Friday, February 06, 2015

Lawatan Jokowi: Yang Baik Kita Teladani Yang Buruk Kita Jauhi


A Kadir Jasin

LAWATAN Presiden Joko Widodo aka Jokowi ke negara kita sangat penting. Pertalian darah dan sejarah diperkukuh dan teladan dipelajari.

Yang baik dijadikan teladan yang buruk dibuat sempadan.

Presiden Jokowi tandatangani buku pelawat Istana Negera.  
Presiden Jokowi dan isteri, Ibu Iriana. 
Urusan peribadi: Presiden Jokowi dan isteri terbang ekonomi.
Kata Presiden Jokowi: "Saya ini wong ndeso, wong kampung, nggak ngerti golf. Saya bisanya nyangkul. Saya itu tidak bisa main golf. Belum pernah pegang stik golf. Belum pernah lihat dalamnya golf gimana.”

Kata saya, ngak perlu risau Pak Presiden. Apa hebatnya golf?

Ular tedung tidak hilang bisanya kalau menyusur akar. Ular lidi panjatlah pohon paling tinggi tetap tidak berbisa.

Wallahuaklam.



28 comments:

  1. berasiam12:24 PM

    salam DAKJ

    waduh pak! kenapa disebut soal golof sama pak najib. baru sahaja pak najib main golof dengan obama di hawaii. kerananya pak najib teruk dikritik. bapak macam perli pak najib. ngak mungkin pak anwar yang mengaturkannya begitu. pak anwar sedang berdebar berdepan dengan keputusan jaksa agung.

    ReplyDelete
  2. Saya x pernah dgr lg PM kita naik commercial flight untuk urusan peribadi apatah lagi duduk kelas ekonomi mcm pemimpin Indonesia & Singapore. Masalah negara bila PM terlalu bangsawan dan x dpt bezakan urusan rasmi & peribadi.

    ReplyDelete
  3. salam dato kj,

    pd pendapat saya tidak banyak yg akan tercapai ekoran drpd lawatan pres jokowi kali ini selain memenuhi 'convention' diplomasi.
    beliau sedang menghadapi ujian yg amat getir d dlm negeri sekarang terutama nya mengenai kisruh KPK dan POLRI. parti pendokong PDIP dan KIH sudah menunjukan rasa kecewa mereka kerana jokowi d tuduh selalu membelakangkan mereka. salah haribulan jokowi mungkin d singkir drpd kumpulan tersebut.

    dlm keadaan tidak menentu ini saya rasa beliau lebih senang jika berada d dlm negeri.

    pres jokowi amat meghormati tun m. beliau akan melawat proton dan d harapkan tun m akan menyambut beliau.

    saya percaya proton lah yg akan memperolihi munafaat yg paling berharga ekoran drpd lawatan ini.

    kita tunggu dan lihat hasil nya.

    ReplyDelete
  4. Bila tahu penderitaan rakyat nya :-

    1. Soal Hukum(sebutan Indon) , keselamatan rakyat (tentu saja demi melayu Indonesia- mereka tak sebut melayu kerana bangsa Indonesia mewakili semua nya) kewibawaan dan kedaulatan negara nya, menjadi keutamaan dalam pemerintahan Jokowi - itu yang beliau tegaskan. Beliau juga menghadapi tekanan dan perbalahan dengan parti-parti lain. Cuma tidak di sensasikan.

    2. Seperti Malaysia sudah lakukan era DEB, kini Jokowi menyediakan pelan pertanian, kesihatan dan memperbaiki khidmat supaya golongan kurang bernasib baik bergiat aktif untuk ekonomi mereka dan negara. Jokowi kemaskini dengan pemberian kartu (kad pintar lah..)

    Motto PM Najib berkabajikan untuk rakyat. Juga pilihan Jokowi. Cuma PM Najib tidak suka dangdut kegemaran Jokowi. Golof (sebutan indon) langsung tidak di sentuh Jokowi, tetapi PM kita lebih pro di Hawaii..he..he..

    Betul Tuk. Yang baik kita buat bersama. Jika kedaulatan kedua-dua negara terancam, sama-sama lah berkerjasama. Sejarah Raja-Raja Melayu di sana masih tersimpan rapi. Banyak sekali "keramat" nya (saya tidak merujuk tahyul tetapi ia merujuk kekuatan Melayu silam). Islam itu lebih dulu tersebar di Aceh dengan jumpa nya artifak batu makam yang menyatakan segala-gala nya.

