A Kadir Jasin
PERDANA Menteri yang suka melawat ke luar negara, Mohd
Najib bin Abdul Razak, kini berada di Jepun.
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan
disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Sahlah darah perantau Bugisnya menjadikan beliau
Perdana Menteri yang “foot loose, fancy free” walaupun negara dan rakyat jelata
dilanda pelbagai musibah dan kejadian ngeri.
Adakah beliau peduli bahawa jangkitan sistemik 1MDB
semakin teruk? Mohd Najib buat-buat tidak tahu manakala Gabenor Bank Negara pun
diam membisu.
Kesan sistemik 1MDB jejas TNB dengan teruk |
Mengikut laporan akhbar kawalan
MCA, The Star harga saham TNB jatuh RM1.06 sejak 18 Mei lalu. Ini bermakna modal pasaran TNB
jatuh RM6 bilion dalam masa seminggu. (Baca di sini)
Allahyarham Tun Razak lawat Felda Endau |
Dan apa yang sudah jadi dengan
Felda Global Ventures (FGV), periuk nasi peneroka Felda, yang riuh-rendah disenaraikan pada bulan Jun, 2012 sebagai persediaan pilihan raya umum 2013?
Harga tawaran awam permulaannya
(IPO) RM4.55. Yang dapat beli saham, termasuk peneroka, sangat gembira. Tapi semalam harga saham FGV di Bursa Malaysia hanya tinggal RM2.02 –
tidak sampai separuh. Sesiapa yang masih pegang rugi RM2.53 sesaham. Adakah Mohd Isa Abdul Samad peduli?
Mohd Najib pasarkan aset peneroka Felda |
Apa kata pak-pak menteri yang
faham ekonomi dan pasaran macam Mustapa Mohamed, Ahmad Husni Hazadlah dan Abdul
Wahid Omar? Diam membisu dilanda sindrom koro? (Baca di sini)
Lupakan Idris Jala kerana bagi
beliau semuanya boleh dihujahkan sebagai sempurna asalkan beliau dan Pamandu
dapat nama.
Wallahuaklam.
Salam,
ReplyDeleteApakah Malaysia sudah melahirkan insan umpama Ferdinand Marcos dan Imelda Marcos. Apakah kecenderungan org Melayu melantik Pak Turut dalam organisasi sudah memuncak menjadi sebegini parah.
Siakap senohong gelama ikan duri,
ReplyDeleteCakap mohong lama-lama jadi menteri...
Assalamualaikum Datuk
ReplyDeleteMasaalah nya majoriti rakyat Msia tidak tahu atau paham apa itu ' ekonomi negara ' yg boleh menjatuhkan Bursa Saham negara ini. Seperti nya FGV. Waktu di senaraikan dgn harga lebih RM4..ramai pemegang saham nya..terutama peneroka Felda cepat2 ' cash out '. Dgn duit ini mereka belanja sakan. Bg mereka..mereka hanya penting ' harga satu ton kelapa sawit '. Mereka tidak tau mekanisme pasaran saham.
Yg amat mengherankan sekali kenapa Gubenur Bank Negara terus berdiam diri. I thought she is made of sterner stuff. Saya perhatikan statement2 beliau are to general dan isu 1MDB langsung tidak di sentuh.
Seperti saya sering menyatakan para Menteri2 Melayu being the majority lebih memilih utk diam dan ikut arahan Nsjib. Seems they prefer to sell their souls to this useless PM instead of dtanding up against his stupid ideas,etc
Kalau org2 UMNO tidak perlu saya komen la. Mereka semua has heen taken care off by Najib n his spouse.
1. idris jala aka k-pop i.e. king of power point.
ReplyDelete2. peneroka felda dah kena kelentong, masih dibuai mimpi. kebanyakan generasi kedua, depa tak tau lagu mana pak2 depa pugaq hutan belantara, kena patok ulaq, lipan & menghadapi berbagai2 rintangan.
3. kita tidak nafi yg almarhum tun razak banyak jasa tapi felda bukan hak peribadi yg diwarisi oleh anaknya ahjibgor.
tahniah. kerja keras tuan sudah membuahkan hasil.
ReplyDeleteTuan Hj Kadir,
ReplyDeleteWell, they will say " It is just paper loss........after all you still have the SAME number of shares or is it units?"
Aslkum Dakj.
ReplyDeleteBiar saya beritahu apa akan berlaku.
1. TNB akan dipaksa beli aset IPP kepunyaan IMDB pd harga mungkin dua kali ganda agar IMDB tiba2 rekod keuntungan besar.
2. Untuk itu TNB perlukan sekitar rm16b
Mungkin TNB bayar dulu tunai 20% atau sekitar rm4b untuk lepaskan sesak jangka pendek bos besar IMDB nak bayar hutang bank2.
3. TNB terpaksa jual bon atau jual saham baru dalam bentuk rights issue untuk dptkan baki rm12b buat bayar kpd IMDB.
4. Sekali lagi dana2 awam akan dipaksa membeli bon atau saham baru TNB.
5. DI kaca mata rakyat yg senang diperbodoh MAP akan jual temberang bahawa dana awam tak diguna bail out IMDB. Mereka cuma membeli bon atau saham baru TNB. Tiada kena mengena dgn IMDB.
Semua gerak kerja kotor org Najib ni tak sukar ditelah. Dah dalam poket.
Kesannya ialah:
Kalau dulu rakyat di perah melalui bil letrik tinggi guna bailout IPP kroni TDM srkarang sekali lagi rakyat kena gotong royong selamatkan TNB kerana mereka pula kena selamarkan IMDB/ Najib.
Pesanan kpd rakyat.
