A Kadir Jasin
[PERINGATAN:
Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau
Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Satu lagi contoh perniagaan atas angin 1MDB ala pelaburan strategik ciptaan Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin
Abdul Razak.
Betul lah macam kata (Tan Sri) Rafidah Aziz, 1MDB
tak bawa apa-apa keuntungan kepada negara. Tak payah tunggu Rafidah buat
kesimpulan. Rakyat jelata pun dah faham. Bukan tak untung malah rugi besar.
Bukan rugi duit saja, tapi hilang maruah dan kedaulatan.
Itulah “hadiah” tahun baru 2016 Mohd Najib dan budak
cerdiknya, Arul “Azrul” Kanda Kandasamy kepada kita – jual 60 peratus saham projek
Bandar Malaysia atas tapak pangkalan TUDM itu dengan harga RM7.41 bilion kepada
konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway
Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).
Syarikat Negeri China pemilik utama Bandar Malaysia |
Mari kita jadi pahat yang berbunyi selepas rumah
siap pasal rumah yang kononnya siap itu compang-camping macam reban ayam
sementara. Rasanya dangau di tengah sawah lagi kukuh.
Lim Kang Hoo termasyhur di Johor |
Kita pun kena juga tanya syarikat dari China itu,
kepakarannya kereta api. Adakah ia juga berkepakaran dalam bidang hartanah.
Takut-takut ada muslihat lain di sebalik penjualan kepada syarikat dari China
itu. Yang kita tahu projek landasan berkembar dari Gemas ke Johor Baru belum
lagi dibagi kepada sesiapa.
Silap-silap banyak lagi aset negara akan dijual atau
dipajakkan kepada orang asing untuk tutup lubang 1MDB dan kekalkan Mohd Najib sebagai Perdana Menteri.
Apa Yang Strategiknya?
Macamlah pelaburan hartanah
strategik dan susah sangat sampai pelabur tempatan tak mampu nak buat. Apa
halnya dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan amanah Bumiputera
macam Sime UEP, SP Setia, Boustead dan banyak lagi yang dah berpuluh tahun jadi
pemaju hartanah?
Pasal apa tak jual kepada
mereka? Pasal apa tak suruh mereka pakat-pakat buat konsortium?
Cuba tanya, siapa yang majukan
KLCC, KL Sentral, Subang Jaya-USJ dan banyak lagi projek hartanah bersepadu
kalau bukan syarikat-syarikat tempatan milik kerajaan dan agensi pelaburan
Bumiputera?
Kalau nak juga pelaburan negeri
China, ajaklah mereka buat projek yang betul-betuk strategik macam bina kapal
terbang, kereta api laju atau kapal kontena yang macam mereka buat di negeri
China?
Kalau tak mahu bagi kepada
Melayu sebab takut dituduh kroni atau malu nak minta “derma”, pakatlah dengan
syarikat Cina tempatan yang ternama dan terbukti macam Eco World, Pavilion
Reit, Mah Sing dan banyak lagi.
Ini Cerita Anak Jahat
Cara 1MDB berniaga ini cerita anak jahat yang curi-curi beli tanah bapa sendiri dengan harga murah dan sembunyi daripada adik-beradik.
Bila nak pinjam duit bank, bank
minta bapa bagi jaminan. Bapa pun bagi sebab anak janji nak hantar pergi Makkah
buat umrah.
Tumbuk rusuk sana, bagi rasuah
sini, tanah pun ditukar kegunaan dan dinilai semula dengan harga yang tinggi.
Tapi tembelang pecah.
Adik-beradik dapat tahu dan mengamuk. Nak jual kepada Melayu, Melayu tak ada
duit. Yang ada duit takut diseret ke dalam pergaduhan keluarga macam yang jadi
kepada Tabung Haji bila beli tanah TRX. TRX adalah satu lagi perniagaan atas
angin 1MBD.
Pergi jumpa Ah Eng tauke emas,
Ah Eng tak mahu sebab harta dah jadi beracun (toxic). Jadi kenalah cari Cina
tempat lain yang berani. Cina tempat lain tu pula pakat dengan Cina dari Negeri
China.
Jadi tanah yang dulu milik
keluarga sekarang 60 peratus dah jadi hak orang lain. Adik-beradik terlepas
juga sebab duit yang dapat nak kena guna bayar hutang.
Gadai dan jual aset modus operandi Arul "Azrul" Kanda |
Jangan salahkan Cina, tak kira
Cina tempatan atau Cina negeri China, Singapura, Indonesia atau Taiwan. Mereka
peniaga. Kerja mereka cari dan ambil kesempatan. Kalau Melayu bodoh, tamak
haloba dan rasuah, jangan marah Cina kalau habis harta tergadai.
Kerja Haram Zadah
Meminjam dan mengubah suai dua
ungkapan yang Mohd Najib sendiri guna, yang “haram zadah” adalah Melayu jenis
bangsat yang sanggup gadai maruah bangsa dan agama kerana mabuk kuasa, gila
harta dan suka berfoya-foya.
Sebelum ini 1MDB beli penjana
elektrik bebas (IPP) milik Melayu, Cina dan India tempatan dengan harga tinggi
kemudian jual lebih murah kepada pelabur Cina negeri China. Melayu, Cina dan
India tempatan untung sebab dapat untung besar bila 1MDB beli mahal. Syarikat
negeri China pula untung sebab 1MDB jual murah.
Tak hairanlah kalau kita tercium
sesuatu yang mencurigakan dalam urusan jual-beli terbaru ini. Seolah-olah ada udang sebalik baru.
Kemudian upah pemakan-pemakan
dedak menyalak kononnya masalah 1MDB dah selesai, dosa dah tertebus, janji dah
tertunai dan segala-galanya beres.
Tapi hanya orang yang tak tahu
apa-apa saja akan percaya cerita karut-marut mereka. Yang tulis itu pun rasanya
tak faham sebab mereka pun bergantung kepada penulis hantu.
Wallahuaklam.
Selain buat kerja langsat dan haram zadique mereka juga tidak boleh menguruskan legacy bertaraf antarabangsa..
ReplyDeleteAtas sebab koro dungus dan sendiri tidak faham, mereka burukan legacy....pelaq sungguh
GKCM ada mencabar pemimpin atas untuk berdebat secara terbuka..akar umbi cabar Majlis Tertinggi, 3 Naib Presiden dan Presiden...
$ekor pun tak berbunyi.. komen sungguh
Saya ada terbaca (tak ingat) komen apabila 1MDB (1 Malaysia Di Bahlol) telah menjual tanah kepada konsortium yang melibatkan syarikat daripada China.
ReplyDeleteKomen tu telah menulis, waktu Arwah Tun Razak dan anggota keselamatannya pada zamannya (ramai yang terkorban, cedera,cacat dan sebagainya) kerana mempertahankan tanah melayu daripada seinci tanah jatuh kepada komunis (komunis malaya waktu tu yang semestinya ditaja oleh komunis China).
