Tuesday, September 01, 2015

Gara-Gara Nakhoda Pening


A Kadir Jasin


MUTAKHIR, 2 September – Macam mana nakhoda tidak meracau. Keadaan semakin kacau. Berita Reuters: Swiss office of the Attorney General says (it has) frozen several tens of millions of dollar worth of assets in Swiss banks related to 1MDB probe. [Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata (ia telah) membekukan harta bernilai berpuluh-puluh juta dolar (Amerika) berkaitan penyiasatan ke atas 1MDB dalam bank-bank Switzerland.] 1MDB adalah korporat didik Sang Nakhoda.

POSTING ASAL
 
SEKARANG tahulah kita mengapa bahtera merdeka kita belayar tidak lancar, penumpang pening dan muntah-muntah, hala tuju entah ke mana, kelasi terpaksa disuap dan diekori sepanjang hari – takut mereka terjun tinggalkan pinisi.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Nakhoda Bugis kita tersilap cara. Dia kembangkan layar dan labuhkan sauh.

(He raised the sail and dropped the anchor).

Ini bukan cerita yang saya reka. Ini nakhoda yang kata. Bernama (ya, Bernama) melaporkannya dan Sinar Harian (SH) menyiarkannya. (Tak percaya sila baca).

Mohd Najib: Nakhoda tersilap cara - Gambar Bernama
Kata nakhoda: “Suka saya ulangi di sini, sekali layar sudah dikembangkan, apabila sauh sudah dilabuhkan, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan.”

Dalam bahasa Melayu labuh turut membawa erti menurunkan - seperti melabuhkan tirai atau kain. Jadi melabuhkan sauh ertinya menurunkan sauh. Daripada labuh terbitlah pelabuhan.

Kalau dah naikkan layar kenalah naikkan juga sauh. Kalau tidak, tersangkutlah kapal dan terkoyaklah layar. Silap-silap langsung karam.

Wallahuaklam.

53 comments:

  1. seharusnya jika layar diturunkan,sauh dinaikkan dan sebaliknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Datuk A. Kadir.
      Nakhoda tu nak drift guna kapal?
      Saya pernah tengok kapal layar monsun di terengganu, cara mereka buat pusing u-turn cukup menakjubkan...
      Tapi... Tak tahu pula kalau2 mereka "labuhkan" sauh?
      Karam2...

      Delete
  2. Pemerhati setia10:39 PM

    Alahai... Allah SWT dah buka satu persatu aib empunya diri. Tu la cepat sangat lupa diribila masa ambil jawatan dulu, bukan main lagi angkat sumpah nama Allah. Tapi last-last kemuliaan nama Allah dipermainkan dengan 1mdb dan duit derma. Esok lusa entah apa lagi yang Allah timpakan. Tapi balanya tempias juga kat rakyat.

    ReplyDelete
  3. Tuan Scribe, "Tue Sep 1, 2015 12:33pm IST
    REFILE-Fitch warns of downgrade risk in Malaysia's rating outlook" http://in.reuters.com/article/2015/09/01/malaysia-ratings-fitch-idINL4N1132NF20150901

    ReplyDelete
  4. PakChak10:58 PM

    Maafkanlah dia. Tersasul dan tersalah cakap saja tu. Biasalah kalau banyak perkara hendak difikirkan.

    ReplyDelete
  5. Salam Datuk A. Kadir.

    'He raised the sail and dropped the anchor'... hehe two contradicting opposite actions which most likely will end in tragedy. Macam sumbat ekzos kemudian start enjin kereta... Apa-apa pun he's the nakhoda, if his ship comes apart dengan dia dia sekali kena telan laut... Or.. laaa siapa pulak tu yang kat dalam life raft tu.. laaa rupa-rupanya kelembai ada pakai life jacket turned life raft la.. :D))

    Thanks Datuk. Nakhoda pening tu dah kantoikan diri :))

    ReplyDelete
  6. Tai-pan Jr11:10 PM

    As'Salam... YBhg Datuk AKJ n Sahabat3 semua..


    "AhJibGo - The EXclusive PM"

    -Looking at how he 'navigates us all' based from his thick "Captain's Log".. We really wonder whether he really knows how to handle a 'ship'.. Mungkin nak handle a 'kayak' also this 'nakhoda' don't know..


    "Ahoy!!! Abandon Ship!!"

    -Maybe the "Ship's Crew" never knew about it.. That when the 'ship' sinks, their so called 'captain' already has his 'Personal Escape Plan'.. He has a '2.6B Personal Submarine' that is "secretly" attached to the 'ship'.. So whatever happens to the 'ship', this so called 'captain' still SELAMAT!


    "Ghost Ship"

    -In the end thats what we the Rakyat get... The whole world 'abandons' us.. Our 'F.D.I' flew faster than 'Superman', our Ringgit is on 'P.O.A' n the traders does not wanna 'hold for long' our Ringgit.. They prefer to 'convert' to other currencies..


    "Bon Voyage Malaysia"

    -Thanks to the 'captain'.. We are more 'famous' than any country in our region.. We excel in that without even trying! Wow!.. Imagine that! "Malaysia Boleh" kan???


