A Kadir Jasin
Anina Saaduddin Berpidato |
MARAH mu dapat ku rasa
Kerana seperti mu juga
Aku pernah muda
Jiwa ku juga pernah
gelora
Marah terbakar panas
membara.
Pernah ku tuliskan
puisi
Dalamnya menyala api
Mengutuk memarahi
Ayah ku sendiri
Kerana orang tua ku
itu
Setianya kepada Umno
melulu.
Aku sayang dia
Aku kasih dia
Dialah wira ku
Dialah idola ku.
Tapi aku tidak setuju
Setianya kepada ketua
terlalu
Seolah-olah mereka itu
tuhan
Harus dipuja tanpa
batasan.
Maka ku kata kepadanya
Apakah kita
anjing-anjing mereka?
Ayah tidak memarahi ku
Kerana pendirian ku
itu
Cuma katanya
Kasar bahasa ku
Bukan cerminan
Bangsa Melayu.
Dan kalau hari ini
Di sini aku berdiri
Tidak takut bara dan
api
Meluahkan rasa hati
Itu semua kerana ayah
ku
Yang menyemai semangat
jitu
Agar aku tidak takut
bayang-bayang
Tidak gentar hantu dan
jembalang.
Maka aku boleh merasa
marah mu
Panas membara jiwa mu
Melihat bangsa ini
dipersenda
Dibuaikan dengan
nyanyian dusta.
Orang Muda Yang Berani |
[Kononnya ada raja
yang sangat kaya
Harta banyak tidak
terkira
Sangat mulai hati
budinya
Memberi sadaqah dan
derma.]
Alhamdulillah, dalam
generasi mu
Masih ada anak muda
seperti mu
Yang tidak mudah
diperdaya ditipu
Dengan cerita karut
merapu
Dan diayah palsu.
Ayuh, gerakkan
generasi mu
Agar tidak longlai dan
layu
Kerana bumi ibunda ini
milik mu
Engkaulah penyambung
hayat bangsa
Srikandi pengarak
panji-panji negara
Kerana untuk mu lah
Malaysia
Untuk pemudi dan
pemuda
Yang masih segar
jiwanya
Belum kotor dinodai
kuasa
Belum korup disuap
harta
Belum buta kerana wang
berjuta
Belum bisu takutkan
ketua
Belum tertipu dengan
kata dusta.
Buat mu anak ku
Doa dan pesan ku
Hidup ini tiada makna
Kalau sekadar tidur
lena
Dibuai mimpi-mimpi
palsu
Sedangkan bangsa mu
Makin pudar dan layu
Dicemuh dan dicerca
Dihina sepanjang masa.
Perjuangan mu baru
bermula
Perjuangan ku belum
selesai
Ayuh, mari kita
bersama-sama
Menongkah arus melawan
badai
Melayarkan bahtera
merdeka
Agar tidak patah
kemudinya
Tidak tumbang tiang
layarnya
Demi Malaysia negara
kita
Bumi tercinta
Anugerah Tuhan Yang
Esa.
Wallahuaklam.
As'Salam... YBhg Datuk AKJ n Sahabat3 sekalian..
ReplyDelete"Siakap senohong.. gelama ikan berduri.. Rupa3nya dah lama dia bercakap bohong.. Sekarang terang2 dia kantoi mencuri"
"AhJibGo Factor"
"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"
Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..
The Scribe
ReplyDeleteSalaams
Subhanallah
(subhanallah subhanallah subhanallah)
Subhanallah
Alhamdulillah
Laa ilaha illallah
Allahu Akbar
Cemburu daku ya Tuhan ku
Tiada termampu daku
Seindah begitu lidah Melayu ku
Ingat memperingati bangsa Mu
Orang Melayu kekuasaan Mu
Wahai Tuhan ku
Tunjukilah kami sirratul mustaqqim Mu
Selawat dan salaam buat nabi Mu
Al musthofa yang ummi
Muhammadur rasuulullah rasul ku
Dipimpin terpimpin kepimpinan
ReplyDeleteAda kala modal liur berbentak
Mengharap penyucian jiwa para rakyat
Apakah pemimpin berjalin lidahnya
Mengulit janji indah yang serakah
Aduhai kemilau delima rupanya
Kesudahan yang hanya mengundang layu
Anina ...
Sejarah telah mrnghampar permaidaninya
Buatmu
.
(Ini negaraku
ReplyDeletedi bumi ini tumpah darahku).
TOK AWE ASAL KOTA BHARU
Sebenarnya dia Tok Awe
lelaki lebih separuh abad
kanaknya zaman Jepun-darurat
tidakpun bersekolah sejarah
namun dia tahu negara dijajah
tidak kisah pun Portugis di Melaka
Perjanjian Inggeris-Belanda,
Perjanjian Pangkor menyingkir raja
tapi dia tahu 31 Ogos, Malaya Merdeka.
Tidak kisah pun dengan putar politik,
Serambi Mekah atau peranan Umno;
selalu berada kat panggung Lido
dia bermisai pahlawan Kelantan,
berseluar dan kot lusuh
melihat pemuda Melayu
keluar masuk panggung;
jiwa Melayu mereka dijajah
filem Hindustan atau Bruce Lee
Tok Awe geleng kepala:
“ Terpanggung. Nak maju bila! ”
Ikat bekung batik lepas
beg usang serba digalas
selalu laungkan: “ MERDEKA! "
“ merdeka kepala bapak ”
“ Merdeka! Merdeka! “
“ merdeka apa, semua kena bayar! "
“ air kena bayar. api kena bayar. “
“ nasi berlauk, kopi secawe kena bayar!”
pagi hingga tengahari Tok Awe
dapat makan free-percuma
Orang ramai di kaki lima
ketawa Tok Awe perli berjenaka?
Kini kena bayar lebih mahal,
selalu naik harga. Almarhum Tok Awe
sajakkan sekitar nasib bangsanya
bahasa jiwa bangsa, bangsa kian lagha
selang-seli: Hidup Melayu dan Allahu Akbar
berimpian tinggi meratah kabut
sambil nyanyikan ‘Bangau oh bangau...’
sesekali teringat ‘ Anak Kecil Main Api’
Dulu disajakkan Latiff dan Azmi
dijelmakan sosok satu itu bertingkah
bagai pembaca warta atau buletin pagi
suaranya mirip aktor Ladin Nuawi;
Tok Awe menyara hidup hari-hari
butir syarahnya derita di bumi sendiri,
siapa hiraukan jerihnya sejak tengahari
Tok Awe tahu menjaja semangat
serak suaranya di kota kecil kita
pernah menjajah telinga dan minda
kelalang, lalu-lintas serta tukang niaga
ke Masjid Muhammadi, Istana Balai Besar
panggung wayang dan Padang Merdeka
dia tegar mengharap ‘Merdeka’nya
didengar serata udara. ‘Merdeka!’
