Friday, June 19, 2015

Nasib Melayu-Islam Sekiranya BN Tewas


A Kadir Jasin

BANYAK orang bertanya saya: Apa akan terjadi kepada Malaysia, orang Melayu dan agama Islam jika Barisan Nasional (BN) kalah?



[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]


Ini cerita panjang dan soalan ini timbul sejak pilihan raya umum 2008 lagi, apabila BN di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Keadaan menjadi lebih buruk bagi BN, apabila di bawah pimpinan Mohd Najib Abdul Razak, pencapaiannya lebih teruk dalam PRU 2013.

Tetapi sebelum saya cuba membaca bola kristal atau air di dalam mangkuk ala Nujum Pak Belalang untuk mencari jawapan kepada soalan itu, izinkan saya membuat kenyataan berikut:-

1. Kemungkinan BN kalah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang tetap ada walaupun Pakatan Rakyat (PR) sudah terkubur akibat ketidakserasian DAP-PAS.

2. Kalau PR kini hanya wujud dalam bentuk prinsip, BN hampir-hampir tidak relevan lagi di bawah pentadbiran Mohd Najib Abdul Razak. Yang wujud dan diutamakan oleh Mohd Najib hanyalah Umno dan, buat sementara waktu ini, parti-parti BN Sarawak.

3. Parti-parti BN Sarawak relevan kepada Mohd Najib kerana pilihan raya dewan undangan negeri Sarawak perlu diadakan tahun ini atau hadapan dan beliau sangat-sangat memerlukan kemenangan di negeri itu.

4. Parti-parti BN pusat hampir-hampir tidak dipedulikan atau dibawa berunding dalam perjuangan hidup-mati beliau. Mohd Najib hanya mengadakan perhimpunan solidariti (perpaduan) dengan Umno – bukan sekali, tetapi berulang kali.

Mohd Najib gembira dijulang Pemuda Umno
 5. Ini adalah manifestasi dendam kesumat dan Mohd Najib terhadap parti-parti bukan Bumiputera BN, khususnya MCA dan Gerakan, kerana gagal menyekat tsunami Cina pada PRU 2013.

6. Selepas PRU 2013, status MCA, Gerakan dan MIC setaraf dengan PPP sekadar membanyakkan bilangan. Manifestasi ketidakpedulian Mohd Najib itu diserlahkan oleh kemelaratan krisis MIC. Ini cerita guru “ponen”. Bila guru macan itu jaga kelas, budak-budak nakal belakang bilik darjah bermaharajalela.

7. Mohd Najib meletakkan seratus peratus kelangsungan (survival) politik beliau dan BN kepada Umno. Beliau mengharapkan Umno menyokong beliau dan orang Melayu menyokong Umno.

8. Mohd Najib sangat yakin orang Melayu-Bumiputera serta orang miskin luar bandar boleh disogok untuk terus menyokong beliau. Yang terbaru, walaupun kewangan negara dalam keadaan genting dengan hutang bertimbun, Mohd Najib mengisytiharkan bonus raya untuk sejuta lebih kakitangan awam.

9. Beliau yakin mata dan telinga orang Melayu-Bumiputera serta orang miskin luar bandar boleh ditutup dengan BR1M agar tidak menghiraukan isu-isu genting seperti 1MDB, Felda/FGV dan PFI serta ekonomi yang menurun, harga barang dan perkhidmatan yang semakin mahal akibat pelaksanaan GST dan banyak lagi isu yang menekan. [Anggaran terbaru Bank Dunia mengatakan ekonomi Malaysia akan berkembang 4.5 peratus saja tahun ini berbanding enam peratus tahun lalu.]

PM tenggelam dalam lautan manusia di Sabah

10. Harapan pembangkang memenuhi aspirasi pengundi dan rakyat jelata pudar berikutan penyingkiran golongan profesional (umarak) daripada kepemimpinan PAS dalam pemilihan 4 Jun lalu dan perpecahan PR ...Jun lepas.

11. PAS kini dikuasai oleh golongan agama (agamawan) akan menguncup menjadi parti dakwah/hudud tanpa kepakaran untuk berdakwah kepada khalayak pelbagai kaum dan agama.

12. Besar kemungkinan agamawan yang kini menerajui PAS lebih mudah dipujuk dan digula-gulakan untuk menyertai BN melalui gagasan perpaduan dengan Umno.

13. Akhir sekali, kita mungkin mengalami nasib yang serupa dengan Togo. Kajian mengenai kegembiraan tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2015 mendapati rakyat Togo adalah yang paling tidak gembira di dunia. Tetapi tidak lama selepas laporan itu terbit, Presidennya, Faure Gnassingbe menang penggal ketiga dengan mendapat 59 peratus undi. Dinasti Gnassingbe memerintah Togo sejak tahun 1967 dan Togo adalah negara ke-26 termiskin di dunia. Natijahnya demokrasi tidak semestinya menghasilkan kepemimpinan dan pemerintahan unggul.

Togo: Rakyat tak gembira, Presiden menang juga
Kalau Ditakdirkan BN Kalah

Dengan takdir pembangkang menang (bukan sangat kerana mereka kuat) tetapi kerana pengundi dan raakyat jelata menyampah dengan BN, analisis saya adalah seperti berikut:- 

1. Setelah menyaksikan apa yang berlaku di Selangor (negeri pemastautin saya) dan Pulau Pinang yang diperintah oleh pakatan pembangkang sejak 2008, tidak ada perubahan besar akan berlaku kepada orang Melayu dan agama Islam.

2. Kita telah melihat kedaifan orang Melayu Kelantan di bawah pemerintahan PAS sejak awal Merdeka. Setelah PAS menyertai pakatan pembangkang pun nasib orang Melayu Kelantan sama saja – mundur dan miskin.

3. Orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera lain akan terus menikmati hak istimewa yang termaktub dalam Perlembagaan dan dilindungi oleh institusi raja berperlembagaan.

4. Orang Melayu dan kaum Bumiputera lain akan terus “digula-gulakan” seperti yang dilakukan oleh BN selama ini dan sudah pun ditiru oleh pakatan pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang demi mendapatkan undi majoriti mereka. Yang mungkin berbeza hanya kaedahnya saja.

5. Parti atau pakatan mana pun yang memerintah memerlukan sokongan Bumiputera kerana mereka bukan saja majoriti, tetapi bilangan mereka lebih pantas berkembang berbanding Cina dan India.

6. Parti atau pakatan mana pun yang memerintah memerlukan sokongan orang Melayu-Bumiputera kerana mereka menguasai pentadbiran awam, polis dan tentera.  Kakitangan awam, polis dan tentera yang didominasi oleh orang Melayu-Bumiputera mudah dilembutkan hatinya melalui kenaikan gaji biarpun tidak banyak mana.

7. Orang Melayu-Bumiputera miskin mudah diambil hatinya dan ditambat taat setianya dengan menaikkan kadar subsidi pendapatan ala Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

8. Pakatan pembangkang akan menuai hasil yang lumayan dengan mengatakan bahawa kenaikan subsidi dan gaji adalah hasil penghapusan pemborosan, gaya hidup mewah, salah guna kuasa dan rasuah zaman BN.

9. Sesiapa pun yang menggantikan BN akan menjadi lebih popular dan diyakini jika berani mengambil tindakan yang lebih tegas seperti menyiasat, mendakwa dan menghukum pemimpin BN dan tali barut mereka atas kesalahan jenayah.

10. Penambahan subsidi pendapatan kepada orang Melayu-Bumiputera akan juga menguntungkan orang miskin daripada semua bangsa dan kaum kerana mereka juga akan mendapat layanan yang serupa.

11. Hal-hal berkaitan agama Islam dan adat resam orang Melayu tidak akan dan tidak boleh disentuh sesuka hati kerana ia berada bawah bidang kuasa Raja-raja Melayu. Pengalaman kerajaan pembangkang di Selangor dan Perak cukup untuk meyakinkan mereka bahawa “kuasa” Raja-raja Melayu terlalu sensitif untuk diapa-apakan. Hanya pendirian Raja-raja Melayu sahaja yang boleh menjejaskan Islam dan adat resam Melayu.

12. Apabila orang Melayu-Bumiputera sudah diambil hatinya melalui penambahan subsidi pendapatan, kenaikan gaji dan pembaikan syarat perkhidmatan, kerajaan baru bolehlah mengisi tuntutan orang Cina dan India dengan lebih mudah.

13. Orang Cina dan India, khususnya kelas perniagaan dan ikhtisas (profesional), lebih tinggi tuntutannya dan mereka inilah yang akan mempengaruhi dasar dan pendekatan pengganti BN dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

14. Mereka pasti menuntut hak dan peranan yang lebih luas dalam penentuan dasar-dasar negara, khususnya yang berkaitan ekonomi, pendidikan dan guna tenaga.

15. Mereka pasti menuntut penyertaan yang lebih luas dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang kini didominasi oleh Bumiputera.

16. Dalam sfera inilah kuasa dan pengaruh Bumiputera paling tercabar. PR pastinya tidak akan memberi keutamaan kepada usahawan Bumiputera yang dilihat sebagai proksi atau tali barut parti-parti BN dan akan menjadikan kegagalan korporat (corporate failure) GLC dan GLIC sebagai alasan meminggirkan eksekutif Bumiputera.

17. Pembatalan dan perundingan semula kontrak, konsesi dan pinjaman mudah akan menjadi amalan seperti yang sudah dilihat berlaku kepada perjanjian air dan konsesi lebuh raya bertol di Selangor.

18. Tanda tanya besar sekarang hanyalah sama ada pakatan pembangkang boleh dipulihkan tanpa PAS dan kembali kuat sebelum PRU akan datang.

19. PAS boleh memilih untuk menjadi parti dakwah yang berharapan menang hanya di negeri-negeri miskin seperti Kelantan atau terus berkongsi dengan DAP dan PKR untuk memerintah negara.

20. Pakatan pembangkang masih boleh berkuasa jika mendapat sokongan parti-parti suku kaum di Sarawak dan Sabah. Parti-parti suku kaum ini umumnya bebas daripada pengaruh BN pusat dan mungkin terbuka kepada kerjasama dengan pakatan pembangkang jika ditawarkan “pakej autonomi” yang lebih baik daripada yang ada sekarang.

Nasib Melayu Pi Mai Tang Tu

Kesimpulannya, nasib orang Melayu-Bumiputera dan orang Islam mungkin tidak lebih baik daripada di bawah BN sekiranya pakatan pembangkang memerintah Malaysia.

Tetapi nasib mereka juga tidak akan menjadi lebih buruk di bawah pakatan pembangkang. Tetapi orang Melayu-Bumiputera yang pandai memainkan peranan dan tahu mengambil kesempatan mungkin mendapat faedah daripada kerajaan baru.

Perkhidmatan awam, polis dan tentera kekuatan Melayu-Bumiputera
Kalau orang Cina menggunakan kekuatan ekonomi dan orang India menggunakan kekuatan profesional untuk mempengaruhi kerajaan, orang Melayu-Bumiputera boleh menggunakan bilangan mereka yang ramai dalam perkhidmatan awam, polis dan tentera sebagai pengimbang (leverage).

Bagi rakyat Malaysia amnya, keadaan mungkin menjadi lebih baik jika politik dan ekonomi negara diuruskan dengan lebih berhemah, pembaziran dan pemborosan wang negara diberhentikan dan rasuah serta salah guna kuasa disekat.

Pakatan pembangkang tidak boleh menganaktirikan orang Melayu-Bumiputera dan orang Islam jika mereka mahu mentadbir secara adil sambil mengekalkan keamanan negara untuk jangka masa panjang.

Wallahuaklam.

73 comments:

  1. Tinta Hitam7:58 AM

    Datuk,
    Masalah dgn org org melayu ni ialah mereka menyokong dengan membabi buta..Ini penyakitnyang dihinggapi oleh kedua dua parti melayu terbesar iaitu PAS dan UMNO..Kdua duanya wala' tahap tinggi kepada pemimpin masinf masing tanpa mengira samada pemimpin itu betul atau tidak..Mereka diasuh untuk wala secara total.Sesiapa yang mengkritik akan dicap sebagai derhaka, toghut dan anti melayu dan Islam dan pelbagai gelaran menghina..

    Org org melayu amat mesra pd sikap korup,kuku besi dan ketidak cekapan pemimpin pemimpin mereka.Nampak gaya situasi Singspuran dilanggar todak nerada pd PAS dan UMNO..Watak pembesar pembesar Singapura yg korup dan bodoh,Raja yg tak tahu apa apa,Sheikh Jana Khatib yg dibunuh kerana ingin melakukan perubahan,Hang Nadim yang ikhlas dan bijak dan dapat menyelesaikan masaalah rupa rupanya wujud didlm kedua dua parti...

    Sekarwng diantara PAS dan UMNO dah tak boleh kata mengata lagi dah..Dua dua serupa.Yang membezakan diantara kedua duanya ialah cuma pada nama.Mat Serban dan Mat Songkok Tingg..

