Thursday, December 03, 2015

Pelik, Satu Umno Takut Kepada Seorang



A Kadir Jasin

PENAFIAN hak Timbalan Presiden Umno, (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, merasmikan persidangan Pergerakan Wanita, Puteri dan Pemuda di Persidangan Agung Umno (PAU) mulai 8 Disember ini adalah manifestasi mutakhir dua perkara.
 
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

1. Ketakutan yang semakin mendalam yang menghantui Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak dan konco-konconya.

2. Pemusnahan demokrasi, tradisi dan konvensyen Umno semata-mata kerana Mohd Najib dan konco-konconya tidak yakin terhadap sokongan perwakilan, pemerhati dan ahli parti kepada mereka.

Mereka yang besar bilangannya dan mempunyai kuasa yang luas ke atas jentera propaganda parti takut berdepan dengan seorang Timbalan Presiden yang tidak berjawatan dan tidak ada akses kepada jentera parti.

Mohd Najib ramai penyokong kenapa takut Muhyiddin seorang?
Saya mengenali Mohd Najib secara peribadi pada tahun 1977 dan Muhyiddin pada awal tahun 1980an.

Dalam tempoh itu, saya tidak pernah melihat Mohd Najib setakut sekarang dan Muhyiddin begitu ditakuti.

Realitinya, Mohd Najib tidak pernah berani atau tegas. Beliau naik kerana licik main selamat sambil dipimpin dan dilindungi oleh mentor-mentornya  – Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah dan, secara pseudo, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhyiddin pula bukanlah watak yang menonjol, lantang dan tegas. Dalam banyak hal beliau adalah “the second fiddle” (biola kedua).

Tetapi hakikat bahawa Mohd Najib dan keseluruhan kepemimpinan atasan Umno kini begitu takut kepada beliau amat menakjubkan.

Saya rasa Muhyiddin sendiri tidak boleh mengukur dan memahami mengapa tiba-tiba beliau begitu ditakuti.

Takut Kerana Salah...

Semua ini terjadi bukan kerana kekuatan Muhyiddin tetapi kerana kelemahan Mohd Najib.

Kedua-dua mereka bukanlah pemain catur politik yang hebat. Seperti majoriti penggiat politik Umno sekarang, mereka tidak mempunyai karisma dan “killer instinct”.

Mereka bukan dalam kategori mahaguru politik seperti Allahyarham (Datuk) Harun Idris, (Tun) Mohammad Ghazalie Shafie dan Tan Sri Syed Jaafar Albar serta Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar dan (Tan Sri) Sanusi Junid.

Dalam keadaan biasa, Mohd Najib dan Muhyiddin sama kuat atau sama lemah. Tetapi dalam keadaan sekarang, Mohd Najib nampak lebih lemah.

Oleh sebab itulah beliau memerlukan perlindungan daripada kepemimpinan atasan Umno dan jentera pentadbiran negara untuk berdepan dengan Muhyiddin.

Muhyiddin tidak cintakan PM lagi, sebaliknya...
Kita tidak perlu bertanya pujangga dan pendeta untuk mengetahui mengapa Muhyiddin dilucutkan jawatan kerajaan dan disekat daripada berkomunikasi dengan ahli parti di PAU.

Jawapannya satu sahaja. Muhyiddin mempunyai soalan-soalan sah (legitimate questions) mengenai hal-hal yang disembunyikan daripada ahli parti atau yang dibohongi kepada mereka.

Soalan-soalan mengenai 1MDB, SRC International, “derma” RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Mohd Najib dan pemecatan serta tindakan disiplin ke atas ahli parti yang mengkritik Mohd Najib.

Mohd Najib dan konco-konco tidak yakin bahawa penjelasan mereka kepada ahli Majlis Tertinggi, ketua-ketua bahagian dan cawangan serta ahli parti dalam perjumpaan-perjumpaan tertutup diyakini sepenuhnya.

Mereka takut soalan-soalan Muhyiddin dan ketua-ketua cawangan yang berani akan membuka mata perwakilan sehingga menyebabkan mereka mengubah pendirian.

Pokok pangkalnya Mohd Najib dan konco-konconya takut dimalukan. Mereka takut kena sorak, kena herdik dan kena sindir. Paling mereka takuti adalah Muhyiddin dan para pengkritik Mohd Najib akan mendapat tepukan gemuruh. Atau penunjuk perasaan di luar dewan membawa sepanduk mengenai 1MDB dan “derma” RM2.6 bilion.

Banyak Cara Lapah Harimau

Kalau Muhyiddin berazam dan beriltizam untuk mempertahankan demokrasi, amalan dan konvensyen Umno, beliau mempunyai banyak cara.

Dalam dunia yang dipacu oleh Internet, beliau masih boleh berkomunikasi dengan berkesan walaupun tidak lagi mempunyai akses kepada media arus perdana (MAP).

Lagipun, MAP telah hilang kewibawaan dan audiens kerana membiarkan diri mereka diperkuda oleh Mohd Najib dan konco-konconya serta kalah berulang apabila disaman oleh pembangkang.

Umno dan MAP sudah kucar-kacir. Justeru itu, adalah lebih baik bagi Muhyiddin bertindak di luar kerangka Umno dan MAP. 

Muhyiddin beri sokongan moral kepada pemimpin cawangan
Dalam konteks itulah kemunculan beliau di Ibu Pejabat Umno bagi memberi sokongan moral kepada sembilan ketua cawangan Umno dalam Bahagian Telok Kemang, Negeri Sembilan yang dihadapkan kepada Lembaga Disiplin petang semalam dianggap penting.
Soal beliau menjadi tunggul di PAU tidak timbul. Kehadiran beliau di atas pentas nanti akan menjadi tumpuan dan telahan perwakilan. Gerak-geri (body language) beliau akan dibaca, diulas dan dikupas.

Kalau kamera media massa dan telefon pintar tidak diharamkan di dalam dewan, pelbagai gambar dan teks akan tersebar di ruang siber menceritakan apa yang tersurat dan tersirat.

Sebaliknya, yang terancam adalah Mohd Najib dan konco-konco beliau. Silap-silap mereka tersepak tunggul, jatuh tertiarap, muka menyembah bumi, misai terkena lumpur dan mulut dimasuki pasir.

Wallahuaklam.

