Monday, January 26, 2015

Shahidan Tawar Diri Jadi Pendamai


A Kadir Jasin

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Shahidan Kassim, menawarkan diri menjadi pendamai “ketegangan politik dalaman antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak”, kata media atas talian.

Kalau laporan itu tepat, saya mengalu-alukan “keperwiraan” dan “kesopanan” Shahidan. Tidak ramai anggota kabinet Mohd Najib yang berani berjumpa Dr Mahathir kerana takut dituduh bersekongkol menjatuhkan bos mereka atau cukup berakhlak untuk menghormati orang tua.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]


Tetapi sebelum Shahidan mengenakan pakaian perisai Don Quixote, izinkan saya mengingatkan kawan saya itu agar tidak tersalah menyerang kincir angin (wind mill) kerana menyangka ianya gergasi ganas.

Gambar hiasan: "Lebai" Shahidan dengan Dr Mahathir
Mula-mula sekali, elok difahami sama ada berlaku “ketegangan politik dalaman” antara Dr Mahathir dan Mohd Najib.

Saya rasa tidak.

Yang Dr Mahathir bangkitkan adalah isu pentadbiran dan pengurusan ekonomi negara. Buat permulaan, beliau bukan mencabar Mohd Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri, tetapi sekadar memberi tunjuk ajar dan kemudiannya mengkritik apabila Mohd Najib seolah-olah memekakkan telinga, membutakan mata dan membisukan mulut.

Langkah terakhir beliau adalah menarik balik sokongan terhadap Mohd Najib. Lagipun, Dr Mahathir tidak ada apa-apa jawatan dalam Umno untuk mencabar kedudukan Mohd Najib.

Seyogia diingatkan yang sebenarnya membelasah, mempertikai dan memperkecil-kecilkan teguran Dr Mahathir serta Tun Daim Zainuddin adalah orang suruhan Mohd Najib yang termasuk media arus perdana milik Umno.

Jadi apa yang hendak didamaikan oleh Shahidan? Yang buat hal dan perlu didamaikan jiwanya adalah Mohd Najib dan budak-budak suruhannya yang bersekongkol dengan pembangkang bagi membelasah Dr Mahathir, Daim serta pihak-pihak lain yang tidak bersetuju atau menegur mereka.

Kalau Shahidan berani dan berpengaruh, mereka inilah yang perlu beliau jinakkan supaya tidak menjadi batu api yang membakar perhubungan  Mohd Najib dengan pelindung-pelindung politik beliau seperti Dr Mahathir dan Daim.

Minta Khairy Jinakkan Hantu Raya

Begitu juga halnya dengan Ketua Pemuda Umno merangkap Menteri Belia, Khairy Jamaluddin. Kalau beliau mahu “perang saraf” antara kumpulan Mohd Najib Razak dan Dr Mahathir dihentikan segera “kerana ia hanya akan melemahkan Umno”, beliau juga perlu menjinakkan hantu raya yang kini menggila menyerang pengkritik Mohd Najib di kalangan ahli dan penyokong Umno.

Khairi Perlu Jinakkan Hantu Raya Umno
Shahidan boleh berjumpa dengan Dr Mahathir dan saya tahu beliau kerap juga berjumpa Daim. Saya juga akui yang beliau adalah antara menteri yang tidak kecut perut dengar nama Mohd Najib dan kerap berjumpa pengkritik bosnya.

Tetapi adakah mampu beliau meyakinkan Dr Mahathir dan Daim bahawa segala-galanya dalam keadaan “A-okay” mengenai isu-isu seperti 1MDB, kewangan negara dan rundingan perjanjian perkongsian trans-Pasifik (TPPA) dengan Amerika?

Dr Mahathir dan Daim menegur dan mengkritik Mohd Najib bukan kerana mereka benci kepada beliau jauh sekali mengidamkan kedudukan beliau sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Teguran dan kritikan mereka bertujuan memperkukuhkan Umno dan kerajaan agar tidak kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Namun saya mengalu-alukan cadangan pertemuan antara Shahidan dengan Dr Mahathir kerana siapakah Shahidan kalau bukan kerana dididik dan diberi peluang oleh Dr Mahathir?

Eloklah Shahidan menunjukkan teladan yang baik sambil membuktikan iaitu masih ada pemimpin Umno yang hormat orang tua dan mengenang budi.

Wallauakhlam.

41 comments:

  1. salam dato kj. saya ada memberi komen n sokongan kpd usaha d sri shahidan ekoran/melalui laporan yg tersiar d tmi.

    saya tlh juga d beri peluang utk bertemu tun m selama 45 minit 2 minggu sudah d mana saya d maklumkan pertemuan dgn pm najib tlh berlaku selama hamper 2 jam tempuh hari.

    saya juga d maklumkan tun m talah memberi pandangan serta cadangan2 mengenai antara lain kedudukan kewangan n ekonomi Negara. jika ia nya d tolak tanpa alasan2 yg valid maka pertemuan berikut nya tidak akan membawa apa2 makna.

    saya bersetuju dgn dato bahawa rasa cemas tun m adalah 'real' n saya percaya beliau amat cintakan negara n mahu pm najib berjaya.my reading is that he stil has a soft spot 4 najib. if this is true than all is not lost.

    best of luck 2 d sri shahidan.

    ReplyDelete
  2. Assalamulaikum dato yang dihormati semoga masih ceria walaupun politik malaysia serabut macam jerami padi menunggu hari untuk terbakar namun dato masih tenang da tidak EMOSI. Ya mahu jadi pendamai agar TDM akur dan tak perlu komen apa2 lagi TDM telah diketahi umum dia tidak akan diam selagi apa yang dia mahu tidak dipenuhi dan DSN tidak mengikut telunjuk nya perdamaian tidak akan ada. Kita tunggu dan lihat lanskap politik negara sama ada berubah atau tidak sebelum PRU14 berlangsung kita tunggu la ya....WASSALAM.