    ***Tepuk dahi**



    "The AhJibGo Factor"



    "Discussion Is Dead"
    "Diplomacy Is Dead"
    "Democracy IS Dead"


    Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

    ReplyDelete
  7. Salams Datuk AKJ,

    Hehe I like today's post of yours Datuk.. can't stop smiling n laughing :D))

    Quote "Suka saya ulangi.. sekali layar sudah dikembangkan, apabila sauh sudah dilabuh, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan." :D))

    Hehehe I'll be damned if that ship can move at all but rip apart in pieces... hehehe :D))

    Thanks Datuk ;))

    ReplyDelete
  8. SeriMuka11:34 PM

    Engage gear, tekan brek.
    Adoi.

    ReplyDelete
  9. TOK TOK OOI

    PSIKOSIS TOK..BUKAN PENING..KENA PI BERUBAT

    Psikosis merupakan gangguan mental yang menyebabkan ketidakmampuan seseorang menilai realita dengan fantasi dirinya. Hasilnya, terdapat realita baru versi orang psikosis tersebut. Psikosis merupakan suatu kumpulan gejala atau sindrom yang berhubungan gangguan psikiatri lainnya, tetapi gejala tersebut bukan merupakan gejala spesifik penyakit tersebut, seperti yang tercantum dalam kriteria diagnostik DSM-IV (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders) maupun ICD-10 (The International Statistical Classification of Diseases) atau menggunakan kriteria diagnostik PPDGJ- III (Pedoman Penggolongan dan Diagnosis Gangguan Jiwa).

    Arti psikosis sebenarnya masih bersifat sempit dan bias yang berarti waham dan halusinasi, selain itu juga ditemukan gejala lain termasuk di antaranya pembicaraan dan tingkah laku yang kacau, dan gangguan daya nilai realitas yang berat. Oleh karena itu psikosis dapat pula diartikan sebagai suatu kumpulan gejala yang terdapatnya gangguan fungsi mental, respon perasaan, daya nilai realitas, komunikasi dan hubungan antara individu dengan lingkungannya.

    TQ

    ReplyDelete
  10. SALAM KASIH SAYANG
    DAKJ,

    Izinkan,

    Sdri Yana,
    I believe the ship wont rip apart but will go spinning round and round just like the Nakhoda who has been spinning... HAHAHAHAHAHAHAHA

    HAHAHAHAHA.. hard to stop laughing

    Thanks DAKJ

    Alfatihah, aamiin
    Ps. DAKJ you sometime vely funny lah

    ReplyDelete
  11. Technically he cant do that but we're talking about a flying dutchman. The ship that can submerged and emerged from deep down of the ocean. More importantly, it's a pirate ship.

    ReplyDelete
  12. Bugis Batu Pahat1:08 AM

    Assalamualaikum DKJ,

    Hanya jauhari mengenal manikam....
    I thought you are a wise old man with years of literary experience. Surely you didn't make a blunder of reading those words by the PM literally, did you? It looked like you did else you wouldn't have made such a boo boo posting here. I shall not embarrass you by telling you what that madah means....

    ReplyDelete
  13. Bugis Batu Pahat1:24 AM

    Assalamualaikum DKJ,

    Hanya jauhari mengenal manikam....
    I thought you are a wise old man with years of literary experience. Surely you didn't make a blunder of reading those words by the PM literally, did you? It looked like you did else you wouldn't have made such a boo boo posting here. I shall not embarrass you by telling you what that madah means....

    ReplyDelete
  14. RAWA LANUN-BAHASA3:11 AM

    Salaams

    Bismillahir-Rahmaanir-Rahiim

    Down With Najib! Bring Down Najib
    (2011 november 16th)

    Terima kasih Dr Mahathir Mohamad kerana gigih mahu bawa turun PM Najib.
    Namun kita harap Dr Mahathir Mohamad dan Dr Siti Hasmah dituduh melakukan kesalahan turut serta dalam perhimpunan haram Bersih 4 dengan resmi. Kalau kena hukuman biarlah adil dan saksama. Jangan ada 'double standard'.

    Kalau tidak, maka tidak adil dan saksama dia minta Presiden UMNO Najib letak jawatan.

    Kita amat kesal Dr Mahathir hadir kali kedua. Maka keahlian Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah mesti dibincang dan dilucutkan keahlian kedua-dua ahli ini walaupun kita amat saying dan hormati mereka.

    Mohd Najib tidak akan lepas jawatan PM walaupun diadakan banyak perhimpunan melainkan UMNO dan atau BN adakan EGM dan cukup suara mahu beliau letakjawatan. EGM sedemikian tidal akan boleh diadakan tanpa peraturan sah perlembagaan UMNO dan atau BN.

    Kalau Mahathir boleh bertindak salahlaku mengapa ahli UMNO tidak boleh?
    Adakah begini ini budaya Wawasan2020 - ada double standard dan hukum?

    Maaf tetapi wajib berhemahnya tetapi wajib juga kena pada keadaan masa dan tempat.
    Hormatilah ibubapa tetapi jangan syirikan Tuhan Yang Maha Esa pesan Nabi Muhammad
    Selawat Dan Salaam keatasnya.


    Salam hormat.



    ReplyDelete
  15. Orang yang sama menyatakan mereka (Bersih 4.0) berfiiran cetek.