47 comments:

  1. Zalman A12:49 PM



    Salam Datuk,

    It has just been announced in Parliament by Zahid that there will no answer on the source of the RM2.6 billion.

    Hence, after close to five months, no Malaysian or Umno member knows:

    a) Where the money came from;

    b) How it was used;

    c) Where the balance is.

    Teuku Adnan and several others claimed the money was a "trust fund". If so, this has very serious legal consequences, because Najib is then a trustee. He must then account for every sen, or be in breach of his fiduciary duty. Most certainly, not one sen should have gone to any outside purpose (or outside the country.) The proceeds of a breach of trust are also an interesting subject.

    There's also this:

    Since Umno is a society in the form of a political party, it must be a registered under the Societies Act 1966.

    As such, Umno is required to submit an audited statutory annual return to the Registrar of Societies each year within 60 days after its AGM (annual general meeting) or if an AGM is not held, then within 60 days after the end of the calendar year.

    If the RM2.6 billion received was a political donation then it would have been included as income in Umno’s audited accounts for the accounting year in question (2013) and would also have been included in the signed-off annual return for that same year that was submitted to the registrar in the time frame allowed.

    Section 29 says members can request (a) a free copy of the last annual return or (b) can inspect a balance sheet or other document duly audited containing the same particulars as to the receipt and expenditure, funds and effects of the society as are contained in the annual return.

    Section 30 gives members the right to inspect the books of the society at the society’s registered office or at any place where the books are kept.

    Why don't some Umno members do a check. and see if the annual return submitted for the 2013 calendar year in which the donation was received does in fact show a figure for income in that period of at least RM2.6 billion?

    And if it does not, then Umno may have breached Sections 53, 54 and 54A and may be liable to face penalties for having furnished false information to the registrar and/or for misuse of money or property of a registered society.

    Serious consequences may follow, like fines, suspension, prosecution, restitution, de-registration and dissolution.

    Has anyone asked?

    Even TSMY, the Deputy President, didn't know about the "trust fund".

    Pelik betul, kan?


    ReplyDelete
  2. Zalman A12:53 PM


    Din Turtle expands on the same accounting point here:

    http://dinturtle.blogspot.my/2015/08/kes-derma-rm26-bil-najib-rakyat.html

    This should be required reading for Umno members.

    ReplyDelete
  3. Salam Dato AKJ.

    "Dalam dunia yang dipacu oleh Internet, beliau masih boleh berkomunikasi dengan berkesan walaupun tidak lagi mempunyai akses kepada media arus perdana (MAP)."

    Saya setuju.
    TS Muhyiddin seharusnya merakam ucapan beliau dan sebarkan ke You-Tube dan blogger Pro Dr.M.

    ReplyDelete
  4. Perakaunan forensik da ckup utk jelaskan *pembodohan najib*

    ReplyDelete
  5. Zalman A3:12 PM


    Salam Datuk,

    Will Najib soon confer on himself certain powers that are rightfully vested only in DYMM YDPA?

    Today, he is trying to push through the NSC Bill, which will give him almost unlimited security powers. It is a hugely dangerous development for our country. More so, as the Act will confer legal immunity on him for anything that goes wrong in the exercise of the powers. The small NSC panel includes Zahid, IGP and Ali Hamsa. I think I need say no more.

    It is fundamentally wrong in principle that a person under investigation should be passing laws that can be abused to prevent him from facing justice. To give you a random example, this new Act would allow the MACC HQ to be stormed, all those inside to be detained, the building itself to be seized, and all with no legal remedy.

    It is quite horrifying.

    Najib is clearly prepared to rule by military junta if necessary, and his abuse of SOSMA, the Sedition Act and many others will pale in comparison to what he can inflict with the NSC.

    It is not only the Opposition or activists that are at risk now; he will use this to crush dissent in Umno and even the general rakyat. Can a rally among the disgruntled branch chiefs happen now? The sweeping powers given by the Bill will simply mean that we will reach the lowest common denominator - that anyone who opens their mouth against the regime will be crushed. The PM and his cronies will both ignore the law, and be above it.

    It is interesting that this proposed NSC Bill runs counter to Art.150 of the Federal Constitution:

    http://federalconstitutionofmalaysia.blogspot.my/2010/08/article-150.html

    As well as counter to Federal Constitution, Article 41, i.e. The Yang di-Pertuan Agong shall be the Supreme Commander of the Armed Forces of the Federation.

    Najib's NSC Bill is merely a crude and desperate attempt to corral the might of the armed forces as a proxy political tool.

    As simple as that.

    This attempt must not succeed.

    It will be a black day in our country's history if he succeeds.

    In this extraordinary situation, I suggest the following:

    a) Even if the Bill is destined to become law in 30 days after Parliamentary approval, the Conference of Rulers (collectively) should express that they do not endorse it.

    b) The Armed Forces should reaffirm that their loyalty is only to the Federation and the Yang di-Pertuan Agong, the Supreme Commander of the Armed Forces of the Federation.

    It is true that the Yang di-Pertuan Agong should act on the advice of the Prime Minister; but this is a situation that is unparalleled in our history.

    The Special Branch, MACC, Bank Negara, the A-G, the media, ordinary citizens, Umno members and even mere lawyers have all suffered from Najib's perverse desperation to cling to power when he clearly should step down or go on leave.

    Is this a Prime Minister who will give advice for the good of the country, or to save his own skin?

    I hope that whatever forces are going to (lawfully) remove Najib see it through to the end, and rapidly too. Because a dangerous tyrant is being created, and Malaysia is on the brink of ruin.

    There is no time to lose.

    ReplyDelete
  6. Salam Datuk,

    Dia orang bukan takut tetapi jentera pasukan Najib yang bersungguh sungguh mempertahankan Najib telah membuat ramai pemimpin UMNO terkedu seketika.

    Perjumpaan tertutup yang menhalalkan cara Najib telah membuatkan ramai pemimpin UMNO yang terhenti langkah melawan.

    Proses menghalalkan cara yang haram telah melengahkan pasukan penguatkuasa.

    Dan Pasukan Najib cepat bertindak melumpuhkan gerakan gerakan dalaman secara kecil kecilan sebelum ia menjadi besar dan tidak terkawal.

    Oleh itu, keadaan semasa UMNO telah menjadi status quo dan Sang Pencuri dapat terus bermaharajalela.

