A Kadir Jasin
Atau orang itu memang hebat merahsiakan kerja kotor sehingga mustahil boleh dikorek oleh media massa.
Itulah yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak, (Tan Sri) Adenan Satem pada 18 Disember baru lalu.
Berucap di majlis anugerah kewartawanan Kenyalang di Kuching, beliau menggesa pengamal media agar tidak berdiam diri.
Kebetulan waktu itu saya berada di Kuching dalam rangka tinjauan peribadi ke Sabah dan Sarawak.
Saya yakin Adenan berani membuat gesaan itu kerana beliau tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan atau beliau bersedia berterus terang jika ada sesuatu yang dibangkitkan mengenai beliau dan pentadbiran beliau.
Adenan berani pecah acuan |
Di majlis yang sama, beliau dilaporkan berkata bahawa kerajaan pusat enggan memahami betapa buruknya rasuah yang melanda negara.
“Saya dengar banyak tahun lalu dakwaan bahawa tahap rasuah di Malaysia tidak terlalu teruk; tidak banyak kes rasuah dan salah guna kuasa berlaku, tidak seperti di sebuah negara jiran di mana rasuah dan salah guna kuasa dilakukan secara terbuka.
“Tetapi tidak lagi macam itu. Kita telah menyalah-tafsir keadaan sebenar (di Malaysia),” katanya.
Antara tindakan terawal Adenan sebagai Ketua Menteri adalah mendedahkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam industri pembalakan Sarawak.
Kuasa Kerajaan Tidak Mutlak Lagi
Di dalam membuat gesaan itu, beliau tentu sedar bahawa pada dalam era media berpaksikan Internet ini, kemampuan pihak berkuasa mengawal dan menentukan arah tuju laporan media semakin luntur dan terhad.
Jadi, walaupun mungkin ada media di Sarawak yang pro-Kerajaan, adalah mustahil bagi Adenan atau sesiapa juga mengawal keseluruhan media.
Kesimpulannya seruan beliau itu adalah ikhlas dan keberanian beliau itu berlandaskan peribahasa berani kerana benar.
Pendirian tegas beliau itu tambah bermakna menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang perlu diadakan tahun hadapan.
Sebarang tanda yang beliau terlalu tunduk atau taasub menyokong kepemimpinan bermasalah Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak akan menjejaskan sokongan pengundi Sarawak terhadap Barisan Nasional negeri.
BN Sarawak adalah istimewa kerana ia dianggotai eksklusif oleh parti-parti anak negeri dan, dengan itu, kurang dicemarkan oleh politik BN pusat.
Ini menjadikan autonomi Sarawak dalam Persekutuan Malaysia lebih bermakna.
Sebaliknya kalau Adenan memilih untuk tidur sebantal dan berkongsi mimpi dengan Mohd Najib, beliau mungkin akan dihukum oleh pengundi Sarawak.
Wallahuaklam.
Dulu negara terkenal rasuah hanya di jabatan dan agensi tertentu.
ReplyDeleteTetapi kini BUKAN setakat rasuah, cakap APA pun rakyat dah tak percaya dah.
Namakanlah APA jabatan APA agensi yang masih ada kredibiliti?
PDRM, BN, SPRM, AG, Speaker, KBU ???
Situasi ini lebih bobrok dan rakyat lihst is BUKAN sedang dibaiki tetapi usaha berterusan DENGAN undang2 dan peratoran untuk mengekalkankan kuasa secara kotor.
ReplyDeleteSalam Datuk,
TS Adenan is the only BN leader I still have full respect for.
We used to have leaders like this in the Peninsula in the 1970s.
No more.
Here he is, in vintage form:
https://www.youtube.com/watch?v=O5gUahTwqbI
Humour, simplicity, the ability to talk to the common man, and connect.
The Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone will never have it.
All the APCOs and 77 millions and expensive omputih con-sultans and "I Love PM" rented crowds (PAU was in effect a rented crowd) will never give Najib the same aura or appeal.