    ReplyDelete
  16. Zalman A4:18 AM


    Merdekahahaha.! Merdekahahaha,! Merdekahahaha.!
    Itulah haqiqatnya kemerdekaan Malaysia.
    Hanya "Perjajian Sandiwara" di antara British dan Hamba2 depa.
    Yang lawan British di bunoh dan di penjara.
    "Civil Servant" British di beri gelaran "Pejuang Merdeka".
    Haqiqatnya, 31 August adalah komedi Merdekahahaha.
    Ianya kekufuran adanya, selaput mata bagi yang orang Melaya.
    Apa kah Ulama tidak nampak, Adakah Muslim itu buta.
    Penjajahan sedang berlaku oleh Melayu/Muslim boneka.
    Ekonomi maseh Kapitalis, mengkayakan yang kaya.
    Rakyat di galak mengundi, pemerintah yang tipu daya.
    Rakyat undi kerajaan yang zalimi dirinya.???
    Itukah Merdeka namanya.???
    Itukah Merdeka namanya.???
    Aduh.! Bodohnya Melayu dan Muslim saudara saya.!!!

    From:

    http://warongpakyeh.blogspot.com/2015/08/merdekahahaha-pt9.html



    ReplyDelete
  17. Salam dan terima kasih kepada semua pembahas.

    1. PakChak berkata: "Maafkanlah dia. Tersasul dan tersalah cakap saja tu. Biasalah kalau banyak perkara hendak difikirkan."

    2. Perdana Menteri tak patut tersasul dan salah cakap sepanjang masa. Ingat lagi tak, duit jadi sijil pelaburan lepas itu jadi unit, unit, unit? Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang cakapnya.

    4. Dalam kewartawanan, ada satu ciri etika yang dipanggil “protecting the source” iaitu melindungi sumber maklumat. Sebab itulah ada wartawan yang sanggup dipenjarakan atau didenda daripada mendedahkan sumber maklumat.

    5. Dalam konteks yang sama adalah kewajipan wartawan tidak mendedahkan sumber maklumatnya kepada cemuhan dan ejekan (contemptuous and dismissive language or behavior).

    6. Jadi kalau sumber maklumat membuat kesilapan atau tersasul, adalah menjadi kewajipan wartawan memberi amaran kepadanya mengenai kesilapan itu. Sebab itulah wartawan perlu berilmu dan pintar supaya boleh mengesan kesilapan.

    7. Justeru itu, seandainya Mohd Najib tersasul, tersilap atau tak tahu maka adalah menjadi kewajipan Bernama tidak melaporkannya atau memperbetulkan kesilapan itu. Atau pegawai-pegawai Mohd Najib yang ramai itu membuat pembetulan sebelum berita disebarkan. Sekiranya tersebar juga, harus disusuli oleh pembetulan (correction).

    8. Tapi malangnya PM Malaysia ini mempunyai rekod celupar, lepas cakap dan kedangkalan yang teruk. Beliau pernah menggunakan istilah kasar macam bangang, haram jadah, jemuan dan bangsat. Kita boleh buat alasan mengatakan bahasa Melayu beliau atau kefahaman adat resam serta budaya beliau tidak kuat. Tapi dia PM bukan samseng jalanan atau badut sarkas.

    Wallahualkam. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih DAKJ,

      Alangkah elok dan rasa amat gembira bila prinsip sebegini telah dapat dihayati semasa zaman kunta kunte berpengaruh dulu.

      Dunia dunia dunia...

      Delete
  18. ismail muda6:43 AM

    Salam Datuk, kesian Pak Kadok...menyabung ayam...menang sorak kampong tergadai..!

    ReplyDelete
  19. Dalam senario sekarang, satu kesimpulan boleh dibuat, iaitu si penutur adalah seorang yang tidak begitu faham atau tidak menyedari apa yang sedang dituturkannya, atau lebih teruk lagi, dia sedang meracau kerana mungkin fikirannya sedang dalam trauma.

    ReplyDelete
  20. RAWA LANUN-BAHASA9:38 AM


    Yg Bhg The Scribe et al
    Salaam wa sallam

    MAAF dan MAAF; dan dengan izin.
    Inilah pembetulan akan keralatan. Wallahuaklam,

    Bismillahir-Rahmaanir-Rahiim

    Down With Najib! Bring Down Najib!
    (2011 november 16th)

    Alhamdulillah dan terima kasih yang tak terhingga kita kepada Dr Mahathir Mohamad kerana gigih mahu bawa turun PM Najib. Terima kasih YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Namun kita harap Dr Mahathir Mohamad dan Dr Siti Hasmah dituduh melakukan kesalahan turut serta dalam perhimpunan haram Bersih 4 dengan resmi. Kuala kena hukuman biarlah adil dan seksama. Jangan ada 'double standard'.

    Kalau tidak, maka tidak adil dan saksama dia minta Presiden UMNO Najib letak jawatan.

    Kita amat kesal Dr Mahathir hadir kali kedua. Maka keahlian Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah mesti dibincang dan dilucutkan keahlian kedua-dua ahli ini walaupun kita amat-amat sayang dan hormati mereka.