    ReplyDelete
  3. Shahidan ni pon kekadang laloq gak.Geli hati pon ada dgn komen2 dia yg bertaraf menteri.

    ReplyDelete
  4. Lahuma8:06 AM

    Dato.

    Betul yang Dr Mahathir bukanlah kemaruk atau gila talak pada jawatan PM atau Presiden UMNO.Kenyataan betul dan tepat.

    Para hulubalang PM Najib pula kata Dr Mahathir tak perlu campur urusan kerajaan hari ini.Zaman dan eranya telah berlalu.

    Bila Shahidan tawar diri untuk mendamaikan antara PM Najib dan Dr Mahathir suatu keberanian jugalah.

    Yang kita tahu antara ramai MT UMNO,EXCO Pemuda,EXCO Wanita dan EXCO Puteri dan lain-lainnya adalah jaguh main selamat.Ikut arus dan angin atas dasar jaga temolok dan periuk nasi mereka.

    Mereka tak sedar silap-silap haribulan PRU 14 ramailah pemimpin UMNO akan jadi penganggur terhormat.

    PM Najib dan orangnya memandang rendah pada Dr Mahatihr dan bekas pemimpin terdahulu.
    Dalam UMNO ada veteran dan ada bekas YB punya kelab yang dinamakan Mubarak.

    Adakah golongan ini diumpamakan bakul sampah sahaja.Tidak diberi apa-apa peranan yang sesuai.Inilah kebodohan PM Najib dan penasihatnya.

    Shahidan juga kena tahu apa sebenarnya suara Dr Mahathir itu.Barulah boleh jadi pendamai.Jangan Shahidan menjadi batu api pula dalam hal ini.

    Yang saya tak faham dan menjadi kelabu asap bila disebut golongan hantu raya.Ada juga kumpulan hantu raya yang kerjanya mengusik dan mengacau.

    Kalau macam ini teruk betullah UMNO sehingga ada hantu raya.

    Sebelum kedamaian dihasilkan UMNO telah bergelora dan pecah.Jurang antara yang baru dengan yang lama.Belum kendur.

    Bukan Dr Mahathur seorang saja .Dibelakang dia ada Sanusi ,Daim dan Ku Li.Mereka ini ada lagi pengikut.

    Yang rugi ialah UMNO bukan orang Melayu.Orang Melayu boleh pilih parti lain yang lebih meyakinkan.

    Yang rugi pemimpin UMNO yang hilang jawatan,pangkat bergaji lumayan.

    Ini semua akan membuka mata dan benak rakyat.

    Mampukah Shahidan beraksi macam Henry Kisingger dari US suatu masa dulu.

    Setakat ini 50-50 sahaja.

    Terima kasih Dato.

    ReplyDelete
  5. DAKJ.

    Dulu semasa berlakunya krisis AAB-TDM, Zainuddin Maidin (ZAM) yg ketika itu menjadi Menteri Penerangan dalam kabinet AAB dan dikatakan rapat dengan TDM cuba menjadi pendamai. Apa yang terjadi selepas itu adalah sejarah.

    Kini seolah-olah sejarah berulang kembali. Shahidan dalam kedudukannya serupa seperti ZAM berhasrat pula menjadi orang tengah.

    Jadi kalau Shahidan benar-benar serius hendak memainkan peranannya sebagai orang tengah eloklah beliau mengambil iktibar drpd pengalaman ZAM. Kalau tidak, bosnya akan menimpa nasib yg sama seperti AAB.

    ReplyDelete
  6. Shahidan?? p dah... sapa tak kenai shahidan.. dia putaq habih.. silap2 kena kat dia.. dua2 dia makan.

    ReplyDelete
  7. Tapi para pecacai belaan Najib akan berusaha bersungguh-sungguh usaha perdamaian antara Tun Dr. Mahathir dan Tun Daim Zainuddin dengan Najib. Sebabnya mereka perlukan pertelagahan Najib dengan Tun Dr. Mahathir dan Tun Daim supaya mereka boleh dapat banyak dana dengan alasan buat program untuk 'meperkuatkan pengaruh' Najib.

    Ada yang kata Tun Dr. Mahathir dan Tun Daim tak patut tegur Najib secara terbuka, tetapi mereka ini tak sedar diri dan sengaja buat tak sedar diri bahawa sebelum ini Tun Dr. Mahathir dan Tun Daim dah banyak kali tegur Najib secara berhemah, berlapik, malahan secara peribadi tak mau jatuhkan air muka Najib, tetapi biasalah Najib memang bengong, dungu, bebal, bodoh, bangang tak dengar nasihat.

    Tun Daim dan Tun Dr. Mahathir tegur Najib untuk kebaikan UMNO dan Barisan Nasional serta untuk kebaikan Najib juga, tetapi lihatlah balasan Najib, dia sanggup rancang untuk kenakan Tun Daim Zainuddin dengan tuduhan rasuah. Diheretnya SPRM untuk menyiasat Tun Daim.

    Tetapi biasalah Tun Daim tak gentar pun, kerana Tun Daim masuk politik pun kerana nak membangunkan negara, dia jadi orang politik pun sekejap sahaja kerana kerjaya sebenar beliau sebelum mencebur diri dalam politik adalah perniagaan, jadi nak takut apa sangat dengan siasatan SPRM?

    Pecacai Najib yang membuat rancangan ini tak sedar diri, malahan Najib pun dengan dungunya mempercayai dan merestui rancangan jahat ini sedangkan akhirnya akan memalukan diri Najib juga.

