A Kadir Jasin
SIAPA yang memberi arahan supaya
Altantuya Shaariibuu dibunuh? Itulah pertanyaan bekas Perdana Menteri, (Tun) Dr
Mahathir Mohamad hari ini.
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Menulis dalam blognya
dengan tajuk “Umno dan PRU14” beliau, antara lain, mempersoalkan peranan bekas
pengawal peribadi Perdana Menteri Sirul
Azhar Umar dalam pembunuhan wanita Mongolia itu.
Sirul dan Inspektor Azilah Hadri
didapati bersalah atas tuduhan membunuh Altantuya dan dijatuhi hukuman gantung
sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lepas. Bagaimanapun Sirul
bolos dan lari ke Australia sebelum dijatuhi hukuman.
Mendiang Altantuya dengan anak yang ditinggalkan |
Dr Mahathir berkata: “Rakyat
tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri
Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan.
Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang
dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana
menjalankan arahan.”
Selain itu beliau berkata
ramalan banyak pihak menjurus ke arah kekalahan Umno/BN dalam pilihan raya umum
akan datang.
Dr Mahathir juga mengulangi
kritikan terhadap 1Malaysia Development Berhad selain mempersoalkan sumber
kekayaan anak tiri Mohd Najib, Riza Abdul Aziz dan pembelian jet eksekutif baru
oleh Perdana Menteri.
Dalam tulisan paling keras dan terus terang sehingga kini, Dr Mahathir berkata: "Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Najib. Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar Umno, dan dengan itu BN, akan kalah jika Najib memimpin Umno hingga PRU14.
"Apabila Umno kalah, orang
Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah
sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali Umno kalah, ia tidak akan
dapat dipulih semula."
Saya ditanya oleh portal berita
Malaysiakini mengenai tulisan Dr Mahathir itu. Antara lain, saya berkata, saya
ingin tahu sama ada laporan polis akan dibuat terhadap Dr Mahathir kerana
tulisan beliau itu seperti laporan polis ke atas (Datuk Paduka) Khairuddin Abu
Hassan kerana membuat laporan polis terhadap 1MDB.
Saya berkata lagi, ada beberapa
kemungkinan yang menyebabkan Dr Mahathir menulis begitu keras dan terus terang.
Pertama beliau baru pulang ke
tanah air setelah agak lama di luar negara, kedua beliau menunggu sehingga Mohd
Najib selesai mengadakan majlis raksasa perkahwinan anaknya (dengan (Datin
Paduka Seri) Rosmah Mansor) dan ketiga kerana (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sudah
dipenjarakan dan tidak menjadi ancaman besar lagi kepada Mohd Najib.
Tetapi petikan mengatakan Anwar
bukan lagi faktor penting dalam politik kurang tepat. Anwar masih berpengaruh
walaupun dalam penjara.
Tidak kurang menarik ialah
reaksi Tengku Razaleigh Hamzah kepada tulisan Dr Mahathir itu. Beliau dipetik
sebagai berkata bahawa Dr Mahathir cuba mencari kebenaran dan sudah sampai
masanya bagi kerajaan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan supaya muncul
kebenaran.
"Saya yakin beliau mempunyai sebab mengatakan semua itu,” tegas Tunku Razaleigh.
"Saya yakin beliau mempunyai sebab mengatakan semua itu,” tegas Tunku Razaleigh.
Wallahuaklam.
Salam Dato,
ReplyDeleteNajib wajib berundur demi untuk mengelakkan kontroversi demi kontrovesi yang melanda dirinya sejak kebelakangan ini.
Jika Najib enggan .... Najib seterusnya bakal dilondehkan dengan lebih teruk lagi oleh TDM dimasa2 akan datang.
Sememangnya TDM tentu mempunyai banyak rahsia serta fail2 sulit tentang Najib.
Mengapa baru diungkit mengenai isu altantuya mongolia walhal isu tersebut telah lama ketika najib jadi tpm lg.
ReplyDeletekalau dah diungkit sejak dulu lagi sudah tentu mohd najib tidak layak jadi pm.
nasi sudah menjadi bubur....
Tuan dh dapat jawapan ka sapa yg arahkan 2 UTK untuk bunuh altantuya? Sekurang2nya sebelum pegawai polis diraja Malaysia ini dibunuh, kebenaran dapat dikuak..
DeleteBangang tun bukan macam pr .. masu tu kes dah masuk mahkamah.
Deleteassalamualaikum DAKJ,
ReplyDeleteNajib bukan sahaja dah jadi liabiliti kepada parti politik pimpinannya malah kepada negara dan Kerajaan.
Dalam keadaan rakyat dihimpit masalah ekonomi dan kenaikan kos sara hidup, najib gagal menunjukkan sifat kepimpinan yang berhemah, empati terhadap nasib dan masalah rakyat malah menunjukkan gaya hidup yang melampau melalui isterinya, anak tirinya dan yang terbaru perkahwinan anak perempuannya.
Ini belum ambil kira pihak tertentu yang sedang meluaskan pengaruhnya di kalangan rakyat.
Mereka tidak sedar rakyat sudah semakin bijak (kalau tidak bijak pun, rakyat ada akses maklumat) dan tidak suka dengan budaya feudal dan elitis yang tidak sensitif kepada nasib rakyat.
Berita baiknya, kalau ahli UMNO gagal berubah melucutkan jawatan najib, rakyat akan melakukannya.
Berita buruknya, sekiranya BN tewas, Malaysia akan berada dalam kekalutan dan ditadbir oleh parti politik yang bercelaru dan haru biru urus tadbirnya. Keadaannya mungkin ibarat hasil perang yang akan dibahagi-bahagi sesama pasukan perang.
Selamat berjaya Malaysia dan rakyat Malaysia. Wallahualam
budak jawa.
Ok la kita anggap macamni. Bila Mahathir pun dah ngungkit pasal altantuya tu..skang ni suma grey area. Bala pun dah mati. Petra plak dengan cerita dia. Jadi apa yg jadi sbenanye? Ni ke smoking gun? Ni kira warning dah ni. Pintu dah tebukak, sapa yg nak clean the house. Altantuya ni selama nak dekat 8 tahun jadi, ni 1st time rasanye yg petik dari umno? Pasal sabmarin pun dipetik. Lagi satu jadi grey area. Agak2 sbulan dua je najib ni tahan sbb rupanye there is order in chaos.