    Maafkan kami tetapi saya tidak berapa setuju dengan pendapat Tun Mahathir.
    Pada hemah dan faham kita PM Mohd Najib tidak akan lepas jawatan PM walaupun diadakan banyak perhimpunan-perhimpunan lagi dan lain melainkan UMNO dan atau BN adakan EGM dan mestilah cukup suara sah mahu beliau letakjawatan. EGM sedemikian tidak akan boleh diadakan tanpa peraturan sah perlembagaan UMNO dan atau BN.

    Dalam soal salah laku Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah kita kenalah tanya diri kita apatah kalau Mahathir boleh bertindak melakukan apa-apa salahlaku tanpa dikenakan tindakan disiplin maka mengapa ahli UMNO yang lain yang melakukan salahlaku dikenakan tindakan?
    Adakah begini ini budaya Wawasan2020 - ada double standard dalam menghukum?

    Maaf tetapi kita sedar bahawa wajib berhemahnya tetapi mestilah kena pada keadaan masa dan tempat. Hormatilah kedua ibu-bapa, hormatilah media ibu-bapa dan hormatilah kedua ibubapa tetapi jangan sesekali mensyirikkan Tuhan Yang Maha Esa berkatnya pesanan rasul-rasul, nabi-nabi dan Nabi Muhammad Selawat dan Salaam keatas baginda. Dan bersabarlah dan menegakkanlah keadilan.


    Ya Allah tetapkanlah pendirian kami di atas jalan Mu yang lurus dan ampunilah kami, ibu-bapa kami dan keluarga kami serta mukimiin dan mukminaat. Amiin.

    Salam hormat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahmad albab9:16 PM

      Bagaimana dgn salahlaku presiden umno itu sendiri?derma 2.6b utk parti?
      Sila jawap.

      Delete
    2. RAWA LANUN-BAHASA2:21 PM

      Belum masuk mahkhamah lagi.
      Dari pandangan mata kasar salah 'money laundering' dan 'utmost crass'
      Mana boleh syarikat gomen kasi derma politik.
      Maaf kita pun tak celek technicality of law.





      Delete
    3. Sememangnya undang2 akan terjadi berlainan jika kesalahan dilakukan oleh pembesar negara, sama ada semasa berkuasa atau tidak lagi bekuasa.

      Kesihan dilihat Tun Mahathir, janganlah diusik dan biarlah beliau turut serta dalam demontrasi itu...agaknya ingin merasai suasana se demikian kot.

      Delete
  21. Bala Allah kepada kepimpinan Umno bila Anwar Ibrahim diainaya dan diabkan, walaupun anwar punya cerita bolehlah dikatakan tamat namun umno tetap berantakan kerana hati2 mereka telah allah gundah gulanakan. Tun Mahathir pun tak senang hidup, DS Najib pun tak senang hidup Zam dan TS Kadir Jasin pun duduk meraban setiap hari. Insaflah kita bahawa kehidupan didunia hanya sementara, kita ada kehidupan yang lebih abadi diakhirat, bertaubatlah dari dosa2 menfitnah anwar ibrahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mengapa, biarkan saja Anwar mereput di penjara.
      Pertimbangan dan peluang telah diberi di mahkamah utk membela diri ttp masih berputarbelit dgn teori konspirasi
      Yang ditanya A yg dijawab B
      Peguam2 pulak layan teori filem Hindustani
      Rakyat juga memerhati dan jadi saksi

      Delete
  22. Kadiag, salaam.

    Alhamdulillah, tahni'ah hang temu satu contoh kecelaruan orang dari Pekan ni. Aku tak perasan pon, munkin aku tak brapa endah kata kata orang ni.

    Lani apa kata tukang kipaih dia yg dibayag beribu ribu...?

    1. Ketua bahagian apa ka dari Big River, Sabak Bernam yg nak kumpui 1 juta orang tu,
    2. Anak Pak Samad Johog Baghu, yg katanya dapat RM 1 juta.
    3. Yg dapat lagi banyak katanya, pointer dia jugak tinggi, dia kata....laa
    4. Ketua wanita, jenih mami
    5. Yg mai dari dekat liang lahad tu....
    dan ramai lagi...termasuk naib2 canselor, prof2, ketua2 agama, kepala2 hakim, tentera dan polis dan macam2 lagi yg sokong habih orang ni, kata depa di lantik secara 'demokratik' ...

    Aku tertarik dgn tulihsan En Orang Hutan Penang, yg ulaih tentang penyakit gangguan mental, terima kasih banyak2. Pengamatan aku, penyakit ni munkin dah jadi macam wabak sekian lama atau kronik, yagni bukan saja menjangkiti seseorang, tapi pada skala massa dan untuk satu tempoh masa yg lama. Munkin ada pakag sakit mental yg bulih bagi input sikit tentang gejala ni, buat 'profiling' sikit ka apa ka..secara professional dan amanah....

    Sekali lagi terima kasih, Kadiag, semuga Allah S.W.T. ampunkan dan pelihara kita semoa. Wa sallam.

    Aku.