    Pada ketika ini, jika Najib benar-benar sayangkan UMNO, maka Najib perlu letak jawatan sahajalah, itu sahaja jalan keluar yang ada. Ini kerana dengan perangai degil tetapi dungu Najib ini, kalau dia masih nak bertahan di kerusi Presiden UMNO dan jawatan Perdana Menteri, maka lebih banyak kehancuran kepada UMNO dan Barisan Nasional akan berlaku. Dengan cara pentadbiran bodoh, bebal lagi dungu yang dibuat oleh Najib ini hanya seperti memberikan 'pistol dan peluru' serta 'pisau' kepada puak pembangkang untuk 'membunuh' UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU 14 kelak. Oleh itu jika Najib sayangkan parti, letaklah jawatan, tak guna jika bebal tetapi nak terus berlagak pandai, walaupun kau belajar di UK, di Melvern College, tempat anak-anak orang kaya belajar, tetapi dalam seni berpolitik dan pentadbiran, kau gagal dan kau menjadi liabilitik kepada UMNO dan Barisan Nasional sahajalah.

    ReplyDelete
  8. Bukan kah shahidan juga berkeras untuk halang tun Mahathir UNTUK menduduki kurusi perwakilan umno kubang pasu pada zaman Tun ABDULLAH ..

    TUN MAHATHIR... manusia luar biasa kerna beliau hanya takut dan taat Perintah ALLAH Sahaja..BERSIH CEKAP AMANAH, Kepimpinan melalui tauladan,Penerapan nilai nilai keislaman,TRADISI MEMBELA RAKYAT,SEMARAK, RRJP1,RRJP2
    Wawasan 2020

    Kelemahan tun mahathir kerana silap memikirkan hala tuju TIMBALAN NYA..

    Menegur Kepimpinan UMNO menjadi dosa Dalam perjuangan
    Demi MALAYSIA NEGARA KU
    Bersalam lah semula

    Salam

    ReplyDelete
  9. 1. Terima kasih para pembahas.

    2. Dr Mahathir tulis surat dan jumpa Mohd Najib untuk beri nasihat dan pandangan di belakang tabir.

    3. Daim lagi banyak tulis surat kepada Mohd Najib dan sekali sekala berjumpa PM. Surat adalah bukti, kata Daim.

    4. Dr M beritahu audiens, sebelum jadi PM, Mohd Najib dengar bila dia cakap. Lepas Mohd Najib jadi PM, Dr M pula kena dengar "lecture" dia. Tapi apabila Dr M dedahkan kepincangan 1MBD dalam pertemuan bulan lalu, wajah Mohd Najib khabarnya pucat kesing.

    5. Dr M dan Daim kata, kadang-kadang PM/PMO tak "acknowledge" pun sama ada terima atau tidak surat mereka.

    6. Jelas sangat menteri Mohd Najib tak boleh ditegur atau dibangkang termasuk menteri senator -- macam bos mereka juga.

    7. Kecuali Shahidan tak siapa dalam kabinet Mohd Najib berani jumpa dan minum teh dengan blogger yang tak ampu PM.

    8. Kepada pembahas yang mendakwa ada isteri orang kenamaan mengamalkan perbuatan syirik, saya tidak dapat siarkan komen tuan kerana ada unsur fitnah.

    9. Doa dan harapan kita, siapa yang makan cabai akan rasa pedasnya dan bertaubat.

    Wallahuaklam.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Rawa Lanun-Bahasa11:26 AM

    Pak Kadir
    Salam Hormat


    Memang betul 'the buck stop with the PM'; tetapi siapakah dia dan mereka yang memberi nasihat dalam merumuskan pelan tindakan ekonomi serta bajet negara?

    Kalau pun ada yang mengganti Pekan di MoF bagaimana dengan the board of advisors?

    Apa cerita sebenarnya? Dan mahu juga kita tanya tentang kemajuan negeri Kedah Darul Aman. Kenapa mahu ada Airport baru?

    Salam Hormat

    ReplyDelete
  11. berasiam11:43 AM

    Salam DAKJ
    Teringat senario waktu Pak Lah jadi PM, rumah terbuka Aidil Fitri Tun M di Seri Kembangan pun orang takut nak hadir. Rais Yatim antara menteri yang kelihatan masa tu. Rakan taulan Mukhriz pun ada yang tak berani tunjuk muka takut dicop dek Khairy. La ni Shahidan pulak nak jadi pendamai kononnya. Apa yang nak didamaikan tu.

    ReplyDelete
  12. Sekiranya benar bagai dikata, Shahidan Kassim berhasrat untuk menjadi orang tengah antara Tun Dr Mahathir dengan DS Najib berkaitan dengan pertembungan idea dan sikap dalam urus tadbir negara saya rasa usaha itu amat baik. Sila rujuk al quran surah al hujurat ayat 9 dan 10. Pada masa sama baca juga ayat 11 dan 12. Wassalam. TK.

    ReplyDelete
  13. dato kj, saya bersetuju fitnah tidak harus d layan.tapi apa kata kenyataan2 yg d buat bolih d bukti? ia nya bukan menjadi fitnah lagi kan? saja nak sakat dato !

    ReplyDelete
  14. K-Dean12:31 PM

    Pak Kadir
    Salam Hormat

    Apakah harus panik?

    Kita akur isu pengurusan 1MDB agenda penting; tetapi apatah harus Emergency General Meeting UMNO perlu diadakan dalam masa terdekat ini dan adakah UMNO Kedah berani mengesyorkannya? Atau UMNO Bahagian Gua Musang sekiranya tiada Bahagian yang berani atau mereka ramai-ramai setuju DrMahathir buat bising tak bersebab.

    Adakah PRU14 masih jauh dan ini semua bak 'storm in a tea cup'?