Tok Awe kita sudah berada di sana
entah bila dijemput ke hadhrat Allah
di alam tinggi bersama arwah barzakh
almarhum pergi jauh ke sudut sejarah;
jauh dari kecamuk sosio-politik Kelantan
jauh dari tadbiran bermuslihat Mageran
jauh dari Pas, Berjasa atau Umno-Barisan
jauh dari fe’el dan dampak BN memerintah
jauh dari dituduh menjadi punca Umno-BN kalah
jauh dari berceramah buat APU tahun 1990
jauh dari melaung ‘Membangun Bersama Islam’
Tok Awe kita telah pergi meninggal nama
Tok Awe berdemonstrasi sendirian
menyata jelas tetapi serak membelah angin
mewakili hasrat rakyat bagai biro pengaduan
bukan media massa yang membias kebenaran
almarhum bertolak jauh ke pinggir kesal:
jauh dari Rukunegara untuk rakyat jelata
jauh dari Jalur Gemilang mercu kibaran
jauh dari retorik Bersih Cekap Amanah
jauh dari Kepimpinan Melalui Teladan
jauh dari menyaksi Formula One di Sepang
jauh dari impian negara Islam Hadhari
jauh dari mendengar PM membaca khutbah
jauh dari Monsoon Cup musim tenggujuh
Tok Awe kita bukan tertindih stadium runtuh
Tok Awe tahu unjuk perasaannya di kaki lima
memesrai marhain menjentik hati mereka
berpuluh ciap bangunan, merpati ikut berseloka
bau peluh para buruh jalan, tukang sapu bandaran
almarhum sesekali batuk menyelangi ketawanya
jauh dari deru pendingin hawa pejabat awam
jauh dari sukacita pegawai bersara usia 60
jauh dari kerajaan perpaduan, negara berkebajikan
jauh dari Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan
jauh dari menilai RM24j harga mahligai atau cincin
jauh dari cerita mahasiswa turunkan bendera wajah PM
jauh dari meragu Hudud adakah ‘ada’ dalam al-Quran
jauh dari fitnah bunuh, liwat, NFC atau kemaruk menang
Tok Awe kita berada di alam jauh bersama restu bekalan.
Mac 2012
Jalan Hospital, Kota Bharu.
• Tok Awe = Tok Awang, seorang warga emas suka ‘berceramah’ di bandar kami sewaktu dulu .
• Pelukis/penyair Latiff Mohidin dan Azmi Yusoff pernah bersajak tentang Tok Awang.
The Scribe
ReplyDeleteSalaam
Al Matin
(wa umlii lahum)
Pengorbanan
Itu yang di tagih perjuangan
Sabar separuh daripada iman
Gemar kata ibu ku
Salam Hormat
(Harapnya Yang Berbahagia Datuk A Kadir Jasin
Pergilah buat haji musim ini dan mabrur hendaknya
Amiin)
ReplyDeleteTak pandai ku berseloka
Tak bijak pulak bual bicara
Walupon semangat sentiasa membara
Ingin menyangah kata dusta
Teruskan usha mana yang bolih
Sekali melangkah jangan menolih
Gerakan langkah jangan sampai dilondeh
Tekadkan azam pasti semua bolih diraih
Salam Dato.
ReplyDeleteIni adalah...ujian paling besar buat Umno.
Presiden dan org No 3 parti merasa mereka cukup 'kuat'.... satu gandingan yg mantap dan kebal.
Mereka sudah tekad dan merasai Muhyiddin dan Tun M 'down and out'.
Parti hak mereka. Hak Ketua2 Bahagian Penjilat Tegar bersama Najib dan isteri tersayang.
Kesetian mereka pd Najib tidak berbelah bagi lagi....hmmm.
Kesian sy kepada kebodohan dan kebathilan mereka.
Timb PM...Ketua Pemuda dan Ketua2 Bahagian Penjilat Tegar sepatutnya menasihati Presiden...betapa jauh dia tersasar dari landasan....betapa bahaya kedudukan Parti dsb....tetapi kerana kuasa..kedudukan dan survival diri mereka menjadi buta...bisu dan tuli ketahap maksimum.
Astaghfirullahalaazim....inikah mereka org Melayu Islam yg menjadi ketua kita.. yg tidak pernah terlepas dari membaca Bismillah dan memberi Salam...disertai dgn Doa2 pd Allah SWT dan Selawat pd Nabi Muhammad SAW...bila berceramah dsb.
TETAPI...maaf berkata....apa yg terjadi dan sedang berlaku tidak mencerminkan Islam langsung.
Jika tidak bagaimana media luar berkata..."Malaysia dibawah PM Najib adalah negara yg Paling korup didunia"
Barangkali Islam yg ketua2 kita praktis..adalah Islam cara Umno....
minyak dan air tidak bercampur....berbuat baik tetapi boleh juga berbuat jahat.
Haram dan halal sendiri yg rasa.
Lebih kurang cerita Dato dlm posting dulu...tentang satu hambaAllah yg bergumbira dlm bilik hotel dgn perempuan Siam....tetapi bertanya...makanan dihotel halal atau tidak...takut ada daging babi.
Sy cuma boleh berdoa agar Allah SWT menujuk jalan yg sebenar...dan menyelamatkan Negara...bangsa dan Ugama dari dijahanamkan oleh org2 seperti mereka walau pun sebangsa dan seugama.
Akhir kata..Syabas pd Anina...dan semua2 ahli yg sedar dan tahu apa itu kebenaran...apa itu dosa...dan tidak buta...pekak dan tuli...dan sanggup menyanggah Ketua seperti Presiden.
Ya Allah Ya Tuhan
ReplyDeleteSelamatkan kami
Peliharalah kami
Naungilah kami
Jauhkan kami dari si hipokrit
Hindarkan kami dari si hantu
Sekatkan kami dari si puaka
Awasi kami dari si lintah dunia
Pertahankan kami dari si lidah bercabag
Salam Datuk AKJ.
