A Kadir Jasin
SEMAKIN tua kita,
semakin mudah dilanda nostalgia. Kenangan lama mengusik jiwa, kata A Ramlie
[boleh dengar di sini].
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak
akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama
samaran.]
Teringat bas lama yang
kita tumpangi ketika remaja bersama gadis-gadis desa yang kita sangka itulah
jodoh kita.
Bas Fargo tahun 1960-an banyak digunakan di Kedah |
Dan tiang telegraf
yang bergayut padanya manik embun sebelum ditiup angin dan dibakar matahari;
romantik dan menusuk kalbu.
Tidak jauh dari
kampung saya di Kedah ada sebuah anak sungai yang namanya Sungai Tiang Gerap –
the Telegraph Pole River. Hebat kan? [Boleh cari di sini]
Tiang telegraf seperti ini sudah jarang ditemui |
Atau bulan yang
mengekori kita di permukaan Tasik Merah ketika menaiki kereta api malam dari
Butterworth ke Kuala Lumpur.
Boeing 707 klasik yang
ditumpangi dari Frankfurt ke Harare, Zimbabwe tiga dekad lalu dan pesawat
Lockheed Electra, Air New Zealand yang dinaiki empat dekad lalu dari Sydney ke
Wellington.
Boeing 707 klasik Air Zimbabwe 1980-an |
Pesawat Lockheed Elactra Air New Zealand |
Demikian hebatnya
nostalgia. Hidangan terakhir sebelum nyanyuk dan lupa.
Wallahuaklam.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum Datuk Scribe..
ReplyDeleteApabila membaca nostalgia Pak Kadir secara tiba-tiba saya jadi teringat pada nostalgia saya sendiri. Karya-karya tulisan Allahyarham Azizi Haji Abdullah menjadi peneman sunyi saya, menjadi teman tidur saya dan juga menjadi idola saya dalam membentuk jatidiri saya sebelum saya mengenal pula Pak Kadir yang sebagai Kunta Kinte di akhbar yang saban minggu saya nantikan cerita terbaru yang kemudian saya ikuti pula Pak Kadir yang sebagai blogger pula.
Terima kasih kepada Azizi Abdullah dan terima kasih Pak Kadir kerana kini saya telah pun membesar dengan jiwa yang berisi ilmu dan semangat dari pena anda berdua yang berkembang hingga ke otak akal pemikiran saya yang tak akan saya lupakan sampai akhir hayat saya...
Terima kasih...
Salam dato,
ReplyDeleteNostalgia yang terbaik ialah yang selari dengan persediaan menemui pencipta kita.
Baki usia yang ada, masih ada ruang untuk menambah berat timbangan amal di sana.
Kata Nabi, Allah tidak jemu memberi pahala selagi kita tidak jemu berbuat amal kebaikan.
والله أعلم
Nostalgia DAKJ hanya bolih dikongsi olih mereka dikalangan usia 40tahun saja rasanya dan matang selurohnya jika berumur 60 tahun keatas.
ReplyDeleteAda yang kata nostalgia hanya untuk yang jiwang jiwang, namun mungkin ianya tidak.Nostalgia akan datang bila kita berseorangsn, hening malam sambil menghitung penyudahnya kerenah manusia sekeliling bagi hari hari mendatang.
Dato,
ReplyDeletememories are made of such as these, bittersweet, longing, fearful, joy, envy, comforting, and most times feeling blessed with what the Almighty has given and yet taketh. And always for the downtrodden that what goes around, comes around, vengeance is sweet, how the mighty are fallen.
Tengok kapalterbang Zimbabwe tu teringat pulak kapal MAS yg hilang. Dulu pegi haji naik kapal sampai 3 bulan sekarang 8 jam pun dah sampai. Tapi sayang Mekah tu dia buat mcm tempat melancong pulak bila dah ada kemudahan. Bersepai 2 buah kapal.
