Wednesday, December 17, 2014

Gurindam Seloka Penghibur Lara


A Kadir Jasin

[Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan. Dalam blog kita ini, pembahas WAJIB ada nama. Nama samaran dan nama pena pun tak apa. Angka pun boleh. Guna nama sendiri macam saya lagilah bagus.]

LAMA sudah kita tidak berseloka. Melepas rindu mengubat duka. Dalam Malaysia kita, Tanah Melayu tercinta, macam-macam ada.

Abdul Rashid Abdul Rahman orang terbuka. Kalau bercakap jelas dan nyata. Kepada pemerintah dia berkata, cakaplah benar jangan berdusta. Maka murkalah para pembesar. Kerana peluru terkena sasar.

Itulah juga yang saya katakan. Khabar baik jangan diada-adakan. Berita buruk jangan disembunyikan. Rakyat jelata tidak bangang. Merekalah yang rasa susah dan senang.

Harga getah jatuh merudum. Pekebun kelapa sawit pun dah lama tak senyum. Penanam pada lebih-lebihlah lagi.
Dari dulu sampai kini. Kais pagi makan pagi. Sampaikan Felda Global pun dah mula rugi.

Ramai dok kutuk Ibrahim Ali. Melayu Cina kepadanya tabur benci. Mengata mengumpat berguni-guni. Tapi nak jawab hujah dia, tak berapa mengerti.

Kalau Tok Him satu duit tak guna, pasal apa puluh ribu Melayu ikut dia? Dia bukan ada kuasa. Dia pun bukan orang kaya. Dia tak bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia. Tapi orang totok serta profesor, berduyun-duyun ikut dia.

Cakap Tok Him orang ramai peduli. Sebab dah tak percaya YB dan Menteri. Jadi jangan dok asyik nak perli-perli. Silap-silap YB hilang kerusi sebab rakyat tak undi.

PM pun kenalah berhati-hati. Jangan dok asyik nak pergi bercuti. Sambut tahun baru di luar negeri. Ada orang dia kata, belum tentu PM bercuti di luar negara. Masih berfikir dan berkira-kira. Sebab blogger dah mula tanya.

Berkenaan Mukhriz saya tak terkejut. Jawatan dalam MKT dah kena lucut. Dengar cerita di Kedah serabut. Sesama Umno depa dok berebut. Tapi orang PM kata, cerita itu fitnah semata-mata. Dalam MKT Mukhriz masih ada.

Mukhriz rampas Kedah dari Pas. Takkanlah jawatan dia mereka nak rampas? Kalau Presiden buat juga, nampak dia cari bahaya. Silap-silap Kedah Pas tawan semula. Jadi fikirlah sebelum buat apa-apa.

Di Selangor lain pula cerita. Dalam PRU BN menderita. Cakap besar tak terkata. PM percaya sangatlah “gumbira”. Bila bilang undi tinggal 12 kerusi saja. Mohd Najib kata dia malu tidak terkira. Tapi kong kali kong sama saja. Noh Omar tetap ketua.

KLIA 2 berlopak-lopak. Semua yang tengok tentu nampak. Inilah akibat pilih kontraktor haprak. Tapi jangan buat apa-apa. Dalam lopak boleh bela keli dan tilapia. MAHB boleh buat untung segera. Extraordinary income kata jurukira. Semua orang bertepuk gembira. Itulah standard KPI kita.

Banyak lagi yang boleh dicerita. Tanah runtuh dan mala petaka. Yang kena tangkap pendatang dan pekerja. Tauke besar bebas juga. Pegawai kanan buat macam biasa. Rasuah dan salah guna kuasa tetap berleluasa. Tunjuk simpati di bibir saja.

Wallahuaklam, susah kita nak kata.


45 comments:

  1. Mohon terasalah kalau tak Bangang.

    ReplyDelete
  2. punggok merindu bulan purnama, datanglah tuan datanglah nyawa, gurindam seloka tuan kami terima, tanda ikatan sehati sejiwa.

    turun ke bendang menanam padi, di pokok mengkudu tempat meniti, daun selasih daun keladi, terima kasih semoga diberkati.

    menanam cempedak di hujung desa, masak sebiji di bulan puasa, orang berseloka ada yang terasa, jikalau orang berbudi kita berbahasa.

    kapal api dari seberang, sarat dengan barang- barangan, jika ada terlebih atau terkurang, diumpat jangan dicaci pun jangan.

    kunang-kunang terbang ke lembah, hinggap bersarang di pohon buluh, pinang mengadap sirih menyembah, kami menyusun jari sepuluh.

    mawar merah harum berahi, ambil cengal buat kemudi, kami memohon restu Ilahi, semoga negaraku kekal abadi.