ReplyDeleteLama sudah melayu terlena
Dibuai mimpi keselesaan
Terasa terjamin keselamatan
Hari ini terjaga
Tergamam terperanjat
Ada pemimpin durjana
Pengkhianat bangsa
Bermaharajalela
Namun
Suara Anina
Bertempik perkasa
Membeliakkan mata pemimpin durjana
Menyedarkan mimpi jelata
Anina
Kau serikandi negara
Pelopor semangat wanita
Jangan undur selangkah jua
Kami ada bersama Anina
Demi negara tercinta
- Untukmu Anina -
Terima kasih Datuk A. Kadir Jasin.
Assalamualaikum duhai ayahanda...
ReplyDeleteSalam simpuh dari anakanda dalam bahang merah yang mengalir di pembuluh tubuh.
Tunduk hurmat dari anak muda yang sendinya bergegar ingin meronta memohon tangan untuk ku paut.
Kasih anakanda sudah menjulang setinggi cakerawala, sudilah ayahanda mohon sambungkan doa kami anak muda moga Allah merahmati bangsa pusaka tanah keramat.
Tiada perjuangan tanpa hidayahNya.
Tiada pertolongan tanpa rahmatNya.
Tiada kejayaan tanpa izinNya.
Anakanda mohon untuk bersua. Bakal menyusul dengan utusan.
Salam simpuh anak bangsa dalam dakapan kasih darah pekat ayahanda insan lama berjasa,
Anina Saadudin.
Salam.
DeleteSaya sangat terpaku dgn keberanian puan, wpun ada yg mnganggap ianya diluar adab budaya, ttp bagi saya kadang2 hanya satu pilihan terpaksa dibuat kerana situasi yg berbeza.
Cuma saya nak menyambung sedikit jika dipersetujui.
Atas keangkuhan pemimpin2 ini apa kata kita hantar protes secara menyeluruh.
Kita hantar isyarat secara nyata dengan berkabung di seluruh negara.
Lelaki memakai songkok berlilit ,kain putih, manakala perempuan memakai tudung hitam.
Bendera Umno kita kibarkan setengah tiang pada hari tersebut.
Tindakan ini perlu diambil kerana nampaknya mereka begitu sombong memperbodohkan rakyat, membeli rakyat dgn pangkat serta harta.
Kita juga tidak mahu Umno diheret dlm kemelut ini kerana yg membuat onar adalah mereka di atas sana.
Kita tidak berdemontrasi kerana kita adalah pejuang yg bermaruah dan beragama.
Salam, Dato' AKJ,
DeleteSaya tidak dapat menerima dan tidak faham kejatuhan RM Malaysia, RM jatuh dengan USD boleh diterma, kerana US Negara maju dan Negara besar, Jatuh dengan Singapore boleh juga faham kerana ekonomi Singapore lebih mantab, yang saya tidak boleh terima RM jatuh dengan Thai Bath, sebagai orang Kedah saya selalu pergi ka Hatyai, zaman Tun M dulu tiap kali saya tukar RM saya dapat RM 1. saya dapat 12 Bath, minggu sudah saya pergi Hatyai tukar RM 1 saya cuma dapat 8 Bath saja, sudah lari 4 Bath, Jib , Gabenor Bank Negara, menteri menteri berkenaan berkata semua negara di dunia mengalami kejatuhan, kenapa Thai duit nya naik di tukarkan dengan RM Malaysia. RM jatuh 30% kepada duit Thai, makanan asas kita akan naik kerana kita import beras banyak dari Thai, nampak nya rakyat Malaysia akan mis syuru tak lama lagi.kita bermega lebih baik dari Siam apa telah jadi, omong kosong.
siakap, senohong, gelama, ikan duri....
ReplyDeletebercakap bohong sebab dah lama mencuri.
Anina dan para pembahas yang ingin menghubungi saya boleh melakukannya dengan meninggalkan alamat (nombor telefon bimbit atau emel) di blog ini. Saya tidak akan menyiarkannya. Ia untuk makluman saya saja. Wassalam. Terima kasih.
ReplyDeletePembahas Dariana,
ReplyDeleteTerima kasih banyak atas cerita suka duka Tok Awe.
Watak-watak sepertinya tidak ada lagi.
Panggung wayang tanpa bumbung, berbangku kayu sudah lama runtuh dan diganti.
Berapa ramai masih ingat Panggung P Ramlee?
Kini diganti cineplex berhawa dingin.
Itu semua cerita lama.
Cebisan nostalgia.
Anak-anak kita leka
Dengan smart phone dan tab mereka
Dunia makin asing bagi kita.
Terima kasih.
Salam puan anina dan dato A KJ
ReplyDeleteKami pewaris negara,
Kata mereka memang kami pewaris negara,
Atau waris hutang beribu juta,
Akibat nafsu yang sangat gila,
Akibat salah gunanya kuasa,
Akibat tak guna akal di kepala,
Akibat ego didalam jiwa...
Kami memang pewaris negara,
Kerana itu kami bersuara,
Biar lantang biar kuat!.
Biar didengar mereka yang konon hebat.
Biar tergoncang ego yang melekat,
Biar berjalan otak yang tersumbat.
Memang mereka sampai hati,
Tak fikir kami yang akan mewarisi,
Sepertinya mereka itu Nabi?
Tak boleh di tegur atau dimaki?
Tak boleh di jentik atau di iri?
Mereka fikir kami peduli?
Kami lebih peduli negara ini..
Dari mereka yang beraja dimata akal berakal ditapak kaki..
Kami sebagai waris negara,
Kami tak mahu pemimpin kini,
Membuat dakyah dan onar sahaja,
Adakah kami buta dan tuli?
Tak sedarkah mereka maklumat di hujung jari?..
Tak sedarkah mereka kami lebih peduli?
Atau mereka tunggu di guling dengan kertas undi?
Sebagai pewaris negara,
Kami sayang negara ini..
Tanah tumpah darah kami..
Sebelum tergadai tanah ini,
Marilah kita tukarkan mereka ini..
Mereka mereka yang otaknya seperti tahi..
Busuk sampai kedalam hati..
Semoga Allah merahmati negara ini..
Malaysia yang kucintai..
Amin.....
NAJIB KENCING 3 JUTA AHLI UMNO...
Sallam Dato'
ReplyDeleteNegara ini milik kita,
Bukan milik seorang dua,
Marilah kita menjaganya,
Untuk bangsa, rakyat dan negara.
Seorang Teuku sudah berkata,
Orang bersuara tidak beretika,
Katalah kepadanya, negara ini milik siapa?