    Apa perlu kita buat:-

    Cara Pertama

    1. Pergi kepada MKT UMNO. Timbalan Presiden UMNO harus mengetuai mesyuarat khas ini apabila Najib ke luar negara.
    2. Sesiapa MKT yang tidak hadir, adalah jelas penyokong Najib Razk.
    3. Sekiranya ahli MKT yang hadir mencukupi, gantung sahaja jawatan Presiden UMNO.


    Cara Kedua

    1. Tulis surat kepada semua Ketua UMNO Bahagian oleh TSMY untuk adakan perjumpaan khas bersama Timbalan Presiden UMNO
    2. Jelaskan kepada mereka dan minta resolusi untuk gantung keahlian Najib.

    cara Ketiga

    1. Tulis surat dan jumpa semua Ketua UMNO cawangan di satu Majlis Khas.
    2. Jelaskan semua perkara berlaku.

    Apa apa pun tindakan di atas akan memberi permulaan momentum desakan dan tekanan kepada Pasukan Najib kerana mereka melakukan tugas zalim mereka memecat ahli tanpa mendapat tentangan sengit.

    Berilah tentangan supaya mereka tahu tentangan ini berpunca dari Najib.

    Terima kasih Datuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. GKCM kena buat rally aman bersama ahli2 yg tolak Najib semasa PAU nanti.

      Hantar juga memorandum kpd Majlis Raja2 dan MKT, suruh Najib berundur daripada semua jawatan.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Zalman A3:52 PM


    From Tun's blog today:

    "13. Explaining that you have more assets than the loans you have taken is not enough. Every cent of the money you borrowed must be accounted for. Where is the money from the Caymans? In what form is it? You said you saw it. Is it cash or accounts in bank books. Why did the bank say it doesn’t have the money? Which banks now have the money? Who is entitled to withdraw the money? What transactions have been made. If you say it is a secret, I have a right to say you want to keep the amount and the transactions secret. After all RM2.6 billion was secretly put into the private account of the PM.

    14. The rule is that when RM2.6 billion is transacted it must have the approval of the Central Bank. The money had moved in and moved out and resides God knows where. The Central bank must know. Yet report by the Central Bank on, I believe, the movement of the RM2.6 billion has been dismissed by the new Attorney-General.

    15. The Prime Minister says it is for UMNO. According to the Societies Act, UMNO must report all financial transactions. There is no evidence that it has done so. It is in breach of the Societies Act. UMNO was declared illegal in my time. The reasons were hardly serious. Now UMNO had not reported and not taken action to recover the money and report to the Registrar of Societies. What does the law say the Registrar should do?"

    See:

    http://chedet.cc/?p=1931


    ROS cari makan juga, ke?



    ReplyDelete
  9. Anonymous3:56 PM

    Salam Datuk

    I sincerely hope that this debacle will end very soon. It has already dragged on for far too long. But no matter how bad a thing is, we can get some positive from all of this. It exposes 2 other things which are also major issues;

    1. You are right. Both Najib and Muhyiddin are both not of the came calibre as Tun Mahathir and Tengku Razaleigh and all those you mentioned who are of their generations. I really can’t see who among those in UMNO now who have that sort of caliber, especially among the younger ones, people like KJ and Hishamudin. This is to me is a very serious problem. It seems that with each generation there is a lowering of the quality of leaders. The way these leaders behave during this whole debacle only exposes the kind of caliber they really have. I am really sceptical that people of these people can lead us successfully into the future even if UMNO and BN were to retain the government in PRU14.

    2. The episode also exposes how rotten UMNO really is now. I have never thought that it has become this rotten. It took them so long to muster enough courage and intelligence to really see what has happened and do the right thing. It has again taken the old guards like Tun Mahathir to take the lead. I just can’t imagine what it would be like if people like Tun and Tengku Razaleigh are no longer around. And again I am now very skeptical that this sacred party can really lead us into the future if nothing is really done to totally revamp it. But again who can take up the mantle and lead the charge? As I mentioned in para 1, there is just no more leader of such caliber and capability anymore.

    ReplyDelete
  10. Geng Mamak4:13 PM

    You really think Umno members are going to ask Najib ? You must be in Alice Worderland !

    ReplyDelete
  11. Salam dato,



    Bukan sangat penting isu takut atau ditakuti.


    Terpenting ialah BOLIH kah UMNO mempertahankan keahlian melebihi
    3 juta orang dan simpati pengundi bukan ahli UMNO untuk semua pilihanraya
    kecil atau umum,pemilihan lain lain ahli dan orang orang wakil dikampung,
    pekan dll..JKKK,ketua kampung,tok penghulu,tok sidang,ahli majlis perbandaran,pelawat sekolh,PIBG,pelawat hospital,AJK surau,AJK masjid dan pelbagai lagi kempulan kumpulan kecil orang orang didalam pentadbiran komuniti..


    Kelihatan kerajaan,UMNO dan mereka yang berkaitan SEDANG BERSUNGGUH SUNGGUH mengurangkan jumlah pengikut sama ada ahli atau yang bersimpati...


    Orang lain bersungguh sungguh menambah bilangan pengikut atau yaang bersimpati, tetapi geng ini sebaliknya.



    BAGUS LAH beitu. Teruskan lah usaha ini, INSYAAALLAH akan MUSNAH UMNO SEPENUHNYA...bukan perbuatan dan tindakan ahli ahli biasa seperti saya dan keluarga yang berusaha kearah itu,TETAPI TINDAKAN DAN PERBUTAN KETUA DAN PEMIMPIN PEMIMPIN yang kami hormati yang bersungguh sungguh kearah itu.


    Mereka ini sama ada `genius' atau gila,sasau atau mereng....pada pendapat saya,yang pertama itu bukanlah mereka.



    Lagi pun sebelum UMNO ada dulu ,dah ada melayu ramai juga yang dah cukup bodo betui dan miskin betui dah lama dah...kalau tak ada UMNO lagi pun,tak berbeza juga dengan suasana sebelumnya, KECUALI mereka yang dapat `makan minum' dari UMNO...ratus ka,ribu ka,juta ka,ribu juta ka dan sebagainya.


    NANTI kalau satu dewan `mogok' tak mahu masuk dewan mesyuarat macammana?


    Mana nak dipilih, malaun ka jemuan ka?



    Abu Bakar Ab Rahman.



