Tuesday, May 05, 2015

Rompin dan Permatang Pauh Medan Isu Sensasi


A Kadir Jasin


MUTAKHIR – Barisan Nasional mengekalkan kerusi Parlimen Rompin tetapi dengan undi popular yang lebih rendah. Calonnya, Hasan Arifin memperoleh 23,796 undi atau 61.48 peratus undi sah manakala calon PAS, Nazri Ahmad mendapat 14,907 undi atau 38.51 peratus. Pemilih yang keluar mengundi hanya 74 peratus.


Pada Pilihan Raya Umum 2013 Allahyarhan Jamaluddin Jarjis memperoleh 30,040 undi atau 66.89 peratus manakala calon PAS Noridah Mohd Salleh mendapat 14,926 undi atau 33.19 peratus.

Hasan Arifin (tiga dari kiri) merayakan kemenangan- Gambar Malaysian Insider
POSTING ASAL

HARI ini pemilih kerusi parlimen Rompin, Pahang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) bagi memilih pengganti kepada Allahyarham (Tan Sri) Jamaluddin Jarjis yang terbunuh dalam kemalangan helikopter 4 April lalu.


[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]


Barisan Nasional diwakili oleh calon Umno, (Datuk) Hasan Arifin manakala PAS yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) meletakkan Nazri Ahmad, seorang guru agama.

Ramalan umum adalah BN akan mengekalkan Rompin kerana ia berupa kerusi tradisi BN dan Jamaluddin boleh dikira sebagai wakil rakyat yang tekun menjaga kawasan. Selain jawatan tinggi dalam kerajaan, beliau juga bekas usahawan dan eksekutif perniagaan.

Dalam Pilihanraya Umum 2013, Jamaluddin memperoleh 30,040 undi manakala lawannya, Noridah Mohd Salleh dari PAS mendapat 14,926 undi. Kelebihan undi Jamaluddin ialah 15,114.

Persoalannya hanyalah peratus pemilih yang akan keluar mengundi dan kesan isu semasa ke atas calon dan parti yang mereka wakili.

Isu seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kenaikan kos sara hidup, kontroversi 1MDB dan kritikan dalaman yang semakin keras terhadap Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak, akan menekan BN.

PAS pula dibebani masalah perbezaan pendapat dengan rakan-rakannya dalam PR, khususnya DAP, bersabit cadangan pelaksanaan Hudud di Kelantan. PAS menjadikan Hudud sebagai agenda pokok di Rompin.

Yang lebih menarik ialah PRK parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini di mana Presiden PKR, (Datin Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan kerusi yang terpaksa dikosongkan oleh suaminya, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, yang didapati bersalah atas tuduhan liwat dan dipenjarakan selama lima tahun, baru-baru ini.

Permatang Pauh Utamakan Personaliti

Permatang Pauh adalah sebuah kerusi yang unik di mana sikap “anti-establishment” adalah ciri utamanya. Perwatakan memainkan peranan yang lebih penting daripada parti.

Sebelum ia dirampas oleh Anwar sebagai calon "ayam baru tumbuh bulu pahat" pada PRU 1982, Permatang Pauh adalah kubu Pas. Label calon ayam baru tumbuh bulu pahat itu diberikan oleh (Tun) Dr Mahathir Mohamad apabila mengulas kemenangan Anwar dalam PRU tersebut. Beliau menyertai Umno tidak sampai dua bulan selepas memenangi kerusi Permatang Pauh.

Anwar mengekalkan kerusi itu hinggalah tahun 1998 apabila beliau dipecat dari Umno dan kerajaan, dan seterusnya dipenjarakan atas kesalahan rasuah (menyalahgunakan kuasa) dan liwat.

Dalam PRU 1999 kerusi beliau ditandingi oleh Wan Azizah yang menang dengan majoriti 9,077. Beliau hampir-hampir tewas dalam PRU 2004 akibat tsunami “Mr Clean” (Tun) Abdullah Ahmad Badawi. Majoriti beliau jatuh kepada 590 sahaja.