Tidak akan kita berhenti, Tidak akan kita berdiam diri,
Melihat kerosakkan di dalam negara tercinta ini.
Orang yang amanah setiasa diberkati,
Orang yang tamak selalu rugi.
Dato'
ReplyDeleteMemang hebat Melayu Berpantun. Jangan pula sekadar berpantun sahaja. Lelaki Melayu patut mencontohi wanita melayu yang beribarat Cik Siti Wan Kembang.
Anyway...
On The 2.6 Million Dollar Horse That Bolted From The Barn...
Guess What? While Everyone is looking for the 2.6 billion dollar Horse, its Owner is Busy Calling For a "Law on Barn Doors!"
But wait! Now, they are saying that HE was the one who Led the Horse out to pasture in Singapore...
His Minions are screaming that there is a plot by an old horse trainer to burn the barn down!! While Others are screaming that the Sky is falling!!
If that's Life in a "Moderate" Country, what's it like in a Not Moderate One!!
Salam Dato AKJ
ReplyDeleteSaya tak berapa pandai berseloka. Tapi setelah saya baca apa yang Dato tulis kali ini, saya amat berterima-kasih kerana Dato memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada anak-muda supaya berjuang demi kelangsungan Bangsa, Agama dan Tanahair.
Terima kasih dan syabas, saya ucapkan kepada Saudari Anina atas sifat jujur dan berani berkata benar.
Saya juga amat bersetuju dengan pendapat Saudara Msh.
"...apa yg terjadi dan sedang berlaku tidak mencerminkan Islam langsung."
Orang selalu kata; Bila susah atau sakit baru ingat Allah. Tepat sekali.
Najib pun sudah mula bergiat aktif menghadiri majlis Agama. Doa untuk Malaysia dan sebagainya. Saya pun hairan, masa ekonomi/matawang/bursa saham kukuh, tiada pula majlis doa kesyukuran, ke apa. Walaubagaimana pun, saya harap niat beliau iklas. Jangan jadi macam hamba-Allah, bekas-TPM tu sudah. Berwatak warak, guna Agama untuk menutup dosa, tabiat keji dan salah-laku.
Bila kita guna Agama untuk mengaburi sesuatu kejahatan, tanpa di sedari, emej Islam dipandang hina oleh bukan-Islam. Baik sikit je dari militan IS yang potong kepala orang atas nama Islam. Sambil bertakbir pulak tuh. Pasal itu saya amat benci melihat orang kena tuduh/banduan, pakai ketayap/tudung sambil bergari, di escort polis ke Mahkamah. Sepatutnya Polis kita buat macam di Hong Kong. Kepala pesalah atau tertuduh di sarong guni. Jadinya, agama sesaorang itu tidak turut tercemar jika dia melakukan kejahatan.
Begitu juga, kalau kita mengenakan 'pakaian' Islam sambil membuang sampah dari kereta atau melanggar lampu isyarat merah. Islam akan tercemar dan dipandang hina.
Bila orang memperlekeh Bangsa dan Agama, kita marah.
Dulu saya pernah tulis mengenai media kita yang gemar mensensasikan dan jadikan 'berita-muka-depan' semua keaiban yang memalukan bangsa. Berita rogol, Ustaz meliwat budak, sumbang-makram, hubungan terlarang, buang bayi dan lain-lain lagi kemaluan untuk melariskan jualan, publisiti dan jadi popular. Berita sebeginilah orang Melayu paling gemar baca.
Lihat saja baru-baru ini, bila kanak-kanak 11 tahun melahirkan anak. Cuba bayangkan bertapa malunya ibu-bapa dan keluarga. Kalau anak itu hidup, sepanjang hayatnya dibayangi kemaluan, kerana 'satu kampung' tahu. Sepatutnya kita benamkan berita itu dari pengetahuan umum.
Lihat di Singapura, pemuda Cina dari Malaysia, ditangkap meliwat berbelas orang kanak-kanak yang diperdaya melalui FB; Bila dijatuhi hukuman, baru mereka hebahkan kepada pemberita. Itu pun akhbar mereka membenamkan berita itu dihalaman tengah.
Balik kepada PM kita;
Hujung tahun ini, saya harap beliau tidak pergi bercuti-panjang ke-luar Negara bersama isteri dan keluarga, seperti yang dilakuan saban tahun. Kalau nak pergi juga, gunakanlah MAS dengan tanggungan sendiri. Bolehlah bercuti sambil membantu syarikat penerbangan Negara dan menjimatkan WANG Rakyat.
Salam sdra RD.
DeleteSy agak hairan dgn Ketua2 Melayu kita...tidak kira Umno atau Pembangkang....berkopiah...berketayap..berbaju Melayu....berselindang...bertudung...bila dimajlis2 dsb...lihat sahaja masa PAU.
Ketua2 dimajlis...forum atau konvensyen...sama ada majlis ramai atau 'private'...tidak lekang dgn Doa pd yg Mahakuasa.....Selawat pd Nabi junjungan.....kelihatan cukup alim sekali....ada yg siap menjadi imam lagi.....tetapi lihat sahaja kelibat mereka selepas itu....kafir pun kalah.
Dengki...khianat...menipu...membohong..cantas mencantas..khalwat...liwat...rasuah..dsb.
Kata mereka..."minyak dan air tidak bercampur"....apa ertinya dosa atau pahala pd org2 ini....Wallahmualam.
Justeru itu...sy bertanya pd diri..betulkan ini cara Islam...atau ini adalah politik belaka.
Dlm politik semua boleh...bohong pun ada yg sunat....tipu pun ada yg makruh...duit yg tiba2 masuk akaun pun boleh dikira derma...kira semua boleh belaka.....atas nama politik.
Tetapi yg sy faham...bila menteri atau ahli politik yg bukan Islam diJepun atau diEopah yg baru disyaki atau dituduh rasuah sahaja....terus melepas jawatan dgn rela hati kerana malu...bukan kerana dosa.
Hata....tidak malu kah...Ketua2 Melayu kita....dosa takpayah cakaplah.
Terima kasih.
ReplyDeleteSelagi Jebon bernama manusia,
Ada peluang ambil kesempatan;
Mari berdoa untuk Malaysia,
Keluarkan gunting dari lipatan.
Assalamualaikum. .