    Walau apa pun fitrah Allah SWT akan tetap berjalan..Nasib melayu tidak bergantung pada UMNO,Nasib Islam tidak bergantung pada PAS..Akan ada pengganti yang lebih baik.Tunggulah..Coming Soon

    ReplyDelete
  2. Asalkan bukan UMNO. Perit tapi itulah hakikatnya.

    ReplyDelete
  3. YB ALI9:07 AM

    SEMASA MAHATHIR JADI PM KAMU BERCAKAP BAHAWA HANYA UMNO YANG BOLEH MEMBELA MELAYU SILAM SEBAB MAHATHIR AKRAB DENGAN KAMU. BILA KAWAN KAMU MENENTANG NAJIB DAN UMNO KETIKA INI KAMU BERCAKAP MELAYU ISLAM TETAP AKAN SAMA DIBAWAH PEMBANGKANG. MATA KAMU MUNGKIN BUTA MELIHAT NASIB MELAYU DI PULAU PINANG. TURUN KE PULAU PINANG DAN TENGOK MACAMANA KEADAAN KG MELAYU SEKARANG. SEMUA KG MELAYU DIAMBIL ALIH DENGAN DIBINA PANGSAPURU BERNILAI LEBIH DARI RM 300,000.00 SEUNIT. MANA MELAYU YANG MAMPU MEMBELI RUMAH SEMAHAL ITU KERANA MAJORITI MELAYU CUMA BEKERJA SEBAGAI PENARIK BECA, NELAYAN DAN PEKERJA KILANG. TAK ADA SLIP GAJI PUN DAN BANK TIDAK AKAN LAYAN MEREKA YANG TAK SLIP GAJI SERTA PENDAPATAN BULANAN YANG RENDAH. AKHIRNYA JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG MEMUDAHKAN MELAYU UNTUK ANGKAT BUNGKUS KE SEBERANG PERAI. KAMU MEMANG NAMPAK BIJAK...TAPI AMARAH KAMU PADA MELAYU BERNAMA NAJIB MEMBUTAKAN KAMU TENTANG NASIB MELAYU SEBENAR. SEMUGA KAMU R.I.P

    ReplyDelete
  4. safiai saad9:20 AM

    salam sdr Kadir, I totaly agreed with you except with the individual and organisational behaviour of the Malay race.
    my prediction will be as follows:
    1. The Malays will immigrate to other countries, especially the professional and educated group.
    2. They will abondon the "duniawi- read the materialistic world" but will just devote themselves preparing the next world
    3. They will choose the military regime as the alternative way of governing Malaysia. they will not consent being governed by some alien political forces.
    4. They will choose military option such as Isis to regain their lose dignity, since Islam is considered to lose as Malays lose their political domination.
    5. They will then realised all those bickering among themselves will only reflect their weakness and
    will testify to the whole world, they indeed being colonised for the second tine. Just like Cardoba become the tourist attraction to view Islamic conquest, so Malaysia will be the next popular destination.
    So I rest my case sdr Kadir, it is certainly thought provoking article written by a fine gentleman.

    ReplyDelete
  5. Jewelizhot9:38 AM

    Selagi ada melayu dlm pembangkang, hak istimewa dlm perlembagaan tu tak akan diusik. Nak pinda apa sebab bukan semua dia pegang. Kalau 2/3 pun, bukam semua 2/3 tu non malay. Yang plg rugi kalau bn kalah walaupun dah rembat dan sapu habis hampir licin ialah UMNO-PUTERA. budak2 kolar naik putera umno yg baru nk bejinak jinak buat duit mudah tak sempat merasa lama. Lagi satu grup rugi mcm anak tak halal kepala fgv tu. habis duit takleh sapu dah. Kak jot laki bisnis lembu maybe freehair balik kot sebab bertudung pun lepas kes nfc. Orang melayu status quo shj, maybe it is time for a change of government if najib isnt changed. Oh ya, obama dtg november ni misti pasal tppa. Lagi miskin lah kita semalaysia lagi lagi melayu

    ReplyDelete
  6. orgJohor9:47 AM

    Pakatan pembangkang tidak boleh menganaktirikan orang Melayu-Bumiputera dan orang Islam jika mereka mahu mentadbir secara adil sambil mengekalkan keamanan negara untuk jangka masa panjang.

    MAKSUDNYA:
    JIKA MELAYU SUSAH (DITINDAS) KAUM LAIN JANGAN PIKIR AKAN SENANG LENA TIDURNYA.
    JIKA MELAYU SENANG LENANG PULA, KAUM LAIN AKAN BERGANDA GANDA SENANGNYA.

    ReplyDelete
  7. Datuk Kata orang Melayu di kelantan mundur dan miskin dibawah kerajaan PAS bagaimana pula dengan orang Melayu di lain lain negeri yang di perintah oleh BN. Label melayu mundur dan miskin dibawah kerajaan PAs.sangat tidak adil. Apakah orang melayu dilain lain negeri di malaysia yang diperintah BN maju dan kaya kaya belaka?

    ReplyDelete
  8. Konklusinya, selagi mana politik berasaskan kaum di Malaysia terus relevan pada masa sekarang dan masa depan, selagi itu big brother Umnno-BN terus berkuasa.

    ReplyDelete
  9. QUOTE:
    "Kesimpulannya, nasib orang Melayu-Bumiputera dan orang Islam mungkin tidak lebih baik daripada di bawah BN sekiranya pakatan pembangkang memerintah Malaysia. Tetapi nasib mereka juga tidak akan menjadi lebih buruk di bawah pakatan pembangkang."


    Tak perlu guna ayat yang berbelit-belit. Dua ayat di atas memberi maksud "Jika pembangkang memerintah, nasib orang Melayu-Bumiputera dan Islam akan kekal seperti sekarang dan mungkin lebih baik lagi."

    Adakah penulis lebih yakin dengan pakatan Penipu Rakyat yang sekarang sedang sibuk dengan drama cerai talak satu mereka?


    QUOTE:
    "Tetapi orang Melayu-Bumiputera yang pandai memainkan peranan dan tahu mengambil kesempatan mungkin mendapat faedah daripada kerajaan baru."


    Ada perbezaan antara frasa 'MENGAMBIL KESEMPATAN' dan 'MENGAMBIL PELUANG'. Bezanya macam 'CUNNING' dengan 'WISE'. Jadi, apa amalan yang penulis dokong selama ini? Bermuhasabahlah.

    ReplyDelete
  10. ismail muda11:58 AM

    Salam Datuk, tajuk yg Datuk utarakan kali ini telahpun berlaku kpd warga peneroka felda seramai 112,635 keluarga dan seluruh anggota kakitangan kumpulan felda lebih 35 ribu org termasuk yg dah bersara dan tamat service. Ini mewakili seramai lebih 2 juta org.
    Penyenaraian FGV telah meranapkan masa depan warga felda kerana syarikat milik peneroka telah bertukar tangan menjadi milik awam. Usah ditanya berapa harga saham sekarang!
    Idea penyenaraian FGV dicetuskan oleh Pemandu. Salah seorg daripada individu yg memainkan peranan menyingkirkan Pengurusan kanan felda adalah org Pemandu yg sekarang menjaga FGV. Lihat betapa cerdiknya pemimpin kita menyerahkan kepercayaan kepada Pemandu dalam menentukan hala ekonomi negara, termasuk mengubal dasar ekonomi orang Melayu khususnya felda.
    Koperasi Permodalan felda (KPF) baru saja mengadakan AGM & isytihar dividen 10%. Tahun ini menyaksikan untung KPF merudum dari rm1,766 juta kepada hanya rm275 juta. Selepas dibayar dividen kepada semua peneroka, KPF hanya meninggalkan baki rm8.8 juta bagi tahun ini. Ini bermakna KPF yg bertaraf kluster 5 bintang telah menjadi sebuah koperasi biasa akibat penyenaraian FGV & campur tangan politik yg dipimpin oleh BN (UMNO).
    Untuk rekod, berpuluh2 tahun KPF bernaung di bawah Felda Holdings (FH). Di bawah FH terdapat rangkaian berpuluh2 syarikat & setiap tahun mengaut untung beratus2 juta. Ini membolehkan KPF memulangkan untung kepada peneroka dalam bentuk dividen dengan kadar yg lumayan >15% setahun. Setelah KPF dikerah jual pegangan 51% dlm FH dan dipaksa pula membeli saham FGV kadar harga rm4.40, untung KPF merudum teruk. Pegangan ekuiti orang Melayu sudah terlucut ke tangan pihak lain akibat dasar sub divide oleh Pemandu. Tiada apa bole diselamatkan lagi.
    Kawasan felda mewakili 54 seat Parlimen atau kira 24% seluruh seat. Tetapi felda adalah lubok selamat BN yg diwakili UMNO. Rakan kongsi BN pernah berkata, kekuatan penroka yg mengundi BN ialah kerana struktur felda yg kuat dari segi perniagaan yg untungnya dikongsi penroka & tiada politik dlm pengurusan. Kemenangan BNjuka dlm kawasan Felda dlm PRU yg lepas ialah peneroka baru mendpat durian runtuh rm15ribu seorang & insentif2 yg diberi kepada peneroka kerana dana felda masih ada.
    Jika dibiarkan felda dikawal selia oleh politik yg diterajui Isa Samad, belum tentu lagi BN akan selamat dlm PRU akan datang. Segala yg didepan mata sudah terlepas di tangan pihak lain. Sumber kekayaan penroka telah bertukar tangan. Nampaknya org Melayu redha & selesa dgn pegangan tanah 10 ekar seorg. Peneroka dilekakan dgn durian runtuh dan idola Tun Razak tetapi maruah telah tergadai....

    ReplyDelete
  11. Pemikiran dan ideology para pengundi baru terutama yg dikategori sbg gulongan professional merupakan para pengundi yg akan mencorakkan lanskap politik malaysia ini dpt dilihat dari segi aktiviti mereka dikampus dan dimedia sosial dan kesimpulannya ialah dominan politik melayu pada masa depan hanya sekadar "survival" tetapi hak2 bumiputra tetap terpelihara selagi perlembagaan tidak diubah suai dan ada baiknya juga jika umno tidak berkuasa utk satu penggal kerana dari situ akan ada perubahan dan tak secara langsung menghapuskan kroni2 yg selama ini telah merosakkan sistem pemerintahan di malaysia.

    ReplyDelete
  12. Zed-8512:48 PM

    Sallam Dato'

    Bagi saya, tujuan utama parti politik adalah untuk berkhidmah kepada rakyat.

    Tujuan parti politik bukanlah melayu tetapi yang boleh memberi khidmah terbaik kepada orang melayu dan rakyat amnya.

    Kita ambil parti politik UMNO, PKR dan PAS.

    Adakah mereka ini berkhidmah kepada rakyat sebaik-baiknya?

    atau adakah mereka ini cuma mementingkan kuasa dan habuan politik.?

    Orang melayu harus bijak menilai dan berfikir bukan terlampau ikut perasaan.

    Parti pembangkang yang sedia ada bukan parti cina tetapi gabungan antara parti orang melayu dan bangsa lain. Sama juga BN.

    Berkenaan dengan PAS.

    Saya berharap PAS akan masuk BN tetapi saya yakin, BN tidak akan terima PAS kerana soal kepercayaan terhadap PAS. Sekiranya UMNO terima PAS, banyak parti komponen yang bersama UMNO beberapa dekad akan keluar dari BN. Sekiranya PAS buat "U Turn", ini akan menyusahkan UMNO.

    Sekarang ada anggota PAS yang mengatakan UMNO tipu PAS dalam soal Hudud kerana sudah 2 kali sesi parlimen, Hudud tidak dibahaskan. Kemungkinan besar sessi yang berikutnya juga hudud tidak akan dibahaskan mengikut penjelasan speaker parlimen.

    Saya tidak menyalahkan UMNO kalau ianya menipu PAS tetapi PAS sendiri kerana tidak begitu cerdik terutamanya golongan ulama. Golongan Ulama dengna angkuh mengetepikan anggotanya sendiri dan rakan pakatan dalam soal hudud.

    Kalaulah begitu senang PAS ditipu bagaimana PAS hendak perintah negara dengan berhadapan dengan Amerika dan lain-lain?

    Sekarang ini, dalam media, timbalan presiden PAS berkata setelah bercerai 2 kali dengan DAP, rujuk kali ketiga lebih berpanjangan.

    Ini adalah satu contoh bagi saya bagaimana sebuah parti orang melayu yang begitu lemah dalam membuat penilaian.

    Parti pembangkang boleh perintah dengan DAP dan dua lagi parti komponen yang terdiri dengan ramai orang melayu.

    Saya tidak nampak ada masalah sepertimana yang ada dalam kerajaan Selangor. Perbendaharaan negeri Selangor lebih baik berbanding dengan BN.