Abdullah “membebaskan” Anwar pada tahun 2004 dan beliau serta-merta menjadi pemangkin penyatuan pembangkang. Dalam PRU 2008 Anwar kembali bertanding dan mengenakan pukulan KO kepada calon BN (Umno), Arif Shah Omar Shah. Beliau memperoleh 66.64 peratus undi manakala Arif Shah mendapat hanya 33.16 peratus. Populariti beliau merosot sedikit pada PRU 2013 apabila memperoleh 58.56 peratus undi berbanding calon BN, Mazlan Ismail, yang mendapat 40.06 peratus.

Dengan asakan bertubi-tubi oleh BN yang menjanjikan pelbagai habuan dan gula-gula, Wan Azizah mungkin tidak dapat mengulangi prestasi suaminya pada PRU lalu.

BN Menang PM Naik Tocang

Malah ada peramal pro-BN yang begitu yakin bahawa calon parti itu, Suhaimi Sabidi mempunyai harapan 50-50 untuk menewaskan Wan Azizah.

Namun begitu, Rompin dan Permatang Pauh mungkin tidak boleh dianggap sebagai barometer mutakhir bagi mengukur sentimen semasa politik nasional.

Ini adalah kerana kedua-dua kerusi itu kerusi luar bandar yang majoriti penduduknya Melayu. Harapan BN/Umno kekalkan Rompin lebih daripada cerah. Sejarah pilihan raya kawasan itu memberi kemenangan mutakhir bagi BN/Umno. Pembangkang tidak pernah merasai kerusi tersebut.

Ia boleh dianggap sebagai contoh kerusi luar bandar yang taat kepada parti penyandang.  Isu keborosan dan gaya hidup mewah Mohd Najib dan isterinya, (Datin Paduka Seri) Rosmah Mansor, GST dan 1MDB menjadi peluru sakti PR manakala BN pula menaruh harapan kepada gula-gula dan janji-janji pembangunan sambil melemparkan tuduhan kronisme terhadap keluarga Anwar dan menggembar-gemburkan perpecahan di kalangan parti-parti PR.

Ada penganalisis berkata, harapan PKR menang besar di Permatang Pauh lebih cerah jika bukan Wan Azizah yang bertanding. Hatta Nurul Nuha, anak perempuan Anwar dan Wan Azizah, mempunyai harapan lebih cerah daripada ibunya untuk mengulangi kecemerlangan PR-PKR.

Tetapi PKR tidak mempunyai banyak pilihan kecuali mencalonkan semula Wan Azizah kerana dikhuatiri sekiranya calon lain yang diletak bertanding, termasuk Nurul Nuha, PKR mungkin tidak akan mendapat sokongan DAP dan Pas. Hatta setelah Wan Azizah dinamakan sebagai calon pun masih berlaku penolakan oleh sesetengah elemen Pas dan DAP.

Manakala kemenangan BN di Rompin adalah dijangkakan, tetapi seandainya ia juga menang di Permatang Pauh maka yang paling beruntung adalah Mohd Najib dan yang rugi adalah pengkritik-pengkritik beliau.

Ia sekali gus membuktikan bahawa Mohd Najib mendapat kepercayaan pengundi walaupun pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau dan banyak dasar beliau menyusahkan rakyat jelata.

Daripada Perdana Menteri yang memerintah seolah-olah dia seorang Presiden, Mohd Najib boleh menaikkan taraf diriya kepada “Maharaja” zaman dulu kala yang bebas melakukan apa saja dan kebal dalam segala perkara.

Wallahuaklam.

41 comments:

  1. Prophetic words, Tuan, which we detractors of the Prime President pray doesn't come to past.

    Sadly, a friend who attended a government-type public gathering in recent weeks suggests that the rot may have been institutionalized to the extent that even some segments of the rakyat thinks that its not wrong at all to "Scratch my back and I'll scratch yours" as well as "I help you, You help me".