Tetapi pada hari ini, anak Tun Razak dengan bangganya mengumumkan menjual tanah berpuluh-puluh ekar kepada konsortium syarikat daripada China (yang mana kerajaannya komunis).
Terpikiaq dan tertanya-tanya oleh marhein ini :
1. Berbaloikah perjuangan anggota-anggota keselamatan dulu ?
2. Inikah pengisian kemerdekaan yang dimaksudkan ?
3. Selepas penjanjian damai kerajaan Maaysia dan Komunis, kelihatan siapa yang
untung sekarang ?
4. Walaupun komunis dulu berjuang menggunakan kekerasan tidak berjaya menawan seinci
tanah pun di Tanah Melayu (sebab tu kena berundur ke Selatan Thailand), tetapi
sekarang dengan perjuangan yang lembut dan $$$$ maka jatuh lah berpuluh-puluh
ekar tanah Malaysia malah (bukannya di hutan) tetapi ditengah bandar.
Gamak-gamaknya, apakah tema Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini ??
ReplyDeleteSalam Datuk,
http://dinturtle.blogspot.my/2016/01/china-railway-sebut-angka-berbeza-nilai.html
The Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone has wasted no time in getting himself into yet another "where did the money go?" scenario.
Abang Din has the details in the link above.
Something fishy is going on, as now seems almost inevitable when Mappadulung Caralalai touches any business venture.
Also there are whispers that PS Abu Kassim of MACC is going to be "eased out" like Gani Patail was.
That means:
PAC head - replaced
AGC head - replaced
SB head - replaced
BNM head - recommendations ignored
MACC head - ????
MACC, AGC & BNM investigations - all sabotaged while in progress
How does Mappadulung Caralalai claim any "clearance" from this massive sabotage?
Bagus tu.
ReplyDeleteNanti kalau kami kena hina dan disuruh balik tongsan, kami pi Bandar Malaysia je. Kan situ sudah jadi tanah tongsan? Tak payah la balik motherland, begitu jauh.
Tak payah pun takut lagi dengan baju2 merah yang nak bunuh kami.
Saudara kami yang mempunyai aircraft carrier dengan bendera merah akan mempertahankan maruah kami. Dia parking kat Selat Melaka dah cukup. Bugis tu pun takut.
Shabas!!!
Proses 'pemutihan' hampir selesai, mungkin dah boleh mula prosedur winding up 1mdb.
ReplyDeleteTepat sekali DAKJ. Yang membezakan antara manusia dengan binatang ialah akal dan rasa malu. Sekarang sudah semakin jelas taraf apakah si bedebah itu.
ReplyDeletesalam dato',
ReplyDeletepenjualan aset strategik negara boleh dikatakan satu teknik espionage.
Apakah persamaan Thaksin dan Najib? Thaksin menjual aset negara ke Singapore dan Najib pula menjual ke China.
Bezanya, Thaksin telah dihalau atau melarikan diri ke negara lain dan Najib masih rileks lagi di jawatan PM dia.
Malaysia is doom.
Salam Dakj
ReplyDeleteAyat pemakan - pemakan dedak tu dah tahap marah betul Dato pada diaorg tu.
Salam Datuk
ReplyDeleteSeperti yang pernah saya cadangkan dahulu, kita buang saja UMNO dan tubuh parti nasionalis Melayu yang baru.
Nak diharapkan Perkasa, setakat ini cuma bercakap saja tak nampak tindakan. Ali tinju, ikan bakar dan kumpulan baju merah pula nampaknya terlalu memilih bila nak jadi hero dan membela Melayu. Sepatutnya bila sebidang tanah yang pada mulanya untuk dibangunkan bagi orang Melayu tetapi kemudiannya dijual kepada 1MDB dan seterusnya dijual pula kepada orang asing, hero-hero Melayu ni lah yang paling mula melenting.
Akhir kata, untung nasib anak cucu kita kini ditangan pemimipin-pemimpin yang sudah hilang pedoman. Ini termasuk yang memilih untuk berdiam diri.
Walaupun beratus kali mereka menyanyi lagu dibawah tapi kalau maknanya tak dihayati, gagal juga nanti. Menang sorak kampung tergadai.
WARISAN ANAK KECIL MAIN API
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Datuk.
ReplyDelete1. 100% setuju dan faham apa yang Datuk tulis ini kecuali "Meminjam dan mengubah suai dua ungkapan yang Mohd Najib sendiri guna, yang “haram zadah” adalah Melayu jenis bangsat yang sanggup gadai maruah bangsa dan agama kerana mabuk kuasa, gila harta dan suka berfoya-foya."
2. Kalau Datuk maksudkan Mohd Najid ia-lah seorang anak Melayu haram zadah, maka saya 100% setuju memang dia anak Melayu Bugis yang bangsat dan haram zadah.
3. Kalau Datuk maksudkan Mohd Najid dan Melayu melayu dalam UMNO yang sanggup gadai maruah bangsa dan agama kerana mabuk kuasa, gila harta dan suka berfoya-foya ia-lah anak anak Melayu bangsat dan haram zadah, maka saya setuju 100%.
4. Melayu melayu selain daripada kategory 1 dan 2 adalah orang Melayu biasa yang kerja siang malam mencari makan yang halal untuk anak bini dan keluarga.
Datuk.
ReplyDelete"Apa Yang Strategiknya?"
1. Tidak ada.
2. Begitu lah kalau sudah jadi Perdana Menteri bangsat dan haram zadah, maka tiada silap nya lagi itu lah "aset negara akan dijual atau dipajakkan kepada orang asing untuk tutup lubang 1MDB dan kekalkan Mohd Najib sebagai Perdana Menteri"
3. Semua orang tau. Tun Rahah, ibu kepada Mphd Najib pun tahu.
4. Zeti, Kassim, Apandi, Khalid pun tau, maka mereka pun tergolong dalam rumpun orang orang Melayu bangsat dan haram zadah juga sebab mereka bersubahat. Kalau Najib tidak bersalah, tunjukkan bukti dia tak bersalah.
5. Zahid dan Kassim penderma arab yang kamu jumpa itu sama taraf nya dengan kamu berdua: bangsat dan haram jadah.
Datuk.
ReplyDelete"Kalau nak juga pelaburan negeri China, ajaklah mereka buat projek yang betul-betuk strategik macam bina kapal terbang, kereta api laju atau kapal kontena yang macam mereka buat di negeri China?"