    Semoga Malaysia dan Indonesia menjaga Nusantara. Kita mahu rakyat Indonesia menyebut nama Malaysia senantiasa, bukan nama Singapura yang di banggakan. Buat lah sesuatu.

    ReplyDelete
  5. Pakcik3:43 PM

    Nampaknya bibik bibik dan buruh binaan lebih tau memilih pemimpin...

    ReplyDelete
  6. Aslkum DAKJ.

    1. Sebagai Datuk Bandar Solo sebuah bandar di Jawa Tengah Pulau Jawa, Jokowi lulus cemerlang.

    2. Berdasar rekod cenerlang itu Jokowi berjaya memenangi pula hati rakyat kota Jakarta yg bersarnya berpuluh kali ganda lebih besar dari kota Solo lalu menang pertandingan menjadi Datuk Bandar Jakarta. Belum pun benar2 sempat membuktikan kehebatannya mentadbir Jakarta Jokowi menang pulak dalam pertandingan calon presiden Indonesia.

    3. Jokowi ada 4 tahun membuktikan ketokohannya sebelum berpeluang bertanding buat kali terakhir kerana perlembagaan Indonesia selepas era Suharto tidak membenarkan org yg sama menjadi presiden lebih dari dua penggal. JOKOWI adalah satu2nya individu yg berasal dari keluarga rakyat biasa boleh menjadi presiden Indonesia. Ertinya bekas pekerja binaan boleh berangan jadi presiden Indonesia.

    Kalau di Malaysia ahli UMNO biasanya hanya bermimpi kot nak jadi PM.

    4 Terlalu awal nak memuji Jokowi melangit sebagai presiden. Selepas 100 hari Jokowi dah mula diuji dgn perlantikan calon Ketua polis negara yg telah diistihar tersangka rasuah oleh SPR Indonesia.

    Dan sudah banyak org Islam Indonesia sangat risau gara2 Jokowi dikatakan dikelilingi penjangak bisnis berbangsa Cina dan nampaknya Jokowi juga cenderung membela Kristian.

    Dua kali lima pemimpin UMNO rasa2nya.

    ReplyDelete
  7. Ya bener. .Lebih pintar bibik, om, paman smua pilih pemimpin dari kita. . Ku sangkakan intan permata rupanya malapetaka. ..

    ReplyDelete
  8. Lahuma9:22 PM

    Dato.

    Di Malaysia Gred 54 keatas layak naik kapal terbang kelas busines.Itu lah kelayakan sektor awam kita.
    Bukan semua layak naik kapal terbang.
    Jadi kalau faham Gred 54 keatas layak begitu apa salahnya kalau PM guna seadanya.

    Indonesia bukanlah bagus sangat.Budaya disana yang terlalu liberallah telah masuk keMalaysia.

    Kalau Indonesia bagus sudah tentu ramai rakyat kita menjadi PATI cari makan di sana.

    Apa yang baik dari sana.Terbaru ialah ketegasan Presidennya terhadap penjenayah yang dihukum mati.

    Penganguran lagi teruk disana.Rasuah lebih teruk dari kita.

    Saya nampak tidak lama lagi apa yang di sana sudah pasti ada di Malaysia.

    Lebih bahaya jika Malaysia meniru gaya hidup sosial disana.

    Siapa yang hendak mendahului yang baik kita teladani yang buruk kita jauhi.

    Terima kasih Dato.

    ReplyDelete
  9. Widyana12:58 AM

    salam pak kadiq,

    dalam entri pak kadiq sebelum ni ada sebut tentang Terengganu Inestment Authority (TIA), predecessor kepada 1MDB sekarang.

    Dengarnya TIA dah jadi Terengganu Incorporated sekarang, dimana kesemua anak syarikat kerajaan terengganu diconsolidate kan dalam satu holding company. Duit rm500 m tak hangus, digunakan dengan baik dan teratur.. kerajaan terengganu ada pegangan dlm beberapa public listed companies macam TDM Bhd, EPIC Bhd, Golden Pharos dan Lebujraya Silk..

    ReplyDelete
  10. 1. Pembahas Widyana, antara lain, berkata: "dalam entri pak kadiq sebelum ni ada sebut tentang Terengganu Inestment Authority (TIA), predecessor kepada 1MDB sekarang.