The only affection or loyalty he will ever inspire are based purely on "Cash Is King".
And nothing else.
How sad for a leader, to be nothing but an ATM machine.
TS Adenan will score a huge victory for BN in Sarawak next year, that is for sure. He is well-loved.
But he is also a man of integrity (by and large. They have all made mistakes in Sarawak).
A man of integrity (mainly) cannot work in the long-term with a man of zero integrity.
Kedudukan PM Najib semakin selesa sekarang kerana ada parti yg sudah sanggup menjadi terompah kayu/alas kaki bagi beliau untuk meneruskan kerja kerja menipu wang/harta rakyat.
ReplyDeleteKesian ahli ahli yang wala' secara membuta tuli.....
Serawak ...
ReplyDeleteKita kena tanya... Abg Johari Abg openg..
Salam
Tok
Selamat menyambut tahun nak mai 2016
Orang Melayu yang boleh befikir dan masih berpegang kepada Al Quran dah malu nak associate themselves dengan UMNO...
ReplyDeleteSalam....politik sampul,cuma sedapkan hati orang serawak.Main sindir sindir dgn najib yg muka tebal pun tak bermakna.najib dah bebal.....
ReplyDeleteTrue enough DAKJ ,KM Adenan is a simple grassroots leader and Almighty Allah SWT gave this man a long life cos of his honesty.He was supposed to be in an ill fated Helicopter crash but Allah Saved this man. He was a very sick man,many years back and he recovered.We hoped and prayed for this simple man to lead Sarawak for another 5 years and he is the CM of all races and religions in Sarawak.A true Sarawakian Servant Leader and he walks the Talk.
ReplyDeleteAdenan Satem for PM
ReplyDelete
ReplyDeleteAda seorang pemuda dari kampong Chenua Raub, berjumpa dengan saya. Antara isi perbualan ialah hasrat dia membuka satu akaun bank.
Ayah awak siapa? Abdul Razak jawab nya. Nama awak? Mat Najib. Ayah kaeih beri nama gitu.(Kaeih loghat Raub sama dengan saya atau kawan loghat Pekan).
Dia bercadang membuka akaun dengan Ambank bandar Raub. Dia akan membuka akaun atas nama M. Najib Abdul Razak.
Ini macam nama PM kata saya. Bukan katanya. Iras iras tapi tak sama. Mengapa awak nak buat begitu? Dia jawab kalau buat macam ini, mana tahu 1MDB akan hantar duit masuk. Kalau tak dapat USD850juta tak mengapa. Dapat USD4 juta pun sudah ok. Sebab 1MDB akan hantar kedalam akauan penama yang iras2 tapi tak serupa. Seperti Aabar Investment Ltd.
Tapi pewakilan UMNO kata, tidak mengapa. Wang tersebut digunakan untuk memenangkan UMNO dan mensejahterakan bangsa Melayu. Hiduplah UNNO dengan wang haram, dan membangunlah bangsa Melayu dengan wang sedemikian.
http://sakmongkol.blogspot.my/2015/12/jangan-ditanya-kemana-wangnya-pergi.html
Salam Dato.
ReplyDeleteAdenan sbg KM Sàrawak memang berani dan berkeyakinan..dia percaya pd kebenaran dan sbgai seorg ahli politik dia tahu..dan faham betapa negeri Sarawak telah diperintah dgn cara yg 'tidak adil' mungkin oleh Putrajaya bersama2 'collaboration' dgn Ketua Menteri sebelum dia.
Dia mahu semua ini berhenti demi Rakyat negeri Sarawak dan menghantar mesej yg jelas supaya Putrajaya sedar.. akur dan faham.
Ini barulah benar dgn kata2 'Enough is enough'...bukan spt yg ditempek oleh KJ yg 'maha gempaq' dlm PAU bàru2 ini.