    ReplyDelete
  3. Sendaloka datuk hebat sekali, bila baca terus gelihati, harap2 ada yg terasa hati, yg tak faham tu mungkin jiwanya dah mati, atau mungkin buat pekak dan tuli. Duit rakyat pemimpin dah bawa lari, katanya melabur untuk 1MDB, untungnya masih tak nampak lg, tp hutang semakin berguni.
    Pemimpin harapan bangsa, sebelum pilihanraya janji berbunga-bunga, lepas pilihanraya macam tu juga, inilah yg dinamakan perosak negara, baikla dia letak jawatan segera, bini dia pun sama cuma bentuk jer berbeza tapi dua-dua puaka, kalau bahasa kasar sikit maafkan saya, semua ni hanyalah sendaloka...

    ReplyDelete
  4. Asskum Dato,

    Dari dulu lagi pembangkang dah kata, tetapi semuanya dituduh dusta dan sekarang dah terang dihadapan kita bahawa semuanya benar belaka. Apa nak dikata!!.

    Sekarang apa peranan kita, adakah hanya melihat semata? Buatlah lapuran kpd pihak berkuasa agar kita semua terlepas drp segala dosa.

    ReplyDelete
  5. Pak uda8:49 AM

    Interesting seloka.

    Your last para should merit the immediate attention of SPRM.
    THE TOWKAYS AND THE PEGAWAIS SHOULD BE THE MAIN TARGET.
    WITHOUT THEM THERE WIILL BE NO ILLEGAL FARMING.
    THEY ARE THE REAL CULPRITS.
    THE ILLEGAL WORKERS AREK HERE TO ONLY CARI MAKAN.

    ReplyDelete
  6. Ali Setan9:37 AM

    Hmmn, susah kita nak kata.

    Kalau kita tak kata, mereka pula mengata.

    Kalau mereka mengata, kita pula tak terkata.

    Akhirnya eloklah kita semua kata mengata.

    Ha ha ha ha.....

    ReplyDelete
  7. Led Zeppelin10:05 AM

    BN berkuasa kita kata tak guna,Mintak PR untuk penggantinya,rupa2nya,dua kali lima,lima kali dua.

    Harga barang hari-hari naik,kata menteri banding dengan negara lain kita lebih baik,syukur la Malaysia masih aman,Kalau kita tak setuju dankritik Menteri,boleh kena saman.

    Budak2 dah nak masuk sekolah,mak bapak dah mula resah dan lelah,Kalau anak sorang tak apelah,kalau anak berderet memang la masalah!

    Semalam tengok program 999,bila tengok timbul kesedaran,Wanita asing di tangkap berkemban,anak2 luar nikah depa bersepah-sepah di setiap kawasan.

    Tahun Melawat Malaysia konon kempennya,PM kita keluar negara di khabarkan oleh pegawainya,Jangan kita sekali2 pertikainya,Nanti naya masuk penjara.

    Melayu mesti bersatu kata depa,apa yang bersatu entah la apa,sebenarnya bila Melayu bersatu senang kat depa,kita orang biasa jugak yang dok merana.Apa tidaknya,depa dan kroni dapat kontrak duit berkati2,kita jugak yang bayar GST.

    ReplyDelete
  8. ksah 818510:19 AM

    Pat pat siku lipat
    Pak kadiaq bukan mengumpat

    ReplyDelete
  9. Lahuma10:45 AM

    Dato.

    Ha ha ha
    Tunjuk simpati dibibir sahaja.
    Betul dan tepat sekali.
    Sudah lama cerita main dibibir sahaja.

    Apa yang tak terjadi .
    1.pandatang asing bolos dgn mudah.
    2.rasuah makin menjadi-jadi.
    3.salah guna perutukan wang rakyat.
    4.tanah runtuh
    5.keselamatan yang loonggar dgn jenayah.
    6.pemimpin melayu dengan budaya komisen dan persen.

    Dato kena gubahlah Gurindam Seloka Duka Lara.
    Bukan penglibur lara.

    Terima kasih Dato.

    ReplyDelete
  10. Joe Black10:53 AM

    Bravo Dato!