Jangan serik. Teruskan mengundi UBN .
Terbaeeek....teruskan mengundi UBN.
Delete1.Pernah dengar UBG BERHAD?
2.Apa dah jadi dgn UBG Berhad?
3. Adakah benar selepas gagal di UBG berhad mereka2 ini semua yang hidup kan 1MDB ?
Pak kadir...Kini kita sudah jadi ali baba bersama nujum pak belalang dalam sekelip mata kita hilang segala-galanya semuanya berpunca dari 1MDB dan ia nya akan terus berjangkit kepada lain2 perkara mungkin dalam masa terdekat akan ada la formula one atack kalau tak heart atack la ia kita tunggu bersama ia dato....wassalam...........
ReplyDeleteAslkum Dakj.
ReplyDeleteSetiap kali ada gerakan2 korporat spt melembukan TNB untuk menyelamatkan IMDB maka yg paling dirugiksn adalah pelabur kecil spt kita yg modalnya dan ilmu bermain saham pun terbatas berbanding dgn pelabur institusi.
Bayangkan kalau pelabur runcit dah beli saham TNB pada harga tertinggi tanpa mengetahwi tentang masa depan TNB yg bakal dilembukan?
Kalau menurut logik kejatuhan harga sahan FGV drpd 4.55 sesaham kpd rm 2.00 sesaham, apakah tak mungkin harga saham TNB tak boleh merudum menjadi separuh kpd rm7.50 saja gara2 hartanya dah dirompak IMDB?
Kalau ini terjadi maka market capitalisation TNB akan susut drpd rm74b sekarang ni kepada cuma rm37b.
Siapa akan tanggung kerugian rm 37b ni? Tentulah sebahgian besarnya ditanggung oleh rakyat melalui Khazanah , KWSP, PNB , TH sebagai pemegang saham utama.
Bayangkan kalau kita sebagai pelabur runcit ada memegang sekian bsnyak saham TNB , dan mencagarkan saham berkenaan di bank untuk ambil pinjaman? Oleh kerana nilai cagaran tu dah susut sebanyak 50% tentu bank akan arah kita tambah nilai cagaran dalam masa 3-4 hari je. Jika gagal maka bank akan jual paksa saham kita menyebabkan kerugian kita bertukar drpd paper loss kpd real loss..
Moral cerita bila kerajaan campur tangan dalam dunia korporat hingga peringkat memaksa maka rakyat akan dirugikan.
Jangan sampai pelabur asing tarik modal mereka keluar drpd Bursa Malaydia demi keselamatan pelaburan mereka drpd ditelan naga2 yg desperate.
Khabarnya Dr Mahathir di Japan, Najib di Jepun..
ReplyDeleteAda istilah mereka akan bertemu dan berbincang..
Jika untuk perkara baik kenapa tidak di Kuala Lumpur sahaja.
Jadi jangan sangat harap apa-apa dalam masa terdekat kerana benang yang kusut kali ini tidak seperti kekusutan sebelum-belum ini.
Jika kusut dirungkai pun takkan sempurna, tidak baik sebagai precedent untuk UMNO menyelesaikan masalah sekarang dan masa hadapan.
Jika Mahathir silap dan bersalah - tiada maaf bagimu, begitu juga sebaliknya.
berkata MP N 9 ..kepada saya tadi pagi di parlimen..
ReplyDelete"Perdana Menteri perlu jawab dan jawapan perlu selari dengan kabinet dan MKT,"
untuk selamatkan 1MDB teramat mudah..
tapi nak jawab mana pergi CASH IN BOOK... hanya YAB PM sahaja yang boleh jawab.
tambah beliau, dulu seluruh kerajaan negeri buat ibadat dengan beri tanah kepada Tabung haji.. tapi sekarang Tabung Haji beli tanah dari kerajaan..
salam tok
Salam dato,
ReplyDeleteYOU and the rest of the nation will be told shortly, after his jalan jalan time,that IT IS ONLY
paper loss,not the real money loss lah...
The next item is, HE IS going to convince malaysian to quickly build THE HIGHSPEED TRAIN KL-Singapore, USING JAPAN's method and contract.....
The train technology is so expensive,even in japan,with a very high train ticket price,that even the japan is losing money every years,after years of the train service...
He will get his way to convince(or con?) people to `buy and use' this extremely expensive train technology, and at the end of the day,the ticket price is too expensive for ordinary people(except him and the gangs),and the rapid train will be dumped into KTMB( which is already dead in debt, and continously losing annually,in addition the railtract stretch in kelantan that need repairs)...NEXT big
loss lagi...Bailout lagi.
Be prepared for next Petronas and related companies sell off,when he considers it as the next whiteknight.....(and cancel penggerang project).
Abu Bakar Ab Rahman
Salam Sir KJ
ReplyDeleteKalau saya pun saya lari ovesas. Syok apa. Diiringi dan diraikan. Semaklah duduk KL dengar cerita IMDB. A breathing space. My wife pun can go shopping and merawat muka. You would too, right?
Balik nanti I bawaklah berita Japan giving good package for bullet train. US too agree to help me in the Rohingya Muslims migrant issue. Hooray u all, see I accomplish things. I dont just walk, walk eat wind. Kitapun syok dengar.
BTW DAKJ, after reading all the reports, I surmise Najib really don't know what's going on in 1MDB. He knows not, honest to God.
That's why ke kept giving conflicting statements. Correction after correction. Not because he wants to cheat in Parliament as accused. Obviously the govt officers in PMO and MOF are also confused. You agree?
Salam dato',
ReplyDeleteTransaksi besaq2 dalam 1MDB takkan hanya board of directors berani buat keputusan? Tak mustahil ada arahan....
