A Kadir Jasin
KITA,
rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, nampaknya sangat mudah dipesongkan dan sangat
cepat lupa.
[PERINGATAN:
Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau
Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Kerana
asyik bercakap mengenai akaun bank AS$700 juta (RM2.6 bilion) milik Perdana
Menteri Mohd Najib Abdul Razak,
kita seolah-olah lupa isu sebenar, iaitu penyiasatan ke atas 1MDB.
Kita
kena terus tumpu perhatian kepada 1MDB kerana inilah punca masalah dan dari
sinilah bermulanya jejak wang (money trail) yang berpuluh-puluh bilion itu.
Alhamdulillah,
nampaknya sejak seminggu dua ini selera dan modus operandi badan-badan
penyiasat telah berubah. Daripada mata kasar, nampak mereka lebih serius,
bebas, terbuka dan telus menyiasat hal-hal berkaitan 1MDB, termasuk akaun
Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak di AmBank Islamic.
Sampai
saat ini pun Mohd Najib tidak menafikan yang akaun itu pernah wujud. Ia dibuka
sebelum pilihan raya umum (PRU) 2013 dan ditutup beberapa bulan selepas itu.
Beliau hanya berkata, beliau tidak menggunakan tabung negara untuk kepentingan
diri beliau sendiri.
Penubuhan
Pasukan Petugas mengandungi Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia,
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Bank Negara Malaysia menambahkan
keyakinan bahawa penyiasatan pada peringkat ini adalah lebih bebas, berani dan
telus.
Alhamdulillah,
Peguam Negara (Tan Sri) Abdul Gani Patail, nampaknya lebih gigih dan berani
menyiasat. Namun kita belum boleh lagi mencurahkan air di tempayan kerana
mendengar dentuman guruh di langit. Macam orang putih kata, "anything can happen" (apa saja boleh berlaku.)
Pasukan Petugas perlu membongkar dan memperjelaskan
modus operandi 1MDB, khususnya yang berkaitan dengan pinjaman-pergi-balik
melibatkan PetroSaudi dan pembelian penjana elektrik bebas (IPP) kerana disyaki
berlaku penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, bayaran bawah kaunter dan rasuah.
Tidak dapat dinafikan lagi iaitu 1MDB membayar harga yang
sangat tinggi bagi membeli IPP tua yang hampir tamat tempoh konsesinya. Kalau
konsesi mereka tidak disambung, IPP berkenaan akan menjadi harta TNB dengan
bayaran RM100 sahaja.
Rakyat jelata tentu ingin tahu bagaimana sebuah syarikat
Kementerian Kewangan yang menterinya Mohd Najib sendiri boleh berhutang hingga RM42
bilion dengan modal berbayar hanya RM1 juta tanpa Kabinet mengetahuinya.
Apa
yang strategik mengenai perniagaan hartanah dan utiliti (elektrik dan air)
sedangkan kita sudah pun ada banyak syarikat dan agensi kerajaan yang
berpuluh-puluh tahun menjalankan perniagaan seperti itu - Sime Darby dan UEM
dalam hartanah dan TNB dalam bidang tenaga?
Yang
nampak strategik dalam erti kata yang mencurigakan ialah kerajaan menjual tanah
milik negara kepada 1MDB dengan harga sampah - orang putih kata “dirt cheap” -
(sekitar RM60 sekaki persegi) dan menjualnya 40 hingga 50 kali lebih tinggi.
Tabung Haji, misalnya, membeli dengan harga RM2,700 sekali persegi. Kalau
setakat jual-beli tanah itu bukan strategik namanya.
Ancaman Terhadap Kedaulatan Negara
Kita
juga hendak tahu apakah potensi ancaman terhadap kedaulatan negara apabila 1MDB
berhutang berbilion-bilion ringgit daripada pihak asing seperti International Petroleum Investment Company (IPIC), PetroSaudi dan Aabar?
Apakah
yang dicagarkan kepada IPIC sehingga mereka sanggup meminjamkan AS$1 bilion
(RM2.7 bilion) kepada 1MDB Mei lalu?
Kita
hendak tahu apakah ancaman terhadap kedaulatan negara kita apabila Singapura
tahu rahsia usus niaga 1MDB di republik itu.
Pihak
Berkuasa Mata Wang Singapura (MAS) tahu apa sebenarnya berlaku dengan duit 1MDB
di Singapura yang pada mulanya tunai, kemudian jadi sijil harta dan lepas itu
“unit”.
Kalau
penyiasatan MAS tidak menemui apa-apa yang buruk tentulah Bank Negara dan media
arus perdana telah mencanangkannya. Sebaliknya apabila MAS menyerahkan laporan
siasatannya kepada Bank Negara, Gabenor (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz berkata ia
adalah rahsia.
Kita
takut maklumat yang ditemui oleh MAS dan pihak-pihak luar yang lain digunakan
sebagai “leverage” untuk memeras ugut pemimpin kita.
Kita
mahu tahu Pasukan Petugas memberi pencerahan kepada kita mengenai peranan Jho
Low yang terbukti sangat akrab dengan Mohd Najib, keluarganya serta ramai lagi
pembesar dan pegawai tinggi Kerajaan Malaysia.
Apakah
keistimewaan “dealmaker” kelahiran Pulau Pinang ini sehingga beliau begitu
bebas dan terlindung?
Jhlo Low (kiri sekali) bersama Najib dan keluarga |
Alhamdulillah
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akhirnya membuat kenyataan umum bahawa ia akan memanggil Jho Low untuk
memberi keterangan dalam siasatannya mengenai 1MDB.
Sekiranya
Jho Low enggan bekerjasama, PAC wajib membuat laporan polis terhadap beliau
supaya dengan itu PDRM boleh meminta bantuan Polis Antarabangsa, Interpol untuk
mengesan beliau.
Kalau
beliau tidak bersalah atau tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan, beliau
tentu berani kembali ke tanah air sendiri untuk menghadapi PAC dan membersihkan
namanya.
Kesan Jangkitan 1MDB
Masalahnya, 1MDB hanyalah salah satu daripada banyak isu
yang menyebabkan politik dan ekonomi kita dalam keadaan kacau-bilau dan amat
membimbangkan.
Ada
banyak lagi isu yang menyebabkan ekonomi kita tertekan dan kita mengalami
defisit keyakinan (confidence deficit) yang teruk.
Kita
belum lagi mendedahkan secara terperinci apa yang telah dan sedang berlaku
dalam syarikat dan agensi terpilih seperti Tabung Haji, Felda, Felda Global
Ventures (FGV), SRC International Sdn Bhd, Pembinaan PFI Sdn Bhd dan tabung-tabung pelaburan seperti Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).
Yang
kita tahu dan sudah pun didedahkan adalah tabung-tabung pelaburan ini, termasuk
Tabung Haji, telah pun memberi hutang berbilion ringgit kepada 1MDB dengan
membeli bon-bon serta tanah miliknya.
Pencarum
Tabung Haji, khususnya dan umat Islam amnya, tentu ingin tahu mengapa tanah TRX
dijual pada harga yang sangat tinggi kepada Tabung Haji sedangkan Tabung Haji
telah pun memberi pinjaman RM920 juta kepada 1MDB dengan membeli bon-bonnya.
Tapak TRX: Beli murah daripada kerajaan dan jual mahal |
Kerana
1MDB, Tabung Haji terpaksa berbohong dan membuat tipu helah. Pengerusi Tabung
Haji, (Datuk Panglima) Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pada 26 Mei, banyak
pihak berminat membeli tanah Tabung Haji di TRX dengan keuntungan
sekurang-kurangnya RM5 juta, tapi sampai hari ini pun belum ada khabar berita
yang tanah itu sudah dijual.