ReplyDeleteTapi ksian kat najib. Gst dia yg berani buat tapi orang lain yg dapat belanja duit hahahahah
Salam Dato' Kadir
ReplyDeleteTun Dr Mahathir dah marah betul dah nampaknya. Soalan-soalan beliau masih tak dijawab. Ku Li juga sokong Tun Mahathir. Dato Kadir juga nampaknya tumpang sekaki. Rakyat jelata sekarang dah mula naik angin bila harga barang dah start naik. Ramai pengundi baru juga geram dekat kerajaan sebab Kad prepaid mereka pun dah naik harga yg katanya dulu tak naik. Tuala wanita pun naik harga dimana sepatutnya turun harga. Sikit lagi, ibu-ibu muda pula marah sebab kos beranak meningkat. Dan senarai orang marah kepada kerajaan akan berjela-jela lagi.
Saya sebagai ahli UMNO kampung dah nasihatkan dah pun berulang-ulang kali tapi YAB PM kita ni degil sangat. Yelah, nasihat dari orang kampung, siapa nak dengar dan pakai. Nak juga buat GST. Sekarang nasi dah jadi bubur. Saya ingatkan PRK Parlimen Permatang Pauh akan menjadi ukuran status UMNO dan BN. Rupaya, Tun Mahathir dah suarakan dgn tegas sekali pada hari ini UMNO dan BN akan kalah pada PRU 14 nanti jika tidak melakukan sesuatu.
Akhir kata, rakyat jelata rasanya tidak memerlukan tahap pemikiran seperti Tun Dr Mahathir untuk predict apa yg akan terjadi pada PRU ke 14 nanti. Saya sebagi ahli UMNO berasa amat sedih bila amaran demi amaran dan nasihat demi nasihat yg diberi kepada pucuk pimpinan tetapi dibuat pekak badak je. Saya bukannya apa, tapi bila kerajaan orang Melayu dah jatuh nanti, apakah nasib syarikat-syarikat bumiputra nanti? Ingat lagike apa terjadi bila kerajaan BN Treggganu jatuh pada 1998 dulu??? Sekian TQ.
Najib ni ada begitu ramai penasihat - ekonomi, media, agama, sosial, budaya, undang-undang dan entah apa benda lagi. Berbagai-bagai konsultan. Semua mereka mendapat gaji dan elaun yang amat tinggi. Tapi, apakah faedah yang negara dan rakyat dapat dari kehadiran mereka?
DeleteKalau nak nasihat dalam berbagai bidang, Najib boleh suruh beberapa orang personnel baca compile dari blogs dan Facebook. Walaupun banyak posts dan comments mungkin kurang relevant, kita tidak dapat nafikan bahawa banyak juga yang mempunyai kualiti. Cukup lah Najib dok BUANG hasil negara untuk bela 'penasihat' yang tidak tidak memberikan pulangan kepada sesiapa.
rakyat mahukan jawapan yang jelas dan ringkas supaya mudah difahami.
ReplyDeletepersoalan yang dibangkitkan mahathir adalah antara sebab mengapa bn/umno dilihat begitu buruk oleh sesetengah pihak.
kesenyapan najib tidak membantu dalam menjernihkan keadaan.
dalam keadaan di mana rakyat kebanyakan semakin hilang kepercayaan terhadap kerajaan,pimpinan umno masih lagi lena dalam mimpi semalam.
hari esok yang kelam menanti umno/bn jika persoalan2 yang ditanyakan rakyat seperti disuarakan mahathir menerima reaksi sifar dari najib dan kerajaan...
You're taking human lives outside of war, outside of chasing criminals but just obeying orders from VVIP for reasons unknown, that is still murder and you have to pay the consequences. It's a dangerous precedent to be set if we say a lowly government officer was instructed to take bribe and just because he is following orders he does not have to be punished. If currently there is a system where UTK members can be instructed to kill someone off and they just have to obey without question, that is no longer right, they become that VIP personal hitman and that has to changed because that shit is scary as hell.
ReplyDeleteHanya ALLAH yang mengetahui.. Demi allah saya amat yakin BUKAN PERMINPIN UMNO yang terlibat..berdosa kita Jika kita tuduh UMNO TERLIBAT..Anak TUN RAZAK tidak melihat semuanya dusta..
ReplyDeleteMaha Suci ALLAH Tahu kisah sebenar.. JANGAN KITA MEMECAH BELAH MASYARAKAT...
jika perminpin Umno TERLIBAT
Allah akan hubam mereka kedalam neraka jahanan
Moga Pemikiran kita bebas dari NAFSU..
Salam
Sdr Zainal,
DeleteIngatkah pemimpin kerajaan Malaysia ini kepada Tuhan apabila mereka menjalin hubungan dengan Petrosaudi (tidak ada aset) atau membeli hartanah berlebihan dari nilai sebenar (kurang menguntungkan dan banyak masalah), atau membazir wang dengan membeli aset yang tidak sangat penting (jet baru pada hal jet lama masih ada) dan lain-lain tindakan yang boleh dipertikaikan. Apabila dikeritik pemimpin tidak memberi penerangan yang jelas dan meyakinkan. Ini menimbulkan fitnah. Senyap sunyi seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Kalau ikut orang dahulu senyap erti bersetuju. Jadi pemimpin setuju bahawa mereka tidak ada jawapan untuk isu itu dan setuju bahawa masalah itu ada dan tidak dapat diselesaikan. Kita rakyat yang kena tanggung beban kesalahan pemimpin kita. Adakah kita tersalah pilih ?
Beri lah Najib peluang
DeleteIsu yang dibangkitkan ini saya kira memberi kesan kepada umno n BN, terutama golongan tua. Namun apabila tiba tiba diumumkan kad prepad juga dikenakan gst maka fenomena kebencian rakyat terus melebar kepada golongan muda . Jadi kalau dah kedua dua golongan ini dilanda sikap sedemikian tak tahu lah apa jadi kepada BN pada pilihanraya umum akan datang. Mungkin ka, brim akan ditambah agaknya . Tapi rakyat semakin cerdik .
ReplyDeleteAhli UMNO tidak sadar yg rakyat jatuhkn UMNO kerana mahu jatuhkn Najib. Yg salah Najib tp yg jd mangsa UMNO. Bila UMNO jatuh org Melayu di PAS..PKR..UMNO akan hilang ' respect dan integrity ' nya. Kaum laen akan anggap org Melau ini sebagai abdi dlm negara sendiri. Tidak beda dgn pribumi di Indonesia,Phillipines,Thailand,dll. Ahli UMNO harus berani utk minta Najib turun.
ReplyDeleteSaya amat bersetuju dengan Seri Nara al-Diraja; mengapa sekarang baru TDM bersuara fasal Altantuya?
ReplyDeleteInilah sandiwara UMNO yang membuatkan orang Melayu yang mahu berfikir menjadi meluat dan akhirnya menjauhkan diri dari UMNO. Terlalu banyak manipulasi berita dan penyalahgunaan instrumen negara, terutama Polis dan SPRM bagi tujuan "damage control" sehingga kebejatan tingkahlaku dikalangan pembesar UMNO perlahan-lahan transform menjadi menjadi norm dan budaya. Sad, pathetic BUT TRUE! Excessive damage control exercises that damned to bring UMNO to its grave.