ReplyDeleteDulu LLN guna tiang kayu sekarang ada TNB org dalam duk main saham pulak jual sana jual sini. Dulu air gunung org tak buat meniaga. Sekarang dah jadi syarikat berjuta gelen buat untung. Dulu minyak sawit pakai utk kegunaan sendiri. Bila dah ada FGV habis saham, tanah, kebun buat untung tempolok dia.
Kami yg muda ni tengok je lah. Yang buat perangai semua yg tua2. Harap2 dapatlah kami memberi contoh teladan yg lebih baik dari apa yg kami dapat. Tak intelek pun takpe. Asalkan tau mengukur mana benar mana salah.
SALAM KASIH DAN SAYANG
ReplyDeleteDAKJ,
Izinkan,
Macam tahu2 pulak Dakj ni..
Malam tadi sambil menunggu mulanya perlawanan bolasepak European Cup antara AS Roma dan Barcelona, kami k-oke sorang2. Kami pilih lagu2 nostalgia antara nya 'Terkenang Masa Lalu' oleh R. Azmi, Semalam di Malaysia, Bahtera Merdeka dll.
Akhir sekali nyanyi lagu Ebiet.. 'Titip Rindu utk Ayah' mengingati pergorbanan ayah kami dan juga ibu tersayang.. sebak masa mendendangkan lagu itu..
Semoga Dakj sekeluarga sentiasa berkasih sayang hendaknya
Alfatihah, aamiin
Assalamualaikum Dato ,
ReplyDeleteBagi saya nostalgia penting dalam hidup kita . Dengannya kita menginsafi diri dan menasihati orang lain terutama zuriat kita demi masa depan mereka. Lebih baik lagi untuk golongan seperti Dato .
Tulisan adalah wadah yang amat penting untuk merakamkan nasihat menerusi pengetahuan dan pengalaman .
Nostalgia adalah sebahagian cetusan pengalaman. Pengalaman juga mencetuskan kenangan . Dan kenangan terus mengusik jiwa, terutama ketika usia menjadi senjata .
Usia Dato dan saya tiada banyak beza . Begitu juga mereka yang usia sebaya tetap ada kenangan mengusik mengusik jiwa untuk teladan dan pengajaran generasi kemudian . Wallahualam.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKadiag, salaam.
ReplyDeleteAku pon tumpang nak tulih pasai Pendang, masa tu umog muda, dan kenangan pon dah lama. Mola2 naik basikal pi Alog Setag, di tepi Parit Mat Saman diiring pokok asam jawa, paih tu ikut sorang kawan China, nama Chee Fah (magna dia : nombog ekog kedai kopi) masa buat parit tali ayag MADA dolu2 (masa tu ada 'cheng beng', pesta bersih kubog), dan tak salah aku member hang Mat Tehag (tongkang yard) pandu kereta Opel baru (munkin hak pasang kad JB) arah ke Sg Tiang.. laju sakan, asap dan debu berkepoi kepoi, munkin pi kempen undi kod...(kereta 'plymouth' dia, tak salah aku, simpan di romah kod)...macam kata hang, lupa2 ingat...naik kapai terbang jugak tapi jenih satu kipaih DC3, dari Bali ke Lombok, Sumbawa, Flores dan Timur Timog, naik baih terak 'Fargo' jugak, tapi orang kampong sana turut dukong babi naik sekali, sampai ataih baih, terlepaih dari dukong, cempera lari babi tu bawah bangku2 dudok, apa lagi aku pon cepat2 berdiri ataih tempat dudok, paih tu, dudok ataih tempat sandag bangku laa...tak teh tak teh cakap Sepanyog campog Peringgi, tidog tepi tasik tempat keldai liag minum ayag...
sesat di gurun Northern Territories,...dan macam2 lagi, tapi semoanya ni akan di telan masa jugak laa, Kadiag oiii...rugi buta, melainkan, firman Allah, S.W.T. dlm suroh al 'Asr, kita beriman dan ber'amal solih dan tegog menegog dgn yg haq dan tegog menegog dgn kesobaran. Wallahua'lam.