Kalau buang@siasat bod, maknanya sekali lagi akan ada persoalan seperti kes Altantuya.
Siapa yang beri arahan????
Salam brother Kadir....
ReplyDeleteHis late father was the brainchild of FELDA. Sadly, brainless Najib has transformed and eventually deform FELDA.
2 words for that........FAIL DAH.
Dato',
ReplyDeleteNambawan memang senang hati dapat melancong banyak negara secara first class, semuanya dibayar oleh pekerja kilang, penoreh getah, pekebun, peniaga.
Datuk,
ReplyDeleteselalu ke luar negara supaya senang lari. Maklumlah 27B tu boleh overhaul muka dan bodi jadi tom kurus and angelina juling...
Kadiag, salaam, AlHamdulillah, nampak semangat lagi dok menulih no. Aku tak berapa nak paham anak Ungku Aziz sorang ni. Tak pasai2 lapok kata lebih korang tak dak ancaman 'jangkitan sistemik' dan daya tahan sistem kewangan takkan gugat. Tapi nilai ringgit Malaya asyik jatuh, saham TNB, dan FGV (IPO ka apaka terbesak masa tu) dok merudum, kos sara hidup mengelembong, projek 'mega' iskandak pulak (macam kata orang alok setak) dok teketak...dengan masaalah pendatang asing, duit dok mencurah keluak...Kadiag, kalau bulih laa...hang tulong bisik2 sikit, yg sudah tu sudah la, cukup la setakat ni. Mintak ma'ap kak Zeti untuk aku, tapi jasa pak dia jugak terlibat buat Tabung Haji, kenun2 nak tulong orang buat aji...depa kata tak reskiu, alih2 benda lain yg jadi. Toksah, tengok banyak la, tengok 'cross directorship' antara Tabung Haji, 1MDB dan anak2 syarikat dia, Bank Islam, insuran Takaful saja pon dah bulih tau... dan Bank Negara, aku rasa, lebih maklum, lebih tau punya dan mungkin banyak lagi...
ReplyDeleteDato, ingat kah lagi perlawanan Muhd Ali dng Joe Bugner? Sejarah mencatitkan penyokong2 melayu tidak kira sangat soal pemimpin korup....mereka akan tetep sokong. Bolih dato ulas supaya menjadi pengajaran untuk semua.
ReplyDeleteSalam DAKJ.
ReplyDeleteDatuk, dan juga pembaca sekalian. Maaf kalau saya salah sebab saya bukannya tahu sangat pasal bidang ekonomi. Saya ada terfikir, berhubung dengan 'paper asset' atau 'units' yang dimaksudkan oleh PM kita (kemudian di affirmed lagi oleh Dato Husni Hanadzlah). Mungkinkah 'paper asset' atau 'units' ini adalah Saham daripada Dana Awam yang PM melalui 1MDB telah Cagarkan kepada bank luar untuk dapatkan pinjaman? Dana awam mungkin berupa Amanah Saham Bumiputera, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Persaraan, Tabung Haji?
Kalau iyalah PM Najib dan 1MDB berani buat begini, saya tak tau lah apa nak cakap lagi. Sebab itu semua yang tahu hanya diam membisu, termasuk Gabenor Bank Negara dengan alasan 'confidentiality' nya. Kalau adalah terjadi patutlah seperti kata Datuk Kadir Jasin mereka ini (mustapa mohamed, ahmad husni hanadzlah, abd wahid omar) dan semua yang bertelog bersekongkol dgn Najib, memang sudah kena sindrom koro dan mungkin juga sdh parah sampai 'hilang' betul-betul lambang kejantanan mereka itu (betul-betul hilang atau sudah kecut ke dalam badan).
Terima kasih Datuk AKJ. Sekadar berkongsi rasa hati yang panas terhadap PM dan 1MDB. Ini dah mula dah permainan mensabotaj penyiasatan PAC. One month delay (??) tunggu Arul Kanda dan Shahrol Ibrahim Halmi...atau tunggu depa depa termasuk PM buat cleansing apa yg patut dulu??
Take care Datuk :))
Dato.
ReplyDeleteDengan suasana begini pun pemimpin-pemimpin UMNo bukan insaf atau berfikir sejenak akan untung rugi musibah pada rakyat.
Tamak haloba rakus untuk rebut kekayaan masih berjalan rancak.
Yang resah dan gelisah hanya PM Najib saja yang tanggung sendiri.
Mereka semua siap sedia untuk mencium tangan orang lain pula.
PM Najib jangan percayalah kepura-puraan oran bawahnya.
Begitulah jahilnya apa yang disebut pemimpin Melayu.
Apa mereka peduli atau tersentak dengan kejutahan Saham TNB atau Saham FGV.
Berapa lama lagi PM Najib mampu bertahan dengan suasana begini.
Rata-rata mantan Menteri UMNo dan bekas pemimpin UMNo sudah mula godam pada PM Najib.
Mereka ini jika PM Najib biarkan makin parah pada dirinya.
Keliling pinggang PM Najib pun tidak ada ilmu untuk berdepan dengan mantan-mantan pemimpin UMNo ini.
PM Najib kena bersahabat dengan mereka.Minta pandangan dan bantuan mereka.
Ramai beranggapan PM Najib dalam keadaan tidak selamat.
Cuma media perdana sahaja yang masih tabur gula-gula yang akan memberi penyakit pada PM Najib.
UMNo sudah dalam keadaan cedera parah.
Cuma pemimpinnya masih gembira ria.
Terima kasih Dato.