    Dengarnya TIA dah jadi Terengganu Incorporated sekarang...."

    2.Berikut maklumat carian mengenai TIA:-

    (a) The Sunday Star 14 Dec 2008 - KUALA TERENGGANU: The Government has agreed to the setting up the Terengganu Investment Authority, a sovereign wealth fund which will manage oil royalty payments to the state.

    Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the Cabinet had on Wednesday given the nod to the setting up of the authority with a starting fund of RM10bil.

    “The Cabinet will continue to discuss the technical aspects of the setting up the fund at the next meeting,” he said after handing a cheque for RM408.6mil as part of the oil royalty to Terengganu Mentri Besar Datuk Ahmad Said here yesterday.

    The amount is the remainder that the state was supposed to get for the 2007-2008 period.

    The TIA was proposed by Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin as a way to channel part of the oil royalty into a sovereign wealth fund which would be operated by a team of professionals and supervised by foreign bankers and investors.

    Tunku Mizan will be the chairman of the TIA board of advisers while the Mentri Besar will be also represented on the board.

    (b) Wikipedia: 1MDB began as Terengganu Investment Authority (TIA), a sovereign wealth fund aimed at ensuring economic development for the state of Terengganu that is long term and sustainable while safeguarding the economic well-being of the people of Terengganu.

    TIA was established in 2008, and was renamed 1Malaysia Development Berhad on January 2009. In his announcement on July 22, 2009, Prime Minister Najib Razak said the decision to expand TIA into a federal entity was made to enable its benefits to reach a broad spectrum of Malaysians rather than to the residents of only one state.

    3. Kalau benar masih ada TIA di Terengganu dan ianya berjalan lancar, Alhamdulillah. Eloklah pihak berkuasa buat pengesahan dan beri penjelasan lanjut.

    Wallahuaklam.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Salam.. Saya melihat 3 perminpin dan Perdana Menteri .. Saya Masih lagi bepegang dengan logik dan meritocratic bahawa Datuk Seri Najib .. PERDANA MENTERI yang terbaik dan Malaysia bertuah mendapat khidmat YAB Datuk Seri Najib..

    Bagi saya Najib Ada The World Class Prime Minister
    .dia selalu silince is Golden

    Selamat bertugas YAB

    SALAM UNTUK tok dan datin 1&2
    Salam seisi keluarga

    ReplyDelete
  12. Hashimoto11:08 AM

    Salam dato Kj,

    Pak Joko, Main Golof gampang aja. Kaya orang cangkul kebun.

    Nggak apa nggak ngerti main golof, yang penting rakyat senang, tidak pusing.

    Naik pesawat ekonomi, kelas 1, dua-dua pun bisa sampai.

    Sini di Malaysia, anak-anak belajar bicara indonesia sama bibik.

    Pak Kadir, Kapan ya kita bisa dapat PM
    wong kampong?

    ReplyDelete
  13. Sisik najib dgn sisik jokowi tak sama. Awal sgt nak nilai dia. Mcm guan eng mula2 naik dulu.

    ReplyDelete

  14. Salam takzim D. a. k. j.,


    Malas saya nak komen. Tidak membawa arti apa apa pun. Tunggulah sehingga orang Melayu keturunan Hang Tuah sedar dari MIMPI, dan lamunan akibat melanggar ingatan Bendahara Melakan supaya tidak menerima gelaran 'SERIMAHARJA'.

    Orang Melayu masa kini tidak sedar. terutama nya Orang-orang UMNO, bahawa mereka telah dibuang didalam toilet bowl oleh pamimpin yang mereka sanjungi.

    Merewka sangat berpagang kepada falasafah Hang Tuah :"TAK KAN MELYU HILANG DI DUNIA'. Tepapi kerana merekla kesilapan falasafah (pentapsiran) mereka, mereka hampir hampir pupus dari negara mereka sendiri.

    YA ALLAH LINDINGLAH KAMI DARI PEMEMPIN PEMIM[AN KAMI YANG DURJANA. AMIN YA RABBUL ALAMIN !!!

    ReplyDelete
  15. abdullahngah12:33 PM

    joko widodo naik kapal terbang kelas ekonomi atas sebab indonesia sebuah negara miskin.

    Bukan macam Malaysia sebuah negara kaya lubuk buat harta para pemimpin.

    Lebih lebih lagi joko berjiwa rakyat manakala Najib berjiwa bangsawan. kena pakai tiga buah kapal terbang.