    Heran, saya mula tidak suka dengan cara Mahathir Mohamad; sekiranya benar bagaimana mahu 'wind-up' 1MDB dan atasi TPPA?
    Dengan mereka yang sama menasihati kerajaan BN? Ya saya mula bosan dengan Mahathir Mohamad. Ingatkan dia jauh pandangan.

    Apakah berani panggil EGM?

    ReplyDelete
  15. Salam Dato,

    Sebenarnya kemelut pertelagahan yang sedang hangat berlaku sekarang adalah diantara puak2 yang telah kayaraya dengan puak2 yang baru nak kaya.

    Yang miskin adalah orang2 Melayu yang saban hari membaca blog2 politik seperti The Scribe. Rata2 mereka yang masih menaruh harapan perubahan ajaib akan berlaku. (bagi saya tak mungkin ianya akan berlaku)

    Walau apa jua perubahan terjadi keatas pucuk pimpinan, orang2 Melayu akan tetap miskin dan masih jauh ketinggalan didalam semua bidang.

    Inilah akibatnya apabila sikaya terlalu senang untuk menjadi kaya.

    ReplyDelete
  16. Mentality shahidan sama saja dgn pembodek Najib. Mereka melihat apa yg berlaku sebagai 'pergaduhan peribadi'. Ini adalah mentality melayu totok yg melihat segala2nya sbg berkenaan dgn orang itu dan orang ini. (Small minds talk about people, remember?). Sedangkan isu di sini ialah 'hala tuju dan ekonomi negara' bukan masalah 'Tun M marah Najib'. Selagi isu itu tidak ditangani apa yg nak didamaikan?

    ReplyDelete
  17. Joe Black4:26 PM

    Dato'

    Dengan Pengistiharan Shahidan sebagai Pendamai dengan tidak sengaja beliau mengesahkan bahawa Pihak Najib ada mempunyai Rasa Ketegangan yang sudah tidak lagi dapat ditahan olih mereka terhadap Tun Dr M.

    ReplyDelete
  18. Mangsa Banjir6:45 PM

    Dato',
    Tawaran DS Shahidan Kassim untuk menjadi pendamai perkelahian antara dua gajah (tua dan muda) merupakan sesuatu yang murni. DSSK tak rugi apa-apa jika ia gagal, jika berjaya ia merupakan batu loncatan untuk dirinya dalam UMNO setelah disingkirkan dari jawatan MB suatu ketika dulu.
    Punca TDM menarik sokongan terhadap Najib bukan disebabkan 1MDB puncanya. Ia bermula dari pertandingan Mukhriz yang mulanya bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dan gagal di tangan KJ dan kali kedua bertanding Naib Presiden UMNO dan gagal di tangan tiga NP yang sedia ada. Kenapa Mukriz gagal? Kedua-dua kali cubaan nya tidak mendapat restu Presiden dan Timbalan Presiden pada pertandingan di adakan. siapakah timbalan presiden sewaktu Mukhriz bertanding jawatan KP dan siapa menjadi Presiden sewatu beliau bertanding jawatan NP? Jawapan nya ialah Najib.
    Walaupun sudah hampir mendapatkan kerusi Naib presiden, MM gagal apabila terdapat "arahan" kepada ketua bahagian supaya MM tidak terpilih dan membolehkan HH memintas MM disaat akhir.
    Arahan sedemikian membuatkan TDM semakin jauh hati dan hanya mencari salah Najib untuk memaksa beliau turun walaupun prestasi Najib tidaklah seteruk mana pun.
    Mungkin sekiranya MM menang kerusi NP UMNO pada waktu itu, serangan akan dikurangkan tetapi akan di perhebatkan apabila Pemilihan UMNO menghampiri tarikhnya.
    TDM bermain yoyo atau layang-layang apabila mengendur dan menegangan serangan mengikut rentak semasa. Mungkin serangan ini akan berhenti apabila beliau melihat MM menjadi Presiden UMNO dan kita tidak tahu bila.
    Mampukah DSSK cuba mendamaikan mereka? Apa yang saya mampu ramalkan.. serangan mungkin mengendur seketika sebelum serangan lebih hebat di lancarkan selagi Najib bercita-cita utk terus bertakhta..
    Wallahualam..

    Mangsa Banjir.

    ReplyDelete
  19. 1. Dalam komen saya di atas, saya, antara lain, berkata: "Jelas sangat menteri Mohd Najib tak boleh ditegur atau dibangkang termasuk menteri senator -- macam bos mereka juga."

    2. Alhamdulillah, seorang menteri ekonomi hari ini menjawab SMS saya sebaik saja beliau pulang dari luar negara.

    3. Saya memohon pengesahan daripada beliau mengenai hutang 1MDB daripada bank-bank tempatan.

    4. Beliau berjanji akan cuba membantu tertakluk kepada BAFIA dan rahsia perbankan.

    5. Sementara itu, angin kencang lagi panas sedang bertiup kononnya "heads will roll" akibat kemunculan watak-watak pembangkang di media arus perdana milik Umno bagi mengutuk (Tun) Daim.

    6. Kalau betul, harap jengan watak media saja yang dipancung. Yang menjadi puppet master dan fire starter dari luar media pun wajib dihukum juga.

    Wallahuaklam.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  20. 1. Another peek into Pandora's Box.

    2. Dr Mahathir’s fear about the effect of 1MDB’s massive debt is shared by many.

    3. Bank Negara Governor, (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz, may not be able to say much about the issue, but her concern is clear.

    4. Today she was reported as saying that Bank Negara would not allow any "systemic" effect from an individual company to impact the country's economy.

    "We will never comment on an individual entity, but we have arrangements to deal with it so that no individual entity will have a systemic implication on the overall financial system of our economy.