    Cuma sekarang bagi saya masih belum sedia kerana PAS yang dikuasai oleh golongan yang tidak berkemampuan untuk perintah.

    ReplyDelete
  13. Competente12:54 PM

    DAKJ,

    Saya bersetuju dengan Tinta Hitam. Cuma saya tidak berhenti setakat PAS dan UMNO, tetapi juga PKR.

    Orang Melayu, kalau dah menyokong sesiapa, mereka akan menyokong membabi buta. Samada kepada pihak UMNO, PKR dan juga PAS, ketiga-tiga parti tersebut mempunyai pemimpin-pemimpin yang lebih menjaga kepentingan diri (dan keluarga mereka semata-mata) daripada ingin berbakti kepada orang Melayu.

    Kita bukan mahu mereka menjadi malaikat, tetapi kita tidak perlukan syaitan. Pemimpin perlu menjadi orang yang benar-benar memegang amanah, bukan hanya menipu ahli-ahli parti dengan mudah.

    Ahli-ahli parti PKR, PAS dan UMNO pula lebih ramai yang bodoh dari yang cerdik. Mereka akan terus menyokong apa jua yang dikatakan oleh pemimpin. Mengharapkan perubahan kononnya, tanpa sedar dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin berkenaan. Bukankah pemimpin PKR sedang dan telah pun mentadbir Selangor, akhirnya hanya sibuk berpolitik sesama mereka sehingga mengenepikan kepentingan rakyat? Bukankan pemimpin PAS juga sedang dan telah mentadbir beberapa buah negeri (Kelantan, Terengganu, Kedah dan juga Perak) tanpa sebarang kemajuan, hanya penuh dengan retorik? Bukankah pemimpin UMNO telah dan sedang memimpin banyak negeri dan juga negara, hanya untuk menjaga kepentingan diri, keluarga dan puak-puak mereka sahaja? Ketiga-tiga kumpulan pemimpin PKR, PAS dan juga UMNO ini telah tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah.

    Kita tidak memerlukan malaikat untuk menjalankan tugas dengan amanah. Cukupkah sekadar seorang makhluk manusia yang benar-benar percaya bahawa amanah yang dipikulnya akan ditanya di kemudian hari oleh Allah swt.

    Agaknya bila lah orang Melayu akan terus sedar bahawa mereka perlu memilih pemimpin yang mempunyai peribadi yang baik dan boleh menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. Bukan penipu yang bangkit untuk membangkang segala perkara, berkobar-kobar mendapatkan pengaruh ahli Parti, tetapi demi untuk kepentingan diri, keluarga dan puak mereka semata-mata.

    -Competente-

    ReplyDelete
  14. panglimo potaseh12:58 PM

    Saya bersetuju dengan pendapat Pak Kadir tentang apa yang akan berlaku pada Melayu dan Islam jika BN-UMNO jatuh pada PRU14 kelak, Melayu dan Islam tak akan jadi lebih baik atau lebih buruk. Saya juga tertarik dengan ungkapan Pak Kadir bahawa Melayu akan terus di gula-gulakan.

    Saya sangat kuwatir dengan ungkapan di gula-gulakan ini. Sebab Melayu itu Islam, saya memikirkan bagaimana dizaman rakyat India menentang Inggeris untuk kemerdekaan India dahulu. Kaum Hindu dan Muslim India (Gerakan Tablik) telah bersatu berjuang dengan matlamat jihad kenegaraan dan menentang kepimpinan yang jahat dan maksiat.

    Penjajah British masa itu telah mendapat ide untuk mendekati ulamak Tablik dengan cara membantu mereka untuk berdakwah (digula-gulakan). Akhirnya para ulamak Tablik ini telah menjadi mewah dan menjadi segan dan malu untuk melawan British malahan menjadi kawan karib pula.

    Akibatnya konsep perjuangan jihad kenegaraan dan menentang kepimpinan jahat dan maksiat terabai. Sebaliknya Tablik hanya menekankan konsep dakwah dan ibadah, fardhu ain, iman dan amal, dosa dan pahala. Mereka tidak langsung menyentuh aspek pemimpin, kepimpinan dan kenegaraan. Pejuang kemerdekaan India telah berpecah. Maka itu penjajah British telah berjaya untuk melambatkan proses kemerdekaan India.

    Apakah perkara yang sama sedang berlaku diMalaysia sekarang ini. Para Ustaz dan ulamak berlumba-lumba mengajar ugama dan memunggut upah lumayan. Skop yang diajar hanya berlingkar pada aspek yang disebutkan tadi. Contohnya kebelakangan ini bagaimana ibadah pada bulan-bulan tertentu pahalanya amat besar sehingga bergunung-gunung, sehingga buleh memadamkan dosa-dosa yang lampau (biasanya dipetik daripada hadis yang belum tentu sahihnya).

    Wah ... senang betul cari pahala, mungkin itulah sebabnya orang sekarang ini sewenang-wenangnya buat dosa seperti pecah amanah, rasuah, salah guna duit tabung (contoh Tabung Haji), untuk penuhkan poket sendiri yang memakan beratus sehingga beribu juta ringgit ... Lepas tu pergi Umrah "SETTLE".

    Lihat bagaimana UMNO gula-gulakan PAS (golongan ulamak) dalam isu hudud ?.

    Saya teringat akan kata Mat Sabu semasa kempen PRU13, "Macamana pun kita kena kalahkan BN-UMNO pada PRU13 ini ... Kalau nak tunggu satu lagi pilihanraya maka keadaan negara ini sama macam, keadaan basikal yang bekas tuannya seorang India atau keadaan janda yang bekas suaminya adalah seorang Arab ... siapa ndak dah lohe ...".


    ReplyDelete
  15. Jedidiah1:23 PM

    Salam Dato'

    Sayu hati membaca posting Dato' kali ini. Sebagai seorang anak Malaysia bumiputera, 4 tahun lepas saya dah terasa tercekik dengan keadaan ekonomi di tanahair dan mula menghantar resume ke sana-sini di alam maya. Alhamdulillah sangkut dengan satu syarikat di negara asing. Kini saya berkelana mencari rezeki di tanah orang. Tinggalkan anak bini di tanah air dan hanya bolih jengok beberapa minggu sekali.

    Sejak saya berhijrah, ramai lagi anak-anak Malaysia yang turut serta. Inilah realiti hari ni. Di negara sendiri, kalau kabel besar tapi tak ada aliran cas eletrik pun tak berguna. Di tempat orang pula dengan kelulusan biasa-biasa lebih dihormati kerana kebolehan, kerja kuat dan reputasi orang Malaysia di perantauan yang rata-ratanya baik.

    Untuk anak-anak saya, saya ajar jangan lah terlalu mengharap bantuan. Bantu diri sendiri dan serahkan kepada Allah untuk menentukan. Bumi ini luas, Allah hamparkan untuk kita berumah dan mencari rezeki. Di mana kita dapat bentangkan sejadah, bekerja, dan memenuhi tuntutan kehidupan, di situlah kita panggil rumah. Tak mustahil kalau ada anak saya yang berkuli di negara luar. Tapi itulah realiti yang harus difikirkan.

    Cuma Malaysia tetap tanah tumpah darah yang akan sentiasa dikenang dan dikasihi. Sayang, orang-orang tua yang sepatutnya memimpin hanya tahu melihat jalan pintas ke persada kuasa dan wang ringgit, tanpa memikirkan apa kesan kepada generasi yang kemudian.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,

    YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati. Rencana kali ini adalah satu wake up call kepada orang Melayu Islam untuk menilai keadaan semasa. Pada saya orang Melayu perlu berfikir dan menghayati ferman Allah" manusia itu adalah sebaik-baik kejadian". Mereka perlu ada jati diri dan tidak berharap kepada orang lain selain dari Allah.Itulah formula yang digunakan Allahyarham Tun Abdul Razak yang mengelilingi dirinya dengan anakbangsa untuk membangun diri dan Negara. Keadaan berubah bila terdapat konsep mengapa hendak bersusah-susah."Out source" apa yang diperlukan dari mereka yang pakar. Inilah akibat dari sifat suka melalui jalan mudah dan tidak turun padang untuk mengetahui keadaan sebenarnya. Kalaulah orang Melayu Islam celik mereka tidak risau kerana pada masa inilah jumlah orang Melayu Islam terbanyak dalam Parlimen. Tidak bolehkah mereka berfikir bersama bagaimana untuk memajukan ugama , bangsa dan Negara dari bergantung kepada Kerajaan semata-mata untuk kelangsungan kehidupan mereka.

    Kebelakangan ini saya lihat PAS dihentam tidak berhenti-henti. Sebelum ini tiada siapa pun kisah. Pada saya PAS tidak disenangi kerana sudah mula mengatur langkah untuk memantapkan kedudukan.Dengan membentang Rang Undang-undang Hudud di Parlimen PAS tidak perlu menangkis serangan yang mengatakan parti tersebut telah menggadai matlamatnya untuk memperkasakan Islam. Mereka yang mengkritik perlu menjawab mengapa mereka tidak menyokong Rang Undang-undang tersebut.Ramai orang Melayu telah mengundi UMNO pada pilihan raya lalu atas permainan ini.

    Walaupun DAP telah secara terbuka memutuskan hubungan dengan PAS tetapi PAS tidak mengambil tindak balas.Keputusan yang diambil di Muktamar PAS bersabit dengan hubungan dengan DAP adalah masih diperingkat "in house" yang perlu melalui penelitian sebelum ianya menjadi dasar. Disinilah kebijaksanaan PAS. Mereka tidak mengharapkan sokongan pihak tertinggi DAP tetapi rakan mereka yang ramai dikalangan anggota DAP semasa pilihan raya akan datang. Yang perlu di lakukan adalah meneruskan hubungan mesra yang telah terjalin bagi beberapa tahun yang lepas.

    Bersabit kekalahan ahli yang dikatakan dari kumpulan professional pula tidak bolehlah disalahkan Presiden. Undi yang dijalankan adalah rahsia dan jika mereka selalu berdamping diperingkat akar umbi dan tidak di pejabat sahaja sudah tetentu mereka tidak kalah.Lagi pun jika mereka ikhlas untuk membantu PAS maju mereka boleh terus menyumbang walaupun tiada jawatan dalam parti.

    Sekian, sekadar membuka ruang berbincang dari pelbagai sudut.

    Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
    Pencetus Strategic Vision,
    Petaling Jaya.

    ReplyDelete
  17. Salam tok.. Selamat berpuasa..

    negara ini di perintah oleh PEGAWAI PEGAWAI KERAJAAN ..ORANG POLITIK hanya memberi arahan.. Saya melihat JIKA hati hati mereka bersih.. Siapa pun boleh takbir malaysia..
    Apa guna KABINET ?. Jika nak baca kertas jemaah menteri pun tak sempat.
    Apa guna BN . Jika gagal
    Apa guna PKR JIKA HANYA UNTUK ANWAR N THE FAMILI
    Apa guna dap hanya UNTUK lim & lim nga & Nga

    Selagi melayu rasa hina dan jijik nak Bantu melayu... Selagi mana pun MALAYSIA tak Berjaya
    BANK BANK malaysia lihat malayu umpa minpi Dalam mimpi

    Malaysia perlu PERMIPIN YANG JUJUR DAN BERAKHLAK SERTA YANG PERCAYA PADA BALASAN ALLAH..
    SIAPA PUN JADI PM.. Selagi ada nafsu dan rahsuah..
    Selagi itu malayu Akan mengemis di Bumi sendiri

    ReplyDelete
  18. MOKHTAR2:29 PM

    Salam Dato,

    Ahmad Said berkata:
    " UMNO had ruled Msia for 57 years and still crying to safeguard Malay special rights..Malays under threat..Malays living under poverty etc etc..Islam is official religion, what had UMNO been doing if Malaysia and Islam in under threat?
    He said the facts are:
    1)Malaysia has 9 Sultans and a King and they are Malays.
    2)PM & DPM, holding Malaysia'a topmost powerful post are Malays
    3)Since 1974, Minister of Finance is always a Malay
    4)Other than Penang, all CMs & MB are Malays
    5)Majority of federal Ministers are Malays, influential and crucial Ministries are headed by Malays
    6)Out of 222MPs, more than 50% are Malays
    7)More than 90% of Govt Depts from lowest to highest posts are Malays
    8)NEB was designed and implemented for Malays
    9)80% on UNI quota are reversed for Malays
    10)Special discount for house and stocks purchase are for Malays
    11)Top posts in all sector and branches of Armed and Police are held by Malays
    12)CLCs are controlled and run by Malays.
    Just how could the Malays ( who are already in absolute control of all the crucial institutions and pillars of political, economic and societal life) be threatened and are facing the danger of being harmed and ousted by the minority races?
    It is actually UMNO leaders & their cronies who..with their never ending greed continue to bully & lie to Malalys by blaming the Chinese and Indians, and making them as scapegoats.
    Ahmad Said urges Malays to wake up and see the evil intentions of UMNO Warlords"
    Apa lagi nak kata?

