr Mahathir tidak akan mengubah Mohd Najib tetapi boleh mengubah sokongan orang Melayu, khususnya generasi muda, terhadap Umno/BN dalam PRU akan datang. Mohd Najib tak kalah tetapi Umno-BN kecundang.
7. Pembahas msh pula, antara lain, berkata: “Sy cuma berharap agar proses untuk gantikan Presiden Umno ini dilancarkan 'ASAP' sebelum sy pengsan atau anak2 cucu sy kelak mati dgn mata tercelik.”
8. Sebenarnya beban apa yang Mohd Najib lakukan, seperti 1MDB, sudah pun cukup untuk membuatkan sdr pengsan dan anak cucu sdr mati dengan mata terbeliak. Siapa pun ambil alih, termasuk Pakatan Rakyat, rakyat jelata akan tetap beban hutang 1MDB yang berpuluh berbilion ringgit itu kalau ia muflis. 1MBD sudah terlalu besar untuk boleh dibiarkan gagal. Natijahnya kita kena keluarkan duit supaya 1MDB tak gagal.
9. Tetapi adakah pembahas dan perwakilan berani sentuh hal ini dalam persidangan?
10. Atau adakah feudalisme Umno sudah sampai ke tahap di mana peranan ahli dan perwalikan bukan lagi "to ask why, but to do and die"?
Wallahuaklam.
Terima kasih.
Dato
ReplyDeleteNajib masih bertanya dimana silapnya?
Najib hanya perlu baca fb dan twitter beliau untuk mengetahui apa masaalahnya. Berbakul-bakul feedback dari rakyat yang majoriti dok bagitau Najib dimana silap. Apa yang menekan dan menghimpit mereka diperingkat paling bawah.
Nak baca feedback fb dan twitter pun malas, tak heranlah dia macam kucing hilang anak, clueless and rudderless.
Dato'
ReplyDeleteSaya teringat ada terbaca Presiden Parti Gerakan mengatakan dalam Perhimpunan Agung Gerakan baru-baru ini, dia akan letak jawatan sekiranya gagal menawan semula Penang.
Saya rasa dia akan gagal namun ada kesungguhan dan keberanian.
Sedap juga kalau dapat dengar, Najib berkata dia akan letak jawatan sekiranya gagal.
Ini dia kata "Di mana silap kita?"
Saya setuju benar dengan saudara Lahuma yang sudah ada kasta dalam UMNO.
Hishamuddin ada memberi amaran "jangan ada suara sumbang dalam PAU" Mungkin maknanya kasta pemimpin UMNO lebih tinggi dan "sumbang" kalau ditegur.
Salam TOK..
ReplyDeleteUMNO ni masih lagi menjadi parti petani nelayan dan orang di pendalaman, merka yang berjuang di cawangan masih kekal dengan kemiskinan,
Tidak ada sekeping tanah pun di Kuala Lumpur yang di JV dengan saudagar Melayu. Ini berlaku hanya dengan kerana Orang melayu di Putrajaya tidak suka kepada perniaga Melayu. Syed Mokthar pun berdepan segala macam halangan serta rintangan.
Pada zaman saya. Pak lah hanya sibuk dengan urusan cinta abadi selepas dan semasa kak endun tak sihat.
Bila MP Pekan ambil alih Presiden UMNO masih lagi serupa .Segala macam bab untuk mencabut paku paku yang tertinggal dalam papan lantai UMNO.
Zahid bila saya tanya dia mana hala tunjju perjuangan .. dia senyum dan menjawab "NON kita jangan rosakan bot" saya pun berdiam..
KJ berkata kepada saya.."PAK TAM.. jangan lah lama sangat kita ke tingkat 5"
SELAGI UMNO MISKIN SELAGI KETUA UMNO BAHAGIAN MENGHARAPAKN KAYU DAN PASIR SUNGAI DARI KETUA PERHUBUNGAN.. selagi itu UMNO bergantung kepada cash flow.