Dengan ingatan mesra,
Wa sallam.
Aku
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNaik. "kereta kerbau " dan "anok" (juga ditarik oleh kerbau " dari kampung saya ke pekan pendang adalah merupakan nostalgia yang tidak dapat dilupakan .
ReplyDeleteSalam Dato
ReplyDeletemy best nostalgic period is growing in Malaysia during the ambitious Tun Mahathir and Tun Razak era. we can see their vision then.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteItu hari akhbar Metro ada siarkan gambar setengah muka, rakyat Malaysia sambut "merdeka" pada tahun 1979. Saya tak dapat bezakan yang mana Melayu, China dan India. Mereka berpakaian fesyen yang sama .. lelaki ala John Trovalta, perempuan ala ONJ.
ReplyDeleteSeingat saya 1979 bermulanya era China dan India berjinak dengan lagu Melayu. 1970an saya bersekolah di KGV Seremban sehingga tingkatan enam, dalam kelas saya ada China, India malah ada bengali .. kami bernakal bersama, malah ketika itu saya JV dengan kawan China saya untuk jual kertas tikam .. dimana setiap kertas itu ada nombor bertuah yang layak dapat hadiah, macam cabutan bertuah BSN sekarang ni lah. Kami sekelas berdating lain-lain kaum .. hasilnya 4 kawan China dan seorang India saya terpaksa di Islamkan sebab berkahwin dengan Melayu .. malah la ni menjadi pengamal Islam yang baik.
Dikantin pula penjual makanan berlainan kaum, ada India jual roti canai. Apek China jual asam laksa kesukaan saya, Pak Cik Melayu jual nasi lemak, mee dan kuih, mamak jual air. Kami tak ada pantang, kami belum ada lagi 1Malaysia .. tapi pergaulan kami secara semulajadi.
Dear DAKJ
ReplyDeleteWhat about your nostalgia with Najib and Dr.M? I am sure good ones, right? Please share with us who have never met nor will ever meet the two leaders
Think of that as a start to your stopping being too harsh to Najib. You an TS Zam should be doing us( Malays) a favor by writing your recollections of them. In that way you will stop to reflect they have done good to the nation. I don't like what you are doing in criticizing Najib overmuch. You are influencing the young to hate UMNO and its leaders.
If you persists this way, definitely UMNO will lose. Betulah Najib cakap Melayu jadi bangsat. Takut I woi DAKJ negara diperintah oleh racist DAP and opportunists Keadilan. Kalau PAS takpe juga. Paling takut Anwar jadi PM belakang tabir. So pleaselah DAKJ. Go slow on Najib. If dia memang didapati bersalah, dia patut go to jail. But until then, give him space to rule the nation. Orang macam Din Merican or Syed Outsyed The Box I tak kisahlah because they got second-hand news like us all. Quoting other reports. They never had access to the two leaders personally. I baca their blogs suka-suka saja. For leisure. Don't take them seriously. Neither their regular commentators.
Thanks Sir.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Dato.
ReplyDeleteSdri Pompuan....org kata...kebenaran itu menyakitkan.
Maaf berkata;
Najib tidak peduli perasaan rakyat jelata bila dia kenakan GST...naikan harga minyak...keadaan ekonomi negara yg meruncing dan kos sara hidup yg naik tinggi mendadak....yg menyukar kehidupan ramai.
Dia tidak peduli bila Muhyiddin dan Shafie dipecat...disamping penjawat2 awam dari MACC...Polis...dan BNM yg digertak dan diherdik..dan ditukar....AG yg tinggal lagi 2 bulan untuk bersara pun dipecatnya.
Pokoknya...tindakan dia cukup kejam dan zalim...hingga warga MACC ada yg membaca doa minta keselamatan dan kesejahteraan pd Allah SWT dari perbuatan dia.