    ReplyDelete
  23. Kuntum10:41 AM

    Inilah akibatnya apabila ada PM yg apa pun xpandai, nk mentadbir & berfikir malas... upah konsultan, nk berniaga... bg kt org tengah (jholo), waima ucapan nya sendiri pun org yg tuliskn. Yg dia pandai hanyalah mengelak dr jawab soalan berkenaan 1MDB. Kita bukan xtau org keliling najib mostly corrupt & bangang (bahasa najib sendiri) so apa yg boleh kita expect but blunder after another. Hahahaha ini kira ok skit ni Tuan, boleh la tepis kata tersasul, yg dia suruh rakyat Malaysia contohi ISIS tu yg paling xboleh tahan. Facepalm to the max! hahahahaha

    ReplyDelete
  24. Salam Dato,

    Hahaha. Saya yakin sangat si Najib tak paham atau tidak tahu membeda ' naek kn layar dan jatuhkn sauh '. Saya yakin dia biarkan script writer dia bikin dan dia terus membaca tanpa memikir secara mendalam apa di tulis dan di maksudkan itu.

    Ini bermakna apa yg dia di saran atau di rekomendasi oleh pencacai dia..dia terus trima dan setuju seperti projek 1MDB yg mengakibatkan hilang 42 billion.

    Is this the kind of leader yg org UMNO pertahan kan ?

    ReplyDelete
  25. Dato' Kadir

    You hardly see writings or speeches by Tun having contradictory meanings or plainly stupid like this!

    You mean to say, no one under his huge & highly budgeted PMO staff or maybe smaller "elite and handpicked" advisors and speech writers fail to see the error in the speech you mention.

    Even worse, can't he himself has spotted the error? Doesn't he read and comprehend what was given to him?

    This is a small error, what if it is a bigger error in terms of the country's financial obligation, the fine print of the TPPA, etc.

    Clearly, the PM has lost his focus in managing the country.

    Cash is king maybe true but Cash can't buy intelligence and wisdom it seems.

    Thank you
    Azlan

    ReplyDelete
  26. RAWA LANUN-BAHASA1:20 PM

    MAAF CAKAP KADIR NO
    (mb kedah macam cek nen lorong perlis)

    Maaf cakaplah kadir.
    Bila sauh dilabuh dan layar kembang dah
    makna kapal dok pusing tara kat tu saja la
    buat angka nul - zero - tak kemana.

    Maaf cakaplah kadir
    ramai yang bagi komen pun tara mana
    ada tak berani bertanding jawatan dalam UMNO
    takat nak cakap sembang bebuih mulut
    angka nul - zero - tak kemana.

    dah kita kata kalau tak suka
    UMNO ka BN ka jagan undi kami.

    elok che det dan penyokong dia go fly kite la
    kalau rasa panaih togok san miguel

    tak suka umno atau bn boleh pilih partai mujahid rawa
    undi depa bagi menang pilihan raya

    maaf cakaplah kadir no
    buka salah hang kadir
    tapi mb kedah lembut no
    serupa macam orang anak bukit dia jugak

    jangan marah, bro
    kita pun tak suka najib
    maaflah tapi kalau takat mb kedah mmmph!
    ala canggong! ala canggong!

    salaam, kadir
    and remember kadir
    the season of the sword when you will fail
    pray the johorians and kelantanese umno are united and smarter

    ala canggong ala canggong
    che det kena main punggong


    ReplyDelete
  27. nothing to hide2:23 PM

    intoxicated with too much cash. pahlawan taik kucing. cakap pun dah tak betul.

    ReplyDelete
  28. panglimo potaseh4:03 PM

    Memangnya malang bagi kita dapat pemimpin seperti ini. Kebelakangan ini saya pun menyedari betapa percakapan dan perlakuan pemimpin yang kita sayangi ini dibawah tahap sedar ... mungkin juga dah nak pandir ataupun sememangnya sudah pandir.

    Apabila layar dikembangkan, sudah tentu sauh perlu diangkat ... kalaulah angin bertiup kuat sikit maka tumbanglah perahu atau kapal itu ... jika nakhoda meminta sauh diturunkan dah lain macam bunyinya. Maka untuk keselamatan, ada lebih baik nakhoda ini direhatkan atau pergi berubat atau terus saja digantikan dengan nakhoda yang lebih waras.

    Begitu jugalah apabila baru-baru ini, PM yang kita sayangi ini bercerita tentang pembinaan jutaan unit rumah (cuba teka berapa unit rumah yg dapat dibina setahun) berharga RM60 ribu seunit. Katanya tak perlu keluasan 1000 kp, tak perlu batu marmar dan tak perlu itu ini, keadaannya seolah-olah PM kita ini tidak tahu berapa harga seunit rumah murah dan sederhana murah, tidak tahu berapa keluasan yang dibiasa dibina untuk rumah tersebut dan tidak tahu kemasannya bagaimana.

    Atau ini adalah semata mata lakunan meminta simpati bahawa segala pembohongannya tentang aliran kewangan 1MDB dan derma 2.6 biliyon adalah perlakuan dibawah sedar?.


    ReplyDelete
  29. panglimo potaseh4:04 PM

    Memangnya malang bagi kita dapat pemimpin seperti ini. Kebelakangan ini saya pun menyedari betapa percakapan dan perlakuan pemimpin yang kita sayangi ini dibawah tahap sedar ... mungkin juga dah nak pandir ataupun sememangnya sudah pandir.

    Apabila layar dikembangkan, sudah tentu sauh perlu diangkat ... kalaulah angin bertiup kuat sikit maka tumbanglah perahu atau kapal itu ... jika nakhoda meminta sauh diturunkan dah lain macam bunyinya. Maka untuk keselamatan, ada lebih baik nakhoda ini direhatkan atau pergi berubat atau terus saja digantikan dengan nakhoda yang lebih waras.