    ReplyDelete
  19. Aslkum Dakj.

    Minta izin drpd Dakj untuk menyimpang sedikit.

    Semalam berita sangat baik dalam hidup saya. Bila mendengar berita Sultan Perak mengampunkan kesalahan 11 org yg pada pendapat saya teraniaya gara2 berani berdemo menentang penyamun tarbus bernama UMNO yg merampas kuasa di Perak hingga menumbangkan kerajaan sah yg di pilih rakyat.

    Timbul beberapa persoalan.

    Pertama oleh kerana kesebelasan mereka baru saja menjalani hukum adakah bererti mereka dianggap tak bersalah dikaca mata Sultan?Pendapat yg banyak dikongsi oleh sibijak pandai.

    Kali ini mesti disokong oleh semua org UMNO jika tak nahu dituduh derhaka.

    Kedua. Mana nak diletakkan muka org2 tertentu yg bersungguh mahu yakinkan rakyat bahawa kesemua mereka cuba menentang Sultan ketika berdemo menentang perlantikan MB haram UMNO?

    Ketiga. Setelah banyak masa dan wang ringgit habis gara2 pemerintah zalim nak mengajar sesiapa jua yg berani menentang mereka, adakah perbicaraan dan pemenjaraan mereka tu adil atau kelihatan adil sejak awal lagi?

    Kalau saya jadi salah seorang hakim yg mendapati mereka bersalah tentu saya akan rasa malu dan tertanya2 apa dah terjadi?

    Keempat. Ketua2 UMNO jangan cuba nak tunjuk hebat sangat. Kalau kamu boleh penjarakan penentang, akan ada kuasa lain boleh bebaskan mereka melalui kaedah pengampunan.

    TMJ tentu gembira berbanding Nazri Aziz.

    Apa2 pun pengampunan ini sesuatu yg baru dalam sejarah dan tak mungkin digemari oleh ramai ketua2 UMNO yg berlagak mengalahkan raja.

    ReplyDelete
  20. RAWA LANUN-BAHASA3:21 PM

    The Scribe
    Salaams

    Apa pula senarionya selepas PRU14 dan Najib masih PM?

    Dan walaupun lari dari tajuk tuan, kita nak tahu apa Tun M dan kuncu-kunca beliau nak buat bila habis siasatan PAC nanti 1MDB 'business as usual'?; FGV sudah kita katakan backdoor takeover dulu lagi - tak orang luar, konco-konco Najib sendiri. Dan adakah Barat mahu kawan ramai di ASEAN kerana mesti bantu rakan Jepun dan Korea mereka dari cabaran kuasabesar baru China dan kuasa ekonomi India.

    I don't think Najib is a 'ponen' when a Mongolian model can get blown to pieces - do you, Scribe? Si-Sirul pembunuh itu macam mana sekarang di Australia, Scribe?

    Tabik kita kepada The Scribe kerana memaparkan status qou orang Melayu cuma PATI semakin hari semakin ramai.

    salam Ramadhan.

    ReplyDelete
  21. Aslkum Dakj.

    1. Dengan sumber kewangan kerajaan negeri Selangor yg terbatas pun mereka telah tunjukkan bahawa melalui sistem tatakelola yg baik mereka berjaya:

    Beri air percuma dgn syarat.

    Buat belanjawan berlebih.Bererti rakyat Selangor tak dipaksa berhutang.

    Sediakan bermacam2 bantuan kewangan kpd rakyat.

    Menaikkan elaun guru SAR.

    Menambah lebih dua kali ganda bilangan penerima bantuan pelajaran oleh Yayasan Selangor.

    Sejak 2008 tidak menekan rakyat dgn pelbagai kenaikan cukai dll. Bandingkan bil air Selangor yg dah kama tak naik dgn bil TNB yg dikawal UMNO dah naik berganda sejak 2008.

    Dan tiada bukti bahawa kerajaan Selangor mengurangkan bilangan atau pengaruh pegawai Melayu disektor awam.

    Mengenai kerajaan negeri Pulau Pinang yg dikuasai DAP, sejak 2008 tidak ada bukti Melayu di sana ditindas. Walaupun MAP cuba main isu perkauman dari masa kesemasa. Malah kerajaan negeri bawah DAP lebih banyak memberi bantuan SAR.

    2. Oleh kerana Dakj sendiri mengaku nasib Melayu bawah kerajaan baru tak mungkin lebih teruk maka adalah bijak jika rakyat beri peluang pd UBN jadi pembangkang pulak.

    ReplyDelete
  22. Kadiag, salaam. Aku kira hang tulih macam orang sorat habak. Kira2 baguih, pasai bagi orang pikiag sikit. Banyak ada, cobaan nak risyuah orang2 pendek akai, tabok duit sana sini, ikut formula yg depa pakai selama ni, yg sebenaknya satu penghinaan dan natijahnya sangat buruk, sebabnya yg tukang bagi memang masok neraka, tapi yg tukang ambek dan olih kerana tu depa sokong parti berkenaan pon 2x5, yagni turut tempah tikit, Wallahua'lam. Alhamdulillah, rakyat Malaya akan jadi lebih cerdik dgn izin Allah S.W.T., terutama dgn media baru dan blogger2 macam hang. Lagi satu ialah pecambahan universiti2 dan pusat2 pengajian tinggi, termasuk dlm pengajian Islam. Moga2 tahyol dan kurafat macam percaya 'tak kan melayu hilang di dunia', dan panggillan yg 'teramat mulia', 'maha mulia' sesama makhlok juga InsyaAllah akan hilang. Terima kasih Kadiag.

    ReplyDelete
  23. Zed-854:02 PM

    Saudara Raja2u,

    PAS dihentam antara sebab utamanya adalah tindakan golongan ulama untuk melaksanakan hukum hudud tidak berjaya di Parlimen dan akibat dari PAS membelakangkan anggota Pakatan menyebabkan tamatnya Pakatan Rakyat.

    Ini menunjukkan kebijaksanaan dan kepandaian golongan ulama PAS yang ada sekarang adalah amat terhad dan kepercayaan serta kredebiliti PAS jatuh.

    Tradisi dalam PAS sebelumnya adalah golongan ulama menolak jawatan yang diberikan atas dasar merendah diri tetapi sekarang nampaknya berebut kuasa.

    Bahasa dalam muktamar PAS selepas era Nik Aziz juga adalah kasar dimana golongan ulama menggunakan perkataan "Menyiku, Melutut dan Mencakar". Ini tidak ada dalam hadis.

    Bagaimana golongan ulama dalam pakaian serban dan jubah hendak menyiku dan melutut, bukankah ini menyebabkan kain jubahnya koyak rabak?

    Inilah antara sebab PAS dikritik.

    Golongan Ulama PAS kesemuanya harus digantikan dengan mereka yang lebih baik dari yang ada sekarang.

    ReplyDelete
  24. Joe Black4:14 PM

    Dato'

    Bolih dikatakan prihal Nasib Orang Melayu Tidak sepenting Keghairahan Ketua Ketua golongan tertinggi UMNO untuk ditauliahkan sebagai Ahli "Inner Circle" Najib Razak. Ini disebabkan olih terkandasnya beberapa Ahli "Inner Circle" saperti Timbalan Perdana Menteri serta entouragenya dan beberapa Menteri lain dari Sabah dan Sarawak. Maka berkejaranlah muka muka baru saperti Nazri, Annuar Musa, Shahrir Samad dan lain lain dengan harapan akan dipilih mengganti yang sudah tidak lagi berada di "Inner Circle" Najib Razak.

    Cara untuk menjadi pilihan senang saja....Kutuk habis habisan sesiapa sahaja yang menyentuh tentang keburukan 1MDB atau peribadi Isteri dan Keluarga PM. Sasaran utama mereka termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr M.

    ReplyDelete
  25. Salam Dato,


    Ada BN atau tiada BN, melayu teramai sudah terlalu `manja' dan `menjauhi' ajaran islam untuk maju didalam kehidupan.


    Selagi kelihatan makin ramai Melayu `turun' ke majsid dan surau ramai ramai,itu lah PETANDA MELAYU akan `pupus' di negara ini.


    MESTI ADA latihan untuk `mengeluarkan' melayu dari mesjid dan surau, DAN MENGAPLIKASI ajaran islam di `luar lingkungan' masjid dan surau....

    Beribadat itu adalah ajaran Islam,tetapi kehidupan juga sebahagian dari ibadat/ibadah.

    Melayu tearamai tidak pernah mengaplikasi ilmu ilmu peringatan dan amaran allah, malah ketinggalan melebihi 1400 tahun di industri industri kehidupan seperti ajaran islam, contohnya seperti berikut:-

    1.Pembinaan bangunan...nabi Ibrahim saw dan nabi Ismail saw.

    2.Pembinaaan bangunan tinggi..nabi Sulaiman saw.

    3.Industri besi..nabi Daud saw

    5.Industri tembaga...nabi sulaiman saw

    6.Industri kaca..nabi sulaiman saw

    7. Interior decotation...nabi sulaiman saw

    8.Industri penerbangan/ auroneutika...nabi sulaiman saw

    9.Induatri pembinaan kapal-- nabi nuh saw

    10 Industri pakaian... kain sutera

    11. Industri barang perhisan..mutiara,emas,perak

    12. Industri perniagaan. nabi Muhammad saw

    13.Industri pengurusan harta/wang- nabi Muhammad saw

    14. Industri pelancungan-melawat ,melihat tamaddun yang telah musnah.

    15. Industri perabut.kerusi,meja,dll

    16. Industri rawatan perubatan- nabi Isa saw



    Melayu `ketinggalan' didalam menguna ilmu dan mengaplikasi dan mengembangkan ilmu ilmu kehidupan seperti yang didalam Al Quran sejak beribu tahun lalu, dan bukan saja begitu, ilmu ilmu yang berkaitan telah dimajukan olih orang barat semenjak lebih 600-1000 tahun dahulu.


    KEBETULAN Timur tengah,dimana ramai nabi da dan rasul diutuskan, juga di barat Malaysia.


    Ilmuan ugama sering mengatakan ilmu ilmu (dan industri industri itu) adalah lahir dari perbuatan dan kehidupan orang barat,dan PERLU DIJAUHI dan DIELAKAN olih orang orang orang Melayu!..


    Kesian bangsaku, ada negara ,negara mahu dijual. Ada Ugama,ajaran diabaikan.


    NASIB laa, memang dah jenis kaum nak pupus agaknya ....



    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  26. Aslkum Dakj.

    Kalau ramai lagi Sultan2 ikut cara Sultan Nazrin maka hak Melayu akan lebih terjamin.

    Apa perasaan Zamry dan ketua2 UMNO Perak bila 11 aktivis teraniaya diberi ampun oleh Sultan Perak.

    Najib dan UMNO tak bole tidur malam sejak dua menjak ni.

    Bila duit rakyat di kebas Cina Jho Low, jangan ingat Sultan tak diberi taklimat.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikumelayu Datuk k,

    Pengajaran dari negara Togo seperti Datuk catatkan saya lihat strategi memiskinkan rakyat melalui polisi tertentu seperti memperkenalkan sistem cukai baru yang dikenakan kepada semua rakyat, menghapuskan subsidi yang menengakibatkan kos pengeluaran &'pengangkutan meningkat dan seterusnya. harga barangan meningkat, membiarkan nilai mata wang jatuh dan banyak lagi , termasuk secara tersurat atau tersirat menyebabkan beribu ribu rakyat yang sedang bekerja diberhenti menerusi dasar penyusunan semula dan sebagainya. Ini semua menyebabkan jumlah kadar kemiskinan meningkat dan meningkat .

    Lalu langkah jangka yang tidak produktif dan efektif namun sangat mempengaruhi perasaan rakyat diperkenalkan iaitu dengan pemberian wang tunai . Memang apabila kemiskinan mengcekam ia satu ancaman . Maka jalan penyelesaian nya ialah wang tunai . Ini yang tersurat . Yang tersirat nya ialah budi terhutang Hutang budi perlu dibalas . Maka rakyat kenalah membayar dengan harga yang mahal melalui kertas undi . Saya inilah apa yang berlaku di Togo. Untuk orang mukmin cara ini tidak diajar malah dilarang . Maha besar Allah yang menjadikan manusia sebagai khalifah bumi .

    ReplyDelete
  28. vasantha8:51 PM

    Dear Dato,
    Another thought provoking article. The Malays are a intelligent race but they have been led astray by politicians with their own agenda. Mediocrity is glorified in the name of race. oftentimes the Indians are denied the chance to rightful promotion in the workplace. MIC and PPP have long cease to have my respect. Intelligent Malays are looked upon with some scorn, as if they too have attained their status based on race.I have the privilege of having Malay friends who despite being staunch Muslims are very open, broad minded and take pride in their work.
    Politicians play to a audience. They appeal to the emotions of people and not their intellect. It is time merit is recognized and suspicion of fellow Malaysians based on race and religion be done away with. Only irresponsible people will resort to divisive actions.