    "That is the basic principle," she said when speaking about 1Malaysia Development Bhd’s (1MDB) huge outstanding debts.

    Zeti was speaking to reporters today in Putrajaya after a signing ceremony between the federal government and the World Bank Group to open a World Bank Group Office in Kuala Lumpur.

    Asked on the investments brought back from the segregated portfolio company (SPC) registered in the Cayman Islands, she reiterated: "We do not comment on the individuals."

    "In the case of any extension being provided, that's is not by Bank Negara, it is from the lenders, who are the commercial banks, they made those decision," she added.

    Wallahuaklam.

    Thank you.

    ReplyDelete
  21. Salam Dato.

    Nmpak mcm...Umno masih tak sedar2 dan tak faham2 tentang isu yg sebenar...hingga Shahidan pula menawar diri sbgai 'Pendamai'.

    Atau ...mereka sedar tapi buat2 tak sedar.

    Sy tertanya2 pd diri sendiri..."apa perperangan yg telah terjadi...hingga ada yg nak mendamaikan ? ".

    Nmpak mcm konsep 'Damai' sudah disalah guna pula.

    Isu di sini....1 pihak telah ditegur...dan pihak menegur pula memang berhak menegur.....seperti semua ahli2 parti dan rakyat yg majoriti.

    Tetapi pihak yg ditegur pula kelihatan defensif... berdesing...naik angin..dan bertindak dgn melulu dan hendak 'berperang'.

    Umum pun tahu kualiti kerja org yg ditegur....lemah dan mengecewakan.
    semua data tentang kelemahan prestasi beliau jelas terpampang...bukan dibuat2...sudah terbukti dgn rekod kerja yg sudah lebih 6 tahun bukan 6 bulan.

    Apa perlu Shahidan nak jadi pendamai atau org tengah pula?
    Ini...tidak menolong...malah suatu jerja yg buang masa sahaja.

    Jika pihak yg kena tegur tersa bahang panasnya....undur diri sahaja.

    Itu jln sebaiknya....bukan merumit tambah apa yg telah kusut.

    Lebih baik Mahathir dan Daim bertanya atau berkata pd Shahidan;
    "Apa sebenarnya yg dia mahu atau apa yg Najib mahu ?".....

    "Atau lebih baik lagi kalau Shahidan dan pengampu2 dlm Umno verjumpa Najib dan berbisik ketelinga dia...bahawa Mahathir..Daim..Tan Sri Rashid...Ngo2...Bloggers2...Rakyat ramai....memang betul dan tidak boleh menerima dia lagi dan mahu dia melepas jawatan sahaja."

    Ini yg sepatutnya...bukan menjadi 'badut' untuk menegak benang yg basah....buat pihak Najib.

    Veteran Umno seperti Mahathir dan Daim memang layak menegur.

    Tetapi seperti yg Dato...kata diatas...Najib tidak suja ditegur..

    Dia yg isu disini....bukan Mahathir atau Daim...atau rakyat.

    Tidak perlu menjadi pendamai pd perperangan yg tidak wujud....cuma kerana pihak yg ditegur tidak suka ditegur...dan keras kepala...serta penting diri.

    Lebih baik jika Shahidan menolong Najib mendamaikan diri dia dan berhenti sahaja....dan menyuruh bloggers2 bangang Umno...dan Pengampu2 Media dia 'stand down'.

    Itu lebih afdal lagi.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  22. Aslkum DAKJ

    1. Shahidan Kassim ni bukan calang2 orang. Beliau masih survive sejak tahun 1980an. Kalau memang niat beliau bagus ingin mendanaikan dua orang manusia apa salahnya.

    Yang paling penting Shahidan kena bentang kepada pemimpin, dalam kes ni Najib kenapa rakyat, dalam kes ni TDM, TDZ dll terus tak puas hati. Pemimpin baik patut mendengar keluhan rakyat.

    Dan dalam proses perdamaian ini jangan ada compromi dgn cara menghadiahkan projek atau harta rakyat agar menutup mulut org tertentu.

    Najib pun dah hampir 6 tahun jadi PM. Rasanya kalau 6 kali bawa balik report card markah gagal maka sebagai syarat perdamaian maka wajib Najib turun dan diganti oleh timbalan beliau.

    2. Untuk jangka pendek rakyat Malaysia sangat bernasib baik kerana Allah panjang kan umur dan kesihatan TDM serta beri beliau keberanian untuk menegur Najib.

    Cuma kalau dulu TDM tak langgar macam2 peruntukan perlembagaan negara, tak buat macam2 undang2 zalim dan tak ceroboh kebebasan badan kehakiman maka siapa juga PM selepas beliau tidaklah berlagak samseng atau diktator.

    Atau kalau dulu TDM sempat terapkan sistem check n balance antara kuasa presiden dan kuasa ahli UMNO agar lebih senang ahli UMNO memaksa presiden diturun tahtakan dll.

    Saya sangat sedih dan simpati dengan lebih 3 juta ahli UMNO. Dimana kuasa orang2 ni bila berhadapan dgn presiden atau ahli MKT UMNO yg bermasaalah? Tidakkah mereka sedar mereka sering dibuli oleh pemimpin mereka.

    3. Najib bukan lembik macam Pak Lah. Pada saya Najib dan gengnya lebih brutal dan decisive. Lihat saja cara beliau menurunkan org2 hebat yg berjasa dari Petronas sebaik saja beliau jadi PM. Dan lihat juga apa yg telah beliau lakukan terhadap kuasa Melayu dalam pentadbiran awam dengan membawa masuk punahsihat dgn gaji besar dari luar.

    Selamat berjaya Shahidan.

    Kalau itu baik untuk Melayu dan Islam.