    I pray that his assertion is proven incorrect.

    Wasalam.

    ReplyDelete
  2. Menang atau kalah teruk pun..Najib tidak akan berubah. Bahkan skrg dia menuju ke status ' Emperor' lg. Sjrg dia lagi ke Spore. Tak tahu apa yg di bincang atau di lelong lg ke Spore selaen cek account 1MDB ( My Depost Balance kut. ).Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Aslkum Dakj.

    Soal Rompin , calon UMNO tentu akan menang.

    Soal dosa2 Najib cuma pembangkang yg suka fitnah.

    Lagi pun derhaka kalau tak dengar titah Sultan yg dah verify Najib kuat kerja.

    Tentulah definasi kuat kerja yg dimaksudkan Sultan termasuk menyara hidup isteri, anak termasuk anak tiri.

    Tapi tiada siapa salahkan Najib pasal hutan Cameron Highland gondol.

    Pahang tak nak jual tanah, pasir dan air pd Singapore?

    Boleh jadi billionaire segera.

    ReplyDelete
  4. Kalau BN menang, memang sah dan nyata Malaysia ini dipenuhi oleh majoriti manusia yg buta hati dan penggemar 2 maksiat dan perasuah.

    ReplyDelete
  5. Salam sdr Kadir, a fair comment afterall by the distinguished writer. Let me share you my thought on the political scnerio in Permatang Pauh.

    1. GST become the most single and dominant issue in Permatang Pauh,especially 70% of the voters are rural Malays.

    2. Most of the Y generations there are jobless especially those works in private sectors. Goverment opening are rather limited thus it indicate the income level of the people.

    3.The Barisan component parties did some political campaigning jobs but the result was not that encouraging. When we talk to the non Malay,it is not they don't love Barisan but they love Pakatan more especially the sickening issue of 1MDB,and high cost of living.

    3.Despite the solidarity shown by Barisan especially Umno, it can be seen that some Warlords was absent from the war front,due to so many factors among them the stratgic funding to operate the campaign.

    4. Yes people are tired of pakatan never ending policalisation of every issue,but the alternatives to the issue does not meet the stringent test of truthfulness.

    5.The chinese tsunami will still linger but with less Richter scale due to the facts people are in the state of fatigueness. No fast solution to the complex problem.

    6. Let me qualify my statement by saying if the turnout between 75 to 80% perhaps, BN have a slight competitive advantage as far as the issue of hudud and the frustration felt by PAS members. Knowing this in advance the state Goverment DAP has declared a public holiday on the voting days.

    7.For Dato Najib, even though the umno members are loyal to the party,but then the members are complaining about the various issues that has caused bleeding in UMNO.While they work for the party but majority of them simply cannot bury those things in their chest. They speak up but they have to "taat" to their leaders. It has to be solved and for god sake ,do not sweep under the carpet,after this by election.

    Thats all folk, I rest my case sdr Kadir.

    ReplyDelete
  6. ismail muda5:48 PM

    Datuk, Rompin sudah tentu diraih lg oleh BN. Di situ gugusan rancngan felda yg menempatkn beribu2 keluarga peneroka. Kebyakan asal Johor & sentimen pro Umno masih kuat. Walaupun isu saham FGV jatuh teruk, isu isa samad yg dibenci peneroka & isu rumah 2nd gen, peneroka tetap menyokong umno. Gambar Tun Razak dijadikn ikon & ditampal di rumah2 peneroka walaupun anaknya byak isu & kontroversi. Semasa kempen, seluruh jentera felda digunakn termasuk Yayasan felda yg tidak tertaklok kpf mane2 peraturan kewangan. Yayasan bebas berbelanja apa saja....! Kakitangan felda dari beberpa negeri turut berkampong di Rompin sebagai satu simbol sokongan moral kpd Pengerusinya!!!
    Permatang Pauh kali ini tidak lg selamat. Benar kata Datuk, jika diletakkan calon lain, PKR pasti menang. Wan Azizah sudah jadi liabiliti. Elok saja Anwar umum bersara dari skrg. Ganti lah dgn lain.
    Jika dua2 PRK ini dimenangi BN, pasti Najib dabik dada. Dia pasti megah kerana umno menang bergaya. Penyokong Najib bole bergembira & tentu ada yg meminta upah..
    Sampai masa Pas menentukn ketuanya yg baru. Hj Hadi patut berundur mcm Anwar. Jgn mimpikn nak ke Putra Jaya kalau dok berkecamuk sesama sendiri. Hakikatnya umno menang di dua2 PRK ini kerana PR yg lemah...