    ReplyDelete
  29. selagi para pemimpin Umno dan Pas hari ini masih lagi tidak berfikiran secara strategik demi wawasan masa hadapan orang Melayu, dan sibuk mahu mempertahankan jawatan masing masing, maka selama itulah arah tuju politik orang Melayu akan terus mundur dan mundur.

    cuba kita cari apakah ada satu langkah yang mantap di kalangan para pemimpin Umno atau Pas yang boleh dijadikan sebagai satu road map yang meyakinkan yang mampu memantapkan kedudukan politik orang Melayu di masa hadapan ie 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun dan seterusnya.

    yang ada cuma sibuk mahu bergayut terus pada jawatan masing masing, sedangkan Dap telah pun memantap kan kerusi masing masing dari musuh dalam parti sendiri dan sekarang mampu menyuarakan strategi mereka dengan dominan sekali waimah di hadapan rakan sekutu mereka sendiri.

    ternyata pepatah lama tentang pak kadok memang berdasarkan sikap masyarakat melayu dahulu , menang sorak kampung tergadai, dan ia terus melekat di zaman Melayu sekarang yang kaya dari segi zahir tetapi daif di segi maruah.

    ReplyDelete
  30. The Malay Dilemma

    Di telan mati emak..di luah mati bapak.

    Orang Melayu sebenar nya is at the crossroad semenjak Najib menjadi PM. Mereka hilang arah dan tuju..kemana untuk mengadu nasib.

    Waktu Najib mula di lantik menjadi PM, tugas utama dia ialah cuba mengambil hati kaum laen dengan memberi duit dan bantuan. Istri dia sering bolak balek ke sekolah2 Cina dengan berjanji akan memberi bantuan apa saja. yang mereka mahu. Bangunan baru, dana untuk menjalankan aktiviti sekolah , dll

    Dan pada PR terakhir Najib maseh tidak dapat sokongan dr kaum laen yg beliau dan istri nya telah memberi dan mengeluar jutaan Ringgit sebagai bantuan.

    UMNO ialah ' Bastion for the Malays '. Waktu UMNO di tubuhkan..tidak wujud nya parit2 laen seperti PAS..PSRM..PKR dll. Sebenar nya UMNO itu khusus utk org MELAYU. Tidak kira mereka dari UMNO, PAS, PKR, dll.

    Tapi sedih nya kerana ada PAS dan PKR dan parti2 seperti DAP dan Gerakan, orang Melayu bepecah. Impian DAP utk memecahkan org Melayu telah menjadi suksess. Baru 2 ini Pak samad kita dengan lantang menyatakan beliau ' rela jadi hamba kpd DAP '.

    Kalau ' Bastion ' ini roboh, hancur lah org Melayu. Maruah mereka tidak ada lagi. Kaum laen akan memandang rendah dan memperlekehkan org Melayu. We can be considered as scums in our own country seperti pribumi2 Phillipines, Indonesia, Thailand. Please take note..itu sebab Vietnam dan Korea menghadkan aktiviti kaum laen di negara itu. Hingga utk menjalankan restoran saja ada quoata nya. ( Please read about the late Presiden Park Chung Hee atau bertanya pada temen2 Korea dan Jepun)

    Masaalah nya sekarang , org Melayu sebenr nya mahu menyokong UMNO ' sebagai parti MELAYU ' yg akan mempertahankan hak Melayu.. TAPI mereka berat untuk memberi sokongan kerana yg menarajui UMNO skrg ialah NAJIB yang mengaku Phalwan Bugis tuh.. This is the REAL MALAY DILEMMA NOW.

    Memberi kemenagan kpd UMNO akan mebuat Najib dan istri nya lebih ANGKUH dan SOMBONG. dan saya yakin kalau mereka menang, org2 yg menentang mereka seperti Tun M dan Datuk KY sendiri akan di angkut masuk dlm Detention camp.

    Nah kalo UNO kalah, yg beruntung sekali ialah DAP. Saya tidak akan heran kalau ahli2 MCA,MIC dan Gerakan akan berhijrah ke DAP utk memperkuatkan kedudukan mereka. A good example is Penang..the new Singapore of Malaysia.

    PAS tetap dgn Hudud nya. PAS lupa utk implemenkn Hudud, satu2 negara itu harus ada humogenous society di mana tidak kurang 95% rakyat nya ialah satu kaum dan satu ugama seperti Saudi Arabia dan Brunei. Di Saudi Arabia a non Muslim too is punished in accordance with Hudud. Kota2 seperti Jeddah, Dahran, dll memang ramai pekerja non- Muslim and they are subjected to the Hudud laws if they commit a crime. Tapi Hudud PAS hanya di kenakan pada org Melayu Muslim. Yg non Muslim akan di hadapkan pada Civil court.

    Justru bagi org Melayu yg berpendidikan lebih tinggi akan sukar utk memilih PAS sebagai alternativ tempat org Melayu berlindung kerana mereka akan hilang banyak fasilitas dan hak2 sebagi org Melayu

    Bagi org Melayu memilih PKR..semua tahu parti ini di tubuh khusus untuk satu keluarga saja. Dan pengasas parti ni nyaris2 jual negara ini kepada kuasa Barat waktu Krisi Monetar Asia pada tahun 1998.

    Seperti saya katakan..The Malays are at the crossroad now.

    If only..only. all UMNO members from the kampungs to the cities demand Najib to step down now, then kamum melayu akan menjadi kuat dan di segani oleh kaum laen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aslkum Dakj.

      Widyan.

      Berhentilah menaruh harapan pada UMNO. Orang kata kalau berumur 40 tahun tak mahu berubah jadi baik maka sampai mati pun org itu akan bergelumuran dgn dosa.

      Apalah beza dgn UMNO yg dah terbiasa bikin onar dah lebih 57 tahun menang tanpa pernah tewas. Termasuk melalui cara2 tipu dan tidak halal.

      Parti berbudaya lanun tak mungkin dapat melahirkan ketua2 yg bersih. Bukan setakat UNNO sahaja.

      GOLKAR di Indonesia . LDP di Jepun dan Kongress di India antara contoh.

      Hari ini saja si Nazri dengan bongkaknya mengaku kaya dan bertanya pulak salahke kalau beliau kaya?

      Soalan bodoh drpd manusia yg dah terbiasa bongkak.

      Memangla tak salah kalau beliau kaya.

      Cuma rakyat Melayu cerdik nak tanya ada kah beliau kaya kerana kebas peruntukan saham atau projek Melayu atau dapat duit turun dari langit?

      Nak kata beliau datang dari keluarga bisnis yg kaya raya sebelum masuk politik saya tak pernah dengar pulak.

      Itu baru satu contoh drpd beibu ketua atau kroni UMNO yg bernasib baik dapat durian runtuh yg sepatutnya kepunyaan Melayu terbanyak.

      Dalam negara demokrasi sesiapa saja yg tak berpuas hati boleh tubuhkan parti politik sendiri.

      Dan tiada sebab sah org2 ini dituduh sebagai pemecah belah perpaduan Melayu.

      Hujah cetek spt Widyan lah yg menyebabkan ketua2 UMNO tak akan serik mencuri harta negara malah anggap rakyat sebagai hamba mereka.

      Sia2 lah kita meraikan tahun hijrah kalau tak mahu berhijrah kepada situasi yg lebih baik.

      Delete
    2. Zakariyya5:16 PM

      Manusia Melayu wajib bersatu atas plateform yg tunggal. Cari persamaan dan halatuju tingkatkan martabat bangsa bebas rasuah khianat dan berintegriti..
      Boleh diusahakan sekarang sebelum pru 14.

      Pasarana penyatuan melayu sudah ada, hanya untuk digerakkan. Sumbernya
      banyak. Perlu daya penggerak yg jujur dan beramanah. Politik dan kuasa sudah ada. Penggeraknya perlu ada. Mantapnya Melayu...lainnya tak berani angkat muka
      seperti hari ini


      Delete
  31. salam Dakj

    Nasib orang melayu/islam terletak pada orang melayu/islam itu sendiri.Ia terletak pada setiap individu orang melayu/islam tiada terkecuali.

    peminpin yang baik/bagus yang di pimpin tak /baik/bagus pun tak boleh begitu juga sebaliknya.

    semua kena baik/bagus/amanah,jujur,tak rasuah,tak menipu,tak tamak,sedia menolong,membantu,memaafkan,tak berdendam,hormat menghormati, menghormati/tunduk undang-undang Allah dan negara,berganding dan bersatu membina dan menyelesaikan masalah negara dan sedar diri.

    apa yang ada sekarang banyak yang tak sedar diri.

    sekarang ini mungkin ramai ahli politik PAS,DAP dan PKR sangat sedar akan diri mereka kerana mereka akan hilang Pangkat,kuasa dan RM jika perpisahan mereka benar-benar adalah satu realiti.kehilangan itu mungkin sekejap dan mungkin juga lebih lama atau selama-lamanya.sekarang mereka sedang menari,menyanyi,dan berbalas balas pantun diantara mereka.

    hal ini tidak bagus untuk negara malaysia.

    ReplyDelete
  32. Salam Tok,

    Ada seorang pengomen dalam blog tok, siap sebut alhamdulillah sebab Pakatan dah kojol.Mengapalah bangang si mamat ni macam presiden umno. Adakah Pakatan kojol, BN tak boleh mampos. Saya hanya ketawa melihat kebodohannya. Tok, yang sebenarnya kuasa di tangan rakyat, tak kira melayu ka cina atau india atau lain-lainnya. Ini zaman IT, bukan zaman tok nadok. Bila-bila masa saja umno boleh kojol. tak terkecuali juga Parti Ajaran sesat PAS. Setelah membelakankan hasrat rakyat untuk menumpaskan BN, PAS dan UMNO sekarang sedang menuju ke liang kubor yang sama. Sedarlah sikit.

    ReplyDelete
  33. Pompuan11:59 PM

    Salam DAKJ dan rakan komentar sekelian. I agree whole-heartedly with YB Ali. Yalah sebab you menyebelahi Tun M, you bolehlah cakap macam tu. Lagipun you dah millionaire, tak kisahlah kalau orang Melayu tak memerintah. Taraf you atau duit atau harta you tak tersentuh. Tapi adakah Pak Kador fikir tentang bangsa kita yang masih melarat di kampung-kampung. Atau anak-anak Melayu yang masih belajar.
    Saya takut lagi tepinggirlah orang Melayu kita yang bergantung kepada ihsan kerajaan. Sedangkan sekarangpun sangat kurang anak orang kampung dapat scholarship prestigious seperti Bank Negara, Petronas dan Khazanah Nasional umpamanya. DAKJ tahu tak non-Malays yang ramai dapat scolarship tersebut.
    Jadilah kita macan taraf orang Melayu Penang.
    If you tanya Indians, they prefer Malays to lead the govt than the Chinese. Vice versa if you ask the Chinese. They don't mind the Malays ruling than the Indians. Seriously Malays are fairer than the nons. Just look only at Malay bosses and companies
    Your former company NST for example are fairer to the nons as compared to your rival MCA paper. How many Malays are placed in top executive scale in the Star as compared to the nons in NST?
    Sejak awal krisis Tun M - Najib, saya telah menulis di sini saya cukup sedih ia berlaku. Saya nak mereka berdua berdamai. Sebab saya sayang prmimpin Melayu kita.
    Saya amat tak suka dengar Tun M atau Pak Kadir cakap BN kalah pada 2018. Nauzubillah. Cakap tu doa. 10 orang cakap, jadi betullah.Macam seronok je bunyinya you and Tun M cakap cunma kerana you nak Najib kalah.
    Why not work towards uniting them instead of jadi batu api atau cheer-leader meteka. Memang Melayu berpecah sekarang. Yang kafir senakin kuat perkauman mereka. Kalau tak ketana Najib- Tun M fight ni, UMNO lah yang boleh menang dalam pilihanraya jika Selangor ada state elections.
    Di hari dan bulan mulia ni, marilah kits cari titik persamaan di kalangan meteka berdua. Ameen.

    ReplyDelete
  34. Aslkum Dakj.

    Untuk paparan akan datang apa kata Dakj memilih tajuk berbunyi " nasib Melayu-Islam jika UBN terus berkuasa"

    ReplyDelete
  35. Saya setuju dengan Dato' bahawa Melayu dok pi mai pi mai tang tu jugak sama ada BN berkuasa atau PR yang berkuasa kerana mentaliti subsidi dan mentaliti hamba dikalangan Melayu terlalu tebal. Memang sakit hati bila terbaca ayat yang macam ini, tetapi itulah yang sebenarnya.

    ReplyDelete
  36. Hello ponpuan and Ali,

    Korang tak kesah ke kalau penyangak tu tibai duit kita....janganlah korang dok main racial card....apa selama ini depa tak ambil duit bumiputera kah....kesian tengok kamu berdua, masih tak boleh berfikir secara waras....

