A Kadir Jasin
LAGI berita buruk untuk Melayu, bangsa terbesar dan termiskin di Malaysia, menjelang pembukaan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 yang akan dirasmikan oleh Presidennya, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, esok.
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Masalah ekonomi terus menekan.
Hari ini,
Khairy: Betul berani atau dia pun kembiri? |
Hari ini juga, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dalam kad laporan keduanya mengenai agenda ekonomi Bumiputera
berkata, banyak cabaran dalam usaha mencapai matlamat 30 peratus pemilikan
korporat oleh Bumiputera menjelang tahun 2020. Pegangan korporat Bumiputara kini sekitar 22 peratus sahaja.
Banyak lagi berita buruk
mengenai Melayu dan Umno. Melayu dipandang begitu rendah sehingga seorang India
tempatan bernama (Tan Sri) Kenneth K. Eswaran berani memberi amaran kepada bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden Umno (Tan Sri)
Muhyiddin Mohd Yassin agar jangan cuba menjatuhkan Mohd Najib menggunakan taktik
yang mengganggu gugat kestabilan negara.
Eswaran: Kawan akrab keluarga Mohd Najib |
Mohd Najib Menggoda PAS
Satu lagi berita buruk bagi Mohd Najib adalah percubaan beliau menggoda Presiden PAS, (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, agar berkongsi ranjang dengannya sudah mula ditendang oleh banyak pihak di dalam PAS.
Dalam temu ramah dengan media arus perdana (MAP) yang disiarkan pada 8 Disember, Mohd Najib berkata, ada tanda-tanda yang PAS semakin menerima baik cadangan kerjasama Umno-PAS menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.
Percubaan ajak PAS kongsi ranjang |
Dengan Umno dalam keadaan lemah dan parti-parti BN, kecuali di Sarawak, terus ditolak oleh pengundi bukan Melayu, Mohd Najib memerlukan PAS untuk memperkukuhkan sokongan Melayu.
PAS pula kehilangan ramai pemimpin berwibawa dan berfikiran terbuka apabila golongan agama menang besar dalam pemilihan parti awal tahun ini. Sebahagian mereka keluar PAS dan menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GBH).
Penolakan ini bukan terhad kepada akar umbi PAS saja. Akar umbi Umno pun besar kemungkinan memberikan reaksi yang sama kerana selama ini merekalah berperang habis-habisan dengan PAS di peti undi.
Mohd Najib Kuat Tapi Takut
Walaupun Mohd Najib telah memperkukuhkan kedudukannya dalam kerajaan dan parti, beliau menghadiri PAU kali ini dalam keadaan sangat takut.
Sejak beberapa bulan lalu, tanpa segan silu, beliau telah menggunakan saluran politik, legislatif dan eksekutif untuk membolot kuasa dan mematikan penentangan.
Dalam arena politik, beliau telah memecat penentang-penentang dalam Umno. Melalui kuasa eksekutif beliau menggugurkan Muhyuddin dan (Datuk Seri) Shafie Mohd Apdal daripada Kabinet.
Beliau menggunakan kuasa pentadbiran memecat kakitangan awam yang disyaki tidak menyokong beliau dan menggantikan mereka dengan orang pilihan.
Tetapi beliau tetap takut hatta kepada ahli partinya sendiri. Kerana ketakutan beliau itulah perhimpunan yang sedang berlangsung sekarang berupa yang paling terkongkong dalam sejarah Umno.
Isu berkaitan 1MDB dan derma/sedekat RM2.6 bilion yang beliau terima tidak boleh dibangkitkan. Perwakilan, resolusi, pembentang resolusi, pembahas dan pemerhati disaring, ditapis, diberi indoktrinasi dan masa perbahasan dipendekkan.
Kalau segala syarat itu dipatuhi, maka yang hadir persidangan kali ini adalah kembiri. Yang lelaki menderita koro dan perempuan dingin (frigid).
Tetapi kadang kala, kambing kembiri (kambing yang dikasi) pun kalau terkepung atau diacah akan melawan.
Jadi apakah akan ada pembentang ketetapan dan pembahas yang tidak berjaya dikasi “anunya” akan bangkit membahaskan dua isu yang diharamkan itu?
Ditakdirkan semua pembentang ketetapan, pembahas dan perwakilan sudah dikasi atau dikunci “anunya” atau sarang mereka sudah diisi telur emas, maka jadilah PAU kali ini persidangan satu agenda, iaitu sokong Presiden.
Sekali gus jadilah kepemimpinan Umno kumpulan manusia hipokrit, tanpa hati nurani (conscience) dan tanpa prinsip.
Wallahuaklam.
Salam dato,
ReplyDeleteSelamat bersidang seperti setiap tahun sebelumya...semua elok belaka.
Seperti biasa,transformasi ekonomi berjaya,yayaya; tranformasi sosial berjaya yayaya; transformasi politik berjaya yayaya; ekonomi negara bagus yayaya;semua KPI tercapai dengan jaya dan cemerlang yayaya;yahooo kita pandaiii!.
Hasil semua itu, dibumi luar sikit dari pintu PWTC ialah bertambah bilangan orang orang yang susah dan pedih kehidupan harian.