Generasi muda Melayu kini semakin keliru dengan jatidiri bangsa yang bertunjangkan Islam. Lihat saja video insiden pergaduhan pemandu teksi dengan gadis di Shah Alam yang kini sedang viral di internet. Penyelesaian masalah kecil dengan kekerasan (pukul memukul) menandakan pudarnya kewarasan dan rendahnya pendidikan. Penggunaan bahasa vulgar dikalangan anak gadis adalah manifestasi daripada kekilruan identiti Melayu. Itulah juga baranagkali membuatkan ramai orang berfikir debat hudud bukan prioriti Melayu Islam hari ini.
Kalau dah mahkamah tertinggi di Malaysia yang menjatuhkan hukuman bunuh keatas mereka berdua, susah la. Boleh ke buat tribunal?
ReplyDeleteSaya bukan tahu sangat pasal undang-undang dan malas nak ambik tahu. Bagi saya, Peguam adalah yang paling saya tidak percaya. Lebih-lebih lagi peguam yang masuk politik. Penyamun dan perompak, mereka bela. Bila Polis tembak mati perompak, mereka kata Polis bertindak melulu dan kejam. Yang aneh, bila berlaku jenayah, mereka 'makan dua hala', Penjenayah mereka bela, mangsa jenayah pun mereka boleh wakili untuk menuntut keadilan.
Mengenai kes Altantuya, saya dah sebut sebelum ini. Jika PM Najib tidak letak jawatan, Pembangkang akan jadikan sebagai issue utama dalam kempen PRU 14 nanti. Elok Najib disingkir secepat mungkin. Kalau boleh, minggu depan. Lepas tu adakan tribunal dan panggil balik Razak Baginda, untuk mengetahui siapa sebenar yang memberi arahan bunuh. Mungkin juga, arahan diberi 'gempaq' saja, supaya Altantuya lari pulang ke Mongolia. Pasal tu mereka bawa ke hutan dalam gelap-gelita. Sebaliknya mereka berdua naik 'stim' dan mer*g*l. Untuk meghilangkan bukti (DNA dari mani), diletupnya mayat mangsa hingga berkecai. Kebetulan, waktu kejadian, diambang Hari Raya Puasa. Orang kampung disitu suka main meriam buloh. Bom meletop, orang akan sangka meriam buloh. Lebih kurang 1.5km dari tempat kejadian ada kawasan kampung melalui Jln.Paip, 8km ke pekan Meru.
Saya tahu sangat tempat kejadian. Saya adalah salah seorang dari mereka yang pertama menggunakan jalan itu, sebelum ianya dibuka. Ketika jalan itu separuh-separuh batu kerikil. Pukul 10mlm pun saya lalu naik motor saja. Ketika kejadian jalan Shah Alam ke Puncak Alam itu baru 2 bulan dibuka untuk kegunaan awam.
Selagi Sirul berada di Australia dan masih bernyawa, hukuman mati keatas Azilah Hadri tidak mungkin dilaksanakan. Oleh itu, kes ini tidak akan selesai sampai bila-bila, walaupun orang kedua-dua mereka sudah meninggal akibat sakit tua.
Salam dato,
ReplyDeletePM ada banayak sumber rasmi untuk mendapatkan jawapan jawapan tersebut.
Tetapi beliau senyap menyepi.
TENGUKLAH BERAPA lama dia mahu menyepi....
Barangkali,ada diantara jawapan tersebut akan menyebabkan ada orang(orang orang) yang akan menjadi banduan atau jenazah.
Abu Bakar Ab Rahman
Salam dato,
ReplyDeletePM ada banyak sumber rasmi untuk mendapatkan jawapan jawapan tersebut.
Tetapi beliau senyap menyepi.
TENGUKLAH BERAPA lama dia mahu menyepi....
Barangkali,ada diantara jawapan tersebut akan menyebabkan ada orang(orang orang) yang akan menjadi banduan atau jenazah.
Abu Bakar Ab Rahman
Salam Dato,
ReplyDeleteHanya ahli2 UMNO sahaja dapat menjatuhkan Dato Najib..ini saperti menanti kucing bertanduk..almost all
mentri2 kabinet dan ketua2 bahagian memberi sokongan padu kepada Dato Najib..Saya berpendapat UMNO akan kekal pada PRU14 dengan sokongan Parti2 daripada Sarawak tetapi parti2 lain dalam BN saperti MCA,MIC,Gerakan akan hapus daripada arena politik Malaysia.Sekarang pun mereka hanya saperti melukut ditepi gantang
Saya pasti Dato Najid wont be the next PM even UMNO manage to win the PRU 14.The rakyat will sent clear & strong message to the winners. replacement is needed..
Dato'
ReplyDeleteNampaknya Pemerintah beserta pengikut pengikutnya belum faham bahawa kezaliman terhadap manusia akan membawa bala yang akan menimpa seluruh negara..
Tahun 2014 melihat kejadian kejadian yang tak pernah terjadi kepada negara lain, yaitu kehilangan dua pesawat Negara dalam keadaan yang penuh misteri..Bah yang terbesar dipantai timur...Skandal kewangan (1MDB) bersalut dengan maksiat rasuah dan berbagai lagi.
Jika mereka masih berdegil juga..Tak heranlah jika 2015 membawa padah yang lebih teruk dari 2014...
Dato.
ReplyDeleteTDM mengamuk lagi.Lebih keras sikit dan berani meramalkan PRU 14 UMNO/BN tewas.
Sebenarnya isu GST telah menewaskan isu PM Najib.
Sekarang ini pegawai pegawai PM Najib sedang mengumpul veteran-veteran dan orang lama.Beri makan hebat-hebat.
Logiknya UMNO akan hanyut angkara pemimpinnya yang banyak buat silap satu demi satu.
Kalau TDM sendiri pun jadi PM waktu ini akan pening kepala juga.
Bukan zaman syok sendiri lagi nak jadi orang besar atau berkuasa hari
ini.
Soalan TDM Siapa Arah Sirul.? Tanya Dr M.
Masaalahnya rakyat yang buat jawapan sendiri....
Terima kasih Dato.
TQ Buah Kerdas...
ReplyDeleteDato,
ReplyDeleteAda ke patut Najib hantar budak2 blogger haprak lagi pengotor untuk jawab bagi pihak dia. Kenapa tak boleh jawab sendiri? Takut? Sombong? Tak taulah pulak kalau blogger2 ni bertindak bukan atas arahan tapi atas dasar "kasih dan sayang" pd Najib.
Penuh dah alam maya ni dengan caci maki dan penghinaan terhadap Tun Mahathir. Lagi bertambah benci rakyat pada Najib bila tengok budak2 upahan ni menghina Tun M. (Najib sendiri ngaku dia upah orang utk tak kritik dia kan?)