    ReplyDelete
  7. Salam dato,


    Agak agak siapa akan jadi ketua pembangkang di parlimen 2-3 minggu lagi?


    Saya teka Lim Kit Siang.....


    Depa dah balun Haji Hadi kaw kaw lagi....tak nampak harapan dia jadi ketua pembangkang.



    Kalau lah Datin dr wan azizah kalah, memeng betul la ini `long term plan' DAP...balun dan biaq depa wakil melayu selain UMNO, pi mampuih,dari kiri dan dari kanan.....



    Lepas ni, DAP akan `slow talk dengan BN'..bolih ganti MCA dan Gerakan, sebagai wakil orang cina.


    Pencapaian PM setakat ini.....hilang penang,
    hampir hilang perak, akan hilang melaka(?) dan johor (?)...



    Last last BN akan setuju lah nanti jadi republik of Malaysia.


    Sejarah akan `memuji dan memuja' Datul Sri Najib, dikemudian hari sebagai `peneraju' kearah pembentukan republik itu, (agaknya)....


    Begitu lah pendapat saya.




    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  8. sejati6:59 PM

    Memanglah 'maharaja' dato.. Tapi kalau dikelilingi pengampu2 yang hanya beri cerita positif dan dia masih dalam 'denial syndrome', tidak tahu tentang keluh-kesah dengan kesan sara hidup yang menghimpit dan gejolak rasa marah rakyat..PM Najib Razak lebih sesuai jadi 'the naked emperor'..

    ReplyDelete
  9. Rakyat Msia harus berdoa..kawatir dan takut kerna skrg Naib lagi ke Spore berjumpa dgn PM Spore. Mereka skrg dah tahu Najib itu bodoh sangat..pasti ambil kesempatan utk minta ini dan itu lagi. Mereka boleh ancam najib..kalau tak beri duit sisa 1MDB tak boleh di bawa kelaur dari Spore..seperti dulu Tun m berkali2 cuba minta kerajaan Spore pulang kan balek duit caruman pekerja Msia di sana ..tapi gagal.

    So katakan lah BN menang di Rompin dan P.Pauh tapi negara kena jual lagi ke Spore. Waspada aja

    Wallahuallam

    ReplyDelete
  10. Salam Dato.

    Komen yg adil dari Dato.

    BN tentu menang diRompin...cuma sy pasti...petatusannya merosot dari dulu.
    Menang bukan kerana Najib tetapi kerana org Melayu yg masih sayang pd Parti.

    Tentang Permatang Pauh....sy percaya PKR akan menang tetapi juga dgn peratusan undi yg merosot.

    Dan Najib wajar faham dan sedar diri.

    Tetapi jika BN menang....ini juga bukan kerana Najib...tetapi kerana penduduk sudah bosan dgn Parti Keluarga...

    Dan Najib wajar faham dan sedar diri.

    Faktor Najib dgn kemenagan BN diRompin atau jika diPermatang Pauh sekali pun sudah tidak wujud lagi...kerana org Melayu sudah tiada pilihan....cuma terpaksa sahaja.
    (analisis boleh dibuat berpandukan peratusan kemenangan berbanding sebelum ini).

    Seperti Dato kata...kedua2 PRK ini bukan 'barometer' jika BN memperolehi kemenangan.....DAN HARAP PRESIDEN JGN PULA SYOK SENDIRI.....atau merasa GAH.