    Senyuman Terukir Bila Membaca
    Gurindam Seloka Penghibur Lara!

    ReplyDelete
  11. rahimlpp@yahoo.com10:58 AM

    Dari Alor Star ke Kok Diang
    Hasrat Membeli Mempelam Siam
    Pagi ini hatiku tersangat girang
    Membaca tulisan Dato penuh bergurindam

    Mempelam Siam Menjadi Kesukaan
    Dimakan dengan pulut tanak
    Dalam kegirangan ada kedukaan
    Sehingga perut hampir senak

    Perjalanan balik singgah di Changloon
    Makan Pulut dan cendul tepi jalan
    Dalam kepala berserabut menggulung
    Dapat maklumat ekonomi nak menjunam

    Singgah sebentar di Pekan Rabu
    Cadangan membeli dodol dan karah
    Mengapa kerajaan dok buat tak tahu
    Bangang ke mereka sehingga tak tentu arah

    Pekan Rabu Sudah tak meriah
    Tok Man Siam sudah lama berhijrah
    Kalau keadaan tidak berubah
    Rakyat geram Najib jangan marah

    Pancut kereta ikut jalan lama
    Singgah di Guar beli jagung
    Mahyuddin jangan dok tunggu lama-lama
    Nanti Tan Sri pun kena “sigung”

    Sampai Sungai Petani berhenti rihat
    Letak kereta dekat jam besar
    Ahmad Maslan kata ekonomi kita sihat
    Melihat duit jatuh hati bertambah gusar

    Makan dadih di kedai cina
    Kedai terletak depan jam besar
    Bagaimana hati tak gundah gulana
    Tengok kekayaan orang cina makin besar

    Lepas zuhor balik ke Baling
    Singgah di Kuala Ketil beli jering
    Kepala berpusing bertambah pening
    Kononnya 25 cerdik pandai Melayu nak tunjuk taring

    Singgah di Kupang membeli kuih pau
    Ramai kenalan bertegur sapa
    Mereka dok kata Perkasa badan pelampau
    Sudah lupakah mereka tu siapa?

    Bermalam di Kampong seronok tidak terkata
    Tidak ada air con tetapi dingin menerusi jendela
    Semoga Allah sayangkan kita
    Masa depan Melayu tetap terbela

    Iklas,
    rahim

    ReplyDelete
  12. As Salam DAKJ,

    Tabik hormat seloka sinikal Datuk.

    Terbaik!

    ReplyDelete
  13. Jalan-jalan tepi hutan,
    Nampak pokok bergoyang-goyang,
    Terang-terang semua babi-babi hutan,
    Terserempak pula orang makan orang !

    Jika di imbas dan di tebas,
    Bukan kepalang jiwa meredam,
    Sakit nya hati bukan kepalang,
    Tersihir hati mainan jembalang.

    Baik sekali luahan Datuk,
    Berseloka bergurindam jiwa Melayu,
    Pelik berkali luahan pungguk,
    Duka tenggelam dalam liur madu.

    Bersatu lah Melayu. Jauhi kemunafikan dan mensyirikkan yang SATU. Balik lah ke pangkal jalan. Kesejahteraan dan kejayaan bersama tetap di genggam demi masa depan lebih gemilang. Biar lambat tetapi berhemah dan berhikmah dalam hidayah Allah SWT jua.

    Amal makruf nahi mungkar.

    ReplyDelete
  14. abdullahngah12:33 PM

    Sedih juga apabila Datuk kata Ibrahim bukan orang kaya dan tiada kuasa. setahu saya Ibrahim Ali betul bukan anak orang kaya tetapi dia sebenarnya kaya dan banyak harta.

    Setiap menteri dikatakan ada harta ratusan juta, masakan bekas timbalan menteri tak kaya.Cuma hari ini tak punya kuasa saja, kerana duduk dalam perkasa.

    ReplyDelete
  15. sobri sudin1:07 PM

    pembetulan fakta- semasa PRU ke-13, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah adalah Dato Bashah Ahmad Haniffah dan Mukriz adalah Timbalannya. Pandangan over-simplify yang menyatakan Mukhriz secara 'per se' merampas KEDAH dari PAS dan Pakatan Rakyat adalah tidak betul. banyak indikator yang menyumbang, misalnya faktor isu, calon, kelemahan PR sendiri, pesudo-budaya pengundi Kedah dan pelbagai lagi, justeru faktor Mukriz hanyalah pelengkap

    ReplyDelete
  16. "KLIA 2 berlopak-lopak. Semua yang tengok tentu nampak. Inilah akibat pilih kontraktor haprak. Tapi jangan buat apa-apa. Dalam lopak boleh bela keli dan tilapia. MAHB boleh buat untung segera. Extraordinary income kata jurukira. Semua orang bertepuk gembira. Itulah standard KPI kita."

    hahaha.. part yang ni paling best, mai pakat bela keli dan tilapia dalam lopak, lubang di jalan-jalan raya kita..