    ReplyDelete
  12. Salam Datuk,

    Honestly, no matter how I try to hold on to my believe that there will be some people in UMNO that'd have the balls and guts to really iron things out and make those bad creases created by our (not mine ) beloved Prime Minister Najib goes away, and those whom would dare to voice out their sentiments towards what ever is happening right now --what Im seeing infact were more ass-licker than true to justice people crowding and cheering their scandalous Prime Minister.

    I have actually given up hope with our government ever since Najib took office. Added on with those juicy story about the controlling wife and her whims and fancies.
    There would not be any changes in the party because what moves the party ever since those nenek moyang days were the typical Melayu belief that the younger or the lower rank must respect the elder or the upper leadership. This BS mentality only applicable perhaps 40 years ago. Not now, not with people getting access to news and whatnots thru the www.

    By not wanting to change and holding on to the 'we-must-respect(afraid)-of- the -leader mentality -- the Melayu won't go any far.
    They will forever carry on their sheep-like mentality and the lion will forever acquire all the power without having to be afraid of those sheep objections. If sheep refuse to follow -- lion will quell them. Done.

    Some of new Malays like myself look at those who enter politics as scumbags racing their way to satiate their hunger for power and money. None other than that. Not because they want to really work for their rakyat. To us they don't give a hoot about what really happen for as long as their comfortable chair and income from various businesses gain from becoming a 'somebody' goes to their banks locally and abroad without any hitches.

    And perhaps there are those who really want to uphold their true leadership and perform their duties as the peoples voice -- but of course, in such a materialistic world now -- we all know those type wont make it far. And they will be the black sheep among the 'clean' whites.

    So, those write up and stories about something is being done to investigate any wrongdoings by some people and monies coming and going into thin air are all mere fairytale and would not ever reach to any conclusion that you, me and others would like to see, and hope to happen;because the lion has his contingent of sheep Baa-baaing behind his back.

    Just so you know, on how encouraging is Najib's reputations now -- an Indian and his Filipino colleague came over to fix my bicycle tyre commenting on his 'credibility' and on whats going in our country after asking me where I hail from. And like always Mahathir's name will top the chart.

    Now, who can deny that.







    ReplyDelete
  13. 46sekupang5:33 PM

    Nampak dalam kabinet DSN macam kena mandram saja.Betul-betul macam robot,hanya menerima arahan.Alahai apa punya puaka yang menimpa mereka?.Berubatlah yang mana elok.

    ReplyDelete
  14. panglimo potaseh5:50 PM

    Malang bagi sebuah negara yang dikepalai oleh ketua yang sentiasa dalam keadaan amat ketakutan, barisan pembantunya pula sentiasa takut dengan ketuanya.

    Habis bagaimana pula dengan rakyatnya. Malang seribu kali malang .. kalau keadaan dah sebegini rupa, apakah ikthiar kita .. takut pun ada .. kalau dah takut mana kita nak lari.

    ReplyDelete
  15. panglimo potaseh5:50 PM

    Malang bagi sebuah negara yang dikepalai oleh ketua yang sentiasa dalam keadaan amat ketakutan, barisan pembantunya pula sentiasa takut dengan ketuanya.

    Habis bagaimana pula dengan rakyatnya. Malang seribu kali malang .. kalau keadaan dah sebegini rupa, apakah ikthiar kita .. takut pun ada .. kalau dah takut mana kita nak lari.

    ReplyDelete
  16. Salam DAKJ
    Minta pencerahan statement dato' kat bwh. Xpaham maksud pseudo dlm konteks ayat tu?

    Realitinya, Mohd Najib tidak pernah berani atau teas. Beliau naik kerana licik main selamat sambil dipimpin dan dilindungi oleh mentor-mentornya – Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah dan, secara pseudo, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  17. Pompuan6:23 PM

    Yo DAKJ
    I wholly agree with you on why is Najib scared of Muhyiddin. My heart really goes out to Muhyidin. He's treated like a leper, a pariah and to quote him like a stump. Nak bercakap tak boleh. Can't imagine how he could be sitting beside Najib at the assembly when both are not on good terms.
    How could you feign everything is good and rosy between them when it is bad? It will be an uncomfortable four days and a torture to put on a face-saving grace.
    Apa yg Najib takut? Like you Ipun heran. Muhyidin's future in UMNO is gone the way I look at it. He wrongly calculated that he will get support from UMNO when he exposed Najib's involvement in IMDB. Could have fought him from within. Takkanlah tak tahu dalam UMNO ni tak boleh jadi hero. Orang anggap sebagai penderhaka. Dalam parti pembangkang, langsunglah terus dipecat.
    So far ya the 9 including Dr Mahathir, Pak Din and Shafie selamat. Bagus lah dalam MT meeting baru-baru inipun no one is sacked except that lady who described herself as scapegoat.
    But do you think behind-the-scenes are goings on to sack them at the end of the UMNO assembly. By the way things are coming along, it looks UMNO is heading that way. What do you thing Pak Kadir? Will this be a reality? Another cowardly act by Najib using UMNO assembly as the platform. Of course I don't agree to this as it will have repercussions on the party's future. But kalau you tengok party response towards Muhi's sacking as DPM macam takde apa-apa. Life goes on.
    Ikut natijah tu, okaylah Muhyi n co dipecat as it is made by by the UMNO delegates at the party's major event. Not Najib's wishes.
    Oh dear sir, when you meet Najob at the UMNO assembly, tell him please stop bragging about Tun Razak as his father. Anak I yg dua tahunpun tahu. Dia kalau tengok gambar Tun kat TV, akan menjerit itu Papa Najib. As a big fan of his, Najib can brag of anything especially his close rapport with Obama. But puleeze tak yahlah ckp all the time you anak Tun. Dindingpun dah bosan!

    ReplyDelete
  18. joe black6:37 PM

    Dato

    Tikus Tikus Biasanya akan takut pada Kucing...Seorang Kartunis pernah membuat persamaan DS Najib dengan Garfield?

    Grafield juga ikuti princip, you scratch my back I scratch yours. Tuannya dan Odie, anjing yang hidup serumah dengannya pun dengan senang dipermainkan olih Garfield.

    Kita semua berharap UMNO tak akan berubah menjadi Party Tikus Tikus yang hanya mencari habuan?

    ReplyDelete
  19. Kadiag, salaam.

    Apa habag ? Harap baik2 semoa no.