    Dato..tentang perasaan diri bahawa dia seorg Presiden atau Maharajah?
    ....itu sudah Jelas dan sudah lama berlaku....bukan semalam atau 2 bulan lepas.

    Malah dia dan bini bukan sahaja mahu digelar Maharajah tetapi disembah seperti Dewa Dewi....Persandingan anak dia pun bercerita semua.

    ReplyDelete
  11. p/s dato,


    terlupa..
    Selangor may u-turn to Bn kalau Pas naik angin dan PKR berkecai.


    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  12. Salam Dato Kadir Jasin

    Tahniah kpd Dato’ Hasan di atas kemenangan Parlimen Rompin. Diharap YAB Dato’ Najib melantik beliau menjadi menteri GST menggantikan Dato’ Ahmad Maslan. Saya kenal gitu-gitu je Dato” Hasan ni. Tapi beliau memang lantang bersuara. Biasanya bila kita datang meeting, buku laporan menit mesyuarat jarang sekali saya baca, terutamanya bahagian accounting (sebab tak berapa faham). Tapi, Dato’ Hasan nampak macam beliau membaca setiap baris ayat di dalam minit tersebut dgn begitu teliti sekali macam Tun Hussein On. Beliau siap boleh kritik accountant muda yg bentangkan report sebab tak lengkap. Dahsyat betul beliau di dalam bidang ekonomi ni. Cuma umur je yg tak menyebelahi beliau.

    Keduanya, seperti yg dijangkakan (dari Malaysiakini), UMNO menang dgn undi merosot dekat separuh dari PRU13 dikawasan kubu kuat UMNO sendiri. Hai!!!! Tak boleh jadi ni……. Undi calon PAS pula tidak berubah. Ini bermakna ahli UMNO sendiri dan pengundi atas pagar buat protes senyap. Sebab apa mereka protes, tepuk dada, tanya Dato’ Ahmad Maslan, pakar ekonomi tersohor negara. Saya bukannya Tok Nujum macam dituduh Sdr kawanlama, tetapi keputusan pilihanraya dah membuktikannya. Nak cakap apa lagi kawan ???? DAN Jika trend ini berkekalan, habislah UMNO dan BN pada PRU 14 nanti. Sekian TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa masalah sdra OKJ tentang membandingkan GST dengan keputusan pilihanraya kecil Rompin.

      GST adalah sistem refornasi cukai yang baik walaupun tidak popular. Ini perkara yang melangkaui politik dan saya tidak sangat khuatir kalau BN kalah dalam PRU akan datang kerana pertahankan GST.

      Najib mungkin salah tapi Mahathir tidak semesti betul.

      Delete
  13. Dato'

    Mengikut keputusan tidak rasmi, majoriti BN merosot 50 % di Rompin. Itu petanda yang tidak baik buat PM Najib

    ReplyDelete
  14. Kepada Dato' A.Kadir Jasin :

    Boleh tak Dato' buat kajian tentang undi umno yg telah SWING di Parlimen Rompin dan apa yg akan berlaku kpd umno BN-GST pada PRU-14 akan datang hasil dr kemerosotan undi yg berlaku. (Kalu tak silap, Muhyiddin pernah berkata, jika berlaku SWING hanya 2%, umno BN-GST hilang Putra Jaya)

    DAN agaknya apa tindakan Dr Mahathir setelah mengetahui kemerosotan undi tersebut. Adakah Tun Mahahir akan MENINGKATKAN lagi serangan natijah dr kemerootan undi tersebut.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. saya berkempen untuk BN di permatang pauh..

    saya yakin BN menang mudah

    salam tok

    ReplyDelete
  18. If Najib decide to hold a snap election, he can expect all BN candidates to have a reduced majority by at least HALF. And chances of a few ( few means not less than 10 ) losing their seats. So if BN or for that matter UMNO still wants to win in the next GE, Najib has to be advised to step down NOW. Wallahualam

    ReplyDelete
  19. Asrar Ahmad1:44 AM

    Assalamualakum
    Dato, care to comment on an old case that happen during your time, i was only in my teens. But i belief it was malaysia first loss that run into billions.
    Did we caught thr scroundrel that was responsible for it, back then tengku razali the finance minister, i belief the finger was pointing at him,correct me if iam wrong

    ReplyDelete
  20. Aslkum Dakj.