1. YES Datuk!...100% in total absolute agreement with you.
2. Tapi, bukan begitu kerja seorang Perdana Menteri yang bangsat dan haram zadah.
3. Perdana Menteri bangsat suka "tumbuk rusuk sana, bagi rasuah sini" sebab matlamat nya hanya satu sahaja: "aset negara akan dijual atau dipajakkan kepada orang asing untuk tutup lubang 1MDB dan kekalkan Mohd Najib sebagai Perdana Menteri"
dividen & bonus asb dah merosot.
ReplyDeleteDatuk.
ReplyDelete1. Berani Datuk menghina Melayu "Kalau Melayu bodoh, tamak haloba dan rasuah, jangan marah Cina kalau habis harta tergadai."
Apa kah Datuk berani kalau aku panggil Rustam dengan Kumpulan Silatnya, Baju Merah, Mat Tinju? Berani?
2. Jadi Datuk sudah lupa bahawa 30% harta negara mesti dalam pegangan Bumiputra bila berkata "Jangan salahkan Cina, tak kira Cina tempatan atau Cina negeri China, Singapura, Indonesia atau Taiwan. Mereka peniaga. Kerja mereka cari dan ambil kesempatan."
Siapa yang menukar polisi ini dengan sewenang-wenang nya? Ada kah Datuk atau Perdana Menteri bangsat itu dengan ahli UMNO 3 juta orang?
3. Bagi tau sama Mohd Najib...kalau dia sudah jadi bangsat dan haram zadah...jangan bawa Zahid dan Kassim jadi bangsat macam dia. Zahid dan Kassim orang sembahyang, belum mau jadi bangsat. Mungkin juga sudah bangsat macam dia. Zeti, Apandi dan Khalid sudah confirm sebab cara mereka buat kerja kita sudah bolih tau.
Datuk.
ReplyDelete"Bolehkah hantar orang pergi Makkah dengan duit hutang? Dalam Islam, orang yang berhutang itu tarafnya hamba."
1. Perdana Menteri bangsat dan haram zadah serta ketua-ketua UMNO sudah hantar orang pergi Makkah dan Umrah. Ada juga yang sempat singgah di Istanbul makan angin selepas haji dan umrah...ooooop! Minta maaf kalau tersilap tulis. Bukan aku yang cakap.
2. Dari mana duit Perdana Menteri dan ketua ketua UMNO untuk tujuan ini?
3. Bukan duit dari hutang la Datuk. Duit hutang kalau pakai kredit kard masih bolih lagi. INI DUIT CURI.
4. Perdana Menteri curi duit rakyat, anak yatim piatu, orang miskin, balu.
5. Kalau kamu tau punca duit itu, naik lah haji. UMNO....UMNO...kamu tak malu ke duit curi kamu bagi pada orang orang tua dan saudara sendiri untuk naik haji dan umrah! Betul lah kamu bangsat dan haram zadah walaupun kita sedarah sedaging! Sial la kamu!
Salam Dato,
ReplyDeleteLebih bercelaru lagi maka dicari lebai2 dan ustaz2 untuk membaca doa selamat untuk mengaminkan menghalalkan segala penipuan tersebut...
Dunia dah nak kiamat.
Salam Datuk,
ReplyDeleteApa yg saya dpt info,Tan Sri Lim Kang Hoo ini ialah teman rapat kpd Hishamuddin Hussein. Highway DUKE juga di beri kpd syarikat Tan Sri dgn ikhsan Hishamuddin.
Najib Bangsat : Apa Cina mahu lagi ???
Cina China : Aoalagi lu mau jual. Bilang saja bos.
Seperti saya lihat, Najib Bangsat ini ada 2 prong agenda.
1. Pelaburan dan Jualan ke Cina
2. Mendapat lindungan politik dari Uncle Sam
Kesimpulan nya mungkin tidak lama lagi negara ini akan di jadikan medan perang militari dan ekonomi. Yg akan sengsara tetap rakyat Malaysia
Wallahualam
Mohon pembahas khususnya Suka sama Suka jangan emosional dan kasar sangat berbahas. Terima kasih.
ReplyDeleteDatuk. Cannot blame sukasamasuka. Almost everyone who takes the trouble to know a little bit more about current affairs are fed up of umno. Not just the bloody fool. Many malays are now willing to give the opposition a try simply because they dont want a dishonest, conniving and useless leader to create 2MDB if allowed to continue as pm. A broken up opposition is better than a corrupt gov.
ReplyDeleteDah tu tergamak pulak seorang senior blogger telah mengistiharkan Mohd Najib sebagai Men of the Year - mau termuntah dibuatnya.
ReplyDeleteSalam Hormat Datuk moga sehat sejahtera:Ada pembahas kata mana dia pejuang2 Melayu apapun nama dan gelaran mereka(baju merah ke,ali tinju ke dan bla..bla).Mereka ini semua bacul,cakap saja berdegar degar nak bela bangsa melayu.Duit masuk kantong saku diam..Beberapa minggu yg lalu saya hantar 2 wakil saya ke Satu Persidangan NGO di Malaysia.Dan dah jelas pesanan dari kami di pentas itu"Bangsa Melayu Jangan di injak injak,jangan di hina,kalau kalian tidak mampu,kami akan pertahankan bangsa senusantara ini"Salam Hormat
ReplyDeletePolisi mengehadkan kepentingan luar dalam syarikat pengeluar tenaga elektrik kepada 49% juga terpaksa dikorbankan oleh Najib untuk menyelamatkan dirinya. Kasi pada Cina jugak...
ReplyDeleteSetuju dengan Marhein Utara.
ReplyDeleteKesian pd polis, tentera, anggota keselamatan, penjawat awam & yg lain yg dah bersusah payah demi negara tercinta ni. Untuk yg pernah mempertahankan negara dlm konteks masing2, marilah kita berdoa pada Allah swt untuk membalas apa yg telah dilakukan mereka dengan azab yang dijanjikanNya.
Salam Datuk,
ReplyDeleteSaya yang bukan tahu sangat bab ekonomi pun rasa penjualan aset 1mdb tu salah. Mana ada orang bayar hutang dengan jual harta lepas tu mengaku masalah hutang selesai tapi tak cakap pulak harta sendiri dah berkurangan. Mana pergi bijak pandai dalam kabinet Mappadulung tu Datuk?
Orang Cina melabur dalam hartanah MALAYSIA kamu bising Tanah Melayu dibolot orang asing. Mana ada Tanah Melayu lagi? Persekutuan Tanah-Tanah Melayu sudah lama pupus. Ekonomi dunia sudah banyak berubah sejak zaman Tun Razak. Hari ini bukan sentiment rasis kolot atau nyannyi lagu WARISAN ANAK KECIL MAIN API yang penting. Pokoknya adakah orang Melayu selepas lebih 50 puluh tahun di bantu oleh kerajaan dari hari kelahiran hingga ke hari meninggal mampu bersaing pada peringkat antarabangsa? Wang petroliam yang membolehkan sistem Ketuanan Melayu dimana orang Melayu hanya perlu jadi wira kampung sudah habis. Eloklah kita pandang kehadapan demi Ketuanan MALAYSIA supaya kita boleh bersaing dengan sesiapa pun dipentas dunia.