Bukan bukan bukan; sebenarnya telah bertambah yang kaya jadi kayaraya, yang susah sikit dah bertambah kaya,yang kayaraya menjadi biliana bilaiana..yayaya yayaya,betul betulbetul, kita pandaiiiii, yahooooo...!
Hidup melayu!, hidup melayu!,hidup melayu!... hidup sengkek pun takpa la no..
Asaikan kuat pekik dan jerit jadilah ya no..
Abu Bakar Ab Rahman
Assalamualaikum DAKJ
ReplyDeleteSebagai ketua cawangan, saya tidak merasakan sokongan dan persetujuan 3,000 orang perwakilan di pau mampu menyenangkan hati dan membangkitkan keberanian presiden. Angka 3,000 berbanding dengan 21000 ketua cawangan atau 3 juta ahli adalah tidak signifikan hatta untuk memenangi pemilihan dalam parti sendiri. Bagaimana mahu menang pilihanraya jika sokongan dalam parti sendiri pun dipertikaikan kepaduannya. Kuatnya Presiden kerana kuasa yang digenggam sedangkan pengaruhnya semakin malap dan terhakis. Sebagai seorang yang dikenali dengan jenama playsafe dan tidak pernah tersingkir dalam mana2 pemilihan, najib tidak mahir menangani cabaran dan tekanan terbuka daripada tokoh2 seperti Tun Mahathir, TS Muhyiddin timbalannya dan suara akar umbi yang diluahkan oleh ketua2 cawangan tanpa menggunakan kuasa yang ada. Lebih banyak kuasa yang diguna untuk menyisihkan kritikan, lebih menipislah pengaruhnya. Tanpa pengaruh yang cukup, tidak ada makna untuk seorang ahli politik. Maka jalan terbaik cuma satu, undur najib.
Pakcik kenapa buat gini... sedaq tak sedaq pakcik bagi ruang untuk melayu lingkup... kubuq kata mai... buatlah yang pekdah sikit dari nak menjahanamkan orang... tak sedaq lagi ka?
ReplyDeleteMemang sesuai ditujukan kepada Najib.
DeleteTeori RAHMAN kalau 3-4 tahun lepas kita bersungguh katakan ianya bukan 'teori' yg menamatkan pemerintahan UMNO-BN tetapi sekarang nampanya TEORI RAHMAN seakan WAJIB berlaku andai PM NAJIB terus berkuasa dengan disokong 'rebah' oleh Ketua2 Bahagian UMNO dan Pak2 Menteri lantikan beliau yang semuanya tidaklah sampai 250 orang.
ReplyDeleteNASIB kita seperti ditentukan 250 MANUSIA ini sahaja ???? TIDAK, maksima 3 tahun saja lagi, lepas itu bersedialah dipencenkan ramai2 :)
Salam Datuk
ReplyDeleteA lot of hot air coming out of pwtc today.
Semuanya sandiwara belaka.
Next week they will remove their songkoks and selendangs and go back to their normal lives. The rakyat's plight will be the furthest thing in their minds.
Salam Tok...
ReplyDeleteSAYA melihat Khari Jamalludin yang bakal ganti Najib
Musa hitam
Ghafar baba
Anwar Ibrahim
Tiga Timbalan gugurkan Dari melangkah ke PEJABAT PM
ZAHID HAMIDI jika termampu besabar dan taat mungkin sampai lagi 10 tahun
HANYA KUASA ALLAH NAJIB BOLEH TUMBANG
Akta MKN... JIKA saya jadi Perdana MENTERI ini akan saya guna kan untuk lindungi saya dari Isis politics malaysia..
Saya berjaya Dalam tekaan bahawa PaK Lah jadi PM
Saya yakin next will be Khairi Jamalludin..
Najib suka Muhyiddin bantu sangah beliau
Najib suka tun sangah beliau
Yang menarik semua KETUA UMNO BAHAGIAN laku dan dan kena kepung..
Zaman pak lah... KETUA BAHAGIAN jadi hampas kerana PaK Lah menang Besar
Terima Kasih Mahathir dan Muhyiddin ...
Kerana kamu kami semua di hargai
Salam
Salam Datuk AKJ.
ReplyDeleteMaybe it is time melayu buka lembaran baharu, tinggalkan kenangan-kenangan lama semenjak 1946 nostalgik macam mana pun ia melayu need to move on, sedia untuk berubah, jangan diulit kenangan lama sehingga setia membuta tuli kepada seorang yang bertopengkan pemimpin sebenarnya dialah perosak dalam tubuh.
Dare to change dare to be different wahai bangsa melayu demi masa depan anak bangsa. Sokongan yang membabi buta hanya kerana habuan dan perlindungan daripada tuan presiden tidak akan menjamin kesinambungan martabat anda kekal sampai bila-bila. Sokongan begini bakal membawa rebahnya bangsa anda tidak lama lagi. Melainkan anda mahu dan berani mengubah keadaan. Don't go with the flow just because it's safe. Fight the rapids - your trophy awaits.
Terima kasih Datuk.
Teori RAHMAN terkini:
ReplyDeleteRamai Akan Hidup Menderita Akibat Najib
Saya dibesarkan ketika UMNO menerajui negara, ketika tahun 80an saya disekolah rendah, pada waktu itu hidup penuh kepayahan dan kini usia sudah menjangkau 40an. Dulu setiap kali PAU saya amat teruja untuk mengikuti perkembangannya. Namun kini saya hilang keterujaaan itu malah tiada yang istimewa disebabkan sikap pemimpin sekarang yang amat mendukacitakan. Apa yang saya nampak pemimpin yang ada hanya berkepentingan politik semata-mata. Membela nasib bangsa, agama dan negara hanya penyedap telinga untuk masyarakat yang terlalu akur dengan pemimpin.