Dato...ini juga suatu tamparan pd muka Manpadulung yg kaki 'gelembong'....serta pd semua mereka2 didlm BN terutama Umno yg asyik sibuk dgn mempertahankan kedudukan diri masing2 serta Ketua2 Tertinggi dan cuma melihat apa yg mereka mahu melihat sahaja...dan hilang fokus memerintah.
Inilah akibatnya bila Ketua sudah hilang plot...dan semua jadi haru biru.
Komen Zaid Ibrahim tentang Topik ini wajar diberi perhatian oleh BN terutama UMNO...secara terbuka...tetapi itu pun kalau mereka memang berminat atau betul2 serious until menyelamat BN diSarawak.
Sy setuju dgn Zaid tetapi tidak semuanya.
Terima kasih.
Assalamualaikum DAKJ
ReplyDeleteMedia konvensional tidak akan bebas sepenuhnya. Mentaliti orang yang bertugas akan menentukan hala tujunya. Setiap peringkat kebebasannya dikawal. Yanf berbeza tahap kawalannya.
Jika TS Adenan mengaitkan media baru dalam gesaannya, mungkin sasarannya bukan kepada penggiat media sendiri. Media baru jauh lebih bebas. Cuma respon terhadap apa yang dimuatkan dalam media baru yang kurang diberi penekanan. Gesaan TS Adenan nampak lebih tertumpu kepada pentadbirannya sendiri. Dengan media baru yang lebih telus dan bebas, terpulang kepada pihak berkuasa untuk respon pada setiap isu yang ditimbulkan. Nampak TS Adenan bijak kerana mahu memelihara persepsi supaya sentiasa positif. Dalam era digital, nampaknya TS Adenan di Petrajaya lebih ke hadapan berbanding bos serta rakan2 beliau di Putrajaya.
ReplyDeleteDalam reaksi terhadap kenyataan sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang meminta PAS lebih mengutamakan Islam dan martabat agama daripada politik sekiranya ingin bekerjasama dengan Umno, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membalasnya balik dengan menggariskan 6 perkara perlu dilakukan terlebih dulu oleh Umno.
Kata timbalan presiden PAS itu, semua perkara itu perlu dilakukan sebagai langkah menunjukkan kepada rakyat, terutamanya yang beragama Islam, kesungguhan Umno mendaulatkan agama itu.
Enam perkara tersebut ialah:
1. Najib hendaklah bercuti sehingga siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan Jabatan Audit Negara melengkapkan siasatan dan laporan terhadap 1MDB.
2. Menghapuskan cukai GST di mana ia bertentangan dengan Islam kerana mengenakan cukai kepada golongan miskin.
3. Mengurangkan pembaziran dan salah guna dana kerajaan dengan mengambil tindakan tegas berdasarkan laporan audit terbaru.
4. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan hidup berjimat kementerian sesuai dengan kejatuhan harga minyak dan kenaikan kos hidup yang kian melambung.
5. Menyiasat Yapeim dengan telus dan terbuka serta memastikan mereka yang didapati menyeleweng dibawa ke muka pengadilan.
6. Berhenti menganiaya Kelantan dan memulangkan royalti minyak dengan kadar segera.
Aduhh...betul-betul syarat potong stim yang diberi Tuan Ibrahim ini. Nak "kahwin" bagaimana dengan adanya syarat sebegini?
Bagi Najib keenam-enam perkara yang diminta Tuan Ibrahim mungkin lebih berat daripada syarat meminang Puteri Gunung Ledang untuk dipenuhinya.
Daripada keenam-enam perkara itu, tentunya yang paling payah untuk Najib memenuhinya ialah saranan bercuti sehingga siasatan terhadapnya berkaitan 1MDB selesai.
Ini kerana Najib ingin menjalinkan kerjasama dengan PAS ialah untuk kelangsungan lebih lama dalam hayat politiknya, manakala cadangan bercuti yang disarankan Tuan Ibrahim itu lebih bermaksud memendekkan nafas politiknya.
http://shahbudindotcom.blogspot.my/2015/12/jalan-gelap-menuju-umno-pas.html
Salam D Scribe,
ReplyDelete1 - Adenan ni jelas tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak
2 - Kalau adapun, dia pandai menyebunyikan pihak yang mempengaruhi dirinya
3 - dulu Adenan pernah jadi menteri Kabinet di KL, tapi tak pulak banyak cerita
4 - dia kuat membaca
5 - Dalam situasi politik tanahair hari ini, Jelas bercakap macam ada "balls."