    ReplyDelete
  17. din klang10:40 PM

    enjet enjet semut,
    siapa terasa sakit sila turun bawah

    ReplyDelete
  18. Salam Datuk

    Nak buat macamana
    Bersih, Cekap, Amanah sudah tiada

    Bersatu Berdisiplin pegangan kita
    Bukan masanya untuk meLahirkan Cinta

    Wawasan 1Malaysia dipijak Cina
    1Malaysia Development Berhad pula jadi cerita

    Bila duit menjadi raja
    Begitu lemah bangsa kita

    Elok juga kita berjenaka
    Hilangkan amarah terbuku didada

    Sama-samalah kita berdoa
    Diberi hidayah dihati mereka

    ReplyDelete
  19. Salam Dato.

    Yo...berseloka pula.

    La ni baru depa tau yg Dato pun boleh berseloka.....bergurindam....buat lawak sekali sekala.

    Baguih....serius sngat nanti cepat tua.

    Nilah ubat yg baik kalau nak panjang umok....gelak dan senyum tapi betoi2.

    Bukan mcm dlm PAU...depa lawak buat2..
    nak bodek tuan.

    Sekali sekala kena kelolo juga...tapi asai tak loklag.

    Tak kan nak biak bgn Nuar hamprak saja yg dok buat lawak bodoh kutuk kerajaan...
    tapi lawak dia loklag.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  20. Assalam DAKJ,

    Saham FGV apa nak jadi,
    Jatuh merudum ke dalam perig;
    Para peneroka menggigit jari,
    Terbayang senario ngeri sekali.

    Dari Singapura Wilmar menanti,
    Mungkin FGV bakal dibeli;
    Pemilik Felda bertukar ganti,
    Rasa menyesal tak guna lagi.

    Memang benar telahan jauhari,
    Burung terlepas tangan berbau tahi!


    ReplyDelete
  21. Apa komen dato kumpulan G25.Kuda tua ni mcm nak masuk race dgn Perkasa. Atau kuda tunggangan PR.

    ReplyDelete
  22. Hj mansor5:22 AM

    Dato Kadir

    Apa dah jadi dengan harga saham FGV .hanga nya sekarang $2.70 telah menjunan hampir 50% dari harga samasa di sinaraikan di pasaran saham.

    Ada kah peneroka Felda faham apa akibatnya.
    Bila mereka mula faham,mereka sudah tentu akan berontak.
    Safe deposit Peneroka Felda dalam pilehan raya ke14 akan pecah.
    Satu lagi tanda besar yang BN akan kalah dalam pilehan raya akan datang.

    FGV merupakan syarikat Perladangan yang terbesar sekali mengalami kerugian besar dalam dagangan minyak kelapa sawit.
    Ini tak masok akan.jika di telity account nya kita dapata FGV kerugian lebeh $100 juta dalam derivitive minyak kacang soya.
    Kenapa beli deritive minyak kacang soya.Bukan kah FGV syarikat kelapa sawit.

    1MDB rugi lebeh $2 billions bila mereka membeli derivitif mata wang ¥.

    ReplyDelete
  23. Pembahas Bro,

    Untuk komen saya mengenai 25 Melayu kenamanaan, sila baca Kunta KInte Original, Berita Harian Jumaat ini.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  24. Para pembahas yang saya muliakan
    Terima kasih atas ulasan
    Pandangan tuan amat berkesan
    Moga-moga sekalian disayangi Tuhan.

    Bukan kita hendak mengata
    Bukan juga hendak mencaci
    Tapi bala bertimpa-timpa
    Zaman Najib jadi Perdana Menteri.

    Dari langit kepal terbang jatuh
    Dari bawah tanah runtuh
    Kesucian Islam dicabar disentuh
    Kedaulatan Perlembagaan sudah dirempuh.