    Begitu jugalah apabila baru-baru ini, PM yang kita sayangi ini bercerita tentang pembinaan jutaan unit rumah (cuba teka berapa unit rumah yg dapat dibina setahun) berharga RM60 ribu seunit. Katanya tak perlu keluasan 1000 kp, tak perlu batu marmar dan tak perlu itu ini, keadaannya seolah-olah PM kita ini tidak tahu berapa harga seunit rumah murah dan sederhana murah, tidak tahu berapa keluasan yang dibiasa dibina untuk rumah tersebut dan tidak tahu kemasannya bagaimana.

    Atau ini adalah semata mata lakunan meminta simpati bahawa segala pembohongannya tentang aliran kewangan 1MDB dan derma 2.6 biliyon adalah perlakuan dibawah sedar?.


    ReplyDelete
  30. joe black5:50 PM

    Dato,

    Dari Segi TACTICAL, DS Najib sudah berjaya menghapuskan atau meng-neutralisasikan mereka yang dianggap bakal bolih menyebabkan beliau disinkir atau lebih teruk lagi dipenjarakan. Mereka terdiri dari Attorney General, segelintir orang atasan didalam MACC, segelintir orang atasan Special Branch dan Governor Bank Negara.

    Dengan Tindakan tersebut, beliau telah terus dihakimi olih Rakyat Jelata sebagai seorang yang bertindak mirip ala Dictator untuk menutup perbuatan yang keji dan dengan sekaligus menyebabkan rakyat kehilangan keyakinan terhadap beliau. Perang Saraf terhadap beliau bukan sahaja melanda negara dengan sebegitu hebatnya (Berseh 4) bahkan seluruh pelusuk dunia sudah mengecap beliau sebagai ketua Negara yang bukan sahaja terlibat mengambil duit Negara, bahkan cuba mengambil tindakan menutup tindakan tersebut dengan memecat mereka yang sedang menyelidik kes tersebut.

    Perang Saraf akan Terus Berjalan dan Blog Dato' akan dihujani olih "Ünintelligible Crap" disguised as Pantun Seloka by his Lanun Lanun.

    However, There is no Doubt....He has WON the Battle but LOST the War!

    ReplyDelete
  31. YBhg Datuk AKJ,

    Inilah akibatnya bila dia hendakkan penyokong yang taat berbanding penyokong yang pandai. Dah jadi macam si buta memimpin si buta (no pun intended), semua akan masuk longkang.

    Sudah banyak kesilapan demi kesilapan yang dia lakukan, dan ini mengesahkan bahawa penasihat-penasihatnya juga terdiri dari "orang-orang yang taat berbanding orang-orang yang pandai".

    Hanya orang yang bodoh sahaja yang berkehendakkan penyokong atau penasihat yang bodoh, supaya dia nampak lebih pandai.

    Tapi kita semua kena berhati-hati Datuk, kerana bila orang-orang yang bodoh dapat kuasa, habis semua orang pandai jadi binasa.

    Keep it up Datuk.

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  32. Salam Datuk

    Hanya kapal lanun sahaja yg lakukan begini jadi tak hairan lah jika kapal tu tenggelam atau berpusing kerana dlm kapal tu ada standyby boat dan life jacket dan kebanyakan kapal2 lanun ni suka berkeliaran di international water diluar perairan negara dan selalunya segala rompakan dilakukan disana kemudian hasilnya di "cuci" dan dibawa ke darat dan tiada siapa yg akan tanya mana dtg harta itu dan selalunya alasan kapal lanun mereka jumpa harta karun ditengah lautan dan kesimpulannya tiada siapa yg boleh ambil tindakan kerana rompakan oleh lanun2 ini di lakukan di luar negara.

    ReplyDelete
  33. Salam Datuk...

    Kata nakhoda- "Suka saya ulangi disini, sekali layar sudah dikembangkan, apabila sauh sudah dilabuhkan, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan."...

    Hahaha... Tergelak saya baca ungkapan itu. Memang salah ungkapan but betul dari sudut situasi dalam kapal itu tentang nakhoda yang halusinasi till anak-anak kapal pun teranguk-anguk setuju tanpa berhak bertanya pada nakhoda yang mana mungkin kapal dapat berlayar jika sauh masih berlabuh ini...!

    Najib advised not to attend IACC conference- "Based on my (Datuk Paul Low) experience as former president of Transparency International Malaysia, i anticipate a tense conference. So, as a minister, i adviced him (PM) on how the situation would bebif he were to attend it. But what i (see) is that the crowd is quite civil." - Astro Awani.

    Sekali lagi saya tergelak lepas baca kenyataan menteri JPM yang merasmikan AICC today. Gelak sebab PM kita boleh terima pula kali ini dengar & terima nasihat dari seorang menteri baru. Tetapi (PM) tak boleh terima pertanyaan/pandangan Muhyiddin as timbalan perdana menteri yang juga as timbalan presiden UMNO...!