ReplyDeleteSaya terfikir di sebalik kejatuhan ringgit, mungkinkah ada yang ingin menangguk di air keruh? Katakan semasa 1USD = RM3.2 si polan ada USD1 Billion. Dan apabila 1USD = RM 4.1, maka si polan telah untung secara kasar RM 900 juta. Jika tak cukup lagi tunggu jatuh sampai 1USD = RM 5, maka si polan akan untung RM1.8Billion. Oleh kerana kejatuhan ringgit dikatakan dgn PM, maka ringgit dijangka akan pulih semula kepada aras yg lebih munasabah..Jadi adakah kedegilan PM utk meletak jawatan rupanya ada udang di sebalik batu?
Dakj rasa letupan di bangkok ada kaitan dgn hukuman ke atas justo tak?
ReplyDeletedatuk. saddam hussein surrounded himself with yes men. in the end no one showed him any mercy.
ReplyDeleteMalam ku bermimpi
ReplyDeletemelihat bulan di langit tinggi
bersama bintang bintang
berpesta riang
bagaikan hari tak akan siang.
Namun ditakdirkan
bumi semakin gersang
segala unggas dan kodok
merindui hujan
memohon perkenan Tuhan
biar pun secangkir air
demi kelangsungan
sebuah kehidupan.
Bulan terus berpesta
ria bersama bintang bintang
Tapi Tuhan milik segala
awan bertukar mendung
halilintar hilang sabar
kilat bersilau silauan
langit hilang kesetian
bintang bintang lintang pukang
lari meninggalkan bulan .
Bulan dan bintang
tiada lagi didakap malam
dan malam semakin sepi
kodok dan unggas
melihat cemas
tetiba fajar menyinsing
di ufuk pagi yang dingin
menanti terbitnya mentari
bersama hening pagi .
Jantung hati bergejolak
ReplyDeletePilu negara dilanda todak
Jerung bermaharajalela
Bilis dipijak tidak terbela
Puisi ayahanda menyentuh jiwa
Kami yang muda menyambut seru
Bersatu bela agama dan bangsa
Melintang patah membujur lalu
Ayuh. kawan dan seru
Tujah serangan harus padu
Satukan hati biar jitu
Jangan kita duduk berteleku
Terima kasih ayahanda2 tercinta
Kami yang muda menyambung perjuangan
Biar lepuh tetap teguh
Negara tercinta bukan gadaian.
Terima kasih Ainina.
Your insight sent a letter to our souls.
Saudara msh,
ReplyDeleteKomen Saudara,
"Tetapi yg sy faham...bila menteri atau ahli politik yg bukan Islam diJepun atau diEopah yg baru disyaki atau dituduh rasuah sahaja....terus melepas jawatan dgn rela hati kerana malu...bukan kerana dosa."
Komen saya,
Pernah saya berjalan dibelakang seorang pelajar di Eropah, di dalam bangunan Universiti.
Pelajar ini besar badannya, pakai jaket kulit hitam dengan rantai, rambut punk, kasut boot askar. Badannya macam Arnold Swazenegger.
Apabila sampai ke pintu kaca, dia buka pintu. Apabila dia sedar saya di belakangnya, dia tahan pintu kaca sehingga saya lalu.
Pada mulanya, saya pun heran. Rupa macam samseng, tapi ada sikap baik.
Perbuatan dia ini, bukan kerana pahala atau dosa tetapi ini adalah nilai (values) yang ada di masyarakat sana.
Orang Eropah sangat kritikal pada pemimpin, soal rasuah dan salah guna kuasa, tidak akan ada tolak ansur. Kena letak jawatan.
Contoh satu lagi, Presiden FiFa, ada kontroversi dan skandal, tidak kira sumbangan hampir setengah abad, akhirnya terpaksa berhenti.
Kalau tidak salah saya, negara dari Sweden mengugut untuk boikot piala dunia.
Ini adalah nilai (values) di sana.
Nilai di negara kita tidak sama.
Derma menderma amalan kita.
Salam Saudara Msh.
ReplyDeleteSaya amat setuju sekali pendapat Saudara mengenai orang Politik. Baik yang Islam atau bukan, mereka mesti punyai kesemua sifat berikut:-
1. Petah bercakap.
Sudah tentu Ahli Politik mesti pandai bercakap. Yang rasa diri mereka paling handal, akan selalu cabar orang lain berdebat. Dalam Pakatan, yang paling handal berdebat, saya rasa sudah di 'dalam', kali kedua. Tetapi, setakat ini tiada siapa yang boleh tandingi Tun Dr.M dalam berkata-kata. Tulisan beliau juga amat 'menyegat'. Pasal itu Tun, kerana tindak-tanduk 'bersih'nya, ketika didalam kerajaan atau diluar, sudah seperti 'tak lut' atau kebal dari tindakan undang-undang.
2. Tidak tahu Malu.
Kalau pemalu jangan jadi ahli politik. Cuba kadar 'kemaluan' saja berbeza-beza.
Dulu, yang paling tak tahu malu adalah bekas-TPM. Walaupun disabitkan kesalahan 'Salah-guna kuasa' dia langsung tiada rasa malu dan masih mahu jadi PM. Setelah di videokan membalun China-doll pun, tak rasa malu. Kes liwat, tak perlu ceritalah. Anak saya darjah 5 pun tahu dia di penjara kali kedua kerana apa.
Sekarang, yang paling tak tahu malu adalah Najib dan Isteri. Satu dunia tahu cerita mengenai ketirisan 1MDB dan berbelanja-mewah, beli banyak hand-bag beratus-ribu ringgit setiap satu, melancung keluar negara guna jet kerajaan. Belanja amat mewah untuk kawin anak. (Masa Dr.M dulu, kita tak tahu pun bila anak-anak beliau kawin).
Hari ini, dilaporkan Najib guna 2 kad-credit sampai RM1 juta lebih menginap di hotel di England dan US. Kalau ikutkan gaji, tak cukup rasanya.
Mereka tunjuk mewah, tapi suruh Rakyat berjimat.
3. Pandai berlakon.
Berlakon warak, untuk mengaburi salah-laku. Najib pun dah mula berlakon macam Anwar yang pernah di gelar Al-J...... oleh Mat Sabu.
Di sebelah Pembangkang pula. Puak Evangelist yang ramai dalam kepimpinan tertinggi DAP pandai berlakon pakai baju-kurung dan yang lelaki baju-Melayu, masuk Surau dan Masjid untuk memperdaya orang Melayu PAS dan PKR. Macam LKY pakai songkok untuk meraih undi pada 1959.(kalau tak silap tahun).
Yang hairan, mereka enggan bersongkok bila Tuanku Sultan berada dalam Dewan.