    Inilah akibat ketua yang keliru
    Ikut nasihat orang tak tentu
    Ditolak sebelah pendeta dan guru
    Diambil orang yang tiada ilmu.

    Banyak sebut tentang Felda
    Legasi Tun Razak untuk negara
    Tapi dah jadi macan pusaka
    Ketua berebut sepanjang masa.

    Dekat pilihan raya nak cari nama
    Tabung politik pun nak isi juga
    IPOkan Felda itulah caranya
    Pasaran merudum rugilah jawabnya.

    Peneroka Felda rakyat biasa
    Pasal pasaran saham tak tahu apa
    Bila dijanjikan untung berjuta
    Mereka percaya sangatlah gembira.

    Pasaran Saham kita jatuh teruk
    Banyak pelabur terkejut beruk
    Tauke besar tahu selok-belok
    Yang menderita pelabur totok.

    Marilah kita bergurindam seloka
    Mencanai minta mengilap bahasa
    Dalam suka dalam derita
    Tanah Melayu inilah bumi kita.

    Kena berani bila berpolitik
    Pemimpin pembesar wajib dikritik
    Kalau mereka buat angkara
    Jahanam bangsa hancur negara.

    Ingatan kepada pembesar negara
    Sambah Allah lindungi rakyat jelata
    Jangan tergila-gila intan permata
    Bersuka ria ketika rakyat menderita.

    Wallahuaklam.

    ReplyDelete
  25. Ass Datuk Kadir.

    Semoga Allah terus kurniakan Datuk segala kebaikan agar dapat menyumbang kepada sesuatu demi masa depan majoriti Melayu Islam.

    Setiap satu ringgit wang rakyat yg susut, hilang atau disonglap maka semakin sedikit wang yg tinggal untuk bantu masyarakat Melayu majoriti.

    Kalau Melayu terpilih , Cina dan India dan pendatang semakin kaya raya melalui kesan gandaan begitulah jugak berjuta2 orang Melayu semakin miskin dengan cepatnya melalui kesan gandaan terutama selepas TDM menghapuskan DEB membawa kepada dasar2 merugi Melayu di zaman Najib.

    PAU baru2 ini sebenarnya contoh pertemuan Melayu terpilih yg isinya tak akan menyentuh isu2 hak manusia sejagat apalagi hak Melayu majoriti untuk hidup selesa.

    Nak tau betapa miskin dan hinanya majoriti orang Melayu, lihat saja jumlah yg penerima BR1M yg semakin meningkat dan kerajaan Najib kelihatan sangat berbangga dengan pemberian sedekah seperti itu..

    Soalnya adakah Melayu terpilih yg tayang kekayaan sana sini boleh terus diberi amanah perintah Melayu?

    ReplyDelete
  26. Lahuma7:45 AM

    Dato.

    Penoreh getah lagi sedih.
    Harga makin menurun,
    Hujan setiap hari.
    Seminggu motong 1 hari.
    Sebulan tak sampai 7 hari.

    Harga barang tak pernah turun
    Janji kata nak turun.
    Orang Melayu bukan malas.
    Orang kampung tak rasuah.

    Anak orang kampung ramai graduan
    Rami juga yang menganggur
    Temuduga haram tak dapat.

    Buat karnival kerjaya
    Isi borang semua tak jawap
    Katanya masuk tong sampah

    Tak kesian kah pada mereka
    Nak harap parti UMNO ,Pas Pkr
    Meraka bukan buat kerja
    Mereka banyak buat kenduri
    Cari undi
    Menjelang pilihanraya.

    Maka
    2x5
    5x2

    Pi mai pi mai tang tu juga.

    Terima kasih dato.





    ReplyDelete
  27. Nor Ishak Ismail9:04 AM

    Bila kita berseloka begini..teringat aku Pak Sako aka The Rolling Stone..itulah dia khazanah melayu yang indah. Syabas Pak Kadir.