ReplyDeleteSalam Sdr Kadir, I hope that the issue of 1MDB,2.6 billion donation,the high cost of living,and high unemploment will be addressed by the DS TS Najib.
ReplyDeleteSo much asymetric information given lack of crediblity and worst is the effort not compliance to proper national governance.
For TS mahyuddin and Dr Mahathir, plese reveal the information that has evidential value,so that the truth will prevailed.
So much unhealthy politically that is detrimental to Malaysia as a whole.I rest my case Sdr Kadir
no wonder the malaysians are tired of political wilderness.
ReplyDeleteIn the Sundaily dated Tuesday, 8 Dec. 2015 Finland is proposing to give equivalent to BR1M or rather BR1F Euro800 a mth to each of its citizens in 2016. That is equivalent to RM3,880 per month.
This is from their astute investments in their natural resources and corruption-free administration.
Najib is way cleverer...he gives BR1M from the GST...so, its from the people....clever weasel.
Kadiag, salaam.
ReplyDeleteSemoga hang sehat2 saja.
Tulihsan hampa (temasok 'pembahaih') banyak yg baguih2. Semuga juruih pada 'anjoran' firman Allah S.W.T. dlm ayat 70 dan 71, suroh al 'Ahzaab yg lebih korang marfhumnya macam ni...
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara).
Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan."
dari www surah.my/33.
Aku tao hang orang lama sorat habag memang teliti dlm pilih kata2, tapi hang pi lebel geng2 yg dlm PAS laani sebagai 'golongan agama', hang macam kata yg lain tu: macam Ust. Ahmad Awang, Hj Mohamad Sabu, anak Pak Usop Rawa, anak almarhum Ust. Fadzil dll. bukan 'golongan agama', pada hai pada aku la, dan aku percaya ramai yg lain, depa ni tak korang 'iktikad agamanya.
Aku juga insap dlm rencana2 pendek, payah nak elak lebel melebel. Namun para penting lebel melebel yg orang laa ni kata tepat dan jitu, aku rasa la satu 'kemestian'. Benda ni, besa juga ditekan di zaman moden ni, misainya oleh mendiang John Lennon, dlm lagu 'when I'm sixty four':
"...send me a postcard,
drop me a line....
statin' poin' o view,
indicate precisely wot you mean to say,
yours sincerely, wastin' away...".
Mintak maghap banyak no.
Wa sallam.
Aku
salam dato kj,
ReplyDeleteI hv tried 2 reconcile both ds najib n tun m but hv failed.tun m has mention 2 me that he has passed that stage. nevertheless I hv not given up hope.
I hv also been in communication wth y a bhg dtn sri rosmah. the latest is my plea below
"salam ikhlas y a bhg dtn sri.
sungguh pun sya masih berkecuali dlm sengketa d antara ds najib dgn tun m, sya masih lagi menyokong kepimpinan ds najib. melalui dtn sri sya merayu agar ds najib kekal dgn pendirian utk tidak mengecam tun m secara terbuka. ini adalah sifat yg amat terpuji. jika tun m d kecam n d malukan d hadapan khalayak ramai, sya secara peribadi terpaksalah menilai semula kedudukan berkecuali sya.i pray that ds najib wil stay strong. wassallam.d Rahman"
sya tlh mendpt respon drpd dtn sri yg tidak bolih sya kongsi bersama tanpa kebenaran beliau.
jawapan balas sya
"yg a bgh dtn sri, I hv done my part n wil contd 2 do so. my plea is that ds najib shld exit PAU as a statesman n win over d heart n soul of d delegates.salam. Rahman."
kita semua bukan ma'nusia maksum (termasuk ds najib n tun m) n tidak terlepas drpd membuat kesilapan. yg penting nya ia lah kita harus akur tentang kesilapan n mencari jln utk 'manage it'. pengalaman tun m serta kepintaran nya utk menyelesaikan masaalah sepatutnya d guna pakai. peluang ke emasan ini tlh berlalu. amat sedih sekali.
salam and good day,
ReplyDeleteWhy TSMY did not attend the opening speech by DSNR???
Dont be too soft-spoken, at least die in honour rather than die by leaving a massive wealth but people PISS & poo at your grave
everyone will experience death...do i need to explain it further??
usually i dont talk much, we need a critical thinking action here
HH
Datuk.
ReplyDeleteWho is this monkey "(Tan Sri) Kenneth K. Eswaran"?
Datuk.
ReplyDelete"Semua perkembangan ini tidak membantu meyakinkan orang Melayu di dalam dan luar Umno bahawa masa depan mereka terjamin dan bangsa Melayu dihormati di bawah kepemimpinan Mohd Najib."
1. UMNO asal untuk memperjuangkan hak Melayu sudah mati.
2. 3 juta Melayu dalam UMNO membunuh perjuangan Melayu. Terima kasih UMNO.