    ReplyDelete
  37. Zed-853:25 PM

    Sallam saudara Umar,

    Saya kurang bersetuju dengan idea yang mengatakan UMNO tidak akan berubah.

    Bagi saya ahli-ahli UMNO yang menyebabkan masalah bukan UMNO.

    Saya lebih setuju dengan idea dimana, sekiranya UMNO tewas satu penggal, maka ini akan membawa perubahan kepada UMNO.

    Di Indonesia umpamanya, setelah jatuhnya Suharto, Parti Golkar telah berubah atau "reform" terutamanya dalam proses pemilihan ketua yang lebih demokratik.

    Keadaan politik di Indonesia jauh lebih mencabar dengan jumlah penduduk yang jauh lebih besar dari Malaysia termasuk juga berbagai kaum dan daerah yang banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aslkum Sdr Zed-85.

      Terima kasih atas komen.

      Golkar parti zalim tumbang bersama dgn tumbangnya diktator bernama Suharto.

      Golkar hanya hilang kuasa selepas berdekad2 menipu, mencuri dan merompak harta rakyat Indonesia berbillion ringgit.

      UMNO dan ketua2 mereka lebih teruk lagi.

      Hanya bila ekonomi Indonesia menjadi terlalu parah dan dengan rahmat Allah mendatangkan bala dalam bentuk krisis ekonomi Asia barulah berlaku pemberontakan besar2an hingga memaksa Suharto letak jawatan.

      Nasib baik Suharto jadi pemimpin di kepulauan Melayu. Kalau di Libya mungkin beliau menerima nasib spt Muammar Ghadaffi mati dibunuh.

      Nak tahu banyaknya kecelakan yg ditinggalkan oleh Suharto dan kawannya dalam Golkar?

      Cuba lihat angka2 hutang negara berkenaan peninggalan rejim jahat Suharto dan Golkarnya yg terpaksa dibayar oleh penduduk Indonesia hingga beberapa generasi akan dtg.

      Dengan tukaran rupiah yg semakin melemah, penduduk Indonesia terpaksa bekerja lebih kuat untuk bayar hutang yg bukan dibuat oleh mereka sendiri.

      Berbanding Malaysia, selepas reformasi yg mengguling diktator, pemerintah Indonesia kini lebih bebas dan telus.

      Rakyat mereka boleh berdemo, boleh berucap, boleh mengkritik Presiden, boleh mengkritik hakim, ketua polis dll.

      Indonesia selepas era Suharto diguling menjadi lebih demokratik walaupun belum sempurna spt demokrasi di barat.

      Dalam senario ini Golkar terpaksa beroperasi dgn pura2 buat baik. Ibarat berniaga, ketua2 Golkar sekarabg terpaksa guna duit simpanan demi menarik sokongan pengikut yg lebih minat dgn wang mereka.

      Dan sejak Suharto dan Golkar hilang kuasa pd 1998, wakil Golkar belum pernah menang jadi Presiden.

      Sama spt Filipina selepas Marcos, Indonesia sedang menuju kearah kehidupan yg lebih baik.

      Kata kuncinya ialah rakyat Indonesia dan Filipina mahu atau berani mencampakkan ketua dan parti yg perhabis beras.

      Dalam berpolitik mereka jauh lebih cerdik drpd org Melayu.

      Apakah kita mahu lihat org Melayu pulak jadi PATI di Indonesia suatu hari nanti?

      Delete
    2. Anti Liwat.5:35 AM

      Siapa kamu yang menidakan pandangan orang?

      Tiada apa salahnya dengan Umno.
      Cuma ketua2nya yang dajal.
      Apa kurangnya dengan Parti Idola kamu, PKR yang di naungi Peliwat anak beranak dan Dap yang cuma bapa, anak dan rakan2 didalam Inner Circle mereka?

      Cukup2lah dengan Kempen menidakan pandangan orang dan menyuruh Pembahas lain menyokong Pembangkang.

      Kalau sudah nyata kuat dan hebat, kenapa sudah retak dan belah?

      Umno tetap Parti Tunggak Melayu cuma Pemimpin yang perlu ditukar.

      Hidup Melayu!!!
      Hidup Umno!!!!

      Nyahlah Najib dan Ketua2 yang seperti dia.


      Delete
  38. 1. Sdr Buah Kerdas dan Sdr Red, atas alasan pembangunan, tanah rizab Melayu pun kena kebas. Dibayar harga murah dan tak diganti. Abil tanah bukan Melayu bayar nilai pasaran. Ambil paksa kena saman.

    2. Utusan Malaysia pada 17 September 2014 melaporkan bahawa sejak dikuatkuasakan pada 1 Januari 1914, tanah rizab Melayu tidak pernah mencapai sasaran 50 peratus daripada jumlah keseluruhan tanah di Semenanjung Malaysia, sebaliknya hanya tinggal kira-kira 12 peratus sahaja.

    3. Ini bukan kerja Umno tapi kerja pemimpin Umno yang naik jadi pemimpin kerajaan. Bila pemimpin Umno naik jadi pemimpin kerajaan, mereka abaikan aspirasi Umno. Mereka gula-gulakan ahli akar umbi agar tidak bersuara. Yang bersuara dicap pengacau.

    4. Sdr Zed-85, Umno akan berubah hanya apabila muncul seorang pemimpin yang kuat dan ikhlas atau apabila Umno kalah PRU. Kalau generasi muda yang bersemangat juang, ikhlas dan komited tidak ambil alih, Umno akan mati tanpa kubur.

    Wallahuaklam.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  39. Salam TSAKJ

    Apa pun Najib tidak akan peduli dengan nasib UMNO. Dalam keadaan tersepit kini tidak mustahil dia akan menggunakan talian hayat terakhirnya iaitu akan membebaskan Anwar Ibrahim dan menjemputnya menubuhkan kerajaan campuran UMNO-PKR. Bukan mustahil kerana ada maklumat mereka pernah berunding di Jakarta pada PRU 13 lepas diamana saudara se Bugisnya, Jussuf Kalla pernah menjadi orang tengahnya. Diberitahu perundingan itu gagal. Segalanya tidak mustahil dalam politik!

    Kedatangan Obama pada kali kedua ke Putrajaya dalam masa yang terdekat adalah sesuatu yang agak pelik. Keakaraban Najib-Obama boleh diterjemahkan dengan niat Amerika yang mungkin sedang mendesak Malaysia membuka sebuah Pangkalan Tentera Baru Amerika di bumi Malaysia bagi mengawasi penguasaan China di Laut China Selatan. Ada kemungkinan Najib diberi kata dua terima atau diganti dengan Anwar... itu bukan kerja mustahil Amerika!

    ReplyDelete
  40. ismailrosiah12:51 AM

    السلام عليكم.
    Dato Dan sekeluarga semoga dalam rahmat allah jua hendak nya.Bila bercakap berkenaan orang melayu memang ada sahaja yang tak kena semua nya menjurus kepada kegagalan cuba kita kaji apa jua dasar kerajaan untuk memperbaiki taraf hidup orang melayu dimanakah kejayaan yang dicapai apakah dasar ekonomi baru berjaya di capai dengan sasaran 30% adakah dasar ini berjaya di capai kalau berjaya apa buktinya kalau gagal kenapakah gagal mesti ada puncanya dan punca gagal ini lah yang perlu di ambil perhatian oleh para pemimpin melayu khususnya dari parti pemerintah kerana dasar ini diperkenalkan oleh parti umno setelah peristiwa 13 mei 1969 kerana umno adalah wadah penyelamat untuk orang2 melayu tak kira dimana orang melayu berada sama ada di desa atau di bandar kecil atau besar hanya umno sahaja penyelamat bagi orang2 melayu...Betul ke dato?????.
    Senario plitik telah berubah sejak 1998 lagi bibit2 penentangan terhadap telah berlaku akibat kegagalan parti tersebut membela orang2 melayu dan juga kresis politik antara pro dan kontra antara pemimpin yang sedia ada dengan yang pro REFORMASI maka bibit perpecahan semakin teruk namun para pemimpin dan juga penyokong nya merasa selesa kerana masih ada majoriti 2/3 lagi lalu perpecahan ini tidak di ambil kisah oleh para pemimpin umno pada ketika itu lebih2 lagi setelah umno menang cemerlang dalam PRU11 pada 2004 dimana suara pembakang hampir lenyap dan kerajaan PAS terangganu juga turut gugur dimana parlimen MARANG di menangi oleh BN kekalahan TGHA adalah diluar dugaan....kerajaan negeri kelantan pun nyaris2 tumbang kepada parti umno hadari.....Dan atas kemenangan ini la BN/UMNO mengambil sikap ASB...Angkuh Sombong Bongkak itu lah natijah yang berlaku.
    Pada PRU12 2008 satu kejutan telah berlaku dalam senario politik negara malaysia dimana BN/UMNO telah tewas di beberapa negeri dan hanya mendapat kerusi 58% dan tidak mencapai 2/3 majoriti dari keputusan itu juga BN hanyut dari kerusi PRK kuala terangganu dan juga gagal merampas bukit gantang itu peristiwa yang lalu dimana pucuk pimpinan parti pun berubah dari islam hadari kepada 1malaysia namun gagal mendapat majoriti 2/3 sekali lagi dan sokongan undi popular kepada BN/UMNO terus merosot....Itu lah imbasan peristiwa yang lalu kurang dari 3 tahun pasti PRU 14 akan berlangsung dan orang melayu akan menentukan hidup mati nya umno sama ada masih releven untuk menjadi penaung kepada orang2 melayu atau parti itu akan lenyap di telan arus zaman perubahan....hanya masa yang menentukan nya.
    Dato kata umno akan kuat bila mana muncul seorang pemimpin yang kuat dan ikhlas serta jujur atau umno itu akan kalah....kuat setelah kalah tiada guna gagah setelah kalah juga akan hancur saya yakin dan pasti sekiranya umno kalah parti itu akan lenyap kerana beberapa tindakan undang2 akan di ambil keatas parti tersebut jika kita ada umur panjang sama2 lah kita tengok nanti ia dato.
    Pada masa ini atau akan datang orang melayu pun sudah tak berapa nak ingat kepada umno lagi dan juga masakini orang melayu juga tidak akan menjadikan PAS sebagai parti penyelamat umah kerana PAS dan UMNO tidak jauh beza nya lebih kurang sama iaitu parti cai.

    Orang2 melayu sudah melihat percaturan parti2 yang berasaskan kaum ini pandai cakap tapi tak guna pun kita rakyat terbeban dengan kos sara hidup ada mereka nak ambil tahu cuba kita lihat kenaikan ELAUN ahli parlimen dan DUN berapa % semuanya tahap yang terbaca oleh akal rakyat macam saya sedangkan rakyat berkais-kais untuk makan....lebh malang kakitangan MAS yang terpaksa mencari haluan lain setelah khidmat mereka di tamatkan bukankah majoriti nya melayu apa yang umno buat kalau dia betul2 pembela melayu sejati. Dato setekat ini kemerapuan saya yang baik dari Allah jua yang tak baik atas kelemahan saya tapi fikir2 kan la siapa kita...WASSALAM...

    ReplyDelete
  41. Masa BN kuat, pemimpin pakat isi tembolok. Masa BN lemah baru merayu-rayu minta sokongan. Kalau BN menang lagi pun masih ramai Melayu yang makan beras hancur, biarlah BN kalah kerana semua ini aturan ILAHI. Kami umat Melayu kampung dah meluat dgn BN, tak tau la orang terpelajar macam Dato' masih kuat dengan BN. BN lah yang menjual negara...macam-macam...semua bermula era Tun M.BN tak akan menang PRU kecuali dgn strategi menipu!

    ReplyDelete
  42. dato

    bukanya tiada generasi muda yg bersemangat utk membantu tapi du peringkat cawangan atau bahagian dah kena cantas...mereka takut golongan ini kacau perut mereka...maka tinggalah golongan yg tak mau berfikir utk masa depan agama dan bangsa...

    ReplyDelete
  43. Terima kasih DAKJ.

    Saya cukup tidak memahami sikap dan cara pemikiran Datuk yang cuba menggambarkan keadaan dan nasib orang Melayu hanya disebabkan fakta-fakta mulai sejak 2003 apabila PakLah mula memerintah.

    Tahukah Datuk kualiti pemimpin dan rakyat jenama Melayu ketika ini adalah hasil buatan atau produk pengeluar atau tangan pemimpin 30 tahun dulu.

    Kenapa payah sangat nak terima kenyataan ini.... generasi ini bukan dibina 10 tahun lalu.

    ReplyDelete
  44. Datuk tolong ingat si Tun Mahathir yang beliau tidak boleh cuci tangan dengan mudah ye....rakyat tak sebodoh itu.