Masa Teoh Beng Hock dulu, mereka kecam SPRM, tapi sekarang, demi menjatuhkan Najib, SPRM dijulang.
4. Kaki-Tipu, kaki-putar-belit dan Kaki-Fitnah(Segelintir saja)
Ingat bagaimana fitnah Tian Chua photoshop gambar Najib, duduk-makan bersama Altantuya dan Razak Baginda.
Mereka fitnah TS Khalid Ibrahim sehingga beliau terpaksa 'undur' sebagai MB Selangor.
Mula kata duit dari Cayman Island dah dibawa balik tapi simpan di Singapura. Lepas tu duit bertukar ke unit.
Bila dituduh ada RM2.6 billion dan isteri ada RM2 juta dalam account peribadi, dia kata 'tak guna WANG Rakyat'. Last-last kata derma dari Arab.
Bila seorang PM sudah disyaki menipu dan berdolak-dalih, Rakyat sudah hilang keyakinan kepada beliau. Bermakna Najib telah hilang kredibiliti sebagai PM.
Oleh itu, adalah lebih bermaruah untuk Najib melantik TS Mahyuddin sebagai penganti, DS Zahid sebagai TPM dan bersara.
Terima Kasih.
Lama tak nampak kelibat Umar Abdul Aziz aka Hairuddin Ab. Aziz dan Din Melaka.
ReplyDeleteSudah malu tersilap-guna ID ke?
Atau pun sudah gantung tugas sebagai RBA dan di tukar jadi tukang bancuh-kopi?
Assalam DAKJ
ReplyDeleteSaya rasa PM kita adalah antara insan terpilih...ramai orang berebut nak bagi derma...nak buat pilihan raya...ada derma masuk..nak kawin anak...ada dapat derma...nak hantar rombongan bertandang perkahwinan pun atas ikhsan orang...Bertuah sungguh PM kita...
Sallam Dato'
ReplyDeleteSaya tengok ada persamaan Pakatan Rakyat dan BN.
Disebabkan pertelingkahan antara golongan bijak pandai dengan golongan ulama tidak boleh diselesaikan, maka mereka tamatkan PR dan bergerak kepada Pakatan Rakyat 2.0.
Parti baru ditubuhkan iaitu Parti Amanah menggantikan PAS. Parti ini sebenarnya berasal dari Parti Kita, yang ditubuhkan oleh Zaid Ibrahim.
Masalah dalam Pakatan Rakyat selesai dan nampaknya parti baru dapat sambutan.
Bagaimana kalau penyelesaian yang sama digunakan iaitu "UMNO 2.0".
Parti yang baru, UMNO 2.0, rohnya adalah sama, ahlinya mungkin bercampur yang lama dan baru.
Umpamanya orang yang sama, pakai kereta mercedes, tetapi model baru, teknologi yang dah "expired" dibuangkan dan digantikan dengan yang baru.
Dalam media, Dato Shahrir mempersoalkan samada Tun M, masih relevan. Mungkin Tun M boleh menjadi penaung bersama TSMY, Shafie Afdal dan lain-lain.
Saya rasa peruntukan ini adalah dalam sistem demokrasi. Setahu saya ada satu parti baru, tidak aktif yang ditubuhkan oleh Dato' Kadir Sheikh Fadzir.
Zaman sekarang nak tangkap ikan pun dah guna teknologi baru, pakar radar dan lain-lain alat canggih.
Umno pernah mati.....bila diharamkan oleh mahkamah
DeleteSekarang Umno baru yg diasaskan Tun M
SALAM KASIH SAYANG
ReplyDeleteDAKJ
Izinkan,
With 1 RM he lost his balls
With 2.6b RM he lost his body and soul
There was a politician who works THE Behind...
Now, there is one who works FROM Behind...
The only thing common between them.... BIG LIARS
Alfatihah, aamiin
Ainina mengingatkan saya kepada perjuangan saya bersama Umno ditahun 1998 sebagai pemimpin kecil diperingkat Pemuda Bahagian. Cumanya semasa itu Ketua Penerangan Umno Bahagian telah meminta pendapat berkenaan dengan kempen Penerangan UMNO Bahagian.
ReplyDeleteSaya telah menyatakan bahawa Pemuda UMNO ingin turut serta didalam siri siri ceramah yang bakal diadakan dan bukan hanya menjaga keselamatan seperti yang disuruh oleh Ketua Penerangan UmnoBahagian.
Saya telah dipersendakan kerana menurut Ketua Penerangan UMNO Bahagian, siapalah yang mahu mendengar ceramah dari wakil Pemuda kerana kekurangan pengalaman dan isi ucapan. Pergi jaga keselamatan dah la.. katanya lagi.
Saya telah 'mengamuk' dengan menyatakan bahawa diambang pilihanraya yang bakal mendatang, undi Pemuda adalah penentu kepada keputusan pilihanraya. Dan seterusnya adalah sejarah dimana undi cina banyak membantu kemenangan BN pada masa itu.
Cumanya, Ainina mengingatkan kita kepada cuainya kepimpinan yang ada sekarang ini mengharapkan sedekah dari pemimpin pemimpin Umno yang diberi tempat untuk memimpin tetapi nengubah kedudukan itu kepada seperti Raja yang memberikan sedekah dan anugerah.
Malunya pemimpin sekarang kerana telah kehilangan sifat sifat yang ada pada Ainina. Pemimpin Umno sekarang telah bersembunyi kononnya tunggu penyiasatan selesai.
Apakah jadahnya penyiasatan ini? Wang dimasukkan kedalam akaun peribadi pada tahun 2013. Siapa pun tak tahu. Sarawak Report mendedahkan di tahun 2015. Baru nak kelam kabut bagi tahu. Itu pun akaun telah ditutup dan wang telah habis dibelanjakan. Bukan kah itu MENCURI namanya?
Apa nak jadi dengan Polis dan SPRM ni? Berlakun ke?
Tuhan akan membalas setiap perbuatan kamu di Dunia ini
Salam Datuk,
ReplyDeleteDalam 5 tahun ini mulai sekarang, wanita2 yg lg hamil besar kemungkin TIDAK akan menamakan anak2 mereka seperti berikut :
Najib, Zahid, Ahmad Maslan, Salleh Keruk, Rahman Dahlan, Shahrir, Tauchu Nan , Aziiz , Reezal , Nazri, Hishamuddin, Khalid, Adenan, ROSMAH , AZALINA
Nama2 yg terus menjadi popular utk dinamakan pada anak2 …
Mahathir, Muhyiddin, Shafie, Kadir, Ahmad Said, Ismail, Nordin, Mukhriz, SITI HASMAH, RAFIDAH, ANINA
Dan yg mungkin pakai @ ialah Khairy.