3. Jangan salahkan aku mengundi UMNO selama ini sebab aku bukan musuh dalam selimut.
4. Ya, sebenarnya aku lah musuh dalam selimut selama ini. Puas hati.
5. Aku sudah bakar selimut, supaya kamu nampak siapa musuh kamu yang sebenar.
Datuk.
ReplyDelete1. Dalam PAU, wakil berapi-api dan bersemangat sebab semua hipokrit.
2. Diluar PAU, orang UMNO tidak angkat muka bila bercakap dengan orang biasa.
3. Kita bukan mahu tanya apa-apa pun, terus saja menjawab "kami sokong President sebab zaman Tun M pun dia kena sokong". WHO WANT TO KNOW?
4. Angkat la muka bila cakap dengan orang lain...itu adat orang yang Melayu.
5. Dimana bolih dapat telur emas yang Datuk cakap tu? Mau juga merasa sebab sudah bosan makan telur ayam dan itik.
DAKJ, semua kini nampak semakin jelas UMNO seperti yang tertera di baju kemeja mereka dan lain-lain bahan promosi, 69 iaitu keluarga tunggang terbalik. Maklumlah, untuk belayar pun mereka patuh arahan nakhoda "KEMBANGKAN LAYAR, LABUHKAN SAUH". Jadi, apalah lagi yang boleh diharapkan daripada pucuk pimpinan dan perwakilan Untuk Mohd Najib Only tu...
ReplyDeleteSalam Datuk....ni dengaq cerita puak puteri umno pi shopping kat Bkt Bintang dgn baju pink depa.. .terkejut beruk bila depa di boo dan dicaci serta di hina.Makna kata kat luar dewan tu org ramai terlalu benci wajah wajah umno.Kalau macamtu org dah x mau umno lagi....orang dah benci perangai umno tapi depa x sedar lagi....dok dlm dewan dok kata hidup melayu...hidup melayu.
ReplyDeleteDAKJ
ReplyDeleteAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Wallahi Wabillahi Watallahi..saya merupakan salah seorang Perwakilan UMNO yang turut serta mendengar Taklimat Tertutup oleh Presiden UMNO iaitu DS Najib Tun Razak pada 8hb Dis 2015 jam 9.00 mlm dalam Dewan PWTC sebentar tadi..Majlis taklimat tertutup terlebih dahulu dimulakan dengan ucapan oleh Dato' Ahmad Maslan selaku ketua penerangan UMNO Malaysia..dlm ucapan DAM beliau meyakinkan para perwakilan sebentar lagi Presiden Parti akan mengupas dan menjelaskan semua isu berbangkit yang menjadi bualan utama rakyat khususnya isu 2.6b dan 1MDB..MALANGNYA..MALANGNYA..
MALANGNYA..ucapan DS Najib lbh kepada menghentam Tun M berbanding menjelaskan isu..paling menarik DS Najib juga menyelar TSMY kerana mengadakan perjumpaan di Kelab Sultan Sulaiman, DS Najib dengan suara lantang berkata " kalau nak berucap ini medannya" ( merujuk PAU sebagai platform dan saluran yg betul utk bersuara) .. agak lucu krn DS Najib tahu yg TSMY tlh dihalang dari menyampaikan ucapan dlm PAU kali ini..NAMUN sesuatu yang menarik ialah ketikamana DS Najib menjelaskan tentang isu 2.6b..jika di amati..hanya 9- 10% shj perwakilan bertepuk tangan bersetuju dan menyokong DS Najib dlm isu ini manakala hampir 90% perwakilan tdk bertepuk tangan dan berdiam dgn wajah yang amat keliru..begitu juga ketika DS Najib menjelaskan isu 1MDB..majoriti besar perwakilan dlm dewan tersebut hanya diam seolah tidak dpt menerima penjelasan dari DS Najib..apatah lagi DS Najib ada menyebut bahawa rakyat tidak bertanya dan berbincang pun mengenai 1MDB, Tun M saja yang asyik melalak dlm isu 1 MDB..ada kelompok kecik yang menjerit meminta Tun M dan TSMY di pecat manakala ribuan perwakilan yg lain memberi reaksi sebaliknya..ini merupakan petanda jelas bahawa sebenarnya dibenak hati pemimpin2 UMNO diperingkat akar umbi juga tlh hilang keyakinan dgn DS Najib..dari raut wajah perwakilan ternyata mereka bimbang dan gusar utk menghadapi PRU 14 jika DS Najib masih mengetuai BN bagi mengemudi bahtera yang bakal hadapi cabaran besar dlm next General Election..esok pasti suasana akan menjadi semakin hangat jika TSMY hadir dlm persidangan..Para Perwakilan mgkin akan meluahkan dan memberi reaksi sebenar apa yang berada dibenak hati mereka..Semoga Allah SWT memelihara parti keramat ini dari terus dipimpin oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah..PAU kali ini mgkin menjadi titik tolak utk UMNO lbh berani membuat perubahan demi kabaikan Agama Bangsa dan Tanah Air..- Qulilhaq Walau Kana Murron.- Wassalam .