    ReplyDelete
  45. Tolong beritahu Tun Mahathir bahawa kalau nak cuci tangan tu airnya sabunnya tetap keruh dan kotor....jangan bodohkan rakyat ye Datuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan Lama.

      Memang betul sewaktu TDM berkuasa banyak dosa beliau kpd rakyat.

      Terfikir jugak saya mungkin Allah beri peluang umur panjang dan badan sihat kpd beliau untuk tebus kembali kesalahan dengan berjuang melawan Najib.

      Dosa2 lain TDM terhadap rakyat yg beliau fitnah dan tindas ngeri saya bayangkan.

      Walaupun TDM banyak dosa( paling tidak kpd rakyat spt saya) , ini tidak bererti beliau tidak ada hak bersuara melawan perbuatan durjana kerajaan dan Najib sebagai PM.

      Cuma kesian pun ada. Mungkin sekarang TDM insaf peritnya hidup sebagai pembangkang. Itu belum lagi kena pukul dalam lokap.

      Bukan susah sangat pihak tertentu nak tuduh TDM di mahkamah atas tuduhan sodomi . Percayalah kalau ini terjadi, ranai Melayu bodoh akan percaya.

      Dalam urusan lawan Najib saya tak mahu tanya motif TDM atau sesiapa.

      Pokoknya bila Najib kalah, rakyat ada peluang dpt ketua baru yg harap2 tak jahat sangat.

      Delete
  46. Zed-852:29 AM

    Sallam Dato'

    Saya setuju. Cuma zaman sekarang susah hendak cari pemimpin yang tegas dan lurus.

    Budaya dalam UMNO itu sendiri banyak yang tidak kena.

    Kalau di Korea dan Jepun, sekiranya ada skandal, atau timbul isu soal kewibawaan. Pemimpin akan letak jawatan demi untuk mempertahankan maruah parti dan ahli. Contohnya Shinzo Abe dari Jepun. Kepentingan Parti lebih utama dari kepentingan sendiri.

    Tidak kira darah sembarangan atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  47. Anonymous3:56 AM

    Salam
    Dato ..pertama sekali saya nak ucapkan syabas kepada Tuanku Raja Nazrin Shah kerana mengotakan titah baginda sewaktu mengangkat sumpah sebagai Sultan Perak yang akan memerintah berlandaskan Hukum Allah Dan Menjadikan All Qur'an sebagai landasan pemerintahan Baginda.
    Terbukti apabila baginda memberi pengampunan kepada 11 aktivis yang menyertai demo menentang perlantikan MB baru menggantikan Dr Nizar secara tidak bermoral...
    Berbalik pada tajuk di atas....Sesipapun yang memerintah negara ini ...selagi menjalankan pemerintahan dan melaksanakan keseluruhan jentera pentadbiran negara berlandaskan keadilan..keluhuran..mengikut undang2...tidak khianat..tidak rasuah...tidak menggunakan harta a tau perbendaharaan negara untuk kepentingan peribadi keluarga..rkan2...atau pihak2 yang tidak ada kena mengena dengan kepentingan negara Dan agama ...selagi itulah sesebuah pentadbiran itu diberkati...
    Tetapi pabila negara ditadbir oleh mereka yang bermasalah dari segi moral ..intergriti...keagamaan...dan yang penting sekali apabila pentadbir yang diharapkan mentadbir "telah ditadbir" oleh orang lain atau pihak lain....maka tiada guna lagi samada Melayu atau bukan Melayu....
    Melayu ni dari dulu lagi bersikap tolak ansur dalam banyak hal...
    Sehingga kan sebahagian besar penempatan strategik negara sudah diduduki oleh pihak luar atau orang asing...
    Kerana sikap tolak ansur inilah ..malah sehingga sekarang tolak ansur jugalah menjadikan Melayu semakin lemah kerana tidak mahu bertindak lebih awal terhadap kecurangan kerajaan mendalangi 1mdb...membiarkan fgv ditubuhkan dan disenaraikan di bursa ...sedangkan rasionalnya sudah ditunjukkan oleh pihak pembangkang bahawa kedua2nya tidak menguntungkan rakyat dan negara...
    Aaarrhh....persetankan semuanya....Aku memerintah negara sekarang....Aku punya 5 tahun untuk menjadikan apa yang Aku ciptakan itu berjaya Dan membuka mata rakyat...Aku tidak akan berundur hanya kerana desakan seorang atau satu pihak ...yang mahu aku turun....
    Melayu masih lagi bertolak ansur di Malaysia....
    Rakyat Thailand tidak bertolak ansur dengan penyelewengan...rakyat Indonesia tidak bertolak ansur isu popiah atau tarian...rakyat Malaysia ,Melayu khususnya ....masih bertolak ansur apabila minyak naik...tol naik...cukai gst...tarif Letrik naik....

    Maka Melayu hanya menunggu bangsanya rebah kerana sikap bertolak ansur....

    ReplyDelete
  48. 1. Sdr Red berkata: "bukanya tiada generasi muda yg bersemangat utk membantu tapi du peringkat cawangan atau bahagian dah kena cantas...mereka takut golongan ini kacau perut mereka...maka tinggalah golongan yg tak mau berfikir utk masa depan agama dan bangsa..."

    2. Kalau generasi muda mahu jalan mudah, jadilah pak turut, kaki ampu dan kaki julang. Tetapi kalau mereka ikhlas berjuang untuk masa depan mereka sendiri, mereka kenalah gigih dan jangan mudah tawar hati dan menyerah kalah.

    3. Kalau Umno atau parti-parti yang ada sekarang tidak menghargai sumbangan mereka atau tidak serasi dengan aspirasi mereka, mereka boleh taja parti baru. Saya yakin kalau genarasi muda, apatah lagi kalau mereka boleh berfikir dan bertindak melepasi batasan kaum, mereka boleh menajadi pemangkin dan pengasas kepada sebuah pergerakan politik baru Malaysia.

    4. Tetapi kalau mereka memilih untuk berdiam diri atau menjadi pak turut kerana ada habuan dan ganjaran mudah, mereka janganlah kecewa seandainya Malaysia kaya tetapi rakyat jelata miskin tanpa nilai dan tanpa tamadun atau merudum menjadi Togo.

    Wallahuaklam.

    ReplyDelete
  49. Aslkum Dakj.

    Tolong jangan promosi ajaran songsang dgn berkata tiada apa2 yg silap dgn ahli UMNO.

    Menurut Dakj yg silap cuma ketua2 UMNO yg khianat selepas dapat kuasa.

    Parti UMNO boleh dimaafkan kalau ia baru setahun jagung. Dah lebih 60 tahun pun.

    Nak jadi ketua cawangan pun kena main kotor.Bererti kekotoran dalam UNNO bermula dari akar umbi. Bukan peringkat menteri je.

    Dulu saya juga ahli UMNO. Bila saya lihat perangai ketua2 UMNO terutama di zaman TDM teruk maka saya membebaskan diri ini drpd bersubahat dgn lanun dan ketua2 lanun dalam UMNO.

    Selagi saya menjadi ahli bererti saya bersubahat. Di akhirat nanti saya tak boleh perbodoh Allah dgn kata saya tak tahu. Sebab Allah dah beri saya akal. Dan saya bukan kafir atau nunafik.

    Saya tak boleh terima hujah Dakj bahawa UMNO tak bersalah tapi pemimpinnya saja.

    Kalau kita berkawan dgn org jahat kita mungkin hari2 kita makan balanja dari hasil wang haram.

    Malangnya bagi kebanyakan manusia Melayu mereka mengambil fatwa jalan mudah. Iaitu asalkan aku , mereka atau ketua UMNO bantu maka yg lain2 tu aku tak mahu ambil tahu.

    Kalaulah 90% ahli UMNO sedar bahawa menjadi ahli UMNO bersamaan dgn bersubahat dgn ketua penyamun dan bersubahat itu dilarang agama , lantas terus berhenti menjadi ahli , maka secara otomatik ketua2 UMNO tu akan lemah.

    Barulah ada peluang untuk org baik memimpin kita.

    Tugas org Islam tak cukup ajak manusia buat baik saja. Umat Islam termasuk dalam UMNO kena cegah kejahatan ketua2 mereka.

    ReplyDelete
  50. Joe Black9:34 AM

    Dato'

    Nampaknya DS Najib dan "Inner Circle" beliau sudah mula mengistihar perang terhadap Media Finance Antarabangsa...Ini Termasuk Berita Bloomberg, Wall Street Journal, Berita NYT dan sebagainya. Adakah ini akan membawa keuntungan kepada Negara? Adakah beliau mampu menghadapi lagi satu "Front" yang susah dilawan terutama sekali mereka yang mempunyai daya kaitan dengan pelabur pelabur asing. Sanggup kah beliau menghancurkan credibility Negara untuk tetap duduk berkuasa atas tabung Negara dan mengekalkan hidup supermewah keluarga?

    Saperti yang selalu disebut olih sesetengah komentar Barat...."You Aint Seen Nothing Yet" .....The Worst is Yet to Come!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Joe Black.

      Betul kata sdr bahawa sesiapa yg mengadu pasal Najib kpd media antarabangsa akan dianggap memalukan negara dikaca mata dunia.

      Tapi kalau percakapan seseorang itu untuk memuji Najib, itu namanya mengharumkan nama negara.

      Sebab dalam otak pembodek sudah dicuci agar hanya faham satu perkara iaitu Malaysia ni adalah milik PM dan atau isteri dan anak2 mereka.

      Nasib baik bila menteri luar Anifah Aman dalam mengutuk TDM, tidak mengelar beliau sebagai barua Amerika dan agen Yahudi.

      Masih siumanla si Anifah ni berbanding dgn pembodek2 TDM waktu kutuk Anwar sebagai agen Yahudi dll.

      Delete
  51. matpenang12:07 PM

    Salam,

    Fikrah umno, dulu..kini dan selamanya.
    Bila nak kalah, baru fikir nasib Islam

    Iktiqad asuhan umno
    Hanya umno boleh bela agama
    Dah puluhan tahun memerintah
    Agama hanya atas kertas
    Realiti, umat makin jauh dari agama

    Cukup cukuplah menipu rakyat....

    ReplyDelete
  52. nor ishak ismail12:19 PM

    Nampaknya strategi "Panggil Ayam Masuk Reban" PM Najib kita, seakan dah bermula dan semakin rancak. Strategi ini akan memuncak pada PRU14 nanti.

    Semalam di TV, orang Pekan melaut menadah tangan untuk menerima sumabangan dan habuan wang ringgit daripada tangan Najib sendiri ... bravo.

    Bercerita tentang generasi baru UMNO, yang akan ganti otai-otai ini adalah daripada kalangan anak-anak dan keluarga mereka juga ... mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

    Kalau dah bapaknya borek anaknya mesti rintik. Jadi macam mana kita lihat UMNO tu sekarang macam itulah juga masa depannya. Lagi pun kerja dalam UMNO boleh buat duit banyak ... belum ada fatwa lagi yang mengatakan perolehan duit ini haram.

    Apa yang berlaku pada masa depan genarasi PAS, DAP dan PKR sama saja dengan UMNO. Ada parti yang lengkap satu keluarga menerajuinya. Abih cam mano.

    ReplyDelete
  53. nor ishak ismail12:19 PM

    Nampaknya strategi "Panggil Ayam Masuk Reban" PM Najib kita, seakan dah bermula dan semakin rancak. Strategi ini akan memuncak pada PRU14 nanti.

    Semalam di TV, orang Pekan melaut menadah tangan untuk menerima sumabangan dan habuan wang ringgit daripada tangan Najib sendiri ... bravo.

    Bercerita tentang generasi baru UMNO, yang akan ganti otai-otai ini adalah daripada kalangan anak-anak dan keluarga mereka juga ... mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

    Kalau dah bapaknya borek anaknya mesti rintik. Jadi macam mana kita lihat UMNO tu sekarang macam itulah juga masa depannya. Lagi pun kerja dalam UMNO boleh buat duit banyak ... belum ada fatwa lagi yang mengatakan perolehan duit ini haram.

    Apa yang berlaku pada masa depan genarasi PAS, DAP dan PKR sama saja dengan UMNO. Ada parti yang lengkap satu keluarga menerajuinya. Abih cam mano.

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum wbt pak Kadir..

    Pak Kadir percaya atau tidak? "KUN FAYAKUN"...tidak beriman jika kita tidak percaya kepada kadak dan kadar Allah.. wallahua'alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr Azhar.

      Ada org hafal enam rukun iman termasuk hukum Qada dan Qadar.

      Samada mereka percaya perkara ghaib spt itu, itu soal lain. Dan samada pemahaman mereka tu betul seperti ajaran Islam sebenar itu soal lain.

      Cuma saya harap sdr Azhar betul2 faham.

      Oleh kerana perkara Qada dan Qadar ini tak boleh dilihat maupun dipegang maka ada orang yg sanggup permainkan perintah Allah.

      Termasuk di blog ni juga.