    AICC ini satu event yang agak penting but PM tak dapat hadir untuk berucap then rasmikan majlis. Tetapi PM boleh luang masa untuk jengok masalah sekolah sg.besi indah yang lama berlaku. Mana pergi pengarah pendidikan negeri, mana pergi timbalan pendidikan, mana pergi menteri pendidikan, mana pergi pengarah JKR...? Tak kan la perkara ini pun PM yang kena tonjol diri untuk selesaikan....!

    ReplyDelete
  34. Pakcik9:02 PM

    Nabi pun dah peringat org yg byk mkn rasuah akan berperangai mcm org gila..apa dia ckp pun dia pun tak boleh kontrol..

    ReplyDelete
  35. Ternyata benarnya, Allah boleh membalik-balikkan hati manusia dan juga lidahnya...Kerana itu berdoalah sentiasa supaya kita ditetapkan hati. Tapi....ikut perintah dan jauhi laranganNYA !

    ReplyDelete
  36. Salam Dato,



    SEVERAL, tens of millions dollar accounts..is not MORE than ONE account?.


    This bugis nakhoda has MANY SHIPS laa dato, some labuhkan sauh, some kembangkan layar.


    Dia buat summary,bila layar dikembangkan dan sauh dilabuhkan, no gostan gostan,only foward...FOWARD TO JAIL la!!



    It sounds and appears very much like the Captain Jack Sparrow and his ghost pirate ships the black pearl and his sampan..except depa dan kapal dan sampan tu `hantu hantu' semuanya.



    This bugis clown is describing his sampan, rather than the ship,of which is about to split and the sailors WILL enforced mutiny very soon.


    KDN dah buat renvation bilik jail baru kat Sg Buloh sebelah bilik sekoq lagi tu ke belum?. Elok reno banyak bilik sikit la no,sebab ramai nak pi berehat kat situ sat lagi ni.






    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  37. Salam Datuk A. Kadir.

    Semoga kebenaran akan terserlah juga akhirnya, sama ada 1MDB ini adalah benar-benar korporat ataupun keparat (sorry Datuk I regretfully had to use this word).

    Semoga Allah melindungi Datuk A. Kadir Jasin, Tun Dr. Mahathir, dan semua rakyat Malaysia.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  38. RAWA LANUN-BAHASA10:59 PM


    What an honour bila kita marhaen daif UMNO boleh bikin The Scribe senyum.
    Alhamdulillah.

    Kita peranjat dengar Bersih nak seaman pasal terima bill cuci DBKL?
    Bersih 4 akan terima bil tetapi tak mahu bayar?
    Agaknya derma sudah habis.

    Apapun, dan apa nama derma politik kita mohon dapat lebih faham hal itu.
    Kita tak cerdik che det dan fan club dia. Kita lebih kurang Muhyiddin juga - tak tahu pasal derma politik. Maaf.

    Scribe, berapa banyak belanja DAP untuk PRU dan dari mana datangnya duit itu?
    PAS? Dan partai PKR? Partai Mat Sabu?

    Bukan nak puji tetapi would love to know your take on this matter.
    Zahid Hamidi promised revenue from 1.5 juta perkerja asing.
    H2O lagi besar. Dengar nak beli aircraft carrier mainan, pakai remote control dan environment friendly. Tiga kupang lima duit. Bateri rechargeable.
    Scribe, betulkah China military machine lebih mahal dari Mat escargot?

    Namun, DAP akan dapat lebih banyak dari MCA dan Gerakan. MIC?

    Berapa belanja untuk PAU dan PRU zaman Tengku? Zaman lepas Najib?

    Maaf kita tak secerdik @joe black. Kita cuma baca kitab 30 juzuk dalam dua human. Slow. Scribe habis 30 juzuk dalam seminggu. MasyaAllah.

    Harap Muhyiddin boleh jawab nanti bab political funds pada 9/9.
    So harap doakan dia tak pening macam Najib.

    Salam hormat.

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum,

    YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Saya tertarik dengan pendapat Bugis Batu Pahat betapa kita perlu menghalusi madah Melayu sebelum memberi pendapat kerana mungkin menyebabkan salah tafsiran. Saya bukannya seorang pelayar tetapi dalam pemerhatian saya biasanya sauh diangkat dahulu dan kapal meluncur sebelum layar dinaikkan dan dikembangkan. Kalau layar dinaikkan dahulu baru sauh dinaikkan kemungkinnan kapal akan terbalik ditiup angin kencang kerana terpaut pada sauh yang belum diangkat. Jika ini keadaannya maka mungkin maksud PM dalam madah tersebut adalah apabila bahtera sudah mula belayar (layar dikembangkan )ianya tidak akan balik kebelakang sehingga sampai kedestinasinya (sauh dilabuhkan).Sukcita jika ada pelayar antara kita boleh mencerahkan keadaan supaya kecantikan madah kita tidak tercemar.

    Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
    Pencetus Strategic Vision,
    Petaling Jaya.

    ReplyDelete
  40. joe black9:07 AM

    Dato,

    In the realm of NORMAL human behaviour (whatever that may be), it is probably impossible to be as oblivious as Najib is when there is someone around continually seeking to do you harm, indeed, whose bitter hapiness seems to depend on it (hello Tun Dr M).

    Only a person with the hide of an Elephant could really pay no attention when such an enemy is relentlessly firing insults and slinging mud (and its not Just Dr M but the whole country). Who would not feel some slight hurt, if only because someone exists who is consumed with the desire to bring you low?