Persoalannya, Siapa budak2 ni? Yang kita tahu, mereka ni hidup macam hantu raya. Lebih separuh dari mereka makan dua belah pihak. Kesemua mereka pula terdiri dari manusia yg hidup atas dasar ampu, bodek, fitnah dan bergaduh saja. Keluarga masing2 ntah ke mana. Ke hulu ke hilir..."buat keja" 24 jam. Keja apa? Mereka ni jauh lebih kotor dari penagih dadah. Sanggup lakukan apa saja untuk wang. Tak ada prinsip, tak ada maruah...apa pun tak ada. Duit pun bukannya ada sangat mcm geng Pemandu tu. Buat bisnes pun tak jadi2, asyik harap projek dari Menteri. Bukan rakyat tak tahu semua ni.
Dengan menyuruh mereka ni jawab bagi pihak Najib maka Najib juga dilihat setaraf dgn mereka2 itu. Apa tahap mereka yang tak mampu memimpin walaupun anak isteri sendiri untuk menjawab soalan seorang pemimpin bertaraf dunia?
Benarlah bhw orang bodoh tidak akan tahu yg dia bodoh dan tak tahu juga siapa yg pandai. Hanya jauhari mengenal manikam.
Y.Bhg Dato'
ReplyDeleteY.Bhg Dato’,
Dalam bahasa pasar, Dr Mahathir sekarang sedang berkelahi dengan Najib. Ibaratnya seorang menumbuk bertalu-lalu sampai sepak terajang tetapi seorang lagi belum melawan. Hanya bertahan tetapi mempunyai kekuatan luar biasa untuk menahan sakit dan belum jatuh.
2. Walau pun dia mempunyai kekuatan luar biasa untuk membalas tumbukan dan sepak terajang tetapi dia memileh untuk tidak melawan.
3. Perkelahian ini seronok ditonton dan menjadi bahan hiburan bagi meringankan tekanan atau stress kerana banyak isu Negara yang sedang hebat diperdebatkan termasuklah isu GST.
4. Di era enam puluhan dulu tidak banyak hiburan terutama bagi penduduk-penduduk kampong dikawasan pendalaman. Saya tinggal disabuah penempatan terpencil dipendalaman Daerah Baling. Hiburan paling dinantikan hanya lima atau enam bulan sekali menonton wayang propaganda Jabatan Penerangan. Semua orang orang suka menonton walau pun ceritanya berkisar usaha kerajaan untuk membangunkan Negara.
5. Hiburan kedua yang paling diminati ialah melihat pertembungan kerbau jantan atau “laga kerbau” selepas musim menuai. Kebetulan Tok Chai atau Tok Wan saya memiliki seekor kerbau jantan yang sangat besar dan bengis. Arwah Tok Chai saya seorang yang baik hati dan lemah lembut sifatnya.
6. Dihujung kampong, ada seorang lagi petani memiliki seekor kerbau jantan yang hampir sama besar dan tidak kurang bengisnya. Pemilik kerbau tersebut di gelar Tok Latih Bom. Dia pun bengis macam kerbau jantan juga.
7. Masing-masing menjaga kerbau dengan rapi dan di cucuk hidung bagi mengawal supaya tidak mengganas.
8. Satu petang selepas musim menuai padi diadakan pesta laga kerbau. Orang-orang kampong keluar beramai untuk melihat pertembungan yang sangat hebat diantara dua ekor kerbau jantan tersebut. Satu hiburan percuma selepas musim menuai.
9. Pertembungan mengambil masa hampir satu jam kerana masing-masing tidak mahu mengalah. Tidak ada hadiah untuk yang menang tetapi yang pasti kedua-dua ekor kerbau cedera dan kepenatan.
10. Saya melihat perkelahian Dr Mahathir- Najib saperti pertembungan dua ekor kerbau jantan tersebut. Dipentaskan untuk menjadi hiburan alternatif kepada bermacam ragam hiburan yang ada pada hari ini. Tetapi malangnya rakyat masih dahagakan hiburan.
11. Persoalan siapakah yang tercedera dalam perkelahian tersebut. Saperti pertembungan antara dua ekor kerbau jantan yang bengis, sudah pasti kedua-duanya akan keletihan dan mengalami kencederaan.
12. Tidak ada yang menang kerana saperti pertembungan dua ekor kerbau tadi, masing-masing ditarik dari gelanggang oleh tuannya setelah nampak tanda-tanda kekalahan. Oleh kerana kerbau mempunyai tabiat tidak akan lawan lagi selepas tewas dan lari dikejar oleh kerbau yang menang.
13. Eloklah perkelahian tersebut dihentikan kerana ianya hanya menjadi bahan hiburan kepada musuh-musuh politik UMNO. Dr Mahathir seorang Negarawan yang harus memikirkan buruk baiknya sekiranya terus berkelahi dengan anak didiknya sendiri. Najib pula harus diberi peluang untuk mencipta nama sebagai seorang Negarawan saperti ayahandanya Tun Razak.
14. Kesilapan boleh dibaiki sekiranya niatnya baik untuk kepentingan Negara.
iklas,
Rahim
Salam DAKJ,
ReplyDelete1. Peperangan garisan sempadan telahpun bermula lama dahulu. Kini menjadi perang terbuka. TDM telah melepaskan pelurunya disegenap penjuru. Adakah Najib akan terus membisu dan terus melancarkan perang saraf melalui PMO sahaja. Saya menunggu bila kemelut politik negara tercinta ini akan berakhir.
2. Kalau di flashback, kebanyakan masalah berbangkit sekarang timbul di era Pak Lah lagi. Sodomi 2, pembunuhan Altantuya berlaku masa Najib sebagai TPM, bererti di zaman Pak Lah. Saya rasa kesilapan terbesar Pak Lah ialah tidak menyelesaikan masalah ini secara tuntas di bawah regimnya. Membiarkan perkara ini dihadapi Najib dimasa belisu berkuasa adalah suatu kesilapan. Yang nyata belaiau berkepentingan dan terlibat. Lainlah dengan isu 1MDB yang dicipta selepas beliau menjadi PM.
3. Kalau dibuat pungutan suara, saya yakin majoriti besar rakyat akan menolak kepimpinan hari ini. Namun, kekuasaan Najib adalah bergantung kepada sokongan partinya. UMNO dilihat menyokong presiden yang membawa rebah.
4. Kita tertunggu-tunggu apa jawapan balas ke atas hujjah TDM. Satu persatu. Rakyat Malaysia berhak diberi pencerahan. Kalau masih berdiam diri, juak-juak UMNO perlu menggesa presidennya meletak jawatan. Atau undi tidak percaya dalam parlimen.