    ReplyDelete
  16. Rawa Lanun-Bahasa12:56 PM

    Wah, presiden indonesia pun pandai tahi minyak. Kereta ASEAN - berapa bilion Joko mahu? Pandai jurujual USA si Joko ini jual che det sampai kembang hidung dan pinggul che det.

    Nasib baik baru MOU.

    Salam Hormat

    ReplyDelete
  17. Salam Dato.

    Terlalu awal untuk kita berbicara tentang kehebatan Jokowi sbgai seorg pemimpin negara.

    Masa akan menentukan.

    Tetapi pasti mengharap dan mendoakan yg terbaik untuk beliau.

    Cuma disini....perbandingan dibuat antara Pemimpin No 1 kita dgn beliau dari apa yg mata kita melihat sahaja.

    Jokowi....kelihatan lebih 'down to earth'...lebih santai....dan sanggup naik pesawat ekonomi....dan pernah juga memboceng motosikal dan mengawal trafik bila ada kesesakan jln.

    Pak Lah pun selalu jadi imam bila sembahyang berjemaah.

    Terapi tentang kebolehan memimpin?
    Kita pun tahu jawapannya.

    Tetapi yg nyata pemimpin No 1 kita...berbeda...imej lebih penting...'Stylo'.....tetapi tidak salah...cuma rakyat mungkin sudah jemu dgn cara ini...atau tak peduli lagi dgn imej ketua...sebab sibuk dgn kesusahan dan keperitan hidup yg berikan.

    Tetapi bila dah 'over' sangat dan jika hak kerajaan 'GI'...diguna untuk kerja2 peribadi oleh ketua.....rakyat pun 'blow' dan tentu sekali marah.

    Ini reaksi semula jadi.

    Siapa tidak marah bila mulut kata lain...perbuatan lain pula.

    Sy masih ingat...bila ada seorg Presiden Majlis Perbandaran...terpaksa bersara awal bila mengguna hak kerajaan untuk kerja2 mengangkut air kerumah dia bila ada 'krisis air'.

    Menguna hak kerajaan untuk kerja peribadi tetap salah...tak payah dihuraikan lagi...lebih2 lagi bila ketua melakukannya.

    Bak kata org...kalau RM1 pun 'balun'...RM1,000 lebih lagi lah.

    Ini perkara integriti....perkara amanah.

    Dulu pun kita ada slogan.

    'Bersih..Cekap dan Amanah'

    Adakah kerana Jokowi kelihatan biasa...imej yg biasa......dan imej itu disenangi rakyat.

    Dan kita juga mahu pemimpin kita berimej begitu?

    Harapan ini...tidak adil.

    Ini suatu yg mustahil...dan susah terjadi..kerana Pemimpin No 1 kita berlainan latar belakang nya.

    Dia dilahir dari keluarga 'bangsawan' dan tidak pernah hidup susah.

    Dari kecil hingga kesaat ini...semua kerja dibuat org untuk dia.

    Dia org senang dan mungkin tidak begitu faham konsep susah dan nengharap dia berubah dan menjadi seperti Jokowi......memang suatu harapan yg mustahil....
    seperti 'menunggu kucing bertanduk'.

    Lupakan saja.

    Cuma mungkin kita mahu dia lebih menjiwai rakyat dan faham serta betul2 sedar bahawa apa yg dia lakukan mempunyai kesan yg besar pd rakyat.

    Sebabnya juga...kerana dia kini kelihatan didunia yg berlainan dan tidak didunia yg sama...yg didiami rakyat.

    Ini masalahnya.

    Dan ini yg dia TIDAK TAHU....ATAU BUAT2 TIDAK TAHU.

    Tetapi....salah siapa?

    Bukankah....kita Melayu dari Umno yg memilih dia?

    Ertikata....KITA TELAH MELAKUKAN SATU KESILAPAN YG BESAR.

    Jadi kita juga yg mesti betulkan.

    Dan kita tahu dia tidak mungkin berubah malah kini kelihatan memperkukuhkan lagi kedudukan.

    Tetapi nembandingkan dia dgn Jokowi tidak menolong apa2.

    Yg penting sekali...rakyat ramai kini dlm gundah gulana dan dlm kekemasan...BRIM pun tidak akan menolong lagi.

    Sudah lebih 6 tahun memimpin...Itu rekod nya....mana mungkin boleh berubah.....berubah kelagi teruk mungkin.