    Izin aku ulaih sikit apa yg Incek Zalman A tulih jam 12.49. Aku sedih sikit pasai dia pakai basa gomen, bukan basa Riao Johog macam yg hang kadang2 pakai. Ramai orang pati depa, terutama yg dari kampong2, dan bandag2 jugak, tanah2 rancangan, makcik2 munkin tak berapa paham. Teraih tuhlisan dia yg aku paham, macam ni:-

    1. Ada seken (‘second') bos depa umum di Palimen, depa tak akan bagitau dari mana tauke dia dapat RM2,600,000,000.!

    2. Sebelum tu, sambong In. Zalman, bos kecik sikit (dgn bebrapa orang lagi) telah pon pi kata duit tu kenun 'duit amanah', (trust fund). Kalu bos2 kecik ni cakap benag, maka tauke besag tu terikat dgn macam2 undang2 sebagai 'pemegang amanah' atau 'trustee'.

    Tulih lagi In. Zalman, kalu duit tu 'sumbangan politik', maka duit tu kena istihag la dlm akaun (yg di odit) pati bekenaan, iaitu akaun untuk tahun 2013. Jadi pi cek laa...ada istihag ka? betoi ka dak?

    Kalu tak dak, maka sumbangan politik munkin munkin macam biasa jadi politik sumbangan, sebab nampak macam tak akan ada tindakkan undang2 kpd yg tak cakap benag.

    Orang Indonesia kata tak dak 'pertanggungjawaban'... melainkan di mahkamah Robbuljalil, yg InsyaAllah kesan dia bulih belaku baik pon di donia maupon di aqirot.

    Orang dolu2 kata...hubaya hubaya.

    Maghap banyak2.

    Aku

    ReplyDelete
  20. berasiam7:56 PM

    Assalamualaikum DAKJ

    Nampaknya mohd najib semakin mencelarukan negara dengan ruu mkn yang dibentangkan secara tergesa2. Tidak hairan dia tidak memberikan respon terhadap gesaan majlis raja2 tentang 1mdb. Jika akta mkn diluluskan parlimen, pm akan berkuasa sama seperti presiden di usa, negara contoh yang dikagumi oleh mohd najib. Mohd najib seolah2 lupa bahawa dia tidak akan hidup lama dan/atau umno tidak selamanya berkuasa. Oleh itu jika kuasa yang lebih besar diperuntukkan kepada pm, bukan mohd najib sahaja yang akan menggunakannya untuk apa tujuan pun. Siapa pun yang menjadi pm akan berpeluang menggunakan kuasa itu hatta bukan orang umno malahan bukan orang melayu.

    Dengan pertukaran peguam negara yang begitu mendadak, kita juga tertanya2 siapa yang bertanggung jawab menyediakan draf ruu mkn ini. Adakah dalam tempoh yang singkat apandi telah menyediakan draf ruu mkn atau gani patail yang telah merangka drafnya sebelum ditukar? Jika apandi yang menyediakan draf ruu ini kita harus rasa lebih curiga tentang tujuan sebenar pemusatan kuasa pada perdana menteri melalui undang2 berkenaan. Apabila tun m membuat pindaan perlembagaan yang mengehadkan kuasa raja, secara langsung juga kuasa pm telah bertambah besar. Tanda tangan ydp agong tidak diperlukan lagi untuk kelulusan undang2 yang telah diperseujui oleh parlimen. Sekarang ini kuasa itu digunakan secara sewenangnya oleh mohd najib untuk menambah lagi kuasa yang diperuntukkan pada pm. Tidak ada halangan oleh mana2 pihak kerana majoriti di dewan rakyat (atau dewan najib) ialah penyokong najib. Jika bajet 2016 pun lulus, masakan ruu mkn ini tidak disokong. Perlukah gerakan massa digerakkan untuk memaksa bn membatalkan cadangan ruu mkn dan menolak najib?

    ReplyDelete
  21. Yangretibase7:59 PM

    Assalamualaikum,

    Sekiranya Mohd Najib berjaya membuktikan bahawa RM2.6 bilion itu sebenar-benarnya BUKAN wang yang berasal daripada milikan 1MDB sebagaimana yang diminta Mohd Najib membuktikannya oleh Tun Dr Mahathir, maka saya penuh yakin Mohd Najib berjaya membersihkan namanya sebersih-bersihnya.

    Maka sebagai natijahnya, Mohd Najib pasti akan dijulang tinggi sebagai seorang Perdana Menteri dunia yang paling dihormati oleh komuniti Internasional sehingga ada individu manusia yang ikhlas menghadiahi dia wang sebanyak RM2.6 bilion itu.

    Berbanding dengan Obama yang merupakan manusia paling berkuasa di dunia pun, Mohd Najib jauh lebih hebat. Ini kerana (setahu saya)Obama tidak pernah menerima hadiah wang daripada seorang individu walaupun sebanyak RM2 juta.

    Bahkan Rosmah Mansor, isteri Mohd Najib, lebih hebat daripada Obama kerana isteri Mohd Najib itu, kalau saya tidak silap, pernah dilaporkan menerima sebanyak RM2 juta yang dimasukkan ke dalam akaunnya.

    Semoga Mohd Najib berjaya membuktikan kebenarannya.

    Wassalam. maafkan saya kalau-kalau saya tersilap.

    ReplyDelete
  22. Suka sama suka8:00 PM

    Datuk.

    "Pelik, Satu Umno Takut Kepada Seorang"

    1. Melayu telah ditakut-takutkan olih UMNO sejak dari dahulu lagi, kononnya bangsa Melayu, agama orang Melayu, ekonomi orang Melayu dan Raja-Raja Melayu dan semua Haka-Hak orang Melayu akan pupus jikalau UMNO tidak memerintah.

    2. Dasar ini penting pada asal perjuangan bangsa Melayu untuk mencapai kemerdekaan. Seterusnya, kita harus berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin awal UMNO yang dapat mengisi perjuangan kemerdekaaan yang berjaya memuliakan bukan bangsa Melayu sahaja tetapi mendaulatkan sebuah negara kita, yang dipanggil Malaysia.

    3. Perjuangan ini jelas ada kelemahannya sebab asas dasar itu sudah memakan diri orang Melayu itu sendiri, hingga lah pada saat ini, orang Melayu tidak dapat keluar dari "Sangkar Emas" UMNO.