    ReplyDelete
  23. Salam Kadir, I did not read the comments by other debaters due lack of time.
    My personel opinion is as follows:
    1.Presuming the feud did really happen
    do you think the Malays are that strong to face the challenges from various batallion of enemies.

    2.What are you try to do like what the malay proverb "gong pecah,Yu kenyang"Who are in that gong...conservative malays, liberal malays.Plural Malays, theocraticc Malays. What is their status after the Malacca sultanate were defeated by not more than 5 ships.450 years we were colonised and we lose the soverignity of this nation. Luckily Allah keep Islam among us.

    3.What happen whwn the British signed Pangkor Agreement when the sultans dispute among themselves. Not only the wealth of the country were taken away but the most deepening problem, they bring The foreigner to enjoy citizenships and economics dominant in this country until today.Yet we talk as if we are the greatest and smartest.Luckily the hew economic policy is launched and the Malays are able to administer the country again. Oyherwise you are a liability,not only you don't have the skill to operate modern management in public and private sector but worstly you are inherently poor. Look at the book "The colour of Inequality" and the research by Khazanah holding.

    4.Remember our so call great leaders,you are nothing without we Malays who give you the legitimacy. We dont mind eat nasi lemak ikan bilis while you guys eat steak and caviar.
    5.Stop it before it is too late. What ever thake to settle the mirage of dispute lets do it fast. We do not have time for the next general elaction.

    ReplyDelete
  24. Rawa Lanun-Bahasa12:13 PM

    Pak kadir,
    Salam Hormat

    Perkara Mahathir dan Daim rajin tegur cara Mohd Najib memimpin sudah jadi berita dari tahun lepas:


    Mahathir Wing of UMNO Turns The Screws on Najib
    Written by Our Correspondent
    MON,20 JANUARY 2014
    ( http://www.asiasentinel.com/politics/mahathir-wing-umno-najib/ )

    Anda kata:
    6. Jelas sangat menteri Mohd Najib tak boleh ditegur atau dibangkang termasuk menteri senator -- macam bos mereka juga.


    Nah, kalau Mahathir Mohamad tidak puas hati minta kerjasama UMNO Kedah; bagaimana pula dengan Menteri Besar Kedah - kenapa tidak mahu panggil EGM diadakan?

    Harap Pak Kadir tolong tanya sama Mahathir Mohamad dan Daim:

    Apakah UMNO dan BN akan tumbang sekiranya Najib masih PM bila PRU14 diadakan? Siapakah yang boleh kata dengan pasti tentulah dia dah lama komen bajet 2015 semasa dibentangkan mesti dah hentanmnya. Berapa ramai yang puashati dengan PKR sekarang?

    Hal TPPA orang Jeli yang sedang berusaha; 1MDB budak Malaysia suruhan pak arab Abu Dhabi KENA tunjuk mahir main bursa Wall Street.

    Kalau tak puas juga dengan Najib panggil EGM, Mahathir.


    UMNO bukan Mahathir Mohamad yang punya woi!

    Salam Hormat.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum wbt. pak Kadir..

    Semasa TDM. ambil alih UMNO, dia terus memacu kehadapan tanpa menoleh kebelakang,bak kata pepatah "Membujur lalu melintang patah" sehinggakan UMNO pernah dibatalkan oleh kerana ulahnya yang tidak mahu berkompromi.

    Sekarang giliran PM Najib, berilah dia ruang untuk mencorakkan. Pada saya setiap PM ada hala tujunya untuk memajukan Malaysia yang PM sendiri sayangi.. saya yakin PM juga sayangkan Malaysia sama, malah mungkin lebih dari pak Kadir atau TDM sendiri bayangkan..

    Jadilah tangan yang memberi, bukan tangan yang merosakkan..wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. sdra Azman.

      Sudah lebih 6 tahun dia diberi peluang.

      Lagi teruk adalah.

      Kalau dibiar smpai GE14...Umno nanti tinggal nama sahaja....dikerjakan dia.

      Terima kasih

      Delete
  26. nor ishak ismail4:36 PM

    Atas alasan apapun Chedet hanya menegur PM Najib tentang aliran tunai negara dan perhubungan politik antarabangsa. Malangnya PM Najib tidak mengambil indah malahan memperlekehkan teguran Chedet. Perkara ini tidak memerlukan perdamaiaan [sebab tiada perangnya], yang diperlukan adalah kompromi, PM Najib perlu telus atau sekurang-kurangnya tunjukkan hormat pada seorang legen spt Chedet.

    Kehadiran Shahidan sebagai pendamai mengingatkan saya pada watak seorang lagi lagenda Melayu iaitu Pak Pandir. Pernah satu hari Pak Pandir memakan kueh Cucor Badak dan dengan seriusnya bertanya mana badaknya..? Selepas makan kueh Pak Pandir minta order air dan bertanyakan beza harga air teh panas (murah) dengan teh ais (mahal). Sejurus Pak Pandir terima sahaja teh panas yang order tadi, beliau terus meminumnya.Rakan disebelahnya lalu bertanya mengapa beliau terus meminum air yang panas itu, maka dengan lagak "pandai" Pak Pandir berkata"nanti bila teh ini sejuk tentulah harganya lebih mahal lagi".

    ReplyDelete
  27. Salam Dato

    Kata sdra Rawa Lanun - Bahasa :
    "UMNO bukan Mahathir Mohamad yg punya woi!".

    Sy tidak fikir Mahathir berfikiran begitu...tetapi Najib mungkin berfikiran begitu....sebab isu disini...bukan saja Mahathir yg mengkritik....tetapi...Daim...Tan Sri Rashid...Zam...Dato Kadir...Perkasa..Isma...Ngo2 dan ramai pembahas2 dan org2 Melayu yg telah mengkritik dan tidak lagi berkeyakinan dgn pemerintahan dia.