" beliau menggunakan kuasa pentadbiran memecat kakitangan awam yang disyaki tidak menyokong beliau dan menggantikan dengan orang pilihan". Saya percaya ramai orang tahu kisah di felda di mane Najib adalah mentri yg menjaga felda. Ketika FGV nak diapongkan di Bursa, pegawai2 tinggi felda tidak bersetuju cara & kaedah penyenaraian kerana implikasi yg sangat besar kepada organisasi Felda & kesan pemilikan saham Bumi dalam felda holdings. Ekuiti felda dalam syarikat2 hiliran di bawah Felda Hodings adalah 49%, manakala ekuiti peneroka dan petugas (250,000 org ) adalah sebanyak 51% melalui Koperasi Permodalan (KPF). Isa Samad telah diberi kuasa mutlak utk meneruskan penyenaraian FGV. Atas arahan & persetujuan Menteri, pegawai2 tinggi yg membantah ditukarkan di JPM, dibekukan dalam peti sejuk. manakala KP felda ditukarkan ke Kementrian dan ditempatkan di Rome, Italy. Kenapa mesti hantar jauh? Kenapa ramai dibekukan & dipindahkan ke JPM???? KSN jadi tunggul. Mengapa membiarkan pegawai Kerajaan diperlakukan semata2 mahu memuaskan kehendak pemimpin dan kepentingan pihak tertentu. Sudah jelas Najib jadikan felda sebagai platform & bahan uji kaji. Apa yg berlaku sekarang kepada pegawai Kerajaan yg ditukarkan ke JPM & pertukaran pegawai sesuka hati adalah contoh yg berlaku di felda.
ReplyDeletePegawai yg dipilih Najib utk menggantikan KP felda akhirnya ditukarkan jugak ke JPM atas masalah disiplin. Kabar bertuip kencang pegawai ini terlibat dengan beberapa salah laku & siasatan SPRM. Jadinya, Najib memilih pegawai atas dasar tangkap muat dan akhirnya menjadi bahan cemuhan di kalangan warga felda & memalukan Mentri yg memilih.
Kes2 salah laku di felda menjadi perhatian & public figure berikutan penahanan reman pegawai tingginya. Entah kenapa ia senyap sehingga ini....
Apa yg berlaku di felda di bawah Najib, telah dengan sendiri memusnahkan matlamat Kerajaan strategi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumi. Pegangan ekuiti felda 49% & KPF 51% dalam Felda Holdings sudah berpindah tangan ke FGV yg sekarang jadi milik awam. Tanah estate milik felda seluas lebih 800 ribu ekar sudah dipajak kepada FGV. Syarikat2 gergasi milik penroka sudah dikuasai oleh pihak lain. Apa yg tinggal di felda di bawah Najib melainkan felda sedang menanggong bebanan hutang untuk menampong kos operasinya...
Bertempik bersorak orang felda mendapat dividen FGV yg tak seberapa. Isu felda di bawah Najib dan org kepercayaannya Isa Samad tidak akan reda & satu ketika akan terbongkar satu demi satu...bersiap sedia lah sang pahlawan utk hadapi kenyataan
Salam pagi DAKJ
ReplyDeleteHebat t.mahathir jadi pm xdpt pun derma rm2.6b walhal t.mahathir pm terlama dan trkenal dlm sejarah..
Daeng Najib terlampau hebat dlm masa 5 tahun jadi pm dah boleh dpt rm2.6b..
Habat dan melaratnya melayu..hanya tahu angguk dan geleng...maaf kata tidak nampak hati bertaut pada perjuangan yg angguk geleng...
Salam datuk,
ReplyDeleteKami sebagai rakyat marhaen setiap kali dilanda badai kenaikan kos hidup, hanya mampu mengurut dada dan hanya bersabar sehingga PRU kelak. Tp terfikir jugak apakah PRU kelak akan kekal menjadi PRU yg adil kerana kita sudah lihat banyak aspek eksekutif dan perundangan yg telah diganggu gugat oleh mereka mereka ini. Kepada Allah kami berserah.
Dan akhirnya, Dato' Kadir Jasin pun menukilkan rasa kecewanya yang amat sangat "...maka jadilah PAU kali ini persidangan satu agenda, iaitu sokong Presiden. Sekali gus jadilah kepemimpinan Umno kumpulan manusia hipokrit, tanpa hati nurani (conscience) dan tanpa prinsip."
ReplyDeleteFenomenon mengampu Presiden ini telah lama sejarahnya, sejak dari era Anwar sebagai Ketua Pemuda UMNO lagi dan semakin menjadi-jadi selepas Anwar disingkirkan Mahathir. Teruknya tahap hipokrasi kepimpinan UMNO sudah mencapai puncaknya di zaman Mahathir sehingga seorang sasterawan negara yang tersohor, Shahanon Ahmad tidak terperut lagi untuk membiarkannya sahaja lalu beliau sanggup mencemar nama menulis novel dengan tajuk yang amat memualkan, "SHIT" selari dengan jijiknya tingkahlaku mereka.
Bijak pandai telah berkata bahawa sejarah akan berulang. Kehancuran kerajaan Melayu Melaka adalah kerana berleluasanya amalan korupsi, nepotisme dan kolusi. Hailnya ialah penjajahan bumi Melayu sejak awal abad ke-16 hinggalah lewat pertengahan abad ke-20, iaitu kira-kita empat setengah abad lamanya. Penjajahan bentuk lama itu hampir pasti tidak akan berlaku dalam zaman moden ini, tetapi penjajahan ekonomi dan minda akan pasti berlaku. Penjajahan bentuk baru ini jauh lebih sukar untuk dirungkai belenggunya kerana tidak ada konsep atau idea yang boleh diolah untuk dijadikan mantra penyatu membakar semangat perjuangan apatah lagi kita secara tidak sedar sedang menganuti konsumerisme yang sememangnya serasi dengan penjajahan ekonomi.