Keadaan
juga tenat di FGV yang merupakan periuk nasi peneroka Felda dan keturunan
mereka. FGV diuar-uarkan sebagai penanda aras IPO apabila sahamnya dijual
kepada orang ramai sebelum PRU 2013.
Sekarang,
selain menderita keruntuhan harga minyak kelapa sawit dan getah, FGV juga
mengalami persepsi pasaran yang negatif akibat urus niaganya.
Harga
sahamnya di Bursa Malaysia merudum daripada harga IPO RM4.55 kepada RM1.65 pada
10 Julai. Ini bermakna pelabur, termasuk Koperasi Permodalan Felda yang
mewakili peneroka Felda telah rugi lebih 60 peratus.
Orang kepercayaan Mohd Najib di Felda, FGV |
Sekarang
FGV terpaksa menjual aset-asetnya di Amerika dan Kanada untuk menampung kos
pelaburan itu serta memperbaiki kedudukan kewangannya yang goyah. Keuntungan
tahun 2014 jatuh kepada RM20.21 juta berbanding RM982.2 juta tahun 2013.
Masalahnya
bukan 1MDB sahaja berniaga dengan berhutang, tetapi beberapa buah syarikat
Kementerian Kewangan yang lain pun melakukan hal serupa, misalnya Pembinaan PFI
Sdn Bhd yang berhutang lebih RM25 bilion dengan KWSP sementara SRC
International berhutang RM4 bilion dengan KWAP.
Jadi
sebenarnya kalau kita faham ekonomi, perniagaan dan kewangan kita akan berasa
sangat bimbang dengan apa yang sedang berlaku sekarang.
Nampaknya
bukan sahaja rakyat jelata hidup dengan berhutang, tapi kerajaan dan
syarikat-syarikatnya pun berhutang dalam jumlah yang sangat besar.
Hari
ini hutang kerajaan sudah pun mencecah tahap maksimum, iaitu 55 peratus
daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sebab itulah apabila syarikat
penarafan antarabangsa Fitch menaikkan taraf hutang Kerajaan Malaysia daripada
negatif kepada stabil, para pelabur tidak yakin.
Kesimpulannya,
kita wajib kembali menumpukan perhatian kepada penyiasatan ke atas 1MDB kerana
dari situlah bermulanya jejak wang (money trail), nawaitu yang songsang,
kemungkinan pecah amanah, penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah. Malah ada
orang kata, penderhakaan kepada negara (treason).
Wallahuaklam.
Heret saja semua pengkhianat2 negara ini ke muka pengadilan..jatuhkan hukuman yg setimpal..mereka ini adalah binatang bukan manusia..tiada segelumit kekesalan di hati depa...kuasa adalah lesen untuk mereka menyamun..smoga Allah melaknati mereka ini bersama2 ahli keluarga mereka..depa dah byk menyusahkan rakyat selama ini...kesian rakyat malaysia..terus dibebani dgn bermacam2 cukai demi temolok penyamun2 ini..kalau di negara lain..mungkin depa2 ni sudah lama diseret ke tengah jalan untuk dihukum..Berdoa la semoga akan tiba hari pembalasan untuk penyamun2 negara ini..cant wait to see the front page news when these people will be brought to court in handcuffs...or will it be just a dream..since the special task force also report to the ketua penyamun no 1 in malaysia..
ReplyDeleteI much rather to see them die.. cursed. God know best.
DeleteSaya sokong kenyataan Datuk ini. Ini kerana
ReplyDelete1. Maruah negara kita memang di tampuk 1MDB yang menerbitkan kemelut pecah amanah dan salah urus/tadbir niaga. Kenapa ada sosok yang asing, bergitu berkuasa merencana ?
2. Tidak cekap. Maka yang bertanggung jawab mesti di simpai, dan di ambil semula segala bentuk harta 'penipuan' yang sudah mereka ambil. Ini jelas amat mungkar dalam Islam.
3. PM Najib tidak menafikan urusan akaun peribadi beliau. Jika di gunakan untuk PRU 13, maka Badan Penyiasat juga mesti mencari bukti- bukti cara nagaimana wang di gunakan. Tentu nya ada "trail" dan kenapa peruntukan pilihanraya boleh di urus dari sumber wang yang di perolehi dari "rembatan" harga hartanah kerajaan pada nilai 'sampah' seperti Datuk katakan. Urusan bodoh ! Peruntukan boleh saja dari sumber-sumber sebenar dan nyata jika telus.
4. Apa yang nyata "kebodohan" Melayu mewujudkan sistem perekonomian sendiri ( mungkin di olah dari pihak lain) dengan cara mudah berlandaskan kertas kerja yang nilai nya tidak lain dalam hartanah sektor awam. Juga cara FGV, MARA inc. yang "sentiasa" sahaja di ambil kesempatan di atas urusniaga yang tidak telus dari pihak-pihak yang mempunyai capaian tertinggi. Mana Amanah ? Mana Allah ?
5. Sawit di Indonesia bermula dengan usaha Malaysia. Kini Indonesia sudah menjadi pengeluar utama sawit dunia dahulu nya, memang sah milik Malaysia sebagai perintis. Kisah nya menjadi terbalik pula, Malaysia pula di mangsakan dengan pembelian ladang sawit yang hanya berproduktiviti 40% dari keupayaan penuh yang belum lagi berkapasiti penuh. Kenapa begitu bodoh, sehingga emas dan permata tiada beza ? Gerangan urusan apa sehingga seolah nya pembelian seakan 'terdesak?' Kenapa tidak di kekalkan 'status-quo' Malaysia - pengeluar sawit utama dunia ?
6. Sesungguh menjadi tanggung jawab kita betsama menjaga Malaysia menjadi satu negara dalam kelompok pembangunan berpretasi dengan hakmilik mutlak tertinggi. Bukan kah negara kita di kenali negara Islam dan afdhal nya kesyumulan Islam itu lah mesti di serlahkan dari tingkah laku dan sikap para pemimpin yang berakhlak tinggi dan beramanah dalam haq-haq
7. Kenapa ragu dengan Haq Allah SWT yang telah memberi kita nikmat-nikmat Nya ? Kenapa Pemimpin-Pemimpin kita jadi buta, pekakan telinga dan bermain sandiwara rekayasa ? Ini kah Islam kita ?
8. Maka Badan Penyiasat, ingat lah perihal tugas berat ini. Anda juga di pertanggung jawabkan. Medeliar juga mesti di kerat-kerat.
AKJ!
ReplyDeleteI am back blogging!
My head & my soul is spinning, as the "drama" unfolds.
As an experienced legal eagle, there is a principle of the law of evidence aptly named :Fruits of the Poisoned Tree - it does not matter how you obtained the evidence, so long as it is admissible under our Evidence Act.
And believe you me, AKJ, all of the documents produced by WSJ, will be & can be accepted under the Evidence Act of Malaysia.
If certain persons are annoyed about the leak/s, AKJ, then pray tell why are my confidential banking information, available to all kinds of parties who constantly harass me, only by phone, mind you, about my so called debts????
In fact all these stopped, last year end, when I traced the call, to an insipid office in Malacca, and actually went to the Office & threathed them with a law suit. Of course I made a police report.
Again, a talco operator has given my number to a phonographic website!!!!!!!!
BNM , MCMC , IGP??????