    4. Kita selalu dengar orang Melayu yang beragama Islam berkata "aku tidak takut pada sesiapa pun didunia ini, kecuali Allah". Betul ke kata-kata semacam ini? Betul ke orang Melayu takut sama tuhan? Mana ada orang Melayu yang beragama Islam di bumi Malaysia ini yang takut pada tuhannya....semua cakap bohong....dan pembohong macam lah juga Imam-imam besar dan kecil dari Masjid Negara, Masjid Putrajaya hingga di kampung kampung. Auta banyak.

    5. Kalau mau tahu manusia yang takut pada tuhannya, pergi tengok kerajaan seperti di Switzerland, Peranchis, Germany, England, Amerika, Belgium...bukan nya di Saudi Arabia, Iran, Egypt....jauh sekali la di Malaysia. Itu lah negara-negara Islam yang benar, bukan nya di Malaysia atau kerajaan PAS. Sorry bos!

    ReplyDelete
  23. adion8:02 PM

    I tot panglima bugis is scared of pahlawanita minang and not anak tok guru Johor...

    ReplyDelete
  24. Suka sama suka8:13 PM

    Datuk.

    INI LAH MALAYSIA!

    NEGARA ISLAM WASSABIYAH!

    Dulu ia dikenali sebagai sebuah Negara Islam Hadiri.

    Orang-orang Melayu yang sebangsa dan seagama, HANYA SATU SAJA ISLAM.

    Islam bukannya slogan, bukan Hudud, bukan hadiri atau wassabiyah. Itu Islam palsu.

    Islam yang betul dalam hati.

    Kalau mencuri, makan duit rasuah, makan duit anak yatim piatu, makan duit orang miskin, makan duit orang tua, menipu, membunuh itu Islam, maka Islam sudah tiada lagi di muka bumi Malaysia ini.

    Islam bukan agama orang Melayu sahaja.

    Tuhan berikan Haknya pada kita, orang Melayu, maka Dia bolih ambil Hak itu pada bila bila masa. Yang tinggal pada kita hanya tubuh badan atau jasad yang kosong sahaja.

    Sorry my brothers! We are not fit to be Muslims.

    Call ourselves anything we like, but not Muslim.

    ReplyDelete
  25. Salam Dato.

    Bila dia dah 'kantoi' seluruh jentera Parti diguna untuk menyelamat diri.

    Memang tidak masuk akal.... bila Timb Presiden Parti diperlakukan seperti 'Togkoi Kayu' semasa PAU nanti dan tidak dibenar bersuara.
    Sudahlah dibuang dari jawatan TPM...kini 'dikasi' pula oleh 'Pahlawan Bugis Celup' ini dan tentu disokong oleh ramai Penjilat2 Tegar.

    Perbuatan ini bukan lagi tidak masuk akal tetapi telah melanggar tata susila Parti 'decorum' dan tidak boleh dibenarkan atau dipandang ringan oleh semua ahli Parti dan Org2 Melayu.
    Ini adalah "Perbuatan Jahat.. Kotor... tidak Amanah dan Busuk'.

    Ini adalah klimak kpd segala perbuatan jahat dia dan tidak boleh dibenarkan sama sekali.

    Nmpak gaya ... buat seketika ini ...bukan Umno yg takut pd Muhyiddin tetapi telah TAKUT DAN TAAT PD BUGIS INI PULA.
    Dia lagi menjadi2 bila Jawa Kemaruk Kuasa pun tumpang sekaki....dan jelase sekali mereka berdua membuat Parti
    'Mcm bapak depa punya'

    Betul2 HZ depa dua ekoq ni.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  26. For our country's sake10:19 PM

    Dato,
    if the new NSC bill is passed, beware. The ones who blindly follow their leader tonight, the bill can also apply to them when a desperate leader will do anything in his power to retain power.

    Tengku Razaleigh, do you still say there's nothing wrong with the current leadership? Have you ever witnessed such draconian measures in your lifetime, ie. until today? Will you still say, everything is rosy and all right? For your sake, our sakes, our future generation's sake, our country's sake, do something to stop the bill from going through. What do you want from us that will stir you to action?

    Shouting "daulat Tuanku" in Parliament today by some pretenders in debating the bill does not prove their loyalty to our rulers.

    ReplyDelete
  27. The evil one10:22 PM

    Dato,
    the proposed NSC bill is evil, created by evil men.
    What can be done?

    ReplyDelete
  28. How many times can a broken record play? Broken pledges, broken promises, that's what we get to hear everytime. Now even making use of his deputy to give a 3minute explanation on the 2.6billion donation.

    ROS must de-register UMNO, so many laws have been violated. He has brought his party down to hell and de-registration.

    ReplyDelete
  29. Rompakan kompleks11:50 PM

    Ramai orang tak faham.
    Benda mencuri dari kerajaan dan orang Melayu bukan perkara baru.
    Sejak merdeka lagi penyalahan guna kuasa telah berlaku tetapi secara tersorok dan kecil. Tapi dengan kekayaan kita sekarang, rompakan semakin jelas
    dan kita boleh baca dokumen melalui internet.
    JAdi tarbiyah kepada orang Melayu dan ahli umno mengenai keadaan tenat ini mesti berterusan.
    Tidak akan tercapai dalam masa yang singkat.

    Siapa yang baca butir 1MDB? Itu yang diharapkan Jho LOw... kompleks tapi tetap rompakan!

    ReplyDelete
  30. Salam Dato.

    Setuju dgn lontaran suka sama suka.."call ourselves anything we ike,but not muslim".

    Islam diMalaysia telah bnyak mengikut acuan Parti dan kehendak Ketua masing2. Umno cara Umno....dulu Hadari.
    Pas dgn Hudud nya ..kemudian menjadi Kebajikan...dsb.

    Kerana Umno sbgai Parti Tunggak yg memegang Pemerintahan paling lama...maka Islam lebih bnyk mengikut cara Umno.
    Bnyak yg Haram menjadi Halal..Separuh Halal...Makhruh atau 'Ok' mengikut Umno.

    Rasuah sudah biasa...hingga ada yg berkata "nak makan...makanlah..tapi patut2 lah" dan kita sbgai org Melayu Islam pun bersetuju. Apa yg Islam nya disini?