Tun M pun dikeji malui jurucakap2 dia seperti Salleh Keruak...Shahril dll....manakala Khairuddin dibangkrapkan dan Ainina pun dipecat dari ahli parti.....semua kerana..menetang dan membongkar penyelewengan yg dilakukan.
Malah apa yg Dato tulis untuk umum mengetahui siapa Najib sbg PM negara adalah suatu usaha yg baik kerana rakyat wajar tahu siapa org ini.
Dia telah ditatang dan sokong kerana ramai dari org Melayu masih tidak sedar dan kurang teliti didlm perkara2 pemilihan ketua dan terlalu mempercayai dia semata2 kerana latar belakang 'bangsawan' dan anak kpd Tun Razak...tapi tetapi yg sebenarnya dia cukup bahaya buat bangsa ugama dan negara.
Malah jika disabit kesalahan dan dijelkan pun sy tidak kisah dgn org ini....jika keujudan dia menyusahkan semua rakyat.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThe Scribe
ReplyDeleteSalaam
Sekarang jerebu di Tanjung semakin teruk dan pembangunan di pulau merosakan Sungai Pinang dan lautnya.
Menjala di Marine Gelugor dan memancing di jeti Marine.
Harap masuk syurga tanpa ke neraka.
Wallahuaklam.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSallam Dato'
ReplyDeleteSaya setuju dengan saudara Panglimo Potaseh.
Teringat masa-masa sekolah dahulu, orang melayu, cina, india, cikgu pun macam-macam bangsa, tidak timbul soal perkauman langsung.
Pada waktu sekolah rendah, saya sekolah cina, ada juga orang melayu macam saya tapi tak ada masalah bergaul dengan orang cina dan tidak ada soal perkauman langsung. Saya dahulu wakil sekolah dalam basketball lawan sekolah cina yang lain.
Kalau dulu, perkataan seperti chauvinist, racist, dan yang lain-lain jarang-jarang dengar.
Sekarang ini dah bermacam-macam.
Teringat zaman reformasi dahulu, ramai yang datang berkumpul, pun tidak timbul soal perkauman.
Zaman sekarang kalau nak berdemo, ada pulak syarat pakai baju kuning atau baju merah.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDato
ReplyDeletePerhaps you may wish to Ponder on the Following:
"A Long and Happy Life Lasts Five Minutes"
Many people believe that a long life of uninterupted happiness is a real possibility. And they Act on this belief!
(True Buddhist don't believe in this. Buddha used to say that what people see as happiness is misery to him).
People change families, carrers, the structure of their faces, countries, everything, for no more substantial reason than they recall five minutes of uninterrupted happiness in the past, and now they wish to re-create the moment in perpetuity.
"Sekadar Nostaglia Mainan Usia" ....Exemplifies this..
People even CONVINCE themselves that the five minutes bliss was really five years of bliss when it was really completely a state of confusion, doubt, misery, fear, confusion and confusion (that which is befalling the Nation Now!).
Umpteen years from now... Najib will nostalgically recall his five minutes of bliss when appointed as Prime Minister as total bliss experienced by Malaysians throughout his rule (less the state of fear, confusion and more confusion that actually reigns).
SALAM KASIH DAN SAYANG
ReplyDeleteDAKJ
Izinkan,
Saja saja said (12.05)..
"Malaysia Boleh", itu lah Mahathir. Dan Mahathir, itu lah "Malaysia Boleh".
- Perjuangan beliau untuk mengharumkan nama bangsa, ugama dan tanah air x ada tolak banding nya.
Kami sangat setuju dgn pandangan nya.. Terima kasih.
Semoga segala urusan DAKJ dipermudahkan..
Alfatihah, aamiin
Ps. Dalam keaadaan hujan lebat ribuan rakyat masih mengunjungi majlis 'Kongsi Raya' di Alor Staq. Kami amat terharu hingga menitis airmata kegembiraan (menangis dlm hujan orang tak perasan)... Rakyat Malaysia BOLEH!