    Menang dgn undi merosot dalam PRK , kubu kuat UMNO dgn majoriti lebih 95% Melayu tak sekolah, tak boleh jadi penyebab nak pertahan Najib. Pengilap dan pencium tangan Najib carilah alasan lain.

    Begitu jugak dgn Hadi Awang.

    Beliau yg degil sangat , hanya tahu suruh org lain bersabar harus jugak letak jawatan.

    Kenapa?

    Sebab tektik beliau nak tunjuk PAS sudah balik ke pangkal jalan dgn beria ia bentang Hudud tidak di endahkan oleh masyarakat Melayu.

    Kalau Melayu2 UMNO tu kisah sangat pasal agama mereka tentulah berbondong2 mereka keluar undi PAS yg nak tegak Hudud.

    Hadi mesti dipersalahkan. Yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran.

    PAS dan PR sepatutnya ambil kesempatan terhadap kelemahan UMNO.

    Sayangnya seperti ada bantuan Hadi kpd UMNO untuk melemahkan PKR dan DAP.

    Dulu saya sangat hormat ulamak PAS.

    Sekarang kena pilih2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar hendak bertanya sdra UAA,

      Harap catatkan sumber sdra sebut kadar 95% pengundi Melayu tidak bersekolah. Kalau kredible sumber saya sudi buat rujukan dan jika tidak elok sdra sendiri bakul sampahkan data itu ye.

      Delete
    2. Kalau sekolah mereka tentu tahu menilai antara yg baik dgn buruk.

      Dan mereka tahu Mahathir dan Najib tu dua2 pun perhabis beras.

      Delete
    3. Kenyataan yg amat menghina.....kami org kampung dan kami menuntut ilmu yg sebaiknya....zaman tu dah lama sangat berlalu...sbb mulut badan binasa....sbb otak tuan badan gila.....INGAT TU

      Delete
    4. Umumnya org miskin lebih mudah di beli dgn secawan kopi. Apa lagi kalau golongan tak bermaruah.

      Serupa tak sekolah la tu.

      Taat membabi buta pd UMNO.

      Harap sijil tinggi hingga ke Oxford. Tapi balik Msia berfikir macam org tak sekolah. Negara England ajar rakyat bersih dan ada pendirian.

      Apa lagi kalau setakat lulus SPM zaman Najib. Sedangkan macam Timbalan menteri GST pun nampak sangat tak sekolah.

      Syukurla kalau diri sendiri berperangai macam org pergi sekolah.

      Delete
    5. Saudara ni hebat sangat kah ? Jgn angkuh dan takbur bro......

      Delete
    6. Maaf lah sdra UAA kerana sdra memang jenis makhlok buta hati dan buat kenyataan yang tidak boleh sdra sendiri pertahankan.

      Ini lah jenis makhlok yang suka memomokkan masyarakat dengan cerita2 hantu.

      Delete
    7. Sometimes, one's stupidity is most glaring in one's thought that everybody else is stupid.

      Delete
  21. matpenang9:47 AM

    It's take a thief to catch a thief

    ReplyDelete
  22. Kalau mengikut analisis DSKJ, faktanya sejumlah 7000 pengundi BN tidak keluar mengundi. Walaupun begitu, undi sah untuk PAS naik 5% manakala undi sah untuk BN turun 5% kerana faktor peratusan keluar mengundi yang rendah. Jika 7000 pengundi BN keluar mengundi PAS, kesannya BN masih menang dengan majoriti 1000 undi. BN harus berjaga-jaga memandangkan BN adalah kubu kuat BN dari zaman purbakala. Rompin hanya permulaan. Najib jangan keliru. Saya ramalkan majoriti PKR untuk Permatang Pauh juga akan berkurang kerana peratusan keluar mengundi yang rendah. Persoalannya mengapa pengundi BN tidak keluar mengundi?