Komen yang tak 100 % betul
ReplyDeleteKalau semua komen kena tapis, tak guna ada blog ni...bias!!!
ReplyDeleteNasihat Najib kepada Task Force - " Kalau mencantas akar, jangan sampai pucuk nya mati ".
ReplyDeleteAslkum Dakj.
ReplyDeleteKebimbangan saya kerja2 karut zaman TDM dimana org bisnis hantar proposal2 yg boleh melingkup negara (hingga agaknya dibantah Anwar ) telah pun berakhir terutama selepas peristiwa krisia kewangan Asia.
Zaman TDM keadaan masih terkawal sebab hati kecil sy yakin TDM tidak salur wang ke personal ac atau TDM tak ada anak tiri.
Sekarang ni 10 kali ganda teruk
Kepada rakyat Melayu khususnya.
Kalian kena bersatu hapus geng songkok tinggi.
Kalau tidak boleh lupus identiti Melayu dalam 50 tahun lagi.
apo kau merapu ni labii... bak kata Dato stay focus dengan isu 1Mdb..
Delete..tak apa... kan ke klon Din Melaka...
Deletebagusnya 1MDB ni, sebab udah ada yang malu malu nak bertempik 1 Malaysia..
harap sangat MP titiwangsa boleh press MKT..
biasa le labi macam baby
DeleteDato'
ReplyDeleteInilah level crook Melayu.
Nak buat baik tak pandai.
Nak buat jahat pun tak berapa pandai.
The street smarts always say "nak rembat berpada-pada". But I guess their greed got the better of them!
Unfortunately, we ALL are paying for this and will continue to do so for a long long time.
NAJIB wajar letak jawan semasa sisatan sedang dijalankan, bi bang Ada factor gangguan.
ReplyDeleteANDAIKATA NAJIB DIDAPATI BERSIH, JAWATAN PERDANA MENTERI BOLIH DI PULANG KEPADANYA.
APA SUSAH, NAJIB TAK PERLU BIMBANG.
KALAU NAJIB BETUL IKHLAS DAN MULIA HATINYA, BELAI WAJAR LETAK JAWATAN DAN BIAR SIASATAN DIJALAN KAN..... ITUPUN KALAU DIA IKHLAS.
ATAU NAJIB BOLIH BERSUMPAH.........
Salam Y.Bhg Datuk AKJ,
ReplyDeleteDalam perenggan akhir, Datuk menulis "..Sebab itulah apabila syarikat penarafan antarabangsa Fitch menaikkan taraf hutang Kerajaan Malaysia daripada negatif kepada stabil, para pelabur tidak yakin.."
Telahan saya Fitch sedang memasang perangkap, bukan saja kepada Najib, malah negara. Setelah yakin "traits" Najib yang suka berbohong, suka dipuji, suka berhutang, harga CPO yang rendah dan tidak faham risiko kewangan, Fitch seolah-olah menjemput Najib untuk terus berhutang dan berhutang lagi. Akhirnya akan sampai titik dimana Malaysia akan dengan cepat mengikuti jejak Greece menjadi bankrupt.
Sekiranya Najib tidak #letak jawatan dengan segera, maka Fitch akan berjaya mengula2kan Najib dan akhirnya Malaysia terjerumus kedalam bankruptcy. Maka segala kedaulatan negara akan dimusnahkan.
Sekian, terima kasih.
People wants to know the truth. Nothing less. If to know the truth they have to vote for the opposition then they will vote for the opposition. So there is no where to hide. Remember, no where to hide.
ReplyDeleteDato,
ReplyDeleteIn the Current Morass, there are Three Simple Rules that DS Najib and Wife should Hold Dear...
Firstly - "Never Do It for The Money"..and I mean it.
Secondly - "Never try to Outwit the Truth".
and
Thirdly- "Sooner or later everybody betrays everybody" (yes, loyalty runs counter to our human makeup).
Practising the adage "Appearance is Frequently Reality", by acting as if one is unperturbed by all the hullabaloo (look! nothing is happening to me) is commendable (bless LKW if it was his advice). However, any one or more of the above are bound to trip you up, so it is just not worth running counter to them.
Out of interest on Loyalty, (which appeared to hog the headlines commending literally all ministers showing support for the PM), let's not forget that the mere assertion of loyalty is often enough to signal betrayal. Loyalty is also, by implication, unconditional and suggests that although you do not agree with the person or institution to which you are expected to stick, you will do so anyway. All this practically guarantees treason and the consistent leaking of selective information to expose wrongdoings (didn't Musa Hitam said that it was not treason if it was information to expose criminal acts?).
Anyway, Good Luck to those who are currently Planning to Outwit the Truth for time will never be on their side (hey! they are still revisiting the kennedy killing).
Aslkum Dakj.
ReplyDeleteNajib dan geng songkok tinggi selalu melaungkan bahawa UMNO adalah benteng terakhir org Melayu.
Akan tetapi laungan mereka tak diterjemah dalam bentuk perbuatan.
Sebaliknya geng songkok tinggilah yg menjadi barua atau pemudah cara kepada bukan Melayu melingkupkan badan2 amanah Melayu.
Apakah badan itu bernama PNB, SIME DARBY, TABUNG HAJI, KWSP, KWAP, LTAT, MAYBANK, FELDA, ATM, POLIS DRAJA DLL semuanya dah dikompromi dek kerana penangan geng songkok tinggi yg celaka.
Kalau kita ambil kertas, pen dan kalkulator kita akan dapati wang rakyat yg kena songlap termasuk melalui pindahan wang secara haram akan menjangkau ratusan billion rgt.
Kalau tidak bagaimana dari segi per kapita Msia boleh jadi juara dunia dalam aktiviti pemindahan wang haram, mengalahkan Cina dan Mexico.. Antaranya tentulah termasuk wang kepunyaan IMDB dan anak maam besar buat filem holywood.
Kenyataan begini lazimnya datang dari mereka yang menyokong atau orang DAP sendiri.
ReplyDelete"Kepada rakyat Melayu khususnya.
Kalian kena bersatu hapus geng songkok tinggi."
Mengapa kena seru 'rakyat Melayu' untuk bersatu hapus geng songkok tinggi?
Geng songkok-tinggi, dari PERKASA dan ISMA?
Geng ketayap putih dalam PAS, bagaimana?
"Kalau tidak boleh lupus identiti Melayu dalam 50 tahun lagi."
Identiti Melayu terletak pada songkok?
Orang Turki, Indonesia dan lain-lain bangsa di dunia juga menyarong songkok.
Ahli politik DAP juga pernah pakai songkok bila bersama ahli politik PAS.
Nampak-gayanya Helen Ang amat mengenali taktik ahli politik DAP yang kebanyakannya adalah Evangelist yang pintar berpura-pura. Mereka sanggup mengenakan tudung dan baju-Melayu untuk masuk Masjid dan Surau. Di alam-maya, ejen-ejen DAP mengunakan nama 'Islam' dan berkhutbah dengan istilah agama untuk mempengaruhi orang Melayu untuk membenci sesama sendiri.
Setelah Anwar dipenjara atas kesalahan meliwat dan tidak dapat lagi memainkan peranan sebagai tukang-karut, PAS mulai tersedar, walaupun agak terlewat sehingga party sendiri berpecah-belah kerana mengejar habuan dunia. Maklumlah DAP banyak WANG.
RD.
DeleteYg banyak wang tu adalah Cina MCA atau yg satu mentaliti dgnnya kerana kongsi habuan dgn UMNO , si geng songkok tinggi.
Apake bodoh sangat ni.