Salam Datuk AKJ,
ReplyDeleteBerhubung komen saya yang sebelum ini. Saham atau Dana Awam. Merujuk kepada saham simpanan ASB, dana simpanan awam KWSP, KWAP, TH.
Terima kasih Datuk.
Assalamualaikum DAKJ,
ReplyDeleteThe fact that nobody could take or willing to take any action towards Najib and letting him acting like nothing was wrong, even when he keep silent or avoiding to answer a question about where 1MDB's borrowed money goes to (and of course other so many questions thrown to him) amaze me so much. It makes Malaysia looks like a third world under developed country ruled by a very powerful above the law dictator who can do anything he wish without being held responsible and accountable by anybody.
Najib and the gang involve seems to buy a time to cover up and surely audit by Ketua Audit Negara may have been seen to be compromised when Najib and the gang could move and act freely while the audit is taking place, to the extent that they can give excuse not to attend scheduled PAC inquiry. There goes the image and goodwill of Malaysia down the drain. Even if the economic fundamental of Malaysia is quite strong, I am afraid if the credibility among investor and rating agency may have been impaired. Worst still the situation will attract no investor but a crook (con) to Malaysia. We Malaysian will likely to see another series of similar or even more tragic event as 1MDB if we fail to ensure appropriate and sufficient action been taken against this abnormal practice.
budak jawa
It's all boiled down due to .....
DeleteEach country have their own folklores. Irrespective true or not, such tales has no doubt carry moral values and good teaching. My late mother used to tell me one famous Malay tales that tickled me till to this day about a moronic character named Pak Pandir and his wife, Mak Andeh with their funny funny acts. But much to my surprise, those characters have reappear in this modern era.
The modern day Pak Pandir and Mak Andeh, however, are no longer the much beloved & amusing couple as told in the Malay folklores. They are now villains owing to corruption, greed, & ego but stupid that devastating the country's prosperity and tarnishing the good image of the nation. These so called modern day Pak Pandir & Mak Andeh are now so notorious that they have become household talk and also laughing stock regionally and globally.
GUESS WHO and be my guest....!!
dah habis pusing Malaya nak tunjuk dia dapat sokongan rakyat.
ReplyDeletekeputusan prk rompin pun cukup nyata menunjukkan sokongan org pahang sendiri pun dah merudum macam saham tnb dan fgv.
undi pada umno makin menurun walhal undi kepada pas masih maintain 15 ribu undi.
pelbagai alasan diberi namun yang nyata tetap jelas
Sdr Real Bugis, Daniel Nor dan semua pembahas,
ReplyDeleteTolong cerita sikit apa ada dalam link yang dirujukkan. Saya tidak cukup masa untuk cari dan baca semua link yang dirujukkan. Terima kasih.
Salam Datuk AKJ,
ReplyDeleteWhat happened to Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid & Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo? Don't you think there are similarities in their cases with the current controversial issue?
p/s : I'm a huge fan of Computimes (every Tuesday and Thursday) during ur time at NST. Its a fun time then!
Saya akan tetap mengundi BN jika Najib letak-jawatan. Harap maaf, Pakatan bukan pilihan terbaik dan akan membawa malapertaka lebih besar kepada Rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Lihat saja 'kabinet bayangan' DAP. Hanya satu kaum minority memerintah Malaysia? Langsung tiada wakil PAS dan PKR. Inikah persefahaman dalam Pakatan?
ReplyDeleteMengenai lawatan PM Najib ke Jepun.
Nampaknya teguran Dr.M, bahawa Najib telah membelakangkan dasar 'Pandang ke Timur' telah diperbetulkan. Saya tidak berapa suka apabila Najib terlalu 'rapat' dengan Barat. Membayar lumayan penasihat dan consultant Omputih adalah tindakan paling bangang.
Saya setuju dengan pendapat Hazleezaiton.
Keretapi-laju (Shinkansen) antara Singapura-KL akan merugikan Negara dan KTMB, lebih-ebih jika tambangnya lebih mahal dari kos udara. Nampak-gayanya, Singapura akan lebih mendapat untung dalam project ini dari segi pelancungan. Last stop di Tanjung Pagar, Woodlands atau JB?
Setakat elektrik double-tracking untuk muatan kontena, seperti diilhamkan Dr.M, saya setujulah juga.
Datuk AKadirJ
ReplyDeleteSalaams
Al Ahzab Ayat 67 dan 68
(kalau mahu)
Nak turunkan Presiden Najib kena tunggu PAU.
Bolehkah momentum yang mahukan Najib turun kekal?
Salam Hormat
berapa kerat sahaja yang faham mengenai saham yang jatuh merundum itu, malah tiada yang rasa rugi walaupoun hilang sebanyak RM 6 bilion sekalipun. demikian apa yang berlaku pada FGV. berapa kerat sahaja peneroka yang rasa rugi apabila saham jatuh jadi RM 2.05 apatah rakyat jelata.kiata yang perhatian sahaja yang rasa rugi macam Datuk Kadir jasin yang tidak pernah jemu memperkatakan keburukan ekonomi negara. Tahniah banyak mengulas kedudukan ekonomi yang berbahaya ini. perdana menteri najib semakin senanghati dan senyum senyum kesana kemari kerana rakyat jelata tidak kisah dengan salahgunakuasa seorang perdana menteri
ReplyDeleteSetuju PM kita ni suka melawat ke luar negara.
ReplyDeleteTahun lepas sahaja dia pergi luar negara sekitar 70 hari. Maknanya, Hampir 20% masa PM dihabiskan di luar negara berbanding menumpukan sepenuh perhatian jawatan sebagai PM, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
Jika hendak summary travel'nya, saya boleh emailkan. Tidak dinafikan mungkin lawatan kerja itu perlu cuma perlu disingkatkan atau delegate kepada menteri. apa gunanya banyak menteri di kabinet.