    ReplyDelete
  23. Pak Malau1:07 PM

    Kenapa 7000 pengundi BN tak keluar mengundi? Padahal kerajaan telah memberi cuti pada hari pengundian.
    Mesti ada sesuatu yang tak kena.

    ReplyDelete
  24. Dato ,

    Berasakan pemerhatian dan sedikit pengalaman dalam bidang yang berkaitan politik Malaysia secara umumnya sikap pengundi dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya umum berbeza . PRK dianggap sebagai sekadar memenuhi tuntutan perundangan sahaja dan bukan untuk membentuk kerajaan . Justeru ia adalah merupakan salah satu penyebab peratusan keluar mengundi lebih rendah . WALLAHUALAM .

    ReplyDelete
  25. Bukankah amalan Nepotisma dan kronisma tahap melampau; Anwar dan keluarga, Lim Kit Siang dan anak, Karpal Singh dan anak-anak, penghabih beras juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur la 52% pengundi PRU13 bukan dalam kategori bangang dan bongok.

      Mereka tak termakan propaganda RD bahawa PKR dan DAP parti amal nepotisma dan kronisme tahap melampau.

      Sebab mereka tak asal cakap je.

      Delete
    2. @umar abdul aziz !

      TLG BERADAB kalau anda bijak.

      Delete
    3. Maliq.

      Baradap sangat kah sdr bila suruh org lain BERADAP. Jangan puji diri sendiri secara tak langsung.

      Lebih baik kita berhujah saja.

      Saya hanya balas balik bila org kata saya yg bukan2 .

      Delete
  26. Hanya orang bangang dan berhati busuk saja yang tergamak mengatakankan:-

    "Umumnya org miskin lebih mudah di beli dgn secawan kopi."

    Begitu murah sekali pandangan Khalifah terhadap orang miskin (Melayu?) sehingga "Taat membabi buta pd UMNO"????

    Langsung tidak meletakkan kesalahan pada pemberi rasuah, kebanyakanya, terdiri dari kaum Cina. Hakikatnya, jika tiada peluang untuk pemberian rasuah, bakal-penerima dengan sendirinya akan malu untuk meminta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sebenarnya ada banyak perkara lebih baik nak buat selain melayan blogger banggang yg tak tau hukum.

      Bukankah Nabi kita sendiri ada menyebut kemiskinan itu hampir saja menjadikan umat Islam itu kufur?

      Dah terbukti pun kata2 Nabi kesayangan kita lebih 1400 tahun yg lalu.

      Masaalahnya dimana ada UMNO disitu ada ramai Melayu Islam yg miskin. UMNO yg RD sokong tak malu ke menyebabkan ramai Melayu miskin? Atau UMNO sengaja!

      Agar senang di perkotak katik dan senang dirasuah agar terus sokong UMNO?

      Bukankah idola RD sendiri iaitu TDM tak setuju dgn BRIM kerana dianggapnya rasuah?

      Adakah RD sejak sehari dua ni dah masuk balik ke kem Najib pulak?

      Kalau org tak sebut tak bererti org bersetuju dgn pemberi rasuah. Dan RD lah yg busuk hati buat spekulasi. Ada pernah saya sokong pemberi rasuah? Dikata bodoh marah pulak.

      Pemberi dan penerima rasuah sama2 masuk negara.

      Saya juga berharap org jadi blogger upahan UMNO ambil gaji dari rakyat juga masuk negara atas alasan memakan wang rakyat dgn cara yg tak sah.