    ReplyDelete
  28. Poor Najib comes all his fools
    Their convention become shameful
    Prudences are no more grateful
    Bashing and slandering become bloody fools

    Rubber price drops is unavoidable
    Supply and demand come miserable
    Poor Najib and all his nobles
    Of all things, Najib is still responsible

    Come conscientiousness of good deeds
    Najib is not equip thus on line to deal
    Compost files thrown unprecedentedly
    The Malay psyche is further distressed greatly

    Gurindam jiwa diantara berseloka
    Penuh dengan karangan memerli belaka
    Sasaran dituju tidak kemana-mana
    Ludah kelangit kena dimuka

    ReplyDelete
  29. Mullah TTDI5:16 PM

    Salam Datuk dan para pembaca budiman

    Dulu zaman Pak Lah,orang Melayu jadi lemah
    Sekarang zaman Najib, orang Melayu lagi parah

    Dulu, kita ada penasihat tingkat empat,
    sekarang, kita ada 'punah'sihat dan penjilat-penjilat

    Tahun 2008, rakyat bangkit,
    Tahun 2009, Pak Lah undur
    Tahun 2013, rakyat sekali lagi bangkit,
    Tahun 2015, In Sha ALLAH, Najib undur

    Sekian. Terima kasih.

    ReplyDelete
  30. Nampaknya saya tak boleh komen apa apa kerana saya tak pandai gurindam dan seloka. Tapi saya syok baca, mengangguk kepala sampai tak terkira, tanda setuju apa yang dikata. Lepas ini kita boleh ajar kepada wartawan wartawan muda, format baharu tulis berita macam gurindam dan seloka. Dalam tergelak orang kerut muka tanda dah terkena.
    Ku Seman Ku Hussain

    ReplyDelete
  31. Orang Jasin11:53 PM

    Semua nya jatuh bukan salah kerajaan.Perhatikan politik dunia kini..Kuasa besar dan yahudi sdng mencorak dan merancang sesuatu.
    Kita negara kerdil. Waspada la melayu kita.Bersatulah.

    ReplyDelete
  32. Ass Datuk Kadir.

    yang saya faham tentang konsep amal jariah. Datuk Kadir dalam menegur kerajaan Najib yang lemah dan merosakkan sebenarnya telah dan sedang membuat sumbangan amal jariah yg teramat tinggi nilainya dalam erti kata memberi kesedaran kepada umat Melayu yg semakin terhimpit kehidupannya.

    Persetankan suara2 yg menghentam Datuk

    Cuma perjuangan mengubah minda rakyat yg dibuai oleh pembohongan media pemerintah bukan kerja mudah.

    Professor2 pun bila dpt sedikit habuan mereka jadi professor cap ayam. Inikan setakat Melayu penerima BR1M

    Mohon Datuk ulas juga soal Malaysia kalau secara purata penduduk,juara dunia dalam pengaliran wang keluar secara haram bernilai lebih rm1300 billion untuk tempuh 2003-2013

    ReplyDelete
  33. Meleis11:26 AM

    Gurindam seloka yang sangat mendalam datuk.

    Saya telah lama perhatikan gelagat pembangkang dan media pembangkang dalam memburuk-burukkan Perkasa, Ibrahim Ali dan ISMA.

    Oleh kerana macai-macai pembangkang ni semua tidak dapat menjawab hujah-hujah Ibrahim Ali dan ISMA maka mereka memburukkan-burukkan dan meremehkan apa yang dihujahkan oleh pihak-pihak seperti ISMA.

    Acapkali saya berjumpa dengan macai PAS apabila mereka tidak dpt menjawab hujah-hujah ISMA, maka keluarlah perkataan seperti...

    "Sudah-sudahlah tu ISMA..."

    "Janganlah menyesatkan orang Melayu..."

    Tiada sebarang hujah balas. Maka mereka burukkan dan meremehkan ISMA.

    Kalau PAS pun dah macam tu, apatah lagi DAP, setiap organisasi yang cuba untuk mempertahankan hak orang melayu dan islam akan bukan sekadar dituduh sebagai alat UMNO, malah diremehkan, dihina, dituduh sebagai ekstremis, dicap sebagai penjahat yang sejahatnya, pendek kata di'boogeyman' kan oleh DAP dan jugahak-jugahak mereka.

    Saya tidak terkejut kalau DAP dan PAS berperangai jijik macam tu. Tapi saya sangat terkejut apabila orang dalam UMNO sendiri terikut-ikut dan ikut sama jadi jijik macam DAP dan PAS.

    ReplyDelete
  34. Ya Allah selamatkan Negara kami Malaysia

    ReplyDelete
  35. kamal8:22 PM

    Amin amin

    ReplyDelete
  36. Datuk AKJ,

    1. Jangan pedulikan saham FGV mula merudum. Peneroka tidak dengar nasihat.

    2. Datuk puji sangat Ibrahim Ali. Agak ramai juga yg tidak sepemuji dengan Datuk.

    ReplyDelete
  37. Din Kalut8:03 AM

    Lebih menghiburkan bila MB Pahang sama Utusan 15juta.
    Lagi kalutlah UMNO.