Assalam DAKJ,
ReplyDeleteDah berbuih2 Datuk & geng serta org kat dlm blog Datuk ni bercakap. Dah menggigil tangan menulis. Tp no affirmative action! Nak harapkan undi yg 5 tahun sekali tu aje. Pd masa yg sama geng lanun Bugis terus melanun & menyamun.
Tak ada ke siapa2 yg berpengaruh mengumumkan dan mengetuai gerakan massa secara aman utk membetulkan keadaan. Barulah ketua lanun bugis tu tau sokongan rakyat kpdnya macam mana. Barulah dia tau langit tinggi rendah. Apa2 yg dapt diselamatkan pun dpt diusahakan.
Gerakan massa secara aman is the only way to go Datuk. Kalau tidak, pi mai pi mai tang tu jugaklah. Tq.
Salam Datuk AKJ,
ReplyDeleteSaya bimbang tujuan PM DSNajib beralih pandangan semula ke Jepun (high speed train kl-singapura) sekadar nak mengaburi mata rakyat. Teknologi yang mahal ini dibawa masuk, sudah tentu kosnya yang tinggi akan pd akhirnya ditanggung oleh rakyat. Mampukah rakyat naik keretapi mahal ini lagi? Rata-rata pun rakyat masih terkapai-kapai gaji ciput. Tapi para pemimpin the ruling class pendapatan mak oi naik dan naik lagi. Agaknya PM nak buat high speed train ini untuk golongan ada duit sahaja.
Sedangkan yang sebenarnya yang PM DSN sembah sekarang adalah Yahudi yang menguasai hampir segenap pelosok dunia. Apabila DSN ambilalih jawatan PM saja pada 2009 beliau terus bawa masuk Goldman Sachs ke Malaysia. Goldman Sachs khadam Yahudi yang bernaung dibawah nama besar keluarga Rothschild yang mula bertapak di Eropah, UK, Amerika, kini hampir segenap pelosok dunia. Goldman Sachs adalah instrument Yahudi untuk masuk menguasai bank, ekonomi kita, seterusnya halatuju politik kita. Goldman Sachs juga orang di belakang setiap presiden Amerika, membuat setiap keputusan ekonomi dan politik. DSN sekarang amat rapat dengan Obama. Ini diakui sendiri oleh orang-orang yg rapat dengan PM (hasan malek : obama pandang tinggi najib). Goldman Sachs bertanggungjawab mengatur penjualan bond 1MDB pada 2012/2013 dengan komisen yang amat lumayan (memetik posting di blog Datuk A.Kadir Jasin pada 16 Mei 2015).
Datuk, maafkan saya andai terdapat kesilapan pada hujahan saya diatas. Saya pun baharu belajar membaca beberapa perkara berkaitan. Pening juga dan tidak semua saya faham. Sebab saya bukanlah tahu bidang ekonomi, pengetahuan sedikit cuma. Saya harap andai ada salah di mana-mana silalah perbetulkan ya Datuk. The crux of the matter is ultimately our dear Prime Minister has in fact brought in the Jews directly into this country to now start building their stronghold ever so stronger than before. Maybe no wonder the orang putih consultants of level 4 Putrajaya.
Terima kasih Datuk A.Kadir Jasin. Ingatan serta doa saya buat Datuk dan famili.
Datuk, saham fgv hari jatuh rm1.92 dari rm4.55. Isa samad masih pertahan hujah yg saham ini turun naik. Laporan 1st qtr 2015, profit jatuh 97%. Untung se cepot rm3.6 juta bukan bilion! Apa dah jadi!?! Alasan isa samad hujan & banjir!
ReplyDeleteFgv plantation no 1 Mlsia dari segi luas. Kilang sawit terbesar di dunia ada 71 buah. Fgv ada segalanya... kilang getah, kcp, kilang baja, oleochemical, refinery, instolasi, R&D, gula, ladang 900 ribu ekar dll. Peliknya untung 1qtr rm3.6 milion??? Kalau trend harga sama & diandaikan business mcm biasa, paling tinggi pun untung rm100 juta for 2015!!!
Dlm keadaan huru hara, isa samad merancng nak buat bangunan 68 tingkat di jln gurney. Bangunan masih baru nak diruntuhkn ??? Di tapak sebelah nak dibuat hotel, commercial centre, apartment, prima house, comm hall, office tower etc. Agak2 la Datuk, kalau isa smad punya idea ni bole ke laku dan dpat untung???
Cerita 1MDB sudah diketahui ramai. Tetapi cerita sebenar dlm kelambu felda, fgv & koperasi gergasi peneroka iaitu KPF ( koop permodalan felda) tidak ramai yg ketahui.
Jika Tun Mahathir mengatahui cerita felda, fgv & KPF, Najib sebagai Menteri felda pasti terkedu & tidak akan dpat menepis !!!
Aslkum Dakj.
ReplyDeleteSaya sangat benci bila kerajaan UBN ganggu gugat perjalanan mana2 bisnis dalam bursa Malaysia termasuk TNB.
Sebarang gangguan selain drpd yg berupa keperluan kuat kuasa undang2 tidak membawa kebaikan kpd negara dan masyarakat pelabur dalam jangka panjang.
Walaupun Bursa Malaysia mempunyai lebih drpd 1000 syarikat tersenarai akan tetepi 100 syarikat terbesar drpd segi market capitalisation ( MC) secara bersama mewakili lebih 85% drpd MC .
Dan syarikat GLC spt TNB, MAYBANK, SIME DARBY dan CIMB pulak adalah yg terbesar di antara 100 yg terbesar.