    Terima kasih


    ReplyDelete
  18. 1. Para pembahas dihormati. Apa salahnya kita berbincang mengenai Jokowi? Apa yang terlalu awalnya?

    2. Bukankah beliau berjaya, setidak-tidaknya mempamerkan imej bersih, tekun dan sederhana, maka diundi sebagai Datuk Bandar Solo dan kemudian sebagai Datuk Bandar Jakarta?

    3. Hatta walaupun beliau bukan ketua parti dan bukan dari golongan elit politil namun diundi pula sebagai Presiden Indonesia.

    4. Dalam konteks rencana ini, saya bercakap mengenai kebiasaan (ordinariness) Jokowi - yang lebih senang "nyangkul" daripada main golof, naik kelas ekonomi pewasat komersial atas urusan peribadi dan punyai isteri yang tidak jadi buah mulut massa.

    5. Sebusuk-busuk Indonesia, demokrasinya praktikal dan negara raksasa yang mengandungi 3,000 pulau tidak pecah-belah dan kacau-bilau.

    6. Kita patut berasa malu dan jangan terlalu meninggi diri dengan pencapaian kita yang semakin menurun.

    Wallahuaklam.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum wbt. pak Kadir.

    Pokoknya lawatan itu membawa hasil kepada kedua dua negara yang berdaulat ini.

    Pak Presiden yang ini begitu berbeza kerana dia bukanlah dari golongan bangsawan, malah ia mencipta namanya dikalangan rakyat marhain, maka ia telah terbiasa dengan melunaskan tugasnya dengan biasa biasa sahaja.(sepontan).

    Menjadi bapak Presiden adalah lambang kebangaan Negara Indonesia, haruslah dia berkelakuan seperti bapak Presiden yang dihormati oleh negara luar juga bukan hanya untuk negara Indonesia sahaja.

    ReplyDelete
  20. Tulisan datuk ni sangat jahatnya. M.. heeee

    ReplyDelete
  21. 1. Mohon maaf. Pembetulan. Presiden Jokowi sebelumnya adalah Datuk Bandar (Mayor) Surakarta dan Gabenor Jakarta.

    2. Di kalangan PM Malaysia hanya Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah bukan daripada kelas bangsawan.

    3. Tapi bukan semua PM bangsawan elitis. Tunku amat berjiwa rakyat. Kerap berada di padang bersama rakyat. Begitu juga Tun Abdul Razak - anak bangsawan yang dibesarkan sebagai budak kampung.

    4. Sekarang kita ada satu kelas baru - pseudo bangsawan (bangsawan celup). Kelas ini lagi teruk kepura-puraanya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  22. joe black7:52 PM

    Dato'

    Pseudo Bangsawan?

    Saperti Teouku bertukar Jadi Tengku...

    ReplyDelete
  23. Salam Dato.

    Sy setuju dgn huraian Dato
    Adalah tidak salah...malah baik sekali bila kita berbicara tentang imej dan sikap sederhana yg dipamerkan oleh Jokowi.....ini boleh dijadikan 'kayu pengukur'..untuk kita menilai mana2 pemimpin termasuk pemimpin No 1 kita.

    Cuma sy rasa membandingkan Jokowi dgn Pemimpin No 1 kita adalah tidak kena kerana latar belakang mereka jauh berbeda.

    Memang rakyat Indonesia menyenangi sikap sederhana dia dan kalau boleh sy sendiri pun mahu pemimpin No 1 kita sedemikian....tetapi seperti yg sy lontarkan diatas....ini tidak mungkin akan terjadi.

    Dan imej bukan segala2nya.

    Adalah terlalu awal untuk kita 'mengagungkan' Jokowi kerana beliau baharu 5 bulan menjadi Presiden Indonesia.

    Sejarah menceritakan bahawa ramai pemimpin dunia berubah selepas memegang kuasa untuk seketika waktu....... tetapi bukan semua.

    Tetapi sy tetap mengharap yg terbaik buat Jokowi...dan akan merasa kecewa jika sebaliknya yg terjadi.

    Imej sederhana dan 'odinariness' seperti kata Dato tetap suatu yg baik buat mana2 pemimpin.

    Tetapi bila membandingkan cara dan imej beliau dgn Pemimpin No 1 kita adalah suatu perbandingan yg tidak tepat.