    Here is What DS Najib can do....

    Do Nothing! Nothing is everything. Ignore your enemy or kill him. But then you can't kill a whole nation!

    So, Ignore them...

    If you pay no attention to them, they may not slink away, but will grow increasingly desperate, increasingly incoherent, and (best of all) increasingly unhappy. The happier your life, the more miserable theirs.

    So there you are DS Najib...Have a Happy and Fruitful Life. Go shooping with Rosmah to Paris, Rome and London. Not to worry for there are unnumerable Baruas willing to vouch and be cannon fodder for you. To enjoy this, however, one must never give them a scintilla of assistance.

    Pay no Attention to those critics but savour the delights in watching them go at themselves with all the bitterness and diasappointments of which they are composed.

    ReplyDelete
  41. Anonymous10:23 AM

    Pak kadiak,
    According to your good friend ktemoc, Najib will surely win.....Perhaps, it's time for Madhater......hahahaha

    http://ktemoc.blogspot.com/2015/09/silver-lining-in-najibs-dark-clouds.html

    When are you going to bite this cina man?

    Hahahaha

    ReplyDelete
  42. Very interesting and exciting indeed to see how this pirate sails the ship call Malaysia .

    ReplyDelete
  43. RAWA LANUN-BAHASA11:11 AM

    The Scribe
    Salaam


    alhamdulillah for the update.
    Thank You for Sdr Khairuddin Batu Kawan for his tireless effort.
    Cut off all supply of O2 and subject will pitam;
    when prolong - coma or death.

    And yet have all supply sources being cut off?
    Safe journey and smooth sailing Sdr Khairuddin Batu Kawan.

    Salam hormat

    ReplyDelete
  44. Zed-853:19 PM

    Saudara Raja2U,

    Kita boleh buat analogi,

    Ada satu orang manusia, dia tekan "handbrake" dan kemudian "start" enjin dan maju kehadapan. Tidak lagi toleh kebelakang.

    Dari hukum Sains atau hukum alam, maka kereta tidak akan bergerak. Kalau bergerak pun, break akan bergesel dengan drum/disk tayar. Maka berasaplah tayar kereta.

    Kalau kita ikut hukum ilmu ghaib, apa-apa pun tidak mustahil. Kapal laut pun boleh terbang ke angkasa.

    Sekarang ini banyak perkara yang terjadi dalam negara kita ini pelik-pelik. Maka terpulang untuk kita samada hendak bersandar kepada hukum alam atau hukum ilmu ghaib.

    ReplyDelete
  45. Sesuai kata, apa yg terlaksana...
    Dari bicara dah nampak bodohnya...
    Ke mana kita rakyat Malaysia....
    Pusing pusing.... Penin kepala.....?

    ReplyDelete
  46. Salam Dato.

    - Bolih ba maafkan PM Najib. Dia tersasul pasal hal kecil saja. Aku jarang mau mengupas sedalam2nya apa yang dia cakap.

    - Aku pun selalu buat silap. Lepas doa selamat Hari Raya yang lepas, kami makan la macam biasa. Yang peliknya, keadaan macam "sunyi sepi", maklum saja lah banyak orang kuat UMNO di kalangan keluarga dan para jemputan. Tiada seorang pun yang mau buka cerita PM Najib. Jadi bila aku di tanya, aku kata "aku mau undi DAP", majlis tiba2 senyap. Ooop aku tersilap cakap. Ba, maafkan aku.

    - Seorang pun tidak setuju dengan pendirian ku. Ustaz dari Semenanjung macam tidak senang hati. Tapi aku pun sudah lupa apa yang dia cakap tentang Islam, Muslim, Melayu vs DAP.

    - Aku rasa orang2 surau pun fikir macam Ustaz tu juga. Di kampung siapa lagi yang bolih di percaya kalau bukan cakap Ustaz.

    - Ustaz tidak salah atau tersasul, jadi tak payah di maafkan. PM Najib tersasul, aku bolih maafkan. Aku pula memang silap cakap.

    - Walaupun aku tau silap cakap, suruh orang undi DAP, tapi aku tidak mau minta maaf. Aku rasa Ustaz mau aku "bertaubat", bukan nya minta maaf.

    - Aku sudah maafkan PM Najib dan UMNO, tapi bukan nya "bertaubat".

    ReplyDelete
  47. Tabligh9:06 AM

    Alhamdulillahi rabbil-'aalamiin.
    Dengar cerita dari cerdik agama, Nabi Muhammad saw maksum tetapi Rasuulullah banyak beristighfar.

    Ramai orang berdo'a akan terjadi penyelesaian yang baik dalam Skandal Mohd Najib dan negara aman dan makmur supaya senang si muslim dapat beramal soleh dan tidak lupa bersyukur kepada tuhan Nabi Muhammad saw yang Maha Esa ArRahmaan ArRahiim. Allahu-Ahad.

    Kita yang sedikit celek agama faham taubat itu mesti ikhlas dan kesal kerana telah bikin dosa.
    Tiada dosa yang tidak boleh diampun melainkan syirk terhadap Allah yang Ahad selagi makhluk itu masih bikin syirik.


    Wallahuaklam

    ReplyDelete