Bebas kan UMNO dari cash flow yang bergantung dari projek masa.
"YA ALLAH SEJAHTERAKAN UMNO DAN SELAMAT BERJUANG"
salam untuk datin datin tok seisi keluarga.
UMNO dan Kerajaan tak silapun,.....puncanya rakyat kini ramai yang rasa susah dan tertekan dek kerana tindakan mereka2 yg menjadi orang kerajaan.......
ReplyDeleteSebab marah dan benci dengan sikap dan cara pak menteri dn orang kerajaan menangani isu dan masalah rakyat, maka rakyat pun mulalah cuba utk beralih sokongan dan mencari bantuan pehak lain......wallahualam
Dato'
ReplyDeleteApabila sesebuah organizasi itu menggunakan cara cara hooliganism, lucah dan tak beretika untuk melawan musuh maka ia nya akan menarik Ahli Ahli yang terdiri dari hooligans, pembuat filem lucah dan sebagainya.
Apabila slogan yang disuruh pentingkan olih ketua ketua organizasi adalah, Sodomy' dan rasuah dijadikan cara hidup maka itu sahaja lah yang akan menjadi pegangan ahli ahli organizasi tersebut.
Kapal yang tak bernakhoda sudah dipenuhi olih lanun lanun yang tidak akan memberi laluan....
Dato
ReplyDeleteNajib bertanya dimana silapnya? Kita bertanya apa sudah jadi dengan UMNO. Dibawah ini saya pastekan sebahagian artikel diruangan corat coret sebuah akhbar untuk renungan semua termasuk pemimpin-pemimpin UMNO.
..................
Sekurang-kurangnya 15 perwakilan Kota Bharu dikesan buta huruf, sukar menulis nombor calon piihan ketika proses pengundian kelmarin.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Setiausahanya, Wan Abdul Rahman Wan Ismail, yang menyarankan pendekatan lebih mudah seperti memangkah di kotak kosong digunakan untuk memilih pemimpin selepas ini, berbanding menulis nombor.
Kita kesan hampir 15 orang di Kota Bharu yang tidak dapat membaca dna menulis. Ini menimbulkan kesulitan untuk menulis calon pilihan. Mungkin mereka tidak sekolah, kita pun tahu perwakilan ini diambil dari akar umni yang terpilih bukan berdasar akademik," katanya.
...................................
Apakah ini kualiti yang ada didalam UMNO? Kita renung-renunglah.
Salam Dato.
ReplyDeleteSalam Dato,
ReplyDeleteBanyak perwakilan bercakap mengenai
'peremajaan parti terutama ketua Pemudanya, KJ.
Pandang2 dan tengoklah dulu cawangan Pemuda dibahagian2 yang terang2 memboikot dan menolak orang2 muda berpelajaran menjadi ahli UMNO.
Apa 'wow' faktornya, kalau masuk UMNO untuk jadi YB overnight saperti beliau. Beliau boleh bercakap besar kerana bapa mertuanya melantik beliau menjadi YB walaupun jasanya pada parti hanya budak suruhan bapa mertuanya dan sekarang ayam jantan PM pula.
Jangan pandang rendah budak2 suruhan UMNO,Pemuda Kampong, tanpa mereka..tiada ada bendara2 BN/UMNO
berkibarkan waktu PRU.. mereka mungkin kurang cerdik tapi berhati mulia untuk parti tanpa meminta pertolongan mertua untuk jadi YB.
1. Mohd Najib sebagai Presiden Umno buat u-turn mengenai Akta Hasutan. Saya sokong. Tapi jaga-jaga janji kosong! Selagi dia tak laksana, jangan percaya.
ReplyDelete2. Umno wajib paksa Mohd Najib rundingi Umno sebelum memandai-mandai buat kerja senjata makan tuan. Adakah Umno dan silence majority suruh Mohd Najib manduh ISA dan janji mansuh Akta Keselamatan? Tidak bukan?