Kerajaan mesti berhati2 kerana selain drpd tabung2 atau dana awam tempatan spt KWSP, KWAP, TH, PNB sebahgian drpd dana pelabur asing di labur dlm sykt2 awam blue chips terbesar di Bursa Malaysia. spt TNB.
Najib harus ingat sekiranya pengurus dana asing ini membuat keputusan mengeluarkan modal mereka dari Msia dengan menjual saham mereka maka seluruh indeks Bursa Msia akan menjunam sekali gus mendatangkan malapetaka ekonomi seperti yg pernah kita alami pada 1997 .
Kenapa kita tak mahu belajar. Bukankah kalau bukan kerana krisis ekonomic1997 kadar tukaran RM VS USD merugiksn kita drpd 2.55rgt se dollar kpd 3.80rgt sedollar?
Menjadikan kita tak pasal2 bertambah miskin.
Begitu jugak ada sibonggok masih nak sokong UMNO walaupun selepas lebih 55 tahun .
Elok org ni beri justifikasi pd cucu cicit beliau bahawa Cina MCA lebih baik drpd Cina DAP.
Itu saja yg dia nampak.
Beliau tak nampak kemungkinan Melayu PAS/PKR lebih baik drpd ketua2 UMNO.
Patutlah Najib tersenyum lebar je.
Assalamulaikum Pak Kadir semoga sentiasa dalam keberkatan ALLAH jua hendak nya. Kita masih berfikir dalam kerangka 1MDB salah satu syarikat yang punya wang banyak tapi tak ada hasil malah rugi bahkan tiada dana yang boleh di cairkan buat masa ini bila dana sudah tiada syarikat ini boleh ditakrifkan sebagai muflis kerana sesuatu syarikat kalau nak maju kehadapan mesti mempunyai dana yang boleh dicairkan untuk menampung kos operasi bila syarikat 1MDB sudah tidak mampu membayar hutang maka dengan sendiri nya syarikat ini sebagai syarikat yang boleh dikatakan hidup segan mati tak mahu.
ReplyDelete1MDB merupakan satu malapetaka buat rakyat malaysia tapi mereka yang duduk di atas masih boleh senyum kambing lagi macam tak ada apa2 sedangkan Tun Dr Mahathir sudah resah dan gelisah bahkan amat runsing dan amat takut kalau2 BN kalah dalam PRU14 ini mungkin Tun M takut untuk menghadapi suasana tersebut.
Bagi kita yang cintakan negara ini mesti memandang jauh kehadapan dan sesekali kita toleh kebelakang pelbagai isu timbul dalam kerangka BN dulu kes bank rakyat yang melibatkan menteri besar sebuah negeri selepas itu kes maminco iaitu syarikat berasaskan bijih timah tidak lupa juga pelaburan mata wang oleh BNM lebih Rm 9b hangus dan kini menjelma pula kes 1MDB berkerut dahi memikir nya.....ok la dato saya rakyat marahen sahaja yang tahu merapu tapi yang pasti tidak mengampu......WASSALAM..............
Dato..lanun2 bugis dgn gundek2 depa ni elok saja kita charge depa under treason. Kalau terbukti salah..hukum gantung sampai mati saja..biag jadi pengajaran pada para pemimpin d masa depan.
ReplyDeleteDatuk Kadir,
ReplyDeleteSudah berhari hari dan kini berbulan bulan pekung busuk,hanyir dan berlendir di sana sini,di merata rata tanah air kita oleh perbuatan Najib dan belaannya Rosmah p$#ka.
Rakyat tahu bukan melalui media perdana,sebaliknya melalui media alternatif.Terima kasih Datuk Kadir dan orang orang yang punya jati diri dan jujur.Tanpa tuan tuan,kami rakyat kebanyakan ini tidak akan merasa dan mengetahui apa apa kemusnahan yang sedang berlaku ke atas agama banga dan negara ini.
Sekian lamanya saya membaca tulisan Datuk dan yang sepertinya,saya berpendapat kita wajib menghalang walau dengan apa cara sekalipun untuk menghalang dan menghentikannya.Bukan lagi makruh atau sunat tetapi sudah menjadi wajib bagi umat Islam dan manusia yang sempurna akal fikiran.
Bukti telah kita nampak jelas.Merudumnya nilai ringgit,pembelian tanah kerajaan yang tidak normal harganya,penglibatan KWAP,TH dan lain lain GLC.Kunci kepada segala gala sonsang ini menjadi nyata bila Perdana Menteri Malaysia seorang Pembohong.Malang bukan saja bagi orang Umno tetapi semua rakyat Malaysia.
Setelah difikir fikir disembang sembang,boleh bagi saya dan kawan kawan saya yang tiada daya upaya untuk merubah keadaan,walaupun bukan seluruh rakyat Malaysia,berdoa jika tidak dengan aman,dengan musibah sekalipun terhadap orang yang dituduh.Jika tidak lagi sedar,balalah orang yang merosakkan agama,bangsa dan negara ini.Hanya ini yang mampu saya dan rakan rakan lakukan.
Rasanya apa yang patut telah pun dibuat oleh Datuk sendiri,TM dan yang lainnya.Keadaan masih tidak berubah dan semakin kacau.Rakyat sana sini semakin gelisah.Cita cita yang hampir,semakin jauh sekarang ini.
Jelas,hidup sungguh terhimpit dan masa depan kabur tak tentu arah.
Datuk adalah antara harapan kami.Doa kesejahteraan untuk pejuang rakyat.Terus berlari Datuk.
Aslkum Dakj.