    ReplyDelete
  38. Salam sdr Kadir, I would like try the gurindam, I think this folklore is witty and with loaded message.

    1.Orang Melayu suka gurindam, hatinya besar semuanya mengidam,kerja nak senang semua dia taram, lobby projek pikirannya tajam.

    2. manaada bangsa yang kaya tanpa penat kerja
    dapat permit,kontrak dia pinda,
    satu produk dan perkidmatan pun tiada,
    tapi dia maharaja kaya.

    3.Steve job letih buat smart phone,tapi orang melayu pandai guna handphone,
    sumbangan terhadap produk development tak ada pon,
    tapi dalam whatsapp fitnah bertimbun.

    4. Kini agamanya diserang segenap penjuru,
    mujur timbulah eminent Melayu,
    masa kerja diam membisu,
    dah bersara dia buat kelaku.

    5.Kalau betul-betul nak tolong apa salahnya nu,
    tapi takut tikus baiki labu,
    bangga dengan diri sebagai eminent melayu,
    buatlah kerja dulu baru melayu maju.

    6.Tak boleh nak tulis panjang-panjang,
    Nanti Najib panggil bangang,
    orang Melayu harus tenang,
    barulah Allah kurniakan kejayaan yang berpanjangan.

    honestly sdr Kadir this is my first gurindam, I think yours is much better and other participants like RahimLPP are wqually good.
    I rest my case.


    ReplyDelete
  39. Tengah malam terhantuk pintu
    Sakitnya kepala tidak terperi
    Nak pesan kepada yang ada kuasa tu
    Jangan lupa, kuasa tu kami semua yang beri

    Ke pasar tani membeli kain
    Selepas diukur terus digunting
    Dah ada kuasa, sombongnya bukan main
    Tak boleh ditegur, terus melenting

    ReplyDelete
  40. Ass Datuk Kadir

    1. Mengambil sedikit pengajaran drpd kesilapan teman saya yg tak mau beringat waktu senang. Akhirnya bila perniagaan yang tak seberapa mula merudum maka satu persatu hartanya terpaksa di jual murah2 untuk membayar hutang yg semakin meningkat gara2 bunga berbunga.

    2. Dalam konteks bernegara saya rasa tak perlu seseorang belajar tinggi untuk melihat persamaan prestasi kewangan antara teman saya berbanding dgn negara tercinta yg dikawal oleh mereka yg tidak tau mengurus atau tidak amanah.

    Cuba kita tanya kalau kewangan negara ditadbir cekap dengan rezab hasil bertrillion ringgit tentulah ribut atau badai gara2 kejatuhan harga minyak boleh diharungi dengan senang sahaja tanpa perlu ada pemotongan bajet atau peruntukan kpd rakyat terutama yg memerlukan.

    Dalam konteks Malaysia, kalau la setiap tahun kerajaan boleh tambah menabung dalam Khazanah Nasional dan tidak sesekali membenar campur tangan politik termasuk oleh perdana menteri sendiri tidaklah prestasi Khazanah Nasional kita hambar sahaja.

    Jangan terkejut kalau kerajaan terpaksa buat hutang baru ( tentunya dgn bunga yg berganda tingginya ) untuk membayar hutang lama. Atau kerajaan terpaksa jual harta rakyat murah2 termasuk kpd kroni untuk mengelak rasa malu.

    Nasib baik suara pembangkang di Parlimen semakin kuat , dan rakyat tidak lagi bergantung penuh kepada temberang ketua2 pengarang media pemerintah.

    Ada kebenaran bila TDM berkata Melayu senakin miskin atau dah jadi pengemis.

    Tapi siapa TDM? Dia Melayu ke? Atau anak2 beliau sedang miskin ke?