    Sebelum ini...Pak Lah pun mempunyai imej yg bersih semasa mula2 memegang kuasa tetapi selepas itu....lain jadinya.

    Pemimpin No 1 kita pun lebih kurang juga....pada mulanya semua 'cantik' dan kelihatan bersih...tetapi selepas lebih 6 tahun memerintah.....keupayaan dan kekuatan dia sebagai pemimpin negara amat mengecewakan....rekod kerja membuktikan semua nya.

    Adalah wajar untuk kita lebih teliti lagi dan 'review' semula pemimpin yg hendak dipilih. ..terutama mereka yg dari golongan 'bangsawan' atas sebab latar belakang yg berlainan dari rakyat biasa yg agaj sukar untuk mereka fahami.

    Tetapi ini boleh didebatkan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  24. Bukan Lagi Mangsa Banjir.10:15 AM

    Dato,'

    Menjadi Datuk Bandar, Gabenor dan Presiden tidak sama bidang tugas dan kuasa. Jokowi naik dari Datuk Bandar ke Gabenor dan sekarang memerintah Indonesia sebagaiPresiden. Dari bidang tugas yang kecil, membesar sikit dan menjadi terbesar. Cabaran tidak sama tetapi ianya bagus untuk seseorang yang ingin mendaki ke puncak kuasa supaya ia tahu betapa pentingnya belajar dari bawah.
    Pengalaman PM pula, seawal umur 23 tahun dah menjadi MB Pahang berasaskan sebagai anak PM. Jasanya sebagai MB Pahang yang cemerlang atau sebarang legasi yang boleh dibanggakan, tiada dalam nota kaki sejarah.
    Mendaki hierarki kuasa melalui UMNO tanpa sebarang kecemerlangan yang boleh kita memorikan, sebagai Menteri Pendidikan? Sebagai Menteri Pertahanan? Sebagai Menteri Belia dan Sukan? Sebagai Menteri Kewangan? Legasi hutang bertimbun sewaktu jadi PM ke 6 memang tak akan dapat di lupakan oleh rakyat dan akan terus tercatit dan di pahat bukan sahaja dalam nota kaki sejarah tetapi berkemungkinan akan di ajar kepada penuntut Tahun 2050 dalam subjek Sejarah sebagai PM yang membuatkan Malaysia muflis dan bangkrap.
    Jokowi masih terlau awal utk menunjukkan bisanya dan KPI untuk Jokowi ialah TIADA PATI dari negara itu merempat di negara jiran tetangga dan menyusahkan jiran dengan penggeksportan jenayah dan masalah sosia.Sekiranya JOKOWI mampu meningkatkan nilai ekonomi Indonesia pasti masalah PATI akan dapat di atasi dan jiran tetangga akan menumpang kemakmurannya.

    wallahuaklam.

    Bukan Lagi Mangsa Banjir

    ReplyDelete
  25. Salam sdr Kadir, I read your posting a couple of times. I try to underswtand the message you are trying to convey.
    Firstly let us agree on the couple of items as below.
    ( this is from the various reports 2010 to present)
    1. To be participate in Indonesian election, one need to declare your asset and business interest. Well Jokowi is a millionaires by any measure even better than most Malays.

    2.He is a businessman involve mainly in furniture export business,and thus travelling by plane is nothing unusual to him.While we especially in administrative or GLC will grab every oppurtunities available in the name of performing one duty.
    Everyone goes to London,or Cambridge to visit Islamic Study centers. Not one person but a group of persons. Not to mention DSN officers also visit students ( nothing wrong just performing the task given)Even Tony Pua also met "his" students in London recenty.

    3.In pre Independent period The British brought the games of Golf to Malaysia,and of course our elites who love to associate themselves with the master are compelled to play golf. Not only that our elites also love polo, look at Khairy Jamaludin our future leader. My point is this, let us look at history to find the answer rather than isolated insident.

    4.Yes there are differences between our leaders and Jokowi, but let us not in hurry to judge him. I did visited jakarta a couple of time, the ordinary rakyat just need the change. No more military crony with questionable records to govern Indonesia any more.Enough is enough.In short it is too premature to judge him yet.
    5.Anyway He has the humility to mix with the rakyat and money is not his priority (Caveat emptor:a business man in normal circumtances is smarter than politician. He knows how to place the bell at the cats !!!)

    6. For the Malaysian let us learn any thing good from him so as to be a better nation.

    I rest my case Sdr. Kadir. Have a nice weekend with yr family and grandchildren.