5. MCA melalui ketua pemudanya telah menyatakan bahawa mesyuarat BN telah menolak isu hudud. Namun PM terus membisu. Sebagai pengerusi BN patutnya sebarang keputusan rasmi yang diambil hendaklah dimaklumkan kepada media dan rakyat. Taktik membisu akan memberi persepsi yang pelbagai. Rakyat menjadi tidak yakin kewibawaan PM.
6. Rakyat kini mengharapkan episod regim ini akan berakhir segera. Mereka mengalu-alukan cadangan supaya TDM dan Pak Lah ke Australia bagi mendapatkan gambaran sebenar dan motif pembunuhan Altantuya daripada Sirul. Biar segala tuduhan dan tohmahan jika ada dapat dibersihkan.
7. Permainan catur sudah hampir mengepung King. Bila check mate akan berlaku?
Wallahuaklam.
Kalau ahli UMNO tidak berani utk nasehatkn Najib berundur satu cara ialah menubuhkan satu parti khusus utk org Melayu ala UMNO. Mungkn dgn tertubuh parti baru ini ramai ahli UMNO ( yg bersih dan tulus utk berjuang utk org Melayu) akan masuk.
ReplyDeleteAssalamualaikum DAKJ
ReplyDeleteSuatu bentuk tindakan yang bermakna dan berkesan perlu dirangka dan dilaksanakan untuk memenuhi seruan supaya DS Mohd Najib meletakkan jawatan dalam waktu terdekat. Kita menjangka bahawa beliau tidak akan melakukannya dengan rela hati maka suatu bentuk tekanan untuk memaksa harus dilakukan. Jika mengharapkan UMNO berbuat demikian kelihatan hampir mustahil kerana Ketua Bahagian yang ada telahpun mengikrarkan taat setia kepada beliau. Untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap ketua bahagian juga mungkin kurang mendapat sambutan. Sebagaimana yang dimaklumi, UMNO sendiri berdepan dengan krisis dalam mana majoriti ahli tidak tahu hak mereka dalam berorganisai apatah lagi mengemukakan sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Apakah satu gerakan massa perlu dilakukan sebagaimana yang berlaku di Thailand dan beberapa negara lain untuk memaksa pemimpin kerajaan meletak jawatan? Atau waujudkah klausa perundangan yang membolehkan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong mengambil tindakan tertentu untuk memberi tekanan kepada ketua kerajaan yang berperanan sebagai penasihat baginda.
Perlunya DS Mohd. Najib meletakkan jawatan bukan semata-mata demi parti yang diwakilinya bahkan lebih penting untuk menjamin kesejahteraan Islam, bangsa dan negara. Jika semua Perdana Menteri sebelum ini sanggup meletakkan jawatan apabila tiba masanya, maka diharapkan DS Najib juga mempunyai jiwa yang besar untuk berbuat demikian. Sebaliknya hanya jiwa kacau sahaja yang tidak mahu mengakui pelbagai kesilapan yang dilakukan dan terus berdegil untuk memegang jawatan walaupun kepercayaan yang memberikan mandat telah terhakis.
Adalah diharapkan Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir khususnya dan yang lain-lain yang berpengaruh termasuk DAKJ dapat memberikan panduan tentang tindakan yang perlu diambil bagi memastikan DS Najib meletak jawatan dalam waktu terdekat demi Malaysia.
Sallam Dato'
ReplyDeleteBagi saya DS Najib adalah orang yang memegang kuasa tetapi dia bukan seorang pemimpin.
Rakyat Malaysia terutamanya orang melayu perlukan seorang yang boleh memimpin bukan orang yang pandai pegang kuasa.
Dalam banyak perkara dan persoalan, DS Najib tidak menunjukkan prinsip dan pendirian. Ini bukan sifat seorang pemimpin.
Ditambah dengan kerenah-kerenah lain yang melanda Malaysia spt 1MDB, kapalterbang jet dll, mungkin sebab itu Dr.M bertindak seperti dalam blognya.
Saya lihat dalam UMNO, Muhyidin lebih berkebolehan untuk menjadi pemimpin.
Pada pandangan saya, kriteria untuk jawatan penting dalam UMNO bukan berdasarkan kebolehan tetapi bercampur aduk dengan perkara lain.
Dato, utk pengetahuan kumpulan postpaid/prepaid blogger kini sedang menyerang Tun M dgn teruk sekali.
ReplyDeleteTetapi, mana2 yg lebih 'cerdik' melakukannya dgn menggunakan nama samaran. Golongan ini kemudiannya 'berlakon baik' dan membela Tun M mati-matian pula dgn menggunakan nama betul. Mereka turut membuka fb group khas utk menyokong Tun M padahal sesama mereka menjadikan perbuatan memaki Tun M sebagai ritual harian.
Saudara Daniel Noor.
ReplyDeleteSaya bantah keras cadangan Saudara untuk tubuh satu lagi Party ala-UMNO. Ia akan memecahkan perpaduan dan memburukan lagi keadaan. Dr.M walaupun dipecat dari UMNO oleh Tunku pada 1969, tidak masuk party lain ataupun menubuhkan yang baru.
PERKASA pun tidak mahu menubuhkan Party politik sendiri atas sebab yang sama. Hanya mereka yang tamak dan mementingkan diri sendiri akan berbuat demikian.
Apa pun saya amat yakin, jika ternampak seolah-olah Dr.M akan berjaya untuk buat Najib berundur, pembangkang akan beralih-arah dan akan beri sokongan semula kepada PM Najib. Pembangkang amat memerlukan PM yang 'lemah' untuk menang PRU14. Mungkin sebab itu, Umar Abdul Aziz belum memberi 'khutbah' setakat ini.
Ada satu lagi khabar yang gempar dari Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin. Ia mengenai pemberian tanah balak diKelantan. Sila baca di URL ini:-
http://t.co/Fq6QhSueY8
Maksud saya dgn cadangan itu ialah seperti ' ladt resort ' kalau ahli UMNO sendiri tidak berani menegur atau menasehatkn Najib utk berundur.
DeleteAhli UMNO yg saya maksudkn ialah yg pegang jwtn2 penting dlm UMNO. Tp kita semua tahu mereka ini seperti ' tikus jatuh ke atas beras '. Untuk apa cari masaalah kalau sudah kenyang selama2 nya kan.
UMNO di anggap ' as the bastion of the Malays'. Kalau badtion ini runtuh semua org Melayu tidak kira dr UMNO..PAS..PKR akn rugi besar. Malah hilang maruah lg.
Jgn heran if one day the Malays will become servants and slaves in this country. Just like in Spore..Indonesia..Phillipines..Thailand.
All because of One or maybe Two people i.e Najib n spouse.
Salam Dato.