ReplyDeleteSalam Dato
ReplyDeleteTahun 2016 ini kita dpt bayangkan akan ada berita2 yg hangat akan ditampilkan walaupun Najib dgn bangga menyatakan pelan rationalisasi nya telah berjaya dgn penjualan aset2 negara utk tutop hutang tetapi cerita ini akan ada penyambung episod yg ramai percaya penjualan aset2 ini ada yg tak kena dan semalam hari ketiga 2016 kita dikejutkan dgn berita pihak FBI sdg menyiasat anak tiri Najib dan saya yakin ada lagi beberapa pihak diluar negara juga sdg menunggu masa dan waktu utk membongkar segala aktiviti 1mdb yg membabitkan Najib ini kerana pihak2 yg berkepentingan sudah boleh membaca kenapa aset2 negara dijual kpd pihak dari China dan mungkin kita juga dpt membacanya tujuan dijual kpd pihak2 ini. Demi masa segala nya akan terjawab tak payah nak tunggu siasatan oleh SPRM atau AG kerana ia juga akan memalukan tahap profesionalisma pihak berkuasa di Malaysia.
Y.Bhg Dato'@ Mohon ampun dan maaf hamba ingin bertanya sikit. Adakah blog Dato' ni dibaca oleh mereka diatas sana tu. Kalau baca apa perasaan mereka agaknya. Saya baca pun macam nak termuntah memikirkan betapa beratnya masaalah negara sekarang.Mungkin mereka dah tak rasa apa dah kot!. Bagus Dato'. Perjuangan hanya dinilai apabila kita sudah tiada didunia ni.Tetapi Allah SWT menilai kerja baik Dato'.
ReplyDeleteiklas,
rahim
Datuk.
ReplyDelete1. Terima kasih atas teguran Datuk. Saya orang bodoh, jadi emosional sikit.
2. Saya minta maaf pada Datuk, pembaca pembaca yang saya hormat kalau bahasa saya kasar. Saya mohon maaf dari hujung kaki hingga hujung rambut.
3. Tapi, saya tidak akan minta maaf pada Perdana Menteri bangsat dan haram zadah. Saya tidak akan minta maaf pada orang orang UMNO yang bangsat dan haram zadah. Dan saya tidak minta maaf kapada terutama nya pada si Kassim, si Zahid dan si Zeti yang tau pasal penderma arab hingga la "aset negara akan dijual atau dipajakkan kepada orang asing untuk tutup lubang 1MDB dan kekalkan Mohd Najib sebagai Perdana Menteri".
4. Macam man kita tahu Perdana Menteri, orang orang UMNO dan si Zahid, si Kassim, si Zeti dsbnya bangsat dan haram zadah sebelum kita berani menuduh orang????
KITA TENGOK HASIL KERJA MEREKA!
Kalau Najib tidak bersalah, keluarkan dia dari kesalahan itu. Ini tugas MACC, BNM, PDRM. Jangan biarkan Najib jadi bangsat dan haram zadah.
Tapi kalau Najib bersalah........
5. 30 lebih tahun saya membayar cukai untuk membina negara yang saya cintai yang dipanggil Malaysia. Berjuta juta rakyat Malaysa yang macam saya. Begitu juga Datuk dan pembaca sekelian.
APA KE INI HASIL NYA?
Berani Datuk kata saya emosional dan bahasa saya kasar. Tidak apa, kerana Datuk saya hormati saya minta maaf sekali lagi. Saya betul betul minta maaf pada Datuk.
Saya perlukan pencerahan...
ReplyDelete1. Ds najib tunaikan umrah n bercuti ke timur tengah...ini menunjukkan yg beliau masih ada prinsip Islam dlm hidup.di sana iaitu mekah ds najib n isteri sihat walafiat dan tiada apa2 tanda keburukan yg Allah beri...adakah ini memberi konotasi yg ds najib n isteri dilindungi Allah s.w.t.
2. Pru sarawak x lama lg rasanya..n in sha Allah bn akan menang besar lg di sana kerana rakyat pedalaman masih sokong n undi bn...jadi apa shj kritikan n dedahan ttg kelemahan ds najib hangus begitu shj...beliau akan kekal lg lama mcm tun mahathir dan taib mahmud.
3. Ds najib dilihat masih mantapkan brim n ia menjadi penanda aras kpd sokongan org melayu kampung kpd umno dan pastinya tiada kesan apa pun kpd umno pru 14 nnt...
4. Wp parti amanah..dap..pkr..ada..tapi kelihatannya pru 14 nnt...mrk akan berkecamuk sbb PAS adalah benteng pertahanan akhir umno ds najib.
5. Adakah ds najib ini begitu bergeliga strategi politiknya berbanding tun mahathir atau ds anwar...sbb ds najib lama dlm kerajaan n telah melihat dan merasai sendiri proses kepimpinanan tun m dll....
tqsm datuk a kadir jasin.
najib x kan jatuh hanya satu sebab je saudara..dia ada banyk duit derma 2.6b..ni je sbb dia x jatuh skrg..persoalanya skrg..duit akan habis juga nnt dan bila habis,cara mana lagi akan dicipta utk mencari lbh bnyk duit utk kekalkan kuasa..dan klu benda ni berulang2..cmna la negara kita ni di masa hadapan..adakah masih ada sinar dihujung trowong..ewah ewah ewah..
Deletesaya orang kampung biasa biasa
ReplyDeletetapi saya tidaklah sedungu yang disangka oleh najib dan konco konco pelahapnya
logik saya
tanah lapangan terbang sungai besi itu adalah aset strategik kerajaan, yang pada mulanya mahu dibangun rumah mampu milik, tetapi disebabkan terlebih cerdiknya najib, maka hasilnya apa yang kita lihat seperti hari ini...
seingat saya Pelaburan Hartanah Bumiputera @ Amanah Hartanah Bumiputera telah pun menawarkan diri untuk memajukan tanah ini, tetapi apa yang berlaku adalah amat malang, amat memalukan dan amat mendukacitakan .. gara gara terlebih cerdiknya yang kononnya mahu berniaga, dan hasilnya berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap ... hutang langsai, tanah pun langsai , Pelaburan Hartanah Bumiputera pun jadi Lebur Hartanah Bumiputera ... disinilah haram zadahnya sibangsat ..
maka akan semakin terpinggirlah kaum mampu dengar dan mampu tengok kerana kaum mampu belilah yang akan mengungguli dan memenuhi segala ruang pembangunan disitu, maka bertambahlah undi undi kaum mampu beli memenuhi peti peti undi ..maka sekali lagi langsai lah peti undi ditangan kaum mampu beli, dan disinilah betapa haram zadahnya si bangsat dan pembela baju merah.. lantas kaum mampu dengar dan mampu tengok akan terus didendangkan dengan lagu merdu Anak Kecil Main Api agar kaum mampu dengar dan mampu tengok terus takut kehilangan kuasa , maka kaum mampu dengar dan mampu tengok akan terus diperkuda oleh golongan golongan bourjois bangsat UMNO .. memang haram zadah mereka ini ..damn you all 7 keturunan ...