    Isu disini Najib.... bukan Mahathir atau Daim atau ahli2 Umno yg lain.

    Isu disini adalah Najib...dia yg lemah... memandai2 seakan 2 Umno dia yg punya...dan membahayakan bangsa dan ugama.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  28. Rawa Lanun-Bahasa6:47 PM

    Heran kita Presiden UMNO boleh buat memandai seolah tak ada majlis tertinggi. Maaf kita kena tanya kalau kita baca Perlembagaan UMNO kita faham atau tidak; atau ini partai kembar siam MIC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...seperti kata sdra.

      Maaf berkata....sdra baru dpt melihat...sedikit sebanyak Oarti diselia dan dikawal ketat oleh presiden.....memang kembar MIC pun..cuma tidak baling kerusi dlm meeting sahaja.

      Siapa lawan kena pancung....INI YG KITA PERKATAKAN SEKIAN LAMA...ini yg Dato Kadir dan Zam dan bloggers dan pembahas dan Melayu ramai berkata.

      Parti yg didokong oleh 'Warlord'...lihat saja bila Khairuddin bersuara dan report polis...rumah dia dilelong....bila Daim bersuara....Macc dipaksa bertindak.....ini jadi nya....semua nak dilondeh oleh pengampu presiden...Zam pun dah 'give-up'.

      Terima kasih.

      Delete
    2. Rawa Lanun-Bahasa5:45 PM

      Alhamdulilah bilanya saya baru dapat lihat; dan lagi banyaklah untungnya bila kita mengerti ungkapan "Fortune favors the brave" dan juga "Fortune favors he who is prepared".

      Sdr Ghab dalam coretnya timbul perkara hawa nafsu tamak. Bagaimana mahu terus aman jiwa dalam dunia yang semakin ramai penduduknya.

      Apakah yang boleh diharapkan bila Najib tidak lagi jadi PM?

      Yang anehnya dulu al-qaedah sekarang sudah ada daesh atau isis dan dunia barat mentafsirkan erti Islam sebenar manakala di negara kita riba masih raja sambil kita megah kita muslim wasatiyah.

      Qad aflahal-mulminun saya baca dalam kitab.

      Pastinya Pak Kadir songel sebab lagi-lagi Rawa ini melanunbahasa.

      Salam teramat takzim, Dato A Kadir Jasin dan terima kasih. Pekan lawannya Sembrong saja

      Delete
  29. Betul....Majis Tertinggi pun...kelu dan bisu...majoriti 'Yes Men' belaka.

    Survival diri lebih penting dari parti...termasuk Pemuda dan Puteri.

    Ini kenyataan.

    ReplyDelete
  30. Mangsa Banjir9:30 PM

    Dato,'
    Dalam berita hari ini terdapat 300,000 orang diistiharkan muflis dan kebanyakkan dari mereka berumur bawah 30 tahun. Mungkin tahun depan ianya berlipat kali ganda jumlahnya sekiranya tiada usaha kerajaan Najib untuk mengekang gejala berhutang diluar kemampuan. Hutang negara RM 600 billion secara kasar belum lagi dimasukkan segala jenis hutang dari GLC atau 1MDB.
    Najib pandai berbelanja boros dan kesannya akan diterima oleh rakyat apabila bermacam jenis cukai di wujudkan.
    Harga kediaman mampu tengok tapi tak mampu milik adalah serendah ratusan ribu dan kadar faedah yang dikenakan amat tinggi oleh bank saudagar. Jangkamasa pinjaman pula hingga 30-40 tahun. Sama ada pinjaman islamik ker atau konvensional ker, semuanya mencekik dan menyembelih pembeli.
    Tiada usaha oleh pihak Najib untuk menurunkan harga hartanah ataupun kadar faedah bank. Pemaju pula ada yang lari bila mendapat pembayaran dari bank setelah 70% rumah siap. Sesetengah pemaju boleh tutup syarikat yang bermasaalah dan buka syarikat lain untuk buka penipuan yang lain.Tiada tindakan keatas pemaju bila mereka lari, yang menanggung sengsara ialah pembeli apabila bank mengejar mereka setiap masa dan akhirnya bila dah tak terbayar diistiharkan muflis.
    Pernahkah kerajaan mencari inisiatif untuk mengurangkan atau selesaikan masalah golongan tersebut. Menuding jari dengan menyalahkan mereka kerna berhutang tidak akan selesai punca mereka berhutang, apa penasihat Najib buat utk selesaikan masalah mereka-mereka ini? Membawa masuk pekerja asing secara borong sedangkan masih ramai rakyat yang menganggur, jangan salahkan mereka kerana tidak mahu bekerja kerana majikan tidak mahu menggaji mereka kerana lebih mudah menipu rakyat asing dari pekerja tempatan terutama PATI.
    Dah 6 tahun Najib jadi PM tetapi apa sumbangan atau jasa nya yang boleh kita kenang kalau beliau dah turun?
    Hutang yang hampir mencecah triliion ringgit jawapannya. Najib Bapa Pemboros. Atau mungkin lebi sesuai Najib The Butcher.

    Mangsa Banjir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aslkum DAKJ

      Syabas sdr Mangsa Banjir kerana memperincikan kehebatan pentadbiran Najib dan UMNO dalam menjahanamkan masa depan anak cucu terutama org Melayu.

      Delete
  31. Joe Black8:02 AM

    Dato'

    Amat Tepat Dato menggangap Shahidan sebagai Don Quixote...

    Don Quixote Tidur seberapa Lama sehingga baju besi beliau berkarat. Shahidan juga dikejut dari tidur olih Najib untuk menjadi menteri..

    Bolih diCap sebagai Menteri Tak tahu Punca Akal...Kerja dia membantu Rosmah dari diserang Windmill.