ReplyDeleteJika Tun M tidak bersuara begini terhadap Najib....majoriti Melayu pun tahu bahawa Umno tidak akan bertahan lama jika Presiden seperti dia masih memegang kuasa.
Mana mungkin...ketua2 pun tidak tahu segala 1001 kelemahan beliau?
Mustahil sekali jika mereka tidak nmpak segala 'kedurjanaan dan kemungkaran' yg sedang berlaku....yg memberi impak terus pd bangsa... ugama.dan negara.
Sy percaya dari 190 Ketua Bahagian dlm Parti ....tentu majoritinya cerdik belaka.
Tetapi majoriti ketua bahagian ini...rupa2 nya buta dan pekak......jauh sekali cerdik....bila masih berdiri teguh menyokong.
Mereka layak sbgai 'Pengkilap Kasut' sahaja.
Tetapi..apa yg boleh kita harapkan dari ketua2 Melayu seperti ini bilamana;
# Kekayaan dan duit ringgit menjadi matlamat hidup.
# Jatidiri dan ugama bukan perkara penting.
# Survival diri didahulukan.
Sy masih ingat lagi bilaTengku Razaligh berkata bahawa ramai dari Ketua2 Bahagian yg 'DIJAGA' ..hingga ada yg mndpt hampir RM50,000 /bulan.
Kalau kita ambil 160 darap RM500,000 pun baru RM80juta....bukanlah mahal sngat nak kekal berkuasa.
Hata....kita faham sajalah bagaimana Presiden masih dpt bertahan...tak perlu berbelanja banyak.....walau pun diterjah dan dikecam dsb.....kerana 'Pengkilap Kasut' sedang berkerja keras menjaga beliau.
Hhhuuuhhh....dangkal sekali.
Sudah smpai masanya org2 Melayu sedar dan bertindak dgn bijaksana.....'celakakan' saja 'pengkilap dan tuan kasut seperti ini....nyahkan mereka jauh2....kerana mereka bahaya pd bangsa dan ugama.
Sy menyokong sgala apa tindakan Tun M untuk menjatuhkan Najib sbgai Presiden Parti dan sy sokong segala apa yg Dato tulis tentang kelemahan beliau.
Ini penting untuk org Melayu fahami dan menjadi lebih cerdik dlm perkara2 politik terutama dlm perkara2 memilih ketua2 yg berkualiti.
Terima kasih.
Kadir.
ReplyDeleteTak payah tanya siapa suroh Sirul bunoh Antantuya.
Semua kita tahu.
Salepas Sirul dan Anaknya buat kenyataan,Najib membuat kenyataan menafikan nya dengan sakerasnya.
Saya tidak fikir Sirul memyebut nama Najib.
Kenapa perlu is nafikan.
Siapa makan cabai dia rasa pedas.
Saya berada di Kuantan dan berjumpa dengan orang kuat Umno di Pekandan Kuantan.
Mereka sependapat yang Najib perlu berhenti menjadi PM,bukan kerana Sirul atau skandal 1MDB tapi kata mereka Najib tidak boleh menjadi PM kerana takut bini.
Isterinya yang kontrol Najib jadi bagaimana hendak menjadi PM. yang baik bila takut bini dan ikut telunjok bini.
komen saya jika benar tun menyerang najib dalam blognya.
ReplyDelete1. soalan siapa arah sirul azhar bunuh altantuya sepatutnya diselesaikan dalam mahkamah. kes mahkamah sehingga jatuhnya hukum bunuh itu memakan masa 9 tahun. tempoh yang cukup lama untuk pendakwa dan peguambela mencari bukti siapa yang arahkan bunuh tersebut. adakah tun mahathir sudah tidak hormat dan percaya kepada institusi kehakiman?
2. jika tun mahathir sudah bosan dengan najib, siapa yang menyokong najib menggantikan paklah dahulu? bukankah paklah yang dianggap lemah oleh tun mahathir juga dipilihnya sendiri menggantikannya sebagai pm?
3. siapakah orangnya yang membawa anwar ibrahim masuk ke dalam umno, mendidiknya dalam politik hingga mengangkatnya sebagai tpm dalam tempoh teramat singkat, bukan tun mahathir sendiri? kenapa tun mahathir yang diakui sebagai pm yang berpandangan jauh, cekap, berani dan berkredibeliti tidak dapat membaca wayang anwar ibrahim yang hampir setiap hari berada dihadapannya?
pada saya tun menyerang najib, dan sebelumnya paklah setelah membuang anwar ibrahim kerana tidak dapat membentuk individu2 tersebut mengikut acuannya. tun mahathir, walaupun telah berkali2 bercakap tidak akan mencampuri urusan pentadbiran negara nampaknya gagal dalam mengawal nafsu politiknya untuk terus menjalankan buah catur. tun mahathir tetap mahu perjalanan pentadbiran negara dilaksanakan menurut flownya.
saya cuma nak kongsi cerita, samada benar atau tidak kurang pasti. semasa tun mahathir mentadbir negara dulu, benarkah negara kita rugi berbilion ringgit kerana melabur di tempat salah? bagaimana tun tidak dapat mengawal pengurusan perwajasteel sehingga diseleweng oleh pengurusan dan orang politik? tun mahathir tidak boleh semudah itu cuci tangan sebab ketika itu beliau adalah pm!
saya tiada asas untuk tidak mengikhtiraf tun mahathir sebagai negarawan ulung malaysia, tinggal lagi saya kurang setuju jika tun mahathir menggunakan blog untuk menyerang kepimpinan negara. adakah jika tun mahathir menyatakan secara personal untuk bertemu 4 mata dengan najib, najib akan menolak mentah2? dengan menyerang najib menggunakan blog, seolah cuba mempengaruhi rakyat agar membenci pm yang bernama najib dengan menimbulkan pelbagai situasi negatif dalam kepala. agak kurang manis seorang negarawan seperti tun mahathir menegur kepimpinan negara menggunakan blog. sudah tiada medium lainkah?
Datuk,
ReplyDeleteKetika PakLah,Muhyiddin sebagai naib presiden Umno bersuara mendesak Pak Lah letak jawatan.TDM yang menjadi penggerak kepada perletakan jawatan PM itu.
Ketika ini,TDM dan orang ramai sudah tidak tahan lagi dengan tingkah laku dan banyaksalah laku Najib.Semua persoalan tentang Najib yang dibangkitkan memang logik dan ada ‘kes‘.
Perbezaannya ialah,dulu ada pemimpin Umno sendiri bertegas,tetapi hari ini pemimpin tertinggi dalam Umno memekak telinga membuat ‘boddow‘.
Muhyiddin letih.Inilah manusia yang tak terpakai,sama kelaku seperti menteri menteri sedia ada yang asyik membodek dan mengangguk angguk.