Salam Datuk,
ReplyDeleteI'm running a business as Sdn Bhd company. To be honest and sympathy as businessman this is a lost business buy-over in a share allotment where the majority controlling and not much we can do as minority share a.k.a 1MDB.
Day by day I try to figure up where is the rational of the plan and its was a nightmare for me to see and to feel the grow of Malaysia economy. We have done 'serangan subuh' for taking over Guthrie but this time 'terang-terang' with press conference a Malaysian asset been took over without a proper strategy.
Tq and I love Malaysia.
Salam Dato.
ReplyDelete'Anak yg jahat pekena bapa dan adik beradik....pinjam duit bnk...tak boleh bayar...tanah milik keluarga hilang..'
Satu analogi yg tepat.
Tetapi Manpadullung HZ bukan pelingkup satu atau dua keping tanah ..tetapi beribu2 ekar tanah2 dan harta lain2 yg BUKAN MILIK BAPA DIA ...TETAPI MILIK RAKYAT.
Semua kerana tamak haloba dan sayang bini secara luar biasa yg kaki belanja secara luar biasa dan mempunyai anak yg berbelanja beli hartanah dan buat filem dari duit yg diperolehi secara luar biasa.
Masihkah kita mahu biarkan ketua yg begini berterusan berkuasa?
Ibarat "Luncai terjun dgn labu2...biarkan2 "... Tetapi spt kata Dato ....LABU INI MILIK KITA ...TAK KAN NAK DIBIARKAN?
Nmpaknya dlm proses hendak 'memperbetul dan membeli masa terhadap segala kesilapan duit 1MDB yg 'hilang/rugi' dan akaun yg tak 'ba!ance/reconcile' .. .dimaterai pula usahasama 'JV' yg mencurigakan....'dubious'.
Nmpknya...kiri kanan. .depan belakang dia balun habis.
Memang dia 'anak yg jahat'.....tetapi dia bukan 'pekena' bapa dia !!!
..."DIA PEKENA SEMUA MELAYU2 dlm UMNO termasuk Melayu2 lain dan Melayu2 dlm Pas dan PKR serta..Cina...India dan seluruh rakyat negara.
Damn you Bugis...
1. Rasanya selain pemakan dedak, tidak ada siapa pun percaya cerita kejayaan pelan rasionalisasi 1MDB ini. Ia tetap perniagaan atas angin yang merugikan negara.
ReplyDelete2. Pelan rasionalisasi 1MDB ini tidak pun original. Ia adalah salinan foto "asset unbundling" Idris Jala masa dia menerajui MAS zaman Pak Lah. Habis harta MAS dijual untuk cacat keuntungan luar biasa. Lepas itu MAS dibiarkan melarat.
3. Hari pertama perniagaan tahun 2016 pada 4 Januari, Bursa Malaysia jatuh 2.3 peratus - kejatuhan satu hari yang sangat teruk. Tidak ada siapa lagi percaya kepada ekonomi yang diterajui oleh Mohd Najib dan konco-konconya.
4. Yang ditonjolkan dalam cuti luar negara Mohd Najib adalah Umrah. Tapi apa cerita di tempat-tempat lain misalnya di Jepun dan Hong Kong?
5. Mohon Ku Li teguhkan iman. Jangan termakan dedak. Manusia makan dedak hina dan bahayakan diri sendiri. Silap-silap mati tercekik. Maruah Ku Li jangan dijual-beli.
6. Kalau Haji Abdul Hadi dan Harun Din nak cuba makan dedak, itu hak mereka. Harap-harap orang PAS boleh berfikir sendiri.
7. Kepada Muhyiddin dan Shafie Apdal, anda berdua sudah tidak ada tempat lagi dalam Umno. Umno milik mutlak Mohd Najib seorang. Jadi berhentilah daripada berangan-angan. Hadapi realiti. Penyelesaian masalah negara bukan melalui Umno lagi. Umno akan hidup dan mati bersama Presiden.
Wallahuaklam. Terima kasih.
Datuk. Minta izin balas Mr. Vincent Ang.
ReplyDeleteIni soal salah guna kuasa bukan soal melayu atau cina sini atau persaingan apa apa. Kalau Encik Vincent tanya orang melayu apakah hak orang melayu sekarang saya rasa dia pun tak tahu. Jangan ingat seorang melayu boleh pergi ke pejabat Mara dan minta duit satu guni kerana dia seorang melayu. Jangan ingat seorang melayu boleh minta rumah free dari kerajaan kerana dia seorang melayu. Persaingan sudah lama bermula.
Datuk.
ReplyDeleteKesian Melayu masih percaya "cuti luar negara Mohd Najib adalah Umrah". Ini lah mainan orang yang sudah jadi bangsat dan haram zadah.
Datuk.
ReplyDeleteMemang tepat sekali "Penyelesaian masalah negara bukan melalui Umno lagi. Umno akan hidup dan mati bersama Presiden."
Datuk.
ReplyDeleteMemang tepat sekali bahawasanya "....pelan rasionalisasi 1MDB ini. Ia tetap perniagaan atas angin yang merugikan negara."
Begitu lah kalau si bangsat, Perdana Menteri Najib, buat kerja haram zadah.
Sallam Dato'
ReplyDeleteBoleh jadi kerajaan DS Najib menganggap pelabur dari negara China adalah sama dengan pelabur dari negara Jerman atau Peranchis.
Dari segi DNA, rakyat China adalah sama dengan rakyat Singapura tapi passport dan slangnya bercakap ada perbedaan.
Saya terbaca di majalah, pakar saintis telah berjaya klonkan biri-biri dengan DNA yang sama.
Adakah boleh, UMNO diklonkan supaya tambahkan satu lagi. Pakaian baju akan-akan warna merah mungkin gelap sikit atau cerah sedikit. Songkok sama warna hitam.
Di Indonesia, Partai Demokrasi Indonesia, timbul masalah masalah kepimpinan oleh itu mereka tubuhkan satu lagi parti akan-akan sama, Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan. (Tambah perkataan perjuangan).
Orang politik zaman sekarang lebih cenderung kepada soal kalah atau menang. Manakala soal salah atau benar lebih dipersoalkan oleh rakyat.
Setahu saya, kalau tidak silap saya, tanah berdekatan di Jalan Tun Razak adalah tanah Bumiputra, sekarang ini dilaporkan orang asing yang telah beli.