Zaman nak tutup kesalahan bos2 RD dalam UMNO dgn cara main isu konon DAP itu perkauman dah lama basi.
RD janganlah terus main lagu ni. Buat malu. Sebab jadi agen pertahan yg tak betul. Termasuk sanggup jadi saksi palsu dalam fitnah org tak bersalah.
Sebagaimana biasa NGO2 yg murahan memang suka berkawan dgn UMNO. Paling tidak dpt sumbangan wang satu dua juta melalui persahabatan tersebut.
RD jangan buat2 buta pulak.
Apa yg dpt kita lihat disini ialah isu 1mdb ini telah melibatkan beberapa negara spt Singapura dan Thailand dimana jika kita teliti pihak2 berkenaan sememangnya telah mengetahui perkara asas yg dihadapi oleh 1mdb dan yg menghairankan kita kenapa mt umno dan para menteri tidak dpt membaca isu berkenaan yg dgn jelas menunjukkan ada perkara2 yg tak kena dlm 1mdb ini sdgkan rakyat biasa spt peladang dan nelayan dpt membaca apa yg dilakukan oleh pemimpin dan para menteri dan feedback yg diterima kebanyakan pendudok luar bandar termasok para peneroka Felda mahu Najib berundur atau sekurang2nya mengambil cuti semasa siasatan dilakukan dan perkara ini mmg diketahui oleh mt umno dan perwakilan cuma tiada siapa yg berani utk membincangkan perkara ini diperi gkat atasan dan inilah yg membawa kpd kehancuran umno hanya kerana utk menjaga pemimpin yg menyusahkan negara dan rakyat.
ReplyDeleteSaudara Joe Black,
ReplyDeleteI agree with you. I think that all these information that are leaked might be indicating a mutiny is going on.
There is the theory of "killing the messenger" but if the messenger is thousand of miles a way and the message encrypted in servers around the world, then this would not be easy.
Julius Ceaser probably thought that he could rely on the those that pledges loyalty before then end him. So is Jon Snow.
Sallam Dato,
ReplyDeleteSaya rasa ramai yang menganggap bahawa sekiranya benar berkenaan dengan wang RM2.6 billion tersebut, ini sudah merupakan satu perkara yang muktamad.
Kalaulah di negara yang lain, tindakan yang cepat akan berlaku. Mereka yang memegang jawatan besar tidak boleh diterima sekiranya ada skandal rasuah kerana ini akan merebak ke seluruh negara.
Rakyat sedang memerhati apa yang berlaku dalam siasatan dari 4 agensi kerajaan. Kalau ikut pandangan peribadi saya sendiri, saya tidak yakin 100% kerana setahu saya 4 agensi ini melapor kepada eksekutif yang sama.
Saya setuju dengan Dato', tumpuan atau fokus patut ditujukan kepada siasatan 1MDB oleh PAC kerana ini adalah punca dan juga "money trail".
PAC adalah bagi saya badan yang paling bebas dalam siasatan kerana adanya anggota kerajaan dan pembangkang dan badan ini dibawah Parlimen.
Sallam
Saudara Zed-85,
ReplyDelete"Into what danger would you lead me, Cassius?" asks Brutus, who is in fact, an honourable man, yet he is easily seduced to treason by an envious one.
As noble a standard as loyalty sets, there is simply too much fear, self-doubt, opportunism, ambition, and occassionally, principled thinking in the human mind to expect people to adhere to it.
Can the Malays be the only exception? Is the Jury still out on that? Loyalty can be carried to a fault, although such supposed virtue could simply be pathetic, stupid and sometimes criminal.
Assalamualaikum DAKJ,
ReplyDeletekisah 1MDB telah menjadi international joke of the year. maruah rakyat dan negara di mata dunia akan tercalar sekiranya tiada tindakan diambil ke atas penasihat dan pengurusan 1MDB. Di mata dunia, Malaysia adalah sebuah negara yang diketuai oleh pemimpin korup yang rendah tahap integritinya.
Ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada ekonomi negara, tetapi syarikat dan warganegara Malayisa yang beroperasi/bekerja di luar negara. Nama baik Malaysia yang dibina dengan susah payah selama ini akan tercemar.
Lebih teruk daripada itu, kesan sekiranya tiada tindakan diambil berkenaan isu 1MDB adalah kemunculan golongan "i am above the law" secara terang-terangan yang akan menjadi nilai dan budaya yang diterima oleh masyarakat malaysia dan menjadi anutan secara tidak disedari. Sebelum ini pun kita dah nampak budaya ni di kalangan ahli-ahli UMNO. Tapi semakin parah.
Seperti datuk sebut, jgn terpesong daripada isu 1MDB. tapi, tolong tgk2 juga isu lain tok, FGV, glc, badan berkanun, PFI dan unit kerjasama awam swasta (UKAS).
terima kasih.
budak jawa
Tok... Kita kena BAGI Depa RAYA dulu...
ReplyDeleteMOF.. MELALUI KDN..Kasih berhutang dengan PDRM 200juta...
ReplyDeleteMengapa MOF DIAM.. ADAKAH KERANA PDRM TAK LAYAK PAKAI UNIFORM YANG SEBAIK NYA.. ATAU 1MDB LAGI PENTING DARI PDRM
Kadiag, salaam. Aku nampak macam ada kontradiksi dalam apa hang tulih kali ini. Mola hang tulih kita jangan lari tumpuan ('jangan terpesong') dari 1MDB, lepaih tu hang tulih kita mungkin jadi mangsa agenda atau perancangan burok Singapo.
ReplyDeleteAlahai Kadiag, kalau pemimpin Malaya macam hak dok ada hari ni, bukan perancangan burok ( kalau ada ) dari Singapo saja masaalah kita. Bertimbun lagi mungkin ada. Nampak gaya Malaya deraih nak jadi 'failed state', dan antara yg sedak (purview) akan perkara ni munkin member lama hang dari Tongkang Yard tu laa... Wallahua'lam.
Mangap no....
Yep Sir. We are easily distracted. Najib knows this very well. After this we move to Mara Inc scandal. IMDB gone and forgotten. Najib still PM. Still.be Santa Claus. Life goes on. Like the song Ferry Cross The Mersey. Life goes on day after day.
ReplyDeleteRakyat sumpah 7keturnan najib rosmah dilaknat dan tak berkat... amin
ReplyDeleteDNA dari air-mani di kesan dalam lubang j***r pengadu, buat apa lagi perlu guna saksi palsu untuk sabit kesalahan. Senang cerita, ikut kata mendiang Karpal Singh: Suka-sama-suka, habis cerita. Pun tak mahu mengaku.
ReplyDeleteIsteri sebagai saksi alibi pun tak berani tampilkan di Mahkamah. Tak berani memberi keterangan secara bersumpah, dimana keterangannya boleh dicabar oleh Pendakwaraya dengan cara soal-balas.
Untuk peringatan, saya bukan berkerja atau cari-makan dengan UMNO. Saya hanya sokong konsep BN yang mengamalkan politik sederhana atau moderate. Tidak seperti DAP dan PAS yang mengamal politik extreme, tipu-daya atau putar-belit sesama sendiri dalam satu pakatan.
Menyokong konsep politik UMNO dan BN tidak semestinya saya menyokong penyelewengan dalam isu 1MDB, lebih-lebih lagi bila berhutang dan Rakyat yang menanggung beban hutang tersebut. Sepatutnya Najib harus letak jawatan untuk beri ruang penyiasatan secara bebas jika beliau benar-benar jujur dan ikhlas.
Aslkum Dakj.