    Kalau org Politik...ikut nasib masing2 pula..kalau rapat dgn Presiden...ada harapan terlepas jika ditangakap kerana rasuah tidak kira sebesar mana duit yg dibalun. ..walau pun berjuta2.

    Mengkeritik atau menegur Ketua yg Mungkar adalah kesalahan ikut cara Umno...boleh ditangkap dan dipenjarakan.
    Islam apanya ini?

    Ketua boleh berbohong sesuka hati...malah menipu dan mencuri..tetapi tetap disanjung.. dipuja dan dipuji.
    Ini cara Islam kah?

    Yg sy faham... Islam cara Melayu Umno ialah. "Minyak dan Air tidak bercampur"... Buat mungkar sambil bersedekah...dan berUmrah...Bersembahyang pasti walau pun selepas melakukan Dosa...malah jadi Imam lagi.
    Ha ha.

    Demi Bangsa..Negara dan Ugama...cara Umno.

    ReplyDelete
  31. Kelmarin, President UMNO cari popularity dari seramai 10,000 Pengerusi JKKK di PWTC. Ketika berucap, President UMNO telah mengumumkan umur pencen mereka dinaikan dari 60 kepada 69 tahun, kecuali mereka yang uzur. Setuju semuaaaaaaaaaaa....disambut dengan sorakan gembira oleh JKKK. I LUV PM....terima-kasih PM.

    Orang yang lebih muda yang kena tunggu lama sikit lah untuk ambil-alih jawatan tu.
    Tersekat lagi rezeki orang yang lebih muda, terutamanya bekas-tentera yang sudah pencen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM takutkan golongan pengganti yg lebih kritikal bukan pak turut. Selamat lg 5-6 tahun

      Delete
  32. Salam Datuk

    Penurunan kuasa Perdana Menteri melalui tindakan dalaman UMNO adalah jalan yang terbaik untuk Bangsa, Agama dan Negara.

    Ada jalan-jalan lain yang diterajui oleh penyokong-penyokong pembangkang tetapi jalan-jalan ini membawa bersama risiko besar ke atas untung nasib bangsa Melayu di masa hadapan.

    Walaupun sudah berkali-kali kita dikecewakan oleh UMNO, kita tiada pilihan lain yang lebih baik. Oleh itu kita cuma dapat berdoa agar ahli-ahli UMNO di beri hidayah dan kekuatan untuk bertindak.

    ReplyDelete
  33. Memang terbaiklah dato AKJ

    ReplyDelete
  34. Lama tak dengar tazkirah Uncle Ong. Mana beliau menghilang?
    Dah dapat fees 60 jute terus tak bagi tazkirah.

    ReplyDelete
  35. Dear Dato

    1. Adakah ini penyakit koro?
    2. Kan biasa, hanya daya bertindak terhadap yang lemah
    3. kenapa nak lawan tangan yang menyuap? tak logic ni, rakyat kan masih yang sokong BN, terutama yang orang di Sabah and Sarawak.

    ReplyDelete
  36. Salam Dato

    Kesihiran apakah yang telah melanda ahli-ahli umno sehingga mereka buta pada ketua mereka?

    Pada siapa lagi perlu kami rakyat jelata mengharap?

    ReplyDelete
  37. 1. Debater Suka sama suka, thank you for your comment but I won't publish it. I don't think we should such a term as monkeys. I am sorry.

    2. Ida S, Allah tegah sihir dan amat murka orang yang amal atau percaya sihir.

    3. Orang yang amal sihir atau percaya sihir akan "dengar suara kecil dalam kepala" (little voices in their head) mereka.

    4. Dalam perubatan, orang yang dengar suara kecil dalam kepala mereka dianggap gila atau kurang siuman.

    4. Silap-silap orang macam ini boleh nampak macam-macam jelmaan yang menakutkan, hatta dalam lubang tandas atau dalam mata orang lain hingga takut bertentang mata.

    Wallahuaklam. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Dato atas balasan... Itu lah pasal Dato, sepertinya apa yang mereka nampak tidak sama dengan apa yang rakyat nampak... Kalaulah betul mereka telah disihir, apakah yang perlu kita lakukan? Atau duduk diam hanya melihat?

      Delete
  38. beast1:39 PM

    DAKJ

    All about a couple of cornered beasts biting back from now on isnt it Dato?

    ReplyDelete
  39. Apa yg Dato katakan adalah benar pada saya TS akan mendapat lebih sokongan selepas PAU kali ini dan apa yg Najib ucapkan nanti akan mendapat momokan bukan saja dari ahli umno tetapi dari rakyat Malaysia Najib tak boleh menyapu segala keburukannya dibawah karpet

    ReplyDelete
  40. Suka sama suka4:46 PM

    Datuk.

    ""Pelik, Satu Umno Takut Kepada Seorang"

    1. Yang seorang ni, ada cash RM2.6 billion ++ yang dicuri hasil penipuan duit hartanah rakyat, yang dinamakan atas nama bapanya sendiri, Tun Razak Exchange. Atas nama bapanya sendiri! Nama bapa sendiri!!!! Bapa dalam tanah kubur, anak buat project hartanah atas tanah.

    2. Yang disebut satu UMNO itu ada 3 juta ahlinya, bukan satu orang. Kenapa mereka takut pada satu orang?

    3. Si Sharil sudah dapat RM1 juta, yang lain masih menunggu la, bukan nya takut tapi mau minta sikit sebanyak.

    4. Itu duit curi yang kamu tunggu tungu tu kan? Ini lah maruah kaum UMNO. Suka duit hasil curi, tipu dan rasuah sebab tidak payah berusaha dengan tulang empat kerat, dapat duit tanpa buat apa apa. Ini lah budaya Melayu UMNO. Selepas dapat duit begini, bagi anak bini makan dan minum. Selebihnya pergi UMRAH atau naik Haji. Banyak cantik. Kaum begini dilaknati tuhan, kalau tuhan masih ada di bumi ini, sebab ini lah punca kehancuran bangsa Melayu.

    5. Bangsa lain seperti Cina, Swiss, Amerika, Australia dsbnya kerja dan berusaha siang malam cari duit untuk makan dan pakai. Bangsa begini dihormati seluruh dunia sebab mereka rajin dan jujur. Tuhan sayang bangsa begini. Orang Melayu UMNO makan duit curi dan rasuah...INI KE BANGSA MELAYU YANG KITA BANGGA-BANGGAKAN> Sedar lah binatang macam babi pun ada sebab tuhan jadikan.