Datuk.
ReplyDelete"Gov’t will protect Bumi rights if M’sia joins TPPA. January 5, 2016.
KUALA LUMPUR: The rights of Bumiputera contractors will be protected if Malaysia decides to join the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA).
Minister of International Trade and Industry, Mustapa Mohamed, said the country would maintain and defend the policy of giving 30% of contracts to Bumiputeras. "
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/01/05/govt-will-protect-bumi-rights-if-msia-joins-tppa/
1. Wow! at least one monkey can talk.
2. I remember someone knows this monkey too.
3. If this small monkey can talk and defend 30% bumi ownership...just imagine how his big bangsat monkey boss talk.
4. Common la Mustapha...common...what the hell are you talking about? You are gone by the time your MusTPPA is implemented...probably buried side by side in unmarked graveyard with that bangsat Prime Minister of yours.
5. By Bye MusTPPA...you are out of touch...siok siok sendiri.
Saya tertarik dengan perenggan ini:
ReplyDelete"Kemudian upah pemakan-pemakan dedak menyalak kononnya masalah 1MDB dah selesai, dosa dah tertebus, janji dah tertunai dan segala-galanya beres. Tapi hanya orang yang tak tahu apa-apa saja akan percaya cerita karut-marut mereka. Yang tulis itu pun rasanya tak faham sebab mereka pun bergantung kepada penulis hantu."
Saya tak nak komen banyak-banyak sebab penganalisis ekonomi kita yang hebat-hebat pun tutup mulut pasal rasionalisasi 1MDB cara jual harta negara. Benar sekali seperti kata Datuk, hanya pemakan dedak sahaja yang puji melambung cara Najib selesai hutang 1MDB. Kita tidak boleh salahkan mereka sebab mereka pun hanya pemakan dedak. Mulai saat ini kita kena popularkan lagi istilah "pemakan dedak".
Salam Datuk AKJ,
ReplyDeleteDah masuk 2016 jalan di hadapan kita semakin kabus. Jangan kita buta dikaburi oleh taktik pak habib si najib dan koncu-koncunya pergi Makkah selepas berparti tahun baharu di Dubai (???). Ingatkan Dubai ni Islam le sangat.. lepas tengok filem Bollywood Shahrukh Khan 'Happy New Year' (2014) barulah saya tahu depa Arab pun lagi hebat daripada omputih minum arak dan berparty sakan! Dari dolu-dolu lagi saya dah kata, if can't do anything dah just hope that the earth will swallow the mappadulung karaeng sanrabone.
Apa pun saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2016 kepada Datuk A. Kadir Jasin serta keluarga, juga kepada semua pembaca blog The Scribe ini. Another bleak year. But hope for the best, keep it up, don't give up.
Terima kasih DAKJ.
Kalau dulu Idris Jala berjaya menjadi jurujual yang catat jualan "habis licin" untuk aset MAS. Sekarang tiba pula giliran Arul untuk tunjuk kebolehan sebagai jurujual tersohor .. barang yang dijualnya adalah harta pusaka orang Melayu .. pembelinya adalah orang Cina.
ReplyDeleteNampaknya sejarah kejatuhan Melaka berulang lagi .. sosok yang membawa watak kejatuhan seakan sama, ada TPPA, naina kutee pon ada.
Khabar terbaru di beritakan, adapun China Railway dikatakan telah membayar 7.41 biliyun .. tapi menurut berita terkini daripada Bursa Hong Kong, China Railway hanya bayar 5.28 biliyun sahaja .. macam mana pulak tu.
Datuk.
ReplyDeleteDatuk kena awas sikit bila cerita benda benda begini. Jangan pandai pandai....yang dulu ada budak berhingus pandai cakap dalam facebook pun sudah diam....sunyi sepi. Melayu saja yang mau percaya bahawa ada Melayu lain yang jadi payung agama Islam dan jadi baju hujan bangsa Melayu.
Bangsat.
"Johor owns a 40 percent stake in IWH through Kumpulan Prasarana Rakyat Johor. Ahirudin said Johor's Sultan Ibrahim Ismail Iskandar would never allow the state to get involved in Bandar Malaysia if it amounted to selling out to China.
"You think the sultan will allow a Johor party to get involved if the deal amounts to selling out the nation?" he asked." http://www.malaysiakini.com/news/325588
Datuk.
ReplyDelete1. Kenapa Melayu takut agama Islam hingga benda kecil yang remeh temeh (the context) bolih dibesarkan dan yang besar macam gajah semua buta mata selepas jadi pemakan dedak.
2. "Avoid intellect, logic when it comes to Islam, Perak mufti tells Cabinet.
KUALA LUMPUR, Aug 4 — Tan Sri Harussani Zakaria reminded federal ministers yesterday against issuing statements based on logic and intellect when it comes to Islam, claiming that the intellect is influenced by desires and subsequently susceptible to the devil.
“I advise them not to go overboard. Islam is based on faith… Don’t make any remarks based on the intellect or logic because they are laws of Allah,” Harussani said.
“The intellect is governed by desires and it is influence by shaitan (satan). Don’t be ruled by desires and rudderless comments,” he added"
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/avoid-intellect-logic-when-it-comes-to-islam-perak-mufti-tells-cabinet
3. What is the context atau benda yang remeh temeh?
"....Film Censorship Board needs to relax its guidelines against banning intimate physical contact between Muslim male and female actors, since they were only acting out their roles."
4. Perak Mufti...apa pandangan Tuan tentanh ini
"Bukan tak untung malah rugi besar. Bukan rugi duit saja, tapi hilang maruah dan kedaulatan."
"Tumbuk rusuk sana, bagi rasuah sini,"
"Bolehkah hantar orang pergi Makkah dengan duit hutang? Dalam Islam, orang yang berhutang itu tarafnya hamba."
5. Perak Mufti...tolong lah jangan kacau bangsat kecil macam si Azalina tu, kesian dia. Kalau berani, tunjukkan hujah hujah Islam tu di blog ini. Kita mau belajar sikit sikit tentang Islam, macam saya ni bodoh bolih lah belajar juga. Atau mungkin Tuan Mufti bolih ajar bangsat besar, PM Najib? BERANI KE? BERANI??? CUBA, SAYA MAU TENGOK!!!!!
SALAM KASIH DAN SAYANG
ReplyDeleteDAKJ
Izinkan,
That 'Bugis Nakhoda' can go on spinning and spinning his vessel BUT when it stops, we still want him to account for the RM42 BILLION..
SIMPLE AS ABC or 1,2,3...???
Semoga Sdr AKJ sekeluaga dijauhi 'musibah' bugis..