ReplyDeleteSelepas saham TNB diapongkan pd awal 1990an maka status syarikat tu dah bertukar menjadi syarikat milik awam yg tersenarai atau PLC, berbanding dgn status asalnya private company sahaja.
Kerajaan Najib kena belajar hormati undang2 yg mengawal perjalanan PLC .
Kalau dulu TNB dipunyai dan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan , akan tetapi selepas saham TNB diapong maka pihak pemegang saham minoriti dan pihak org ramai juga mempunyai suara dan hak bagi menentukan masa depan TNB agar tak menerima nasib seperti MAS.
Kalau kersjaan nak perlembukan jugak TNB tanpa perlu patuh pd peraturan Bursa Msia dan SC yg mengawal PLC maka kerajaan bolehlah memohon membeli kesemua saham TNB yg di pegang oleh pelabur lain dan seterusnya menukar kembali status TNB drpd PLC kpd PC.
Sebab itulah dari dulu ramai pengkritik tak setuju dgn dasar pengswastaan TDM yg songsang yg bersifat tak telus, tak sustainable dan merugi negara. Dasar dimana yg untung kroni ambil. Yg rugi serah balik pd rajyat. Pengswastaan zaman TDM disamping membantu kerajaan membayar hutang2 kerajaan waktu itu ia juga jalan mudah menjual aset negara pd kroni pd harga murah2. Sebab itulah rakyat diharam melihat segala petjanjian pengswastaan.
Saya yakin kalau UMNO tumbang maka akan terbongkarlah segala perjanjisn pengswataan kerajaan UBN yg berat sebelah yg merugikan rakyat. Itulah jasa UMNO yg selalu diwar2 .
Sekarang bawah Najib hanya kerajaan bersifat diktator sekali lagi berani perlembu peraturan sendiri demi tutup lobang gali lobang .
Tolong jangan ganggu kewangan PLC walaupun mereka tu GLC. Boleh tak?
Jika tidak, sykt spt TNB akan togel spt FGV. Di mana untung pun tiada , hatga saham pun tinggal rm2.00.
GLC spt TNB rugi bererti rakyat juga rugi.
Melayu miskin atau Melayu miskin otak mana mungkin faham.
Sallam Dato'
ReplyDeleteSama dengan sama TNB, Ringgit juga merudum kerana tahap keyakinan Ringgit jatuh.
Khabarnya, laporan telah dibuat oleh MAS(Monetary Authority Singapore) kepada Bank Negara berkait dengan 1MDB. Bank Negara enggan mendedahkan laporan kepada umum kerana ditakuti menjatuhkan lagi imej negara.
Harapan sekarang adalah kepada PAC yang dibawah Parlimen Malaysia.
Disebabkan PAC, kepala eksekutif 1MDB PAC gentar untuk datang dan minta tangguh begitu lama sampai 30 hari untuk buat persediaan.
PAC adalah terdiri dari BN dan Pakatan.
Pada pandangan saya, dalam situasi negara sekarang ini, peranan pembangkang amat penting.
Najib bertekad untuk meneruskan jawatannya.
Sekarang ini, nampaknya Najib telah mengaitkan Tun Mahatthir dengan pembangkang.
Sekiranya terbukti oleh PAC terdapatnya salah-laku yang besar dalam 1MDB, maka alternatif yang ada pada rakyat Malaysia adalah pembangkang.
Saya berharap benar PR akan dapat menyelesaikan masalah isu PAS dan benar-benar bersedia untuk menjadi Parti alternatif kepada BN.
Kalau Najib tidak letak jawatan selewat-lewatnya 1 (satu) tahun sebelum PRU14, saya tidak akan keluar mengundi. Itu pun bergantung pada Muktamar PAS bulan depan. Jika Perwakilan PAS 'ada telor' dan lebih mengutamakan Agama dan Ummah, daripada mengejar harta dan pangkat, mereka harus singkir puak Anwarinas dari kalangan kepimpinan tertinggi. Kemudian, PAS boleh ambil sikap tunggu dan lihat samada keluar dari Pakatan sekarang atau menjelang PRU14 nanti.
ReplyDeleteJika Najib masih PM ketika itu, sudah tentu saya akan sokong dan pangkah PAS. Saya amat pasti, mereka yang menyokong Dr.M, tidak keberatan untuk memberi undi kepada PAS, jika PAS mengambil pendirian yang saya katakan diatas.
Walaupun saya tak sokong Hudud PAS, saya lebih rela diperintah oleh bangsa-seagama yang dogmatic, ataupun oleh Cina MCA yang moderate, daripada diperintah oleh Cina DAP yang amat chauvinist.
Minta maaf cakap ye.., PKR pada saya jauh lebih buruk dari UMNO yang ada sekarang. Saya kenal ramai yang masuk PKR. (Asalnya menyokong UMNO tapi tak ada 'kabel'). WANG adalah matlamat utama mereka. Perangai, tak payah cakapla.
Aslkum sdr Zed -85.
ReplyDeleteSaya sangat sedih, kecewa dan binggung kerana melihat sikap Hadi Awang yg kelihatan mesra UMNO sejak akhir2 ni.
Apakah Hadi merajuk kerana selama ini dibayangi ketokohan Anwar dalam PR?
Adakah kerana faktor umur. Adakah kerana beliau pun nak jadi diktator dalam PAS?
Adakah faktor kekayaan dunia.?
Adakah dah terminum atau termakan apa2.
Maklumlah sekarang ni org politik tertentu lebih percaya bomoh India.
Dalam kerancakan rakyat termasuk TDM dan general2 PR sibuk meningkatkan tekanan terhadap Najib , tiba2 pulak Hadi keluar kenyataan mendukung Najib.