    ReplyDelete

  41. Kos sara hidup meningkat saban bulan, adakah negara diterajui orang gila ?’
    Saya cuba berfikir secara waras dan logik akal untuk menerima semua yang berlaku kebelakangan ini. Semua yang berlaku sekelip mata. Dengan pantas dan tak disangka² sampailah dah takda perasaan sebab menanti apa lagi yang akan jadi.

    Kepada Dato Seri…saya bekerja makan gaji walau pendapatan saya tetap tapi kos sara hidup yang meningkat bukan saban tahun dah macam saban bulan buat saya berfikir adakah negara saya diterajui oleh orang gila?


    Pengurangan subsidi dan sebagainya dibuat bukan masa pembentangan bajet..tapi entah mukjizat dari mana tiba² ada announcement.

    Kalau saya sendiri terasa, bagaimana dengan orang gaji rendah dari saya yang tambah pulak dengan komitmen lebih tinggi dan banyak tanggungan. Moga Allah murahkan rezeki mereka.

    Saya mula menyokong Dato Seri sebab Pak Lah yang kaki tidur. Lepas tu baru saya sedar lebih baik tidur dari jaga dan menyusahkan orang. Lebih baik saya mengaku kesilapan dan kebodohan saya dari selfie tunjuk bagus padahal temporary worker and amek mase lebih dari 3 bulan untuk confirm probation. Saya juga manusia biasa yang tak bagus mana.



    Tol naik maybe ade option gunakan pengangkutan awam, pengangkutan awam pun naik !!! Mana kami nak berjimat. Nak tanam sayur sendiri tak semua ada tanah. Nak bela lembu sendiri sama jugak takkan saya nak letak lembu dalam apartment. Nak berniaga salah tempat kena angkut. Nak mintak lesen banyak songeh sampai tak dapat. Gaji kebanyakan rakyat ciput je…terfikir gak saya celah mana kami semua boleh berjimat. Pergi kerja tolak kereta separuh jalan baru drive ke ? Kadang² saya pelik kerana saya tak boleh fikir sebodoh yang ada dalam kepala otak Dato Seri.

    Tambahan apabila terjumpa penyokong tegar yang kadang² tak tahu apa yang disokong. Barang naik disokong, dia wat bodoh pun disokong, golongan ini amat unik. Kerana kebodohannya melebihi skala 6. Mungkin kami semua bodohnya tersekat di skala 5.



    Ini hanya luahan hati selepas melihat fun fair dunia yang dihidangkan oleh badut² yang dipilih secara salah dari saya dan juga orang yang lain. Tapi next time saya takkan undi awak lagi.

    Terima kasih untuk fun fair ini dan sesungguhnya saya tak terhibur. Jika ada calon lawan yang berkaliber dah tentu undi saya kepada mereka. Tapi kalau dah sama je time undi baru nampak muka. Sama jela dengan badut² yang jadi menteri sekarang.

    Akhir kata dari saya…jika Dato Seri selesa di atas sekarang cuba fikirkan bila Dato Seri dah tiada apa²…masa tu takda sorang akan back up dan telanjanglah semuanya. Itupun kalau Dato Seri ada lagi kat Malaysia. Saya tak rasa Dato Seri stay…hehehe.

    Ditulis Oleh Facebook Amirul Asrafovic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tidak diterajui oleh orang gila. Tapi kita dipimpin oleh orang yang kita sangka waras di awal cerita. Bijak dia mengatur langkah, menjaja atas nama bangsa yang akhir tujuannya untuk membolot harta dan menjilat kuasa. Tidak apalah saudara, jika kita diinjak separa nyawa, ingatlah yang kita masih punya maruah. Kumpulkan sahaja, nanti kita juga bisa berbicara di atas pentas berbeza. Kelak kalau mereka tanya mengapa berpaling tadah menentang keramat bangsa, khabarkan pada mereka yang mereka terdahulu memperkosa bangsanya. Semoga waktu itu dia benar-benar gila atau luput dan tua, yang selayaknya dipandang hina.

      Delete
  42. aku melayu1:28 PM

    Berdasarkan pada mata kasar TSMY kena start gelombang dulu,,,,barulah anak buah akan ikut..Najib sebenarnya keseorangan dalam umno sekarang kerana apa sindrom takut dalam pimpinan umno telah menular bertitik tolak dari sebenar mereka sendiri kotor dalam perjuangan terutamnya ketua bahagian umno...Bolehkah kesetian ketua bahagian ini dpegang Najibn jika berlaku nya perubahan dalam perubahan PIMPINAN didalam umno boleh kah mereka setia kepada najib dan bolehkah ketuaketua bahagian boleh diharap NAJIB. Bolehkah diharap kini ketua bahagian ini MENGERAKKAN , mengharapkan akar umbi umno untuk pertahankan najib....sebenarnya tan SRI AKAR UMBI UMNO kini melihat yang menjadi musuh mereka bukan lagi pembakang tetapi ketua 2 bahagian yang dilihat menjadi pengkhianat dalam perjuangan ,,,,so MOVE ON TAN SRI YOU WILL NEVER WALK ALONE,,,,

    ReplyDelete
  43. aku melayu1:29 PM

    Berdasarkan pada mata kasar TSMY kena start gelombang dulu,,,,barulah anak buah akan ikut..Najib sebenarnya keseorangan dalam umno sekarang kerana apa sindrom takut dalam pimpinan umno telah menular bertitik tolak dari sebenar mereka sendiri kotor dalam perjuangan terutamnya ketua bahagian umno...Bolehkah kesetian ketua bahagian ini dpegang Najibn jika berlaku nya perubahan dalam perubahan PIMPINAN didalam umno boleh kah mereka setia kepada najib dan bolehkah ketuaketua bahagian boleh diharap NAJIB. Bolehkah diharap kini ketua bahagian ini MENGERAKKAN , mengharapkan akar umbi umno untuk pertahankan najib....sebenarnya tan SRI AKAR UMBI UMNO kini melihat yang menjadi musuh mereka bukan lagi pembakang tetapi ketua 2 bahagian yang dilihat menjadi pengkhianat dalam perjuangan ,,,,so MOVE ON TAN SRI YOU WILL NEVER WALK ALONE,,,,

    ReplyDelete