    ReplyDelete
  32. Led Zeppelin10:06 AM

    To safiai saad,

    From the name I assume you are Malay.Budi bahasa is our custom especially towards the elders."Salam kadir"is inappropriate usage to greet him considering the status of Dato Kadir and his age.At least show some decency by adressing him the way we Malays are taught.

    Judging from your command of English,you must be the product of our failed education system and the so called "Y"Gen.It really get into my nerves,when the young people do not know the meaning of "adap sopan".

    Thank You.

    ReplyDelete
  33. Saya sangat2 bersetuju dengan komen sdr Lahuma. Cuma bagi saya bukan di antara tetapi hampir kesemuanya anggota2 MT UMNO, EXCO Pemuda, wanita, puteri dan putera adalah jaguh2 pemain selamat.

    Oleh sebab itulah keadaan negara kita jadi macam sekarang. Mereka semuanya hanya tahu kata ya sahaja apa yg Najib kata samaada betul atau salah.

    Tetapi untuk menyalahkan Najib sahaja mungkin salah kerana beliau hanya mewarisi apa yg ditinggalkan oleh pemimpin2 terdahulu. Jadi pemimpin yg patut dipertanggung jawabkan iala tak lain tak bukan ialah Mahathir sendiri.

    ReplyDelete
  34. Rome was not built in a day:

    I would like to briefly retrieve and in response to the notion of "transparency in good governance". A "crabby" thought to pounder to start with.

    The fact is, demand for maximum transparency of good governance do not endure that business under financial capitalism is UGLY. Apparently, politics is dirty and no politician wants to omit it too.

    However, this contravention is deemed for scrutinization referring to the one who held the financial offices.

    Who are the crooked masters with great intelligence who masterminded and manipulated to hack into the complex financial institutions?

    They, with motive, holding an executive talent and power are liable to do so. A craving desire for financial benefit is the driven motivation, a desire to directly undertake con assignments, practically resetting and reconstructing the financial transaction for their own good and purpose.

    This indulgent practices occurs in all business enterprises and public services. It has become an integral part of the financial capitalism.Those windows of decision have been mended NOT for making correct decision, but at their best decision to score for financial gains. They are in minded for capital accumulation for financial profit while sitting in the position of power. A compelling principal is guarded for their survival (so-called the economic growth) of greeds otherwise assumed or at least in principle.

    A fact, abide an irony of greeds have a spiral, thus cropping effects in their leadership inclusively to take its cause since the privatization policy was introduced.

    This strongly explains about how likelihood practice of good governance, accountability, transparency and follow the rule of law are bunches of illusionary ethics.

    More than that, they bear the indifference not to let other participate in their financial decision making. They refrain the calls for transparency in good governance. In view, are they really responsible to the stakeholders and the institutions? An unprecedented crafty notion is portrayed. And the rest of the business institutions and its transaction followed and adapted,

    It happen, the senders veiled to perceive quality informations, they supposedly to share but kept by their invisible hands. Presumedly, it was their in-house private policy, as defined concurrently to remove all barriers but disallowing transparency.

    As a result, the structure of the financial thus the economic foundation have gone haywires.

    They were called for accountability of corporate leadership but they collectively abstained. The thoughtfulness for compassion is creeping in to represent grossed gesture. The environment of deceit has taken precedence. Proven to be doing schemes sorted for financial fraudulence.

    The other capital factors from inception are incredibly coveted. It has an adjoining linked. The unethical behavior in business sector or in Pubic service, is rampant. Thus, it is unbearable to those who care.

    The spiral maneuvering started when Tun M released his position as the Finance Minister to take charge the house of Money. They were the Ministers who were responsible for the financial action that had caused the financial system to shatter. These financial fraudulences were made easily possible because of the privatization policies then.

    Politically I think, open the old wounds by leadership of financial fascism are in the making.

    ReplyDelete
  35. Aslkum DAKJ

    1. Hebat sungguh idea2 yg lontar oleh sdr Ghab berkaitan pengswastaan, urustadbir kerajaan yg baik dll.

    Tentu lebih bermanafaat jika bahasa Inggeris yg diguna tak terlalu sukar atau lebih baik jika boleh diterjemah ke bahasa Malaysia.

    2. Pengswastaan sebagaimana yg diperkatakan oleh guru2 pengurusan sepatutnya baik untuk rakyat dan negara.

    Sayang di Malaysia penswastaan di ertikan sebagai:

    Harga akan naik bukannya turun

    Tidak ada tender terbuka,

    Pihak kroni mencadang sementara pihak pegawai kerajaan jadi lembu memerah otak untuk mengiya atau merestui keputusan org politik.

    Perjanjian konsesi yg berat sebelah . Jika untung mereka dan ahli politik kenyang dan jika rugi konsessi akan dikembali kpd rakyat.

    OSA akan diguna untuk menghalang rakyat termasuk wakil rakyat dan mahkamah drpd mengetahwi isi perjanjian pengswastaan.

    Layaklsh kalau privatisation di Malaysia selalu digelar piratisation.

    Monopoli berleluasa tanpa mengambil kira kepentingan dan keringat rakyat.

    Kroni yg pandai memanafaatkan hasil pengswastaan nampaknya sedang mengawal ekonomi dan pentadbiran negara. Bukan org Melayu UMNO yg hanya syok sendiri.

    Kesian saya melihat TDM. Semasa beliau hidup lagi kesilapan beliau sedang menghantui dan memalukan diti sendiri.

    ReplyDelete
  36. K-Dean7:38 PM

    Harapnya 1MDB tak terbabit dalam hal Swiss franc naik nilai
    1euro = 0.85Ch

    Ada mutual funds yang rugi besar.

    ReplyDelete