    ReplyDelete
  26. BacaBuku6:57 PM

    To Jebat,

    Bukan Hang To Ah tu orang Cina ke, sama dengan Hang Li Po, Hang Je Fat, Hang Ler Kiu dan Hang Lee Kir.

    ReplyDelete
  27. Memang terlalui awal untuk menilai seorang Jokowi. Namu apa yang pasti ialah:

    Demokrasi di Indonesia telah memungkinkan seorang seperti Abdurrahman Wahid dan Jojo Widodo naik menjadi Presiden RI.

    Indonesia BUKAN sebuah negara miskin seperti yang disangka oleh kebanyakan daripada kita. KDNK Indonesia sekitar TIGA KALI Ganda KDNK Malaysia, cuma bila dihitung per kapita memanglah lebih rendah dari kita.

    Jokowi TIDAK bawa bagasi politik yang buruk bila memulakan tugasnya selaku Presiden RI.

    Jokowi nampak apa yang perlu dilakukan untuk RI seperti mengurangkan karenah birokrasi dan 'red tape' dalam pwentadbiran negara.

    Jokowi TIDAK menjadikan pembanterasan rasuah sebagai manifesto utamanya mungkin kerana RI memang masih sedang dicengkam oleh budaya rasuah. Tetapi beliau menunjukkan teladan hidup yang berpadanan dengan pendapatan dan tidak menyalahgunakan kuasa atau kedudukannya sebagai Walikota atau Gabenur atau Presiden (setakat ini).

    Ramai yang mahukan Jokowi gagal dan tersingkir dari kerusi Presiden terutama mereka yang memang inginkan kekayaan sebagai proksi peniaga kaya raya yang ketamakan mereka tidak bersempadan.

    Dari ucapannya Jokowi mempunyai wawasan untuk menjadikan negaranya RI sebuah negara yang maju dan makmur.

    Mudah-mudahan Jokowi berjaya dalam misinya merombak dasar dan sistem yang selama ini menghambat kemajuan RI.

    ReplyDelete
  28. malindo3:47 PM

    Salam Hormat DKJ.President Joko Widodo aka Jokowi di usung oleh Kolisi Indonesia Hebat(KIH)yg diketuai oleh PDIP Ketum Megawati Soekarnoputri.Kolisi KIH terdiri dari beberapa partai.Jokowi hanya kader PDIP,Megawati melihat Jokowi boleh menang kerana sifat merakyat beliau bukan kerna kewibawaan beliau sbg tokoh pemimpin NKRI yg unggul.Jadi setelah Jokowi menang pilihanraya President,kunci sebenar dipegang oleh Megawati.Kalau Jokowi buat keputusan yg usul dari Megawati dan ditolak oleh DPR-RI(Parlimen)maka Jokowi lah yg kena asak bukan Megawati.Di Senayan(Parlimen)Kolisi Merah Putih (Gerindra,Golkar dan Sbgnya)menang majoriti,jadi susah juga Jokowi nk ambil keputusan,tapi beliau ada decre sbg President.President menang sb rakyat undi.KDNK Indonesia lebih tinggi dari Malaysia tapi bila diformulakan dgn per kapita income jadi bawah dari Malaysia.Saya melihat Jokowi dlm kepayahan sekarang.Mudahan beliau jgn terlalu ikut Megawati yg menurut saya agak pendendam pada pemimpin era selepas beliau jadi President.Bagi saya kerjasama Proton dgn perusahaan GLC Indonesia yg mahu bangunkan kereta Nasional Indonesia agak payah kerna protes dari byk pihak2 disini.Jokowi bila pulang dari Malaysia buat statement lain pulak bila byk protes.Beliau boleh saja kelihatan sederhana,bagi saya itu hanya pencitraan sahaja.Dari istana negara beliau pindah ke Istana bogor,dan byklah duit negara keluar lagi utk betulkan istana bogor.Kabinet beliau ada antaranya yg pernah bermasalah salah guna kuasa sebelumnya,walau KPK(Komisi Pemberantasan Korupsi)kata green light.Pemimpin Malaysia sebelum ini ada juga yg merakyat dan juga bersikap profesional sebagai Executive dan Legislatif.Hanya ada setengah tak faham bedakan kedudukan executive mereka setelah dari legislative.Salam dari Jakarta.(Malindo)

    ReplyDelete