Kalau dulu yg buat kerja2 mengarut spt ini hanya yg tiada sekolah agama.
Dunia betul2 nak kiamat agaknya.
Kemenangan golongan Hadi bulan depan rasanya sudah pasti.
Saya berdoa akan ada splinter group yg keluar PAS Hadi untuk terus bersama PR.
RD.
ReplyDeleteSdr sebut dalam PAS ada kumpulan Anwarinas.
Boleh sdr sebut dengan jelas siapa org2 ni.
Setahu saya yg ada dalam PAS adalah golongan ulamak dan golongan profesional/ golongan selain ulamak.
Tak pernah pulak presiden atau Murshidul Am PAS mengelarkan ada golongan dalam PAS sebagai Anwarinas.
Golongan splinter dari PAS tu, sudah tentu puak Anwarinas dan liberal. Lebih di kenali dengan jolokan 'perosak-party'. Cari rezeki dengan mengambil kesempatan atas kemewahan yang ada pada DAP. Cuba teka siapa yang biayai PASMA. Berapa ramai sangat, Melayu yang sokong PASMA ni. Takkan nak letak calon PASMA di semua kawasan yang PAS bertanding, PRU14 nanti.
ReplyDeleteBoleh tak jangan kaitkan bangsa Bugis dengan sebarang komen tentang DS Najib? Sebab apa terjadi adalah kerana DS sebagai individu bukan kerana beliau adalah seorang Bugis. Tolong hormat sedikit bangsa kami.
ReplyDeleteRid,
ReplyDelete1. UBG adalah Utama Banking Group. Dahulunya punyai Bank Komersyil jenama Bank Utama. Selepas Bank Negara meningkatkan keperluan modal maka bank-bank kecil dan sederhana semuanya ditelan oleh bank-bank besar. Kini yang tinggal di Malaysia adalah CIMB, Maybank dan RHB Bank.
2. Bila eksesais merger dilakukan, Bank Utama bergabung dengan RHB dan UBG merupakan blok yang mempunyai saham yang agak besar dalam RHB Bank.
3. Walau bagaimanapun, calon dari UBG tidak diluluskan oleh Bank Negara menerajui RHB Bank maka, sesiapa juga akan rasa kurang enak bilamana mempunyai saham besar tetapi dihalang untuk menerajui kumpulan syarikat. Ia seperti saudara memberi orang lain menggunakan wang anda tanpa anda dapat mengawalnya.
4. Untuk itu jalan terbaik bagi mana2 pelabur adalah menjual pegangan mereka dan dalam hal ini UBG mencari pembeli bagi saham-saham mereka. Dan dalam hal ini UBG "comes clean" dengan "willing seller, willing buyer" dan tiada kesalahan langsung dipihak UBG.
5. Kita tahu, untuk menubuhkan sesebuah bank, peraturan nya amat ketat. Difahamkan lesen juga telah dibekukan. Jadi mana-mana player baru mahu menceburi bidang perbankan semestinya mengambilalih mana-mana bank sedia ada.
6. Jho Low, mempunyai "perancangan" khusus untuk memiliki sebuah bank. Untuk itu beliau mencari jalan untuk mengambilalih mana-mana bank dan peluang terbuka untuk beliau bilamana UBG adalah "up-for-sale".
7. Dengan "keberanian" beliau, dan dengan menggunakan "kemudahan (1MDB)" yang tersedia untuk beliau, maka yang lainnya kini adalah sejarah.
;-)
Salam Dato.
ReplyDeleteSemalam ada 1 cawangan Umno yg rentang kain 'banner' dgn msge '"Cawangan kami tidak percaya pd Kempimpinan Najib lagi dan mahu dia lepas jawatan secepat mungkin".
Harap banyak lagi cawagan2 yg berjumlah ribuan ini bersatu hati berbuat begini.
Cuma yg masalah disini Ketua Bahagian mereka 160 org Haram J Penjilat Presiden ini yg akan menjadi penghalang.
RD.
ReplyDeleteSaya perhatikan contoh manusia yg boleh dikategori sebagai kumpulan liberal, kurang agama ,berani tentang hukum, suka serkap jarang, adalah RD sendiri.
Cuba cermin diri sebelum nak kait elemen tak sihat tu dgn Anwar atau penyokong beliau.
Salam Dato AKJ.
ReplyDeleteMinta maaf.
Saya quote Dato dari posting terbaru.
"Anwar Ibrahim went to jail for corruption (abuse of power) in 1999 when he made a police report against a year-old “surat layang” by businesswoman Umi Hafilda."
Terkini: Dijatuhi hukum penjara 5 tahun kerana meliwat seorang anak-muda, Pembantu Peribadi sendiri.
Dah 2 kali jadi banduan. Masa muda-muda dulu mengamalkan 'Politik Jalanan' sehingga terpaksa melarikan diri keluar Negara kerana terlibat dalam Demo Baling, 1974. Saya tahu kebenaran mengenai kanak-kanak yang dikelentong sebagai mati kebuluran itu. Saya membesar di daerah Baling. Kanak-kanak itu tinggal di sebuah kampung, dalam Mukim (Kuala) Kupang. Budak itu mati kerana penyakit sehingga kurus-kering. Sama seperti mangsa kebuluran yang kita lihat di Africa. Harga getah, ketika itu amat rendah. (Kalau tak silap, 10~20 sen/kati).
Bukankah hakikat diatas telah mencerminkan "elemen tak sihat tu dgn Anwar atau penyokong beliau."?
Omputih pun tak mahu seorang... ehem..ehem.. diangkat sebagai Ketua Negara mereka. Inikan pulak, sebuah Negara Islam seperti Malaysia.