DeleteRD sokong UBN sebab mereka amal politik sederhana?
Apalah kayu pengukur yg RD gunapakai untuk membuat kesimpulan UBN sebagai golongan sederhana.
Dan apa pulak ukurannya maka RD melabel PAS dan DAP amal politik melampau.
Nak dengar jugak.
Sebab adakah kerana Utusan dan tv 3 kata begitu?
Saudara Joe Black,
ReplyDeleteLoyalty should be bounded by morality. Of what is right and what is wrong.
Absolute loyalty is absurd in this age. People are more educated, civilize and there are laws that are in place.
We are no longer in the age of Sultanate of Malacca.
Once the law is broken, then loyalty should be put aside. If not, then blind loyalty, as what you said should be considered as stupidity, primitive and even a criminal act.
If a leader had broken the law, the people who rally behind him pledging absolute loyalty should be considered guilty as the same and should not be spared.
Tok Tok
ReplyDeleteSaya berpendirian hantu Altantuya akan kembali menjadi tarikan terakhir untuk Najib ka lembah paling hina.
Bersama nya tenggelam parti keramat bangsa melayu UMNO.Parti paling berjaya dalam sejarah politik dunia moden.
Memang hebat ..tersangat hebat bangsa kita ini,Dalam berpolitik teda siapa sehebat kita.
Najib skrg mengambarkan "KETUANAN MELAYU AT ITS BEST" hasil usaha Presiden terdahulu menjaga kuasa bangsa sehingga dia boleh bermaharaja lela.
Hukuman paling sesuai untuk Najib adalah di ingati sebagai satu satunya manusia yg
menghancurkan satu institusi dimana kita semua bergantung selama ini.
Letak jawatan terlalu ringan hukumannya..Selepas pilihan raya ka 14 nanti nama NAJIB akan sebaris dengan BRUTUS..JUDAS malah lebih hina dari SI KITUL.
BIAQ PI LA KEDIA..HAHA
orang nombor 1 di tabung haji cakap bohong. macam mana ni? bila najib nak berambus? tak takutke apa akan jadi bila umno kalah? tak maluke toh puan rahah? anak seorang pencuri duit kerajaan?
ReplyDeleteConsider the following. If the task force produces a report, where will it submit it to? To whom will it submit the report? Most likely to the PMO and to the PM. Let’s not be made silly fools by our PM and the government. Answer this. Will the PM approve a report that wrongs him?
ReplyDeleteRead Sakamongkol AK47
Salam Ramadhan DAKJ
ReplyDeleteIsu 1mdb ni...sekiranya bermaruah..najib wajib bercuti bg membolehkan task force yang sememangnya dibawah beliau menyiasat tanpa bias....sebagaimana TPM berkata dlbeliau yakin task force akan menyiasat dgn telus...without fear and favour.
Dengan cara itu task force akan lebih telus Dato ..tak perlu rasa takut pd mana2 pihak.
Biarkan TPM acting tugas pm sementara siasatan selesai...barulah semua pihak YAKIN hasil siasatan mereka benar2 telus. Walau apapun hasil siasatannya nanti...semua pihak mesti terima. Kerana dengan pm yg masih bertugas kekhuatiran semua pihak pada pasukan task force yang berkemungkinan bias dan tidak telus akan tetap tinggi. Itu dah prejudis Dato. Sekianya beliau bercuti dan menunggu hasil siasatan tersebut selesai..sekiranya tiada apa2 keraguan maka bolehlah beliau menyambung kembali tugas sebagai pm dan pada masa itu adalah saat paling sesuai bagi beliau menyaman mana2 pihak yang membuat dakwaan atau tuduhan terhadap beliau. Saman lah sampai RM1 billion pun tak apa... Saya percaya itulah yang dikehendaki oleh semua pihak termasuk lah dari kalangan ahli2 umno sendiri.
Pm diMESTIKAN bercuti agar pihak task force dapat menjalankan tugas dengan selesa. Ini juga mampu mengembalikan keyakinan rakyat serta pelabur2 dinegara ini sekaligus menjernihkan kembali maruah negara yang sekarang bertambah kritikal.
Ini juga mampu memberi gambaran positif tentang ketelusan sistem penguatkuasaan negara terutama apabila melibatkan pemimpin dan pembesar negara.
Percayalah Dato.. ianya juga akan membuatkan perasuah perasuah yang terdiri drpd ahli politik dan vvip atau yang bakal mengambil rasuah berasa gerun terhadap penguatkuasaan yang tidak terpilih. Barulah keyakinan rakyat akan sedikit demi sedikit akan kembali terhadap badan 2 penguatkuasaan undang2 do Malaysia dengan syarat ianya mesti berterusan sebegitu.
Sudah sampai masanya undang2 digubal.."mana2 pihak yang di dakwa atau di lapurkan pada pihak berkuasa undang2 atau sedang disiasat oleh pihak berkuasa ..MESTI diberi cuti sehingga siasatan selesai bagi memberi ruang pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka dengan adil ,telus dan saksama tanpa merasa takut pada tekanan mana2 pihak..dan mesti melibatkan sekurang-kurangnya 2 orang Ahli Parlimen dari kedua dua pihak...kerajaan dan wakil pembangkang dengan bersyarat...tidak boleh mendedahkan sebarang hasil siasatan kepada umum selagi belum selesai dan sebelum diumumkan sendiri oleh pasukan penyiasat yang mengetuai siasatan. Dan masukkan ini ke dalam akta rahsia rasmi. Itulah yang dinanti2kan oleh semua pihak bagi pandangan saya . t.kasih Dato.
Aslkum Dakj.
ReplyDeleteKalau di Indonesia atau Thailand, pihak2 bertanding dalam PRU tidak berani menipu termasuk mengguna wang awam untuk kempen menang PRU.
Ini adalah kerana selain drpd mereka mempunyai SPR yg bebas dan jujur, mahkamah disana tidak akan boleh dirasuah hingga dgn senang menyebelahi kerajaan jika ada sebarang bantahan yg adil.
Di Msia berdasarkan dakwaan wang IMDB diguna oleh UBN untuk belanja2 atau rasuah PRU13 saya sebagai rakyat tak bodoh menuntut agar mahkamah memecat kerajaan UBN yg saya kira kerajaan haram.
Ada teloq ka.
Dakj. Nampak tak dilema pasukan petugas kita.
Kalau selama ini pendakwa dan mahkamah telah dgn senang dan selamba menyebelahi UBN dalam kes penipuan PRU13, melalui pembongkaran penggunaan dana IMDB, mana mereka nak sorok kemaluan.
Masaalah di Msia,institusi keadilan kita dah terlalu rosak.Dirosakkan oleh parti yg anggap harta rakyat ni bapak mereka yg punya selama lebih 58 tahun.
The AmBank Islamic account posers:-
ReplyDelete1. Mohd Najib never denied the existence of the AmBank Islamic account;
The money – all or part of it – was most probably used for the 2013 GE.
2. To establish the money trail just ask MayBank Islamic’s top people. They can verify the money coming in and cheques issued to Perhubungan and Umno/BN Ministers.
3. If the Umno/BN Ministers and Ketua Bahagian received the money they will try to keep quiet, but for how long? They can be made to talk under oath.
4. Is it legal to use a government-owned company (1MDB) to raise political funds? It could be CBT and abuse of power.
5. Ministers should stop being hypocritical about their lack of support for and trust in the PM. Particularly the Muslim ministers, they cannot tell the people one thing about Mohd Najib and do just the opposite in the Cabinet – more so when these things are said while they were performing the Umrah and during Ramadhan.