Hanya tinggal satu pilihan: bangkitkan kesedaran massa Melayu bahawa Najib dan sekutunya tidak boleh terus diberikan kepercayaan untuk menerajui negara ini kerana mereka membawa terlalu banyak bagasi. Bagaimana caranya? Aku pun tak tahu.
1.Terima kasih pembahas “shoq shock” atas "laporan" penerangan tertutup oleh Presiden Umno merangkap Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat Antarabangsa 1MDB.
ReplyDelete2. Di luar dan luar dewan, perwakilan wajib bertanya dan menggesa:-
i. Siapa Arab yang sangat kaya dan pemurah itu? Ikut dongengan, ada dua orang bukan seorang.
ii. Apa sumber kekayaan dua Arab yang pemurah itu? Kita takut duit mereka duit haram dan PM kita digunakan untuk bersih wang haram.
iii. Minta Presiden nafi dengan nama Allah yang duit RM2.6 bilion itu bukan daripada SRC International, sebab kalau itu duit SRC International, ia adalah duit yang dipinjam daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (duit pesara kerajaan).
iv. Minta Presiden nafi dengan nama Allah yang duit RM2.6 bilion itu bukan duit 1MDB dan bukan duit SRC International.
3. Adalah sangat bahaya apabila Presiden/PM buat macam-macam helah dan bagi macam-macam jawapam yang bercanggah ke atas isu yang sama – 1MDB dan “derma” RM2.6 bilion.
4. Lagi bahaya KALAU (KALAU) Presiden/PM bertindak seperti “zombie” yang terbit waktu malam ke hulu hilir bersendirian mencari tempat melepaskan sebak di dada.
5. Kalau berasa perlu kutuk Dr Mahathir, Muhyiddin, Shafie dan sesiapa saja yang bertanya mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion kerana hendak ambil hati Presiden/PM silakan, tapi kebenaran mengenai 1MDB, RM2.6 bilion dan SRC International wajib dicari.
6. Kalau Presiden/PM di pihak yang benar, mengapa PAU kali ini begitu terkawal, tertutup, terpimpin, terkongkong dan sembunyi-sembunyi macam kawaq dan penyamun tarbus dalam gua?
Wallahuaklam.
Datuk.
ReplyDelete1. Ya. Orang orang UMNO. Kutuk la Dr.M. Kutuk la Dr.M sepuas puas hati kamu, orang orang UMNO. Kutuk la.
2. Hina la DR.M! Kamu orang UMNO, hina la Dr.M sepuas hati kamu.
3. I have nothing else to say.
GOOD BYE UMNO!
Salam Dato.
ReplyDeleteMaaf berkata...tidak perlu kita menyaran atau menyuruh org serupa ini menafikan kecurangan dan penipuan dgn nama Allah.
Kerana ini akan memudah cara untuk dia berselindung dgn berbuat demikian.
Org Munafik tidak pernah takut dgn Tuhan...sy percaya jika didesak pun dia tidak akan buat....kecuali dlm situasi nyawa terancam...itu pun belum 100% pasti dia bersumpah dgn nama Allah bahawa dia tidak mencuri atau menipu.
Dia serupa sahaja dgn satu hamba Allah diSg Buluh. Sebiji dlm bnyk segi.Cuma yg di Sg Buluh itu lebih 'Street Smart' dan kurang 'finesse'.
Tetapi dua2 serupa...kuat belit...dapat mikrofon terus jadi 'sewel' bercakap tanpa betfikir...ibarat tong kosong...Yg keluar dari mulut hampas belaka.
Sy keturunan Pahlawan Bugis..sy Mendengar...Melayu akan jadi Bangsat..Blogger Bangang dsb..dan hari ini dia berkata.."sy seorg gentlemà n"...hmm ada kualiti kah org ini?
Tetapi inilah hakikatnya Bangsa Melayu:
Ketua yg merapu dan just kompromi dan menyeleweng serta mempermainkan ajaran Islam pun ditatang dan disembah oleh Penjilat2 HZ.
Mana nya Yg dikata Bangsa ini hebat..bermaruah dan mengikut ajaran Islam?
Hatta...Dato sy rasa tidak perlu lagi kita suruh dia bersumpah dgn nama Allah menafikan kemungkaran yg dia telah lakukan...sebab sy percaya dia pasti boleh dan sanggup berbuat begitu.
Berbohong sudah perkara biasà sudah bersemadi didlm diri.
Yg terkedu nanti kita juga jika dia bersumpah dgn nama Allah..dan ini dpt mengelak dari dia mempermainkan ugama yg suci ini dan menjaga nama baik Allah SWT.
Wallahmuallam.
PAU dah jadi Perhimpunanan AmpU..
ReplyDeleteSalam dato,
ReplyDeleteThis is a reality of `malay politic' or malays in politic.
The events at PWTC until this weekend will `shock' even the `hardest willed' opponent with the `maximum hate' for this particular ethnic politic.
I consider `most things' are done by this weekend.
KIAMBANG BERTAUT, KIAMBANG BERBUNGA,KIAMBANG MEGEMBANG......back to square one.