It's all about longing, longing for our childhood and teen days, longing for first loves and loyal friends, sweethearts, longing for our lost innocence, longing for a good leader, longing for good times to come back again, longing for parents to be around again. Longing for the current Putrajaya team to get lost.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHahaha.. Saya masih ingat lagi frasa Datuk 2 atau 3 tahun dahulu.
ReplyDeleteApabila kita semakin tua, otak kita lebih banyak mengimbau dari mencipta. Kurang lebih begitulah bunyinya.
Memang betul.
Salam Datuk A. Kadir.
ReplyDeleteA nostalgic trip down memory lane will always bring me to my school days era when malays and chinese saw almost nil differences, could study together, play together, ate together, laughed and sang together. I attended what used to be a mission school where all races were treated the same irrespective of their backgrounds. I miss my close friends even though they are of a different race than I. Sadly today because of what is becoming of the country they have chosen to stay abroad.
Memories stay even if hearts are broken.
Take care Datuk. Thank you.
Assalamualaikum...
ReplyDeletesaje saje...kenapa potong bawang...pedih mater kitew tao...
Datuk.
ReplyDeleteMelukah ikan bersama abah, tidur berhimpit bersama kakak2 di atas tilam hancing, memintal tocang ibunda tercinta atas tangga kayu, dikejar sang sondol di tepian sungai.
Aaahhh...nyaman rasa udara yg dihirup hingga tak tersedar bil eletrik bulan ini dah cecah RM190...kena GST lg.
Sallam Datuk,
ReplyDeleteNostalgia tika masih bujang dan baru nak memulakan hidup sebagai askar tahun 1973 di Sarawak, waktu itu saya di dalam PKPT (Pasukan Khas Perisikan Tempur) bersama 3 lagi anggota ditugaskan mencari maklumat/ dan jika mampu menghapuskan segerombolan pengganas komunis PGRS (Pasukan Gerila Rakyat Sarawak) di sekitar Kampung Sg. Sebiris, Lundu Sarawak, saya ketika itu baru berpangkat L/kpl bersama Sjn Shahidan (Pahang) Kpl Jaafar (Johor) dan Tpr Kasmo (Selangor). Kami diarahkan melakukan serang hendap di waktu malam dam meronda di siang hari. Musuh di jangka balik ke kampong merayakan tahun baru cina ketika itu.
Semasa "insertion" di waktu malam di kampung tersebut saya telah terjatuh ke dalam perigi bersama radio dan senjata namun bersyukur kerana perigi tak berapa dalam, bila berjalan dengan kasut "clark" saya akan berbunyi kerana basah (kami berpakaian preman).
Masuk hari ketiga Kpl Jaafar dan dua anggota telah keluar meronda dan terserempak dengan musuh seramai 20 orang sedang berehat saya pula tinggal sendirian menghubungi HQ (Kuching) dengan laporan SITREP (SITUATION REPORT) tiba-tiba 2 dentuman tembakan kedengaran (Double Taps Shot) di ikuti dengan tembakan bertubi-tubi, saya yang sendirian ketika itu menjadi gelabah bimbang jika musuh menerjah ke tempat saya. Saya menyelanak masuk kedalam semak pokok nibong dan tak terasa duri yang meyucuk badan. Selepas 15 minit terdengar Tpr Kasmo berteriak memanggil saya, merasakan selamat saya keluar dan terus menghubungi HQ yang menghubungi 2 RAMD (Regimen Askar Melayu Diraja) Dalam follow up selanjutnya oleh 2 RAMD mereka Berjaya membunuh 5 pengganas.
Yang lucunya selepas ketibaan satu kompeni 2 RAMD (lebih kurang 70 anggota)kami sibuk mencabut duri nibung yang menyuck tangan, punggong dan betis. Pengalaman pertama bertempur yang akan saya abadikan ke akhir hayat.