      Dengan berkata " oleh kerana Qada dan Qadar Allah sayang dan restu UMNO lah maka UMNO tak pernah kalah dalam PRU".

      Mengikut logik loyar buruk yg sama maka ramai yg sanggup berbuat jahat atas alasan Qada dan Qadar dgn berkata " perbuatan aku merompak rakyat melalui IMDB ini jugak adalah kerana kehendak dan izin Qada Qadar Allah. "

      Mereka lupa dgn Qada dan Qadar Allah juga TDM semasa hidup telah dihina didunia ni.

      Dan jangan lupa dengan Qada dan Qadar Allah jugalah yg akan menghumban kita kepada kebinasaan dalam Neraka jika kita terlalu yakin berbuat jahat tanpa menggunakan akal yg dikurnia Allah.

      Delete
    2. Saudara Umar yang budiman,

      Saya hendak sdra jawab soalan ini ye:-

      Kenapa sdra tidak mahu gunakan akal untuk berikan bukti bagi setiap pertuduhan jahat yang sdra utarakan sebagaimana kerap sdra minta dan persoalkan 4 mata saksi diperlukan bagi pertuduhan sesuatu kejadian liwat.

      Kenapa tahap pembuktian sebegini tidak sdra kekalkan dalam semua isu perbincangan?

      Delete
    3. Tak kata bodoh pun tak patut.

      Pertama bukan 4 mata tapi 4 saksi bersyarat la bongok. Kalau ada 10 saksi malaun kena rasuah nak buat apa. Itu hukum agama

      Kalau jenayah ketua2 Kawan Lama yg lain tak nampak juga bukti bererti Kawan Lama buta mata dan hati.

      Pembuktian kepada sibuta mata masih ok. Tapi kpd sibuta hati? Buang masa sahaja.

      Delete
    4. Bongok kononnya, tapi siapa pula si Azhar yang sdra tujukan tulisan di atas....silap orang terus dibongokkan tapi hati yang hitam dlm badan sdra tak dpt dibersihkan.

      Sudah tiada jawapan nak cuba bongokkan....tin kosong

      Delete
    5. Sdra Umar,

      Cuba lah sdra pertahankan sesuatu prinsip dengan lebih konsisten dalam berhujah...kalau nak tuduh orang liwat kena 4 orang saksi tapi mana bukti sdra apabila membuat tuduhan jahat terhadap sesaorang?

      Tolong jawap soalan si Bongok ini.. kalau tidak mungkin sdra lebih bongok dari yang bertanya.

      Delete
    6. Kawan Lama.

      Sdr memang tak bonggok....dalam urusan memainkan kata2.

      Delete
  55. Lembah Tasnim6:58 PM

    Datuk..

    Amat mengejutkan kalau tanah rizab Melayu hanya tinggal kira-kira 12% sahaja dari kadar yang sebelumnya tidak sampai pun 50%.

    Kalau kita buat pekiraan metametik berdasarkan jumlah 50%-12%=38% artinya tanah rizab Melayu dalam masa pemerintahan BN selama 60 tahun belum sampai satu abad lagi, telah hilang setiap 15 ke 16 tahun sebanyak 10%.

    Kalau ikut lojik tanah yang tinggal 12% akan habis dalam masa 20 tahun..? Ini perkara serius Tok..

    Tanah adalah harta yang sangat berharga.. kalau orang Melayu dah tak ada tanah walau party mana yang memerintah.. Melayu akan jahannam.

    Itu belam lagi masaalah kedatangan pendatang asing yang jumlahnya sudah berjuta-juta.. dipinggir kampung-kampung dan kilang-kilang mereka telah mula menceroboh tanah kosong kerajaan, malah ada yang telah berjual dipasar malam.

    Hari ini tajuk utama Berita Harian "DUA JUTA PENDATANG ASING GHAIB"

    Terima kasih Tok..



    ReplyDelete
  56. Zed-8512:13 AM

    Sallam Saudara Umar,

    Selepas Suharto, BJ Habibie menjadi Presiden dan dianya juga adalah juga dari Golkar.

    Megawati anak Sukarno menjadi Presiden selepas Abdul Rahman Wahid.

    Disebabkan ramai yang tidakpuas hati terhadap Megawati, Golkar kembali semula dalam politik Indonesia.

    Presiden Susilo dan sekarang ini Jokowi walaupun bukan dari Golkar tetapi masih mendapat sokongan Golkar untuk membentuk kerajaan dengan timbalan presiden Yusof Kalla.

    Adalah baik sekiranya kita dapat lihat apa yang terjadi di luar negara untuk mendapat perspektif.

    Saya amat setuju dengan saudara reformasi Indonesia banyak membawa kebaikkan. Jawatan Presiden dihadkan hanya 2 penggal dan pemilihan Presiden lebih demokratik.

    Tidak timbul soal ketua kerajaan yang hendak memerintah terlampau lama di Indonesia.

    Cuma di Malaysia, saya tidak 100% yakin Pakatan Rakyat betul-betul bersedia setelah berlakunya kejadian hal MB Selangor dan baru-baru ini putus hubungan DAP-PAS disebabkan hudud.

    Dalam Pakatan Rakyat PAS banyak membawa masalah. Dalam PRU13 berebut kuasa di Kota Damansara, kemudian isu MB Selangor yang hanya dapat selesai apabila 2 anggotanya menyokong PKR dan sekarang ini keputusan muktamar yang dibuat tanpa bahas.

    PAS pernah bercerai dengan UMNO sekali dan PR/BA 2 kali. Golongan Ulama PAS yang mengejar kuasa akan membawa hura-hara kalau PR memerintah.

    Saya berharap DAP dan PKR akan mencari alteranatif yang baru supaya kerajaan yang menggantikan BN lebih baik dan stabil memerintah negara.

    Saya tidak percaya yang mana hanya satu parti melayu yang boleh perintah negara. Walaubagaimana pun parti alternatif mestilah "viable" atau berkemampuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aslkum sdr Zed-85.

      Memang benar BJ Habibie anggota parti Golkar , timbalan presiden waktu itu menggantikan Suharto secara otomatik bila Suharto tutun tahta.

      Habibie yg lebih terkenal sebagai seorang teknokrat adalah presiden sementara bukan pilihan rakyat selepas Suharto tumbang dan beliau walaupun pernah menjadi presiden tapi tidak mempunyai sumbangan bermakna dalam sejarah politik Indonesia selain drpd bertanggungjawap dan dipersalah kerana membebaskan Provinsi Timor Timor untuk merdeka.

      Habibie bukan dari pulau Jawa tapi dari Sulawesi.

      Dalam sejarah Indonesia, org jawa tak pernah lantik org luar pulau jawa sebagai presiden Indonesia kerana kaum majoriti.

      Masaalah di Indonesia adalah tidak ada parti besar menang mutlak dalam PRU selepas era reformasi.

      Mungkin ada hikmahnya. Lihatlah UMNO jadi bongkak mentang2 menang besar dalam PRU.

      Parti Megawati Sukarna bernama PDIP menang kerusi paling banyak PRU pertama selepas era reformasi dengan diikuti oleh parti Golkar, PKB, PPP dan PAN.

      Sayangnya selepas PRU berkenaan melalui undian parti di parlimen Megawati cuma jadi timbalan presiden kpd Abdul Rahman Wahid dari parti PKB.

      Selepas ARW dipecat Parlimen barulah Megawati dianggkat jadi presiden Indonesia.

      Megawati yg banyak bergantung pd nama besar arwah ayahnya Sukarno ternyata tidak popular dan berkesan hingga tidak dapat memacu kemenangan besar dalam PRU berikutnya.

      Mungkin kerana KOMMITI PEMILIHAN UMUM INDONESIA yg benar2 bebas sejak era reformasi hingga sekarang sukar bagi parti pemerintah spt PDIP Megawati mengatur keputusan tipu2. Tak spt SPR referee berat sebelah di Boleh Land


      Yg bagusnya di Indonesia selepas Habibie, sudah ada presiden bernama Abdul Rahman Wahid, Megawati, Bambang Susilo dan kini Jokowi.

      Kesemuanya bukan dari Golkar ( kembar Golkar di Msia adalah UMNO)

      Golkar sekarang masih kedua terbesar . Saya yakin kalau bukan kerana pemimpinnya yg banyak tabur wang simpanan, dah lama GOLKAR terkubur. Tapi sampai bila?

      Terbaru Golkar sudah terpecah dua. Satu dipimpin Agung Laksono dan satu lagi oleh Abu Rizal Bakrie.

      Parti penjahat macam Golkar tak mungkin menongkat langit.

      UMNO tidak terkecuali.

      Delete
  57. matpenang12:50 PM

    Salam,

    Nasib melayu jika umno kalah???

    Eh...la ni nasib melayu pun dah tak tentu hala

    Rakyat generasi baru menganggur, ekonomi kian jatuh, kos hidup tinggi, rumah mencecah setengah juta harganya, pendatang menguasai kerja dan peniagaan, moral anak melayu makin rosak, pendeknya segalanya semakin menghimpit.

    Nasib melayu yang nak di fikirkan tu melayu yang dok kaut khazanah negara ka?
    Melayu yang bertopeng perjuangan bangsa tapi berulang alik putrajaya tagih projek nego?
    Melayu yang meluluskan kenaikan pelbagai kos hidup, sedang bagi melayu ini segala kos itu rakyat yang bayar untuknya??
    Melayu yang meluluskan permit masuk pendatang dengan bayaran lumayan menunggu, menambah bilangan pendatang yang dah jutaan ini??

    Sudah laaa....


    ReplyDelete
  58. Sama je Islam bawah sapa pun. Baik umno, pkr, pas. Semua menggunakan Allah, islam, rasul utk tujuan peribadi. Pak Lah pelopor hadhari, Najib maqasid syariah. PAS lagi handal terus buat parti walaupun para huffaz tu tau islam tu panduan hidup. PKR punya de facto pulak nak pilihanraya jual ayat quran, masuk gereja duk bawah salib bagi syarahan. Semuanya sama penjual agama, buat jadi untung dunia.
    Jangan percayalah sesama manusia, lakonan belaka. Islam semua melayu boleh pegang selagi tak diubah pedoman manusia. Islam disisi Allah bukan disisi politician, ulamak, imam, jakim. 
    Pasal Allah tak suruh pun majukan Islam tu. Dia suruh amal, pakai, jalankan dan pelihara hukum2 utk manfaat dan kesempurnaan hidup. Yang pandai2 pegi guna hukum utk buat wang ringgit buat apa? Dalam kemajuan menuju kehancuran tu takde faedah namanya. 

    ReplyDelete
  59. Salam Datuk dan Salam Semua,

    Bagi saya, orang melayu adalah bangsa yang hebat.

    Tetapi bangsa melayu menjadi LEMAH kerana KEPIMPINANNYA.

    Sekian Terima Kasih. Harap maaf

    Wallahuaklam.

    daripada ALLAH kita datang daripada ALLAH kita kembali.

    ReplyDelete
  60. Datuk AKJ, salam Ramadhan.

    Sekarang kita ada BN di satu pihak dan pembangkang (Pakatan Rakyat is no more) di pihak satu lagi. Umno-BN selalu takutkan orang melayu Islam bahawa jika BN sudah tidak memerintah maka nasib orang melayu Islam akan dianiaya oleh pembangkang. Saya rasa tidak begitu kerana dalam pembangkang pun ada orang melayu Islam. Kalau tolak PAS yang sudah bekerjasama dengan Umno-BN ada lagi pihak ketiga yang dahulu penyokong kuat Umno-BN tetapi kini sudah berpatah arang dek kerana kerajaan BN yang sudah tersasar melencong. Mengapa kita hanya ada dua pilihan ini BN ataupun Pembangkang? Kalau dua-dua pun tidak dapat menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat dan negara, gagal memelihara hak-hak orang melayu Islam yang termaktub dalam Perlembagaan, gagal menjaga keharmonian antara rakyat, mengapa tidak boleh ada satu pihak atau party yang tidak terikat dengan Umno-BN atau Pembangkang, tetapi tetap memelihara keharmonian, kebajikan, kemajuan negara melalui pemerintahan pemimpin yang bijaksana, amanah, tidak korup dan tidak salahguna kuasa mereka?

    Jangan hadkan pilihan kita wahai rakyat Malaysia yang bijaksana dengan pilihan-pilihan yang tidak membawa makna dan perubahan. Berani mengubah nasib sendiri, walaupun terpaksa mengorbankan apa yang selama ini kita kasihi jika ia tidak lagi boleh digelar keramat akibat sudah tercemar oleh nila setitik rosak susu sebelanga. Buanglah susu sebelanga yang rosak itu kerana kita ada pilihan susu sekawah gunung yang baharu yang masih bersih. Kalau gagal bangunlah jangan gusar untuk bermula semula dari titik mula, walaupun ia menyakitkan.

    Terima kasih Datuk. Sekadar pandangan saya yang serba kekurangan pengetahuan.

    ReplyDelete