    ReplyDelete
  41. Pada purnama pungguk mengidam
    Bila ‘kan lerai rindu dipendam
    Tak sia-sia Datuk bergurindam
    Rupanya ramai bakat terpendam

    Gurindam Datuk seloka berbisa
    Pembahas pula menambah perisa
    Bila UMNO dah hilang bisa
    Makin relevan sumbangan Perkasa

    Seloka tepat mengena sasar
    Pedihnya menusuk bagai selumbar
    Tapi depa buat-buat tak dengar
    Itulah alamat nak kena tukar

    Badak topui suka perhatian
    Hari-hari nak masuk TV
    Orang FELDA dah mula terkilan
    Mengenang nasib saham FGV

    PM kita fikirannya global
    Negara maju status idaman
    Rakyat kompius rasa ‘cam bebal
    Kerajaan giat masuk perniagaan

    Lancang Kuning belayar malam
    Belayar menuju ke laut dalam
    Kalau nakhoda kurang faham
    Alamatlah kapal akan tenggelam

    (Datuk, kenapa I rasa macam bait yang atas ni mendahului masanya bila ia ditulis? Nasib baik P Ramlee tak hidup di zaman ini. Kalau tak, semua antics tu akan jadi evergreen untuk tatapan umat Melayu zaman akan datang)

    Dari Seremban sampai ke Bangi
    Cubalah tuan cuba perhati
    Bukit dah gondol hutan tak de lagi
    Mata melihat hati pun sangsi
    Betulkah lestari bagai dijanji
    Jangan sampai disumpah generasi

    ReplyDelete
  42. Harapkan seloka jer lah...

    ReplyDelete
  43. Salam Dato.

    Bila agaknya proses menghalau Ketua No 1 serta org2 'Yes Men' nak berlaku?

    Sy dah meluat terlampau dgn Melayu2 yg tiada Jatidiri dan penakut seperti mereka ini.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  44. Gurindam rohani merendam jasmani,
    Ayat menonjol habuan diri,
    Segan dan silu nafsu berahi,
    Baik dan jahat tidak dihalusi.

    Gurindam jiwa diantara berseloka,
    Penuh dengan karangan memerli belaka,
    Sasaran dituju tidak kemana-mana,
    Ludah kelangit kena dimuka.

    Biar ludah betepik dimuka sendiri,
    Sampai berulat di tengah dahi,
    Lontaran demi lontaran sambil berdiri,
    Nada bergema gempak sebegini.

    Tafsiran kebenaran telah dipekata, Melayu dah hancur dunia belaka, Hidup terus melarat pemimpin dicelaka, Tepuk dada tanya selera.

    Tiadanya kecerahan dalam ekonomi, Melayu tiada pendekatan jati diri, Untuk maju jauh sekali,
    Tuduhan kerana peminpin2 Melayu pekerti.

    Rangkuman pemimpin temolok sendiri, Hidup berasuah terus kekal abadi,
    Buaiyan rasuah didodoi tinggi, Tanggapan berpulas termakan hati.

    Hidup mewah menyekam mata, Kekayaan berlimpah luarbiasa, Membazir boros yang dipekata, Meluwat dihati menjadi murka bertikamkan sangsara.

    Songsangnya mereka menguris hati,
    Tiada luang membela diri, Ilmu didada tidak mencukupi, Kukuhnya ilmu tidak berbakti.

    Melayu hancur selagi Najib pengulu jati, Selagi Najib nampak tegak berdiri. Papekedanalah Melayu terus memberi erti. Melayu tak akan bangkit di duniawi.

    Baiknya Cina takluk memimpin, kerana Cina lebih maju tercermin, Cina akan bantu Melayu maju terpimpin. Kedaulatan ekonomi Cina jari dicincin.

    Selepas BN hilang kuasa. Umno dikapang selama-lama, Itulah kehendak Melayu semua, lambang kewiraan Melayu tak sia-sia, tumpangan harapan abadi rakyat semua.

    Pakataan Rakyat menjadi ketua, Sorak sorakan gempak gembira, Cina menaruh kekebalan mereka, Pelembagaan baru itu milik siapa?

    Rasuah pupus dihapuskan mereka, Sifar rasuah impian pasakkan mereka, Hudud menjelma dalam kandongan Malaysian Malaysia, Asas ekonomi pegangan, siapa tu mereka?

    Hidup Melayu dikubur selamanya, Cita2 tercapai gelombang bahagia, Matinya Umno talkin tak dibaca, Yang hidup tak silu mejunjung takta.

    Senang hati Melayu dikapan. Lembu disula khinzir dikorbankan. Sunah Melaysian Malaysia ertinya harapan, Itulah perubahan maksudnya Melayu akan berhadapan.

    Selalu melaungkan anak cucu bangsa, Niat Melayu bertopengkan Naga. Yang tersirat sungguh ternyata, Sinkirkan Melayu di bumi nyata.
    Wallahualam

    ReplyDelete