ALFATIHAH, AAMIIN
Bauksit kat pahang pun jual kat china dgn rakusnya.. yg menderita org kampung
ReplyDeleteKu seman...apa yg hebatnya penganalisis tapi buta hati tak nmpk kebenaran? Kot dah tumpang dedak sekali? Yg hebat adalah mereka yg sanggup kehilangan jawatan demi amanah dan tanggungjawab.
ReplyDelete4. Isu 'pelajar' benua Afrika yang banyak dalam Negara ketika ini walaupun sebenarnya mereka bukan belajar. Berapa ramai orang Malaysia yang sudah menjadi mangsa depa? Dato tahu ada berapa banyak kolej swasta yang diberikan lesen untuk menghalalkan status pak hitam ni? Depa gamak buat naya anak bangsa sendiri.
ReplyDelete5. itu belum dicampur dengan PATI...saya rasa kurang-kurangpun ada 3 ke 4 juta PATI di Malaysia, bukan setakat depa tak payah bayaq apa-apa cukai tapi depa takdak saringan kesihatan. paling banyak depa ada penyakit tibi. lepaih tu depa bebas naik bas/ komuter sekali dengan kita, kalau setakat depa juga menikmati harga subsidi sy tak la marah sangat tapi masalahnya penyakit tibi ni senang berjangkit dalam keadaan seperti dalam bas/ komuter tu. Dato Tanya la doktor mana pun, jangan tanya Tok Mat Maslan sudah la. satgi dia usulkan kita naik basikal pulak naya lagi kita. berapa banyak PATI2 ni yang mengisi tempat/ peluang yang sepatutnya di isi oleh anak bangsa kita? Dato tengok sendiri yang jadi jaga di taman-taman perumahan tu. depa tak payah bayar apa pun, silap2 GST pun tak payah. mana ada gomen ambik peduli. selain daripada itu, mereka juga menyebabkan permintaan terhadap barang-barang asas naik menyebabkan harga-harga barang melambung. kalau setap hari ada 3-4 juta orang PATI tu tak minum teh tarik mungkin harga teh tarik tak naik melambung macam la ni.
6. Rakyat sekarang, terutamanya golongan menengah dan rendah sangat-sangat sengsara, harga barang melambung naik, kos sara hidup sudah sangat tinggi, kita yang sudah 40an ni nak hantar duit belanja kat mak bapak pun tak mampu. malu sungguh kat depa, dulu depa boleh jaga anak ramai mana pun. berapa ramai rakyat kita yang sudah tidak ada simpanan lagi sedangkan tekanan ekonomi semakin teruk. sy jangkakan akan ada banyak kerosakan dalam institusi rumahtangga sekiranya keadaan seperti ini berterusan. saya kesian tengok orang UMNO, nanti anak cucu depa akan kena maki hamun pasai depa dok sokong Ketua Pemakan Dedak ni, nasib baik kita dah keluaq Dato.
7. Dato...saya jangkakan akan ramai orang yang tidak akan keluar mengundi lagi dalam PRU akan datang...untuk apa lagi mengundi, 'to choose between the devil and the deep blue sea'? Apa kata Dato buat survey tengok berapa ramai orang yang akan keluaq mengundi lagi di masa depan?
Akhir kalam, semoga Dato sentiasa sihat dan bertenaga...
Anees Khan
The following news item from The Malaysian Insider may be of interest:
ReplyDelete"Attorney-General Tan Sri Mohamed Apandi Ali today said his decisions on the RM2.6 billion found in the prime minister's personal accounts and SRC International would be made according to applicable laws.
"I will study (the investigation papers) according to the law," Apandi told The Malaysian Insider through WhatsApp.
Saying he would act without fear or favour, Apandi added that no parties should pressure him to complete his task.
The former Federal Court judge said this in response to Tun Dr Mahathir Mohamad's claim that Apandi would ignore the recommendations of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) on the RM2.6 billion and SRC International probes.
Apandi, who assumed his present position in July, told the former prime minister not to use reverse psychology on him."
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/i-will-act-without-fear-or-favour-a-g-says-of-rm2.6-billion-src-probes#sthash.VMGGY4th.dpuf
Wallahuaklam. Thank you.
1. Terima kasih kepada para pembahas dan pelawat yang mendoakan keselamatan dan kesihatan saya. Pada usia saya, memanglah biasa kalau deman, sakit badan, gestrik dan tak lalu makan sekali-sekala.
ReplyDelete2. Terima kasih kepada kawan bekas exco Pemuda Umno Malaysia. Walaupun dia berjenaka, tapi menang ada orang yang amalkan perbomohan dan sihir. Tetapi insya-Allah kalau kita yakin kepada kuasa mutakhir dan mutlak Allah Ta'ala, benda-benda jahat, syirik dan kufur akan terhindar daripada menimpa kita.
3. Saya dah lebih 40 jadi wartawan. Dah tengok banyak bala dan balasan. Allahyarham YB Mazlan Idris dari Pahang mati ditangan bomoh Mona Fendey. Tak berapa lama sebelum dia dibunuh oleh Mona Fenday, dia datang jumpa saya di Pejabat NST. Berita Harian pernah buat pertanding/promisi guna album sulung Mona Fendey. Sebelum jadi bomoh, Mona Fendey adalah penyanyi.
4. Nasihat saya kepada yang kuat berbomoh dan bersihir, berhentilah. Ini kerja bidaah yang boleh hisap roh pengamalnya sendiri. Saya lahir dan membesar dalam persekitaran bomoh, dukun dan santau. Jadi sikit sebanyak saya tahu kesan perbomohan ke atas orang percaya kepada benda-benda tahyul. Mereka hilang roh dan akhirnya jadi zombi ..... keluar tengah malam bersendirian cari mangsa untuk dibagi makan dedak!
5. Mohon maaf kepada pembahas Anisurahman Khan kerana tak dapat siar komen beliau berkenaan Raja-Raja Melayu. Kalau pinda saya boleh siarkan. Komen mengenai kehakiman dan AG pun agak keterlaluan. Hakim-hakim dan AG pun manusia macam kita. Mereka tidak akan tongkat langit. Dalam kubur PM tak boleh lindungi mereka.
6. Namun saya yakin dan tahu majoroti Raja-Raja Melayu sangat bimbang dengan keadaan sekarang dan berusaha sedaya upaya membela negara dan rakyat jelata. Ampun Tuanku. Kita menjunjung kasih kepada Raja-Raja kita yang peduli.
7. Berkenaan perbezaan sebut harga penjualan Bandar Malaysia antara 1DBD dan CREEC ini mungkin isu accounting atau satu lagi percubaan cari "derma". Hal-hal macam inilah buat kita susah nak percaya kepada 1MDB, Mohd Najib dan Arul "Azrul" Kanda Kandasamy serta pemakan-pemakan dedak mereka. Banyak sangat putar-belit.
Wallahuaklam. Terima masih.
Datuk.