Kaum Cina mungkin ramai akan namakan anak2 mereka – JHO LOW.
ungkin nama ARUL kaum India tidak berapa suka kut.
Salam Hormat Dato'
ReplyDeleteDahulu Tanah-airku telah dikurniakan dengan seorang pemimpin yang terbaik di kalangn yang baik dari segala segi kekuatan dan amalannya.
Menafaat kepimpinannya tersebar ke seluruh dunia dan namaku Melayu menjadi contoh dan ikutan kepada mereka yang lemah dan alpa.
Kini Tanah-airku mempunyai pemimpin yang bodoh di kalangan yang bodoh. Kemudian pula yang paling keji di kalangan yang terkeji. Nama Melayuku menjadi cemuhan dan jenaka.
Oleh itu bersabarlah duhai Tanah-airku, Janganlah merasa sedih dan hampa kerana hanya mahukan kesenangan dan kegembiraan tanpa sumbangan.
Sedarlah sesungguhnya pemimpinmu kini telah mencampur-adukan hukuman Allah swt dan hukuman politik yang tidak masuk di akal dan tidak lojik samasekali. Tanah-airku akan hidup dalam delima buat selama-lamanya.
Andaikata dipanjangkan pengaruh dan usianya, satu-satunya pemimpin agung Melayu, Tun Dr Mahathir. Adalah besar kemungkinan Tanah-airku akan mendapat tempias dari kebaikannya yang semula-jadi tetapi kalau sebaliknya bersedialah, malapetaka akan menimpa Tanah-airku silih berganti sehingga Tanah-airku berubah menjadi Mata-air Melayu.
Terimakasih
Terima kasih DAKJ,
ReplyDeleteSaya rasa loya bila baca puji pujian digambarkan terhadap nilai barat...setakat bukakan pintu untuk kita bukan lah luar biasa.
Nilai apa nak diambil contoh kalau mereka juga lagi besar dengan budays menipu seperti isu serangan di Iraq yang melibatkan beratus ribu orang tidak berdosa jadi korban.
Cuba ceritakan media dan dossier menipu pun sanggup dibentangkan, tapi tak rasa salah dan letak jawatan pun...jangan lah cakap nilai barat untuk dicontoh ye
Si Najib terjun dengan labu labunya
ReplyDeleteBiarkan biarkan...
Saudara Kawanlama,
ReplyDeleteTidak pula saya mengatakan kita perlu ikut nilai barat ye,
Saya menjawap komentar mengapa orang pakai songkok, ketayap tetapi perangai macam hantu tetapi di negara barat, kalau bab rasuah, orang barat tidak ada tolak ansur.
Jawap saya, orang barat, walaupun tidak berpandu kepada agama, tidak berpandu kepada halal dan haram, berpandu kepada kepada nilai (values) yang baik.
Antara nilai tersebut adalah menolak rasuah, dan politik wang. Tidak ada tolak ansur dalam bab ini.
Tidak saya mengatakan kita patut meniru orang barat, itu saudara yang kata.
Kita sini sudah loya dah dengar rasuah dan politik wang di sana sini ye.
Sdra Zed.
DeleteMaaf ye sebab tersalah tanggapan, saya ingat cerita sdra itu untuk dicontohi tapi sebenarnya hanya untuk menjawab dan menyokong hujah.
Kalau begitu saya juga ingin berhujah begini:-
Orang2 barat cukup kritikal dan juga beretika dalam menilai berita2 mengenai salahlaku, rasuah & isu scandal yang diterbit di media2 sosial. Mereka tidak menghukum sesaorang melalui media sosial sehinggga jelas ditetapkan kesalahan melalui proses keadilan.
Mereka pegang prinsip bahawa sesaorang itu bersalah apabila sistem keadilan mereka menjatuhkan hukuman.
Tapi orang M'sia tidak begitu, fitnah dan berbohong sudah menjadi budaya hidup dan sesuatu kesalahan hanya perlu dibicara dan dihukum melalui alam maya.
Mungkin, saya cakap ini 'mungkin' ye (pohon maaf terlebih dahulu jika sekali lagi jika tersalah tanggapan) bahawa sdra ini berasa muak dan loya disebabkan terlalu banyak dipengaruhi berita2 di media sosial.
Sewajarnya (1) perlu selidik penyampai berita dan apa pula matlamat berita itu; (2) baru periksa kesahihan dan kebenaran berita itu; dan (3) being truth & honest to yourself, sama ada perlu saya juga terlibat menyebarkan berita itu.
Wallahuaklam
Saudara Awang Selamat,
ReplyDeleteUMNO baru yang diasaskan oleh Tun M dah hampir 3 dekat. Dah lama dah.
Zaman sekarang, kalau kita nak bandingkan kereta yang lama dengan yang baru.
Kereta 30 tahun dulu, enjinnya pakai karburator. Pakai minyak kuat sangat. Membazir.
Kereta sekarang, tak pakai lagi tekonologi lama, jimat minyak. Pakai ABS untuk keselamatan. GPS untuk hala tuju.
Kereta yang rosak, yang terlampau banyak sangat pakai minyak dan enjin bocor, patut skrap sahaja jadi besi buruk.
Sama juga dengan Parti politik, kalau tidak boleh membawa orang untuk zaman yang ada sekarang ini, maka patut digantikan dengan yang baru.
Sistem pemerintahah di Malaysia adalah sistem demokrasi, bukan sistem diktator seperti Jerman zaman hitler atau Korea utara.
Dalam sistem demokrasi ada peruntukkan untuk "Vote of no confidence", atau undi tidak percaya.
Minggu ini, "undi tidak percaya" diadakan di Belanda. Tidak ada persoalan gulingkan kerajaan atau polis hendak siasat kerana ini dibenarkan dalam sistem demokrasi.
Dalam sistem demokrasi juga tidak ada had bilangan parti politik. Kalau parti politik sudah sarat dengan penyakit politik wang, ada pilihan atau opsyen untuk buat parti baru.
Di Indonesia ada banyak parti politk.
Di UK dan New Zealand, ada parti hijau, Green Party, bukan parti Pas tetapi parti alam sekitar.