3. Mohd Najib sebagai Pengerusi BN dan PM akan dikutuk kerana mungkir janji hapuskan Akta Hasutan. Bonus kepada Pakatan Rakyat.
4. Inilah akibat dengar cakap penasihat half-past six dan pecacai "yes boss". Tak pasal-pasal cari penyakit.
5. Mohd Najib sedang tenat dan beliau sedang mencari talian hayat dengan merayu simpati ahli dan perwakilan Umno. Jangan mudah masuk perangkap. Perhatikan siapa di belakang beliau.
6. Ingat, Umno bersidang setahun sekali tetapi Penasihat half-past six dan con-sultant mengelilingi beliau setiap masa.
7. Non, Umno ada duit ka? Apa laporan Bendahari Umno kepada persidangan mengenai harta dan wang tunai Umno? Takut-takut duit mereka kutip tapi tak masuk akaun Bendahari.
8. KJ boleh cakap, tapi kalau Pemuda Bahagian macam dulu juga, susah orang muda nak masuk jadi ahli. Umno tak ada program outreach. Cakap saja IT savvy, tapi email pun susah nak jawab.
9. Sdr bat8, kalau betul ada lagi orang Umno buta huruf, teruk betullah sistem pendidikan kita di bawah Perikatan/BN. Tahun 1950-an orang kampung saya belajar kelas dewasa aka sekolah buta huruf.
10. Pembahas pendidikan PAU kali ini wajib "grill" Mohd Najib yang pernah jadi Menteri Pelajaran dan Muhyiddin yang sekarang Menteri Pelajaran. Adakah sistem pendidikan kita mati pucuk? Wallahuaklam.
Terima kasih.
Salam Dato.
ReplyDeletePoint Dato No 2...TEPAT SEKALI.
"Umno wajib paksa Najib rundingi Umno dulu sebelum memandai2 buat kerja senjata makan tuan...silence majority tidak suruh Najib mansuh ISA dan juga Akta Hasutan....tetapi Najib telah MEMANDAI2 dgn nasihat PUNAHSIHAT PECACAI half past 6".
Dato...sebab itu sy pernah menulis..agar Umno sbgai Parti Melayu wajib 'REVIEW' segala mandat atau kuasa kepada Presiden Parti.
Disamping itu...jawatan Presiden pun dihadkan pd 2 penggal sahaja.
lebih baik lagi 1 penggal sahaja.
Tentang Had Tempuh Ketua Pemuda pula 1 penggal 3 tahun pun sudah mencukupi... ini menghabiskan beras sahaja.
Terima Kasih
Salam Dato,
ReplyDeleteTuan presiden..tahniah.
TETAPI..,
Melayu, kalau berjanji,ramai sekali tidak menepati..
Ahli politik, kalau seribu janji,
dia akan teruskan tambah sejuta janji lagi,sejuta kali lagi,dan TERLALU sering mungkir janji....
Pengikut ajaran islam dilarang mungkir janji..
Saya nak TENGUK ,ramai mana kat atas pentas tu melayu,ahlipolitik atau pengikut ajaran islam!..
Saya amat terpesona dengan ucapan
TPM,bernas,berisi,jelas dan amat terang tujuanya.
DALAM 180 hari kita akan ketahui lah...
Sebelum PAU 2015....
Abu Bakar Ab Rahman
Ini petikan dari Yahoo News (hari ini):
ReplyDeleteUmno leaders' "ignorant" and "immature" responses to sensitive issues are turning the party into a laughing stock among the younger generation, a Malacca Umno Youth delegate told the party's general assembly today.
Umno Youth Masjid Tanah chief Hameed Mytheen Kunju Basheer said to some extent, even students were remarking on comments made by some of the Umno leaders.
Satu suara yang berani dari Melayu peranakan.
Salam Dato’ Kadir
ReplyDeletePengekalan akta hasutan yg diumumkan di dlm PAU menunjukkan betapa berprestijnya Persidangan agung UMNO itu sendiri. Usul yg dibawa oleh perwakilan, terus diambil dan dijadikan undang-undang Negara. Begitulah berkuasanya orang Melayu dibawah UMNO. Perwakilan bagi cadangan je, terus presiden ubah. Itulah para penasihat & consultant Presiden sebenarnya, bukannya seperti yg gembar gemburkan oleh sesetengah pihak.