ReplyDelete1. Take your time Apandi. Take as much time as you like, shall we say 6 months or perhaps till end of 2016. What about the next time I hear about you "Innalilahi waina....."
2. I am not expecting anything from your "study" as the investigation paper from MACC is not yet completed. That is a good excuse.
3. How am I going to judge all these highly paid, highly qualified officers or shall we say "pemakan dadek"?
4. When you have a bangsat boss, you work like haram zadah.
5. So, all these pemakan dadek are catually as bangsat as the boss. Their works are so shoddy, beyond haram zadah, to fit the description.
Xong Xi Fatt Chai, Apandi!
Dato Kata..
ReplyDelete"Kepada Muhyiddin dan Shafie Apdal, anda berdua sudah tidak ada tempat lagi dalam Umno. Umno milik mutlak Mohd Najib seorang. Jadi berhentilah daripada berangan-angan. Hadapi realiti. Penyelesaian masalah negara bukan melalui Umno lagi. Umno akan hidup dan mati bersama Presiden."
Yang dapat dicapai olih mereka cuma sebagai duri dalam daging Najib. Tapi jika itu lah yang mereka ingin mencapai tak apa juga. Duri dalam daging bolih buat yang kena duri berdarah serta bernanah dan mungkin jadi Septic. Masa itu lah dia akan potong dan buang duri duri tersebut.
Datuk.
ReplyDelete"4. Nasihat saya kepada yang kuat berbomoh dan bersihir, berhentilah"
1. Orang bangsat memang suka buat kerja haram zadah seperti sihir 1MDB, bomoh penderma arab, bomoh cina China dsbnya.
2. Lemah betul orang Melayu ni kalau kena sihir dan bomoh.
3. Apa kata kita minta tolong Mufti mufti seluruh negeri buang atau neutralize sihir, tangkal, bomoh, santau dsbnya supaya orang Melayu kuat seperti biasa, bolih buat kerja macam orang di Australia, England dan Jepun.
4. Mana pelindung atau orang yang pegang payung melindungi agama Islam dan bangsa Melayu? Kita bayar gaji walaupun kerja macam kerja buta. Pangkat besar, gaji besar, rumah besar...semua besar besar.
5. Besar macam mana pun tapi ingat ingat sikit, dulu ada Sadam Hussein, Muamar Ghadafi, Shah of Iran, King Louis XVI, Sultan Melaka.....
Ini yang Datuk maksud kan "Saya dah lebih 40 jadi wartawan. Dah tengok banyak bala dan balasan", betul ke Datuk?
umno nak beri negara malaysia kepada China. itulah hala tuju kerajaan malaysia yang diterajui orang Melayu.(umno)yang saya nampak. mungkin orang lain tak nampak macam saya nampak.yang tak nampak mungkin mereka sudah dibeli, kerana orang melayu boleh dibeli dan mudah sangat dibeli demi wang dan harta mereka jadi buta belaka. harga orang melayu, teh secawan rokok sebatang.Apatah lagi RM 15,000 setiap bulan. Agama entah kemana. Yahudi pun tak salah, kristian pun tak bahaya lagi kerana bukan musuh sebenar islam. itulah status Melayu sebenarnya.
ReplyDeleteSalam DAKJ sekarang ni pemimpin umno dah gunakan Islam Pepaduan dan Mempermainkan ayat Alquran utk dpt sokongan dan simpati politik utk kekalkan jawatan lepas entah apalah pula agaknya mungkin pakai jubah ala orang arab agaknya hingga Pru14 nanti
ReplyDeleteSalam Dato.
ReplyDeleteCara org Melayu berpoitik membimbangkan.
Lebih2 lagi cara Umno. Ketua2 menjadi buta mata dan hati kerana.. duit ringgit...survival diri...glamor dsb.
Islam cara org ahli Politik Melayu..menjengkil sekali...malaj membahayakan.... haram pun boleh jadi halal...dosa2 kecil dikira biasa ..ibarat "minyak dan air tidak bercampur". .ada juga yg bernasihat; "dosa berkategori kecil...boleh dilakukan.. tetapi kena selalu beringat...kalau nak makan...makanlah... Tapi jgn lebih2..patut2 lah...bla..bla..."..betul ka semua ini?
Ini cara Islam?
Jelas...Ugama telah dijadikan ALAT 'TOOLS'oleh Ketua2...manakala Kepentingan Bangsa hya pd bibir sahaja.
Umno terang2 menterjemahkan semua ini...dari Peringkat atas hingga kebawah (Peringkat Cawangan).
Bayangkan sahaja....Ketua yg 'Terang2 Mungkar' pun masih disokong.
Apa punya 'sial dan dajal' Melayu2 begini?
Ini juga menyebabkan mereka SiBugis dan Jawa Tok2 HZ menjadi2 lagi.
Menteri Hal Ehwal Ugama pun 2x5..'kong kalikong' mempermainkan
Ugama....janji ada jawatan....dpt berjln...keChicago...Paris dan berUmrah.
Baru2 ini pun ...loya tekak bila melihat diDataran..Naib Presiden...Setiauaha Agung Parti... Azeez pun sama BERJUBAH....ha ha SEGAK MCM ARAB BADAWI...nmpk alim dan 'Islamik'....imej alim?
Itulah ketua2 Nelayu kita.,...'chameleon' belaka.
Bila membaca pantun 'Kangkung' oleh Ungku Aziz...itu lah sebenarnya Melayu....tidak pernah sedar diri...betula dgn kiasan..'kadok naik junjung'.
Akhir kata .."Demi Bangsa dan Ugama..." yg dilaung2kan...hanya 'Gempak' sahaja.
Alahai Melayu.
Terima kasih.
Anonymous nothing to hide,
ReplyDeletePersaingan apa? Kalau orang Melayu sudah boleh bersaing mengapa SEMUA insttusi kerajaan yang juga dibiayai dengan wang cukai orang bukan Melayu-Islam tidak ada sistem 'open'. Apakah beza Pertandingan badminton Piala Thomas dengan Pertandingan All England Open? Mengapa Pertandingan All England Open jauh lebih disanjungi diseluruh dunia berbanding Pertandingan Piala Thomas? Adakah orang Melayu masih tak faham maksud concept 'bersaing' ini. Kegagalan Melayu yang sudah tiga generasi tidak mampu bersaing diperingkat antarabangsa kerana tongkat Ketuanan Melayu-Islam tidak cukup untuk membuka mata orang Melayu terhadap kegagalan sistem Ketuanan mereka? In other words the Malays mistake their racial and religious discrimination against the non-Malays as a basic right of their race and religion. Thus, the Malays can never understand the meaning of real competition.
mslh persepsi drp Melayu (SENTIASA hasad dengki, emosi, tak bersyukur & bodo.sombong). sy.malu jadi Melayu
ReplyDelete