1. Pembahas Doncin Cai, antara lain, menulis: "harap sangat MP titiwangsa boleh press MKT.."
ReplyDelete2. Dalam pertemuan dengan Mohd Najib aka Presiden Umno baru-baru ini, MP Titiwangsa bangun bercakap. Nadanya tak cocok dengan Mohd Najib dan para pengampu dalam MT, bermasuk seorang betina. MP Titiwangsa kena belasah depan Mohd Najib.
3. Bila habis majlis, telefon pintar MP Titiwangsa dibanjiri SMS/Whatsapp kata "kami sokong anda" termasuk daripada yang kutuk beliau depan Mohd Najib.
4. Demikianlah betapa hipokritnya (munafiknya) para pembesar Umno.
Wallahuaklam.
terima kasih.
Saudari Pompuan,
ReplyDeleteYour comment,
We are easily distracted. Najib knows this very well. After this we move to Mara Inc scandal. IMDB gone and forgotten. Najib still PM. Still.be Santa Claus. Life goes on. Like the song Ferry Cross The Mersey. Life goes on day after day.
My comment,
About the song Ferry cross the Mersey.
I stayed for a few months at Merseyside England. Studied at Northwest England. Very nice and lively place, Merseyside.
The people of Merseyside which are mostly of Irish descent are not docile or passive types of people. They are more civilize then us and will not back up or vote corrupt people for government.
Begitu belambak sekali duit telah dibelanjakan masa PRU 13. Sinisnya kemenangan ciput je. Najib kena akui, memang corot. Saya yakin, PRU akan datang, Takkan ada pengundi Cina pengundi India akan undi BN lagi. Melayu kampung sahaja harapan Najib sekarang. Tengok macam mana dia bahagi-bahagikan sampul duit raya kat orang kampung. Najib nampak pathetic sekali. Berapa lama lagi Najib mampu teruskan lakonan ini? Mukanya nampak begitu tua dan tak bermaya sekali sekarang.
ReplyDeleteNak dalih lagi ? Mungkin kepalanya masih ligat cari idea nak pertahan kedudukan. You are fighting a losing battle Najib. Mereka yang nampak menyokong sekarang ini, tak semestinya mereka akan terus setia. Sudah-sudahlah Najib. Tun Razak telah membina negara ini dengan kasih-sayang. Mungkin Najib tersilap perkiraan. Kasih-sayang dan wang ringgit dua perkara berbeza.
Datuk,
Saya cadangkan bahawa, apabila dana yang asalnya adalah daripada daripada public fund (dan originnya boleh di'trace'), bila dia masuk ke dalam akaun personal, itu sudah satu jenayah. Jenayah !!! Tak kira la lepas tu pemilik akaun itu belanja buat masjid 100 buah ka, buat kuil ka, apa ka. Itu semua tak relevant. Apatah lagi kalau pemilik akaun tak pernah nafi, adverse inference is drawn, ie memang itu telah berlaku. Tunggu apa lagi ? Tapi kita, sisatan terhadap Najib pun tak mula-mula lagi. Nak tunggu bila tak tau.
Apa itu CSR ? Tak dak sapa pun tanya. Adakah untuk biaya kempen politik itu satu CSR ? Tolonglah. Falsafah CSR akan hancur di bumi Malaysia ini.
Dana negara tak boleh diguna oleh parti pemerintah untuk biayai kempen politik. Itu orang-orang kampung kena faham. Jangan kerana dapat sos seorang sebotol kain pelikat seorang sehelai, mata hati menjadi buta.
BIla kerajaan yang terbentuk dihasilkan oleh kemenangan yang dibiayai oleh duit haram, saya cadangkan, mandat rakyat bagi dah lama batal. BATAL !!! Kalau kerajaan sekarang terus berdiri, Itu bukan lagi salah kabinet menteri-menteri, atau salah MT UMNO. Itu salah rakyat. RAKYAT tak nak bertindak.
Sebabnya rakyat dah terlalu civilised. Rakyat pun takut huru-hara terjadi.
Jalan penyelesaian, continue dengan kerajaan ini, tapi tukarlah PM. Cari pengganti yang boleh settle kemelut 1MDB ni. Jangan sampai jadi macam Greece.
Satu lagi, anggaplah 2/3 majoriti itu satu sejarah yang takkan berulang. Kerajaan yang terbentuk harus berfungsi dengan pemantauan rapi oleh pembangkang. Kita sudah maju, sudah bijak pandai. Zaman IT. Apa benda pun semua orang tau. Politicians kena fikir bahawa mereka hidup diawasi CCTV 24 jam, sepanjang masa. Lambat-laun orang akan tahu juga. Tak payah belanja duit untuk dapat 2/3 majoriti tu, tak berbaloi pun. Kalau kita bagus, orang akan undi kita juga.
Biar Melayu pun rasa, kalau tak ada kuasa politik mereka tiada apa-apa di tanah air sendiri.
Dato.
ReplyDeleteLetih dan penat bila baca tulisan Dato kali ini.
Hanya yang boleh berfikir secara matang saja yang faham akan apa yang sedang berlaku.
Saya rasa tidak berapa lama lagi langit akan timpa semua rakyat Malaysia.
Betul macama Dato kata.
Apa benda ini begitu banyak anak syarikat karajaan berniaga dalam berhutang dan dalam kerugian.
Hutang negara pula diparas tertinggi.
Orang Umno apa tahu.Mereka kira boleh makan dan perut sendiri sudah bangga sangat.
Orang Umno bukan tahu bahawa sebilangan kepala dan ketua mereka telah dibeli dengan saham yang cukup lumayan.
Haapan pada PAC agar segerakan siasatan terhadap 1 MDB ini.
Jika makin lama siasatan ini menjadi lewat maka isu 1 MDB ini menjadi beban pada PM Najib.
Jangka masa PRU 14 makin hampir.Nahas PM Najib dengan isu ini.
Melambat atau melewatkan siasatan PAC terhadap isu ini maka selama itulah PM Najib tidur tidak lena.
Adakah PAC juga main wayang kulit dalam isu.
Disini masa depan imej PM Najib adalah ditangan PAC.
Terima kasih Dato.
As salam Datuk, saya tidak mempercayai seratus peratus yang didedahkan oleh Sarawak Report. Tetapi banyak juga yang boleh dipercayai. Misalnya duit RM2 juta dalam akaun Rosmah Mansor adalah betul. Pihak Rosman Mansor tidak menafikan tentang duit itu tetapi menafikan disalurkan daripada 1MDB. Maknanya kalau Sarawak Report tak report, kita tak tahu ada RM2 juta dalam akaun Rosmah. Saya tidak berburuk sangka terhadap Rosmah, cuma hendak menekankan tidak semua laporan Sarawak Report sampah.
ReplyDeleteKalau tidak silap saya kontroversi 1MDB juga dipecahkan oleh Sarawak Report kemudian diberi perisa oleh pembangkang. Mujur ada pendedahan Sarawak Report, kalau tidak saya yakin kita tidak tahu ada kelemahan urus tadbir kewangan dalam 1MDB, tidak tahu hutang 1MDB sebanyak itu dan tidak tahu ada pihak over role lembaga pengarah dalam membuat sesuatu keputusan yang kritikal.
Saya fikir kalau semua laporan Sarawak Report sampah dan 1MDB sebenarnya berjalan dengan baik, 'pembohongan' Sarawak Report tidak akan membuatkan kerajaan menjadi panik. Oleh kerana itu saya percaya dalam timbunan sampah itu ada yang boleh dipetik sebagai betul. Malah kalau kerajaan kita panik berdepan dengan 'fitnah' saya fikir itu suatu yang sangat malang kerana orang menaburkan fitnah tidak memerlukan modal apa pun. Maka yang dikelaskan sebagai 'fitnah' itu saya fikir ada kebenarannya, kalaupun tidak seratus peratus.
Cuma saya tertanya-tanya kenapa kita tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report. Saya tidak arif hal undang-undang tetapi rasanya orang yang 'teraniaya' macam kita mesti ada undang-undang untuk melindungi kita. Itupun kalau kita benar-benar teraniaya.
Sdr ku-seman.
DeleteBaik WSJ maupun Sarawak Report.
Mereka tu benar2 anak jantan yg tak gentar dgn ugutan atas dasar mereka berkata benar.
Kalau Najib/ Rosmah terhebat sebagaimana yg cuba diwar2 pencari upah maka dari sudut positif inilah masa dan ketika pasangan ini berkokok di pentas dunia.
Apalagi dgn stature Najib yg diterima main golf dgn presiden Obama tentulah WSJ tu kacang putih sahaja.
Begitu juga dgn Rosmah. Kalau boleh duduk setaraf dgn raja2 Arab. Apa nak ditakut untuk saman Sarawak Report.
Tapi sebagaimana biasa. Laki bini hanya jagoan kampung je.
Maklumla. Ramai kenalan di istana kehakiman.
Aslkum Dakj.
DeleteRakyat semakin terhimpit drprd segi ekonomi.
Rakyat makin menyampah dgn gelagat maharaja dan maharani.
Melawan secara depan2 bererti bunuh diri.
Melawan ada banyak cara.
Kepala samseng dunia bernama Amerika dan Israel pun org lawan....berdepan atau pukul curi.
Terlalu banyak nampaknya musuh Najib dan Rosmah yg tak tahan, tak takut dan tak rasa bersalah bila mendedah maklumat demi nak selamatkan negara.
Kalau pun ada undang2 yg mungkin telah dilanggar oleh pembocor maklumat, pembocoran itu sangat mengembirakan rakyat yg selama ini dibelenggu oleh bermacam2 undang2 yg sengaja dipertahan pemerintah zalim spt OSA.
Kerosakan imej Najib dan Rosmah bukan kecil. Kedua2nya mungkin tersungkur selepas ini. Saya doakan.
Kesalahan pembocor maklumat TIDAK BOLEH jadi sebab task force tutup mata atas isu yg lebih besar iaitu pencurian wang awam untuk kempen PRU memenangkan UBN.
Sarawak Report berpengkalan di Britain. Mahu ke Najib saman di mahkamah Britain di mana per7ndangan berbeza dgn Malaysia. Itu persoqlqn besqr.
DeleteSeperti sdra kata Sarawak Report mengandungi sampqh bercampor keb3naran. Risikonya ada. Kalau menang takde apa masaalah besar. Seandainya kalah......besar risikonya.
maybe govt officers leak documents to foreigners or others because our authorities always tutup case and nfa, no further action. our agencies cakap besar but at the end of the day tutup case.
ReplyDeleteDato,
ReplyDeleteAs the country slides deeper into moral/e depression and restlessness, the polls are out claiming, more than 80% of the public interviewed feels, DS Najib to be inadequate enough to merit vacating his post...
On the other hand, local and foreign media reports suggests that there are rock solid support coming from his cabinet ministers prefering him to stay.
For these Ministers, I say: "Never Work for Anyone More Insecure than Yourself"....
There is a long list of people for whom one should never go to work -- crooks, racists, liars - BUT MOST DANGEROUS of the lot are those who are IN OVER THEIR HEADS.
Anyone who feels inadequate to a position of authority will inevitably:
a) Trust the Wrong People for Advise (hey! his lawyer just said he needed to consult Wall Street Journal for fear of professional negligence!)
b) betray you at the drop of a name
c) Mess up the whole enterprise and throw EVERYONE into UNEMPLOYMENT or worse still, even into JAIL.
Such people may not mean to do any of those things, but they are driven, night and day, by a fear of exposure. They know that they are inept; you all know that they are inept (polls suggests that more than 80% of you thinks so!), worse still they know that you know it!
So what do they do? CLING on to DEAR LIFE hoping that something or someone will rescue them from drowning in the current Morass.
Unfortunately, it is times like this that Human SELF PRESERVATION kicks in! Everyone are now too busy trying to cover their Asses...and I Mean EVERYONE!
Aslkum Dakj.
ReplyDeleteRD.
Tak kan la hukum agama yg asas pun RD tak faham atau demi pertahan UMNO maka RD langgar je hukum2 tersebut.
Kalau RD curi duit rakyat dan guna duit tu untuk pergi tunai rukun Islam naik haji.
100kali pergi pun hukum tetap haji tu tak diterima Allah kerana guna duit haram.
Begitu jua kalau RD kebas duit rakyat melalui duit MARA yg diseleweng. Berilah makan beribu org anak yatim pun tak akan diberi pahala.
Samalah dgn hukum mendapat kuasa.
Kalau kerajaan UBN mendapat mandat melalui pilihan raya yg penuh dgn skim tipu sana sini maka sahlah kerajaan ini kerajaan haram.
Pertanyaan saya. Bolehkan rakyat bergantung harap dapat pembelaan adil drpd mahkamah dan organisasi milik kerajaan haram?
Sebab itu kita akan terjumpa mahkamah kerajaan haram buat keputusan pelik2 walaupun dibantah oleh peguam2 terbilang dan masyarakat budiman.
Jadi sdr RD, tolong pergi berguru lagi pasal hukum halal haram. Jangan hanya pernah pandai komen tak suka org berpoligami sahaja.
Saya sangat bimbang oleh kerana RD mempunyai sistem nilai yg songsang maka segala perbuatan haram ketua2 UMNO menjadi baik dikaca mata RD. Termasuklah menfitnah pemimpin pembangkang dgn pelbagai tektik.
The Scribe
ReplyDeleteSalaams
Zaman Presiden UMNO yang berfikiran liberal yang kita sedang harungi sebelum tiba 2020 nampaknya tidak akan banyak berubah walaupun Muhyiddin Yassin jadi Presiden UMNO. Apalah yang boleh dia buat tanpa UMNO yang bersih cekap dan amanah, Scribe?
Jemaah Muslim nak harap institusi Raja-raja Melayu yang buta ilmu
serta bakat mentadbir negeri inikan pula sebuah negara walaupun Raja Melayu kepala agama adalah meletak harapan kepada sibuta untuk memimpin.
Kerana bila kita nak Dunia mesti ada ilmu dan kalau nak Akhirat pun mesti ada ilmu dan kuat amalan.
Sekarang ini ramai ahli UMNO
Dunia pun rugi Akhirat pun rugi.
Salam hormat.
Maaf kerana mengatakan Presiden UMNO berfikiran liberal kerana ianya tidak tepat bilamana yang saya mahu katakan adalah nampak dari tindakan dia dalam kekalutan 1 MDB semacam Perdana Menteri Mohd Najib akalnya cetek bila dibandingkan dengan Che Det dan juga Pak Lah. Bukan liberal.
ReplyDeleteMaaf kerana silap bahasa.
Dan orang cetek akalnya senang dipermain-mainkan mereka yang pintar. Harap Che Det tidak pendendam dan bengis orangnya.
Dato,
ReplyDeleteImagine this....Last night, whilst watching the Foreign News Channel (yes, waiting to buka puasa), the news on the screen spelled out..... "Malaysian Police Investigating Task Force".
Nearly fell off the chair! appetite no longer there even after a day's fasting. What country are we living in?!
When we were kids, we enjoy going to the circus to watch the Animals Peform and laugh at the Clowns. Looks like Malaysia has turned into a Circus with the Rakyat as the Audience. When they say "Bring in the Clowns", it was always done to catch the Crowd by Surprise...And Surprise it was.
The Ring Master watches as the Clowns Twist and Tumbled. Suddenly they are tugging on each other's pants trying to expose what is inside. There is no "leader" Clown. Just Clowns, clowning around! They sometimes taunt and make faces at the audience but never the Ring Master...
Such is the Circus..Have Fun but know that the Ticket Cost includes 6% GST and probably 10% Service Fee. And don't park in the wrong place for you will be fined (they may send you the fine in 2020).
Salam Datuk,
ReplyDeleteNampaknya mereka dah berjaya mempesongkan isu2 lain daripada 1MDB..
DAKJ,
ReplyDeleteLapor Astro AWANI "Semua pihak diminta menghentikan segala dakwaan tidak berasas berkaitan urus niaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas laporan awal siasatan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendapati tiada bukti sebarang salah laku, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Menurut Ahmad Husni, susulan laporan Ketua Audit Negara itu, dakwaan liar sesetengah pihak termasuk tentang "kehilangan wang sebanyak RM42 bilion dan pemindahan AS$700 juta (RM2.6 bilion) kepada individu tertentu" tidak timbul."
Jadi, mana hilangnya wang negara RM42 bilion dan dari mana datangnya AS$700 juta dalam akaun Najib? Kini timbul pula RM2 juta dalam akaun Rosmah.
Sedangkan Ketua Audit Negara sendiri mengaku mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh menyiasat "akaun orang" berbanding dengan pasukan penyiasat (task force) yang dianggotai oleh BNM.
Belum sempat 'task force' membentangkan laporan, Sang Menteri kepada Kementerian yang telah gagal dan antara punca menyebabkan segala kekecohan ini telah pun membuat kenyataan. Ironinya, kenyataannya tidak menjawab sebarang persoalan, tetapi hanya meminta orang berhenti bercakap mengenai isu-isu tersebut.
-Competente-
Sdr Competente.
DeleteSaya sangat setuju dan suka membaca pendapat sdr yg betul dan bernas.
Tkasih.
Aslkum Dakj.
ReplyDeleteSatu persatu lagi kes rasuah Najib dan orang2nya dibongkar oleh org surat khabar.
Kali ini akhbar Sydney Morning Herald melapor kerajaan Najib enggan beri kerjasama mendedah maklumat rasuah yg dikatakan melibatkan org2 Najib dan firma Australia dlm rasuah cetak wang polimer baru Msia.
Maklumat itu bukan diminta oleh sebarang org di Australia. Tetapi oleh pendakwa raya Australia sendiri.
Soalnya kenapa kerajaan Najib buat tak layan je.
Takut akan terbongkar tembelang yg lebih besar?
Bila Najib n the geng mula jadi pemain antarabangsa dalam kerja2 melingkup maka radar yg sedang menanti bukan setakat radar cop ayam tv3 atau utusan.
Selepas kes rasuah MARA dan terbaru kes cetak wang polimer saya harap tidak ada lagi kes2 spt itu di Australia.
Dulu satu Perancis sibuk dgn kes rasuah pembantu rapat Najib dalsm kes beli kapal selam.
Inilah masa sesuai untuk pasukan PR di PMO beritau org Australia bahawa jangan la dengki dgn kami, sebuah negara Islam yg hebat. Dan sebahgian duit2 rasuah tu kalau ada pun kami guna untuk kerja2 kebajikan spt hantar imam2 pergi haji.
Mana nak sorok muka org Msia yg ramai berada di bumi Negara Kangkaroo tu bila berita2 negatif ni muncul.
De Heer The Scribe
ReplyDeleteGoode Daag!
Mabook Belanda
(omdat presiden najib nou hele grappij is geworden)
Nay, nay, mijneer bukan terpesong maar
Te veel problemen sudah gekomen hebben
Op de pundak van hem wee je
Te veel the veel nou
Umno is a partij voor misdadijgers
En kriminalen spijtig erg
End here hele wereld beknowen is
Najib akan mendapat indikasi jelas apabila PRU Sarawak berjalan kelak.
ReplyDeleteDengan semakin ramai rakyat Sarawak yang semakin vokal dan berani 'melawan' kerajaan persekutuan, saya khuatir Sarawak akan menajdi batu nesan pertama untuk Najib.
Saya menjangka, Sarwak akan bergelora dan Adnan Satim telah dapat membaca pergerakan panas ini maka saya yakin dia akan mendengar suara hati rakyatnya berbanding suara mulut Najib. Ini jalan selamat untuk parti dan gabungannya. Saya tak fikir, PRU kali ini, Najib akan berani turun Sarawak untuk berkempen jika jangkaan ini betul.
Kes Sarawak ini saya jangka akan menjangkit Sabah jugak. Tak mau kalah, orang Sabah jugak akan menuntut reformasi / pembaharuan pentadbiran berasaskan semangat kenegerian, tidak mahu campurtangan kerajaan persekutuan. Maukah Musa Aman melawan arus suara rakyatnya>
Berbeza di Johor, Dengan penekanan bangsa johor berkali-kali oleh TMJ sejak mutakhir ini, saya merasakan selatan negeri ini akan juga berubah pandangan. Memandangkan kesultanan Johor masih dipandang hormat dimata rakyatnya, ucapan-ucapan dari istana nanti pula akan memberi signal kepada rakyatnya untuk memahami pandangan dan suara hari ketua pemerintahnya.
Rakyat Johor bersatu hati dengan sultannya dan slogan keramat 'luaskan kuasamu' lebih mesra dan lebih 'didengari' berbanding suara pemimpin peringkat kebangsaan yang tidak akan masuk telinga orang Johor. Maka, adakah pemerintah pusat akan tunduk kepada kehendak kesultanan Johor dalam beberapa perkara sebagai timbal balas sokongan? Jika Johor enggan menerima ngadap wakil persekutuan @ PMnya, maka saya boleh menjangka, kerajaan persekutuan 9BN) dalam bahaya yang tersangat besar.
Bagaimana kerajaan persekutuan akan bermain bidak akhirnya? Saya fikir tuan-tuan boleh menjangkakannya sendiri. Bagi saya, tiada PRU14.
Polis tidak akan berupaya mengawal keadaan, rakyat yang sedang membuak-buak semangatnya lagi ramai daripada mereka. Maka siapa akan mengambil alih kselamatan?
Tuan boleh menjawabnya sendiri apakah game terakhir kita kena lalui.
Apakah kita memerlukan satu lagi korban besar besaran untuk menyatukan & menyayukan semula hati rakyat Malaysia agar berlembuat hati dan bersatu padu semula dengan persekutuan? Inilah yang saya bimbangkan.... Korban yang hiba untuk digambarkan.
Akhirnya, kita semua tiada apa apa yang tinggal termasuk negara kita. Sebuah kehancuran kecuali ada jalan penyelesaian bijak di saat saat akhir nanti. Maka suara Majlis Raja-Raja diperlukan untuk sejiawa dan senada dengan rakyat keseluruhan bagi menyelamatkan keadaan. Majlis Raja-raja tidak boleh menjadi patung bernyawa mengikut telunjuk pemimpin, mereka kena jadi hero kepada rakyatnya.