Welcome 2016!. The red shirts are becoming more `malay' than chinese.
Alamak, CNY nanti nak baju colour apa?
Relax la dato..
Abu Bakar Ab Rahman
bro rahman jpc, it is guys like you that are making things worse. maybe you should just get lost in your effort to mend ties. you seem to know both, najib and dr m. yet here i am giving feedback on your crappy effort. you cant write what rosmah wrote? so why bother telling us you texted her in the first place? are you in some form of competition in a "playsafe and suck both side of the fences dry" or what bro?
ReplyDeleteand here's another feedback bro, regarding you hoping that najib exits the PAU as a statesman and win over the heart and soul yada yada yada. if you were a good guy, you would have mentioned to najib, that he'd lost the heart and soul about 2 years minimum bro. the honeymoon of having paklah getting lost didnt last. now, those that hated paklah, would love to have him back.
did you mention that? do you tell najib of what commentators' say about him? having the privilege and being in the right position to advise najib, you have failed, son. you are, in my eyes, none other than a turncoat. you cant be sure who's winning or losing so you stay in the middle. get lost bro. i have no respect for people like you.
sorry kadir if my comment is excessive but i have to say what i feel.
thanks.
SALAM KASIH DAN SAYANG
ReplyDeleteDAKJ,
Izinkan,
Sdr shoq shock terima kasih kami ucapkan..
What to do UMNO Malaysia have a DAM DAMN DUMB as its Information chief..
and a 'Zombie' as its Head who is still spinning...
What to do when his yacht is trying to sail while anchored!
HAHAHAHAHAHAHA
Semoga sdr AKJ sekeluarga dikawal malaikat dari 'iblis dan syaitan'
Alfatihah, aamiin
Salam dato,
ReplyDeleteThis is a reality of `malay politic' or malays in politic.
The events at PWTC until this weekend will `shock' even the `hardest willed' opponent with the `maximum hate' for this particular ethnic politic.
I consider `most things' are done by this weekend.
KIAMBANG BERTAUT, KIAMBANG BERBUNGA,KIAMBANG MEGEMBANG......back to square one.
Welcome 2016!. The red shirts are becoming more `malay' than chinese.
Alamak, CNY nanti nak baju colour apa?
Relax la dato..
Abu Bakar Ab Rahman
Salam Datuk AKJ.
ReplyDeleteDSN tak dapat mendedahkan siapa penderma Arab kerana sumber derma adalah duit haram daripada perniagaan haram seperti pusat casino dan nightclubbing, kemudian hasil mahsulnya disalurkan semula kepada akaun peribadi DSN untuk dibersihkan menjadi duit 'halal' yang boleh diguna untuk manfaat parti, pilihanraya, BR1M dan sebagainya. It is money laundering money Datuk. Sebab tu DSN tak boleh cakap. Dan penderma Arab tu pula adalah yang dekat-dekat dengan Jho Low jugak ie. rakan niaga Jho Low, depa-depa ni jugak yang ada kaitan dengan Riza Aziz sama-sama labur untuk buat filem ponographic material tu. Tak payah kita nak pening kepala dok mikir siapaaa penderma Arab ini sebab mereka ada kat situ-situ jugak dari kalangan Jho Low, Riza, Petro Saudi, IPIC tu. Dan rasanya Jho Low jugak salah seorang penderma itu. Bukankah beliau ini seorang ahli perniagaan dan juga philanthropist di kalangan golongan celebrity dunia beliau? Perniagaan yang depa buat itulah selain nightclubbing and judi bisnes, depa juga main saham dan forex. DSN hanya digunakan untuk pinjam duit Malaysia untuk dilabur dan dileburkan untuk perniagaan depa. Ada untung yang itulah dimasukkan balik ke akaun peribadi DSN untuk dicuci dan pandai-pandailah DSN nak manfaatkan untuk peribadi atau parti dsbnya.
Begitulah teori saya yang serba kekurangan ini. Cerita sebenar kemungkinan besar tak banyak lari dari jalan cerita ini.
Wallahua'lam.
Terima kasih Datuk Kadir.
p/s Benarkah dalam address pembukaan DSN pagi tadi di PWTC beliau tidak ada sebut nama /address Tun Mahathir Mohamad yang ada duduk dalam hall tu? Saya tak berpeluang mengikuti, hanya baca dari TMI saja. Kalau benar, hmmm biadap jugak ye DSN ini. Tak tahu adab.
Thanks again Datuk.
Thank you bro uhukekek....saya pun menyampah apa yg saudara rahman tulis...kalaulah betul dia ni kenal sgt dgn najib...kenapa tak nasihat dia apa yg berlaku...dia dan zainal tu sama jer...
ReplyDeleteDatuk.
ReplyDelete" Minta Presiden nafi dengan nama Allah yang duit RM2.6 bilion itu bukan duit 1MDB dan bukan duit SRC International."
1. Minta maaf Datuk, saya tidak setuju dengan cadangan ini.
2. Saya tidak mahu tahu hal-hal tentang pasal urusan antara manusia (Presiden-presiden UMNO/PKR/PAS atau Saiful atau Lim Kit Siang atau Bala) dan tuhan nya. Itu urusan mereka.