Juga terbuktilah darah Dato’ Kadir bukannya group A, B,AB atau O tetapi masih berdarah UMNO. Tahniah Dato’. Ini kerana Dato’ amat teruja bila akta hasutan dikekalkan, dimana tiada mana-mana pemimpin dan ahli parti pembangkang yg bergembira dgn keputusan tersebut. Cuma mungkin Dato’ malu-malu kucing nak mengaku. Saya tahu tu. Sekian TQ.
Dato.
ReplyDeleteSyukor kerana Presiden UMNO telah buat U turn.
Memang dijangka pun.
Dia buat U turn bukan kerana asakan dari pemimpin UMNO pada awalnya.
Dia buat U turn kerana asakan dari akar umbi dan rakyat jelata yang pro kerajaan.
Pemimpin UMNO masa itu semua yes man saja.
Mana ada pemimpin UMNO yang berani sentuh isu ini.
Serah pada PM Najib bulat-bulat.
Tahniah pada NGO-NGO Melayu dan para pejuang Melayu tulen yang bertegas dari awal sejak PM Najib mansuh ISA.
PM Najib telah jolok sarang tebuan.Maka PM Najib TERPAKSA buat U turn.
Ini adalah satu pengajaran pada mana-mana pemimpin UMNO supaya berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.
Nampak NGO-NGO Melayu telah memain peranan yang cukup berkesan.
NGO-NGO Melayu selepas ini akan terus menjadi kuasa penentu dan akan mendapat kepercayaan rakyat.
Tak pasal-pasal PM Najib cari dan cipta masaalah pada dirinya dan juga pada kerajaan.Sehingga UMNO dilihat sudah hilang hala tuju.
Pemimpin UMNO yang ada banyak ikut rentak,main selamat,ikut arus walau pun Melayu nak lingkup.
Syukor dan tahniah pada PM Najib yang mendengar keluhan rakyat yang sayangkan negara.
Tahniah juga yang tak terhingga pada semua NGO-NGO Melayu yang terlibat dengan berani dan tegas.
Pada pesara pegawai tinggi Melayu kerajaan yang yakin akan kepentingan Akta hasutan ini.
Pemimpin UMNO perlu belajar bagaimana hendak menjadi pemimpin yang matang dan bijak stretagi serta pintar daya fikiran dalam menghadapi gerakan melemahkan Melayu.
Terima kasih Dato. .
Datuk..
ReplyDeleteAlhamdulillah Presiden UMNO tunduk kpd suara ahli parti yang ditunjangi oleh Tim.Presiden.
Sekiranya Tim.Presiden jenis lesu dan mengangguk saja memang UMNO tiada harapan.
Sekarang Tim.Presiden harus berkeras dan tegas seperti mana yang dilaung2kan dalam ucapannya pada 25/11
Buat ini satu pengajaran kepada Mohd Najib. Jangan suka berjanji perkara-perkara berkaitan keselamatan negara.
ISA telah dihapus munkin tidak dapat ditarik balik.
Sekarang rakyat hidup penuh dengan ancaman jenayah rompak, bunuh , merogol, menipu, rasuah dan ancaman militan.
Sekarang tanpa ISA kerajaan tiada kuasa untuk menahan mereka2 yang kita tahu ibarat bom jangka. Kalau bom sudah meletup jangan lagi nak tanya dimana silap kita...hendak mengucap dua kalimah syahadah pun tak tentu sempat.
Waullah hu'alam.
Dato Najib ingat akta hasutan boleh dibeli dengan wang ringgit
ReplyDeleteMacam undi perwakilan.Last sekali perawkilan main kayu tiga..
ReplyDeleteHe who tries to please everybody pleases nobody. - Luqman al Hakim