Sudah nyata ada kekuatan yang sangat besar menurunkan Najib ketika ini.TDM,Daim,TRH dan yang hebat sekali ialah majoriti rakyat memberi respon luarbiasa tentang sangat perlunya Najib diganti segera.Cubalah tanya orang ramai samada di luarbandar sekalipun.
Sekarang
hanya pemimpin Umno dan pencacai mereka sahaja yang mengiakan pada Najib.daripada 26 orang yang saya temui di kedai makan,pejabat pos,rumah kenduri dan lain lain,hanya 7 yang setuju dengan Najib.Antara 7 tersebut,2 daripadanya mengakui hidup semakin sempit berbanding dahulu dan menggesa kerajaan patut fikir masalah mereka.
Kesimpulan di sini ialah Muhyiddin pengkhianat melayu dan rakyat,selain Datuk Seri Haji Mohd Najib dan menteri menterinya.
Dato'
ReplyDeleteThe Sh*t just hit the Fan!
Instead of running helter skelter those dummies are so unbelievably sure that they will not get peltered and still continued to lie through their teeth...Except for one wiley fox. KJ said the PM should take up Tun M's suggestion of speaking up and answering all the accusations.
And so the "Drama Minggu Ini" carried on....Hudud and GST just became a sideshow.
Datuk,
ReplyDeleteUMNO tak perlu bimbang.Org2 kg tak ambik pot pun pasal GST,Altantuya,ekonomi jatuh pun.Ingat kubu kuat UMNO kat kg.dan tanah tanah rancangan..Pecahkan aje DUN dan Parlimen dlm.kawasan kawasan tu jadi dua kali ganda.Jadi UMNO akan menang kerusi dua kali ganda.banyaknya dlm PRU14 nanti..Apa susah susah
'KERAJAAN' hari ini telah mendapat durian runtuh : setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari dan bakal menjadi setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun 1Malaysia duit masuk apabila GST dilaksanakan.
ReplyDeleteKata Menteri Cerdik Pandai, duit GST (duit rakyat) akan dikembalikan kepada rakyat.
Memandangkan kerajaan telah mendapat durian runtuh dengan meruntuh duit poket semua golongan rakyat (kaya, pertengahan, rendah, miskin, pada kedana, muflis, tua, dewasa, muda, remaja, kanak-kanak dan malahan bayi), tak sabar pula hendak melihat kerajaan memulangkan duit tersebut kepada rakyat.
Kalau tak nampak lagi cara bagaimana memulangkan duit kepada rakyat saya cadangkan :
Kerajaan mengeluarkan arahan rasmi, semua yuran PIBG sekolah rendah/menengah TIDAK DIBENARKAN dilakukan, DANNNNNNN...... kerajaan menyalurkan peruntukkan yang cukup untuk sekolah terutama yang dikelaskan SEKOLAH BANTUAN PENUH KERAJAAN.
Mungkin ramai yang tak sedar ATAU buat tak sedar, hari ini sekolah kalut meruntun PIBG sebab untuk operasikan sekolah, duit tak cukup.
Nak beli kertas A4, beli dakwat pencetak, nak menyertai cara sukan/kurikulum/ko-kurikulum (walaupun anjuran Jabatan Pelajaran/Kementerian Pendidikan), hari anugerah cemerlang maka PIBG adalah penyuumbang utamanya. Itu masih belum dikira kutipan secara kecil-kecilan melalui anak murid untuk keceriaan kelas, tabung surau dam macam-macam lah (dah jadi macam astro : macam-macam ada).
Itu belum dikira sekolah berprestasi tinggi dan kluster yang kononnya mendapat peruntukkan tinggi, tapi PIBG sekolah begini lagi diroton dengan yuran PIBG.
Tak cukup dengan dinamakan sebagai yuran PIBG diberi pula istilah yuran tambahan. Sekolah anak saya (sekolah rendah) Yuran PIBG ditetapkan RM50 dan kemudian dikenakan yuran tambahan RM 40 ringgit pula setiap pelajar/anak yang berada disekolah tersebut. Anak saya disekolah menengah yang bertaraf kluster, dicadangkan dalam mesyuarat PIBG supaya yuran dikutip RM170. Itu belum masuk kutipan untuk badan uniform, kelab, keceriaan kelas dan 'macam-macam ada' lagi kutipan melalui murid dan secara kecil-kecilan (kecil-kecil lama-lama menjadi besar).
Mentang-mentang yang memegang jawtan YDP PIBG kalau tak berkedudukan pun , mesti pegawai berjawatan tinggi.
Ini semua dah jadi macam yuran tak rasmi TAPI mengalah yuran RASMI.
Walaupun kerajaan mengumumkan yuran sekolah (RASMI)dihapuskan dan diberi bantuan persekolah RM100, tetapi yuran TAK RASMI jauh mengatasi/tinggi daripada membayar yuran persekolahan dan tanpa menerima bantuan persekolahan.
Mungkin lebih elok diperkenalkan kembali yuran persekolahan dan membatalkan yuran PIBG.
Dengan ayat "ini untuk kemajuan dan meningkatan prestasi murid, maka tersumbatlah mulut ibuabapa daripada membantah dengan yuran-yuran tak rasmi nieee...
Ingin saya cadangkan kepada kementerian iaitu :
1. Janganlah (tangguhkan dulu) cadangan-cadangan untuk melakukan ITU dan INI dalam sistem pendidikan. Yang ada la nie pun tak terkampoi nak kena sumbang duit.
2. Mungkin sudah releven/sesuai untuk pinjaman PTPTN diperluaskan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.
Kepada-kepada penasihat, 'punah sihat', pembodek, pengkritik, cerdik pandai dan sebagainya, kalau terbaca masalah ini, tolonglah salurkan rintihan ini kepada Perdana-perdana Menteri, Menteri-menteri Cerdik Pandai.
Dah tak sabar nak tunggu PRU14. Mungkin PRU12 akan berulang atau lebih teruk. Waktu tu orang kata, tak kisah letakkan siapa atau apa (batu, kayu/tunggul) pun, kalau lawan calon UMNO/BN, mesti calon UMNO/BN tu kalah.
WALLAH'ULLAM.
Salam Sdra Kundoq.
ReplyDeleteSy setuju....Muhyuddin wajar tonjol diri dan cabar Najib letak jawatan...secara yg lebih terang.
Sdra tepat dgn berkata..."dia pun sama kelaku dgn menteri2 lain".
Dia kata dia penat.
Hah! kalau dah penat berehat saja ....jgnlah cuma sipi2 saja memberi mesej tidak menyokong Najib.
Jika hingga keperingkat ini pun masih lagi dgn malu2 kucing dan masih lagi sipi2 dgn mesej yg kelabu 'blur'....berkata dua tidak menyokong Najib........maka penatlah rakyat jadinya.