      Soalnya di negara2 maju tiada rasuah sebab pemimpin mereka bukan saja kelihatan bersih tapi betul2 bersih.

      Mereka tak ada pemimpin spt TDM, Najib, Rafidah, Daim dan ketua2 bahgian UMNO.

      Delete
    2. Maaf neraka bukan negara.

      Delete
  27. Penyokong UMNO semuanya miskin. Kalau nak kaya, masuk PAS, DAP & PKR.
    Begitulah pendapat "Khalifah".

    Khalid Samad pun dah mula keluar fatwa masuk neraka kalau tak pangkah Kak Wan di Permatang Pauh.

    Bila diri sendiri diupah, maka orang lain pun di tuduh menerima upah juga. Sama seperti idolanya yang sekarang berada di Sg.Buloh. Pada 1998, Anwar Ibrahim sebagai TPM pernah mengunakan Zahid Hamidi, tuduh Dr.M mengamalkan nepotisma & kronisma. Hari ini, kita boleh lihat sendiri siapa yang mengamalkannya pada tahap melampau.

    Sudah menjadi pengetahuan umum, Anwar Ibrahim adalah bapak-Rasuah politik semasa bersama UMNO. Mengapa malu untuk sebut nama beliau?

    Yang terbaru:-
    Lim Chin Cheh letak jawatan untuk beri peluang Anwar bertanding ADUN Kajang, sebagai laluan ambil-alih jawatan MB Selangor dari TS Khalid Ibrahim. Tiada unsur Rasuah?

    Jangan fitnah TDM, Daim, Rafidah dan semua Ketua Bahagian UMNO terima atau beri rasuah. Tunjukkan bukti.

    Setakat Najib saya boleh terima kerana persepsi index Rasuah Malaysia meningkat dibawah pemerintahannya. BR1M, janji nak beri RM5juta jika BN menang di Sibu, adalah contoh rasuah yang diamalkan Najib. Mengunakan Razak Baginda dan Jho Low sebagai orang-tengah dalam urusan kerajaan boleh juga dikira rasuah atau seleweng wang Rakyat. Dalam erti kata lain, Rakyat dipaksa membayar untuk sesuatu yang sepatutnya tidak perlu sama-sekali. (khidmat 2 orang-tengah itu).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehadapan RD yg bongok sangat.

      Dalam paparan yg sama pun RD bercangah pendapat sendiri.

      Bila berhadapan dgn nama2 geng songkok tinggi RD minta buktikan mereka rasuah. Dalam kerajaan rasuah takkan mereka nak pekena geng sendiri.

      Sama2 jita lihat nasib mereka jika ditakdir UMNO hilabg kuasa.

      Dengan Anwar sedap je mulut RD buat penipuan tanpa rasa malu "umum mengetahwi Anwar bla bla bla. Umum? Sejak bila RD mewakili masyarakat umum.

      Besar punya penipu.

      Saya boleh kata RD penipu sebab kalau memang Anwar rasuah mana dia kes rasuah Anwar ? Dan cuba RD bentangkan berapa wang yg terlibat dalam kes rasuah Anwar, jika ada?

      Bila pulak masa saya ada mengatakan kalau nak kaya jom kita join PAS, DAP atau PKR?

      Satu Msia tau RD bapak penipu.

      Yg saya kata selagi ada UMNO selagi itulah ramai Melayu miskin atau disengajakan jadi miskin.

      Terakhir bila Lim Chin Cheh sebagai wakil rakyat Cina dari PKR sanggup berkorban beri laluan pd Anwar untuk selamatkan Selangor dari Khalid Ibrahim yg dah berperangai macam perangai MB Umno yg tunduk pd Najib dan org yg tak sepatutnya terlibat politik rakyat tapi sangat UMNO friendly.

      Kalau RD ada bukti unsur rasuah dalam langkah Lim Chin Cheh silalah berkongsi dgn kami di blog ini.

      Kalau tiada bukti maka lebih baik RD diam je. Tak buang masa pembaca.

      Delete