3. Kita ada undang-undang manusia untuk manusia. Selesaikan yang itu. Kalau salah masuk penjara atau hukum mati. Itu saja yang saya mahu.
4. PM Najib curi duit rakyat dari 1MDB dan SRC, itu yang kita tahu saja, yang kita tidak tahu, saya pun tidak tahu.
5. Tetapi ini yang saya tahu. Orang-orang UMNO, makan lah duit hasil curi dan rasuah. Bagi duit haram itu makan pada anak bini dan ibubapa. Kalau kamu tahu itu duit haram, kamu telan kitab al-Quran pun tiada guna nya sebab itu hanya kertas.
Datuk.
ReplyDelete"Siapa Arab yang sangat kaya dan pemurah itu? Ikut dongengan, ada dua orang bukan seorang."
1. Ada pun orang Arab itu ada-lah satu rekaan komersial sahaja macam 1MDB.
2. Kalau Datuk mahu, esok saya bolih lantik Datuk sebagai se-orang orang "Arab" dengan bersyarat selepas Datuk setuju "Commission" untuk jadi seorang "Arab" dan other terms and conditions dalam bentuk "legal documentations".
3. Masukkan duit haram ke akaun "Datuk" di-luar negara dan se-lepas tu "Datuk" kena "sedekah" duit pada saya, tax-free, approved by BNM.
4. Suruh Zahid dan MACC jumpa "Datuk".
5. Auta Bugis.
Salam Dato..
ReplyDeletePembetulan;
Ayat terakhir sy diposting atas.
Wajar dibaca ditulis..dan dibaca...
"..mengelak dia dari mempermainkan Ugama yg suci ini dan menghindar dia dari permainkan Allah SWT".
Maaf kerana Ayat awal kurang elok atau sedap dibaca ..bila mana menyebut perkara mengenai Allah SWT
salam sdr uhukekek,
ReplyDeleteit is yr right 2 criticize me. I hv tried 2 do my best. pls read my article that I published in eddy's blog 'just my thoughts' "sengketa ds najib dgn tun m -usaha ikhlas yg tak kesampaian" I published after getting d approval of both tun m n dtn sri rosmah.
d reason why I made d appeal was simply 2 remind ds najib's people not 2 go overboard in demonizing tun m. i sincerely hope datuk kj wil publish my response.
Rahman...ha..ha...u have to get approval from rosmah??...who is she untuk menentukan hala tuju negara...come on rahman....grow up
ReplyDeleteSalam jumaat kadir. Sorry for still posting comment on an earlier entry but i have to reply to rahmanjpc. Again bro rahman, if your intention is just to stop najib's camp from going overboard, you are confirming that you know of a conspiracy. Do tell us names? Interested in bloggers btw. But that is besides the issue. Do you really think the old doc gives a hoot about what them dummies you also befriend are saying? Why not grow a pair and aim higher bro. Why not you aim to tell najib to call it a day? You read this place and you read the comments section right? why not go a step higher and tell rosmah? You seem to be on a first name basis with her?
ReplyDeleteYour priorities are not right and cut out with the ikhlas thing bro. Maybe you are ikhlas in trying to help the old doc but you are not going to jeapordize your position for the even greater good. Again, grow a pair.
Sorry kadir and wont be leaving any more comments on this entry. Special shout out to bro red who seem to resonate on the same wavelength with me.
Salam kadir.
salam sdr red,
ReplyDeleteu may agree wth me that in any civilized society any private conversation 2 b made public shld get d consent of both parties. hope u understand.pls also read my response 2 sdr uhukekek 2day.tq.
salam sdr uhukekek.
ReplyDeletehope u hv read my article.
fyi I m a retired civil servant n happened 2 b in a position 2 contribute 2wards a peaceful resolution 2 d misunderstanding between both of them.
I think I hv tried 2 do my part. I m pekan born n had d opportunity 2 b d duty officer for almost 1 mth when tun razak underwent treatment in London n had also witnessed his sufferings. dtn sri rosmah does not know me personally. all our exchanges were done thru sms.
I hv met ds najib only 3 times n I doubt whether he remembers me personally.
I hv d highest respect 2wards tun m n wil do anything 2 perpetuate his positive legacy.
I hv nothing 2 gain by undertaking this effort. I do it 4 d love of race n country.
u must b quite close 2 dato kj by d way u address him. I do not know him personally but we used 2 sit in d board of bernama in d mid nineties when I represented mof. I don't think dato kj remembers this.by d way may I know yr full name? my full name is dato hj abd Rahman b hj mohd noor.
my personal hope is 2 reconcile both of them. granted mistakes hv been made n if anyone is found guilty, let d force of d law come hard on them.tq.
Assalamualaikum DAKJ
ReplyDeleteMohon mencelah tentang kisah yang dibawakan oleh rahman_jpc. Janggalnya kerana sumber dari pihak Tun Mahathir adalah secara terus. Sebaliknya yang dikatakan dari pihak Najib adalah jawapan yang diberikan oleh Rosmah. Tidak ada sepatah perkataan pun yang bersumberkan Najib secara terus. Jadi usaha yang dibuat memang tidak kesampaian dari awal kerana gagal mendapatkan Najib secara bersemuka atau melalui telefon secara terus. Dari situ pun khalayak dapat menilai budi pekerti politik Najib dan isterinya.
Apa pun tahniah atas usaha yang tidak kesampaian itu.