Jika sudah tidak setuju lagi dgn Najib dan ketua2 bahagian 'pengkilap kasut'...jujurlah pd diri sendiri dan terang2lah suruh Najib berundur.
Ini yg sebetulnya !!!!!!!!
Dato,
ReplyDeleteSemoga apa yg berlaku ini menjadi hikmah di mana kita akhirnya dapat membersihkan barisan kepimpinan negara dan mengembalikan kecekapan dan kebijaksanaan spt di zaman Tun Mahathir.
Andainya kita berjaya membuang kepala yg reput itu, maka kita harus pastikan yg kesemua bahagian yg reput dibuang sama. Ie; kesemua yg skrg ini sedang melalak membela sang kepala. Mereka tidak akan membela sang kepala jika mereka tidak turut reput dan busuk.
Dari situ juga harus dimulakan lembaran baru iaitu menghentikan terus khidmat media sosial upahan. Sebaiknya kjaan atau umno hanya membuka satu dua jawatan rasmi bg tujuan ini dan bukannya mengupah jemuan dan najis di jalanan untuk memberi penerangan bg pihak kjaan. Selagi mereka ini diternak, selagi itulah huru hara para menteri kita.
Hentikan budaya 'consultant' dengan mengambil mereka yg berkebolehan menjalankan tugas sejak dari mula. Untuk apa ada pegawai jika kerjanya dilakukan oleh consultant?
Despite all that is happening, let's pray for a happy ending.
Kesian usin tulis panjang lebar tapi sapa yg baca point nombor satu terus taknak baca semua. Kau tak tau ke mahkamah dah kata tak penting sapa yg suruh buat sebab kes ni nak tau sapa yg buat shj? Mcmana plak Dr Mahathir tak hormat keputusan mahkamah bila dia kata penting untuk tau sapa yg suruh buat?
ReplyDeleteNak ikutkan, opposition dan orang2 atas pagar dari dulu dah ckp benda ni secara tebuka tapi sbb Dr Mahathir dah fed up agaknye, dia sendiri tanya benda ni. Nak buat cane dah najib tu bebal.
Get with the times man you are like a few years off
Usin ni macam pengerusi jkkk.... ada elaun.. jadi Usin tersangat terhutang budi....
ReplyDeletese tahu saya... kat sini, ramai pengundi2 umno...tapi mereka ni rasional...
tk
Datuk,
ReplyDeleteIsu utama negara di masa kini adalah tiada mana-mana parti politik pun yang benar-benar memperjuangkan kepentingan rakyat.
UMNO kini hanya mempertahankan kedudukan Najib, Rosmah dan ahli-ahli keluarga mereka semata-mata, tanpa mempedulikan kesukaran rakyat.
PKR pula memperjuangkan kepentingan keluarga Anwar.
DAP hanya memperjuangkan kepentingan kaum Cina (terutama keluarga Lim Kit Siang) dan mempergunakan kaum lain demi kepentingan keluarga Lim Kit Siang dan kaum Cina.
PAS pula terumbang-ambing, sekejap ke sana sekejap ke mari, mengikut deruan angin.
Akhirnya, apa yang perlu dilakukan oleh rakyat marhaen yang teraniaya semasa PRU akan datang adalah tidak mengundi UMNO (BN), DAP, PKR ataupun PAS, tetapi mengundi orang-orang yang boleh dipercayai yang jauh dari pengaruh keluarga Najib, Rosmah, Anwar, Azizah atau DAP (tidak kira dari parti politik mana pun).
-Competente-
Sdr Competente.
ReplyDeleteMasih ramai org yg baik dari PR.
Kalau semua tak baik bererti sdr telah menidakkan keujudan syurga.
Atau sdr masih pakai psikokogi. Sdr terus je sokong UMNO tu.
PR bukannya satu parti dan ia tidak juga satu kesatuan yang kukuh. Ia hanya satu pakatan untuk menghadapi pilihanraya semata-mata. Ia tidak ada kena mengena dengan syurga mahupun neraka. Ia adalah hanya pakatan parti-parti yang berbeza pendapat dan juga matlamat. DAP memperjuangkan kepentingan kaum Cina semata-mata. PKR memperbodohkan rakyat demi keluarga Anwar. PAS berada ditempatnya kerana mahukan kejayaan politik dalam keadaan terumbang-ambing. Apakah kebaikan yang terdapat dalam keadaan sebegini? Kita boleh menipu orang lain, tetapi janganlah sampai menipu diri sendiri dan "make believe".
ReplyDeleteMalang sekali, UMNO juga digunakan oleh Najib.
-Competente-
Saya menyokong Competente.
ReplyDeleteKalau Najib masih menjadi PM pada hujung tahun ini, elok Konsensus BEBAS mula memperkenalkan calon mereka di kawasan yang mereka mahu bertanding PRU14 nanti.
Nak jadi calon bebas?
ReplyDeleteKalau duit dah berlebih pun jangan membazir hilang wang deposit dgn bertanding sebagai calon bebas.
Cuba teliti prestasi calon2 bebas dalam pilihan raya yg lalu.
Lebih baik bantu org susah.
Prestasi masa lalu tidak semestinya mencerminkan masa depan. Isu-isu politik dimasa lalu pun tak serupa.
ReplyDelete- Nik Aziz dah tiada.
- Hudud ada.
- Dulu UMNO tak sokong Hudud, hari ni sokong pula. Esok tak tahu lagi. Kalau Sabah dan Sarawak tak sokong, bagaimana?
- Anwar di dalam.
- Guan Eng dah tak boleh pelok atau pegang tangan Hadi.
- PASMA akan muncul.
- PAS ada 2 kem. (Pro-DAP & Pro-Hadi)
- Dr.M dah mula 'Last Resort'nya.
- UMNO ada 2 kem. (Pro-Mahatdir & Pro-Najib).
- Raja Petra pun sudah pecah tembelang PR, menang Perak 2008.
Ini tak tahu lagi apa akan terjadi lepas Muktamar PAS tak lama lagi.
PRK Permatang Pauh akan menyerlahkan lagi kepincangan PR 'Bersetuju untuk tidak bersetuju'.
malaysia adalah negara islam tapi kenapa isteri2 pemimpin tidak menutup aurat? bagaimana rakyat dan negara luar akan respect.
ReplyDeleteini menunjukkan pemimpin itu sendiri tidak berjaya utk pimpin keluarga ke jalan yg diredhai allah apatah lagi utk pimpin rakyat seramai 28juta.
sy malu mempuyai pemimpin yg ada isteri dan anak2 perempuan yg tidak menutup aurat. bagi sy pemimpin adalah idola kpd rakyat..bagaimana rakyat mahu menyanjung pemimpin yg tidak mampu melaksanakan kewajipan agama.
tidak bolehkah malaysia menjadi seperti brunei? bahkan pramugari mereka pun menutup aurat.