6 - Adenan bukan dari Umno, maka parti terbesar negara tidak boleh mengarah beliau buat kenyataan ikut rentak parti itu
7 - Sabah jiran Sarawak. Tapi di situ ada Umno. Maka KMnya kenalah ikut arahan boss di KL
8 - komen2 yang dibuat Adenan menyentuh hari pengundi Sarawak. Bahkan, orang di semenanjung pun suka komen2 yang beliau buat
9 -Orang sini mungkin kata: "bila dan dekat dengan pilhanraya negeri, KM kenalah buat kenyataan yang menyentuh hati pengundi supaya dia dan partinya popular
10 - Adenan ni nampak sama acuan dengan Taib. Boss2 di KL tak boleh arah mereka sewenang-wenangnya.
Apapun, kita tunggu dan lihat. Kamek Sayang Sarawak!
PAHIT MANIS
Salam Dato,
ReplyDeleteSelalu Dato sebutkan fasal Pahlawan Bugis. Kebetulan baru2 ini sahabat saya ceritakan bahawa dalam masyarakat Bugis terdapat 5 jantina. Saya pun buat research dan mendapati berita itu benar dan menarik (Boleh di rujuk dalam Wikipedia,Youtube dan http://yayasanhajiabuukkusu.blogspot.my/.)
“Oroane” ertinya lelaki, biasanya jenis jantina ini maskulin dan mampu menjalin hubungan dengan perempuan.
“Makkunrai“ ertinya wanita atau perempuan. Mereka feminin, dan bersedia menikah dengan lelaki, mempunyai anak dan mengurusnya serta wajib melayani suami.
“Calalai” sebagai gender ketiga, ini perempuan yang berpenampilan seperti laki-laki, Calalai biasa juga disebut perempuan maskulin / tomboy
“Calabai” merupakan salah satu dari 5 jenis jantina dalam kebudayaan Bugis. Calabai adalah laki-laki yang berpenampilan seperti perempuan.
“Bissu”, sebagai gender kelima berbeda dengan 4 gender yang lain. Mereka adalah golongan yang disebut ‘bukan lelaki bukan pula perempuan’. Bissu atau kelompok orang orang mistik, dalam budaya Bugis mereka memiliki posisi yang sangat penting. Pada setiap upacara adat Bugis, mereka bertindak sebagai ‘pendeta’ atau ‘pemangku adat’. Mereka masih menjaga teguh tradisi dan peranan serta kebiasaan turun temurun nilai-nilai budaya bugis klasik dan diilustrasikan sebagai manusia setengah dewa yang mempunyai kekuatan Supranatural. Mereka memanfaatkan hubungan dengan dunia ghaib dan bertindak sebagai mediator dari roh yang memasukinya.
Bissu yang konon dalam tradisi adat dan budaya Sulawesi mendapat tempat terhormat dan seringkali dimintai nasihat ketika “persetujuan tertentu” dari kekuasaan dunia batin (spiritual) diperlukan.
Si Pahlawan Bugis Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone jatuh dalam kategori jantina mana?
Mengikut pengikutnya, ianya dipilih tuhan dan suci daripada segala dosa.
Bissu mungkin ke?
Sebab itu kot orang Melayu yang ada mentaliti feudal dan percaya kepada tahyul menganggapnya sebagai suci dan perlu di patuhi tanpa syarat.
Tetapi bagi orang Melayu si Bisu adalah orang yang tak boleh bercakap…mungkin itu sebabnya fasal RMM2.6 Billion ia tak boleh bercakap dan disuruh Si Calalai dan Si Calabai saja memberikan penjelasan.