Orang barat menggunakan sepenuhnya sistem demokrasi yang ada. Orang melayu dan rakyat Malaysia pun sepatutnya menggunakan sepenuhnya sistem demokrasi yang sedia ada untuk kepentingan rakyat.
The Scribe
ReplyDeleteSalaam
Patience Is The King
(as the rakyat understands courage)
Wont it be historic and surely more interesting when
HM the King says Enough! Based on the reports submitted
Tuanku wishes another Prime Minister!
Why should Zeti be afraid when she can sue for millions?
Yet even che det has dried up balls!
Perhaps both could use appropriate blue pills
As my King sighed praise the Johor Prince
Salam hormat
Pembahas Zakiah Saffiya berkata:
ReplyDelete"Si Najib terjun dengan labu labunya
Biarkan biarkan..."
Saya kata, itu sangat berbahaya
Tidak boleh dibiarkan
Kerana labu itu milik kita
Yang kita amanahkan kepadanya
Ke mana pun Mohd Najib nak tuju
Pulangkan dulu labu itu
Ia milik kita anak cucu
Bukan milik Najib dan sekutu.
Lainlah Si Luncai
Dia orang pandai
Labu itu miliknya
Boleh buat apa dia suka.
Wallahuaklam. Terima kasih
Assalamualaikum Dato
ReplyDeleteSaya cuma ingin mengucapkan terimakasih kepada pembahas Widyan Widyorini yang telah membuat saya tersenyum (sekarang susah nak senyum)dalam post beliau pada jam 4:56 pm.
"Tauchu Nan" satu word play - mengingatkan saya pada Teuku menjadi Tengku dalam artikel Dato baru-baru ini.
Salam sdra Zed-85 dan sdra RD.
ReplyDeleteTerima kasih dgn hujah sdra berdua yg menekan tambah betapa hipokrit...mengarut....lemah dsb 'values' atau nilai Ketua2 Melayu kita dari Umno mahu pun Pembangkang.
Penampilan nmpak cukup baik..malah warak.....menjadi imam lagi...tetapi perangai dan kelibat....Tuhan sahaja yg tahu....org kafir pun kalah.
Berbohong sudah menjadi perkara biasa. Org barat cukup krital terhadap Ketua2 yg terlibat dlm Rasuah dan Salah laku seperti kata sdra Zed-85...tetapi disini...Ketua2 begini menjadi idola...dipuji dan puja.
Seperti Puisi yg Dato lontarkan...adakah pengikut ini menghambakan diri upama Anjing2 suruhan Ketua.......Nmpaknya begitulah....itu yg mereka mahu bila tulang2 disuap Ketua berterusan.
Kata sdra RD...kebolehan yg ada pd diri seperti; petah bercakap...pandai berlakon...tiada malu...dan kaki tipu...diguna sebaik2nya untuk memperdayakan rakyat untuk kepentingan politik semata2.
Bagi sy apa hebatnya semua ini jika ugama diguna untuk menaikan diri dan parti hingga 'values' atau nilai2 murni yg sepatutnya menjadi amalan org2 Islam telah menjadi begitu rendah dan dikompromikan.
Apanya lagi haram atau halalnya bagi Ketua2 yg kunonnya Islam ini....Allah SWT sahaja yg tahu.
Bercakap lain berbuat lain....bila sudah mencuri....berbohong sudah tiada jadi masalah.
Alahai Ketua Melayu Islam.
Dato.
ReplyDeleteUmno akhirnya lemas dengan isu duit dan wang rasuah dari atas sampai bawah.
Sebenarnya dari kajian dan pemerhatian saya servis oleh pemimpin umno pun sudah luntur.
Kebergantungan pengaruh mereka ialah masih kaedah lama.
Bukan anak muda yang tolak mereka.Bahkan dalam PRU 14 nanti undi dari saluran golongan veteran pun akan terjejas.
Lagak pemimpin Umno hari ini cukup membimbangkan.
Maklumlah dapat sumbangan percuma setiap bulan.
Ada yang berkata sudah tak sabar menunggu PRU 14.
Terima kasih Dato.
ReplyDeleteTumpang berpantun sikit Dato,
Nasi Kangkang
Lauk Kangkung
UMNO Lintang pukang
Pemimpin masih kelentung
Nasi kangkang
Lauk kangkung
PAS lintang pukang
Pemimpin berlagak maksum
Nasi Kangkang
Lauk Kangkung
PKR lintang pukang
Pemimpin mabuk ketum
Nasi Kangkang
Lauk Kangkung
DAP kuasai pakatan
Pemimpin dipanggil Tokong
Nasi kangkang
Lauk kangkung
Rakyat sudah kepanasan
RM dan saham semakin merudum.
Dato,
ReplyDeleteThe Threats and Rhetorics from Najib are getting Louder...Indications of sentiments yang Makin Kalut!
STAR Pagi ini sudah membuat Ulasan dari NAZIR Razak tentang Negara berada dalam keadaan tak menentu dan pelabur kurang yakin dengan kerajaan, dengan "Heading"... "PM: Key Institutions must act Independently". Nampaknya bukan Najib sahaja yang Kalut, bahkan Kuncu kuncu dan MSM pun sama Kalut.
UMNO Baru macam OIC....oooo tengok tengok je
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteWah begitu puitis. I like.
Salam Dato.
ReplyDeleteDulu2 sy marah sekali bila ada demonstrasi jalanan yg anti kerajaan. Tidak kira siapa atau parti mana.
Marah dan meluat sekali sy rasa pd penganjur dan semua yg terlibat dlm Bersih 1...2...dan 3....juga apa2 aktiviti anti kerajaan
Tetapi bila melihat video dimana Zairil Khir Johari dan Ambiga berkempen untuk rakyat menyertai Bersih 4 untuk menjatuhkan Najib pd 29 Ogos 2015 ini....tiba2 tergerak pula hati kecil ini....menyokong.
Aaaargh....mana mungkin sy menyokong atau menyetujui mereka.
Itulah perasaan sy.....tanpa dipaksa telah kini MENYOKONG DAN BERSETUJU DGN BERSIH 4......semuanya kerana MELUATNYA TAK TERHINGGA rasa hati kecil ini terhadap Pemimpin seorg ini... ...sudahlah menyeleweng dan menipu rakyat.... kini berbohong pula.
Seperti Tun berkata....jika Najib masih PM hingga GE14....alamat hancurlah Umno....kerana org Melayu sudah bosan dan tidak mahu ditipu lagi oleh dia dan konco2 haram J dia.
Terima kasih.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete