Friday, July 03, 2015

Mara Dalam Jangkitan Sistemik


A Kadir Jasin

MUTAKHIR, 3 JULAI - Saman Wall Street Journal. Itu sahaja pilihan yang ada kepada Mohd Najib Abdul Razak. Kalau tidak apa yang dilaporkan oleh akhbar Amerika itu mengenai akaun beliau yang mengandungi hampir AS$700 juta, akan menjadi kenyataan. Kalau tidak betul Mohd Najib wajib mengemukakan saman terhadap WSJ.

Saya faham proses pengumpulan berita WSJ. Berita yang sesitif seperti tuduhan terhadap Mohd Najib tidak akan disiarkan tanpa disemak dan diluluskan oleh panel peguamnya. Jadi eloklah peguam Mohd Najib berdepan dengan peguam WSJ. 

Tuduhan Tony Pua dan Rafizi Ramli adalah kecil dan kabur berbanding dakwaan WSJ. Kalau Mohd Najib dan isterinya telah mengemukakan saman terhadap Pua dan Rafizi, adalah wajar mereka melakukan hal yang sama terhadap WSJ.

ORIGINAL POSTING
 
SAYA tidak mengulas secara khusus skandal pembelian hartanah oleh Majlis AMANAH Rakyat (Mara) di Australia kerana bagi saya ia tidak sedikit pun memeranjatkan.

Lagi pun kes ini masih berjalan dan lebih banyak hal didedahkan. Yang terbaru Pengerusi Mara Incorporated, Mohammad Lan Allani dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abd Halim A. Rahim digantung jawatan dan firma audit PWC dilantik bagi menyemak pembelian harta oleh Mara Inc.

Mohammad Lan digantung jawatan
Cuma saya berdoa dakwaan ini tidak betul. Tetapi jika ditakdirkan betul maka kita semua rugi sekali lagi kerana kitalah mangsa mutakhir pengkhianatan amanah ini.

Selepas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak ada apa lagi yang memeranjatkan, mustahil dan luar biasa. 1MDB mencetuskan piawaian dan tanda aras baru urus niaga dan urus tadbir syarikat dan agensi berkaitan kerajaan.

Ini cerita bapa borek anak rintik. Kata orang Johor, “engkau garuk belakang aku, aku garuk belakang engkau” atau kata orang putih, birds of a feather flock together – burung yang sama bulunya berkumpul bersama.

"Birds of a feather flock together"
Inilah bahana apabila orang yang berkuasa berasa bahawa kuasa menghalalkan segala-galanya. Atau apabila orang yang berkuasa terlalu banyak makan budi dan ada rangka-rangka bergantungan dalam almari.

Bukan rahsia lagi. Banyak orang tahu dan lagi banyak dengar apa yang berlaku ketika peralihan kuasa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada penghujung tahun 2003.

Mereka tahu dan dengar mengenai fail-fail segar Badan Pencegah Rasuah (SPR/ACA) – kini Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (PSRM/MACC) - yang diserahkan oleh Dr Mahathir kepada Abdullah.

Mereka tahu dan dengar bagaimana kandungan fail-fail itu tidak diambil tindakan sebaliknya digunakan untuk mengukuhkan kedudukan politik orang tertentu.

Beberapa watak dalam fail-fail ACA itu bukan sahaja tidak didakwa malah diberi habuan lumayan dengan syarat mereka menyokong pentadbiran baru.

Amalan “engkau garuk belakang aku, aku garuk belakang engkau” berterusan ke zaman Mohd Najib Abdul Razak apabila individu-individu yang dihukum dan disingkir oleh Umno pada era Abdullah kerana politik wang kembali dimuliakan dan diberi kuasa luar biasa kerana mereka tahu “what you did last summer”.

Poster "I know what you did last summer"
Jadi apa yang berlaku (atau dituduh berlaku) di 1MDB, Mara, Felda, Felda Global Ventures (FGV) Berhad, Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Pembinaan PFI Sdn Bhd, SRC International dan mungkin banyak lagi tidak langsung memeranjatkan saya.

Bila bapa borek, logiknya anak rintik. Bila atuk borek, bapa rintik, cucu tentu tidak banya berbeza warna dan coraknya.

Apabila berlaku persepsi dan realiti bahawa orang di atas rasuah maka anak buah pun tidak teragak-agak untuk rasuah juga.  Apatah lagi apabila berlaku persekongkolan ala birds of a feather flock together atau macam dalam filem seniman agung P Ramlee Nujum Pak Belalang – “satu untuk engkau, satu untuk aku”.

Jangkitan moral itu menyebabkan rasuah dan salah guna kuasa dalam sektor awam merebak menjadi sistemik.

Apa yang salah, korup dan seleweng di 1MDB, Felda, FGV, Tabung Haji, LTAT, Pembinaan PFI SRCI adalah lebih dahsyat dan hanyir apabila berlaku di Mara.

Sesiapa yang celik sejarah tentu sedar betapa keramatnya Mara. Lagi keramat apabila kerajaan pimpinan Umno sendiri mengubah nama asalnya kepada Mara dengan kata kuncinya “amanah”. Amanah yang dipegang atas nama rakyat Melayu dan Bumiputera.

Mara Dalam Kontrak Sosial

Mara adalah antara manifestasi terawal kontrak sosial di antara peribumi dan pendatang. Apabila pada tahun 1950-an Inggeris mencuba memujuk Raja-Raja Melayu untuk memberi “kewarganegaraan negeri” kepada pendatang Cina dan India, sebagai ganti British menubuhkan Rida (Rural Industrial Development Authority) untuk memajukan ekonomi dan pendidikan orang Melayu.

Rida/Mara banyak berjasa kepada orang Melayu dan penduduk luar bandar. Ada rumah Rida, kilang Rida, bas Mara dan yang paling unggul pembabitannya dalam bidang pendidikan.

Bas Mara tahun 1960-an
Malangnya sejak dekad-dekad kebelakangan ini Mara sudah menjadi seolah-olah pusaka keluarga atau “fiefdom” elit politik yang diberi amanah mengurus dan mentadbirnya.

Dalam konteks pendedahan di Australia dan UK sekarang, kita janganlah terlalu yakin bahawa yang bersalah akan dihukum.

Selagi orang yang bertanggungjawab tidak dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah, kita janganlah terlalu menaruh harapan. Kita sudah terlalu kerap mendengar guruh berdentum tetapi hujan tak jadi.

Mengapa Diam Mengenai Siasatan MAS?

Berkenaan 1MDB saya terfikir, kalau penangkapan Xavier Andre Justo (XAJ) di Thailand menjadi modal besar kepada kerajaan dan penyokong Perdana Menteri, mengapakah Bank Negara berdiam diri mengenai hasil siasatan Pihak Berkuasa Mata Wang Singapura (MAS) ke atas simpanan “unit” 1MDB di Singapura?

Mengapa rahsiakan laporan MAS?
 Kalau hasil penyiasatan itu positif kepada 1MDB, mengapakah Bank Negara tidak menguar-uarkannya sebaliknya berselindung di sebalik kerahsiaan (confidentiality)?

Kalau laporan MAS itu positif, hebahkanlah saja demi membersihkan nama 1MDB dan membebaskan Bank Negara sendiri daripada tuduhan cuai (oversight)!



Wallahuaklam.


33 comments:

  1. Salam DAKJ,

    Betul2 alang2 menyeluk pekasam ni. Tapi saya tak rasa yg ni "last nail to Najib's coffin". Ada lagi yg bakal menyusul. Dan sudah pasti DSN akan cuba mempertahankan diri. Plot cerita baru bakal menyusul, sementelah DSAI bakal mendapat layanan banduan istimewa. Kita akan saksikan sama2 plot baru.

    ReplyDelete
  2. Najib himself is the cause of embarrasment and not anyone else. At the moment Malaysia has nothing to be proud of.

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:01 AM

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Bila manusia angap Rasuah itu adalah Keeuntungan dari urusan jual beli..

    BIAR KITA MEWAH asalkan duit itu halal dunia dan akhirat.

    Salam

    ReplyDelete
  5. RAWA LANUN-BAHASA9:44 AM

    The Scribe
    Salaams

    Samanmalu Sarawak Report, Mr Presiden!
    (tak cukup bukti kata zeti)

    Tahniah.

    http://www.sarawakreport.org/2015/07/sensational-findings-prime-minister-najib-razaks-personal-accounts-linked-to-1mdb-money-trail-malaysia-exclusive/

    Sudah kita baca.
    Cerita Sarawak Report ini semestinya memalukan Nik Faisal Ariff Kamil, Suboh bin Mohd Yassin, Presiden UMNO, Bank Negara dan MoF serta Aabar dan Mohd Badawy AlHussieny.
    Kita tengok apa yang akan Presiden UMNO akan buat.

    Apakah Presiden UMNO tak amanah macam dalam kes NFC!
    Jenayah 'Money Laundering'?
    Muhyiddin Yassin?

    Sarawak Report mesti disamanmalu, Scribe.

    Tahniah.

    ReplyDelete
  6. joe black10:28 AM


    Dato',

    Selepas Bertalu Talu Pendedahan Demi Pendedahan (Penat rasanya rakyat melihat)..

    Pahlawan Bugis Terkenal Najib Razak dan pengiring pengiringnya sekarang bolih diakatakan dalam Bahasa Inggeris Berada... "Up Shit Creek Without a Paddle!"...

    Mana Dia Muhyideen? Mana Dia Tengku Razaleigh? Adakah Mereka Sedang Menunggu DiJemput?

    Adakah ini balasannya kezaliman keatas Sdr Anwar Ibrahim (yang sedang sakit tenat)?

    Adakah Harapan Cuma Berada diTangan Tun Dr Mahathir yang akan Berumur 90 tahun!?

    ReplyDelete
  7. Ada komen anonymous terlepas saringan..

    ReplyDelete
  8. nor ishak ismail12:48 PM

    Saya tertarik dengan ungkapan Pak Kadir "Selagi yang bertanggungjawab tidak dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah, kita janganlah terlalu menaruh harapan. Kita sudah terlalu kerap mendengar guruh berdentum tetapi hujan tak jadi".

    Nampanya begitulah, sekarang ini ada laporan terbaru, ada wang hampir 1 biliyon disalurkan pada akaun seorang individu tentang kes yang terhangat sekarang. Jadi lepas tu apa?. Samalah plot ceritanya, sehingga muncul pula berita baru yang lain.

    Kalaulah penjaga undang-undang kita sama macam 3 guru yang mengikat dan membelasah seorang anak perempuan orang asli tahun empat, katanya atas kesalahan muncuri duit salah seorang guru tersebut (the star). Maka aman Tanah Melayu ini daripada rasuah.

    Tapi malangnya yang kena adalah kanak-kanak miskin orang asli, yang mungkin tidak ada duit belanja kesekolah ... tiap-tiap hari menelan air liur dikantin.

    ReplyDelete
  9. Tgk gayanya Muhyiddin pun macam tak boleh harap ja

    ReplyDelete
  10. Duri Durian3:14 PM

    Kalau ginilah caranya....... Hmmmmh a classic ""LEADERSHIP BY EXAMPLE"
    Akan punahlah semuanya.........

    ReplyDelete
  11. Sdra Sri Nara al-Diraja,

    Terima kasih kerana memaklumkan mengenai saya terlepas pandang dan menyiarkan komen anonymous. Komen itu sudah pun dipadam.

    ReplyDelete
  12. Kadiag, salaam. Alhamdulillah, kali ni maklumat jenuh. Terima kasih. Tapi halamak... hang dgn pembalaih blog banyak pakai istilah atau ungkapan2 (cheh... ? Ungkapan pulak dah...aku pon pakai basa hang) yg orang hak dok tepi tali ayak tak berapa nak paham...'sistemik', '...what you did last summer' dll. Yg senang nak paham aku rasa mungkin satu dua saja.. seperti :
    'satu untuk kau, satu untuk aku' dan 'mampoh kerah'....tapi yg last ni aku ingat hang pon mungkin tak paham.
    Alahai Kadiag, yg depa pi masok duit ke akaun guna nama depa sendiri secara terang tang tang tu, apa pasai ? Aku agak kot, apa orang kata, terlepaih pandang kot.... Di bulan posa ni tak mau aku tulih banyak2 takut tersilapka apa ka...tapi terkenang juga aku, kalau cerita ni betoi...bila pompuan mongolia tu dah dekat nak kena tembak, dia merayu...'aku ni sedang hamil...' Sayu aku, Kadiag. Baguih la kalau bila kita padam nanti, Malaya ni baik sikit.

    ReplyDelete
  13. Tak ada apa la Datuk. Perkara kecil sahaja.. =)

    ReplyDelete
  14. Aslkum Dakj.

    Jangan terkejut jika MARA selepas ni terpaksa jual bangunan atau medan MARA secara murah2. Maklum nak buat belanja bos2 UMNO yg tak ada tanda bila nak cukup.

    Bangunan mereka di Melbourne pun elok di jual balik sebab asrama tu akan jadi gajah putih berikutan MARA dah tiada duit nak hantar pelajar Melayu ke sana.

    Bagi ketua2 UMNO perkataan AMANAH RAKYAT tu mereka fahami sebagai KEBASLAH DUIT RAKYAT.

    ReplyDelete
  15. Salam Ramadhan buat Dato & keluarga.

    Nampaknya negara kini tak habis habis dengan skandal rasuah. Badan2 yang dilantik sebagai badan yang sepatutnya menjaga amanah & kepentingan rakyat kini ibarat pagar telah makan padi.

    Kini di Malaysia telah menjadi satu amalan.....jika tinggi pangkat sesaorang itu lagi tinggi tahap rasuahnya.

    Apa bezanya kalau dulu manusia sembah berhala.... kini manusia sembah harta

    Walluhualam.

    ReplyDelete
  16. vasantha9:15 PM

    Dear Dato,
    It is indeed sad that nothing moves our government politicians. Why is there no honor left in our politicians? Why are they silent or saying stupid things? Why are they not serving the common man? Why are they so adamant not to see the Light? We came into the world with nothing and shall depart likewise. It is our 'amalan baik' good deeds that will follow us into the after world. It is sad that we fail to honour GOD by always doing the right thing and not necessarily the smart thing. I fervently hope that there is a 'hidayah ramadhan' soon.

    ReplyDelete
  17. apabila politik, kedudukan, kuasa, amanah dan tanggungjawab di peralatkan untuk kepentingan diri sendiri.....

    ReplyDelete
  18. Pepatah Cina - Bila Kepala dah busuk..badan dan ekor turut busuk juga. Saya tak heran kalau banyak salahlaku dan abuses yg berlaku di semua Jbtn dan Agencies Kerajaan apabila Kepala nya sendiri menyalahgunakn Kuasa. The ordinary rakyat have no choice but to bear the burden

    ReplyDelete
  19. Datuk, kenapa lah melayu elit umno ni merompak dan melanun duit rakyat.

    ReplyDelete
  20. nabil suffian11:30 PM

    makin jijik dgn skandal demi skandal pahlawan bugis berdarah bkn sembarangan ini..

    serba serbi di sentuhnya jd hampas, maaf, jd tahi...

    ReplyDelete
  21. Aslkum Dakj.

    Nampak sangat Najib double standard.

    Dalam kes MARA, bila skandal beli hartanah di Australia terbongkar bukan main cepat lagi Najib gantung kerja 2 pegawai MARA.

    Kenapa tak tunggu hasil siasatan pelbagai agensi dahulu?

    Ada yg tak betul la.

    Skandal IMDB berpuluh kali ganda lebih besar..

    Adakah kerana tak mungkin PM nak gantung tugas Najib sendiri?

    ReplyDelete
  22. Joe Black6:17 AM

    Dato'

    Nampaknya UMNO Bloggers dan Penyokong Najib sedang ghairah menyuruh Najib Saman Wall Street Journal (kalau bolih termasuk Reuter sekali). Adakah Mereka Faham bahawa jika tindakan itu dilakukan ianya bukan bermakna Kes Saman tersebut akan dijalankan diMalaysia. Kemungkinan besar ianya akan dijalankan di luar Negara (US atau Hongkong, sebab pemberita adalah Chief Bureau Wall Street diHongkong). Adakah Najib sanggup menjudi nasibnya ditangan Hakim luar Negara?

    Nampaknya dia sekarang berada pada apa yang dikatakan dalam Bahasa Inggeris ......"Between a Rock and a Hard Place"

    ReplyDelete
  23. Wall Straight7:16 AM

    It is more than one day (24 hours) now since the Wall Street Journal issued the damning report neither the PMO or Najib himself ( via his usual Facebook posting) make any denial that contain the words "Wall Street Journal"

    Please check Facebook posting and the PMO flimsy denial, these two did not mention the words "Wall Street Journal"

    ReplyDelete
  24. Dato' AKJ

    Before the news gets muddled further, would you mind enlightening us plain joe, abu, awang, muthu & ah kaw the method used by serious news journal like AWSJ verify their stories.

    Much appreciated.

    Thank you
    Azlan

    ReplyDelete
  25. Lahuma7:42 AM

    Dato.

    Betul ke 1 MDB ini hendak bantu Melayu.
    Atau setakat nak bagi Melayu UMNo melompat-lompat.
    Saya lansung tak yakin awal-awal 1 MDB nak bela Melayu.
    Seperti biasa Pemimpin UMNo bila mereka tersepit maka benteng pertahanan mereka ialah Melayu.
    Saya Melayu,Dato pun Melayu dan dalam kumpulan ini semua Melayu.

    Saya tak yakin yang 1 MDB kerana nak bela Melayu.
    Retorik dan palsu belaka.

    Terima kasih Dato.

    ReplyDelete
  26. Najib does not believe Malaysia should be ruled by proxy. But is not the hippo at the wheel?

    ReplyDelete
  27. Harumanis12:26 PM

    Kedengaran desas desus Tun M akan dimangsakan dan perencanaan sedang giat dibuat. Semoga beliau dalam lindungan Allah.

    ReplyDelete
  28. Yangretibase1:25 PM

    Assalamualaikum,

    Sangat menghairankan saya mengapa DAKJ tidak mencelah untuk menghentam Mohd Najib atas dakwaan dahsyat SWJ terhadap Mohd Najib setelah hampir dua hari dakwaan itu diperkatakan.

    Lebih menghairankan saya mengapa Dr Mahathir yang sangat anti-Mohd Najib itu seolah-olah tidak sedar akan berita dakwaan SWJ itu. Dia yang sudah hampir kehilangan modal untuk mengenakan Mohd Najib sepatutnya bergembira besar menyambut berita dakwaan SWJ itu dengan membuat laporan polis dan SPRM.

    Saya berpendapat Dr Mahathir wajar sekali mendapatkan perintah mahkamah atau AG untuk melihat akaun Mohd Najib di Am Bank di Kuala Lumpur yang dikatakan wang 1MDB sebanyak US $700 milion itu didepositkan ke dalam akaun peribadinya melalui proksi.
    Inilah cara yang paling mudah untuk mencari kebenaran.

    Ataupun tertanya-tanya saya adakah benar seperti dakwaan Mohd Najib bahawa Dr Mahathir ialah perancang utama dalam kes dakwaan SWJ itu? Walau bagaimanapun, saya tidak percaya yang Dr Mahathir sejahat itu.

    Wassalam. Maafkan saya. Saya ikhlas.

    ReplyDelete
  29. Zed-852:03 PM

    Sallam Dato'

    Agak berat tuduhan WSJ kepada PM.

    Setahu saya, ini adalah tuduhan yang kedua.

    Bukan sahaja PM malah UMNO sendiri akan rosak kredibilitinya.

    Amatlah wajar PM saman kepada WSJ.

    Nampaknya pilihan untuk berdiam diri sahaja memang tidak boleh.

    ReplyDelete
  30. GST-Victim2:47 PM

    DAKJ,

    Saya setuju dengan pendapat dato. Saman saja WASJ. Tapi saya rasa DS Najib memang penakut. Jalan yang senang ialah dia akan tuduh Tun Mahathir angkara musibat ini semua. Mau tak mau dia akan ambil tindakan mahkamah dengan menyaman dan kalau boleh nak tutup mulut Tun Mahathir dengan memenjarakan beliau..

    Kalau ini terjadi..Kita akan lihat setakat mana pendirian UMNO..Samada darah yang mengalir pada UMNO ini adalah darah pendekar yang mempetahankan icon mereka atau darah pengecut yang mempertahankan kedudukan atau wang ringgit mereka.

    Just wondering why all the banks especially Bank Negara and other banks are not yet issuing any statements to deny categorically and explicitly that all the transactions and accounts involved are non-existent???

    ReplyDelete
  31. 1MDB/GST Victim3:17 PM

    DAKJ,

    Simply cannot hide my anger... DS Najib and his wife should be sent to jail. This public trial has become such a public joke that too many accusations and evidence has been laid out and yet our dear PM kept on doing his blanket denial and without explicitly answering to all the questions being asked.

    Alas, now this is the ultimate accusation he cannot hide anymore behind his ceremonial cloak...WASJ, mother of all business news carrier decides to accuse him blatantly that he is indeed a corrupt person and receiving insurmountable kickback money from the various sources.

    Now he is a lame-duck PM and his energy now is defending is integrity and day-by-day it has torn into pieces.....Just feeling gutted why a son of iconic ex-PM can become so reckless and hypocrite...
    Trying to alway project a caring Prime Minister but behind us... he is involved in shady "wheeling and dealing business with his wife" until who-knows-what type of crooked business they are involved.....

    ReplyDelete
  32. Aslkum Dakj.

    Saya dah tak sabar nak tenguk Najib saman WSJ.

    Oleh kerana Najib ada sebut nama TDM bersubahat dgn warga asing menfitnah untuk menjatuhkan kerajaan Najib maka tentunya Najib akan jugak saman TDM.

    Najib ada teloq ke?

    Saya juga hendak sangat dengar pihak polis, SPRM dan Gani Patail mengeluarkan kenyataan berbunyi " oleh kerana semua orang adalah sama di sisi undang2 maka kami telahpun memulakan siasatan terhadap Najib yg di dakwa menerima berbillion wang IMDB ke dalam akaun peribadi beliau. Serentak dengan ini kami badan2 penguatkuasa undang2 dengan ini memohon agar YDP Agong menggantung tugas Najib sebagai PM sehingga kes ini diselesaikan di mahkamah.

    Abu Kassim, Khalid Abu Bakar dan Gani Patail ada berani kah?

    ReplyDelete
  33. Salam Ramadhan Datuk AKJ.

    Saya teringat majlis kahwin seorang ahli keluarga saya tak berapa lama dahulu dengan seorang kakitangan awam di sebuah agensi kerajaan yang bertanggujgjawab menanam sifat-sifat jatidiri serta patriotik warga negara ini. Di akhir majlis rupanya bungkusan-bungkusan coklat dan gula-gula (bunga telur) yang diamanahkan kepada si fulan si fulan (staff) jabatan berkenaan untuk diagih-agihkan kepada para tetamu telah tidak sampai ke meja para hadirin tetapi telah ditapau oleh si fulan si fulan yang menjaga bakul-bakul berisi bunga telur coklat itu.

    Moral of the story: pecah amanah peringkat paling bawah melibatkan cenderahati berbentuk makanan. Habis berbakul-bakul ditapau sekali. Sasaran para tetamu tak dapat. Saya dengar al-kesah ni pun tak tau nak marah, geleng kepala atau gelak sebab yang ini pun nak disonglapnya. Apatah lagi kalau duit. Penyakit pecah amanah ini sudah menular dengan sistemik berakar umbi dari bawah ke atas dari atas ke bawah Datuk. Dah menjadi berdarah daging.

    Dengan pendedahan terbaharu isu MARA ini pun tak terkejut juga, bak kata omputih baru tip of the iceberg je tu. Kalau Majlis Amanah Rakyat pun dah tidak amanah, apa lagi yang nak dikatakan mengenai peneraju utama si sang ketua negara yang beranggapan Malaysia ini hak warisan keturunan dia? Habis dia pulun. Macamana kapten macam itulah juga anak buahnya.

    Wallahuaklam. Terima kasih Datuk A. Kadir Jasin. Jaga diri dan keselamatan.

    ReplyDelete